drama dato onn

14
NOTA DRAMA DATO’ ONN Karya : Othman Hj Zainudin SINOPSIS Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato’ Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kiah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato’ Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato’ Onn dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura. Di Singapura, Dato’ Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato’ Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union. Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato’ Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan

Upload: tehazai

Post on 30-Dec-2015

141 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Drama Dato Onn

NOTA DRAMA DATO’ ONN

Karya : Othman Hj Zainudin

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato’ Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kiah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato’ Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato’ Onn dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.

Di Singapura, Dato’ Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato’ Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union.

Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato’ Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato’ Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato’ Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diisytiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato’ Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bharu.

Page 2: Drama Dato Onn

TEMA

Semangat kebangsaan iaitu perjuangan anak watan menentang penjajahan Inggeris

Contohnya, Dato’ Onn berjuang menentang penjajah Inggeris. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kesusahan hidup, semangatnya untuk

menentang Inggeris tidak pernah luntur. Penentangan beliau dibuat dalam pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan

permuafakatan demi mencapai matlamat negara merdeka tanpa menggunakan kekerasan.

Page 3: Drama Dato Onn

PERSOALAN

Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat

Dato’ Onn sanggup hidup susah dan tidak sekali-kali meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan genting.

Persoalan kepentingan perpaduan untuk menguatkan Negara

Perpaduan amat penting untuk mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. dato’ Onn bersama pengikutnya menentang Malayan Union demi

mencapai kemerdekaan

Persoalan pengorbanan seorang pemimpin untuk kesejahteraan

rakyat

Dato’ Onn sanggup dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana tidak bersetuju dengan dasar Inggeris yang menindas rakyat. Tanah milik keluarganya dirampas menyebabkan Dato’ Onn berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai

nelayan.

Persoalan kekejaman komunis di Tanah Melayu

Komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama sehingga banyak nyawa terkorban dan kehilangan harta

benda.

Persoalan akhbar mampu mengubah minda masyarakat.

Dato’ Onn berjaya mengubah pemikiran rakyat supaya bangkit menentang penjajah melaui akhbar Warta Malaya. Akhirnya rakyat bangkit menentang

Malayan Union.

Page 4: Drama Dato Onn

WATAK DAN PERWATAKAN

Dato’ Onn (WATAK UTAMA)

PatriotikDato’ Onn berani menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai Melayu

dengan sikapnya yang bakhil.

Dato’ Onn bangkit menentang Malayan Union kerana tidak mahu negara dijajah

dan mahu rakyat merdeka daripada penjajahan Inggeris

Dato’ Onn bertanggungjawab terhadap balu adiknya dengan bersetuju mengahwini

Halimah supaya Halimah dan anak-anaknya tidak hidup terbiar

Berani

BertanggungjawabDato’ Onn gigih berjuang menentang

Inggeris bersama rakan-rakannya dengan menubuhkan akhbar dan menubuhkan parti

untuk mewujudkan saluran perjuangan menentang penjajah

Gigih

Page 5: Drama Dato Onn

WATAK SAMPINGAN

Penyayang

Halimah sangat menyayangi suaminya, Muhammad yang telah

meninggal dunia.

Rajin berusaha

Halimah membantu suaminya, Dato’ Onn dengan menjual kuih

untuk meringankan beban keluarga.

Memamahi perjuangan suami

Halimah memamahi kesusahan yang ditanggung suaminya Dato’

Onn setelah diberhentikan daripada jawatan pemungut cukai.

Tegas

Halimah bertegas untuk membawa anak-anaknya pergi jauh setelah

kematian suami.

Page 6: Drama Dato Onn

Pegawai Inggeris

Sukar menerima teguran. Menuduh Dato Onn menentang pentadbiran

British selepas menerima teguran Dato Onn

Seri panggung Penari yang dapat menarik perhatian Dato

Onn

Pemimpin KMM Pengasas Parti PAS Seorang yang tidak berfikiran jauh.

Beliau menyangka Dato Onn. Lebih rela dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato Onn tidak bersetujui bergabung dengan MPAJA

Page 7: Drama Dato Onn

LATAR MASA

Tahun 1927

Dato Onn menjadi nelayan setelah dipecat daripada jawatan pemungut cukaiuntuk mencari rezeki pada pagi itu..

21 Ogos 1945

Dato’ Onn bertemu dengan pemimpin MPAJA dan KMM.

31 Ogos 1957

Kemerdekaan Tanah Melayu.

Tahun 1947

Penganugerahan Darjah Kerabat Kelas Kedua.

14 Mac 1946

Perjuangan menentang Malayan Union.

Page 8: Drama Dato Onn

Rumah nenek

Bujei balik ke rumah neneknya setelah ditegur oleh Sidang Saman ketika dia berendam di dalam sungai.

Bandar Hilir, Melaka

Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman.

LATAR TEMPAT

Rumah Mak Usu Bakyah

Same’ah dan Adila bertandang ke rumah Mak Usu Bakyah dan berbual-bual panjang sehingga larut malam.

Pintu pagar sekolah

Bujei menghantar kanak-kanak sekolah sehingga ke pintu pagar sekolah sambil memesan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh.

Kedai Pak Sulong

Bujei melewati Kedai Pak sulong untuk meraih simpati dan mengharapkan pelawaan daripada pelanggan di situ.

Singapura

Dato’ Onn berhijrah ke Singapura setelah tanah milik keluarganya dirampas oleh Inggeris dan bekerja sebagai nelayan

Bukir Pasir, Muar

Dato’ Onn bertemu dengan pemimpin MPAJA dan KMM.

Hotel Majestic, Kuala Lumpur

Dato’ Onn berucap untuk mengajak masyarakt menentang penjajah.

Kuala Lumpur

Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union.

Page 9: Drama Dato Onn

L

A

T

A

R

M

A

S

Y

A

R

A

K

A

T

Masyarakat bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayangkan tanah air

Dato’ Onn daripada golongan bangsawan sanggup dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana tidak mahu rakyat menderita.

Masyarakat penjajah yang menindas rakyat

Inggeris merampas tanah milik keluarga Dato’ Onn sehingga beliau berhijrah ke Singapura..

Masyarakat yang bertanggungjawab meringankan beban keluarga

Halimah menjual kuih untuk meringankan beban suaminya Dato’ Onn yang telah dipecat daripada jawatan pemungut cukai dan bekerja pula sebagai nelayan.

Masyarakat yang prihatin dengan penderitaan orang lain.

Dato’ Onn mengahwini Halimah kerana tidak mahu Halimah dan anak-anaknya hidup melarat

Masyarakat yang ditindas oleh penjajah

Penduduk di negeri Johor dan Tanah Melayu telah ditindas oleh penjajah dengan memaksa mereka membayar cukai.

Page 10: Drama Dato Onn

-Perkembangan- APada peringkat ini, watak Dato' Onn digambarkan sebagai pemimpin orang-orang Melayu yang berasal daripada keturunan bangsawan. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato' Onn juga pernah berkahwin daripadakumpulan bangsawan, tetapi perkahwinan mereka gagal.

-Peleraian-Dato' Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang jauh ketinggalan. Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak pihak, Dato' Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato' Onn sempat mendengar berita kemerdekaan tahan air.

-Klimaks-            Perkahwinan Dato' Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa berpisah. Dato' Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memunggut cukai di negeri itu. Akhirnya beliau dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut cukai. Tanah dan rumah keluarganya dirampas. MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA bertindak zalim dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang Kiai Salleh bertindak balas. Huru-hara berlaku. MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orang-orang Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka. Dato' Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan Ahmad Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA menentang Inggeris untuk menuntut kemerdekaan.

-Konflik- Pada bahagian ini, watak Dato' Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air berkembang. Adiknya meninggal dunia dan beliau mengahwini balu adiknya Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi pemungut cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah dipecat dan hartanya telah dirampas dengan licik. Selepas berhijrah ke Singapura, beliau dan beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan dan menyedarkan bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang Inggeris apabila ada ura-ura akan diwujudkan gagasan Malayan Union. Keadaan tanah air menjadi huru-hara semasa penjajahan Jepun dan komunia. Dato' Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.

PLOT

Page 11: Drama Dato Onn

TEKNIK PENCERITAAN( i ) Teknik Pemerian.Dato' Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama yang harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kengsaraan hidup di bawah penjajahan.

( ii ) Imbas Kembali.Tapi semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak nampak pun tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku..

( iii ) Dialog.Onn: "Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum".

GAYA BAHASA( i ) Kata Pinjaman ( Bahasa Inggeris )

miss cabaret right club Johor Spot Club

( ii ) Kata pinjaman ( Bahasa Arab ) Masya- Allah Insya-Allah

( iii ) Peribahasa Bagai melukut di tepi gantang Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Nilai PatriotikContoh: Dato’ Onn bersama-sama pengikutnya berjuang menentang

Malayan Union demi kemerdekaan negara. Dato’ Onn tidak mahu rakyat ditindas oleh penjajah.

Page 12: Drama Dato Onn

Nilai Tanggungjawab

Contoh: Dato’ Onn bersetuju

dengan cadangan ayahnya

supaya berkahwin dengan

Halimah, balu adiknya demi

menjaga maruah dan kebajikan

Halimah dan anak-anaknya.

Nilai Kerjasama/ Muafakat

Contoh: Dato’ Onn telah mengatur beberapa

pertemuan dengan pelbagai pihak yang bertelagah

untuk menyatupadukan mereka demi menuntut

kemerdekaan.

Nilai Perpaduan

Contoh: Negara akan

menjadi kukuh dan kuat jika

rakyat bersatu padu. Dato’

Onn tidak mahu masyarakat

berpecah belah jika ingin

merdeka..

Nilai Kegigihan

Contoh: Dato’ Onn gigih berjuang

untuk menentang penjajah

dengan cara menubuhkan akhbar,

menubuhkan parti dan

bermuafakat dengan pelbagai

pihak supaya kesatuan menjadi

kukuh

NILAI

Page 13: Drama Dato Onn

PENGAJARAN

Kita hendaklah mengukuhkan perpaduan supaya negara menjadi kuah dan kukuhContoh: Dato’ Onn meminta pihak-pihak yang bertelagah supaya melupakan sengketa antara mereka sebaliknya mengukuhkan perpaduan jika ingin negara merdeka.

Kita hendaklah berjuang membebaskan tanah air daripada penjajahContoh: Dato’ Onn dan rakan-rakannya menubuhkan akhbar dan parti bagi membolehkan mereka mempunyai saluran untuk menetang penjajah Inggeris.

Kita hendaklah tegas dengan prinsip hidup supaya maruah bangsa tidak tergadai Contoh: Dato’ Onn sanggup dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana enggan menurut perintah penjajah yang menindas penduduk dengan meminta cukai daripada mereka.

Jangan kita engkar dengan nasihat ibu bapa kerana keputusan mereka demi kebahagian anak-anakContoh: Orang tua Dato’ Onn melarang beliau berkahwin dengan Cik Kiah tetapi Dato’ Onn tidak mengikut nasihat itu menyebabkan perkahwinan mereka tidak bertahan lama.

Kita hendaklah bertanggungjawab menjaga maruah dan kebajikan keluargaContoh: Dato’ Onn bersetuju dengan cadangan bapanya supaya mengahwini Halimah demi menjaga kebajikan Halimah serta anak-anaknya daripada hidup melarat

NORFITRI NAZIHAH BINTI MOHD KHAIRI

NUR FATIHAH BINTI ZAINUDDIN