dokumen sebut harga...9.1 surat setuju terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga...

30
1 DOKUMEN SEBUT HARGA HARGA DOKUMEN : RM 10.00 /SET TEMPOH : ENAM (6) BULAN (1 NOVEMBER 2015 HINGGA 30 APRIL 2017) TARIKH BUKA : 15 OKTOBER 2015 (KHAMIS) TARIKH TUTUP : 21 OKTOBER 2015 (RABU) JAM 12.00 TENGAHARI PEJABAT DAERAH /TANAH KLANG Tajuk Sebut Harga : PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG NO SEBUT HARGA: PDTK / KP / 10 / 2015 Kontraktor : (Cop kontraktor) BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN TINGKAT 1, PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG JALAN KOTA, 41902 KLANG Tel: 03 33711963, Fax: 03 33732766

Upload: others

Post on 04-Nov-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

1

DOKUMEN SEBUT HARGA

HARGA DOKUMEN : RM 10.00 /SET TEMPOH : ENAM (6) BULAN (1 NOVEMBER 2015 HINGGA 30 APRIL 2017)

TARIKH BUKA : 15 OKTOBER 2015 (KHAMIS) TARIKH TUTUP : 21 OKTOBER 2015 (RABU)

JAM 12.00 TENGAHARI

PEJABAT DAERAH /TANAH

KLANG

Tajuk Sebut Harga :

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API

DI KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

NO SEBUT HARGA: PDTK / KP / 10 / 2015

Kontraktor : (Cop kontraktor)

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN TINGKAT 1, PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG JALAN KOTA, 41902 KLANG Tel: 03 33711963, Fax: 03 33732766

Page 2: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

2

KANDUNGAN PENGENALAN SEBUT HARGA BAHAGIAN I : ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PEMBEKAL

ITEM PERKARA MUKA SURAT

1. ARAHAN AM 6

2. BIDANG KERJA PENYEBUT HARGA 6

3. KEPERLUAN KELAYAKAN PENYEBUT HARGA 7

4. BORANG SEBUT HARGA 7 - 8

5. PENYERAHAN SEBUT HARGA 8

6. KOS SEBUT HARGA 8

7. HARGA DAN TEMPOH SAH LAKU 8 - 9

8. KERAJAAN BERHAK UNTUK MENERIMA ATAU 9 MENOLAK SEBAHAGIAN ATAU SEMUA SEBUT HARGA

9. PENERIMAAN SEBUT HARGA 9 - 10

10.. PERJANJIAN KONTRAK 10

11. TANGGUNG JAWAB PENYEBUT HARGA 11

12. MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SYARIKAT 11

13. BAYARAN 11

14. PEMOTONGAN HARGA BAYARAN 11 - 12

15. PENENTUAN TEKNIKAL 12

16. JAMINAN ATAS SEBUT HARGA 12

17. TEMPOH KONTRAK 13

18. PENOLAKAN 13

16. TAFSIRAN 13

17. PINDAAN 13

18. IKLAN 13

19. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH 14 DIPATUHI

Page 3: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

3

20. PEMERIKSAAN 14

BAHAGIAN II : SKOP SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API

DI KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

BAHAGIAN III : FORMAT MAKLUM BALAS DAN BORANG

BORANG I : BORANG AKUAN SEBUT HARGA

BORANG II : SOAL SELIDIK MENGENAI PROFIL

SYARIKAT

BORANG III : SOAL SELIDIK MENGENAI

PENGALAMAN SYARIKAT

BORANG IV : SEBUT HARGA

BORANG V : SURAT AKUAN PEMBIDA

Page 4: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

4

PENGENALAN SEBUT HARGA BAGI

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API

DI KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

(NO. SEBUTHARGA : PDTK / KP / 10 / 2015)

PERINGATAN :

1. Penyebut Harga-Penyebut Harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir- butir dokumen sebut harga sebelum mengemukakan tawaran.

2. Pastikan Dokumen Sebut Harga adalah lengkap pada kesemua muka surat. Sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan, adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga untuk mendapatkan penjelasan daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah/Tanah Klang.

3. Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan Dokumen Sebut Harga mengikut format maklum balas yang telah dilampirkan.

Page 5: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

5

Page 6: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

6

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

BAHAGIAN I

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT

KEPADA PENYEBUT HARGA

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

Page 7: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

7

JALAN KOTA, 41902 KLANG, SELANGOR

(Penyebut harga-penyebut harga)

Tuan/Puan,

SEBUT HARGA

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG NO. SEBUTHARGA : PDTK / KP / 10 / 2015

1. ARAHAN AM

1.1 Sebut Harga adalah dipelawa dari penyebut harga-penyebut harga bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api di Kompleks Pejabat Daerah /Tanah Klang.

1.2 Penyebut harga yang mengemukakan sebut harga adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan arahan-arahan yang terdapat dalam dokumen ini dan kontrak perjanjian kelak. Arahan-arahan dan syarat-syarat yang dinyatakan hendaklah disifatkan sebagai kontrak. Sebut harga yang tidak mengikut syarat-syarat yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Page 8: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

8

2. BIDANG KERJA PENYEBUT HARGA

2.1 Mengawal dan melindungi bangunan Kompleks PDTK termasuk isi kandungannya, penghuni dan pelawat.

2.2 Mengawasi dan memandu trafik dalam kawasan kawalan. 2.3. Membuat rondaan di dalam kawasan Kompleks PDTK bagi memastikan ia

adalah selamat dari sebarang bentuk pencerobohan. 2.4 Senarai lengkap bidang kerja adalah seperti di BAHAGIAN II – Penentuan

Teknikal

3. KEPERLUAN KELAYAKAN PENYEBUT HARGA

3.1 Tawaran dipelawa kepada penyebut harga-penyebut harga berikut:-

i. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah laku di bawah Kod 220801 Pengawal Keselamatan @ Kawalan Keselamatan serta bertaraf bumiputera.

ii. Berpengalaman dalam perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata api sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun lepas atau semasa.

3.2 Kerajaan berhak untuk membatalkan pelantikan penyebut harga sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan/ditawarkan dan dipersetujui seperti dalam Dokumen Sebut Harga.

4. BORANG SEBUT HARGA

4.1 Sebut harga hendaklah dikemukakan menggunakan format Borang Sebut harga sepertimana yang ditetapkan pada BORANG I, BORANG II, BORANG III, BORANG IV dan BORANG V dalam BAHAGIAN III. Sebut harga-sebut harga yang tidak dikemukakan menggunakan format borang Sebut Harga yang berkenaan tidak akan diterima. Walaubagaimanapun, penyebut harga-penyebut harga boleh

Page 9: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

9

mengemukakan borang atau dokumen tambahan mengikut format yang dinyatakan untuk memberi penerangan lanjut.

4.2 Penyebut harga dikehendaki menandatangani Borang Akuan Sebut Harga (Borang 1) seperti yang dilampirkan bagi mengesahkan tawaran sebut

harga.

5. PENYERAHAN SEBUT HARGA

5.1 Dokumen Sebut Harga perlu dikemukakan seperti format maklumbalas

yang dinyatakan serta memenuhi keperluan Bahagian III.

5.2 Sebut Harga hendaklah dikemukakan dengan sampul surat berlakri (sealed) serta ditandakan dengan No.Sebut harga.

5.3 Sebut Harga hendaklah dihantar secara serahan tangan atau pos selewat-

lewatnya pada 20 Oktober 2015 (Selasa) jam 12 tengahari dan dialamatkan kepada:-

Bahagian Khidmat Pengurusan Tingkat 1, Pejabat Daerah/Tanah Klang Jalan Kota 41902 KLANG

5.4 Kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan borang-borang penyertaan sebut harga akibat kesilapan alamat yang dihantar secara pos atau melalui serahan tangan.

6. KOS SEBUT HARGA

6.1 Penyebut harga mesti menanggung sendiri semua kos berkaitan dengan penyediaan dan penghantaran Dokumen Sebut Harga. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas kos-kos tersebut.

7. HARGA DAN TEMPOH SAH LAKU

7.1 Semua harga hendaklah dinyatakan di dalam RINGGIT MALAYSIA (RM) bagi setiap item dan berdasarkan kepada format yang disediakan BORANG IV dan BAHAGIAN III dalam dokumen ini. Jadual harga yang dikemukakan mestilah dinyatakan dalam angka yang tepat bagi unit harga dan jumlah harga.

Page 10: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

10

7.2 Harga yang disebutkan dalam sebut harga hendaklah sah laku di dalam

tempoh tidak kurang dari sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut

harga.

7.3 Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih mengambilkira semua kos berkaitan bagi pelaksanaan kerja dengan sempurna termasuk semua diskaun, GST 6% dan kos tambahan yang berkaitan.

7.4 Dalam keadaan terkecuali, tempoh pengesahan sebut harga yang hampir

tamat, Kerajaan akan meminta penyebut harga untuk menyambung tempoh pengesahan sebut harga tersebut. Permintaan ini dan maklum balasnya mestilah dibuat secara bertulis.

7.5 Penyebut harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak akan

dikehendaki atau dibenarkan mengubahsuai sebut harganya tetapi dikehendaki untuk melanjutkan tempoh pengesahan sebut harganya.

7.6 Harga tawaran tidak boleh diubah dalam tempoh sah asal Kerajaan tawaran

atau tempoh lanjutan sekiranya diberikan.

8. KERAJAAN BERHAK UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK SEBAHAGIAN ATAU SEMUA SEBUT HARGA

8.1 Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga yang diterima.

8.2 Kerajaan juga berhak untuk menerima sebahagian atau keseluruhan cadangan dalam tawaran sebut harga.

8.3 Keputusan Kerajaan adalah muktamad dan tidak akan terikat untuk memberi apa-apa alasan di atas penolakan mana-mana sebut harga.

9. PENERIMAAN SEBUT HARGA

9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada penyebut harga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan.

9.2 Surat berkenaan mungkin mengandungi apa-apa syarat atau pindaan

tambahan kepada syarat yang disertakan pada dokumen ini dan jika demikian, sebut harga ini tidak boleh dianggap sebagai telah dipersetujui

Page 11: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

11

melainkan pengesahan bertulis daripada Penyebut Harga tentang persetujuannya terhadap syarat/pindaan tambahan itu diterima.

9.3 Apabila Surat Setuju Terima ditandatangani, kontrak dianggap sebagai

telah dibuat antara Kerajaan dengan Penyebut Harga itu menurut syarat yang disertakan (termasuk syarat tambahan dan pindaan) dan tiada perjanjian atau syarat lain dianggap sebagai telah dimasukkan ke dalam kontrak ini.

9.4 Kerajaan boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan yang

berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. 9.5 Jika sebut harga ini dibatalkan sebelum tamat tempoh sah sebut harga atau

mana-mana tempoh lanjutannya atau jika setelah sebut harga diterima, Penyebut Harga enggan atau gagal melaksanakan seperti yang dikehendaki oleh syarat kontrak, maka dalam mana-mana kejadian itu tanpa menjejaskan apa-apa hak yang ada padanya, Kerajaan berhak mengambil tindakan terhadap Penyebut Harga atau membatalkan pendaftaran Penyebut Harga itu sebagai kontraktor Kerajaan mengikut mana yang dianggap sesuai oleh Kerajaan.

9.6 Dokumen Sebut Harga ini juga akan menjadi sebahagian daripada kontrak dan tiada pindaan akan dibuat pada mana-mana bahagian di dalam Dokumen Sebut Harga melainkan mendapat kebenaran daripada kerajaan.

10. PERJANJIAN KONTRAK

10.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki mengikat kontrak dengan Kerajaan bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api Di Kompleks Pejabat Daerah/Tanah Klang. Bagi memastikan supaya

perkhidmatan yang diberi dapat dilaksanakan dengan baik dan memenuhi syarat-syarat kontrak, penyebut harga akan terikat dengan kontrak di antara Kerajaan dengan penyebut harga tanpa mengambil kira perjanjian kontrak disediakan/dilaksanakan atau tidak dilaksanakan.

10.2 Penyebut harga yang berjaya mesti menanggung sendiri risiko berkenaan kontrak mengikut syarat-syarat, spesifikasi dan jadual sebahagiannya mestilah menurut status, peraturan atau melalui undang-undang dan keperluan mana-mana kebenaran.

Page 12: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

12

11. TANGGUNGJAWAB PENYEBUT HARGA

11.1. Penyebut Harga adalah dikehendaki mematuhi semua syarat berkaitan dengan keselamatan di tapak kerja semasa menjalankan kerja dan lain-lain peraturan di mana kerja sedang dilaksanakan.

12. MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SYARIKAT

12.1 Penyebut harga perlu menyediakan maklumat mengenai syarikat pada BORANG II dan BAHAGIAN III dalam dokumen ini.

12.2 Penyebut harga perlu menyatakan pengalaman syarikat dalam mengendalikan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api dengan mengemukakan latar belakang perkhidmatan, nama-nama dan alamat syarikat atau agensi di mana perkhidmatan tersebut dilaksanakan. Nyatakan tarikh perkhidmatan tersebut selesai dan tarikh sebenar perkhidmatan sepatutnya diselesaikan. Sila nyatakan perkhidmatan-perkhidmatan yang sedang dikendalikan dan tarikh perkhidmatan tersebut dijadualkan tamat seperti pada BORANG III dan BAHAGIAN III dalam dokumen ini.

13. JADUAL BAYARAN

13.1 Penyebut Harga yang berjaya dilantik akan dibayar perkhidmatannya setiap bulan sehingga tamat tempoh kontrak setelah disahkan oleh pegawai yang dilantik oleh kerajaan. 13.2 Pembayaran penuh setiap bulan hanya akan dibayar perkhidmatannya setelah Penyebut Harga menyempurnakan kerja dengan sempurna pada bulan tersebut. Invios dan rekod kerja hendaklah dihantar sebelum 10hb. pada bulan berikutnya. 13.3 Jadual Bertugas dan pengesahan daripada Penyelia mengenai

kesempurnaan kerja hendaklah dihantar bersama semasa membuat tuntutan. Kerajaan tidak akan membuat bayaran jika didapati kerja yang dilaksanakan tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan.

14. PEMOTONGAN HARGA BAYARAN

Page 13: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

13

Potongan harga bayaran sebanyak satu peratus (1%) daripada jumlah bayaran perkhidmatan mengikut tempoh bulan akan dikenakan sekiranya di dapati:-

14.1 Prestasi kerja yang dijalankan tidak memuaskan Pegawai Penguasa atau wakilnya;

14.2 Bilangan pekerja tidak mencukupi di atas tapak kerja seperti yang

disyaratkan; 14.3 Kerja tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya; atau 14.4 Tidak mematuhi perkara-perkara di dalam jadual harga dan skop kerja yang ditetapkan.

15. PENENTUAN TEKNIKAL

15.1 Penentuan Teknikal yang diberikan hendaklah memenuhi Penentuan Teknikal pada BAHAGIAN II dalam Dokumen Sebut Harga ini.

15.2 Penyebut Harga adalah dikehendaki menyatakan keterangan terperinci

spesifikasi teknikal yang dicadangkan dan maklum balas yang perlu dikepilkan bersama dokumen sebut harga.

15.3 Penyebut Harga tidak dibenarkan membuat tawaran pilihan bagi mana-

mana butiran yang dimasuki bagi sebut harga ini. Jika terdapat tawaran pilihan, PDTK akan memilih tawaran utama sahaja bagi memudahkan penilaian sebut harga.

16. JAMINAN ATAS SEBUT HARGA 16.1 Pendaftaran Penyebut Harga di Kementerian Kewangan adalah merupakan

jaminan ke atas semua sebut harga yang dikemukakan. Sekiranya Penyebut Harga menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Surat Setuju Terima dikeluarkan, tindakan tatatertib akan diambil oleh Kementerian Kewangan seperti berikut:

Page 14: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

14

a) Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan

pertama;

b) Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua; dan

c) Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

17. TEMPOH KONTRAK 17.1 Kerajaan berhak menentukan tarikh permulaan dan tarikh tamat kontrak.

18. PENOLAKAN

18.1 Kerajaan berhak menolak sebut harga yang ditawarkan sekiranya Penyebut Harga tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. 18.2 Perenggan 15.1 di atas tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

19. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang-bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

20. PINDAAN

Kerajaan berhak meminda atau membatalkan mana-mana dokumen yang membentuk sebahagian daripada pelawaan sebut harga ini, pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Sekiranya Pelawaan Sebut Harga ini dikeluarkan semula, maka semua Penyebut Harga akan dimaklumkan sewajarnya.

Page 15: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

15

21. IKLAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar kepada dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.

22. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI Penyebut Harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang diberikan adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut harga ini. 23. PEMERIKSAAN

23.1 Kerajaan sentiasa berhak melantik seorang pegawai untuk memeriksa dan memantau kerja-kerja yang sedang dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja.

23.2 Penyebut Harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

Page 16: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

16

Page 17: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

17

BAHAGIAN II

PENENTUAN TEKNIKAL

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

Page 18: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

18

SKOP SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA

SENJATA API DI KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

(NO. SEBUTHARGA PDTK / KP / 10 / 2015)

1. Penyebut harga dikehendaki menyediakan enam (6) orang Pengawal Keselamatan bagi mengawasi selama 24 jam setiap hari (termasuk hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am) yang meliputi kawasan-kawasan berikut:

i) Bangunan Pejabat Daerah/Tanah Klang; ii) Rumah kediaman Pegawai Daerah; iii) Rumah kediaman Orang Besar Daerah; iv) Dewan Serbaguna PDTK; v) Surau/Taska PDTK.

2. Waktu bertugas bagi Pengawal Keselamatan adalah mengikut pecahan berikut:

i) Isnin hingga Jumaat ( 7 pagi hingga 7 malam) 4 orang Pengawal

ii) Isnin hingga Jumaat ( 7 malam hingga 7 pagi)

2 orang Pengawal

iii) Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am 2 orang Pengawal

3. Peraturan Kerja

i) Semua Pengawal Keselamatan meliputi setiap lapisan pangkat

dikehendaki menunjukkan budi pekerti yang baik, mempunyai disiplin tentang tutur kata, pakaian dan rambut yang bersesuaian dengan tugas yang dilaksanakan. Pengawal yang tidak mempunyai disiplin dilarang sama sekali bertugas di kawasan jagaannya.

ii) Pegawal Keselamatan hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam

sepanjang masa bertugas.

Page 19: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

19

4.

SSenarai Tugas

Pada keseluruhan senarai tugas Pengawal Keselamatan hendaklah meliputi

perkara berikut :

4.1 Melindungi semua bangunan dan kawasan yang dipertanggungjawabkan termasuk isi kandungannya, penghuni dan pelawat. Menguatkuasakan semua peraturan yang berkaitan bagi menjaga kepentingan satu-satu kawasan yang ditugaskan.

4.2 Mengawasi kawalan trafik di dalam kawasan sekitar Kompleks PDTK.

4.3 Menyelia dan menyelenggara peraturan di Pos Kawalan serta menolong menyelesaikan sebarang permintaan/bantuan yang diperlukan oleh orang ramai atau pekerja setempat atau mengendalikan pusat maklumat (information centre).

4.4 Faham dan mahir mengenai Perintah Am (General Orders) dan peraturan tertentu (Special Orders) serta melaksanakannya.

4.5 Mengawasi serta menguatkuasakan sistem yang dipakai dalam aspek Pengenalan Kenderaan Kakitangan, melaksanakan pemeriksaan semua bungkusan dan kenderaan dan menghalang setiap orang yang masuk atau keluar kawasan tanpa kebenaran.

4.6 Melakukan pemeriksaan mengikut tempoh waktu yang tertentu dengan mengetik punch clock ke atas semua kawasan bagi memastikan keadaan keselamatan terjamin.

4.7 Bertindak bagi pihak pengurusan dalam hal menjaga ketenteraman dan membuat laporan bagi sebarang kejadian yang berkaitan.

4.8 Membunyikan penggera (alarm) dan bertindak mengikut tata cara yang betul jika berlaku kebakaran.

4.9 Menerima dan menguruskan jika terdapat sebarang benda yang dijumpai atau dilaporkan hilang dan membuat pemeriksaan terhadap benda yang dimaksudkan sebelum membuat sebarang tindakan penyiasatan.

Page 20: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

20

4.10

Membuat laporan lengkap kepada penyelia bagi semua keadaan dan kejadian luar biasa.

4.11 4.12 4.13 4.14

Pengawal tidak dibenarkan membawa apa-apa senjata yang merbahaya dalam masa bertugas. Memastikan kawalan dibuat di dalam Bangunan Pejabat PDTK Kawalan di pagar entrance B dan penutupan akses mengikut waktu operasi yang ditetapkan. Rondaan berkala di kawasan Kompleks PDTK bagi memastikan tiada aktiviti yang mencurigakan berlaku.

4.

5. Rondaan

Apabila tugas rondaan dilaksanakan, peraturan dan tata cara berikut hendaklah dipakai. Tugas yang perlu dilaksanakan dan sentiasa diawasi oleh Pengawal semasa membuat rondaan adalah seperti berikut:-

5.1 Memastikan kawasan jagaan selamat dari sebarang bentuk pencerobohan (instrusion) dengan memastikan semua pintu pagar dan pintu masuk tertutup dan berkunci. Bagi kawasan bangunan pastikan pintu dan tingkap berkunci serta dalam keadaan baik.

5.2 Menutup lampu, paip air, kipas angin, pendingin udara atau sebarang peralatan elektrik di mana keperluan tidak lagi dikehendaki.

5.3 Memeriksa jika terdapat sebarang bunyi yang luar biasa dan memeriksa punca bunyi tersebut. Bunyi yang berkenaan mungkin menggambarkan percubaan masuk pergerakan pekerja yang tidak dibenarkan, bunyi peralatan dan jentera yang rosak atau sebarang kemungkinan masalah gangguan.

5.4 Memeriksa jika terdapat sebarang bau yang luar biasa dan melaporkannya segera jika sumbernya tidak diketahui. Bau yang demikian kebiasaannya berpunca dari kebocoran gas atau api.

5.5 Memeriksa jika terdapat sebarang keadaan yang luar biasa.

Page 21: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

21

5.6

Memeriksa jika terdapat kerosakan di pintu, tracks atau weight bridge. Jika terdapat pintu terbuka luas oleh penyendal atau diikat keadaan ini hendaklah diperbetulkan dan dilaporkan di akhir rondaan.

5.7 Memeriksa dan memastikan semua proses dan aktiviti yang berlaku di sekitar perjalanan rondaan berjalan dalam keadaan yang biasa.

5.8 Memeriksa semua tempat penyimpanan peralatan dan bahan yang mudah terbakar dan memastikan ianya tertutup rapat dan selamat.

5.9 Membuat laporan jika didapati sebarang kerosakan atau keadaan kecemasan tidak kira sama ada ianya boleh diperbetulkan ataupun tidak.

5.10

Melaksanakan kawalan yang rapi terhadap kunci penggera kebakaran dan keselamatan kunci kawalan keselamatan jika ianya diletakkan di bawah kelolaan Pengawal.

5.11 Membuat laporan semua keadaan yang berpunca dari sebarang perlanggaran dan sebarang peraturan keselamatan. Perlanggaran kepada mana-mana peraturan keselamatan yang berulang-ulang memerlukannya dibuat penyiasatan dan langkah pembetulan.

Page 22: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

22

Page 23: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

23

BAHAGIAN III

BORANG-BORANG

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

B0RANG I

BORANG AKUAN SEBUT HARGA

Page 24: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

24

Kepada :

Pejabat Daerah/Tanah Klang Bahagian Khidmat Pengurusan Jalan Kota, 41902 Klang Selangor

Tuan,

NOMBOR RUJUKAN SEBUT HARGA : PDTK / KP / 10 /2015

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

Merujuk kepada iklan tuan berkenaan perkara di atas, dan tertakluk kepada Arahan dan Syarat-syarat kepada penyebut harga, pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju dengan spesifikasi yang dinyatakan dan kadar yang ditetapkan oleh pihak yang bertandatangan di bawah.

Pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk terikat sepertimana yang ternyata dalam arahan dan syarat-syarat kepada Penyebut Harga, spesifikasi dan jadual harga, dan bersetuju dengan harga berdasarkan kepada nilaian barang secara individu yang dibekalkan dari semasa ke semasa.

Dan selanjutnya, pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk melaksanakan kerja-kerja yang ditetapkan mengikut arahan dan syarat-syarat kepada Penyebut Harga yang diberikan.

Sebagaimana yang telah difahami, pihak tuan boleh menerima atau menolak sebut harga kami tanpa apa-apa alasan. Sebut harga ini akan sentiasa sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh penyerahan sebut harga.

Dan selanjutnya, pihak bertandatangan di bawah bersetuju sekiranya tuan menerima sebut harga ini untuk menyediakan Perjanjian Kontrak Rasmi dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh dihantar tangan sepertimana yang tertakluk dalam perenggan 9 Arahan

Page 25: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

25

dan syarat-syarat kepada Penyebut Harga. Pihak bertandatangan di bawah pasti, selepas penelitian, dokumen yang digunakan dalam sebut harga ini adalah salinan asal seperti yang termasuk dalam cadangan sebut harga.

Tandatangan ………………… Tandatangan ……………………… Penyebut harga : Saksi kepada Penyebut harga :

Nama dan alamat syarikat Nama dan alamat syarikat

Tarikh : ………………………… Tarikh : ………………………………

BORANG II SOAL SELIDIK MENGENAI PROFIL SYARIKAT

Page 26: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

26

Arahan : Semua butir-butir di dalam ruangan yang dinyatakan di bawah ini hendaklah

dilengkapkan oleh penyebut harga dengan betul dan tepat. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran sebut harga ini ditolak dan tidak dipertimbangkan. Gunakan lampiran jika perlu.

Butir-butir Syarikat

1. No. Pendaftaran Syarikat :………………………Tarikh Tamat :………….………

2. No. Pendaftaran Kem.Kewangan :…………… Tarikh Tamat : …………………

3. Taraf Syarikat* : Bumiputera/Bukan Bumiputera

4. Peratus Modal :……% Bumiputera/ …..% Bukan Bumiputera/…..% Lain-lain

5. Tempoh Sah Pengiktirafan Syarikat Bumiputera :…………..Hingga………….

6. Jenis Syarikat* : Perseorangan/ Perkongsian/ Sdn. Bhd./ Lain-lain

………………………………………………….(Nyatakan)

Butir-butir Modal

1. Modal Dibenarkan : RM……………………………

2. Modal Dibayar : RM……………………………

Pemegang Saham

Senarai Pemegang-pemegang Saham

Bil. Nama/Jawatan No. K/P % Pegangan

1. ……………………………………. …………………….. …………………….

2. ……………………………………. …………………….. …………………….

3. ……………………………………. ……………………... …………………….

* Sila potong yang tidak berkenaan. * Sila lampirkan tiga (3) Bulan Penyata Kewangan Syarikat yang terkini untuk semakan.

BORANG III

Page 27: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

27

SOAL SELIDIK MENGENAI PENGALAMAN SYARIKAT

1. Sila nyatakan dan sertakan kedudukan bilangan kakitangan, tahun pengalaman dan kelayakan.

2. Sila nyatakan kerja dalam tangan atau perkhidmatan yang masih dikendalikan yang melibatkan syarikat, jenis kerja, lokasi dan tarikh perkhidmatan tersebut dijadualkan tamat.

3. Pengalaman dalam melaksanakan perkhidmatan yang berkaitan Kawalan

Keselamatan Tanpa Senjata Api dalam tiga (3) tahun yang lepas (sila buat ringkasan mengenai perkhidmatan tersebut termasuk nilai, pelanggan untuk dihubungi dan alamat/telefon serta jangka masa/tahun perkhidmatan seperti di bawah):-

Nama Organisasi, Rujukan Pelanggan

dan Lokasi Perkara / Skop kerja

Tempoh pelaksanaan

Nilai projek (RM)

Page 28: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

28

BORANG IV

SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

TUGAS BIL. PENGAWAL BERTUGAS

WAKTU BERTUGAS

BIL. JAM

BIL. HARI

KADAR SEJAM

HARGA SEBULAN

(RM)

Menyediakan pekerja bagi melaksanakan perkidmatan di atas

4 Pengawal

- - Pintu 1 - Pintu 2 - Unit hasil - Rondaan

Isnin hingga

Jumaat (siang)

12

23

…….

…….

2 Pengawal - Pintu 1 - Rondaan

Isnin hingga

Jumaat (malam)

12

23

…….

…….

2 Pengawal

- Pintu 1 * Pintu 2

(mengikut keperluan)

* pos di Bangunan PDTK

Sabtu, Ahad dan Cuti Am

24

8

…….

…….

JUMLAH BAYARAN KONTRAK UNTUK TEMPOH ENAM (6) BULAN : RM ……………...

( Jumlah Sebulan x Enam Bulan )

(Ringgit Malaysia) :

Page 29: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

29

BORANG V

SURAT AKAUN PEMBIDA

BAGI

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA

SENJATA API DI KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

(NO. SEBUTHARGA : PDTK / KP / 10 / 2015)

Saya, ………………………………….nombor K.P.……………………yang mewakili (Nama Wakil Syarikat)

…………………………..nombor pendaftaran………………………………….. (Nama Syarikat) (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Pejabat Daerah/Tanah Klang (PDTK) atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan

untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan 2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan melaporkan kepada (SPRM) atau balai polis yang berhampiran dengan segera.

Yang Benar,

……………………………………….

Nama : No. KP : Tarikh : Cop Syarikat :

Page 30: DOKUMEN SEBUT HARGA...9.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada p enyebut h arga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan. 9.2 Surat berkenaan

30