dsp bahasa melayu tingkatan 2.pdf

14

Click here to load reader

Upload: mohd-nassir-abdul-rahman

Post on 14-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI

    BAHASA MELAYU

    TINGKATAN 2

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi

    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

    dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

    kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara

    Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    3

    PENDAHULUAN

    Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru

    menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

    Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara

    yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

    Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    4

    TAFSIRAN

    o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran

    holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

    menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi ( qualifier ) menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan standard hasil pembelajaran.

    o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard kualiti yang

    dapat ditaksir dan dicapai. o Evidens : Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai

    berdasarkan deskriptor. Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam

    bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    5

    KERANGKA STANDARD PRESTASI

    BAND STANDARD

    6

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

    5

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

    4

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

    3

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

    2

    TAHU DAN FAHAM

    1

    TAHU

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    6

    TAFSIRAN BAND

    BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

    6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

    DENGAN BERADAB MITHALI

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai

    keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta

    cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan

    dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara

    bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

    5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

    DENGAN BERADAB TERPUJI

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baharu, dengan

    mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

    4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

    DENGAN BERADAB

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut

    prosedur atau secara sistematik.

    3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran

    dalam satu-satu situasi.

    2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukarkan bentuk komunikasi atau

    menterjemahkan serta menjelaskan apa-apa yang telah dipelajari.

    1 TAHU Murid mengetahui perkara asas, atau dapat melakukan kemahiran asas

    ataupun memberikan respons kepada perkara yang asas.

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    7

    MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU

    Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan

    berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

    OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat: i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan

    hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan; ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk

    memperoleh ilmu dan maklumat; iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan

    maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan; iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera; v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    8

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    6 Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

    5 Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

    4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

    3 Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

    2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

    1 Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    9

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    1

    Tahu

    B1 Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

    B1 DL1 Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang mudah. B1 DB1 Membaca perenggan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. B1 DT1 Menulis ayat yang lengkap.

    B1 DL1 E1 Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang dapat difahami. B1 DB1 E1 Membaca ayat dalam perenggan daripada sesuatu sumber dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. B1 DT1 E1 Menulis ayat-ayat yang mengandungi subjek dan predikat.

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    10

    BAND

    PERNYATAAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    2

    Tahu dan Faham

    B2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

    B2DL1 Mendengar dan memberikan respons secara lisan tentang sesuatu isu. B2 DB1 Membaca perenggan dan memahami maksud rangkai kata mengikut konteks. B2 DT1 Menulis pelbagai jenis ayat.

    B2 DL1 E1 Memberikan respons tentang perkara yang didengar secara spontan. B2 DB1 E1 Memberikan maksud rangkai kata yang sesuai mengikut konteks. B2 DT1 E1 Mengenal pasti pelbagai jenis ayat. (Ayat penyata, Ayat tanya, Ayat seru, Ayat perintah) B2 DT1 E2 Menulis pelbagai jenis ayat dengan betul.

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    11

    BAND

    PERNYATAAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    3

    Tahu, faham dan boleh

    buat

    B3 Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

    B3DL1 Berbincang tentang sesuatu tajuk yang telah ditetapkan.

    B3 DB1 Membaca dan menyatakan maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan. B3 DT1 Menulis perenggan yang lengkap.

    B3 DL1 E1 Mengemukakan pendapat berdasarkan tajuk yang diberikan. B3 DL1 E2 Bersoal jawab tentang sesuatu perkara berdasarkan tajuk yang diberikan. B3 DB1 E1 Menyatakan maksud tersurat yang betul daripada bahan yang dibaca. B3 DB1 E2 Menyatakan maksud tersirat yang sesuai daripada bahan yang dibaca. B3 DT1 E1 Menulis ayat topik yang sesuai. B3 DT1 E2 Menulis ayat huraian untuk menghasilkan perenggan yang lengkap.

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    12

    BAND

    PERNYATAAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    4

    Tahu, faham, boleh buat

    dengan beradab

    B4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

    B4 DL1 Berbincang tentang sesuatu perkara secara beradab. B4 DB1 Membaca dan memindahkan maklumat dalam bentuk lain. B4 DT1 Menulis perenggan yang koheren dan kohesi.

    B4 DL1 E1 Memberikan pandangan yang rasional dalam perbincangan. B4 DL1 E2 Menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai semasa berbincang. B4 DB1 E1 Menukarkan maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan yang dibaca kepada bentuk grafik atau sebaliknya dengan lengkap. B4 DT1 E1 Menghasilkan penulisan yang lengkap menggunakan penanda wacana yang sesuai.

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    13

    BAND

    PERNYATAAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    5

    Tahu, faham,

    boleh buat

    dengan

    beradab

    terpuji

    B5 Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

    B5DL1 Menyatakan pendirian yang jelas dengan maklumat yang relevan. B5 DB1 Membaca dan menghubungkaitkan maklumat. B5 DT1 Menghasilkan pelbagai penulisan kreatif dan bukan kreatif yang lengkap.

    B5 DL1 E1 Mengukuhkan pendapat dengan memberikan alasan yang munasabah. B5 DL1 E2 Menggunakan gaya pengucapan yang bertatasusila dalam perbincangan. B5 DB 1 E1 Menyatakan maklumat yang tersirat dengan tepat daripada bahan yang dibaca. B5 DB 1 E2 Menghubungkaitkan maklumat tersirat daripada bahan yang dibaca dengan pelbagai bahan bacaan lain. B5 DT1 E1 Menghasilkan karya kreatif yang lengkap dengan gaya penulisan yang menarik. B5 DT1 E2 Menghasilkan karya bukan kreatif yang lengkap dengan gaya penulisan yang menarik.

  • DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2 SEPTEMBER 2012

    14

    BAND

    PERNYATAAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    6

    Tahu, faham, boleh buat

    dengan beradab mithali.

    B6 Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

    B6DL1 Mempertimbangkan pelbagai pendapat secara rasional. B6 DB1 Membaca dan merumuskan maklumat dengan alasan yang dapat diterima. B6 DT1 Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan.

    B6 DL1 E1 Menilai pelbagai pendapat yang dikemukakan secara rasional. B6 DB1 E1 Merumuskan maklumat daripada pelbagai bahan yang dibaca. B6 DB1 E2 Menilai bahan yang dibaca dengan memberikan alasan yang dapat diterima. B6 DT1 E1 Menyunting kesalahan kata dan ayat dalam sesebuah karya. B6 DT1 E2 Memurnikan sesebuah karya sehingga boleh dijadikan contoh.