ekonomi binaan

Upload: chowenk-schokolad-liebhaber

Post on 10-Jul-2015

121 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Soalan 4 (A) Terangkan DUA (2) implikasi kos terhadap ruang sirkuasi. Jawapan 4 (1.a) 2 implikasi kos terhadap ruang sirkulasi ialah:i) kos pembinaan bangunan meningkat; hal ini adalah disebabkan oleh fungsi ruang sirkulasi yang tidak mempunyai apa-apa fungsi tetapi ianya perlu ada dan perlu dibina dalam sesebuah pembinaan. Walaupun tiada fungsi tetapi ianya perlu dibina dan itu boleh menambahkan kos pembinaan. ii) kos penyelenggaraan meningkat; terdapat ruang yang besar tanpa sebarang fungsi tetapi kerja penyelenggaraan perlu dijalankan. Hal ini akan menaikkan kos penyelenggaraan bangunan (10 markah) (10 markah)

Jawapan 4 (2.a) Keluasan lantai kasar oleh keluasan lantai bersih seberapa boleh hendaklah tidak jauh berbeza. Bangunan bertingkat memerlukan tangga dan kemungkinan juga lif, saluran paip dan lain-lain. Kesemua ini memerlukan ruang lantai yang sepatutnya dimasukkan ke dalam ruang lantai bersih. Kos per keluasan lantai bersih boleh menjadi salah satu ukuran yang baik bagi menyatakan kos, tetapi ia boleh diberi ukuran yang jauh berbeza daripada kos/KLK. Adalah tidak mustahil bagi bangunan yang berlainan, mempunyai kos/KLK yang sama, tetapi berbeza dari segi kos per keluasan lantai bersih. (6 markah)

Jawapan 4 (3.a) Keluasan lantai kasar dan kelusan lantai bersih seberapa boleh hendaklah tidak jauh berbeza. Bangunan bertingkat memerlukan tangga dan kemungkinan juga lif, saluran pembuangan sampah, saluran paip dan lain-lain. Kesemua ini memerlukan ruang lantai yang sepatutnya dimasukkan ke dalam ruang lantai bersih. Kos per keluasan lantai bersih boleh menjadi salah satu ukuran yang baik bagi menyatakan kos tetapi, ianya boleh diberi ukuran yang jauh berbeza daripada kos/KLK. Adalah tidak mustahil bagi bangunan yang berlainan, mempunyai kos/KLK yang sama, tetapi berbeza dari segi kos per keluasan lantai bersih. (6 markah) Jawapan 4 (4.a) Keluasan ruang peredaran adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi reka bentuk amat ketara terutama kepada bangunan komersil yang didirikan untuk tujuan sewaan. Sewaan yang diperolehi amat bergantung kepada keluasan bersih atau boleh diguna. Kos per keluasan lantai bersih boleh menjadi salah satu ukuran yang baik bagi menyatakan tetapi, ianya boleh memberi ukuran yang jauh berbeza daripada kos/KLK. Adalah tidak mustahil bagi bangunan yang berlainan, mempunyai kos/KLK yang sama, tetapi berbeza dari segi kos per keluasan lantai bersih. (8 markah) Jawapan 4 (5.a) Dua (2) implikasi kos terhadap ruang sirkulasi: Kos per keluasan lantai bersih boleh menjadi salah satu ukuran yang baik bagi menyatakan kos tetapi, ianya boleh memberi ukuran yang jauh berbeza daripada kos/KLK. Adalah tidak mustahil bagi bangunan yang berlainan, mempunyai kos/KLK yang sama, tetapi berbeza dari segi kos per keluasan lantai bersih. Keluasan ruang peredaran adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi reka bentuk. Ini amat ketara terutama kepada bangunan komersil yang didirikan

untuk tujuan sewaan. Sewaan yang diperolehi amat bergantung kepada keluasan bersih atau boleh guna. (6 markah) Jawapan 4 (6.a) Kos per keluasan lantai bersih boleh menjadi salah satu ukuran yang baik bagi menyatakan kos tetapi, ianya boleh memberi ukuran yang jauh berbeza daripada kos/KLK. Adalah tidak mustahil bagi bangunan yang berlainan, mempunyai kos/KLK yang sama, tetapi berbeza dari segi kos per keluasan lantai bersih. Keluasan ruang peredaran adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi reka bentuk. Ini amat ketara terutama kepada bangunan komersil yang didirikan untuk tujuan sewaan. Sewaan yang diperolehi amat bergantung kepada keluasan bersih. (4 markah) Soalan 4 B Kebiasaannya, kos keseluruhan pembinaan bangunan besar lebih tinggi berbanding bangunan kecil. Tetapi dari segi unit kos, pembinaan bangunan bersaiz besar adalah lebih rendah dan menguntungkan. Terangkan TIGA (3) sebab keadaan ini berlaku. Jawapan 4 (1.b) Kos berubah mengikut jenis, bentuk dan pembinaan bangunan i) Contohnya, di mana pertambahan tingkat tidak mempengaruhi struktur kerangka diperlukan untuk menggantikan pembinaan galas beban, kos akan bertambah terutama apabila bangunan melebihi empat tingkat. ii)Kadangkala, adalah perlu untuk membina bangunan tinggi bagi mendapatkan KLF yang besar, estetik dan prestij atau mendapatkan penggunaan lantai yang maksima bagi tanah yang mahal. Dengan ini, keluasan lain akan bertambah apabila membina bangunan yang tinggi, di samping itu, dapat mengelakkan kos untuk membeli tanah atau tapak yang lebih luas. iii)Kos lif, kos eskalator dan tangga juga bertambah apabila tinggi bertambah. (15 markah)

Kawalan yang ketat akan dikenakan untuk menyediakan tangga sebagai laluan keselamatan semasa kebakaran. Kos pemasangan, operasi dan penyelenggaraan lif dan eskalator pula meningkat mengikut pertambahan tinggi. (15 markah)

Jawapan 4 (2.b) 3 sebab ialah:i) Secara amnya pertambahan saiz banggunan akan mengurangkan unit kos tersebut

ii)

pertambahan kos tidak berkadar terus dengan pertambahan saiz;

-

kos-kos seperti pengangkutan, membina dan penyimpanan, jalan sementara dan lain-lain tidak bertambah seimbang dengan peningkatan saiz projek.

iii)

Kos kelengkapan servis tidak meningkat seimbang dengan saiz bangunan ;

-

kos pemasangan, operasi dan penyenggaraan servis bagi dua unit bangunan B adalah tinggi

bangunan B KLK Luas dinding Nisbah dinding/KLK = 2500 x 2 = 800 x 2 = 0.32 (10 markah)

Jawapan 4 (3.b) - Kos tetap pembinaan tidak berkadar terus dengan pertambahan saiz bangunan. Kos-kos seperti pengangkutan, membina dan merobohkan bangunan sementara di tapak dan pembinaan stor penyimpanan tidak bertambah seimbang dengan pengangkutan saiz projek. Adalah lebih ekonomi untuk membina bangunan yang besar daripada membina beberapa bangunan kecil yang memberi keluasan lantai kasar yang sama dengan bangunan besar tadi, kerana kos-kos seperti kos pembinaan dinding luar dan kerja-kerja berkaitan, kerja-kerja perpaipan, pemasangan bumbung dan lain-lain akan berkurang. Kos kelengkapan servis seperti lif, eskalator, penghawa dingin dan pemasangan peralatan elektrik tidak meningkat seimbang dengan saiz bangunan kos pemasangan, operasi dan penyelenggaraan bangunan berbeza. Bagi kos penyelenggaraan, bangunan yang besar akan mempunyai kos yang tinggi. Ini adalah kerana pertambahan di dalam saiz bererti lebih banyak elemen-elemen dan ruang-ruang yang perlu diselenggarakan. (10 markah) Jawapan 4 (4.b) Apabila membina bangunan yang besar, kos keseluruhan bangunan tersebut adalah lebih tinggi daripada bangunan yang kecil. Pertambahan saiz bererti pertambahan penggunaan bahan binaan penggunaan elektrik yang lebih, alat mekanikal yang lebih besar dan lain-lain. Dari segi unit kos adalah lebih rendah kerana kos tetapi pembinaan tidak berkadar terus dengan pertambahan saiz bangunan. Adalah lebih ekonomi untuk membina sebuah bangunan yang besar daripada membina beberapa bangunan kecil yang memberikan keluasan lantai kasar yang sama dengan bangunan besar, kerana kos-kos seperti kos pembinaan dinding luar dan kerja-kerja perpaipan, pemasangan bumbung dan lain-lain akan berkurangan. Secara amnya pertambahan saiz bangunan akan mengurangkan unit kos bangunan tersebut. Pertambahan kos tidak berkadar terus dengan pertambahan saiz, lebih besar keluasan lantai bangunan, lebih rendahlah kos per meter persegi. (8 markah)

Jawapan 4 (5.b) Bangunan kediaman : Tangga ;Biasanya digunakan adalah tangga larian lurus kerana ia lebih ekonomi dan praktikal Tangga seperti elips juga boleh digunakan kerana ia menjimatkan ruang tetapi kurang sesuai untuk pemindahan perabot. Kemasan;Bangunan kediaman selalunya menggunakan kemasan lantai seperti marmar, parket dan sebagainya yang mempunyai nilai estetika kerana ia merupakan bangunan persendirian tetapi juga bergantung kepada jenis kediaman. Bangunan pejabat: Tangga : Merupakan salah satu alternatif selain daripada penggunaan lif bagi bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat. Pembinaan tangga konkrit adalah lebih ekonomi daripada penggunaan tangga bergerak seperti eskalator/eskalator. Dinding Kebanyakkan bangunan pejabat pada masa kini adalah menggunakan kaca dan aluminium pada dinding luarnya kerana ia mudah diselenggara walaupunkos pembinaanya adalah tinggi. Bangunan industri: Kemasan Bangunan perindustrian seperti kilang dan sebagainya.

(15 markah)

Jawapan 4 (6.b) Tiga (3) sebab. i. Secara amnya, pertambahan saiz bangunan akan mengurangkan unit kos bangunan tersebut. Pertambahan kos tidak berkadar terus dengan pertambahan saiz. Lebih besar lantai bangunan, lebih rendahlah kos per meter persegi.

ii.

Apabila membina bangunan yang besar, kos keseluruhan bangunan itu adalah tinggi daripada bangunan yang kecil. Nisbah luas dinding dengan KLK tidak berubah seimbang dengan saiz bangunan. Bagi bangunan yang besar nisbah adalah lebih kecil dan ini bermakna bangunan tersebut lebih ekonomi untuk dibina.

iii.

Adalah lebih besar ekonomi untuk membina sebuah bangunan yang besar daripada membina beberapa bangunan kecil yang memberikan keluasan lantai kasar yang sama dengan bangunan besar itu kerana kos-kos seperti kos pembinaan dinding luar dan kerja-kerja perpaipan, pemasangan bumbuung dan lain-lain akan berkurangan. (10 markah)

Jawapan 4 (7.b) Secara amnya pertambahan saiz bangunan akan mengurangkan unit kos bangunan pertambahan kos tidak berkadar terus dengan pertambahan saiz. Lebih besar keluasan lantai bangunan, lebih rendahlah kos per meter persegi.

-

Apabila membina bangunan yang besar, kos keseluruhan bangunan tersebut adalah lebih tinggi dari bangunan yang lebih kecil. Pertambahan saiz bererti pertambahan penggunaan bahan binaan, penggunaan elektrik yang lebih, mekanikal yang lebih besar dan lain-lain. Tetapi dari segi unit kos adalah lebih rendah kerana kos tetapi pembinaan tidak berkadar terus dengan pertambahan saiz bahan nisbah luas dinding dengan KLK tidak berubah seimbang dengan saiz bangunan. Bagi bangunan yang lebih besar nisbah ini adalah lebih kecil bermakna bangunan yang lebih ekonomi.

-

Adalah lebih ekonomi untuk membina sebuah bangunan yang besar daripada membina beberapa bangunan kecil yang memberikan keluasan lantai kasar yang sama dengan

bangunan besar tadi, kerana kos-kos seperti kos pembinaan dinding luar dan kerja-kerja perpaipan,pembinaan bumbung dan lain-lain akan berkurangan. (12 markah) Jawapan 4 (8.b) i) Adalah lebih ekonomi untuk membina sebuah bangunan yang besar daripada membina beberapa bangunan kecil yang memberikan kelusan lantai kasar yang sama dengan bangunan besar tadi, kerana kos-kos seperti kos pembinaan dinding luar dan kerja-kerja berkaitan, kerja-kerja perpaipan, pemasangan bumbung dan lain-lain akan berkurangan. ii) Bagi kos penyelenggaraan, bangunan yang besar akan mempunyai kos yang tinggi, ini adalah kerana pertambahan di dalam saiz bererti lebih banyak elemen-elemen dan ruang-ruang yang perlu diselenggarakan. (8 markah) Soalan 5 (A) a) Pemilihan jenis bahan bagi lantai akan memberi implikasi kepada kos pembinaannya. Terangkan keperluan fungsi dan implikasi kos pembinaan lantai berikut: i) ii) Lantai kayu Lantai konkrit (10 markah)

Jawapan 5 (1.a) Lantai kayu; -Pembinaan lantai kayu sebuah rumah dibina di atas jeriau pada jarak lebih kurang 400-500 mm. -Saiz jertau bergantung kepada rentang lantai. Jika rentang adalah kecil, saiz jeriau juga menjadi kecil. -Dengan menyelaraskan jarak jertau, beban ke atas jeriau dan saiz boleh diubah. Rentang lantai yang besar memerlukan sokongan bagi menambahkan kekuatan dan ini akan menambahkan kos keseluruhan.

Lantai konkrit; -Beban yang boleh dibawa berubah mengikut jenis penggunaan dan rentang lantai. Berat lantai akan memberi kesan kepada saiz komponen-komponen struktur atau tebal dinding galas beban. -Lantai konkrit tuang di-situ padu adalah lebih berat daripada lantai pot geronggong bagi membawa beban dan rentang yang sama. -Kos penyediaan dan pemasangan pot lebih tinggi dari konkrit. Apabila membuat perbandingan dua jenis lantai kesan ke atas kerangka mestilah diambil kira. (10 markah)

Jawapan 5 (2.a) -Memerlukan kos yang rendah kerana tidak memerlukan ruang yang besar untuk ruang sirkulasi -Akan menjadi pembaziran sekiranya ruang sirkulasi itu telah digunakan dengan sebaiknya (2 markah) Jawapan 5 (3.a) Keperluan fungsi dan implikasi kos pembinaan lantai berikut ialah:Lantai kayu; -Dibina di atas jeriau pada jarak lebih kurang 400 450 mm. -Rentang lantai yang besar memerlukan sokongan bagi menambahkan kekuatan. -Faktor ini akan meningkatkan kos pembinaan keseluruhan. Lantai konkrit; -Beban yang dibawa berubah mengikut jenis penggunaan dan rentang lantai. -berat lantai akan memberi kesan kepada saiz komponen struktur atau tebal dinding galas beban.

-kos pembinaan akan meningkatkan kerana berat lantai akan mempengaruhi penggunaan asas. Penggunaan asas yang lebih kuat diperlukan. (15 markah)

Soalan 5 B b) Terangkan keperluan fungsi dan implikasi kos bagi bangunan berikut: i) ii) iii) Bangunan kediaman Bangunan pejabat Bangunan industri (15 markah)

Jawapan 5 (1.b) i)bangunan kediaman kemasan -kos kerangka dipengaruhi oleh saiz bangunan, tinggi bangunan, beban yang ditanggung rentang tiang disamping saiz kerangka itu sendiri. -bahan yang digunakan untuk membaca kerangka terdiri daripada konkrit atau keluli. -kerangka konkrit adalah lebih murah berbanding keluli namun kerangka keluli mampu menampung beban mati yang lebih tinggi. Bumbung -bangunan kediaman rendah biasanya dibina dengan bumbung curam. -Ini akan ditambah dengan bentuk bumbung yang ringkas bagi menjimatkan kos kerana bentuk yang komplek akan menambahkan lagi kos. -kebanyakan bangunan kediaman yang tinggi seperti apartmen menggunakan bumbung rata. Bangunan pejabat Dinding -Bangunan pejabat masa kini bagi dinding luarnya menggunakan kaca dan aluminium kerana mudah diselenggara, walaupun kos pembinaan tinggi.

-Namun dalam jangka masa panjang adalah ekonomi kerana tidak memerlukan kerja-kerja seperti mengecat. Tangga -Elemen tangga adalah alternatif kepada penggunaan lif bagi bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat -Pembinaan tangga konkrit adalah lebih ekonomi daripada penggunaan tangga bergerak (escalator) -Susunatur tangga biasanya adalah selari dari satu tingkat ke tingkat yang lain bagi menjimatkan kos. Bangunan industri Bumbung -Keperluan untuk menyediakan rentang besar tanpa ganguan dan laluan cahaya akan menjimatkan pengunaan bahan. -Pembinaan bumbung yang ringan seperti keluli, zink dan aluminium adalah sesuai untuk bangunan jenis ini. Dinding -Dinding biasanya menggunakan penutup zink. -walaupun jumlah kuantiti yang banyak diperlukan namun ini lebih murah berbanding penggunaan dinding rata. -Penggunaan penutup zink atau aluminium amat sesuai kerana mudah dibuka bagi tujuan memindahkan bahan-bahan. Kemasan -Cement screeding bagi lantai kilang adalah paling sesuai kerana tahan lasak bagi menampung kerja-kerja berat yang dilakukan di dalam kilang -Penggunaan screeding adalah menjimatkan kos. (15 markah)

Jawapan 5 (2.b) Bangunan kediaman - Bangunan kediaman selalunya menggunakan kemasan lantai seperti marmar, parket dan sebagainya yang mempunyai nilai estetika kerana ia merupakan bangunan persendirian tetapi ia juga bergantung kepada jenis kediaman Bangunan pejabat - merupakan salah satu alternatif iaitu tangga selain daripada penggunaan lif bagi bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat. Pembinaan tangga konkrit adalah lebih ekonomi daripada penggunaan eskalator. -Dinding pada kebanyakan bangunan pejabat pada masa kini adalah menggunakan kaca dan aluminium pada dinding luarnya kerana ia mudah diselenggara walaupun kos pembinaannya tinggi Bangunan industri -Bangunan perindustrian seperti kilang dan sebagainya selalunya menggunakan kemasan lantai seperti simen berbanding dengan penggunaan marmar kerana fungsinya sendiri untuk kerja-kerja berat dan perlu menampung banyak jentera berat. (15 markah)