elemen 3

9
ELEMEN 1 MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

Upload: nurzakiyahs

Post on 19-Jun-2015

640 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Elemen 3

ELEMEN 1

MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

Page 2: Elemen 3

ELEMEN 2

MEREKOD FAKTA SEJARAH

Page 3: Elemen 3

KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3

PERAYAAN

TAHUN BARU CINA

Nama : Nur Zakiyah bt Shahabuddin

No I/C : 950122-02-5142

Kelas : 3 Usman Al-Affan

Guru : Puan Che Mahani bt Che Min

Sekolah : Sekolah Menengah Al-Islah

Page 4: Elemen 3

SENARAI KANDUNGANTajuk Halaman

1. Penghargaan 1

2. Objektif kajian 2

3. Kaedah kajian 3

4. Hasil kajian

o Perayaan Tahun Baru Cina 4

o Latar Belakang 5

o Persiapan Sambutan Perayaan 6

o Kesan Perayaan 7

5. Rumusan 8

6. Lampiran 9

7. Rujukan 12

Page 5: Elemen 3

ELEMEN 3

Page 6: Elemen 3

PENERAPAN UNSUR

PATRIOTISME

Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap kaum mengamalkan budaya dan

tradisi masing-masing. Antara perayaan yang diraikan oleh warganegara kita adalah seperti Hari

Raya Aidifitri, Tahun Baru Cina dan Depavali. Persoalannya, bagaimanakah perayaan yang

disambut dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

                Melalui sambutan perayaan tradisi, pelbagai kaum rakyat Malaysia dapat mengetahui

lebih mendalam lagi budaya dan tradisi kaum lain. Ini secara tidak langsung mampu memupuk

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sambutan

perayaan pelbagai kaum ini merupakan satu keunuikan negara kita. Maka kita

Page 7: Elemen 3

haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan perlu mempertahankan tradisi dan budaya

bangsa kita.

                Selain itu, sambutan perayaan tradisi juga mampu menerapkan semangat setia akan

negara dalam diri rakyat Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengiktirafan cuti perayaan

oleh kerajaan dan sambutan yang dibenarkan secara terbuka. Pengiktirafan oleh kerajaan

telah menjamin ketaatan rakyat terhadap negara kita. Rakyat secara tidak langsung akan sedia

berkorban untuk bangsa dan negara ini.

                Dalam konteks “1 Malaysia”, rakyat pelbagai kaum telah menyambut perayaan tradisi

bersama. Keadaan ini merupakan tanda semangat kekitaan yang terdapat dalam kalangan rakyat

Malaysia. Hal ini menjurus kepada rakyat yang sanggup hidup bersatupadu dan bermuafakat

antara kaum.

                Rakyat yang bersatupadu dan bermuafakat akan menyumbang kepada kelahiran

masyarakat yang berdisiplin tinggi. Masyarakat yang berdisiplin tinggi merupakan masyarakat

yang berkelakuan sopan, bertatasusila, berhemah tinggi dan mampu bertindak wajar. Melalui

sambutan perayaan tradisi, nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia.

                Kesimpulan, sambutan perayaan tradisi dapat memupuk semangat perpaduan dalam

kalangan rakyat Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia, kita harus mengamalkan budaya dan

tradisi kita agar warisan bangsa tidak lenyap ditelan arus modenisasi.