diagnosis kesalahan lazim dalam tajuk · pdf filelaporan projek ini dikemukakan sebagai...

26
DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK PECAHAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA NORFARHANA BINTI MOHAMAD NORIZAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: buinhi

Post on 30-Jan-2018

234 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK PECAHAN

DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA

NORFARHANA BINTI MOHAMAD NORIZAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait
Page 3: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait
Page 4: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK PECAHAN

DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA

NORFARHANA BINTI MOHAMAD NORIZAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait
Page 6: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahanda dan bonda tersayang,

Mohamad Norizan Mohmad Zain & Rokiah Hashim,

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi

dorongan dan sokongan sejak kaki ini mula menjejak ke alam persekolahan

sehinggalah sekarang.......

Sudi mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian,

Berkongsi susah senang walau apa jua terjadi.......

Buat adinda-adindaku Nor Fadhila dan Nor Farah Hanim,

Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan semangat.......

Buat semua ahli keluarga,

Terima kasih di atas segala-galanya.......

Buat teman-teman tersayang,

Kenangan terindah bersama kalian ketika menjalani kehidupanku

di UTM ini akan daku kenang sepanjang hayatku,

Sumbangan idea kalian dalam penulisan ini juga amat besar nilainya.......

Juga kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung.......

Terima kasih, semoga jasa kalian diberkati Allah S.W.T.......

Page 7: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Syukur

alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, projek penyelidikan ini berjalan dengan

sempurna.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih

kepada Prof. Dr. Ismail Kailani selaku pensyarah penyelia yang banyak membantu

dan memberi tunjuk ajar, pandangan, nasihat dan bimbingan sepanjang proses

menyiapkan projek penyelidikan ini.

Tidak lupa juga kepada pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan

Negeri Kedah, dan pihak sekolah yang terlibat kerana memberi peluang dan

membantu saya menjalankan projek penyelidikan ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada

pensyarah-pensyarah yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menyiapkan

projek ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

yang turut menyumbangkan idea dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, penghargaan ini saya tujukan khas buat keluarga tercinta yang

telah banyak memberi dorongan kepada saya selama mengikuti kursus ini.

Page 8: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

v

ABSTRAK

Objektif utama kajian ialah untuk mendiagnosis kesalahan lazim dalam tajuk

pecahan serta mengenalpasti pemahaman yang dimiliki oleh pelajar dalam konsep

pecahan. Kesalahan lazim pelajar dikategorikan kepada kesalahan berstruktur,

kesalahan arbitrari dan kesalahan pelaksanaan. Pemahaman pelajar dalam konsep

pecahan pula dikategorikan kepada kefahaman instrumental, kefahaman relasional

dan kefahaman logik. Penyelidik telah menggunakan dua instrumen iaitu ujian

bertulis diagnostik dan temubual. Sampel kajian terdiri daripada 90 orang pelajar

tingkatan dua di tiga buah sekolah menengah yang dinilai menggunakan ujian

bertulis diagnostik dan diikuti dengan temubual terhadap enam orang pelajar yang

terpilih. Analisis statistik deskriptif iaitu mencari peratusan telah digunakan dalam

tatacara menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa bentuk

kesalahan yang dilakukan oleh pelajar iaitu tidak mempermudahkan pecahan kepada

bentuk terkecil, kesalahan semasa menukarkan nombor bulat kepada nombor

bercampur, kesilapan pengiraan, dan kesalahan melakukan operasi penambahan,

penolakan, pembahagian dan pendaraban. Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti

pelajar tidak menguasai sepenuhnya pemahaman konsep pecahan dan mereka hanya

mempunyai pemahaman jenis instrumental sahaja.

Page 9: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

vi

ABSTRACT

The main objective of this study is to diagnose the students’ common errors

and to investigate students’ conceptual understanding in learning of fraction.

Students’ errors can be categorized into structure error, arbitrary error and execution

error. Students’ conceptual understandings of fraction are categorized into

instrumental, relasional and logical understanding. The instruments used to

determine error and students’ conceptual understandings in learning of fraction are

diagnostic test and interview. The samples of this study are 90 students who seat for

diagnostic test and six of them were selected for interview. Descriptive statistics in

the form of percentage was used in data analysis. The findings revealed that majority

of students unable to grasp the concepts of fractions and they only possess an

instrumental understanding in learning of fraction. There are several types of errors

done by the students such as there are unable to simplify the fraction, wrong in

calculation and wrong concept in operation of addition, subtraction, division and

multiplication.

Page 10: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

Page 11: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

viii

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Diagnosis 9

1.8.2 Pemahaman 10

1.8.3 Konsep 10

1.8.4 Kesalahan Lazim 11

1.8.5 Pelajar 11

1.8.6 Pecahan 11

1.9 Kerangka Teori 12

1.10 Kerangka Kajian 13

1.11 Penutup 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 15

2.2 Keperluan Diagnosis dalam Pembelajaran 15

2.3 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 18

2.4 Pemahaman Konsep dalam Matematik 20

2.5 Teori Pemahaman 22

2.6 Tinjauan Kajian Terdahulu Berkaitan

Tajuk Pecahan 23

2.7 Masalah Pembelajaran dan Kesilapan

Lazim Pelajar dalam Matematik 26

2.8 Penyelesaian Masalah dalam Matematik 28

2.9 Jenis Kesalahan Lazim

2.9.1 Analisis Kesalahan Newman 30

2.9.2 Analisis Kesalahan Radatz 33

2.9.3 Analisis Kesalahan Orton 34

2.10 Penutup 35

Page 12: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

ix

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 36

3.3 Sampel Kajian 38

3.4 Lokasi Kajian 39

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Ujian Bertulis Diagnostik 41

3.5.1.1 Penjelasan Soalan

Ujian Diagnostik 42

3.5.2 Temubual 44

3.6 Kajian Rintis 44

3.7 Kesahan Instrumen Kajian 45

3.8 Prosedur Kajian 46

3.9 Analisis Data

3.9.1 Analisis Ujian Bertulis Diagnostik 47

3.9.1.1 Analisis Kesalahan Lazim 48

3.9.2 Analisis Temubual 49

3.9.2.1 Analisis Pemahaman

Pelajar dalam Konsep Pecahan 49

3.10 Penutup 50

4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pendahuluan 51

4.2 Analisis Data 52

4.3 Analisis Ujian Bertulis Diagnostik

4.3.1 Analisis Maklumat Latar Belakang

Responden 53

4.3.1.1 Taburan Bilangan Responden

Mengikut Jantina 53

Page 13: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

x

4.3.1.2 Taburan Bilangan Responden

Mengikut Bangsa 54

4.3.1.3 Taburan Bilangan Responden

Mengikut Gred Pencapaian UPSR 55

4.3.1.4 Taburan Bilangan Responden

Mengikut Minat Terhadap

Matematik 55

4.3.2 Analisis Kesalahan Lazim

4.3.2.1 Analisis Kesalahan Lazim

Bagi Pecahan Setara 56

4.3.2.2 Analisis Kesalahan Lazim Bagi

Nombor Bercampur 58

4.3.2.3 Analisis Kesalahan Lazim

Mengikut Operasi Pecahan 60

4.3.2.4 Analisis Kesalahan Lazim

Dalam Penyelesaian Masalah

Pecahan 71

4.4 Analisis Temubual 76

4.5 Penutup 80

5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 81

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

5.2.1 Pemahaman Pelajar dalam

Konsep Pecahan 82

5.2.2 Kesalahan Lazim yang

dilakukan oleh Pelajar 84

5.2.2.1 Kesalahan Berstuktur 87

5.2.2.2 Kesalahan Arbitrari 88

5.2.2.3 Kesalahan Pelaksanaan 89

Page 14: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

xi

5.3 Rumusan Kajian 89

5.4 Implikasi Kajian

5.4.1 Implikasi Kepada Kurikulum 90

5.4.2 Implikasi Kepada Pengajaran dan

Pembelajaran 92

5.5 Cadangan Pemulihan

5.5.1 Cadangan Kepada Guru 94

5.5.2 Cadangan Kepada Pelajar 96

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 97

5.7 Penutup 98

RUJUKAN 99

LAMPIRAN 105-122

Page 15: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengkelasan Item-Item Dalam Ujian

Diagnostik 41

4.1 Tahap pencapaian pelajar dalam ujian

bertulis diagnostik pecahan 53

4.2 Pengkelasan pelajar mengikut jantina 53

4.3 Pengkelasan pelajar mengikut bangsa 54

4.4 Pengkelasan pelajar mengikut gred mata

pelajaran matematik dalam peperiksaan UPSR. 55

4.5 Pengkelasan pelajar mengikut minat pelajar

terhadap mata pelajaran matematik. 55

4.6 Peratus kesilapan pelajar bagi pecahan setara 57

4.7 Peratus kesilapan pelajar bagi konsep

nombor bercampur 58

4.8 Peratus kesilapan pelajar bagi penambahan pecahan 61

4.9 Peratus kesilapan pelajar bagi penolakan pecahan 63

4.10 Peratus kesilapan pelajar bagi pendaraban pecahan 66

Page 16: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

xiii

4.11 Peratus kesilapan pelajar bagi pembahagian pecahan 67

4.12 Peratus kesilapan pelajar bagi gabungan 70

operasi asas dalam pecahan.

4.13 Peratus kesilapan pelajar dalam penyelesaian 73

masalah yang melibatkan pecahan

Page 17: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Teori Kajian: Pemahaman Konsep

dan Jenis-Jenis Kesalahan Lazim 12

1.2 Model Reka Bentuk Kajian 13

2.1 Faktor Kesalahan Model Hierarki Newman 33

4.1 Contoh Kesalahan Pelajar 57

4.2 Contoh Kesalahan Pelajar 57

4.3 Contoh Kesalahan Pelajar 59

4.4 Contoh Kesalahan Pelajar 59

4.5 Contoh Kesalahan Pelajar 60

4.6 Contoh Kesalahan Pelajar 61

4.7 Contoh Kesalahan Pelajar 62

4.8 Contoh Kesalahan Pelajar 62

4.9 Contoh Kesalahan Pelajar 64

4.10 Contoh Kesalahan Pelajar 64

4.11 Contoh Kesalahan Pelajar 65

Page 18: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

xiv

4.12 Contoh Kesalahan Pelajar 66

4.13 Contoh Kesalahan Pelajar 66

4.14 Contoh Kesalahan Pelajar 67

4.15 Contoh Kesalahan Pelajar 68

4.16 Contoh Kesalahan Pelajar 68

4.17 Contoh Kesalahan Pelajar 69

4.18 Contoh Kesalahan Pelajar 69

4.19 Contoh Kesalahan Pelajar 71

4.20 Contoh Kesalahan Pelajar 73

4.21 Contoh Kesalahan Pelajar 73

4.22 Contoh Kesalahan Pelajar 74

4.23 Contoh Kesalahan Pelajar 74

4.24 Contoh Kesalahan Pelajar 75

4.25 Contoh Kesalahan Pelajar 75

Page 19: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Ujian Diagnostik 105

B Surat Pengesahan Item Ujian 115

Diagnostik

C1 Surat Kebenaran daripada Bahagian 120

Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Penyelidikan (EPRD) KPM

C2 Surat Kebenaran daripada Jabatan 121

Pelajaran Negeri Kedah

D Soalan Temubual Bersama Pelajar 122

Page 20: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

xvii

SENARAI SINGKATAN

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 21: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait rapat dengan

aktiviti kehidupan kita seharian sama ada kita sedar atau sebaliknya. Pelajaran

matematik merupakan pembelajaran yang menguji kecerdasan seseorang itu berfikir

untuk menyelesaikan masalah dengan kepintaran yang dibantu oleh daya ingatan

terhadap konsep, fakta, kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah. Matematik

biasanya dianggap sebagai suatu mata pelajaran yang abstrak dan memerlukan

pelajar-pelajar yang boleh berfikir secara sistematik dan mantik. Bagi merealisasikan

kepentingan matematik dalam dunia pendidikan Malaysia, Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah

diwujudkan dengan menjadikan matematik sebagai komponen wajib yang perlu

dipelajari oleh semua pelajar. Kurikulum dan Sukatan Pelajaran yang telah digubal

adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu :

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

kemakmuran masyarakat dan negara”. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Page 22: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

2

Walaubagaimanapun, kita sentiasa berhadapan dengan isu kelemahan

matematik dikalangan pelajar di semua peringkat pendidikan. Masalah kesukaran

pelajar memahami matematik masih menjadi agenda utama pendidikan yang belum

berkesudahan sehingga ke hari ini. Malah, matematik juga sering dinyatakan sebagai

satu pelajaran yang sukar difahami dan dikuasai oleh kebanyakan pelajar. Tambahan

lagi, pencapaian mata pelajaran matematik di kalangan pelajar sekolah di negara ini

masih berada pada tahap yang rendah sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti.

Berbagai topik dalam matematik yang menyumbang kepada peratusan kelulusan

yang rendah itu. Antara topik yang menyumbang kepada peratusan kelulusan yang

rendah ialah soalan yang melibatkan konsep pecahan. Masalah ini merupakan satu

bebanan besar yang perlu dipikul oleh semua pihak yang terbabit dalam usaha

melahirkan generasi yang berintelek. Kesedaran serta langkah pendekatan ke arah

penyelesaian masalah ini perlu segera dicari demi memastikan para pelajar dapat

menguasai tajuk Pecahan khususnya. Melihat kepada fenomena ini penyelidik

berpendapat satu kajian wajar dilakukan untuk mengenalpasti kesalahan-kesalahan

lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam tajuk Pecahan disamping mengenalpasti

pemahaman yang dimiliki oleh pelajar dalam konsep pecahan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah pembelajaran merupakan perkara biasa yang sentiasa dihadapi oleh

tenaga pendidik dalam memberi pengajaran di mana mereka sering menghadapi

masalah berkaitan dengan pelajar yang tidak memahami atau kurang jelas dengan

sesuatu konsep yang telah diajar. Pemahaman konsep yang lemah menyebabkan

pelajar sering melakukan kesilapan dalam menyelesaikan masalah matematik.

Dalam kajian ini, penyelidik hanya memfokuskan kepada tajuk Pecahan sahaja.

Pecahan juga merupakan salah satu tajuk yang sering menjadi rungutan kebanyakan

pelajar. Setelah beberapa tahun berada di sekolah, pemahaman konsep asas pecahan

pelajar masih sangat terhad dan berkekalan sehingga ke peringkat pengajian tinggi

(Newstead and Murray, 1998). Disamping itu, pelajar juga tidak dapat menguasai

makna sebenar kepada pecahan, tetapi mereka masih dapat menyelesaikan soalan

pecahan melalui hafalan algoritma. Sehubungan itu, mereka tidak dapat memberikan

Page 23: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

3

sebab atau alasan disebalik algoritma yang mereka lakukan. Tambahan lagi, pelajar

yang tidak dapat melakukan pengiraan secara tepat atau keliru dengan algoritma

yang sepatutnya akan menghasilkan penyelesaian yang tidak betul. Kesukaran

pelajar dalam bab pecahan ini telah dikenalpasti oleh ramai penyelidik, diantaranya

Mack (1990) telah mengungkapkan,

“......many students’ understanding of fractions is characterized by knowledge of role

procedures, which are often incorrect, rather than by the concepts underlying the

procedures.”

Umumnya, pelajar memerlukan maklumat sebanyak mungkin dalam

pembelajaran matematik. Melakukan kesilapan dalam memahami konsep di

peringkat awal boleh menjejaskan kebolehan mereka memahami matematik.

Seterusnya pengajaran awal yang memberikan keutamaan dalam pengukuhan konsep

dapat mengurangkan masalah pelajar daripada melakukan kesilapan. Kegagalan

dalam penguasaan dan pemahaman konsep pecahan pada peringkat awal

pembelajaran akan menimbulkan kesulitan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi

iaitu peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Sebagai contoh,

kelemahan pemahaman konsep asas pecahan yang dimiliki oleh pelajar akan

mengganggu pemahaman mereka untuk memahami aljabar kerana penggunaan

operasi dalam pecahan penting dalam menyelesaikan ungkapan aljabar dan

persamaan.

Selain itu, masalah pembelajaran yang sering terjadi di kalangan pelajar juga

adalah disebabkan oleh kelemahan kefahaman seseorang pelajar kepada sesuatu

konsep atau langkah-langkah penyelesaian serta kemahiran sehingga mereka gagal

menyelesaikan masalah matematik. Jika pelajar gagal untuk menggunakan

kemahiran dan pengetahuannya untuk menyelesaikan masalah atau untuk menguasai

pengetahuan matematik, masa dan usaha pelajar yang dihabiskan di dalam hanyalah

sia-sia. Oleh itu, penyelesaian masalah matematik juga perlu diberi penekanan di

samping penekanan kepada pemahaman konsep matematik. Kesalahan yang

dilakukan oleh pelajar boleh disebabkan salah konsep dan kesukaran memahami

kaedah yang sesuai. Schoenfeld (1985) mengatakan untuk memahami proses

penyelesaian masalah, pengetahuan konsep dan kemahiran-kemahiran matematik

Page 24: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

4

berkaitan adalah diperlukan. Shoenfeld dalam kajiannya telah mengemukakan

beberapa jenis soalan yang memang dalam kemampuan pelajar yang dipilih

menyelesaikannya. Di dalam proses penyelesaian ini, pelajar sering memilih strategi

yang salah. Beliau berpendapat permasalahan tersebut ada kaitannya dengan

pemahaman dan tanggapan pelajar terhadap matematik. Walaupun terdapat pelajar

yang mempunyai pengetahuan matematik yang baik tetapi tidak digunakan sebaik-

baiknya. Mereka menganggap pengetahuan matematik itu tidak relevan.

Kita sering kali mendengar rungutan guru-guru sekolah menengah bahawa

pengajaran matematik mereka tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan seperti yang

dirancangkan kerana kononnya pelajar-pelajar masih belum dapat menguasai

kemahiran asas matematik yang seharusnya telah dikuasai di peringkat sekolah

rendah lagi. Kajian-kajian lepas menunjukkan pengetahuan asas dalam pembelajaran

matematik merupakan aspek penting bagi pelajar untuk menguasai matematik.

Pengetahuan asas yang tidak memuaskan akan menyukarkan pelajar untuk

memahami pembelajaran matematik yang lebih tinggi seperti matriks, algebra,

janjang dan lain-lain. Menurut pendapat Wan Mohd Zahid (1994), pengetahuan asas

matematik yang kurang memuaskan pada peringkat sekolah rendah mengakibatkan

pelajar lemah dalam menguasai matematik pada peringkat sekolah menengah dan

juga peringkat yang lebih tinggi. Bagi menjamin pelajar mampu menguasai konsep

asas ini dengan betul, mereka perlu dibimbing secara teliti dan terancang.

Dalam kajian Liew Su Tim dan Wan Muhammad Suridan (1991), kesilapan-

kesilapan matematik yang dibuat oleh pelajar kerap muncul sama ada dalam bentuk

tulisan mahupun lisan sehingga ia menjadi satu perkara biasa dan telah diabaikan

kepentingannya. Pada hakikatnya, kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar

merupakan hasil tingkah laku daripada interaksi antara pembelajaran murid dengan

pengajaran guru. Tingkah laku murid itu menggambarkan tahap kejayaan atau

kegagalan pengajaran guru serta memperlihatkan kesukaran pembelajaran matematik

yang dihadapi oleh murid. Disamping itu, kebanyakan kesalahan yang dilakukan

oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik bukan hanya disebabkan

kecuaian atau secara rawak tetapi berlaku secara agak sistematik (Hart, 1981; Rees

and Barr, 1984; Newstead and Murray, 1998). Secara tidak langsung ia

Page 25: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

5

menggambarkan tahap penguasaan yang dimiliki oleh pelajar dalam menyelesaikan

masalah matematik. Kesilapan-kesilapan yang serupa berlaku secara meluas di

semua peringkat umur dan sebati dalam diri individu (Rees and Barr 1984). Walau

bagaimanapun, adalah bermanfaat jika jawapan yang salah itu dikaji kerana kajian

yang teliti akan memberikan petunjuk tentang bagaimana pelajar berfikir seperti

dalam kajian Rees and Barr (1984).

Berdasarkan perbincangan di atas, kajian ini dilakukan untuk mengkaji dan

mencungkil pemahaman pelajar dalam konsep pecahan serta mengenalpasti

kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam tajuk tersebut.

Menurut Cox (1975), mengenal pasti kesilapan lazim pelajar ini dipercayai boleh

dipulihkan. Langkah ini penting bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam

matematik dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan

potensi diri masing-masing khususnya dalam bidang matematik.

1.3 Pernyataan Masalah

Pecahan telah dilihat sebagai suatu nombor yang memiliki sifat yang unik

berbanding dengan nombor bulat yang pernah dipelajari oleh pelajar sebelum itu.

Keunikan sifatnya telah menyebabkan ianya sukar difahami. Pengetahuan tentang

pecahan adalah penting kerana ia bukan hanya sebagai asas kepada ilmu aljabar

tetapi pengetahuan ini juga memberi struktur mental untuk pembangunan intelek

yang berterusan. Pecahan juga merupakan suatu konsep yang sangat mencabar dan

boleh menjadi masalah kepada pelajar (Watanabe, 2002). Oleh yang demikian,

pecahan dianggap salah satu tajuk yang sukar dan sering menjadi rungutan

kebanyakan pelajar. Setelah beberapa tahun berada di sekolah, pemahaman konsep

asas pecahan pelajar masih rendah dan sangat terhad dan berkekalan sehingga ke

peringkat pengajian tinggi (Newstead and Murray, 1998). Tahap penguasaan yang

rendah dan pemahaman konsep yang kabur menyebabkan pelajar sering melakukan

kesalahan dalam mempelajari pecahan contohnya tidak menurunkan nombor pecahan

kepada sebutan terendah kerana ketidakfahaman konsep pecahan setara. Farrell

(1992), menyatakan bahawa kajian tentang jenis-jenis atau pola-pola kesilapan

Page 26: DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait

6

pelajar adalah memainkan peranan yang penting terhadap keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran matematik. Guru seharusnya menyedari perkara ini di

kalangan pelajarnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung supaya

tindakan alternatif dapat diambil dengan segera.

Pelajar harus didedahkan dengan masalah matematik yang sesuai. Daripada

strategi yang ditunjukkan oleh pelajar, secara tidak langsung dapat mengenalpasti

tahap penguasaan sebenar yang pelajar miliki dan jenis-jenis kesilapan yang sering

dilakukan. Oleh itu, satu kajian diagnosis perlu dilakukan untuk mengenalpasti

jenis-jenis kesilapan lazim yang dilakukan oleh pelajar bagi mengatasi masalah

pembelajaran dalam tajuk Pecahan. Disamping itu, penyelidik berharap agar

pendekatan alternatif ini dapat membantu guru merangka aktiviti yang lebih

membina serta mampu menarik perhatian para pelajar bagi meningkatkan

pemahaman mereka dalam konsep pecahan sekaligus dapat mengatasi masalah

pembelajaran yang kian meruncing ini.

1.4 Objektif Kajian

Terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu:

i. Mengenalpasti pemahaman yang dimiliki oleh pelajar dalam konsep pecahan.

ii. Mengenalpasti kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam

menyelesaikan soalan pecahan.

1.5 Persoalan Kajian

Terdapat dua persoalan dalam kajian ini iaitu:

i. Apakah pemahaman yang dimiliki oleh pelajar dalam konsep pecahan?

ii. Apakah kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam tajuk

Pecahan?