dsp pjk tingkatan 1

16
DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1 15 Mac 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

Upload: intan-isahak

Post on 03-Jul-2015

767 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASIPENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TINGKATAN 1

Page 2: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara."

Page 3: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

3

PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)

dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah

menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial.

Page 4: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

4

TAFSIRAN

o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporanindividu.

o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikangambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard danmenunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard ituterbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band).Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betuluntuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yangdapat ditaksir dan dicapai.

o Evidens :

Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasaiberdasarkan deskriptor.

Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasandalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujianbertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

Page 5: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

5

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND STANDARD

1 Tahu

2 Tahu dan Faham

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Page 6: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

6

TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

1 TAHU Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas ataumemberikan respons kepada perkara yang asas.

2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi ataumenterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatukemahiran dalam satu-satu situasi.

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitumengikut prosedur atau secara sistematik.

5TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADABTERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, denganmengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikappositif.

6TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADABMITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyaikeupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan sertacabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untukmendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yangsesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Page 7: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

7

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANIPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANIPada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 1, murid dapat:

1. Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan,kelenturan, kuasa, dan kelajuan

2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal

3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik pendidikan, pergerakan kreatif, gimnastik irama danpendidikan pergerakan dengan betul dan selamat

4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan

5. Melibatkan diri dalam pengurusan alatan sukan dan permainan serta mengetahui isu-isu dalam sukan dan permainan

6. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan

Page 8: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

8

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap

kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan I, murid dapat:

1. Memahami kesan malnutrisi

2. Memahami institusi kekeluargaan dan isu berkaitan

3. Memahami peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga

4. Memahami masalah remaja dan cara menghadapinya

5. Memahami keperluan makanan berdasarkan piramid makanan

6. Mengklasifikasikan ubat dan dadah

7. Mengaplikasi prinsip dan prosedur Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation ( D.R.A.B.C.)

Page 9: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

9

BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dankesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

2 Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakandan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

3 Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat,kebersihan dan keselamatan persekitaran.

4 Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikappositif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaranberasaskan pengetahuan dan pengalaman.

5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat,berkemahiran merancang, berkomunikasi dan empati dengan orang lain serta berupaya mengendalikan emosidalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

6 Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan dan menjana kreativitiminda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera serta berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupansecara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

Page 10: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

10

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1

Tahu

B1Tahu tentang komponenkecergasan fizikal,kemahiran sukan danrekreasi, pendidikanpergerakan dan kesukananserta kesihatan diri dankeluarga, gaya hidup sihat,kebersihan dankeselamatan persekitaran.

B1 DJ1Mengetahui komponen kecergasanfizikal.

B1 DJ2Mengetahui kemahiran asaspermainan dan olahraga.

B1 DK1Mengetahui maksud malnutrisi daninstitusi kekeluargaan.

B1 DK2Mengetahui maksud konflik, stresdan penyalahgunaan bahan.

B1 DK3Mengetahui hak dan tanggungjawabpengguna.

B1 DJ1 E1Menyatakan definisi komponen-komponenkecergasan fizikal.

B1 DJ2 E1Menyatakan kemahiran asas dalam permainanbola sepak, bola jaring dan pingpong.

B1 DJ2 E2Menyatakan fasa-fasa lakuan dalam larianpecut dan lontar peluru.

B1 DK1 E1Menyatakan maksud malnutrisi.

B1 DK1 E2Menyatakan makna perkahwinan dankerukunan rumah tangga.

B1 DK2 E1Menyatakan maksud konflik dan stres.

B1 DK2 E2Menyatakan maksud penyalahgunaan bahanseperti dadah dan ubat.

B1 DK3 E1Menyenaraikan hak dan tanggungjawabpengguna.

Page 11: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

11

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2

Tahu dan Faham

B2Tahu dan faham tentangkomponen kecergasanfizikal, kemahiran sukandan rekreasi, pendidikanpergerakan dan kesukananserta kesihatan diri dankeluarga, gaya hidup sihat,kebersihan dankeselamatan persekitaran.

B2 DJ1Menyatakan organ dan otot dalamkomponen kecergasan fizikal.

B2 DJ2Menyatakan otot utama dalamkemahiran sukan dan fasa-fasalakuan dalam olahraga.

B2 DJ3Menyatakan pergerakan asasgimnastik.

B2 DJ4Mengetahui dan memahami asasperkhemahan.

B2 DJ1 E1Menyatakan organ-organ yang terlibat dalamaktiviti daya tahan kardiovaskular.

B2 DJ1 E2Menyatakan otot utama yang terlibat semasamenjalankan aktiviti daya tahan otot, kekuatanotot, kelenturan dan kuasa.

B2 DJ2 E1Menyatakan otot utama yang terlibat dalamkemahiran permainan bola sepak, bola jaringdan pingpong.

B2 DJ2 E2Menyatakan otot utama yang terlibat dalamkemahiran lari pecut dan lontar peluru.

B2 DJ2 E3Mengenal pasti fasa-fasa lakuan dalam acaralari pecut dan lontar peluru.

B2 DJ3 E1Menyatakan teknik-teknik lakuan dalamkemahiran pendaratan dan kemahiran statik.

B2 DJ4 E1Menyatakan ciri-ciri pemilihan tempatperkhemahan, mendiri dan mengemas khemah.

Page 12: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

12

B2 DJ5Memahami pengurusan sukan danisu-isu dalam sukan.

B2 DK1Mempunyai kefahaman tentangmalnutrisi dan institusi kekeluargaan.

B2 DK2Mempunyai kefahaman tentangkumpulan makanan, pengurusankonflik dan stres.

B2 DK3Mempunyai kefahaman tentang HakKepenggunaan.

B2 DJ5 E1Mengenal pasti alatan sukan dan permainanmengikut saiz, bentuk dan berat objek.

B2 DJ5 E2Menyenaraikan isu-isu dalam sukan danpermainan.

B2 DK1 E1Menjelaskan tanda, simptom dan kesanmalnutrisi.

B2 DK1 E2Menyatakan cara menghormati orang yanglebih tua, ahli keluarga yang sakit dan orangberkeperluan khas.

B2 DK2 E1Menyatakan kumpulan makanan dan fungsinyadalam setiap aras piramid makanan.

B2 DK2 E2Menyatakan sebab-sebab dan kesan berlakukonflik dan stres.

B2 DK3 E1Menyatakan peranan agensi yang terlibat dalamhal ehwal pengguna

Page 13: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

13

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3

Tahu, Faham danBoleh Buat

B3Tahu, faham dan bolehmelakukan aktiviti dalamkomponen kecergasanfizikal, kemahiran sukandan rekreasi, pendidikanpergerakan dan kesukananserta boleh menguruskesihatan diri dankeluarga, gaya hidup sihat,kebersihan dankeselamatan persekitaran.

B3 DJ1Melakukan aktiviti komponenkecergasan fizikal.

B3 DJ2Melakukan kemahiran asaspermainan.

B3 DJ3Melakukan aktiviti pergerakan asaspendidikan pergerakan.

B3 DK1Menerangkan cara menguruskankonflik dan stres

B3 DJ1 E1Melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, dayatahan otot, kekuatan otot, kelenturan, kuasa dankelajuan.

B3 DJ2 E1Melakukan kemahiran asas dalam permainan bolasepak, bola jaring dan pingpong.

B3 DJ3 E1Melakukan aktiviti kemahiran pendaratan dankemahiran statik.

B3 DJ3 E2Mengenal pasti komponen kecergasan yangdiaplikasikan dalam aktiviti pergerakan kreatif dangimnastik pendidikan.

B3 DK1 E1Menerangkan prosedur menguruskan konflik danstres.

Page 14: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

14

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4

Tahu, Faham danBoleh Buat

dengan Beradab

B4Tahu, faham dan bolehmengaplikasikankomponen kecergasanfizikal, kemahiran sukandan rekreasi, pendidikanpergerakan dan kesukanandalam aktiviti hariandengan betul dan selamatserta membentuk sikappositif terhadap kesihatandiri dan keluarga, gayahidup sihat, kebersihandan keselamatanpersekitaran berasaskanpengetahuan danpengalaman.

B4 DJ1Mengaplikasikan langkah-langkahkeselamatan dalam melaksanakanaktiviti kecergasan fizikal.

B4 DJ2Mengaplikasikan langkah-langkahkeselamatan dalam melaksanakankemahiran olahraga.

B4 DJ3Mengaplikasikan langkah-langkahkeselamatan dalam melaksanakankemahiran pendidikan pergerakan.

B4 DJ4Mengaplikasikan aspek keselamatandalam aktiviti perkhemahan.

B4 DK1Menjalankan tugas dantanggungjawab sebagai ahlikeluarga.

B4 DK2Mengklasifikasikan dadah dan ubat.

B4 DJ1 E1Melakukan langkah-langkah keselamatandalam melaksanakan aktiviti dalam komponendaya tahan kardiovaskular, daya tahan otot,kekuatan otot, kelenturan, kuasa dan kelajuandengan betul dan selamat.

B4 DJ2 E1Melakukan kemahiran lari pecut dan lontarpeluru dengan betul dan selamat.

B4 DJ3 E1Melakukan langkah-langkah keselamatandalam melaksanakan kemahiran gimnastik,gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif.

B4 DJ4 E1Mengaplikasikan aspek keselamatan sebelum,semasa dan selepas melakukan aktivitiperkhemahan.

B4 DK1 E1Menerangkan cara penjagaan warga tua, ahlikeluarga yang sakit dan orang istimewa.

B4 DK2 E1Membanding beza antara dadah dan ubat.

Page 15: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

15

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

5

Tahu, Faham danBoleh Buat

dengan BeradabTerpuji

B5Menguasai danmengaplikasi pengetahuandan kebolehan semasaberaktiviti dalam gayahidup sihat, berkemahiranmerancang, berkomunikasidan empati dengan oranglain serta berupayamengendalikan emosidalam mengurus hidupsecara positif, sihat danselamat.

B5 DJ1Menguasai tatacara melaksanakanlatihan kecergasan fizikal.

B5 DJ2Menguasai kemahiran, undang-undang dan peraturan dalam situasipermainan dan olahraga.

B5 DK1Menjalankan tugas dan peranansebagai ahli keluarga yangbertanggungjawab.

B5 DK2Menilai kesan penyalahgunaandadah.

B5 DK3Mengetahui peranan agensi yangberkaitan dengan pengguna.

B5 DK4Mengaplikasi pengetahuankeselamatan dan pertolongan cemas

B5 DJ1 E1Menjelaskan kaedah dan faedah melakukanlatihan kecergasan fizikal.

B5 DJ2 E1Mempamerkan dan mengaplikasi kemahiran,undang-undang dan peraturan dalam situasipermainan dan olahraga.

B5 DK1 E1Membincangkan peranan ahli keluarga untukmencapai ciri-ciri keluarga bahagia.

B5 DK2 E1Membincangkan bahaya dadah kepadaindividu dan negara.

B5 DK3 E1Membincangkan bagaimana pengguna bolehmenggunakan perkhidmatan agensi yangterlibat.

B5 DK4 E1Menunjuk cara prosedur pertolongan cemasD.R.A.B.C.

Page 16: Dsp pjk tingkatan 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 115 Mac 2012

16

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6

Tahu, Faham danBoleh Buat

dengan BeradabMithali

B6Memperkembangkanpengetahuan dankemahiran secarasistematik dan berterusandan menjana kreativitiminda menjurus kepadagaya hidup sihat sertasejahtera sertaberkeupayaanmeningkatkan kualitikehidupan secarakeseluruhan bagimembentuk gaya hidupsihat.

B6 DJ1Menghayati nilai-nilai dan ciri-cirikecergasan fizikal yang berkualiti.

B6 DJ2Menguruskan sukan secara efisyen.

B6 DK1Mengamalkan gaya hidup sihatmelalui pengambilan makananseimbang.

B6 DJ1 E1Melibatkan diri secara tekal dalam aktivitikecergasan fizikal

B6 DJ2 E1Merancang, memimpin, mengurus, mengawaldan menilai susun atur peralatan sukan.

B6 DK1 E1Merancang hidangan makanan seimbang untuksarapan pagi, makan tengahari dan makanmalam.