ekonomi-c3

Download EKONOMI-c3

If you can't read please download the document

Upload: zarfarie-aron

Post on 12-Jun-2015

535 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

EKONOMI CHAPTER 3

Permintaan Kesanggupan dan keupayaan pembeli untuk membeli sesuatu barang dalam kuantiti yang berbeza pada harga yang berbeza dalam satu tempoh masa tertentu. Hukum permintaan Hubungan songsang antara tingkat harga dan kuantiti diminta. ; ceteris peribus Apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti diminta untuk barang tersebut jatuh Apabila harga sesuatu barang jatuh, kuantiti diminta untuk barang tersebut naik. Harga mutlak Harga sesuatu barang dalam bentuk wang. Harga Relatif Harga sesuatu barang dalam bentuk barang lain. Dikira dengan membahagikan harga mutlak sesuatu barang dengan harga mutlak barang yang lain Apabila harga mutlak sesuatu barang meningkat, harga relatif sesuatu barang meningkat dan ceteris peribus Mengapa Kuantiti Diminta Jatuh Apabila Harga Naik Orang ramai menggantikan barang yang berharga rendah dengan barang yang berharga tinggi. Hukum Utiliti Marginal Semakin Berkurangan bagi tempoh masa yang diberikan, utilitimarginal (tambahan) atau kepuasan yang diperolehi daripada penggunaan bilangan unit berikutnya yang sama bagi sesuatu barang akan jatuh apabila bilangan penggunaan meningkat. Empat cara menggambarkan hukum permintaan 1. Perkataan

2. Simbol 3. Jadual -Jadual yang menunjukkan kuantiti barang yang diminta pada pelbagai tingkat harga 4. Keluk -Gambaran berangka bagi hokum permintaan Keluk permintaan individu Menunjukkan kombinasi harga dan kuantiti bagi barang tertentu untuk pembeli tunggal. Keluk permintaan pasaran Kombinasi harga dan kuantiti bagi barang tertentu untuk semua pembeli. Diterbitkan dengan mencampurkan keluk permintaan individu Perubahan dalam Keluk Permintaan 1. Pendapatan 2. Citarasa 3. Harga Barangan yang Berkaitan 4. Bilangan Pembeli 5. Jangkaan Harga Masa Depan 6. Musim hujan 7. Kemudahan kredit -peraturan ketat : turun -kemudahan kredit mudah : naik 1. Pendapatan Barang normal barang yang permintaannya meningkat (jatuh) apabila pendapatan meningkat (jatuh). Barang inferior barang yang permintaannya meningkat (jatuh) apabila pendapatan jatuh (menigkat). Barang neutral Barang yang permintaannya tidak akan berubah apabila pendapatan berubah.

2. Citarasa mempengaruhi amaun sesuatu barang yang sanggup dibeli pada harga tertentu. 3. Harga barang berkaitan

Pengganti Barang yang boleh digantikan penggunaannya oleh barang lain. Hubungan langsung dengan perubahan kuantiti barang pengganti dan harga sesuatu barang.

Penggenap Barang yang digunakan bersama barang lain Hubungan songsang dengan perubahan kuantiti barang penggenap dan harga sesuatu barang. 4. Bilangan pembeli Meningkat 1. Kadar kelahiran 2. Peningkatan migrasi 3. Perpindahan orang ramai Menurun 1. Kematian 2. Peperangan 3. Perpindahan

# Perubahan dalam permintaan menyebabkan anjakan dalam keluk permintaan. Disebabkan selain gharga barang itu ; musim, bilangan pembeli Jika permintaan bertambah, keluk anjak ke kanan. Jika permintaan jatuh, keluk anjak ke kiri. # Perubahan dalam kuantiti diminta mengubah satu titik di sepanjang keluk permintaan. Disebabkan harga barang itu sendiri

Penawaran Kesanggupan dan keupayaan penjual untuk mengeluar dan menjual sesuatu barang dalam kuantiti dan harga yang berbeza dalam satu tempoh masa tertentu. Hukum Penawaran Wujud hubungan langsung dengan tingkat harga dan kuantiti barang. Tidak boleh diguna pakai untuk barang yang tidak boleh dikeluarkan semula pada sebarang tempoh masa.

Apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti yang ditawar bagi barang tersebut naik Apabila harga sesuatu barang jatuh, kuantiti yang ditawar bagi barang tersebut jatuh.

Mengapa Keluk Penawaran Mencerun Ke Atas Keluk penawaran yang mencerun ke atas menunjukkan dalam keadaan tertentu, harga yang lebih tinggi merupakan satu insentif kepada pengeluar untuk mengeluarkan lebih banyak sesuatu barang. Hukum pulangan marginal berkurangan Keluk penawaran individu Kombinasi harga dan kuantiti untuk penjual tunggal Keluk penawaran pasaran menunjukkan kombinasi harga dan kuantiti untuk semua penjual bagi sesuatu barang tertentu.

Anjakan Keluk Penawaran 1. Perubahan dalam kuantiti ditawar Sepanjang keluk ; harga barang itu sendiri 2. Perubahan dalam penawaran Peralihan dakam keluk ; kanan dan kiri Selain factor hg barang itu sendiri ; teknologi Faktor Penawaran 1. Harga Sumber Yang Berkaitan Jika harga sumber yang berkaitan berubah, keluk penawaran akan beralih (Contoh: -Harga kayu meningkat, kos mengeluarkan pintu bertambah) 2. Teknologi Kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan penggunaan sumber dalam pengeluaran. Teknologi boleh meningkatkan kuantiti yang ditawar dengan mengeluarkan lebih banyak sesuatu barang dengan menggunakan sumber yang sama. 3. Bilangan Penjual Jika bilangan penjual bertambah, keluk penawaran beralih ke kanan.

4. Jangkaan Terhadap Harga Masa Depan Jika harga sesuatu barang dijangka naik pada masa depan, pengeluar akan menangguhkan pengeluaran, keluk penawaran beranjak ke kiri. 5. Cukai dan subsidi menambahkan kos per unit ; kiri Subsidi : pembayaran berbentuk wang oleh kerajaan kepada pengeluar Sesuatu barang atau perkhidmatan 6. Kawalan kerajaan menghadkan pengeluaran melalui kuota atau pelesenan

Keseimbangan Pasaran Persilangan keluk permintaan dan keluk penawaran Lebihan (surplus) atau lebihan penawaran Jika kuantiti ditawar melebihi kuantiti diminta akan wujud Kurangan (shortage) atau lebihan permintaan Jika kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawar akan berlaku Harga dan kuantiti keseimbangan (equilibrium price) Harga dimana kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawar adalah Kuantiti yang sehubungan dengan harga keseimbangan adalah kuantiti keseimbangan. Lebihan Pengguna perbezaan diantara harga paling tinggi atau maksimum yang pembeli sanggup bayar dengan apa yang sebenarnya pembeli bayar. Lebihan Pengeluar perbezaan diantara harga yang penjual terima dengan harga paling rendah atau minimum yang penjual sanggup jual untuk barang berkenaan. Kawalan Harga Harga Bumbung harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan ke atas sesuatu barang yang lebih rendah daripada harga pasaran. Harga bumbung boleh menyebabkan: 1. Kurangan (Lebihan Permintaan)

2. Urusniaga Yang Kurang 3. Alat Catuan Bukan Harga 4. Pembelian dan Penjualan Pada Harga Terlarang (Lebih Daripada Harga Bumbung) 5. Tie in Sales (Jualan Secara Pakej) Harga Lantai harga minimum yang ditentukan oleh kerajaan ke atas sesuatu barang yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Harga lantai boleh menyebabkan: 1. Lebihan (Lebihan Penawaran) 2. Urusniaga Yang Berkurangan