ikatan edisi oktober 2012

8
Dia merungkai kepuasan sendiri apabila berjaya melalui halangan-halangan yang menyekatnya untuk ke destinasi seterusnya. Apabila tiba ke satu destinasi, dia akan menunaikan apa yang dihajati, mencari apa yang terpendam selama ini, apabila selesai segala yang dikehenda- ki dia akan meninggalkannya dan mencari destinasi yang baru dan membuka kamusnya satu persatu sebagai penunjuk asas perjalanan hidupnya. Begitulah umpamanya seseorang yang menuju Allah melalui perjalanan anak-anak tangga para „salik‟. Namun perjalanannya bukanlah perjalanan dunia, ia adalah perjalanan jiwa dan pensucian hati. “Hari di mana tidak berguna harta dan anak-anak, melainkan siapa yang ber- temua Allah dengan hati yang sejahtera” – ayat 87-88, Surah Asy-Syuara‟ Pada tiap-tiap kisah itu ada kuncinya Islam mengajar umatnya erti ketinggian dan kesempurnaan, dan menuntut umatnya mencari sebab-sebabnya, agar ia selari dengan kesempurnaan ciptaan manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Dengan meraikan fitrah hati manusia yang berbolak balik, Allah SWT “Setulus Pengorbanan Semurni Ikatan” ...Bersambung di m/s 2

Upload: isma-mesir

Post on 06-Mar-2016

238 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

IKATAN Edisi Oktober 2012

TRANSCRIPT

Page 1: IKATAN Edisi Oktober 2012

Dia merungkai kepuasan sendiri apabila berjaya melalui halangan-halangan

yang menyekatnya untuk ke destinasi seterusnya.

Apabila tiba ke satu destinasi, dia akan menunaikan apa yang dihajati, mencari apa yang terpendam selama ini, apabila selesai segala yang dikehenda-ki dia akan meninggalkannya dan mencari destinasi yang baru dan membuka kamusnya satu persatu sebagai penunjuk asas perjalanan hidupnya.

Begitulah umpamanya seseorang yang menuju Allah melalui perjalanan anak-anak tangga para „salik‟. Namun perjalanannya bukanlah perjalanan dunia, ia adalah perjalanan jiwa dan pensucian hati.

“Hari di mana tidak berguna harta dan anak-anak, melainkan siapa yang ber-temua Allah dengan hati yang sejahtera” – ayat 87-88, Surah Asy-Syuara‟

Pada tiap-tiap kisah itu ada kuncinya

Islam mengajar umatnya erti ketinggian dan kesempurnaan, dan menuntut umatnya mencari sebab-sebabnya, agar ia selari dengan kesempurnaan ciptaan manusia sebagai sebaik-baik kejadian.

Dengan meraikan fitrah hati manusia yang berbolak balik, Allah SWT

“Setulus Pengorbanan Semurni Ikatan”

...Bersambung di m/s 2

Page 2: IKATAN Edisi Oktober 2012

Sambungan dari m/s 1...

mendatangkan pelbagai peristiwa dan sempena agar mereka dibantu secara semulajadi untuk membaiki diri dan me-nolak hati menuju kedudukan yang tertinggi.

Penceritaan kisah anbiya‟ sering-kali dijadikan sebab untuk menguatkan hati Rasulullah SAW dan sahabat. Padan-ya terdapat rahsia yang dipegang oleh orang terdahulu, yang tak mungkin dapat difahami melainkan dengan cara Allah menghidupkan kisah-kisah itu di sisi Rasulullah SAW dan sahabat.

Dengan perasaan itu kita akan mampu me

“Dan demikianlah Kami menceritakan kisah-kisah para rasul agar ia dapat men-guatkan hatimu, dan dengannyalah ter-jelas padamu kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang-orang beriman” – ayat 120, Surah Hud

Nilai sebuah jalan

Hakikatnya semua manusia hidup untuk sesebuah tujuan. Perjalanan hidup yang panjang akan membawa mereka kepada satu noktah pengakhiran yang wajib un-tuk difikirkan, iaitu ke mana mereka ma-hu pergi? Persoalan ini tidak mampu ter-jawab dengan jawapan mudah seperti ke syurga, redha Tuhan atau sebagainya.

Ia perlu lebih kepada jawapan perkataan yang mampu diucapkan oleh kanak-kanak mumayyiz. Ia adalah per-buatan, kesungguhan, penat lelah hing-galah ia akan menuntut untuk ia dijawab dengan airmata dan darah.

Mungkin kerana itu beberapa kali Allah menyebut dalam Al-Quran, adakah kita sudah rasa layak ke syurga se-dangkan kita belum lagi merasakan apa

yang dirasai oleh orang terdahulu ? Se-dangkan kita belum lagi diuji untuk Allah mengetahui siapa yang benar-benar

berjihad dan bersabar ? Seperti yang tersebut dalam surah Al-Baqarah dan Ali Imran.

Sifir mukmin .. di sisi mereka tiada yang lebih utama melainkan Allah dan Rasul-Nya, serta perjuangan menegakkan

agama-Nya. Hakikat ini ditanam hidup-hidup dalam jiwa sahabat ketika turunnya surah At-Taubah ;

“Katakanlah (wahai Muhammad), sekiran-ya ayah-ayah kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum kerabat kamu, harta yang kamu kumpulkan, perniagaan yang kamu takut ruginya, dan rumah-rumah yang kamu selesa hidup dalamnya itu, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya, dan berjihad di atas jalannya, maka tunggu-lah sehingga Allah menentukan uru-sannya, dan Allah sekali-kali tidak akan memberi hidayah kepada golongan fasiq” – ayat 24, Surah At-Taubah

Inspirasi daripada Al-Khalil AS

Orang terdahulu telah menyuluh jalannya. Kisah masyhur salah seorang Ulul Azmi, Ibrahim AS telah menjadi pengajaran terbesar umat Islam dalam mengutamakan wahyu berbanding ke-cenderungan peribadi, mengutamakan apa yang Allah mahu, berbanding apa yang dihajati nafsu.

Ibnu Qayyim RHM berkata ;

“Apabila Ibrahim AS meminta agar dikur-niakan seorang anak lelaki, lalu per-mintaannya dikabulkan, dan hatinya mula terpaut dengan anaknya dengan penuh erat. Apabila Sang Kekasih (Allah SWT) melihat perkara itu, Dia tak mahu di sisi Al-Khalil (Ibrahim AS) ada ruangan cinta selain-Nya, lalu Dia memerintahkannya untuk menyembelihnya.

Ia benar-benar menguji Ibrahim AS, mes-ki tujuannya bukanlah untuk menyembel-ih anaknya sendiri. Tetapi tujuan sebenar wahyu itu adalah untuk menyembelih cinta di hatinya agar Ibrahim AS menye-rahkan setulus cinta kepada Tuhannya.

“...Tetapi

tujuan sebenar

wahyu itu ada-

lah untuk me-

nyembelih cin-

ta di hatinya

agar Ibrahim

AS menye-

rahkan setulus

cinta kepada

Tuhannya…”

Page 3: IKATAN Edisi Oktober 2012

Apabila Al-Khalil AS segera menunaikan ara-han-Nya, melebihkan cinta Tuhannya ber-banding cinta kepada anak, maka tercapailah tujuan, dan terangkatlah arahan sembelih itu. Lalu digantilah anaknya itu dengan seekor kibas yang besar” – Ad-Daa‟ wad Dawaa‟

Benih cinta yang membuah agenda

Kisah cinta mereka bukanlah seperti kisah mana-mana kisah cinta picisan yang me-maparkan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi cinta kepada kekasih yang berlandaskan tolakan hawa nafsu semata-mata.

Bukan juga seperti kisah seorang abid yang setiap hari setiap malam bermunajat kepada Tuhannya, menangis dan terus menerus berdoa, namun tidak bertemu manusia kerana melarikan diri dari kefasa-dan.

“Bagaimana mereka boleh merasakan itulah yang lebih dicintai Allah sedangkan di sisi mereka hanyalah ketulan batu dan objek-objek mati yang tidak boleh berkata-kata ?” – Wahyul Qalam – Ar-Rafi‟e

Inilah mafhum pesanan Imam Abd Qadir Al-Jailani ketika menyifatkan kategori zuhud ;

“Ahli zuhud yang baru (al-mubtadi‟) akan menjauhi manusia kerana dia merasakan pada mereka ada segala keburukan. Namun ahli zuhud yang mahir (al-muntahi) akan mendekati mereka dan mencari-cari mereka, bagaimana dia boleh lari daripada mereka kerana segala ubat permasalahan mereka itu ada padanya ?” – Al-Fath Ar-Rabbani

Mereka yang terdahulu memahami erti kemuliaan seseorang Muslim itu tertakluk kepada sejauhmana mereka tulus untuk mengajak manusia mengenal Tuhan, mengajar agama dan membaiki kehidupan mereka agar selari dengan tuntutan agama.

Cinta dalam jiwa perlu diterjemahkan dalam bentuk yang lebih mulia dan lebih tinggi, bukan sekadar seperti permainan jiwa antara dua manusia, bahkan ia adalah per-tarungan dan medan peperangan, demi menegakkan tujuan Sang Kekasih di muka bumi.

“Sesungguhnya ia adalah perkataan pem-isah ! Sekali-kali ia bukanlah kata-kata yang sia-sia” – ayat 13-14, Surah At-Thariq

Menuju puncak ketinggian

Orang mukmin akan sentiasa mencari asbab menuju ketinggian. Hakikat ini disebut dengan begitu baik oleh Ibnu Jauzi RHM apa-bila beliau mengatakan ;

“Di kalangan orang-orang terpilih itu ada segolongan manusia yang apabila mereka bangun dan sedar mereka tidak pernah tidur, apabila mula berjalan mereka tidak pernah berhenti. Cita-cita mereka hanyalah ; menda-ki dan terus meningkat. Apabila mereka melepasi satu-satunya maqam (perhentian)

ke perhentian seterusnya, mereka akan melihat kekurangan dan kesilapan mere-ka sebelumnya, lalu mereka beristighfar” – Shaidul Khatir

Beginilah bentuk kemahuan untuk menuju ke puncak dan merasakan ke-lazatan ketinggian yang akhirnya melemahkan kecenderungan kepada perkara-perkara kecil. Istighfar mereka terhadap kesilapan lalu melengkapkan kekurangan mereka, juga menunjukkan keseimbangan jiwa yang menolak penya-kit-penyakit hati yang boleh merosakkan amal. Keseluruhan hidup mereka adalah menuju ketinggian dan kesempurnaan.

Inilah yang ditunjukkan oleh orang terdahulu, inilah juga intipati yang diambil daripada kisah-kisah para anbiya‟

dan salafussoleh. Mereka memahami

hakikat sebenar perjuangan, kecintaan, dan pengorbanan.

Semua ini membawa kita kepada satu noktah ; Sekiranya kita ingin belajar bercinta, merekalah gurunya.

Ahmad Syamil b. Mohd Esa

Master Kuliah Syariah

Universiti Al-Azhar

Page 4: IKATAN Edisi Oktober 2012

Bagi seorang muslim, erti kehidupan ini adalah sejauhmana dia mampu melaksanakan perintah dan menjauhi

larangan Allah swt dalam setiap aspek dan ruang lingkup hidupnya. Kesediaan aqal, jiwa dan jasadnya untuk patuh dan tunduk kepada arahan syarak berdasarkan pan-duan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw merupakan ciri utama umat Islam yang cemerlang. Umat Islam akan kembali ke kedudukan dan martabatnya yang sebenar jika ia bersikap “dengar dan patuh” kepada perintah-perintah syarak di dalam Islam. Babak Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya di padang pasir merupa-kan kisah yang padanya seribu satu pengajaran tersurat maupun tersirat. Akal manusia tak dapat menerima secara logik arahan itu kerana sifat akal ialah mencari rasional setiap perkara meskipun ianya ber-sumberkan wahyu. Allah swt memerinta-

hkan supaya Ibrahim a.s. meninggalkan isterinya, Hajar dan anaknya yang masih seorang bayi menyusu, Ismail di tengah padang pasir kontang yang panas terik. Dialog Hajar bertanya kepada Ibrahim meminta penjelasan : Adakah Allah yang memerintahkan ini? Jawab Ibrahim : Ya. Lalu Hajar berkata: Kami tidak akan disia-siakan selama mana Allah bersama kami dan Dia yang memerintahkan ini. Inilah contoh dan model sebuah keluarga mus l im yang tunduk melaksanakan perintah Allah swt walau-pun perkara tersebut begitu sukar. Neraca syarak semestinya menjadi kayu ukur uta-ma seorang muslim dalam pemikiran, tin-dakan dan gaya hidupnya. Sebab utama permasalahan umat Islam hari ini ialah bilamana syarak sudah tidak lagi menjadi sandaran. Arus terkini berkiblatkan teori barat dan aliran pemikiran sekular samada liberal, sosialis, humanism, Islam moderat dan pelbagai nama yang semuanya adalah bertentangan dengan syarak. Jika umat Islam kekal dalam situasi lemah ini, maka musuh-musuh Islam samada daripada luar maupun dalam negara akan menghancur-kan kedudukan Islam dan syariat Allah swt.

Benteng terbaik umat Islam da-ripada serangan pemikiran ini adalah dengan memiliki kefahaman Islam yang sahih dan bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Umat Islam seharusnya mula sedar dengan cepat sebelum terlambat. Kekuatan kita adalah bersama syariat Allah swt. Padanya keadilan dan rahmat serta kebahagiaan. Asas dalam ibadah ialah ta‟abud (perhambaan tulus kepada Allah) tanpa melihat kepada makna yang tersirat. Ketundukan seorang muslim kepada syariat Allah swt adalah lambang kemuliaan dan kemajuannya berband-ing tamadun atau aliran pemikiran selain Islam. Inilah pengajaran utama bagi umat Islam buat masa ini sempena sambutan Aidil Adha. Shuhaib Ar-Rumy b. Selamat Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Mesir

Page 5: IKATAN Edisi Oktober 2012

Ada ketikanya sekelompok manusia bangun membantah cara penyembelihan yang dilakukan oleh ummat Islam. An-taranya seperti yang dilakukan oleh aktivis hak asasi haiwan yang mendesak agar dihentikan kekejaman terhadap haiwan sembelihan. Ada juga segolongan manusia yang menahan diri dari memakan daging haiwan kerana mendakwa kita akan berlaku

kejam terhadap haiwan tersebut. Adakah benar Islam berlaku kejam terhadap haiwan sembelihan. Adakah di sana terdapat cara yang lebih baik dari yang Islam ajarkan? Terdapat video yang menunjukkan masyarakat beragama hindu di India melakukan penyembelihan dengan menetak leher haiwan sembelihan hingga terputus dari badan. Sekelompok masyarakat di Afrika pula menikam leher haiwan sembelihan sehingga mati. Ada juga yang memukul atau menghempap dengan batu hingga mati. Di Amerika pula ada satu kaedah yang menggunakan kejutan eletrik untuk memengsankan haiwan sembelihan sebe-lum disembelih dengan anggapan ia dapat menghilangkan rasa sakit ketika disembelih. Memetik sebuah laporan dari kajian yang dijalankan oleh seorang professor bernama Wilhelm Schulze, dalam kajiannya, beliau membandingkan di antara cara penyembelihan Islam dan cara penyembel-ihan yang dilaksanakan di barat. Iaitu cara menggunakan kaedah kejutan eletrik (captive bolt pistol stunning).

Beliau telah menggunakan sebuah alat yang dapat mengesan kadar kesakitan yang dialami oleh haiwan keti-ka disembelih. Hasil daripada kajiannya, beliau mendapati bahawa haiwan yang disembelih dengan cara barat menda-tangkan kesakitan yang amat sangat terhadap haiwan tersebut. Berlainan pula dengan sembelihan cara Islam di mana ketika disembelih, alat pengesan kesakitan menunjukkan haiwan tidak mengalami sebarang kesakitan sebaik sahaja pisau memotong urat leher. Itulah hikmahnya Islam me-nyuruh untuk menajamkan pisau agar dapat memotong urat leher dengan pan-tas. Beliau berkata, "Penyembelihan cara Islam adalah kaedah penyembelihan yang paling ber-perikemanusiaan dan kaedah kejutan eletrik yang dilaksanakan di Barat me-nyebabkan kesakitan yang amat pada haiwan sembelihan". Selain itu juga, penyembelihan

yang dilakukan dengan cara Islam mem-bolehkan darah keluar dengan sempurna dari tubuh haiwan sembelihan. Setelah dipotong urat halkum dan urat mari‟, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang. Ini me-nyebabkan darah dipam keluar dari ba-dan haiwan.

Sekiranya darah tidak keluar dengan sempurna, ia boleh menjadi me-dium kepada bakteria atau kuman pem-bawa penyakit. Juga menyebabkan dag-ing cepat rosak dan berbahaya kepada manusia. Haiwan yang disembelih bukan dengan cara Islam akan menyebabkan ia mati dahulu sebelum sempat mengepam keluar darah dari badannya. Begitulah indahnya Islam yang Allah turunkan. Allah maha mengetahui setiap sesuatu dan menetapkan segala sesuatu sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri. Itulah yang dikatakan Islam agama fitrah. Sains juga telah banyak membuktikan kebenaran Islam. Firman Allah swt yang bermaksud: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai dan darah (yang keluar menga-lir) dan daging, dan binatang-binatang yang disembelih kerana selain Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecua-li yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)” (Surah Al-Ma‟idah 5:3) Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, per-baikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkan-lah pisaunya dan mudahkanlah penyem-belihannya itu.” (Riwayat Muslim) Haidar Mahmud Kuliah Usuluddin, Tahun 4 Universiti Al-Azhar

Page 6: IKATAN Edisi Oktober 2012

Cara penyediaan sup kawarek adalah sama seperti sup-sup bi-asa. Cuma perumitannya adalah pada penyediaan kaki lembu

tersebut. Cara penyediaan adalah seperti berikut :

1- Kaki lembu tersebut hendaklah dipotong pada bahagian tumit.

2- Seterusnya adalah proses pembuangan sepatu/kasut dari kaki

lembu. Caranya adalah rebus bahagian yang telah dipotong di dalam air yang menggelegak selama 5 minit. Proses ini akan

memudahkan kita untuk mencungkil sepatu dari kaki tersebut.

3- Setelah sepatunya dicabut, kita perlu membuang bulu dari

kaki lembu, terdapat dua cara iaitu pertama, mencabut menggunakan tangan dan dibantu air panas. Adapun yang

kedua adalah teknik bakar dan cabut(sedikit penat kerana proses ini dijalankan berulangkali)

4- Kemudian, potong kecil-kecil sebesar 2 ibu jari. Dibasuh dan direbus selama 6 jam.

6- Dalam masa yang sama, tumis bahan untuk dibuat sup.

(bahan asas memasak sup seperti biasa)

7. Campurkan tumisan tadi dengan air rebusan. Letakkan sekali

garam, daun bawang, daun sup atau daun mulukhiyah.

Siap! Sup kawarek sesuai dihidangakn bersama nasi untuk jua-dah sempena aidiladha ini. Jemput sekali jiran dan kawan untuk

merapatkan ukhuwwah ya!

ISMA Mesir memang tidak lekang dari aktiviti dan program yang menarik un-tuk mahasiswa dan mahasiswi . Antara pro-gram terpenting pada oktober ini adalah Ijtima‟ soifi pada bertempat di Fantasia Resort, Ra'su Sidr. Program ini berjaya mengumpulkan lebih dari 250 orang ahli ISMA Mesir, ikhwah dan akhawat di seluruh perlembahan Nil. Dengan fasiliti yang baik seperti kolam renang dan pantai, program setahun sekali ini bertujuan merapatkan hubungan antara semua ahli ISMA Mesir, ahli dan kepimpinan dari semua mu-hafazah, Antara yang paling membanggakan adalah penganjuran Bengkel Penulisan Is-lami pada 12 dan 13 oktober bertempat di Scout Hotel, Kaherah. Novelis sejarah terkenal Tuan Abdul Latip bin Talip sudi berkongsi pengalamannya bersama 100 orang peserta lelaki dan perempuan. Peser-ta juga mendapat bimbingan penulisan

Cikpuan Azzah Abdul rahman, Naib Presi-den, Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Program yang julung kali ini berja-ya mencapai hadafnya iaitu mengajar teknik penulisan karya kreatif dan mengeratkan lagi hubungan antara penu-lis-penulis Malaysia yang berada di bumi Mesir. Ucapan tahniah juga kepada 9 orang graduan terdiri dari kalangan ahli ISMA Mesir, serta salah seorang daripada mereka berjaya merangkul anugerah Imam Nawawi di konvokesyen yang di-anjurkan oleh Kedutaan Malaysia baru-baru ini bertempat di Pusat Persidangan Al-Azhar (ACC) iaitu saudari Maryam binti Mohd Din. Kejayaan beliau patut menjadi contoh kepada semua mahasiswa khusus bagi mereka yang mengambil jurusan agama di Mesir.

Sila layari laman sesawang ISMA Mesir di ismamesir.com untuk maklumat lanjut.

Page 7: IKATAN Edisi Oktober 2012

“Engkau mahu pergi ke mana. Bukankah engkau sudah berjanji untuk bertutor Add Math pada hari ini?”

“ Ali, aku minta maaf. Perut aku lapar-lah.”

“ Lawak lah engkau ini. Aku ingatkan engkau ada masalah rumah tangga. Muka sudah seperti Adolf Hitler sewaktu Holocoust melanda je.”

“ Adolf Hitler yang meniru mimik muka aku lah.”

“Amboi, pandai betul engkau berseloroh. Bagaimana keadaan Si Hitam sekarang. Engkau sudah berlapang dada dengan keputusan itu? Usah sesekali engkau menyamakan keadaan ini dengan perjal-anan plot sebuah drama tragedi. ”

Ali mengoyak senyuman. Dia meletakkan buku Biochemistry itu di atas mejanya.

“ Kelmarin, aku mendapat mimpi di sep-ertiga malam mengenai Si Hitam.”

Samad termengkelan. Dia pantas meng-gerakkan garisan bibirnya.

“Mimpi apa?”

Titik Harmoni

Berdebuk Ali jatuh di sebuah tem-pat yang aneh. Dia berdiri dan menyapu-nyapu punggung. Tiba-tiba tubuhnya menggigil.

„Sejuknya! Tempat apakah ini?‟

Sambil memeluk tubuh dengan kuat, Ali memerhati sekeliling. Keseluruhan tem-

pat itu diliputi salji berwarna merah jam-bu, seperti krim strawberi.

“Hello! Hello! Saya di mana?”

Tiba-tiba dia terdengar bunyi aneh. Sep-erti bunyi guruh menjerit. Memang sungguh aneh dan jarang didengari. Reti-nanya sempat menyambar biasan suatu cahaya harmoni.

Rasulullah s.a.w menghadiahkan sebuah senyuman pada Ali. Baginda membisik-kan sesuatu di gegendang telinganya. Kalimah tauhid itu meresap hebat di da-lam atma seorang syabab.

“Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?”

“ Itulah sunnah daripada datukmu Ibra-him.”

“Apakah keuntungan korban ini untuk kita?”

“Setiap helai bulu korban itu, merupakan satu kebaikan. Daging dan darah bi-

natang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi apa yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas, berdasarkan taqwa daripada kamu.”

Rasulullah s.a.w menghabiskan kalam pada malam itu dengan sepotong ayat Illahi. Ali terpukul hebat. Syahdu kondisi itu sehingga dia mampu mengalir-kan kolam air mata.

Jeda malam menggamit hati kecil Ali bermonolog dengan suatu firasat yang

baru.

“ Aku begitu mencintai Rasulullah s.a.w. Hebatnya kuasa Allah, menimpakan suatu firasat mimpi lantaran aku terlampau cintakan harta dunia. Maafkan daku, ya Allah. Aku ingin sekali menjadi hamba-Mu yang merdeka jiwanya. Si Hitam pasti akan ku korbankan.”

Dia merenung wajah Rasulullah s.a.w sekali lagi, buat kali yang terakhir. Dia mencuba untuk mendekati Rasulullah s.a.w, namun kudratnya tidak sampai. Lututnya kaku.

Rasulullah s.a.w membuka langkah untuk menuju ke pintu gerbang yang bercahaya itu. Baginda melafazkan ummati sepan-jang perjalanannya.

Biasan koklea Ali sempat menangkap cebisan bicara baginda.

Rindu

“Ali… Ali….”

Ali bingkas bangun dan meraup wajahnya.“Mengapa? Apa yang sudah berlaku?”

“ Engkau jatuh daripada katil lah. Berde-buk seperti buah nangka yang busuk. Engkau mengigau tadi. Aku hairan lah, tempat tidur engkau ini berbau kasturi.”

Ali termengkelan hebat. Pantas dicapai sejadah, dahinya bersujud menyembah bumi. Secangkir Adha merubah umat. Sekelip mata.

Salmi Shakirah binti Selamat Tahun 2 Universiti Ain Shams

Ali memutar-mutar pena di jemari runcingnya. Dia mengecilkan mata, me-mandang pada pawana awanan yang berarak sayu seiring dengan detikan ma-sa prep. Keluhannya menggamit per-hatian seisi kelas.

“ Panasnya petang ini! Tidak mungkin aku dapat concentrate pada study.”

Ketua kelas menaikkan keningnya, melempar secangkir madah, “ Orang genius, boleh lah berkata begitu. Bukankah esok kita ada formative exam? Marilah kita mengulang kaji pelajaran bersama-sama.”

“Aku sudah mengulang kaji di dorm tadi. Neuron synapse aku sudah semakin fa-tique. Alangkah baik, sekiranya aku dapat pulang ke kampung halaman pada cuti hari raya aidiladha ini.”

“Engkau homesick ke?”

Ali terkesima. Dia mengeluh perla-han sambil menundukkan wajahnya. Kerutan halus terukir hebat di wajah suci itu.

“Atok mahu mengorbankan lembu aku hujung minggu ini. Hati aku sakit. Engkau sudah semestinya tidak akan mengerti instinct aku.”

Samad membeliakkan mata bundarnya. Bahunya terangkat-angkat seketika sam-

bil menghemburkan ketawa yang berirama. Menggamit suasana keriuhan di dalam kelas 4 Permata.

“ Aku tak sangka yang engkau ini senti-mental orangnya.”

“ Engkau masih belum cukup berta‟aruf denganku lagi. Hidup ini perlulah diselusuri dengan ihsan terhadap bi-natang.”

“ Tapi, metadologi pemahaman terhadap konsep korban yang engkau pegang itu

salah.”

Ali mencebikkan bibir sambil pantas menghamburkan madahnya.

“ Lembu aku, biarlah aku sahaja yang menjaganya. Tiada seorang pun yang boleh mencederakan Si Hitam.”

Samad sedikit ralat kerana kalamnya disambut penuh emosi. Namun menjadi kepantangannya berpatah menarik kata. Itu akauntabiliti.

Potensi

Samad mendengus kecil, fokusnya pada prep telah lesap dibawa angin ma-lar. Kokleanya mencerun tidak puas hati. Dia mengibas-ngibas baju lalu memper-cepat hayunan langkahnya ke dewan makan. Nafasnya turun naik, kesabaran Samad mula menghampiri infiniti.

Page 8: IKATAN Edisi Oktober 2012