dymm sultan ibrahim rasmi menara jland · juriani johari, naib presiden penjenamaan &...

32
DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMA DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND

Upload: others

Post on 10-Jan-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMA

DYMM SULTAN IBRAHIMRASMI MENARA JLAND

Page 2: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMAPEMBANGUNAN

JCORP ANJUR CIO CIRCLE edisi ke-7UNTUK TINGKATKAN KEMAHIRAN IT KUMPULAN

Johor Corporation (JCorp) menerusi Divisyen Kemajuan ICT Kumpulan menganjurkan program CIO Circle JCorp 2019 dengan tema: "CYBERSECURITY: Cyber Resiliency & Incident Response" bertujuan mempromosi dan memupuk kesedaran mengenai keselamatan siber kepada pengurusan atasan syarikat Kumpulan JCorp, agensi negeri Johor serta syarikat berkaitan kerajaan.

JCorp selaku peneraju Inisiatif Keselamatan Siber di Negeri Johor memainkan peranan penting dalam mengkoordinasi dan bersifat responsif dengan bakal ancaman siber kepada pengurusan atasan ketiga-tiga kelompok tersebut.

Ucaptama edisi CIO Circle ke-7 ini disampaikan oleh Encik Martijn Van Der Heide, Thailand Computer Emergency Response Team (ThaiCERT) Specialist yang juga ahli Forum Incident Response and Security Team (FIRST). Turut hadir, YB Dato' Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden & Ketua Eksekutif JCorp; dan Puan Rozana Rusli, Naib Presiden Divisyen Kemajuan ICT JCorp.

Pada majlis itu turut menyaksikan sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoA) di antara JCorp dan CyberSecurity Malaysia (CSM) untuk membentuk kolaborasi strategik sebagai langkah kewaspadaan Kumpulan JCorp dalam mengelak ancaman siber yang turut menjurus kepada inisiatif JCorp Computer Emergency Response Team (JcCERT).

Page 3: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMAPEMBANGUNAN

Johor Corporation melalui Jabatan Kesetiausahaan Syarikat Kumpulan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia - Akademi mengadakan Johor Corporation Directors' Conference 2019 dengan tajuk - Corporate Governance: A Marathon Not A Sprint, di Persada Johor, baru-baru ini.

Persidangan dihadiri lebih 300 pengarah JCorp dan syarikat Kumpulan. Ia adalah antara inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai tadbir urus korporat, tanggungjawab dan keberkesanan Ahli Lembaga Pengarah serta keselamatan siber.

Persidangan bertujuan memastikan pengarah JCorp dan syarikat Kumpulan yang diamanahkan dalam memacu perniagaan, terus dilatih dalam bidang akauntabiliti korporat.

Kini, tadbir urus korporat menjadi tumpuan utama yang meliputi pengenalan keperluan kawal seliaan baharu, peningkatan kerumitan persekitaran operasi dan jangkaan pelanggan, peningkatan pengawasan serta keperluan yang semakin meningkat untuk mengurus persepsi pihak berkepentingan.

MEMUPUK INTEGRITI DAN TADBIR URUS KORPORATjCORP’S directors’ conference 2019

Page 4: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

kepakaran tangani berita palsukumpulan komunikasi korporat jcorp DIDEDAHKAN

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMAPEMBANGUNAN

Seramai 35 peserta terdiri daripada ahli jawatankuasa Group Strategic Communications Committee (GSCC) dan anggota pekerja Jabatan Komunikasi Johor Corporation (JCorp) menyertai kursus SGSCC: Best Practices in Managing Fake News Workshop di Menara JLand, Johor Bahru City Centre, baru-baru ini.

Kursus ini mendedahkan peserta mengenai risiko penyiaran berita palsu kepada reputasi, perniagaan serta imej sesebuah entiti atau organisasi serta kaedah membendung atau membanterasnya.

Hadir menyempurnakan sesi tersebut ialah Puan Norsiah Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp.

Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah, Encik Hairuddin Mohd Noh dan Encik Ismal Ishak dari Edelman PR Malaysia.

Page 5: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DIIKTIRAF MASJID PELANCONGANPERTAMA MILIKI SIJIL MyTQA

Masjid sultan iskandarbandar dato’ onn

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMAPEMBANGUNAN

Johor Corporation mencatatkan satu lagi sejarah menerusi pengisytiharan Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn sebagai Masjid Pelancongan Pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan pensijilan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Ia sekaligus menjadikan masjid ini diiktiraf sebagai destinasi pelancongan selepas Johor Premium Outlet.

Dilengkapi dengan fasiliti mesra pelancong, Masjid Sultan Iskandar menyediakan Galeri An-Nur Nur yang mempamerkan bahan mengenai Rukun Islam dan Rukun Iman, intipati ajaran Islam selain fakta sejarah Al-Quran, Mekah, Madinah dan Baitulmaqadis.

Melengkapkan lagi status masjid sebagai pusat komuniti, turut berlangsung ialah Pelancaran Buku Mutiara JCorp berjudul Warkah Untuk Ibu dengan kerjasama QSR Brands (M) Holdings Bhd dan Setelah Nafas Terhenti melalui kerjasama WANCorp telah disempurnakan oleh Presiden & Ketua Eksekutif JCorp, YB Dato’ Kamaruzzaman, pada 19 Disember 2019. Hadir sama ialah Pengerusi Mutiara JCorp, Ydh Datin Noor Laila Yahaya,.

Semoga melalui pelbagai program mengimarahkan Masjid Sultan Iskandar ini akan menjadi medium dalam menyantuni masyarakat termasuk komuniti bukan Islam.

Kunjungi Galeri An-Nur MSI setiap hari (8.30pg - 5.30ptg)kecuali Jumaat (2.30ptg - 5.30ptg)Tel : +607 364 5005 I Emel : [email protected] : masjidBDO

Page 6: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMAPEMBANGUNAN

Bagi meneruskan misi Membina dan Membela, Johor Corporation (JCorp) menerusi syarikat Kumpulannya, Damansara Assets Sdn Bhd (DASB) menyerahkan 105 unit gerai baharu kepada peniaga di Pasar Taman Dahlia, Johor Bahru.

Majlis penyerahan disempurnakan Tuan Haji Yusaini Haji Sidek, Naib Presiden Divisyen Hartanah JCorp merangkap Pengarah Eksekutif DASB. Hadir sama, Tuan Haji Abdullah Ideris, Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru Cawangan Tampoi; Tuan Haji Mohamad Yusof Ahmad, Pengarah Eksekutif Johor Land Berhad; dan Tuan Haji Onn Haji Mohd Yassin, Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Gemilang Johor.

Pembangunan lot gerai baharu itu adalah inisiatif dan komitmen JCorp kerana dilihat sebagai satu keperluan untuk memberikan keselesaan kepada peniaga dan pelanggan yang mengunjungi Pusat Perniagaan Taman Dahlia yang telah beroperasi sejak September 1997.

105 unit gerai pasar taman dahliadinaik taraf untuk tingkatkan prestasi bisnes

Untuk keterangan lanjut mengenai penyewaan lot gerai Pasar Dahlia, sila hubungi Damansara Assets Sdn. Bhd. 07-232 1020

atau layari www.damansaraassets.com.my

Page 7: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

teroka peluang kerjasama strategikkunjungan hormat kprj ke jcorp

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMAPEMBANGUNAN

Dalam memacu pembangunan Johor ke arah negeri maju dan berdaya saing, kerjasama strategik di antara syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) dilihat sebagai satu langkah terbaik yang perlu dilakukan secara bersama.

Seiring aspirasi itu, Johor Corporation (JCorp) menerima kunjungan hormat delegasi dari Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) yang diketuai YB Dato' Haji Mohd Noorazam Dato' Haji Osman, Ketua Pegawai Eksekutif serta barisan 21 orang pengurusan kanannya, baru-baru ini.

Antara objektif kunjungan ini adalah berkongsi kepakaran selain meneroka peluang perniagaan yang memberikan manfaat dan faedah serta nilai tambah kepada kedua-dua belah pihak.

Di samping itu, KPRJ berminat mengetahui lebih lanjut berkenaan tanggungjawab korporat yang dilaksanakan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Delegasi KPRJ turut dibawa meninjau Skyscape di Menara JLand bagi menikmati keindahan panorama di sekitar Bandaraya Johor Bahru di mana Menara JLand adalah mercu tanda keunikan aset milik JCorp yang terkini.

Page 8: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR) menunaikan tanggungjawab korporatnya dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM617,790 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Keningau, Sabah. QSR diwakili Pengurus Besar Syariah & Pematuhan Halal, Tuan Haji Mohd Roslan Mohd Saludin manakala MUIS diwakili oleh Yang Dipertuanya, Datuk Seri Panglima Dr Haji Hasbullah Haji Mohd Taha.

Selain itu, QSR turut menyantuni 1,000 asnaf termasuk dari Tenom, Keningau, Telupid, Sandakan, Sook,,Nabawan dan Tongod pada Program Kembali Ke Sekolah dengan menyampaikan sumbangan keperluan persekolahan selain menjamu mereka dengan hidangan KFC dan Pizza Hut.

Terima kasih diucapkan kepada MUIS yang memberi kerjasama dalam merealisasikan hasrat QSR untuk terus berkongsi kegembiraan dengan golongan yang memerlukan. Sememangnya program sebegini amat signifikan kepada QSR dan selari dengan misi Johor Corporation iaitu Membina Dan Membela.

qsr brands serah zakat lebih rm600,000 kepada majis ugama islam sabah

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMAPEMBANGUNAN

Page 9: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMAPEMBANGUNAN

Page 10: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMAPEMBANGUNAN

Page 11: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMAPEMBANGUNAN

Page 12: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMABISNES DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMABISNES

DYMM SULTAN IBRAHIMRASMI MENARA JLAND : menara teknologihijau pertama di johor bahru

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim telah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Menara JLand.

Terletak dalam zon Ibrahim International Business District (IIBD), Menara JLand adalah bangunan pertama di Johor Bahru yang memperolehi Persijilan Emas bagi Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan bangunan pejabat bertaraf Gred A.

Antara ciri-ciri teknologi hijau yang diketengahkan adalah jendela kalis sinar ultra unggu (UV), pemasangan sensor gerakan bagi mengawalselia penggunaan elektrik, dinding kaca dengan penyerapan haba yang rendah, serta pemilihan peralatan yang menjimatkan tenaga secara keseluruhan memberikan penjimatan kos tenaga sehingga 70%.

Lebih menarik, Menara JLand menawarkan pelbagai aktiviti berkonsepkan ruang hiburan di udara dan memberikan pengalaman terbaharu kepada pengunjung melalui Skyscape, Sky Bridge, Observation Deck dan Roof Top Cafe di tingkat 34.

Menara ini bakal menjadi lokasi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Johor 2020 dan Johor selaku tuan rumah SUKMA 2020.

Untuk video menarik berkaitan Menara JLand, boleh imbas QRcode atau layari

www.menarajland.com.my

Page 13: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMABISNES

TPM TECHNOPARKSERTAI ‘OIL & GAS FIESTA 2019'

TPM Technopark Sdn Bhd mewakili Divisyen Pembangunan Industri (IDD) Johor Corporation (JCorp) adalah antara 20 syarikat yang menyertai pameran Oil & Gas Fiesta 2019 pada 25-26 November 2019 di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

Ekspo itu disempurnakan Encik Arham Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), wakil dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Seramai 200 pengunjung profesional dari syarikat kejuruteraan minyak dan gas, OEM, kontraktor dan pembekal turut hadir.

Pada ekspo itu, TPM Technopark mempromosikan projek IDD khususnya pembangunan Pengerang Industrial Park dan Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat.

Page 14: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMABISNES

Barisan pengurusan dan anggota pekerja Johor Corporation (JCorp) komited memberi sokongan serta kerjasama jitu dalam memastikan seluruh operasi terus dipacu dengan mematuhi tadbir urus korporat yang cemerlang.

Susulan daripada komitmen itu, JCorp pada Majlis SIRIM Industri 2019 menerima pengiktirafan menerusi Pensijilan MS ISO 37001: 2016 Anti Bribery Management Systems (ABMS) oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Hadir menerima pengiktirafan itu ialah Tuan Haji Onn Ismail, Naib Presiden Divisyen Tadbir Urus & Ekosistem Bisnes selaku wakil rasmi YB Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden & Ketua Eksekutif JCorp.

Semoga pensijilan ini terus meletakkan JCorp di persada kejayaan dan di atas landasan kukuh bagi melunaskan obligasi sebagai agen pembangunan negeri yang berkhidmat dengan profesional dan penuh integriti.

JCORP TERIMA pengiktirafanpensijilan ‘ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEMS’

Page 15: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

kerja amal kpj pasir gudangterima pengiktirafan antarabangsa

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMABISNES

Tahniah diucapkan kepada KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital (KPJ Pasir Gudang) yang menerima Anugerah Persekutuan Hospital Antarabangsa (IHF) 2019 buat kali pertama pada Kongres Hospital Dunia ke-43 di Pusat Konvensyen dan Pameran Oman, Muscat, pada 8 November 2019.

Melalui penyertaan ‘Medical Outreach Camps and Mobile Clinic for B40 in Remote Villages’ KPJ Pasir Gudang dicalonkan sebagai antara finalis bagi Anugerah Kecemerlangan IHF / Bionexo untuk Kategori Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Dengan 121 penyertaan menerusi 92 organisasi dari 34 negara yang meraih anugerah itu, KPJ Pasir Gudang dipilih sebagai antara penerima Anugerah Merit yang terpilih dan terbaik.

Pengarah Eksekutifnya, Tuan Haji Khairun Ahmad, menerima anugerah tersebut dalam majlis prestij berkenaan.

KPJ Pasir Gudang sentiasa komited melaksanakan pelbagai aktiviti CSR bagi bersama membantu masyarakat kurang berkemampuan daripada pelbagai lapisan masyarakat, agama dan bangsa bagi mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan yang menyeluruh.

Page 16: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMABISNES

Kulim (Malaysia) Berhad menerima anugerah pemenang kategori "Best Annual Report of Non-Listed Organisations" pada majlis NACRA 2019 (National Annual Corporate Report Awards 2019).

Majlis anjuran bersama Bursa Malaysia, The Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) itu berlangsung di Kuala Lumpur pada 28 November 2019 lalu.

Tetamu kehormat ialah YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan manakala wakil dari Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim), Puan Siti Haminah Sarnadi, Pengurus Kanan Jabatan Kewangan.

Tahniah diucapkan. Semoga kemenangan ini menyemarakkan semangat warga Kulim khususnya dan Johor Corporation amnya.

laporan tahunan kulimmenang nacra 2019

Page 17: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMABISNES

23 PEGAWAI INTEGRITI kumpulan jcorpterima penTAULIAHan

Majlis Konvokesyen Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) ke-8 Tahun 2019 telah berlangsung baru-baru ini di Institut Latihan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Cheras.

Seramai 23 anggota pekerja JCorp dan syarikat Kumpulan iaitu KPJ Healthcare Berhad, QSR Brands (M) Holdings Bhd, Johor Land Berhad, Kulim (Malaysia) Berhad, Damansara Assets Sdn Bhd, TPM Technopark Sdn Bhd serta TLP Terminal Sdn Bhd telah ditauliahkan pada majlis tersebut.

Majlis disempurnakan YBhg Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan diiringi Puan Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Program CeIO adalah program latihan yang dilaksanakan di bawah pengendalian Pusat Pembangunan Integriti Korporat yang bertujuan memastikan pematuhan terhadap semua undang-undang, peraturan, sistem dan prosedur, menyematkan budaya sifat toleransi terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa, memberi khidmat nasihat serta perundingan kepada pihak pengurusan.

Page 18: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMABISNES

DELEGASI REHDA YOUTHKUNJUNGI MENARA JLAND

Menara JLand adalah struktur terbaharu dalam zon Ibrahim International Business District (IIBD) dan kini menjadi satu daripada mercu tanda baharu di Bandaraya Johor Bahru.

Baru-baru ini, seramai 50 delegasi dari REHDA Youth melakukan lawatan ke Menara JLand yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Encik Andrew Chen, Ahli Dewan Undangan Stulang. Pada program itu, delegasi telah diberi taklimat mengenai Menara JLand dan IIBD serta berpeluang merasai pengalaman menarik di Skycape di Tingkat 34.

Terima kasih kepada semua delegasi lawatan dan jangan lupa sebar luaskan pengalaman yang anda peroleh di Menara JLand bersama rakan.

Page 19: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMABISNES

Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) memperkukuhkan kerjasama industri menerusi Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) bagi memperkukuhkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor kelapa sawit serta nanas MD2, baru-baru ini.

MoA dan MoU itu ditandatangani oleh Cik Zainuriah Abdullah, Ketua Divisyen Khidmat Nasihat Perladangan & Perkhidmatan, Kulim dengan Dr Haji Mohamad Arif Abd Manaf, Pengarah, Pusat Kemajuan Bioteknologi & Biakbaka MPOB serta Dr Abdul Rahim Harun, Pengarah, Bahagian Agroteknologi & Bisnes, Nuklear Malaysia.

Majlis itu disaksikan Tuan Haji Zulkifly Zakariah, Pengarah Eksekutif Kulim bersama Dr Zainab Idris, Timbalan Ketua Pengarah, R&D MPOB; serta Dr Abdul Muin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah, Program Teknikal Nuklear Malaysia.

Turut hadir, Encik Idham Jihadi Abu Bakar, Ketua Divisyen Khidmat Korporat Kulim, barisan pengurusan Kulim serta wakil pengurusan dari Nuklear Malaysia dan MPOB.

KERJASAMA SINERGI KULIM DENGAN MPOB & NUKLEAR MALAYSIAPACU R&D SEKTOR KELAPA SAWIT DAN NANAS MD2

Page 20: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

Atas komitmen tinggi dan berterusan oleh QSR Brands (M) Holdings Berhad dalam menyediakan hidangan ayam halal toyyiban kepada jutaan pelanggannya di empat negara – Malaysia, Sinmgapura, Brunei dan Kemboja, YB Dato' Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Bhd telah menerima Anugerah Personaliti pada Anugerah Jenama Halal Asia (AHBA) 2019, baru-baru ini.

Pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara itu, KFC Malaysia turut menerima anugerah Restoran Makanan Segera Terbaik.

QSR Brands kini mempunyai rantaian halal terbesar di Asia Tenggara dan sememangnya penganugerahan ini memberi makna cukup besar kepada Kumpulan JCorp dalam memastikan setiap produk di bawah jenama QSR Brands khususnya, terus menyumbang kepada industri ayam halalan toyyiban.

Syabas diucapkan juga kepada seluruh anggota pekerja QSR Brands yang menghasilkan mutu kerja yang tinggi dalam memastikan prestasi syarikat terus utuh sebagai pengeluar produk halal.

yb dato’ kamaruzzaman terimaANUGERAH PERSONALITI halal

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMABISNES

Page 21: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMABISNES

Page 22: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,
Page 23: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMATANGGUNGJAWAB KORPORAT

SK PADANG SETENGGE LAWATI JCORP

Johor Corporation menerima kunjungan rombongan 30 pelajar dan sembilan guru SK Padang Setengge, Terengganu pada 24 Oktober 2019 ke Menara KOMTAR di Johor Bahru City Centre. Lawatan diketuai Guru Besarnya, Ustaz Ahmad Tajuddin Mahmood.

Program itu anjuran Unit Hal Ehwal Murid, SK Padang Setengge dengan tujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan guru berhubung aktiviti yang dijalankan oleh JCorp serta syarikat Kumpulan. Selain taklimat korporat mengenai JCorp, rombongan turut melawat Angry Angry Birds Activity Park.

Page 24: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMATANGGUNGJAWAB KORPORAT

Briged Waqaf Johor Corporation sekali lagi mengharumkan nama Johor Corporation (JCorp) apabila dinobat Johan Perarakan Kategori Badan Berkanun/Swasta/Badan Bukan Kerajaan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Johor pada 9 November 2019 di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat, Johor. Seramai 30 sukarelawan Briged Waqaf menyertai acara tersebut. DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja telah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan majlis tersebut. Turut hadir, YB Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden & Ketua Eksekutif JCorp.

BRIGED WAQAF JCORP JUARAPERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASULPERINGKAT NEGERI JOHOR 1441H

Page 25: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMATANGGUNGJAWAB KORPORAT

Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) yakin atletnya mampu mempamerkan aksi cemerlang dengan mensasarkan empat pingat emas pada temasya Sukan SEA Ke-30 di Manila, Filipina pada 30 November hingga 11 Disember 2019 ini.

Seramai 19 atlet pelayaran Malaysia bersama 10 pegawai akan mengambil bahagian dalam 12 acara yang dipertandingkan pada temasya kali ini.

Majlis Penyerahan Jalur Gemilang & Insentif Kepada Pasukan Pelayaran Sukan SEA 2019, Manila, Filipina, Tuan Haji Lukman Abu Bakar, Timbalan Presiden MSA selaku wakil rasmi YB Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden MSA berkata, pihaknya yakin atlet sukan tersebut telah bersedia menggalas misi dan mempamerkan aksi terbaik pada edisi Sukan SEA kali ini.

Pada majlis itu, Tuan Haji Lukman menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengurus Pasukan, Encik Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan sambil disaksikan oleh atlet serta pegawai yang mengambil bahagian sebelum bacaan ikrar pasukan dilafazkan. Hadir sama ialah Tuan Haji Mazlan Othman, Ketua Pegawai Eksekutif MSA.

19 ATLET MSA SAHUT CABARANSUKAN SEA KE-30 DI MANILA

Page 26: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

Seramai 12 anggota pekerja Johor Corporation serta 45 pelajar dan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terlibat sebagai sukarelawan Program Infaq Warisan sempena Karnival Iskandar Puteri 2019 anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Program menerusi inisiatif Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) dengan kerjasama UTM dan MBIP itu berlangsung di Hutan Bandar MBIP, Mutiara Rini baru-baru ini disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Adib Azhari Daud, Datuk Bandar MBIP.

Program ini adalah usaha untuk meningkatkan sumbangan kepada Dana Klinik Waqaf An-Nur. Pada program ini, sebanyak 127 pokok telah ditanam dengan jumlah infak RM144,000 hasil pembelian pakej Program Infaq Warisan oleh pelbagai individu mahupun syarikat korporat.

Program ini juga selaras dengan konsep pengindahan penghijauan taman dalam bandar selain mencapai pengurangan karbon dioksida. Terima kasih kepada oleh Majlis Perbandaran dan Pihak Berkuasa Tempatan di Johor yang memberikan sokongan bagi menjayakan program ini.

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMATANGGUNGJAWAB KORPORAT

wancorp memperkenalkan INFAQ WARISANsempena KARNIVAL ISKANDAR PUTERI 2019

Page 27: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMATANGGUNGJAWAB KORPORAT

50 kanak-kanak sertaiprogram khitan anjuran jcorpSeramai 50 kanak-kanak dari keluarga golongan B40 berumur antara 5 – 12 tahun menyertai sesi khatan beramai-ramai di Klinik Waqaf An-Nur Galleria@Kotaraya, Johor Bahru, bersempena Program Jalinan Ukhuwah Sambutan Maulidur Rasul dan Perasmian Program Khitan Jama’ei 2019, baru-baru ini.

Program itu ditaja sepenuhnya oleh Hospital Pakar KPJ Johor dengan kerjasama Klinik Waqaf An-Nur Galleria@Kotaraya serta Damansara Assets Sdn Bhd (DASB).

Pada masa sama, kanak-kanak itu turut menerima bantuan berupa beg sekolah serta wang tunai RM100 sumbangan Yayasan JCorp dan DASB manakala keluarga masing-masing menerima bantuan keperluan harian hasil sumbangan pengunjung Galleria@Kotaraya dan KOMTAR JBCC.

Program ini adalah satu lagi wadah bagi Kumpulan Johor Corporation menyantuni dan berkongsi manfaat dengan komuniti setempat.

Page 28: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMATANGGUNGJAWAB KORPORAT

Page 29: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMATANGGUNGJAWAB KORPORAT

Johor Corporation (JCorp) melalui Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan Yayasan Johor Corporation telah menyertai Program Town Hall Mengenai Isu Penyalahgunaan Dadah & Pelancongan Sosial Daerah Mersing.

Bersempena program itu, WanCorp menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma menerusi peserta Pusat Wakaf Komuniti dan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Bergerak Waqaf An-Nur.

Sementara itu, Yayasan Johor Corporation turut menyampaikan sumbangan berupa beg dan baju sekolah kepada 20 murid terpilih sekitar Kampung Sri Lumpur. Turut dibuka, pameran Pro-Duit dan Semarak Jawi kepada pengunjung yang hadir.

Majlis perasmian program ini disempurnakan Pengerusi JASMINE Johor, Yang Amat Dihormati Datin Dr Nila Armila Mukdan.

JCORP sampaikan sumbanganback-to-school di daerah mersing

Page 30: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

JCORP BERSAMA JAYAKANLARIAN LAKSAMANA 2019

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMATANGGUNGJAWAB KORPORAT

Johor Corporation (JCorp) meneruskan sokongan terhadap penganjuran Larian Laksamana 2019 (LR2019) – Watercolour Run #FightLikeJalil tahun ini apabila menyumbang RM10,000 dan 400 keping baucar KFC & Pizza Hut bagi memeriahkan program itu pada 14 Disember 2019 lalu.

YBhg Tuan Haji Bukhari Abd Rahman, Pemangku Presiden & Ketua Eksekutif JCorp menyerahkan penajaan kepada YAM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam, selaku wakil Penaung DiRaja LR2019 pada Majlis Penyerahan Mock-Cheque & Sijil Penghargaan bertempat di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Tahun ini, program anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor itu disertai lebih 3,500 peserta termasuk dari Singapura dan berjaya mengumpulkan kutipan amal berjumlah RM1.1 juta.

Sememangnya JCorp akan sentiasa menyokong program tanggungjawab korporat sebegini selari dengan peranan dan seterusnya merealisasikan misi Membina dan Membela.

Page 31: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

JCORP DAN KFC MALAYSIARAIKAN 100 kanak-kanak,

warga emas& atlit para sukma

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMATANGGUNGJAWAB KORPORAT

Atas semangat memberi dan beramal, Johor Corporation (JCorp) dan KFC Malaysia menerusi tabung Add Hope telah menggembirakan lebih 100 kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan atlit Para SUKMA Johor 2020 dengan menjamu selera mereka di restoran KFC sempena tayangan filem ‘Garang’ di sebuah pawagam di Johor Bahru, baru-baru ini.

Turut meraikan tetamu istimewa itu ialah YAB Dato’ Dr Sahruddin Haji Jamal, Menteri Besar Johor; dan YAD Datin Dr Nila Armila Mukdan; YB Dato’ Haji A. Rahim Haji Nin, Pegawai Kewangan Negeri Johor, serta YB Cik Liow Cai Tung, YB Ecxo Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri.

Add Hope adalah program tanggungjawab korporat global KFC Malaysia bagi membantu memperbaiki nasib golongan yang kurang bernasib baik. Dana itu turut disalurkan kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad untuk diagihkan kepada golongan terpilih. Sokongan positif pelanggan saban tahun semestinya mendorong #TeamJCorp & #TeamKFC untuk berusaha lebih gigih supaya dapat membantu lebih ramai insan di luar sana.

Page 32: DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI MENARA JLAND · Juriani Johari, Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Puan Nadia Gideon Abdullah,

DISEMBER 2019 | BIL. 03 | EDARAN PERCUMATANGGUNGJAWAB KORPORAT

MAHASISWA UITMTIMBA PENGALAMAN DASB

Seramai 63 mahasiswa Diploma Pengurusan Hartanah semester lima Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak mengadakan lawatan ke Damansara Assets Sdn Bhd (DASB) baru-baru, ini bertujuan untuk berkongsi isu dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan serta pengurusan bangunan oleh syarikat itu.

Turut diadakan sesi perkongsian dalam pengurusan harta tanah dan peluang kerjaya yang disediakan.

Rombongan turut dibawa melawat ke Galleria@Kotaraya, KOMTAR JBCC, Angry Birds Activity Park dan Skyscape, Menara JLand yang menjadi mercu tanda bangunan hijau di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru.

Semoga sesi lawatan ini memberi pengalaman baharu dan perkongsian bermanfaat kepada mahasiswa UiTM Perak.