eksperimen 1 praktikal sains 1 pismp sains

Download Eksperimen 1 praktikal sains 1 pismp sains

If you can't read please download the document

Upload: cikaifa

Post on 30-Jun-2015

3.264 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Praktikal 1 Objektif

: Keperluan asas tumbuhan : Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan iaitu cahaya matahari, udara dan air.

Teori

:

1. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari kerana cahaya matahari terdiri daripada radiasi elektromagnetik yang dibebaskan sebagai tenaga ketika matahari menghasilkannya melalui simpanan hidtogen yang letaknya berjuta-juta batu dari Bumi. Radiasi elektromagnetik yang diterima oleh tumbuhan adalah kunci utama dalam proses fotosintesis. Fotosintesis adalah penting kerana melalui cara inilah tumbuhan mendapat tenaga. 2. Air bertindak sebagai pelarut bagi mineral and menyimpan makanan yang akan diperlukan oleh tumbuhan. Penyejatan air di atas permukaan daun membantu menyejukkan tumbuhan ketika cuaca panas sepertimana proses perpeluhan yang dialami oleh manusia untuk membantu menyejukkan badan. Tumbuhan juga memerlukan air ketika musim sejuk. Air diserap dan disimpan di dalam akar semasa musim sejuk. Apabila air menjadi beku, pergerakan air adalah sangat terhad. 3. Dalam keadaan cuaca berangin dan sejuk, pokok-pokok yang mempunyai daun lebar seperti rhododendrons, akan menggulung atau memintal. Pemintalan daun mengurangkan luas permukaan untuk terdedah kepada kepada angin kering dan seterusnya mengurangkan penyejatan. Kehilangan air secara berlebihan akan menyebabkan tisu mati dan bertukar menjadi warna coklat. Keadaan yang dialami oleh tumbuhan tersebut adalah pengeringan. 4. Tumbuhan juga memerlukan udara yang bersih. Tumbuhan hijau menggunakan gas karbon dioksida daripada udara untuk digunakan dalam proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan. Udara yang kotor, dan berjerebu akan menghalang matahari yang diperlukan oleh tumbuhan. Tanpa udara, tumbuhan akan mati. 5. Oksigen yang bersih adalah salah satu resispi fotosintesis yang dihasilkan oleh tumbuhan itu sendiri. Pergerakan udara di sekitar tumbuhan dapat menghalang

jangkitan, terutama sekali jangkitan kulat di mana udara berada terlalu dekat dan lembap dan apabila daun-daun basah tidak dapat mengering dengan cepat. Masalah : Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari?

Radas dan bahan

:

1. Tumbuhan dewasa yang mempunyai daun yang lebar. 2. Vaseline. 3. Kertas hitam. 4. Klip kertas.

Pembolehubah Manipulasi

: : Kehadiran Vaseline (disapu atau tidak disapu)

Bergerakbalas : Warna dan kesegaran daun. Malar : Saiz daun.

Prosedur A 1.

:

Tumbuhan hijau diletakkan di tempat yang mempunyai pencahayaan yang cukup.

2. 3.

Kedua-dua bahagian daun disapu Vaseline dengan berhati-hati. Daun- daun ini kemudiannya diperhatikan dan dibandingkan setiap hari dengan daun-daun yang tidak disapu dengan Vaseline. Warna dan kesegaran daun juga direkodkan.

Pembolehubah Manipulasi

: : Kertas hitam (dilekatkan atau tidak dilekatkan)

Bergerakbalas : Warna dan kesegaran daun. Malar : Saiz daun.

Prosedur B 1.

:

Satu bahagian lipatan kertas hitam dipotong mengikut paten yang telah ditentukan.

2.

Bahagian yang telah dipotong itu kemudiannya dilekatkan di daun selama beberapa hari.

3.

Kertas hitam tersebut dipisahkan selepas beberapa hari dan keputusan direkodkan.

Keputusan

: Pemerhatian Inferens Vaseline yang menyaluti daun telah menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan daun

Prosedur A

Warna daun bertukar kepada coklat dan kekuning-kuningan

Prosedur B

Warna daun bertukar kepada coklat dan kekuning-kuningan

Kertas hitam yang dilekatkan di daun telah menghalang cahaya matahari untuk sampai ke daun.

Perbincangan 1.

:

Terdapat 3 aspek cahaya yang mempengaruhi tumbesaran tumbuhan iaitu: kualiti, kuantiti dan tempoh masa. Tumbuhan menggunakan cahaya merah dan biru untuk fotosintesis. Warnawarna ini dan warna merah yang berada dihujung spektrum turut mempengaruhi tumbesaran tumbuhan, percambahan benih, pembungaan dan proses-proses yang lain.

Kadar fotosintesis yang bagus memerlukan keamatan cahaya yang bersamaan dengan cahaya matahari. Proses seperti pembungaan dan keguguran daun dipengaruhi oleh tempoh tumbuhan terdedah kepada cahaya atau kepanjangan waktu siang. 2. Benih-benih yang digunakan di dalam eksperimen ini telah dipastikan kualitinya kerana ianya akan mempengaruhi percambahan benih.

Kesimpulan

:

Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis. Ianya menggunakan cahaya untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada bahan makanan. Eksperimen ini menunjukkan bahawa fotosintesis hanya berlaku ketika terdapa cahaya matahari dan kanji akan terhasil di dalam fotosintesis.

Soalan

:

1. Apakah yang akan terjadi sekiranya hanya bahagian atas sahaja yang ditutup? dan dibawah sahaja ditutup? Daun masih akan hidup tetapi warnanya akan bertukar menjadi kekuning-kuningan kerana bahagian yang ditutup tidak mendapat cahaya matahari yang cukup untuk melakukan fotosintesis. 2. Adakah daun akan mati sekiranya bahagian yang ditutup ditanggalkan selepas satu hari? Tidak, kerana fotosintesis masih akan berlaku selepas bahagian yang ditutup itu ditanggalkan. Ini kerana, daun tersebut mendapat kembali cahaya matahari untuk membolehkannya melakukan proses fotosintesis semula. 3. Apakah yang akan terjadi sekiranya hanya sebahagian daun sahaja yang ditutup? (sebahagian di atas dan sebahagian di bawah) Hanya bahagian yang ditutup sahaja akan bertukar menjadi kekuning-kuningan tetapi bahagian yang terdedah kepada cahaya matahari masih dapat membuat proses fotosintesis. 4. Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan sekiranya kertas hitam ditanggalkan? Perhatikan selama beberapa hari. Daun akan mati kerana sebaik sahaja kertas hitam ditanggalkan, daun terlebih dahulu telah mati kerana tidak dapat menjalankan proses fotosintesis.

Masalah

: Adakah tumbuhan mampu hidup tanpa air?

Radas dan bahan

:

1. Biji benih kacang hijau. 2. Cawan polisterin. 3. Air. 4. Kapas.

Pembolehubah Manipulasi

: : Kehadiran air.

Bergerakbalas: Percambahan biji benih. Malar : Kuantiti biji benih.

Prosedur

:

1. 2.

Beberapa biji benih kacang hijau diletakkan di dalam cawan polisterin. Kedua-dua cawan polisterin yang mengandungi biji benih kacang hijau diletakkan di bawah cahaya matahari.

3. 4.

Cawan A disiram air setiap hari. Cawan B tidak disiram air.

Keputusan

: Pemerhatian Inferens Biji benih mendapat air yang cukup untuk bercambah.

Cawan A

Biji benih bercambah.

Cawan B

Biji benih tidak bercambah dan menjadi kering.

Biji benih tidak mendapat air yang cukup untuk bercambah. Hal ini menyebabkan

pemecahan selaput biji benih tidak terjadi.

Perbincangan 1.

:

Biji benih yang sudah matang kebiasaannya sangat kering dan memerlukan air yang cukup banyak sebelum proses metabolism selular dan tumbesaran berlaku. Kebanyakan biji benih akan bercambah dengan baik sekiranya terdapat air yang mencukupi untuk melembapkan biji benih tetapi jangan merendam terus biji benih tersebut di dalam air.

2.

Pengambilan air oleh biji benih dikenali sebagai penyerapan yang akan menyebabkan selaput biji benih membengkak dan pecah. Apabila biji benih dihasilkan, kesemua tumbuhan menyimpan makanan seperti kanji, protein, atau minyak untuk tumbesaran terhadap embrio yang terdapat di dalam biji benih. Apabila biji benih menyerap air, enzim hidrolitik diaktifkan untuk memecahkan makanan yang tersimpan kepada mineral dan bahan-bahan kimia yang berguna, dan seterusnya membenarkan sel embrio untuk terus bercambah dan membahagi.

3.

Apabila biji benih sudah mula bercambah, makanan yang tersimpan di dalamnya akan habis. Oleh sebab itulah, biji benih yang bercambah memerlukan air secara berterusan, nutrient dan cahaya untuk fotosintesis, yang akan menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk memastikan tumbesara yang berterusan.

4.

Biji benih yang digunakan di dalam eksperimen ini adalah daripada kualiti yang terbaik untuk memastikan biji benih dapat bercambah dengan baik.

Kesimpulan

:

Biji benih memerlukan air untuk bercambah. Biji benih embrio memerlukan air untuk memulakan proses pertumbuhan.

Soalan

:

1. Adakah setiap tumbuhan akan mendapat keputusan yang sama? Tidak. Hal ini kerana ianya bergantung kepada jenis biji benih. 2. Bolehkah memberi tumbuhan terlalu banyak air? Tidak. Hal ini kerana tumbuhan juga memerlukan udara untuk bernafas. Tumbuhan bernafas melalui akar dan sekiranya terlalu banyak air, akar tidak dapat menyerap udara. Hal ini akan menyebabkan akar menjadi lemas. Seterusnya, akar akan mati disebabkan anoksia, keadaan di mana tumbuhan kekurangan oksigen. Daun membebaskan oksigen sebagai bahan buangan manakala akar menggunakan oksigen sebagaimana manusia menggunakan oksigen. Apabila tanah mendapat terlalu banyak air, tanah akan menggunakan semua oksigen yang ada dan membebaskan karbon dioksida. Sekiranya keadaan ini berlarutan, mineral yang terdapat di dalam tanah akan bertukar menjadi toksik kepada tumbuhan. 3. Bagaimanakah caranya petani mengetahui tumbuhan mendapat air yang mencukupi atau tidak? Petani akan menyentuh tanah tersebut. Sekiranya tanah tersebut lembap, itu menandakan bahawa tumbuhan mendapat air yang cukup manakala, sekiranya tanah yang disentuh adalah kering, petani akan mengetahui bahawa tumbuhan tidak mendapat air yang cukup.

Masalah

: Bolehkah tumbuhan hidup tanpa udara?

Radas dan bahan

:

1. Biji benih kacang soya. 2. 2 jar dan cawan plastic 3. Kapas dan baja. 4. Air.

Pemboleh ubah

:

Manipulasi Bergerak balas Malar

: Udara : Percambahan biji benih. : Suhu dan cahaya matahari.

Prosedur A 1. 2. 3. 4.

:

Beberapa biji benih kacang hijau diletakkan di dalam jar. Kedua-dua jar yang mengandungi biji benih kacang hijau disiram dengan air. Jar A ditutup bagi menghalang kemasukan udara. Jar B dibiarkan lembap dan disiram seperti biasa.

Prosedur B 1. 2.

:

Kedua-dua cawan plastic diisi dengan air. Kapas diisi dalam cawan plastic bersama beberapa biji benih kacang hijau bagi mengekalkan kelembapan biji benih.

3.

Beberapa biji benih diisi kedalam cawan plastic berisi air untuk menghilangkan udara.

4.

suhu dan cahaya bagi kedua-dua cawan plastic tersebut dikekalkan.

Keputusan dan data: Pemerhatian Prosedur A Tumbuhan A pembentukan spora pada tumbuhan Tumbuhan B tumbuhan tumbuh dengan sihat Prosedur B Tumbuhan A tumbuhan tumbuh dengan sihat Tumbuhan B tumbuhan tidak tumbuh Inferens Tumbuhan A tidak mendapat udara yang cukup Tumbuhan B mendapat udara yang cukup Terdapat udara dalam cawan tumbuhan A. Tiada udara terdapat dalam cawan tumbuhan B.

Perbincangan 1. 2.

:

Percambahan biji benih memerlukan udara dan air pada suhu yang bersesuaian. Tumbuhan juga bernafas secara aerobic untuk mendapatkan tenaga untuk

metabolisme. 3. 4. Melalui respirasi, tumbuhan mendapatkan tenaga untuk hidup. Semasa proses respirasi berlaku, sel-sel tumbuhan menerima oksigen dan

melepaskan karbon dioksida. 5. Walaupun proses fotosintesis tidak dapat dijalankan oleh tumbuhan kerana

ketiadaan cahaya matahari, namun proses respirasi masih berlaku kerana tumbuhan memerlukan tenaga untuk hidup.

Kesimpulan

:

Tumbuhan memerlukan udara untuk hidup dengan lebih subur.

Soalan 1.

:

Apakah cara-cara lain untuk membuang udara dari cawan tersebut?

Menggunakan pam vakum. 2. Apakah jika terlebih udara akan menjadi suatu masalah kepada petani?

Tidak. Jumlah udara tidak memberikan sebarang kesan kepada petani kerana udara membawa maksud lebih banyak oksigen dan karbon dioksida hadir untuk membantu tumbuhan hidup dengan lebih subur.

3.

Adakah keputusan yang berbeza akan mincul sekiranya biji benih yang

digunakan berlainan jenis? Ya. 4. Tumbuhan membuat makanan mereka sendiri namun mereka memerlukan

bekalan mineral. Pilih 3 jenis mineral dan nyatakan apakah yang akan terjadi sekiranya mereka membesar tanpa mineral tersebut? Nitrogen, fosforus, dan kalsium. Sekiranya tumbuhan tersebut kekirangan nitrogen, pertumbuhan tumbuhan tersebut akan terbantut. Sekiranya tumbuhan tersebut kekurangan fosforus, pertumbuhan akar tumbuhan tersebut akan terbantut manakala sekiranya tumbuhan tersebut kekurangan kalsium makan daun akan menangkup. 5. Tumbuhan dan haiwan memerlukan makanan. Berikan 2 sebab mengapa tumbuhan dan haiwan memerlukan makanan. Haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam kehidupan seharian mereka selain memastikan kemandirian spesis mereka.