ekuinas labur di dalam francais burger king® di malaysia filemodal ekuinas ini akan digunakan untuk...

4
1 SIARAN AKHBAR 15 September 2011 Ekuinas Labur di dalam Francais Burger King® di Malaysia KUALA LUMPUR, 15 September 2011: Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan, mengumumkan pelaburan terbarunya hari ini sebanyak RM68.2 juta di dalam francais Burger King®, sebuah rangkaian restoran sajian segera atau quick service restaurant (QSR) yang beroperasi di Malaysia. Pelaburan Ekuinas di dalam Burger King® Malaysia (BK) melibatkan suntikan modal sebanyak RM60 juta ke dalam Cosmo Restaurants Sdn Bhd (Cosmo), yang merupakan syarikat francaisi BK di Malaysia sejak tahun 1997, serta pembelian kepentingan ekuiti daripada beberapa pihak pemegang saham minoriti syarikat Cosmo. Dengan pelaburan ini, Ekuinas akan menjadi pemegang saham majoriti syarikat Cosmo dengan pemilikan ekuiti sebanyak 74.1%. Suntikan modal Ekuinas ini akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan modal dan modal kerja Cosmo untuk tujuan membuka cawangan baru BK di seluruh negara bagi meningkatkan bilangan restoran yang kini sebanyak 24 buah. Pemegang saham majoriti syarikat Cosmo pada masa ini adalah CIMB Private Equity yang memiliki kepentingan menerusi dana ekuiti persendirian yang diuruskan firma tersebut, dan yang akan terus kekal menjadi pemegang saham minoriti selepas kemasukan pelaburan Ekuinas. Pengerusi Ekuinas, Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda berkata, “Kami gembira dapat membuat pelaburan di dalam francais Burger King® di Malaysia. Ia merupakan satu jenama yang dikenali ramai dan trend rakyat Malaysia yang semakin gemar mengunjungi restoran sajian segera menyediakan peluang baik untuk Cosmo berkembang dengan lebih pantas lagi, terutama sekali dengan menambah bilangan restorannya di Malaysia pada masa ini.” Peter Tan, CEO, BK Asiapac, Pte. Ltd. pula berkata, “Pelaburan Ekuinas di dalam jenama Burger King® akan terus mengukuhkan kedudukan kami di pasaran Malaysia dan seterusnya memberi peluang kepada lebih ramai pengguna Malaysia untuk menikmati keistimewaan burger flame-grilled Whopper® kami yang terkenal. Kami yakin jenama Burger King® mempunyai potensi yang besar di Malaysia dan kami mengalu-alukan kerjasama yang baru terjalin dengan Ekuinas ini.”

Upload: vanxuyen

Post on 29-Jul-2019

236 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ekuinas Labur di dalam Francais Burger King® di Malaysia filemodal Ekuinas ini akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan modal dan modal kerja Cosmo untuk tujuan membuka ... Pemegang

1

SIARAN AKHBAR 15 September 2011

Ekuinas Labur di dalam Francais Burger King® di Malaysia KUALA LUMPUR, 15 September 2011: Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), syarikat pengurusan

dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan, mengumumkan pelaburan terbarunya hari ini

sebanyak RM68.2 juta di dalam francais Burger King®, sebuah rangkaian restoran sajian

segera atau quick service restaurant (QSR) yang beroperasi di Malaysia.

Pelaburan Ekuinas di dalam Burger King® Malaysia (BK) melibatkan suntikan modal sebanyak

RM60 juta ke dalam Cosmo Restaurants Sdn Bhd (Cosmo), yang merupakan syarikat francaisi

BK di Malaysia sejak tahun 1997, serta pembelian kepentingan ekuiti daripada beberapa pihak

pemegang saham minoriti syarikat Cosmo. Dengan pelaburan ini, Ekuinas akan menjadi

pemegang saham majoriti syarikat Cosmo dengan pemilikan ekuiti sebanyak 74.1%. Suntikan

modal Ekuinas ini akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan modal dan modal kerja Cosmo

untuk tujuan membuka cawangan baru BK di seluruh negara bagi meningkatkan bilangan

restoran yang kini sebanyak 24 buah.

Pemegang saham majoriti syarikat Cosmo pada masa ini adalah CIMB Private Equity yang

memiliki kepentingan menerusi dana ekuiti persendirian yang diuruskan firma tersebut, dan yang

akan terus kekal menjadi pemegang saham minoriti selepas kemasukan pelaburan Ekuinas.

Pengerusi Ekuinas, Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda berkata, “Kami gembira dapat

membuat pelaburan di dalam francais Burger King® di Malaysia. Ia merupakan satu jenama

yang dikenali ramai dan trend rakyat Malaysia yang semakin gemar mengunjungi restoran sajian

segera menyediakan peluang baik untuk Cosmo berkembang dengan lebih pantas lagi, terutama

sekali dengan menambah bilangan restorannya di Malaysia pada masa ini.”

Peter Tan, CEO, BK Asiapac, Pte. Ltd. pula berkata, “Pelaburan Ekuinas di dalam jenama

Burger King® akan terus mengukuhkan kedudukan kami di pasaran Malaysia dan seterusnya

memberi peluang kepada lebih ramai pengguna Malaysia untuk menikmati keistimewaan burger

flame-grilled Whopper® kami yang terkenal. Kami yakin jenama Burger King® mempunyai

potensi yang besar di Malaysia dan kami mengalu-alukan kerjasama yang baru terjalin dengan

Ekuinas ini.”

Page 2: Ekuinas Labur di dalam Francais Burger King® di Malaysia filemodal Ekuinas ini akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan modal dan modal kerja Cosmo untuk tujuan membuka ... Pemegang

2

Ekuinas Sertai Sektor F&B dengan Pelaburan di dalam Burger King® dan San Francisco Coffee Pada masa yang sama, Ekuinas juga mengumumkan pelaburan 90% kepentingan ekuiti di

dalam syarikat Lyndarahim Ventures Sdn Bhd (LVSB), yang memiliki dan menguruskan

rangkaian kedai kopi popular San Francisco Coffee (SF) dengan jumlah sebanyak RM17.5 juta.

Daripada jumlah pelaburan tersebut, RM14.5 juta merupakan suntikan modal baru bagi syarikat

manakala RM12.5 juta lagi telah diperuntukkan sebagai dana tambahan bagi tujuan meluaskan

rangkaian kedai kopi specialty itu di seluruh rantau Asia dan juga untuk membuat pelaburan di

dalam jenama makanan dan minuman (F&B) lain selepas ini.

LVSB ialah syarikat Bumiputera milik Datuk Abdul Rahim Zin, bekas Presiden dan Pengarah

Urusan Kumpulan, Bank Pembangunan, yang akan mengekalkan pegangan ekuiti sebanyak

10% dalam syarikat dan memegang jawatan Pengerusi. Beliau juga diberi pilihan untuk

meningkatkan kepentingan ekuitinya pada masa akan datang.

Datuk Abdul Rahim Zin, yang gembira dengan perkembangan terbaru ini, berkata, “San

Francisco Coffee (SF) pada masa ini menguasai 7% pasaran kedai kopi specialty negara yang

kompetitif. Kami berpuas hati dengan penerimaan pelanggan setakat ini, terutama sekali di

kalangan peminat setia San Francisco yang bilangannya semakin meningkat. Kami yakin

jenama ini mempunyai potensi yang besar dan menerusi usahasama baru dengan Ekuinas, kami

berharap dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan syarikat di Malaysia dan Singapura.”

Dua pelaburan terbaru ini membuka laluan bagi Ekuinas membina sebuah kumpulan F&B

Malaysia yang besar di masa hadapan dengan portfolio pelaburan merangkumi pelbagai jenama

tempatan dan global serta merentasi semua segmen industri termasuk restoran perkhidmatan

penuh, sajian segera, kafe dan juga masakan tempatan.

Mengulas lebih lanjut tentang pelaburan terbaru Ekuinas, Pengerusi, Raja Tan Sri Dato’ Seri

Arshad Raja Tun Uda berkata, “Dua pelaburan ini adalah selaras dengan strategi Ekuinas yang

telah mengenalpasti sektor F&B sebagai salah satu daripada enam sektor tumpuan. Dengan

jumlah pasaran yang dianggarkan sebanyak RM23 billion, di mana segmen restoran rangkaian

F&B sendiri dianggar bernilai RM5.6 billion, industri perkhidmatan makanan di Malaysia

sememangnya besar dan menawarkan potensi pertumbuhan yang tinggi. Pada masa yang

Page 3: Ekuinas Labur di dalam Francais Burger King® di Malaysia filemodal Ekuinas ini akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan modal dan modal kerja Cosmo untuk tujuan membuka ... Pemegang

3

sama, industri ini masih kekurangan syarikat yang berskala besar dan ini memberi peluang

kepada Ekuinas untuk menubuhkan kumpulan F&B yang memiliki pelbagai jenama dan

berpotensi untuk menjadi peneraju industri di masa hadapan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Dato’ Abdul Rahman Ahmad turut menambah, “Ekuinas

percaya kedua-dua jenama ini mempunyai ciri-ciri unik yang menarik pelanggan dan berpotensi

tinggi untuk diperluaskan operasi perniagaan dengan pantas. Pelanggan setia SF gemarkan kopi

premiumnya yang unik, sementara BK pula menjadi pilihan utama para pelanggan yang

meminati burger flame-grillednya yang terkenal. Kami merancang untuk mempopularkan lagi

jenama SF dan BK di kalangan pelanggan Malaysia menerusi cawangan di lokasi-lokasi baru.”

Dua pelaburan ini adalah pelaburan terbaru Ekuinas, yang telahpun membuat empat pelaburan

langsung sepanjang tahun 2010 dan satu lagi pelaburan menerusi program penyumberan

luarnya. Setakat ini, Ekuinas telah membuat pelaburan bernilai RM594.84 juta yang telah

membantu jumlah kemasukan modal sebanyak RM717.48 juta ke dalam ekonomi Malaysia.

- tamat -

Ringkasan Pelaburan di dalam Burger King® dan San Francisco Coffee sebanyak RM98.2 juta

membuka laluan bagi penyertaan Ekuinas dalam sektor F&B yang pesat berkembang;

Menerusi pelaburan ini, Ekuinas akan meluaskan secara agresif operasi tempatan Burger King® yang merupakan antara restoran sajian segera (QSR) yang terbesar di dunia, serta mentransformasikan operasi San Francisco Coffee, rangkaian kedai kopi popular yang dimiliki dan diuruskan usahawan Bumiputera; dan

Ekuinas bercadang untuk membuat banyak lagi pelaburan dalam jenama terkenal tempatan dan global bagi merealisasikan rancangan untuk mewujudkan sebuah kumpulan F&B Malaysia yang besar dan memiliki portfolio pelaburan merentasi segmen restoran perkhidmatan penuh, sajian segera, kafe dan masakan tempatan.

Mengenai Ekuinas

Ekuinas (Ekuiti Nasional Berhad) ialah syarikat pengurus dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan yang ditubuhkan pada 1 September 2009. Dengan bermodalkan dana peruntukan kerajaan bernilai RM5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dan Rancangan Malaysia ke-10, Ekuinas berhasrat menubuhkan syarikat-syarikat terkemuka generasi baru Malaysia di samping menggalakkan penglibatan golongan Bumiputera dalam bidang ekonomi secara saksama, berkesan dan berkekalan. Ekuinas kini telah membuat pelaburan di dalam syarikat-syarikat Malaysia berpotensi tinggi yang terlibat dalam sektor barangan pengguna laris, minyak dan gas, logistik, pendidikan dan peruncitan.

Page 4: Ekuinas Labur di dalam Francais Burger King® di Malaysia filemodal Ekuinas ini akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan modal dan modal kerja Cosmo untuk tujuan membuka ... Pemegang

4

Mengenai Burger King Corporation BURGER KING®, yang ditubuhkan pada tahun 1954, merupakan rangkaian restoran sajian segera burger kedua terbesar di dunia. Ianya dikenali sebagai HOME OF THE WHOPPER® yang asli dan sistem BURGER KING® kini beroperasi di lebih 12,300 lokasi bagi memenuhi permintaan lebih 11 juta pelanggan setiap hari di 78 negara dan wilayah seluruh dunia. Lebih kurang 90 peratus restoran BURGER KING® dimiliki dan diuruskan oleh francaisi bebas yang kebanyakannya adalah perniagaan keluarga dan telah beroperasi selama beberapa dekad. Pada bulan Oktober 2010, Burger King Corp. telah dibeli oleh 3G Capital, sebuah firma pelaburan global bernilai berbilion dolar yang tertumpu kepada penciptaan nilai jangka panjang dan memberi penekanan khas terhadap usaha memaksimumkan potensi bagi pelbagai jenama dan bisnes. Untuk maklumat lanjut mengenai 3G Capital, sila layari http://www.3g-capital.com. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Burger King Corp., sila layari laman sesawang syarikat di www.bk.com atau ikuti perkembangan kami di Facebook dan Twitter.

Mengenai San Francisco Coffee Dari hanya sebuah kedai pada tahun 1997, San Francisco Coffee kini telah meluaskan operasi kepada lebih 20 buah kedai di Malaysia dan Singapura yang menghidangkan kopi premium segar yang dipanggang dengan tangan, serta bermacam-macam lagi hidangan enak sandwic, pastri dan snek. San Francisco Coffee merancang untuk berkongsi semua ini dengan lebih ramai pelanggan dan bakal meluaskan operasi ke seluruh rantau ini. Untuk maklumat lanjut mengenai San Francisco Coffee, sila layari www.sfcoffee.com.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Adli Abdul Karim, Weber Shandwick, [email protected] (03) 6209 5223 Nabila Adnan, Weber Shandwick, [email protected] (03) 6209 5221