dimensi kepimpinan pengetua mewujudkan

7
Dimensi Kepimpinan Pengetua Mewujudkan Sekolah yang Berdayasaing Oleh : Haji Ayob Jantan Pengetua Cemerlang SMK Seri Kenangan Segamat Dunia hari ini adalah dunia persaingan. Setiap detik masa berlalu menjanjikan berlakunya perubahan, setiap perubahan ini pula memberi cabarannya tersendiri. Kadang kala cabaran bukannya datang dari luar atau dari orang lain tetapi datangnya dari dalam. Sebagai contoh di peringkat organisasi , cabaran pertama adalah hendak menggerakkan anggota organisasi menghadapi dan menangani perubahan itu sendiri. Di samping itu ada perubahan yang membawa perkara-perkara baru . Di peringkat profesyen kita pula dituntut berubah berasaskan keperluan dan aspirasi negara yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Apa yang penting kita harus mempunyai dayatahan dan daya saing yang tinggi yang bukan sahaja membolehkan kita bersaing bahkan mampu memberi saingan kepada orang lain. Dalam konteks ini, persaingan lebih dilihat sebagai cabaran dan bukan soal kalah menang. Blue Ocean Strategy pula melihat persaingan itu sebagai faktor yang penting dan sangat releven dalam mencapai kejayaan organisasi. Asasnya, kita bukan bersaing untuk menjatuhkan rakan yang lain, tetapi kita berlumba untuk mencapai kecemerlangan. Hasilnya mungkin ada terdahulu dan mungkin ada terkemudian. Dalam arus perubahan kini, tranformasi kepimpinan negara merupakan faktor besar yang menuntut perlunya persaingan tersebut. Justeru penghayatan terhadap tranformasi melalui Gagasan I Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan perlu dijelmakan dalam pelan tindakan strategik di peringkat organisasi. Ini jelas dalam kenyataan Perdana Menteri : “ the government is set to begin the transformation process in strengthening the efficency of its deliver system” Kecekapan dan kecepatan merupakan asas perkhidmatan cemerlang yang dikehendaki oleh rakyat. Oleh itu tranformasi dalam perkhidmatan kerajaan itu diharapkan sebagai : “intoducing a new paradigm for performance through rigorous use of KPIs” KPI ini juga digunakan mengukur keberkesanan pelaksanaan enam Bidang keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meliputi: i) Mengurangkan jenayah ii) Memerangi rasuah iii) Meluaskan akses pendidikan bermutu dan termampu iv) Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah v) Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman vi) Menambahbaik pengangkutan awam bandar Mengapa KPI digunakan sebagai kaedah pengukuran ? Charles Parker telah merumuskan penggunaan KPI adalah untuk :

Upload: azman-adnan

Post on 26-May-2015

2.333 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dimensi  kepimpinan pengetua mewujudkan

Dimensi Kepimpinan Pengetua Mewujudkan Sekolah yang Berdayasaing

Oleh :

Haji Ayob Jantan Pengetua Cemerlang

SMK Seri Kenangan Segamat

Dunia hari ini adalah dunia persaingan. Setiap detik masa berlalu menjanjikan berlakunya perubahan, setiap perubahan ini pula memberi cabarannya tersendiri. Kadang kala cabaran bukannya datang dari luar atau dari orang lain tetapi datangnya dari dalam. Sebagai contoh di peringkat organisasi , cabaran pertama adalah hendak menggerakkan anggota organisasi menghadapi dan menangani perubahan itu sendiri. Di samping itu ada perubahan yang membawa perkara-perkara baru . Di peringkat profesyen kita pula dituntut berubah berasaskan keperluan dan aspirasi negara yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Apa yang penting kita harus mempunyai dayatahan dan daya saing yang tinggi yang bukan sahaja membolehkan kita bersaing bahkan mampu memberi saingan kepada orang lain. Dalam konteks ini, persaingan lebih dilihat sebagai cabaran dan bukan soal kalah menang. Blue Ocean Strategy pula melihat persaingan itu sebagai faktor yang penting dan sangat releven dalam mencapai kejayaan organisasi. Asasnya, kita bukan bersaing untuk menjatuhkan rakan yang lain, tetapi kita berlumba untuk mencapai kecemerlangan. Hasilnya mungkin ada terdahulu dan mungkin ada terkemudian.

Dalam arus perubahan kini, tranformasi kepimpinan negara merupakan faktor besar

yang menuntut perlunya persaingan tersebut. Justeru penghayatan terhadap tranformasi melalui Gagasan I Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan perlu dijelmakan dalam pelan tindakan strategik di peringkat organisasi. Ini jelas dalam kenyataan Perdana Menteri :

“ the government is set to begin the transformation process in strengthening the

efficency of its deliver system” Kecekapan dan kecepatan merupakan asas perkhidmatan cemerlang yang dikehendaki

oleh rakyat. Oleh itu tranformasi dalam perkhidmatan kerajaan itu diharapkan sebagai : “intoducing a new paradigm for performance through rigorous use of KPIs”

KPI ini juga digunakan mengukur keberkesanan pelaksanaan enam Bidang keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meliputi:

i) Mengurangkan jenayah ii) Memerangi rasuah iii) Meluaskan akses pendidikan bermutu dan termampu iv) Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah v) Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman vi) Menambahbaik pengangkutan awam bandar

Mengapa KPI digunakan sebagai kaedah pengukuran ? Charles Parker telah

merumuskan penggunaan KPI adalah untuk :

Page 2: Dimensi  kepimpinan pengetua mewujudkan

i) Mengenal pasti kejayaan ii) Memenuhi keperluan pelanggan iii) Membantu memahami proses iv) Mengenal pasti masalah v) Memastikan keputusan yang dibuat berdasarkan fakta bukan semata-mata

emosi vi) Menunjukkan penambahbaikkan yang dirancang benar-benar tercapai

Penjenamaan Semula Sebagai Titik Permulaan Transformasi Bagi menghadapi agenda besar negara iaitu Wawasan 2020, tranformasi lebih merupakan pendekatan penjenamaan semula usaha-uasaha yang telah berlangsung terutama dalam membina negara bangsa dan memartabatkan negara di persada dunia. Kita mempunyai 10 tahun lagi untuk mencapai negara maju, langkah penjenamaan semula merupakan suntikan bagi mempercepatkan ke arah pencapaian matlamat tersebut. Oleh itu tranformasi akan menjadikan negara menjadi lebih kompetatif dan mampu bersaing di peringkat global. Dalam proses penjenamaan semula, kita mempunyai masa untuk merasionalkan tindakan strategik kepada isu-isu semasa yang semakin mencengkam ke arah negara maju. Situasi ekonomi global yang tidak menentu dan zaman kemelesetan ekonomi negara dengan kadar pengangguran yang semakin tinggi adalah faktor transformasi lahirnya Model Ekonomi Baru (MEB). Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Sementara itu jenayah pula menjadi semakin serius yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan negara. Penurunan indeks jenayah akan membawa kepada kesetabilan ekonomi dan politik negara. Begitu juga indeks rasuah negara kita menunjukan kedudukan yang semakin meningkat di peringkat dunia, yang melambangkan tahap intergriti kakitangan kerajaan rendah. Justeru Perdana Menteri menegaskan ;

”Our real work will begin as we make the tranformation of government services happen”

Proses penjenamaan semula sebenarnya membolehkan kita melihat status kedudukan semasa dengan mengukur kelemahan dan kekuatan yang ada kemudian bergerak membuat perancangan dengan megambil kira segala peluang dan halangan. Dalam ertikata lain proses ini merupakan proses membuat deklarasi untuk melakukan perubahan dan mezahirkan komitmen terhadap perubahan itu. Dalam konteks pengurusan sekolah, penjenamaan semula ini meliputi perubahan program-program rutin yang kurang memberi impak, dan program-program penambahbaikan sekolah yang menghala ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi . Mungkin telah sekian lama kita mengamalkan kaedah yang sama dan telah pun merasai hasil yang tidak jauh berbeza, maka jangkamasa ini dianggap proses penjernihan . Inilah masanya kita melihat ke luar dari lingkungan kelaziman dan mencuba sesuatu inovasi yang tidak pernah disekat oleh mana-mana pekeliling. Langkah ini sebenarnya akan memberi makna dan warna tranformasi itu sendiri. Transformasi Pendidikan

Page 3: Dimensi  kepimpinan pengetua mewujudkan

Dunia pendidikan sentiasa berubah, setiap perubahan itu merupakan kemajuan dan

penambahbaikan bagi sistem yang ada. Perkembangan-perkembangan baru ini meliputi aspek kurikulum dan juga yang berkaitan pembangunan modal insan. Kini perubahan tersebut mengalami proses transformasi yang terancang selari dengan aspirasi transformasi nasional. Bidang-bidang perubahan ini di antaranya

a) Pemansuhan PPSMI b) Memperkasa Prasekolah c) Pentaksiran Berasaskan Sekolah d) Memartabatkan Bahasa Melayu, Memeprkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) e) Memperluaskan Pendidikan Teknik dan Vokasional f) Satu Murid Satu Sukan g) Sekolah Berprestasi Tinggi h) LINUS i) Tawaran Baru/ Bai’ah kepada Pengetua

Setiap perkembangan baru ini memberi impak perubahan lanskap pendidikan negara

sama ada melibatkan perubahan dasar, struktur mahupun sistem penyampaian. Transformasi tidak bermakna jika impaknya tidak menggambarkan hasil berprestasi tinggi. Transformasi juga mungkin tidak berjaya jika kita tidak beralih kepada bentuk amalan kepimpinan transformasional.

Tawaran Baru Untuk Pengetua Tawaran Baru Untuk pengetua merupakan salah satu daripada empat Bidang Kebrhasilan Utama (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia. Dimensi sub-NKRA ini adalah untuk meningkatkan kecemerlangan kualiti pelajar menerusi peningktan prestasi pengetua. Dalam ertikata yang lain pemimpin sekolah mempunyai impak yang signikan ke atas kecemerlangan pelajarnya. Dalam erti kata yang mudah, maju mundurnya sekolah adalah kerana pengetuanya. Dilihat dari senario ini jelaslah bahawa kita berada dalam medan besar yang akan ditentukan kedudukannya berdasarkan prestasi. Persaingan tidak lagi dalam daerah tetapi melepasi sempadan negeri yang mengumpulkan sebanyak 2,225 buah sekolah menengah seluruh Malaysia yang merangkumi sekolah menengah harian, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Teknik dan Vokasional, Sekolah Kluster, Sekolah Model Khas, dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Klasifikasi ini juga mengambil kira kelompok sekolah yang ada tingkatan 6 yang mewakili 30% jumlah keseluruhan sekolah menengah, dan sekolah-sekolah tingkatan1 hingga tingkatan 5. Konsep Tawaran baru ini adalah adalah merupakan pengiktirafan dalam bentuk ganjaran kewangan dan bukan kewangan. Tawaran ini sebagai kontrak pencapaian (bai’ah) pengetua. Sudah pasti kontrak ini berasaskan prestasi sekolah dan pengetua dengan menyediakan mekanisma yang tertentu Bagaimanakah prestasi ini diukur ?

Pertama : berdasarkan gred purata Sekolah (GPS). Sekolah yang mempunyai PMR sahaja dikira 100% begitu juga sekolah yang mempunyai SPM sahaja. Bagi sekolah yang mempunyai peperiksaan awam PMR dan SPM maka 40% PMR dan SPM 60%. Pemberian SPM lebih tinggi daripada PMR kerana nilai taraf sijil itu dan ia juga merupakan tahap tertinggi

Page 4: Dimensi  kepimpinan pengetua mewujudkan

persekolahan. Sementara sekolah yang mempunyai STPM dikira PMR 35%, SPM 60%, dan STPM 5%.

Kedua : berdasarkan Standard Kualiti pendidikan Malaysia (SKPM) iaitu satu standard

dalam penilaian kendiri yang merangkumi empat bidang utama iaitu visi dan misi, pengurusan organisasi, pengurusan P&P, dan kemenjadian murid. Pemberatan dalam kedua-dua kompenan dapat dilihat dalam formula di bawah : Gred Purata Sekolah(GPS) + SKPM = Skor komposit (Indeks) (70 %) (30 %) = 100 Apakah implikasi skor komposit ?

Skor komposit yang dirumuskan dalam bentuk peratus akan digunakan untuk menentukan kedudukan sekolah. Gambarannya sudah tentulah kedudukan yang teratas merupakan sekolah berprestasi tinggi (ET) dan kedudukan yang kelompok di bawah akan dikenali sekolah berprestasi rendah (BT). Seterusnya sekolah kelompok teratas dicalonkan untuk anugerah sementara yang terkebawah akan mengikuti Program Pembangunan Prestasi.

Walau bagaimanpun jumlah kedua-dua kelompok tersebut akan ditentukan nisbah dan

qota tahunan (NKPI). Formula bagi mendapatkan sasaran ini adalah seperti berikut : Bilangan Sekolah yang Mencapai ET x 100

Jumlah Sekolah Keseluruhan

Kementerian pelajaran telah menetapkan KPI bagi kategori berprestasi tinggi sebanyak 3% bagi tahun 2010 dan 6 % menjelang tahun 2012.

Proses yang sama juga digunakan bagi menetapkan KPI bagi pemimpin sekolah yang tidak mencapai sasaran. Namun keadaanya agak berbeza kerana kelompok ini akan dipantau dan jika berlaku secara berterusan akan mengikuti Program Pembangunan Prestasi di IAB termasuk kursus ’coaching and mentoring’, konsultasi & School Profiling. Akhirnya diharap program tersebut akan dapat membantu pengetua meningkatkan prestasi sekolah. Seterusnya mungkin ada pilihan jika didapati prestasi yang diharapkan tidak meningkat tindakan akan dibuat secara pentadbiran.

Program Pembangunan Prestasi Sekolah (School Improvement Programme-SIP)

Bagi merealisasikan Tawaran Baru ini, satu mekanisme telah dicari dan dihasilkan iaitu dikenali SIP ( Program Pembangunan Prestasi Sekolah) . Idea asal yang menyokong matlamat besar untuk meningkatkan pencapaian pelajar melalui peningkatan kualiti pengetua ini perlulah dibantu dengan kaedah yang sistematik . Justeru SIP merupakan alternatif yang terbaik bagi membantu semua pihak yang berkepentingan.

SIP ini mengandungi tiga komponan besar iaitu :-

a) Ranking Sekolah- Penarafan Kemajuan Sekolah Ranking sekolah berdasarkan skor komposit merupakan pemangkin penambahbaikan di sekolah. Ranking ini menggambarkan pencapaian sekolah

Page 5: Dimensi  kepimpinan pengetua mewujudkan

setara dengan sekolah yang lain. Ia juga merupakan asas Tawaran Baru kepada pengetua.

b) Toolkit- Alatan Rancangan Penambahbaikan sekolah (SIT) Toolkit merupakan proses pengumpulan maklumat bagi merancang pelan tindakan. Ia meliputi keutamaan keperluan sekolah serta pemahaman tahap prestasi setiap guru ,kelas, dan setiap pelajar. Data dan maklumat bukan sahaja digunakan oleh pengetua, tetapi membolehkan PPD, Jabatan, Bahagian Nazir , serta Kementerian memikirkan pelan tindakan yang sesuai dengan keperluan sekolah.

c) Khidmat Sokongan – merupakan usaha untuk menjana insiatif kepimpinan dalam meningkatkan prestasi sekolah. Khidmat sokongan merupakan bantuan langsung dan berterusan kepada pengetua, guru, pelajar, PIBG, ibubapa serta infrastruktur sekolah. Sebagai contoh, pengetua akan dibimbing dengan kemahiran kepimpinan, guru-guru diberi kemahiran mengajar, pelajar diajar kemahiran belajar dan sebagainya. Matlamat akhir khidmat sokongan disalurkan untuk memastikan pelajar mencapai kejayaan.

Secara kesdeluruhannya, SIP ini telah menentukan bidang dan tugas masing-masing dalam meningkatkan prestasi sekolah, apatah lagi SIP ini memang bertujuan membantu sekolah-sekolah yang berprestasi rendah, iaitu kedudukan ranking yang terkebawah.

Implikasi Tawaran Baru dan SIP

Pada awalnya ranking digunakan untuk melaksanakan Tawaran Baru/ bai’ah kepada pengetua dan guru besar, tetapi memandangkan ranking ini disediakan dalam satu sistem yang besar dan menyeluruh, maka ranking itu disatukan dengan SIT dan Talian Servis sebagai sokongan kepada sekolah meningkatkan prestasi. Memang diakui mana-mana sistem yang belum mantap atau pada awal pelaksanaannya terdapat ruang-ruang yang boleh dibuat penambahbaikan. Dalam hal ini, terdapat dua perkara besar yang mendapat respon yang berbeza-beza seolah-olah perlukan perhatian untuk dipertimbangkan. Pertamanya, anugerah kewangan kepada pengetua dan guru-guru. Kita memang menghargai pengiktirafan dan anugerah tersebut tetapi ianya lebih tepat jika diberi kepada sekolah atau hadiah dalam bentuk pakej lawatan penandaaras. Secara rasional apabila sesebuah organisasi itu dipilih dan diiktiraf sekaligus semua warga kerja menunjukkan komitmen dan budaya kerja yang tinggi. Oleh itu sebagai satu pasukan kerja agak susah untuk menafikan sumbangan sebahagian kecil daripada anggota tersebut. Keduanya, data SIT yang diambil dan dan dirumuskan untuk mengukur prestasi sekolah semata-mata sebenarnya menafikan faktor-faktor persekitaran yang bukan berada dalam kawalan pengetua atau kuasa pengetua. Walau bagaimanapun aspek-aspek di atas tidak akan menghalang pelaksanaan sub NKRA kementerian kerana inilah alrternatif terbaik merealisasikan aspirasi kerajaan bagi meningkatkan kecemerlangan berdasarkan keberhasilan pelajar. Dalam erti kata yang lain, pengetua berhadapan dengan satu cabaran baru, iaitu keberkesanan kepimpinan berdasarkan kejayaan sekolah, sementara kejayaan sekolah pula diukur dengan pencapaian skor komposit sekolah.

Dalam amalan biasa, sesuatu kejayaan itu diberi pengiktirafan dengan penganugerahan

pelbagai status dalam majlis-majlis yang diadakan di peringkat jabatan mahupun kementerian. Sekolah-sekolah yang tidak mencapai kejayaan hanya disebutkan secara pukal sebagai sekolah yang berprestasi rendah. Kita jarang mendengar pengetua diberi tunjuk sebab atas kegagalan sekolah dalam akademik, berlainan halnya dalam pengurusan kewangan atau

Page 6: Dimensi  kepimpinan pengetua mewujudkan

disiplin pelajar. Pengetua mudah disoal siasat jika ada laporan atau aduan terutama yang tersiar dalam akhbar walaupun kesahihannya diragui.

Dari aspek yang positifnya, senario ini sebenarnya memberi isyarat supaya setiap

pengetua membuat persiapan . Jika dahulu apabila kita menerima pelantikan menjadi penegetua di sesebuah sekolah, dengan hati terbuka kita pergi untuk melapor diri. Kemudian dalam masa tiga bulan kita diminta membuat ’scanning’ dan analisis keperluan, selepas itu baharulah mengorak langkah membuat perancangan dan pelan tindakan strategik. Namun situasi itu tidak begitu sesuai lagi untuk hari ini. Kita perlu ada pertimbangan sendiri apabila menerima sesuatu tawaran. Sekurang-kurang maklumat asas sekolah, prestasi, kekuatan dan kelemahan sekolah serta potensi dan kapasiti pembangunan sekolah . Di samping itu faktor kemampuan diri untuk meningkatkan prestasi sekolah akan menentukan keputusan menerima tawaran tersebut. Jika kita berada dalam zon sekolah berprestasi rendah , sudah tentulah kita memerlukan kemahiran kepimpinan, sokongan jabatan, dan keberkesanan porogram akademik.

Kreativiti dan Inovasi Dalam Kepimpinan Sekolah

Dunia telah memasuki era milenium baru yang menyaksikan revolusi teknologi yang begitu dramatik. Ini bermakna pengurusan dan kepimpinan abad 21 juga memerlukan satu tranformasi yang berasaskan pada kreativiti dan inovasi. Perdana Menteri telah menegaskan ”... mahu tidak mahu penjawat awam mesti berfikir di luar lingkungan kotak. Saya tidak mahu budaya automation menjadi satu hakikat kehidupan dalam sektor awam. Kita seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.”

Inovasi yang dimaksudkan tidak akan lahir dalam keadaan biasa dan ia juga tidak

mampu diterjemahkan oleh pemimpin yang tidak keratif. Oleh itu bagi mencetusakan idea-idea baru dan kreatif kita perlu menukar wajah dan pakaian kita supaya dapat merangsang satu gagasan yang lebih besar. Inovasi boleh ditafsirakan sebagai cetusan idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Cetusan idea ini mungkin merupakan idea baru atau yang diubahsuaikan dan aplikasi idea ini hendaklah mampu membawa tranformasi dan perubahan. Sebenarnya bukan senang untuk berubah, perubahan dan tranformasi boleh berlaku apabila adanya keinginan, ilmu dan kemahiran, kekuatan, dan sumber yang cukup.

Bagi mewujudkan inovasi memerlukan iklim yang sesuai, suatu ekosistem yang

menyokong , menggalak dan yang mencabar . Ia meliputi budaya organisasi, tahap kepimpinan, infrastruktur, dan daya pemikiran warga kerjanya. Sebagai contoh, dalam organisasi pendidikan, setiap pemimpin dan juga guru-guru perlu memiliki kemahiran analitikal dan kritikal supaya minda dan budaya inovasi akan subur .Akhirnya barulah diperkemaskan infrastrutur yang ada dengan mengurangkan segala kekangan di samping memberi insentif ke arah berkembangnya inovasi. Jika pengetua mampu merealisasikan situasi ini, sekolah dan kepimpinannya akan mampu bersaing di peringkat global.

Sebagai pengetua, kita boleh mengambil langkah pertama sebgai memulakan

perjalanan beribu batu. Kita tidak perlu melihat perkara-perkara yang besar-besar atau memikirkan secara global. Inovasi boleh bermula di bilik kita, atau datangnya dari bilik kelas, atau bermula di pejabat penilong kanan dan sebagainya. Namun begitu skop dan langkah berikut boleh dijadikan panduan .

Peranan ketua jabatan/ Jawatankuasa Pemandu Inovasi

Page 7: Dimensi  kepimpinan pengetua mewujudkan

a) menentukan dasar dan strategi bagi menggalakkan penjanaan ide serta

pembangunan dan penyelidikan (R&D) b) menetapkan amalan dan proses yang menyokong peningkatan inovasi c) menyelaras dan memantau usaha-usaha pembudayaan inovasi merangkumi

program latihan dan pemikiran kreatif d) memberi pengiktirafan kepada warga sekolah yang menghasilkan inovasi e) Mempromosi dan berkongsi inovasi yang dihasilkan.

Sebagai panduan, kita boleh menubuhkan pasukan Inovatif dan kreatif di peringkat sekolah bagi mewujudkan budaya inovatif. Pasukan ini nanti akan berfungsi dan berperanan seperti :

a) Penghasilan idea-idea b) Memupuk nilai-nilai kerja positif c) Memperkenal dan memperbaiki sistem dan cara kerja baru d) Membimbing dan berfikiran kreatif e) Kemampuan menyelesaikan masalah f) Penciptaan nilai

Daya kreativiti dan inovasi ini bukan sahaja menjamin output tetapi yang lebih penting keberhasilan yang membolehkan kita dapat bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Bidang keberhasilan dan Skop inovasi dalam pengurasan pendidikan;-

a) pengurusan strategik dan kepimpinan organisasi b) budaya kerja c) kewangan dan aset d) pengurusan pelanggan e) sumber manusia f) pengurusan projek pembangunan g) teknologi maklumat dan komunikasi

BIBLIOGRAFI ________ (2010) 1 Malaysia :Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Pejabat Perdana Menteri. ________ (2010) 1 Malaaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Jabatan Penerangan Malaysia 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, kumpulan kertas kerja dalam Persidangan Pembangunan Baru dalam Pendidikan, KPM, Institut Aminuddin Baki (Kertas Kerja yang tidak diterbitkan) Khailani A.Jalil (2010), Gagasan 1 Malaysia : Di mana Peranan Pengetua, dalam Jurnal Pendidikan PKPSM Maalaysia.