doa anugerah perkhidmatan cemerlang ppd saratok 2015

3

Click here to load reader

Upload: ally-hk

Post on 09-Nov-2015

125 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

Tajuk atau aktiviti , tempat boleh diubah mengikut kesesuaian

TRANSCRIPT

DOA MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

PPD Saratok 2015. ,

Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan turut serta dalam Malam Apresiasi Sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014,peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Saratok.

Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu.Tidak lupa juga kepada pemimpin-pemimpin dan ketua kami, serta semua pegawai dan kakitangan yang sentiasa menyumbang khidmat , menabur bakti mereka dalam bidang pendidikan di Daerah Saratok.

Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, samada dalam bidang pengurusan mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Jadikanlah mereka yang bakal menerima sijil penganugerahan pada hari ini sebagai hamba-hamba Mu yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pegawai atau kakitangan yang sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun, untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka, dalam bidang perkhidmatan pendidikan, serta mempunyai peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan, agar majlis anugerah ini akan menjadi dorongan dan galakkan kepada pegawai dan kakitangan yang lain, supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi memartabatkan pendidikan di negeri Sarawak khasnya,

dan di Malaysia amnya.

Ya Allah Jadikanlah kami warga pendidikan Daerah Saratok yang dianugerahi dengan kebaikan di dunia dan akhirat yang mana ;

Jika kami ada kami disayangi

Jika kami tiada kami dicari

Jika kami berkata kami didengari

Jika kami menasihat kami dituruti

Jika kami berbuat kebaikan kami diteladani

Jika kami berbuat kebajikan kami diganjari

Jika kami berbuat kesalahan kami diampuni

Jika kami datang kami dirai

Jika kami pergi kami dirindui

Kami hidup kami berbakti

Dan jika kami mati, kami dirahmati , kami diredhai dan kami dikenangi.