muat turun kenyataan sebut harga

13
1 JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang 221001 Pembersihan Bangunan dan Pejabat dan 221002 Membersih Kawasan serta boleh membuat capaian penggunaan sistem ePerolehan (ep enabled) bagi sebutharga seperti berikut : - BIL TEMPOH PELAWAAN NO. SEBUT HARGA TAJUK SEBUT HARGA KOD BIDANG 1. 10 Mac 2015 hingga 13 Mac 2015 JTLM SH(B) 1/2015 Perkhidmatan Pembersihan Bangunan dan Kawasan Pejabat Jabatan Taman Laut Negeri W.P Labuan. (1 Tahun) (Lihat syarat-syarat sebut harga) 221001 Pembersihan Bangunan dan Pejabat 221002 Membersih Kawasan 1. Kenyataan Tawaran Sebut Harga dan Dokumen Sebut Harga ini boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia http://www.dmpm.nre.gov.my 2. Dokumen Sebut Harga yang perlu dilengkapkan dan dikemukakan adalah seperti berikut : i. LAMPIRAN A vii. Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia ii. LAMPIRAN B viii. Sijil Pendaftaran Bumiputera iii. JADUAL 1 ix. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) iv. JADUAL 2 x. Penyata Bank Syarikat yang terkini v. JADUAL 3 xi. Senarai Biodata Pekerja vi. JADUAL 4 3. Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dihantar melalui Pos Berdaftar, Emel ATAU Faks kepada alamat dibawah. Dokumen yang tidak lengkap atau lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Urusetia Sebutharga & Tender Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Taman Laut Malaysia Aras 11, Wisma Sumber Asli No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 62574 PUTRAJAYA, MALAYSIA Faks : 03-8888 0489 Tel : 03-8886 1390 / 1374 Emel : [email protected]

Upload: truongtram

Post on 07-Feb-2017

319 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Muat Turun Kenyataan Sebut Harga

1

JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang 221001 – Pembersihan Bangunan dan Pejabat dan 221002 – Membersih Kawasan serta boleh membuat capaian penggunaan sistem ePerolehan (ep enabled) bagi sebutharga seperti berikut : -

BIL TEMPOH PELAWAAN

NO. SEBUT HARGA

TAJUK SEBUT HARGA KOD BIDANG

1.

10 Mac 2015

hingga

13 Mac 2015

JTLM SH(B) 1/2015

Perkhidmatan Pembersihan Bangunan dan Kawasan Pejabat Jabatan Taman Laut Negeri W.P Labuan. (1 Tahun) (Lihat syarat-syarat sebut harga)

221001 – Pembersihan

Bangunan dan Pejabat

221002 – Membersih Kawasan

1. Kenyataan Tawaran Sebut Harga dan Dokumen Sebut Harga ini boleh dimuat turun melalui laman

web rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia http://www.dmpm.nre.gov.my 2. Dokumen Sebut Harga yang perlu dilengkapkan dan dikemukakan adalah seperti berikut :

i. LAMPIRAN A vii. Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia ii. LAMPIRAN B viii. Sijil Pendaftaran Bumiputera iii. JADUAL 1 ix. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) iv. JADUAL 2 x. Penyata Bank Syarikat yang terkini v. JADUAL 3 xi. Senarai Biodata Pekerja vi. JADUAL 4

3. Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dihantar melalui Pos Berdaftar, Emel ATAU Faks

kepada alamat dibawah. Dokumen yang tidak lengkap atau lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Urusetia Sebutharga & Tender Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Taman Laut Malaysia Aras 11, Wisma Sumber Asli No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 62574 PUTRAJAYA, MALAYSIA Faks : 03-8888 0489

Tel : 03-8886 1390 / 1374 Emel : [email protected]

Page 2: Muat Turun Kenyataan Sebut Harga

2

atau

Pejabat Taman Laut Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan,

KP0288, kampung pantai

Jalan Tun Mustapha

87000, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Tel: 087 – 582 502

Faks: 087 – 582 500

4. Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :

Spesifikasi

a) En. Anuar bin Deraman 087 – 582 502 ([email protected])

Dokumentasi a) En. Saiful Azzam bin Abd Rahim 03 – 8886 1390([email protected]) b) Pn. Harttine Binti Poniran 03 – 8886 1374 ( [email protected])

Tarikh: 9 Mac 2015

Page 3: Muat Turun Kenyataan Sebut Harga

3

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syaratsyarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga. 1. KEADAAN BARANG

Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan. 2. HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN

Sebut harga bagi sebahagian bilangan item tidak boleh ditawarkan dan akan ditolak. 4. BARANG SETARA

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

5. PERSETUJUAN

(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga; dan

(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.

6. PEMERIKSAAN

(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian

apabila dikehendaki. 7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/ perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini. 8. PENOLAKAN

(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang

ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan (iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

Page 4: Muat Turun Kenyataan Sebut Harga

4

9. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Ketua Pengarah JTLM terlebih dahulu.

10. TAFSIRAN Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

11. INSURANS Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG

KELUARAN MALAYSIA

12. CUKAI Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan 13. PEMBUNGKUSAN

(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan

yang tidak mencukupi atay yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual 14. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan hendaklah ditunjukkan.

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

15. CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

16. MATA WANG Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM)

17. PEMBUNGKUSAN (i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia

melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;

(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan

dan belanja pembungkusan; dan

Page 5: Muat Turun Kenyataan Sebut Harga

5

(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan

yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

Penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai Sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dibawah ini membolehkan Sebutharga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

1. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUTHARGA

1.1. Syarikat yang hendak menyertai Sebutharga ini hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Kod Bidang 221001 dan 221002. Salinan surat Pendaftaran Kontraktor hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran. Jika tempoh pendaftaran telah atau pun hampir tamat, Penyebutharga hendaklah mengemukan salinan surat dari Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan telah dibuat; dan

1.2. Dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi perlu dicetak sebagai salinan dan hendaklah dihantar secara manual dan dimasukkan ke dalam peti Sebutharga yang ditempatkan di Pejabat Taman Laut Wilayah Persekutuan Labuan.

2. HARGA TAWARAN 2.1. Harga-harga yang ditawarkan Penyebutharga adalah termasuk semua kos seperti

pengangkutan, perkhidmatan, peralatan, insuran dan lain-lain yang bersangkutan dengan Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan Ruang Pejabat;

2.2. Penyebutharga dinasihatkan supaya memahami butir-butir kerja/kawasan dan sebarang risiko yang mungkin berlaku yang boleh mempengaruhi harga tawasan. JTLM tidak akan menanggung sebarang pertambahan kenaikan harga; dan

2.3. Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebutharga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebutharga in ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sah laku Sebutharga. Penyebutharga yang berjaya ditawarkan Sebutharga ini hendaklah mematuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.

3. TEMPOH PERKHIDMATAN

Tempoh bagi kontrak perkhidmatan ini adalah Satu (1) tahun. 4. PERTIMBANGAN TAWARAN

Tawaran ini akan dipertimbangkan berasaskan daya saing harga, keupayaan kewangan syarikat, pengalaman sebutharga dalam bidang kerja, rekod prestasi penyebutharga dan dan faktor-faktor tambahan lain yang mungkin berkaitan. Walaubagaimanapun, Kerajaan tidak akan terikat untuk menawarkan kontrak kepada Penyebutharga yang menawarkan harga terendah.

Page 6: Muat Turun Kenyataan Sebut Harga

6

LAMPIRAN A

SKOP DAN SPESIFIKASI KERJA

PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN KAWASAN DI BANGUNAN PEJABAT TAMAN LAUT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Sebelum memasuki Sebut Harga, Penyebut Harga adalah diwajibkan membuat lawatan tapak serta memahami denga jelas keperluan perkhidmatan yang diarahkan serta mengambil kira masalah atau risiko yang mungkin memberi kesan kepada tawaran Sebut Harga. 1. KAWASAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN Perkhidmatan pembersihan ini haruslah meliputi keseluruhan kawasan yang terletak di Pejabat Taman Laut Wilayah Persekutuan Labuan yang merangkumi bangunan pejabat, Garage/Tempat letak kereta dan persekitaran bangunan pejabat. 2. TENAGA PEKERJA

2.1. Kontraktor hendaklah menggaji dan menentukan bilangan pekerja bagi

perkhidmatan ini dengan menyatakan dalam Jadual 3;

2.2. Sekiranya seseorang pekerja bercuti sakit, cuti rehat, cuti kecemasan, tidak hadir bekerja, tidak melapor diri untuk bertugas atau dalam apa jua keadaan tidak menghadirkan diri untuk bertugas, maka Kontraktor hendaklah memastikan terdapat pekerja lain yang akan menggantikan tugas harian pekerja berkenaan tanpa menjejaskan kualiti kerja-kerja pencucian dan pembersihan pejabat sepertimana jadual kerja yang ditetapkan dalam syarat kontrak;

2.3. Selain tugas-tugas yang disenaraikan seperti dalam skop kerja, JTLM berhak

menggunakan khidmat tenaga kerja Kontraktor untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu yang berkaitan dengan bidang khidmat yang JTLM SH sama dengan membekukan sementara tugas-tugas hakiki sepanjang tempoh pekerja berkenaan melaksanakan tugas-tugas tertentu berkenaan; dan

2.4. Kontraktor dikehendaki memaklumkan kepada JTLM secara bertulis mengenai

pertukaran/pemberhentian seseorang pekerja,. Bagi calon pekerja yang akan menjadi pengganti, mereka juga terikat dengan syarat-syarat berkaitan status pekerja dan perlu mengemukakan dokumen yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan JTLM ini. Pemakluman mengenai pertukaran/pemberhentian seseorang pekerja dan penyerahan dokumen pekerja baru hendaklah dilakukan serentak selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum pemberhentian/penukaran pekerja tersebut berkuatkuasa.

Page 7: Muat Turun Kenyataan Sebut Harga

7

3. STATUS PEKERJA

3.1. Kontraktor bertanggungjawab memastikan setiap pekerja bebas daripada rekod

jenayah, penyalahgunaan dadah, sihat dan tidak mempunyai penyakit merbahaya atau berjangkit. Bagi maksud tersebut, Kontraktor perlu memastikan setiap Pekerja Pemeriksaan Perubatan dan melalui Tapisan Keselamatan Polis DiRaja Malaysia. Kedua-dua dokumen pengesahan ini perlu dikemukakan kepada pihak Pengurusan JTLM selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum tarikh permulaan kontrak atau semasa sesi pengenalan tugas yang akan diadakan di JTLM;

3.2. Sekiranya JTLM mendapati mana-mana pekerja Kontraktor pernah terbabit dengan

penyalahgunaan dadah atau jenayah sedangkan ianya tidak dilaporkan, JTLM berhak dengan serta-merta menggantung kehadiran pekerja terbabit di JTLM dan Kontraktor perlu menggantikan pekerja tersebut dengan pekerja yang lain. Walau bagaimanapun, tindakan penggantian pekerja oleh Kontraktor tidak akan menafikan hak JTLM untuk mengambil tindakan lain ke atas Kontraktor, selaras dengan syarat Kontraktor;

3.3. Bagi pekerja yang lain, JTLM boleh menerima pekerja warga Negara asing dengan

syarat Kontraktor mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan Imigresen dan Undang-undang lain yang berkaitan, yang membolehkan warga Negara asing bekerja di Malaysia. Walau bagaimanapun, Kontraktor hendaklah sedapat mungkin atau memberi keutamaan kepada warganegara Malaysia untuk diambil bekerja sebagai pekerja;

3.4. Kontraktor hendaklah tidak menggaji atau mengambil pekerja mana-mana orang

kurang upaya (sama ada fizikal atau mental) dan mana-mana orang dibawah umur lapan belas (18) tahun atau melebihi umur lima puluh lapan (58) tahun sebagai pekerja/penyelia; dan

3.5. Kontraktor hendaklah bertanggungjawab untuk menghalusi pemilihan dan

pengambilan dan pengambilan pekerja atau mana-mana pekerja yang diletakkan dan ditugaskan untuk melaksanakan perkhidmatan ini.

4. WAKTU BEKERJA

Hari Isnin hingga Jumaat setiap bulan dan termasuk hari kelepasan am dan cuti mingguan mengikut masa yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa. 5. SKOP KERJA

5.1. Perkhidmatan Harian

a. Menyapu dan mengelap semua cermin dan lantai yang terdapat di Bangunan

Pejabat Taman Laut W. P. Labuan; b. Menyapu dan mengemop semua kawasan dalam bangunan yang terdapat di

Pejabat Taman Laut W. P. Labuan; c. Membekal plastic sampah dan membuang sampah dari tong-tong sampah

serta memastikan tong sampah dalam keadaan bersih;

Page 8: Muat Turun Kenyataan Sebut Harga

8

d. Menyapu, mengemop dan membersihkan tandas dari masa ke semasa serta memastikan cecair basuh tangan, ubat gegat, kertas tisu dan pewangi disediakan di setiap tandas yang terdapat di bangunan Pejabat Taman Laut W. P. Labuan;

e. Membersihkan kawasan persekitaran bangunan Pejabat dari sebarang sampah dan kotoran; dan

f. Membersihkan kawasan bangunan dari sebarang sampah dan kekotoran termasuk lumut.

5.2. Perkhidmatan Mingguan

a. Membersihkan ruang-ruang dan sudut sekitar Bangunan Pejabat daripada

sawang/sarang labah-labah atau sebarang kekotoran; b. Mevakum kawasan yang berkarpet di bangunan Pejabat; c. Mencuci dan membersihkan kawasan longkang yang terdapat di pejabat; dan d. Menyiram pokok yang terdapat di persekitaran bangunan Pejabat.

5.3. Perkhidmatan Bulanan

a. Kerja-kerja mencuci semua tingkap, pintu dan tangga di dalam bangunan

dengan sabun dan air sebulan sekali; b. Menanam/memangkas pokok hiasan di persekitaran bangunan Pejabat. Jenis

pokok adalah dari pokok hiasan. Pokok perlu digantikan dengan yang baru sekiranya mati; dan

c. Memotong rumput yang terdapat dikawasan bangunan Pejabat 2 kali sebulan. Saya/Kami dengan ini bersetuju dan akan mematuhi Skop dan Spesifikasi Kerja (LAMPIRAN A) dan semua syarat-syarat yang dinyatakan pada dokumen sebut harga ini.

................................................ ...............................................

(Tandatangan Penyebut harga) (Tandatangan Saksi) Nama : ....................................... Nama : .....................................

No. K/P : ....................................... No. K/P : .....................................

Jawatan : ....................................... Jawatan : .....................................

Cop Syarikat :

Page 9: Muat Turun Kenyataan Sebut Harga

9

LAMPIRAN B

(SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PEMBIDA

JTLM-SH(B) 1/2015 PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN KAWASAN DI BANGUNAN

PEJABAT TAMAN LAUT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Saya....................................................................... No KP :........................................ yang mewakili

syarikat ................................................................ No. Pendaftaran MOF ...............................................

dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak

akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Taman Laut

Malaysia, atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga*

seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat perwakilan kuasa bagi saya mewakili syarikat

seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau

memberi rasuah kepada individu dalam Jabatan Taman Laut Malaysia atau mana-mana individu lain

sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil

syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 perkara balik tawaran kontrak bagi tender/ sebut harga* di atas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi tender/ sebut harga* di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan yang

berkuatkuasa

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana

individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga*

seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau Balai Polis yang berhampiran.

Yang benar,

........................................ Nama : No. Kp : Cop syarikat : Catatan: i) *potong mana yang tidak berkenaan ii) surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa

Page 10: Muat Turun Kenyataan Sebut Harga

10

JADUAL 1

SENARAI ALAT KELENGKAPAN/PERALATAN

PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN MENCUCI BANGUNAN DI

PUSAT TAMAN LAUT PULAU TIOMAN, PAHANG

Saya, bagi pihak Syarikat .................................................................................................. yang membuat tawaran dalam sebut harga ini, menawarkan peralataan/kelengkapan seperti di bawah untuk digunakan dalam perkhidmatan ini:

BIL

JENIS

KUANTITI

JENAMA

BUATAN

(NEGARA

PENGELUAR)

1

Pembersih Hampagas (Vacuum Cleaner)

2

Penyapu

3

Mop Lantai

4

5

6

7

8

9

10

*Nyatakan yang lain-lain sekiranya ada

Tandatangan :........................................... Cop Rasmi Syarikat :

Nama :……………………………..

Jawatan :……………………………..

Tarikh :……………………………..

Page 11: Muat Turun Kenyataan Sebut Harga

11

JADUAL 2

SENARAI JENIS DAN HARGA BAHAN

PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN MENCUCI BANGUNAN DI

PUSAT TAMAN LAUT PULAU TIOMAN, PAHANG

Saya, bagi pihak Syarikat .................................................................................................. yang membuat tawaran dalam sebut harga ini, menawarkan bahan seperti di bawah untuk digunakan dalam perkhidmatan ini:

BIL

JENIS

KUANTITI

JENAMA

KOS

SEBULAN

(RM)

KOS

2 TAHUN

(RM)

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Tandatangan :........................................... Cop Rasmi Syarikat :

Nama :……………………………..

Jawatan :……………………………..

Tarikh :……………………………..

Page 12: Muat Turun Kenyataan Sebut Harga

12

JADUAL 3

UPAH PEKERJA DAN KOS LAIN

1. Bilangan pekerja yang ditawarkan……..orang. (Sila sertakan senarai pekerja). 2. Berikut adalah butiran mengenai upah pekerja serta kos lain. Sila lengkapkan butiran kos ini yang akan diambil kira dalam pertimbangan tawaran ini.

Bil Butir-butir Bayaran Bayaran Sebulan (RM )

Bayaran 1 Tahun (RM)

1 Gaji Pekerja

2 Jumlah Caruman KWSP

3 Jumlah Caruman PERKESO

4 Jumlah Insuran Pekerja

5 Bayaran – bayaran lain

(Nyatakan)

……………………………………

……………………………………

………………………………….

6 Jumlah bayaran bagi………..(bil) Orang pekerja.

Jumlah bayaran pekerja untuk tempoh satu (1) tahun ialah jumlah wang pukal sebanyak

(dengan perkataan) Ringgit Malaysia : ……………………………….…..….

…………………………………………………………………………………..……………………….

..………………………………………………………………………………………………………….

(RM …………………………………….…..) * Bayaran untuk Jadual 1 sahaja

................................................ ...............................................

(Tandatangan Penyebut harga) (Tandatangan Saksi) Nama : ....................................... Nama : ..................................... No. K/P : ....................................... No. K/P : ..................................... Jawatan : ....................................... Jawatan : ..................................... Cop Syarikat :

Page 13: Muat Turun Kenyataan Sebut Harga

13

JADUAL 4

JADUAL TAWARAN HARGA

PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN KAWASAN DI BANGUNAN PEJABAT TAMAN LAUT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Bil PERKHIDMATAN KERJA-

KERJA PEMBERSIHAN DAN MENCUCI BANGUNAN

HARGA SEBULAN (RM)

HARGA 1 TAHUN (RM)

1 Perkhidmatan Harian

2 Perkhidmatan Mingguan

3 Perkhidmatan Bulanan

Keseluruhan Jumlah Harga Bagi Satu (1) Tahun adalah sebanyak:

…………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………….

(RM …………………………………….…..)

Dengan ini Saya mengesahkan bahawa semua penerangan di atas adalah benar dan

semua harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos yang terlibat dalam

menyempurnakan segala skop perkhidmatan yang diperlukan oleh sebut harga ini.

................................................ ...............................................

(Tandatangan Penyebut harga) (Tandatangan Saksi) Nama : ....................................... Nama : ..................................... No. K/P : ....................................... No. K/P : ..................................... Jawatan : ....................................... Jawatan : ..................................... Cop Syarikat :