ecn 2013 pasaran persaingan tak sempurna

20
Pasaran Persaingan Tak Sempurna

Upload: sukhairi-husain

Post on 19-Jan-2015

706 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

Pasaran Persaingan Tak Sempurna

Page 2: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

• Pasaran persaingan tak sempurna didefinisikan sebagai struktur pasaran atau industri di mana individu firma mempunyai kuasa samada ke atas harga atau kuantiti yang dikeluarkan

• Kesemua firma didalam pasaran tak sempurna mempunyai satu persamaan iaitu mempunyai kuasa atau kemampuan untuk meningkatkan harga tanpa kehilangan semua permintaan untuk barang yang dikeluarkan.

Page 3: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

• Bagi melaksanakan kawalan harga ke atas baran yang dikeluarkan maka firma mestilah mampu untuk merintangi kemasukan firma-firma lain ke pasaran itu.

• Antara faktor- faktor yang boleh menyekat atau mengurangkan kemasukan firma lain adalah:– Halangan undang-undang– Output yang boleh dibezakan– Keperluan teknologi

Page 4: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

• Terdapat 3 jenis pasaran persaingan tak sempurna:i. Pasaran monopoliii. Pasaran Pertandingan

bermonopoli/monopolistikiii. Pasaran oligopoli

Page 5: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

Pasaran Monopoli

• Monopoli adalah satu struktur pasaran di mana terdapat seorang penjual yang mengeluarkan sejenis barang yang tidak mempunyai pengganti yang hampir serta adanya sekatan untuk masuk ke industri tersebut.

Page 6: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

Ciri-ciri utama monopoli

1. Seorang penjual tidak mempunyai persaingan– Pasaran monopoli terdiri daripada seorang penjual

manakala pembelinya ramai.– Oleh yang demikian, firma dalam pasaran

monopoli merupakan industri itu sendiri.– Firma mempunyai kuasa penuh untuk

menentukan harga atau kuantiti yang dikeluarkan.

Page 7: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

2. Barang yang dikeluarkan tiada pengganti-barang yang dikeluarkan tidak boleh diganti dengan baran yang dikeluarkan oleh firma lain. - oleh itu pengguna tidak mempunya pilihan

Page 8: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

3. Monopoli adalah penentu harga-sebagai penjual tunggal, monopoli mampu mengawal jumlah penawaran di pasaran.-Contonya, dengan mengurangkan penawaran barang maka harga pasaran akan merosot dan sebaliknya.-monopoli mampu menentukan harga barang yang dikeluarkan menerusi perubahan jumlah penawaran.

Page 9: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

4. Tiada persaingan bukan harga- barang- barang yang dikeluarkan tiada penganti hampir, maka persaingan bukan harga tidak diperlukan- contoh: penggunaan iklan untuk memajukan jualan.

Page 10: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

Punca utama kewujudan monopoli

1. Firma tersebut memiliki atau berkuasa mengawal keseluruhan bahan input terutama bahan mentah.

2. Firma menikmati ekonomi bidangan dan keperluan modal besar. Sesetengah barang yang dikeluarkan memerlukan modal yang besar maka firma yang mengeluarkan barang tersebut hanya dapat beroperasi dengan cekap menerusi pengeluaran secara besar-besaran.

Page 11: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

3. Sesebuah firma menjadi monopoli melalui undang-undang atau hak ekslusif. Hak patent merupakan hak jaminan perlindungan dari segi undang-undang bertujuan untuk menggalakkan perkembangan penyelidikan dan rekacipta baru.

4. Monopoli juga wujud akibat gabungan beberapa buah firma dalam satu industri atau industri yang berlainan.

Page 12: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

Penentuan harga dan kuantiti

1. Kaedah jumlah hasil dan kosPasaran - monopoli akan memaksimumkan keuntungan jika ia mengeluarkan output dimana perbezaan positif di antara jumlah hasil dan jumlah kos adalah maksimum.

2. Kaedah hasil sut dan kos sut-monopoli memaksimumkan tingkat output apabila hasil sut= kos sut.

Page 13: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

Pasaran Pertandingan bermonopoli/monopolistik

• Diantara bentuk pasaran yang ekstrem iaitu pasaran persaingan sempurna dan monopoli.

• Monopolistik didefinisikan sebagai satu pasaran dimana ramai pengeluar yang menghasilkan barang yang berbeza corak.

• Ciri-ciri pasaran ini adalah merupakan campuran ciri-ciri pasaran persaingan sempurna dan monopoli.

Page 14: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

Ciri-ciri Pasaran Pertandingan bermonopoli/monopolistik

1. Terdapat banyak firma tetapi tidak seperti pasaran persaingan sempurna. Saiz setiap firma adalah lebih kurang sama.Disebabkan bilangan yang banyak, maka tiada firma yang dapat mempengaruhi pasaran.

2. Barang yang dihasilkan adalah berbeza. Kebayakan barang-barang yang dihasilkan oleh firma-firma monopolistik mengunakan bahan mentah dan kaedah pengeluaran yang sama. Barang yang dihasilkan oleh firma monopolistik bukannya “pengganti sempurna”, tetapi pengganti yang hampir.

Page 15: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

3. Monopolistik mempunyai sedikit kuasa untuk menentukan tingkat harga keluaran. Ini adalah kerana barang yang dikeluarkan boleh dibeza, oleh itu walaupun firma menaikkan harga, masih terdapat pelanggan yang terus setia serta membeli barang keluarannya.

4. Firma-firma monopolistik mempunyai kebebasan keluar masuk ke industri dengan agak mudah

Page 16: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

5. Firma-firma monopolistik perlu melakukan persaingan bukan harga. Ini disebabkan sifat barang yang dikeluarkan adalah berbeza corak dan mewujudkan daya tarikan yang berlainan diantara pembelian. Bagi memenuhi pengguna, firma-firma akan melakukan persaingan bukan harga seperti pembeli, firma-firma

Page 17: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

Pasaran Oligopoli

• Pasaran ini tidak mempunyai satu model yang khusus untuk menerangkan struktur pasaran ini

• Oligopoli terbahagi kepada:

i. Oligopoli sempuna- Terdapat beberapa buah firma dan mengeluarkan barang

yang sama. Contoh: industri petroleum

ii. Oligopoli tak sempurna - terdiri dari beberapa buah firma yang menghasilkan barang yang boleh dibezakan. - kebiasaannya perbezaan adalah dari segi kualiti dan reka

bentuk barang tersebut. Contoh: industri automatif

Page 18: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

Ciri-ciri Oligopoli

1. Bilangan firma di dalam pasaran tidak banyak dan saiznya besar

2. Barang yang dikeluarkan samaada sama atau pun berbeza

3. Kuasa untuk menentukan harga adalah bergantung kepada bentuk kerjasama antara firma

Page 19: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

4. Terdapat halangan yang besar untuk firma-firma baru menyertai industri oligopoli. Ini bukannya bermakna firma baru tidak boleh masuk ke pasaran, tetapi firma-firma tersebut akan menghadapi halangan seperti keperluan modal yang besar dan firma-firma lama sudah mempunyai kedudukan yang teguh didalam pasaran dimana jenama keluarannya sudah terkenal

Page 20: Ecn 2013   pasaran persaingan tak sempurna

5. Bagi oligopoli yang mengeluarkan barangan yang berbeza, maka terdapatnya persaingan bukan harga. Persaingan bukan harga yang paling penting ialah pengiklanan.