tanggungjawab sosial - universiti teknologi malaysia...misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir...

4
Misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di Pagoh, Muar.

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tanggungjawab Sosial - Universiti Teknologi Malaysia...Misi bantuan Kemanusiaan kepada Mangsa Banjir di Pagoh, Muar UTM telah mengikuti rombongan Tuanku Canselor UTM, DYMM Raja Zarith

Misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di Pagoh, Muar.

Page 2: Tanggungjawab Sosial - Universiti Teknologi Malaysia...Misi bantuan Kemanusiaan kepada Mangsa Banjir di Pagoh, Muar UTM telah mengikuti rombongan Tuanku Canselor UTM, DYMM Raja Zarith

Tanggungjawab Sosial

Kewujudan ekosistem kolaborasi yang lestarimenyebabkan universiti telah berjaya

melaksanakan 57 program tanggungjawab sosialdi peringkat nasional dan antarabangsa

sepanjang tahun 2011.

Program tanggungjawab sosial di Kemboja 2011.

Page 3: Tanggungjawab Sosial - Universiti Teknologi Malaysia...Misi bantuan Kemanusiaan kepada Mangsa Banjir di Pagoh, Muar UTM telah mengikuti rombongan Tuanku Canselor UTM, DYMM Raja Zarith

Tanggungjawab Sosial

46

7

TempatanAntarabangsa

Tanggungjawab Sosial

72

Memadankan ilmu dan kepakaran, kemudahan,

serta sumber yang dimiliki oleh universiti dengan

keperluan, aspirasi serta harapan pihak industri

dan masyarakat menghasi lkan s ituasi yang

menguntungkan semua pihak. Sebagai langkah

pertama ke arah mentransformasikan masyarakat,

suatu pendekatan rasional, berkesan, dan lestari

yang boleh dilakukan ialah membawa universiti,

industri, dan komuniti kepada perkongsian tiga

pihak dengan semangat kesukarelawan. Kewujudan

ekosistem kolaborasi yang lestari menyebabkan universiti

telah berjaya melaksanakan 57 program tanggungjawab

sosial di peringkat nasional dan antarabangsa sepanjang

tahun 2011 .

Pecahan program tanggungjawab sosialMengikut peringkat pelaksanaan.

Program Kembara Kasih Bersamamu Kemboja 2011.

Page 4: Tanggungjawab Sosial - Universiti Teknologi Malaysia...Misi bantuan Kemanusiaan kepada Mangsa Banjir di Pagoh, Muar UTM telah mengikuti rombongan Tuanku Canselor UTM, DYMM Raja Zarith

Tanggungjawab Sosial

Biodiesel Expedition Singapore-Malaysia-Thailand-Laos 2011 & Kitchen-Garden Waste RecyclingProject in School

Ekspedisi Bio Diesel 2011 melibatkan penggunaan

dua buah bas dan dua buah kenderaan pacuan empat

roda yang mempromosikan penggunaan biodiesel

sebagai bahan api berasaskan sumber alam yang

dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar

dan menjadikan hayat enjin kenderaan lebih panjang.

Ekspedisi sejauh 6,500 kilometer yang berlangsung

pada 23 Mei - 6 Jun 2011 telah merentasi empat buah

negara iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, dan

Laos. Ekpedisi yang melibatkan penyertaan seramai

65 orang mahasiswa dan kakitangan Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) dan Universitas Tanjung

Pura, Indones ia in i bukan sekadar dapat

memperkena lkan kepakaran UTM da lam

penyelidikan biodiesel malahan dapat memupuk

semangat kerjasama dan daya juang mahasiswa

UTM. Antara pengisian aktiviti yang dijalankan

ialah melaksanakan program kitar semula sisa

pepejal dan pengumpulan minyak masak terpakai

dan sebagai penyediaan untuk kampus bebas

pencemaran, semua data penggunaan biodiesel

sepanjang ekspedisi telah direkodkan.

Misi bantuan Kemanusiaan kepada Mangsa Banjirdi Pagoh, Muar

UTM telah mengikuti rombongan Tuanku Canselor

UTM, DYMM Raja Zarith Sofiah melawat mangsa

banjir di sekitar Segamat dan Muar pada 5 Februari

2011. Lanjutan daripada lawatan tersebut, pada

8 Februari 2011, UTM yang diwakili oleh University

Social Responsibility (USR), wakil daripada Pejabat Hal

Ehwal Mahasiswa (HEMA), dan pusat kesihatan

telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir

di pusat pemindahan di SMK Sultan Alaudian Riayat

Shah II. Sejumlah RM20,00 telah diperuntukkan

bagi pembelian barang-barang keperluan seperti

selimut, biskut, susu, dan bekalan air masak

disamping sumbangan daripada warga UTM iaitu

pakaian terpakai.

Kembara Kasih Bersamamu Kemboja

• Program dilaksanakan pada 5-9 November 2011

di Kg. Chnnang, Kemboja.

• Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti korban

23 ekor lembu sumbangan orang ramai sempena

Hari Raya Aidil Adha.

• Selain itu, turut diadakan program berkhatan

beramai-ramai yang melibatkan sejumlah 60 orang

kanak-kanak miskin dan anak-anak yatim.

73