garis panduan persijilan kemahiran malaysia dalam tldm

Upload: matt-diver-smer

Post on 18-Jul-2015

199 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Markas Pendidikan dan Latihan Pangkalan TLDM 32100 LUMUT Tel: 05-6802655 Faks: 05-6834007 Sep 04 PL/N7/1697 Jil.3 ( Lihat Agihan GARIS PANDUAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENTAULIAHAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) DAN PUSAT BERTAULIAH - TLDM Rujuk : A. Pekeliling Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Bil. 1/2001 B. Panduan Permohonan Sebagai Pusat Bertauliah Di Bawah Persijilan Kemahiran Malaysia Bagi Tahap 1 Hingga Tahap 5 Bertarikh 1 Januari 2002. 1. LATARBELAKANG Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) a. Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT oleh MLVK memberi peluang kepada pekerja mahir negara ini untuk memdapatkan pengiktirafan terhadap ketrampilan yang mereka memiliki.Pekerja-pekerja mahir yang berpengalaman boleh memohon mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tanpa perlu mengikuti latihan atau ujian khas. Calon hanya perlu menyediakan dan mengemuka bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki/diperolehi untuk diniila dan disahkan. Sejak 1995, TLDM telah melaksanakan konsep PPT ini sehingga sekarang dan peruntukan yang besar telah disediakan demi menjaga kebajikan anggota dalam mendapat pengiktirafan SKM melalui kaedah PPT/PB untuk kegunaan selepas bersara dari perkhidmatan kelak. Permohonan Pusat Bertauliah dan Program Pusat Bertauliah b. Mulai tahun 1993, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan kaedah baru )

1

dalam Persijilan Kemahiran Malaysia yang dinamakan Sistem Pentauliahan. Pentauliahan adalah satu prosedur di mana MLVK meluluskan Sekolah-sekolah dalam KD PELANDOK atau unit unit dalam TLDM sebagai Pusat Bertauliah bagi membolehkannya menawar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Penyata Pencapaian (PC) kepada pelatih-pelatih bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu. c. Sekolah-sekolah atau unit dalam TLDM boleh memohon sebagai Pusat Bertauliah jika ia memenuhi kriteria seperti dikehendaki oleh MLVK iaitu: i. Ditubuhkan secara sah mengikut undang-undang negara. ii. Mempunyai dan boleh menyediakan kemudahan fizikal seperti tempat kelengkapan dan peralatan ditempat sendiri atau secara usahasama dengan organisasi lain bagi menjalankan latihan dan penilaian yang dapat memenuhi kesemua keperluan NOSS. iii. Mempunyai tenaga pengajar yang berkelayakan dan mencukupi untuk melatih dan membimbing pelatih-pelatih dalam memenuhi kesemua keperluan NOSS. iv. Menyediakan sistem jaminan mutu yang dikehendaki termasuk Pegawai Penilai, Pegawai Pengesah Dalaman dan Pengurus Pusat Bertauliah yang ditauliahkan oleh MLVK untuk melaksanakan penilaian dan pengesahan terhadap ketrampilan calon-calon. v. Menyediakan khidmat sokongan termasuk pusat sumber dan khidmat kaunseling untuk menjayakan latihan dan penilaian. 2. TUJUAN a. Garis panduan ini bertujuan memberi panduan mengenai pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT), khususnya dari aspek permohonan, kauseling, portfolio calon, bukti-bukti ketrampilan dan penilaian. b. Garis panduan ini juga memberi panduan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan PPT, iaitu Pemohon/Calon PPT dan Pegawai Penilai (PP-PPT) TLDM. c. Garispanduan Permohonan sebagai Pusat Bertauliah atau Program Pusat Bertauliah ini adalah bertujuan untuk menetapkan keperluan bagi memohon sebagai Pusat Bertauliah atau Program Pusat Bertauliah di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia bagi semua bidang dan tahap persijilan dalam TLDM.

2

3.

PERATURAN-PERATURAN PERMOHONAN PPT Syarat-syarat Permohonan a. Pemohon dikehendaki memberi perhatian kepada syarat-syarat berikut: i. Bagi permohonan SKM Tahap 1, 2 dan 3, pemohon boleh megemukakan permohonan untuk 1 tahap sahaja, atau 2 tahap serentak atau 3 tahap secara serentak bagi sesuatu permohonan. Pemohon tidak dibenarkan memohon terus ke tahap 3 kecuali telah mempunyai SKM tahap 1 dan 2. ii. Pemohon mestilah memeliki pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan seperti para 8.1.2. iii. Bagi permohonan SKM Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) permohonan hanya boleh dilakukan setelah calon memiliki SKM Tahap 3 serta memeliki pengalaman bekerja tidak kurang dari 7 tahun. Permohonan SKM Tahap 1, 2, 3 dan 4 tidak boleh dibuat secara serentak atau secara berasingan. iv. Permohonan SKM Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) dan SKM Tahap 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) boleh dibuat secara serentak atau secara berasingan. v. Pemohon yang megemukakan permohonan pada tahap yang lebih tinggi hendaklah memiliki SKM pada tahap sebelumnya jika diperlukan oleh NOSS berkenaan. Kadar Bayaran Permohonan b. Kadar bayaran permohonan SKM adalah seperti berikut: PERMOHONAN 1. Satu (1) tahap sahaja 2. Dua (2) tahap sahaja 3. Tiga (3) tahap sahaja KADAR BAYARAN RM 185.00 RM 370.00 RM 555.00

3

Bentuk Bayaran c. Bayaran permohonan calon ditanggung oleh kerajaan dengan syarat anggota masih dalam perkhidmatan TLDM. Persiapan Sebelum Mengemukakan Permohonan d. Sebelum mengemukakan membuat persediaan-persediaan berikut: permohonan, pemohon dinasihatkan

i. Rujuk kepada Daftar NOSS untuk menentukan bidang dan tahap kemahiran yang sesuai dipohon atau seperti di LAMPIRAN 1. Dapatkan NOSS bagi bidang dan tahap kemahiran yang akan di pohon. Rujuk dengan Penyelaras MLVK-TLDM samada Penyelaras Program Pusat Bertauliah berkaitan dengan bidang yang di pohon. ii. iii. Buat penyemakan sendiri menentukan : a) Ketrampilan yang di miliki dapat memenuhi keperluan NOSS atau tidak. b) Tidak akan timbul kesukaran menyediakan bukti-bukti ketrampilan, yang mengakibatkan kelewatan sehingga melampaui tempoh kaunseling yang dibenarkan. c) Mengelakkan calon daripada layak menerima Penyata Pencapaian (PC) sahaja. d) Mengelakkan daripada kerugian kewangan peruntukan yang telah disediakan kerana calon tidak memiliki ketrampilan/kelayakan untuk memenuhi keperluan NOSS dan tidak layak layak menerima apa-apa SKM atau PC. Borang Permohonan e. Dapatkan Borang Permohonan PPT/MLVK-TLDM/001 berwarna biru atau hijau seperti di LAMPIRAN 2. i. Boleh diperolehi dariapada Pejabat Penyelaras MLVK-TLDM atau melalui Penyelaras Program Pusat Bertauliah dalam bidang berkaitan. ii. Setiap borang digunakan untuk memohon satu bidang dan boleh

4

secara serentak dua (2) atau tiga (3) tahap sekali gus. iii. iv. Borang permohonan hendaklah diisi dalam tiga (3) salinan dengan lengkap. Pastikan nombor talipon calon yang diisi mudah dihubungi. Penghantaran Borang Permohonan f. Borang permohonan yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Pejabat Penyelaras MLVK-TLDM samada melalui Penyelaras Program Pusat Bertauliah bersama dengan : i. Dua (2) salinan fotostat kad pengenalan pemohon.

ii. Dua (2) biodata dan pengalaman bekerja calon seperti di LAMPIRAN 3. iii. Dua (2) salinan fotostat Sijil Kursus untuk kelayakan memohon pada tahap dua (2) dan tiga (3). viii. Dua (2) salinan fotostat SKM di tahap yang lebih rendah jika berkaitan dan memohon pada tahap yang lebih tinggi. ix. Penyelaras Program Pusat Bertauliah yang menyerahkan borang permohonan calon ke Pejabat ini hendaklah beserta dengan senarai nama calon mengikut format seperti LAMPIRAN 4 bersama dengan satu (1) disket senarai tersebut. g. Permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak memenuhi keperluan di atas akan ditolak. Pemprosesan Permohonan oleh Pejabat Penyelaras MLVK-TLDM h. Borang permohonan yang diterima akan disemak bagi menentukan sama ada pemohon memenuhi segala kriteria dan syarat yang telah ditetapkan. i. Calon yang diterima akan menerima Permohonan Pendaftaran Sementara seperti di LAMPIRAN 5 beserta nama PP-PPT calon. Calon perlu menghubungi PPPPT tersebut dengan segera mengenai permohonan peruntukan portfolio lengkap calon dan tempoh kaunseling bagi pembangunan portfolio. PPPPT yang telah dilantik akan menerima

5

surat dan senarai nama calon-calon PPT untuk bidang berkaitan dengan Pegawai Penilai-PPT tersebut. j. PP-PPT dan calon dikehendaki mengadakan pertemuan untuk sesi kaunseling setelah mendapat Peruntukan Porfolio dan seterusnya sesi penilaian portfolio calon apabila siap dibangunkan oleh calon. k. Perlantikan sebenar PP-PPT adalah melalui Permohonan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak MLVK. Permohonan Peruntukan Portfolio Lengkap l. Dapatkan Borang Permohonan PPT/MLVK-TLDM/002 berwarna kuning seperti di LAMPIRAN 6. i. Diperolehi dariapada Pejabat Penyelaras MLVK-TLDM atau melalui PP-PPT dalam bidang berkaitan. ii. Setiap borang boleh digunakan untuk memohon sehingga tiga (3) tahap peruntukan portfolio lengkap mengikut bidang yang telah di pohon. iii. Borang permohonan hendaklah diisi dalam tiga (3) salinan dengan lengkap. iv. Pastikan nombor talipon calon yang diisi mudah dihubungi. Penghantaran Borang Peruntukan Portfolio Lengkap m. Borang permohonan yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Pejabat Penyelaras MLVK-TLDM melalui PP-PPT calon beserta: ii. Dimajukan kepada Pegawai Penilai calon seperti tertera di Senarai Calon. iii. PP-PPT calon hendaklah memajukan surat permohonan/iringan bersama Borang Permohonan Peruntukan Portfolio Lengkap Calon berserta Portfolio Lengkap dengan bukiti asas bidang berkaitan ke Pejabat Penyelaras MLVK-TLDM untuk proses prosedur sebutharga. iv. Peruntukan Portfolio Lengkap yang telah siap akan diberi melalui Pegawai Penilai-PPT calon.

6

v. PP-PPT calon hendaklah memberi Portfolio tersebut semasa permulaan sesi kaunseling dan memberitahu keperluan untuk calon mengisi bukti-bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkap sesi penilaian untuk ketrampilan calon mendapatkan SKM.. 4. KAUNSELING Kaedah dan Tempoh a. Kaunseling merupakan pertemuan di antara PP-PPT dengan calon dimana PP-PPT menerangkan kaedah pembangunan portfolio, jenis-jenis bukti dan tindakan yang perlu dilakukan oleh calon serta memebincangkan tarikh dan pertemuan seterusnya. b. Portfolio yang telah dibangunkan oleh calon akan diserahkan kepada PP-PPT untuk tujuan penilaian. PP-PPT akan menilai semua bukti-bukti yang ada di dalam portfolio dengan keperluan tugasan NOSS. Sekiranya bukti-bukti tidak mencukupi, calon perlu mendapatkan bukti-bukti tambahan. c. Proses kaunseling dan penilaian boleh dibuat berulang kali sehingga PP-PPT dan calon bersedia untuk membuat keputusan tentang kelayakan SKM atau PC. d. Calon dan PP-PPT diberi tempoh selama 3 bulan oleh pihak MLVK bagi melengkapkan proses kaunseling dan penilaian. Selepas tempoh ini, PP-PPT akan memajukan laporan bahawa calon tidak dapat memajukan portfolio dan tindakan penggantian penggunaan peruntukan wang kerajaan oleh calon semasa pendaftaran perlu dibayar balik. 5 PORTFOLIO CALON Kaedah Membangunkan Portfolio a. Portfolio calon adalah berbentuk sebuah fail berkulit tebal bagi menyimpan/mengumpul segala jenis bukti ketrampilan secara tersusun dan sistematik mengikut keperluan setiap profil tugasan NOSS. b. Porfolio akan diberi menggunakan peruntukan kerajaan dengan buktibukti asas seperti silibus latihan mengikut tahap kursus dan dibangunkan sendiri oleh calon untuk bukti-bukti tambahan ketrampilan calon dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada PP-PPT.

7

c. Susun atur kandungan portfolio hendaklah seperti berikut: i. Rekod Penilaian Kumulatif (RPK) ii. Resit Pembayaran Permohonan iii. Surat Pendaftaran Permohonan yang diterima daripada MLVK serta mengandungi makalumat mengenai calon dan PP-PPT. iv. Borang MLVK/PPT/1003(P2)- berwarna merah. v. Profil Pekerjaan vi. Profil Tugasan vii. Bukti-bukti ketrampilan bagi setiap Profil Tugasan berkaitan. d. Setiap dokumen di atas hendaklah dipisahkan oleh pemisah (separator) yang ditandakan bagi memudahkan kerja-kerja penyemakan dan rujukan. e. Setelah dinilai oleh PP-PPT dan disahkan oleh PPL-PPT, portfolio ini dikembalikan kepada calon. 6. BUKTI-BUKTI KETRAMPILAN Sumber untuk mendapatkan bukti a. Bukti-bukti ketrampilan yang dikemukakan boleh meliputi perkaraperkara berikut: i. ii. iii. iv. Pengalaman tempat kerja. Kursus-kursus yang telah dihadiri. Pengalaman hidup, hobi dan kerja-kerja sukarela yang berkaitan. Pencapaian lain, termasuk dalam pertandingan kemahiran.

Bentuk Bukti b. Bukti-bukti yang dianggap kukuh adalah termasuk seperti berikut: Bentuk Bukti 1. Sijil dan Transkrip Sumber Diperolehi/Syarat o Daripada Pusat Bertauliah MLVK, pihak awam atau Swasta. o Disertakan dengan transkrip, sukatan dan kandungan latihan, dsbnya. o Disahkan oleh PP-PPT.

8

2. Senarai Tugas 3. Lesen 4. Kad Kerja/ Buku Log

o Perlu ditandatangani oleh pegawai peringkat pengurus dan ke atas. o Badan Perlesenan Kerajaan. o Rujuk pada Kad Kerja/ buku catatan/Perintah Tetap. o Disahkan oleh Pengurus dan PP-PPT.

5. Perakuan PP-PPT

o PP-PPT melawat tempat kerja calon dan akan mengisi Borang Perakuan Lawatan PP-PPT. o Daripada Pusat Bertauliah MLVK dan disertakan transkrip/jadual waktu/silibus/isi kandungan kursus. o Daripada pegalaman bekerja mengikut dokumen perkhidmatan TLDM. o Disahkan oleh Pengurus keatas dan PPPPT.

6. Testimonial

7. Anugerah

o Daripada Pusat Bertauliah MLVK. o Disahkan oleh PP-PPT.

8. ROC/ROB/ROS

o Disahkan oleh PP-PPT.

c. Bukti-bukti yang dianggap jenis sederhana iaitu memerlukan bukti tambahan atau penyemakan melalui siasatan/temuduga adalah termasuk: Bentuk Bukti 1. Hasil Kerja Sumber Diperolehi/Syarat o Dihasilkan sebelum permohonan dikemukan. o Perlu pengesahan bertulis oleh pelanggan/majikan/pihak ketiga. 2. Gambar o Diambil sebelum permohonan. o Perlu disahkan secara bertulis oleh pihak majikan/rakan sekerja/pihak ketiga. 3. Surat Akuan(Pelanggan) o Mestilah merupakan pelanggan tetap

9

kepada calon tidak kurang dari 2 tahun. 4. Kertas Kerja 5. Laporan 6. Keratan Akhbar 7. Artikel 8. Bil/Resit/Invois 9. Sample 10. Design/Blueprint 11. Video/CD/Kaset 12. Dokumen ISO 13. Fail Meja o Kertas kerja yang telah diterima/diluluskan oleh pihak majikan/pihak ketiga. o Laporan yang diterima oleh majikan /pihak ketiga. o Naskah yang asal dan bertarikh. Perlu pengesahan dari majikan/pihak ketiga. o Naskah yang asal dan bertarikh. Perlu pengesahan dari majikan/pihak ketiga. o Sediakan salinan asal untuk dilihat/disemak dan disahkan oleh PP-PPT. o Dilihat dan disahkan oleh PP-PPT. o Sediakan salinan asal untuk dilihat/disemak dan disahkan oleh PP-PPT. o Sediakan salinan asal untuk dilihat/disemak dan disahkan oleh PP-PPT. o Rujuk pada kad kerja asal. Disemak dan disahkan oleh PP-PPT. o Rujuk pada Fail Meja asal. Disemak dan disahkan oleh PP-PPT.

7.

PENILAIAN Kaedah Penilaian

a. b. c.

Penilaian portfolio calon dilakukan oleh PP-PPT secara sistematik berdasarkan keperluan setiap tugasan dalam NOSS berkenaan. Bukti-bukti yang disediakan mestilah dapat menggambarkan ketrampilan calon bagi memenuhi keperluan setiap tugasan dalam NOSS. PP-PPT boleh mengendalikan sesi soaljawab/temuduga semasa mengendalikan penilaian bagi memastikan pengalaman dan ketrampilan termasuk pengetahuan, calon benar-beanr memenuhi keperluan NOSS.

10

Ciri-ciri penilaian d. e. Bukti-bukti yang dikemuka oleh calon mestilah sahih, bolehpercaya dan mencukupi. Sekiranya PP-PPT mendapati bukti tidak sahih atau tidak bolehpercaya, PP-PPT berhak menolak bukti tersebut, jika bukti tidak mencukupi, PP-PPT boleh meminta calon mendapatkan bukti-bukti tambahan. Sekiranya calon mengemukakan bukti-bukti yang palsu, PP-PPT boleh membatalkan penganugerahan bagi duti dalam NOSS berkaitan atau mencadangkan kepada PPL-PPT/MLVK melalui Penyelaras MLVK-TLDM supaya permohonan calon DIBATALKAN. Sekiranya pencalonan calon dibatalkan tindakan seperti di para 4.4 akan diambil. PERATURAN-PERATURAN CALON PPT Kriteria Calon a. Calon PPT dikehendaki memenuhi kriteria-kriteria berikut: i. Memiliki ketrampilan dalam bidang kemahiran yang disenaraikan dalam daftar Noss dan mampu mengemuka bukti-bukti ketrampilan untuk dinilai dan disahkan. Memiliki kelayakan dan pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon seperti berikut: KELAYAKAN TAHAP PERSIJILAN SKM TAHAP 1 TEMPOH PENGALAMAN BEKERJA # 1 TAHUN KEATAS KELAYAKAN SIJIL KURSUS Pengesahan melalui Testimonial oleh Pegawai Bahagian Sijil Kursus Laskar Kanan Sijil Kursus Bintara Muda

f.

ii.

LK KELAS SATU LASKAR KANAN BINTARA DAN PEGAWAI

SKM TAHAP 2 SKM TAHAP 3

2 TAHUN KEATAS 4 TAHUN KEATAS

11

KEATAS BINTARA KANAN DAN PEGAWAI KEATAS SKM TAHAP 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) 7 TAHUN KEATAS Sijil Kursus yang berkaitan dan Pengesahan oleh Pegawai Bahagian serta Pegawai Penilai-PPT. Sijil Kursus yang berkaitan dan Pengesahan oleh Pegawai Bahagian serta Pegawai Penilai-PPT.

PEGAWAI WAREN DAN PEGAWAI KEATAS

SKM TAHAP 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

10 TAHUN KEATAS

Nota: # Tidak termasuk tempoh latihan. Tanggungjawab calon b. Calon PPT bertanggungjawab melakukan tugas-tugas berikut: i. Bersedia berkerjasama dengan PP-PPT untuk dinilai ketrampilannya. ii. dipohon. iii. Memahami keperluan NOSS dalam bidang yang Membangunkan portfolio secara tersusun.

iv. Bersedia mendapatkan bukti-bukti tambahan jika dikehendaki oleh PP-PPT. v. Memeberi lawatan PP-PPT ketempat kerja. kerjasama kepada PP-PPT semasa

vi. Membuat catatan dalam RPK mengenai tugasatugasan yang sudah diterima terampil. vii. Memberitahu PP-PPT apabila portfolio sudah siap dan lengkap untuk dinilai. 12

viii. Memberitahu PP-PPT jika memerlukan pelanjutan tempoh kaunseling/penilaian dengan memberi alasan yang munasabah. ix. Segera memberitahu PP-PPT atau Penyelaras MLVK-TLDM jika berlaku masalah kesihatan, perlu keluar Negara dan sebagainya untuk sesuatu tempoh yang lama. x. Menghubungi Penyelaras MLVK-TLDM jika terdapat kesukaran untuk menemui PP-PPT bagi tujuan kaunseling/penilaian. xi. Menghubungi Penyelaras MLVK-TLDM jika PP-PPT meminta sebarang bayaran/hadiah. Perkara-perkara Larangan c. Calon PPT tidak boleh melakukan perkara-perkara larangan berikut: i. ii. PP-PPT. iii. iv. lain. v. kaunseling penilaian. Mengemukakan bukti-bukti palsu. Memberi keterangan palsu apabila ditemuduga oleh Memberi wang/hadiah kepada PP-PPT. Memburuk-burukkan peribadi PP-PPT kepada orang Sengaja tidak mahu menemui PP-PPT untuk sesi

Tindakan Tatatertib d. Sekiranya calon tidak menjalankan tugas seperti yang dikehendaki diatas Penyelaras MLVK-TLDM dan pihak MLVK berhak mengambil tindakan seperti berikut: i. Meminta penjelasan secara bertulis.

13

ii. selesai dijalankan.

Menggantung permohonan calon sehingga siasatan

iii. Mengugurkan duti-duti bagi bukti yang dipalsukan dan calon tidak dibenarkan memohon bagi tempoh yang akan ditetapkan oleh Penyelaras MLVK-TLDM dan pihak MLVK. iv. Membatalkan permohonan calon pembayaran balik menggunakan peruntukan kerajaan akan dilakukan. 9. PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI PENILAI (PP-PPT) dan tindakan

MLVK boleh melantik seseorang individu sebagai PP-PPT jika beliau: i. PP-PPT. Telah ditauliahkan oleh MLVK melalui Kursus Induksi

ii. Telah didapati memahami pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia dan kaedah PPT. iii. Merupakan pakar dalam sesuatu bidang kemahiran dan memegang jawatan sekurang-kurangnya di peringkat penyeliaan. iv. Mempunyai masa dan minat untuk melaksanakan tugas PP-PPT. v. Mampu membimbing calon membangunkan portfolio dan menyediakan bukti-bukti ketrampilan. vi. Mampu melaksanakan penilaian terhadap bukti-bukti ketrampilan calon dan mengesahkannya. vii. viii. Lantikan PP-PPT Bersikap jujur dan bertanggunjawab. Tidak mempunyai rekod jenayah.

14

b. PP-PPT dilatik oleh MLVK untuk tempoh 2-3 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan untuk 2-3 tahun lagi jika PP-PPT masih berminat dan menunjukkan prestasi yang baik. c. Penyelaras MLVK-TLDM dan pihak MLVK berhak menarik balik lantikan atau menamatkan tempoh latikan jika didapati khidmat PP-PPT tidak diperlukan atau PP-PPT telah melakukan larangan-larangan yang ditetapkan. Peranan dan Tanggungjawab Bimbingan PP-PPT d. PP-PPT bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas bimbingan berikut: i. Memberi penerangan kepada calon mengenai kepentingan membangunkan portfolio secara tersusun. ii. Membimbing calon mengenai pengumpulan bukti-bukti yang kukuh mengikut keperluan NOSS termasuk tindakan berikut: iii. Menerangkan kepada calon tindakan untuk mendapatkan bukti tambahan bagi mengukuhkan bukti-bukti yang lemah. iv. Menerangkan kepada calon kaedah untuk mendapatkan bukti secara bertulis bagi pengesahan ketrampilan yang telah dimiliki tetapi tiada dalam bentuk sijil atau transkrip. v. Berbincang dengan calon dimana dan mendapatkan bukti-bukti tambahan jika diperlukan. bagaimana

vi. Menyediakan laporan atau maklumbalas kepada Penyelaras MLVK-TLDM setelah selesai verifikasi dengan PPL-PPT MLVK dalam tempoh dua (2) minggu. vii. Mampu beriteraksi dengan pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPT terutamanya calon, unit calon, Peyelaras MLVKTLDM dan PPL-PPT. Peranan dan Tanggungjawab Penilaian PP-PPT e. PP-PPT betanggungjawab menjalankan tugas-tugas penilaian berikut: i) Menyemak bukti-bukti yang dikemuka oleh calon.

15

ii) Membuat perbandingan bukti-bukti oleh calon dengan setiap keperluan tugasan dalam NOSS. iii) Membuat penilaian yang cepat, tepat, adil dan sahih. iv) Meminta bukti atau keterangan tambahan jika terdapat kekurangan pada bukti yang disediakan oleh calon. v) Mengadakan lawatan rasmi ke tempat kerja calon dengan pegawai bahagian/bintara bahagian atau jurulatih calon bagi mendapatkan pengesahan mengenai bukti-bukti ketrampilan yang disediakan oleh calon. vi) Menentukan keputusan ketrampilan calon berasaskan kriteria bukti yang sahih, boleh dipercayai dan mencukupi. vii) Menandatangani RPK sebagai tanda pengesahan bukti-bukti yang disediakan oleh calon.

Peranan dan Tanggungjawab Lain Penilaian PP-PPT f. PP-PPT juga dipertanggungjawab menjalankan tugas-tugas lain seperti berikut: i. Memaklumkan kepada Penyelaras MLVK-TLDM secara bertulis jika proses penilaian calon telah tamat dan memohon lawatan PPL-PPT diaturkan. ii. Menerima lawatan PPL-PPT dan bersedia memberi penjelasan jika diperlukan. iii. Menghubungi Penyelaras MLVK-TLDM jika calon memohon untuk melanjutkan tempoh penilaian dengan memberi alasan yang kukuh dan munasabah. iv. Memulangkan segera portfolio kepada calon setelah proses verifikasi luaran dilakukan oleh PPL-PPT.

16

v. Memajukan laporan dan status calon apabila selesai verifikasi oleh PPL-PPT dalam tempoh 2 minggu dari tarikh verifikasi. vi. Segera memberitahu Penyelaras MLVK-TLDM jika perlu direhatkan untuk tempoh tertentu disebabkan perlu keluar Negara, kesihatan dan sebagainya. Perkara-perkara Larangan untuk PP-PPT g. PP-PPT dikehendaki mematuhi perkara-perkara larangan berikut: i. Tidak boleh mengenakan atau menerima sebarang bayaran/hadiah untuk khidmat kaunseling atau apa-apa bayaran perkhidmatan daripada calon. ii. Tidak boleh mengarahkan calon menggunakan manamana perunding bagi tujuan membangunkan portfolio dengan bayaran perkhidmatan. iii. Membangunkan sendiri portfolio calon.

iv. Mencerca atau mengeluarakan kata-kata yang boleh menjatuhkan imej Persijilan Kemahiran Malaysia TLDM dan MLVK melalui kaedah PPT. v. Melengah-lengahkan proses penilaian tanpa sebab.

vi. Menyusahkan calon dengan tindak-tanduk yang sengaja diada adakan. Tindakan Tatatertib h. Sekiranya PP-PPT tidak menjalankan tugas seperti yang dikehendaki Penyelaras MLVK-TLDM dan MLVK berhak mengambil tindakan berikut: i. bertulis. Meminta penjelasan daripada PP-PPT secara

17

ii. yang ditetapkan. iii. 10.

Menggantung lantikan PP-PPT untuk sesuatu tempoh

Menarik balik atau menamatkan lantikan PP-PPT.

PERATURAN-PERATURAN PPL-PPT Kriteria PPL-PPT a. PPL-PPT adalah dilantik oleh MLVK dari kalangan staf MLVK untuk lawatan verifikasi luaran dan kriteria PPL-PPT adalah seperti berikut: i. Ditauliahkan oleh MLVK.

ii. Merupakan pakar dalam pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia dan kaedah PPT. iii. Memegang penyeliaan. jawatan sekurang-kurangnya di peringkat

iv. Mampu melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT dan mengesahkannya. v. Bersikap jujur dan bertanggungjawab.

Peranan dan Tanggungjawab PPL-PPT b. PPL-PPT bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas berikut: i. Menyemak dan mengesahkan setiap portfolio calon. ii. Mengesahkan penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT adalah memenuhi keperluan NOSS bagi bidang/tahap berkenaan. iii. Memberi maklumbalas yang membina kepada PP-PPT agar PPPPT dapat meningkat mutu penilaiannya. iv. Menurunkan tandatangan RPK bagi menandakan portfolio berkenaan telah disemak dan disahkan oleh PPL-PPT.

18

Lawatan Verifikasi PPL-PPT c. Lawatan verifikasi PPL-PPT akan diaturkan oleh Penyelaras MLVKTLDM dan TLDM setelah mendapat permintaan dari PP-PPT. d. PPL-PPT dikehendaki menyemak menggunakan kaedah seperti yang ditetapkan pleh MLVK. setiap portfolio calon

e. PPL-PPT boleh menurunkan tandatangan di mana sahaja ruangan yang terdapat pada RPK sebagai tanda pengesahan portfolio calon. 11. PERATURAN PERMOHONAN SEBAGAI PUSAT BERTAULIAH BAGI SEMUA BIDANG DAN TAHAP KEMAHIRAN Prosedur Permohonan a. Prosedur untuk mengemukakann permohonan sebagai Pusat Bertauliah adalah seperti di Kembaran B dan Permohonan Pendaftaran calon setelah sekolah ditauliahkan seperti di Kembaran C. Panduan Permohonan c. Permohonan hendaklah dikemukakan seperti ditetapkan dalam Panduan Permohonan MLVK/T/1001(P2). Pelaksanaan Pendaftaran Calon d. Pendaftaran calon hendaklah dimajukan oleh Penyelaras MLVK Sekolah kepada Penyelaras MLVK-TLDM bersama dengan surat iringan dan senarai nama calon dan kelas. e. Setelah menerima senarai nama Penyelaras-MLVK memajukan Permohonan pendaftaran calon ke PTJ untuk permohonan pembayaran pendaftaran sebanyak RM35.00 seorang calon. f. Penyelaras Sekolah dan dibantu oleh Penyelaras MLVK-TLDM perlu memasuki senarai nama calon untuk pendaftaran secara rasmi ke dalam E-Daftar MLVK melalui internet apabila pesanan kerajaan telah dikeluarkan. Cetakkan senarai nama dalam E-Daftar untuk dimajukan bersama Pesanan Kerajaan dan hantar ke MLVK.

19

12. Permohonan Peruntukan Portfolio Lengkap Dan Nota Pembelajaran Pusat Bertauliah a. Permohonan Peruntukan Portfolio Lengkap dan Nota Pembelajaran calon hendaklah dimajukan oleh Penyelaras MLVK Sekolah kepada Penyelaras MLVK-TLDM selesai proses pendaftaran dalam E-Daftar. Permohonan hendaklah dimajukan bersama dengan surat iringan, senarai nama calon dan kelas. b. Penyelaras MLVK-TLDM akan memajukan Permohonan Peruntukan Portfolio dan Nota Pembelajaran ke AKS Logistik bagi mendapatkan Peruntukan Portfolio dan Nota Pembelajaran. c. Portfolio Lengkap yang telah siap akan diberi melalui Ketua Sekolah untuk diagihkan kepada calon. d. Portfolio Lengkap akan disediakan oleh AKS Logistik. Pihak sekolah atau Pusat Bertauliah hendaklah memajukan anggaran calon pada awal tahun beserta model Portfolio dan Nota Pembelajaran calon ke Penyelaras MLVK-TLDM untuk dimajukan ke AKS Logistik bagi persediaan awal Portfolio calon. 13. Peranan dan Tanggungjawab Calon, PP, PPD dan Panel Pusat Bertauliah Tanggungjawab calon a. Memahami keperluan SKPK(NOSS). b. Mengetahui keperluan dan kaedah penilaian. c. Menjalani semua penilaian yang diperlukan. d. Mengumpulkan bukti-bukti ketrampilan dan menyiapkan portolio. e. Membuat catatan dalam RPK. Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Penilai(PP) a. Merangka prosedur penilaian bersama PPD. b. Menjelaskan kepada calon tentang keperluan penilaian dan keperluan ketrampilan berdasarkan SKPK(NOSS)

20

c. Menilai prestasi calon. d. Memberi maklumbalas yang cepat, tepat dan membina kepada calon mengenai: i. Keputusan penilaian. ii. Kelemahan prestasi. e. Membimbing calon dalam penyediaan portfolio dan bersetuju dengan catatan calon di dalam RPK dan menandatanganinya. Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Penilai(PP) a. Merangka prosedur dan dokumen penilaian bersama PP. b. Memastikan penilaian (oleh PP) dijalankan secara seragam dan sempurna mengikut kehendak SKPK(NOSS). c. Mengesahkan penilaian yang dijalankan oleh PP dan menandatangani RPK. d. Memberi maklumbalas membina kepada PP. e. Mengesahkan setiap permohonan SKM/PC dan menandatangani borang MLVK/T/1003(P1). f. Membantu PPL semasa verifikasi luaran. Peranan dan Tanggungjawab Pengurus PB (PPB) ( Ketua Sekolah) a. Melantik PP/PPD yang berkelayakan dan mencukupi bagi setiap program yang ditauliahkan. b. Menubuhkan dan mempengerusikan panel penilaian Pusat Bertauliah. c. Menentukan calon sedar akan tanggungjawab mereka melalui sesi taklimat dan orentasi. d. Memberi kerjasama penuh semasa verifikasi luaran PPL. e. Mengambil tindakan susulan terhadap komen dan cadangan dari laporan PPL.

21

f. Memastikan semua maklumat terkini/terbaru dari segi SKPK baru diulangkaji. g. Membuat permohonan pembaharuan pentauliahan yang akan tamat tempoh. Peranan dan Tanggungjawab Panel Penilaian Pusat Bertauliah a. Merangka Prosedur penilaian dalaman. b. Menyediakan dokumentasi penilaian yang seragam. c. Meluluskan kandungan dokumen penilaian. d. Meluluskan kaedah penilaian. e. Mengawasi dan memastikan kesahihan pelaksanaan penilaian. KEAHLIANPENGERUSI -PPB

AHLI TETAP SEMUA PPD

AHLI SEMENTARA PP BERKAITAN

14.

Lawatan Verifikasi PPL-PB a. Lawatan verifikasi PPL-PPT akan diaturkan oleh Penyelaras MLVKTLDM dan TLDM setelah mendapat permohonan dari Pusat Bertauliah.Permohonan hendaklah dimajukan sebelum 2 bulan dari tarikh calon keluar kursus. Ini adalah kerana verifikasi portfolio calon oleh PPLPB memerlukan calon hadir ketika verifikasi tersebut. b. PPL-PPT dikehendaki menyemak setiap portfolio calon menggunakan kaedah seperti yang ditetapkan pleh MLVK. c. PPL-PPT boleh menurunkan tandatangan di mana sahaja ruangan

22

yang terdapat pada RPK sebagai tanda pengesahan portfolio calon. d. Penyelaras Sekolah akan memajukan borang MLVK/T/1003(P1) beserta surat permohonan kepada Penyelaras MLVK-TLDM untuk permohonan pengeluaran SKM sebanyak RM 20.00 untuk setiap calon dan akan dimajukan ke PTJ bagi pengeluaran Pesanan Kerajaan untuk dihantar ke MLVK. 15. PENUTUP a. Adalah diharapkan panduan dan peraturan yang dijelaskan dalam Garis Panduan Persijilan Kemahiran Malaysia MLVK-TLDM ini dapat memperkemaskan dan memantapkan lagi pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT/PB dalam TLDM. b. PP-PPT dan anggota yang terlibat dalam melaksanakan kaedah PPT/PB dikehendaki mengikut panduan dan peraturan yang telah ditetapkan. 16. TARIKH BERKUATKUASA KEMAHIRAN MALAYSIA TLDM GARIS PANDUAN PERSIJILAN

a. Garis panduan ini berkuatkuasa mulai 01 Oktober 04 dan hendaklah dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat dalam aktiviti Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT dan PB dalam TLDM. KEARAH MPL SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN INDUSTRI MARITIM PERINGKAT NASIONAL

MOHD GHAZI BIN ISMAIL PPL TLDM bp Panglima

Kembaran :

23

A. B. C.

Carta Aliran Proses Pendaftaran Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) TLDM. Carta Aliran Prosedur Untuk Memohon Sebagai Pusat Bertauliah. Carta Aliran Proses Pendaftaran Calon Pusat Bertauliah TLDM.

Disertakan: A. Permohonan Sebagai Pusat Bertauliah Kemahiran Malaysia. B. Panduan Mengisi Borang MLVK/T/1003(P1). C. Borang Permohonan Pengeluaran SKM/Penyata Pencapaian MLVK/T/1003(P1). Lampiran: 1. Kelayakan Permohonan SKM Calon TLDM melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). 2. Borang Permohonan Pendaftaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). 3. 4. Biodata dan Pengalaman Kerja. Format Senarai Pendaftaran Calon.

5. Permohonan Pendaftaran Sementara Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Melalui Kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). 6. Borang Permohonan Peruntukan Portfolio Lengkap Calon Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). Agihan Luar: Tindakan: Cawangan Pembangunan Sumber Manusia Markas Tentera Laut (Untuk Perhatian: Lt Kdr Badarudin bin Taha TLDM PW 1 TLR Kamarudin bin Abu Samah) Markas Sistem Armada (Untuk Perhatian:

24

Lt Kdr Hj Jailani bin Adam TLDM) Pegawai Memerintah Pusat Selam TLDM (Untuk Perhatian: Lt Kdr Mohamad bin Zainal TLDM Lt Mohd Souafi bin Mohamaed PW II PLM Hisham bin Kamarudin BK PLM Ibrahim bin Che Nas) Pegawai Memerintah PASKAL TLDM (Untuk Perhatian: Lt Mohd Akhbar bin Mohd Yusof TLDM) Pegawai Memerintah KD Malaya (Untuk Perhatian: PW 1 TLS Mohd Wahid bin Sulaiman) Pegawai Memerintah Projek PV TLDM ( Untuk Perhatian: Lt Kdr Roslizan bin Mahidin) Pegawai Memerintah Depot Bekalan Armada (Untuk Perhatian: Lt Md Zain bin Hj Zakaria TLDM) Pegawai Memerintah KD Indera Sakti (Untuk Perhatian: LT KDR Nordin bin Musa TLDM) Pegawai Memerintah KD RAJAWALI (Untuk Perhatian: PW 1 TLR Baharin bin Jonid) Pegawai Memerintah Depot Senggaraan KenderaanTLDM (Untuk Perhatian: Lt Azman bin Nor TLDM Lt Othman bin Awang Itam TLD

25

BM TMK Umari bin Hj Mohamad Nor) Maklumat: Ketua Pengarah Majlis Latihan Vokasional Malaysia (Untuk Perhatian: En. Khamaron bin Yasir) Dalam: Tindakan: Markas Pendidikan dan Latihan (Untuk Perhatian: Lt Kdr Syed Ahmad hilmi bin Syed Abdullah TLDM Lt Kdr Mohd Suhaimi bin Khamis TLDM Lt Mohamed Johari bin Hj Abu Bakar PW 1 TLS Ismail bin Idris PW 1 TMK Roslan bin Rahim @ Umar BK PBK (I) Roshayat bin Sulaiman BK TLR Badruddin bin Mahmud BM KNA Zulkifli bin Ahmad Pegawai Memerintah Kolej Tentera Laut Diraja (Untuk Perhatian: LT Suziana bin Samin TLDM) Ketua Fakulti Kejuruteraan (Untuk Perhatian: Lt Kdr Idris bin Othman TLDM Lt Anuar bin Bero TLDM PW 1 TMK Mohd Isa bin Hamzah PW 1 TMS Othman bin Kassim PW 1 TMK Bunsin bin Kalun PW 1 TLR Azhar bin Othman PW 1 TLS Mohd Yamin bin Matt Saman PW 1 TLR Suka bin Samiyan PW 1 TLS Sarji bin Kasmin BK TMK Mohd Nor Kamarudin bin Hj Abu Bakar Ketua Fakulti Logistik dan Pengurusan (Untuk Perhatian: Kdr Mohd Zolkefpeli bin Abd Rahman TLDM Lt Kdr Mohamad Salleh bin Sahadan TLDM

26

Lt Kdr Lee Chee Yong TLDM Lt Kdr Musa bin Bakar TLDM BK BDI Dzulkiflee bin Yahya BK STN(S) Narudzaman bin Pilus BK STN(S) Norsiharuddin bin Hj Kadir BK STN(L) Md Shaidi bin Mustafa Ketua Fakulti Kelasi (Untuk Perhatian: PW 1 JGN Adman bin Sukijo BK KMT Rosman bin Ab Rahman Maklumat AKS Tadbir AKS Bahagian Pembangunan dan Kawalan Mutu Latihan

27