drama tingkatan 3

9
Drama Sebuah Perjuangan (Ab Manaf Kamarudin) Sinopsis Babak 1 Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas bahawa mereka bebas bercucuk tanam tanpa diganggu gugat oleh polis Inggeris. Kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku Sultan Hashim Jalilul Alam. Babak 2 Jahul melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Pegawai Inggeris marah kerana Pangeran Syahbandar menentangnya. Sungai Padas dipajak kepada kompeni Inggeris oleh Sultan runei melalui satu perjanjian. Babak 3 Pangeran Syahbandar dan Awang meluahkan perasaan marah kepada kompeni Inggeris kerana cuba menguasai kawasan Sungai Padas. !ia mahu mereka bertindak terhadap penghasut. Babak 4 Satu pertempuran berlaku antara penduduk kampung dengan pihak Inggeris. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikutnya memburu dan menangkap penduduk kampung yang belot. Babak Jahul memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar telah menyerang dan menawan penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan membuat bantahan kepada Sultan runei agar menghentikan kegiatan Pangeran Syahbandar yang menentang kompeni Inggeris. Babak ! Tunku Sultan meminta Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan penentangan terhadap Inggeris. Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan hasutan Inggeris. Pangeran tidak akan tunduk dengan desakan tersebut" malah akan menyerang markas Inggeris yang berada di seberang. Babak " erlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dan polis#polis kompeni Inggeris. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut#pengikutnya menyerang" membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris. Babak #

Upload: aelyn-azlan

Post on 04-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

moga bermanfaat

TRANSCRIPT

Drama Sebuah Perjuangan(Ab Manaf Kamarudin)

Sinopsis

Babak 1

Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas bahawa mereka bebas bercucuk tanam tanpa diganggu gugat oleh polis Inggeris. Kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku Sultan Hashim Jalilul Alam.

Babak 2

Jahul melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Pegawai Inggeris marah kerana Pangeran Syahbandar menentangnya. Sungai Padas dipajak kepada kompeni Inggeris oleh Sultan Brunei melalui satu perjanjian.

Babak 3

Pangeran Syahbandar dan Awang meluahkan perasaan marah kepada kompeni Inggeris kerana cuba menguasai kawasan Sungai Padas. Dia mahu mereka bertindak terhadap penghasut.

Babak 4

Satu pertempuran berlaku antara penduduk kampung dengan pihak Inggeris. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikutnya memburu dan menangkap penduduk kampung yang belot.

Babak 5

Jahul memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar telah menyerang dan menawan penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan membuat bantahan kepada Sultan Brunei agar menghentikan kegiatan Pangeran Syahbandar yang menentang kompeni Inggeris.

Babak 6

Tunku Sultan meminta Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan penentangan terhadap Inggeris. Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan hasutan Inggeris. Pangeran tidak akan tunduk dengan desakan tersebut, malah akan menyerang markas Inggeris yang berada di seberang.

Babak 7

Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni Inggeris. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris.

Babak 8

Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan Inggeris kalah teruk. Kedegilan Pangeran Syahbandar akan dibalas kerana pihak Inggeris telah mendapat kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyarang balas kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran Syahbandar.

Babak 9

Pegawai Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar membina kubu untuk menahan serangan kompeni Inggeris tetapi pihaknya tidak akan berputus asa dan akan menyerang sekali lagi kubu tersebut. Kompeni Inggeris juga mendapat bantuan polis Sikh dari Perak yang mempunyai senjata api.

Babak 10

Berlakunya pertempuran antara Pangeran Syahbandar dan polis kompeni. Tiada lagi kedengaran tembakan daripada polis-polis kompeni. Pangeran Syahbandar menggangap pihak kompeni telah berundur.

Babak 11

Keadaan kelam kabut berlaku kerana tembakan meriam daripada polis kompeni yang menyerang kubu Pangeran Syahbandar sekali lagi. Awang berasa cemas kerana bilangan polis kompeni yang ramai dan dibantu oleh polis Sikh manakala pihaknya hanya mempunyai senjata lembing dan keris. Pangeran Syahbandar memberi kata-kata semangat agar berjuang habis-habisan.

Babak 12

Awang memberitahu mereka tidak boleh bertahan kerana ramai pengikut terkorban. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan Gabenor untuk berunding dan menghentikan peperangan. Akhirnya Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi pengunduran mereka bukan bererti mereka tewas. Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada kompeni Inggeris.

Tema

Tema drama ini ialah semangat patriotik anak watan menentang penjajahan.

Persoalan

1. Kepentingan mempertahankan hak kebebasan memerintah di negara sendiri.2. Pengkhianatan terhadap bangsa sendiri untuk kepentingan diri sendi3. Bekerjasama dalam mempertahankan tanah air.4. Peperangan banyak membawa kemusnahan.5. Bijak membuat menuyusun strategi..

PlotPembinaan plot

(i)PermulaanSemasa ucapan , Pangeran Syahbandar menyeru penduduk kampung menentang kompeni Inggeris kerana daerah ini ialah kawasan mereka.

(ii)PerkembanganDi pejabat Pegawai Inggeris, Jahul melaporkan berita tentang Pangeran Syahbandar yang mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Sungai Padas telah dipajak kepada kompeni Inggeris oleh Sultan Brunei. Pangeran Syahbandar mendakwa Sungai Padas tidak termasuk dalam kawasan pajakan Inggeris.

Pangeran Syahbandar meluahkan perasaan marah terhadap kompeni Inggeris dan menyatakan bahawa kompeni tidak akan berjaya menghasut penduduk kampung.

Pertempuran berlaku antara orang kampung dengan sekumpulan pembelot. Pangeran Syahbandar telah mengarahkan pengikut-pengikutnya memburu dan menangkap pembelot-pembelot.

Pegawai Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Brunei supaya menghentikan tindakan Pangeran Syahbandar menentang kompeni.

Tunku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan penentangan terhadap kompeni tetapi tidak diendahkan. Awang menerangkan bahawa perjuangan mereka adalah untuk menegakkan hak dan kebebasan.

(iii)Konflik

Pertempuran dan tembak-menembak antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris. Ramai polis kompeni dibunuh dan senjata api dirampas.

Tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pegawai Inggeris mendapatkan kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas Kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran Syahbandar.

Keadaan kelam kabut berlaku apabila serangan sekali lagi dilakukan oleh kompeni Inggeris dengan bantuan polis Sikh. Bilangan polis kompeni lebih ramai pada kali lagi. Awang berasa cemas tetapi pangeran syahbandar member kata semangat supaya berjuang habis-habisan

(iv)KlimaksPangeran Syahbandar bersetuju berunding dengan pihak Inggeris..

(v)Peleraian

Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada pihak kompeni Inggeris.

Teknik Penceritaan

1. Teknik Pemerian

Di tengah pentas kelihatan Pangeran Syahbandar sedang memberikan ucapan kepada penduduk kampung dalam suatu perhimpunan.

2. Imbas kembaliJahul: Begini tuan, semalam Pangeran dan pengikut-pengikutnya telah menyerang dan menawan penduduk yang menjadi rakyat kompeni itu, tuan.

3. Imbas mukaAwang: Tapi, apa Pangeran? Ada baiknya kita menyahut saja seruan Gabenor baharu kompeni itu. Bukankah dia mengajak kita berunding dan menghentikan peperangan? Daripada kita semua terkorban tanpa warisan, baik kita berdamai, Pangeran.

4. Teknik kejutan

Pihak Inggeris datang menyerang dengan tiba-tiba selepas tembakan daripada polis-polis tidak ada seketika.

Watak dan PerwatakanWatak UtamaPangeran SyahbandarKetua penentangTokoh pejuang di Sungai Padas.Berani menentang kompeni Inggeris.Berfikiran matang dan rasional dalam membuat keputusan .Pemimpin yang berkarisma.Bijak mengatur strategi peperangan .Bersemangat kental

Watak Sampingan1. AwangPembantu kepada Pangeran Syahbandar.Bersemangat patriotik.Berfikiran jauh.

2.JahulPengkhianat bangsanya sendiri.Tali barut Inggeris.Seorang yang senang dipujuk apabila menerima ganjaran.

LatarLatar Masa1. Berlaku hampir 4 bulan2. Waktu malam3. Waktu pagi

Latar Tempat1. Di kawasan sungai Padas.2. Pejabat Pegawai Inggeris3.Kubu Kota Manggalela

Latar Masyarakat

1. Masyarakat kampung yang sanggup patriotik .2. Masyarakat yang mengkhianati bangsanya sendiri.3. Masyarakat penjajah yang suka campur tangan dalam hal-hal pentadbiran orang-orang tempatan.4. Masyarakat yang tamak dan mementingkan diri sendiri.5. Masyarakat yang bertimbang rasa.6. Masyarakat penjajah.

Gaya bahasa

1. Penggunaan bahsa Inggeriswhat, special for you, coming

2. Peribahasa

Tali barut , Biar berputih tulang, jangan berputih mataAlang-alang mandi biar basah

Nilai

1. Patriotisme.2. Kesetiaan ..3. Bersatu padu.4. Keberanian.5. Rasional6. Keikhlasan

Pengajaran

1. Kita haruslah memiliki semangat cinta akan negara.2. Kita hendaklah setia kepada ketua.3. Kita hendaklah bersatu dalam menghadapi musuh.4. Kita hendaklah berani menentang penjajah.5. Kita hendaklah berfikiran rasional dalam tindakan.6. Kita perlulah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Drama Cabaran[A.Ghaafar Ibrahim]

Sinopsis

Babak 1

Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi pada masa sekarang iaitu cabaran kemajuan,ekonomi dan pelajaran. Kemunduran berpunca daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan bersikap negatif . Zainal dianggap mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit apabila Zainal tidak mahu menerima pendapat orang lain.

Babak 2

Perbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap rakan-rakan yang suka bertekak dan berbual kosong. Mariah mengatakan masyarakat kita yang miskin namun bercita-cita tinggi. Yahya mencadangkan agar satu yayasan ditubuhkan untuk membantu anak-anak ke universiti. Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan untuk mengutip wang bagi tabung pelajaran yang diharapkan dapat membela nasib rakyat desa. Rancangan itu dimulai dengan menubuhkan kelas pemimpin dan Kedai Syarikat Kerjasama.

Babak 3

Hani tidak puas hati tentang sikap pemuda yang suka melepak.Firdaus menjelaskan sikap masyarakat sendiri yang lemah dan beku. Hidup perlulah percaya kepada diri sendiri dan hidup hendaklah bekerjasama. Hani menyatakan tidak ramai pemuda yang sanggup berubah ke arah kebaikan malah ramai yang boleh bercakap tetapi tidak dapat melaksanakan apa-apa yang diperkatakan. Perkara yang lebih penting ialah daya usaha.

Babak 4

Yahya menyindir sikap pemimpin yang sudah lupa pada orang bawahan. Hal ini di perlihatkan dalam imbas kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera tetapi tidak menunaikannya.

Babak 5

Yahya berpendapat bahawa perniagaan penting untuk menambahkan pendapatan dan membawa kemajuan kepada negara. Zainal berpandangan negatif dan tidak bersetuju tentang kebaikan berniaga kerana terdapat satu syarikat kilang padi yang telah ditutup kerana pekerja yang tidak amanah. Firdaus memberikan kata-kata semangat iaitu kita tidak boleh berlembut atau merendah diri lagi .

Babak 6

Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya hasil permuafakatan. Kejayaan dan gambar mereka telah terpapar di surat khabar dan Zainal akhirnya mengakui kesilapan dirinya.

Tema

Trama ini ialah perubahan sikap dan pemikiran generasi muda untuk mencapai kemajuan diri dan bangsa .

Persoalan1.Masyarakat yang menentang arus perubahan.2.Pemimpin yang tidak berpegang pada janji. 3.Masyarakat yang tidak jujur .4.Masyarakat yang mahu memajukan bangsa.Plot

Pembinaan plot

1.PermulaanPerbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan pelajaran.

2.PerkembanganPerbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap anak-anak muda mereka yang berbual kosong. Yahya mencadangkan penubuhan satu yayasan sebagai dana untuk membantu anak-anak ke universiti.

Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan untuk mengutip wang bagi tabung pelajaran yang dapat membela nasib rakyat desa.Rancangan ini dimulai dengan penubuhan kelas pemimpin dan Kedai Syarikat Kerjasama.

Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka berlepak pada hal mereka harapan bangsa. Mereka juga harus sanggup berubah ke arah kebaikan.

Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju serta berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.

3.Konflik

Yahya menyindir sikap pemimpin yang sudah lupa pada orang bawahan. Yahya teringat kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera.

Zainal bersikap dan berpandangan negatif tentang perniagaan. Buktinya syarikat kilang padi yang ditutup kerana pekerja yang tidak amanah.

4.KlimaksYahya gembira kerana rancangan mereka berjaya hasil permuafakatan. Kejayaan mereka terpapar di surat khabar.

5.PeleraianZainal menyedari kesilapannya dan sedar akan kekuatan permuafakatan.

Teknik Penceritaan

1. Imbas KembaliYahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen menjelang pilihan raya sedikit masa dahulu.

2. MonologYahya: (Berdiri, katawa dan bercakap pada diri sendiri) Yang Berhormat Encik Osman tak dapat datang. Tak dapat datang ke kampung ini. Maklmumlah. Orang besar banyak urusan. Hai , yalah dah banyak berpangkat sikit, lupa kepada orang-orang bawah! Memandang bulan di langit, lupa akan rumput di bumi.

3. SuspenHusin : (Menjerit. Berjalan tak tentu arah) Ooo, kita berjaya! ( Membentangkan surat khabar) Yahya, lihat gambarkau pun ada di samping gambar dia.

4.KejutanYahya : (Senyum megah. Surat khabar di tangan)Suatu kegemparan. Ya, satu negeri gempar! Rancangan kita berjaya. Ya , kita berjaya! Kita semua rakyat jelita. Kita berhak untuk menuntut hak kita. Mana boleh jadi pak turut saja. Angguk kepala dengan tidak tentu hujung pangkalnya.

Watak dan PerwatakanWatak UtamaYahyaKetua Pemuda Parti.

Pemuda kampung yang mempunyai semangat yang tinggi untuk berubah ke arah kemajuan.Pemuda yang berpandangan jauh dan berpendirian tegas.Pemuda yang gigih berusaha untuk menubuhkan kelas pemimpin dan Kedai Syarikat Kerjasama.Yahya percaya bahawa setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.Watak SampinganI FirdausPemimpin muda yang sentiasa mempunyai idea yang positif.

Firdaus sentiasa mengeluarkan pendapat yang bernas tentang perubahan masyarakat dan menerima adat resam lama yang boleh membawa kebaikan.

Mahu mencipta satu generasi baru yang dinamis, progresif, dan maju.

Kata-katanya selalu memberi motivasi kepada rakan-rakan lain.

II ZainalSentiasa berfikiran negatif tentang kemajuan.

Mementingkan diri sendiri.

Berfikiran sempit.

Seorang yang keras hati.III OsmanSeorang ahli parlimen.

Pemimpin yang pandai berjanji tetapi tidak menunaikan janji tersebut.

Pandai berkata-kata.

Pandai mempengaruhi orang lain.

Latar

Latar Masa1. Malam -Di rumah Yahya, Yahya dan adiknya Mariah berbual-bual tentang penubuhan barisan Pembela Rakyat Desa.2. Petang -Di balai raya mereka berbual-bual tentang berita yang tersiar di dada akhbar tentang kerugian syarikat kilang padi.

Latar Tempat1. Rumah Yahya2. Rumah Firdaus3.Balai raya

Latar Masyarakat

1 Masyarakat yang tinggal di kampung.2. Masyarakat muda yang mahukan perubahan.3. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri..4. Masyarakat muda yang berusaha membela nasib bangsa sendiri.5. Masyarakat yang suka membuang masa .6. Masyarakat yang mementingkan agama.

Gaya bahasa

1.Penggunaan bahasa InggerisFlasback, transistor2. SimileEngkau semua terlalu besar cita-cita. Macam harimau lapar saja.

3. PeribahasaHangat-hangat tahi ayam , cakap besar, keras hati.4.PersonifikasiHawa nafsu bermaharajalela dalam dada.

Nilai

1.Kerajinan.2.Bekerjasama.3.Keberanian4.Rasional5.Bersatu padu6.Berwawasan.

Pengajaran

1.Kita hendaklah rajin berusaha untuk kesenangan hidup.2.Kita mestilah bekerjasama kea rah kebaikan.3.Kita hendaklah berani mengeluarkan pendapat dan memajukan diri.4.Kita hendaklah rasional dalam tindakan.5.Kita hendaklah hidup bersatu padu dan bergotong-royong untuk kejayaan masyarakat6.Kita hendaklah berwawasan dan berfikiran luas.