hari anugerah cemerlang 2002

Upload: ridwan-ska

Post on 17-Jul-2015

1.725 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SMK TAWAU II 2010

01.

PENGENALAN

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PMR/SPM 2009 SMK Tawau II merupakan satu majlis yang diadakan bersama Majils Mesyuarat Agung PIBG 2010-2012 untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam PMR/SPM tahun 2009 . Program seumpama ini juga bukan sahaja menggambarkan suasana kegembiraan dan keriangan kepada pelajar yang mendapat penghargaan tetapi juga para ibu bapa dapat bersama-sama anak mereka meraihkan kejayaan tersebut. Bagi guru-guru sekolah ini, segala titik-peluh mereka mendidik pelajar dapat dikongsi bersama dan merupakan satu kepuasan dalam bekerja dan pastinya usaha guru selama ini berbaloi dengan kejayaan anak didik mereka.

02.

OBJEKTIF

Objektif diadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PMR/SPM ialah: 1. Memberi PMR/SPM. 2. Memberi motivasi kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PRM/SPM tahun ini dan berikutmnya. 3. Memupuk semangat kekeluargaan antara anak dan ibu bapa kerana dapat bersama-sama berkongsi kejayaan. 4. Menjadi waadah dalam pemupukan integrasi antara sekolah , PIBG, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, ibu bapa dan pelajar melalui majlis yang diadakan. penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam

5. Proses pembelajaran dalam mewujudkan daya kepimpinan, pengelolaan berkesan , pengurusan yang dinamik dan efisyen oleh ahli jawatankuasa pelaksana

03.

MATLAMAT

Matlamat diadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PMR/SPM ialah: 1. Melahirkan pelajar yang berkualiti dalam peperiksaan PMR/SPM. 2. Mempastikan program yang dirancang oleh sekolah berjalan dengan lancar. 3. Meningkatkan tahap disiplin di kalangan pelajar melalui aktiviti yang dirancangkan. 4. Program rutin sekolah setiap tahun . 5. Menjadi contoh kepada pelajar lain yang kurang cemerlang untuk mengikuti jejak langkah rakan-rakan mereka yang berjaya.

04.

TEMA

Tema yang dipilih untuk Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang ialah :

KE ARAH PENDIDIKAN CEMERLANG

05.

AKTIVITI

Antara aktiviti yang dirancang dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang ialah: 1. Penyampaian Hadiah kepada pelajar cemerlang dalam bidang

kurikulum(akademik). 2. Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang dalam bidang kokurikulum (Permainan, Kelab dan Persatuan).

3. Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang dalam memikul tanggungjawab di sekolah seperti pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas, dan pengawas perpustakaan. 4. Penyampaian hadiah kepada Pelajar Harapan Sekolah dan Pelajar Terbaik dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). 5. Persembahan oleh pelajar-pelajar SMK Tawau II.

06.

SASARAN

Sasaran utama untuk menganjurkan majlis ini ialah semua pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pelajar yang memegang jawatan di sekolah. Pihak pentadbir, PIBG dan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau menjadi pendokong perlaksanaan aktiviti. Manakala Ahli Jawatankuasa Pelaksana memainkan peranan penting dalam mempastikan keberkesanan dan kelancaran Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2002.

07.

KEWANGAN

Sumber kewangan untuk melaksanakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2002 ialah : 1. Pihak SMK Tawau II (Sumbangan sebanyak RM300.00). 2. Pihak PIBG SMK Tawau II (sumbangan sebanyak RM300.00).

*Rujuk Lampiran I untuk anggaran perbelanjaan kewangan.

08.

IMPLIKASI

Kejayaan perlaksanaan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2002 ini diharap akan dapat melahirkan: 1. Pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

2. Pelajar yang dapat memikul tanggungjawab yang diberikan di sekolah. 3. Menjadi teladan kepada pelajar lain untuk berjaya sebagaimana yang dikecapi oleh pelajar lain.

Namun sejauhmana kejayaan perlaksanaannya ? Bak kata pepatah Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul dan Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing Seluruh warga SMK Tawau II perlu berganding bahu mengembleng tenaga dalam mempastikan kejayaan perlaksanaan program ini.

09.

PENGOPERASIAN

Jawatankuasa pelaksana Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2002 *(Rujuk Lampiran II berkaitan jawatankuasa pelaksana).

10.

ATURCARA PROGRAM

*Rujuk Lampiran III.

11.

PENUTUP

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Justeru itu, guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai maklumat dan ilmu, tetapi lebih penting ialah mendidik sahsiah para pelajar supaya ilmu dan akhlak dapat berjalan seiringan.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2002 menggambarkan hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sekalung ucapan Tahniah! kepada pelajar yang cemerlang bagi tahun 2002. Kejayaan saudara saudari besar

impaknya kepada sekolah dan menjadi anjakan paradigma untuk pelajar lain menuruti jejak langkah ini.

Wassalam.

KE ARAH PENDIDIKAN CEMERLANG Sekian, Disediakan oleh,

. (ABD. MAJIS B. HJ. SAPRIN) Timbalan Pengerusi, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, SMK Tawau II 2002.

Lampiran I

ANGGARAN BELANJAWAN BAGI MENJAYAKAN MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SMK TAWAU II 2002

BIL 01 02 03 04 05

PERKARA/PERBELANJAAN Hadiah/Sijil Backdrop Banner Gambar Luarjangka

JUMLAH RM150.00 RM 50.00 RM 30.00 RM 60.00 RM 10.00

06

Jumlah Keseluruhan

RM300.00

* Sumbangan PIBG SMK Tawau II

Lampiran II

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SMK TAWAU II 2002

Penaung Penasihat I Penasihat II Pengerusi

: : : :

Pn. Engku Juana Engku Alias En. Mohd. Aziz Hj. Yappa En. Ahmad Abd. Salam Pn. Rohanie Ghulam Husain En. Abd. Abd. Majis Hj. Saprin Cik Sitti Hadijah Kassim Pn. Norashikin Sailun

Tim. Pengerusi: Setiusaha Bendahari : :

AJK Pelaksana: 1. Sijil/Hadiah : Norizan Sulo (K)

Cenderahati

Fung Chee Nget

2. Aturcara Majlis & : Buku Cenderahati

Sarinah Zakaria (K) Norme Jalil Noraiza Hosni M.I

3. Pentas & Back Drop

:

Madslin Madalasin (K) Saharizal Mat Saad Mohd. Zaaid Ibrahim

4. P.A. Sistem 5. Juruacara

: :

Selamat Tanginang (K) Sitti Hadijah Kassim (K)

6. Persembahan

:

Wan Norzakiyyah Wan Abdullah (K) Sarina Kamring

7. Jemputan

:

Hatijah Ujoh (K) Patimah Hj Dollah

8. Kebersihan

:

Zainab Ibrahim (K) Azaliha Ismail

9. Jamuan

:

Dg. Sitti Juhillah Abu Bakar (K) Dg. Nadiah Ag. Tahir Saimah Amat

10. Penyambut

:

Elmie Ag. Jaafar (K)

Tetamu

Rohaya Mamat

11. Jurugambar/ Publisiti & Tajaan

:

Syahabuddin Karimin (K) Selamat Tanginang

12. Peralatan/Kerusi : & Meja

Jasman Malam (K) Hedzree Y Zakiah M. Yusof

ATURCARA MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SMK TAWAU II 2002 Masa Acara 7.30pagi 8.00pagi 8.05pagi 8.10pagi 9.40pagi 10.00pagi Ketibaan para jemputan Ketibaan tetamu khas En. Bolong Hj. Cholle (Pegawai Pendidikan Daerah Tawau. Bacaan Doa (Ustaz Mohd. Zaaid Ibrahim). Ucapan Pengerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (Pn. Rohanie Ghulam Husain). Ucapan alu-aluan Pemangku Pengetua SMK Tawau II (Pn. Engku Juana Engku Alias). Ucapan alu-aluan YDP PIBG SMK Tawau II (En. Ramlah Bakar). Ucapan perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (En. Bolong Hj. Cholle). Persembahan Nasyid. Upacara penyampaian hadiah & sijil penghargaan : 1. Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas Ting. 1,2, & 3. 2. Pengawas Sekolah Ting. 3 Persembahan pelajar ( Choral Speaking). Upacara penyampaian hadiah & sijil kecemerlangan : 1. Terbaik dalam mata pelajaran mengikut tingkatan 2. Terbaik dalam tingkatan. 3. Terbaik dalam ko-kurikulum : Persatuan/kelas Sukan/permainan Unit beruniform Persembahan pelajar (Lakonan) 1. Anugerah Pelajar Harapan Sekolah. 2. Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2002 3. Anugerah Pelajar Terbaik PMR 2001 Penyampaian cenderamata Kepada Pegawai Pendidikan Daerah Tawau (En. Bolong Hj. Cholle) oleh Pemangku Pengetua SMK Tawau II.

11.30pagi

-

Jamuan ringan. Bersurai.

KERTAS KERJAMAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2002 SMK TAWAU IITEMA : KE ARAH PENDIDIKAN CEMERLANG 5HB NOVEMBER 2002

Ruj. Kami Tarikh Kepada,

: :

SMKTII/KK/05/01(02)-1 23Hb. Oktober. 2002

.. .. Tuan/Puan/Encik/Cik, PERLANTIKAN SEBAGAI PETUGAS MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SMK TAWAU II 2002 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah. 02. Sukacita dimaklumkan bahawa AJK Pelaksana Majlis Anugerah Pelajar cemerlang menaruh penuh kepercayaan kepada tuan/puan/encik/cik sebagai . 03. Semoga perlantikan ini akan dapat membantu melancarkan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2002. 04. Jasa dan khidmat bakti tuan/puan/encik/cik amatlah diharapkan dan didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. KE ARAH PENDIDIKAN CEMERLANG Yang menurut perintah, .. (ENGKU JUANA ENGKU ALIAS) Pemangku Pengetua, SMK Tawau II. s.k : Fail.

Ruj. Kami Tarikh Kepada,

: :

SMKTII/KK/05/01(02)-2 23Hb. Oktober 2002

. Tuan/Puan/Encik/Cik, MESYUARAT MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SMK TAWAU II 2002 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 02. Mesyuarat akan diadakan mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 24hb. Oktober. 2002 Masa/Hari : 11.45pagi (Khamis) Tempat: Bilik Gerakan Agenda mesyuarat : 1. Ucapan Pemangku Pengetua 2. Pengagihan dan penerangan tugas 3. Pembentangan anggaran belanjawan 4. Draf aturcara 5. Hal-hal lain.

03.

04. Kehadiran tuan/puan/encik/cik amatlah diharapkan dan didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. KE ARAH PENDIDIKAN CEMERLANG Yang menjalankan tugas, .. (ROHANIE GHULAM HUSAIN) Pengerusi, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, SMK Tawau II 2002.

KATA-KATA ALUAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI TAWFIQ BIN DATUK HAJI ABU BAKAR TITINGAN, PEMBANTU MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MERANGKAP ADUN N56 APAS

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2006 yang memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan kata-kata aluan dalam buku cenderamata ini. Tahniah dan syabas kepada pihak pengelola kerana dapat menganjurkan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang dengan jayanya. Saya amat berbangga kerana pihak sekolah dapat menganjurkan majlis seumpama ini. Walaupun masih baru dari segi usianya, namun sekolah ini mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain dari segi pencapaian akademik terutamanya dalam peperiksaan PMR. Demikian juga keadaannya dari segi fizikal sesebuah sekolah bukanlah penghalang untuk mencatatkan keputusan cemerlang dari segi akademik mahupun kegiatan kokurikulum. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menerima penghargaan di majlis ini atas kejayan yang dikecapi. Saya percaya Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2006 ini akan menjadi pendorong kepada semua pelajar untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Saya berharap semoga sambutan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang untuk memotivasikan para pelajar khususnya agar terus berusaha meningkatkan ilmu, nilai dan ketrampilan mereka. Secara tidak langsung juga para guru boleh berbangga dengan hasil yang diperolehi selama mendidik pelajar berkenaan. Semoga SMK Tawau II akan terus cemerlang dalam pendidikan. Sekian, terima kasih.

(Y.B. DATUK HAJI TAWFIQ BIN DATUK HAJI ABU BAKAR TITINGAN) Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar. Merangkap ADUN N56 APAS

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PIBG SMK TAWAU IIBismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bagi pihak ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tawau II, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua, guru-guru selaku AJK

Pelaksana dan para pelajar sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang pada tahun 2006. Sesungguhnya PIBG amat berbangga melihat kemajuan sekolah ini dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Kemajuan dan perkembangan positif ini merupakan impak daripada kecekapan pengurusan pentadbir, kesungguhan dan komitmen semua kakitangan khususnya para pendidik. PIBG juga amat berbangga kerana dapat memberi sumbangan yang optimum demi kemajuan sekolah ini. Adalah diharapkan hubungan yang sedia terjalin ini dapat membantu mempertingkatkan lagi kemajuan pelajaran anak-anak di sekolah ini. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar yang menerima penghargaan atas kejayaan masing-masing. Akhir kata, kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2006, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Sekian, terima kasih.

(RAMLAN BAKAR) Pengerusi PIBG SMK Tawau II Sesi 2006/2008

KATA-KATA ALUAN PENGETUA SMK TAWAU IISyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya jua maka Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2006 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola kerana memberi saya peluang menyampaikan sepatah dua kata dalam buku cenderamata ini. Tahniah diucapkan kerana kegigihan menganjurkan majlis ini.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang yang diadakan pada hari ini merupakan majlis untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sesungguhnya guru-guru mendapat kepuasan dalam tugasnya dan para pelajar memperoleh kejayaan. Sementara ibu bapa pula merasa gembira dan bersyukur di atas kejayaan anak-anak mereka. Selaku Pengetua sekolah ini, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama memeriahkan majlis ini terutamanya Yang Berhormat Datuk Hj Tawfiq bin. Datuk Hj. Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Merangkap ADUN N56 Apas atas kesudian merasmikan majlis ini , Pengerusi PIBG dan AJK, guru-guru dan seluruh warga SMK Tawau II. Selamat maju jaya dan teruskan berbakti untuk agama, bangsa dan negara. Sekian, terima kasih.

(MOHD. ISA BIN HASAN) Pengetua SMK Tawau II.

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SMK TAWAU II 2006Terlebih dahulu, rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T sehingga memungkinkan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang ini dapat disempurnakan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada AJK Pelaksana yang telah bekerja keras menggembleng tenaga dan komitmen sehingga majlis ini mencapai objektifnya. Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan kepada tetamu jemputan, Yang Berhormat Datuk Hj Tawfiq Bin Datuk Hj. Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Merangkap ADUN N56 Apas yang sudi memenuhi jemputan sekolah ini.Begitu juga semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun

tidak langsung serta menyumbang dari segi idea,tenaga, kepakaran dan sumber kewangan dalam menjayakan majlis ini. Kepercayaan semua pihak terhadap AJK Pelaksana adalah penghargaan yang sangat bermakna kepada kami dalam menimba ilmu pengetahuan berhubung aspek pengelolaan dan pengurusan. Sesungguhnya komitmen semua pihak adalah kelancaran pengurusan kami. Hanya penghargaan dan terima kasih yang mampu diungkapkan sebagai tanda kenangan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2006. Wassalam.

(ABD. MAJIS B. HJ. SAPRIN) Pengerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2006.

Ruj. Kami Tarikh Kepada,

: :

SMKTII/KK/05/01(02)-5 28. Oktober.2002

Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Tawau Tingkat 5, Wisma Persekutuan Peti Surat 91000 Tawau. Tuan, JEMPUTAN UNTUK MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SMK TAWAU II 2002 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 02. Kami pihak sekolah amat berbesar hati menjemput tuan untuk merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut : Tarikh Hari Masa : : : 5. November. 2002 Selasa 8.00pagi

Tempat:

SMK Tawau II

03. Kami berharap pihak tuan sudi untuk memenuhi jemputan ini. Bersama-sama ini diserta aturcara Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II.. 04. Kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. KE ARAH PENDIDIKAN CEMERLANG Saya yang menurut perintah, (ENGKU JUANA ENGKU ALIAS) Pemangku Pengetua SMK Tawau II.

Ruj. Kami Tarikh Kepada,

: :

SMKTII/KK/05/01(02) 18 HB OKTOBER 2006

Yang Berhormat, Datuk Haji Tawfiq Bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Merangkap ADUN N56 Apas, Tawau. Yang Berhormat, MEMOHON MENYAMPAIKAN KATA-KATA ALUAN DALAM BUKU ATURCARA SEMPENA MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 02. Untuk makluman Yang Berhormat, SMK Tawau II akan mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang pada ketetapan berikut : Tarikh : 9. November. 2006

Hari Masa Tempat:

: Khamis : 8.00pagi SMK Tawau II

03. Sehubungan itu, AJK Pengelola Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II memohon Yang Berhormat menyampaikan kata-kata aluan untuk dimuatkan dalam buku aturcara. Bersama-sama ini diserta teks ucapan kata-kata aluan daripada Yang Berhormat Datuk. 04. Kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak Yang Berhormat amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang menjalankan tugas, (MOHD.ISA BIN HASAN) Pengetua, SMK Tawau II.

Ruj. Kami Tarikh Kepada,

: :

SMKTII/KK/05/01(02)-7 28. Oktober.2002

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Tawau II Peti surat 1980 91044 Tawau. Tuan, MEMOHON MENYAMPAIKAN KATA-KATA ALUAN DALAM BUKU ATURCARA SEMPENA MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 02. Untuk makluman pihak tuan, SMK Tawau II akan mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang pada ketetapan berikut : Tarikh Hari Masa Tempat: : 5. November. 2002 : Selasa : 8.00pagi SMK Tawau II

03. Sehubungan itu, AJK Pengelola Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II memohon tuan menyampaikan kata-kata aluan untuk dimuatkan dalam buku aturcara. Bersama-sama ini diserta teks ucapan kata-kata aluan daripada Pengerusi PIBG SMK Tawau II. 04. Kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. KE ARAH PENDIDIKAN CEMERLANG Yang menjalankan tugas, (ROHANIE GHULAM HUSAIN) Pengerusi Majlis Anugerah Pelajar CemerlangSMK Tawau II.

Ruj. Kami Tarikh Kepada,

: :

SMKTII/KK/056/07 5 April 2010

Ibu bapa/ Penjaga, JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2010/2012 SMK TAWAU II Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 02. Kami pihak sekolah amat berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2010/2012 SMK Tawau II yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut : Tarikh Hari Masa : : : 11 April 2010 Ahad 7.30 pagi

Tempat:

SMK Tawau II

03. Kami berharap tuan/puan sudi meluangkan masa bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2010/2012. (Sila beri maklum balas mengenai kehadiran tuan/puan dengan mengisi slip kehadiran untuk tindakan AJK Pelaksana Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sebelum 08/04/2010). 04. Kehadiran tuan/puan pastinya akan memeriahkan lagi Mesyuarat Agung PIBG SMK Tawau II dan didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. KE ARAH PENDIDIKAN CEMERLANG Saya yang menurut perintah, (LEE YEW SENG) Pengerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2002.

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SMK TAWAU II 2002

Terima Kasih Saudari Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia, En. Bolong Hj. Cholle, Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Yang Berusaha Pn. Engku Juana Engku Alias, Pemangku Pengetua SMKTII, Yang Dihormati(PIBG) YangDihormati(S.K.TawauII) , Yang dihormati En. Mohd. Aziz Hj. Yappa, PK HEM, En. Ahmad Abd. Salam, Penyelia Petang, guru-guru, ibu bapa serta para pelajar yang dihormati sekalian. Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatNya jua kita dapat dipertemukan dalam majlis ini. Selaku pengerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II pada tahun ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada yang berbahagia En. Bolong Hj. Cholle, PPDT. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan PPDT atas kesudian beliau memenuhi jemputan kami dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II. Penghargaan dan terima kasih juga kepada pentadbir SMK Tawau II, PIBG, guru-guru serta para pelajar kerana memberikan perhatian, keprihatinan dan kerjasama dari masa ke semasa kepada AJK Pelaksana. Sesungguhnya pengorbanan semua pihak amat besar maknanya dalam menjayakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang pada tahun ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawai II merupakan aktiviti tahunan sekolah ini dengan hasrat memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sekalung ucapan tahniah kepada para pelajar yang telah berjaya menerima sijil penghargaan pada pagi ini. Secara tidak langsung juga, majlis seumpama ini akan dapat mengeratkan silatulrahim di kalangan pelajar dan ibu bapa, guru-guru dan masyarakat setempat. Para pelajar sudah pastinya berbangga dengan kehadiran ibu bapa masing-masing yang bersamasama memeriahkan majlis ini. Natijahnya, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang ini telah berjaya mencapai objektif yang dikehendaki. Hadirin hadirat yang saya hormati, Pada kesempatan ini juga saya mewakili AJK Pelaksana Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang ingin memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya kepercayaan pihak pentadbir sekolah kepada AJK Pelaksana untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan

merupakan satu hadiah yang amat berharga kepada kami untuk menganjurkan majlis ini dengan lebih baik dan cemerlang. Buat pengakhiran bicara, sekali lagi saya mewakili AJK Pelaksana merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian yang berbahagia En. Bolong Hj. Cholle,PPDT kerana sudi untuk memeriahkan majlis ini. Sesungguhnya kehadiran tuan PPDT amat besar impaknya kepada sekolah ini dalam usaha mempereratkan hubungan antara pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dan warga SMKTII yang akhirnya menjadi anjakan paradigma dalam mempertingkatkan mutu pendidikan serta menjadi pemangkin kepada AJK Pelaksana untuk menganjurkan majlis seumpamanya. Kepada AJK Pelaksana selaku pendokong kejayaan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang pada pagi ini, terima kasih atas usaha murni dan bersama-sama menjayakan majlis ini . Sekian, wabillahhitawfiqwalhidayah, assalamualaikum W.B.T dan terima kasih. UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA SMK TAWAU II Terima kasih saudari pengerusi majlis, Yang berbahagia En. Bolong Hj. Cholle, PPDT, Yang dihormati

. AJK PIBG SMK Tawau II, En. Mohd Aziz Hj. Yappa, P. K. HEM, En. Ahmad Abd. Salam, Penyelia Petang, Pn. Rohanie Ghulam Hussain, selaku Pengerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, AJK Pelaksana, guruguru, ibu bapa, pelajar-pelajar, hadirin hadirat yang saya hormati. Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia En. Bolong Hj. Cholle, selaku PPDT atas kesudian menerima jemputan kami dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tawau II. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tuan PPDT yang tidak pernah menolok dan mengecewakan kami bila dijemput untuk merasmikan sebarang aktiviti di sekolah ini. Ini menunjukkan beliau cukup prihatin dengan sebarang aktiviti yang dianjurkan di sekolah ini. Begitu juga dengan kehadiran AJK PIBG dan ibu bapa yang sudi untuk meluangkan masa dan bersama-sama untuk menyaksikan penyampaian hadiah anak masing-masing.

Saya percaya kehadiran ibu bapa pada pagi ini akan merangsang anak-anak untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, Sesungguhnya penting bagi kita untuk mengetahui objektif Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang ini diadakan. Ia bukannya sekadar majlis rutin tetapi sebaliknya sebagai kayu pengukur sejauhmana kualiti pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar sepanjang tempoh pembelajaran mereka di sekolah ini. Justeru, sekaligus mengukur kualiti pengajaran yang telah guru-guru berikan.

Untuk makluman tuan PPDT dan ibu bapa, Pihak sekolah pada tahun ini telah merancang pelbagai aktiviti yang melibatkan bidang akademik dan kegiatan kokurikulum. Sebagai contohnya, pihak sekolah telah menganjurkan kem motivasi pelajar, khemah ibadah, ceramah motivasi dan teknik menjawab soalan peperiksaan. Semua program ini dibuat dengan hasrat untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar di sekolah ini. Sudah pastilah sekolah ini berhasrat untuk mengekalkan pencapaian akademik dalam PMR sebagaimana yang dikecapi pada tahun lalu. Hadirin-hadirat sekalian, Semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah ini sebenarnya mendapat sokongan daripada pihak PIBG sekolah ini. Sekalung ucapan tahniah kepada PIBG atas kerjasama yang diberikan selama ini. Kepada ibu bapa, pihak sekolah sentiasa mengharapkan kerjasama dari semasa ke semasa terhadap sebarang aktiviti yang bertujuan untuk mempertingkatkan pencapaian akademik para pelajar. Buat para pelajar, tahniah saya ucapkan atas kejayaan masing-masing dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Sesungguhnya majlis yang berlangsung pada pagi ini menunjukkan bahawa pihak sekolah sentiasa menghargai segala sumbangan yang anda berikan sepanjang tahun ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada anda untuk lebih berjaya di masa akan datang. Bagi pelajar yang meninggalkan sekolah ini, jadikanlah pengalaman ketika berada di sini satu pengalaman yang manis.

Bagi pihak sekolah pula, kita menyedari bahawa cabaran pendidikan masa kini semakin sengit. Era ledakan teknologi maklumat tersebar tanpa membatasi sempadan.Sesungguhnya sekolah ini akan sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak jabatan pendidikan terutamanya pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tawau. Ini selaras dengan tema yang dipilih untuk majlis ini iaitu Ke Arah Pendidikan Cemerlang. Di dalam proses pendidikan, pihak sekolah akan sentiasa berpegang teguh kepada Falsafah Pendidikan Nasional yang bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Penekanan aspek akademik dan kokurikulum pastinya akan menjana insane yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi rohani dan intelek(JERI) sesuai dengan gagasan Falsafah Pendidikan. Akhir kata, pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Bolong Hj. Cholle, PPDT yang sudi hadir untuk merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang. Begitu juga AJK PIBG dan ibu bapa yang sudi hadir untuk memeriahkan majis pada pagi ini. Seterusnya kepada AJK Pelaksana yang bertungkus-lumus mempastikan kejayaan dan kelancaran sepanjang majlis ini berlangsung. Kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan majlis ini, terima kasih diucapkan. Moga majlis ini akan diberkati oleh Allah S.W.T. Selamat Maju Jaya dan teruskan berbakti untuk agama, bangsa dan negara. Sekian, wabillahhitawfiqwalhidayah, assalamualaikum W.B.T dan terima kasih.

BIODATA PENERIMA ANUGERAH KHAS PELAJAR CEMERLANG Nama T/Lahir Tempat lahir Sekolah Dahulu Pep UPSR Jawatan pernah Disandang : : : : : :1. 2. 3. 4. Kokurikulum 1. Mewakili Sabah dalam kejohanan kriket bawah 18 tahun 2000 dan 2001 di Melaka dan Pulau Pinang. 2. Mewakili MSS Daerah Tawau dalam Kejohanan Olahraga peringkat Bahagian Tawau. 3. Pemenang pingat perak dalam acara lompat jauh dan lompat kijang MSSDT dan gangsa MSSBT. 4. Mewakili Tawau dalam pertandingan bola sepak piala Nike. 5. Ketua pasukan sekolah dalam pertandingan bola sepak Liga Juara-Juara Bawah 15 Tahun. 6. Olahragawan Sekolah 2002 7. Pemenang tempat 2 (2000) dan tempat 3 (2001) Jogathon PIBG SMK Tawau II. Putera Alno Ali Kg. Sungai Tongkang S.K. Sungai Tongkang (Djh 1 Djh 5) S.K. Tawau II (Djh 6) 3A, 1B, 1C Pengerusi Kelab dan persatuan Pengakap Pengerusi Kelab Bola Tampar Pengerusi Kelab Geografi dan Sejarah Ketua kelas, Pengawas dan Ketua Pengawas (2002)

3.10.1987

Pihak jawatankuasa pelilihan dengan rasa rendah diri mencalonkan adik Putera Alno Ali sebagai penerima Anugerah Khas Pelajar Cemerlang SMK Tawau II 2002 dan bakat serta potensi yang ada akan dapat dikembangkan lagi ke peringkat yang tinggi lagi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara PUTERA ALNO ALI.

KATA-KATA ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TAWAU Terlebih dahulu marilah kita panjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas rahmat dan hidayahnya kita dapat meneruskan agenda pendidikan melalui Kejohanan Olahraga ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Kejohanan Olahraga SMK Tawau II 2003 kerana dapat menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Sesungguhnya, sekolah merupakan harapan bagi pelajar dan ibu bapa dalam melahirkan pemimpin yang dapat menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan ekonomi. Jesteru itu, aktiviti-aktiviti seumpama ini mampu untuk memupuk dan mengasah bakat serta meningkatkan tahap kesihatan di kalangan para pelajar. Saya juga percaya, Kejohanan Olahraga SMK Tawau II Kali Ke-2 ini akan dapat menyumbang ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang utuh dan mantap. Dengan itu, aktiviti seumpama ini wajar dijadikan suatu agensi sosial yang dapat memupuk perpaduan di kalangan warga sekolah yang terdiri dari segenap lapisan bangsa yang berlatarbelakangkan pelbagai budaya, etnik, sistem kepercayaan dan adat resam. Saya merasa bangga kerana pihak sekolah dapat melaksanakan aktiviti ini dan mengharapkan aktiviti sukan sebegini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang agar dapat merealisasikan matlamat sekolah, Falsafah Pendidikan Nasional dan amnya Wawasan 2020. Saya yakin dengan motto Gemilang Harmoni, sekolah ini mampu untuk melahirkan insan yang berkaliber dalam bidang sukan. Selamat bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan majulah sukan untuk negara. Sekian, terima kasih.

(BOLONG HJ. CHOLLE)

Pegawai Pendidikan Daerah Tawau.