dato onn jaafar dan isu masyarakat cina dalam pembinaan negarabangsa malaya 1948-1952

76
Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa Malaya 1948-1952 Dr Oong Hak Ching Pengenalan Banyak kajian mengenai Dato Onn Jaafar selalunya menumpukan perbincangan kepada peranan dan sumbangan beliau kepada masyarakat Melayu seperti sebagai pengasas UMNO dan perjuangan menentang Malayan Union. Memang benar Dato Onn Jaafar dengan sokongan padu daripada masyarakat Melayu telah berjaya mempertahankan konsep Tanah Melayu sebagai tanah air orang Melayu, mempertahankan kedaulatan Raja-raja dan kedudukan istimewa bumiputera. Tetapi Dato Onn tidak mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dan bukan Melayu yang lain. Kertaskerja ini menumpukan perbincangan kepada peranan dan sumbangan Dato Onn Jaafar dalam menangani isu masyarakat Cina dalam proses pembinaan kesatuan negarabangsa Malaya. Dato Onn memang prihatin terhadap isu masyarakat Cina dan masalah perpaduan kaum dalam perjuangan bagi mewujudkan sebuah negarabangsa yang merdeka dan dapat diterima oleh semua penduduknya. Beliau menyedari bahawa masyarakat Cina dan bukan Melayu perlu diberi peluang yang lebih luas dalam kehidupan politik di Malaya disamping mengharapkan sokongan mereka dalam usaha memajukan ekonomi masyarakat Melayu. Beliau telah berjaya merapatkan hubungan di antara pemimpin-pemimpin Melayu dan Cina menerusi Jawatankuasa Hubungan Kaum (Communities Liason Committee) dan pembentukan parti IMP.Usaha-usaha beliau telah mendorong kerajaan colonial memperkenalkan beberapa reform politik dalam tahun 1952 yang membuka peluang kepada orang Cina dan bukan Melayu untuk memainkan peranan yang lebih bermakna dalam pemerintahan dan pentadbiran Malaya. Dato Onn juga berusaha untuk menukarkan UMNO kepada organisasi untuk semua kaum. Tetapi usaha-usaha beliau telah mendapat tentangan yang hebat daripada ahli-ahli dan Dato Onn sendiri terpaksa 1

Upload: oong-hak-ching

Post on 14-Jun-2015

2.093 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Satu tinjauan mengenai peranan dan sumbangan Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam proses kerjasama Melayu-Cina dan Pembinaan Negarabangsa Malaya.

TRANSCRIPT

Page 1: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa Malaya 1948-1952

Dr Oong Hak Ching

Pengenalan Banyak kajian mengenai Dato Onn Jaafar selalunya menumpukan perbincangan kepada peranan dan sumbangan beliau kepada masyarakat Melayu seperti sebagai pengasas UMNO dan perjuangan menentang Malayan Union. Memang benar Dato Onn Jaafar dengan sokongan padu daripada masyarakat Melayu telah berjaya mempertahankan konsep Tanah Melayu sebagai tanah air orang Melayu, mempertahankan kedaulatan Raja-raja dan kedudukan istimewa bumiputera. Tetapi Dato Onn tidak mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dan bukan Melayu yang lain. Kertaskerja ini menumpukan perbincangan kepada peranan dan sumbangan Dato Onn Jaafar dalam menangani isu masyarakat Cina dalam proses pembinaan kesatuan negarabangsa Malaya. Dato Onn memang prihatin terhadap isu masyarakat Cina dan masalah perpaduan kaum dalam perjuangan bagi mewujudkan sebuah negarabangsa yang merdeka dan dapat diterima oleh semua penduduknya. Beliau menyedari bahawa masyarakat Cina dan bukan Melayu perlu diberi peluang yang lebih luas dalam kehidupan politik di Malaya disamping mengharapkan sokongan mereka dalam usaha memajukan ekonomi masyarakat Melayu. Beliau telah berjaya merapatkan hubungan di antara pemimpin-pemimpin Melayu dan Cina menerusi Jawatankuasa Hubungan Kaum (Communities Liason Committee) dan pembentukan parti IMP.Usaha-usaha beliau telah mendorong kerajaan colonial memperkenalkan beberapa reform politik dalam tahun 1952 yang membuka peluang kepada orang Cina dan bukan Melayu untuk memainkan peranan yang lebih bermakna dalam pemerintahan dan pentadbiran Malaya. Dato Onn juga berusaha untuk menukarkan UMNO kepada organisasi untuk semua kaum. Tetapi usaha-usaha beliau telah mendapat tentangan yang hebat daripada ahli-ahli dan Dato Onn sendiri terpaksa berundur meninggalkan UMNO dalam perjuangannya untuk kepentingan semua kaum. Perjuangan dan usaha-usaha Dato Onn untuk merapatkan hubungan kaum telah menukar sikap UMNO di bahawa pimpinan Tunku Abdul Rahman yang menjalinkan hubungan kerjasa dengan MCA untuk menghasilkan satu kontrak social yang kemudiak termaktub dalam dalam perlembagaan Malaya dan kemudian Malaysia. Kontrak social ini yang masih releven dan menjadi asas perpaduan masyarakat Malaysia sehingga hari ini.

1

Page 2: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Penyusunan Semula Perlembagaan dan Pentadbiran Wilayah-wilayah British di Asia Tenggara dan Pembentukan Malayan Union

Malaysia mewarisi wilayah-wilayah yang dahulu terletak dalam empayar Melaka dan

Brunei. Berikutan dengan perkembangan imperialisme barat wilayah-wilayah ini menjadi

tanahjajahan dan negeri-negeri naungan British. Wilayah-wilayah tersebut terdiri dari

Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka, Pulau Pinang dan Labuan), Negeri-negeri

Melayu Bersekutu (Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak), Negeri-negeri

Melayu Tidak Bersekutu (Kelantan, Brunei, Kedah, Perlis, terangganu dan johor),

Borneo Utara dan Sarawak. Wilayah-wilayah in kecuali Brunei dan Singapura termasuk

dalam persekutuan Malaysia. Pada masa Pendudukan Jepun Kabinet Perang British

memikir semula dan merancang satu dasar baru untuk seluruh tanahjajahan dan wilayah-

wilayah naungan British di Tanah Melayu dan Borneo.

Sebuah Jawatankuasa yang dinamakan sebagai War Cabinet Committee On

Malaya And Borneo telah dibentuk dengan tujuan mengkaji persoalan dasar-dasar

perlembagaan yang akan diikuti di Tanah Melayu dan wilayah-wilayah British di Borneo

(Borneo Utara, Labuan, Brunei dan Sarawak) selepas British mengambil kembali negeri-

negeri berkenaan daripada Jepun. Untuk Tanah Melayu sebuah direktif telah dirangka

oleh Pejabat Tanah Jajahan dengan Unit Perangan Tanah Melayu. Direktif mengenai

dasar masa hadapan Tanah Melayu diperlukan bagi pihak berkuasa yang terlibat dalam

perancangan hal-ehwal awam dan juga sebagai asas kepada direktif untuk Supreme

Allied Commander SEAC. Untuk wilayah-wilayah Borneo yang terletak di bawah

lingkungan tentera Amerika Syarikat (S.W.Pacific) juga disediakan sebuah direktif untuk

pegawai-pegawai perancangan awam British.

2

Page 3: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Jawatankuasa ini berpendapat pemulihan sistem pentadbiran dan perlembagaan

di Tanah Melayu tidak sesuai demi kecekapan dan keselamatan dan tujuan

mempromosikan prinsip berkerajaan sendiri dan dekolonisasi sebagai termaktub dalam

Piagam Atlantik Piagam Atlantik (Atlantic Charter) yang ditandatangani oleh kuasa-

kuasa besar dunia pada bulan Ogos 1941. Sebagai langkah pertama negeri-negeri yang

kecil disatukan. Sebagai langkah berikut peluang-peluang penyertaan oleh penduduk

daripada semua kaum digalakkan tertakluk kepada pengakuan khusus mengenai

kepentingan bangsa Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial. Mengenai wilayah-

wilayah Borneo Jawatankuasa ini juga berpendapat pemulihan sistem pentadbiran dan

perlembagaan tidak sesuai untuk kepentingan keselamatan dan tujuan mempromosikan

prinsip berkerajaan sendiri dan meningkatkan kemajuan sosial, ekonomi dan politik di

wilayah-wilayah jajahan British. Bagi melaksanakan tujuan demikian British perlu

mengambil tanggung jawab secara langsung ke atas pentadbiran Borneo Utara dan

menyatukannya dengan Labuan.

Jawatankuasa Kabinet Perang memutuskan bahawa bagi melaksanakan

penyusunan semula politk dan perlembagaan di wilayah-wilayah tanahjajahan dan

naungannya di Asia Tenggara kerajaan British di London harus mempunyai kuasa

jurisdiksi ke atas rantau berkenaan. Dalam erti kata lain British mengemukakan

cadangan untuk mengambil kedaulatan Raja-raja Melayu termasuk Brunai, berunding dan

mengambil kuasa dan tanggungjawab Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Borneo Utara

dan Rajah Brooke di Sarawak. Tetapi sebagaimana dilihat kemudian British

membatalkan pengambilan jurisdiksi Brunei berikutan denga peristiwa tentang hebat

orang Melayu ke atas dasar Malayan Union.

3

Page 4: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Di bawah penyusunan semula wilayah-wilayah ini dibahagikan kepada lima

bahagian atau unit Malayan Union atau Persatuan Melayu, Sarawak, Singapura, Borneo

Utara: Sabah dan Brunai. Seorang Gabenor-Jeneral akan dilantik bagi menyelaraskan

dan menentukan halatuju wilayah-wilayah berkenaan yang dikenali sebagai wilayah-

wilayah British di Asia Tenggara atau dipanggil juga sebagai Malayan Union, Singapura

dan Borneo British. Gabenor-Jeneral merupakan “ a high British Authority …for the

whole area viz Malaya and British Borneo, without any direct administrative functions

within any of the territories concrned, but with direct supervisory control over chief

officers of all those territories (CO825/42/55104/1/).

Tiap-tiap wilayah ini diketuai oleh seorang Gabenor atau Pesuruhjaya Tinggi.

Perlu disebutkan di sini Malayan Union yang nama rasmi dalam bahasa Melayu sebagai

Persatuan Melayu akan diketuai oleh seorang Gabenor. Singapura, Borneo Utara (Sabah)

dan Sarawak tiap-tiap satu diketuai oleh gabenor masing-masing. Tetapi Gabenor Borneo

atau Gabenor Sarawak juga bertindak sebagi Pesuruhjaya Tinggi bagi Brunai. Singapura

telah dipilih sebagai ibupejabat Gabenor–Jeneral kerana lokasinya yang dianggap

sebagai “…natural centre of communications with all the British territories concerned

and with neighbouring foreign administration ( CO 825/42/55104/1/). Malcolm John

MacDonald yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik dan pentadbiran

Britain telah dilantik sebagai Gabenor-Jeneral yang pertama untuk Malayan Union,

Singapura dan Borneo British dalam tahun 1946

Dato Onn, UMNO dan Tentangan Terhadap Malayan Union

Malayan Union merupakan salah satu daripada lima unit wilayah dalam willayah-wilayah

British di Asia Tenggara yang diketuai oleh seorang pegawai British bertaraf Gabenor.

4

Page 5: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Tarafnya lebih rendah daripada Singapura yang menjadi ibupejabat Gabenor-Jeneral di

samping mempunyai Gabenornya sendiri. Tetapi seperti Singapura, Malayan union juga

menjadi tanahjajahan British. Dasar Malayan Union membayangkan British tidak lagi

mempertahankan konsep negeri-negeri Melayu sebagai tanah air orang Melayu. Ini

disebabkan dasar baru ini di antara lain akan memberi peluang kepada orang Cina dan

kaum-kaum lain mejadi warganegara Malayan Union dan menikmati hak-hak politik di

Tanah Melayu. Mereka boleh menjadi rakyat berasaskan prinsip Jus Soli bagi yang lahir

di Tanah Melayu dan Singapura atau mana-mana tanahjajahan mahkota Britain. Syarat-

syarat kerakyatan yang longgor ini akan memboleh sebilangan besar orang bukan Melayu

menjadi rakyat dan mengambil alih kuasa pemerintahan berasaskan perlembagaan jika

pilihanraya diadakan. Dasar baru ini pula menjejaskan hak-hak politik orang Melayu

sebagai bumiputera Tanah Melayu dan menghapuskan kedaulatan Raja-raja Melayu dan

hak-hak istemewa orang Melayu.

Pada 10 Oktober 1945, G. Hall yang menggantikan Oliver Stanley sebagai

Setiausaha Negara Bagi Tanah Jajahan telah membuat pengumuman di Parlimen British

tentang dasar lepas perang British terhadap Tanah Melayu. Tetapi butir-butir terperinci

tentang rancangan Malayan Union tidak dikemukakan pada masa itu. Sir Harold

MacMichael selaku utusan Kerajaan British telah dihantar ke Tanah Melayu untuk

mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu bagi satu perjanjian baru yang akan

memberikan kuasa kehakiman atau kedaulatan Negeri-negeri Melayu kepada British dan

membolehkan pelaksanaan rancangan Malayan Union. Selepas mendapat tandatangan

5

Page 6: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Raja-raja Melayu, sebuah Kertas Putih yang mengandungi butir-butir yang lebih

terperinci mengenai Malayan Union dikeluarkan pada 22 Januari 1945.

Seperti yang telah dijangkakan orang Melayu memang tidak bersetuju dengan

rancangan Malayan Union terutama yang menyentuh isu penghapusan kedaulatan

Raja-raja Melayu, peruntukan kewarganegaraan dan pemberian hak-hak politik yang

sama rata kepada semua penduduk yang menjadi warganegara Malayan Union. Dengan

kata-kata lain Malayan Union telah mengubah konsep Tanah Melayu untuk orang

Melayu kepada Tanah Melayu untuk orang Malaya, tanpa mengira keturunan bangsa

atau kaum, agama dan sistem kepercayaan, bahasa dan kebudayaan. Orang Melayu

bangkit menentang dengan keras terhadap dasar baru ini. Raja-raja Melayu dan juga

bekas pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu turut sama

dalam pergerakan anti-Malayan Union. Orang Cina dan India, tidak seperti dijangkakan

tidak memberi sambutan terhadap rancangan Malayan Union walaupun akan diberi hak-

hak politik yang sama rata dengan orang Melayu.

Walaupun bantahan daripada orang Melayu semakin lantang, British meneruskan

juga rancangannya membentuk Malayan Union pada 1 April 1946 dan Edward Gent

dilantik secara rasmi sebagai Gabenor. Peruntukan kewarganegaraan Malayan Union

tidak dilaksanakan sebagai satu usaha untuk mengurangkan bantahan daripada

masyarakat Melayu. Usaha-usaha yang dilakukan oleh British sedikit pun tidak

mengurangkan kemarahan dan tentangan daripada masyarakat Melayu.

Di tengah-tengah kegelisahan dan kebimbangan tentang untung nasib mereka

telah muncul seorang pemimpin yang berkarisma, bersuara lantang dan berjiwa juang.

6

Page 7: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Beliau ialah Dato Onn Jaafar. Mengikut Edward Gent: He is not pure Malay but mother

was Circassian[sic] and his character, thought and speech are of keen and more restless

than customary Malays. Good demagogic speaker, apt to speak and write rudely and

thoughtlessly, and is inherenty distrustful and suspicious.” ( Gent kepada Creech Jones,

17 Dec 1947, CO 537/2144, no 318, Stockwell, 1995: 371). Dato Onn dilahirkan di Bukit

Gambir, Johor Baharu pada tahun 1895 (Ramlah Adam, 1993:1). Bapanya Dato Jaafar Hj

Muhammad ialah Menteri Besar Johor yang ertama (1838-1919) Beliau mendapat

pendidikan awal di sekolah vernacular Melayu di Johor dan juga belajar bahasa Inggeris

di istana Johor. Beliau kemudian di hantar keluar negeri dan belajar di Sekolah Rose Hill,

Turnbridge Well dan kemudian Alderburgh Lodge di Suffolk, England. Dato Onn boleh

menguasai bahasa Inggeris, Perancis dan Latin di samping bahasa Melayu. Dalam usia 15

tahun ia pulang ke Tanah Melayu dan kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu

di Kuala Kangsar. Ia berkerja sebagai kerani di pejabat Penasihat British di Johor dan

kemudian menyertai Perkhidmatan Awam Johor. Beliau menjadi Menteri Besar Johor

yang ketujuh (1946 hingga 1949).Berikutan dengan pengistiharan Malayan Union Dato

Onn diduga akan meletak jawatan bagi menumpukan perjuangan menghapuskan Malayan

Union. Pada mulanya ia menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung di Johor dan

kemudian mengemukakan cadangan supaya diadakan Pan Malay Congres.

Berikutan dengan cadangan Dato Onn kongres Melayu yang pertama telah

diadakan di Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac yang menghasilkan lima resolusi:

(i). That white flashes should be worn in their sonkoks by all Malays for one week as a sign of mourning for their lost rights(ii). That Malay members of H.E. the Governor’s Advisory Council should be asked to resign.

7

Page 8: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

(iii). That the Rulers should be asked to rerain from attending any ceremonies relating to the Malayan Union, including the installation of H.E. the Governor. (iv). That Malay associations should not recognize H.E. the Governor at any meeting or in any speeches of welcome. (v). That a protest be made to the Arab League in Cairo, with request that it be forwarded to the United Nations Organisation. (MSS Journal, April 1946 in MSS.Ind.Ocn.S.251/1946:3-4)

Berikutan dengan cadangan Dato' Onn Jaafar Kongres Melayu yang ketiga di adakan di

Johor Baharu pada 11 Mei dan berjalan sehingga 13 Mei 1946. Wakil 41 pertubuhan

termasuk Parti Kebangsaan Melayu (MNP) telah hadir dan mereka sebulat suara memilih

Dato Onn sebagai pengerusi persidangan. United National Malays Organisation (UMNO)

secara rasmi ditubuhkan dengan Dato Onn menjadi presiden dan Dato Wahab atau Dato

Paglima Bukit Gantang sebagai Pengerusi organisasi. Tunku Abdul Rahman pula dipilih

sebagai wakil UMNO untuk mengiring sultan-sultan ke England bagi mengemukakan

bantahan terhadap dasar Malayan Union.(MSS Journal, 15 May, 1946 in

MSS.Ind.Ocn.S.251/1946). Johor Baharu dipilih sebagai ibupejabat dan beberapa

jabatan dalam UMNO telah dibentuk saperti Sekretariat, Kewangan, Hubungan Awam,

Pendidikan dan Agama, Anti-Malayan Union dan Perniagaan dan Industri. Persidangan

ini mengambil keputusan untuk meneruskan dasar tidak berkerjasama dan penentangan

secara pasif terhadap kerajaan tetapi mengikut laporan Malayan Security Service Political

Intelligence Journal: “…the influential Malays, while insisting that passive resistance is

at present the correct weapon, do not regard violence as being out of the question,…

(MSS.Ind.Ocn.S.251/1946)”. Persidangan ini memutuskan akan memulaukan kedatangan

Malcolm MacDonald sebagai Gabnor-Jeneral British bagi Asia Tenggara (Malayan

Union, Singapura, Sabah dan Sarawak). Tetapi sebaliknya mereka memutuskan akan

8

Page 9: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

mengalu-alukan rombongan Capt. K. Gammans, Ahli Parlimen British yang dianggap

lebih bersimpati dengan untung nasib masyarakat Melayu. Gammans akan melawat ke

Kuala Lumpur dan meninjau riaksi masyarakat Melayu terhadap Dasar Malayan Union.

Sebelum itu masyarakat Melayu telah memulaukan pertabalan Edward Gent sebagai

Gabenor Malayan Union.

Dalam persidangan ini kehadiran MNP sebagai tidak diingini kerana MNP

pendirian atau dasarnya terhadap Malayan Union, Sultan dan UMNO yang agak kurang

jelas. Wakil-wakil MNP termasuk Dr Burhannudin bersedia menyokong UMNO dan

dasar anti Malayan Union tetapi mahu mengekalkan hak berada dengan kalangan

pembangkang sayap kiri. Tindakan MNP tidak menyertai UMNO serta mengekalkan

hubungan dengan golongan kiri dan mengerakkan cawangan pemudanya, Angkatan

Pemuda Insaf (API) telah menimbulkan kebimbangan dan menghantui British sehingga

mereka lebih bersedia untuk bertolak ansor dengan UMNO yang bersifat sederhana.

Pendirian UMNO menurut MSSPIJ (31 May, 1946) ialah:

To remain in the British empire, with a democratic representative legislature elected from the Malay race with Chinese and Indians representing commerce, etc. In other words, the Malays want to be privileged race as in 1941, but representatives elected by people instead of being officially appointed. They do not want citizenship to be granted wholesale to the Chinese, as they realize that they cannot compete with them economically, but they would not object to selective naturalization.

Menurut MSSPIJ lagi jika matlamat di atas tidak dapat dicapai, UMNO “…would prefer

to be free partners in a Free Indonesia, rather than members of the Malayan Union

(ibid.). British memang menyedari sekiranya tuntutan-tuntutan masyarakat Melayu

sebagaimana diwakili oleh UMNO tidak dipenohi kemungkinan besar mereka akan

meninggalkan UMNO. Jika ini terjadi menurut Bourdillon, pegawai pejabat

9

Page 10: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Tanahjajahan: The position will then pass into the hands of Indonesian forces of M.N.P.,

supported for so long as it suits them by the Malayan Communist Party

(CO537/1530/303, 1946).

Strategi perjuangan masyarakat Melayu di bawah pimpinan Dato Onn

akhirnya menampak kejayaan apabila British bersedia untuk mengantikan Malayan

Union dengan dasar Persekutuan Tanah Melayu. British sangat bergantung kepada

kerjasama dan sokongan orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Pemimpin-pemimpin

Melayu yang bersifat sederhana seperti yang diwakili oleh UMNO juga akan

kehilangan pengaruh dan kepimpinan dalam masyarakat Melayu akan beralih kepada

golongan radikal yang pro-Indonesia sekiranya British tidak menghiraukan tuntutan-

tuntutan mereka. Dengan demikian British menampakkan kesediaan untuk meminda

perlembagaan Tanah Melayu dengan menjemput Dato Onn dan wakil-wakil UMNO dan

Raja-raja Melayu.

Dato Onn telah mengadakan rundingan secara tidak rasmi dengan MacDonald,

selaku Gabenor-Jeneral British bagi Malayan Union, Singapura dan Borneo British dan

Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi Malayan Union dan telah memulakan rundingan secara

tidak formal dengan Raja-raja Melayu pada 2 Jun 1946. Pada 25 Julai sebuah

Jawatankuasa Kerja telah dibentuk yang ahli-ahlinya terdiri daripada Dato Onn yang

mengetuai perwakilan UMNO, wakil-wakil Sultan dan pegawai-pegawai kolonial British

untuk berbincang dan merangka satu cadangan perlembagaan baru untuk Tanah Melayu.

Pembentukan Dasar Persekutuan dan Pemberontakan Komunis

Jawatankuasa Kerja mengambil hampir lima bulan sebelum dapat mengemukakan

cadangan-cadangannya. Kerajaan British memberi persetujuan sementara (tentatif)

10

Page 11: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

kepada rangka perlembagaan baru yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan.

Sebuah Jawatankuasa Perundingan yang ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai

British dan orang bukan Melayu telah dibentuk untuk meneliti dan mengemukakan

cadangan balas terhadap rangka perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun

Perjanjian Persekutuan sebagai perlembagaan baru untuk Tanah Melayu pada asasnya

berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kerja.

Perjanjian Persekutuan memperkenalkan beberapa modifikasi daripada

rancangan Malayan Union yang antara lain memulihkan kedaulatan "dalaman" Raja-raja

Melayu, membuat satu peruntukan mengenai kedudukan istemewa orang Melayu, dan

membuat perubahan besar terhadap skim kewarganegaraan. Tetapi perlembagaan baru

itu juga memenuhi matlamat utama British untuk menubuhkan sebuah kerajaan pusat

yang kuat dan mendapat kedaulatan "luaran" berhubung dengan hal-ehwal luar dan

pertahanan. Nama Malayan Union digugurkan dan digantikan dengan nama Persekutuan

Tanah Melayu yang secara simbolis mengakui konsep Tanah Melayu sebagai negeri

Melayu.

Dengan pengenalan perlembagaan Perjanjian Persekutuan, peluang orang

bukan Melayu untuk menjadi warganegara menjadi lebih sukar dan harapan mereka

untuk menyertai perkhidmatan awam menjadi tipis. Ini bermakna mereka juga

mempunyai kedudukan yang lemah dari segi politik jika pilihanraya diadakan kelak.

Dasar Malayan Union yang begitu liberal telah ditarik kembali. Keadaan demikian telah

membangkitkan perasaan tidak puas hati pemimpin-pemimpin masyarakat Cina dan

India. Komunis juga telah mengambil kesempatan untuk meningkatkan pengaruh di

kalangan orang bukan Melayu dan golongan nasionalis Melayu yang radikal. Pada 17

11

Page 12: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Disember 1946 satu pertemuan yang dihadiri oleh wakil-wakil Parti Komunis Malaya

(MCP), Parti Kebangsaan Melayu (MNP) yang berhaluan radikal, seorang wakil akhbar

Demokrat yang dikawal oleh Komunis dan beberapa yang lain telah bersetuju

membentuk satu barisan bersatu bagi menentang cadangan Perjanjian Persekutuan dan

merangka cadangan perlembagaan mereka sendiri untuk Tanah Melayu. Tan Cheng

Lock, seorang tokoh Cina Peranakan telah dipelawa menjadi pengerusi barisan ini yang

kemudian dipanggil sebagai Majlis Tindakan Bersama atau Council of Joint Action

(CJA).

Beberapa pertubuhan dan kesatuan sekerja yang kebanyakannya dipengaruhi

oleh MCP telah menyertai CJA. Walaupun perjuangan CJA tidak berasaskan

perkauman barisan ini tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu kecuali MNP.

CJA telah berusaha untuk menarik sokongan daripada orang Melayu seperti dengan

menukar namanya beberapa kali kepada Pan-Malayan Council of Joint Action

(PMAJA), kemudian All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan seterusnya

AMCJA-PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat). Cadangan Perlembagaan Rakyat yang

dirangka dan ditaja oleh AMCJA-PUTERA juga membayangkan hasrat mereka untuk

mendapat sokongan orang Melayu. Misalnya di antara prinsip yang dicadangkan

termasuk penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan penerimaan nama

"Melayu" untuk taraf kewarganegaraan dan rupa bangsa Tanah Melayu. Walau

bagaimanapun usaha-usaha AMCAJA-PUTERA tidak mendapat sokongan daripada

masyarakat Melayu. MCP menyedari bahawa perjuangan secara perlembagaan melalui

AMCAJA-PUTERA tidak berkesan telah melancarkan pemberontakan bersenjata

menentang kerajaan British di Tanah Melayu. Tindakan MCP membunuh tiga pengusaha

12

Page 13: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

ladang Eropah di Sungai Siput, Perak pada 6 Jun 1948, serta keganasan yang berterusan,

kerajaan mengisytiharkan Darurat yang berlarutan selama 12 tahun. Dalam keadaan

genting ini kerajaan kolonial British dihadapkan lagi dengan masalah Gerakan Pemisahan

Pulau Pinang yang dilancarkan oleh orang bukan Melayu untuk memisahkan Pulau

Pinang daripada PersekutuanTanah Melayu.

Jawatankuasa Hubungan Kaum (CLC) dan Rundingan Melayu-Cina

Perkembangan-perkembangan politik seperti peningkatan konflik perkauman,

pemberontakan Komunis dan kegiatan-kegiatan golongan pemisahan Pulau Pinang telah

menyebabkan kekusutan politik dan mencetuskan krisis di kalangan pegawai-pegawai

British di Tanah Melayu. Malcom MacDonald, Pesuruhjaya-Jeneral (yang dahulunya

Gabenor-Jeneral) telah menasihatkan kerajaan British di London memanggil pulang

Edward Gent dan mencari pegawai yang akan menggantikannya. Pesawat terbang yang

membawa Gent terhempas. Gent terbunuh dalam kemalangan tersebut dan membuka

laluan bagi MacDonald untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam hal-ehwal

politik Tanah Melayu. Sebagai salah satu usaha bagi mengurangkan konflik perkauman

MacDonald menggalakkan pembentukan satu gerakan kerjasama antara kaum untuk

mencari jalan penyelesaian berhubung dengan isu-isu kewarganegaraan, masalah

ekonomi orang Melayu, pendidikan dan masa depan perkembangan politik Tanah

Melayu.

Dato Onn, Tan Cheng dan Roland Braddel , seoran peguam British telah

mengemukakan idea bagi membentuk gerakan kerjasama antara kaum bagi menangani

konflik perkauman di Malaya sejak zaman pendudukan Jepun dan krisis UMNO. Tetapi

13

Page 14: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

idea ini tidak dapat direalisikan sehingga lah Malcom MacDonald memainkan peranan

sebagai orang tengah. Dato Onn sangat menghormati MacDonald bukan sahaja kerana

beliau sebagai pegawai tertinggi di Asia Tenggara tetapi juga beliau mahir berdiplomasi

dan pandai mengambil hati pemimpin-pemimpin tempatan. Pada masa tercetus

kontroversi Malayan Union MacDonald telah melahirkan rasa kebimbangannya terhadap

peningkatan keupayaan Komunis untuk mencabar kedudukan British di Tanah Melayu

dan keadaan hubungan kaum terutama di antara pemimpin-pemimpin sederhana Melayu

dan Cina menimbulkan banyak kerumitan bagi kerajaan untuk menangani Darurat.

Edward Gent pernah mengambil inisiatif untuk membawa Dato’ Onn dan Tan Cheng

Lock serta pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain ke meja perundingan tidak berjaya

(Lau, 1991: 212-249). MacDonald menyedari British perlu kerjasama daripada semua

pihak termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat Cina yang bersikap sederhana..

MacDonald dengan kerjasama daripada Sir Alec Newboult, Pegawai yang

Mentadbir Kerajaan (OAG) memulakan langkah bagi meredakan ketegangan hubungan

antara kaum dengan menjemput Dato Onn dan beberapa pemimpin Melayu untuk

menghadiri satu mesyuarat tidak formal di Carcosa pada 10 Ogos 1948. Mesyuarat ini

dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang terdiri daripada Dato’ Onn, selaku

Menteri Besar Johor, Dato’ Hamzah bin Abdullah, Menteri Besar Selangor, Tunku

Yaacob, Pegawai Pertanian Kedah, Raja Uda, Pegawai Kerjasama dan beberapa pegawai

British yang lain. Newboult menerangkan kepada mesyuarat bahawa tujuan ia memanggil

mereka datang ke mesyuarat untuk “frank and friendly discussion on the problem of how

to safeguard the Malays against political and economic pressure of other races within

their own country and how best to ensure that they will be guided and trained to take part

14

Page 15: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

not only in Government services, but a full place in the economic life of the country”

(Malcolm MacDonald Papers, 22/3/43).

Newboult juga mengingatkan orang Melayu bahawa “… without economic

security, the political power would be of little avail” (Ibid.). Katanya lagi “… so far they

[the Malays] had not been able to break into virtual monopoly of trade or banking held

by European and Chinese firms or individual.” Dato Onn tertarik dengan pandangan

berkenaan dan nampak bersedia memberikan hak-hak politik yang lebih besar kepada

masyarakat Cina bagi mendapatkan sokongan dan kerjasama dalam usaha-usaha

membaiki kedudukan ekonomi masyarakata Melayu. Di samping itu Dato Onn juga

menyedari Darurat yang berpanjangan boleh mengancam kedudukan orang Melayu. Dato

onn menunjukkan kesediaan untuk berundingan dengan kerajaan British bagi mencari

jalan untuk menyelesaikan isu masyarakat Cina dan konflik perkauman.

Pejabat Tanahjajahan di London kemudiannya menganjurkan beberapa siri

perbincangan dengan Dato’ Onn yang menyentuh kedudukan orang Melayu dan juga isu

hubungan kaum di Tanah Melayu. Pada 27 Oktober 1948 satu mesyuarat telah diadakan

di bilik Setiausaha Negara Bagi Tanah Jajahan yang dihadiri oleh pegawai-pegawai

tinggi di Pejabat Tanah Jajahan yang antara lain termasuk Creech Jones, Setiausaha

Negara Bagi Tanah Jajahan, Earl Listowel, Menteri (Minsiter of State), Sir Thomas

Lloyd, Setiausaha Rendah Tetap atau ketua Pejabat Tanah Jajahan, Paskin, Higham dan

Morris. (Record of a meeting, CO 717/180/52886/1/1948). Turut hadir ialah MacDonald

selaku Pesuruhjaya-Jeneral U.K. untuk Asia Tenggara, Dato’ Onn dan Che Abdullah

Mohammad.

15

Page 16: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Dato’ Onn diberi kesempatan untuk memulakan perbincangan tanpa mengikuti

agenda yang khusus. Antara lain mengenai masalah hubungan kerajaan Negeri dengan

Persekutuan dan kemungkinan melantik seorang Melayu menjadi Timbalan Pesuruhjaya

Tinggi (Ibid.). Pegawai-pegawai British sentiasa berhati-hati mengeluar pendapat

supaya tidak menyingung perasaan Dato’ Onn. Misalnya MacDonald menyatakan ia

tidak pasti mengenai kedudukan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi tetapi “… some

post, to be filled by a very important Malay, should be created”. Beliau juga

mencadangkan agar orang Melayu dilantik menjadi Ketua Jabatan. Walau bagaimanapun

menurutnya tindakan itu nanti akan dikecam oleh orang Cina yang akan mengatakan “ the

Government was going to be exclusively Malay.” Kenyataan ini boleh menjadi perangkap

untuk Dato’ Onn yang kemudiannya menyatakan “… the administration should not be

exclusively Malay.”

Creech Jones, Setiausaha Negara Bagi Tanahjajahan mengemukakan cadangan

seorang Melayu dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya Tinggi. Cadangan Cuma untuk

memikat Dato Onn supaya memberikan kerjasama dalam merapatkan hubungan kaum di

Tanah Melayu. Beliau seterusnya menyatakan harapannya untuk melihat semua

bahagian dalam Persekutuan akan bekerjasama yang akan memperolehi satu tingkat

“local autonomy and a central authority, democratically elected and responsible to the

people for the conduct of affairs concerning the whole peninsula.” MacDonald pula

menyatakan dasar British memang untuk menjaga kepentingan orang Melayu. Pada

pandangannya: “It was in the Malays’ interests that Chinese Federal citizens should feel

sufficiently content that they would not make life impossible for the Malays”.

16

Page 17: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Dato’ Onn juga menimbulkan isu kedudukan ekonomi orang Melayu dan

memohon Kerajaan British menyediakan peruntukan khas bagi membantu mereka. Beliau

meminta peruntukan sebanyak 10 juta pound yang akan digunakan dalam tempoh antara

lima hingga sepuluh tahun bagi membolehkan orang Melayu mempunyai kedudukan

yang kukuh untuk bersaing dengan orang Cina dan India. Walau bagaimanapun pegawai-

pegawai British tidak bersedia untuk membuat sebarang komitmen dalam hal tersebut.

Sebagaimana yang dapat dilihat kemudian British ingin menggalakkan orang Melayu

supaya mendapat kerjasama dengan orang bukan Melayu sebagai satu jalan bagi

memperbaiki kedudukan ekonomi mereka.

Pada hujung bulan November 1948 MacDonald telah mengadakan beberapa siri

perbincangan dengan dato Onn , pemimpin-pemimpin Melayu dan Cina :… in the hope of

getting them to meet each other and make a serious attempt to reach agreement on

financial - communal co-operation and aims in the Federation and Singapore”

(Pesuruhjaya-Jeneral kepada Setiausaha Tanah Jajahan, 12 Januari 1949, CO 717/183).

Pada 14 Disember 1948 Gimson, Gabenor Singapura memberitahu Henry Gurney,

Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu mengenai usaha-usaha menemukan pemimpin-

pemimpin Melayu dengan Cina dan mengingatkan Gurney agar berhati-hati mengambil

sesuatu langkah supaya usaha-usaha tidak terbantut. (Pesuruhjaya-Jeneral kepada Pejabat

Tanah Jajahan, 12 Januari 1949 dalam Malcolm MacDonald Papers). Menurut Gimson:

I understand that considerable progress is being made with arrangements for full discussions between Dato Onn and leading representatives of the Chinese Community in Malaya … to reconcile Chinese. Meeting has been arranged for 29th present. Cancellation of meeting might easily result if you proceed with legislation which will make Straits born Chinese subject to banishment … (Ibid).

17

Page 18: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Pada 23 Disember 1948 MacDonald memberitahu Henry Gurney:

I saw Dato’ Onn on Monday. I am glad to say that his party is definitely on for December 29th. I hope it goes satisfactorily I will dictate a full note on it afterwards so that you may know quickly what happened (Malcolm MacDonald Papers).

Pertemuan yang pertama antara pemimpin-pemimpin Melayu dan Cina diadakan

seperti yang dijadualkan di rumah Dato’ Onn di Johor pada 29 Disember 1948.

Pemimpin-pemimpin Cina yang dijemput menghadiri pertemuan jamuan makan tersebut

termasuklah Tan Cheng Lock, C.C. Tan, S.Q. Wong, Lim Han Hoe, Thio Chan Bee, Lee

Kong Chian, Tan Chin Tuan, Yong Shook Lin, dan Khoo Teik Ee. Mesyuarat kedua pula

diadakan di sebuah kelab di Pulau Pinang di bawah anjuran ahli-ahli Majlis Persekutuan

daripada komuniti Cina Pulau Pinang. Mesyuarat ini memutuskan untuk memilih lima

pemimpin Melayu dan lima pemimpin Cina untuk menyertai perbincangan dan merangka

butir-butir perjanjian kerjasama antara kaum. Lima wakil Melayu akan diketuai oleh

Dato’ Onn. Wakil-wakil Cina pula terdiri daripada Yong Shook Lin, Ahli Majlis

Persekutuan daripada Kuala Lumpur, Dr. Lee Tiang Keng, Tan Cheng Lock dan juga

C.C. Tan, ahli Majlis Perundangan Singapura. Penyertaan wakil dari Singapura

diperlukan kerana Malcolm MacDonald berharap “at a later stage these talks may help

them to bring the Federation and Singapore closer together in some form” (Ibid.).

Mesyuarat Melayu-Cina di Pulau Pinang telah mengambil keputusan membentuk

“Sino-Malay Goodwill Committee” dan memilih seorang pengerusi. Pemimpin-

pemimpin Melayu dan Cina sebulat suara memilih MacDonald untuk menjadi pengerusi

Jawatankuasa ini. Walau bagaimanapun beliau menolak dengan alasan beliau bukan ahli

jawatankuasa ini. Beliau cuma akan hadir sebagai pemerhati atau “observer”. Mengikut

18

Page 19: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

pandangan MacDonald sebagai pemerhati beliau mempunyai hak untuk memberi

pendapat atau terlibat dalam Jawatankuasa ini. Tetapi beliau tidak akan membuat

sebarang komitmen. Ahli-ahli Jawatankuasa bersetuju dengan cadangan MacDonald dan

salah seorang daripada mereka mencadangkan Dato’ Onn sebagai pengerusi. Dato’ Onn

menolak cadangan ini kerana beliau “wished to be free to take a full part in the

discussions without the possible inhibitions of a chairman who has to seek to reconcile

divergent partizan points of view” (Ibid.). Beliau sebaliknya mencadangkan

Thuraisingham, Ahli Majlis Perundangan Persekutuan dari keturunan Sri Lanka sebagai

pengerusi yang diharapkan akan lebih bersikap berkecuali. Cadangan tersebut telah

diterima.

MacDonald memberi cadangan memperluaskan keanggotaan Jawatankuasa ini

dengan mempelawa penyertaan wakil-wakil daripada kaum India, Serani dan orang

Eropah (Ibid.). Cadangan tersebut diterima dan dengan itu juga nama Jawatankuasa

Muhibbah Melayu-Cina atau Sino-Malay Goodwill Committee digugurkan dan dipanggil

dengan nama baru – Jawatankuasa Hubungan Kaum atau Communities Liaison

Committee atau nama singkatnya CLC. Menurut pandangan MacDonald mesyuarat CLC

yang pertama dan kedua “… revealed a possible basis for agreement between the Malays

and Chinese on both economic and political questions” (Malcolm MacDonald Papers,

No. 22/5/30). MacDonald kepada Pejabat Tanah Jahahan, 12 Januari 1949). Walau

bagaimanapun beliau mengingatkan Pejabat Tanah Jajahan bahawa “it would be foolish

to over estimate their importance at this stage, for the discussions were concerned mostly

with general principles” (Ibid.). Paling tidak, tambah beliau lagi, “Some of the most

controversial questions, e.g. the conditions applying to Federal citizenship, were probed,

19

Page 20: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

and a goodly measure of agreement appeared possible” (Ibid.). O.H. Morris menyambut

baik perkembangan yang berlaku dan juga langkah Henry Gurney menggalakkan

pembentukan “Malayan-Chinese Association” yang menurutnya akan membawa kepada

“a rapprochment between Malays and Chinese who belong to Malaya is not impossible”

(CO 717/183/ 52928/17/50. Minit 15.1.49).

CLC telah mengadakan mesyuarat kali ketiga di Johor Baharu pada 9 dan 10

Februari 1949 (Ibid.). Mesyuarat membincangkan isu kedudukan ekonomi orang

Melayu, dengan tujuan untuk meneroka jalan bagaimana orang China boleh membantu

orang Melayu dalam meningkatkan peluang pekerjaan dan penyertaan mereka dalam

bidang industri dan membolehkan mereka mengambil peranan dan tanggungjawab yang

lebih besar dalam bidang perdagangan dan perniagaan. Selepas itu mereka akan

membincangkan isu hubungan politik Melayu dengan bukan Melayu yang menyentuh isu

penyertaan orang bukan Melayu dalam perkhidmatan pentadbiran kerajaan dan mengenai

syarat-syarat atau kelayakan seseorang sebelum boleh menjadi warganegara Persekutuan.

Perbincangan seterusnya akan menyentuh masalah pendidikan dengan harapan dapat

menemukakan jalan bagi melahirkan generasi kanak-kanak daripada berbagai bangsa dan

kaum yang mempunyai perasaan patriotisme dan berpandangan “Malayan”. Memang

diakui sistem pendidikan masa lalu yang terdiri dari beberapa aliran telah melahirkan

kanak-kanak yang berpandangan sempit dan memperkuatkan etnosentrisme (Ibid.).

Dalam mesyuarat ketiga perhatian ahli-ahli CLC dikejutkan dengan satu

peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang. Penduduk Pulau Pinang yang kebanyakannya

terdiri daripada orang bukan Melayu telah menyuarakan hasrat mereka untuk

mengemukakan satu resolusi menyokong pemisahan Pulau Pinang daripada Persekutuan

20

Page 21: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Tanah Melayu dalam sidang Majlis Negeri Pulau Pinang yang dicadangkan diadakan

pada 10 Februari 1949 (Ibid.). Dr. Lee Tiang Keng, ahli CLC dari Pulau Pinang tidak

hadir dalam mesyuarat CLC ini kerana ia dijangkakan menjadi penyokong resolusion

tersebut dalam perbahasan Majlis Negeri Pulau Pinang. Dato Panglima Bukit Gantang

dari Perak menimbulkan isu ini dan membidas sikap Dr. Lee Tiang Keng yang menurut

pandangannya memperlihatkan ketidakjujuran wakil bukan Melayu dalam CLC. Orang

Melayu menentang dengan keras sebarang cadangan untuk memisahkan Pulau Pinang

daripada Persekutuan. Menurut pandangan MacDonald isu ini boleh menimbulkan

ketegangan kaum yang hebat atau “on a grave scale”. Orang Melayu merasakan tindakan

Dr. Lee merupakan satu penggugatan kepada idea asal tujuan pembentukan CLC. Mereka

meragukan apakah faedah untuk meneruskan perbincangan dalam CLC dalam situasi

demikian.

Beberapa wakil Cina dan Pengerusi CLC, menyuarakan bantahan terhadap

tindakan Dr. Lee sebagai satu usaha untuk mententeramkan perasaan marah wakil-wakil

Melayu. Mereka mengemukakan cadangan agar satu perwakilan dihantar ke Pulau

Pinang untuk memujuk pemimpin-pemimpin gerakan pemisahan supaya menangguhkan

cadangan membawa usul pemisahan Pulau Pinang ke dalam sidang perbahasan Majlis

Negeri Pulau Pinang. CLC telah memilih tiga orang ahli – Thuraisingham, Khoo Teik Ee

dan C.C. Tan – untuk menjalankan tugas tersebut. CLC juga mengambil satu ketetapan

yang menyarankan bahawa perbahasan mengenai isu pemisahan Pulau Pinang akan

menimbulkan prasangka yang boleh merumitkan lagi usaha-usaha untuk menyelesaikan

konflik perkauman atau meningkatkan kerjasama antara kaum. Tetapi ada juga ahli

21

Page 22: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

membantah usaha untuk menangguhkan perbahasan mengenai isu pemisahan Pulau

Pinang (Malcolm MacDonald Papers, 22/6/82).

Dato Onn sangat terkilan dan kecewa dengan tindakan gerakan pemisahan Pulau

Pinang dan menganggap kaum-kaum bukan Melayu tidak menunjukkan perasaan

muhibbah dan ikhlas kepada usaha-usaha untuk memupuk gerakan kerjasama antara

kaum. Dato Onn ingin menarek diri dari meneruskan rundingan dengan pempin-

pemimpin Cina. Walau bagaimanapun MacDonald memujuk Dato Onn dan pemimpin-

pemimpin Melayu ereka agar jangan berbuat demikian. MacDonald sendiri mengakaui

tindak ssalah seorang pemimpin Cina atau gerakan pemisahan Pulau Pinang tidak wajar.r.

tetapi beliau merayu supaya CLC meneruskan mesyuarat atau pertemuan seperti yang

dirancangkan tanpa mengambil kira insiden gerakan pemisahan Pulau Pinang. Usaha

MacDonald berjaya mempengaruhi atau melembutkan hati wakil-wakil Melayu dan CLC

mengambil keputusan mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur pada 18, 19 dan 20

Februari 1949.

Mesyuarat CLC keempat telah diadakan seperti yang dirancangkan di Kuala

Lumpur. MacDonald mendapati bahawa wakil-wakil Melayu telah dapat mengawal

perasaan marah dan lebih bersedia untuk meneruskan perbincangan dalam CLC (CO

717/83/ 52928/17). Agenda mesyuarat ini menyentuh masalah ekonomi orang Melayu.

Nampaknya MacDonald memainkan peranan penting dalam penentuan agenda mesyuarat

ini. Dalam laporannya kepada Setiausaha Negara Bagi Tanah Jajahan bertarikh 25

Februari 1949 ia menyatakan:

Our [the government] tactics are to complete discussion of these economic problems before we consider the political aspects of

22

Page 23: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

relations between the communities. If the Malays feel assured, as a result of these discussions, that the Chinese and other communities are earnest in their desire to improve the economic position of the Malays, and that practical results are likely to field, then I [MacDonald] think the Malays will be ready to be fairly forthcoming in political discussion. They realise that it will then be for them to make some concessions to the non-Malay communities. (Malcolm MacDonald Papers).

Perbincangan mengenai masalah ekonomi orang Melayu dijalankan dalam sesi

pertama meneliti masalah pengubahsuaian ekonomi atau `economic adjustment’ di

kalangan pelbagai komuniti di Tanah Melayu. Para wakil membuat resolusi bahawa

adalah penting bagi orang bukan Melayu bekerjasama dengan Melayu dalam apa cara

sahaja yang mungkin dapat memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu. Dengan

demikian orang Melayu dapat bahagian secara menyeluruh dalam kehidupan ekonomi

Tanah Melayu.

Wakil-wakil Melayu menyatakan bahawa orang Melayu tidak dapat bersaing

dengan orang Cina yang mengamalkan perbuatan memberi rasuah bagi memperolehi

lesen-lesen perniagaan, perdagangan dan lain-lain. Situasi demikian amat merugikan

orang Melayu dan mengurangkan daya saing mereka dalam melibatkan diri dalam

perniagaan dan perdagangan kecil. Ahli-ahli CLC bersetuju untuk merangka satu resolusi

untuk disampaikan kepada pihak kerajaan agar memperketatkan undang-undang bagi

menghapuskan rasuah. CLC juga membincangkan isu penguasaan ekonomi oleh

komuniti Cina dalam berbagai kegiatan ekonomi termasuk sektor pengangkutan. CLC

bersetuju untuk merangka satu formula bagi menentukan agar orang Melayu dapat

mencapai kedudukan dan kemajuan ekonomi yang sama dengan orang Cina. Antara

langkah-langkah yang dicadangkan termasuklah meningkatkan bahagian orang Melayu

23

Page 24: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

dalam sektor perdagangan dan perniagaan dan mewujudkan usaha sama Melayu-Cina

dalam kegiatan-kegiatan ekonomi.

Pertemuan CLC di Kuala Lumpur memberi harapan besar kepada rancangan

British untuk memupuk kerjasama antara kaum terutama di antara Melayu dengan Cina.

Daripada pemerhatian MacDonald didapati bahawa: Members of each community spoke

quite frankly about the other communities, and no-one took offence at this; The Chinese

and other non-Malays showed great readiness to make concessions to the Malays in the

economic field; The Malays were impressed with this and lost something at least of their

suspicions of the bona fides of the non-Malays on the Committee … (Ibid.).

Perbincangan mengenai masalah ekonomi orang Melayu dilanjutkan dalam

beberapa siri mesyuarat CLC yang lain. Pada 14 dan 15 Mac 1949 CLC mengadakan

mesyuarat di Ipoh, Perak. Mesyuarat membincangkan sektor pengangkutan jalan dan

diputuskan bahawa perbincangan mengenai perkara ini dikemukakan kepada Pesuruhjaya

Pengangkutan Jalan. Mesyuarat menyedari bahawa penglibatan orang Melayu dalam

sektor perlombongan adalah penting untuk membolehkan mereka mendapat bahagian

yang lebih luas dalam kehidupan ekonomi di Tanah Melayu. Keputusan mesyuarat

bersetuju bahawa perkara ini perlu dibincangkan lebih lanjut dengan Pesuruhjaya

Perlombongan dan H.S. Lee, seorang pengusaha lombong yang terkemuka. Isu-isu lain

yang dibincangkan termasuklah sektor pengangkutan sungai, kejadian rasuah dalam

pemberian lesen dan lain-lain.

Mesyuarat di Ipoh juga telah merangka dan mengeluarkan satu kenyataan

bersama yang akan diterbitkan dalam akhbar-akhbar. Menurut MacDonald inilah pertama

kali dalam sejarah Tanah Melayu pemimpin-pemimpin utama yang mewakili beberapa

24

Page 25: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

kaum terbesar di sini telah menandatangani satu kenyataan bersama yang menyentuh

perkara hubungan ras dan kerjasama antara kaum (MacDonald kepada Setiausaha Tanah

Jahahan, 18 Mac 1949 dalam CO 717/183/52928/17/50). Antara lain kenyataan tersebut

menyebutkan bahawa Tanah Melayu mempunyai penduduk daripada beberapa ras atau

kaum tetapi orang Melayu mempunyai kedudukan istimewa kerana rantau ini merupakan

tanah air mereka sejak berabad-abad yang lalu. Kenyataan ini juga mengakui bahawa

orang-orang bukan Melayu atau masyarakat perantau memberi sumbangan kepada

pembangunan ekonomi Tanah Melayu dan terdapat di kalangan mereka yang telah

tinggal menetap dan memberi kesetiaan kepada Tanah Melayu. Kenyataan bersama ini

memberi makna yang besar kepada golongan bukan Melayu kerana buat pertama kali

mereka telah diterima oleh masyarakat Melayu sekurang-kurangnya di peringkat pucuk

kepimpinan. Nampaknya hasrat British untuk menyerapkan orang bukan Melayu atau

golongan perantau ke dalam masyarakat Tanah Melayu yang lebih luas di bawah dasar

Malayan Union dahulu telah mendapat restu dari orang Melayu sendiri. Ini juga

bermakna orang Melayu telah memperlihatkan kesediaan mengorbankan konsep Tanah

Melayu untuk orang Melayu dan menerima konsep Tanah Melayu untuk semua

penduduk di rantau ini yang memberikan kesetiaan dan menganggap Tanah Melayu

sebagai tanahair mereka.

Perbincangan mengenai masalah ekonomi orang Melayu berterusan dalam

beberapa mesyuarat CLC sehingga bulan April 1949. CLC telah dapat merumuskan satu

formula bagi membaiki kedudukan ekonomi orang Melayu. Kerajaan diminta memberi

subsidi kepada usahawan Melayu bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam sector

perniagaan dan perindustrian. Kerajaan juga diminta mendirikan sekolah-sekolah

25

Page 26: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

perdagangan dan teknik bagi melatih belia–belia Melayu untuk turut menyertai sector

ekonomi moden. Mereka juga harus diberikan peluang menyertai sector ekonomi yang

lain terutama pengangkutan, perlombongan, perladangan getah dan perniagaan runcit.

Selepas perbincangan mengenai isu ekonomi orang Melayu, CLC beralih kepada

isu yang lebih genting – persoalan politik. Satu mesyuarat CLC telah diadakan pada 12

Mei 1949 di Kuala Lumpur. Malangnya tokoh-tokoh penting tidak menghadiri mesyuarat

tersebut yang di antaranya termasuklah Dato’ Onn yang dikatakan terpaksa menjaga

abangnya yang sakit tenat. Tan Cheng Lock tidak hadir dengan alasan doktornya

menasihatkan beliau berehat di rumah. Menteri Besar Perak juga tidak hadir dengan

alasan kurang sehat. Begitu juga dengan C.C. Tan wakil dari Singapura. Ketiadaan

mereka telah menyebabkan pengerusi mesyuarat CLC menangguhkan mesyuarat.

Tindakan tokoh-tokoh Melayu dan Cina tidak menghadiri mesyuarat tersebut

telah menimbulkan kebimbangan MacDonald (Timbalan Pesuruhjaya-Jeneral kepada

Setiausaha Negara Bagi Tanah Jajahan, 16 Mei 1949 dalam CO 717/183/52928). Lebih-

lebih lagi perkembangan masa tersebut sangat genting dalam hubungan antara kaum

berikutan peristiwa yang berlaku di Tanah Besar China iaitu kemenangan Komunis di

bahagian utara negeri China. Keadaan ini boleh mempengaruhi masyarakat Cina di Tanah

Melayu dan meningkatkan moral MCP dalam perjuangan menentang kuasa British di

rantau ini.

MacDonald bertolak ke London pada penghujung bulan Mei untuk berbincang

dengan pegawai-pegawai Pejabat Tanah Jajahan mengenai CLC dan isu kerjasama antara

kaum di Tanah Melayu. MacDonald mencadangkan agar Setiausaha Negara Bagi Tanah

Jajahan mengirim perutusan muhibbah kepada CLC bagi meningkat moral ahli-ahlinya

26

Page 27: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

untuk meneruskan perbincangan mengenai masalah hubungan kaum (Higham kepada

MacDonald, 31.5.1949, dalam CO 717/183). Tetapi Higham merasakan masanya masih

“premature” untuk Setiausaha Negara berbuat demikian. Sebaliknya ia mencadangkan

agar MacDonald dapat menyampai perutusan secara tidak langsung daripada Setiausaha

Negara kepada CLC. MacDonald juga bersetuju dengan idea tersebut dan meminta

supaya diberikan perutusan berkenaan yang akan dibincangkan terlebih dahulu dengan

Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British untuk Tanah Melayu. Pada pandangan

MacDonald, Gurney mungkin berpendapat: “… as the Committee is an unofficial body, it

might create an awkwark precedent about S[ecretary] of S[tate] message, or he

[Gurney] might feel that the committee is not yet sufficiently advanced to justifty a

special message.” (Ibid.)

Pegawai-pegawai Pejabat Tanah Jahahan juga bimbang CLC tidak akan

meneruskan perbincangan selanjutnya. Higham menyatakan kepada Paskin (8 Jun 1949):

“As you are aware the next meeting of the committee, originally fixed for May,

phostponed till Jun because of the unavoidable absence of several of the members has

been now deferred until July and possibly August” (CO 717/183). MacDonald merasakan

CLC mengalami kesulitan untuk meneruskan perbincangan mengenai isu politik dan

orang Melayu nampaknya keberatan untuk bekerjasama. Tetapi mungkin lebih tepat jika

dikatakan pemimpin-pemimpin Melayu memerlukan masa sebelum mereka bersedia

meneruskan perbincangan dan membuat komitmen mengenai perkara yang boleh

menjejaskan hak-hak politik mereka di Tanah Melayu.

Seperti yang dijangkakan CLC menyambung kembali mesyuarat mereka pada 13

dan 14 Ogos di Kuala Lumpur selepas terhenti selama tiga bulan. (Malcolm MacDonald

27

Page 28: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Papers, 22/8/21). Dalam mesyuarat ini Sir Roland Braddell, seorang peguam British yang

juga pakar dalam bidang perlembagaan turut hadir sebagai ahli bagi menggantikan

Sydney Palmer. Sementara itu C.C. Tan menarik diri dan tempatnya akan digantikan

oleh Lee Kong Chin yang juga berasal dari Singapura. Dato’ Wahab juga menarik diri

dan digantikan oleh Dato’ Hamzah dari Selangor. Mesyuarat CLC ini membincangkan

isu hubungan kaum daripada aspek politik terutama yang menyentuh `kedudukan

istimewa’ orang Melayu dan peruntukan Kewarganegaraan Persekutuan. MacDonald

pula mulanya menjangkakan ahli-ahli CLC akan mengalami kesulitan besar bagi

mencapai persetujuan dalam isu-isu ini. Menurut MacDonald perbincangan mengenai

“the political aspects of relations between the various communities was the most difficult

part of the CLC’s task” dan “might end in wide disagreement between the members of

the committee” (Ibid.).

Mengikut MacDonald ahli-ahli CLC bersetuju bahawa keputusan yang diambil

dalam mesyuarat CLC dianggap bersifat sementara, tanpa mengikat sesiapa sehinggalah

satu persetujuan akhir dapat dibuat. CLC mencapai sebulat suara bahawa matlamat

Persekutuan Tanah Melayu ialah untuk membentuk sebuah kerajaan sendiri yang

berdaulat. Peruntukan kewarganegaraan yang dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai

“nationality” akan dibentuk untuk membolehkan sesiapa saja yang layak menjadi

warganegara. Dato’ Onn berpendapat Tanah Melayu layak atau bersedia untuk diberikan

taraf berkerajaan sendiri dalam jangkamasa 15 hingga 20 tahun atau di antara tahun 1964

dan 1969. Tan Cheng Lock pula inginkan Tanah Melayu dikekalkan dalam Komanwel

British. Dalam mesyuarat itu juga dibangkitkan mengenai isu hubungan Singapura

dengan Tanah Melayu dan kemungkinan kedua-duanya digabungkan. Walau

28

Page 29: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

bagaimanapun CLC keberatan membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini kerana

dikhuatiri akan menimbulkan kontroversial yang merumitkan lagi masalah hubungan

kaum.

Sebagai langkah awal untuk membawa Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri

satu perundangan bagi memperkenalkan pilihanraya peringkat Majlis Negeri akan dibuat.

Dato’ Onn berharap Johor dapat mengorak langkah memperkenalkan pilihanraya bagi

peringkat Majlis Negeri Johor secepat mungkin. Tetapi pilihanraya peringkat munisipal

akan diperkenalkan terlebih dahulu.

Ahli-ahli CLC sebulat suara bersetuju mengekalkan taraf kedudukan istimewa

orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu memandangkan hakikat bahawa Tanah

Melayu sudah berabad-abad yang lalu menjadi tanah air mereka dan juga berasaskan

perjanjian di antara Britain dengan Sultan-sultan dan Negeri-Negeri Melayu.

Jawatankuasa bersetuju bahawa: “this special position of the Malays should be safe-

guarded, the purpose being to ensure that they are not politically dominated in their

country, and that as time goes on they also take on an increasingly important part in the

economic life of the country” (Pesuruhjaya-Jeneral kepada Setiausaha Negara Bagi Tanah

Jajahan, 19 Ogos 1949 dalam Malcolm MacDonald Papers, 22/8/19). Persetujuan

daripada wakil-wakil Cina dan bukan Melayu yang lain terhadap prinsip ini sangat

bermakna kerana perkara ini tidak boleh dibangkitkan lagi pada masa hadapan dan

mengelakkan konflik perkauman.

Jawatankuasa CLC juga beranggapan bahawa prinsip tersebut tidak bertentangan

dengan prinsip yang menyatakan bahawa semua warganegara Persekutan akan menikmati

taraf, keistimewaan-keistimewaan dan peluang-peluang yang sama tanpa mengira bangsa.

29

Page 30: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Mengikut MacDonald persetujuan daripada pemimpin-pemimpin Melayu terutama Dato’

Onn dapat memikat hati pemimpin-pemimpin bukan Melayu (Ibid). Walau

bagaimanapun Dato’ Onn berharap wakil-wakil bukan Melayu tidak mengemukakan

cadangan yang membolehkan terlalu banyak orang bukan Melayu menjadi warganegara

sehingga menenggelamkan orang Melayu.

Jawatankuasa CLC menimbangkan syarat-syarat yang lebih longgar daripada

peruntukan Kewarganegaraan di bawah perlembagaan Persekutuan (yang lebih dikenali

sebagai Perjanjian Persekutuan). Walau bagaimanapun ahli-ahli CLC tidak dapat

mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara. Di antara cadangan-cadangan yang

dikemukakan ialah sesiapa yang ingin menjadi warganegara harus memberikan kesetiaan

kepada Tanah Melayu dan menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman kekal.

Kesetiaan haruslah tidak berbalah bahagi atau “undivided loyalty”. Braddel

mencadangkan semua rakyat British yang dilahirkan di mana jua di Persekutuan dan

menjadi pendudukan tetap di rantau ini harus menikmati hak-hak yang sama dengan yang

dilahirkan di bekas Negeri-negeri Selat. Ia juga mencadangkan supaya orang Eurasian

diberi taraf yang sama seperti orang Melayu.Wakil-wakil Cina mencadangkan agar

semua orang bukan Melayu yang dilahirkan di Persekutuan menjadi warganegara secara

otomatis sebagaimana yang dicadangkan oleh wakil-wakil Cina dalam Laporan Minority

dalam Laporan Jawatankuasa Perundingan (Consultative Committee) dahulu (Ibid.).

Braddell yang juga merupakan penasihat undang-undang UMNO pada dasarnya

menyokong prinsip jus soli sebagai asas bagi seseorang penduduk Tanah Melayu untuk

mendapatkan kewarganegaraan Persekutuan. Wakil-wakil Melayu dalam CLC tidak

membantah walaupun prinsip-prinsip yang dicadangkan seperti kewarganegaraan

30

Page 31: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

berasaskan prinsip Jus Soli dan konsep Kesamarataan bagi semua warganegara hampir

sama seperti yang terkandung dalam dasar Malayan Union. Nampaknya CLC telah

berjaya mengurangkan konflit perkauman dan mengubah sikap pemimpin-pemimpin

Melayu terhadap orang bukan Melayu. Dato’ Onn sendiri mengakui perubahan sikap

mereka terhadap orang bukan Melayu dengan “… the Malays would not … have

considered for a moment any such suggestion three years ago, Malay opinion on that

matter had advanced some way since than” (Ibid). Seterusnya Dato’ Onn menyatakan “…

the Malays accept the idea that everyone really owes undivided loyalty to Malaya and

really regards the country as his permanent home, where he will live and die, should be

admitted to Federal Citizenship” (Ibid.). Walau bagaimanapun Dato’ Onn juga

“expressed scepticism about the strength of the loyalty of some of the people involved,

and indicated that the Malays must have time to consider the proposals very carefully.”

(Ibid.).

Ahli-ahli CLC bersetuju memberikan tugas kepada Braddell untuk menyiapkan

sebuah memorandum mengenai kewarganegaraan Persekutan bagi membolehkan lebih

ramai orang bukan Melayu menjadi warganegara. Mengikut MacDonald pemimpin-

pemimpin Melayu “are prepared to agree to some measure of relaxation of the

Citizenship clauses, but they probably will not go as far as the Chinese Minority Report

to the Cheeseman Report proposed” (Ibid.). Tetapi sikap pemimpin-pemimpin Melayu

juga bergantung kepada kesediaan orang Cina membatalkan tuntutan mereka yang

keterlaluan seperti permintaan agar golongan perantau Cina mendapat hak

kewarganegaraan dengan syarat yang terlalu longgar.

31

Page 32: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Mesyuarat CLC juga berpendapat sekiranya Tanah Melayu akan membangun

sebagai sebuah negara yang penduduknya berbilang bangsa, warganegaranya harus

menggunakan atau bercakap dalam satu bahasa umum atau bahasa kebangsaan. Mereka

juga harus mempunyai satu dasar pendidikan yang dapat memupuk perasaan cintakan

negara di kalangan warganegaranya. Dengan itu disarankan bahawa: “Pengajaran bahasa

Melayu harus diwajibkan di semua sekolah kerajaan dan sekolah rendah yang mendapat

bantuan kerajaan” dan langkah-langkah diambil “… bagi menghapuskan sekolah

komunal dan digantikan dengan sekolah-sekolah pusat yang dihadiri oleh kanak-kanak

dari semua kaum. (Ibid.)” Bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan cuma terdiri

daripada bahasa Melayu atau Inggeris. Ini bermakna dalam jangka panjang sekolah-

sekolah bahasa ibunda Cina dan Tamil akan terhapus dengan sendirinya.

Pemimpin-pemimpin Melayu dan Cina melihat bahawa orang-orang Cina yang

ingin menjadi warganegara Persekutuan harus mengubah sikap dan pendirian politik

yang sesuai dengan kedudukan sebagai seorang warganegara tempatan. Perbuatan

mereka yang tidak cucuk saperti tindakan mempamerkan gambar-gambar tokoh politik

China seperti Sun Yat Sen, Chiang Kai Shek dan Mao Tse Tung di sekolah-sekolah Cina

harus dihentikan. Begitu juga tindakan menaikkan bendera kebangsaan negara China di

sekolah-sekolah Cina tidak patut digalakkan.

Mesyuarat CLC selanjutnya diadakan di tempat kediaman Pesuruhjaya-Jeneral di

Bukit Serene pada 14 hingga 16 September 1949. Selepas mesyuarat CLC telah berhasil

mengeluarkan kenyataan pandangan yang disetujui atau “agreed views” yang diantara

lain mengandungi butir-butir seperti berikut: Persekutuan Tanah Melayu akan mendapat

taraf berkerajaan sendiri dan mempunyai sesuatu nasinaliti atau rupabangsa; Peruntukan

32

Page 33: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

kewarganegaraan Perlembagaan Persekutuan dikaji semula; Bila keadaan sesuai

pilihanraya diperkenalkan bagi memilih beberapa ahli Dewan Perundangan Persekutuan;

Pilihanraya di perkenalkan di peringkat bandaran dan negeri yang bersedia berbuat

demikian; Kerajaan harus bersedia mengubal undang-undangan pilihanraya; Hak

mengundi berasaskan kewarganegaraan Persekutuan; Pengajaran Bahasa Melayu dan

Inggeris diwajibkan di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan (Ibid. and Khong

Kim Hoong, 1984:157).

Bagi pegawai-pegawai kolonial British hasil rundingan melalui CLC

menunjukkan harapan British untuk mengurangkan konflik perkauman di Tanah Melayu

sangatlah cerah. Mengikut MacDonald “all races are now more liberal in their view, and

that … they have discovered how closely linked in reality they are to each other.”

(MacDonald kepada Creech Jones, 16 September 1949, CO717/183). Pegawai-pegawai

Pejabat Tanah Jajahan memberikan response yang positif terhadap usaha-usaha yang

dijalankan oleh MacDonald untuk menyelesaikan masalah konflik perkauman di Tanah

Melayu. Dalam satu surat yang dirangka oleh Pegawai-pegawai Tanah Jajahan untuk

ditandatangani oleh Setiausaha Tanah Jajahan dinyatakan:

I am struck by the fact that the agreed views of the Committees as published on the 10th September [1949]] was so closely in line with the fundamental aims of the policy which has pursued by His Majesty’s Government in relation to Malaya ever since the liberation (not excluding the Malayan Union phase).Its is clearly a great advantage if both we and the peoples of a country advancing to self-government can feel complete confidence in each other at very step and it would be pity if the Committee’s principles should come to be regarded as some new dispensation which has he forced upon us. But it is far you [MacDonald] to judge how far it should be advantageous to draw attention to the fact that there is a British priority of authorship for

33

Page 34: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

these principles” (Draf surat “For the Secretary of State’s Signature” dalam ibid.).

Setiausaha Negara Bagi Tanah Jajahan mengarahkan MacDonald supaya

mengambil langkah-langkah yang membolehkan penasihat-penasihat Henry Gurney

termasuk Penasihat Undang-undang dapat meneliti terlebih dahulu kandungan

memorandum yang disediakan oleh Braddell yang dijangka akan dikemukakan di dalam

mesyuarat CLC dalam bulan Disember. Pejabat Tanah Jajahan juga menawarkan khidmat

daripada penasihat-penasihat undang-undang mereka di London bagi meneliti

memorandum Braddell.

Pada bulan April 1950 CLC telah mengeluarkan satu deklarasi atau perisytiharan

yang mengandungi cadangan-cadangan mengenai aspek ekonomi dan politik bagi tatapan

penduduk Tanah Melayu. Dalam pendahuluan dinyatakan dengan jelas bahawa ahli-ahli

CLC tidak mewakili sesiapa melainkan diri mereka sendiri. Juga dinyatakan bahawa

“pendapatan [sic] dan syor-syor yang terkandung di dalam kenyataan ini hanyalah terikat

kepada ahli-ahli Jawatankuasa itu sahaja …” (UMNO/SEL/26/20, Arkib Negara

Malaysia).

Mengenai aspek ekonomi CLC berpendapat “… adalah mustahak bagi kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu mengambil langkah dan menjalankan ekhtiar kerana

memperbaiki cara kehidopan iktisad orang2 Melayu supaya mereka akan mengambil

sepenoh2 bahgian di-dalam medan iktisad Persekutuan Tanah Melayu itu” (Ibid.). CLC

mencadangkan agar pihak kerajaan mengadakan peruntukan kewangan bagi:

memperbaiki ke’adaan di-kampong2 serta mengadakan rumah2 kediaman dan kenaikan dan jalan2 dan lagi ekhtiar2 bagi menambahkan pelajaran dan kasehatan di-kampong2 itu;mengadakan pluang[sic] serta menggalak-kan dan menolong orang2 supaya mendapat latehan;

34

Page 35: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

membuat ranchangan dan menolong pada memajukan perusaha’an serta tanaman2 dan … lain2 perkerja’an orang Melayu berkaitan dengan kehidopan-nya. (Ibid.)

CLC juga memberi cadangan yang agak panjang mengenai aspek politik

terutamanya menyentuh aspek kewarganegaraan yang antara lain mengesyorkan agar

sesiapa yang dilahirkan di dalam sesebuah negeri di Tanah Melayu akan diberikan taraf

kewarganegaraan atau State Nationality melalui operasi undang-undang. Tetapi bagai

seseorang keturunan Asia (bukan Melayu) ibu atau bapanya mestilah juga dilahirkan di

negeri berkenaan. CLC juga “… mengeshorkan supaya Bab 13 di dalam Perjanji’an

Persekutuan Tanah Melayu itu patut-lah di-betul-kan dengan suatu undang2 dan di-

gantikan …” dengan undang-undang melonggarkan syarat-syarat bagi orang bukan

Melayu untuk menjadi warganegara Tanah Melayu.

Kalau dibandingkan pengistiharan CLC ini dengan kenyataan yang dikeluarkan

pada September 1949 ternyata tedapat satu perbezaan yang sangat ketara. Kenyataan

bulan September menekankan keinginan Dato’ Onn untuk membentuk satu supaya

bangsa Tanah Melayu atau “Malayan Nationality.” Perkara ini juga dipersetujui oleh

pemimpin-pemimpin bukan Melayu. Nampaknya peranan British, sama ada MacDonald

atau Braddell telah menyebabkan penggunaan istilah “Malayan Nationality” telah

digugurkan. Ini disebabkan pegawai-pegawai Pejabat Tanah Jajahan menentang

penggunaan istilah tersebut. Menurut O.H. Morrison, seorang pegawai di Pejabat Tanah

Jajahan, “The idea of a Malayan nationality looks to me like something of a red herring”

(Morris kepada Higham, 11.10.49 dalam CO 717/183). Ia menambah bahawa “I should

have said that `nationality’ is synonymous with complete independence.

35

Page 36: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Pada mulanya MacDonald membiarkan CLC membincangkan isu ini kerana ia

beranggapan: “It would not be desirable to discuss the legal technicalities in the

Communities Liaison Committee and it would be better to let them discuss Malayan

nationality, though this might not be the strictly acurate term for it” (minit oleh Morris,

21.11.49 dalam ibid.). Walau bagaimanapun dalam Deklarasi CLC istilah ini tidak

ditekankan sebaliknya istilah Federal Citizenship dan State Nationality digunakan. Perlu

dinyatakan bahawa sampai kini Tanah Melayu gagal untuk membentuk “Malayan

nationality” atau “nationality”nya sendiri sebagaimana kebanyakan negara merdeka yang

lain.

Pelaksanaan Cadangan-cadangan CLC

CLC tidak dianggap atau diiktiraf sebagai badan kerajaan tetapi memainkan peranan

sebagai badan pembuat dasar bagi kerajaan Kolonial British di Tanah Melayu. Kerajaan

British menyedari keupayaannya untuk membuat perubahan dasar agak terbatas berikutan

dengan pelaksanaan dasar Persekutuan dan perjanjian di antara British dengan sultan-

sultan. Dari segi teori segala perubahan dasar harus mendapat restu daripada Sultan-

sultan dan orang Melayu. Dengan demikian British menggunakan CLC bagi membincang

dan merangka sesuatu dasar sebelum dijadikan dasar kerajaan.

Sejak penubuhan CLC Pejabat Tanah Jajahan di London telah membuka sebuah

fail bertajuk “Political Development, Co-operation between Malay & Chinese:

Communities Liaison Committee.” Pejabat Tanah Jajahan meneliti segala butir-butir

perbincangan CLC melalui laporan yang disediakan oleh Pejabat Pesuruhjaya Jeneral

United Kingdom di Asia Tenggara. MacDonald selaku Pesuruhjaya Jeneral juga

berkunjung dan berunding dengan pegawai-pegawai Pejabat Tanah Jajahan. Pegawai-

36

Page 37: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

pegawai Pejabat Tanah Jajahan juga membuat komen dan mengemukakan cadangan

mengenai butir-butir yang dibincangkan oleh CLC.

Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dan Gabenor British di Singapura

juga diarahkan jangan mengambil sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan perundingan

CLC. Kerajaan British di Tanah Melayu cuma mengambil langkah-langkah untuk

menggubal dasar apabila CCL hampir menamatkan perbincangan dan seterusnya

mengeluar deklarasi dalam bulan April 1950. Deklarasi CLC memperlihatkan perubahan

besar sikap orang Melayu terutama Dato’ Onn yang dahulunya menentang keras dasar-

dasar yang cuba diperkenalkan di bawah Malayan Union. Seorang pegawai Pejabat

Tanah Jajahan menyatakan: “It would be pity if it was not recognised that the

Committee’s objectives are in the main, those which H.M.G. have set themselves since

the end of the war” (Morris kepada Higham, 11.10.49 dalam CO 717/183).

Pada masa CLC masih lagi membincangkan isu kewarganegaraan, Setiausaha

Negara Bagi Tanah Jajahan telahpun memaklumkan kepada MacDonald agar penasihat

undang-undang kerajaan kolonial meneliti memorandum Braddell. Selepas CLC

mengeluarkan deklarasinya, kerajaan Tanah Melayu mengambil langkah-langkah

mengkaji semula peruntukan kewarganegaraan Tanah Melayu di bawah Perjanjian

Persekutuan. Pada pertengahan tahun 1951 satu rang undang-undang telah dirangka bagi

meminda peruntukan kewarganegaraan Persekutuan bagi melonggarkan syarat-syarat

untuk orang bukan Melayu menjadi warganegara. Kerajaan Tanah Melayu telah merujuk

cadangan-cadangan CLC tetapi cadangan-cadangan tersebut tidak diterima bulat-bulat.

Pada 23 Ogos 1951, Peguam Negara atau “Attorney-General” telah mengemukakan rang

37

Page 38: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

undang-undang baru untuk dibincangkan dalam persidangan yang dihadiri oleh

Pesuruhjaya Tinggi, Pesuruhjaya Residen dan pegawai Penasihat-Penasihat British di

Kuala Lumpur. (Note of a Conference, dalam CO 537/7254). Kerajaan kolonial tidak

dapat menerima cadangan CLC mengenai prinsip kewarganegaraan berasaskan jus soli.

Kerana akan meningkatkan bilangan warganegara Persekutuan daripada keturunan bukan

Melayu terutama orang Cina. Keadaan ini akan menimbulkan tentangan masyarakat dan

konflik perkauman. Rang Undang-undang baru itu mengurangkan sedikit peluang orang

bukan Melayu menjadi warganegara dengan menekankan tentang peri penting mereka

memperlihatkan kesediaan mereka untuk menerima asimilasi “to this country’s way of

life” sebelum diterima menjadi warga Persekutuan atau negeri-negeri Melayu.

(Finkelstein, 1952:16). Mereka dikehendaki sekurang-kurangnya boleh bertutur dalam

bahasa Melayu. Walau bagaimanapun berbanding dengan peruntukan kewarganegaraan

Perjanjian Persekutuan yang asal, rang undang-undang baru ini lebih liberal dan bilangan

orang bukan Melayu yang layak mendapat kewarganegaraan Persekutuan jauh lebih

banyak (Finkelstein, 1952:16).

Memandangkan kerajaan tidak bersedia menerima sepenuhnya cadangan-

cadangan CLC berhubung dengan isu kewarganegaraan Persekutuan, orang-orang bukan

Melayu mengemukakan bantahan. Misalnya H.S. Lee, president Dewan-dewan

Perniagaan Cina Bersekutu (ACCC) menuntut supaya kerajaan British melantik sebuah

Suruhanjaya Bebas atau Suruhanjaya Di Raja (royal commission) untuk membuat kajian

dan laporan mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. (ACCC kepada Ketua

Setia Usaha Persekutuan, 16 Januari 1951 dalam CO 537/7296). ACCC menyatakan

38

Page 39: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

bagaimana “will the Federation of Malaya become a self-governing country if these

hundreds of thousands of Chinese were not granted the rights to which they are entitled

by their birth?” (Ibid.) Tan Cheng Lock, presiden MCA juga berpendapat syarat-syarat

yang lebih longgar sebagaimana yang dikemukakan oleh CLC diterima oleh kerajaan dan

juga sebuah Suruhanjaya Di Raja dilantik untuk mengkaji Perlembagaan Tanah Melayu.

Menurutnya usaha-usaha kerajaan memupuk perasaan kecintaan dan kesetiaan orang

Cina kepada Tanah Melayu akan berjaya cuma melalui “a generous offer of Malayan

citizenship, as, for instance, that enunciated in the original Malayan Union scheme of

1945” (Tan Cheng Lock, 1953:75). Orang Melayu pula menentang dengan keras rang

undang-undang tersebut yang akan membolehkan hampir sejuta orang mendapat

kewarganegaraan Persekutuan.

Berikutan dengan tentangan daripada beberapa pihak, kerajaan mengkaji semula

rang undang-undang The Federation of Malaya Agreement (Amendment) Ordinance

(1951). Sebuah jawatankuasa khas telah dilantik untuk mengkaji semula rang undang-

undang ini. Walau bagaimanapun Jawatankuasa tersebut telah menerima rang undang-

undang tersebut tanpa banyak perubahan. Dato’ Onn selaku “Ahli” bagi Hal-ehwal

Dalam Negeri telah mengemukakan rang undang-undang tersebut untuk perbahasan

dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada 7 Mei 1952. Rang undang-undang tersebut

telah diterima dan menjadi undang-undang.

Di bawah Ordinan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Pindaan) 1952 syarat-

syarat bagi orang bukan Melayu telah dilonggarkan berbanding dengan peruntukan

kewarganegaraan asal di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, tetapi lebih ketat

sedikit daripada rancangan Malayan Union. Ordinan baru ini memberi peluang kepada

39

Page 40: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

1,157,000 orang Cina dan 255,000 bukan Melayu yang lain menjadi warganegara

Persekutuan melalui operasi undang-undang pada 30 Jun 1953. Sesungguhnya orang

bukan Melayu terhutang kepada Dato’ Onn bin Jaafar yang memainkan peranan penting

melalui CLC untuk membolehkan mereka mendapat hak-hak warganegara. Lebih tepat

lagi untuk dikatakan bahawa Dato’ Onn Jaafar merupakan bapa nasionalisme Malaya.

Perubahan Dasar Pendidikan dan Proses Pembinaan Negarabangsa

Memandangkan keinginan orang bukan Melayu untuk menjadi warganegara Persekutuan,

CLC dan juga kerajaan kolonial merasa perlu mengadakan satu dasar pendidikan baru

yang boleh menanamkan perasaan kecintaan dan kesetiaan para warganya kepada Tanah

Melayu. Seperti yang telah disebutkan CLC mencadangkan agar kanak-kanak di Tanah

Melayu harus dididik melalui bahasa pengantar sama ada Inggeris atau Melayu. Ini

menyebabkan kerajaan kolonial telah melantik satu jawatankuasa untuk mengubah sistem

pendidikan pada tahun 1951.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial,

Universiti Oxford. Ahli-ahli lain terdiri daripada sembilan orang Melayu dan lima orang

Eropah. Jawatankuasa ini yang lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Barnes bermatlamat

“to enquire into the adequacy or otherwise of the educational facilities available for the

Malays” (Jayasuria, 1983:60). Tetapi hakikat sebenar mengikut J. E. Jayasuria was, “to

strike a death blow to Chinese schools with their persistent communist threat” (Ibid.).

Jawatankuasa ini mengeluarkan satu laporan atau penyata yang dikenali sebagai the

Report of the Committee on Malay Education atau Barnes Report pada bulan Jun 1951.

Penyata Barnes membayangkan hasrat kerajaan untuk menggalakkan orang Cina dan

40

Page 41: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

bukan Melayu yang lain menjadi lebih prihatin mengenai kedudukan mereka sebagai

warganegara Tanah Melayu dan bersemangatkan Malaya melalui sistem pendidikan.

Penyata Barnes membuat cadangan agar bantuan kerajaan kepada sekolah-sekolah bahasa

ibunda ditamatkan dan dibentuk Sekolah-sekolah Kebangsaan untuk semua kaum di

peringkat rendah. Guru-guru yang akan mengajar di Sekolah-sekolah Kebangsaan harus

terdiri daripada warganegara Tanah Melayu dan mempunyai kelayakan yang sesuai. Bagi

melaksanakan dasar baru ini Penyata Barnes mengharapkan orang bukan Melayu

bersedia melakukan sedikit pengorbanan. Menurut penyata ini:

When all this has been said, the fact remains, that Chinese and Indians are being asked to give up gradually their own vernacular schools, and to send their children … to schools where Malay is the only oriental language taught.We repeat here that our proposed new school is conceived as a school of citizenship, a nation-building school. We have set up bilingualism in Malay and English as its objective because we believe that all parents who regard Malaya as their permanent home and the object of their undivided loyalty will be happy to have their children educated in those languages. If any parents were unhappy about this, their unhappiness would properly be taken as an indication that they did not so regard Malaya. On the other hand, all non-Malay parents who avail themselves of the new facilities, and who set aside their vernacular attachments in the interests of a new social unity, have a right to be welcomed without reserve by the Malay people as fellow-builders and fellow-citizens. (Federation of Malaya, 1951:23-24).

Walau bagaimanapun orang-orang bukan Melayu, terutama Cina belum bersedia

melakukan pengorbanan seperti yang diminta. Laporan tersebut sebaliknya mencetuskan

satu gelora bantahan daripada masyarakat Cina (Tan Liok Ee, 1988:50). Tan Siew Sin,

anak Tan Cheng Lock, menggambarkan Laporan Barnes sebagai “embodying the maxium

of racial bigotry, racial intolerance and a deep-seated ignorance of fundamental political

principles” (Ibid.). Kerajaan terpaksa mengambil langkah membentuk satu lagi

41

Page 42: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

jawatankuasa yang ahli-ahlinya terdiri daripada W.P. Fenn dan Wu Teh-yao, yang

kedua-duanya bukan warganegara Tanah Melayu (Federation of Malaya, 1951a)

Jawatankuasa ini ditugaskan mengkaji masalah sekolah-sekolah Cina dan

dihubungkaitkan dengan:

bridging the gap between the present communal system of school and the time when education will be on a non-communal basis with English and Malay as the medium of instruction and another language as an optional subject, and advising on (ii) preparation of text-books for present use with a Malayan as distinct from a Chinese background and content. (Jayasuria, 1983:62).

Jawatankuasa Fenn-Wu mengeluarkan satu laporan yang bercanggahan dengan Penyata

Barnes atau Dasar Malayanisasi. Penyata Fenn-Wu menegaskan bahawa sekolah-sekolah

Cina bukan sahaja dikekalkan tetapi juga diperkukuhkan. Penyata ini menekankan peri

penting penggunaan bahasa Cina atau Hua yi diteruskan sebagai bahasa pengantar utama

bagi murid-murid Cina. Menurut Penyata ini “to most Chinese in Malaya,

`Malayanization’ is anathema” (Finkelstein, 1952:14-15). Menurut Penyata tersebut

“Malayanization can only be the result of give and take which is based on an increasing

awareness of a community of interest and the need for mutual tolerance and co-

operation”. Penyata Fenn-Wu menolak konsep Sekolah Kebangsaan ada cadangan-

cadangan Penyata Barnes yang dianggap boleh mencetuskan rasa permusuhan di

kalangan penduduk Tanah Melayu.

Kerajaan mengambil keputusan membentuk Jawatankuasa Penasihat Pusat atau

Central Advisory Committee bagi mengkaji semula kedua-dua penyata dan membuat

cadangan mereka sendiri. Ahli-ahli Jawatankuasa ini terdiri daripada pemimpin MCA

42

Page 43: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

dan pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain. Jawatankuasa ini mengambil jalan tengah

dan menyebutkan bahawa:

We recognize, however, that in the present-day circumstances and conditions in Malaya it may be necessary to take into consideration other factors additional to educational principles when framing [a policy] that all pupils should learn malay and English throughout the six years of their primary course and that, in addition, provision should be made for Chinese and Indian pupils to receive instruction in Kuo-Yu and Tamil respectively. (Jayasuria, 1983:63).

Jawatankuasa Penasihat Pusat mencadangkan penubuhan dua jenis sekolah kebangsaan –

sekolah pengantar Melayu dan sekolah pengantar Inggeris. Sekolah aliran Cina dan Tamil

akan diteruskan tetapi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris harus diajar sebagai mata-

pelajaran di sekolah-sekolah berkenaan pada masa akan datang. Rekomendasi

Jawatankuasa ini kemudian diterima oleh kerajaan dan menjadi asas bagi Ordinan

Pendidikan tahun 1952 (Ibid.).

Persoalan Ekonomi Masyarakat Melayu dan Penubuhan RIDA

Salah satu isu yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin dalam CLC ialah untuk

meningkatkan penyertaan masyarakat Melayu dalam kehidupan ekonomi di Tanah

Melayu. Mereka bersedia untuk mengorbankan dan mengongsi hak-hak politik dengan

orang bukan Melayu dengan harapan mereka akan dibantu dan diberi bahagian yang lebih

adil dalam pengagihan kekayaan Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin Cina dan bukan

Melayu yang lain menyokong penuh sebarang langkah untuk membaiki kedudukan

ekonomi orang Melayu dan juga mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam

perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

43

Page 44: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Berasaskan ketetapan CLC kerajaan kolonial telah mengambil tindakan dengan

membentuk satu badan pada tahun 1950 bagi membaiki ekonomi orang Melayu. Badan

itu dinamakan sebagai Lembaga Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar atau lebih

dikenali sebagai Rural and Industrial Development Authority (RIDA). Dato Onn yang

juga “Ahli” Hal-ehwal Dalam Negeri telah dilantik menjadi pengerusi pertama bagi

RIDA. (Gamba and Aziz, 1951:174).

RIDA mempunyai dua fungsi, pertama: “to plan and carry out specific schemes

for rural economic development, in particular to enable the Malay smallholders to

participate in processing and marketing their crops,” dan kedua: “to organize the rural

population to improve their standard of living themselves” (Ibid.). RIDA melaksanakan

rancangan pertamanya dengan mendirikan sebuah kilang pemerosesan getah di Johor.

Pekebun-pekebun kecil mendapat kemudahan untuk memproses getah mereka di kilang

berkenaan. Ini juga bermakna mereka boleh meningkatkan mutu getah dan menjual

keluaran mereka dengan kadar harga yang lebih tinggi. Pendapatan pekebun akan

meningkat dan membolehkan mereka membaiki kedudukan sosio-ekonomi mereka.

RIDA juga menggalakkan pekebun-pekebun kecil Melayu membaiki kaedah pengeluaran

dengan memperkenalkan baja yang lebih sesuai dan penggunaan jentera berat. RIDA juga

membuat beberapa rancangan lain seperti untuk mendirikan kedai-kedai yang dikendali

oleh para pengguna sendiri dalam bentuk syarikat kerjasama di kawasan luar bandar

(Ibid.).

Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membaiki ekonomi orang

Melayu tidak begitu berkesan. Sejak tahun 1952 kerajaan menyediakan peruntukan

44

Page 45: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

berjumlah $2 juta untuk RIDA (Purcell, 1954:246). Jumlah ini terlalu kecil kalau

dibandingkan dengan peruntukan bagi membaiki kemudahan-kemudahan di kawasan-

kawasan Kampung Baru yang didiami oleh orang-orang Cina. Usaha yang bersungguh-

sungguh cuma dijalankan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan terutama apabila

RIDA digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (Beaglehole, 1969).

Sistem Ahli dan Latihan Berkerajaan Sendiri

Kerajaan kolonial British memperkenalkan Sistem Ahli yang mirip kepada sistem kabinet

sebagai satu usaha untuk memberi peluang dan latihan kepada bakal pemimpin-pemimpin

tempatan sebagai asas bagi pembentukan sebuah kerajaan bercorak Demokrasi untuk

Tanah Melayu pada masa hadapan. Idea Sistem Ahli ini dikemukakan oleh MacDonald

dan Henry Gurney sebagai response kepada tuntutan Dato’ Onn supaya jawatan

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi diadakan dan diisi oleh orang Melayu. Seperti yang telah

dinyatakan MacDonald tidak dapat memberi jawapan yang jelas terhadap tuntutan Dato’

Onn dan sebaliknya mengemukakan cadangan supaya beberapa jawatan penting termasuk

Ketua Jabatan diwujudkan untuk orang-orang Melayu. Gurney memberitahu MacDonald

dalam suratnya bertarikh 6 Januari 1949:

Dato’ Onn came with me to Kota Tinggi and I took the opportunity to tackle him on the of a Deputy Commissioner. When I had explained to him what this would mean he said that was not his idea at all. [Dato’ Onn said] … tha `let us be honest’ there was no Malay could look at it including himself. Onn then went on to talk rather loosely about a Department of Internal Affairs … (Malcolm MacDonald Papers 22/5/4).

Pada penghujung tahun 1949 Gurney mengemukakan cadangan untuk membentuk

“a cabinet system” telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah Jajahan. Higham

berpendapat cadangan tersebut sangat menarik dan tetapi mengatakan: “ … in the

meantime it seems to be important that some of the men who will eventuality have to hold

45

Page 46: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

high office in the Federal Government should be given an opportunity of acquiring

increased experience of and responsibility for major public affairs” (Minit oleh Higham

dalam CO 717/183). Pegawai-pegawai Pejabat Tanah Jajahan mengusul satu nama Tunku

Yaacob untuk menjadi “Member for Agriculture and Natural Resources” (Ibid.) Higham

selanjutnya berpendapat: The member system, as understood in Africa, is probably not a

very promising in Malaya but attention has been drawn to some interesting experiment in

Sudan which will I think be worth bringing to Sir H. Gurney’s notice (Ibid.).

Henry Gurney kemudiannya mengumumkan rancangan kerajaan membentuk

Sistem Ahli pada Mac 1950. Sistem ini dilaksanakan pada bulan April 1951 apabila lima

orang tempatan telah dilantik menjadi Ahli atau ketua Hal-ehwal Dalam Negeri,

Pertanian dan Perhutanan, Tanah, Galian dan Komunikasi, Pendidikan dan Kesihatan.

Dato’ Onn mendapat jawatan yang telah lama diidamkan iaitu Hal-ehwal Dalam Negeri.

E.E. Thuraisingham, bekas Pengerusi CLC menjadi Ahli Pendidikan dan seorang lagi

bekas ahli CLC, Dr. Lee Tiang King menjadi Ahli Kesihatan. Agak mungkin untuk

dikatakan bahawa kerajaan British sangat menghargai peranan dan sumbangan ahli-ahli

CLC dalam mengurangkan konflik antara kaum dan seterusnya membolehkan British

melaksanakan dasar-dasarnya untuk Tanah Melayu. British juga tidak teragak-agak untuk

memperkenalkan reformasi bagi mempercepatkan lagi proses membawa Tanah Melayu

ke arah kemerdekaan.

Kesimpulan

Masalah konflik perkauman telah diwarisi oleh Malaysia sejak British menegakkan

kawalan politik ke atas rantau ini. Masalah ini menjadi serious berikutan dengan

46

Page 47: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

perubahan-perubahan politik dan perlembagaan di wilayah-wilayah British selepas

Perang Dunia Kedua (1942-1945). Pengenalan Malayan Union yang cuba mengubah

negeri-negeri Melayu dan tanah air orang Melayu menjadi negeri untuk semua penduduk

Tanah Melayu telah mendorong kepada ketimbulan dan perkembangan nasionalisme

Melayu yang tiada taranya. Dato Onn telah muncul memimpin masyarakat Melayu

mempertahankan hak-hak dan kedudukan mereka sebagai peribumi dan ketuanan Melayu

di tanah air pusaka mereka. British tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada

memulihkan prinsip-prinsip yang menjadi tunggak ketuanan Melayu seperti hak-hak dan

keistemewaan orang Melayu, kedaulatan raja-raja dan prinsip-prinsip kerakyatan yang

menjamin keunggulan orang dalam politik dan pentadbiran di Tanah Melayu.

Pemulihan konsep ketuanan Melayu ini pula menimbulkan kesedaran

politik dan nasionalisme Cina dalam konteks Tanah Melayu. Mereka berjuang untuk

mendapat-hak politik yang boleh menjamin masa hadapan mereka di Tanah Melayu.

Kedaan ini meningkatkan konflik perkauman yang boleh menghancurkan politi di Tanah

Melayu. Situasi politik yang genting ini telah menimbulkan kesedaran dan mengubah

sikap Dato Onn untuk mencari jalan penyelesaiaan bagi mengatasi konflik perkuaman

dan menangaini isu masyarakat Cina dalam proses pembinaan satu kesatuan

negarabangsa Malaya.Melalui CLC Dato Onn dan pemimpin-pemimpin Melayu dan

bukan Melayu telah menghasilkan Deklarasi yang diharap dapat mengurangkan konflik

dan meningkatkan kerjasama di antara Melayu dengan Cina.

Runding Melayu-Cina yang bermula sejak akhir tahun 1948 hingga 1951 telah

menghasilkan satu dokumen yang mengemukakan formula kerjasama antara kaum.

Orang-orang bukan Melayu akan diberikan hak-hak politik yang lebih baik dengan

47

Page 48: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

syarat-syarat kerakyatan yang akan dilonggarkan. Hasil daripada CLC ini juga Malaya

bergerak lebih pantas kea rah kemerdekaan. British memperkenalkan bebrapa reform

politik dan kemudian Pilihanraya Persekutuan. Tetapi Dato Onn sendiri telah kecundang

dalam gelangang politik apabila beliau meninggalkan UMNO dan menubuhkan IMP.

Masyarakat Melayu belum dapat menerima dan memberi sokongan kepada IMP yang

perjuangannya berasaskan politik tidak perkauman dan dasarnya yang terlalu liberal

terhadap orang bukan Melayu. Mereka dibawah pimpinan bersedia menjalinkan

hubungan dan kerjasama politik dengan masyarakat Cina melalui perikatan UMNO-

MCA yang kemudian disertai oleh MIC. Mereka menghasilkan satu kontrak social

sebagaimana yang dibuat oleh Dato Onn.

Bibliografi

Ramlah Adam 1993. Dato Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.. Beaglehole, J.H. 1969. “Malay Participation In Commerce and Industry: The Role of RIDA and MARA” dalam Journal of Commonwelth Political Studies, Vol. VII, Leicester University.CAB 101/66 Cabinet Historical Section: Official War Histories, Military Series (Public Record Office, London).CO 537/7296. Colonies, General: Supplementary, Original Correspondence (Public Record Office, London).CO 717/180. Federated Malay States: Original Correspondence (Public Record Office, London).CO 717/183 . Federated Malay States: Original Correspondence (Public Record Office, London). CO 717/188 . Federated Malay States: Original Correspondence (Public Record Office, London). Department of Palaeography and Diplomatic (University of Durham). 1988. List of The Papers of Malcolm MacDonald.Federation of Malaya, 1951. Report of the Committee on Malay Education (Barnes Report). Kuala Lumpur.Federation of Malaya, 1951a. Chinese Schools and the Education of Chinese Malayans (Fenn-wu Report). 1951a. Kuala Lumpur.Finkelstein, S.L. 1952. “Prospects for self-government in Malaya” dalam Far Eastern Survey. 30 Januari.

48

Page 49: Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negarabangsa  Malaya 1948-1952

Gamba, C. and Ungku A. Aziz. 1951. “RIDA and Malayan Economic Development” dalam Far Eastern Survey. 10 October.Jayasuria, J.E. 1983. Dynamics of nation-building Malaysia. Colombo: Associated Educational Publishers.Department of Palaeography and Diplomatic, 1998. List of The Papers of Malcolm MacDonald. Durham: University of Durham.Khong Kim Hoong, 1984, Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence, 1945-57. Kuala Lumpur: INSAN.Lau, Albert. 1991. The Malayan Controversy 1942-1948. Singapore: Oxford University Press.Malcolm MacDonald Papers. Dalam simpanan Department of Paleography and Diplomatic (University of Durham).McLane, C.B. 1966. Soviet Strategies in Southeast Asia: An Exploration of Eastern Policy Under Lenin and Stalin, Princeton: Princeton University Press.Oong Hak Ching, 2000a. Chinese Politics in Malaya, 1942-1955: The dynamics of British Policy. Bangi: Penerbit UKM.---------------------, 2000b. Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan penubuhan Perikatan UMNO-MCA. Kuala Lumpur: Memorial Tunku Abdul Rahman.---------------------- dan Ismail Salleh. 1998. Asal usul politik permuafakatan di Malaysia: CLC 1948-1952 dlm Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman et al.(peny), Sejarah bangsa serumpun Nusantara: Kepelbagaian Isu dan pengalaman. Bangi: Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia.----------------------, 1988. “Sikap dan Pandangan-pandangan Politik Baba Peranakan: 1894-1940’ dalam Nik Hassan Shuhaimi dan lain-lain (peny.) Sumbangsih: Kumpulan Esei Sejarah. Bangi: Jabatan Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.Purcell, Victor. 1954. “Malaya, Communist or Free? London: Victor Gollancz Ltd.SEA Documentation Group. 1979. Communist Party of Malaya: Selected Documents.” London.Stockwell, A.J. (editor) 1995. Malaya Part: The Malayan Union Experiment 1942-1948. British document on The end of Empire.London:HMSO.-----------------------------------. Malaya Part II: The Communist insurrection 1948-1953. British document on The end of Empire.London:HMSO.----------------------------------. Malaya Part III: The Alliance Route To Independence 1953-1957. British document on The end of Empire.London:HMSO.Tan Cheng-Lock. 1953. “The Chinese and Malayan Unity” dalam The Straits Times Annual for 1953. Singapore.Tan Liok Ee, 1988. “Tan Chang Lock and the Chinese Educational Issue in Malaya” dalam Journal of Southeast Asian Studies. Vol. XIX. No. 1. Mac.----------------. 1997. The Politics of Chinese education in Malaya 1945-1961. Kuala Lumpur: Oxford University Press.2002

49