kraftangan di malaysia

17
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN UNIT 5:WARISAN KESENIAN PELBAGAI KAUM KRAFTANGAN BUATAN PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA Ahli kumpulan: Matt Jefferson Ahmad Raziq Sylvester Chai Yehoshua David Nightangel Jana Muhd Hafeez

Upload: matt-jefferson

Post on 15-Sep-2015

361 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAANUNIT 5:WARISAN KESENIAN PELBAGAI KAUMKRAFTANGAN BUATAN PELBAGAI KAUM DI MALAYSIAAhli kumpulan: Matt Jefferson Ahmad Raziq Sylvester Chai Yehoshua David Nightangel Jana Muhd Hafeez KRAFTANGAN KAUM MELAYULabu sayong ialah sejenis bekas tembikar. Produk perusahaan ini dari Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong. Mukim Sayong ialah sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak.Bekas menyimpan air ini dihasilkan daripada tanah liat dan dibentuk serta diukir dengan teliti.Labu sayong terdiri daripada saiz dari kecil hingga besar dan harganya pula mengikut saiz dan corak labu sayong yang dikehendaki.Pembuatan labu sayong agak kompleks, bermula dari pemilihan tanah liat yang sesuai sehinggalah pembentukan dan hiasan warna dan corak yang dikehendaki.Inovasi pembuatan labu sayong divariasikan kepada replica untuk cenderahati dan perhiasan bagi meneruskan perjuangan tradisi dan budaya warisan nenek moyang.LABU SAYONGGAMBAR LABU SAYONG

KRAFTANGAN KAUM CINAMerupakan sejenis alat pelindung yang melindungi lilin dari tiupan angin ketika berjalan waktu malam.Merupakan salah satu benda penting dan telah menjadi satu unsur kebudayaan masyarakat Cina.Dibuat daripada kertas dan rangkanya daripada buluh. Tetapi ada juga tanglung diperbuat dari sutera dan kain.Tanglung digunakan dalam majlis tertentu untuk mengalu-alukan tetamu, untuk menghebahkan kelahiran, kematian, atau amaran.Di Negara China, tanglung yang mudah dan ringkas bentuknya digunakan untuk menerangi jalan masuk ke rumah, digantung di tiang, di luar rumah dan kedai.Semasa musim luruh, pesta tanglung diadakan sebagai tanda berakhirnya musim Tahun Baru Cina dan meraikan kedatangan musim bunga.TANGLUNGGAMBAR TANGLUNG

KRAFTANGAN KAUM INDIAKALUNG BUNGAPada pesta pernikahan, ada kebiasaan saling bertukar kalung bunga antara pengatin perempuan dan pengantin lelaki. Kalung bunga melambangkan kegembiraan masyarakat India.Mengalungkan bunga adalah untuk menyatakan perasaan mereka yang mengalu-alukan kedatangan atau kepulangan individu terbabit.Diperbuat daripada pelbagai jenis bunga.Kalung bunga juga digunakan semasa majlis pernikahan kaum india.Kalung bunga juga digunakan oleh kaum India untuk dipersembahkan kepada Dewa yang mereka sembah.

GAMBAR KALUNG BUNGAKRAFTANGAN KAUM MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAKTerendak merupakan produk kraftangan yang diwarisi dari generasi ke generasi Kaum Melanau di Sarawak.Terendak Diperbuat daripada daun nipah, buluh atau rotan. Tujuan pemakaian Terendak ini adalah sebagai penutup kepala daripada hujan dan panas.Terendak banyak digunakan oleh nelayan dan petani semasa turun ke laut dan berkebun pada masa dahulu.Pelbagai warna digunakan untuk menghasilkan Terendak yang cantik dan berkualiti. Mempunyai tiga saiz yang berbeza iaitu kecil, sederhana dan besar.Dijadikan perhiasan dinding dalam restoran dan banyak lagi tempat untuk menarik perhatian masyarakat tempatan dan pelancong dari luar negara. Digunakan semasa di pesta tertentu contohnya Pesta Kaul di Mukah, Sarawak. Pesta ini diraikan oleh Kaum Melanau dan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu.TERENDAKGAMBAR TERENDAK

KRAFTANGAN KAUM MASYARAKAT BUMIPUTERA SABAHTenunan Kain Mugah merupakan tenunan asli Sabah yang terkenal dari suku kaum Iranun di daerah Kota Belud, Sabah.Suku kaum Iranun merupakan etnik minoriti di Sabah dan turut dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah.Reka corak atau motif pada kain mugah melambangkan unsur-unsur kehidupan dan kebudayaan masyarakat. Motif yang digunakan adalah diilhamkan daripada kegiatan harian suku kaum ini.Pemilihan reka corak adalah mengikut kreativiti dalam menghasilkan kain tenunan yang menarik.Hasil tenunan ini biasanya digunakan sebagai pakaian tradisi suku kaum tersebut.Tenunan kain mugah dipercayai telah dibawa daripada Cota Bato, Filipina.Penenun kain ini adalah terdiri daripada golongan bangsawan Kesultanan Sulu pada zaman dahulu.KAIN MUGAHGAMBAR TENUNAN KAIN MUGAH

SEKIAN TERIMA KASIH