dimensikoop tuntutan zakat dan cukai · memberi masyarakat satu cara mengurus ... mengutip zakat....

8
Pengenalan Tonggak kejayaan koperasi adalah hasil daripada kekuatan pentadbiran dan pengurusan koperasi, kerja kuat Anggota Lembaga yang telah dilantik juga peranan kakitangan koperasi yang memberi sokongan padu untuk menentukan agar koperasi berjalan lancar dan baik dari segi aktiviti mahupun produktiviti. Apabila koperasi bergerak lancar maka koperasi akan dapat mencapai matlamat anggota untuk meraih keuntungan melalui dividen yang diterima. Sewajarnya koperasi perlu mengetahui bahawa apabila adanya sumber pendapatan, koperasi perlu menunaikan kewajipan untuk berzakat juga membayar cukai pendapatan. Zakat merupakan salah satu rukun Islam dan wajib dikerjakan oleh orang Islam bagi yang cukup haulnya. Cukai pendapatan pula adalah diwajibkan oleh kerajaan untuk orang yang layak dikenakan cukai. Kedua-duanya dibayar kepada kerajaan. Zakat digunakan untuk membangunkan ekonomi Islam dan membantu golongan fakir miskin untuk hidup seperti orang biasa. Cukai pendapatan pula digunakan untuk pembangunan negara seperti pembinaan infrastruktur dan lain-lain. Zakat Pengertian zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri daripada sifat kedekut dan bakhil. Zakat dari segi syarak pula ialah Zakat dan Cukai Tuntutan dalam Koperasi Maryam Hamidah Mohd Ghazi Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan syarak. Zakat juga adalah salah satu daripada rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan. Kepentingan mengeluarkan zakat ini juga telah termaktub di dalam Al-Quran, yakni Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakan (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji”. (Terjemahan: Surah Al-Baqarah Ayat 267). Antara hikmah dan tujuan Allah SWT mensyariatkan zakat adalah: i. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. ii. Membersihkan diri pembayar zakat. iii. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat. iv. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT BIL. 49 • 2016 DIMENSIKOOP 10

Upload: vandan

Post on 11-Apr-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIMENSIKOOP Tuntutan Zakat dan Cukai · Memberi masyarakat satu cara mengurus ... mengutip zakat. Dalam pada itu, ... dan kegagalan melaporkan pendapatan yang

PengenalanTonggak kejayaan koperasi adalah hasil daripada kekuatan pentadbiran dan pengurusan koperasi, kerja kuat Anggota Lembaga yang telah dilantik juga peranan kakitangan koperasi yang memberi sokongan padu untuk menentukan agar koperasi berjalan lancar dan baik dari segi aktiviti mahupun produktiviti. Apabila koperasi bergerak lancar maka koperasi akan dapat mencapai matlamat anggota untuk meraih keuntungan melalui dividen yang diterima. Sewajarnya koperasi perlu mengetahui bahawa apabila adanya sumber pendapatan, koperasi perlu menunaikan kewajipan untuk berzakat juga membayar cukai pendapatan. Zakat merupakan salah satu rukun Islam dan wajib dikerjakan oleh orang Islam bagi yang cukup haulnya. Cukai pendapatan pula adalah diwajibkan oleh kerajaan untuk orang yang layak dikenakan cukai. Kedua-duanya dibayar kepada kerajaan. Zakat digunakan untuk membangunkan ekonomi Islam dan membantu golongan fakir miskin untuk hidup seperti orang biasa. Cukai pendapatan pula digunakan untuk pembangunan negara seperti pembinaan infrastruktur dan lain-lain.

Zakat

Pengertian zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri daripada sifat kedekut dan bakhil. Zakat dari segi syarak pula ialah

Zakat dan CukaiTuntutan

dalam KoperasiMaryam Hamidah Mohd GhaziMaktab Koperasi Malaysia Zon Timur

mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan syarak. Zakat juga adalah salah satu daripada rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan.

Kepentingan mengeluarkan zakat ini juga telah termaktub di dalam Al-Quran, yakni Allah SWT berfi rman: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakan (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji”. (Terjemahan: Surah Al-Baqarah Ayat 267).

Antara hikmah dan tujuan Allah SW T mensyariatkan zakat adalah: i. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan

daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.

ii. Membersihkan diri pembayar zakat.iii. Membersihkan dan menyuburkan harta

pembayar zakat.iv. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat

yang dikurniakan oleh Allah SWT

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

10

Page 2: DIMENSIKOOP Tuntutan Zakat dan Cukai · Memberi masyarakat satu cara mengurus ... mengutip zakat. Dalam pada itu, ... dan kegagalan melaporkan pendapatan yang

v. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan Allah SWT di samping berhubungan baik antara manusia dan manusia.

vi. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

vii. Mewujudkan kesatuan dalam kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.

viii. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredai oleh Allah SWT.

ix. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Kepentingan mewajibkan zakat ini juga ditegaskan oleh Rasulullah SAW di mana zakat pada zaman Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada dua era, iaitu era Mekah dan era Madinah. Pada era Mekah, zakat disebutkan oleh Dr. Yusof Al Qardhawi sebagai zakat yang tidak terikat. Zakat pada ketika ini lebih tertumpu kepada membela nasib golongan fakir dan miskin di samping meningkatkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam yang masih baharu memeluk Islam. Belum ada ketetapan pada nisab, haul, kadar dan jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat. Semasa era Madinah, barulah hukum zakat yang lebih terperinci diwujudkan. Ia meliputi siapakah yang wajib berzakat, siapakah yang berhak ke atas zakat, tatacara menunaikannya dan jenis harta yang diwajibkan zakat. Rasulullah SAW juga melantik para amil zakat dan menghantar mereka ke seluruh wilayah pemerintahan Islam bagi mengutip zakat. Dalam pada itu, Rasulullah SAW juga meletakkan asas yang kukuh dalam konteks pentadbiran zakat. Baginda SAW memperkenalkan prinsip pengasingan kuasa, pengagihan tugas, perekodan dan elemen penguatkuasaan dalam pengurusan zakat. Bilal bin Rabah r.a telah diamanahkan untuk menjaga dan mengagihkan harta zakat, Uttab bin Usayd r.a pula dilantik sebagai pengurus zakat manakala Zubair bin Al Awwam r.a ditugaskan untuk mencatat harta perolehan zakat. Dalam aspek pengagihan zakat, Rasulullah SAW meletakkan suatu piawaian yang

kukuh kepada siapakah patut diberi zakat dan siapa ditegah menerima zakat. Maka, dapat dilihat pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, penguatkuasaan zakat amat ditegaskan di mana Saidina Abu Bakar Al-Siddiq sanggup memerangi golongan yang enggan membayar zakat semasa pemerintahan beliau. Hal ini menunjukkan bahawa kepentingan membayar zakat adalah untuk kesejahteraan ummah.

Zakat Perniagaan Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya dengan tujuan diperniagak an, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, dan perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham. Sesebuah koperasi yang memiliki barang-barang perniagaan yang telah sampai nisabnya dan telah memilikinya selama tempoh setahun wajib menzakatkan hartanya itu. Oleh itu, apabila sesebuah perniagaan koperasi itu telah mencapai tempoh setahun, maka koperasi perlulah mengira aset perniagaannya, ditambah dengan keuntungan dan ditolak hutang-piutangnya dengan pihak luar yang lain dan menambah pula hutang orang kepadanya yang diyakini akan dibayar. Kadar zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5 peratus atau 1/40 daripada semua nilaian harga barang-barang yang diperniagakan pada tarikh cukup haul. Berdasarkan kepada Garis Panduan 23 yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu Garis Panduan Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi, koperasi boleh memilih dua kaedah dalam pengiraan zakat iaitu:

i. Kaedah Model Berkembang (Growth Model)

Kaedah ini mengambil kira ekuiti pemilik perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

11

Page 3: DIMENSIKOOP Tuntutan Zakat dan Cukai · Memberi masyarakat satu cara mengurus ... mengutip zakat. Dalam pada itu, ... dan kegagalan melaporkan pendapatan yang

Koperasi perlu mengeluarkan zakat kerana koperasi menjalankan aktiviti perniagaan dan mendapat keuntungan. Ini bermakna, koperasi mempunyai punca pendapatan melalui pelbagai sumber seperti pulangan bank, penjualan, sewaan, pelaburan dan lain-lain aktiviti. Adalah menjadi tanggungjawab koperasi untuk membayar zakat yang wajib bagi membersihkan harta serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Zakat daripada koperasi hendaklah dibayar berdasarkan kepada pendapatan dan keuntungan daripada aktiviti perniagaan koperasi. Ini bermaksud, koperasi perlu membayar zakat perniagaan kerana ia adalah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada aktiviti perniagaan koperasi sama ada berasaskan pembuatan, perikanan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan. Kutipan zakat perniagaan untuk koperasi dan anggota koperasi adalah bertujuan agar kemakmuran sosioekonomi koperasi di seluruh negara akan sentiasa berterusan.

CukaiCukai boleh didefi nisikan sebagai duit atau liabiliti yang perlu ditanggung dan dibayar kepada pihak kerajaan atas pendapatan yang diterima. Terdapat pelbagai jenis cukai yang ada di Malaysia antaranya cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai harta, cukai barang dan perkhidmatan dan sebagainya. Badan pengendalinya adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kebiasaannya, koperasi di Malaysia akan membayar cukai pendapatan yang merupakan cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti perniagaan yang dilakukan oleh koperasi. Mengikut Seksyen 3 Akta Cukai Pendapatan 1967, cukai dikenakan ke atas pendapatan yang diperoleh di Malaysia. Mengikut Seksyen 4 pula, antara pendapatan yang dikenakan cukai ialah keuntungan daripada perniagaan. Cukai pendapatan adalah hasil negara yang menjana pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Kutipan hasil cukai pendapatan diperoleh

Sewajarnya koperasi perlu mengetahui bahawa apabila adanya sumber pendapatan, koperasi perlu menunaikan kewajipan untuk berzakat juga membayar cukai pendapatan.

sama ada di campur atau sebaliknya. Dalam istilah yang lebih ringkas ialah modal di campur dengan keuntungan.

Aset yang dikenakan zakat = Ekuiti Pemilik + Liabiliti J/Panjang – Aset Tetap – Aset Separa Tetap – Aset Semasa +/- Pelarasan * x % pemilikan syer dan yuran Muslim x 2.5%

ii. Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital Model)

Melalui kaedah ini, zakat perniagaan dikira dengan mengambil kira kedudukan harta semasa perniagaan dan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan termasuk beberapa perkara yang berkaitan zakat serta dibuat pelarasan terhadap item-item yang telah dikenal pasti sama ada perlu ditambah atau ditolak.

Aset yang dikenakan zakat = Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/- Pelarasan * x

% pemilikan syer dan yuran Muslim x 2.5%

Pelarasan yang bertanda* adalah di campur atau ditolak dalam pengiraan zakat kerana tidak mematuhi syarat-syarat untuk dikenakan zakat seperti yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa zakat negeri. Oleh itu, koperasi adalah dinasihatkan supaya merujuk terus kepada pihak berkuasa zakat negeri dalam pengiraan zakat yang betul dan tepat.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

12

Page 4: DIMENSIKOOP Tuntutan Zakat dan Cukai · Memberi masyarakat satu cara mengurus ... mengutip zakat. Dalam pada itu, ... dan kegagalan melaporkan pendapatan yang

daripada rakyat secara individu, sektor perniagaan, syarikat pelaburan, badan-badan korporat dan koperasi. Cukai pendapatan koperasi tertakluk di bawah kategori cukai korporat.

Cukai KoperasiApa itu cukai koperasi? Cukai koperasi adalah cukai yang dikenakan ke atas pertubuhan atau badan yang bermastautin dan memperoleh pendapatan di Malaysia iaitu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502), Pertubuhan Peladang yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1967, Pertubuhan Peladang yang berdaftar di bawah Akta Organisasi Peladang 1973 dan Pertubuhan Nelayan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Nelayan 1971. Layanan cukai koperasi tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 dan kadar cukai pendapatan koperasi adalah progresif iaitu antara 0 peratus hingga 26 peratus ke atas pendapatan bercukai.

Prosedur / Cukai KoperasiKoperasi secara langsungnya bertanggungjawab untuk mengemukakan anggaran cukai, membuat bayaran secara ansuran, menentukan cukai yang perlu dibayar, mengemukakan Borang Cukai Pendapatan (Borang C1) kepada LHDN termasuk koperasi dorman dan membayar baki cukai iaitu cukai sebenar setelah ditolak bayaran ansuran jika ada. Bayaran baki cukai ( jika ada) perlulah menggunakan borang CP207 sebelum atau pada hari terakhir pengemukaan Borang C1 iaitu tujuh bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan. Koperasi bertanggungjawab menghantar anggaran cukai secara e-filing (e-CP204) atau melalui borang kertas (CP204) ke Pusat Pemprosesan Lembaga Hasil Dalam Negeri secara manual. Anggaran cukai perlu dikemukakan menggunakan Borang CP204 tidak lewat daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran untuk koperasi sedia ada. Manakala bagi koperasi baharu, anggaran cukai ini perlu dihantar dalam

masa tiga bulan pertama operasi. Anggaran cukai yang perlu dibayar bagi sesuatu tahun taksiran hendaklah tidak kurang daripada anggaran cukai dipinda bagi tahun taksiran sebelum atau anggaran cukai asal jika tiada anggaran cukai dipinda dikemukakan. Koperasi boleh memohon untuk membuat pindaan ke atas anggaran cukai yang perlu dibayar dalam bulan keenam atau bulan kesembilan tempoh asas sesuatu tahun taksiran menggunakan Borang CP204A. Pengurangan ansuran cukai pendapatan koperasi ini mestilah berasaskan alasan yang kukuh dan munasabah, seperti pertambahan dalam tuntutan elaun modal bagi aset-aset koperasi, penurunan hasil koperasi atau koperasi telah menanggung kos operasi yang meningkat. Demikian juga sebaliknya, maka ansuran cukai koperasi perlu ditambah mengikut peningkatan pendapatan bercukai koperasi.

Seterusnya, bayaran cukai hendaklah dibayar secara ansuran yang sama banyak mulai bulan kedua dalam tempoh asas untuk koperasi sedia ada. Bagi koperasi baharu, bayaran hendaklah dimulakan dalam bulan keenam dalam tempoh asas. Bayaran ini hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya sebelum atau pada 15 hari bulan berkenaan dengan menggunakan Borang CP207. Denda dalam bentuk kenaikan cukai akan dikenakan jika koperasi gagal membuat bayaran sepenuhnya dalam tempoh ditetapkan. Selain itu, koperasi yang mengemukakan anggaran cukai yang terlalu rendah juga boleh dikenakan denda. Kegagalan mematuhi arahan ini membolehkan koperasi dikenakan penalti sepuluh peratus atas baki bayaran setiap bulan berkenaan. Kesemua penalti yang berkenaan tertera dalam Seksyen 107C(7), 107C(9) dan 107C(10) Akta Cukai Pendapatan 1967. Bayaran boleh dibuat di kaunter bayaran LHDN dan mana-mana cawangan bank atau institusi kewangan yang telah disenaraikan oleh pihak LHDN. Bagi pengemukaan Borang C1, ia perlu dikemukakan kepada LHDN dalam tempoh tujuh bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan. Koperasi diingatkan supaya

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

13

Page 5: DIMENSIKOOP Tuntutan Zakat dan Cukai · Memberi masyarakat satu cara mengurus ... mengutip zakat. Dalam pada itu, ... dan kegagalan melaporkan pendapatan yang

mengisi Borang C1 dengan lengkap sebelum mengemukakannya kepada LHDN. Notis taksiran cukai tidak akan dikeluarkan kepada koperasi yang telah mengemukakan Borang C1 yang lengkap dalam tempoh yang ditetapkan.

Kadar Cukai Koperasi Kadar cukai koperasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi tahun taksiran 2014 hingga 2016 adalah mengikut pendapatan bercukai tahun semasa dan diringkaskan seperti dalam jadual berikut:

Pendapatan Bercukai (RM)

Tahun Taksiran

20142015 &

20161 – 30,000 0% 0%

30,001 – 60,000 5% 5%

60,001 – 100,000 10% 10%

100,001 – 150,000 15% 15%

150,001 – 250,000 20% 18%

250,001 – 500,000 22% 21%

500,001 – 750,000 24% 23%

Melebihi 750,000 25% 24%

Pengurusan Cukai KoperasiKoperasi dikehendaki memahami dan mematuhi kehendak Akta Cukai Pendapatan 1967 yang berkaitan dengan pematuhan dan penalti cukai. Individu yang bertanggungjawab bagi memastikan perkara ini dipatuhi adalah Anggota Lembaga Koperasi iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari koperasi serta Pengurus atau kakitangan kanan koperasi. Kegagalan mematuhi tanggungjawab ini akan mengakibatkan koperasi terdedah kepada kesalahan jenayah dan sivil. Kesalahan jenayah adalah kegagalan melaporkan pendapatan mengikut tempoh yang ditetapkan dan kegagalan melaporkan pendapatan yang sepatutnya iaitu tuntutan palsu. Manakala kesalahan sivil adalah kegagalan membayar cukai pendapatan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pihak LHDN juga mempunyai kuasa untuk mengaudit borang cukai pendapatan bagi memastikan pematuhan telah dibuat oleh koperasi sebagaimana yang ditetapkan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967. Pihak audit luar LHDN juga mempunyai kuasa untuk mengaudit cukai pendapatan koperasi sehingga enam tahun ke belakang. Koperasi juga dikehendaki menyimpan rekod-rekod dan buku-buku perakaunan dan percukaian dengan lengkap dan teratur. Semua maklumat yang dilaporkan dalam Borang C1 mestilah disokong dengan rekod-rekod dan dokumen yang berkaitan. Segala rekod-rekod dan buku-buku perakaunan dan percukaian perlu disimpan bagi tempoh tujuh tahun dari akhir tahun kalendar di mana pendapatan itu dikaitkan. Penyimpanan rekod yang lengkap dan teratur akan dapat memudahkan proses audit luar yang akan dilakukan oleh LHDN ke atas koperasi yang terpilih. Audit cukai oleh LHDN merupakan alat penguatkuasaan yang penting dalam memastikan cukai yang dilaporkan adalah betul dan telah disediakan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan dengan cara memeriksa dokumen-dokumen koperasi.

Pengecualian CukaiSecara umumnya, koperasi merupakan badan yang diberi pengecualian daripada cukai pendapatan oleh kerajaan tetapi tidak sepenuhnya. Pengecualian yang diberikan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 antaranya adalah di bawah potongan khas Seksyen 65A(a) dan Seksyen 65A(b) dan lain-lain pengecualian yang dibolehkan oleh Akta Cukai Pendapatan 1967. Di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 ada menghuraikan tentang pengecualian cukai di mana bagi tahun taksiran 2015 dan 2016, kadar cukai koperasi adalah mengikut jumlah pendapatan koperasi iaitu bagi jumlah pendapatan melebihi RM 750,000 cukai pendapatan yang dikenakan adalah sebanyak 24 peratus dan kadar cukai ini akan berubah mengikut jumlah pendapatan koperasi. Semua koperasi diberi pengecualian cukai pendapatan

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

14

Page 6: DIMENSIKOOP Tuntutan Zakat dan Cukai · Memberi masyarakat satu cara mengurus ... mengutip zakat. Dalam pada itu, ... dan kegagalan melaporkan pendapatan yang

bagi tempoh lima tahun pertama dari tarikh pendaftaran koperasi tersebut dan selepas lima tahun tamat, jika kumpulan wang anggota pada hari pertama tempoh asas kurang daripada RM 750,000 akan kekal mendapat pengecualian cukai. Dalam pengiraan pendapatan yang boleh dikenakan cukai, koperasi diberi potongan di bawah seksyen 65A(a) dan (b) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) yang membolehkan koperasi menolak daripada jumlah pendapatan untuk tahun tersebut:

a. amaun yang dipindah atau dibayar kepada Kumpulan Wang Rizab Berkanun atau institusi pelajaran atau pertubuhan koperasi atau kedua-duanya dengan syarat amaun maksimum yang ditolak tidak melebihi ¼ daripada untung bersih teraudit dan

b. suatu jumlah bersamaan lapan peratus daripada Kumpulan Wang Anggota (termasuk Kumpulan Wang Rizab Berkanun

Di samping itu, dividen yang diagihkan oleh koperasi kepada anggotanya juga dikecualikan daripada cukai. Anggota-anggota koperasi juga boleh meraih bersama-sama keuntungan wang saham mereka yang dilaburkan di dalam koperasi dengan menerima dividen yang tinggi. Sementara koperasi pula diberikan pengecualian cukai ke atas dividen yang dibayar kepada pemegang-pemegang saham koperasi.

Perancangan CukaiSudah menjad i lumrah untuk k operas i memaksimumkan keuntungan dan ingin meminimumkan kesan cukai ke atas koperasi. Koperasi boleh merancang cukai koperasi pada tahun semasa dan akan datang dengan kaedah yang bersesuaian. Terdapat pelbagai kaedah yang bersesuaian yang boleh digunakan sebagai alat untuk merancang cukai yang dikenakan ke atas koperasi. Antaranya adalah meminimumkan perkara-perkara yang tidak dibenarkan untuk pemotongan cukai iaitu

perbelanjaan yang tidak menyumbang kepada faktor penghasilan pendapatan. Sebagai contoh, koperasi boleh mengurangkan perbelanjaan dari segi pengendalian Mesyuarat Agung Tahunan, derma, sumbangan dan sebagainya. Selain itu, koperasi perlu mengenal pasti perbelanjaan-perbelanjaan yang dihadkan atau disekat oleh Akta Koperasi 1993 dan merancang dengan sewajarnya. Dari segi sumber manusia, koperasi boleh mengambil pekerja-pekerja yang terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk mengurangkan kadar cukai yang dikenakan. Koperasi juga boleh memilih sama ada untuk membuat pembelian atau penyewaan bangunan dan melalui perancangan cukai yang perlu dikeluarkan oleh koperasi. Kaedah-kaedah ini, sedikit sebanyak boleh membantu koperasi dalam meminimumkan jumlah cukai yang perlu dibayar kepada pihak LHDN.

Koperasi boleh meminimumkan kesan cukai dengan cara dan kaedah yang dibenarkan oleh Akta dan Undang-undang. Antaranya dengan menyelaraskan ganjaran dan elaun kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan kakitangan koperasi. Secara amnya, keuntungan yang tinggi akan menghasilkan kesan cukai yang tinggi juga. Apabila bayaran ganjaran dan gaji ditingkatkan, ia akan mengurangkan kesan ke atas cukai koperasi.

Tunai Zakat, Cukai DikurangkanTidak banyak negara yang member ik an kelonggaran kepada umat Islam dalam bab cukai. Di Malaysia, undang-undang negara menerusi Akta Cukai Pendapatan 1967, Seksyen 6A(3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam. Akta berkenaan menyatakan: “Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis”.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

15

Page 7: DIMENSIKOOP Tuntutan Zakat dan Cukai · Memberi masyarakat satu cara mengurus ... mengutip zakat. Dalam pada itu, ... dan kegagalan melaporkan pendapatan yang

Rebat secara umumnya bermakna, jumlah cuk a i yang dapat d ikurangk an dengan pembayaran zakat. Semakin banyak jumlah zakat dikeluarkan, semakin sedikit jumlah cukai yang dibayar. Jika amaun zakatnya menyamai atau melebihi cukai, maka seseorang itu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatannya. Rebat akan diberikan oleh pihak LHDN berdasarkan tarikh resit zakat yang dibayar di dalam tahun taksiran cukai pendapatan dalam tahun semasa. Sekiranya seseorang itu membayar zakat pada tahun taksiran 2016, bermakna rebat akan diberikan pada tahun berkenaan sahaja.

Di bawah seksyen yang sama juga, tiada jumlah amaun tertentu atau amaun yang dihadkan dalam rebat ke atas cukai. Selagi pembayaran itu dibuat atas nama pembayaran yang wajib di sisi agama iaitu zakat, maka ia masih layak untuk memperoleh rebat ke atas cukai. Setiap koperasi yang sudah menunaikan zakat, hendaklah menyimpan dengan baik dan selamat segala bukti pembayaran zakat, sama ada resit bayaran zakat mahu pun penyata zakat tahunan. Ini adalah bukti yang wajib dikemukakan kepada pihak LHDN dan kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan masalah, kerana deklarasi yang dibuat tidak dapat dibuktikan.

Perkhidmatan Tafsir Cukai KoperasiKoperasi Hasil Dalam Negeri Malaysia Berhad atau dikenali sebagai KOHASIL telah ditubuhkan pada 5 Mei 1992. KOHASIL telah memperkenalkan produk perkhidmatan Tafsiran Cukai Koperasi untuk memberi bantuan kepada koperasi sedia ada dalam membuat tafsiran cukai yang tepat dan betul. Ia penting agar penyata kewangan koperasi lebih telus di samping dapat mengelakkan

pengurusan koperasi dari berlakunya salah laku dalaman yang mampu memberi kesan negatif kepada imej gerakan koperasi negara. Sesetengah koperasi cuba untuk melakukan penipuan dalam pembentangan kewangan tahunan bagi mengelak dari bayaran cukai. Namun, tanpa disedari tindakan ini membawa risiko kerugian besar dalam pengurusan kewangan untuk jangka masa panjang.

Kesedaran dalam percukaian koperasi ini perlu dipandang serius oleh semua pihak agar perkembangan koperasi akan terus berkembang maju. Kebanyakan koperasi masih kurang kesedaran tentang tanggungjawab pembayaran cukai yang perlu dijelaskan oleh koperasi. KOHASIL telah mengambil inisiatif dengan mengaplikasikan salah satu prinsip koperasi iaitu kerjasama antara koperasi-koperasi dengan menyediakan perkhidmatan Tafsiran Cukai Koperasi. Koperasi diharap mampu untuk mewujudkan sistem pembayaran cukai berjadual sendiri yang cekap pada masa akan datang. Ini kerana dengan adanya sistem pembayaran cukai berjadual koperasi, tanggungjawab terhadap kebajikan tenaga kerja koperasi akan lebih terjamin. Perkhidmatan yang disediakan ini juga pastinya dapat membantu gerakan koperasi negara dalam menjana keuntungan koperasi yang lebih lumayan pada masa akan datang.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

16

Page 8: DIMENSIKOOP Tuntutan Zakat dan Cukai · Memberi masyarakat satu cara mengurus ... mengutip zakat. Dalam pada itu, ... dan kegagalan melaporkan pendapatan yang

KesimpulanKesimpulannya, anggota koperasi perlu dididik dalam bidang percukaian untuk meningkatkan nilai koperasi kerana koperasi adalah antara pembayar cukai. Ilmu pengetahuan berkaitan percukaian ini dilihat sebagai satu keperluan kepada anggota-anggota koperasi kerana mereka turut terlibat dalam soal percukaian dan harus didedahkan dengan maklumat berkaitan percukaian. Walaupun koperasi banyak

dikecualikan daripada cukai pendapatan, namun untuk terus berdaya maju dan cemerlang koperasi perlu berusaha untuk mencapai tahap sehingga layak dikenakan cukai. Kelebihan membayar zakat dan cukai boleh dikatakan sebagai punca kepada datangnya keberkatan dan keuntungan dalam perniagaan koperasi. Semua inovasi dalam dunia pengurusan zakat dan cukai koperasi haruslah difahami, diikuti dan dilaksanakan oleh koperasi dengan sepenuhnya bagi memperoleh keberkatan di dunia dan di akhirat.

RujukanAhmad Shahir Makhtar. (2007, Mei). Paradigma pengurusan institusi zakat: Pengalaman Lembaga Zakat

Selangor.Kertas kerja dibentangkan sewaktu persidangan zakat dan cukai peringkat kebangsaan, PWTC, Kuala Lumpur.

Buang, A. H. (2004). Dilema perundangan zakat di Malaysia: Antara penguatkuasaan dan strategi pujukan/galakan insentif membayar zakat (dillema of zakat laws in Malaysia: Between enforcement and encouragement strategy/incentives to pay zakat). Zakat Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan, 325-36.

Hamizul Abdul Hamid. (2009, Februari). Pelancar Online.

Hamizul Abdul Hamid. (2012). Eksklusif zakat. Selangor: Galeri Ilmu.Mohd Radzi Lasim.(n.d). Informasi & maklumat. Dicapai daripada http://taxationon9.blogspot.my/p/informasi-maklumat.html.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.(2009). Himpunan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: berhubung dengan isu-isu muamalat. Dicapai daripada http://www.e-fatwa.gov.my/

fatwa-kebangsaan/zakat-angkatan-koperasi-kebangsaan-malaysia-angkasa.

Majlis Ugama Islam Sabah.(2008). Jenis-jenis zakat. Dicapai daripada http://www.sabah.gov.my/muis/baitulmal/ZakatPerniagaan.htm.

Mohd Fauzi Mohd Hashim. (2008). Zakat vs cukai pendapatan. Dicapai daripada http://belajarcukai.blogspot.my/2008/11/zakat-vs-cukai-pendapatan.html.

Pusat Zakat Selangor. (2008). Zakat perniagaan. Dicapai daripada http://www.e-zakat.com.my/k%20zakat/jenis%20zakat-perniagaan.asp.

Saiful Aff endy Sapran. (2010). Koperasi diseru tingkatkan ilmu percukaian. Pelancar, pp 22-23.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia.(2015).Garis panduan 23: Pelaporan penyata kewangan. Dicapai daripada http://www1.skm.gov.my/~skmgov/images/images/Garis-Panduan/GP23-Pelaporan-Penyata-

Zahri Hamat. (2003). Perakaunan zakat perniagaan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakat perniagaan. (n.d). Dicapai daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Zakat_perniagaan.

BIL. 49 • 2016

DIMENSIKOOP

17