disleksia

2
Menurut Persatuan Disleksia Antarabangsa, disleksia merujuk aspek kesukaran membaca. Kegagalan membaca terjadi kerana mereka tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang bertulis, sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan. Individu disleksia berfikiran multidimensi, iaitu mempunyai intuisi yang kuat dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Mereka sangat cemerlang dalam aktiviti belajar dan melakukan , tetapi agak sukar untuk berhadapan dengan angka, nombor, simbol dan perkataan. Menurut Gupta, terdapat dua juta kes disleksia di seluruh Malaysia, iaitu 25 peratus daripada populasinya melibatkan pelajar sekolah. Walau bagaimanapun, melalui sistem pembelajaran yang betul, tidak mustahil pelajar disleksia berpotensi untuk berjaya. Banyak individu disleksia yang berjaya dan telah mencipta nama, antaranya termasuklah Albert Einstein, Henry Ford, Walt Disney dan Leonardo Da Vinci. Menururt Mercer (1997), Hammond dan Hughes (1996), serta Spaafford dan Grosser (1996), antara punca yang menyebabkan disleksia termasuklah keturunan atau genetik . Kajian telah membuktikan bahawa disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diwarisi secara turun- temurun. Dalam kebanyakan kes, didapati ada ahli keluarga mengalami masalah yang sama, cuma yang membezakan mereka hanyalah tahap keseriusannya. Selain itu, disleksia juga disebabkan oleh faktor biologi . Biasanya, kanak-kanak disleksia dilahirkan tidak cukup bulan atau pramatang, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Sejarah inilah yang menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan kanak-kanak. Kerosakan pada otak semasa dilahirkan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah pembelajaran. Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya. Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan. Ciri-ciri Penghidap Disleksia Terdapat beberapa ciri penghidap Disleksia antaranya ialah:- Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf "b" dianggap "d". Kekerapan penghidap Disleksia selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi yang tidak cukup bulan. Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa. Punca Disleksia Terdapat beberapa punca berlakunya gangguan Disleksia antaranya ialah:

Upload: salasiah-hassan-bahari

Post on 29-Jul-2015

104 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Disleksia

Menurut Persatuan Disleksia Antarabangsa, disleksia merujuk aspek kesukaran membaca. Kegagalan membaca terjadi kerana mereka tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang bertulis, sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan. Individu disleksia berfikiran multidimensi, iaitu mempunyai intuisi yang kuat dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Mereka sangat cemerlang dalam aktiviti “belajar dan melakukan”, tetapi agak sukar untuk berhadapan dengan angka, nombor, simbol dan perkataan. Menurut Gupta, terdapat dua juta kes disleksia di seluruh Malaysia, iaitu 25 peratus daripada populasinya melibatkan pelajar sekolah. Walau bagaimanapun, melalui sistem pembelajaran yang betul, tidak mustahil pelajar disleksia berpotensi untuk berjaya. Banyak individu disleksia yang berjaya dan telah mencipta nama, antaranya termasuklah Albert Einstein, Henry Ford, Walt Disney dan Leonardo Da Vinci.

Menururt Mercer (1997), Hammond dan Hughes (1996), serta Spaafford dan Grosser (1996), antara punca yang menyebabkan disleksia termasuklah “keturunan” atau “genetik”. Kajian telah membuktikan bahawa disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diwarisi secara turun-temurun. Dalam kebanyakan kes, didapati ada ahli keluarga mengalami masalah yang sama, cuma yang membezakan mereka hanyalah tahap keseriusannya.

Selain itu, disleksia juga disebabkan oleh faktor “biologi”. Biasanya, kanak-kanak disleksia dilahirkan tidak cukup bulan atau pramatang, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Sejarah inilah yang menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan kanak-kanak. Kerosakan pada otak semasa dilahirkan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah pembelajaran.

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.

Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.

 

 

Ciri-ciri Penghidap DisleksiaTerdapat beberapa ciri penghidap Disleksia antaranya ialah:-

Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang

kurang kemas Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf "b" dianggap "d". Kekerapan penghidap Disleksia selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi yang tidak cukup

bulan. Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.

 

Punca DisleksiaTerdapat beberapa punca berlakunya gangguan Disleksia antaranya ialah:

Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap Disleksia

Page 2: Disleksia

dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan.

Selain itu, kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap Disleksia adalah dari latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.