ekonomi negeri kelantan dari perspektif analisis shift ... papers/jssh vol. 11 (1) mar...ekonomi...

13
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 11(1): 19-31 (2003) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ZAKARIAH ABDUL RASHID Jabatan Ekonomi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia E-mail:zar@upm. econ. edu. my Kata kunci: Analisis shift-share wilayah, subtempoh, perindustrian, perubahan struktur nasional ABSTRAK Dengan menggunakan rangka kerja analisis shift-share wilayah, kajian yang merangkumi tempoh 1980-95 yang dipecahkan kepada dua subtempoh ini bertujuan untuk mengkaji prestasi ekonomi negeri Kelantan berbanding ekonomi nasional. Data KDNK Kelantan menurut sektor-sektor utamanya, dikumpul dari sumber UPE dan UPEN Kelantan dan dinyatakan dalam sebutan benar dengan menggunakan deflator KDNK. Hasil kajian mendapati bahawa lokasi negeri ini kurang menarik pelabur, kemajuan perindustrian nasional membantu memajukan perindustrian Kelantan, dan kelebihannya dalam sektor utama juga terjejas oleh arus perubahan struktur nasional. Kajian ini mengemukakan beberapa cadangan dasar untuk memajukan negeri ini. ABSTRACT Using regional shift-share analysis the present study, covering the overall period of 1980-95 which is subdivided into two sub-periods, aims at analysing the performance of Kelantan's economy vis- a-vis national economy. The state GDP data according to its major sectors are collected from EPU and the state EPU which is expressed in its real value by using GDP deflator. The results show that to investors the state is unattractive locationally, good performance of national industrialisation stimulates that of the state, and its advantage in primary sector is erroded because of structural change at the national level. The study offers few policy recommendations. PENGENALAN Objektif pembangunan wilayah di Malaysia bertujuan untuk mengimbangi pembangunan antara wilayah-wilayah. Kelantan yang terletak di wilayah timur Semenanjung Malaysia, merupakan sebuah negeri yang paling rendah pendapatan per kapitanya. Tujuan utama kertas kajian ini ialah menerangkan pembangunan ekonomi negeri Kelantan berbanding ekonomi Malaysia dan menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan tersebut. Dalam tahun 1995, sektor pertanian Kelantan mengeluarkan output sebanyak RM689 juta 1 dan merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negeri tersebut. Output sektor ini terus meningkat tahun demi tahun sejak tahun 1980 2 lagi tetapi dengan sumbangan kepada KDNK negeri yang semakin berkurangan. Sektor- sektor lain yang menunjukkan peningkatan sumbangan kepada KDNK Kelantan terdiri daripada sektor perkilangan dan sektor perdagangan. Pergantungan yang kuat kepada sektor pertanian khususnya dan sektor utama amnya berlaku terutamanya di peringkat awal tempoh kajian. Dalam tahun 1980, sektor utama 3 menyumbang hampir satu perdua (43%) kepada KDNK negeri. Dalam tempoh 1980-95, kajian ini mendapati, ekonomi Kelantan telah mengalami proses kepelbagaian kegiatan. Dalam akhir 1 Kajian ini menggunakan Indeks Harga Pengeluar sebagai deflator yang diasaskan kepada tahun 1970. Tempoh kajian ialah antara 1980-95, ditentukan oleh kedapatan data. Deft nisi sektor-sektor menurut seperti yang digunakan oleh Rancangan Lima Tahun Malaysia, Unit Perancang Ekonomi, Malaysia.

Upload: hadien

Post on 18-Mar-2018

231 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift ... PAPERS/JSSH Vol. 11 (1) Mar...Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ... kajian ini mendapati

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 11(1): 19-31 (2003) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah

ZAKARIAH ABDUL RASHIDJabatan Ekonomi Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang, Selangor, MalaysiaE-mail:zar@upm. econ. edu. my

Kata kunci: Analisis shift-share wilayah, subtempoh, perindustrian, perubahan struktur nasional

ABSTRAK

Dengan menggunakan rangka kerja analisis shift-share wilayah, kajian yang merangkumi tempoh1980-95 yang dipecahkan kepada dua subtempoh ini bertujuan untuk mengkaji prestasi ekonominegeri Kelantan berbanding ekonomi nasional. Data KDNK Kelantan menurut sektor-sektorutamanya, dikumpul dari sumber UPE dan UPEN Kelantan dan dinyatakan dalam sebutan benardengan menggunakan deflator KDNK. Hasil kajian mendapati bahawa lokasi negeri ini kurangmenarik pelabur, kemajuan perindustrian nasional membantu memajukan perindustrian Kelantan,dan kelebihannya dalam sektor utama juga terjejas oleh arus perubahan struktur nasional. Kajianini mengemukakan beberapa cadangan dasar untuk memajukan negeri ini.

ABSTRACT

Using regional shift-share analysis the present study, covering the overall period of 1980-95 whichis subdivided into two sub-periods, aims at analysing the performance of Kelantan's economy vis-a-vis national economy. The state GDP data according to its major sectors are collected from EPUand the state EPU which is expressed in its real value by using GDP deflator. The results showthat to investors the state is unattractive locationally, good performance of national industrialisationstimulates that of the state, and its advantage in primary sector is erroded because of structuralchange at the national level. The study offers few policy recommendations.

PENGENALAN

Objektif pembangunan wilayah di Malaysiabertujuan untuk mengimbangi pembangunanantara wilayah-wilayah. Kelantan yang terletak diwilayah timur Semenanjung Malaysia, merupakansebuah negeri yang paling rendah pendapatanper kapitanya. Tujuan utama kertas kajian iniialah menerangkan pembangunan ekonominegeri Kelantan berbanding ekonomi Malaysiadan menghuraikan faktor-faktor yangmenyebabkan keadaan tersebut.

Dalam tahun 1995, sektor pertanianKelantan mengeluarkan output sebanyak RM689juta1 dan merupakan penyumbang terbesarkepada KDNK negeri tersebut. Output sektor ini

terus meningkat tahun demi tahun sejak tahun19802 lagi tetapi dengan sumbangan kepadaKDNK negeri yang semakin berkurangan. Sektor-sektor lain yang menunjukkan peningkatansumbangan kepada KDNK Kelantan terdiridaripada sektor perkilangan dan sektorperdagangan.

Pergantungan yang kuat kepada sektorpertanian khususnya dan sektor utama amnyaberlaku terutamanya di peringkat awal tempohkajian. Dalam tahun 1980, sektor utama3

menyumbang hampir satu perdua (43%) kepadaKDNK negeri. Dalam tempoh 1980-95, kajian inimendapati, ekonomi Kelantan telah mengalamiproses kepelbagaian kegiatan. Dalam akhir

1 Kajian ini menggunakan Indeks Harga Pengeluar sebagai deflator yang diasaskan kepada tahun 1970.Tempoh kajian ialah antara 1980-95, ditentukan oleh kedapatan data.Deft nisi sektor-sektor menurut seperti yang digunakan oleh Rancangan Lima Tahun Malaysia, Unit PerancangEkonomi, Malaysia.

Page 2: Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift ... PAPERS/JSSH Vol. 11 (1) Mar...Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ... kajian ini mendapati

Zakariah Abdul Rashid

tempoh kajian, tahun 1995, sumbangan sektorutama telah merosot kepada 20%. Proseskepelbagaian kegiatan ini dapat dikesan melaluiperubahan struktur ekonomi negeri seperti yangditunjukkan olehjadual 1.

Walau kepelbagaian kegiatan berlaku, dalamtahun 1995, sektor pertanian masih lagi menjadipenyumbang terbesar kepada KDNK. Berbandingdengan sumbangan sektor ini di peringkatnasional, Kelantan didapati masih kuatbergantung kepada kegiatan pertanian.Perkembangan sektor perkilangan pulamenampakkan trend yang menggalakkan,menyumbang 16% pada tahun tersebut.Sumbangan sektor-sektor lain adalah sepertiberikut: sektor perdagangan (14.1%),pengangkutan (9.7%), kewangan (7.2%) danpembinaan (4.1%). Sektor perkhidmatankerajaan pula memberikan sumbangan yang agakbesar iaitu 23.2% manakala sektor perlombonganmenyumbang hanya 0.2%.

Kertas kajian ini diatur sedemikian:Bahagian II menghuraikan ciri-ciri asas ekonomiKelantan dari segi tahap kepelbagaian,pertumbuhan tahunan, pendapatan per kapitadan produktiviti buruh. Bahagian III meng-huraikan rangka kerja teoretikal model shift-share wilayah yang akan digunakan dalam kajianini dan pengumpulan data. Bahagian IVmembincangkan hasil penemuan model tersebutdisusuli dengan Bahagian V menyimpulkanperbincangan kertas kajian ini.

CIRI ASAS EKONOMI KELANTAN

Pemusatan Kegiatan Ekonomi Negeri-Negeri

Terpilih

Jadual 2 membandingkan tahap kepelbagaiankegiatan ekonomi dengan menggunakan indekspemusatan kegiatan Gini-Hirschman4 bagi negeri-negeri terpilih. Indeks ini mengukur sejauhmanakah kegiatan ekonomi sesebuah negeriterpusat kepada sebilangan kecil kegiatan atau

JADUAL 1Struktur ekonomi Kelantan 1980-2000, (%)

Sektor 1980 1985 1990 1995 2000*

PertanianPerlombonganPerkilanganPembinaanPengangkutanPerdaganganKewanganPerkhidmatan Kerajaan

42.20.86.44.58.66.8

10.420.3

38.20.8

7.74.98.76.7

10.522.6

30.90.8

14.53.69.0

11.86.8

22.6

25.20.6

15.94.19.7

14.17.2

23.2

20.80.4

17.74.4

10.616.77.4

22.0

Jumlah 100 100 100 100 100

Sumber. Dikira dari Jadual Apendiks dan data UPEN

JADUAL 2Indeks pemusatan Gini-Hirschman

1980 1985 1986 1988

JohorSarawakKelantanTerengganuPahangMalaysia

Sumber: Dikira dari dataUnit Perancang

0.45380.41720.49330.52410.50490.3871

Rancangan MalaysiaEkonomi (EPU)

0.41700.42810.46980.52410.49990.3725

Lima Tahun,

0.44900.45300.43640.63870.48890.3782

pelbagai tahun

0.45350.43730.43340.63670.48820.3884

4 Rumus Indeks Gini-Hirschman yang digunakan adalah seperti berikut:

20 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No. 1 2003

Page 3: Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift ... PAPERS/JSSH Vol. 11 (1) Mar...Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ... kajian ini mendapati

Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah

tersebar kepada pelbagai kegiatan. Dalamtempoh lima belas tahun 1980-95, indeks baginegeri Kelantan menjadi semakin mengecil,tetapi lebih tinggi berbanding indeks nasional.Ini menunjukkan tahap kepelbagaian ekonomiKelantan, walaupun semakin diperbaiki tetapimasih jauh daripada memuaskan dibandingkandengan yang berlaku di negeri-negeri lain. IndeksGini Kelantan pada tahun 1988 dibandingdengan indeks Gini Malaysia pada tahun 1980,menunjukkan tahap kepelbagaian ekonomiKelantan pada tahun 1988 sama dengan tahapkepelbagaian ekonomi nasional pada lapan tahunsebelumnya. Berbanding dengan Johor danSarawak, tahap kepelbagaian ekonomi Kelantanterialu jauh daripada memuaskan.

Kadar Pertumbuhan

Kelantan mengalami pertumbuhan ekonomitahunan yang sederhana (Jadual 3). Dalamtempoh 1980-85, kadar pertumbuhan tahunanKDNKnya ialah 5.96%, kemudian merosotkepada 2.54% dalam tempoh 1985-90, danmeningkat kembali kepada 6.2% dalam tempoh

JADUAL 3Kadar pertumbuhan tahunan, (%)

Tempoh

1980 - 19851985 - 19901990 - 19951980 - 19951996 - 20001991 - 2000

Kelantan

5.962.546.204.896.66.4

Malaysia

5.835.988.696.828.08.3

Sumber. Dikira dari Jadual 1

1990-95. Purata kadar pertumbuhan bagi tempoh1980-95 adalah 4.8%. Kecuali dalam tempoh1980-85, kedua-dua tempoh lima tahun yanglain, kadar pertumbuhan Kelantan adalah lebihrendah berbanding kadar yang dinikmati olehekonomi nasional.

Berdasarkan data KDNK tahunan yang dapatdiperoleh, tempoh 1985-90 menyaksikan terdapatsatu ketika yang menunjukkan KDNK negeriKelantan mengecut, iaitu pada tahun 1986. Iniselaras dengan apa yang berlaku dalam ekonomi

nasional yang juga mengecut kerana tekananresesi negara-negara maju. Dalam tempoh 15tahun antara 1980-95. KDNK Kelantan meningkatmenjadi dua kali ganda, sedangkan ekonominasional menikmati pembesaran sebanyak 2.6kali ganda.

Dalam tahun 1995, dengan menyumbang2.3% kepada KDNK nasional, Kelantanmenduduki tangga kedua terkebawah selepasPerlis. Perbandingan tanpa mengambil kira saizpenduduk seperti ini, walau bagaimanapun,adalah kurang tepat. Dengan mengambil KDNKper kapita negeri ini yang berjumlah RM1727,kajian ini mendapati Kelantan berada di anaktangga yang terkebawah sekali. Saiz pendapatanper kapita Kelantan adalah lebih kurang satupertiga daripada saiz KDNK per kapita nasionalyang berjumlah RM5815.4. Ini menunjukkandengan pertumbuhan ekonomi yang perlahantetapi pertumbuhan penduduk yang lebih pantas,ekonomi Kelantan telah tercicir dalam aruspembangunan ekonomi nasional.

Produktiviti Buruh

Produktiviti (output setiap orang pekerja)Kelantan didapati jauh ketinggalan ke belakangberbanding produktiviti nasional. Pada tahun1980 Kelantan mempunyai indeks produktivitiburuh 4.57 sedangkan ekonomi nasionalmempunyai 9.03. Walaupun Kelantan telahmemperbaiki taraf produktivitinya, meningkatkepada 5.17 pada tahun 1990, kajian inimendapati produktiviti nasional meningkatdengan kadar yang lebih pantas lagi, yaknikepada 13.27. Ini menjadikan jurang produktivitiKelantan-Malaysia semakin melebar. Jika dalamtahun 1980, produktiviti Kelantan menyamai 0.5produktiviti Malaysia, dalam tahun 1990 ia telahmerosot menjadi 0.38. Gambaran produktivitiKelantan-Malaysia bagi sektor-sektor ekonomiditunjukkan dalam Jadual 4.

Produktiviti buruh

Tahun

1980199019952000

JADUAL 4Kelantan dan Malaysia 1980-2000

Kelantan

4.575.185.786.70

Malaysia

9.0311.2714.7818.94

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No. 1 2003 21

Page 4: Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift ... PAPERS/JSSH Vol. 11 (1) Mar...Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ... kajian ini mendapati

Zakariah Abdul Rashid

Mengapakah keadaan seperti ini berlaku?Banyak faktor yang menyumbang kepada masalahini. Kajian ini akan mengemukakan faktor-faktoryang dapat diterangkan dari perspektif analisisshift-share wilayah sahaja.

ANALISIS WILAYAH - SHIFT-SHARE

Negeri Kelantan jauh tercicir dalam aruspembangunan ekonomi nasional. la berlakumungkin kerana barangan dan perkhidmatanyang dikeluarkan oleh negeri ini tidak berupayamerangsang pertumbuhan yang pantas, faktoryang dikategorikan sebagai "kesilapan" product-mix. Mungkin juga operasi pengeluaran di negeriini kurang berdaya saing, faktor yangdikategorikan sebagai kelemahan daya saing. Jikakita menganggap bahawa kedua-dua perkara inibenar, penyelesaian logikal ialah menukarproduct-mix berdasarkan kepada sesuatu kriteriatertentu dan meningkatkan kecekapan operasipengeluaran dengan menggunakan teknikpengeluaran yang lebih sesuai. Oleh keranaKelantan merupakan sebuah negeri di dalampersekutuan Malaysia, kita merasakan kajian yangmembandingkan prestasi ekonomi negeri inidengan ekonomi nasional menggunakan analisisshift-share amat sesuai.

Buat pertama kali diperkenalkan oleh Dunn(I960)5, teknik ini kemudian digunakan olehPerloff (1960) yang mengkaji data-data gunatenaga dan pekerjaan. Brown (1969), Franklindan Hughes (1973), Stevens dan Moore (1980),Andrikopoulos, Brox dan Carvalho (1990) telahmenggunakan teknik yang sama untuk mengkajidata-data guna tenaga dan nilai-tambah wilayah,menghuraikan jurang perbezaan pertumbuhanantara wilayah. Franklin dan Hughes (1973) danStevens dan Moore (1980) telah menggunakanteknik ini untuk membuat unjuran denganmenggunakan data tahunan dua digit industriyang diambil dari Biro Statistik Buruh AmerikaSyarikat. Dengan menggunakan teknik yangsama, Brown (1969) menggabungkan teknik inidengan teknik ekonometrik untuk mengun-jurkan guna tenaga. Beliau mengira koefisienketaksamaan Theil untuk menentukan araskecekapan ramalannya. Beliau mendapati modelsuper ingrown adalah efisien. Wee dan Wong

(1987) menggunakan kaedah ini untukmengenal pasti alternatif pasaran eksport.

Model Shift-Share

Teknik ini merupakan salah satu daripada teknik-teknik yang amat popular dalam kajian wilayah.Kelebihan teknik ini kerana dua sebab: (1)Teknik ini mudah digunakan dan bergantungkepada data yang mudah diperoleh, menjadikankajian ini cepat dilaksanakan dengan ketepatanyang boleh diterima. (2) Teknik ini belum lagimenerima kritikan dalam kajian empirik sehinggadapat menimbulkan kesangsian di kalanganpengamal. Oleh kerana teknik ini tidakmempunyai kelemahan yang serius, pengamalterus menggunakan teknik ini kerana kebaikan-kebaikan yang dinyatakan di atas.

Teknik ini akan memilih sebuah wilayahlain sebagai standard perbandingan. Perubahanstruktur Kelantan akan dibandingkan denganperubahan struktur wilayah standard ini. Dalamkajian ini wilayah standard yang dimaksudkanialah ekonomi nasional. Kaedah ini dapat jugamembandingkan prestasi subsektor-subsektor didalam kedua-dua wilayah, mengenal pastisubsektor-subsektor di Kelantan yang tumbuhlebih pantas dan yang berkembang lebihperlahan, berbanding yang dialami oleh ekonominasional. Maklumat sedemikian sangat bergunadalam menerangkan perubahan strukturekonomi Kelantan, yang mencorakkan senariopertumbuhan yang ada sekarang ini.

Kaedah ini memisahkan faktor-faktor yangmenghasilkan perubahan dalam KDNK wilayahdengan mengenal pasti komponen-komponenperubahan tersebut. Hasil kajian ini akan dapatmenerangkan dua peringkat maklumat, iaituperihal pertumbuhan dan kemerosotan (a)sesebuah wilayah dalam ekonomi nasional dan(b) sesebuah industri dalam sesebuah wilayah.Komponen 'peralihan wilayah' menerangkanprestasi relatif wilayah tersebut dalam sesebuahindustri. Peralihan wilayah (regional shift)berangka positif bermakna industri berkenaanmenikmati kelebihan berbanding lokasi(locational comparative advantage) bagi wilayahtersebut dan sebaliknya pula bagi peralihanwilayah berangka negatif.

Beliau membentangkan hasil kajiannya di dalam satu mesyuarat Sains Wilayah di Amerika Syarikat, memperkenalkankaedah ini untuk mengkaji secara sistematik data ekonomi wilayah.

22 PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 11 No. 1 2003

Page 5: Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift ... PAPERS/JSSH Vol. 11 (1) Mar...Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ... kajian ini mendapati

Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah

Setiap komponen dalam persamaanperalihan (shift) menyediakan paras terjangkabagi output pada akhir tempoh, setiap parasoutput terhasil daripada kuasa-kuasa yangmenghasilkan pertumbuhan atau kemerosotansesebuah industxi dalam wilayah tersebut dalamtempoh berkenaan. Jumlah paras terjangkadalam output ini merupakan jumlah outputdalam sesebuah sektor pada penghujung tempoh.

Komponen-komponen dalam analisis shift-share ini dapat diterangkan seperti di dalampersamaan-persamaan berikut:

Share Nasional (National Share):NSt =

Industri-Mix (Industry Mix):/M,= q^Q'/Q? -

Peralihan Wilayah (Regional Shift):

(1)

(2)

q. dan Q. masing-masing menunjukkanoutput wilayah dan output nasional dalam sektori; q dan Q adalah jumlah output wilayah dannasional dalam semua sektor; dan 0 dan 1merupakan tahun permulaan dan akhirantempoh yang dikaji. Maka, secara definisi outputsektor i mempunyai kaitan seperti dalampersamaan (4).

q{ = NS. + IM. +RSI (4)

Share wilayah atau Regional share dalamsektor i (atau regional proportion) ditakrifkanseperti dalam persamaan (5):

(5)

Sebutan yang terakhir ini menerangkanjumlah output terjangka dalam industxi i dalamwilayah tersebut jika industxi tersebut dapatberkembang di wilayah tersebut pada kadar yangsama dengan kadar yang dialami di peringkatnasional.

Data

Dalam melaksanakan kajian ini, kita memilihbeberapa tempoh selang masa. Pemilihan selangmasa ini begantung kepada data yang dapat kitaperoleh dan pada tempoh masa yang kita fikirkan

wajar dalam mengkaji kesan industxi mix dankesan peralihan wilayah. Selang masa kajian iniadalah seperti berikut: 1980-85, 1985-90, 1990-95dan 1980-95.

Tahun asas bermakna tahun awalan,misalnya bagi selang masa 1980-85, tahun asasialah tahun 1980 manakala bagi selang-masa1985-90, 1990-95 dan 1980-95, tahun asas masing-masing ialah 1985, 1990 dan 1980. Subsektor imewakili subsektor yang dikaji seperti subsektorPertanian, Perlombongan, Perkilangan dansebagainya.

Kajian ini menggunakan data-data KDNK(pada harga tetap 1978) Kelantan dan Malaysiaseperti yang diterbitkan dalam pelbagai terbitanRancangan Malaysia dan Kajian SemulaRancangan Malaysia. Data terkini KDNK ialahbagi tahun 1995 dan bagi kedua-dua ekonomitersebut diperoleh dari sumber yang tidakditerbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi,Jabatan Perdana Menteri. Data-data tersebutadalah seperti yang terlampir di bahagianApendiks.

HASIL KAJIAN

Kajian ini mendapati bahawa dalam tempohkeseluruhan, 1980-95, Kelantan telah mengalamikesan peralihan wilayah yang negatif (Jadual 5 -Jadual 8), menunjukkan negeri ini memilikikelemahan wilayah, berlaku dalam semuasubtempoh kecuali sub tempoh 1980-85. Nilai RSbagi subtempoh-subtempoh 1985-90, 1990-95 dantempoh keseluruhan 1980-95 semuanya negatifdan masing-masing adalah -RM362.46 juta,-RM3356.26 juta dan -RM862.55 juta; manakalabagi subtempoh 1980-85 adalah positif, iaituRM 11.07 juta. Ini menunjukkan kelebihanwilayah yang dimiliki oleh negeri ini padaperingkat awal telah bertukar menjadi kelemahanpula pada peringkat akhir tempoh kajian.

Dalam tempoh keseluruhan inijuga, kajianini mendapati nilai regional proportion (RP) lebihbesar daripada nilai output pada tahun akhiran.Nilai RP (RM3598.55 juta) ini adalah nilai yangdicapai jika jumlah output terjangka di Kelantanberkembang pada kadar yang sama dengan kadaryang dialami di peringkat nasional. Inimenunjukkan pertumbuhan ekonomi Kelantanbergantung sepenuhnya kepada pertumbuhannasional, sedangkan pengaruh wilayah menyum-bang secara negatif. Akibat perkembangan ini,

PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 11 No. 1 2003 23

Page 6: Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift ... PAPERS/JSSH Vol. 11 (1) Mar...Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ... kajian ini mendapati

Zakariah Abdul Rashid

JADUAL 5Hasil analisis shift-share Kelantan-Malaysia, 1980-85 (RM juta - mengikut harga tahun 1978)

PertanianPerlombonganPerkilanganPembinaanPengangkutanPerdaganganKewanganPerkhidmatan KerajaanJUMLAH

RP

666.7914.72

109.3588.52

177.35127.65196.49321.06

1774.93

RS

16.210.28

27.65-1.52

-22.35-8.65-9.49

81.9411.07

1980-85

NS

748.7114.60

114.1779.65

152.66120.80184.52359.75

1774.87

NS*

184.713.60

28.1719.6537.6629.8045.5288.75

437.87

IM

-81.920.12-4.828.87

24.686.85

11.97-38.69

0.06

Sumber: Dikira dari model shift-share

JADUAL 6Hasil analisis shift-share Kelantan-Malaysia, 1985-90 (RM juta - mengikut harga tahun 1978)

PertanianPerlombonganPerkilanganPembinaanPengangkutanPerdaganganKewanganPerkhidmatan KerajaanJUMLAH

RP

840.6819.37

257.4380.83

226.79138.78278.35388.53

2387.46

RS

-214.68-3.3736.57-7.83

44.79100.22

-140.3568.47

-362.46

1985-90

NS

912.9720.05

183.13116.29207.19159.07249.96538.69

2387.35

NS*

229.975.05

46.1329.2952.1940.0762.96

135.69601.35

IM

-72.29-0.6874.30

-35.4619.60

-20.2928.38

-150.160.12

Sumber: Dikira dari model shift-share

JADUAL 7Hasil analisis shift-share Kelantan-Malaysia, 1990-95 (RM juta - mengikut harga tahun 1978)

PertanianPerlombonganPerkilanganPembinaanPengangkutanPerdaganganKewanganPerkhidmatan KerajaanJUMLAH

RP

692.6718.44

548.67136.02301.30395.38229.18549.05

3071.26

RS

-3.67-1.44

-113.67-24.02-36.30-9.38

-32.1885.95

-335.26

1990-95

NS

949.3924.27

445.88110.71276.02362.47209.29693.09

3071.12

NS*

323.398.27

151.8837.7194.02

123.4771.29

236.091046.12

IM

-256.73-5.83

102.7925.3125.2832.9219.89

-144.040.14

Sumber: Dikira dari model shift-share

24 PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 11 No. 1 2003

Page 7: Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift ... PAPERS/JSSH Vol. 11 (1) Mar...Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ... kajian ini mendapati

Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah

JADUAL8Hasil analisis shift-share Kelantan-Malaysia, 1980-95 (RM juta - mengikut harga tahun 1978)

PertanianPerlombonganPerkilanganPembinaanPengangkutanPerdaganganKewanganPerkhidmatan KerajaanJUMLAH

RP

908.1321.91

383.45153.25429.58246.27485.73371.89

3598.55

RS

-219.13-4.9151.55

-41.25-164.58139.73

-288.73263.11

-862.55

1980-95

NS

1518.0129.61

231.47161.49309.52244.93374.12729.40

3598.54

NS*

954.0118.61

145.47101.49194.52153.93235.12458.40

2261.54

IM

-609.87-7.69

151.98^8.24

120.061.35

111.61-357.51

0.02

Sumber: Dikira dari model shift^share

negeri Kelantan telah kehilangan sharewilayahnya sebanyak hampir 32 %6. Jika negeriKelantan dapat mengekalkan tahap persainganwilayahnya, nilai output negeri ini pada tahun1995 boleh mencapai hampir RM3600 juta(Jadual 8). Kajian ini mendapati bahawaperalihan wilayah yang positif dalam subtempoh1980-85 pula tersangat kecil, iaitu lebih kurang0.6% daripada output tahun 1985.

Analisis Setiap Komponen

Daya saing Kelantan sebagai sebuah wilayahdalam ekonomi nasional dapat diukur dengankomponen RS. Lajur ini menunjukkan peralihanwilayah, sama ada Kelantan mempunyaikelebihan wilayah (nilai positif) atau kelemahanwilayah (nilai negatif) berbanding ekonominasional. Ini dilakukan dengan membandingkankadar pertumbuhan output sesebuah sektor yangberlaku di Kelantan dengan yang berlaku diperingkat nasional. Misalnya, sektor pertanianKelantan yang telah berkembang dengan kadaryang lebih perlahan berbanding yang berlaku diperingkat nasional telah mengakibatkan negeriini kehilangan share wilayah sebanyak RM219juta atau 32 %7 daripada output sebenar yangdicapainya pada tahun 1995.

Dalam tempoh keseluruhan, kajian inimendapati bahawa nilai peralihan wilayah adalahnegatif dalam semua sektor, kecuali dalam sektor-sektor perkilangan, perdagangan danperkhidmatan kerajaan; menandakan, kecuali

tiga sektor yang dinyatakan ini, semua sektor diKelantan mengalami kemerosotan sharewilayahnya. Sektor yang mengalami kehilanganshare wilayah yang terbesar ialah sektor kewangan(-146%) manakala sektor yang menikmatikelebihan terbesar dalam share wilayah ialahsektor perdagangan (+59%). Sektor pertanianjuga mengalami kemerosotan share wilayah(-32%) sedangkan kelebihan share wilayah dalamsektor perkilangan adalah kecil (12%).

Subtempoh 1980-85 merupakan tempohyang menunjukkan Kelantan mempunyai dayasaing wilayah, itS-keseluruhannya positif denganbilangan terbanyak sektor yang kompetitif.Subtempoh 1985-90 pula merupakan tempohyang paling tidak kompetitif bukan dari segibilangan sektor yang didapati tidak kompetitiftetapi dari segi nilai output yang hilang,terutamanya dalam sektor pertanian. Dalamsubtempoh tersebut, nilai output yang hilangkerana ketumpulan daya saing wilayah lebihkurang 18% daripada output 1990, sektorpertanian sahaja kehilangan 34% daripadaoutput pertanian 1990. Subtempoh 1990-95 bolehdikatakan tidak menunjukkan perubahan yanglebih baik daripada subtempoh sebelumnya,kehilangan output keseluruhan ialah 12%, tetapisektor pertanian telah berjaya mengurangkankelemahannya dengan merekodkan kehilanganoutput sebanyak 0.6%.

Nilai output Kelantan pada tahun 1995, jikanegeri tersebut dapat mengekalkan share

6 Kehilangan share wilayah dikira seperti berikut: (RS,)/qe dan dikira daripada data dalam Jadual 5 - Jadual 8 danJadual Apendiks. Semua angka peratusan selanjutnya dikira berdasarkan kaedah ini.

7 op. ciL

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No. 1 2003 25

Page 8: Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift ... PAPERS/JSSH Vol. 11 (1) Mar...Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ... kajian ini mendapati

Zakariah Abdul Rashid

wilayahnya, ditunjukkan dalam lajur RP. Misalnya,jika sektor pertanian dapat mengekalkan sharewilayahnya, outputnya pada tahun 1995 akanmenjadi RM908 juta. Jika output setiap sektor dinegeri Kelantan dibenarkan berkembangmenyamai dengan kadar pertumbuhan KDNKnasional, paras nilai outputnya pada 1995ditunjukkan seperti dalam lajur A/51. Misalnya,jika sektor pertanian dibenarkan berkembangmenyamai dengan kadar pertumbuhan KDNKnasional, nilai outputnya pada 1995 akan menjadiRM1518juta.

Lajur Aft* pula menunjukkan perubahandalam output sektoral jika ia diandaikanberkembang secepat kadar pertumbuhan KDNKnasional. Misalnya, output sektor pertanian akanmeningkat sebanyak RM954 juta jika iadibenarkan berkembang secepat kadarpertumbuhan KDNK nasional. Jika corakperubahan dalam industry mix (perubahanstruktur) yang berlaku di peringkat nasionaldiandaikan berlaku di negeri Kelantan, outputsetiap sektor negeri ini pada tahun 1995 akanmengalami pertambahan (positif) ataupengurangan (negatif) sebanyak nilai yangterdapat dalam lajur IM. Misalnya, jika negeriKelantan mengalami perubahan industry mixseperti yang berlaku di peringkat nasional, outputpertanian negeri ini pada tahun 1995 akanberkurangan sebanyak RM610 juta. Misalnya,kelambatan pertumbuhan sektor pertanianKelantan berbanding pertumbuhan sektortersebut yang berlaku di peringkat nasional telahmenyebabkan sektor tersebut kehilangan (sharewilayah) output dan kelambatan sektor iniberkembang di peringkat nasional berbandingkadar pertumbuhan KDNK telah menyebabkanoutput sektor tersebut berkurangan. Kedua-duakesan peralihan (total shift) ini telahmenyebabkan output sektor pertanianberkurangan sebanyak RM829 juta dalam tempohtersebut.

Analisis Sektor Pertanian dan Perkilangan

Sektor PertanianOutput sektor pertanian telah berkembangdaripada RM564 juta dalam tahun 1980 kepadaRM689 juta pada tahun 1995, iaitu kadarpertumbuhan tahunan 1.3%; sedangkanekonomi nasional mengalami pertumbuhanpertanian yang lebih pantas, 3.2%. Jika negeriKelantan dapat mengekalkan kadar pertumbuhanpertanian seperti kadar yang berlaku di peringkat

nasional, output pertanian negeri tersebut bolehmencapai RM908 juta.

Kelemahan pertumbuhan sektor ini di negeriKelantan berbanding prestasinya di peringkatnasional telah menyebabkan negeri inikehilangan share wilayahnya sebanyak RM219juta atau 32% daripada nilai output yangdicapainya pada tahun 1995. Kehilangan sharewilayah ini berlaku terutamanya dalam subtempoh 1985-90 (kehilangan share wilayahsebanyak RM215 juta atau 34% daripada outputpertanian 1990), sedangkan dalam subtempohsebelumnya, 1980-85, negeri ini mempunyai dayasaing dalam pertanian dengan kesan wilayahyang positif. Subtempoh seterusnya, 1990-95,walaupun sektor ini masih belum mempunyaidaya saing wilayah namun ia telah berupayamemperbaiki prestasinya dengan mengurangkankehilangan share wilayahnya kepada sebanyakRM3.6 juta atau 0.6% daripada output pertanian1995.

Bukan sahaja prestasi pertanian Kelantanlebih rendah daripada prestasi sektor ini diperingkat nasional, malah prestasi sektor ini diperingkat nasional juga adalah lebih rendahdaripada prestasi ekonomi keseluruhannya. Jikasektor pertanian Kelantan dibenarkanberkembang secepat perkembangan KDNKnasional yang jauh lebih pantas itu, outputpertanian Kelantan pada tahun 1995 bolehmencecah paras RM1518 juta, iaitu pertambahansebanyak RM954 juta. Kehilangan output keranakadar pertumbuhan pertanian Kelantan yanglebih rendah dengan kadar pertumbuhan KDNKberlaku dalam semua subtempoh.

Kadar pertumbuhan yang berbeza di antarasektor-sektor telah menghasilkan perubahanindustry mix atau perubahan struktur. Denganmengandaikan Kelantan mengalami perubahanindustry mix yang serupa dengan yang telahberlaku di peringkat nasional, output pertanianakan berkurangan sebanyak RM610 juta.Perubahan industry mix yang tidak menyebelahipertanian yang paling besar telah berlaku padasubtempoh 1990-95, dan ini telah mengurangkanoutput pertanian Kelantan sebanyak RM256 juta.

Dalam tempoh 1980-95, jumlah outputpertanian gagal berkembang sebanyak RM829juta kerana kesan negatif kedua-dua komponen:komponen peralihan wilayah (output pertaniandi Kelantan kurang daya saing) dan komponenindustry mix atau peralihan struktur (outputpertanian di peringkat nasional berkembang

26 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No. 1 2003

Page 9: Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift ... PAPERS/JSSH Vol. 11 (1) Mar...Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ... kajian ini mendapati

Ekonomi Negeri Kelantan dan Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah

lebih perlahan daripada pertum-buhan KDNKnasional). Fenomena ini amat ketara sekali dalamdua subtempoh yang terakhir, iaitu 1985-90 dan1990-95. Jika dalam subtempoh 1985-90 kesanperalihan wilayah mengatasi kesan industry mix,dalam sub-tempoh 1990-95 pula sebaliknyaberlaku, kesan industry mix mengatasi kesanperalihan wilayah, dalam menggagalkanperkembangan output pertanian. Implikasi dariperkembangan ini ialah jika dalam subtempoh1985-90 kegagalan output pertanian Kelantanlebih berpunca daripada kurangnya daya saingnegeri ini dalam pertanian; dalam subtempohseterusnya ia lebih berpunca daripada perubahanstruktur yang deras di peringkat nasional yangtidak menyebelahi sektor pertanian. Dalamsubtempoh awal pula, 1980-85, kajian inimendapati bahawa kelebihan daya saingpertanian Kelantan adalah terlalu kecilsehinggakan perubahan struktur yang berlakudi peringkat nasional dapat membatalkankelebihan ini.

Sektor PerkilanganOutput sektor perkilangan telah berkembangdaripada RM86 juta dalam tahun 1980 kepadaRM435 juta pada tahun 1995, iaitu kadarpertumbuhan tahunan 11.43 %; sedangkanekonomi nasional mengalami pertumbuhanperkilangan yang perlahan sedikit, 10.5%. Jikanegeri Kelantan mengekalkan kadarpertumbuhan perkilangan seperti kadar yangberlaku di peringkat nasional, output perkilangannegeri tersebut mencapai RM383 juta.

Kelebihan pertumbuhan sektor ini di negeriKelantan berbanding prestasinya di peringkatnasional telah menyebabkan negeri inimeningkatkan share wilayahnya sebanyak RM52juta atau 12% daripada nilai output yangdicapainya pada tahun 1995. Peningkatan sharewilayah ini berlaku hanya dalam dua subtempohyang awal sahaja, sedangkan subtempoh yangterakhir ia telah bertukar menjadi kelemahanwilayah. Dalam subtempoh 1980-85 kelebihanperalihan wilayah adalah sebanyak RM27 jutaatau 19% daripada output perkilangan 1985,manakala dalam subtempoh 1985-90, sebanyakRM36juta atau 12% daripada output perkilangan1990. Subtempoh seterusnya, 1990-95, sektor initelah kehilangan daya saing wilayahnya dengankesan peralihan wilayah yang negatif -RM113juta atau 26% daripada output perkilangan 1995.

Bukan sahaja prestasi perkilangan Kelantan

lebih baik daripada prestasi sektor ini diperingkat nasional, malah prestasi sektor ini diperingkat nasional juga adalah lebih baikdaripada prestasi ekonomi keseluruhannya. Jikasektor perkilangan Kelantan dibenarkanberkembang secepat perkembangan KDNKnasional yang sedikit perlahan itu, outputperkilangan Kelantan pada tahun 1995 bolehmencecah paras RM231juta, iaitu pengurangansebanyak RM214 juta. Kelebihan output keranakadar pertumbuhan perkilangan Kelantan yanglebih tinggi dengan kadar pertumbuhan KDNKberlaku dalam dua subtempoh yang terakhir.

Kadar pertumbuhan yang berbeza di antarasektor-sektor telah menghasilkan perubahanindustry mix atau perubahan struktur. Denganmengandaikan Kelantan mengalami perubahanindustry mix yang serupa dengan yang telahberlaku di peringkat nasional, output perkilanganakan meningkat sebanyak RM152 juta.Perubahan industry mix yang menyebelahiperkilangan telah berlaku pada subtempoh 1990-95, dan ini telah menyebabkan outputperkilangan meningkat sebanyak RM102 juta.

Dalam tempoh 1980-95, peningkatan outputperkilangan RM203 juta lebih disebabkan olehkesan positif industry mix atau peralihan struktur(output perkilangan di peringkat nasionalberkembang lebih perlahan daripada pertum-buhan KDNK nasional) berbanding kesan positifperalihan wilayah (output perkilangan di Kelantanlebih berdaya saing). Iaitu, tiga perempatdaripada peningkatan output perkilangan diKelantan disebabkan oleh perubahan strukturdi peringkat nasional manakala kelebihan wilayahmenyumbangkan bakinya. Analisis kedua-duakomponen ini menurut subtempoh mempamerhasil yang menarik: subtempoh 1980-85menyaksikan Kelantan sebagai lokasi perkilanganyang menarik sehingga dapat mengatasi kesannegatif perubahan struktur di peringkat nasional,subtempoh 1985-90 pula telah menawarkanperkembangan yang paling baik apabilapengekalan daya saing lokasi diperkukuh denganperubahan struktur yang sihat di peringkatnasional, dan akhir sekali subtempoh 1990-95menyaksikan daya saing lokasi Kelantan begituteruk menurun sehingga membatalkanperubahan struktur positif di peringkat nasional.Apa yang dapat dirumuskan dari perkembanganini ialah dalam tempoh 15 tahun ini sedangkanperubahan struktur yang berlaku di peringkatnasional sangat menggalakkan kegiatan

PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 11 No. 1 2003 27

Page 10: Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift ... PAPERS/JSSH Vol. 11 (1) Mar...Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ... kajian ini mendapati

Zakariah Abdul Rashid

perkilangan keadaan yang sebaliknya pulaberlaku di peringkat negeri dengan negeri inimenyaksikan kehilangan daya saing lokasinya.

RUMUSAN DAN DASAR

Analisis shift-share yang kita bincangkan dibahagian yang lalu mengkaji sama ada Kelantanmempunyai kelebihan lokasi atau kelemahanlokasi dalam proses pertumbuhan ekonominyabagi tempoh 1980-95. Penentuan sama ada negeriini mempunyai kelebihan atau kelemahan lokasidibuat dengan membandingkan Kelantandengan ekonomi nasional. Maka sebagai kajianperbandingan, apabila kajian ini mendapatiKelantan mempunyai kelemahan lokasi bukanlahbermakna kelemahan lokasi secara mutlak tetapisecara bandingan. Kelemahan lokasi ini, antaralain disebabkan oleh faktor-faktor berikut:-

(1) Kelantan mempunyai kemudahaninfrastruktur yang sangat terbatas. Negeri initidak mempunyai pelabuhan. Pelabuhan Kuantandan Pelabuhan Kemaman telah disediakan bagimemberi khidmat kepada pedagang-pedagangyang beroperasi di koridor pantai timur.Begitupun, kedua-dua pelabuhan ini merupakanpelabuhan yang khusus dan tidak mampumengendalikan komoditi-komoditi tertentu.Hanya baru-baru ini sahaja Kelantan disediakandengan pelabuhan darat di Kuala Krai untukmenyokong kegiatan pengeksportan melaluilaluan kereta api. Misalnya, pengimportan danpengeksportan bahan-bahan tekstil dari kilangdi Pengkalan Chepa terpaksa menggunakanperkidmatan pengangkutan darat jalan rayauntuk dibawa ke pelabuhan Pulau Pinang.

(2) Kelantan tidak mempunyai jaringan jalanraya yang mencukupi, walaupun ia merupakansatu-satunya model pengangkutan yangterpenting kepada nadi pembangunan ekonominegeri ini. Jalan raya di kawasan estetperindustrian Pengkalan Chepa tidak disenggaradengan baik dan tidak mempunyai lampu jalan.Ini menjadikan estet perindustrian negeri inikurang menarik. Kekurangan kemudahan initelah meningkatkan kos pengilangan. Pengilangdi Kelantan mengakui bahawa kelebihan kosburuh yang murah tidak dapat dinikmatisepenuhnya kerana kos pengangkutan yangterlalu tinggi boleh mengakibatkan kesan bersihdari kedua-ndua elemen kos ini tidak memihakkepada Kelantan sebagai lokasi yang menarik.

(3) Tambahan pula, Kelantan tidakmempunyai perkhidmatan pengendalian kargo

udara. Kebanyakan pengendalian kargodilakukan melalui jalan raya. Oleh kerana tiadakemudahan pelabuhan dan kemudahan kargoudara, negeri ini tidak memenuhi syarat untukmembina estet perindustrian perdagangan bebascukai (free trade zone, PTZ). Walau bagaimanapun,terdapat beberapa kilang di Pengkalan Cepayang diberikan status Pengilang Berlesen(Licensed Manufacturing Warehouses, LMW) yangmembebaskan mereka dari cukai import daneksport terhadap bahan dan barangan yangdiperdagangkan.

(4) Bekalan air yang cukup dengan kualitiyang boleh diterima oleh para pengilangmerupakan prasyarat kepada sesebuah programperindustrian. Kilang-kilang yang bergantungkepada air, seperti kilang makanan danminuman, kilang kimia dan kilang tekstil,misalnya, sangat sensitif kepada kemudahan ini.Kilang tekstil dyeing, misalnya, memerlukankualiti air yang tinggi untuk mendapatkan warnacelupan yang diingini. Kilang minuman ringandi Pengkalan Chepa yang sepatutnya bolehmengilang air minuman, kini terpaksa berpuashati dengan melakukan kegiatan sebagai stokissahaja. Ini berlaku kerana bekalan dan kualitiair yang ada di negeri Kelantan jauh daripadamemuaskan.

(5) Kelantan mempunyai simpanan gas asliyang banyak di pesisir pantainya. Gas aslimempunyai potensi nilai komersil yang amatberharga dan merupakan hanya satu-satunyajalan pintas dan harapan yang ada untukmengubah landskap ekonomi negeri ini. Olehkerana negeri ini tidak mempunyai kemudahanasas untuk menyalurkan gas tersebut ke pantai,beberapa kemudahan asas telahpun dirancanguntuk menyalurkan gas asli tersebut ke PantaiSenok, yang seterusnya dapat memajukanperindustrian petrokimia khususnya dan industri-industri lain amnya di negeri ini.

(6) Industri di negeri Kelantan lebihberintensifkan buruh berbanding yang terdapatdi pantai barat Semenanjung Malaysia. Dasarnegara dalam peletakan industri, walaupunbersesuaian dengan matlamat perancangannasional tetapi memberi kesan yang tidak diinginidalam perancangan wilayah. Dasar yangmenempatkan industri berintensif modal dipantai barat semenanjung dan industriberintensif buruh di pantai timur semenanjungtelah menetapkan syarat bahawa penempatankilang di koridor pantai barat hanya jika nisbah

28 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No. 1 2003

Page 11: Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift ... PAPERS/JSSH Vol. 11 (1) Mar...Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ... kajian ini mendapati

Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah

modal-buruhnya melebihi RM55,000, jika kurangdaripada jumlah itu kilang akan ditempatkan dikoridor pantai timur.

(7) Dasar peletakan semula industri ini bolehkita fahami - pantai barat semenanjung yangkekurangan buruh mestilah menggalakkanoperasi yang berintensifkan modal dan sebaliknyapantai timur semenanjung yang mempunyaikelebihan buruh secara relatif mestilahmenggalakkan operasi yang berintensifkanburuh. Kelantan yang berada di pantai timurdan yang mempunyai ramai buruh secara relatifberserta dengan harganya yang lebih murah,tentu akan menarik kegiatan perkilangan yanglebih berintensifkan buruh. Keadaan seperti inisedang berlaku dan natijah daripadanya ialahindustri negeri Kelantan secara bandingan lebihberintensifkan buruh, dan seterusnya mempunyaiproduktiviti buruh yang rendah. Walaubagaimanapun, dasar ini perlulah dilaksanakandengan bijaksana agar ia tidak bercanggahdengan dasar pembangunan wilayah.

(8) Kelantan kurang dapat meyakinkan parapelabur bahawa negeri ini dapat menawarkanperkhidmatan sokongan yang cekap danmemuaskan. Kerenah birokrasi yang meyulitkanhasil daripada gangguan pentadbiran dan politikyang terdapat dalam jentera pentadbiranmenjadikan banyak program yang bolehmerangsang pembangunan tidak dapatdilaksanakan.

(9) Kelantan menawarkan harga tanahperindustrian yang secara bandingan lebihmurah (harga tanah perindustrian di PengkalanChepa ialah RM4.50 sekaki persegi atau RM45semeter persegi). Walau bagaimanapun, negeriini sudah tidak mempunyai kawasan perin-dustrian yang masih kosong, namun ia masihcuba memajukan Kelantan sebagai destinasiperindustrian. Kawasan perindustrian baru telahdicadangkan, tetapi belum berhasil diwujudkankerana kekurangan tanah milik kerajaan yangsesuai ditambah dengan birokrasi yangmenyulitkan bagi mendapatkan tanahpersendirian. Bakal-bakal pengilang, padaumumnya, tidak tertarik dengan lokasi kilangyang berada di luar kawasan perindustrian keranaketiadaan infrastruktur yang bersepadu yangdicadangkan kepada mereka.

Dasar pembangunan ekonomi negeriKelantan haruslah dinilai dalam kontekspembangunan wilayah. Dalam kaitan ini,pembanguan ekonomi negeri ini haruslah

dirancang agar ia tidak tertinggal jauh dari arusperdana pembangunan ekonomi nasionaldengan memastikan sumber-sumber keluarannegeri digunakan secara cekap. Untuk mencapaidasar pembangunan ini strategi-strategi yangboleh dicadangkan ialah:

(1) Mempergiat usaha memajukan sektorperkilangan selaras dengan kerancakanpembangunan perkilangan di peringkat nasional.Ini dapat dilakukan dengan mengenal pastisektor-sektor strategik (niche) yang mempunyairantaian yang kuat dengan sektor-sektor lain.Kajian awal mendapati kegiatan-kegiatanperkilangan berasaskan kayu dan barangan kayu,petrokimia dan barangan kimia merupakansektor-sektor strategik. Selaras dengan dasar inikerajaan negeri haruslah meningkatkanproduktiviti buruh dengan memperbaiki tahappendidikan dan latihan dan menggunakan teknikpengeluaran berintensifkan modal danberteknologi tinggi.

(2) Menjadikan Kelantan sebagai satudestinasi pelaburan yang menarik. Ini dapatdilakukan dengan memperbaiki prasarana fizikal,termasuk meningkatkan taraf jalan-jalan raya,membekalkan kuantiti dan kualiti air yang bolehditerima oleh para pengilang, menaikkan taraflapangan terbang Kota Bahru kepada tarafantarabangsa agar ia dapat mengendalikan kargosecara lebih berkesan, dan menyediakan ZonPerdagangan Bebas.

(3) Menggiatkan sektor utama denganmengekal dan memulihkan kelebihan bandinganyang ia miliki dalam kegiatan sektor utama(primary), khususnya dalam sektor-sektorpertanian dan penternakan. Ini dapat dilakukandengan mengamalkan teknik pengeluaranmoden dan komersial dalam kedua-dua sektortersebut. Sektor tersebut harus mengubahkomposisi produk pertanian denganmengamalkan pendekatan yang lebih komersialdan menjadikan negeri Kelantan sebagai"Jelapang Makanan" dengan menggiatkan usahapertanian dan penternakan yang dapatmenambah bekalan makanan.

(4) Meningkatkan kemudahan sosial denganmeningkatkan peruntukan perbelanjaan yanglebih besar ke arah penyediaan perkhidmatansosial yang setanding dengan negeri-negeri lain.

Pembangunan ekonomi yang dinikmatidalam dekad-dekad yang lalu adalah hasildaripada kerjasama kerajaan-kerajaan negeri danpusat dalam menggubal dan melaksana program-

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No. 1 2003 29

Page 12: Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift ... PAPERS/JSSH Vol. 11 (1) Mar...Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ... kajian ini mendapati

Zakariah Abdul Rashid

program pembangunan. Galakan yang disediakantelah berjaya merangsang sektor swasta terlibatsama dalam memajukan ekonomi negeri.Pembangunan ekonomi negeri Kelantan padamasa akan datang haruslah berteraskanmeningkatkan kerjasama yang telah sedia terjalinagar ketidakseimbangan pembangunan ekonominegeri ini dalam pembangunan nasional dapatditangani dengan baik.

RUJUKAN

ANDRIKOPOULOS, A., J. BROX dan E. CARVALHO. 1990.

Shift-share Analysis and the Potential for PredictingRegional Growth Patterns: Some Evidence for theRegion of Quebec, Canada. Baltimore: JohnHopkins.

BENJAMIN, H. S. dan L. M. CRAIG. 1980. A critical

review of the literature on shift-share as aforecasting technicques. Journal of RegionalScience 20(4) Nov.: 419-38.

BROWN, H. J. 1969. Shift and share projections ofregional economic growth: an empirical test.Journal of Regional Science 12(1): 15-25.

FRANKLIN, J. Jr. dan Jr. HUGHES. 1973. A test of shiftshare analysis as a predictive device. Journal ofRegional Science 72(1): 47-65.

HANNU TERVO dan PAAVO OKKO. 1983. A note on

shift-share analysis as a method of estimatingthe employment effects of regional policy,Journal of Regional Science 23(1): 115-125.

HENRY W. HERzoG,Jr. d a n j . O. RICHARD. 1977. Shiftshare analysis revisited: the allocation effectand the stability of regional structure. Journalof Regional Science 17(3): 441-454.

PERLOFF, H. S. et al. 1960. Regions, Resources andEconomic Growth. Baltimore: John Hopkins.

UNIT PERANCANG EKONOMI. Rancangan Malaysia LimaTahun dan Kajian Semula Separuh PenggalRancangan Malaysia Lima Tahun, PelbagaiTahun.

UNIT PERANCANGAN EKONOMI NEGERI KELANTAN. 1997.

Kelantan Socio-Economic Profile. 1997.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. 2000. Pelan StrategikPembangunan Negeri Kelantan.

WEE, C. H. dan P. W. WONG. 1987. Identifyingexport opportunities for Singapore firmsthrough shift share analysis. Marketing Review.

(Diterima: 5 Januari 2001)

30 PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 11 No. 1 2003

Page 13: Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift ... PAPERS/JSSH Vol. 11 (1) Mar...Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah ... kajian ini mendapati

Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah

APENDIKSKeluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan dan Malaysia 1980 - 2000

(RM juta - mengikut harga tahun 1978)

Kelantan Malaysia

Sektor 1980 1985 1990 1995 2000* 1980 1985 1990 1995 2020*

PertanianPerlombonganPerkilanganPembinaanPengangkutanPerdaganganKewanganPerkhidmatan Kerajaan

564 683 626 689 783 10189 12046 14827 16406 1766411 15 16 17 15 4487 6006 7757 8938 794986 137 294 435 666 8932 11357 21340 39825 6358960 87 73 112 166 2066 3048 2832 5277 8302115 155 182 265 399 3108 4793 7013 11610 1837091 119 239 386 629 5383 7551 8806 14568 21549139 187 138 197 279 3687 5212 7758 12884 20136271 403 457 635 828 7876 9331 8996 10808 19077

Jumlah 1337 1786 2025 2736 3765 44702 59344 79329 120316 176635

Sumber : Rancangan Malaysia Lima Tahun, Pelbagai Tahun Unit Perancang Ekonomi (EPU)Nota : * Anggaran oleh EPU

PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 11 No. 1 2003 31