kejayaan aktiviti rantaian pasar jualan langsung ja ochi ... file38 | dimensikoop | dimensikoop...

6
37 | Disember 2013 Bil. 42 | Berdasarkan statistik tahun 2012, jumlah anggota koperasi JA Ochi-Imabari ini adalah seramai 28,647 orang. Pecahan daripada jumlah ini adalah seperti jadual 1 di bawah. Jumlah modal saham terkumpul yang dilaburkan oleh anggota koperasi ini adalah sebanyak ¥6,828,987,000 (RM266,330,493.00). Jumlah pegawai koperasi ini pula adalah seramai 32 Mohd Nusi Abdul Rahman – Institut Koperasi Malaysia (iCOOP) Mohd Shahron Anuar Said – Pusat Perakaunan dan Kewangan Frank-Meol Abdullah – Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak orang, manakala jumlah kakitangan tetap adalah seramai 539 orang. Selain daripada pegawai dan kakitangan tetap sepenuh masa, koperasi ini juga mengupah seramai 290 orang pekerja sementara sepenuh masa bagi melancarkan perjalanan aktiviti operasi koperasi. Jadual 2 di bawah menunjukkan pecahan bilangan pegawai dan kakitangan JA Ochi-Imabari. kejayaan aktiviti rantaian pasar jualan langsung ja ochi- imabari Prestasi Perniagaan JA Ochi- Imabari JA Ochi-Imabari menjalankan pelbagai aktiviti seperti kredit, simpanan, deposit, pelaburan dalam sekuriti, insuran, pengeluaran bahan, jualan barangan pengguna, pemasaran buah- buahan, sayur-sayuran, produk ternakan dan lain-lain produk. Latar belakang JA Ochi-Imabari JA OCHI-IMABARI merupakan sebuah koperasi yang wujud hasil dari penggabungan 14 koperasi pertanian dalam daerah Imabari di bahagian Toyo wilayah Ehime, Jepun. Koperasi yang ditubuhkan pada April 1997 ini beribu pejabat di bandar Imabari dan mempunyai beberapa cawangan dan subsidiari yang beroperasi untuk melaksanakan aktiviti pentadbiran dan perniagaan. koperasi ja ochi-imabari

Upload: nguyendieu

Post on 30-Jun-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kejayaan aktiviti rantaian pasar jualan langsung ja ochi ... file38 | DimensiKOOP | DIMENSIKOOP %JTFNCFS t #JM Jadual 2: Bilangan Pegawai dan Kakitangan JA Ochi-Imabari Kategori Pegawai

37 | Disember 2013 Bil. 42 |

Berdasarkan statistik tahun 2012, jumlah anggota koperasi JA Ochi-Imabari ini adalah seramai 28,647 orang. Pecahan daripada jumlah ini adalah seperti jadual 1 di bawah.

Jumlah modal saham terkumpul yang dilaburkan oleh anggota koperasi ini adalah sebanyak ¥6,828,987,000 (RM266,330,493.00). Jumlah pegawai koperasi ini pula adalah seramai 32

Mohd Nusi Abdul Rahman – Institut Koperasi Malaysia (iCOOP)Mohd Shahron Anuar Said – Pusat Perakaunan dan Kewangan

Frank-Meol Abdullah – Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak

orang, manakala jumlah kakitangan tetap adalah seramai 539 orang. Selain daripada pegawai dan kakitangan tetap sepenuh masa, koperasi ini juga mengupah seramai 290 orang pekerja sementara sepenuh masa bagi melancarkan perjalanan aktiviti operasi koperasi. Jadual 2 di bawah menunjukkan pecahan bilangan pegawai dan kakitangan JA Ochi-Imabari.

kejayaan aktiviti rantaian

pasar jualan langsung ja ochi- imabari

Prestasi Perniagaan JA Ochi-Imabari

JA Ochi-Imabari menjalankan pelbagai aktiviti seperti kredit, simpanan, deposit, pelaburan dalam sekuriti, insuran, pengeluaran bahan, jualan barangan pengguna, pemasaran buah-buahan, sayur-sayuran, produk ternakan dan lain-lain produk.

Latar belakang JA Ochi-Imabari

JA OCHI-IMABARI merupakan sebuah koperasi yang wujud hasil dari penggabungan 14 koperasi pertanian dalam daerah Imabari di bahagian Toyo wilayah Ehime, Jepun. Koperasi yang

ditubuhkan pada April 1997 ini beribu pejabat di bandar Imabari dan mempunyai beberapa cawangan dan subsidiari yang beroperasi untuk melaksanakan aktiviti pentadbiran dan perniagaan.

koperasi ja ochi-imabari

Page 2: kejayaan aktiviti rantaian pasar jualan langsung ja ochi ... file38 | DimensiKOOP | DIMENSIKOOP %JTFNCFS t #JM Jadual 2: Bilangan Pegawai dan Kakitangan JA Ochi-Imabari Kategori Pegawai

38 | DimensiKOOP |

DIMENSIKOOP

Jadual 2: Bilangan Pegawai dan Kakitangan JA Ochi-Imabari

Kategori Pegawai Lelaki Perempuan Jumlah

‘Business Management Commission’ 21 2 23

Pengarah 4 0 4

Juruaudit 4 1 5

Jumlah Pegawai 29 3 32

Kategori Kakitangan Lelaki Perempuan Jumlah

Kakitangan biasa 363 143 506

Pembimbing Ladang 31 2 33

Pembimbing ‘Better Living’ 0 0 0

Jumlah Kakitangan 394 145 539Sumber koperasi 1 April 2012

Jadual 3: Nilai Keuntungan Mengikut Tahun

Keuntungan FY 2007 FY 2008 FY 2009 FY 2010 FY 2011

¥264,029,000(RM10,297,131)

¥270,484,000(RM10,548,876)

¥326,810,000(RM12,745,590)

¥405,604,000(RM15,818,556)

¥434,546,000(RM16,947,294)

Sumber koperasi 1 April 2012 (Kadar tukaran ¥100=RM39.00)

Jadual 1: Keanggotaan dan Kakitangan JA Ochi-Imabari

Jenis Anggota Bilangan Anggota

Biasa 11,636

Bersekutu 17,011

Jumlah 28,647Sumber koperasi 1 April 2012

Berdasarkan peningkatan keuntungan yang diperolehi dari tahun 2007 ke tahun 2011 seperti jadual 3, prestasi koperasi ini boleh dikategorikan sebagai sangat memuaskan. Peningkatan keuntungan ini menunjukkan komitmen koperasi untuk terus meningkatkan prestasi perniagaannya ke tahap yang lebih baik, di samping tidak mengabaikan manfaat yang perlu ditawarkan kepada anggotanya.

Pasar Jualan Langsung JA Ochi-Imabari

Pasar Jualan Langsung JA Ochi-Imabari telah dibuka pada tahun 2007 dengan mengambil inisiatif untuk memudahkan pemasaran produk pertanian anggotanya. Pasar jualan langsung ini juga dikenali dengan nama ‘Saisaikiteya’. Ia merupakan pasar jualan langsung produk pertanian terbesar di Jepun yang terletak di Nakadera, bandar Imabari.

Kewujudan pasar jualan langsung ini dapat memudahkan pengguna dan masyarakat setempat mendapatkan barang kegunaan harian dan seterusnya dapat mempromosikan sektor pertanian serantau dengan menggalakkan “Pengeluaran Tempatan bagi Penggunaan Tempatan (Local Production for Local Consumption)”. Bagi mancapai standard kualiti produk pertanian yang baik, JA Ochi-Imabari tidak mengetepikan aspek khidmat sokongan kepada petani seperti bimbingan ladang, latihan teknikal

Page 3: kejayaan aktiviti rantaian pasar jualan langsung ja ochi ... file38 | DimensiKOOP | DIMENSIKOOP %JTFNCFS t #JM Jadual 2: Bilangan Pegawai dan Kakitangan JA Ochi-Imabari Kategori Pegawai

39 | Disember 2013 Bil. 42 |

penggunaan teknologi baru dan kaedah pemasaran.

Konsep dan Objektif Perniagaan

Berpunca daripada kebimbangan dan kecurigaan pengguna yang semakin meningkat tentang keselamatan produk makanan, maka konsep perniagaan berasaskan slogan “Pengeluaran Tempatan bagi Penggunaan Tempatan” (Local Production for Local Consumption) telah diperkenalkan. Melalui kaedah sebegini, koperasi dapat memasarkan produk pertanian tempatan yang segar, selamat dan menjamin bekalan makanan yang stabil di pasar jualan langsung ini.

Secara tidak langsung, pasar jualan langsung ini juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran dan penggunaan produk tempatan ke tahap yang lebih tinggi, dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan pertanian petani yang merupakan anggota koperasi ini.

Dalam usaha membangunkan perniagaan dengan lebih baik dan terus berkembang, pengurangan jarak fizikal dan psikologi antara pengeluar dan pengguna perlu dititikberatkan. Maka pasar jualan langsung ini memainkan peranan yang penting sebagai perantara yang dapat meneruskan aktiviti bersemuka antara pihak pengeluar dan pengguna.

Bagi petani yang ingin memasarkan produk pertaniannya di pasar jualan langsung ini, petani hanya perlu membayar yuran tahunan sebanyak ¥2,000 dan menandatangani perjanjian di antara petani dan koperasi. Oleh demikian, petani perlu sentiasa mematuhi peraturan asas yang ditetapkan oleh koperasi untuk memasarkan produk di pasar jualan langsung ini, iaitu:

• Menjadi anggota koperasi JA Ochi-Imabari

• Menghantar produk sebelum pukul 8.30 pagi

• Setiap produk perlu mempunyai bar kod dan tanda harga

• Setiap produk perlu mempunyai rekod tahap penggunaan bahan kimia

Penggunaan bar kod memudahkan koperasi dapat mengetahui nama petani yang bertanggungjawab kepada produk tersebut. Maklumat status jualan produk pertanian petani akan sentiasa dikemaskini melalui emel atau khidmat pesanan ringkas yang akan dihantar kepada petani. Maka, petani akan mengetahui berapa banyak produk yang terjual dan berapa banyak baki produk yang tinggal dan seterusnya dapat merancang kuantiti penghantaran produknya untuk keesokkan hari. Koperasi mengenakan caj komisen kepada petani sebanyak 15% daripada hasil jualan produk mereka.

Kemudahan Pasar Jualan Langsung dan Kemudahan Lain

Pelbagai kemudahan disediakan di pasar jualan langsung ini untuk memberi keselesaan kepada pengguna mendapatkan produk pertanian dan perkhidmatan yang ditawarkan. Salah satu kemudahan yang disediakan adalah kemudahan tempat letak kereta yang boleh memuatkan kira-kira 270 buah kereta pada satu-satu masa. Selain itu, ruang untuk mempamerkan dan menjual produk pertanian di

Penggunaan label bar kod ke atas produk

dalam pasar jualan langsung ini juga adalah sangat luas dan selesa. Oleh itu, ia berupaya untuk menampung pelbagai produk pertanian tempatan dalam kuantiti yang besar dan seterusnya dapat menjamin bekalan yang stabil dan selamat.

Produk hasil tempatan yang dipasarkan seperti daging lembu, babi dan ayam diperoleh hanya dalam daerah Imabari sahaja dan tidak mengambil produk daging daripada luar. Begitu juga seperti produk beras, koperasi mampu menghasilkan dan menjual beras jenama produk tempatan iaitu ‘Beras Ochiimabari’ untuk keguanaan masyarakat daerah tersebut. Ini adalah kerana koperasi mempunyai sendiri pengilangan beras. Langkah penghasilan dan penggunaan produk tempatan ini bertepatan dengan matlamat koperasi ini iaitu “Pengeluaran Tempatan bagi Penggunaan Tempatan”. Koperasi juga membuka sebuah kafe menjual makanan yang diproses segar seperti menjual roti yang dibakar, jus buah-buahan yang diperah segar dan ais krim. Selain itu, di kafe tersebut turut menjual cenderamata. Kafe ini juga dikenali sebagai “Saisai Cafe”. Kumpulan sasaran utama ”Saisai Cafe” ini adalah

Page 4: kejayaan aktiviti rantaian pasar jualan langsung ja ochi ... file38 | DimensiKOOP | DIMENSIKOOP %JTFNCFS t #JM Jadual 2: Bilangan Pegawai dan Kakitangan JA Ochi-Imabari Kategori Pegawai

40 | DimensiKOOP |

DIMENSIKOOP

perempuan muda yang masih bujang kerana golongan ini lebih menggemari makanan yang ringan dan suasana santai. Dalam menggalakkan “Pengeluaran Tempatan bagi Penggunaan Tempatan”, barang makanan diproses menggunakan produk pertanian tempatan sahaja. Oleh itu, pelanggan-pelanggan dapat menikmati produk yang selamat dan segar.

Sebuah restoran yang dikenali “Saisai restaurant” pula dibuka dalam kawasan pasar jualan langsung ini untuk kemudahan pelangannya. Dengan slogan mengutamakan produk tempatan, restoran ini juga hanya menggunakan bahan-bahan tempatan untuk penyediaan menunya supaya pelanggan akan menikmati produk makanan yang selamat, segar dan sedap. Ini seterusnya akan menggalakkan pelanggan untuk lebih menyukai makanan tempatan.

Selain aspek perniagaan, koperasi ini juga menekankan aspek pendidikan dan latihan. Di kawasan pasar jualan langsung ini juga disediakan dua buah bilik sebagai

bahagian hadapan pasar jualan langsung ja ochi-imabari

tempat latihan dan bimbingan. Tempat latihan ini digunakan untuk petani dan pengusaha untuk mendapatkan bimbingan, nasihat dan kursus seperti teknikal, pemasaran, praktikal pertanian, peningkatan pengeluaran produk dan pelbagai lagi. Dengan cara ini, secara tidak langsung akan menambah nilai proses pengeluaran produk tempatan mengikut standard yang ditetapkan, di samping ia menekankan keselamatan produk tersebut.

Bagi meningkat kemahiran dan kepakaran penduduk setempat, koperasi juga menyediakan ruang studio memasak. Studio ini direka untuk memberi latihan dan pendidikan memasak secara praktikal kepada penduduk tempatan dan juga pelajar sekolah. Koperasi ini dari semasa ke semasa menganjurkan kelas memasak yang mengajar resipi turun temurun, resepi baru dan resepi keluarga dengan menggunakan produk tempatan.

Bagi menjamin bekalan produk yang bermutu dan selamat, sebuah makmal ujikaji telah dibina dalam kawasan pasar jualan langsung ini. Produk pertanian yang dibekalkan oleh petani akan diujikaji tahap penggunaan bahan kimia terlebih dahulu. Produk yang tidak melepasi tahap piawai bahan kimia yang ditetapkan tidak akan dibenarkan untuk dijual di pasar jualan langsung tersebut. Ujikaji produk pertanian ini akan dibuat secara rawak ataupun sekiranya terdapat aduan khas berkenaan sesuatu produk atau pengusaha tertentu yang

disyaki menggunakan bahan kimia yang melebihi had yang dibenarkan.

Bagi memanfaatkan bahan buangan pertanian, koperasi ini menggunakan teknologi untuk kitar semula bahan buangan seperti sayuran buangan menjadi produk yang mempunyai nilai seperti serbuk serbaguna. Serbuk yang dihasilkan dapat digunakan untuk menghasilkan kek atau manisan perasa sayur tertentu ataupun digunakan dalam

masakan. Di samping itu, koperasi juga menjalinkan kerjasama dengan pemilik industri asas dan industri pertengahan bagi menambah nilai produk pertanian melalui penyelidikan yang dijalankannya dari semasa ke semasa.

Kemudahan di Sekitar Pasar Jualan Langsung

Bagi meningkatkan pengeluaran produk pertanian petani, sebuah ladang telah dibangunkan sebagai tempat penyelidikan tanaman, pembangunan teknologi peralatan pertanian dan anak benih baru sebelum diperkenalkan kepada petani. Selain itu, ladang ini juga menjadi tempat untuk memberi latihan dan bimbingan kepada petani dalam usaha untuk meningkatkan hasil tanamannya. Tempat ini juga berfungsi untuk menunjukkan kepada pembeli dan pengguna bahawa teknologi yang digunakan adalah selamat dan boleh dipercayai, serta dapat membantu mereka memahami bidang pertanian dengan lebih baik.

Selain itu, sebuah ‘Community Farmland’ juga telah diwujudkan oleh koperasi bagi membolehkan penduduk setempat yang tidak terlibat di dalam aktiviti pertanian untuk merasai pengalaman bertani. Melalui pengalaman bertani ini, penduduk setempat diharap akan lebih menghargai hasil pertanian yang dibeli dan memberi mereka ketenangan melalui hubungan dengan tanah dan alam.

Koperasi juga telah mewujudkan kawasan pertanian sawah padi bagi membolehkan pelajar sekolah rendah terlibat di dalam aktiviti penanaman padi dan memupuk semangat bertani daripada kecil. Pelajar sekolah rendah ini akan merasai sendiri pengalaman bersawah padi dan mempelajari kepentingan pertanian.

Cabaran-cabaran yang dihadapi

Kebanyakan koperasi pertanian di Jepun menghadapi masalah kekurangan pelapis untuk menjadi petani. Majoriti

Page 5: kejayaan aktiviti rantaian pasar jualan langsung ja ochi ... file38 | DimensiKOOP | DIMENSIKOOP %JTFNCFS t #JM Jadual 2: Bilangan Pegawai dan Kakitangan JA Ochi-Imabari Kategori Pegawai

41 | Disember 2013 Bil. 42 |

petani yang merupakan anggota koperasi sudah lanjut usia. Akibat daripada masalah tersebut, koperasi terpaksa berhadapan dengan beberapa masalah antaranya hasil keluaran pertanian yang semakin menurun yang kesan akhirnya menyebabkan kekurangan sumber bekalan kepada pasar jualan langsung. Di samping itu, ia juga memberi kesan kepada jumlah keanggotaan yang semakin berkurang dan kekurangan generasi pelapis. Selain itu, koperasi juga menghadapi persaingan dari koperasi lain, syarikat atau orang tengah. Permintaan

suasana di dalam pasar jualan langsung ja ochi-imabari

yang tinggi terhadap hasil pertanian menyebabkan koperasi lain, syarikat atau orang tengah menawarkan harga yang lebih baik kepada petani. Perkara tersebut menyebabkan segelintir petani lebih berminat untuk menjual hasil pertanian mereka kepada koperasi lain, syarikat ataupun kepada orang tengah yang menawarkan harga yang lebih tinggi. Menyedari perkara tersebut, koperasi pada waktu yang sama perlu sentiasa peka dengan harga jualan semasa dan membeli pada harga yang lebih kompetitif.

Faktor-Faktor Kejayaan

Kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa adanya usaha gigih dan idea yang bernas. Penggunaan teknologi terkini dapat melancarkan aktiviti perniagaan koperasi. Koperasi telah memperkenalkan sistem kemasukan dan kemaskini stok secara dalam talian bagi memudahkan petani mengetahui status stok produk pertanian mereka. Penggunaan sistem ini membantu koperasi menjimatkan kos pengambilan kakitangan selain memastikan produk pertanian yang dijual sentiasa berada dalam keadaan segar.

Koperasi turut menyediakan kawasan ladang untuk membuat penyelidikan dan pembangunan teknologi peralatan pertanian serta anak benih baru sebelum diperkenalkan kepada petani. Petani digalakkan menggunakan teknologi terkini yang terbukti berjaya bagi meningkatkan hasil pengeluaran selain memastikan hasil pertanian yang selamat dan berdaya tahan.

Selain itu, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) merupakan pemangkin kepada kejayaan sesebuah perniagaan untuk tempoh jangka masa yang panjang. Oleh itu, koperasi sentiasa membuat penyelidikan dan pembangunan yang bukan sahaja di dalam teknologi dan benih untuk pertanian, bahkan juga dari segi kawalan kualiti dan pembangunan produk baru berasaskan produk mentah

kaunter jualan di kafe

Page 6: kejayaan aktiviti rantaian pasar jualan langsung ja ochi ... file38 | DimensiKOOP | DIMENSIKOOP %JTFNCFS t #JM Jadual 2: Bilangan Pegawai dan Kakitangan JA Ochi-Imabari Kategori Pegawai

42 | DimensiKOOP |

DIMENSIKOOP

yang dimiliki oleh koperasi. Antara hasil penyelidikan dan pembangunan koperasi yang kini menjadi cabang kepada perniagaan koperasi adalah penukaran sayur mentah buangan kepada serbuk serbaguna bagi mengelakkan pembaziran selain memastikan produk anggota tidak menjadi bahan terbuang akibat daripada lebihan, serta menggunakan hasil pertanian tempatan untuk menghasilkan jem.

makmal ujikaji koperasi

Rujukan

Kajian kes: Kisah Kejayaan JA Ochi-Imabari.Dicapai pada Mac 15,2013 daripada http://www.ja-ochiima.or.jp/saisai

Kajian kes: Kisah Kejayaan JA Ochi-Imabari.Dicapai pada Mac 15,2013 daripada Mac 15,2013 from http://www.saisaikiteya.com

Temuduga bersama Kepimpinan dan Pengurusan atasan JA Ochi-Imabari

Nota kursus: Background Information for Study Visit in Ehime Prefecture Agricultural Cooperatives in Japan

Kejayaan sesebuah koperasi bergantung kepada hubungan dan sokongan kuat yang berterusan di antara anggota dan koperasi tersebut. Kerjasama yang kukuh ini dapat dilihat melalui transaksi perniagaan di antara anggota dan koperasi, di mana hampir 98% anggota memilih untuk menjual hasil keluaran mereka seperti sayur-sayuran, padi, ternakan, perikanan dan bunga-bungaan kepada koperasi.

Kesimpulan

Pasar Jualan Langsung JA Ochi-Imabari menunjukkan prestasi perniagaan yang baik. Kewujudan rantaian kemudahan sampingan merupakan idea yang berkesan dan ditambah dengan penerapan slogan “Pengeluaran Tempatan bagi Penggunaan Tempatan (Local Production for Local Consumption)”. Konsep perniagaan yang mengutamakan produk tempatan sangat diterima baik oleh penduduk setempat melalui kesedaran yang semakin meningkat tentang kesegaran dan keselamatan produk makanan.

Walaupun pasar jualan langsung JA Ochi-Imabari merupakan pasar jualan langsung produk pertanian terbesar di Jepun, namun kejayaan koperasi ini tidak diperoleh dengan cara yang mudah. Kejayaan yang dikecapi sekarang adalah disokong oleh faktor kesungguhan usaha dan keberkesanan idea kepimpinan pengurusan Pasar Jualan Langsung JA Ochi-Imabari.