di majlis perasmian taklimat frim sebagai · pdf fileodt frim 11 jun 2013, jam 9.00 pagi,...

6
UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD di MAJLIS PERASMIAN TAKLIMAT FRIM SEBAGAI BADAN PENSIJILAN PRODUK PERABOT BERASASKAN KAYU BAGI KONTRAK PUSAT SISTEM PANEL ODT FRIM 11 JUN 2013, JAM 9.00 PAGI, Auditorium FRIM Terima kasih Saudara/ri Pengacara Majlis. Yang Berusaha Encik Othman Bin Semail Ketua Seksyen Perolehan Kerajaan (KSPK (B)) daripada Kementerian Kewangan, Yang Berusaha Puan Noriza Bt. Othman Penolong Setiausaha Kanan (PSUK (PB)); dan Encik Mahathir b. Zulkifli Penolong Setiausaha (PSU (PB) 1) Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pelajaran, Yang Berusaha Encik Abd Aziz Md Nor SUB Bahagian Perolehan daripada Kementerian Dalam Negeri, Yang Berusaha Encik Noraman b. Abd Wahid Penolong Setiausaha Bahagian Perolehan daripada Kementerian Pertahanan, Tuan Haji Wahid Jaafar Presiden Persatuan Pengusaha kayu kayan & Perabot Bumiputera (PEKA),

Upload: trinhnhi

Post on 01-Mar-2018

226 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: di MAJLIS PERASMIAN TAKLIMAT FRIM SEBAGAI · PDF fileODT FRIM 11 JUN 2013, JAM 9.00 PAGI, Auditorium FRIM ... persijilan produk tempatan merupakan salah satu kriteria untuk mencapai

UCAPAN PERASMIAN

YBHG. DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD

di

MAJLIS PERASMIAN TAKLIMAT FRIM SEBAGAI BADAN PENSIJILAN PRODUK

PERABOT BERASASKAN KAYU BAGI KONTRAK PUSAT SISTEM PANEL

ODT FRIM

11 JUN 2013, JAM 9.00 PAGI, Auditorium FRIM

Terima kasih Saudara/ri Pengacara Majlis.

Yang Berusaha Encik Othman Bin Semail

Ketua Seksyen Perolehan Kerajaan (KSPK (B)) daripada Kementerian Kewangan,

Yang Berusaha Puan Noriza Bt. Othman

Penolong Setiausaha Kanan (PSUK (PB)); dan

Encik Mahathir b. Zulkifli

Penolong Setiausaha (PSU (PB) 1)

Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pelajaran,

Yang Berusaha Encik Abd Aziz Md Nor

SUB Bahagian Perolehan daripada Kementerian Dalam Negeri,

Yang Berusaha Encik Noraman b. Abd Wahid

Penolong Setiausaha Bahagian Perolehan daripada Kementerian Pertahanan,

Tuan Haji Wahid Jaafar

Presiden Persatuan Pengusaha kayu kayan & Perabot Bumiputera (PEKA),

Page 2: di MAJLIS PERASMIAN TAKLIMAT FRIM SEBAGAI · PDF fileODT FRIM 11 JUN 2013, JAM 9.00 PAGI, Auditorium FRIM ... persijilan produk tempatan merupakan salah satu kriteria untuk mencapai

Encik Yunus Ab. Latif

Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Industri Perabot Bumiputera Malaysia

(PETRA)

Serta Hadirin Yang Dihormati Sekalian,

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh,

Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, setinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah

izin dan kurniaNya, kita dapat bersama-sama berhimpun dalam majlis taklimat

“FRIM SEBAGAI BADAN PENSIJILAN PRODUK PERABOT BERASASKAN

KAYU BAGI KONTRAK PUSAT SISTEM PANEL”. Taklimat yang julung kalinya

dianjurkan oleh FRIM ini bertujuan memberi penerangan kepada Agensi-agensi

kerajaan dan pengusaha perabot Bumiputra terhadap kepentingan kewujudan Skim

Pensijilan produk perabot di Malaysia.

Hadirin Sekalian.

1.0 Sektor industri perabot memainkan peranan penting dalam menjana sumber

pendapatan ekonomi negara khususnya KDNK dan tukaran mata wang asing.

Dalam tahun 2012, nilai eksport perabot menjangkau hampir RM8 bilion dan

menyumbang hampir 40% daripada keseluruhan hasil eksport industri kayu-kayan;

berjumlah RM20.2 billion. Terdapat lebih 14,784 kilang pemprosesan dan

pengeluaran produk perabot yang turut menyediakan peluang pekerjaan kepada

seramai 80,064 orang; iaitu 4.4% guna tenaga kerja dalam sektor pembuatan

negara. Sehubungan itu, industri perabot telah memainkan peranan yang penting di

dalam Pelan Induk Perindustrian (IMP) untuk mempertingkatkan pendapatan dari

industri kayu-kayan negara. Ini selari dengan agenda Dasar Industri Kayu Kayan

Negara (NATIP) untuk mencapai sasaran pasaran eksport kayu-kayan Negara

kepada RM53 bilion setahun menjelang 2020.

Page 3: di MAJLIS PERASMIAN TAKLIMAT FRIM SEBAGAI · PDF fileODT FRIM 11 JUN 2013, JAM 9.00 PAGI, Auditorium FRIM ... persijilan produk tempatan merupakan salah satu kriteria untuk mencapai

2.0. Walau bagaimanapun sehingga kini, hanya 125 syarikat Bumiputera sahaja

yang terlibat di dalam sektor pembuatan perabot di seluruh negara. Kebanyakan

pengeluaran adalah untuk pasaran tempatan dan terdapat lebih kurang 25 syarikat

Bumiputera yang aktif beroperasi untuk pasaran eksport. Bagi pasaran tempatan,

syarikat bumiputra banyak bergantung kepada kontrak-kontrak kerajaan seperti

kontrak perbekalan perabot bagi Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertahanan,

Kementerian Kesihatan, MARA dan sebagainya. Untuk lebih maju pada masa

hadapan, syarikat bumiputra tidak boleh hanya bergantung kepada kontrak-kontrak

kerajaan kerana pasaran tersebut adalah kecil dan terhad.

3.0. Dalam usaha meningkatkan sumbangan dan peranan Bumiputera di dalam

sektor perabot, penekanan harus diberikan kepada program-program pembangunan

produk yang menitikberatkan peningkatan kualiti dan rekabentuk perabot, menarik

minat pembeli jangka panjang serta menggalakkan mereka membeli produk

tempatan berdasarkan kualiti barangan dan “value for money”; bukannya semata-

mata sebagai pembeli runcit yang menetapkan harga produk yang rendah. Diatas

maksud ini, syarikat-syarikat pengeluar perabot Bumiputera perlu sanggup

mengeluarkan kos bagi menghasilkan produk yang mempunyai rekabentuk baru,

menarik dan berkualiti serta mampu bersaing di pasaran terbuka tempatan dan

eksport.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian.

4.0. FRIM ditubuhkan dengan matlamat utama untuk menjalankan aktiviti

penyelidikan dan pembangunan (R&D) perhutanan huluan dan hiliran bagi

membantu memajukan Industri Perhutanan dan Perkayuan Negara. Industri ini telah

mengiktiraf khidmat-khidmat teknikal yang disediakan oleh FRIM; iaitu FRIM

dijadikan sebagai pusat rujukan dan pusat menjalankan ujian-ujian teknikal yang

diwajibkan pihak-pihak berkuasa, sama ada dari dalam atau pun luar negara. Ketika

ini, FRIM mempunyai 11 Makmal yang telah mendapat Akreditasi MS ISO/IEC

17025 dan lima lagi makmal sedang dalam proses mendapatkan akreditasi. Ini bagi

Page 4: di MAJLIS PERASMIAN TAKLIMAT FRIM SEBAGAI · PDF fileODT FRIM 11 JUN 2013, JAM 9.00 PAGI, Auditorium FRIM ... persijilan produk tempatan merupakan salah satu kriteria untuk mencapai

memastikan ujian yang dilaksanakan di FRIM berkualiti serta memenuhi keperluan

standard kebangsaan dan antarabangsa.

5.0. FRIM memainkan peranan penting dalam proses pembangunan standard dan

penentuan spesifikasi produk perabot untuk tender perolehan kerajaan bagi pasaran

tempatan. FRIM juga terlibat secara aktif dalam mempromosikan kaedah-kaedah

ujian perabot melalui pameran antarabangsa seperti Malaysian International

Furniture Fair (MIFF) dan International Furniture Market (IFM). Kakitangan FRIM

juga telah dilantik sebagai juri dalam pelbagai pameran inovasi berkaitan perabot

seperti Malaysian Technology Expo (MTE) dan International Invention, Innovation &

Technology Exhibition (ITEX). Selain itu, FRIM menjalinkan kerjasama pintar dengan

agensi-agensi kerajaan seperti SIRIM, MTIB, STIDC dan FITEC serta institusi

pengajian tinggi tempatan seperti UiTM, UPM dan UNIMAS bagi menyumbang

kepakaran sedia ada dan membangunkan industri perabot tempatan. Untuk

makluman, FRIM telah mendapat pengiktirafan dari segi pengurusan kualiti terhadap

semua teras perkhidmatan termasuk perkhidmatan ujian melalui persijilan MS ISO

9001 mulai tahun 2007.

6.0. Makmal Pengujian Perabot (FTL) merupakan salah satu daripada makmal ujian

FRIM yang banyak membantu industri perabot dalam menyalurkan kepakaran bagi

ujian terhadap keperluan keselamatan, ketahanan dan kestabilan sesuatu perabot

terutama untuk tujuan pengeksportan. FTL yang ditubuhkan pada tahun 1989 adalah

satu-satunya makmal ujian perabot di Malaysia yang telah diakreditasi dan

berkemampuan menjalankan ujian berasaskan piawaian kebangsaan dan

antarabangsa seperti Malaysian Standard (MS), British Standard (BS), European

Norm (EN) dan ISO. Sepanjang penubuhan FTL, pelbagai bentuk bantuan teknikal

dan khidmat nasihat telah diberi kepada industri perabot tempatan dan agensi

kerajaan.

7.0. Pengiktirafan FTL sebagai badan ujian oleh Furniture Industry Research

Association (FIRA) sebuah anak syarikat BM-TRADA, telah menjadikan ujian

perabot yang dilaksanakan FTL diiktiraf di UK dan Eropah semenjak 1994. Perkara

ini penting untuk membolehkan pengusaha perabot tempatan menembusi pasaran

Page 5: di MAJLIS PERASMIAN TAKLIMAT FRIM SEBAGAI · PDF fileODT FRIM 11 JUN 2013, JAM 9.00 PAGI, Auditorium FRIM ... persijilan produk tempatan merupakan salah satu kriteria untuk mencapai

eksport antarabangsa dan meyakinkan pasaran tempatan. Penggunaan logo

akreditasi MS ISO/IEC 17025 bersama International Laboratory Accreditation

Cooperation-Mutual Recognition Agreement (ILAC-MRA) dalam laporan ujian

perabot juga telah mengiktiraf peranan FTL sebagai makmal ujian perabot di

peringkat antarabangsa. Sebelum tahun 2012, secara purata FTL melaksanakan

3,000 ujian bagi 50 syarikat setahun. Walau bagaimanapun, pada tahun 2012

sahaja, FTL telah menerima 468 sampel perabot dari 117 syarikat yang memohon

perkhidmatan 7,000 ujian (1 sampel = 15 ujian). Bilangan ujian ini diharap akan

meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Saudara saudari sekalian,

8.0. Ketika ini, industri perkayuan berhadapan dengan pelbagai isu global yang

melibatkan produk berorientasikan kualiti, mesra alam, kemampanan sumber dan

mempunyai pelepasan karbon yang rendah. Jika isu ini tidak ditangani dengan

berkesan, maka daya saing industri perabot negara akan terjejas dalam tempoh

terdekat. Tanpa kehadiran badan persijilan produk perabot tempatan pada masa ini

akan membolehkan badan persijilan produk dan badan ujian dari luar negara yang

telah bertapak di Malaysia mengambil peluang, seterusnya memberi ancaman

kepada aliran keluar mata wang negara yang signifikan. Tambahan pula, badan

persijilan produk tempatan merupakan salah satu kriteria untuk mencapai status

negara maju dan berpendapatan tinggi.

9.0. Bagi tujuan ini pihak Pengurusan FRIM telah mengambil langkah

mempertingkatkan keupayaan FRIM untuk menjadi Badan Pensijilan bagi produk

perabot dalam memastikan perabot buatan Malaysia dapat memenuhi tahap kualiti

dan mematuhi standard yang ditetapkan oleh pasaran tempatan mahupun luar

negara.

Akhir kata, diharap peranan FRIM sebagai Badan Pensijilan Produk Perabot (PCB)

berasaskan kayu bagi Kontrak Pusat Sistem Panel ini dapat menjadi kenyataan

dengan kerjasama jitu dari semua pihak yang terlibat pada hari ini.

Page 6: di MAJLIS PERASMIAN TAKLIMAT FRIM SEBAGAI · PDF fileODT FRIM 11 JUN 2013, JAM 9.00 PAGI, Auditorium FRIM ... persijilan produk tempatan merupakan salah satu kriteria untuk mencapai

Dengan lafaz Bismilahhirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan

Taklimat ‘FRIM SEBAGAI BADAN PENSIJILAN PRODUK PERABOT

BERASASKAN KAYU BAGI KONTRAK PUSAT SISTEM PANEL’.

Sekian, terima kasih.