Download - assigment psikologi
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)
FAKULTI: PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER: JANUARI (PERTAMA) / TAHUN: JANUARI 2011
KOD KURSUS: HBEF2103
TAJUK KURSUS: PSIKOLOGI PENDIDIKAN
NO. MATRIKULASI : 840528126122001
NO. KAD PENGNEALAN : 840528126122
NO. TELEFON : 0166397787
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE
<KOD KURSUS: HBEF2103>
PEGENALAN
Salah satu cabaran guru yang amat besar sekali ialah pengurusan disiplin dan
bilik darjah. Guru sentiasanya dihantui oleh soalan-soalan berkonflik seperti “Adakah
saya ataupun murid-murid saya memerlukan peraturan untuk mengawal disiplin?”
atau“Adakah saya perlu menyediakan senarai konsekuen terhadap salah laku yang
berlaku dalam bilik darjah ini?” Sesetengah pentadbir dan guru berpendapat bahawa
pengurusan bilik darjah dan disiplin adalah sinonim. Golongan ini sentiasa
mentakrifkan pengurusan bilik darjah sebagai kebolehan guru untuk (i) mengekalkan
kawalan bilik darjah yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran, dan (ii)
mengurangkan tingkah aku disruptif/mengganggu. Manakala, mereka yang
cenderung kepada pendekatan pemusatan murid pula dilihat pengurusan bilik darjah
sebagai satu persediaan murid-murid untuk kehidupan apabila mereka dewasa nanti.
Kian lama disiplin dan pengurusan bilik darjah menjadi tajuk perbincangan hangat
dalam kalangan para pendidik dan orang ramai. Perkara yang biasa menjadi isu ialah
betapa serius masalah-masalah disiplin di sekolah hari ini. Apakah sekolah-sekolah
masa kini jauh berbeza berbanding dengan sekolah-sekolah 10 atau 20 tahun yang lalu?
Apakah kesan tingkah laku bermasalah ke atas pembelajaran murid-murid dan
pengajaran guru dalam bilik darjah?
Bab ini akan menghuraikan beberapa aspek berkaitan dengan masalah disiplin
dan tingkah laku bermasalah bilik darjah termasuk konsep, jenis-jenis masalah disiplin
tingkah laku bermasalah bilik darjah dan punca-punca tingkah laku bermasalah bilik
darjah serta penyelesaian masalah-masalah pembelajaran tersebut.
1
<KOD KURSUS: HBEF2103>
BAHAGIAN 1:
SENARIO PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Ramai guru yang melantangkan suara mereka untuk menyuruh murid-murid
diam apabila masing-masing sibuk berbual ketika beliau sedang mengajar dan ketika
keadaan kelas mula sukar dikawal. Murid-murid di dalam sesebuah kelas umumnya
mempunyai pelbagai perbezaan latar belakang dan sikap yang tersendiri sama ada
positif atau negatif. Perbezaan tersebut kadang kala membawa kepada masalah disiplin
dan masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara tingkah laku
bermasalah yang menyebabkan masalah disiplin dan masalah pengajaran dan
pembelajaran adalah seperti berikut:
a) Tingkah laku distruktif – Ciri-ciri murid distruktif secara lisan ialah member
arahan secara kasar kepada orang lain, mengejek dan mengkritik kerja orang
lain. Manakala ciri-ciri murid yang distruktif secara fizikal pula ialah
menendang, memukul, meludah, menggigit, merampas, melempar dan bergaduh
serta merosakkan harta benda sekolah.
b) Tingkah laku disruptif – tingkah laku murid disruptif merupakan tingkah laku
yang mengganggu dan membahayakan orang lain seperti hiperaktif, kelakuan
nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif sama ada secara
lisan atau fizikal.
c) Tidak minat belajar – murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang
lemah dan sering tidak membawa buku.
d) Tingkah laku masalah bergantung – murid tidak dapat berdikari sebaliknya amat
bergantung kepada orang lain dan kumpulannya. Mereka juga cepat berputus asa
membuat aktiviti di dalam dan luar kelas mahupun di rumah. Sering mengadu
kepada guru dan menjerit ketika diganggu oleh rakan dan.
e) Degil dan tidak menghiraukan arahan serta teguran guru – sikap degil dan tidak
menghiraukan arahan guru. Kalangan murid seperti ini kerap kali dilihat dalam
bilik darjah. Mereka tidak takut dengan ketegasan guru. Sering melawan teguran
guru dan memberi banyak alasan.
2
<KOD KURSUS: HBEF2103>
BAHAGIAN 2:
HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN.
Tingkah Laku Bermasalah
Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah
laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat.
Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku distruktif, tingkah laku
disruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku
pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan
menjadi lebih berbahaya yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya
tidak dibendung dengan lebih awal.
Manakala Mok Soon Sang (2003) merujuk tingkah laku bermasalah dari konteks
pendidikan sebagai sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di bilik darjah. Tingkah laku
bermasalah di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku
bermasalah semata-mata tetapi juga merangkumi tingkah laku bermasalah positif iaitu
seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.
Walau bagaimanapun, tingkah laku bermasalah yang merangkumi tingkah laku
disruktif (anti sosial), distruptif (mengganggu) dan bergantung termasuklah hiperaktif,
bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.
3
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Tidak Minat Belajar
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh Cikgu Aishah ketika mengajar Kelas 4
Melati ialah terdapat di kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran
yang lemah dan sering tidak membawa buku. Dalam hal ini, Omardin Ashaari (1999)
menyatakan bahawa biasanya murid yang lemah dalam pelajaran mempunyai hubung
kait dengan soal minat, sikap, kaedah mengajar, kesihatan dan kelembapan pemikiran
serta kesukaran murid mengikuti pengajaran guru. Justeru, guru hendaklah
mengenalpasti murid yang mempunyai masalah tersebut dan bijak merancang serta
mengambil kaedah dan strategi yang sesuai agar dalam masa yang sama tidak
menjejaskan pembelajaran murid-murid yang sudah cekap dalam pelajaran.
Di samping itu, guru juga seharusnya sentiasa memberi galakan dan rangsangan
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada murid yang lemah sebagai
motivasi agar mereka sedar dan berusaha meningkatkan tahap pembelajaran mereka.
Jika tahap pembelajaran murid masih di tahap yang sangat lemah dan tidak mampu
diatasi dengan melalui kaedah pemulihan yang dijalankan di dalam kelas, guru boleh
mengadakan kelas pemulihan untuk memberi perhatian khusus kepada murid yang
bermasalah tersebut agar mereka tidak keciciran sebaliknya mereka mampu mengikuti
pembelajaran mengikut keupayaan mereka.
Tingkah Laku Distruktif
Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku
yang amat berbahaya kerana pelaku bukan sahaja melakukan aktiviti jenayah tetapi juga
mengancam keselamatan orang lain dan kemudahan-kemudahan sekolah. Sikap agresif
mereka dapat dilihat dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran
atau perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti
seseorang yang lain dan hal ini boleh membawa kepada permusuhan nyata. Pelaku juga
4
<KOD KURSUS: HBEF2103>
mungkin bertindak agresif kepada pihak lawan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah
atau dendam.
Zirpoli & Melloy (2001) dalam Nora Mislan (2007) menjelaskan bahawa
tingkah laku distruktif boleh berlaku tidak kira sama ada secara lisan, bukan lisan atau
fizikal yang boleh mencederakan orang lain secara sengaja ataupun tidak. Dipercayai
semua bahasa badan yang ditunjukkan oleh murid untuk kesemua tingkah laku yang
distruktif dan agresif ini menunjukkan kemarahan, keberangan, kekecewaan, kehinaan
atau sebagainya yang menyebabkan kelakuan distruktif . Ciri-ciri murid yang distruktif
secara lisan ialah memberi arahan secara kasar kepada orang lain, mengejek dan
mengkritik kerja orang lain. Manakala ciri-ciri murid yang distruktif secara fizikal pula
ialah menendang, memukul, meludah, menggigit, merampas, melempar dan bergaduh.
Contohnya di dalam Kelas 4 Uranus, Ammar Ehsan dan Abbas menunjukkan tingkah
laku bermasalah disruktif apabila mereka saling bersaing dan bergaduh semata-mata
untuk menarik perhatian guru.
Tiwi Kamidin (2004) berpendapat bahawa tingkah laku distruktif sering berlaku
dikalangan pelajar berusia 10 hingga 15 tahun. Kebiasaannya tingkah laku distruktif
dikalangan pelajar pada usia 15 tahun dianggap membahayakan kerana
berkemungkinan besar mengakibatkan kecederaan pada individu yang dimusuhi.
Sekiranya ia berlaku, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian pukul
bukan sahaja di dalam bahkan di luar sekolah. Hal ini mungkin berpunca daripada
konflik keluarga, terpengaruh dengan suasana persekitaran, keganasan yang dilihat
daripada televisyen, bergaul dengan murid yang nakal yang bertujuan ingin
mendapatkan perhatian.
5
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Tingkah Laku Disruptif
Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku
yang mengganggu dan membahayakan orang lain seperti hiperaktif, kelakuan nakal,
bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif sama ada secara lisan atau fizikal.
Manakala Kerr & Nelson (1998) dalam Nora Mislan (2007) pula menyatakan perlakuan
disruptif sebagai apa sahaja perlakuan yang mengganggu proses pembelajaran yang
sedang berlangsung di dalam bilik darjah. Cara-cara tingkah laku disruptif ini
termasuklah untuk mendapat perhatian tidak kira positif atau negatif, mengelak dari
melakukan tugasan, berkelakuan agresif dan kasar.
Tiwi Kamidin (2004) menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tingkah
lakudisruptif akan sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan
pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku menganggu ini bukan sahaja berlaku di
dalam bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah sama ada terhadap adik beradik atau
rakan sebaya. Jika tidak dikawal, tidak mustahil tingkah laku tersebut membawa kepada
tingkah laku distruktif dan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya. Jenis-
jenis tingkah laku disruptif antaranya termasuklah hiperaktif, terlalu membuat bising,
pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta
menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, pelaku adalah
daripada kalangan murid lelaki berusia 10 hingga 11 tahun.
Merujuk situasi di dalam kelas 4 Uranus, didapati beberapa orang murid
mempunyai tingkah laku bermasalah disruptif contohnya Thirumallraj yang agak nakal
sering mengganggu rakan-rakannya yang sedang belajar dan Aidil Ikhwan pula suka
mengusik murid-murid perempuan. Keadaan seperti ini akan mengganggu tumpuan
murid-murid sekelas yang lain seterusnya menyebabkan guru sukar untuk mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut. Sekiranya masalah perlakuan
disruptif bermula di bilik darjah ini tidak ditangani dengan berkesan maka tidak mustahil
pelbagai perlakuan destruktif pula yang akan berlaku di dalam dan di luar bilik darjah.
6
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Tingkah Laku Masalah Bergantung
Menurut Tiwi Kamidin (2004), tingkah laku bermasalah juga mungkin
berbentuk pergantungan berlebihan yang menunjukkan murid tidak dapat berdikari
sebaliknya amat bergantung kepada orang lain dan kumpulannya. Tingkah laku
bermasalah ini biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun
ke bawah tetapi ada kalanya berlarutan sehingga usia remaja. Mereka mudah berasa
cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang dilakukannya jika tidak berada
disamping orang yang diharapkan.
Antara symptom-simptom yang ditunjukkan oleh murid yang mempunyai
tingkah laku masalah bergantung adalah seperti sukar untuk membuat keputusan
seharian tanpa mendapatkan nasihat dan jaminan dari orang lain, memerlukan orang
lain untuk bertanggunjawab ke atas kebanyakan perkara dalam kehidupan, tidak berani
untuk mengambil sesuatu tindakan kerana kekurangan keyakinan diri dan tidak yakin
akan kebolehan diri, mengambil langkah yang berlebih-lebihan untuk mendapatkan
sokongan dari orang lain sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia
sesuatu yang tidak baik, berasa tidak selesa atau lemah apabila bersendirian kerana takut
tidak dapat menjaga diri sendiri dan sebagainya. Contohnya di dalam Kelas 4 Pluto,
Farah Amani yang sering menangis di dalam kelas, selalu menjerit, dan mengadu
kepada guru apabila diejek oleh murid lelaki dan sering meniru jawapan kawan semasa
membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini menunjukkan dia
mempunyai masalah bergantung kerana tidak cuba untuk mengatasi masalah yang
dihadapi tetapi sebaliknya terlalu bergantung kepada rakan sebaya dan mengharapkan
guru untuk bertindak membelanya dari diganggu dan tidak berusaha untuk membuat
akiviti tersebut tanpa bantuan guru atau rakan sebaya.
Selain itu, murid yang mempunyai tingkah laku masalah bergantung biasanya
mudah mengikut percakapan orang lain dan dipengaruhi. Pendirian mereka juga kurang
tegas khasnya apabila berkaitan dengan sesuatu pendapat. Hal ini akan menimbulkan
masalah pembentukan kendiri diri murid apabila mudah dipengaruhi oleh orang lain.
7
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Kesannya mungkin akan menimbulkan tingkah laku bermasalah yang lebih agresif
seperti desruptif atau destruktif akibat terlalu bergantung kepada orang disisinya.
Kebanyakan individu yang mempunyai masalah tingkah laku bergantung merupakan
seorang yang pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan
tekanan. Ia mungkin berpunca daripada sikap ibu bapa yang mengamalkan
perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang tegang, autokratik dan tidak
mempercayai kanak-kanak.
Degil dan Tidak Menghiraukan Arahan serta Teguran Guru
Secara umumnya, sikap degil dan tidak menghiraukan arahan guru di kalangan
murid kerap kali dilihat dalam bilik darjah. Walaupun tidak semua murid bersikap
demikian, termasuklah sebahagian besar murid-murid di kelas 4 Pluto. Tetapi terdapat
seorang murid dari kelas 4 Pluto bernama Nabil yang selalu membawa barang mainan
berbahaya dan tidak berbahaya seperti pisau lipat, pistol mainan, daun judi dan VCD ke
sekolah untuk di tunjukkan kepada rakan-rakannya. Walaupun telah ditegur oleh guru
beberapa kali. Menurut Omardin Ashaari (1999), golongan murid bersikap degil ini
gemar menentang guru dan apa yang dilakukan hanya untuk menjaga kepentingan diri
semata-mata. Mereka mempunyai nilai yang berlainan dalam hidup mereka. Sifat ini
mungkin berpunca daripada salah didikan dan pengaruh persekitaran. Jika tidak
dikawal, mereka mungkin menjadi lebih liar di luar bilik darjah. Malah masalah akan
menjadi lebih berat lagi jika mereka dapat mempengaruhi rakan-rakan lain di dalam dan
luar sekolah.
Murid yang mempunyai masalah kesihatan selalunya gagal memberi tumpuan
kepada pengajaran dan pembelajaran guru. Keadaan ini boleh mengganggu kawalan guru
dibilik darjah. Murid tersebut tidak dapat menerima arahan guru yang diberikan dan
secara tidak langsung menimbulkan masalah disiplin. Beberapa takrifan masalah disiplin
yang diutarakan oleh ahli-ahli teoris dalam bidang tersebut.
8
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Kindsvatter (Levin & Nolan,2004) yang melihat disiplin dari perspektif tingkah laku
murid-murid dalam bilik darjah mendefinisikan masalah disiplin sebagai tingkah laku
bermasalah atau salah laku.
Feldhusen (Levin & Nolan, 2004) pula menggunakan istilah tingkah laku disruptif
yang ditakrifkan sebagai gangguan terhadap pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Berpegang kepada pengertian ini, maka apa jua
tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru boleh dianggap sebagai masalah disiplin.
Bagi Emmer dan rakan-rakan (Levin & Nolan, 2004) tingkah laku murid boleh
ditakrifkan sebagai disruptif apabila ia mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran
beberapa orang murid untuk satu jangka masa tertentu.
Manakala Shrigley (Levin & Nolan, 2004) menegaskan bahawa apa jua tingkah
laku yang mengganggu pengajaran guru atau yang bersifat tidak selamat dari segi
psikologi mahupun fizikal boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku disruptif. Justeru,
perbuatan seperti berbual-bual dengan rakan-rakan kelas, berbuat bising, berlari-lari
dalam makmal sains, tidak mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa
menggunakan radas sains, mengugut murid-murid yang lain, membuli, dan ejek-
mengejek dikatakan tingkah laku bermasalah bilik darjah.
9
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku
Bermasalah dan kaitan dengan Pendekatan Teori.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku bermasalah
dikalangan murid-murid. Justeru, guru perlu mengetahui pendekatan teori yang berbeza
agar dapat memahami tingkah laku bermasalah di kalangan pelajar dan sebab
berlakunya perkara tersebut. Seterusnya dengan maklumat yang diperolehi,
membolehkan guru membuat penyesuaian langkah intervensi yang wajar diambil.
Terdapat teori-teori tertentu yang mempunyai pendekatan yang sesuai dapat dikaitkan
dengan tingkah laku bermasalah ini antaranya Teori Sosial Albert Bandura, Teori
Tingkah Laku Behaviorisme yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh popular iaitu
Ivan Petrovich Pavlov, John B. Watson, Edward L. Thorndike dan B. F Skinner, Teori
Humanistik seperti Teori Motivasi Maslow yang terkenal dengan Hierarki
KeperluanMaslow dan Teori Kognitif.
Faktor Pelajar
Faktor murid adalah faktor yang paling utama dan dominan penyebab tingkah
laku bermasalah. Jika dilihat lebih luas lagi, perkara ini merangkumi beberapa aspek
yang berkait rapat dengan diri murid itu sendiri iaitu latar belakang murid dan pengaruh
keluarga khususnya peranan ibu bapa dalam membentuk diri murid serta sosio-ekonomi
keluarga.
Omardin Ashaari (1999), menjelaskan bahawa keluarga khususnya ibu bapa
memainkan peranan penting dalam memberi perhatian terhadap pembelajaran murid
kerana mereka mempunyai pengaruh kuat terhadap cara hidup murid. Sebagai tenaga
penggerak, pengajar, dan sumber ilham kepada pelajar, mereka hendaklah sentiasa
diberi galakan dan perangsang kepada murid agar mereka cemerlang dalam pencapaian
akademik. Persengketaan yang wujud dalam sesebuah keluarga pasti sedikit sebanyak
10
<KOD KURSUS: HBEF2103>
menimbulkan ketidaktenteraman dalam fikiran murid sekaligus menjejaskan
ketenangan jiwa lantas menjadi penyebab masalah disiplin di dalam dan luar bilik
darjah.
Selain itu, masalah tingkah laku murid juga mungkin berpunca daripada sosio
ekonomi keluarga sekaligus boleh dikaitkan dengan masalah penyesuaian diri. Hal ini,
biasanya berlaku di kalangan murid daripada keluarga kelas sosio-ekonomi rendah.
Mereka akan membawa nilai-nilai yang menjadi kebiasaan dan diamalkan di rumah
semasa di sekolah seperti dalam soal pengurusan masa, pergaulan dan sebagainya.
Kehidupan mereka di rumah sememangnya menjadi pengaruh besar kepada tingkah
laku mereka di sekolah. Teori Humanistik menekankan tentang kebolehan dan potensi
dari keputusan yang murid ambil dalam mengawal kehidupan mereka. Manakala Teori
Motivasi Maslow dibangunkan oleh Abraham H. Maslowmelalui Hierarki Keperluan
Maslow pula merupakan salah satu Teori Humanistik yang boleh membantu guru
memahami sebab mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian. Melalui teori ini,
Maslow menegaskan bahawa seseorang individu perlu memenuhi keperluan asas
terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder.
Menurut Nora Mislan (2007), Abraham Maslow telah membahagikan keperluan
manusia kepada lima peringkat iaitu keperluan fisiologi dan biologi (air,
makanan,udara, tempat tinggal, tidur dan sebagainya), keperluan keselamatan
(dilindungi daripada elemen ancaman, undang-undang, limitasi, 11ember11ti dan
sebagainya), keperluan dibelai dan disayangi (kasih dari keluarga, sekolah, rakan-rakan
dansebagainya), keperluan estim (keperluan estim kendiri, pencapaian, masteri,
berdikari dan sebagainya) serta kesedaran kendiri (kesedaran dalam potensi diri,
mengembangkan kebolehan dan mencapai apa yang diinginkan). Walaubagaimanapun,
teori ini menekankan bahawa keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, dan
penghargaan kendiri manusia perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu
dapat menceburkan diri ke dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik.
11
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Mengikut Prof. Madya Dr. Aminah Ayob dari Universiti Sains Malaysia
(USM),terdapat segelintir ibu bapa yang tidak cuba untuk memahami dan mendalami
kesukaran yang dihadapi oleh anak-anak mereka di sekolah. Mereka kurang
memberikan perhatian terhadap anak-anak dari segi perasaan dan bimbingan akademik.
Oleh sebab itu, murid ke sekolah hanya untuk memenuhi kehendak autoriti. Akibat
tiada dorongan, murid tidak bersemangat untuk belajar apatah lagi untuk mencapai
kejayaan atau berlumba-lumba dalam pendidikan. Kajian beliau yang seterusnya
mendapati kesibukan mencari rezeki menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai cukup
masa berkualiti dengan anak-anak. Perasaan tidak puas hati, marah, geram, sedih dan
lain-lain mulai bercampur baur lantaran tidak siapa yang ambil peduli. Oleh itu, pelajar
bertindak meluahkan perasaan melalui tindakan yang dilarang. Teori kognitif
menyatakan manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun dan
mengeluarkan semula pengalaman mereka. Teori ini lebih menekankan kepada
penggunaan pemikiran seseorang bertujuan membentuk struktur kognitif dalam ingatan
dan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. Ia adalah suatu
proses mental dalaman.
Menurut Asmah Bee Mohd Noor (1999), ahli teori kognitif percaya bahawa
pemikiran mempengaruhi perasaan dan tingkah laku manusia. Jika individu
mengubahcara berfikir, maka perasaan dan tingkah lakunya juga akan mengalami
perubahan melalui modifikasi tingkah laku. Oleh itu, teori ini memfokuskan kepada
proses disebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang
diperhatikan adalah petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar.
Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan
penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat
oleh pelajar (Prof. Aminah Ayob, 2005).
Justeru, ibu bapa perlu sedar hakikat kepentingan membentuk peribadi anak-
anak. Perhatian yang lebih serius secara keseluruhan terhadap perkembangan mereka
dari pelbagai aspek harus diberikan. Mereka perlu lebih terbuka dalam melayani
pertanyaan anak-anak, berbincang dan memberi peluang kepada anak-anak mereka
12
<KOD KURSUS: HBEF2103>
untuk memberikan pandangan dan pendapat, membuat pilihan serta menyatakan sebab-
sebab mengapa mereka menggemari sesuatu atau sebaliknya dalam usaha membentukan
peribadi dan tingkah laku murid yang positif.
Faktor Guru
Masalah tingkah laku di dalam bilik darjah turut mempunyai hubung kait
dengan guru dari segi sikap dan keprihatianan guru, gaya kepimpinan dan kaedah sert
abahan pengajaran guru. Ini disebabkan guru merupakan individu yang
bertanggungjawab dalam mengendalikan sesebuah pengajaran dan pembelajaran serta
memastikan kelicinannya sekaligus mempunyai autoriti dalam mengawal tingkah laku
murid di dalam kelas.
Guru hendaklah mempunyai sikap dan sahsiah yang positif agar dihormati
murid. Selain itu, bagi menjadi guru yang berkesan, popular, disukai ramai dan
disanjung pelajar, mereka perlu menguasai dan sentiasa berusaha meningkatkan
kemahiran komunikasinya bagi membolehkan murid mudah bergaul dengan mereka dan
lebih terbuka dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan di antara kedua-duanya.
Secara tidak langsung, murid akan berasa diri mereka dikasihi, dihargai dan dimuliakan.
Hal ini pastinya dapat membantu guru dalam mengatasi masalah tingkah laku di
kalangan murid-murid di dalam bilik darjah.
Abd. Rahim b. Abd Rashid (1999) menyatakan bahawa punca tingkah laku
bermasalah di kalangan murid ialah wujudnya proses ‘demoralizing’ murid di dalam
kelas. Terdapat amalan yang tidak sihat dan bersifat Demoralizing murid sama ada
secara sengaja atau tidak sengaja oleh guru dan juga dalam amalan 13ember 13ember
yang tidak sihat di sekolah. Demoralizing adalah proses yang meruntuhkan moral murid
sehingga mereka merasakan diri tidak berguna, tidak dihormati, dan tidak dihargai.
Kecaman yang sering dilemparkan oleh guru terhadap murid serta memburuk-burukkan
murid boleh membunuh segala motivasi dan harga diri murid. Murid menjadi benci dan
13
<KOD KURSUS: HBEF2103>
anti kepada sekolah dan masyarakat. Memberi gelaran yang buruk dan menghina adalah
satu proses Demoralizing yang boleh memusnahkan maruah murid. Motivasi diri
menjadi hancur disebabkan proses demoralizing yang dialami secara berterusan oleh
individu.
Omardin Ashaari (1999) menjelaskan guru yang bersifat autokratik dan
melaksanakan tugas secara kuku besi dan terlalu dominan dalam tindak tanduk mereka
ketika mengawal bilik darjah boleh menyebabkan murid tidak bebas dan berfikir. Murid
perlu diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan pembelajaran
seperti mengeluarkan pendapat dan saranan agar tidak menjejaskan keupayaan dan
kemampuan mereka untuk menerima pelajaran. Jangkaan guru yang rendah terhadap
murid juga boleh menjadikan mereka lebih suka mengikut daripada berfikir. Hal ini
kerana jangkaan guru yang rendah memberi kesan buruk terhadap pencapaian murid.
Murid akan berasa guru kurang menunjukkan perhatian dan minat untuk membantu
meningkatkan kebolehan mereka. Sikap atau imej ini terbentuk disebabkan jangkaan
guru yang tidak mendorong kemajuan murid terutama di kelas-kelas yang lemah.
Persepsi guru dan jangkaan guru yang rendah pastinya melemahkan lagi semangat dan
harapan mereka. Motivasi menjadi berkecai dan lumpuh disebabkan jangkaan guru
yang tidak merangsangkan kemajuan murid-muridnya.
Teori tingkah laku behaviorisme yang dipelopori oleh ahli-ahli psikologi
behavioral seperti John B. Watson, Ivan Pavlov, Edward L. Thorndike dan B. F.
Skinner merupakan teori pembelajaran yang mengaitkan pembelajaran dengan
perubahan tingkah laku. Mereka menjalankan kajian ke atas haiwan bagi membuktikan
teori ini dan kemudian mengaplikasikannya terhadap tingkah laku manusia yang boleh
dilihat dan diukur di dalam pembelajaran dengan tujuan untuk menghurai, menerang,
meramal dan mengawal tingkah laku manusia. Melalui teori ini, tokoh-tokoh ini
berpendapat bahawa tingkah laku adalah hasil daripada interaksi antara baka dan
persekitran dan boleh diperhatikan, dikawal serta diramal melalui penggunaan konsep
peneguhan dan jadual peneguhan (Nora Mislan, 2007). Mereka juga menekankan
bahawa perkaitan gerakbalas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses
14
<KOD KURSUS: HBEF2103>
pembelajaran demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru dan teori pembelajaran
ini disebut sebagai Teori Rangsangan dan Gerak Balas. (Mok Soon Sang, 2003)
Skinner melalui Teori Pelaziman Operan Skinner (1953) telah menekankan
tentang proses pembiasaan dalam membentuk tingkah laku dan mengemukakan
beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia. Menurut beliau, pembelajaran
berlaku melalui pelaziman dan peneguhan positif pula merupakan rangsangan yang
penting dalam menambahkan kebarangkalian gerak balas murid. Oleh itu, peneguhan
positif perlu diberi dari semasa ke semasa untuk mengubah tingkah laku yang tidak
diingini sekaligus menjayakan proses pembiasaan ini. Manakala peneguhan negatif pula
membawa kesan yang tidak menyeronokkan dan murid akan mengulangi tingkah laku
yang tidak diingini. Beliau berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, konsep
diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.
Selain itu, kaedah dan bahan pengajaran guru yang kurang atau gagal menarik
perhatian murid juga menjadi penyebab masalah tingkah laku murid di dalam bilik
darjah. Murid mungkin sukar untuk menerima dan memahami pengajaran yang
disampaikan atau murid merasakan isi dan kandungan pelajaran yang disajikan
membosankan kerana kurang mencabar. Kamaruddin Haji Husin (1994) menyatakan
bahawa hal ini kerana kesediaan guru amat penting bagi menjamin ketenteraman serta
tingkah laku murid. Guru yang kreatif mampu menarik minat pelajar dan seterusnya
menghindarkan masalah tingkah laku di kalangan mereka. Oleh itu, guru perlu
menggunakan kaedah dan bahan pengajaran yang sesuai untuk meransang murid agar
mereka dapat memberi tumpuan terhadap penyampaian pengajaran guru.
15
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Menurut Mok Soon Sang (2003), berdasarkan rumusan teori tersebut, guru
disaran melaksanakan modifikasi tingkah laku berpandukan kepada langkah-langkah
berikut:
i. Mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditonjolkan oleh pelajar dalam
bilik darjah.
ii. Menetapkan matlamat tahap pencapaian tingkah laku yang dikehendaki.
iii. Memilih dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk
memodifikasikan tingkah laku yang dikenal pasti. Sehubungan dengan itu, Teori
Pembelajaran Operan Skinner menjadi pertimbangan asas untuk proses
pembiasaan itu.
iv. Peneguhan positif hanya diberi selepas perubahan tingkah laku negatif murid
kepada positif mengikut matlamat tahap pencapaian yang ditentukan. Sekiranya
murid masih menonjolkan tingkah laku yang tidak diingini, guru perlu
memastikan tiada sebarang peneguhan diberi dan melalui proses penghapusan
ini, lama kelamaan tingkah laku ini akan lenyap sama sekali.
Omardin Ashaari (1999) menjelaskan bahawa peneguhan dapat menarik
perhatian murid untuk memahami pengajaran guru di samping menggalakkan murid
untuk lebih giat mencuba dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Peneguhan juga
membantu murid untuk menghayati bahan dan fakta pelajaran yang disajikan oleh guru
mereka. Secara tidak langsung, murid akan lebih bermotivasi untuk mempertingkatkan
tahap pembelajaran murid sekaligus mampu memperoleh kejayaan dalam bidang
tersebut. Tingkah laku bermasalah yang timbul di kalangan pelajar dapat dikurangkan
dan disiplin murid akan dapat diperbaiki jika guru konsisten dalam mengamalkan
konsep peneguhan. Murid akan terus menunjukkan perubahan tingkah laku positif dari
aspek fizikal, mental, emosi dan rohani. Malah keyakinan diri murid juga akan dapat
dipertingkatkan dan dipupuk seterusnya dapat membentuk murid yang berilmu
pengetahuan, cinta membaca dan berakhlak mulia.
16
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Faktor Fizikal Bilik Darjah dan Sekolah
Menyentuh isu fizikal bilik darjah, Prof. Atan Long (1980) berpendapat bahawa
keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan
menyebabkan masalah tingkah laku di kalangan murid. Kelas yang terlalu ramai,
dengan alat kelengkapan yang tidak sesuai, cuaca yang panas, alat bantu mengajar yang
tidak mencukupi, gangguan dari luar semuanya boleh menimbulkan ketidakselesaan dan
menganggu kelancaran perjalanan kelas. Murid juga tidak dapat memberi tumpuan
kepada pengajaran guru sehingga menyebabkan murid mengambil kesempatan untuk
bertingkah laku yang tidak baik seperti menganggu kawan, berbuat bising dan
sebagainya. Perkara ini akan menyebabkan murid tidak dapat menerima isi pelajaran
dengan baik yang menjadikan mereka melakukan perlakuan yang tidak sepatutnya di
dalam bilik darjah.
Manakala dari segi keadaan sekolah pula, Omardin Ashaari (1999) berpendapat
keadaan ceria di persekitaran sekolah pula perlu diwujudkan untuk murid bergiat cergas
dalam aktiviti pembelajaran. Persekitaran sekolah seperti organisasi, struktur dan
suasana persekitaran belajar yang kurang baik dan kurang sesuai akan mendorong
terjadinya masalah pembelajaran dan masalah disiplin. Hal ini biasanya berlaku di
kalangan murid yang lemah pencapaian akademik di mana keadaan tersebut akan
mengurangkan motivasi serta tidak memberi peransang untuk mereka belajar.
17
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Faktor Masyarakat
Menurut Mok Soon Sang (2003), masyarakat merupakan alam kehidupan
manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi
seseorang individu dari aspek sosioemosi, fizikal dan mental. Misalnya, perbezaan nilai
hidup membentuk falsafah hidup di kalangan individu dan perbezaan kebudayaan serta
agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia. Masyarakat yang
sihat mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti
bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai
kerohanian yang sempurna. Manakala masyarakat yang mementingkan kebendaan pula
akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan mengabaikan
nilai kerohanian dan kejiwaan.
Teori Pembelajaran Sosial yang diasaskan oleh Albert Bandura menyatakan
bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan agen penentu
persekitaran. Teori pembelajaran kognitif ini menekankan peranan kognitif dan
persekitaran atau masyarakat dalam perkembangan individu. Secara khususnya, teori ini
mengatakan bahawa kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian
terhadap permodelan. Melalui proses memerhati orang lain, seseorang individu akan
membentuk satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya. Menurut
teori ini lagi terdapat empat elemen utama yang telah dikenalpasti dalam proses
pembelajaran melalui pemerhatian dan permodelan iaitu tumpuan, penyimpanan,
penghasilan dan seterusnya motivasi.
18
<KOD KURSUS: HBEF2103>
BAHAGIAN 3:
Pelan Menagatasi Masalah Tingkah Laku Berlandaskan Teori Pembelajaran.
Tugas penting guru dalam pengurusan bilik darjah ialah mencorakkan sikap dan
tingkah laku yang baik serta bertanggungjawab. Mengubah sikap murid pastinya
memerlukan kesabaran dan ketegasan. Namun begitu, guru juga perlu memiliki beberapa
kemahiran berkaitan agar dapat meringankan bebas tugas yang dipikul. Kemahiran
komunikasi dan pengurusan disiplin merupakan dua kemahiran yang patut dikuasai oleh
guru serta perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Kemahiran Komunikasi dan motivasi.Implikasi teori pembelajaran Gagne
Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara ransangan
dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak
balas yang positif dapat dikekalkan. Hal ini juga melibatkan komukasi antara individu
dengan pelajar. Menurut Mok Soon Sang (2003), komunikasi di bawah konteks
pendidikan boleh ditakrifkan sebagai sesuatu proses penyampaian atau pertukaran
maklumat di antara dua individu atau di antara seorang individu dengan sekumpulan
orang. Dengan perkataan lain, komunikasi merupakan satu interaksi 19ember di antara
orang melalui aktiviti pemindahan mesej. Komunikasi boleh berlaku sama ada secara
lisan atau bukan lisan. Khairul Azam Bahari (2005) mentakrifkan komunikasi lisan
sebagai suatu bentuk komunikasi yang menggunakan suara dan bahasa (percakapan)
sebagai medium dalam perhubungan. Manakala komunikasi bukan lisan sebagai suatu
bentuk komunikasi yang menggunakan pergerakan anggota badan sama ada badan dan
memek muka. Intonasi suara juga dikategorikan sebagai salah satu daripada bentuk
komunikasi bukan lisan.
19
<KOD KURSUS: HBEF2103>
IMPLIKASI PENGAJARAN:
Di dalam bilik darjah, komunikasi biasanya berlaku di antara guru dengan murid
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau di antara murid dengan murid semasa
aktiviti kumpulan dijalankan. Dengan adanya komukasi yang mempunyai peneguhan
akan mendorong pelajar untuk meningkatkan prestasi dan berusaha untuk mendapatkan
penghargaan atau pengiktirafan positif. Secara tidak langsung perasaan pencapaian ini
merupakan motivasi kepada mereka.
Contoh:
Guru menyampaikan pengajarannya dengan suara yang jelas, kuat dan lantang
serta menggunakan perkataan-perkataan yang ringkas dan mudah difahami. Di samping
itu, guru juga dapat memberikan peneguhan positif kepada murid melalui komunikasi
bukan lisan bagi memberi dorongan kepada pelajar untuk meningkatkan usaha mereka
dalam pembelajaran seperti mengangguk kepala dan senyuman setelah melihat mereka
mencuba sesuatu. 20
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Justeru, amat penting bagi guru untuk menguasai kemahiran komunikasi dan
mempertingkatkan kemahirannya dari semasa ke semasa kerana komunikasi yang tepat
membantu guru meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran danpembelajaran.
Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) menegaskan bahawa guru yang cekap
semestinya perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Sifat peramah serta dapat
menyesuaikan diri dengan pelbagai kelompok 21ember yang berbeza memerlukan guru
menguasai kemahiran komunikasi yang baik. Penguasaan dan penggunaan bahasa yang
baik dan cekap sangat penting bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan. Kemahiran
komunikasi juga sangat penting bagi membolehkan seseorang guru dapat menyampaikan
pengajarannya dengan jelas dan mudah difahami. Adalah lebih baik sekiranya, seseorang
guru mampu menguasai beberapa bahasa agar dapat mendedahkan dirinya dengan dunia
yang lebih luas dan intelektual yang lebih menyeluruh.
Gaya Kepimpinan
Selain itu, gaya kepimpinan guru juga dilihat sebagai satu salah aspek yang perlu
diberi perhatian supaya kawalan kelas dapat dilakukan dengan berkesan. Lippit dan
White (1958) menjelaskan bahawa kawalan secara kekerasan dan mengikutsesetengah
golongan menganggapnya sebagai berwibawa. Segala aktiviti pelajardiarahkan oleh guru
dan hanya guru yang akan menentukan pujian dan kritikanterhadap pelajar-pelajarnya.
Namun begitu, Ee Ah Meng (1998) menganggap kepimpinan guru menerusi pendekatan
ini bersifat autokratik dan biasanya pendekatan sebegini jarang melibatkan pelajar dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru merasakan penglibatan pelajar
boleh mengancam kewibawaan merekadan menimbulkan gangguan kepada aktiviti
mereka.
Terdapat juga guru yang memainkan peranan pasif dan membiarkan murid dalam
kumpulannya mempunyai kebebasan penuh untuk melakukan apa yang mereka suka dan
mereka tidak memberi sebarang saranan dan penilaian positif atau negatif terhadap
21
<KOD KURSUS: HBEF2103>
tingkah laku pelajar (Lippit dan White, 1958). Kepimpinan sebegini pula dikelaskan oleh
Ee Ah Meng (1998) sebagai kepimpinan laissez-faire di mana murid akan menjadi
kurang produktif di hadapan guru kerana banyak masa yang dihabiskan hanya untuk
bertanya dan mendapatkan maklumat sahaja.
Adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan pendekatan kawalan terpimpin
yang bersifat sederhana dengan jenis kepimpinan demokratik demi mewujudkan keadaan
kondusif yang sesuai di samping menjamin proses pembelajaran berlaku dengan lebih
berkesan. Omardin Ashaari (1999) berpendapat pelajar perlu diberi bimbingan dan
pimpinan mengikut pelbagai langkah dan peringkat pembelajaran dengan menggunakan
kaedah yang sistematik bagi membolehkan mereka maju dengan seberapa cepat yang
boleh. Ini kerana pelajar adalah seseorang yang perlu berkembang dan guru sepatutnya
membiarkan mereka berkembang secara semula jadi. Oleh itu, pelajar seharusnya belajar
melalui peringkat demi peringkat secara teratur mengikut kehendak dan keperluan
mereka untuk menentukan arah yang sesuai bagi diri mereka sendiri. Pendekatan sebegini
menjadikan pelajar lebih matang dan mempunyai rasa percaya diri kerana pelajar akan
mempelajari apa yang perlu mereka ketahui. Manakala guru pula hendaklah memainkan
peranan yang aktif dalam memberi pandangan dan saranan semasa merancang dan
mengelolakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Jenis kepimpinan demokratik ini bertujuan
memberi kebebasan kepada pelajar untuk bertindak dalam kumpulan. Guru akan memilih
ahli dan sentiasa melakukan penyerahan tugas. Hasilnya, pelajar akan berusaha
menghasilkan kerja yang baik dan aktif dalam semua keadaan tidak kira sama ada dengan
kehadiran guru atau sebaliknya. Perbezaan di antara diri pelajar dengan persekitaran pula
membantu menambahkan ketentuan dan keyakinan diri. Suasana rapat dan mesra dapat
Proses komunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan memainkan peranan
yang amat penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Malah proses tersebut
berlaku dalam memberi semua jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti
soal jawab, perbincangan, membaca, menyanyi, bercerita, penerangan dansebagainya.
22
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Implikasinya, keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat bergantung
kepada kebolehan murid mentafsir mesej yang disampaikan oleh guru. Komunikasi
berkesan hanya berlaku jika guru menyampaikan pelajaran dengan carayang mudah dan
mudah difahami pelajar berdasarkan tahap kemampuan mereka. Oleh itu, guru hendaklah
menggunakan suara yang lantang dan jelas serta perkataan-perkataan yang mudah
difahami oleh pelajar semasa menyampaikan pelajaran.
Kementerian pendidikan juga telah meletakkan kaedah pengajaran berpusatkan
pelajar, bahan dan berasaskan aktiviti menjadi memberi utama dalam pengajaran dan
pembelajaran menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dengan
perubahan tersebut, kurikulum latihan perguruan di institusi-institusi perguruan telah
diubahsuai untuk melatih guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi
kandungan yang tinggi malah dapat menguasai kemahiran pedagogi dalam melaksanakan
pengajaran yang memusatkan bahan, pelajar dan aktiviti (Lai KimLeong,et. Al., 2001)
Bahkan kini kerajaan sedang berusaha untuk membestarikan sekolah-sekolah dan
memberi kemudahan-kemudahan seperti komputer agar lebih banyak sekolah yang
dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran dan bahan bantu mengajar yang
merangkumi pelbagai media. Ini bertujuan dapat mencetus dan menarik minat pelajar
serta dapat memaksimumkan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
demi membangunkan potensi pelajar khususnya dari segi kecerdasan, bakat, kemahiran
dan kreativiti pelajar. Sekiranya hal ini tidak dapat dilaksanakan, pelajar akan mudah
berasa bosan dan gelisah, mereka mungkin memberontak dan seterusnya menimbulkan
masalah tingkah laku di dalam kelas sehingga menjejaskan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Pendek kata, guru juga perlu kreatif dalam mencorakkan
budaya belajar di bilik darjah.
Bahan Bantu Mengajar.
23
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Implikasi Teori Tingkahlaku (behaviorisme)
Mengikut pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan menimbulkan
tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak
balas. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan.
Implikasi pengajaran:
Penggunaan bahan bantu mengajar adalah terpenting dalam menentukan kejayaan
program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk
mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan
bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan alat bantu mengajar yang sesuai
memainkan peranan sebagai suatu medium yang boleh menimbulkan komunikasi
diantara guru dan pelajar.
Contoh:
Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981), “Alatan Mengajar Dalam Pengajaran
Bahasa”, iaitu ‘alat bantu‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam
proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan
murid dan sebaliknya, serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Pendapat ini disokong sama oleh EdgarDale (1964) yang digambarkan dalam bentuk
“cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-
abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan bahan bantu mengajar amat
penting dan merupakan sebahagian keperluan daripada kaedah dan idea-idea yang
disampaikan oleh guru kepada pelajar. Walau apa jua kaedah pengajaran yang digunakan,
guru tetap perlu menyediakan bahan bantu mengajar supaya komunikasi guru dan murid
berjalan dengan baik. David Berlo (Musa Sulaiman, 1999) menyatakan bahawa terdapat
empat perkara penting dalam proses komunikasi iaitu sumber, pesanan, saluran dan
penerima. Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, bahan
bantu mengajar dan tulisan. Ciri-ciri tersebut diperlukan bagi pelajar menguasai empat 24
<KOD KURSUS: HBEF2103>
jenis kemahiran komunikasi iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu,
guru perlu menggunakan pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan
teknologi, beberapa bahan bantu mengajar termasuk yang lama dan baru bagi
mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan Disiplin
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sukar untuk dicapai sekiranya
masalah tingkah laku masih tidak dapat ditangani dengan baik. Mencorakkan tingkah
laku positif di kalangan pelajar dapat mengurangkan masalah-masalah yang timbul
sekaligus dapat membantu guru mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Oleh itu, guru sewajarnya komited dengan peranannya sebagai pendidik,
pembimbing, pengubah sikap, pembentuk sahsiah dan generasi bermoral serta
berhemah tinggi. Oleh itu, guru seharusnya bijak menangani masalah yang timbul
dalam menguruskan disiplin pelajar dari aspek tingkah laku, dan kognitif. .
Tingkah Laku.Implikasi Teori Tingkahlaku (behaviorisme)
25
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Watson, seorang ahli behaviorisme, mengatakan bahawa aspek yang berkaitan
tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya unsur dalaman.
Implikasi pengajaran:
Pengurusan bilik darjah umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana dan
persekitaran pembelajaran yang kondusif, menarik dan ceria. Hal ini penting kerana ia
merupakan satu aspek penting bagi memaksimakan pembelajaran dan meningkatkan
pencapaian serta peluang-peluang pendidikan kepada setiap pelajar untuk mencapai
perubahan dan kemajuan. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), selain perancangan
dan pengurusan bilik darjah yang baik, terdapat juga faktor-faktor lain yang
mempengaruhi keadaan dan suasana bilik darjah seperti jumlah pelajar, komposisi jantina
dan etnik, kegunaan ruang, interaksi dan pergerakan bilik darjah, organisasi dan
keselesaan peranan kepimpinan guru, sosialisasi pelajar, stail pengajaran, kaedah dan
aktiviti pelajar, disiplin dan peraturan-peraturan bilik darjah, keceriaan dan hiasan serta
kebersihan dan keteraturan bilik darjah. Selain itu, guru perlu bijak menggunakan
pelbagai langkah dan tindakan bagi membentuk peneguhan dalam usaha manggalakkan
tingkah laku positif di kalangan pelajar. Lazimnya, peneguhan dilakukan dalam bentuk
lisan, gerak isyarat dan sentuhan.
Contoh:
Guru boleh meminta pelajar mengulang sesuatu perlakuan yang positif bertujuan
mengubah tingkah laku pelajar. Manakala dari segi pembelajaran pula, guru boleh
membuat latih tubi untuk mengekalkan pelajaran yang disampaikan oleh guru agar ia
kekal dalam ingatan dan tersemat dalam hati pelajar. Kepelbagaian bentuk dan jenis
peneguhan adalah penting bagi menghindarkan perasaan bosan dan jemu dikalangan
pelajar. Guru juga perlu bijak menentukan jenis dan bentuk peneguhan yang sesuai
bergantung kepada umur dan jantina.
26
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Setiap rangsangan akan mewujudkan gerak balas dan seterusnya proses
pembelajaran akan berlaku. Proses pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapatnya
perubahan tingkah laku. Mok Soon Sang (2003) berpendapat tingkah laku positif boleh
diajarkan dengan rangsangan yang sesuai. Dalam proses pengajaran, guru hendaklah
menggunakan rangsangan yang menyeronokkan dan tidak membawa kesan yang negatif.
Rangsangan yang positif juga berperanan dalam memotivasikan murid supaya mereka
berminat untuk belajar. Terdapat perkaitan langsung antara rangsangan dan gerak balas
iaitu latihan pengulangan yang efektif, ganjaran, peneguhan, pemulihan, motivasi,
persediaan dan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Ganjaran merupakan peneguhan terhadap sesuatu pembelajaran. Sekiranya
sesuatu pembelajaran tiada peneguhan, tingkah laku tersebut mungkin akan terhapus
begitu sahaja. Guru boleh memberikan peneguhan boleh melalui kata-kata pujian
ataupenghargaan terhadap seseorang pelajar apabila mereka telah menyelesaikan sesuatu
latihan atau menjawab soalan dengan betul. Sebagai contoh perkataan“bagus”, “syabas”,
“tahniah”, “teruskan usaha anda”, dapat mempengaruhi minat dan kesungguhan pelajar
untuk terus berusaha atau beralih ke aktiviti-aktiviti lain yang semakin mencabar. Hal ini
akan menjadikan pelajar berasa seronok dan akan berusaha untuk mencuba menguasai
aktiviti pembelajaran seterusnya. Peneguhan dan rangsangan positif membuatkan pelajar
berasa segala usaha mereka amat dihargai dan hasilnya mereka akan memberi tindak
balas dan perilaku yang menggalakkan dan hubungan antara guru dan pelajar menjadi
lebih erat dan mesra. Masalah tingkah laku dapat dikurangkan dan seterusnya
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Humanistik.Implikasi Teori Humanistik
Menurut Atan Long (1976), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-
keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Pada peringkat yang paling asas terdapat
27
<KOD KURSUS: HBEF2103>
keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi barulah keperluan keselamatan, diikuti
keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan
diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat
keperluan bagi penyempurnaan kendiri. Ini merupakan fitrah manusia termasuklah
pelajar yang perlu difahami.
Implikasi pengajaran:
Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur strategi serta
embertic yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya. Dari segi
embertic, Omardin Ashaari (1999) pula berpendapat guru seharusnya mewujudkan
hubungan yang sesuai dan mesra serta kerap berbincang dengan pelajar untuk
menyelesaikan masalah pelajaran mereka di samping menggalakkan suasana
pembelajaran.
Contoh:
Guru harus tegas dengan arahan dan ketetapan yang telah dibuatnya. Adalah lebih
mudah mengurangkan ketegasan daripada melebihkannya apabila kekuasaan sudah
musnah. Jika guru terlalu rapat dengan pelajar seolah-olah sebagai rakan biasa dan
sentiasa pula mengubah fikiran dan keputusan, ini akan mengurangkan kesan
kepimpinan. Pelajar akan hilang kepercayaan dan kurang menghormati guru. Mengikut
Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) amat penting bagi guru untuk memberi penghormatan
dan penghargaan terhadap kerja-kerja dan sebarang daya usaha yang ditunjukkan oleh
pelajar. Di samping, guru perlu berperanan sebagai pendorong kepada pelajar kerana
sokongan dan dorongan guru amat bermakna kepada mereka. Guru juga harus sentiasa
bermurah hati memberi pujian dan menggunakan pujian bagi mengukuhan konsep kendiri
pelajar-pelajar. Pembelajaran di bilik darjah dan sekolah perlu menyuburkan rasa
kejayaan di kalangan pelajar.
28
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Kognitivisme.Implikasi Teori Kognitivisme
Menurut teori perkembangan kognitif Jean Piaget dua proses penting di dalam
kefahaman tentang dunia persekitaran ini ialah organisasi dan adaptasi. Di mana
kebolehan kita memisahakan antara idea yang utama dengan idea kurang penting. Sama
seperti dari sukar kepada mudah.
Implikasi pengajaran:
Guru perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran pelajar dimulakan dengan
prinsip mudah kepada susah dan konkrit kepada abstrak. Guru perlu memulakan
pengajaran yang mudah terlebih dahulu dan kemudian diikuti dengan bahan pengajaran
yang lebih susah.
Contoh:
Langkah ini dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mereka. Ini merupakan prinsip asas dalam menyampaikan pengajaran guru di bilik
darjah. Dengan menggunakan pendekatan ini juga, pelajar akan dapat mengikuti urutan
guru peringkat demi peringkat. Ini disebabkan pelajar biasanya lebih mudah memahami
benda-benda yang konkrit terlebih dahulu kerana ia lebih khusus dan nyata. Gambaran
bahan dan benda yang konkrit akan memberikan latar belakang terhadap pengajaran guru
diperingkat permulaan dan barulah disusuli dengan benda dan bahan pengajaran yang
bercorak abstrak seperti konsep dan takrif (Omardin Ashaari, 1999).
29
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Selain itu, guru juga seharusnya memaksimumkan penglibatan pelajar secara
aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi
berpusatkan pelajar seperti kaedah perbincangan dan menyelesaikan masalah. Ini boleh
diwujudkan melalui kepimpinan guru yang bersifat demokratik di mana murid-murid
digalakkkan untuk berinteraksi di antara satu sama lain, tidak merasa segan untuk
bertanya dan mengemukakan pendapat. Mok Soon Sang (2003) menyatakan diantara
punca timbulnya masalah disiplin di dalam bilik darjah yang berlaku adalah disebabkan
penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai. Pelajar merasa bosan
hingga mereka memberontak dan mencetuskan masalah disiplin di dalam bilik darjah.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kemahiran mengawal kelas perlu dilaksanakan mengikut budi bicara
dan kebijaksanaan guru. Guru bertanggungjawab untuk menyelia dan mengarah semua
aktiviti dalam kelas termasuk disiplin pelajar. Pelajar berdisiplin dapat menjamin
ketenteraman dalam kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan
dengan licin dan berkesan. Sebarang masalah yang wujud semasa mengawal kelas
hendaklah diselesaikan dengan cara mengenal pasti punca masalah di samping mengenali
latar belakang pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan yang diambil akan
memberi kesan yang positif terhadap diri pelajar.
30
<KOD KURSUS: HBEF2103>
(6000 Patah Perkataan)
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Abdullah Hassan et. al (1999), Komunikasi Untuk Guru, Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Abdullah Hassan et. al (2006), Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd, Selangor.
Abdullah Sani Yahaya (2005), Mengurus Hal Ehwal Pelajar, PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd, Selangor.
31
<KOD KURSUS: HBEF2103>
Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik
Darjah, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Kamarudin Hj. Husain (1994), Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah, Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Leonard M.S Yong (1996), Guru Yang Kreatif: Isu-isu Teoritikal & Aplikasi
Praktikal, Arenabuku Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1991), Pedagogi 3 Bahagian A (Pengajaran
dan Persediaan Mengajar, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang (1997), Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2,
Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Omardin Ashaari (1999), Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Sulaiman Md. Yassin et. al (2002), Komunikasi dalam Pengajaran dan
Kepemimpinan Pendidikan, Karisma Publications Sdn. Bhd, Shah Alam.
Prof. Dr. Isahak Haron et. al (1982), Asas-asas dalam Amalan Pedagogi, Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Khairul Azam Bahari (2005), Amalan Komunikasi Guru-Murid di dalam Bilik Darjah:
Satu Kajian Kes didapati pada 31 Mac 2008 daripada
http://ppp.upsi.edu.my/eWacana/AmalanKomunikasi.htm
Musa Sulaiman, Back To Basics “Fokus Kepada Inovasi Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran didapati pada 31 Mac 2008 daripada
http://mpkt.edu.my/penerbitan/04%20Back%20to%20basics.doc
Mengenali Pembelajaran Orang Dewasa didapati pada 31 Mac 2008 daripada
http://pts.com.my/v2/modules.php?name=News&file=print&sid=83
Prof. Aminah Ayob (22 September 2005), Syarahan Umum “Pembelajaran Berasaskan
Minda dan Implikasinya Kepada Pendidikan” didapati pada 31 Mac 2008 daripada
32
<KOD KURSUS: HBEF2103>
http://www.penerbit.usm.my/pen2006/teks.pdf
Teori Maslow didapati pada 31 Mac 2008 daripada
http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.html
33