doa majlis restu pelajar pmr spm edisi sendiri

3
DOA MAJLIS RESTU PELAJAR PMR SPM ِ مْ يِ حَ ّ ر ل اِ نَ مْ حَ ّ ر ل اِ له ل اِ مْ سِ ب . َ نْ يِ عَ مْ حَ اِ هِ ابَ حْ صَ اَ وِ هِ ل# ى اَ لَ عَ وٍ دَ ّ مَ حُ م اَ . نِ دِ ّ يَ س ىَ لَ عُ مَ لاَ ّ س ل اَ وُ 7 ةَ لاَ ّ ص ل اَ Ya Allah , Ya Rahman , Ya Rahim , Setinggi kesyukuran kami ucapkan kepada-Mu kerana mengurniakan kami kesihatan jasad, kewarasan akal, ketinggian minda dan keimanan yang mantap terhadap setiap rukun dan sendi dalam ajaran-Mu. Kami juga bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana memberi peluang kepada kami menuntut ilmu serta berkesempatan bergaul dengan para guru dan cendekiawan yang sudi mencurah pengetahuan, pengalaman dan didikan untuk kami mencorakkan masa depan. . Sesungguhnya kami sedar Ya Allah, nikmat ilmu dan pendidikan bukan sekadar untuk meraih kejayaan dalam peperiksaan, malah yang lebih penting membentuk pemikiran yang sihat, daya intelektual yang mengakui kekuasaan Allah serta akhlak mulia yang menjunjung kemuliaan budi pekerti. Sesungguhnya kami sedar Ya Allah, nikmat ilmu dan pendidikan bukan sekadar untuk meraih kejayaan dalam peperiksaan, malah yang lebih penting membentuk pemikiran yang sihat, daya wawasan mantap yang mengakui tunduk patuh kepada kekuasaan-Mu serta akhlak mulia yang menjunjung kemuliaan insan. Ya ‘Aziz Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid , Sesungguhnya kami dilahirkan dalam keadaan jahil dan lemah. Namun dengan berkat dan kasih sayangMu Engkau berikan ilmu dan kekuatan. Dengan murni kasih guru kami menjadi pelajar yang mengenal kehidupan. Ya Allah, kami memohon padaMu, keluarkanlah kami dari kegelapan kejahilan. Muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman dan bukakanlah hati kami dengan makrifah ilmu serta sinarilah hati-hati kami dengan cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau sinari bumiMu ini dengan cahaya matahari sepanjang zaman. Ya Allah, kami berlindung padaMu dari rundungan kesedihan dan dukacita. Kami berlindung padaMu dari sifat lemah dan malas. Kami berlindung padaMu dari sifat bacul dan kedekut. Kami berlindung padaMu dari tekanan hidup dan penindasan orang yang zalim. Ya Allah , Ya Mudabbiral amri,

Upload: ubah-hilmi

Post on 01-Jan-2016

521 views

Category:

Documents


52 download

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Majlis Restu Pelajar Pmr Spm Edisi Sendiri

DOA MAJLIS RESTU PELAJAR PMR SPM

ي�م� ح� م�ن� الر� ح� م� الله� الر� ب�س�

د� و�ع�ل�ى آل�ه� م� ي�د�ن�ا م�ح� ال�م� ع�ل�ى س� ال�ة و�الس� .و�الص�

. ع�ي�ن� م� اب�ه� أ�ج� ح� ص�أ� و�

Ya Allah , Ya Rahman , Ya Rahim ,Setinggi kesyukuran kami ucapkan kepada-Mu kerana mengurniakan kami kesihatan jasad, kewarasan akal, ketinggian minda dan keimanan yang mantap terhadap setiap rukun dan sendi dalam ajaran-Mu. Kami juga bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana memberi peluang kepada kami menuntut ilmu serta berkesempatan bergaul dengan para guru dan cendekiawan yang sudi mencurah pengetahuan, pengalaman dan didikan untuk kami mencorakkan masa depan. .

Sesungguhnya kami sedar Ya Allah, nikmat ilmu dan pendidikan bukan sekadar untuk meraih kejayaan dalam peperiksaan, malah yang lebih penting membentuk pemikiran yang sihat, daya intelektual yang mengakui kekuasaan Allah serta akhlak mulia yang menjunjung kemuliaan budi pekerti.Sesungguhnya kami sedar Ya Allah, nikmat ilmu dan pendidikan bukan sekadar untuk meraih kejayaan dalam peperiksaan, malah yang lebih penting membentuk pemikiran yang sihat, daya wawasan mantap yang mengakui tunduk patuh kepada kekuasaan-Mu serta akhlak mulia yang menjunjung kemuliaan insan.

Ya ‘Aziz Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,Sesungguhnya kami dilahirkan dalam keadaan jahil dan lemah. Namun dengan berkat dan kasih sayangMu Engkau berikan ilmu dan kekuatan. Dengan murni kasih guru kami menjadi pelajar yang mengenal kehidupan.Ya Allah, kami memohon padaMu, keluarkanlah kami dari kegelapan kejahilan. Muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman dan bukakanlah hati kami dengan makrifah ilmu serta sinarilah hati-hati kami dengan cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau sinari bumiMu ini dengan cahaya matahari sepanjang zaman.

Ya Allah,kami berlindung padaMu dari rundungan kesedihan dan dukacita. Kami berlindung padaMu dari sifat lemah dan malas. Kami berlindung padaMu dari sifat bacul dan kedekut. Kami berlindung padaMu dari tekanan hidup dan penindasan orang yang zalim.

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri,Sesungguhnya Engkau Maha Tahu Ya Allah, kami insan yang lemah yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Kami sering terpedaya dengan bujukan hawa nafsu dan keseronokan yang melalaikan. Kami sering terpengaruh dengan akhlak buruk, mengabaikan tugas menuntut ilmu serta melakukan sikap yang mengundang kemurkaanMu akibat tidak menghormati guru, ibubapa dan orang yang mendidik kami. Kami memohon padaMu, kami merayu padaMu, kami sujud dan tunduk memohon rahim dan belas kasihMu ya Allah. Janganlah kami diazab sebelum terlebih dahulu memberi peluang kami untuk bertaubat dan memohon restu dari mereka yang telah berjasa kepada kami. Kurniakanlah kami kesedaran dan keinsafan yang sebenarnya bagi membuktikan keazaman kami untuk mengubah diri kami dan sebagai menghargai pengorbanan guru dan para pendidik kami.

Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,Pada saat dan detik ini, kami tadahkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar sentiasa mendidik kami dengan sifat rendah diri dan bersyukur serta menghargai budi dan jasa para pembimbing, guru dan warga sekolah kami.

Page 2: Doa Majlis Restu Pelajar Pmr Spm Edisi Sendiri

Tanpa mereka kami tidak mungkin mencapai tahap pendidikan seperti hari ini. Tanpa ilmu dan didikan kesopanan tidak mungkin kami menjadi manusia yang bakal membina tamaddun dan peradaban. Tanpa penghormatan dan penghargaan terima kasih kepada para guru tidak mungkin kami mampu meraih keberkatan hidup dan rahmat kebahagiaan. Tanpa restu dan kasih sayang para guru tidak mungkin kami mengecap nikmat keredhaanMu ya Allah.

Ya Allah, ya Rahim wa ya Ghaffar, Kami akan menghadapi peperiksaan penting yang akan memberi kesan kepada kesinambungan fasa kehidupan kami seterusnya. Kejayaan kami akan memberi dorongan motivasi untuk kami melangkah terus kehadapan. Kegagalan kami akan merencatkan psikologi dan iltizam kami untuk mencapai kecemerlangan.

Kami pohon redhaMu Ya Allah. Kami mohon restu para pendidik, guru dan pembimbing kami Ya Allah. Kami dambakan kerelaan dan tadahan doa ibubapa dan rakan-rakan kami Ya Allah. Berikanlah kejayaan kepada kami Ya Allah. Kurniakanlah kami kecemerlangan Ya Allah. Anugerahkanlah kami kedudukan yang tinggi dan dimuliakan di dunia dan akhirat Ya Allah. Yang lebih penting Ya Allah, kami memohon agar segala pencapaian kami ini akan dinilai mulia di sisiMu. Engkau jadikanlah segala usaha kami dan pengorbanan mereka yang mendidik kami sebagai amal ibadah ikhlas yang diterima di sisi Mu Ya Allah.

Ya Allah, Ya MuhaiminوKami redha atas keputusanMu Ya Allah. Kami redha dengan segala ketentuanMu Ya Rahman. Kami redha dengan segala qadha dan qadarMu Ya Rahim. Kami yakin segala keputusanMu adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan kami di dunia dan akhirat.

TakdirMu adalah untuk membawa kami kepada keredhaanMu. Namun kelalaian dan kelemahan kamilah yang merosakkan kami dan menjauhkan kami dari rahmatMu.

Oleh itu kasihanilah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada setiap hamba-hambaMu.

Ya Allah, Engkau kurniakanlah rahmat dan kasih sayangMu kepada semua guru-guru yang telah mendidik, mengajar dan membimbing kami. Engkau kurniakanlah juga kepada ahli keluarga dan sahabat handai mereka kejayaan, ketenangan dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Muliakanlah para guru kami Ya Allah. Kurniakanlah kedudukan yang terpuji dan Engkau redhai kepada mereka yang telah menyebarkan ilmuMu Ya Allah.

Redhailah mereka Ya Allah dan janganlah Engkau hina atau buka keaiban mereka Ya Allah. Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Mendengar doa dan rintihan para hambaMu.

Ya Allah, jadikanlah kehidupan kami awalnya rahmat, pertengahannya keberkatan dan pengakhirannya pengampunan dosa serta masukkanlah kami di dalam syurga.   Ya Allah, penuhkanlah sisa-sia hidup kami dengan ibadah dan golongkanlah kami di kalangan mereka yang suka membuat kebajikan.

ة� ر� ن�ة و�ف�ي األخ((� ا ف�ي ال((د1ن�ي�ا ح�س((� ا ء�ات�ن((� ب�ن((� ر�ل�ى الل((ه� ع�ل�ى ار و�ص((� ذ�اب� الن((� ا ع((� ن((� ن�ة و�ق� س� ح�د� م((� ال�ح� ل�م� ، و� ب�ه� و�س(� ح� ه� و�ص(� د� و�ع�ل�ى ء�ال(� م((� م�ح�

ي�ن� ب� الع�ال�م�  ل�ل�ه� ر�