ejarah batik di malaysia

Upload: mashitah-shaari

Post on 09-Jan-2016

74 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

batik

TRANSCRIPT

EJARAH BATIK DI MALAYSIAi. Sudah mula dikenali di Malaysia sejak kurun ke 15.ii. Batik berasal daripada perkataan jawa ambatik yang membawa maksud titik-titik lilin sebagai resis untuk menimbulkan kesan corak bila disapukan warna.iii. Dipercayaai batik dibawa masuk ke Malaysia oleh pedagang-pedagang jawa melalui Kelantan dan Terengganu.

JENIS-JENIS BATIKa. BATIK BLOKb. BATIK PELANGIc. BATIK LUKISd. BATIK SKRIN

BATIK BLOKDikenali juga dengan batik terap atau batik cap.Blok penerap dinamakan sarang diperbuat daripada bahan keluli.Meja pengecap dilapik dengan span, kain guni dan kulit batang pisang yang telah diproses dalam rendaman air garam selama 12 jamBahan lain yang digunakan dalam proses batik blok seperti paraffin dan rosin.Kawah tempat memasak campuran lilin.PROSES BATIK BLOK

BATIK PELANGIMempunyai corak berwarna warni dengan pecahan warna seperti pelangi.Proses penghasilan batik pelangi melalui ikat dan celup dalam larutan warna.Batik pelangi dihasilkan tidak menggunakan lilin. Batik ini telah diperkenalkan Che Minah Pelangi dari Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793 1808)Kain batik pelangi biasanya digunakan sebagai tudung atau kain selempang dan digunakan oleh inang dan dayang istana pada zaman dahulu. Hari ini batik pelangi dijadikan pakaian biasa.

BATIK LUKISBatik lukis dikenali juga dengan panggilan batik canting atau batik tulis.Canting digunakan untuk melakarkan imej atau motif pada kain dan secara langsung menjadi penghalang warna daripada memasuki bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki.Warna yang digunakan dalam batik lukis ini ialah remazol atau primazin.Hari ini, teknik yang sama digunakan untuk menghasilkan lukisan batik.Bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan batik lukisPROSES BATIK LUKIS

BATIK SKRINBatik skrin, merupakan proses membatik dengan menggunakan kaedah cetakan skrin.Cetakan skrin yang digunakan dalam industri batik ialah cetakan foto silk skrin.Cetakan mudah biasanya menggunakan profilem atau lekerBAHAGIAN-BAHAGIAN KAIN BATIK

Batik LukisBatik Lukis

Batik lukis menggunakan canting dan lilin. Warna sama seri di kedua-dua belah kain. Jalinan dan warna adalah penuh gaya serta mempunyai identiti corak tersendiri kerana dilukis oleh pandai tukang. batik lukis juga dikenali sebagai batik canting atau batik conteng

Alat

1. Canting2. Pemidang3. Berus4. Periuk5. Kuali atau bekas6. Dapur

Bahan

1. Kain putih (jenis kain kapas)2. Campuran lilin3. Bahan pewarna4. Bahan pemati warna (fixer)5. Debu soda

peralatan dan bahan yang diperlukan

canting digunakan untuk melukis lilin panas ke permukaan kain sebelum diwarnakan

Teknik dan Proses

1. Kain dibersih dan dikeringkan2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu

3. Motif dan corak dilakarkan dengan pensel di atas permukaan kain

4. Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair

5. Canting digunakan untuk mengisi lilin cair dan melakarkan corak pada kain

6. Berus digunakan untuk untuk menyapu warna mengikut gubahan warna yang telah ditetapkan

7. Kain yang telah siap diwarnakan dibiarkan kering

8. Kain direndam atau disapu dengan sodium silikat selama 8 12 jam untuk mematikan warna

9. Kain direbus dalam campuran air dan debu soda

10. Kain dicuci, dibilas kemudian dijemur ditempat redup atau digosok sehingga kering