ekologi

11
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din _____________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT. 1 PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2 Bahagian A dan C Ekologi * Catatan : Soalan berkaitan Lautan dan Pencemaran Air terdapat lengkap dalam Buku Bengkel Siri 3 Pengajian Am Skor A Penggal 2 (STPM 2015/2016) Cikgu SEZALI DIN Cikgu SEZALI DIN 1991~2015 10 April 2015 3.00 pm EKOLOGI CABARAN-CABARAN DAN LANGKAH PENYELESAIAN * Skop Kajian : Punca-punca Manfaat Langkah-langkah Hutan Kawasan Tanah Tinggi / Kawasan Tanah Tinggi Hutan / Penerokaan Hutan / Pembalakan Haram Pencemaran Air, Udara, Laut Laut Kejadian Tanah Runtuh Banjir Meluas / Kilat Sampah sarap Krisis Air dan Air Bawah Tanah Flora dan Fauna

Upload: adminmetafora

Post on 13-Nov-2015

2.669 views

Category:

Documents

6 download

DESCRIPTION

Nota Tambahan Untuk STPM Pengajian Am Penggal 2 Bahagian A dan C

TRANSCRIPT

  • Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _____________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

    1

    PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2

    Bahagian A dan C

    Ekologi

    * Catatan : Soalan berkaitan Lautan dan Pencemaran Air terdapat lengkap dalam Buku Bengkel Siri 3

    Pengajian Am Skor A Penggal 2 (STPM 2015/2016) Cikgu SEZALI DIN

    Cikgu SEZALI DIN 1991~2015

    10 April 2015 3.00 pm

    EKOLOGI

    CABARAN-CABARAN DAN

    LANGKAH PENYELESAIAN

    * Skop Kajian : Punca-punca Manfaat Langkah-langkah

    Hutan Kawasan Tanah Tinggi / Kawasan Tanah

    Tinggi

    Hutan / Penerokaan Hutan / Pembalakan

    Haram

    Pencemaran Air, Udara, Laut

    Laut

    Kejadian Tanah Runtuh

    Banjir Meluas / Kilat

    Sampah sarap

    Krisis Air dan Air Bawah Tanah

    Flora dan Fauna

  • Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _____________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

    2

    Pengajian Am STPM Penggal 2 MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA

    Ekologi

    1 Kawasan Hutan Tanah Tinggi / Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi

    Soalan :

    Kawasan hutan tanah tinggi mempunyai pelbagai manfaatnya. Kerakusan manusia terhadap kawasan ini boleh

    mendatangkan impak kepada kehidupan dan alam sekitar.

    Huraikan.

    * Skema Jawapan :

    a) Pengenalan :

    A1 Kawasan hutan tanah tinggi menjadi kawasan ekologi semula jadi di Malaysia.

    A2 Kawasan hutan tanah tinggi mempunyai pelbagai manfaat, namun penerokaannya telah memberi pelbagai impak kepada kehidupan dan alam sekitar.

    b) Isi-isi

    Isi-isi Huraian

    A. Manfaat

    1. Sumber bekalan air bersih

    Kawasan hutan tanah tinggi mempunyai kepentingan sebagai sumber bekalan air bersih.

    Berkeupayaan untuk menyerap dan mengalirkan air secara perlahan-lahan ke dalam anak sungai.

    Berfungsi sebagai penuras yang menapis hujan bagi memastikan kejernihan dan kebersihan air yang dialirkan.

    Bebas dripada pencemaran buatan manusia, kesegaran alam semulajadi dan penyerapan asid / karbon oleh tumbuh-tumbuhan

    Selamat, kesihatan terjamin, air jernih dan sesuai untuk kegunaan harian

    2. Keseimbangan ekosistem

    Kawasan hutan tanah tinggi boleh menjadi keseimbangan kepada alam sekitar.

    Mengekalkan kestabilan alam sekitar melalui keseimbangan suhu, gas-gas dan udara.

    Hutan sebagai peparu bumi / kolam karbon yang menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen melalui proses fotosintesis

    Keadaan ini dapat menstabilkan suhu dan mengekalkan kitaran karbon dioksida dalam alam sekitar.

    Tumbuhan membebaskan gas oksigen untuk organisama hidup

    Satu sistem pernafasan alam semula jadi untuk keseimbangan alam berlaku

    3. Habitat flora dan fauna

    Kawasan hutan tanah tinggi menjadi kawasan habitat flora dan fauna.

    Terdapat pelbagai spesies hidupan, tempat membiak dan terdapat sumber bekalan makanan.

    Antara tumbuh-tumbuhan yang terdapat di hutan ini ialah orkid, periuk kera, dan bunga rafflesia, manakala spesies hidupan meliputi kongkang, kucing batu, dan tupai.

    Flora dan fauna tersebut merupakan warisan generasi yang dapat menarik pelancong dan dijadikan bahan penyelidikan.

    4. Sumber perubatan

    Kawasan hutan tanah tinggi mempunyai manfaat sebagai sumber perubatan moden dan tradisional.

    Herba-herba, akar-akar kayu, daun, kulit minyak kayu yang berguna kepada manusia dalam mengatasi masalah penyakit.

    Hutan yang kaya dengan herba, akar kayu, daun, kulit kayu, getah, dan pucuk yang sesuai dan berguna dalam perubatan alternatif dan tradisional.

    Sumber hutan ini dapat mengubati penyakit seperti tekanan darah tinggi, sakit kepala, sakit perut, dan luka.

    Antara jenis tumbuhan yang dapat dijadikan bahan ubat ialah tongkat Ali, kacip Fatimah, ubi gadung, halia liar, senduduk, dan hempedu bumi.

    * Disesuaikan daripada soalan Pengajian Am STPM 2009 (S.4 Bahagian B) *

  • Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _____________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

    3

    5. Kawasan hutan simpan negara

    Kawasan hutan tanah tinggi juga boleh menjadi kawasan hutan simpanan negara.

    Pengekalan jenis-jenis pokok utama seperti meranti, seraya, merbau, keruing, kempas; - elak kepupusan

    * Isi-isi tambahan :

    6. Kawasan tadahan untuk menjana elektrik hidra

    Sesuai untuk pembinaan empangan

    Contoh : empangan Kenyir, Bakun, Temenggur dan Cenderoh, Pangi di Tenom

    Kegunaan domestik dan perindustrian

    7. Sumber P&P Kajian dan Penyelidikan khazanah flora dan fauna, iklim, struktur tanah, kehidupan dan ilmu biodiversiti

    B. Impak

    8. Hakisan tanah Kawasan hutan tanah tinggi yang diteroka boleh menyebabkan berlakunya hakisan tanah

    Penebangan pokok menyebabkan struktur tanah menjadi longgar

    Terdedah kepada hujan secara langsung, larian air, dan mengubah keadaan fizikal kawasan persekitaran

    9. Kejadian tanah runtuh

    Kawasan hutan tanah tinggi yang diteroka boleh menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh

    Kedudukan yang curam dan tiada penghalang menyenangkan runtuhan, contoh: sepanjang lebuh raya, kawasan Genting Highlands, Cameron Highlands, Lojing.

    Kemusnahan khazanah alam dan harta benda

    10. Kemusnahan habutat flora dan fauna

    Kawasan hutan tanah tinggi yang diteroka juga boleh memberi impak kepada kemusnahan habitat flora dan fauna

    Hidupan hutan terancam dan akan pupus

    Menyulitkan R&D

    Gangguan haiwan liar di kawasan sekitar

    Gangguan ekosistem dan rantaian makanan

    11. Pencemaran sungai dan kawasan tadahan air

    Kawasan hutan tanah tinggi yang diteroka boleh menyebabkan berlakunya kejadian pencemaran sungai dan kawasan tadahan

    Kawasan takungan air akan musnah dan kering

    Sisa-sisa buangan pembalakan serta pembangunan akan mengalir ke dalam sungai apabila hujan

    Sumber air bersih terjejas

    Hidupan akuatik akan mati

    12. Perubahan iklim

    Kawasan hutan tanah tinggi yang diteroka boleh menyebabkan berlakunya perubahan iklim

    Penebangan hutan boleh menghilangkan fungsi hutan menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen, pencemaran udara akan berlaku akibat daripada pembebasan karbon dioksida

    Keadaan suhu setempat akan meningkat

    Pembakaran sisa-sisa hutan akan membebaskan asap dan partikel-partikel pencemar udara dan menyebabkan kejadian jerebu

    c) Kesimpulan

    A1 Kawasan tanah tinggi yang mempunyai pelbagai sumber alam terutama di kawasan pedalaman perlu dijaga agar tidak memberi impak buruk kepada kehidupan dan alam sekitar

    Skema Jawapan = 3 + 2 / 2 + 3

  • Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _____________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

    4

    Aktiviti manusia yang menjejaskan kawasan hutan tanah tinggi

    1. Pembinaan infrastruktur

    Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, lebuh raya, dan laluan untuk pembalakan boleh mengakibatkan hakisan tanah dan pergerakan tanah secara besar-besaran

    Pembersihan hutan menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada agen hakisan seperti angin dan air mengalir sehingga struktur tanah menjad longgar dan cerun bukit menjadi tidak stabil

    2. Pembangunan penempatan

    Seringkali kawasan tanah tinggi dipilih untuk membina kediaman mewah atau berstatus tinggi.

    Peristiwa keruntuhan bangunan Highland Tower pada tahun 1993 merupakan salah satu contoh pembangunan di kawasan berbukit yang telah menjejaskan fungsi kawasan berkenaan sebagai kawasan takungan larian air.

    Kejadian tanah mengelongsor di kediaman Bukit Antarabangsa juga memaparkan aktiviti yang telah menjejaskan kelestarian kawasan berkenaan.

    3. Kemajuan industrian pelancongan

    Banyak kawasan hutan tanah tinggi diteroka untuk dibangunkan sebagai kawasan untuk industri pelancongan seperti Genting Highland dan Bukit Bendera.

    Dapatan kajian melaporkan suhu di kawasan peranginan Cameron Highland telah meningkat muktahir ini berbanding dengan dekad yang lalu. Hal ini bermakna fungsi kawasan hutan berkenaan telah terjejas dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar.

    4. Aktiviti pertanian dan pembalakan haram

    Aktiviti pertanian dan pembalakan haram telah menyebabkan banjir lumpur seperti yang berlaku di Lembah Bertam, Cameron Highland sehingga meragut empat nyawa.

    Aktiviti pertanian haram tidak terkawal berhampiran dengan kawasan Empangan Sultan Abu Bakar Ringlet, menjadikan empangan itu cetek kesan kehadiran lumpur.

    Aktiviti pembalakan haram menyebabkan ranting dan sisa kayu dibawa arus ke dalam sungai Bertam dan dibawa bersama semasa limpahan air di empangan berlaku.

    Fungsi sebagai kawasan tadahan air gagal dilestarikan dengan aktiviti tersebut.

    Soalan Latihan Intensif :

    1. Malaysia mempunyai muka bumi yang pelbagai termasuk kawasan hutan tanah tinggi yang mempunyai manfaat tersendiri, namun aktiviti manusia secara langsung mencabar kelangsungan fungsinya.

    Jelaskan.

    2. Aktiviti pembangunan di kawasan-kawasan tanah tinggi di Malaysia terus dijalankan walaupun kesan akan mungkin dialami jika pembangunan tetap dijalankan.

    Ulaskan.

    Catatan : Pelajar perlu membuat karangan dalam bentuk huraian terhadap isi dan huraian skema yang diberikan.

    Catatan PENTING : Jumlah PERKATAAN dalam karangan di atas melebihi 400 patah perkataan yang dibenarkan dalam skema pemarkahan. Pelajar perlu meringkaskan karangan tersebut agar tidak melebihi 400 patah perkataan.

    NOTA Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan

  • Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _____________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

    5

    2 Tanah Runtuh

    Soalan :

    Fenomena tanah runtuh terus meningkat di Malaysia sehingga membawa impak kepada hidupan keseluruhannya.

    Bincangkan

    * Skema Jawapan :

    a) Pengenalan :

    A1 Tanah runtuh atau sering juga disebut gelongsoran tanah merupakan kejadian runtuhan besar-besaran bahagian cerun bukit secara tiba-tiba. Runtuhan tanah sering kali bermula di cerun yang curam, bergerak dan menggelongsor ke bahagian bawah akibat tarikan daya graviti.

    A2 Tanah runtuh berpunca daripada pelbagai faktor dan fenomena bencana alam ini memberi impak kepada manusia dan alam sekitar.

    b) Isi-isi

    Isi-isi Huraian

    A.

    1.

    Punca-punca

    Bencana alam

    Tanah runtuh berpunca daripada bencana alam. Kejadian banjir / hujan lebat yang berterusan mengakibatkan tanah cerun

    menjadi tepu dan longgar mengakibatkan runtuhan tanah di cerun-cerun bukit atau di lereng-lereng bukit.

    Gempa bumi menghasilkan gegaran dan ketenangan yang menyebabkan struktur cerun yang lemah runtuh mengalami runtuhan.

    2. Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal

    Fenomena tanah runtuh berpunca daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

    Penebangan hutan untuk tujuan pembalakan menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan.

    Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi.

    Tiada / kekurangan tanaman tutup bumi yang bertindak sebagai pengikat tanah dan menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

    3. Pembangunan yang tidak lestari

    Tanah runtuh berpunca daripada aktiviti pembangunan yang tidak lestari yang dijalankan di kawasan cerun dan tanah tinggi.

    Pembangunan tidak menepati standard kualiti alam sekitar.

    Pengubahsuaian cerun dan pemotongan cerun di jalan raya, pembinaan kejuruteraan dan pembinaan landskap.

    Amalan ini mengalihkan sokongan lateral dan melemahkan cerun menyebabkan tanah runtuh.

    Penarahan bukit juga mengundang risiko berlakunya hakisan pada cerun.

    4. Pertanian di kawasan tanah tinggi

    Tanah runtuh berpunca daripada aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan tanah tinggi

    Pokok-pokok akan ditebang untuk aktiviti pertanian.

    Penebangan pokok akan menyebabkan kestabilan terganggu.

    Akar-akar tumbuhan akan mengurangkan kestabilan cerun yang mengikat zarah-zarah tanah.

    Sokongan tanah akan menjadi longgar dan memudahkan berlakunya tanah runtuh.

    B. Impak kepada kehidupan

    5. Perubahan landskap permukaan bumi / topografi

    Tanah runtuh boleh memberi impak kepada perubahan landskap permukaan bumi di kawasan kejadian.

    Timbunan tanah dan lumpur menyebabkan kawasan tanah tinggi menjadi rata.

    Pemendapan sedimen menjadi tebal dengan pantas sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak.

    Aras air sungai menjad lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjad kawasan berair.

    Cerun tanah atau batuan menjadi semakin cerun dan tidak stabil.

    Turut memusnahkan kawasan pemendapan yang semulajadi.

  • Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _____________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

    6

    6. Merosakkan harta benda dan kehilangan nyawa

    Fenomena tanah runtuh turut memberi impak kepada kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

    Kemusnahan kawasan tempatan penduduk dan prasarana rumah, bangunan, dan jalan raya atau struktur lebuh raya mengalami kerosakan.

    Kerugian kos untuk baik pulih.

    Banyak nyawa yang terkorban kecederaan dan kematian timbusan tanah.

    7. Pencemaran Kejadian tanah runtuh boleh menyebabkan berlaku pencemaran alam.

    Runtuhan tanah dicerun yang berhampiran dengan kawasan tadahan / punca air seperti sungai atau tasik boleh menyebabkan kualiti air menjadi keruh menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air.

    Runtuhan tanah turut memusnahkan tumbuh-tumbuhan di kawasan lereng atau cerun kekurangan tumbuh-tumbuhan boleh mengurangkan fungsi tumbuhan menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen pencemaran udara dan peningkatan suhu setempat.

    Isi tambahan impak :

    Menjejaskan flora dan fauna. Hakisan tanah

    c) Kesimpulan

    A1 Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.

    A2 Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengelakkan bencana ini berlaku.

    Langkah-langkah mengatasi kejadian tanah runtuh Aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Penguatkuasaan undang-undang. Meningkatkan kesedaran / pengetahuan alam sekitar Penggunaan teknologi moden untuk pembinaan sistem saliran. Peranan Jabatan Alam Sekitar.

    Soalan Latihan Intensif :

    1. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan kejadian tanah runtuh terus meningkat. Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk mengelakkan kejadian berulang.

    Bincangkan.

    2. Tindakan manusia dan fenomena alam disedari merangsang bencana tanah runtuh.

    Jelaskan.

    Catatan : Pelajar perlu membuat karangan dalam bentuk huraian terhadap isi dan huraian skema yang diberikan.

    Catatan PENTING : Jumlah PERKATAAN dalam karangan di atas melebihi 400 patah perkataan yang dibenarkan dalam skema pemarkahan. Pelajar perlu meringkaskan karangan tersebut agar tidak melebihi 400 patah perkataan.

    NOTA Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan

  • Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _____________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

    7

    3 Hutan

    Hutan merupakan sumber utama kepada pembangunan amat berguna kepada kehidupan, namun pemusnahannya

    mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar.

    Bincangkan.

    a) Pengenalan :

    A1 Hutan merupakan sumber penting kepada pembangunan negara dan kehidupan manusia.

    A2 Hutan mempunyai pelbagai kepentingan dan pemusnahan hutan boleh memberi kesan kepada alam sekitar.

    b) Isi-isi

    A. Idea kepentingan hutan.

    I.1. Keseimbangan ekologi alam sekitar.

    H.I.U. Hutan adalah sumber yang penting dalam mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitar.

    H.1. Hutan berfungsi mengekalkan kualiti udara setempat

    H.2. Hutan berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses fotosintesis. Hal ini kerana pelbagai

    spesies tumbuh-tumbuhan menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen serta peningkatan gas oksigen di atmosfera boleh menyegarkan kualiti udara.

    H.3. Selain itu, hutan juga boleh memelihara ekologi alam sekitar dari segi mengurangkan pencemaran laut.

    H.4. Hutan paya bakau di kawasan persisiran pantai boleh mengurangkan pencemaran laut. Hal ini kerana

    struktur fizikal akar hutan paya bakau boleh memerangkap lumpur dan bahan pencemar seperti minyak dan sisa kilang tidak mengalir ke laut.

    I.2. Kawasan tadahan air.

    H.I.U. Hutan juga boleh berfungsi sebagai kawasan tadahan air.

    H.1. Hutan berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan.

    H.2. Kawasan hutan yang mempunyai pelbagai tumbuhan boleh menghalang penyejatan dan memerangkap

    air hujan ke dalam tanah. Dengan ini hutan boleh berfungsi menyediakan bekalan air kepada air bawah tanah atau sumber mata air.

    H.3. Seterusnya, hutan boleh berfungsi sebagai kawasan tadahan perlindungan permukaan tanah daripada agen-agen hakisan tanah.

    H.4. Hutan yang mempunyai pelbagai tumbuhan di permukaan tanah boleh mengurangi kadar pengaliran air

    di permukaan dan lereng-lereng bukit. Dengan ini, hutan berfungsi sebagai kawasan tadahan yang boleh mengelakkan bencana alam seperti hakisan tanah, tanah runtuh, dan banjir meluas.

    B. Idea kesan-kesan pemusnahan hutan.

    I.3. Bekalan dan kualiti air terjejas.

    H.I.U. Pemusnahan hutan boleh menjejaskan bekalan dan kualiti air.

    H.1. Pemusnahan hutan boleh mencemarkan kualiti air.

    H.2. Aktiviti pembalakan dan pencerobohan hutan boleh menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada

    agen-agen hakisan dan permukaan tanah yang terdedah kepada air hujan akan menyebabkan kelodak tanah berlaku. Bahan kelodak ini akan mencemarkan kualiti air sungai.

    H.3. Seterusnya, pemusnahan hutan boleh menyebabkan bekalan air akan terjejas.

    H.4. Pemusnahan hutan turut memusnahkan fungsi akar pokok menyerap air hujan ke dalam tanah sebagai

    sumber air bawah tanah. Oleh sebab itu, bekalan air bersih akan berkurangan dan krisis bekalan air juga akan turut berlaku.

    I.4. Memusnahkan habitat flora dan fauna.

    H.I.U. Pemusnahan hutan juga boleh memusnahkan habitat flora dan fauna.

    H.1. Pemusnahan hutan turut memusnahkan pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan

    H.2. Tumbuh-tumbuhan yang termusnah akan mengurangkan rantaian makanan kepada fauna dan proses

    tumbesaran akan terjejas.

    H.3. Seterusnya, pemusnahan hutan boleh merosakkan habitat pembiakan semulajadi hidupan liar.

    H.4. Pemusnahan hutan boleh menyebabkan kematian, kepupusan, dan kejatuhan kadar pembiakan binatang berikutan kemusnahan tempat perlindungan dan kekurangan sumber makanan dalam hutan.

    I.5. Bencana alam

    H.I.U. Penerokaan kawasan hutan yang tidak terkawal menjadi punca bencana alam.

    H.1. Penebangan pokok yang berleluasa menyebabkan kawasan hutan terdedah kepada agen-agen hakisan.

    H.2. Pemendapan bahan-bahan hakisan mengakibatkan muara sungai menjadi cetek sehingga tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak.

    H.3. Fenomena ini menjadikan air sungai melimpahi tebingnya lalu menyebabkan banjir.

  • Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _____________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

    8

    H.4. Pemusnahan hutan juga boleh menyebabkan berlakunya bencana tanah runtuh. Pemusnahan pokok-

    pokok di dalam hutan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan tanah di hutan tidak lagi dicengkam oleh akar pokok.

    H.5. Apabila hujan turun akan berlakulah pergerakan tanah dan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh.

    c) Kesimpulan

    A1 Hutan amat penting kepada pembangunan manusia dan ekologi alam sekitar.

    A2 Usaha-usaha berterusan hendaklah dilakukan supaya hutan sedia ada tidak dimusnah dan diteroka sewenang-wenangnya.

    Skema Jawapan = 3 + 2 / 2 + 3

    Isi tambahan impak pemusnahan hutan

    1. Perubahan cuaca dan iklim :

    Pemusnahan hutan boleh menyebabkan berlakunya perubahan cuaca dan iklim setempat dan sejagat.

    Penerokaan hutan yang berlebihan menganggu keseimbangan oksigen dan karbon dioksida di atmosfera. Penebangan pokok boleh menyebabkan proses fotosintesis terjejas. Kesannya, berlaku gangguan ekologi iklim persekitaran iaitu kandungan oksigen di udara berkurangan dan berlaku penambahan kepada kepekatan karbon dioksida. Peratusan penambahan karbon dioksida telah memerangkap cahaya matahari dan suhu di persekitaran akan meningkat.

    Di samping itu, pemusnahan hutan melalui aktiviti pembakaran juga boleh menganggu iklim persekitaran. Pembakaran hutan meningkatkan kandungan karbon dioksida di atmosfera. Keadaan ini akan menyebabkan berlaku kenaikan suhu kerana karbon dioksida adalah penyebab utama kesan rumah hijau.

    2. Habitat flora dan fauna

    Penerokaan hutan yang berlebihan turut memusnahkan pelbagai spesies flora dan fauna.

    Pemusnahan hutan akan turut memusnahkan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan yang termusnah akan mengurangkan sumber makanan kepada fauna dan proses tumbesaran akan terjejas

    Pembukaan kawasan hutan telah merosakkan habitat pembiakan semula jadi hidupan liar. Hal ini menyebabkan kematian, kepupusan dan kejatuhan kadar pembiakan binatang berikutan kemusnahan tempat perlindungan dan kekurangan sumber makanan di hutan.

    3. Kekurangan sumber hasil hutan

    Pemusnahan hutan juga boleh menyebabkan kehilangan pelbagai hasil hutan.

    Kerosakan hutan mengurangkan bekalan sumber makanan bagi orang asli dan penduduk pribumi yang menetap di kawasan hutan belantara, seperti buah-buahan, paku-pakis, rebung, dan buah petai. Begitu juga binatang buruan, terutamanya rusa dan babi hutan yang merupakan sumber protein kepada mereka. Mereka juga kehilangan hasil hutan yang lain, contohnya rotan, buluh, damar. dan kayu gaharu.

    Pemusnahan hutan juga mengakibatkan kehilangan tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan ramuan perubatan kerana ubat-ubatan moden dan tradisional juga diperbuat daripada akar-akar kayu, buah-buahan, kulit, dan daun tumbuh-tumbuhan daripada pelbagai spesies flora yang terdapat di kawasan hutan, seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Kemusnahan hutan akan mengancam sumber-sumber perubatan tradisional dan moden.

    4. Bekalan kayu balak berkurangan 5. Kawasan petempatan, pertanian, dan perindustrian bertambah

    Punca-punca pemusnahan / penyahhutanan dilakukan

    I.1. Proses urbanisasi, I.2. Aktiviti pelancongan, I.3. Pembinaan jalan raya / lebuh raya, I.4. Pembalakan haram, I.5. Aktiviti pertanian, I.6. Aktiviti pembangunan perindustrian dan petempatan.

    Catatan : Pelajar perlu membuat karangan dalam bentuk huraian terhadap isi dan huraian skema yang diberikan.

    Catatan PENTING : Jumlah PERKATAAN dalam karangan di atas melebihi 400 patah perkataan yang dibenarkan dalam skema pemarkahan. Pelajar perlu meringkaskan karangan tersebut agar tidak melebihi 400 patah perkataan.

    NOTA Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan

  • Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _____________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

    9

    Impak aktiviti pembalakan haram

    I.1. Merugikan negara (ekonomi), I.2. Membahayakan keselamatan awam, I.3. Kejadian tanah runtuh, hakisan tanah, dan banjir kilat, I.4. Menjejaskan tadahan air, I.5. Mengurangkan kawasan hutan negara.

    Langkah-langkah melindungi kawasan hutan

    1. Pemulihan hutan

    Pemulihan hutan merupakan langkah berkesan untuk melindungi kawasan hutan.

    Pemulihan hutan melibatkan proses penanaman semula pokok-pokok di kawasan hutan yang telah dieksploitasi, terutama di kawasan pembalakan. Penanaman semula hutan menggunakan kaedah sainstifik dan teknologi terkini. Ini termasuk menanam benih pokok bermutu tinggi yang mudah tumbuh, cepat matang dan tahan serangan penyakit atau serangga perosak.

    Rawatan Silvikultur juga harus dijalankan untuk meningkatkan mutu pokok, sebagai contoh spesies pokok yang kurang bernilai dibuang secara berperingkat untuk membantu pertumbuhan pokok dan kayu jaras yang bernilai.

    Kerajaan dan pengusaha industri pembalakan juga perlu menubuhkan ladang-ladang hutan untuk menanam spesies pokok yang cepat membesar, seperti Acacia Mangium. Program penghutanan semula itu dapat mengurangkan kadar penebangan pokok atau pengeluaran kayu dari hutan asli.

    2. Perancangan pembangunan :

    Aktiviti pembangunan dan pembukaan tanah yang melibatkan kawasan hutan perlu dirancang dengan teliti.

    Projek pembangunan itu harus dilaksanakan mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan, di samping mengambil kira impak negatif terhadap kawasan hutan yang dimajukan.

    Dalam hal ini laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) wajib disediakan bagi setiap projek pembangunan yang melibatkan kawasan hutan. Tujuannya untuk memastikan aktiviti pembangunan itu tidak menjejaskan kawasan hutan, di samping memberi cadangan untuk memulih dan meminimumkan kerosakan hutan. Kaedah pembalakan yang dapat mengurangkan kesan negatif terhdap hutan digalakkan, seperti penggunaan helikopter.

    3. Penyelidikan dan pembangunan :

    Aktiviti penyelidikan dan pembangunan perlu dilakukan untuk melindungi kawasan hutan.

    Penyelidikan baka tumbuhan atau bioteknologi untuk menghasilkan pokok yang hampir pupus untuk dibiakkan semula. Program penghutanan semula telah dijalankan di Hutan Simpan Paya Laut di Larut, Perak.

    Menjalankan aktiviti program kitar semula. Kaedah ini akan mengurangkan permintaan terhadap kertas dan hasil kayu. Oleh itu, hutan dapat diselamatkan.

    4. Penanaman hutan semula :

    Program penanaman hutan semula juga penting bagi melindungi kawasan hutan.

    Program penghutanan semula dijalankan dengan menanam semula pokok-pokok yang ditebang.

    Pokok-pokok yang berharga dan semakin pupus perlu ditanam semula seperti pokok jati, keruing, rentang, merbau dan cengal. Kaedah ini menyebabkan proses pertumbuhan hutan berlaku dengan cepat.

    Penanaman semula hutan membantu pembinaan habitat semula dan kemusnahan hutan dapat dihindari.

    5. Kesedaran alam sekitar

    6. Penguatkuasaan undang-undang

  • Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _____________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

    10

    4 Kepupusan Fauna

    Kepupusan fauna kini semakin terancam dan ancaman ini menimbulkan pelbagai impak terhadap alam sekitar. Bincangkan.

    a) Pengenalan :

    A1 Fauna merupakan salah satu komponan penting dalam eko-sistem semulajadi. A2 Habitat fauna mengalami kepupusan berpunca daripada pelbagai faktor dan kepupusannya telah

    memberi impak yang pelbagai kepada alam sekitar.

    *Skema Jawapan*

    b) Isi-isi

    Isi Huraian

    A Punca kepupusan

    I.1 Kemusnahan habitat

    H.1 H.2 H.3

    Penyahutanan, penerokaan kawasan baru untuk pembangunan dan pembakaran hutan. Mengganggu rantaian makanan / habitat musnah. Menyebabkan kematian dan pengurangan populasi.

    I.2 Pencemaran H.1 H.2 H.3

    Pencemaran air dan alam sekitar (udara dan daratan). Kegiatan carigali dan tumpahan minyak di laut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik. Pencemaran akan mengganggu rantaian makanan contoh pengurangan pokok buluh mengurangkan populasi panda di China.

    I.3 Perubahan suhu dunia

    H.1 H.2 H.3

    Perubahan suhu yang tidak menentu fenomena El-Nino. Sesetengah spesies tidak dapat bertahan / sesuai dengan perubahan suhu panas yang melampau. Hal ini menyebabkan kematian kerana kekurangan air.

    I.4 Pemburuan haram

    H.1 H.2

    Permintaan yang tinggi untuk haiwan eksotik seperti tenggiling, musang untuk dijadikan makanan dan perubatan tradisional. Bahagian badan fauna dikatakan dapat membantu meningkatkan tenaga manusia dan mengubati penyakit kronik.

    B Impak / kes

    I.1 Menjejaskan sumber makanan

    H.1 H.2 H.3

    Sumber protin terjejas. Sumber makanan eksotik untuk menguatkan tenaga berkurangan. Sumber alternatif makanan sedia ada seperti rusa, ayam hutan, landak sukar diperoleh.

    I.2 Menjejaskan sumber perubatan

    H.1 H.2

    Spesies fauna menjadi sumber perubatan seperti badak sumbu untuk menyejukkan badan. Gamat boleh memulihkan kesihatan seperti merawat luka dan menambat antibodi.

    I.3 Kepupusan genetik

    H.1 H.2 H.3

    Generasi baka asal terus pupus seperti burung kakak tua, dugong, merak. Proses pembiakan terjejas. Gangguan ekologi.

    c) Kesimpulan A1 Peredaran zaman dan aktiviti pembangunan menyebabkan antara punca kepupusan fauna. A2 Kepupusan fauna memberi pelbagai impak, justeru pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengatasinya.

  • Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _____________________________________________________________________________________________ AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

    11

    d) Langkah-langkah mengatasi kepupusan

    I.1 Menambah pewujudan taman rekreasi, taman laut atau taman negara

    H.1 H.2 H.3 H.4

    Mewujudkan tempat kehidupan fauna dalam bentuk semulajadi. Membantu proses pembiakan dan tumbesaran lebih sempurna. Boleh dijadikan tempat kajian. Tempat makanan yang banyak.

    I.2 Pemeliharaan H.1 H.2 H.3

    Proses pemeliharaan dan pembiakan di kawasan pusat jagaan khas zoo dan pusat jagaan. Kajian pembiakan. Tempat kehidupan semulajadi.

    I.3 Penyelidikan dan pembangunan

    H.1 H.2 H.3

    Kajian melalui teknologi pengklonan kajian kepelbagaian baka / genetik bagi meningkatkan populasi fauna Penyelidikan mengenal punca kepupusan menghasilkan vaksin meningkatkan daya tahan penyakit. Kajian sains dan teknolofi oleh FRIM, PERHILITAN dan Jabatan Alam Sekitar.

    I.4 Teknologi maklumat

    H.1 H.2 H.3

    Pengguna satelit mengesan kedudukan dan pergerakan spesies yang terancam atau kawasan semulajadi habitat yang terancam melalui penggunaan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) atau Teknologi Remote Sensing Pemantauan satelit boleh menjamin kelangsungan hidup fauna. Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk mengenalpasti fauna bermasalah memudahkan usaha dan proses bantuan.

    Contoh Soalan Perbincangan

    Kepupusan fauna menimbulkan pelbagai impak terhadap alam sekitar. Dalam keadaan ini, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi menanganinya. Ulaskan penyataan di atas.

    Catatan : Skema Jawapan 2 + 3 / 3 + 2 Calon perlu menghuraikan isi dan huraian dalam bentuk karangan