ekonomi tanah melayu. hsm 2012.docx

Upload: wilma-no-bias

Post on 03-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Ekonomi Tanah Melayu. HSM 2012.docx

    1/13

    1

    PENGENALAN

    Berdasarkan penelitian ke atas buku-buku sejarah secara rawak yang terdapat di

    Perpustakaan Hamzah Sendut 1 Universiti Sains Malaysia, banyak buku sejarah Tanah

    Melayu menyatakan tentang kesan kemasukan penjajah terutamanya semasa pendudukan

    British. Penulisan dalam buku-buku sejarah ini menyatakan khususnya ekonomi Tanah

    Melayu pada abad ke-19 telah mengalami satu perubahan yakni perkembangan ekonominya.

    Persoalan yang timbul adalah bagaimana ekonomi Tanah Melayu di bawah kolonial British

    ini berkembang? Adakah atas dasar pentadbiran British yang liberal semata-mata atau ada

    perkara lain yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu pada ketika

    itu. Fokus kajian ekonomi Tanah Melayu ini sekitar abad ke-19 dan abad ke-20.

    Setelah Inggeris masuk ke Tanah Melayu, ekonomi Tanah Melayu mula mengalami

    perubahan dan berkembang lebih pesat berbanding sebelum pendudukan Inggeris. Pihak

    Inggeris mula penjajah Tanah Melayu dengan menduduki Pulau Pinang secara rasmi pada

    tahun 1786 melalui perjanjian antara Sir Francis Light dengan Sultan Kedah.1 Perjanjian ini

    merupakan titik tolak usaha British untuk meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu. Zaman

    kolonial British pada abad ke-19 merupakan titik penting yang mana ianya telah membuka

    ruang kepada Tanah Melayu dalam aspek ekonomi sehingga menjadi salah satu tumpuan

    ekonomi dunia pada ketika itu. Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang berkembang ini

    berpunca daripada pelbagai faktor dalaman dan faktor luaran. Selain daripada dasar

    pentadbiran Inggeris, faktor yang menggiatkan ekonomi Tanah Melayu adalah revolusi

    perindustrian, kemasukan buruh dan modal, pembukaan Terusan Suez dan pembukaan

    Singapura.

    1Emerson Rupert, Malaysia: Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung Dan Tidak Langsung, hlm 67.

  • 7/28/2019 Ekonomi Tanah Melayu. HSM 2012.docx

    2/13

    2

    DASAR PENTADBIRAN INGGERIS

    Pada zaman kolonial British, dasar ekonomi bebas dilaksanakan di tanah-tanah

    jajahannya termasuklah Tanah Melayu. British tidak melakukan monopoli ekonomi seperti

    mana yang dilakukan oleh Belanda jika kita lihat pada abad ke-15 yang mana Belanda mula

    mempunyai hubungan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu dan menandatangani pelbagai

    perjanjian untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka. Namun perjanjian yang dibuat tidak

    ditepati akibat sikap Belanda yang ingin memonopoli ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu.

    Keadaan ini akhirnya menyebabkan Syarikat Hindia Belanda muflis. Sebagai contoh,

    penaklukan Melaka pada 1641 yang mana tujuan awal mereka adalah untuk menjadikan

    Melaka sebagai ibu pejabatnya dan akhirnya berniat untuk menguasai Melaka. 2 Belanda cuba

    untuk memperolehi monopoli keatas Melaka malah ke seluruh wilayah di Tanah Melayu

    seperti Johor, Kedah, Perak, Naning dan Minangkabau. Jika dikaji dengan teliti, boleh

    dikatakan bahawa Belanda berusaha menguasai kawasan-kawasan ini sudah tentunya kerana

    faktor ekonomi yang mana wilayah-wilayah ini sememangnya kaya dengan hasil bumi dan

    hasil rempah ratus. Hal ini menimbulkan pelbagai kekecohan akibat ketidakpuasaan hati

    penduduk Tanah Melayu sehingga menimbulkan pelbagai peperangan dan penyeludupan.

    Monopoli Belanda ini akhirnya memakan diri sendiri apabila Belanda muflis dan ekonomi

    Tanah Melayu tidak berada pada tahap yang baik. Keadaan ini berbeza dengan semasa

    pendudukan Inggeris yang mana mereka mengamalkan dasar perdagangan bebas yang

    akhirnya telah membuka Tanah Melayu kepada perdagangan antarabangsa yang melibatkan

    pelbagai negara luar. Dasar Inggeris yang liberal dan terbuka ini menjadi penyumbang

    kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu pada abad ke-19 sehingga menjadikan Tanah

    Melayu sebagai salah satu pusat tumpuan perdagangan dunia dalam aktiviti eksport dan

    import.

    2Jessy Singh Joginder, Tawarikh Tanah Melayu 1400-1959, hlm 57.

  • 7/28/2019 Ekonomi Tanah Melayu. HSM 2012.docx

    3/13

    3

    Selain itu, Inggeris juga telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti jalan raya,

    landasan kereta api dan pelabuhan awam semasa pendudukan mereka di Tanah Melayu.

    Kemudahan ini banyak membantu dalam perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Hal ini

    demikian kerana banyak jalan darat dibina di kawasan lombong seperti pada tahun 1875 jalan

    di Larut sejauh 13 batu telah dibina dan jalan penting menghubungkan Matang dengan

    Taiping. Kemudian jalan ini disambung ke Kemunting dan beberapa tahun kemudian

    disambung ke Seberang Prai. Selain itu jalan raya juga dibina selari dengan jalan kereta api

    misalnya landasan kereta api yang dibuka dari Seremban ke Port Dickson tahun 1891.3

    Kemudahan jalan raya dan jalan kereta api ini penting untuk kepentingan ekonomi

    terutamanya untuk memudahkan pengangkutan biji timah dari kawasan perlombongan ke

    kawasan pelabuhan. Rangkaian pengangkutan ini lebih padat di kawasan pantai barat Tanah

    Melayu berbanding dengan timur kerana tumpuan kegiatan ekonomi terutamanya biji timah

    dan getah dikawasan tersebut.4

    REVOLUSI PERINDUSTRIAN

    Revolusi perindustrian yang berlaku di negara-negara Eropah telah memberi kesan

    kepada ekonomi Tanah Melayu. Pada abad ke-19 ini negara-negara Barat memasuki satu era

    baru yang mana bidang pengeluaran barang perusahaan berkembang dengan pesat. Negara

    Eropah ini bukanlah negara pengeluar bahan mentah. Oleh itu negara-negara ini bergantung

    kepada pengeluaran bahan mentah di Asia Tenggara untuk memenuhi keperluan

    perindustrian mereka. Negara Eropah ini bertindak sebagai negara perindustrian yang

    3Lim Chong Yah, Economic Development Of Modern Malaya, hlm 273.

    4H. Drabble,An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990, hlm 84.

  • 7/28/2019 Ekonomi Tanah Melayu. HSM 2012.docx

    4/13

    4

    menghasilkan pelbagai produk berasaskan bahan mentah. Antara bahan mentah utama yang

    menjadi keperluan negara-negara Eropah ini adalah biji timah dan getah.

    Perkembangan ekonomi Tanah Melayu mendapat tempias daripada revolusi

    perindustrian akibat fungsi Tanah Melayu itu sendiri yang bertindak sebagai pengeluar bahan

    mentah. Di Britain misalnya, tahun-tahun sekitar dalam abad ke-19 merupakan zaman

    pembinaan landasan kereta api.5 Perusahaan pengangkutan yang semakin pesat akibat

    pembinaan landasan kereta api ini telah mewujudkan permintaan arang batu dan besi yang

    tinggi. Pada masa yang sama, Tanah Melayu merupakan tanah jajahan British yang

    merupakan pengeluar bahan mentah. Akibatnya aktiviti perlombongan menjadi pesat di

    Tanah Melayu dan pihak kolonial British mendapat keuntungan hasil eksplotasi hasil bumi

    Tanah Melayu. Selain itu, biji timah juga digunakan dalam perusahaan membuat tin, kereta,

    badan bateri, wayar dan kereta api dalam perindustrian pembuatan di Eropah. Permintaan

    yang semakin tinggi dari negara perindustrian ini mengakibatkan harga biji timah meningkat

    dan sangat menguntungkan pihak kolonial British. Hasilnya, Tanah Melayu muncul sebagai

    ranking utama dunia dalam pengeluaran bijih timah khususnya pada tahun 1880-an dan 1890-

    an.6

    Keperluan negara industri ini bukan sekadar pada biji timah, malah getah juga

    menjadi keperluan untuk perusahaan basikal dan kereta di negara Barat. Benih getah yang

    terdapat di Tanah Melayu berasal dari Kew Garden di Brazil.7 Perlantikan H. N Ridley

    sebagai Pengarah Botanical Garden pada tahun 1888 telah memperkenalkan cara menoreh

    iaitu torehan ibedem untuk mendapatkan hasil susu getah yang tinggi dan tidak merosakkan

    pokok getah. H. N Ridley banyak menyumbang dalam perusahaan getah ini sehingga

    5

    Thomson David, Europe Since Napeleon, hlm 216.6Lim Chong Yah, Economic Development Of Modern Malaya, hlm 42.

    7Silcock, T. H, The Economy of Malaya, Hlm 17

  • 7/28/2019 Ekonomi Tanah Melayu. HSM 2012.docx

    5/13

    5

    menjadikan getah sebagai perusahaan ekonomi di Tanah Melayu. Tanaman getah di Tanah

    Melayu menjadi penting kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu bermula pada tahun

    1900 setelah industri pembuatan kereta berkembang pesat di negara-negara barat. Misalnya

    pada tahun 1910 pengeluaran kereta dalam industri automobil di United States meningkat

    lebih kurang dalam 500, 000 unit dan pada tahun 1920, pengeluaran kereta meningkat lebih

    daripada 8000, 000 unit.8 Keadaan ini menyebabkan eksport getah Tanah Melayu ke negara-

    negara perindustrian meningkat akibat keperluan negara-negara tersebut untuk perusahaan

    pembuatan tayar untuk kereta dan produk lain seperti kasut getah.

    Revolusi perindustrian di negara Barat memperlihatkan betapa pentingnya Tanah

    Melayu sebagai tanah jajahan British. Hal ini demikian kerana, revolusi perindustrian yang

    begitu pesat menyebabkan negara-negara Eropah berlumba-lumba mendapatkan tanah

    jajahan bagi membolehkan mereka memperolehi bekalan bahan mentah secara berterusan.

    Keadaan ini ternyata menguntungkan pihak Inggeris apabila ekonomi Tanah Melayu

    berkembang akibat revolusi perindustrian di negara barat.

    KEMASUKAN BURUH DAN MODAL

    Kemasukan buruh terutamanya orang Cina dan India juga turut menjadi penyuntik

    kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Orang Cina ini dibawah masuk ke Tanah

    Melayu untuk menjadi buruh terutamanya dalam sektor perlombongan. Kemasukan orang

    Cina ke Tanah Melayu adalah melalui sistem Kangcu. Cara kemasukan imigran India pula

    adalah melalui cara persendirian, sistem kontrak, sistem Kangani dan bantuan tabung khas.

    Sistem kontrak bermula pada awal abad ke-19 dan dihapuskan pada tahun 1910. Buruh

    8Lim Chong Yah, Economic Development Of Modern Malaya, hlm 75.

  • 7/28/2019 Ekonomi Tanah Melayu. HSM 2012.docx

    6/13

    6

    kontrak dianggap murah dan mudah untuk berpindah majikan. Sistem Kangani

    pula lebih disukai kerana m urah dan bebas daripada kawalan dan

    pemeriksaan daripada kerajaan. 9

    Pada abad ke-19 ini jugalah buruh-buruh Cina dan India dibawa masuk secara besar-

    besaran. British menggalakkan kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana

    berpendapat orang Cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya usaha dan bersifat

    keusahawanan.10 Hal ini memberi keuntungan kepada pihak Inggeris kerana buruh

    yang rajin dan tekun melakukan pekerjaan memberi pulangan yang lumayan. Orang

    Cina juga memiliki pelbagai kemahiran contohnya berkemahiran dalam

    mengendalikan aktiviti perlombongan dan pertanian yang mampu meningkatkan

    hasil pengeluaran terhadap hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu.

    Buruh India pula dibawah masuk ke Tanah Melayu pada tahun 1833 bagi

    memenuhi keperluan tenaga buruh dalam sektor perladangan. 11 Hal ini demikian

    kerana perkembangan dalam pengeluaran bahan mentah getah dan permintaan yang

    tinggi ke atas getah memyebabkan Tanah Melayu kekurangan buruh dalam sektor

    perladangan getah. Buruh India dan pertanian perladangan pada abad ke-19

    sememangnya sinonim di Tanah Melayu.12 Kemasukan buruh India yang kosnya

    lebih rendah berbanding buruh kaum lain menyebabkan mereka dibawah masuk

    begitu pesat di Tanah Melayu sehingga menggant ikan peranan buruh Cina dalam

    sektor pertanian perladangan. Kedua-dua buruh imigran ini akhirnya sedikit

    9Jessy Singh Joginder, Tawarikh Tanah Melayu 1400-1959, hlm 286.

    10Chai Hon Chan, The Development Of British Malaya 1896-1909, hlm 102.

    11

    SandhuKernial Singh, Indians In Malaya, hlm 77.12 Sandhu Kernial Singh, Indians In Malaya, hlm 253.

  • 7/28/2019 Ekonomi Tanah Melayu. HSM 2012.docx

    7/13

    7

    sebanyak menjadi penggerak dari bawah kepada perkembangan ekonomi Tanah

    Melayu pada abad ke-19.

    Penambahan penduduk di Tanah Melayu akibat kemasukan golongan

    imigran dan peningkatan kegiatan ekonomi secara tidak langsung telah mendorong

    pertumbuhan bandar, jalan-jalan raya, landasan kereta api dan pembahagian kelompok kaum

    mengikut sektor ekonomi. Kesannya kedua-dua imigran ini menguasai dua sumber

    ekonomi yang berbeza sehingga terbentuk pola-pola ekonomi terhadap masyarakat

    seperti orang cina lebih tertumpu kepada aktiviti perlombongan dan perniagaan

    manakala orang India tertumpu kepada aktiviti ekonomi perladangan. Kemasukan

    imigran Cina dan India ini telah meluaskan pasaran produk di Tanah Melayu. Hal

    ini demikian kerana penduduk Tanah Melayu yang semakin ramai membuka ruang

    kepada penjajah Inggeris untuk memasarkan produk pengeluaran kilang mereka.

    Pelaburan ke atas aktiviti ekonomi komersial Tanah Melayu turut meningkat

    misalnya orang-orang Eropah mula melabur dalam perlombongan dan perladangan

    di Tanah Melayu kerana melihat potensi Tanah Melayu sebagai pengeluar bahan

    mentah yang utama. Orang Eropah masuk ke Tanah Melayu dan terlibat dalam

    pelbagai pengurusan aktivi ti ekonomi sepert i pengurusan lading, perlombongan,

    perniagaan dan pertanian.

    Kegiatan Chettiar orang India turut mempergiatkan perkembangan ekonomi Tanah

    Melayu. Hal ini demikian kerana pada akhir abad ke-19 sehingga pertengahan awal abad ke-

    20, komuniti Chettiar merupakan pembekal utama kredit kepada pengusaha Cina yang

    membuka hutan di Tanah Melayu bagi mengusahakan tanaman getah dan melombong bijih

    timah. Kegiatan chettiar ini melibatkan pelaburan besar dalam aktiviti perindustrian

    perdagangan tempatan dan perdagangan antarabangsa sehingga menggalakkan pertumbuhan

  • 7/28/2019 Ekonomi Tanah Melayu. HSM 2012.docx

    8/13

    8

    dan perkembangan ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu.13 Jelaslah Kemasukan buruh

    dan modal ini telah merancakkan lagi ekonomi Tanah Melayu bukan sahaja dalam

    pengeluaran bahan mentah tetapi juga dalam pelbagai bidang ekonomi yang la in

    seperti perniagaan.

    PEMBUKAAN TERUSAN SUEZ

    Pembukaan secara rasmi Terusan Suez yang menghubungkan laut Mediterranean dan

    laut Merah pada tahun 1869 turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi Tanah

    Melayu semasa pendudukan British. Pembukaan Terusan Suez menyebabkan aliran kapal

    belayar menjadi lebih mudah yang mana keadaan ini telah menyebabkan laluan perkapalan

    menjadi pesat dan ketersampaian kapal-kapal perdagangan lebih menepati masa dan kurang

    tertangguh untuk sampai ke pelabuhan enterport Nusantara dan seluruh dunia.14 Mobilisasi

    dan perjalanan mengelilingi dunia menjadi lebih pantas dari sebelumnya dan kapal-kapal

    yang membawa pelbagai produk dagangan, dapat belayar di antara Asia dan Eropah.

    Sebelum ini kapal pedagang mengikut laluan Cape Routes yang telah digunakan

    selama 370 tahun.15 Setelah Terusan Suez wujud, masa perjalanan dapat dijimatkan jika

    dibandingkan dengan Cape Route. Keadaan ini secara drastik telah merancakkan lagi

    hubungan dan aktiviti perdagangan dunia termasuklah perdagangan antarabangsa di Tanah

    Melayu kerana pengangkutan bahan mentah yakni biji timah dan getah ke negara Barat

    menjadi lebih mudah dan pantas. Begitu juga halnya dengan barangan perindustrian yang

    dipasarkan dari Eropah ke Tanah Melayu. Pembukaan Terusan Suez sememangnya telah

    13

    Nanjundan. S, Indians In Malayan Economy, hlm 40.14Courtney. Philip. P, A Geography Of Trade And development In Malaya, hlm 102.

    15Abdul Karim Abdullah, Latarbelakang Sejarah Malaysia Moden, hlm 144.

  • 7/28/2019 Ekonomi Tanah Melayu. HSM 2012.docx

    9/13

    9

    mempengaruhi ekonomi Tanah Melayu untuk melonjak dari satu tahap ke tahap yang lebih

    tinggi.

    PEMBUKAAN SINGAPURA

    Minat untuk membuka Singapura sebagai pusat perdagangan pelabuhan persinggahan

    bagi kapal-kapal dagangan antara India dan China berlaku selepas Perang Napoleon yang

    tamat pada tahun 1815. Selepas tamatnya Perang Napoleon, Jawa dipulangkan semula kepada

    Belanda pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818. Apabila Belanda kembali ke Jawa,

    mereka mula melaksanakan dasar monopoli perdagangan dan menyekat perdagangan

    Inggeris di rantau Kepulauan Melayu. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah

    mengambil langkah untuk melindung perdagangan Inggeris di Gugusan Kepulauan Melayu,

    mencegah perluasan pengaruh Belanda di rantau kepulauan Melayu dan memecahkan

    monopoli perdagangan Belanda, menyediakan kemudahan-kemudahan bagi kapal-kapal

    British yang belayar di antara India dan China untuk berlabuh, membaiki dan melengkapi

    bekalannya, mempunyai kedudukan yang sesuai untuk mengumpul hasil-hasil selat untuk

    ditukar dengan barangan China. Bagi memenuhi keperluan tersebut, pihak Inggeris berusaha

    untuk mendapatkan Singapura.

    Raffles Berjaya mendapatkan Singapura melalui perjanjian yang ditandatanganinya

    bersama Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819. Menurut perjanjian ini, Singapura

    diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. British akan membayar Sp$5000 setahun

    kepada Sultan dan Sp$3000 kepada Temenggung.16 Selain itu, British juga akan melindungi

    Sultan dan Temenggung. Singapura dibuka sebagai pelabuhan bebas cukai. Hal ini penting

    kepada ekonomi Tanah Melayu kerana mendapat tempias daripada kemajuan ekonomi

    Singapura sebagai sebuah pelabuhan bebas cukai. Taraf pelabuhan bebas cukai ini berjaya

    16Mills. Lennox Algernoon, British Malaya 1824-67, hlm 69.

  • 7/28/2019 Ekonomi Tanah Melayu. HSM 2012.docx

    10/13

    10

    mematahkan monopoli Belanda sekali gus menarik lebih banyak kapal-kapal berlabuh dan

    berdagang di Singapura.17 Aktiviti perdagangan di Singapura penting kepada perkembangan

    ekonomi Tanah Melayu dan hal dapat dilihat melalui jadual 1 yang berikut:

    Jadual 1

    Singapura Peratusan perdagangan dengan pelbagai rantau, 1878-1911

    Sumber: Courteney. Philip. P,A Geography Of Trade And Development In Malaya, hlm227.

    Berdasarkan jadual 4, kadar peratusan perdagangan Singapura dengan Tanah lebih

    tinggi berbanding perdagangan Singapura dengan United Kingdom pada tahun 1895 dan

    1906 khususnya. Hal ini demikian kerana kapal-kapal yang datang berdagang dari Singapura

    mahupun ke Singapura, mereka akan melalui Selat Melaka dan singgah di beberapa

    pelabuhan di Tanah Melayu seperti Pulau Pinang dan Melaka. Misalnya, dalam perlayaran ke

    Singapura, semasa pertukaran angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Baya,

    kapal-kapal perdagangan dari China, India dan lain-lain akan singgah berlabuh di Melaka.

    Kapal yang menuju ke Singapura memilih Melaka sebagai pelabuhan persinggahan kerana

    laluan untuk ke Singapura adalah mengikuti laluan selat Melaka. Kapal-kapal yang singgah

    di pelabuhan di pelabuhan Tanah melayu ini sementara menunggu peralihan angin monsun,

    mereka tidak hanya duduk diam tapi akan melakukan aktiviti perdagangan. Demikianlah

    17Mills. Lennox Algernoon, British Malaya 1824-67, hlm 75.

  • 7/28/2019 Ekonomi Tanah Melayu. HSM 2012.docx

    11/13

    11

    pembukaan pelabuhan Singapura yang telah mempengaruhi perkembangan ekonomi Tanah

    Melayu.

    KESIMPULAN

    Sebelum pendudukan Inggeris di Tanah Melayu, Tanah Melayu berada di bawah

    kekuasaan Portugis kemudian Belanda. Semasa pendudukan Belanda, dasar yang Belanda

    jalankan adalah dasar monopoli terhadap ekonomi Tanah Melayu. Hal ini berbeza dengan

    semasa zaman kolonial British yang mana dasar pentadbiran Inggeris lebih bersifat liberal.

    Dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Inggeris adalah dasar ekonomi komersil dan terbuka.

    Selain itu, kolonial British telah menyediakan pelbagai kemudahan awam yang memudahkan

    kegiatan ekonomi di Tanah Melayu sekali gus menyumbang kepada perkembangan ekonomi

    Tanah Melayu khususnya pada abad ke-19.

    Secara ringkasnya, ekonomi Tanah Melayu pada abad ke-19 selepas perang dunia

    pertama tercetus bergerak rancak akibat pelbagai faktor. Sememangnya dasar pentadbiran

    British menjadi salah satu faktor perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Namun, tidak harus

    dilupa bahawa perkembangan ekonomi Tanah Melayu sebenarnya turut dipengaruhi oleh

    revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah, kemasukan modal pelaburan dan buruh dari

    China dan India, pembukaan Terusan Suez dan pembukaan Singapura sebagai pelabuhan

    bebas.

  • 7/28/2019 Ekonomi Tanah Melayu. HSM 2012.docx

    12/13

    12

    BIBLIOGRAFI

    Abdul Karim Abdullah, Ghazali Basri. Latar Belakang dan sejarah Malaysia moden. Kuala

    Lumpur: Penerbitan Adabi SDN. BHD. 1979.

    Courtney. Philip P. A Geography Of Trade And development In Malaya. London: G. Bell

    And Son LTD. 1972.

    Chai Hon Chan. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. London. Oxford

    University Press, 1967.

    Emerson Rupert. (ed). Malaysia: Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung Dan

    Tidak Langsung. Kuala Lumpru: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1987.

    H. McNeill William. The rise of the west: A History of the human community. Illinios: The

    University of Chicago Press. 1496.

    Jessy Singh Joginder. Tawarikh Tanah Melayu 1400-1959, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka. 1976.

    Mills. Lennox Algernoon.British Malaya 1824-67. Kuala Lumpur: MBRAS. 1961.

    Mohd. Isa Othaman. Sejarah Malaysia 1800-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

    Distributors Sdn Bhd. 2002.

    Nanjundan. S.Indians In Malayan Economy. India: Manager of Publications. Delhi. 1950.

    Sandhu Kernial Singh.Indians In Malaya. New York: Cambridge University Press. 1969.

    Silcock. T. H. The Economy of Malaya. Singapore: Donald Moore. 1956.

    Thomson David. (ed).Europe Since Napeleon. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    1982.

    Zainal Abidin Kasim.Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Times Books International. 1987.

  • 7/28/2019 Ekonomi Tanah Melayu. HSM 2012.docx

    13/13

    13