e conversion

3
[eConversion - PENGURANGAN BAYARAN BALIK PINJAMAN MARA] Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tahniah kepada Graduan UniKL Business School yang berkonvo pada hari ini. Sekadar ingin menyampaikan pesanan penting bagi graduan yang menerima pinjaman pelajaran MARA. Selepas selesai Majlis Konvokesyen, sila buat pengurangan bayaran balik / eConversion melalui link dibawah. Tidak kira sama ada CGPA anda 4 flat atau sebaliknya, sila buat, diulangi sila buat dengan kadar segera. SEGERA. SYARAT PENGURANGAN PINJAMAN PELAJARAN : 1. Pelajar yang layak memohon pengurangan pinjaman pelajaran mestilah memenuhi syarat-syarat berikut: (i) Bantuan pinjaman yang ditawarkan pada 01.01.1985 dan ke atas kecuali bagi pengajian di peringkat Sarjana dan PhD di bawah Skim Pinjaman Terbuka (SPT) mulai 01.01.1998 (ii) Lulus pengajian di bawah tajaan MARA 2. Borang permohonan eConversion perlu disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut: (i) Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan lain-lain (yang berkaitan) (ii) Transkrip rasmi 3. Semua salinan Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan lain-lain (yang berkaitan) & transkrip rasmi yang dikemukakan hendaklah disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B/ Penghulu/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai (JP)/Wakil Rakyat/Pegawai- Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman

Upload: dolah-chiku

Post on 11-Apr-2016

10 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

conversion

TRANSCRIPT

Page 1: e Conversion

[eConversion - PENGURANGAN BAYARAN BALIK PINJAMAN MARA]Assalamualaikum dan salam sejahtera..Tahniah kepada Graduan UniKL Business School yang berkonvo pada hari ini.Sekadar ingin menyampaikan pesanan penting bagi graduan yang menerima pinjaman pelajaran MARA.Selepas selesai Majlis Konvokesyen, sila buat pengurangan bayaran balik / eConversion melalui link dibawah. Tidak kira sama ada CGPA anda 4 flat atau sebaliknya, sila buat, diulangi sila buat dengan kadar segera. SEGERA.SYARAT PENGURANGAN PINJAMAN PELAJARAN :1. Pelajar yang layak memohon pengurangan pinjaman pelajaran mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:(i) Bantuan pinjaman yang ditawarkan pada 01.01.1985 dan ke atas kecuali bagi pengajian di peringkat Sarjana dan PhD di bawah Skim Pinjaman Terbuka (SPT) mulai 01.01.1998(ii) Lulus pengajian di bawah tajaan MARA2. Borang permohonan eConversion perlu disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut:(i) Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan lain-lain (yang berkaitan)(ii) Transkrip rasmi3. Semua salinan Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan lain-lain (yang berkaitan) & transkrip rasmi yang dikemukakan hendaklah disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B/ Penghulu/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai (JP)/Wakil Rakyat/Pegawai-Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.4. Sila kemukakan borang permohonan eConversion berserta dokumen di para 2. (i) dan (ii) dalam tempoh 30 hari ke alamat berikut:Unit ConversionBahagian Kawalan KreditTingkat 3, Ibu Pejabat MARA21, Jalan Raja Laut50609 Kuala Lumpur

Page 2: e Conversion

Berdasarkan pengalaman saya dan senior yang lain, walaupun CGPA tinggi tapi kalau tak buat eConversion, MARA tidak akan beri sebarang pengurangan. Kalau pinjam RM45,000 maka, bayarlah kesemuanya tanpa sebarang pengurangan. Bayaran bermula dengan serendah RM100 sebulan dan meningkat kepada RM250 sebulan.Sebab ramai yang lupa dan leka, maka ramai lah yang bayar full dan merungut bila dapat statement. JANGAN AMBIL MUDAH. Buat eConversion dengan kadar segera.Link eConversion :http://apps.mara.gov.my/conversiononline/Sekian, Salam Konvokesyen.