kejayaan koperasi - mkm.edu.my · pdf filedalam senarai 100 koperasi ... nama bestari jaya)....

6
DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia 15 NEGARA SUMBANGAN KEPADA KDNK % Tahun EROPAH Switzerland Peranchis Jerman Scotland 16.4 9.0 5.0 4.2 2006 2006 2006 2007 SANDINAVIA Finland Sweden Netherland Denmark 21.2 13.0 12.0 7.0 2006 2006 2006 2006 AMERIKA SELATAN Colombia Argentina 5.6 6.0 2007 2006 ASIA PASIFIK New Zealand Australia 22.0 4.7 2007 2005 ASEAN Vietnam 8.6 2007 (sumber: Visi, Misi Suruhanjaya Koperasi Malaysia) Kejayaan Koperasi MENJANA EKONOMI RAKYAT MELALUI TRANSFORMASI Oleh | Rahimah Abd. Samad Pusat Keusahawanan Koperasi dan Peruncitan, MKM dalam senarai 100 koperasi terbaik Malaysia boleh dianggap telah berjaya meningkatkan taraf kehidupan anggotanya. Malahan gerakan koperasi juga mampu untuk menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar seperti Jepun, Sweden dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, gerakan koperasi di Malaysia hanya mampu untuk menyumbang 1% sahaja dari KDNK. Jika negara lain boleh melaksanakannya mengapa koperasi di negara kita tidak? Justeru, seiring dengan Transformasi Ekonomi Negara serta Dasar Koperasi Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke- penggunaan (KPDNKK) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyasarkan menjelang 2013 gerakan koperasi akan dapat memberi sumbangan sebanyak 5% kepada KDNK negara. Secara umumnya koperasi mampu untuk membantu anggota dan masyarakat sekelilingnya dalam mengatasi pelbagai masalah terutamanya dari aspek ekonomi. Ini boleh dibuktikan dengan kejayaan koperasi dalam dan luar negara yang telah mampu meningkatkan pendapatan anggotanya dan keluar dari belenggu kemiskinan. Koperasi- koperasi yang dikategorikan PENDAHULUAN K operasi adalah sebuah organisasi yang dimiliki oleh anggotanya. Matlamat penubuhan sesebuah koperasi adalah untuk mengatasi masalah bersama di kalangan anggota serta membantu meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Sehubungan itu, aktiviti yang dijalankan oleh koperasi adalah untuk memenuhi keperluan dan kehendak anggota. Bagi menjayakan aktiviti tersebut, anggota koperasi akan menyumbang modal untuk memulakan atau menjalankan sesuatu perniagaan. Sebahagian dari anggota yang dilantik akan mentadbir dan menguruskan hal ehwal koperasi dan sekiranya mampu, koperasi boleh melantik orang luar untuk menguruskan hal ehwal perniagaan koperasi. Keuntungan atau lebihan yang diperoleh dari perniagaan koperasi akan disalurkan semula kepada anggota sama ada dalam bentuk wang atau pun dalam bentuk kebajikan. Jadual 1: Sumbangan Koperasi Kepada KPNK Negara-negara Terpilih dimensi.jan.2012.indd 15 5/11/12 9:45 AM

Upload: doanlien

Post on 01-Mar-2018

276 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kejayaan Koperasi - mkm.edu.my · PDF filedalam senarai 100 koperasi ... nama Bestari Jaya). ... Tadika dan pusat jagaan kanak-kanak. Selain daripada memenuhi keperluan

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

15

NEGARA SUMBANGAN KEPADA KDNK

% Tahun

EROPAH

• Switzerland• Peranchis• Jerman• Scotland

16.49.05.04.2

2006200620062007

SANDINAVIA

• Finland• Sweden• Netherland• Denmark

21.213.012.07.0

2006200620062006

AMERIKA SELATAN

• Colombia• Argentina

5.66.0

20072006

ASIA PASIFIK

• New Zealand• Australia

22.04.7

20072005

ASEAN

• Vietnam 8.6 2007

(sumber: Visi, Misi Suruhanjaya Koperasi Malaysia)

Kejayaan KoperasiMENJANA EKONOMI RAKYAT MELALUI TRANSFORMASIOleh | Rahimah Abd. SamadPusat Keusahawanan Koperasi dan Peruncitan, MKM

dalam senarai 100 koperasi terbaik Malaysia boleh dianggap telah berjaya meningkatkan taraf kehidupan anggotanya. Malahan gerakan koperasi juga mampu untuk menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar seperti Jepun, Sweden dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, gerakan koperasi di Malaysia hanya mampu untuk menyumbang 1% sahaja dari KDNK. Jika negara lain boleh melaksanakannya mengapa koperasi di negara kita tidak? Justeru, seiring dengan Transformasi Ekonomi Negara serta Dasar Koperasi Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke-peng gunaan (KPDNKK) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyasarkan menjelang 2013 gerakan koperasi akan dapat memberi sumbangan sebanyak 5% kepada KDNK negara.

Secara umumnya koperasi mampu untuk membantu anggota dan masyarakat sekelilingnya dalam mengatasi pelbagai masalah terutamanya dari aspek ekonomi. Ini boleh dibuktikan dengan kejayaan koperasi dalam dan luar negara yang telah mampu meningkatkan pendapatan anggotanya dan keluar dari belenggu kemiskinan. Koperasi-koperasi yang dikategorikan

PENDAHULUAN

Koperasi adalah sebuah organisasi yang dimiliki oleh

anggotanya. Matlamat penubuhan sesebuah koperasi adalah untuk mengatasi masalah bersama di kalangan anggota serta membantu meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Sehubungan itu, aktiviti yang dijalankan oleh koperasi adalah untuk memenuhi keperluan dan kehendak anggota. Bagi menjayakan aktiviti tersebut, anggota koperasi akan menyumbang modal untuk memulakan atau menjalankan sesuatu perniagaan. Sebahagian dari anggota yang dilantik akan mentadbir dan menguruskan hal ehwal koperasi dan sekiranya mampu, koperasi boleh melantik orang luar untuk menguruskan hal ehwal perniagaan koperasi. Keuntungan atau lebihan yang diperoleh dari perniagaan koperasi akan disalurkan semula kepada anggota sama ada dalam bentuk wang atau pun dalam bentuk kebajikan.

Jadual 1: Sumbangan Koperasi Kepada KPNK Negara-negara Terpilih

dimensi.jan.2012.indd 15 5/11/12 9:45 AM

Page 2: Kejayaan Koperasi - mkm.edu.my · PDF filedalam senarai 100 koperasi ... nama Bestari Jaya). ... Tadika dan pusat jagaan kanak-kanak. Selain daripada memenuhi keperluan

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

16

 

Transformasi Koperasi Melalui Dasar Koperasi Negara 2011 - 2020

Aspirasi kerajaan dalam program transformasi ekonomi negara adalah untuk mencapai Wawasan 2020 yang mana ia bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Dalam memastikan hasrat ini tercapai, antara usaha yang dikenal pasti adalah meningkatkan taraf hidup rakyat di samping mengurangkan jurang perbezaan pendapatan. Beberapa langkah telah diambil

dengan penglibatan pelbagai pihak, swasta mahupun kerajaan. Sektor koperasi juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan transformasi (perubahan) ini dengan menggariskannya di dalam Dasar Koperasi Negara 2011 – 2020 (DKN 2011-2020). Tanggapan koperasi sebagai satu gerakan di luar bandar yang kecil dan bertumpu kepada perniagaan berbentuk perkhidmatan sahaja perlu dibanteras. Melalui DKN 2011­2020 perubahan akan dilakukan ke atas landskap sektor koperasi kepada suatu entiti perniagaan yang lebih efisien, serta mampu meningkatkan pendapatan anggotanya. Oleh itu, perubahan dan pembaharuan yang sesuai perlu dilakukan oleh gerakan koperasi dari segi

kepada gerakan koperasi negara ini adalah perkhidmatan kewangan serta pemborongan dan peruncitan.

Penglibatan Koperasi Dalam Bidang Ekonomi Utama

Kejayaan kebanyakan koperasi di Malaysia adalah kerana terlibat dalam aktiviti kredit dan perbankan. Bank Rakyat dan Bank Persatuan merupakan dua buah bank koperasi yang telah menerajui aktiviti perban­kan dan tersenarai antara 100 koperasi terbaik Malaysia. Untuk 3 tahun berturut-turut Bank Rakyat mampu untuk memberi dividen sebanyak 15% kepada anggotanya manakala Bank Persatuan berjaya mendapatkan pengiktirafan sebagai ‘coopbank’ dan seterusnya berjaya men-capai visinya untuk menjadi Bank Koperasi Nasional Islam yang unggul, maju, ber ke-terampilan sebagai lambang ke jayaan gerakan koperasi negara.

Pada 2011, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mula meng ubah statusnya menjadi Bank Koperasi Islam Malaysia (CIB) yang menumpukan per khidmatannya kepada perbankan korporat bermula Jun 2011. Dengan per tukaran ini maka koperasi perbankan Malaysia telah bertambah menjadi tiga. Selain daripada itu, bagi meningkatkan peranan koperasi kredit untuk kepentingan rakyat, lima buah koperasi telah bergabung mem-bentuk konsortium iaitu Koperasi Koswip Malaysia Berhad, Koperasi Kakitangan Bernas Berhad, Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi Mara Berhad, Koperasi Kredit Pekerja Berhad dan Koperasi Guru Melayu Selangor

pelaksanaan aktiviti perniagaan, peningkatan tadbir urus serta pembangunan modal insan bagi memastikan transformasi koperasi dapat mencapai matlamat yang diharapkan.

Bagi melaksanakan perubahan ini semua koperasi perlu me-lakukan perubahan secara berstruktur, sistematik dan kom prehensif supaya aktiviti ekonomi koperasi boleh memberi faedah kepada anggota dan menjana keuntungan, di sam ping keyakinan masyarakat diper-

tingkat kan. Sebagai langkah awal, koperasi boleh mengenal pasti aktiviti-aktiviti perniagaan yang berkisar kepada lima bidang keberhasilan aktiviti ekonomi yang disarankan dalam DKN 2011­2010 iaitu:

i. Perkhidmatan Kewanganii. Pemborongan dan Peruncitaniii. Pelancongan, Penjagaan Diri

dan Kesihataniv. Pertanian dan Industri Asas

Taniv. Perladangan

Daripada kelima­lima bidang ekonomi utama ini, ada di antaranya telah diceburi oleh koperasi dengan pencapaian yang sangat memberangsangkan. Antara bidang ekonomi utama yang telah membawa kejayaan

dimensi.jan.2012.indd 16 5/11/12 9:45 AM

Page 3: Kejayaan Koperasi - mkm.edu.my · PDF filedalam senarai 100 koperasi ... nama Bestari Jaya). ... Tadika dan pusat jagaan kanak-kanak. Selain daripada memenuhi keperluan

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

17

Berhad di bawah Gabungan Koperasi Kredit Selangor.

Adalah dianggarkan hampir separuh daripada 8,500 buah koperasi berdaftar adalah koperasi pengguna, dengan ke-anggotaan keseluruhan gerakan koperasi berjumlah 6.6 juta orang. Dengan jumlah yang sedemikian, koperasi boleh me mainkan peranan dalam menangani isu-isu kepenggunaan seperti penjualan harga barang keperluan dengan harga yang berpatutan dan bekalan yang terjamin. Ini juga merupakan antara usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta mengawal kenaikan harga barangan.

Usaha ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti pemborongan dan peruncitan yang terancang dan sistematik. Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) bertujuan meningkatkan daya saing pengusaha kedai runcit untuk menaik taraf dan mewujudkan pusat pengedaran setempat. Kerajaan menyasarkan pemodenan operasi 5,000 peniaga runcit di seluruh negara menjelang 2020.

Oleh itu koperasi perlu merebut peluang ini bagi memodenkan dan menyeragamkan kedai runcit yang diusahakan oleh koperasi terutamanya di kawasan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak. SKM pula menyasarkan 100 buah kedai koperasi dapat

dimodenkan setiap tahun. Diharapkan program TUKAR dapat mengubah suasana kedai ketika ini yang disifatkan sebagai ‘huru-hara’ kepada sebuah premis yang lebih teratur bagi menyaingi kedai runcit lain terutamanya yang berhampiran dengan koperasi.

Bagi sektor pelancongan pula, ia semakin berkembang di negara ini dengan penerimaan dan ketibaan pelancong dari 7.4 juta juga pada tahun 1990 kepada 16 juta pada tahun 2004 dan meningkat kepada 24 juta pada tahun 2009. Transformasi Ekonomi Negara telah meletakkan 12 projek permulaan (Entry Point Projek-EPP) yang merangkumi aspek-aspek seperti menjadikan Malaysia sebagai destinasi membeli belah, hab biodiversiti global, membangunkan tempat berlibur untuk keluarga, mengen­dalikan acara, hiburan, spa dan sukan hingga ke peringkat antarabangsa serta pelancongan perniagaan.

Terdapat beberapa koperasi telah menceburi sektor ini seperti Koperasi Pelancongan

 

 Taman Tunas Muda Fasa 2C

Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad yang mendapat manfaat dan meningkatkan pendapatan koperasi serta penduduk dengan menjalankan aktiviti homestay. Ternyata dengan pengurusan yang baik sektor ini mampu menjana pendapatan.

Koperasi Menjana Ekonomi Rakyat

Aktiviti perniagaan koperasi di mana sahaja dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan anggota. Keuntungan atau lebihan yang diperoleh akan disalurkan semula kepada anggota sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang. Faedah kewangan yang diterima oleh anggota biasanya diberikan dalam bentuk rebat, dividen, bonus, diskaun dan dalam bentuk sumbangan atau hadiah. Manakala faedah dalam bentuk bukan kewangan adalah dalam bentuk pinjaman, insurans serta aktiviti dan program yang dianjurkan untuk anggota-anggota dari semasa ke semasa.

Melalui transformasi koperasi, usaha-usaha untuk menyediakan

dimensi.jan.2012.indd 17 5/11/12 9:45 AM

Page 4: Kejayaan Koperasi - mkm.edu.my · PDF filedalam senarai 100 koperasi ... nama Bestari Jaya). ... Tadika dan pusat jagaan kanak-kanak. Selain daripada memenuhi keperluan

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

18

urusan aktiviti pelancong yang akan menginap di homestay akan dirancang dan diselaraskan oleh koperasi. Justeru, adalah lebih bermanfaat bagi pengusaha-pengusaha homestay bergabung dalam satu koperasi bagi memastikan keuntungan yang diterima dari aktiviti dapat di salurkan semula kepada anggota dan masyarakat sekitar. Hasil dari aktiviti homestay ini juga, rumah-rumah anggota yang menjadi pengusaha homestay dibaik pulih dan kemudahan­kemudahan seperti jalan raya, balai raya serta kemudahan lain turut disediakan.

Limpahan rezeki yang diperoleh melalui aktiviti homestay ini juga disalurkan kepada komuniti setempat. Pelbagai aktiviti-aktiviti sampingan dapat dijalankan dan membolehkan mereka berniaga secara kecil-kecilan. Sekiranya ada di antara anggota atau masyarakat sekitar yang tidak menjadi pengusaha homestay, mereka masih boleh menjalankan perniagaan sampingan seperti mengusahakan kraf tangan, jualan makanan, menyediakan pengangkutan malah menjadi pemandu pelancong.

Hal ini juga adalah antara usaha-usaha yang menjadikan koperasi sebagai satu medium bagi anggota dan masyarakat sekitar menjana pendapatan mereka. Sebuah lagi koperasi yang telah membantu meningkatkan taraf hidup anggota nya adalah Koperasi Kredit Rakyat Berhad yang beroperasi di Batang Berjuntai (kini dikenali dengan nama Bestari Jaya). Penubuhan koperasi ini bermula daripada kesedaran anggota yang ingin keluar dari belenggu kemiskinan dengan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Keuntungan atau lebihan yang diperoleh akan disalurkan semula kepada anggota sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang.

rumah ini, anggota mampu untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa mengikut cita rasa masing-masing atau pun menjana pendapatan sampingan dengan menyewakan rumah yang mereka terima. Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh pula telah memberikan peluang kepada anggotanya untuk menjadi pengusaha Homestay. Aktiviti ini bukan sahaja dapat memberi pendapatan kepada keluarga dan masyarakat tetapi mewujudkan peluang pe kerjaan kepada penduduk­penduduk di kawasan tersebut. Koperasi sebagai perantara akan mempromosi dan memasarkan perkhidmatan homestay serta produk yang ditawarkan. Semua

pekerjaan serta menambah pendapatan boleh direalisasikan. Dengan usaha ini jurang pen dapatan rakyat boleh dikurangkan dan taraf kehidupan rakyat mampu ditingkatkan. Kejayaan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB) memberi sebuah rumah untuk setiap anggota secara percuma adalah antara contoh kejayaan koperasi meningkatkan taraf ke hidupan sosial ekonomi anggota. Dengan pembahagian

Oleh itu anggota digalakkan berjimat cermat dan menabung dalam koperasi. Melalui tabungan ini koperasi menjalankan aktiviti yang dapat menjana pendapatan dan seterusnya mampu untuk memberikan pinjaman kepada anggotanya bagi tujuan yang produktif dan berfaedah. Percaya bahawa melalui pendidikan taraf seseorang itu dapat ditingkatkan, koperasi ini amat menitikberatkan soal pendidikan kepada anggota­nya. Bermula dengan program kefahaman mengenai koperasi hinggalah kepada pembangunan kepimpinan, koperasi sentiasa mengadakan program­program pembangunan dan pendidikan kepada semua peringkat usia, bukan sahaja kepada anggota tetapi juga kepada masyarakat di sekitarnya.

Koperasi Simpanan dan Kredit Padmavathi di Kathmandu, Nepal telah berjaya memenuhi keperluan anggotanya. Melalui aktiviti sim panan dan aktiviti perniagaan, koperasi mampu untuk mem berikan pinjaman kepada anggota nya yang rata-rata tukang kayu dan penjaja kecil. Koperasi ini juga berjaya menyediakan kemudahan-kemudahan seperti klinik kesihatan, kedai runcit, perpustakaan, Tadika dan pusat jagaan kanak-kanak. Selain daripada memenuhi keperluan anggota, koperasi ini juga berjaya mengekalkan status bandar pelancongan dengan hasil ukiran dari anggota-anggotanya yang sentiasa mendapat permintaan dari para pelancong.

Mondragon Cooperative Corpo­ration boleh dijadikan tauladan sebagai koperasi pekerja yang berjaya. Kejayaan koperasi ini menempuh zaman kemelesetan dan menghadapi saingan mem-

dimensi.jan.2012.indd 18 5/11/12 9:45 AM

Page 5: Kejayaan Koperasi - mkm.edu.my · PDF filedalam senarai 100 koperasi ... nama Bestari Jaya). ... Tadika dan pusat jagaan kanak-kanak. Selain daripada memenuhi keperluan

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

19

bolehkannya terus berkembang walaupun mengambil masa 54 tahun. Sehingga kini koperasi ini masih mengekalkan keseim-bangan antara kepentingan aktiviti ekonomi yang bermotifkan keuntungan dan aktiviti sosial yang mengutamakan anggota, pekerja dan komuniti.

Memperkasakan Koperasi Untuk Terus Meningkatkan Ekonomi Rakyat

Melalui program Transformasi Ekonomi Negara, kerajaan Malaysia telah pun membuka laluan kepada gerakan koperasi untuk menceburi mana­mana aktiviti yang dapat menjana pendapatan koperasi dan secara tidak langsung pendapatan negara. Peluang-peluang yang terbuka luas ini tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja atas apa jua alasan. Koperasi boleh menceburi mana­mana bidang setelah pertimbangan dibuat dari aspek kekuatan dan kelemahan koperasi. Namun demikian, setiap kelemahan yang ada pasti boleh diatasi dari kekuatan serta bantuan yang sentiasa disalurkan oleh kerajaan sama ada dari

aspek kewangan mahupun khidmat nasihat.

Prinsip-prinsip serta nilai-nilai yang ada dalam koperasi akan memperkuatkan lagi usaha me-ningkatkan taraf hidup anggota serta komuniti. Berasaskan kepada prinsip dan nilai koperasi, komuniti di sekitar koperasi beroperasi mampu untuk membangun bersama bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi. Koperasi tidak hanya dikhaskan untuk mereka yang berpendapatan rendah atau mempunyai masalah kewangan tetapi juga terbuka luas kepada apa juga permasalahan yang sama (common problem). Apa yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh komuniti dan aktiviti manakah yang sesuai untuk mereka laksanakan bagi mengatasi masalah tersebut.

Kenaikan harga barangan me­rupakan masalah yang dihadapi oleh semua golongan terutama sekali di kalangan masyarakat berpendapatan rendah. Daripada terus bergantung kepada ke-rajaan untuk mengawal harga atau mengharapkan subsidi,

rakyat perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah ini. Beberapa negara maju seperti Singapura, Jepun, Switzerland dan banyak lagi telah membuktikan bahawa melalui koperasi, masalah kenaikan harga barangan ter­utamanya makanan dapat di-kawal. Malahan melalui koperasi juga mereka dapat memastikan setiap bekalan makanan mereka adalah selamat dan berkualiti. Justeru koperasi-koperasi kecil negara ini perlu diperkasakan melalui penggabungan agar saiz dan kawasan operasinya dapat diperluaskan untuk menjadi kukuh dan mampu bersaing.

Kewujudan awal koperasi di negara ini adalah untuk meng­atasi keterhutangan yang tinggi dalam kalangan para petani akibat sistem padi kunca dan eksploitasi dari peminjam. Melalui koperasi para petani digalakkan berjimat­cermat, menolong diri sendiri dan bekerjasama sesama mereka dengan harapan dapat meningkatkan taraf hidup petani terutamanya di luar bandar. Masalah keterhutangan yang tinggi juga sedang dihadapi oleh masyarakat negara ini. Sekiranya suatu ketika dahulu masalah

PERANGKAAN AM KOPERASI MENGIKUT FUNGSIPADA 31 DISEMBER 2010

BIL. FUNGSI BILANGAN JUMLAH JUMLAH JUMLAH PEROLEHAN KOPERASI ANGGOTA MODAL SYER/YURAN

(RM) (RM) (RM)

1 PERBANKAN 2 813,554 2,362,445,404 56,733,242,511 4,922,574,029

2 KREDIT 613 1,786,508 4,507,384,712 8,119,078,033 1,326,810,294

3 PERTANIAN 1,441 429,559 388,615,588 1,479,849,950 600,463,067

4 PERUMAHAN 118 145,823 162,412,315 666,365,426 49,081,726

5 PERINDUSTRIAN 137 14,467 5,017,038 51,177,619 32,643,171

6 PENGGUNA - Dewasa 1,731 501,765 212,530,614 742,374,930 526,490,488

- Sekolah 2,135 2,086,950 18,916,728 200,198,773 236,994,964

7 PEMBINAAN 134 38,007 12,659,831 55,201,793 48,805,937

8 PENGANGKUTAN 429 145,193 57,751,635 270,501,095 562,355,156

9 PERKHIDMATAN 1,406 638,215 1,819,434,092 3,466,697,627 1,226,882,588

JUMLAH 8,146 6,600,041 9,547,167,957 71,784,687,756 9,533,101,420

dimensi.jan.2012.indd 19 5/11/12 9:45 AM

Page 6: Kejayaan Koperasi - mkm.edu.my · PDF filedalam senarai 100 koperasi ... nama Bestari Jaya). ... Tadika dan pusat jagaan kanak-kanak. Selain daripada memenuhi keperluan

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

20

Tanggungjawab AnggotaMentransformasikan Koperasi

Secara kesimpulannya, anggota adalah pemilik dan pengguna (owner-user) dalam koperasi. Kejayaan dan kejatuhan se-sebuah koperasi bergantung kepada sokongan anggota dalam pelbagai aspek seperti modal, idea dan tenaga. Persefahaman dan kerjasama amat penting dalam apa jua dasar dan aktiviti yang dijalankan oleh koperasi. Paling penting aktiviti yang dijalankan adalah untuk kepentingan anggota bagi memenuhi keperluan kehidupan mereka. Tanpa per sefahaman dan kerjasama adalah mustahil untuk koperasi bergerak dengan lancar dan seterusnya mencapai matlamat penubuhan koperasi itu sendiri. Oleh itu, koperasi perlu ditadbir secara profesional dan berintegriti bagi memastikan prinsip dan nilai koperasi dipatuhi selain dari peruntukan perundangan yang telah digariskan.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, contoh-contoh koperasi berjaya yang dipaparkan tidak berlaku dalam satu jangka masa yang singkat. Namun, di setiap perjalanan koperasi tersebut sentiasa

Rujukan

Dasar Koperasi Negara 2011 – 2020, SKM, 2011.

http://www.ibfim.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2932%3Aangkasa-jadi-bank-koperasi-ketiga-2011&Itemid=179

Khairul Azran Hussin (2010) ANGKASA jadi bank koperasi ketiga 2011, Berita Harian dalam Talian, 12 Oktober.

Laman Web SKM, www.skm.gov.my

Morni et al., (2011) Koperasi Kredit Rakyat Berhad – semangat Koperasi Sejati, Kisah Kejayaan Koperassi, MKM.

Norwatim, Christopher JB, (2010) Koperasi Mondragon Humanity at Work, Kajian Kes, MKM.

Program Transformasi Ekonomi: Hala Tuju untuk Malaysia, Pemandu, 2011.

Rahimah AS (2009) Koperasi Simpanan dan Kredit Padmavathi Berhad, Kathmandu, Nepal, Kisah Kejayaan Koperasi Luar Negara, MKM.

Raihana, (2011) Sebanyak 500 Kedai Runcit Koperasi Felcra Bakal Berwajah Baru, BERNAMA, 28 Februari.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, contoh-contoh koperasi berjaya yang dipaparkan tidak berlaku dalam satu jangka masa yang singkat.

keterhutangan di kalangan para petani dapat diatasi melalui koperasi, maka tidak hairan sekiranya ia juga dapat meng- atasi keterhutangan masyarakat hari ini. Penubuhan koperasi kredit di dalam organisasi atau sesuatu komuniti sedikit sebanyak membantu anggota dan masyarakat sekitar untuk berjimat cermat serta mengatasi masalah kewangan mereka.

Koperasi menjana pendapatan melalui aktiviti­aktiviti per­niagaan. Koperasi di negara ini terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan daripada sekecil-kecil perniagaan kepada sebesar-besar perniagaan. Koperasi juga terlibat dalam bidang perindustrian serta industri kecil dan sederhana. Kesemua aktiviti perniagaan ini secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada anggota dan komuniti. Ada juga di antara koperasi yang meng -galakkan anggotanya menjadi usahawan dan menjadi pembekal kepada koperasi sebagaimana yang dilaksanakan oleh Ko-perasi Sungai Ara Tunas Muda Berhad, Koperasi Simpanan dan Kredit Pathmavathi Berhad dan Mondragon Cooperative Corporation.

berlaku transformasi ini bagi memastikan koperasi sentiasa sealiran dengan perubahan masa bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing dan berdaya tahan. Oleh itu anggota koperasi hendaklah sentiasa bersedia dan terbuka untuk menerima dan melaksanakan perubahan, kerana adalah menjadi tanggungjawab anggota koperasi untuk memastikan koperasi mencapai matlamat dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan mereka serta masyarakat di sekitarnya.

dimensi.jan.2012.indd 20 5/11/12 9:45 AM