kembara sutera oktober 2014

19
Kembara Sutera 1

Upload: dinhdieu

Post on 09-Dec-2016

273 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kembara Sutera Oktober 2014

Kembara Sutera 1

Page 2: Kembara Sutera Oktober 2014

Wacana Dari Tembok BesarSalam persahabatan daripada kami di Negara Sang Naga. Tanpa disedari,

sudah sembilan bulan kita melalui tahun 2014. Musim panas akan berakhir dan musim gugur yang dianggap musim melancong akan datang. Lazimnya, pada masa ini, China menerima ramai pelancong sama ada dari luar, mahupun dalam negara. Maka, sudah pasti destinasi pelancongan utama menerima banyak pengunjung. Jika anda merancang melancong ke sini pada musim ini, pastikan persiapan rapi dilakukan, khususnya penginapan.

Sesuai dengan cuaca yang masih panas pada musim ini, Kembara Sutera kali ini, akan membawa anda mengunjungi Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang di Chengde. Bagi mereka yang menggemari percutian ala persantaian minda, kami membawa anda ke beberapa hotel yang menawarkan percutian konsep ini di Tasik Barat Hangzhou.

Kami sering menerima pertanyaan pelancong Islam sama ada senang untuk mencari makanan halal di Beijing. Justeru, kali ini kami akan menghapuskan keraguan anda. Beijing menghidangkan pelbagai makanan halal, oleh itu jangan risau.

Pasti ramai yang meminati pelakon aksi Jackie Chan, yang terkenal dengan filem-filem aksi seperti Police Story, Forbidden Kingdom dan sebagainya. Dalam KS keluaran kali ini, kami membawa anda melancong ke lokasi penggambaran filem-filem beliau.

Seperti KS keluaran terdahulu, kami tak lupa memperkenalkan hidangan unik dan istimewa China. Kali ini, hidangan “Guoqiao Mixian” atau Mihun Merentasi Jambatan pasti akan mengujakan cita rasa anda.

Nah, tunggu apa lagi. Rancang percutian anda untuk mengunjungi pelbagai destinasi yang jarang diperkatakan. Apa yang pasti, percutian ke sini pasti menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan.

Sampai jumpa lagi. Huan ying!

Page 3: Kembara Sutera Oktober 2014

Penerbit:Radio Antarabangsa China (CRI)

Ketua Pengarang:An Xiaoyu

Timbalan Ketua Pengarang:Zhang Wenwen

Ketua Editor:Wang Jin

Editor:Nelawati Ngadul

Zhang Wei Lin Ying

Tempat Edaran:Malaysia

Tarikh Terbit:Oktober, Disember, Februari, April,

Jun, Ogos

Laman Sesawang:http://malay.cri.cn

facebook:www.facebook.com/kembarasutera

E-mel:[email protected]

Surat-menyurat:Malay Service,

China Radio International,

16A Shijingshan Road,

100040 Beijing, P.R. China.

Telefon:+86-10-68892073

06Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang

10Keajaiban Guilin

14Menjamu Selera di Ibu Kota

20China ABC: Sutera

22 Pemandangan China dalam Filem Aksi Kungfu Jackie Chan

26Percutian Terapi Minda di Tasik Barat

30Yang Manakah Haiwan Zodiak Anda

32Etnik yang Beragama Islam di China – Etnik Uzbek

33Masjid Fenghuang, Hangzhou

34Guoqiao Mixian, Masakan Istimewa Yunnan

Page 4: Kembara Sutera Oktober 2014

Taman Peranginan Diraja Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang yang terletak sejauh lebih 200 kilometer di sebelah timur laut Beijing, merupakan tempat maharaja zaman Dinasti Qing beristirahat pada musim panas. Taman ini mula dibina pada tahun 1703 dan siap selepas pembinaan selama 89 tahun. Taman ini menggabungkan ciri-ciri seni bina utara dan selatan China, iaitu kemegahan dari bahagian utara dan kecantikan dari bahagian selatan. Bishushanzhuang

oleh: Hu Xing6 Kembara Sutera Kembara Sutera 7

Page 5: Kembara Sutera Oktober 2014

8 Kembara Sutera Kembara Sutera 9

Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang merupakan taman diraja zaman feudal yang paling luas yang masih wujud sehingga sekarang di China. Taman ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu kawasan istana, kawasan tasik, kawasan padang rumput dan kawasan gunung.

Kawasan istana merupakan tempat maharaja menguruskan hal-ehwal pentadbiran negara, mengadakan upacara perayaan yang penting dan tempat penginapan. Terdapat banyak istana dan dewan yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza di kawasan seluas lebih 100 ribu meter persegi ini.

Di kawasan tasik, terdapat lapan buah pulau kecil dan beberapa beting yang penuh dengan pokok hijau, seolah-olah pemandangan

di bahagian selatan China, dan merupakan tempat pemandangan yang paling indah di taman peranginan ini.

Kawasan padang rumput

terletak di sebelah utara kawasan tasik. Di kawasan yang luas ini terdapat pepohon dan padang rumput.

Kawasan yang paling luas ialah kawasan gunung, menempati 4/5 daripada seluruh keluasan taman peranginan ini. Di kawasan ini terdapat gunung, lereng gunung terjal dan lembah gunung yang dalam. Pemandangan alamnya sangat indah.

Di lereng gunung di sebelah timur dan utara Taman Peranginan Diraja Bushushanzhuang, terdapat lapan buah kuil agama Buddha yang terkenal, antaranya Kuil Pule, Kuil Puning dan Kuil Putuozongcheng. Kuil-kuil itu dibina berdasarkan seni bina asas kuil di kawasan etnik Han China yang menggabungkan keistimewaan seni bina etnik Mongol, Tibet dan Uygur. Kuil Putuozongcheng yang mula dibina pada tahun 1767 merupakan kuil yang terbesar antara lapan buah kuil tersebut. Kuil itu dibina dengan meniru Istana Potala di Lhasa, maka mendapat gelaran "Istana Potala Kecil".

Kuil berkenaan terdiri daripada 60 buah bangunan. Bangunan-bangunan tersebut yang dibina dengan teratur menurut tinggi-rendahnya lereng gunung, bukan sahaja rapi susunannya tetapi juga sesuai dengan bentuk bumi di sana. Bangunan utamanya, Dahongtai setinggi 43 meter, sangat megah.

Kuil Anyuan dibina berdasarkan seni bina Kuil Gurza di bandar Ili, Xinjiang. Bangunan-bangunan di lapan kuil itu memperlihatkan perpaduan pelbagai etnik pada zaman Dinasti Qing di China yang dianjurkan dan disokong oleh maharaja-maharaja Dinasti Qing. Selain itu, pembinaan bangunan-bangunan tersebut juga telah memainkan peranan pertukaran kebudayaan dan seni bina antara pelbagai etnik pada waktu itu.

Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang di Chengdeyang siap dibina pada tahun 1792 ini menjadi tempat beberapa generasi maharaja Dinasti Qing menginap serta menguruskan hal-ehwal pentadbiran negara pada musim panas setiap tahun. Ini disebabkan suhu di Chengde lebih rendah daripada Beijing pada musim panas. Dengan demikian, terdapat banyak artifak peninggalan sejarah yang bernilai di Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang.

Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang dan kuil-kuil di sekitarnya di bandar Chengde, provinsi Hebei, utara China disenaraikan oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Dunia pada tahun 1994.

Panduan:Pengangkutan: Terdapat perkhidmatan bas jarak jauh yang berlepas dari beberapa stesen di Beijing ke Chengde. Tambangnya 50 yuan.Tiket: 120 yuan (1 April – 31 Oktober) 90 yuan (1 November – 31 Mac)

Kembara Sutera 9

Page 6: Kembara Sutera Oktober 2014

10 Kembara Sutera Kembara Sutera 11

Gua cahaya Reed Flute Cave

Pernah beberapa kali melawat dan menjelajah gua, tanggapan awal penulis ketika berkunjung ke Gua Reed Flute barang kali tetap sama sebagaimana lawatan ke gua yang sebelumnya.

Pun begitu, persepsi itu nyata jauh meleset. Mana tidaknya, menanti pengunjung di luar gua ialah perkhidmatan tren yang serba canggih dan sistematik.

Lebih mengujakan, pembangunan moden serta teratur di bahagian luar gua sudah cukup membuktikan betapa lokasi itu benar-benar tarikan buat pelancong di bandar Guilin. Maka tidak hairanlah mengapa begitu ramai pemimpin utama negara turut dibawa melawat ke Gua Reed Flute.

Tatkala mula saja menjelajah ke dalam gua, pancaran cahaya mula menggoda panca indera penulis. Keajaiban ciptaan Tuhan yang berkuasa begitu mengesankan perasaan. Struktur gua yang masih aktif memperlihatkan pelbagai reka bentuk unik.

Malah, pemandu pelancong yang bertugas sempat juga menunjukkan beberapa bentuk batu di dalam gua yang mirip mitos dan legenda China selain haiwan yang menjadi kebanggaan masyarakat sekitar.

Kemuncak keriangan lawatan di gua ialah sesi menonton tayangan video yang berlatarbelakangkan dinding gua. Belum pernah penulis menyaksikan tayangan video seumpama itu dan nyatalah ia benar-benar suatu pengalaman berharga.

Menyusuri tiga aras Sungai Taohua

Andai hari pertama cuaca di bandar Guilin agak dingin, matahari pada pagi hari kedua sedikit memberikan kelegaan buat penulis yang datang dari negara beriklim tropika.

Rombongan kami dibawa belayar menyusuri Sungai Taohua dengan menaiki Peach Flower Cruise. Dalam leka dek keasyikan pemandangan sambil mengusuri pelbagai reka bentuk jambatan yang mewakili etnik minoriti di

Guilin, sesuatu yang lebih menarik hati penulis ialah perjalanan itu akan melalui tiga paras sungai berbeza-beza ketinggiannya. Saat bot mula memasuki zon khas, pintu pertama akan mula tertutup bagi membolehkan aras air ditingkatkan sebelum pintu

kedua pula dibuka bagi meneruskan perjalanan. Keseluruhan perjalanan yang mengambil masa lebih sejam itu pada dasarnya akan membawa penumpang melalui aras air

yang ketinggian keseluruhannya sebanyak 3.6 meter. Perjalanan dari Bukit Gajah ke Sungai Taohua nyata sesuatu yang cukup menghiburkan.

Keajaiban Cuaca sejuk kira-kira 20 darjah selsius di bandar Guilin, China ibarat mengucapkan selamat datang atau 'huan ying' dalam bahasa Mandarin. Dingin cuaca pagi, menambah keterujaan rasa hati penulis yang kali pertama ke Guilin, sekali gus ingin segera meneroka keindahan lokasi tumpuan pelancongan serta kebudayaan masyarakat di selatan negara Tembok Besar China ini. Guilin

Keunikan 'Bukit Gajah'

Destinasi pertama yang penulis kunjungi ialah ke Elephant Hill Scenic Area. Bukit yang menyerupai belalai gajah yang meminum air sungai benar-benar menarik perhatian.

Keajaiban alam semula jadi serta keindahan panorama membuatkan perasaan terasa cukup syahdu dan nyaman.

Sesuatu yang menarik perhatian penulis ialah kepelbagaian tarikan pelancongan yang diusahakan penduduk tempatan seperti peluang menggayakan busana tradisional Etnik Miao dan Zhuang. Pada masa yang sama, pengunjung juga boleh merakam gambar dengan sejenis burung species menangkap ikan.

oleh: Fairuz Zaidin

Legenda tentang Bukit Gajah:Maharaja Langit mempunyai sekumpulan gajah. Setelah melihat pemandangan Guilin, gajah-gajah itu tertawan oleh

pemandangan yang indah di sana dan tidak mahu pulang ke syurga lagi. Maka Maharaja Langit memerintahkan supaya gajah-gajah itu balik. Tetapi seekor daripada gajah-gajah tersebut tidak menurut perintah Maharaja Langit, dan enggan meninggalkan tempat yang indah ini. Maharaja Langit marah lalu membunuh gajah tersebut. Oleh yang demikian, gajah itu pun tinggal di tepi Sungai Lijiang untuk selama-lamanya.

Kembara Sutera 11

Page 7: Kembara Sutera Oktober 2014

12 Kembara Sutera Kembara Sutera 13

Lukisan Alam Sungai Li & Makan di atas Kapal

Awal pagi lagi rombongan sudah mula meninggalkan pusat bandar Guilin untuk menuju ke kota pelancongan tersohor, Yangshuo yang mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan dengan bas.

Begitupun, rombongan kami memilih untuk menaiki sebuah kapal persiaran yang mana akan menyusuri Sungai Li dengan keseluruhan perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam.

Awalnya, terfikir juga apalah yang boleh dilakukan sepanjang empat jam di atas kapal, tetapi tatkala melihat satu persatu keindahan gunung ganang bak lukisan alam semula jadi hati nyata cukup terpesona.

Keunikan gunung-ganang di sepanjang sungai sungguh sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Ditambahkan lagi dengan kebersihan sungai Lijiang, tiada sebab untuk berasa bosan di atas kapal.

Penulis tidak ketinggalan merakamkan gambar demi gambar sebagai kenang-kenangan termasuklah mengabadikan gambar gunung yang turut sama diabadikan di atas wang kertas 20 Yuan.

Yangshuo Mesra Pelancong

Ibarat jatuh cinta pandang pertama, begitulah yang penulis rasakan saat pertama kali menjejakkan kaki di kota Yangshuo.

Deretan kedai dengan seni bina persis di Eropah membuatkan kota ini cukup digemari pelancong luar negara. Tidak hairan mengapa penduduk tempatan termasuk penjual cukup ramah dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Terkejut juga penulis apabila ada di kalangan jurujual yang menggunakan beberapa patah perkataan dalam bahasa Melayu seperti 'beli' dan 'murah'!

Terdapat juga bazar jualan yang memberi peluang buat pelancong mendapat pelbagai barangan dihajati. Andai bijak tawar-menawar, untung-untung boleh mendapatkan harga dengan cukup murah dan berbaloi.

Persembahan Air Terbaik Dunia

Sebaik makan malam, kami perlu bergegas pula untuk menyaksikan persembahan "Impression Liu Sanjie" di Yangshuo.

Mampu menarik ribuan pengunjung setiap hari, maka tidak hairan yang persembahan kebudayaan dan kesenian air itu paling dinantikan pelancong!

Sesuatu yang pasti meninggalkan kesan penuh mendalam dalam diri penonton tentu sekali kerana skala barisan penari yang mengiringi persembahan. Menggunakan lebih 1,000 pelakon, penulis difahamkan yang sebanyak lima kampung sekitar mewakili pelbagai etnik minoriti disatukan dalam sebuah persembahan besar sebegitu.

Sungguhpun secara jujur penulis tidak mengetahui bahasa yang dituturkan sepanjang persembahan berlangsung tetapi benarlah kata orang betapa muzik serta kesenian tetap menyatukan manusia sejagat. Begitulah nikmat sebenar yang turut membuatkan setiap penonton setia hingga ke akhir persembahan.

Penulis difahamkan juga yang konsep persembahan sama bakal dipentaskan di Malaysia di mana barisan pengarah yang sama dipertanggungjawabkan untuk mencipta magis bagi memberi impak besar dari segi seni persembahan, kesan visual dan bunyian di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah pada tahun 2014.

12 Kembara Sutera

Page 8: Kembara Sutera Oktober 2014

14 Kembara Sutera Kembara Sutera 15

MenjamuSelera di Ibu K

otaFarahnaz Hashim, editor majalah

Kembara Sutera, juruhebah

siaran bahasa Melayu CRI. Beliau

telah tinggal di Beijing selama

t iga tahun. Suka membaca,

melancong dan tertarik dengan

makanan halal tempatan yang

sedap seperti roti sup kambing.

Beliau telah mengembara ke

Jiangxi, Shandong, Zhejiang,

Fujian, Jiangsu dan tempat-tempat

lain yang menarik di China.

Selain taman-taman yang indah dan bangunan lama yang menyimpan seribu

rahsia, kota Beijing juga telah lama terkenal dengan kepelbagaian makanannya.

Sebagaimana berwarna-warninya corak kehidupan di Beijing, begitu juga

istimewanya masakan yang boleh didapati di sini.

Salah satu cara terbaik untuk mendekati budaya dan gaya hidup penduduk

Beijing yang unik ialah dengan merasai pelbagai hidangan istimewa yang

ditawarkan di kota ini. Masakan Beijing yang dikenali dengan nama “jing cai”,

yang bermaksud “masakan ibu kota” dalam bahasa Mandarin pasti akan membuat

anda terliur. Tidak lupa juga hidangan dari kawasan lain di China yang telah

diolah supaya lebih memenuhi selera orang tempatan, yang turut melengkapi menu

masakan Beijing.Sewaktu melawat ke kota yang megah ini, luangkanlah sedikit masa untuk

menikmati berapa hidangan yang wajib dicuba.

Ikuti editor KS melancong di China

Di mana lagi patut anda nikmati itik panggang Beijing atau “Beijing kaoya” kalau bukan di Beijing? Menurut satu pepatah lama China, memang tak sempurna lawatan ke ibu kota ini kalau tak sempat mencuba itik panggang Beijing.

Sejarah hidangan ini dapat dijejaki seawal zaman dinasti Ming lagi (tahun 1368 hingga 1644). Pada waktu itu, masakan ini khusus dihidangkan dalam menu istana Maharaja China. Namun, pada zaman sekarang sesiapa sahaja boleh menikmati masakan yang cukup enak ini.

Biasanya, itik yang telah siap dipanggang sehingga kulitnya menjadi garing dihiris-hiris menjadi kepingan nipis di hadapan para pelanggan. Hirisan daging itik itu kemudiannya boleh dicicah dengan sos plum istimewa dan dimakan terus, atau dimakan sekali dengan penkek nipis yang mirip kulit popia bersama sayur-sayuran seperti timun dan daun bawang dipotong jejari. Saki-baki itik itu boleh dibawa pulang, direbus menjadi sup, ataupun dagingnya dicarik-carik dan digoreng bersama sayur-sayuran mengikut kesukaan pelanggan.

Antara restoran halal yang terkenal dengan hidangan itik panggang Beijing ialah Restoran Wangdelou. Sebelum berpindah ke lokasi sekarang yang berhampiran Menara Gendang pada bulan Jun 2001, restoran ini telah beroperasi di sudut barat laut Pintu Gerbang Deshengmen sejak tahun 1956. Restoran ini luasnya lebih 380 meter persegi dan dapat menampung sebanyak 220 orang pelanggan untuk makan pada satu-satu waktu. Hiasan dalaman di restoran dua tingkat ini cukup cantik dan mewah, sesuai sekali untuk mengadakan majlis keraian.

Maklumat tambahanAlamat Restoran Wangdelou: No. 26, Jalan Di’anmenwai, Daerah Xicheng Tel: +86- 10-64022589 / 64041818Hidangan utama: itik panggang halal, masakan Islam BeijingPengangkutan: Subway laluan 8, stesen Shichahai, keluar melalui pintu A2 Bas 5, 60, 82, 107, 124, 635 ke stesen Gulou

Itik Panggang Beijing di Wangdelou

Page 9: Kembara Sutera Oktober 2014

16 Kembara Sutera Kembara Sutera 17

Sekiranya anda ingin menikmati “shao yangrou” atau daging kambing yang dimasak dengan kicap, orang tempatan pasti akan mencadangkan anda ke Restoran Tradisional Baikui. Katanya, hidangan “shao yangrou” yang dihidangkan di restoran ini tiada tandingannya. Sekiranya anda berminat, di sekitarnya juga ada beberapa buah kedai menjual makanan ringan tradisional Beijing.

Restoran Tradisional Baikui ditubuhkan pada 1780 dan menjadi terkenal dengan pelbagai hidangan daripada daging kambing yang dimasak oleh pengasasnya, Bai Kui. Asalnya, Bai Kui membuka sebuah kedai menjual daging kambing dan lembu yang segar dan dimasak di depan Kuil Longfu. Kedai ini kemudiannya berkembang menjadi sebuah restoran setelah Bai Kui tidak berhenti-henti mencuba resipi baharu untuk menambat selera para pelanggannya.

Salah satu daripada hidangannya yang paling laris ialah daging kambing yang dimasak dengan kicap. Setelah direbus dan digoreng dengan kicap, daging kambing ini rasanya garing di luar dan empuk di dalam, dan tetap mengekalkan rasa yang tulen sejak sekian lama. Hidangan ini segera melonjakkan reputasi Restoran Tradisional Baikui sehingga menyebabkan restoran lain di sekitarnya terpaksa ditutup akibat ketiadaan pelanggan. Malah, masakan ini kerap kali memenangi hadiah dalam pertandingan masakan, baik di peringkat bandar, mahupun di peringkat negara.

Maklumat tambahanAlamat Restoran Tradisional Baikui:No.1, Jalan Longfusi, Daerah DongchengTel: +86-10-84012373 / 64060667Hidangan Utama: Daging kambing panggang, stimbot IslamPengangkutan: Subway laluan 5 atau 6, stesen Dongsi , keluar melalui pintu A atau EBas 101, 109, 112, 420, 685, 810, 846 ke stesen Meishuguan Dong

Bagi lidah yang menggemari masakan masam dan manis, hidangan yang berasal dari provinsi Sichuan, iaitu Ayam Kung Pao atau “gongbao jiding” mungkin lebih menepati cita rasa. Hidangan ini dibuat dengan menggoreng daging ayam yang dipotong dadu bersama kacang tanah atau biji gajus, sayur dan lada.

Kononnya, hidangan ini mendapat namanya sempena Ding Baozhen, seorang gabenor provinsi Sichuan pada akhir zaman dinasti Qing yang dianugerahi gelaran "Tai Zi Shao Pao", iaitu sejenis gelaran dari kumpulan “Kung Pao”. Untuk memperingati jasa Ding Baozhen, penduduk tempatan menamakan ayam dadu goreng sebagai Ayam Kung Pao kerana semasa hayatnya, beliau amat gemar memakan masakan ini.

Meskipun Ayam Kung Pao ini berasal dari provinsi Sichuan dan boleh didapati di serata China, namun terdapat perbezaannya dari tempat ke tempat. Begitulah juga, hidangan Ayam Kung Pao di Beijing ini memiliki kelazatan yang tidak sama dengan di tempat lain.

Di Beijing, antara tempat yang terbaik untuk mencuba hidangan Ayam Kung Pao ialah Restoran Donglaishun ( 东 来 顺 ). Restoran ini telah lama bertapak di Beijing dan cawangan pertamanya dibina pada tahun 1903. Cawangan Donglaishun di Jalan Wangfujing antara yang paling kerap dikunjungi pelancong berikutan kedudukannya di tengah-tengah kawasan budaya dan beli-belah Jalan Wangfujing. Bangunan restoran ini memperlihatkan ciri-ciri binaan tradisional China yang berhalaman dalam dan dindingnya dihiasi pelbagai lukisan yang cantik. Dengan keluasan ruang makannya mencapai 1186 meter persegi, restoran Donglaishun di Wangfujing ini boleh memuatkan 260 orang pelanggan pada satu-satu masa.

Ayam Kung Pao yang disediakan oleh Restoran Donglaishun rasanya sedikit pedas, manis dan masam, daging ayamnya empuk, dan cukup enak dimakan dengan nasi putih yang panas, tetapi boleh juga dimakan begitu sahaja.

Restoran Donglaishun juga terkenal dengan stimbot halal.

Maklumat tambahanAlamat Restoran Donglaishun Wangfujing:No. 198, Jalan Wangfujing, Daerah DongchengTel: +86- 10 -65139661Hidangan utama: Stimbot halal, masakan IslamPengangkutan: Subway laluan 1, stesen Wangfujing, keluar melalui pintu A2Bas 1, 4, 52, 728 ke stesen Dongdan Lukouxi dan bas10, 126, 20, 37 ke stesen Wangfujing

Kalau teringin merasai masakan Xi’an, tetapi tidak berpeluang melancong ke kota purba ini, saudara boleh cuba makan di restoran Lao Xi’an di Beijing. Pada waktu makan, restoran ini dibanjiri pelanggan yang ingin menikmati hidangan “yangrou paomo” atau roti pita dalam sup kambing yang amat popular di kota Xi’an.

Restoran Lao Xi’an merupakan antara restoran peringkat negara yang paling awal menyediakan “yangrou paomo” yang halal di Beijing, dan rasanya yang asli memang digemari ramai orang. Restoran Lao Xi’an kini cukup terkenal dan memiliki banyak cawangan di bandar Beijing. Salah satu daripadanya terletak di sebelah selatan jalan Xinjiekou, tidak jauh dari kawasan beli-belah Xidan dan telah beroperasi sejak Oktober 1954 lagi.

Terdapat lagenda yang menceritakan asal usul masakan “yangrou paomo”. Kononnya, pada akhir Zaman Lima Dinasti China, Zhao Kuangyin yang kemudiannya mengasaskan Dinasti Song dan naik takhta sebagai Maharaja Taizu, telah pulang ke kampung halaman selepas menziarahi tunang baginda. Baginda telah kehabisan makanan dan wang dalam perjalanan tersebut, yang tinggal hanyalah dua keping roti keras yang tidak dapat dimakan. Apabila rombongan baginda menemui sebuah kedai menjual sup kambing, baginda memesan semangkuk sup, dan menyiat-nyiat roti keras itu lalu menambahkannya ke dalam sup.

Tidak lama kemudian, baginda kembali ke kedai sup kambing itu dan mengarahkan tukang masak untuk memasak hidangan yang sama sekali lagi. Dengan itu, terciptalah masakan roti pita dalam sup kambing.

Di Restoran Lao Xi’an, pelanggan akan diberikan roti pita dalam mangkuk untuk disiat sendiri, kemudian tukang masak akan menuangkan sup ke dalam mangkuk berisi roti itu. Menyiat sendiri roti pita menyempurnakan pengalaman menikmati “yangrou paomao”, tetapi hanya sebilangan kecil restoran yang akan memberi peluang kepada pelanggan untuk berbuat demikian.

Selain roti pita dalam sup daging kambing, tiga jenis ikan dimasak dalam sos masam manis dan sate daging kambing juga mesti dicuba.

Daging kambing masak kicapdi Restoran Tradisional Baikui

Ayam Kung Pao di Donglaishun

Roti Pita Dalam Sup Kambing di Lao Xi’an

Maklumat tambahanAlamat Restoran Lao Xi’an:No.20, Xinjiekou Nandajie, Daerah XichengTel: 86-10-66181748Hidangan utama: Roti pita dalam sup kambing, Itik Panggang BeijingPengangkutan: Subway laluan 4, stesen Xinjiekou, keluar melalui pintu CBas 22, 105, 111, 608 ke stesen Xinjiekou Nan dan bas 22, 47, 88, 409, 609 ke stesen Xinjiekou Bei

Page 10: Kembara Sutera Oktober 2014

18 Kembara Sutera Kembara Sutera 19

Peta KawasanBishushanzhuangPeta Kawasan

Page 11: Kembara Sutera Oktober 2014

20 Kembara Sutera Kembara Sutera 21

Kain sutera disukai ramai kerana ia ringan, lembut, halus, berwarna-warni dan selesa dipakai. Sutera juga melambangkan gaya dan kemuliaan.

Sutera adalah sejenis benang yang lembut dan halus yang didapati daripada sejenis ulat. Kain sutera ialah kain atau cita yang dibuat daripada benang sutera. Menurut kajian purba, China merupakan negara terawal yang menemui dan menggunakan sutera. Teknik penghasilan sutera muncul di China pada 5,500 tahun yang lalu, manakala sejarah pemeliharaan ulat sutera boleh disusuri pada abad ke-3 Sebelum Masihi.

Kain sutera China mula dieksport ke luar negara sejak Dinasti Han (206-220 Sebelum Masihi) dan terkenal di dunia. Pada masa itu, laluan dari China ke negara Barat dipanggil sebagai Jalan Sutera. Jalan ini bermula dari bandar Xi'an, melalui Gansu, Xinjiang menuju ke arah barat, melalui Asia Tengah dan Asia Barat, dan akhirnya sampai ke Eropah. Kain sutera dan teknik menenun sutera tersebar ke negara luar melalui Jalan Sutera ini. Sutera China mendapat penilaian tinggi pada zaman Rom purba.

China kekal merupakan negara pengeluar dan pengeksport sutera terbesar di dunia. Jumlah pengeluaran sutera di China lebih 70% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran di dunia. Pada masa ini, sutera China tetap terkenal di dunia kerana mutunya yang tinggi.

Pada beberapa ribu tahun lalu, ketika penyebaran sutera China ke Eropah melalui Jalan Sutera, bukan sahaja pakaian dan hiasan yang cantik yang dibawa tetapi juga tamadun purba Timur. Bermula masa itu, sutera menjadi simbol tamadun Timur. Produk tekstil sutera terawal ditemui di tapak pengebumian tinggalan sejarah, Kebudayaan Liangzhu pada 4,700 tahun lalu.

ChinaABC

Panduan mengenai sutera: 1. Cara mencuci: kain sutera perlu dicuci menggunakan pencuci berasid atau pencuci khas. Kain sutera perlu dicuci menggunakan tangan dalam air bersuhu di bawah 30 . Kain sutera hendaklah dikering di tempat terlindung dan elakkan daripada sinar matahari supaya tidak luntur. 2. Cara membezakan sutara tulen dan palsu: kain sutera tulen biasanya berseri-seri umpama mutiara, lembut halus dan tidak menyilaukan mata. Sutera tulen juga terasa halus dan selesa ketika dipakai. Kalau dibakar, sutera tulen berbau bulu terbakar, abunya berwarna hitam dan berderai jika digentel. Sutera palsu berbau menusuk hidung kalau dibakar.

20 Kembara Sutera Kembara Sutera 21

Page 12: Kembara Sutera Oktober 2014

22 Kembara Sutera Kembara Sutera 23

Filem China sering dikaitkan dengan filem aksi kungfu dan bintang kungfu termasuk Bruce Lee, Jackie Chan, J e t L i dan Donn ie Yen . Namun, pemandangan China yang indah dalam filem-

filem mereka juga tidak kurang menar ik j ika dibandingkan dengan aksi-aski kungfu yang hebat. Mari kita bersama-

sama Jackie Chan untuk menikmati pemandangan i n d a h d a n d e s t i n a s i p e l a n c o n g a n d a l a m filemnya.

hingga mewujudkan keajaiban yang luar biasa ini. Ketika berjalan kaki di sini, akan kelihatan pacakan tiang-tiang tanah yang

beraneka bentuk, bagaikan berada dalam satu dunia yang baharu dan aneh. Ada tiang yang berbentuk pedang mencacak ke langit; ada yang mirip seorang hulubalang berdiri tegak; ada yang umpama seorang gadis yang berdiri anggun mendongak jauh ke hadapan; ada yang menceracak tinggi menyerupai istana megah; malah ada yang puncaknya penuh ditumbuhi rumpai dan bunga yang kelihatan umpama sebuah taman terapung di udara, jika dilihat dari jauh. Tiang-tiang di sini yang tinggi, besar dan beraneka ragam bentuknya, menghasilkan pemandangan yang unik lagi menakjubkan.

Hutan Topografi Tanah Yuanmou bukan sahaja mempunyai pemandangan yang mengagumkan, bahkan dianggap sebuah buku sejarah yang merekodkan proses evolusi bumi. Berdasarkan tinjauan oleh ahli arkeologi, terdapat sejumlah besar fosil flora dan fauna dari era prasejarah tersimpan di bawah tanah di hutan topografi ini, seperti harimau bertaring lengkung dan badak sumbu China. Semuanya terjadi dalam lapisan sedimen zaman kuartener, kira-kira dua juta tahun yang lalu.

Berikutan kesan pergerakan geologi, tanah akan melalui proses kitaran yang berlaku berulang kali dalam jangka masa panjang, termasuk penyerapan air, pengembangan, penyahhidratan dan penyejatan. Tanah di permukaan bumi yang merekah menyebabkan air hujan mengalir ke bawah. Lama-kelamaan, rekahan itu semakin mendalam dan lebar. Ekoran gerusan air hujan yang berlarutan, tiang-tiang tanah yang menusuk langit akhirnya terbentuk. Manakala, bahan mineral seperti kuarza dan batu akik kelihatan pada permukaan tiang itu, dan bergemerlapan dalam cahaya matahari.

Sejak tahun 1980-an, Hutan Topografi Tanah Yuanmou sering menjadi lokasi penggambaran filem. Antaranya, penggambaran filem Little Big Soldier dan drama TV bersiri The Legend of Chinese Zodiac yang dibuat di hutan topografi ini.

Panduan: Perjalanan menggunakan kereta api dari Kunming ke Yuanmou mengambil masa tiga hingga enam jam, berdasarkan nombor kod kereta api yang berbeza. Tambangnya kira-kira RMB40.

Hutan Batu di Kaunti Autonomi Etnik Yi Shilin, barat Kunming, Yunnan dianggap sebagai salah satu pemandangan batuan yang cukup menakjubkan di dunia. Pada arah bertentangan, iaitu di timur laut Kunming, terdapat satu lagi keajaiban alam yang memukau pandangan. Tempat ini menyuguhkan pemandangan yang mengagumkan yang setanding dengan keindahan Hutan Batu itu. Pemandangan ini dikenali sebagai Hutan Topografi Tanah Yuanmou.

Hutan Topografi Tanah Yuanmou terletak sekitar 200 kilometer dari Kunming. Luasnya 42.9 kilometer persegi dan mencakupi empat daerah, iaitu Langbapu, Wumao, Hutiaotan dan Banguo. Hutan topografi ini dihasilkan oleh proses hakisan air, gerakan tektonik serta perubahan iklim dan alam sekitar yang berlaku selama beribu-ribu tahun

oleh: Dong Xiaoping, Sun Muning, Xu Guowei

Hutan Topografi TanahYuanmou dan FilemLittle Big Soldier

Kembara Sutera 23

Page 13: Kembara Sutera Oktober 2014

24 Kembara Sutera Kembara Sutera 25

Filem Shaolin yang ditayangkan pada awal tahun 2011 berkisar tentang seorang pahlawan yang gagah berani dalam menyelamatkan rakyat dan negara pada tahun 1920-an. Jackie Chan memainkan watak seorang sami yang bertugas sebagai tukang masak. Sami ini buta huruf, namun memiliki fahaman yang mendalam tentang agama Buddha.

Kuil Shaolin merupakan salah sebuah kuil yang terkenal di dunia dan juga merupakan tempat asal Kungfu Shaolin. Kuil ini terletak di Gunung Song di provinsi Henan, China.

Kuil Shaolin dibina pada tahun 495 semasa pemerintahan maharaja Xiaowen, Dinasti Wei Utara untuk seorang sami yang amat dihormati oleh baginda.

Kuil Shaolin ini mempunyai keluasan lebih 30 ribu meter persegi dan dibina dengan mewah. Di pintu masuknya ada satu papan nama yang ditulis oleh Maharaja Kangxi pada zaman Dinasti Qing.

Arca dewa-dewi dan Buddha terdapat di merata-rata tempat dalam kuil tersebut. Batu bersurat yang terdapat dalam kawasan kuil ini juga menceritakan tentang sejarah agama Buddha

Gunung Mingsha, destinasi peranginan peringkat negara yang terletak tujuh kilometer dari pinggir selatan bandar Dunhuang, provinsi Gansu, barat laut China, umpama sebutir permata yang indah dalam Laluan Sutera purba. Gunung yang terletak di zon peralihan antara Padang Pasir Badain Jaran dan Padang Pasir Taklimakan ini, luasnya kira-kira 200 kilometer persegi. Gunung ini turut menjadi lokasi penggambaran filem The Forbidden Kingdom lakonan dan terbitan Jackie Chan.

Mingsha bererti pasir yang berbunyi dalam bahasa Mandarin. Di China, terdapat beberapa tempat yang dikenali sebagai gunung mingsha, termasuk Shapotou di Wilayah Autonomi Hui Ningxia, Xiangshawan di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, dan Gunung Mingsha di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Gunung Mingsha di Dunhuang ini paling terkenal kerana unsur sejarah serta budaya dan pemandangannya yang begitu unik.

Apabila keluar dari bandar Dunhuang menuju ke selatan, kelihatan Gunung Mingsha yang beralun-alun tersergam megah di hadapan. Gunung ini berhampiran dengan Groto Mogao Dunhuang, iaitu salah sebuah daripada empat buah groto yang terkemuka di China, yang digelar sebagai "mutiara di barat laut", dan menjangkau 40 kilometer panjang hingga ke muara Sungai Dang di barat. Gunung yang lebarnya 20 kilometer ini, mempunyai purata ketinggian kira-kira 100 meter dengan puncak tertingginya lebih 170 meter.

Gunung Mingsha di Dunhuang terdiri daripada lima warna pasir halus, iaitu merah, kuning, biru, putih dan hitam. Pasirnya amat bersih dan lut sinar. Gunung ini mempunyai pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk bulan sabit, piramid, malah ular boa dan sisik ikan.

Sejak zaman purba kala, terdapat banyak legenda tentang asal usul Gunung Mingsha Dunhuang. Kononnya, tempat ini asalnya merupakan kawasan oasis yang subur. Pada zaman Dinasti Han, seorang hulubalang mengetuai tenteranya ke kawasan ini, dan diserang hendap oleh musuh pada waktu malam. Tatkala kedua-dua pasukan tentera bertempur, angin kencang yang datang tiba-tiba mengakibatkan ribut pasir sehingga menyebabkan kedua-dua pasukan tentera itu tertimbus di dalam pasir. Maka muncullah Gunung Mingsha ini. Bunyi pasir di sini justeru adalah bunyi pertempuran mereka.

Ketika menyebut tentang Gunung Mingsha, Mata Air Bulan Sabit tentu tidak boleh dilepaskan. Mata air ini merupakan sebuah tasik yang panjangnya kira-kira 150 meter dan lebarnya 50 meter yang dikelilingi Gunung Mingsha.

di kawasan ini. Sebuah perpustakaan dibina di belakang dewan utama, yang menempatkan lebih lapan juta kitab agama Buddha. Sebuah loceng besi yang beratnya lebih 650 kilogram ditempatkan di jalan utama kuil tersebut.

Di bahagian barat di luar kuil Shaolin, terletak kawasan pagoda yang paling luas di China. Lebih 230 buah pagoda Buddha terletak di kawasan yang seluasnya 21 ribu meter persegi ini. Pagoda-pagoda tersebut adalah makam sami di kuil Shaolin. Tulisan pada pagoda-pagoda tersebut mencatat tentang Kungfu Shaolin malah sejarah hubungan kebudayaan China dengan luar negara pada zaman purba.

Berbanding dengan Kuil Shaolin, nama Kungfu Shaolin lebih terkenal. Lebih 700 jenis kungfu dicipta di kuil tersebut. Sami di kuil ini mempelajari ilmu Buddha dan kungfu serentak. Oleh itu Kungfu Shaolin juga dipanggil kungfu Buddha.

Menurut catatan sejarah, lebih 800 orang sami tinggal di kuil ini pada waktu kegemilangan iaitu kira-kira tahun 1580-an.

Panduan: Tiket masuk: RMB100 YuanTiket kereta kabel ulang-alik: RMB60 Yuan

Gunung MingshaDunhuang dan FilemThe Forbidden Kingdom

Ia mendapat nama yang sedemikian kerana bentuknya mirip bulan sabit.

Tasik ini berpunca dari Sungai Dang. Dengan aliran air yang berterusan dari sungai tersebut, air tasik yang dikelilingi pasir kuning ini kelihatan amat jernih, dan tidak pernah kekeringan. Bagaimanapun, sejak tahun 1990-an, aliran air dari Sungai Dang ke tasik tersebut telah terputus. Kini, bekalan air untuk tasik ini adalah daripada paip.

Panduan: 1. Pemandangan ketika matahari terbenam di Gunung Mingsha amat indah. Oleh itu, waktu senja pada musim panas merupakan masa yang paling sesuai untuk melawat ke gunung ini. 2. Destinasi peranginan ini menawarkan banyak unta sewaan untuk ditunggang pelancong.

Kuil Shaolin dan Filem Shaolin

Kembara Sutera 25

Page 14: Kembara Sutera Oktober 2014

26 Kembara Sutera Kembara Sutera 27

Di mana anda mahu mencari ketenangan yang jauh daripada hiruk-pikuk bandar? Menginap di resort mewah berhampiran kawasan pemandangan Tasik Barat, Hangzhou mungkin patut berada dalam senarai perancangan anda.

Percutian

di Tasik BaratTerapi Minda

oleh: Dong Xiaoping

Hotel Chaptel yang terletak di No.57 Jalan Changsheng, pusat bandar Hangzhou, hanya tiga minit berjalan kaki dari kawasan pemandangan Tasik Barat. Di hadapan pintu masuk hotel ini terdapatnya satu papan tanda yang bertulis “Tapak Peninggalan Sejarah Kerajaan Sementara Republik Korea”. Sesiapa yang berkunjung ke sini pasti membayangkannya sebagai sebuah tinggalan sejarah zaman lampau, bukan hotel moden.

Seperti yang tertulis pada papan tanda itu, bangunan yang dibina dengan menggunakan batu hitam itu dikenali sebagai shikumen, sejenis bangunan kediaman yang tipikal di Shanghai pada tahun 1930-an. Lebih 80 tahun yang lalu, Cik Kim Gu, pengasas negara Repulik Korea, yang hidup dalam buangan, bersama-sama dengan teman sekerjanya menubuhkan kerajaan sementara di sini. Kini, masih terdapat tempat tinggal dan tempat kerja mereka dalam hotel ini.

Bos Liu Zhengqi mengambil alih bangunan kuno shikumen ini pada tahun 2010 untuk dijadikan hotel yang rekaan dan hiasannya memaparkan gaya vintaj Republik China (1912-1949). Dalam tempoh tiga tahun seterusnya, Liu mencurahkan sepenuh tenaga dalam usaha merealisasikan idea reka bentuknya. Baik sekeping batu, mahu pun sebiji kusyen sofa, semua ada cerita di sebaliknya.

Hotel Chaptel menawarkan hanya 17 buah suite dua tingkat yang kebanyakannya memiliki beranda tersendiri. Kesemua suite ini dihias semula dengan rekaan dalaman yang klasik untuk memberikan imej vintaj, termasuk meja berbentuk oktagon, kerusi bulat, meja tamu, telefon putar kuno, lukisan kayu dan sebagainya. Menginap di sini seolah-olah tetamu berada di rumah sendiri kerana senang untuk keluar dan masuk sesuka hati. Pekerja hotel ini ditempatkan di sebuah bilik di sebelah pintu masuk. Mereka bakal menawarkan perkhidmatan yang mesra dan cekap jika diperlukan.

Alamat: No.57 Jalan Changsheng, HangzhouTelefon: +86-571-87882999Laman web: www.chaptel.comHarga: RMB 3500+

Hotel Chaptel

Kembara Sutera 27

Page 15: Kembara Sutera Oktober 2014

28 Kembara Sutera Kembara Sutera 29

Alamat: No. 47 Jiuxi Xucun, Daerah Xihu, HangzhouTelefon: +86-571-86599399Laman web: www.rootsresort.com.cnHarga: RMB 1280, 1780, 2280, 3780, 3980

Alamat: No. 5 Lingyin Road, ZhangzhouTelefon: +86-571-87298888Laman web: www.fourseasons.com/zh/hangzhouHarga: RMB 4000+

Alamat: No. 164 Fenghuang Shanjiao Road, Dearah Shangcheng, Hangzhou

Telefon: +86-571-87887000Harga: RMB 1500+

Alamat: No.22 Fayun Road, Xihu Street, HangzhouTelefon: +86-571-87329999

Laman web: www.amanresorts.com/amanfayunHarga: RMB 3500+

Resort RootsHangzhou

Resort SeniPhoenix

Amanfayun Resort

Resort Roots Hangzhou ter le tak d i Xucun, J iuxi Shibajian yang maksudnya “sembilan anak sungai kecil dan lapan belas gua”, yang dikenali umum sebagai satu destinasi pelancongan di kawasan pemandangan Tasik Barat.

J ika menyusuri satu jalan berbatu yang kecil sampai ke sebuah rumah kediaman biasa, lalu buka pintu pagar dan telusuri jalan berikutnya yang dikelilingi oleh landskap jambatan batu, aliran air, pepohonan dan kebun kecil, hingga ke hujung jalan itu, anda akan menemui sebuah vila tiga tingkat. Tempat ini dikenali Resort Roots. Penginap boleh mendapati tempat menyambut tetamu, tempat makan, ruang seminar, ruang minum teh dan lain-lain di dalam bangunan yang hiasan

dalamannya bergaya itu. Pereka bentuk mencantumkan dekor Asia dan Barat dengan harmoni untuk menerbitkan cita rasa cerminan peribadi. Kesemua 20 buah bilik tamu di sini dihias elegan dengan perabot-perabot artifak yang dibeli daripada pengumpul di pasar seni. Mustahil penginap dapat menemui hiasan dalaman yang sama dalam bilik-bilik tersebut.

Resort Roots yang mendukung idea “Integrasi Alam Dalam Cara Hidupku” menyediakan hidangan vegetarian, rawatan hidroterapi usus serta SPA dan urutan tradisional Thai kepada setiap penginap. Selain keistimewaan tersebut, tetamu juga boleh ikut serta dalam kursus-kursus gubahan bunga, upacara minum teh, bermain alat muzik tradisional guqin, dan kaligrafi. Satu lagi perkhidmatan yang serba baharu, iaitu “pengurusan tekanan” boleh dinikmati setiap hari. Melalui meditasi selama dua jam, tetamu lebih bijak mengendalikan emosi mereka dan mengurangkan tekanan dengan berkesan.

Hotel Four Seasons Hangzhou hanya berjarak kira-kira empat kilometer dari pusat bandar Hangzhou. Jika menginap di sini, lebih senang untuk menikmati pemandangan cukup indah dan memukau mata. Hotel yang terletak di teping Tasik Barat berdekatan Tambak Yanggong ini banyak meniru seni bina taman tradisional China. Gaya seni bina yang terdapat di kumpulan bangunan di hotel itu bercorak jiangnan yang maksudnya kawasan selatan Sungai Yangtze, iaitu dinding bangunan berwarna putih dan atap pula genting hitam serta hujung atap berbentuk seperti tanduk kerbau. Disebabkan kawalan ketinggian bangunan dikenakan terhadap kawasan sekitar Tasik Barat, maka semua bangunan di taman hotel berkenaan hanya mempunyai dua tingkat. Walaupun taman tersebut amat luas, tetapi hanya ada 78 buah bilik tamu saja, dan kebanyakan ruang digunakan untuk landskap. Semua tempat menarik di kawasan pemandangan Tasik Barat dikecilkan untuk dimasukan ke taman itu, termasuk landskap pavilion, air yang

mengalir di bawah jambatan serta pokok pain dan buluh yang menghijau. Dikelilingi kehijauan alam yang mendamaikan, akan nampak pemandangan yang mempesona itu dari setiap bilik tamu. Perancangan susun atur taman ini menggabungkan ciri taman di utara China yang bergaya elegan dan ciri taman di selatan yang lebih lembut, umpama gabungan The Summer Palace di Beijing dengan Taman Zhuozheng di Suzhou.

Restoran Jinsha di Hotel Four Seasons adalah salah satu tempat yang mendapat pujian orang ramai kerana ia menyajikan pelbagai masakan Hangzhou yang tulen dan lazat. Hotel ini juga terkenal dengan perkhidmatan SPA yang paling baik di bandar Hangzhou.

Di pertengahan jalan kecil dari kaki Gunung Phoenix menghala ke puncak, anda akan menemui Resort Seni Phoenix yang dikelilingi hutan tebal. Suasana di Gunung Phoenix yang memang jarang dikunjungi pelawat itu tidak terganggu oleh bunyi bising, hanya kedengaran bunyi burung-burung yang berkicau. Bagi sesiapa yang mahu melarikan diri daripada rutin harian dan mengimpikan satu percutian yang begitu mendamaikan iaitu jauh daripada hiruk-pikuk bandar, menginap di Resort Seni Phoenix mungkin patut dimasukkan dalam senarai perancangan.

Rekaan dalaman hotel yang dulunya sebuah kilang usang itu dihias semula untuk memberikan imej baharu yang lebih segar dan moden. Pereka bentuk yang mendukung konsep kontemporari menggunakan dekorasi buatan tangan untuk menghias kesemua 17 buah bilik tamu sehingga menggambarkan gaya ringkas. Pilihan elemen-elemen hiasan yang sederhana dan jenis warna yang mengutamakan hitam, putih dan kuning berjaya menjadikan setiap bilik nampaknya kemas dan elegan. Antara perubahan ketara yang dilakukan oleh pereka bentuk adalah dengan menggunakan sekeping kaca besar untuk menggantikan sebuah dinding dalam setiap bilik bagi memudahkan penginap menghayati susana kampung yang cukup mendamaikan dengan lebih dekat. Di tingkat pertama, ada satu ruang untuk membaca buku. Pengurus hotel ini memilih pelbagai buku kesenian mengikut cita rasanya untuk dipamerkan di rak-rak buku yang beraneka bentuk. Penginap yang berminat akan kesenian boleh “mencium” bau buku di sini. Selain daripada itu, sebuah tempat perlindungan sepanjang 1500 meter yang dulu digunakan untuk mengelak daripada serangan udara semasa peperangan, kini juga dihias semula menjadi restoran bertema dan bilik wain bawah tanah.

Ketika menyebut tentang hotel mewah di tebing Tasik Barat, Amanfayun Resort merupakan satu pilihan yang tidak boleh dilepaskan. Pereka bentuknya, Jaya Pratomo Ibrahim mendapat ilham daripada kampung kecil, taman teh dan kuil-kuil di sekeliling bandar Hangzhou. Baik dari seni bina mahu pun hiasan dalaman, resort tersebut benar-benar menggambarkan ciri-ciri kampung tradisional China pada abad ke-18. Jika dilihat dari jauh, resort yang dikelilingi oleh tujuh buah kuil itu umpama sebuah kampung biasa.

Amanfayun menawarkan 44 buah bilik penginapan yang tersusun di kedua-dua belah jalan kecil yang berliku-liku melalui resort ini. Jalan berbatu sepanjang satu kilometer tersebut menghala ke Kuil Yongfu dan Kuil Lingyin bagi memudahkan penginap yang mahu melakukan upacara berdoa waktu pagi dan bertafakur semasa malam. Penginap juga dapat merasai sendiri pengalaman memetik daun teh di 22 buah kebun miliki resort ini.

Kesemua bilik di sini beratap genting hitam dan dindingnya menggunakan tanah kuning serta pintu dan tingkapnya diperbuat daripada kayu-kayan, yang dilengkapi dengan perabot-perabot

seperti katil sofa, kerusi berpenyandar bulat, meja panjang dan katil besar. Namun, kemudahan moden seperti tab mandi dan televisyen tidak dilengkapi di bilik-bilik tersebut. Pemilihan hiasaan yang biasa termasuk set teh dan catur Go serta pencahayaan yang suram nampaknya berjaya menjadikan bilik berkenaan ringkas namun kelihatan elegan. Berbanding staf-staf hotel lain, kakitangan di sini “kurang mesra”. Bukan bermakna mereka tidak bersedia menawarkan perkhidmatan yang sempurna untuk menceriakan penginap, sebaliknya membiarkan penginap sendiri merasai suasana yang unik lagi baharu ini. Kesimpulannya, Amanfayun benar-benar mengubah tanggapan kita terhadap konsep mewah. Walau sesingkat mana pun kita tinggal, pereka bentuk seboleh-bolehnya memaparkan rekaan yang ringkas dan teratur supaya penginap boleh menghayati cara hidup kampung purba China.

Hotel Four Seasons Hangzhou

Page 16: Kembara Sutera Oktober 2014

30 Kembara Sutera Kembara Sutera 31

Adakah saudara pernah mendengar kisah tentang 12 haiwan yang menjadi lambang tahun kelahiran menurut kalendar Cina? 12 haiwan tersebut juga dikenali sebagai zodiak Cina. Dalam bidang astrologi Cina, terdapat 12 zodiak Cina berdasarkan kitaran 12 tahun, yang terdiri daripada 12 haiwan yang melambangkan dua belas personaliti berbeza. Secara tradisi, giliran tahun zodiak ini bermula dengan Tikus. Terdapat banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus menjadi teraju zodiak.

Berikut ialah 12 haiwan dalam zodiak Cina mengikut urutan yang betul: tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi. Oleh sebab 12 haiwan tersebut melambangkan 12 zodiak, urutannya tidak boleh diubah. 12 tahun merupakan satu pusingan. Contohnya, jika seseorang disebut “shu niu (lembu)”, ini bermakna dia dilahirkan pada tahun lembu. Oleh sebab itu, 12 haiwan itu juga dipanggil “Shuxiang” dalam bahasa Mandarin.

Terdapat pelbagai kisah tentang 12 buruj dalam kebudayaan Barat, maka, begitu juga terdapat banyak legenda yang menarik tentang 12 haiwan yang menandakan tahun kelahiran menurut kalendar Cina. Dalam legenda zaman purba China, Maharaja Yu Huang Da Di (atau Maharaja Jed) merupakan maharaja di langit. Pada suatu hari, baginda bertitah supaya segala haiwan berkumpul. "Beta akan memilih 12 daripada kamu semua untuk dilantik sebagai lambang tahun kelahiran di bumi. 12 haiwan yang terpilih ini akan mendapat gelaran kehormat sebagai Shi Er Sheng Xiao”. Maharaja Yu Huang Da Di berjanji akan mengadakan sayembara antara haiwan pada tahun yang berikutnya untuk memilih 12 haiwan berkenaan. 12 haiwan yang berjaya menyeberang sungai akan dipilih sebagai 12 jenis haiwan yang menjadi lambang tahun kelahiran menurut kalendar Cina secara bergilir.

Sa ng t i ku s d i t uga s k a n me n je mp u t semua haiwan menghadap Yu Huang Da Di untuk satu jamuan dan juga pemilihan

Haiwan Zodiak Andahaiwan zodiak. Pada asalnya sang kucing dan sang tikus berkawan baik, tetapi sang t ikus memperdaya sang kucing dengan berkata bahawa jamuan diadakan pada hari berikutnya. Sang kucing yang terus tidur kerana menyangka jamuan itu diadakan sehari kemudian terlepas majlis jamuan itu. Setelah menyedari cerita sebenar, sang kucing bersumpah untuk menjadi musuh tradisi tikus selama-lamanya.

Sewaktu pertandingan itu bermula, segala haiwan berebut-rebut berlari ke arah sungai. Lembu adalah haiwan yang paling pandai berenang. Tikus yang pintar mendapat satu akal. Dengan tiba-tiba tikus melompat ke atas belakang lembu itu supaya dapat menyeberang sungai dengan mudah. Lembu yang pertama berjaya sampai ke seberang sungai, namun tikus yang berada di atas belakang lembu terus melompat ke hadapan dan menduduki tempat pertama. Akhirnya lembu mendapat tempat kedua, diikuti haiwan lain yang berjaya menyeberang sungai. Maharaja Yu Huang Da Di bertitah, "Baiklah, 12 haiwan yang

ber jaya menyeberang sungai ter lebih dahulu

dilantik sebagai lambang tahun kelahiran secara bergilir. Nama mereka

digunakan sebagai nama tahun itu. Sejak itu, 12 haiwan tersebut menjadi

Shi Er Sheng Xiao yang bermaksuk 12 haiwan lambang tahun menurut kalendar Cina.

Mengikut Shi Er Sheng Xiao, tahun ini (2014) tahun kuda, jadi kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun ini akan dipanggil Shu Ma, yang bermaksud dilahirkan pada tahun kuda mengikut kalendar Cina.

Syarikat Antarabangsa Cubix Berhad Singapura telah menerbitkan sebuah filem kartun 3D tentang legenda 12 haiwan yang menandakan tahun ke lah i ran menuru t kalendar Cina yang pertama di dunia. Proses membuat filem tersebut memakan masa dua tahun. Filem berbahasa Inggeris berdasarkan kisah yang diceritakan tadi ini diberi judul "Zodiac, The Race Begins". Filem ini telah ditayangkan semasa sambutan Tahun Baharu Cina tahun 2006 lalu.

Yang Manakah

oleh: Zhang Xian

TIKUS

ARNAB

NAGA

KAMBING

KUDA

AYAM

ANJINGULAR

MONYET

BABI

LEMBU

HARIMAU

30 Kembara Sutera Kembara Sutera 31

Page 17: Kembara Sutera Oktober 2014

32 Kembara Sutera Kembara Sutera 33

dì zhǐ: háng zhōu shì zhōng shān zhōng lù 227 hào.

地址 : 杭 州 市 中 山 中 路 227 号。

Alamat: No. 227, Jalan Zhong Shan Tengah, bandar Hangzhou.

wǒ xiǎng qù háng zhōu fèng huáng sì, xiè xiè.

我 想 去 杭 州 凤 凰 寺,谢 谢。

Saya nak pergi ke Masjid Feng Huang, terima kasih.

Etnik Uzbek yang jumlahnya lebih 10 ribu orang tinggal secara berkelompok di kawasan selatan dan utara Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China.

Sejarah Etnik Uzbek bermula pada abad ke-14. Pada abad ke-15, ramai saudagar Uzbek dari Asia Tengah berniaga ke China melalui Laluan Sutera. Sebahagian saudagar itu menetap di kawasan Xinjiang, dan lama-kelamaan, etnik Uzbek telah membuka penempatan di kawasan tersebut.

Kebanyakan orang Etnik Uzbek tinggal di bandar dan pekan, mereka amat rajin dan pandai dalam bidang perniagaan, pendidikan, serta industri pertukangan tangan. Manakala sebahagian kecil orang etnik ini menggembala di kawasan utara Xinjiang atau menanam di bahagian selatan kawasan itu.

Etnik Uzbek beragama Islam. Mereka mempunyai bahasa sendiri. Sistem tulisan bahasa Uzbek menggunakan huruf Jawi. Ramai penduduk Uzbek boleh bertutur bahasa Uygur atau bahasa Kazak (Uygur dan Kazak, dua etnik yang menganut agama Islam di China).

Etnik ini mempunyai tarian dan muzik yang sangat menarik. Kaum wanita etnik

ini pandai menyulam. Sulaman pada alas meja, selimut dan bantal sangat halus dan cantik.

Kaum wanita Etnik Uzbek sangat pandai menghias diri, dan mereka suka memakai topi berwarna-warni yang dikenali sebagai "Duopi", Golongan gadis suka memakai tudung berwarna terang di bawah Duopi, manakala wanita yang berumur

kebanyakannya memakai Duopi berwarna gelap. Pada musim panas, gadis etnik Uzbek suka

memakai skirt panjang yang berwarna terang, yang turut dihiasi banyak hiasan yang cantik. Wanita yang berumur pula lebih suka memakai skirt diperbuat daripada kain sutera. Pada musim sejuk, kaum wanita etnik ini suka memakai baju yang diperbuat daripada kulit kambing atau musang agar tahan sejuk. Hiasan rambut kaum wanita etnik Uzbek sangat halus dan sangat banyak jenisnya, serta kebanyakannya diperbuat daripada emas, perak, mutiara, jed atau kain sutera. Mereka juga suka memakai rantai dan cincin emas.

Etnik Uzbek mempunyai adat perkahwinan yang unik. Misalnya, anak mereka yang ingin berkahwin mestilah bermula daripada yang sulung kemudian diikuti anak kedua atau anak bongsu. Kalau abang atau kakaknya belum berkahwin, si adik tidak boleh berkahwin terlebih dahulu.

Upacara perkahwinan etnik ini biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan pada waktu malam. Setelah membaca kitab suci al-Quran, imam akan bertanya bakal pengantin baharu itu sama ada mereka bersetuju dinikahkan. Setelah mendapat persetujuan, imam akan menyerahkan dua keping roti Nan yang direndam dalam air garam. Ini kerana penduduk etnik Uzbek sangat menghargai garam dan menganggap garam boleh menjadikan suami isteri saling mencintai, manakala roti Nan merupakan makanan utama yang popular dalam kalangan penduduk etnik ini. Roti Nan dan garam melambangkan pasangan suami isteri sehidup semati.

Masjid Fenghuang (Fenghuang, bahasa Mandarin, bererti burung pheonix) yang juga dikenali sebagai Masjid Zhenjiao terletak di Jalan Tengah Zhongshan, bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang, China. Masjid Fenghuang di bandar Hangzhou, Masjid Xianhe di bandar Yangzhou, Masjid Qingjing di bandar Quanzhou serta Masjid Huaisheng di bandar Guangzhou dikenali sebagai empat buah masjid kuno yang paling terkenal di pesisir pantai timur China. Masjid Fenghuang ini dinamakan burung pheonix kerana kelompok bangunannya umpama burung pheonix.

Masjid ini dibina pada zaman Dinasti Tang (618-907 Masihi) dan musnah pada zaman Dinasti Song (960-1279 Masihi). Pada zaman Dinasti Yuan (1206-1368), tokoh Islam yang terkemuka, Alaoding mengetuai usaha pembinaan semula masjid ini. Pada zaman Dinasti Ming (1368-1644 Masihi), masjid ini dibaik pulih dan diperluaskan pada tahun 1451 hingga 1493. Pada tahun 1646 pula, Masjid Fenghuang dibina semula oleh pihak berkuasa. Masjid yang telah dibina semula itu merupakan salah sebuah masjid yang terbesar di China pada zaman itu. Setelah Republik Rakyat China ditubuhkan, pihak berkuasa telah tiga kali memperuntukkan dana untuk membaiki masjid ini.

Bandar Hangzhou merupakan bandar bersejarah dan telah menjalinkan hubungan dengan negara-negara Arab pada zaman Lima Dinasti (907-960 Masihi). Masjid Fenghuang amat terkenal di dunia Arab sejak zaman itu hinggalah masa sekarang.

Ruang sembahyang merupakan bangunan yang paling tua di Masjid Fenghuang. Kawasan

Masjid FenghuangEtnik yang Beragama Islam di China

Hangzhouoleh: Zhang Xian

oleh: Xu Guowei

masjid luasnya 2,600 meter persegi. Bangunan masjid ini menggabungkan seni bina tradisional China dengan seni bina Arab, ia memperlihat hubungan persahabatan yang begitu lama antara China dengan negara-negara Arab. Terdapat sejumlah besar barang antik dan karya kesenian masih tersimpan di masjid berkenaan.

P a d a t a h u n 1 9 6 1 , M a s j i d Fenghuang disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting peringkat provinsi. Pada Januari 2000, masjid ini dianugerahkan sebagai Masjid Cemerlang Peringkat Kebangsaan oleh Persatuan Islam China. Pada 25 Jun 2001 pula, masjid ini disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting peringkat kebangsaan.

Pada masa ini, Masjid Fenghuang merupakan pusat agama Islam di bandar Hangzhou serta peninggalan sejarah dan destinasi pelancongan yang terkenal bagi pelancong dari dalam dan luar negara.

Etnik Uzbek

Page 18: Kembara Sutera Oktober 2014

34 Kembara Sutera Kembara Sutera 35

G u o q i a o M i x i a n y a n g bermaksud “mi beras merentasi jambatan”, merupakan makanan istimewa di selatan provinsi Yunnan. Mi beras ini sudah bersejarah lebih seratus tahun dan menjadi popular di Kunming, ibu kota provinsi Yunnan pada lebih 50 tahun yang lalu. Satu set sajian Guoqiao Mixian terdiri daripada mi beras yang dicelur hingga masak, sup, hirisan daging mentah, pelbagai sayur dan perasa.

Asal Usul Guoqiao MixianKononnya , pada zaman

Dinasti Qing (tahun 1636-1911), ada seorang xiucai (orang yang meluluskan peperiksaan diraja peringkat kaunti) yang sangat rajin belajar tinggal di sebuah pulau di tengah-tengah tasik di luar kota Mengzi, selatan Yunnan. Isteri xiucai itu selalu membawa mi beras ke pulau tersebut untuk suaminya. Namun, mi beras sudah sejuk ketika sampai. Pada suatu hari, si isteri kebetulan mendapati

Bahan: daging dada ayam, daging ikan, sotong, ketumbar, bawang hijau masing-masing 20 gram;telur puyuh;kacang pis, taugeh, cendawan masing-masing 50 gram; mi beras 200 gram.

Cara memask:1. Hiris semua bahan daging dengan tipis;2. Celur seketika bahan yang lain dan potong;3. Sediakan ketumbar dan bawang hijau yang dicencang halus, minyak cili, dan mi beras yang sudah dicelur masak;4. Masukkan sup ayam yang mendidih ke dalam mangkuk;5. Masukkan hirisan daging dan telur puyuh ke dalam sup. Diikuti dengan sayur-sayuran dan mi beras. Akhirnya taburkan bawang hijau dan ketumbar yang dicencang halus.

Panduan Makan:Guoqiao Mixian mempunyai cara memakan yang istimewa. Set sajian ini dihidangkan dengan semangkuk besar sup dengan bahan-bahan yang lain. Pengunjung yang pertama kali datang ke Yunnan kadang-kadang ditertawakan oleh orang tempatan kerana mereka menganggap sup tanpa sebarang wap pada permukaan yang ditutupi lapisan minyak itu tidak panas dan terus minum, yang menyebabkan bibir melecur. Jadi, jangan terus minum sup ayam meskipun ia nampak tidak panas.

Guoqiao MixianMakanan Istimewa Yunnan

lapisan lemak ayam pada permukaan sup seperti tudung periuk yang membolehkan sup kekal panas. Oleh sebab mi panas lebih enak daripada mi sejuk. Maka sejak itu, si isteri memasak sup menggunakan ayam, mencelur mi dan menghiris pelbagai ramuan di rumah terlebih dahulu. Sebelum makan, masukkan hirisan daging mentah ke dalam sup panas yang ditutupi lapisan minyak didih, lalu aduk sampai masak, seterusnya campur ramuan lain dan mi beras. Sejak itu, cara memasak ini ditiru oleh ramai orang. Oleh sebab si isteri perlu merentasi sebuah jambatan untuk sampai ke pulau itu, makanan ini diberi nama Guoqiao Mixian.

Guoqiao Mixian

Page 19: Kembara Sutera Oktober 2014

Waktu Solat di China

App Waktu solat di China ini khusus untuk pengguna Android. Anda boleh muat turun aplikasi ini di google play store.

App ini secara automatik mengesan lokasi anda di China, Malaysia dan Indonesia, dan akan memaparkan waktu solat tempatan serta arah kiblat. Ia juga sebagai panduan khusus untuk warga muslim sewaktu berada di China.

S e l a i n w a k t u s o l a t d a n panduan arah k ib la t , anda juga boleh mendapat in fo-info berguna yang membantu menyempurnakan pelancongan anda di China, seperti:

restoran Islam

masjid

pusatbeli-belah

tempat pelancongan