edisi oktober 2017 - mardec.com.my mardec_ october 201… · pengurusan pada 05 oktober 2017, ......

11
Artikel disumbangkan oleh: Haribala A/L Gopal Mohd Andian M. Anuar Md Sodiqin Md Salleh • Azira Ahmad Mohd Helmi Mohd Kassim • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin Sumber berita atas talian iaitu Rubber Journal Asiaedisi Oktober 2017, Kampung Sungai Kerawaiin di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan telah menjadi kampung pertama di negara ini untuk pembuatan jalan getah. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata meskipun kos awal yang tinggi untuk jalan satu kilometer, penyelenggaraan akan lebih rendah dalam jangka masa panjang. Beliau berkata terdapat rancangan untuk memperluaskan penggunaan teknologi “Bitumen Modal Cuplump” di kampung-kampung lain disebabkan kos penyelenggaraan yang lebih rendah. Edisi Oktober 2017 Kaedah ini juga akan menggunakan getah yang lebih baik dan mewujudkan permintaan yang mampan untuk getah, membantu menyediakan 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah di negara ini dengan pendapatan yang stabil. Satu kajian oleh Lembaga Getah Malaysia mendedahkan bahawa 4.2 tan cuplump diperlukan untuk menghalang satu kilometer jalan getah. Walaupun kos 15% -20% lebih tinggi berbanding kaedah “paving” jalan konvensional, ia mempunyai ketahanan yang lebih lama. Pembuatan jalan getah menggunakan teknologi ini telah diuji di jalan-jalan di Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang.

Upload: dangminh

Post on 17-Mar-2018

265 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi Oktober 2017 - mardec.com.my MARDEC_ October 201… · pengurusan Pada 05 Oktober 2017, ... pampasan jika berlakunya kecederaan serius. Oleh itu, ... Perbincangan secara berkumpulan

Artikel disumbangkan oleh:

Haribala A/L Gopal • Mohd Andian M. Anuar • Md Sodiqin Md Salleh • Azira Ahmad

Mohd Helmi Mohd Kassim • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin

Sumber berita atas talian iaitu

“Rubber Journal Asia” edisi

Oktober 2017, Kampung Sungai

Kerawaiin di Teluk Intan, Perak

Darul Ridzuan telah menjadi

kampung pertama di negara ini

untuk pembuatan jalan getah.

Menteri Perusahaan Perladangan

dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew

Keong berkata meskipun kos awal

yang tinggi untuk jalan satu

kilometer, penyelenggaraan akan

lebih rendah dalam jangka masa

panjang.

Beliau berkata terdapat rancangan

untuk memperluaskan penggunaan

teknologi “Bitumen Modal Cuplump”

di kampung-kampung lain

disebabkan kos penyelenggaraan

yang lebih rendah.

Edisi Oktober 2017

Kaedah ini juga akan menggunakan

getah yang lebih baik dan

mewujudkan permintaan yang

mampan untuk getah, membantu

menyediakan 440,000 pekebun kecil

dan penoreh getah di negara ini

dengan pendapatan yang stabil.

Satu kajian oleh Lembaga Getah

Malaysia mendedahkan bahawa 4.2

tan cuplump diperlukan untuk

menghalang satu kilometer jalan

getah. Walaupun kos 15% -20%

lebih tinggi berbanding kaedah

“paving” jalan konvensional, ia

mempunyai ketahanan yang lebih

lama. Pembuatan jalan getah

menggunakan teknologi ini telah

diuji di jalan-jalan di Negeri

Sembilan, Kedah dan Pahang.

Page 2: Edisi Oktober 2017 - mardec.com.my MARDEC_ October 201… · pengurusan Pada 05 Oktober 2017, ... pampasan jika berlakunya kecederaan serius. Oleh itu, ... Perbincangan secara berkumpulan

Mukasurat 2 dari 11

Pada 03 Oktober 2017, pihak Continental Tires Holdings telah menjalankan lawatan di kilang MPSB Mentakab. Wakil dari pihak Continental Tyres terdiri daripada Mr Renzo M. Gonzalez, ‘Managing Director’ dan juga Mr Arnold Yeo, ‘Senior Manager’ di bahagian ‘Global Purchasing’.

Lawatan tersebut merangkumi

bahagian pemprosesan di kilang dan

pusat pengumpulan getah

kepunyaan Encik Sahbudin di Mukim

Semantan, Lanchang, Pahang.

Tujuan lawatan adalah untuk

memberi pendedahan kepada pihak

Continental Tires dalam urusan

pembelian hingga penghasilan

produk seterusnya proses

penghantaran.

Selain itu juga, pihak Continental

Tires mengesyorkan pemeriksaan

menyeluruh bermula daripada

pemilihan bahan mentah (cup lump)

bagi mencapai spesifikasi dan

penghasilan produk yang berkualiti

tinggi yang bebas dari sebarang

pencemaran.

• Azira Ahmad (Ibu Pejabat)

Gambar 1: Pihak pengurusan MARDEC bersama

Mr Renzo & Mr Arnold Yeo

Gambar 2: Encik Yazid Yusop menerangkan proses

yang dilakukan di tempat pengumpulan getah

milik Encik Shabudin

Gambar 3: Encik Yazid Yusop bersama Mr Renzo di

bahagian pengumpulan “raw material”

Page 3: Edisi Oktober 2017 - mardec.com.my MARDEC_ October 201… · pengurusan Pada 05 Oktober 2017, ... pampasan jika berlakunya kecederaan serius. Oleh itu, ... Perbincangan secara berkumpulan

Mukasurat 3 dari 11

Gambar 4: Encik Nasir dan Encik Aizat

bersama Mr Arnold Yeo melawat

kawasan sekitar MPSB Mentakab

Gambar 5: Mr Renzo dibawa melihat

kawasan “feeding station”

Gambar 6: Mr Teoh Ee Seng bersama

Encik Palan melihat buku rekod “dryer”

Gambar 7: Pemeriksaan “bale” sebelum

proses pembungkusan

Page 4: Edisi Oktober 2017 - mardec.com.my MARDEC_ October 201… · pengurusan Pada 05 Oktober 2017, ... pampasan jika berlakunya kecederaan serius. Oleh itu, ... Perbincangan secara berkumpulan

Mukasurat 4 dari 11

Pada 06 Oktober 2017, pihak

“trader”, Grand Focus International

Pte. Ltd, dari Singapura telah

melawat kilang MPSB Baling. Pihak

Grand Focus adalah pelanggan

kepada BIV Commodities yang

membeli SMR 20. Encik Nasir Mat

Saad, Head of Malaysia Midstream

Operations bersama pihak

pengurusan MPSB Baling turut serta

dalam lawatan ini. Lawatan

bertujuan bagi memastikan MPSB

Baling mencapai spesifikasi dan

menghasilkan produk berkualiti

tinggi seperti yang dikehendaki.

• Haribala A/L Gopal (MSPB Baling)

Gambar 8: Kehadiran wakil dari pihak Grand Focus

International Pte. Ltd.

Gambar 9: Encik Nasir Mat Saad bersama Mr Ng

Choong Ngee, wakil “trader” dari Grand Focus

Gambar 10: Encik Redza Asri, pengurus kilang

menerangkan mengenai operasi kilang dan produk

yang dihasilkan

Page 5: Edisi Oktober 2017 - mardec.com.my MARDEC_ October 201… · pengurusan Pada 05 Oktober 2017, ... pampasan jika berlakunya kecederaan serius. Oleh itu, ... Perbincangan secara berkumpulan

Mukasurat 5 dari 11

Pada 05 Oktober 2017, wakil dari

syarikat “Helios Commodities Pte Ltd”,

Mr Tan Xing Yu dan juga Mr Cai

Renhang, wakil dari “Wuchan

Zhongda Utech Co. Ltd”, Singapura

telah melawat kilang MPSB Mentakab.

Tujuan lawatan mereka adalah untuk

melihat dengan lebih dekat mengenai

proses penghasilan Standard

Malaysian Rubber (SMR).

Lawatan dimulakan dengan

perbincangan ringkas mengenai

trend pasaran getah semasa, diikuti

dengan pembentangan mengenai

latar belakang MPSB Mentakab oleh

penolong pengurus kilang, Encik

Esamsuri. Kunjungan ini meneruskan

lawatan ke kawasan simpanan “raw

material”, bahagian pemprosesan,

pembungkusan, “warehouse” dan

juga makmal.

• Md Sodiqin Md Salleh (Ibu Pejabat)

Gambar 11: Mr Tan Xing Yu dan Mr Cai bersama pihak

pengurusan MPSB Mentakab dan Ibu Pejabat iaitu;

Encik Yazid, Encik Azimuddin dan Encik Md Sodiqin

Page 6: Edisi Oktober 2017 - mardec.com.my MARDEC_ October 201… · pengurusan Pada 05 Oktober 2017, ... pampasan jika berlakunya kecederaan serius. Oleh itu, ... Perbincangan secara berkumpulan

Mukasurat 6 dari 11

Gambar 12: Lawatan di bahagian

pemprosesan

Gambar 13: Perbincangan di bahagian

“warehouse”

Gambar 14: Lawatan di bahagian

pemprosesan

Page 7: Edisi Oktober 2017 - mardec.com.my MARDEC_ October 201… · pengurusan Pada 05 Oktober 2017, ... pampasan jika berlakunya kecederaan serius. Oleh itu, ... Perbincangan secara berkumpulan

Mukasurat 7 dari 11

Tujuan garis panduan ringkas ini

adalah untuk menyediakan pelan

sistematik dan pendekatan objektif

dalam mengenal pasti, mengakses

dan mengawal faktor risiko ergonomik

yang berkaitan dengan tugas dan

aktiviti seharian di tempat kerja.

Garis panduan ini memberi perhatian

kepada majikan, pekerja, pengamal

keselamatan dan kesihatan untuk

mengakses tahap risiko ergonomik

bagi melaksanakan langkah kawalan

yang lebih berkesan berdasarkan

risiko yang dikenalpasti.

Pada masa ini, terdapat banyak kes-

kes penyakit pekerjaan yang

disebabkan oleh faktor risiko

ergonomik yang dilaporkan kepada

Jabatan Kesihatan dan Keselamatan

Pekerjaan.

Sebagai contoh adalah posisi dan cara

menampung beban ketika dalam

keadaan duduk dan berdiri. Cara

mengangkat beban yang salah akan

menjejaskan produktiviti pekerja, cuti

sakit berpanjangan, dan juga kos

pampasan jika berlakunya kecederaan

serius. Oleh itu, posisi ergonomik

penting bagi kesihatan dan

keselamatan pekerjaan.

Berat/beban yang disyorkan untuk

kedudukan duduk

• Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin (Ibu Pejabat)

Posisi yang baik:

Lengan atas sejajar

dengan tegak

Posisi yang kurang baik:

Lengan atas yang

terbentur dari badan

Posisi yang boleh memudaratkan:

Badan membongkok ke

hadapan

Page 8: Edisi Oktober 2017 - mardec.com.my MARDEC_ October 201… · pengurusan Pada 05 Oktober 2017, ... pampasan jika berlakunya kecederaan serius. Oleh itu, ... Perbincangan secara berkumpulan

Mukasurat 2 dari 11

Liga Kejohanan Badminton anjuran MPSB Kuala Berang telah diadakan pada 12 Oktober dan 20 Oktober 2017. Kejohanan selama dua hari ini telah diadakan di Dewan Badminton Kampung Batu 24 di Kuala Berang, Terengganu. Liga ini berlangsung dari jam 6.00 petang hingga 11.00 malam.

Kejohanan ini dianjurkan bagi melengkapkan jadual / tentatif program tahunan MPSB Kuala Berang yang akan mengadakan Kejohanan Badminton sekurang-kurangnya sekali setahun. Kejohanan ini telah disertai seramai 16 peserta yang merangkumi keseluruhan bahagian kerja dan jabatan di MPSB Kuala Berang.

Acara yang dipertandingkan adalah beregu lelaki dan berikut merupakan senarai peserta yang menyertai kejohanan ini:

Kumpulan A

Sudin Nazir

Pauzi Rahman

Rani Bahrom

Fattah Henry

Kumpulan B

Fauzi Azhar

Asraf Rosyam

Ezzaq Yusof

Andy Syahrail

• Mohd Andian M. Anuar (MPSB Kuala Berang)

Gambar 15: Peringkat suku akhir sedang

berlangsung

Gambar 16: Beregu Juara sedang

berentap

Page 9: Edisi Oktober 2017 - mardec.com.my MARDEC_ October 201… · pengurusan Pada 05 Oktober 2017, ... pampasan jika berlakunya kecederaan serius. Oleh itu, ... Perbincangan secara berkumpulan

Mukasurat 2 dari 11

Kejohanan dijuarai beregu Rani & Bahrom daripada Kumpulan A dan naib juara

dirangkul beregu Asraf & Rosyam daripada kumpulan B. Kejohanan yang diadakan

ini adalah hasil usaha ‘Team Badminton’ MPSB Kuala Berang dan ianya secara tidak

langsung mampu menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan para peserta. Diharap

aktiviti riadah ini dapat menjadi satu platform bagi mengeratkan silaturrahim sesama

pihak pengurusan dan kakitangan.

Naib Juara:

Asraf & Rosyam

Juara:

Rani & Bahrom

Gambar 17: Hamper hadiah yang menjadi rebutan

semua peserta kejohanan

Page 10: Edisi Oktober 2017 - mardec.com.my MARDEC_ October 201… · pengurusan Pada 05 Oktober 2017, ... pampasan jika berlakunya kecederaan serius. Oleh itu, ... Perbincangan secara berkumpulan

Mukasurat 3 dari 11

Pada 26 dan 27 Oktober 2017, unit Teknikal dan Pembangunan Produk dengan kerjasama MPSB Mentakab telah menjalankan kursus “POKA YOKE” iaitu kursus “Mistake Proofing Towards Zero Defects”. Tenaga pengajar dari Training.Com Asia iaitu Encik Sudesh Vadialoo telah dijemput oleh pihak Jabatan Sumber Manusia untuk berkongsi ilmu dan teknik-teknik berkenaan dengan POKA YOKE. Kursus ini dijalankan selama dua hari di MPSB Mentakab dan dihadiri wakil dari Ibu Pejabat dan juga wakil dari setiap MPSB, MIL dan MPOL. POKA YOKE adalah satu konsep dalam keupayaan syarikat untuk melaksanakan sistem inventori yang baik, membolehkan syarikat menyediakan kehendak pelanggan yang secukupnya bagi mengekalkan kesetiaan dan keuntungan organisasi MARDEC secara amnya. Kursus POKA YOKE secara langsung memberi panduan kepada tahap pencapaian sebagai contoh; menghapuskan punca kesilapan kecil, melakukan dengan betul pada kali pertama, dan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan. Diharap wakil setiap kilang dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus dijalankan.

• Muhammad Hamizan Abu Hassan (Ibu Pejabat)

Gambar 18: Kakitangan MARDEC yang menyertai

kursus POKA YOKE

Gambar 19: Encik Sudesh menerangkan latar belakang

mengenai kursus POKA YOKE

Gambar 20: Perbincangan secara berkumpulan

Page 11: Edisi Oktober 2017 - mardec.com.my MARDEC_ October 201… · pengurusan Pada 05 Oktober 2017, ... pampasan jika berlakunya kecederaan serius. Oleh itu, ... Perbincangan secara berkumpulan

Mukasurat 2 dari 11

Gambar 21: Encik Sudesh menerangkan

proses di bahagian “shipment” yang

berkaitan POKA YOKE

Gambar 22: Contoh amalan POKA YOKE di

bahagian pemotongan plastik “shrink-wrap”

di bahagian “shipment”

Gambar 23: Peserta kursus menyiapkan

tugasan untuk perbentangan kumpulan

Gambar 24: Perbentangan berkumpulan

mengenai tugasan dan analisa

berkenaan POKA YOKE