syarat-syarat pertandingan - ppj.gov.my€¦  · web viewdipertandingkan mengikut undang-undang...

6
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA PUTRAJAYA 2008 BORANG PENDAFTARAN PASUKAN NAMA REGU : NAMA PENGURUS PASUKAN : ------------------------------------------------- NO/TELEFON : --------------------- (R)--------------------(P) -------------------------(H/P) YURAN : RM 10.00 (SATU REGU) BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN ALAMAT 1. 2. 3. 4. PENGURUS / JURULATIH (JIKA ADA) 1. 2. TARIKH TUTUP PENYERTAAN 1 Julai 2008 (Selasa)

Upload: dotuyen

Post on 15-May-2019

258 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN - ppj.gov.my€¦  · Web viewdipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA PUTRAJAYA 2008

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA REGU :

NAMA PENGURUS PASUKAN :-------------------------------------------------

NO/TELEFON : ---------------------(R)--------------------(P)

-------------------------(H/P)

YURAN : RM 10.00 (SATU REGU)

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN

ALAMAT

1.

2.

3.

4.

PENGURUS / JURULATIH (JIKA ADA)

1.

2.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

1 Julai 2008 (Selasa)

Page 2: SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN - ppj.gov.my€¦  · Web viewdipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA PUTRAJAYA 2008

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 Pengenalan

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA PUTRAJAYA 2008 dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya.

2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang diketuai oleh seorang Ketua Pengadil.

2.2 Tarikh, Tempat dan Taklimat/Undian

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 5 dan 6hb Julai 2008 (sabtu dan ahad) bertempat di Kompleks Sukan Taman Pancarona, Presint 18 Putrajaya.

2.2.2 Kejohanan akan dijalankan di gelanggang terbuka (OPEN COURT).

2.2.3 Taklimat pengurus dan undian akan dijalankan pada 4hb Julai 2008 (jumaat) di Bilik Mesyuarat Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya, pada pukul 8.30 malam.

2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.

2.3 Format Kejohanan

2.3.1 Sistem Kejohanan ini adalah KALAH SINGKIR (Kalah Mati)

Page 3: SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN - ppj.gov.my€¦  · Web viewdipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa

2.4 Hadiah-hadiah

2.4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Tempat ketiga dan Tempat ke empat.

2.4.2 Hadiah wang tunai yang disediakan adalah seperti berikut:

i) Johan - RM1,500.00 + Medal ii) Naib Johan - RM1,000.00 + Medal iii) Ketiga - RM 800.00 + Medaliv) Keempat - RM 500.00 + Medal

2.5 Syarat-syarat Penyertaan

2.5.1 Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia sahaja.

2.5.2 Setiap regu hendaklah terdiri daripada seorang pengurus dan 3 orang pemain serta 1 pemain simpanan (jika ada).

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu sahaja.

2.5.4 Setiap regu dikenakan yuran penyertaan RM10.00.

2.5.5 Hanya pasukan-pasukan yang MENDAFTAR DAN MEMBAYAR YURAN PENYERTAAN SEBELUM ATAU PADA TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 1hb Julai 2008 (ISNIN) AKAN DITERIMA DAN LAYAK BERTANDING.

2.5.6 HANYA SEORANG SAHAJA PEMAIN YANG PERNAH MEWAKILI NEGARA / NEGERI /ATM / PDRM / MAKSAK BAGI TAHUN 2000 HINGGA KINI YANG LAYAK DIDAFTARKAN PENYERTAANNYA BAGI SETIAP REGU. PEMAIN KATEGORI JUNIOR (REMAJA) DAN JUGA VETERAN (40 TAHUN DAN KE ATAS) ADALAH TERKECUALI DARIPADA SYARAT INI.

2.5.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana regu gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN PENYERTAAN REGU BERKENAAN DARI MENYERTAI KEJOHANAN INI.

2.5.8 Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

Page 4: SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN - ppj.gov.my€¦  · Web viewdipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2 Semua regu dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3 Tarikh, masa dan tempat pertandingan yang telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubahsuai oleh pasukan atau regu yang mengambil bahagian.

3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada regu yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.5 Mana-mana regu yang menarik diri pada pusingan awal akan dianggap tidak mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

3.6 Pasukan yang gagal berada ditempat permainan selepas 5 minit daripada masa yang telah ditetapkan, akan dikira terbatal (walkover), dan pasukan tersebut akan terkeluar daripada pertandingan.

3.7 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan dan apabila telah disahkan, TIDAK BOLEH DIUBAH dalam keadaan apa sekali pun.

3.8 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.9 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 400.00 tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

3.10 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.11 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

3.12 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

Page 5: SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN - ppj.gov.my€¦  · Web viewdipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa

3.13 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.

3.14 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0 PERATURAN AM

4.1Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh undang-undang, syarat penyertaan dan pertandingan atau mana-mana peraturan, ianya akan diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum.

4.2Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur Kejohanan Sepak Takraw Putrajaya 2008 adalah muktamad.

4.3Penganjur kejohanan berhak mengubah mana-mana peraturan am, syarat penyertaan dan syarat pertandingan serta jadual permainan di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tanpa perlu memberitahu pasukan-pasukan yang bertanding.

5.0 Borang Penyertaan dan Pembayaran

5.1 Borang penyertaan dan juga proses pembayaran boleh didapati dan dibuat di Dewan Serbaguna Presint 8, Kompleks Kejiranan Presint 9 dan 16 ATAU di Unit Sukan dan Rekreasi Perbadanan Putrajaya.

5.2 Borang penyertaan juga boleh didapati dengan melayari Website Perbadanan dengan muat turun borang penyertaan. Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi pihak urusetia pertandingan.

URUSETIAKEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA PUTRAJAYA 2008

Unit Sukan dan RekreasiJabatan Perkhidmatan Bandar

Perbadanan Putrajaya62675 PUTRAJAYA

Tel : 03-8887- 7092 / 8887-7547 / 8887-7554 / 8887-7439Faks : 03-8887 5022

012-2045424 (EN. SUJAIRI), 012-6905327 (EN. YUSOF)[email protected]

Website: www.ppj.gov.my