edu 3108 pismp tugasan

8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK TARIKH MULA 23.6.2014 TARIKH HANTAR 12.9.2014 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan konsep profesion,etika, akauntabiliti dan profesionalisme keguruan. 2. Membincangkan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional 3. Menganalisis peringkat perkembangan kerjaya daripada guru permulaan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. 4. Merancang pelan pembangunan diri untuk menjadi seorang yang profesional. 5. Membincangkan peranan sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, dan 5. Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Memilih bahan rujukan yang sesuai, menyediakan bahan pembentangan mengikut keperluan tajuk yang dipilih serta menyediakan senarai rujukan mengikut format APA. 2. Menghasilkan satu penulisan esei berkaitan topik-topik kursus. 3. Menjawab soalan kuiz. TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR : TAJUK KURSUS : ASAS KEPIMPINAN & P.P.G. KOD KURSUS : EDU3083 SEMESTER : 2

Upload: cuksam27

Post on 27-Dec-2015

82 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU Kepimpinan dan Professionalisme Guru Sem 8

TRANSCRIPT

Page 1: Edu 3108 Pismp Tugasan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN PROJEK

TARIKH MULA 23.6.2014 TARIKH HANTAR 12.9.2014

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan konsep profesion,etika, akauntabiliti dan profesionalisme keguruan.

2. Membincangkan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional

3. Menganalisis peringkat perkembangan kerjaya daripada guru permulaan hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

4. Merancang pelan pembangunan diri untuk menjadi seorang yang profesional.

5. Membincangkan peranan sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, dan 5.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Memilih bahan rujukan yang sesuai, menyediakan bahan pembentangan

mengikut keperluan tajuk yang dipilih serta menyediakan senarai rujukan

mengikut format APA.

2. Menghasilkan satu penulisan esei berkaitan topik-topik kursus.

3. Menjawab soalan kuiz.

TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR :

TAJUK KURSUS : ASAS KEPIMPINAN & P.P.G. KOD KURSUS : EDU3083

SEMESTER : 2

Page 2: Edu 3108 Pismp Tugasan

Tugasan Projek (100%)

A. Pelajar-pelajar diagihkan salah satu kumpulan berikut untuk membuat persediaan

bagi pembentangan dalam kelas berdasarkan tajuk-tajuk berikut (30%):

1. Sejauh manakah pengetahuan tentang Kod Etika Keguruan Malaysia dapat melahirkan insan guru yang diaspirasikan oleh negara.

2. Isu-isu guru melanggar etika keguruan berpunca daripada gaya kepimpinan guru besar. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan ini.

3. Apakah yang anda faham dengan Model Concerns-Based Adoption ?(Hall, George & Rutherford,1977) dan sejauh manakah model ini membolehkan seseorang guru mengaplikasikan aspek inovasi dalam pendidikan.

4. Trotter (1986) mengemukakan teori lima peringkat perkembangan guru. Berdasarkan teori Trotter, bincangkan usaha-usaha seorang guru untuk mencapai peringkat pakar.

5. Fuller (1969) mengemukakan teori keperihatinan perkembangan guru. Bagaimanakah seseorang guru dapat mencapai peringkat impak dalam usaha untuk menjadi guru yang berkesan?

6. Bincangkan peranan guru sebagai agen sosialisasi untuk membina generasi yang kreatif dan inovatif.

7. Bincangkan bagaimana guru yang mengamalkan budaya reflektif dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

8. Bincangkan bagaimana seorang guru besar sekolah boleh menggunakan hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasa untuk mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan.

9. Slogan ”Teach Less, Learn More” merupakan sistem pembelajaran abad ke-21. Bagaimanakah slogan ini dapat direalisasikan dalam konteks bilik darjah?

10. Bincangkan peranan guru sebagai agen sosialisasi untuk membina generasi yang kreatif dan inovatif.

PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN PROJEK A

1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan (2 atau 3 orang satu kumpulan)

2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih dan membentangkan SATU tajuk sahaja.

3. Setiap tajuk PERLU dibentang dalam setiap kumpulan akademik.

4. Semua ahli dalam kumpulan harus mengambil bahagian dalam penyediaan nota dan

bahan serta membuat pembentangan.

5. Kumpulan digalakkan menyediakan dan menyusun bahan pembentangan secara kreatif (peta minda, carta, rajah dsb).

Page 3: Edu 3108 Pismp Tugasan

6. Cara pembentangan adalah bebas (penggunaan OHP, LCD, Kertas Mahjong, Aktiviti dsb digalakkan).7. Format penulisan tugasan:

Dalam bentuk powerpoint Slaid pertama dilengkapkan dengan maklumat berikut:

(i) Kod dan Tajuk Kursus(ii) Tajuk tugasan(iii) Nama pelajar guru, no. kad pengenalan & no. angka giliran(iv) Kumpulan akademik(v) Nama pensyarah kursus

8. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan.

9. Tugasan ini membawa markah 30%10. Tempoh pembentangan: Sepanjang bulan Jun-September 2014; selama 40-45 minit setiap kumpulan; 15-20 minit diperuntukkan untuk sesi soaljawab atau perbincangan selepas setiap pembentangan.11.‘Hard copy’ nota/ pembentangan perlu diserahkan kepada pensyarah sebelum pembentangan.

12. Sertakan bibliografi dan rujukan yang berkaitan.

13. Hantarkan ‘soft copy’ dan ‘hard copy’ seminggu selepas pembentangan.

TUGASAN YANG BAIK HARUS MENUNJUKKAN KRITERIA-KRITERIA BERIKUT :

1. Liputan isi kandungan yang relevan, menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut : a. Pengenalan

b. Perkembangan: Fakta dan huraian bagi setiap isi c. Penutup d. Bibliografi (sekurang-kurangnya 5 sumber)

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah

5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6. Penulisan dan pembentangan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.

7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

B. Pelajar guru secara individu menulis esei (50%) berdasarkan tajuk berikut:

Dalam satu perbualan antara guru-guru besar sekolah, Encik Saad, guru besar Sekolah Kebangsaan Dusun (SK Dusun) mengeluh dan menceritakan masalah kepada Encik Kamal, guru besar sekolah jiran, Sekolah Kebangsaan Ladang (SK Ladang)

En. Kamal : Mengapakah mengeluh saja?

En. Saad : Saya sudah lama bertoleransi dengan sikap Puan Rogayah, dan kali ini saya tak tahan lagi.

Page 4: Edu 3108 Pismp Tugasan

En. Kamal : Apakah masalahnya ?

En. Saad : Kan awak tahu bahawa Puan Rogayah itu adalah punca berbagai-bagai masalah di sekolah saya. Dan kali ini dia sudah melampau.

Encik Kamal pernah mendengar sedikit sebanyak tentang Puan Rogayah. Misalnya Puan Rogayah sebagai pemimpin tidak rasmi kepada guru-guru di SK Dusun dan pengaruhnya ke atas guru lain di sekolah tersebut merupakan satu masalah kepada Encik Saad. Merujuk pada beberapa peristiwa yang telah berlaku di sekolah itu yang beliau terdengar daripada guru-gurunya bahawa beberapa tindakan Pn. Rogayah telah menimbulkan persoalan yang agak serius berkenaan etika profesional. Encik Kamal berasa hairan bagaimana Encik Saad membiarkan masalah ini berlarutan beberapa tahun.

En Saad: Masalah ini bertambah teruk apabila saya menerima aduan bahawa Puan Rogayah mengkritik seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris tahun 6 secara terbuka di hadapan ibu bapa. Cik Amy, guru Bahasa Inggeris tahun 6 itu, telah mengenal pasti beberapa masalah serius berkenaan pembacaan Bahasa Inggeris kelas itu dan melaporkan hal itu kepada guru kanan bidang Bahasa Inggeris. Puan Rogayah, yang mengajar Bahasa Inggeris kepada kelas yang sama sepanjang tahun lepas menganggap laporan Cik Amy itu sebagai satu cabaran kepada reputasinya sebagai seorang guru. Oleh itu, Puan Rogayah bertindak balas dengan mengkritik Cik Amy secara terbuka di hadapan ibu bapa. Puan Rogayah mengatakan bahawa masalah membaca yang disebut-sebutkan oleh Cik Amy sebenarnya bukanlah masalah murid tetapi adalah masalah Cik Amy sendiri.

En Saad: Pada saya, Cik Amy merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang bagus. Saya fikir sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan masalah dengan Puan Rogayah itu. Pada mulanya saya ingin memanggil Puan Rogayah tetapi tidak ada masa. Apabila ada masa lapang, saya rasa tidak ada keperluan memanggil Puan Rogayah. Saya rasa lebih baik kiranya saya berbincang dengan orang lain sebelum memanggilnya.

(Dipetik dan diubahsuai dari Jones, P J., “Case Study: A Matter of Leadership” (Ubahsuai) dalam Readings and Cases in Educational Administration, Volume 6. WAIT, 1981.)

Berdasarkan kes di atas, bincangkan :

1. Apakah analisis anda terhadap kepimpinan Encik Saad sebagai guru besar SK Dusun ?2. Pada pandangan anda, mengapa Encik Saad tidak mengambil tindakan terhadap puan

Rogayah walaupun beliau tahu bahawa tindakan puan Rogayah adalah tidak betul?3. Jika anda Encik Saad, bagaimanakah anda akan menangani isu ini?4. Sebagai bakal pemimpin, bincangkan unsur-unsur pengajaran yang anda peroleh

daripada kes di atas?

Page 5: Edu 3108 Pismp Tugasan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK B

1. Tugasan ini adalah tugasan individu

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

i. Fon Arialii. Saiz huruf ialah 11iii. Langkau 1.5 barisiv Bahagian kulit luar dilengkapkan dengan:a. Kod dan Tajuk Kursusb. Tajuk Tugasanc. Nama pelajar guru, no. kad pengenalan & no. angka gilirand. Kumpulan akademike. Nama pensyarah kursus

3. Amalan plagiat tidak dibenarkan.4. Hasil penulisan esei tidak melebihi 1000 patah perkataan(5 muka surat)5. Tugasan ini membawa markah 40%6. Tempoh tugasan: 21 Julai – 15 Ogos 20147. Tarikh serah tugasan : 15 Ogos 20148. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

TUGASAN YANG BAIK HARUS MENUNJUKKAN KRITERIA-KRITERIA BERIKUT :

1. Liputan isi kandungan yang relevan, menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah

3. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren

4. Penulisan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan maklumat secara kritikal, reflektif dan analitikal.

C. KUIZ (20%)Pelajar guru secara individu mengambil kuiz Kursus.

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK C

1. Kuiz adalah secara individu2. Markah kuiz 20%3. Kuiz akan dilaksanakan pada 8-12 September 2014

KRITERIA PENTAKSIRAN1. Projek dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.2. Markah keseluruhan ialah 100%, dengan wajaran 50%.

Page 6: Edu 3108 Pismp Tugasan

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

(RAJOO AROKIASAMY ) (DR. HELEN KHOO CHOOI SIM) Penyelaras Kursus EDU 3083 Pakar Bidang (SME) Asas Kepimpinan Jabatan Ilmu Pendidikan dan Perkembangan Profesional GuruIPG Kampus Pulau Pinang Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG KPP

Disahkan oleh:

(CHAN FAN HO)Ketua JabatanJabatan Ilmu PendidikanIPG Kampus Pulau Pinang