denyut gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata ustaz seperti...

506
Denyut Gerak Jilid 1 Hasil Karya DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA

Upload: others

Post on 03-May-2021

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak

Jilid 1

Hasil Karya

DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA

Page 2: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan
Page 3: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi i

DENYUT GERAK Jilid 1

Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions

No 11, Tingkat 2, Jalan Dewangsa 31000 Batu Gajah, Perak

Malaysia Penyusun : Mohammad Nizar bin Mat Nor

: Syed Zairus bin Dato’ Syed Zainol Khodki Rekabentuk Kulit : Aiman Nizar No. ISBN : 978-967-2033-03-5 Hak Cipta Terpelihara © Mohd Rauhi Mohd Isa

Adalah tidak dibenarkan kepada mana-mana orang untuk membuat salinan

kepada manuskrip ini dalam apa bentuk sekalipun. Sama ada secara

elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa mendapat

kebenaran Pengarang terlebih dahulu. Amin Wassalam.

Page 4: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi ii

Kandungan Muka Surat

Kandungan ii

Prakata Pengarang v

Prakata Penyusun viii

BAB 1 : PEMBELAJARAN SILAT CEKAK 1

Pendahuluan. 2

Bidang Perbincangan 5

Pelbagai Persoalan Tentang Silat Cekak. 6

Persoalan Pada Amalan Dalaman. 14

Akur Menerima Pelajaran. 21

Meneruskan Apa Yang Diterima. 26

Perlunya Penyesuaian 33

Meneruskan Kesinambungan Persilatan Silat Cekak. 39

Tetap Pendirian. 43

Petua Tetap Pendirian. 46

Mantapkan Pegangan Diri 50

Bina Keyakinan 60

BAB 2: KENALI RUPA BENTUK PERSILATAN

SILAT CEKAK MELALUI PELAJARANNYA. 67

Pendahuluan. 68

Sejarah Penglibatan Saya Bersama Silat Cekak. 89

Proses Pembelajaran Silat Cekak di Kelas Kami. 94

Pelarasan Berdasarkan Keperluan di Zaman Ustaz. 100

Berhati-Hati Dalam Penerangan. 106

Kefahaman Yang Melencong. 125

Aspek Psikologi Pembelajaran Silat Cekak. 153

Kiasan Kaedah sebagai Rumah Buah. 159

Memahami Buah Keputusan Dalam Silat Cekak. 165

- Keistimewaan Buah Keputusan. 169

- Pelihara Keistimewaan Buah Keputusan. 175

Silat Cekak Anti Gerak Membangkang. 182

Konsep Seni Dalam Silat Cekak. 194

Page 5: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi iii

Gerak Tumit atau Hujung Kaki. 201

Memahami Gelaran Buah Dalam Silat Cekak. 217

Falsafah Berdiri Lurus. 223

Konsep Berkuda-Kuda. 227

Rupa Bentuk Persembahan Silat Cekak. 233

Penggunaan Muzik Dalam Persembahan. 252

Gerak Tari Dalam Silat Cekak. 259

BAB 3: PENGALAMAN DALAM PERSILATAN

SILAT CEKAK. 271

Parang Lading dan Ujian Sijil.

- Pendahuluan 272

- Peranan Orang-Orang Kanan

Mewarnai Bentuk Silat Cekak. 273

Senjata Parang Lading. 283

Ujian Sijil Rendah.

- Pendahulan. 306

- Konsep Ujian Sijil Rendah Zaman Dulu-Dulu. 307

Ujian Sijil Menengah.

- Pendahuluan. 313

- Konsep Ujian Sijil Menengah Zaman Dulu-Dulu. 319

- Kenangan Saya Pada Pelajaran Ikat Tangan 331

BAB 4: NUKILAN PENGALAMIAN

DALAM UPACARA SILAT CEKAK. 343

Ijazah Tamat Silat. 360

Mandi Silat 384

Pelbagai Prinsip Dalam Persilatan. 407

kain putih. 430

BAB 5: PENUTUP. 465

Page 6: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi iv

PRAKATA PENGARANG

Buku ini membincangkan tentang rupa bentuk Silat Cekak

berdasarkan pelajarannya. Dalam buku yang terdahulu, saya telah

menulis tentang ungkapan-ungkapan yang ada dalam persilatan Silat

Cekak untuk menguasai Silat Cekak. Sebaliknya dalam buku ini saya

cuba menarik perhatian pembaca mengenali Silat Cekak melalui

pelajarannya. Sebelum itu, saya turut membincangkan beberapa

persoalan yang sering ditimbulkan berkaitan Silat Cekak. Persoalan-

persoalan itu begitu hebat diperkatakan pada masa lalu. Mungkin

pada masa sekarang tidak banyak perbahasan mengenainya lagi.

Saya cuba menulis secara membawa para pembaca berfikir

akan isi tulisan saya. Daripada bentuk tulisan bercorak cerita, lebih

baik saya menulis bentuk tulisan yang banyak mengulas. Saya akan

mengemukakan beberapa persoalan bagi maksud renungan dan

perbincangan bersama. Hal yang demikian saya lakukan supaya kita

boleh berfikir dan berbincang tentang Silat Cekak daripada kita hanya

menerima kefahaman yang ada dalamnya.

Cara penulisan saya itu ada kaitan dengan pengalaman saya

sendiri dalam proses pembelajaran Silat Cekak. Sebelum saya terlibat

dengan Silat Cekak pada tahun 1974, saya telah terlibat dengan

pelbagai jenis seni bela diri orang Melayu. Hal yang demikian tidak

memudahkan saya menerima kefahaman Silat Cekak dalam

pemikiran saya. Dalam hal ini, saya sentiasa membuat perbandingan

antara pelajaran yang ada dalam Silat Cekak dengan pelajaran yang

sedia ada pada saya. Dalam proses memahami inilah banyak perkara

yang timbul. Perkara-perkara inilah juga saya masukkan dalam tulisan

ini.

Dalam Bab 4 saya menulis tentang upacara yang ada dalam

persilatan Silat Cekak berdasarkan perasaan saya ketika itu. Oleh itu,

Page 7: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi v

stail tulisan saya adalah berbentuk epilog bagi memudahkan saya

melahirkan perasaan saya berkaitan dengan upacara tersebut.

Perbincangan saya mengenai sijil, senjata dan kebatinan dalam Bab 3

adalah berdasarkan pengalaman yang berkaitan dengan perkara-

perkara tersebut.

Saya bernasib baik kerana saya sering berdamping rapat

dengan Guru-Guru Utama sejak zaman Ustaz hingga kepada zaman

pengganti-penggantinya. Dalam zaman Ustaz lagi saya berpeluang

mendapatkan penjelasan dari semua segi kefahaman yang ada dalam

persilatan Silat Cekak. Hal yang demikian meliputi gerak Silat Cekak,

falsafah kefahaman dan pelbagai konsep yang ada dalam persilatan

Silat Cekak itu sendiri. Oleh itu, saya berasa yakin bahawa isi

perbincangan saya adalah tidak menyimpang dari landasan

kefahaman yang sememangnya ada dalam persilatan Silat Cekak.

Mungkin isi perbincangan saya sudah tidak sesuai dengan

suasana yang ada sekarang. Hal yang demikian tidak mendatangkan

masalah. Perkara yang penting ialah usaha saya untuk berkongsi

pengalaman tentang apa yang saya alami pada zaman saya dulunya.

Zaman empat puluh tahun yang lalu. Ada hulu ada parang. Ada dulu

maka ada sekarang.

Kita perlu akui bahawa perkembangan Silat Cekak yang wujud

sekarang adalah erat kaitannya dengan peristiwa-peristiwa yang telah

berlalu. Maka apalah salahnya jika kita mengetahui serba sedikit

suasana dan persitiwa lalu itu bagi memudahkan kefahaman kita pada

Silat Cekak yang ada sekarang.

Sekian dan terima kasih.

DATO’ MOHD RAUHI BIN MOHD ISA.

Page 8: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi vi

DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA

(DPMP, PMP, KMN, AMP, PPT)

Page 9: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi vii

PRAKATA PENYUSUN

Pemilihan tajuk bagi sebuah buku persilatan yang

berlatarbelakangkan Seni Silat Cekak secara khususnya bukanlah

satu perkara yang mudah. Apatah lagi isi perbincangan dalam buku

tersebut perlu merangkumi beberapa perkara yang boleh digunapakai

oleh semua golongan pembaca.

Istilah “Denyut Gerak” bukanlah satu istilah yang biasa

digunapakai dalam konteks seharian pendidikan Seni Silat Cekak.

Namun istilah ini amatlah penting dalam menerangkan konsep dan

falsafah gerak persilatan khususnya Seni Silat Cekak. Satu istilah

yang pernah dinyatakan oleh Ustaz Hanafi dalam salah satu artikel

penulisan beliau. Satu istilah yang dikait rapat dengan falsafah

persilatan “Silat adalah Gerak. Yang bergerak adalah dua tangan dan

dua kaki. Yang bagi gerak ialah Yang Empunya Gerak.”

Lantaran itulah “Denyut Gerak” dipilih sebagai tajuk bagi buku

ini. Melalui keakraban hubungan diantara kami dengan Pengarang,

apa yang teramat jelas ialah Pengarang telah membentuk hampir

keseluruhan falsafah kejayaan dirinya (yang dikaitkan dengan erti

gerak dalam kehidupan) dengan cara mempraktikkan ilmu, falsafah

dan konsep yang terwujud pada istilah “Denyut Gerak”. Satu tindakan

yang sewajarnya dihormati lantaran kejayaan beliau dalam aspek

profesional kerjaya dan juga persilatan memang jelas terbukti.

Secara keseluruhan buku Denyut Gerak ini memfokuskan

perbincangan di dalamnya mengenai falsafah dan konsep persilatan

Seni Silat Cekak yang dicungkil keluar untuk dikongsikan bersama

para pembaca melalui penceritaan dan penghuraian pengalaman dan

pengalamian yang dilalui sendiri oleh Pengarang. Sehubungan itu

Page 10: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi viii

kami berpendapat adalah munasabah bagi istilah “Denyut Gerak”

diketengahkan sebagai satu ungkapan lazim yang perlu dihayati dan

dipraktikkan maknanya oleh semua pembaca.

Jika proses penghadaman makanan memerlukan kepada

masa maka demikianlah juga dengan proses untuk menghadamkan

makanan pemikiran dalam kehidupan. Ianya tidak akan berlaku secara

spontan sebaik sahaja ianya diterima oleh pemikiran melalui

pembacaan. Oleh yang demikian terimalah ingredient falsafah

kehidupan yang terkandung di dalam buku ini secara fitrah

penerimaan ilmu, agar kebaikannya mampu diterima oleh tubuh bagi

membolehkan kesannya kekal selamanya. Tubuh menjadi sihat. Diri

menjadi kuat. Jiwa bertambah semangat.

Sebagai penyusun kepada buku Denyut Gerak, kami amat

berharap agar setiap yang diketengahkan di dalam buku ini mampu

memberi satu suntikan baru terhadap penghayatan konsep dan

falsafah yang tersembunyi di dalam ilmu persilatan khususnya Seni

Silat Cekak. Semoga kehadiran buku ini membolehkan terlahirnya

masyarakat proaktif yang berjiwa berani lagi kental.

Selamat membaca.

Mohammad Nizar bin Mat Nor

Syed Zairus bin Dato’ Syed Zainol Khodki

Penyusun Bersama

Page 11: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 1

BAB 1

PEMBELAJARAN

SILAT CEKAK

Page 12: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 2

Pendahuluan

Apabila kita membincangkan tentang rupa bentuk Silat Cekak

maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang

pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan

perbincangan tersebut. Petikan tulisan Ustaz itu adalah merupakan

bahan bertulis yang sah dan benar untuk memberi gambaran tentang

Silat Cekak.

Ketika ini semua persatuan Silat Cekak yang berpecah masih

lagi menghubungkan pembawaan silat mereka dengan Pusaka

Hanafi. Hal yang demikian memerlukan kita benar-benar faham

apakah yang dimaksudkan dengan Pusaka Hanafi tersebut. Dalam

hal ini saya sentiasa berkeyakinan bahawa untuk memahami maksud

Pusaka Hanafi maka fahamilah petikan kata-kata yang pernah

dinyatakan Ustaz itu sendiri. Itulah gambaran sebenar tentang rupa

bentuk Silat Cekak yang kini dikenali sebagai Pusaka Hanafi. Saya

petik semula kata-kata tersebut seperti mana yang pernah disiarkan

dalam majalah tersebut.

“Seni Silat Cekak mempunyai nilai tinggi, halus dan

penuh keaslian dan kesucian sebagai Seni Pusaka Bangsa

Melayu. Bukan satu ciptaan baru.

Seni silat ini mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dan

pelajaran-palajaran yang tersusun rapi sesuai dengan peribadi

bangsa dan mudah disebatikan kepada setiap lapisan

masyarakat.

Page 13: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 3

Silat ini diajar secara ilmiah sesuai dengan gerak geri

normal manusia dengan menggunakan pancaindera yang

sempurna berdasarkan fikiran yang sihat dan jiwa yang tenang.”

Sekurang-kurangnya ada tiga (3) sifat utama Silat Cekak yang

diketengahkan Ustaz. Sifat-sifat tersebut adalah melambangkan

maksud atau konsep persilatan Silat Cekak. Dengan kata lain, itulah

makna rupa bentuk Silat Cekak. Hal yang demikian memberi makna

bahawa apabila disebut Silat Cekak maka gambaran Silat Cekak itu

perlu dikupas secara bersepadu pada tiga sifat seperti mana yang

dinyatakan Ustaz.

Sifat pertama yang ada pada petikan itu adalah

menggambarkan rupa bentuk atau pengenalan Silat Cekak itu

sendiri. “Tak kenal maka tak cinta”. Ustaz menggambarkan sifat Silat

Cekak sebagai suatu silat yang mempunyai nilai yang tinggi. Silat

Cekak adalah penuh dengan keaslian dan mempunyai adat

istiadatnya yang tersendiri yang melambangkan sifat sebagai „Seni

Pusaka Bangsa Melayu‟. Adat dan istiadat itu pula dipenuhi dengan

pelbagai upacara yang telah dipastikan Ustaz tidak bercanggah

dengan ajaran Islam.

Sifat kedua dari petikan tersebut adalah merujuk pada

pelajaran Silat Cekak itu sendiri yang muktamad dan tetap.

Maknanya, pelajaran Silat Cekak adalah lengkap. Tidak payah

tambah-tambah. Manakala istilah „tetap‟ adalah merujuk pada sifat

tidak boleh diubah-ubah atau disunat-sunat lagi. Kalau pelajaran

pukulannya ialah tumbukan secara genggam tangan, jangan dibuka-

buka tangan. “Pelajarannya suruh pukul, bukannya suruh meraba.”

Jangan ubah suka-suka hati atau suka-suka hati ubah sifat

pukulannya

Page 14: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 4

Gerak yang ada pada Silat Cekak adalah merupakan gerak

silat yang luar biasa dari kebiasaan gerak silat yang ada dalam

pentas persilatan bangsa Melayu. Geraknya adalah berdasarkan

gerak semula jadi. Bukan gerak yang dibuat-buat. Bukan gerak

sukan. Langkahnya juga tidak dibuat-buat umpama langkah sumbang

yang amat bertentangan dengan sifat gerak semula jagi pergerakan

manusia.

Kedudukannya ialah berdiri lurus. Silat Cekak akan bergerak

berdasarkan keperluan. Apabila „diceroboh‟ maka bermulalah gerak

Silat Cekak untuk maksud menjaga diri. Jika perlu, Silat Cekak tidak

hanya menunggu. Jika gerak serangan mungkin lebih baik dari gerak

menunggu; maka Silat Cekak akan menyerang. Maknanya, Silat

Cekak tidak bergerak sesuka hati atau suka-suka hati bergerak. Itu

sebabnya dalam persilatan Silat Cekak tidak ada tari silat dan tidak

ada kedudukan berkuda-kuda. „Susah bagi „silat-silat seru‟ untuk

menyeru gerak Silat Cekak‟.

Sifat ketiga Silat Cekak seperti yang digambarkan pada

petikan tulisan Ustaz ialah cara pembelajarannya yang bercorak

ilmiah. Pembelajaran yang ilmiah akan menggalakkan penuntutnya

sentiasa berfikir. Oleh sebab pelajaran Silat Cekak adalah bersifat

ilmiah maka tidak hairanlah Silat Cekak boleh diajar secara

sistematik. Ada pemeringkatan dalam pelajarannya.

Saya yakin bahawa ketiga-tiga sifat yang saya bincangkan di

atas adalah merupakan sifat utama yang melambangkan keseluruhan

Silat Cekak.

Kesimpulannya, saya selalu memetik kata-kata Ustaz tersebut

kerana kata-kata dari petikan itulah yang menggambarkan rupa

Page 15: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 5

bentuk persilatan Silat Cekak. Kalau menghubungkan Silat Cekak

dengan Pusaka Hanafi maka kandungan dari petikan tersebut adalah

merupakan asas yang paling utama.

Walau bagaimanapun saya berpendapat, berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman saya bersama Ustaz, sifat pertama

dan ketiga boleh berubah, telah berubah dan sentiasa berubah

berdasarkan keperluan atau tuntutan keadaan. Sebaliknya, sifat Silat

Cekak yang kedua adalah merupakan mandatori. ‟Mesti dan wajib

dilaksanakan atau dikuatkuasakan tanpa ada sebarang sifat tolak

ansur.

Bidang Perbincangan.

Dalam buku ini perbincangan saya adalah berdasarkan pada

sifat pertama daripada petikan kata-kata Ustaz tersebut. Sifat

pertama itu adalah menggambarkan rupa bentuk atau pengenalan

Silat Cekak itu sendiri.

Semasa saya menuntut Silat Cekak satu ketika yang lalu,

bukan mudah bagi saya untuk menerima dan guna pakai segala

kefahaman yang ada. Timbul pertentangan antara pengetahuan yang

sedia ada dengan pelajaran baru yang saya tuntut dari persilatan

Silat Cekak. Dalam proses pembelajaran dan penerimaan kefahaman

Silat Cekak, mendorong saya sentiasa mempersoalkan kebenaran

kefahaman Silat Cekak itu. Mana mungkin kita mengamal sesuatu itu

dalam keadaan kita belum dapat menerima sepenuhnya atau tidak

memahami dengan sejelas-jelasnya akan perkara tersebut.

Proses saya memahami semua kefahaman yang ada itulah

maka saya tulis kembali dalam buku ini. Usaha penulisan dan

Page 16: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 6

penerbitan buku ini boleh dijadikan bahan bacaan bagi berkongsi

pengalaman dan pengalamian saya sepanjang berada dalam

persilatan Silat Cekak. Saya berpendapat, amat mustahak kita

mengamal segala kefahaman yang ada dalam Silat Cekak

berdasarkan kefahaman. Bukannya berdasarkan ikutan semata-

mata. Saya yakin jika kita faham dengan apa yang kita amalkan

maka perasaan cintakan Silat Cekak adalah memberi makna yang

sebenar-benarnya.

Bacalah dengan fikiran terbuka. Perbincangan saya memberi

ruang pemikiran dari sudut yang lebih kritis bagi menggalakkan kita

berfikir. Itulah perasaan dan sifat saya tatkala mempelajari Silat

Cekak dulunya. Apabila telah dapat kepastian dan kebenaran maka

saya pertahankan dengan sepenuh hati dan tidak mudah berubah

hati. Kefahaman itulah terus berkekalan hingga sekarang dan saya

terus kekal berada dalam perjuangan untuk mengembangkan Silat

Cekak.

Pelbagai Persoalan Tentang Gerak Silat Cekak.

Semasa zaman awal kegiatan silat di cawangan, segala

bentuk persoalan tentang gerak Silat Cekak jarang sekali ditimbulkan.

Kurang timbul persoalan maka kuranglah perbincangan. Saya yakin,

hal yang demikian disebabkan para penuntut belum pandai lagi untuk

menimbulkan sebarang persoalan. Oleh itu para penuntut silat boleh

menumpukan perhatian sepenuhnya pada pembelajaran Silat Cekak.

Malah Jurulatih sendiri dapat menyampaikan ilmu Silat Cekak tanpa

ada sekatan atau halangan psikologi daripada penuntut.

Walau bagaimanapun, kadang kala ada juga soalan daripada

penuntut silat tentang gerak buah-buah yang ada dalam Silat Cekak.

Page 17: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 7

Setiap jawapan, tidak pernah dijadikan landasan pertengkaran. Kalau

mereka gagal membuat jatuhan, bukan bermakna kelemahan Silat

Cekak. Sebaliknya hal yang demikian adalah kelemahan diri sendiri.

Sebagai Jurulatih maka kita amat perlu membuktikan gerak yang ada

dalam Silat Cekak adalah bertepatan. Bila dibuat penerangan maka

berilah mereka „rasa‟ sikit. Hal yang demikian akan menjadikan

penuntut amat mudah menerima kenyataan. Terangkan pada mereka

akan kelemahan yang ada berserta sebab musababnya.

Masa terus berlalu. Saya tidak dapat menafikan betapa

pengetahuan bakal penuntut yang ingin mempelajari Silat Cekak

telah ada sedikit sebanyak sebelum mereka berdaftar sebagai ahli

bagi mempelajari Silat Cekak. Sumber rujukan dan pengetahuan

mereka semakin luas. Sekurang-kurangnya pengetahuan mereka itu

diperoleh hasil kempen dan penerangan yang dilakukan oleh ahli-ahli

yang telah tamat. Ramai penulis bebas yang menulis tentang Silat

Cekak. Walaupun penulisan mereka itu betul akan tetapi boleh

menimbulkan persoalan pada para pembaca. Lebih-lebih lagi jika

para pembaca tersebut belum lagi menjadi ahli Silat Cekak.

Oleh itu, ketika mereka mendaftar masuk sebagai ahli Silat

Cekak, mereka turut membawa pelbagai persoalan mengenai Silat

Cekak. Umumnya, persoalan-persoalan mereka dapat dibahagikan

kepada dua (2) aspek besar iaitu aspek fizikal silat dan aspek

kefahaman. Saya ada pengalaman dalam perkembangan yang

berlaku tersebut. Banyak persoalan yang mereka timbulkan apabila

ada banyak ruang yang diberikan.

Ada dalam kalangan mereka yang mempunyai pengetahuan

tentang Silat Cekak. Pengetahuan ini meliputi isi pelajaran Silat

Cekak itu sendiri atau hal-hal yang berkaitan dengan kefahaman Silat

Page 18: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 8

Cekak. Saya yakin bahawa mereka juga telah memperoleh

pengetahuan tentang kandungan isi pelajaran Silat Cekak, sama ada

daripada adik beradik mereka yang terlebih dahulu mempelajari Silat

Cekak atau melalui sahabat setia yang berdamping erat dengan

mereka. Aspek kerahsiaan dalam kalangan mereka sering kali

diperoleh kerana bocor.

Oleh itu, banyak perkara tentang Silat Cekak yang rahsia

pada kita tapi telah menjadi tidak rahsia dalam kalangan bakal

penuntut baru Silat Cekak. Keadaan ini memerlukan kita mengkaji

balik cara-cara yang lebih berkesan dalam proses menyampaikan

pelajaran Silat Cekak kepada para penuntut.

Dalam tulisan ini, saya akan kemukakan beberapa persoalan

yang sering ditimbulkan mereka. Semua persoalan itu telah dijawab

berdasarkan logik saya yang ada ketika itu. Mungkin jawapan saya

itu tepat dan menurut kehendak guru kita atau mungkin jawapan yang

saya berikan tidak tepat seperti yang dikehendaki. Namun, itulah

jawapan yang ada bagi memuaskan kehendak persoalan mereka.

Hanya saya yang ada dan dipertanggungjawabkan ketika itu.

Dalam tulisan seterusnya, saya juga akan membincangkan

tentang perlunya perubahan dalam strategi penyampaian ilmu Silat

Cekak dalam kalangan penuntut baru. Alasannya ialah banyak

perkara yang mereka telah tahu terlebih dahulu ketika mereka mula

melangkah kaki dalam kelas latihan silat yang kita pimpin.

Terdapat juga pelbagai persoalan yang ditimbulkan penuntut

lama tapi baru berkunjung ke tempat kita. Sesetengah persoalan ini

mereka bawa daripada kelas latihan silat yang terdahulu. Oleh sebab

tidak ada jawapan hakiki yang memuaskan hati mereka maka

Page 19: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 9

persoalan itu dipendam hingga sampai ke cawangan. Oleh itu para

Jurulatih di cawanganlah yang menjadi sasaran. Masa yang lebih

terpaksa diuntuk bagi melayan persoalan mereka itu. Perkembangan

yang ada, ahli-ahli cawangan tidak pulak banyak karenah bicaranya.

Menurut apa saja yang diajari pada mereka.

Bilangan buah Silat Cekak yang tidak sekata pendapat turut

dipersoalkan. Mereka yang berpegang amalan beralasankan

bilangan buah sebanyak dua puluh satu (21), akan merujuk pada ilmu

tauhidnya. Ada juga kalangan mereka yang berpegang pada amalan

buah sebanyak sembilan belas (19), merujuk pada huruf dalam

bismillah. Bila pulak mereka membilangnya.

Saya cuba mengelak daripada terperangkap atas

perbincangan tentang kefahaman itu dengan alasan-alasan yang

saya anggap baru dalam pengetahuan saya sendiri. Memadai bagi

saya membincangkan asal usul bilangan buah yang diselaras Ustaz

dari bilangan dua puluh tujuh (27) kepada sembilan belas (19) dan

berubah menjadi dua puluh satu (21) kemudiannya. Ketika saya

belajar, bilangan buah adalah sebanyak sembilan belas.

Kemudiannya barulah menjadi dua puluh buah dan akhirnya

ditambah satu lagi buah menjadikan bilangan dua puluh satu seperti

yang ada sekarang. Saya berupaya berbincang kerana saya berada

dalam proses perubahan buah-buah tersebut.

Bukan bidang saya untuk berbincang atau berdebat atas

alasan-alasan kefahaman tersebut. Masa akan banyak terbuang

kerana asyik berbincang akan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan

pembangunan diri dalam silat. Pada saya, perkara penting dan utama

ialah penguasaan diri dalam gerak Silat Cekak supaya gerak kita

tangkas, tepat dan mantap. Itulah matlamat diri yang sebaik-baiknya

Page 20: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 10

dalam kegiatan persilatan kita. Hal-hal yang berkaitan dengan

persoalan kefahaman tersebut adalah hak guru untuk

menerangkannya.

Persoalan tentang nama buah keputusan silat Melayu dalam

senarai bilangan buah kita telah juga ditimbulkan. Mereka cuba

membuktikan bahawa Silat Cekak tidak asli kerana meniru buah-

buah silat Melayu yang lain. Persoalan ini juga telah saya jawab

berdasarkan pengalaman dan pengetahan saya yang seadanya.

Konsep meniru tidak timbul dalam konteks dunia persilatan silat

Melayu yang dulunya tidak ada sebarang jenis persatuan. Apabila

ada persatuan maka baru timbul konsep hak. Pada hal, zaman-

zaman sebelum adanya persatuan, gerak-gerak persilatan dengan

nama-nama buah yang tertentu adalah merupakan hak masyarakat

Melayu.

Ada juga yang menimbulkan persoalan tentang kebenaran

pada keputusan buah-buah silat tersebut. Adakah sebenarnya kita

memperoleh keputusan yang jitu. Pelbagai tafsiran dikeluarkan

tentang maksud keputusan. Ada yang menghubungkan dengan

konsep buah guru. Hanya guru silat berkenaan sahaja yang

menggunakan buah keputusan tersebut. Memanglah mereka marah

kalau buah guru mereka kita ambil. Bila guru sudah tidak berbuah

lagi maka akan hilanglah sifat kelakiannya. Kalau mereka marah,

kenapa pulak kita jadikan persoalan.

Itulah kelebihan silat kita. Belajar Silat Cekak bermakna

belajar akan kelebihan silat Melayu yang ada. Beruntung kita kerana

berada dalam Silat Cekak. Maka tidak payahlah ditimbulkan

persoalan ekoran kemarahan ahli silat Melayu tersebut yang telah

Page 21: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 11

mempersatuankan silat dan menjadikan silat sebagai hak milik

mereka.

Ada yang persoalkan kelemahan Silat Cekak kerana tidak

mempunyai sistem pelajaran bagi melepaskan buah kuncian.

Persoalan ini mungkin ada kaitan dengan pemberatan pelajaran

kuncian pada kebanyakan silat Melayu lain. Silat-silat itu sangat

menekankan aspek kuncian buah. Nampak benar akan perbezaan

konsep kuncian atau tangkapan dalam pelajaran Silat Cekak. Kita

tidak akan membenarkan lawan kita membuat kuncian. Malah, di

peringkat sentuh pun kita akan terus bertindak.

Pada dasarnya, kalau minat pada Silat Cekak bermakna Silat

Cekak ada kelebihannya. Sepatutnya, apabila masuk Silat Cekak

janganlah mengkaji kelemahan. Rugi diri sendiri. Sebaliknya mereka

patut mengkaji dan mempelajari kelebihan. Jangan mudah membuat

kesimpulan tentang kelemahan Silat Cekak. Kalau kita mencari

kelemahan maka kelemahan yang kita jumpa. Kalau kita mencari

kelebihan maka kelebihanlah yang kita akan jumpa.

Silat Cekak adalah Silat Cekak. Kelemahan dan kelebihannya

adalah bergantung pada keupayaan tafsiran seseorang. Tafsiran ini

ada kaitan dengan hati dan sikap. Jika hati bersifat membangkang

maka semua yang baik akan dianggap bertentangan. Diri sendiri

sahaja yang dianggap betul. Jika kita ikhlas untuk belajar dan ingin

terus belajar maka akan lahir sifat dan sikap yang positif secara terus

menerus.

Persoalan tentang kuda-kuda dalam Silat Cekak kerap juga

ditimbulkan penuntut baru. Hati kita semak dibuatnya. Saya jelaskan

kepada mereka atas persoalan yang ditimbulkan. Saya masih

Page 22: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 12

berpandukan artikal yang ada dalam simpanan saya. Artikal sekarang

jelas menyatakan bahawa Silat Cekak berdiri lurus tanpa ada kuda-

kuda. Tulisan dulu tidak disebut Silat Cekak tidak berkuda-kuda.

Yang disebut ialah, “Ia tak mahu berdiri menanti musuh dengan satu

kaki di hadapan dan satu kaki di belakang kerana pada pendapatnya

berdiri begitu adalah tak kukuh dan mati langkah jika diserang dari kiri

dan kanan.”

Ayat itu boleh dibuat pelbagai tafsiran. Kebiasaannya pada

silat-silat Melayu, yang biasa kita nampak ialah mereka berdiri satu

kaki di depan dan satu kaki di belakang. Kedudukan kaki yang

sedemikian pasti akan berkuda-kuda. Oleh sebab Silat Cekak tidak

berpelaku demikian, maka ditafsirkan bahawa kedudukan kita adalah

tidak berkuda-kuda. Tafsiran itu adalah betul.

Namun begitu kita perlu ada panduan untuk menjelaskan

persoalan tersebut. Jurulatih kena berfikiran luas dan matang. Kalau

langsung tidak berkuda-kuda, cuba bayangkan diri kita yang akan

menjadi robot yang tidak tentu hala. Berjalan atau bergerak tanpa

ada kelenturan di bahagian pelipat kaki. Bergeraklah kita secara kaku

dan boleh mencuit hati. Takut kalau kaki bengkok maka akan

dikatakan berkuda-kuda. Jadilah pelawak sarkis yang menghiburkan

penonton. Kalau tidak berkuda-kuda macam mana jadinya buah-buah

kidung, selendang dan sebagainya. Alamat tidak jatuh-jatuh sampai

bila-bila dek takut berkuda-kuda.

Mungkin dalam istilah penuntut sekarang, tidak ada perkataan

„habuan sesak‟. Ustaz pernah membincangkan konsep „habuan

sesak‟ dengan saya. Masa kelangsungan sesuatu perkara yang

terdesak, gerak-gerak sesak perlu diambil kira. Kalau sesak, lampu

merahpun kita langgar. Saya juga selalu tanamkan konsep sekat

Page 23: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 13

posmen maka tersekatlah suratnya. Percanggahan berlaku untuk

gerak tongkat panjang.

Banyak perbuatan sesak dalam Silat Cekak. Misalnya

penggunaan tongkat panjang tersebut. Ini juga telah menimbulkan

persoalan. Zaman saya, tongkat panjang tidak dijadikan latihan.

Latihan kami adalah bertongkat pendek yang dipanggil cota. Itulah

senjata yang senang dibawa. Mana ada orang yang bertongkat

panjang sebagai pengawal keselamatan. Walau bagaimanapun,

kalau kita diserang juga dengan tongkat panjang maka kaedah yang

digunakan adalah bertepatan dengan konsep habuan sesak.

Ketika yang lalu latihan tongkat pendek yang dianggap cota

dilatih bersungguh-sungguh. Ramai yang memakai topi keledar ketika

berlatih. Sama ada mengambil buah secara berdiri lurus atau secara

duduk tahyat. Pukul betul-betul umpama memukul musuh. Oleh

sebab ahli Cekak yang menunggu telah memakai topi keledar,

pukulan boleh dibuat secara bersungguh. Maka pesilat Cekak akan

mengambil buah dengan bersungguh-sungguh juga. Jadilah latihan

pada hari itu dalam susana yang hebat kerana perbuatan yang

bersungguh-sungguh.

Itulah persoalan yang selalu ditimbulkan berkenaan gerak silat

dalam Silat Cekak. Ada yang saya layan mesra dan ada yang saya

layan dengan jawapan yang tidak mantap. Saya tarik perhatian

mereka. Silat Cekak adalah hebat. Maka yang pentingnya ialah

pesilat itu juga mesti hebat. Jangan banyak bercakap. Sebaliknya

banyakkan berlatih. Baru dapat hasilnya. Baru dikira pesilat yang

hebat.

Page 24: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 14

Persoalan Pada amalan Dalaman Silat Cekak.

Di samping persoalan yang ditimbulkan tentang gerak fizikal

atau hal-hal yang nampak, persoalan tentang kefahaman dan amalan

dalaman juga sering ditimbulkan para penuntut. Seperti biasa,

persoalan yang selama ini tidak terlintas di fikiran saya telah mulai

timbul. Kena jawab berdasarkan pengetahuan dan pengalaman

seadanya.

Seperti yang dinyata, zaman dulu apa yang diberi oleh guru

maka akan kami terima sepenuhnya tanpa banyak bicara. Tapi bukan

sekarang. Penuntut yang belajar mulai menagih logik di sebalik

pembelajaran. Sebagai Jurulatih, kita tidak boleh menolak persoalan

yang dibawa mereka dengan begitu mudah sahaja. Pandai-pandailah

kita menyesuaikan jawapan antara kefahaman dan ilmu kita dengan

persoalan yang dikemukakan kepada kita. Berilah kepuasan

pemikiran kepada penuntut kita selama mana mereka berada

bersama kita. Kepuasan yang diterima akan menjadikan mereka

berasa puas mempelajari Silat Cekak .

Lambang Silat Cekak pada baju yang terletak di bahagian

dada telah menjadi salah satu persoalan mereka. Ditimbulkan

persoalan betapa lambang tersebut tidak dihormati sepenuhnya oleh

kita. Berdasarkan persoalan yang mereka bawa, dikatakan mana

boleh lambang „Ahmad Muhammad‟ ditumbuk atau dipijak

sedemikian rupa. Dikatakan juga bahawa kedudukan lambang

Ahmad Muhammad amat tidak sesuai diletakkan di bahagian dada.

Mana mungkin perkataan tersebut dipijak dan dihenyak begitu sahaja

sifatnya.

Page 25: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 15

Tersentak juga saya dibuatnya. Tidak pernah terfikirpun

tentang persoalan tersebut. Bagaimana persoalan ini boleh terlintas

di benak mereka. Kadang-kadang saya membuat telahan. Mungkin

kesilapan Jurulatih yang mengeluarkan arahan. Mereka mengarah

penuntut supaya menumbuk di bahagian lambang dan bukannya di

bahagian dada. Silap cakap maka silaplah tanggapan.

Walau bagaimanapun, hal yang sedemikian telah

menyebabkan saya terpaksa membuat kajian. Baru saya sedar

dalam persilatan kita ada dua jenis lambang dan pada kedudukan

yang berlainan. Ada lambang tulisan „Ahmad Muhammad‟ dan ada

yang memakai cap lambang segumpal padi di bahagian dada kiri.

Kedudukan lambang pun pelbagai cara dan berada di

pelbagai tempat. Ada di tengah bahagian dada dan ada di bahagian

dada kiri. Selama ini saya tidak pernah ambil tahu tentang kedudukan

lambang-lambang tersebut pada baju penuntut. Perkara penting yang

saya tekankan dalam kalangan penuntut ialah gerak mantap dalam

pergerakan Silat Cekak. Bukannya tulisan pada baju yang mereka

pakai semasa berlatih silat.

Lambang-lambang yang ada adalah hasil tulisan dan lukisan

semata. Hentakan kaki atau tumbukan tangan tidak pernah ditujukan

pada tulisan yang ada. Melainkan niat hentakan kaki dan tumbukan

tangan adalah ke bahagian dada. Pelik sungguh sampai ke tulisan

maksud bicara. Patutlah belajar Silat Cekak tidak tentu hala. Fikiran

bercabang-cabang, sekurang-kurangnya bercabang dua. Macam

mana silat nak jadi elok. Prasangka buruk sering menguasai jiwa.

Maka penguasaan silat pun jadi tak tentu hala.

Page 26: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 16

Itulah respon saya terhadap persoalan mereka. Malas nak

layan dengan sempurna. Bukan masalah utama. Malah, dalam

pertunjukan Silat Cekak sekalipun, bukan tulisan yang diteliti

penonton tapi gerak yang kita pertonton. Kalau susah-susah sangat,

jangan ada sebarang tulisan di baju kita. Memadai dengan huruf Silat

Cekak sebagai tulisan. Tidak perlu memakai lambang. Tapi nampak

pelik jadinya.

Dalam latihan, kalau lambang menjadi persoalan, tanggalkan

baju. Bersilat tanpa baju. Akan sah hentakan kaki atau tumbukan

tangan menuju sasaran. Tiada penghalang tulisan. Nampak cop kaki

dan tangan. Buatlah begitu. Tapi saya pasti tidak akan ada ahli yang

ikut. Fikiran masih sempurna. Tidak bercabang dua.

Ada juga yang menjadikan ayam penunjuk sebagai persoalan.

Takut syirik kerana ayam. Pada hal, Silat Cekak berlainan adatnya.

Kita tidak menyembelih ayam untuk menyamah gelanggang. Apatah

lagi ayam dijadikan satu persembahan. Kita sembelih ayam buat

dimakan. Memilih bahagian ayam cuma adat yang dikemudiankan.

Antara ahli lama dan ahli baru akan terpupuk kemesraan. Untuk

bergantung pada ayam bagi membaca sifat penuntut adalah di luar

daripada ajaran kita. Tapi memilih bahagian ayam dapat

menimbulkan suasana keseronokan.

Maka penggunaan ayam penunjuk tidak perlu dijadikan satu

persoalan. Kalau hendak kenyang maka pilih saja telur ayam yang

diletakkan di keliling ayam. Kalorinya tinggi dan mudah dimakan.

Tiada tulang. Kolestrol boleh ditambahkan.

Saya pernah tegaskan betapa bahagian yang kita pilih

daripada ayam penunjuk tidak pernah dijadikan sandaran atau

Page 27: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 17

telahan. Kadang-kadang terlintas juga di hati. Desakan hati supaya

saya teringin hendak beri tahu apa bahagian ayam yang dipilih oleh

Guru Persatuan, Guru Wawasan dan Guru Harapan. Sesaja nak

tahu. Hinggakan pemikiran mereka boleh bercelaru.

Tapi gunanya tiada. Mustahil perlakuan mereka dapat

dihubungkan dengan bahagian ayam yang pernah mereka pilih pada

satu ketika dulu. Jelas menunjukkan pada kita betapa pemilihan

bahagian ayam tidak membawa apa-apa makna. Walau

bagaimanapun adat tersebut tersangat cantik untuk terus dikekalkan.

Adat akan melambangkan rupa bentuk silat kita. Buang adat maka

tergurislah identiti silat kita.

Peranan kain putih dalam Silat Cekak turut membawa

persoalan. Ramai yang takut tidur atasnya. Ada yang mengatakan

bila tidur atas kain putih maka akan ada orang lain yang bersama.

Kalau suami atau isteri maka lainlah bicara. Namun begitu mereka

yang menimbulkan masalah tidur atas kain putih tidaklah ramai.

Dalam seratus mungkin seorang yang mengatakan demikian. Walau

bagaimanapun ada yang enggan tidur atas kain putih kerana was-

was, takut dikatakan ajaran salah.

Saya hanya boleh meyakinkan mereka bahawa tidur atas kain

putih tidak membawa apa-apa makna. Kain putih bukannya isu untuk

didebatkan. Bukannya syarat yang mesti untuk belajar silat,

melainkan adat yang kita buat. Kalau tidak tidurpun atas kain putih

tiada siapa yang tahu. Kalau was-was maka tinggalkan perbuatan

berkenaan. Tidak adapun badan berkuasa atau pertugas tertentu

yang akan mempastikan murid Silat Cekak tidur atas kain putih

sebelum pelajaran kaedah diturunkan kepada mereka. Tidak tidurpun

boleh belajar. Tapi kalau hendak merasai nikmat belajar Silat Cekak

Page 28: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 18

maka lakukan semua ajaran yang ada dalam proses

pembelajarannya.

Kita selalu takut dengan kain puteh. Kalau ada hantu maka

akan dikaitkan dengan warna putih. Matipun warna kain kapannya

mesti putih. Pada hal putih juga melambangkan bersih. Malah

dikiaskan anak yang lahir ke dunia juga umpama kain putih. Yang

akan mencoraknya ialah kedua ibu bapanya. Oleh itu, satu segi kain

putih adalah baik dan pada satu segi yang lain dianggap tidak baik.

Samalah juga dengan hari Jumaat. Satu segi dikatakan hari tersebut

amat baik. Tapi tidak kurang juga hari Jumaat dikiaskan sebagai hari

yang menyeramkan. Berjalan pada malam Jumaat pun dikatakan lain

rasanya pada mereka yang berfikiran tidak tentu hala.

Kain putih juga dikaitkan dengan mandi silat. Dalam tempoh

yang tertentu kita perlu mandi dengan menggunakan kain putih yang

kita duduk ketika ijazah terakhir. Mereka yang tidak mahu

menjadikannya satu persoalan akan membuat ketetapan sama ada

hendak mandi bertemankan kain putih atau enggan berbuat

demikian. Sekali lagi tidak ada siapapun yang tahu. Tidak ada

sebarang Jurulatih yang akan memeriksa ketika kita mandi, sama

ada menggunakan kain putIh atau tidak. Maka tidaklah perlu

dijadikan persoalan. Persoalan hanya layak ditimbulkan kalau diri

dipaksa berbuat demikian.

Kalau ingin jadikan mandi silat sebagai persoalan maka akan

keluarlah pelbagai persoalan. Macam-macam persoalan boleh timbul.

Antara persoalan yang pernah diajukan kepada saya ialah keperluan

mandi selama tempoh empat puluh hari. Kenapa perlunya bertali arus

tanpa selang seli. Kenapa wujud perkataan batal dalam mandi dan

Page 29: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 19

pelbagai persoalan kenapa lagi. Semua persoalan ditangkis dengan

logik yang ada.

Pada saya senang sahaja. Kalau hendak mandi maka mandi

sahaja. Kalau lebih selesa mandi tanpa menutup seurat

sebenangpun maka mandi bogel sahaja. Jangan jadikan persoalan.

Tidak ada kajian atau pandangan atau fatwa yang mengatakan

bahawa mandi silat akan menyebabkan ingatan kita pada silat

bertambah hebat. Malah, semasa bersilat tidak nampak sebarang

tanda yang menunjukkan sama ada penuntut itu telah tamat mandi

silat atau tidak mandi-mandi langsung.

Pada mereka yang berminat dan tidak menimbulkan banyak

persoalan maka saya akan terangkan logik kenapa perlunya kita

mandi dan mandi bersama kain putih tersebut. Asasnya, mengambil

ilmu Silat Cekak biarlah secara keseluruhan. Lagi pun, bukan payah

mandi bersama kain putih terutamanya mereka yang mandi sentiasa

menggunakan kain basahan. Hanya menukar kain basahan yang ada

daripada kain batik atau sebagainya dengan kain putih yang kita

ijazah atasnya. Mudah sahaja. Pada mereka yang tidak pernah

mandi menggunakan kain basahan maka inilah masanya biasakan

diri menutup kemaluan. Kalau berbogel maka malulah pada Tuhan.

Tambahan pula ketika membaca ayat-ayat suci yang berkenaan.

Kain putih adalah sejenis kain yang berwarna putih. Asalnya

pelbagai. Sama ada dari benang kapas atau banang tiruan atau

sebagainya dan dibeli sama ada dari emporium atau kedai kain India

atau Cina atau Melayu. Tidak ada apa-apa pun keistimewaannya

melainkan kita letakkan keistimewaan padanya. Pada diri saya,

keistimewaan kain putih tersebut adalah lambang kesungguhan dan

lambang saya tamat silat. Itulah kenangan sepanjang hayat.

Page 30: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 20

Mandi bersama kain putih menyebabkan kita lebih tenang dan

tidak tergopoh gapah. Mandi kita menjadi tertib. Secara langsung

mendisiplinkan diri supaya sentiasa tenang dan berfikir dalam segala

perbuatan yang dilakukan. Saya juga terangkan pada para penuntut.

Mandi juga adalah merupakan satu ujian daripada guru untuk

melihatkan kesungguhan kita dalam persilatan Silat Cekak.

Biasanya tidak ada satu jenis silatpun yang tamat begitu saja

tanpa ada sebarang ujian. Ujiannya pelbagai. Dalam Silat Cekak

ujian yang ada begitu mudah sekali. Mandi bersama kain putih untuk

selama empat puluh hari secara berturut-turut hari. Ujian dikenakan

bagi membuktikan kesungguhan. Kalau kita ingin bersungguh dalam

Silat Cekak maka mulakan dulu dengan amalan mandi tersebut.

Kalau ujian pertama ini boleh dilalui tanpa banyak persoalan maka

berkekalanlah kita hendaknya dalam Silat Cekak. Kalau amalan

mandi yang mudahpun pun tidak boleh dilakukan, maka jangan

sesekali bercakap tentang perjuangan. Hal yang demikian kerana

perjuangan dalam Silat Cekak banyak cabarannya.

Oleh itu semua tanggapan pada sesuatu perkara dalam

persilatan Silat Cekak adalah berdasarkan fikiran kita. Kalau kita kata

baik maka baiklah jadinya. Begitulah sebaliknya. Kalau kita kata

buruk maka buruklah jadinya. Itu sebabnya kita diasuh supaya

sentiasa bersikap positif dan elakkan daripada berprasangka buruk.

Prasangka buruk akan menyebabkan fikiran kita menjadi negatif dan

memandang semua yang wujud sebagai menakutkan. Kalau kita

berasa was-was, tinggalkan perkara tersebut daripada amalan kita.

Cuma, janganlah dijadikan persoalan. Daya pemikiran kita tidak

sama. Ada yang menimbulkan persoalan kerana daya pemikiran

mereka telah bercabang dan menjadi cetek dalam bidang berkenaan.

Page 31: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 21

Akur Menerima Pelajaran.

Terkenang waktu saya menuntut Silat Cekak dulunya. Kami

mempelajari dan mendalami Silat Cekak adalah atas keyakinan yang

berbelah bahagi. Bukan mudah bagi kami untuk mengubah pesepsi

yang ada sebelum mempelajari Silat Cekak. Seperti yang saya

tegaskan, untuk menerima Silat Cekak sebagai sebahagian daripada

amalan silat kami, ujian pengesahan telah dilakukan terlebih dahulu.

Akhirnya, sah bahawa Silat Cekak adalah merupakan satu jenis silat

yang hebat, sama seperti yang diperkatakan oleh Ustaz. Artikal-

artikal silat yang kami baca dan kami simpan amat mudah difahami.

Kami jadikan panduan. Sesuai dengan pelakuan yang diajar kepada

kami. Cakap serupa bikin.

Walaupun ada kandungan artikal tersebut bercanggah

dengan ilmu kami yang sedia ada dari persilatan lain, keadaan itu

tidak pernah kami jadikan isu atau persoalan. Bertanya pun amat

jarang sekali. Kalau diberikan jawapan, kami tidak pernah berbahas.

Hanya menerima kenyataan yang ada. Yang penting bagi kami ialah

pelajaran yang telah disampaikan selama kami belajar Silat Cekak

telah dapat mengubah persepsi kami tentang kehebatan Silat Cekak.

Walau bagaimanapun, sesekali terdapat juga perbincangan

sesama kami. Semua jawapan dan perbincangan tersebut adalah

dalam suasana positif. Kalau dianggap negatif maka akan kami

positifkan. Asas perbincangan ialah guru lebih tahu apa yang

dilakukannya. Bidang tugas guru silat tentunya silat. Teringat pulak

gelagat para penderhaka sebelum kita berpecah. Kebanyakan

mereka sudah ada jawatan lain di sektor kerajaan atau swasta.

Pegawai kerajaan atau swasta pun berperasan umpama guru silat.

Page 32: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 22

Berlainan bidang dan berlainan profesion. Sepatutnya, biarlah Guru

Silat mengurus silatnya.

Satu tajuk yang biasa kami bincangkan ialah buah-buah yang

ada dalam Silat Cekak. Kami diajar sebanyak sembilan belas buah.

Pada hal, dalam artikal yang kami simpan, buah Silat Cekak adalah

dua puluh tujuh. Kami rujuk kata-kata yang ada dalam artikal

simpanan kami tersebut.

Menangkis pula buah-buah penangkap (lock) yang 27 biji itu

dan memakan balik dengan salah sebuah dari yang 27 itu. Ini

namanya pelajaran SPRING (Pelajaran menengah). Pelajaran ini

mempunyai falsafah PAKAI TAK PAKAI, TAK PAKAI PAKAI.

Berbincanglah kami. Pastinya di bilik saya ketika menuntut

dulu. Kami cuba logikkan kenapa buah yang kami terima adalah

sebanyak sembilan belas, pada hal buah yang asal adalah sebanyak

dua puluh tujuh.

Saya pernah bertanya Ustaz tentang persoalan tersebut.

Menurut Ustaz, penyusunan semula telah dilakukan. Ada tiga (3)

alasan yang diberikannya. Sama ada pertamanya buah-buah itu

berulang-ulang, keduanya tidak praktikal atau ketiganya,

membahayakan si pelaku. Itulah alasan-alasan utama yang telah

diberikan Ustaz kenapa buah-buah tertentu ditiadakan dalam senarai

pelajaran. Namun begitu buah-buah tersebut tetap diberitahu semasa

kami telah tamat. Kami diajar dengan buah-buah tersebut termasuk

buah Luncur, Sengkak dan lain-lainnya. Ustaz membuktikan kata-

katanya yang meninggalkan pembelajaran buah-buah itu dalam

lingkungan alasan yang tiga tersebut. Puas hati pada diri kami

semua.

Page 33: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 23

Kami cuba memahami kebenaran perbuatan Ustaz

meninggalkan pembelajaran buah-buah tersebut. Hal yang demikian

bagi memahami akan punca Ustaz berbuat demikian dalam konteks

Silat Cekak. Namun begitu perasaan ragu-ragu tidak langsung timbul

dalam kalangan kami. Kami tetap bersyukur dengan apa yang kami

dapat daripada Ustaz.

Kami rujuk kembali „kitab‟ tentang Silat Cekak yang kami

simpan. Kami baca ayat-ayat yang ada dalamnya. Ada dua (2)

kenyataan ayat dalam artikal tersebut yang menjadi sumber alasan

pemikiran positif kami.

Alasan pertama adalah merujuk pada ayat bertulis:

„Ianya tak mempunyai tari, Silat Cekak ini ada mempunyai kaedah-

kaedahnya yang tetap dan tak boleh dipinda-pinda.‟

Maknanya, dalam Silat Cekak, pelajaran Kaedah adalah amat

penting dan tidak ada sifat bertolak ansur. Kaedahnya tetap dan tidak

boleh diubah. Kalau diubah maka bukan lagi namanya Silat Cekak.

Kesimpulannya ialah Kaedahnya sahaja yang tetap dan tidak boleh

diubah-ubah. Tambah tidak boleh, kurang pun tidak boleh. Yang lain,

terpulanglah pada Ustaz. Nak tambah buah boleh dan nak kurang

buah pun boleh. Hak Ustaz. Yang tak boleh kurang atau tambah ialah

Kaedah. Itu kesimpulan kami ketika itu. Mudah dan ringkas.

Alasan kedua adalah berdasarkan tentang pelajarannya yang

tertulis seperti yang berikut:

„Mempelajari dan mengkaji segala buah keputusan Silat

Melayu itu menjadi mata pelajarannya, umpamanya keputusan silat-

Page 34: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 24

silat Sendeng, Terlak, Lintau, Harimau, Kuntau, Kemanga, Sepelet

dan Gayung Petani. Tujuan besar silat ini mengkaji segala keputusan

ilmu (buah silat) silat Melayu ialah supaya ia dapat mengalahkan

musuh ketika ianya menyerang.‟

Maknanya, pelajaran buah-buah dalam Silat Cekak tidak

berdasarkan bilangan. Pelajarannya adalah berdasarkan pengkajian

pada buah-buah silat Melayu yang lain. Oleh sebab itu, bilangan

buah bukanlah sesuatu yang tetap dan tidak patut dipolimikkan.

Maka, tidak perlu berbahas atau bertengkar tentang bilangan buah

dalam Silat Cekak.

Ada juga yang bertanya sama ada kita menceduk atau meniru

silat-silat Melayu yang lain. Saya tegaskan pada mereka. Di situlah

pentingnya kita memahami adat dan adab persilatan orang Melayu.

Fahamannya tidak sama dengan sekarang. Fahaman sekarang

memberatkan hak kerana ada persatuan yang melindunginya.

Persatuan telah meletakkan sempadan. Persatuan boleh saman kita

jika dianggap kita cuba menceduk haknya. Fahaman dulu haknya

tetap pada orang-orang Melayu seramai.

Siapapun manusia yang namanya Melayu adalah berhak

memiliki atau menguasai adat dan budaya yang ada dalam

masyarakatnya. Menguasai gerak dalam masyarakat Melayu tidak

mendatangkan masalah sebab kita juga Melayu. Sama juga dengan

dengan adat-adat lain yang ada. Kita menguasai apa yang ada dalam

masyarakat Melayu. Sekarang jangan. Ada persatuan yang berlagak

gengster. Gerak Melayu dah jadi hak mereka dan gerak silat telah

dinamakan ikut persatuan yang tertentu.

Page 35: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 25

Kami sentiasa berbincang secara positif. Sesuatu kelainan

yang kami rasai, kami akan cuba logikkan kenapa perkara itu terjadi

melalui sumber-sumber yang ada. Hingga sekarang saya dapat

rasakan betapa sifat kami yang sedemikian telah menyebabkan kami

sentiasa berprasangka baik terhadap Silat Cekak dan semestinya

kepada gurunya yang lama dan baru.

Tapi ada juga antara sisa-sisa tinggalan generasi kami yang

tergeliat. Meninggalkan tradisi yang tidak ada punca. Teguran telah

diberi supaya setiap perubahan semuanya secara membina demi

mengekalkan kehebatan Silat Cekak. Cuma masalahnya mereka

adalah golongan orang kanan yang tersangat kuat dan berada

sekeliling guru. Hinggakan kekuatan mereka menyaingi kehebatan

guru. Maka banyak juga perubahan yang tidak tentu punca. Pastinya

usaha tersebut lebih mirip mencari glamour.

Mungkin sekarang ini, gara-gara kehebatan angka dua puluh

satu (21) maka buah-buah Silat Cekak perlu diubah suai. Maka

dimasukkan buah-buah lain bagi menggenapkan angka dua puluh

satu. Di suatu ketika pernah Kuntau Kiri dijadikan bilangan dua buah.

Kuntau Kanan menjadi buah yang kesepuluh. Pernah juga buah

Hempuk dikira dua buah. Semuanya gara-gara angka dua puluh satu.

Semasa saya memimpin kelas latihan di Cawangan, saya

masih mengekalkan pengajaran Silat Cekak sebanyak sembilan

belas (19) buah. Buah-buah lain akan diajar kepada penuntut Silat

Cekak semasa pelajaran buah umum. Buah Siku Potong dikaitkan

penggunaannya untuk pelajaran lading. Buah-buah menanti seperti

Luncur dan Rasa digunakan secara aplikasi gerak berdasarkan gerak

lawan. Sama seperti gerak Gayung Fatani.

Page 36: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 26

Walaupun pelarasan dibuat hingga dua puluh satu, saya tetap

saya. Tidak ikut pelarasan. Ikut apa yang saya terima. Pelajarannya

adalah mencukupi dan sangat memadai untuk membuktikan

kehebatan Silat Cekak. Dengan bilangan buah sembilan belas, saya

masih berupaya menjadi pesilat yang sedemikian rupa. Sekarang

susah hendak jawab. Pengurus baru. Gelaran baru. Pingat baru.

Jentera baru. Maka azam baru. Fahaman silat pun baru. Serba baru.

Orang kata saya keras kepala. Baguslah. Sebagai lelaki kita

perlu keras kepala. Barulah dirasai nikmatnya. Jika tidak, akan

terpupuk sifat „awww‟. Gerak mesti lembut. Buka tangan adalah salah

satu sifat pemupukannya.

Meneruskan Apa Yang Telah Diterima.

Saya berpeluang membuka cawangan Silat Cekak di tempat

saya. Peluang itu saya gunakan sepenuhnya untuk aplikasi semua

pelajaran yang saya peroleh daripada Ustaz. Saya sendiri

mengendalikan keseluruhan latihan dalam kelas Silat Cekak

berkenaan. Saya dapat rasakan betapa tanggungjawab untuk

meneruskan kesinambungan kehebatan Silat Cekak perlu dilakukan

dengan serius. Semua keistimewaan Silat Cekak ketika saya

mengujinya dalam majlis try yang lalu perlu diberi penekanan utama.

Hal yang demikian kerana pada pandangan saya keistimewaan itulah

yang menyebabkan kami yang hebat dalam bidang persilatan

masing-masing, kecundang untuk „menjatuhkan‟ kehebatan Silat

Cekak.

Dalam tulisan yang lalu saya tekankan betapa wujud

sekurang-kurangnya tiga (3) keistimewaan Silat Cekak pada

pengertian saya. Pertamanya ialah tumbukannya, kedua ialah

Page 37: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 27

pukulannya dan ketiga ialah geraknya yang ada kesudahan. Kerana

keistimewaan-keistimewaan tersebutlah Silat Cekak tersangat hebat

pada pandangan kami. Sudah tentulah pandangan ini hasil

perbandingan dengan amalan silat kami yang sedia ada. Oleh sebab

itulah pengajaran dan pembelajaran Silat Cekak di cawangan saya

adalah lebih berfokus.

Saya mempunyai matlamat untuk melahirkan para penuntut di

bawah asuhan saya menjadi ahli Silat Cekak yang hebat. Mereka

perlu membuat sesuatu gerak Silat Cekak berasaskan gerak

kefahaman dan bukannya gerak hafalan atau ikutan. Saya selalu

tekankan betapa semua gerak dalam Silat Cekak ada sebab-

musababnya. Sebab-sebab itu dapat dibuktikan melalui penerangan

dan secara praktikal. Bukannya ikut suka hati atau hati suka-suka.

Untuk memastikan kehebatan Silat Cekak diperturunkan

dalam kalangan penuntut yang saya ajar maka saya telah merancang

beberapa strategi pengajaran seperti perbincangan yang berikut.

Strategi ini berterusan sepanjang masa Silat Cekak di bawah

pengawalan saya. Saya kira, kita boleh berkongsi bersama. Jika tidak

faham bolehlah dirujuk pada saya atau pada mereka yang pernah

kekal lama belajar dengan saya.

i. Penekanan Pada Pengajaran Kaedah

Kaedah A, B, C dan D dalam Silat Cekak adalah merupakan

asas pergerakan menunggu serangan. Konsepnya unik dan amat

mantap dan istimewa. Semua gerak buah Silat Cekak adalah

berasaskan padanya. Oleh itu, penekanan pada kaedah Silat Cekak

sangat dititikberatkan. Pengajarannya pada tahap pemulaan jangan

gopoh. Istilah „letak, tarik, tumbuk‟ tidak asing lagi pada mereka.

Page 38: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 28

Selalu dihubungkan pelakuan kita umpama berada di malam

pertama. Pelan-pelan. Jangan gopoh. Bila gerak dapat dikuasai maka

hayunkan penumbuk sepenuh hati. Tapi penumbuk jangan lari.

Umpama tidak tepispun tidak akan kena. Amat merugikan pada

pasangan tersebut.

Penuntut difahamkan dengan sepenuhnya pada konsep dan

prinsipnya. Saya sendiri berlatih dengan semua penuntut dan

menguji kebolehan mereka membuat Kaedah. Malah, sebelum

masuk buah asas, mereka juga akan diuji melalui majlis „menguji

ketepatan‟ oleh semua Jurulatih yang ada dalam kelas saya. Maka

yang kurang yakin akan diyakinkan dan yang yakin akan diyakinkan

lagi. Jurulatih yang berpengalaman mampu berbuat demikian.

Jurulatihlah yang akan berperanan untuk menaikkan semangat atau

melunturkan semangat para penuntut kita.

ii. Mengemas Corak Latihan Supaya Berkesan

Saya sedar betapa waktu latihan perlu digunakan dengan

sepenuhnya. Masa latihan adalah terhad. Saya tidak mahu para

penuntut berlatih silat seperti kami berlatih dulunya. Banyak

membuang masa. Banyak bercakap. Akhirnya setelah tamat silat

baru terasa rugi. Oleh hal yang demikian, bentuk latihan amat

diberatkan. Latihan bermula pada jam lapan malam. Mereka yang

lambat akan saya beri teguran. Rehat hanya untuk meneguk segelas

air atau sedikit air. Hinggalah jam sepuluh baru latihan berhenti dan

para penuntut bebas berlatih. Kadang kala waktu latihan perlu

dilanjutkan. Itulah rutin latihan setiap kali latihan.

Apabila selesai latihan, penuntut akan berasa sangat letih.

Semasa mereka menyejukkan badan sambil berehat, masa itulah

Page 39: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 29

saya akan memberi syarahan tentang sesuatu yang berkaitan

dengan Silat Cekak. Syarahan saya lebih banyak berupa suntikan

semangat. Tidak ada perkara lain yang dibincang. Soal persatuan,

ada AJKnya sendiri. Ahli-ahli yang ingin menuntut ilmu Silat Cekak

hanya diberi akan ilmu Silat Cekak. Jangan dirosakkan fikiran mereka

dengan karenah persatuan atau sesuatu yang tiada sangkut paut

dengan bidang persilatan.

Bentuk latihan seperti itu adalah kekal sepanjang masa.

Sehinggalah waktu pepecahan sesama kita, di cawangan saya tidak

ada ruang bagi ahli membincangkan sebarang isu. Hal yang

berkaitan dengan persatuan tidak boleh dicampuradukkan dengan

persilatan. Saya yakin, sebab itulah semasa persatuan di bawah

pengurusan saya, pepecahan sesama ahli silat di cawangan saya

tidak pernah berlaku. Orang lain terlalu ingin tahu pegangan kami

yang ada. Pada kami, Silat Cekaklah pegangan dan kepentingan

utama. Dulu.

iii. Penekanan Pada Pukulan.

Pukulan dalam Silat Cekak amat saya tekankan. Letakkan

jenis pukulan pada tempatnya. Kalau pukulan adalah berbentuk

tetakan maka gunakan tetakan. Kalau pukulan berbentuk tumbukan

maka buatlah seperti mana yang ada dalam pelajaran. Jangan

sesekali membuat perubahan.

Jangan mengacah-ngacah umpama lakonan yang tidak

memberi sebarang makna. Pukulan yang mantap berserta kesediaan

membuat pukulan akan dapat mengunci pergerakan lawan. Seperti

yang saya tegaskan dalam tulisan terdahulu, mengunci gerak adalah

Page 40: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 30

lebih mudah dilakukan daripada mengunci anggota tubuh badan

lawan.

iv. Penekanan Pada Gerak Secara Muktamat.

Setiap perbuatan silat perlu disudahkan. Perbuatan silat

tersebut meliputi aspek menunggu serangan dan menyerang lawan.

Saya juga telah membincangkan hal ini dalam tulisan terdahulu.

Salah satu kehebatan silat kita yang menyebabkan susah untuk

„ditewaskan‟ ialah geraknya berterusan hingga lawan kita benar-

benar mati gerak.

Latihan yang sebegitu telah terbawa-bawa ketika anak buah

saya menghadiri ujian sijil rendah. Mereka berjaya

mempraktikkannya. Suatu masa lalu, para penguji memahami

pendapat saya. Teringat saya dalam satu majlis ujian rendah yang

diadakan di kelas saya. Ramai penguji dari pusat yang hadir.

Konsep menyudah gerak dapat dilakukan dengan sempurna.

Para penguji memberi kerjasama. Seorang jurulatih yang terkenal

dengan tangan dan kaki besi, menerima kebengkakan dan kebiruan

kulit. Begitu juga dengan penguji yang lain. Tapi mereka berasa puas

atas kehandalan anak murid Silat Cekak. Mereka tidak pula berasa

marah atau bersifat baran. Maruah dan kehebatan mereka tidak

jatuh. Tugas menguji membawa maksud murid kita mesti lulus. Kalau

lulus bermakna pelajaran yang disampaikan, telah mereka kuasai.

Dalam ujian, kalau murid berjaya mengalahkan gerak guru maka

itulah kepuasan pada gurunya.

Malang sekali kebelakangan ini. Semasa ujian, apabila ahli

silat ingin meneruskan gerak, mereka sering dimarahi kerana

Page 41: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 31

dikatakan cuba memukul Jurulatih. Akibatnya gerak mereka tiada

kesudahan kerana pergerakan mereka dihentikan sekerat jalan. Mesti

pengujinya jenis suku atau tiga suku. Jenis tidak habis. Tidak ada

kesinambungan dalam gerak. Maka secara langsung kita telah

memusnahkan satu keistimewaan yang ada dalam Silat Cekak.

Keistimewaan itulah merupakan salah satu sebab kenapa Silat Cekak

susah untuk „ditewaskan‟. Setiap yang mengambil ujian akan saya

terangkan buat suntingan semangat. Ikut saja kehendak mereka yang

belum cukup masak umpama telur setengah masak. Sesuaikan diri

buat sementara bagi mendapat sijil yang tidak tentu perkasanya.

v. Pemupukan Kaedah Serang Yang Mantap.

Para ahli silat diberi penerangan yang jelas tentang konsep

tumbuk serang. Konsep ini membuktikan betapa ahli silat perlu

memahami dan membaca gerak lawan. Kefahaman membaca gerak

akan banyak membantu kita menghadapi dan membuat serangan.

Keselarasan gerak tangan dan kaki amat dititikberatkan dalam masa

penuntut membuat tumbuk serang.

Jadikan serangan umpama serangan anu kita yang tak payah

pakai mata kepala. Pakai mata hati. Pasti tiba di bahagian yang kita

hajati. Setelah mereka dapat kaedah serang, penggunaannya adalah

secara berterusan terutama dalam latihan buah umum. Kaedah tabik

dan menjual tumbuk jangan sesekali dilakukan. Takut orang ketawa.

Umpama serangan singa yang tiada giginya. Sakit tiada tapi ada

gelinya.

Page 42: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 32

vi. Penyusunan Pelajaran Kemahiran.

Saya cuba bezakan antara konsep latih tubi dan konsep latih

kemahiran. Kalau melatih balik semua pelajaran Silat Cekak bagi

membetulkan kaedah dan ketepatannya maka saya anggap sebagai

latih tubi. Konsep kemahiran erat kaitannya dengan aplikasi. Semua

pelajaran Silat Cekak perlu diaplikasikan dalam gerak gaduh. Gerak

gaduh bermakna gerak yang tidak berpakat. Jatuhan atau tangkapan

buah biasanya tidak menjadi seperti yang kita hajati.

Dalam keadaan tersebut konsep pakai tak pakai dan tak pakai

pakai perlulah digunakan dengan sepenuhnya. Di situlah terletaknya

latihan kemahiran. Apatah lagi pelajaran enam tolak enam, serangan

tapak dan serangan pada buah-buah umum dari persilatan lain yang

berlainan gerak.

Untuk mencapai maksud kelas kemahiran tersebut, sukatan

pelajaran khas telah disusun, sesuai dengan strategi dan matlamat

kelas-kelas latihan itu diadakan. Kekuatan dalaman juga diambil kira

bagi menguatkan stamina. Semua tindakan tersebut adalah

merupakan salah satu usaha bagi menambah keyakinan penuntut

terhadap Silat Cekak. Biarlah keyakinan itu berasaskan kenyataan

dan bukannya khayalan. Penguasaan geraknya tidak lagi

berdasarkan hafalan. Sebaliknya, gerak tersebut adalah gerak yang

semula jadi dengan dirinya.

vii. Penekanan Pada Adat Silat Cekak Dan Adab Belajar.

Adat-adat yang berkaitan dengan upacara silat masih saya

kekalkan terutama yang berkaitan dengan ijazah tamat. Pada

peringkat awalnya, setiap penuntut yang hendak tamat tetap

Page 43: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 33

dimestikan membawa ayam seekor. Ustaz sendiri akan datang awal

bagi memilih ayam penunjuk dan menyembelih ayam-ayam yang lain.

Kami sendiri yang masak. Kenduri yang sama seperti yang saya

alami dulu tetap diteruskan. Walau bagaimanapun semasa zaman

selepas Ustaz, cara yang sedemikian terpaksa diubah kerana

kekangan ruang dan masa.

Di samping itu adab belajar juga saya tekankan. Oleh sebab

saya telah dilantik sebagai Jurulatih dan merupakan wakil guru,

Jurulatih yang lain perlu berketuakan saya. Kebenaran melatih dan

kawalan mutu pengajaran adalah di bawah pengawasan saya.

Namun begitu, akibat tuntutan zaman, penyesuaian dalam adat-adat

dan peraturan yang ada dalam Silat Cekak terpaksa disesuaikan dari

masa ke masa.

Berdasarkan tujuh (7) strategi tersebut, Silat Cekak

diperturunkan dalam kalangan penuntut saya. Walau bagaimanapun

kelangsungan ini tidak bertahan lama. Ada antara strategi tersebut

yang terpaksa dibuat penyesuaian. Masa dan kefahaman telah

menuntut perubahan. Saya bersyukur. Bukannya di masa saya. Pada

generasi baru, buatlah apa saja. Saya ikut sahaja. Gembira.

Perlunya Penyesuaian.

Silat Cekak mengalami perubahan dalam pelbagai sudut.

Keahlian Silat Cekak semakin bertambah. Banyak kelas dan pusat

latihan tumbuh di merata tempat umpama cendawan tumbuh selepas

hujan. Program persatuan merancakkan perkembangan dan aktiviti

Silat Cekak. Akibatnya guru Silat Cekak semakin sibuk. Masa

bersama cawangan menjadi sangat terhad. Kedatangan dan

pemergian guru ke satu-satu tempat atau ke satu-satu cawangan

Page 44: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 34

mengambil masa yang singkat. Hal yang sedemikian bertambah

hebat ketika zaman selepas Ustaz. Kesibukan guru tidak terkata.

Keadaan yang saya nyatakan di atas telah mengubah

beberapa strategi pengurusan Silat Cekak di cawangan saya. Ada

kalanya perubahan itu selaras dengan tuntutan perubahan corak

kepimpinan di peringkat pusat. Adat dan adab Silat Cekak mula

disesuaikan mengikut tuntutan dan keperluan semasa. Maka

banyaklah perkara yang ada dalam persilatan Silat Cekak, tinggal

kenangan.

Satu perubahan besar yang berlaku ialah majlis penamat silat.

Kesibukan dan tuntutan masa menyebabkan penuntut silat yang akan

tamat tidak lagi dimestikan membawa ayam seekor seorang.

Memadai dengan penyediaan ayam penunjuk di kelas berkenaan.

Ayam biasa boleh diganti dengan daging. Saya tidak pasti bilakah

perubahan itu berlaku. Sepanjang saya menjawat jawatan presiden

Silat Cekak di universiti pengajian saya, amalan tersebut masih

berterusan.

Setelah beberapa tahun saya berpindah ke cawangan,

amalan tersebut masih juga berterusan. Hinggalah saya ada

terdengar tentang perubahan yang telah berlaku di pusat tentang

majlis penamat silat. Perubahan ini bersangkutan dengan

penggunaan ayam. Namun begitu perubahan tersebut tidak di

pandang berat di cawangan saya kerana kesannya belum ada.

Walau bagaimanapun perubahan di cawangan saya tetap ada tapi

lambat berlaku. Saya cuba pertahankan konsep ayam yang perlu

dibawa. Bertahun juga saya dapat pertahankannya.

Page 45: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 35

Bukannya adat membawa ayam yang penting tapi kelebihan-

kelebihan yang wujud di sebalik penggunaan ayam tersebut amat

memberi makna. Ayam adalah alat untuk upacara majlis penamat.

Proses penggunaan ayam tersebut menimbulkan pelbagai suasana

kemesraan, kelucuan dan keseronokan. Kenangan buat saya yang

berkecimpung lama dalam Silat Cekak. Kita kongsi bersama

kenangan lama tersebut. Bukan untuk dijadikan isu tapi lebih

berbentuk catatan pengalaman.

Biasanya guru sendiri yang berhak menyembelih ayam-ayam

tersebut. Hal yang sedemikian telah menyebabkan guru terpaksa

datang lebih awal. Tentunya di sebelah petang. Malamnya Guru

Utama pasti bermalam dan akan bertemu dengan anak muridnya.

Itulah kesempatan berharga buat kami bersama guru. Banyak ilmu

yang kami terima. Keesokan paginya barulah ayam-ayam yang ada,

disembelih. Ramai ahli silat yang hadir bersama. Ayam-ayam

tersebut perlu direbus untuk dicabut bulunya. Kemudian dipotong

lapan dan proses mencuci dengan tepung ubi dilakukan bersama.

Meriah sekali. Umpama menyambut menantu.

Hakikatnya ialah majlis itu untuk menyambut ahli silat baru

berdasarkan pengiktirafan rasmi yang bakal dilakukan guru dalam

ijazah penamat. Ketika kami sibuk memasak, maka ketika itulah juga

guru akan beramah mesra dengan muridnya.

Berlaku perubahan. Kesuntukan masa dan kesibukan guru

memaksa wujudnya perubahan. Oleh sebab majlis ijazah penamat

diadakan di sebelah malam, maka guru akan datang di awal petang.

Kuasa menyembelih ayam diserah pada kami, kecuali ayam buat

penunjuk yang tetap disembelih oleh guru pada waktu petang

kedatangannya. Sempatlah persediaan ayam penunjuk di sebelah

Page 46: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 36

malamnya. Kemeriahan dan kesibukan di cawangan tetap ada.

Tetapi ayam yang kami sembelih diproses di pasar. Buang bulu dan

siap berpotong.

Walau bagaimanapun ayam masih dimasak bersama di

tempat kami. Pelbagai jenis nasi kami reka berdasarkan kelas yang

tamat. Ada pakar masak nasi. Merasalah kami makan nasi bokhari,

nasi minyak, nasi tomato, nasi pelangi, nasi hujan panas dan

pelbagai jenis nasi lagi. Ayam yang berpotong itu akan dimasak oleh

pakar masak merah dan pakar gulai kari. Kepakaran mereka hebat

kerana diasuh setiap tahun. Kemeriahan mengadakan majlis

penamat tetap ada. Macam kenduri besar. Tapi lebih mudah

prosesnya.

Tahun berganti tahun. Kesuntukan masa dan kesibukan guru

memerlukan perubahan lagi. Guru hanya sempat hadir ketika waktu

ijazah sahaja. Maknanya kehadiran guru hanya beberapa jam

sebelum ijazah. Maka ayam penunjuk pun sukar disembelih di

cawangan. Takut tidak sempat. Untuk itu, ayam penunjuk dibawa

sendiri bersama guru. Ada petugasnya. Tugas kami hanya

menyediakan bayaran atas ayam tersebut. Kenduri di cawangan

adalah hak cawangan. Kerja-kerja memotong ayam atau

menyediakan daging bukan lagi tugas utama. Ikan pun boleh. Tapi

isyarat penunjuk tetap menggunakan ayam.

Perubahan yang berlaku itu menyebabkan adat membawa

ayam seorang seekor di cawangan saya mulai terhapus beransur-

ansur dari masa ke masa. Daging mula dibolehkan mengganti ayam.

Lagi pun perbelanjaan seorang ahli yang akan tamat lebih murah

dengan menyediakan daging. Sepotong daging tentu berbeza

dengan sepotong ayam. Kerja kenduri semakin mudah. Tidak payah

Page 47: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 37

siang-siang ayam. Akhirnya daripada kutipan wang penamat

daripada ahli, lebih sesuai diupahkan orang untuk menyediakan

masakan. Ayam penunjuk tetap ada dan boleh berkongsi

perbelanjaan. Maka konsep mesra dan kerjasama sesama ahli dalam

majlis kenduri kendara tamat silat mulai longgar. Tinggal kenangan.

Banyak peristiwa yang berkaitan dengan ayam penamat.

Maklumlah. Ayam penamat adalah jenis ayam kampung. Baru galak

dan baru belajar berkokok. Aktifnya hebat sekali. Bukannya ayam

daging. Terbatukpun boleh mati. Pernah berlaku ayam-ayam kami

terlepas daripada serkap. Penat mengejar untuk mengumpulkan

semula ayam-ayam tersebut.

Ada peristiwa ayam diikat dan diletak atas tempat duduk

belakang kereta. Kalau di bahagian simpanan belakang kereta, takut

ayam-ayam tersebut mati. Pernah terjadi ikatan ayam terungkai.

Berkeliaranlah ayam-ayam yang berjumlah lebih daripada dua puluh

ekor dalam kereta. Tahi ayam jangan dikata. Candu yang dikeluarkan

telah mengatasi pewangi kereta. Akhirnya kami sepakat mengutip

duit untuk mencuci dalam kereta ahli yang membawa ayam tersebut.

Mereka yang akan tamat menjadi mangsanya.

Banyak lagi peristiwa lucu yang hanya dalam kenangan.

Suatu amalan atau adat yang tidak boleh dipertahankan lagi.

Kehendak zaman memaksa akan perubahan tersebut. Kenangan

manis buat saya. Generasi sekarang tentu tidak merasa. Apalah

salahnya kalau ada kesesuaian masa maka kita hidupkan semula

adat tersebut sekali sekala. Untuk ditunjuk pada generasi muda. Tapi

sesekali sahaja.

Page 48: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 38

Kini suasana penamat silat lebih ringkas dan padat. Tuntutan

masa dan zaman. Amalan mandi dan ayam penunjuk masih ada.

Cuma saya perhatikan nasi telah tersedia dalam bekas. Tidak

dimasak bersama-sama. Kerja-kerja penamat silat semakin mudah.

Tentunya hal yang sedemikian akan menyenangkan pengurusan

persatuan. Lebih-lebih lagi di pusat-pusat latihan sekolah dan pusat

pengajian tinggi. Mana ada masa untuk kerja-kerja memasak dan

menyediakan majlis makan.

Tugas mereka yang tamat hanya ambil bahagian ayam yang

dipilih dan beredar mencari lauk dan gulai yang ada. Pastinya

penyediaan makanan adalah secara upah. Hal yang demikian akan

menjimatkan banyak masa. Tuntutan masa dan tuntutan

perkembangan Silat Cekak itu sendiri memaksa perubahan itu

berlaku. Perubahan tetap perlu. Telahpun berlaku.

Terdengar juga cerita persatuan di sebalik sana. Geng lain.

Upacara memilih bahagian ayam mula ditiadakan. Dikatakan tidak

berguna. Itulah tafsiran mereka. Pada saya kalau diikutkan

kebiasaan, memang tiada gunanya. Telatah murid yang memilih

bahagian ayam tersebut tidak pernah dijadikan ukuran untuk melihat

gelagat atau sifatnya ketika berada dalam Silat Cekak. Apabila

berlaku penentangan murid, tidak pernah saya dengar pemimpin

persatuan akan merujuk gelagatnya memilih bahagian ayam ketika

dulunya. Ustaz pun tidak bergantung tentang tabiat memilih bahagian

ayam untuk menentukan tahap pemikiran anak muridnya.

Apapun pemikiran yang ada, pada saya di suatu ketika yang

lalu upacara itu telah memberi satu gambaran yang hebat pada saya.

Kemesraan sesama ahli dapat dipupuk. Hingga timbul kata-kata hati.

Patutlah sesama ahli dikatakan tidak boleh bergaduh. Sebabnya,

Page 49: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 39

kemesraan sentiasa wujud dalam kalangan mereka. Suasana di

majlis penamat adalah salah satu tempat bermesra.

Meneruskan Kesinambungan Persilatan Silat Cekak.

Silat Cekak semakin berkembang pesat. Sebelum berpecah,

kemegahannya amat ketara. Semua orang asyik memperkatakan

kita. Silat hebat dan organisasinya pun hebat. Lama-lama, muncul

generasi baru yang berlainan pengalamannya. Ramai antara mereka

yang tidak merasai pahit getir dalam usaha menyebar dan

membangunkan Silat Cekak. Pengalaman mereka banyak yang

berasas akan apa yang tersedia. Malah, murid yang dilahir pun

mungkin tidak sama fahamannya walaupun guru yang sama.

Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi ketika mengadakan aktiviti sampingan ahli persatuan - kumpulan hadrah. Turut kelihatan di dalam gambar ialah En Ros (tiga dari kanan) yang merupakan salah seorang murid kelas pertama Seni Silat Cekak cawangan Ipoh.

Page 50: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 40

Saya akui betapa umur saya pun semakin bertambah. Tenaga

semakin kurang. Masa semakin terhad. Urusan diri sangat susah

untuk disesuaikan dengan masa yang ada. Perubahan pucuk

pimpinan di peringkat pusat secara langsung menuntut agar wujud

juga perubahan dalam kepimpinan tempatan.

Maka saya berpendapat, pembantu saya yang sefaham dan

sekepala dengan saya perlu ada. Tenaga muda harus dicari.

Harapan saya akan berterusanlah kesinambungan pembelajaran

Silat Cekak di cawangan saya dari dulu hingga sekarang. Dari zaman

Ustaz Hanafi hingga ke zaman guru yang ada. Pastinya harapan

kesinambungan ini sentiasa berlaku di cawangan saya. Sebabnya,

saya yang mengasaskan Silat Cekak di cawangan saya. Adatnya,

tanpa saya dan rakan-rakan setia yang ada, tidak akan wujud

pengurusan Silat Cekak sedemikian rupa dan sifatnya di cawangan

saya. Entah apa-apa feelnya. Tentu berlainan dengan apa yang ada.

Saya mula mendidik barisan pelapis bagi membantu

meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan guru kepada saya.

Bukan senang untuk berbuat demikian. Kebiasaannya, apabila cukup

masa, akibat tuntutan keluarga mereka yang dilatih mungkin akan

mengghaibkan diri. Lesen kecil. Tidak ada yang sanggup untuk

mengambil alih tugas sepenuhnya bagi terus menerus

memperjuangkan Silat Cekak di cawangan saya. Saya tidak berasa

jemu-jemu untuk meneruskan usaha bagi menggilap barisan pelapis

yang mahu terima tanggungjawab saya yang ada. Bukan setakat

mengurus silat, malah bertanggungjawab mengurus persatuan silat di

tahap cawangan.

Kedatangan bekas pelajar universiti banyak membantu dalam

perkembangan Silat Cekak di cawangan saya. Ada yang berminat

Page 51: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 41

sangat dengan silat dan persatuan. Bentukpun ada. Kata orang tua-

tua, mencari ketua atau pemimpin lihat juga bentuk dan suaranya.

Bentuk yang sesuai dan suara yang ada minornya. Bukan suara „au‟.

Saya dah jumpa.

Guru yang ada telah merestuinya. Umpama menunggu

kelahiran semula pemimpin tempatan yang akan setia. Setia

padanya. Ilmu khasaf pasti diguna. Tidak salah lagi agaknya.

Hubungan belangkas diwujudkan. Pengikut lain pun turut bersama.

Sampaikan nama anak diketepikan hak ibu bapa. Kadang kala rasa

diketepi. Biar-biarkan. Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Anak muda. Biarkan saja.

Maka Ilmu yang berkaitan dengan fizikal semuanya

dicurahkan dari masa ke masa. Seiring dengan kebolehan fizikal,

aspek kefahaman Silat Cekak juga disisip dari masa ke masa.

Rasanya fahaman mereka juga turut berkembang akibat asakan

setiap hari. Dari bulan berganti matahari. Dari matahari berganti

bulan. Tidak ada ruginya saya berbuat demikian. Silat Cekak perlu

ada kesinambungan di peringkat cawangan. Cuma, diharap jangan

menderhaka. Bukan setakat pada guru tapi juga pada puncanya.

Ingat akan adab berguru. Selalu Ustaz pesan kepada saya.

Saya masukkan fahaman yang saya terima sepanjang saya

belajar Silat Cekak daripada Ustaz Hanafi. Fahaman silat disisipkan

dengan fahaman adat dan adab. Makna kemerdekaan perlu dijiwai

sepenuh hati. Jangan mudah diri dipergunakan oleh orang lain yang

tidak tahu akan adat dan adab sebenar Silat Cekak. Pengajaran silat

biar berfokus. Strategi pengajaran biar ada. Fahaman silat perlu

dijaga. Dengan cara itu kita akan tahu hala tuju dan ke arah mana

kita hendak bawa murid kita.

Page 52: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 42

Bila kesediaan telah ada maka mulalah saya berkira-kira

untuk mengundurkan diri dalam pengurusan silat yang ada. Seperti

dikata, Guru yang ada amat merestuinya. Pandangannya tentu

berdasarkan pandangan yang luar biasa. Maka belayarlah pemimpin

muda bagi meneruskan kesinambungan Silat Cekak yang pernah

saya bawa. Kesinambungan ini bukan setakat fizikal Silat Cekak

sahaja tapi juga fahaman Silat Cekak yang tua. Jangan mudah

mengubah fahaman yang ada. Manusia sekarang lebih suka

mengubah tanpa mengetahui asal usul sesuatu perkara. Biasanya

kerana kepentingan, tergadai segala. Kepada mereka saya

amanahkan untuk pertahankan konsep yang ada. Adakah mereka

berupaya berbuat demikian.

Susah dijawab kerana hal yang demikian ada kaitan dengan

dada. Tepuk dada tanya selesa. Selera adalah nafsu untuk

melakukan perbuatan dengan sepenuhnya. Bukan mudah ke faham

selera. Di bahagian dada ada buahnya. Perlu melalui buah yang ada.

Itulah takuk fahaman yang sedia. Tidak sampai kefahaman ke dalam

dada. Hanya setakat buah di dada. Jadilah, asalkan ada. Walaupun

tergantung mekar di putingnya.

Sekian sahaja pengkisahan panjang berkaitan persilatan Silat

Cekak. Saya kaitkan kenangan sejarah dari awal menemui Silat

Cekak hingga menyebabkan saya tertarik akan kelebihan Silat

Cekak. Kelebihan yang perlu diteruskan sepanjang masa. Kelebihan

itulah yang saya pertahankan. Saya teruskan kesinambungannya di

cawangan yang saya pimpin. Suatu ketika dahulu. Segala

pengkisahan adalah buat kenangan generasi baru. Saya yakin tanpa

kita pertahankan kelebihan-kelebihan yang ada maka keayuan Silat

Cekak tidak ketara. Umpama bunga yang kurang harumnya. Bau

tetap ada.

Page 53: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 43

Tetap Pendirian.

Kini saya tetap bersyukur kerana masih meneruskan

perjuangan dalam Silat Cekak. Bentuk yang berbeza. Janji saya

dengan Ustaz masih dapat dipertahankan. Selagi bergerak dua

tangan dan dua kaki maka saya akan terus berada dalam perjuangan

Silat Cekak. Itulah janji saya yang tidak mungkin berkubur begitu saja

melainkan dikuburkan oleh pihak berkuasa. Sudah lebih empat puluh

tahun saya berkecimpung dalam Silat Cekak. Hati berasa puas tanpa

timbul kekesalan yang jitu. Ramai yang ingin tahu rahsia saya yang

masih dapat bertahan dalam usia berkecimpung yang begitu lama.

Pada peringkat awal, penglibatan dalam Silat Cekak adalah

kerana bidang persilatannya. Pencarian saya pada silat telah berakhir

apabila saya melibatkan diri dalam Silat Cekak. Proses penglibatan

agak menarik dan telah diceritakan dalam tulisan terdahulu. Saya

tetap berasa bangga kerana masih berupaya meneruskan

perjuangan dalam usia yang sebegini. Rupa-rupanya di sebalik silat,

ada banyak lagi ilmu yang sangat berguna untuk mengisi kehidupan

kita. Diharapkan generasi seterusnya juga akan terus berjuang

dengan penuh taat dan tekun.

Cuma, konteks perjuangan saya ketika ini adalah berbeza.

Kalau dulunya pengertian perjuangan pada saya ialah menyebarkan

Silat Cekak seluas mungkin untuk berkongsi ilmu dalam kalangan

masyarakat. Kini makna perjuangan disesuaikan dengan suasana.

Tugas saya sekarang ialah berkongsi pengalaman dan pengalamian

saya dalam persilatan Silat Cekak. Kenangan mesra.

Faktor usia dan masa telah banyak mempengaruhi

perjuangan saya dalam Silat Cekak. Maka perjuangan saya ialah

Page 54: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 44

menurunkan segala pengetahuan yang saya tahu dan yang saya ada

buat perkongsian dengan genarasi baru. Itulah sumbangan yang

boleh diberikan. Pastinya pengalaman dan pengalamian yang saya

lalui adalah bersandarkan pengalaman dulu-dulu. Walau

bagaimanapun sekali air bah maka sekali lantai berubah. Banyak hal

yang telah berubah. Sesuaikanlah dengan apa yang ada. Yang baik

jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Sama ada perkara yang saya bincangkan sekarang masih

relevan atau tidak, bukan persoalan utama. Mereka yang membaca

bolehlah membuat penilaian sendiri untuk menambahkan

pengetahuan. Tapi jangan lupa. Silat Cekak tetap ada tuannya.

Tuannya adalah guru yang sah dan sedia ada. Kuasa mutlak adalah

terletak di tangannya. Hala tuju Silat Cekak ada kaitan dengan visi

dan misi guru yang ada.

Tugas kita adalah menyokong penuh segala pelangkahnya.

Lebih-lebih lagi jika kita ada profesyen yang tertentu. Tumpukan saja

dalam bidang profesyen kita. Biarlah guru dengan profesyen

silatnya. Tapi ramai penjawat jawatan lain yang mengada-ngada.

Golongan luput waktu pun tidak kurang hebatnya. Semua perkara

hendak dibolotnya. Macam pandai akan semuanya dalam semua

perkara dalam dunia.

Sebagai pendukung Silat Cekak, jangan timbulkan isu dalam

banyak perkara. Bukan masanya sekarang kita berbuat demikian.

Persaingan kita masih terbuka. Strategi utama perlu ada. Kerap kali

strategi akan menentukan pencapaian objektif yang diinginkan. Oleh

itu, jangan timbulkan sebarang sengketa. Jika banyak persoalan yang

ditumbulkan maka itu juga adalah merupakan satu bentuk sengketa.

Page 55: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 45

Jangan banyak membuang masa. Perpaduan ahli hanya boleh

berlaku jika kita masih tetap pendirian dalam perjuangan Silat Cekak.

Istilah pendirian ada yang mengaitkan dengan istilah

istiqamah. Kebiasaannya, istilah istiqamah adalah istilah agama.

Tetapkan pendirian kita dengan Tuhan yang ada. Jangan diri berasa

sangsi. Namun begitu ada juga manusia yang berminat mengaitkan

istilah itu dengan dunia persilatan. Itulah makam hebat yang ada

pada mereka. Pada saya, memadailah kita beristilahkan tetap

pendirian dalam konteks persilatan. Cukup untuk membuktikan siapa

kita dan di mana kita berada dalam persilatan Silat Cekak.

Menetapkan pendirian dalam Silat Cekak bukannya payah.

Tapi ada juga payahnya pada mereka yang tiada arah. Penetapan

pendirian memerlukan ilmu. Semestinya ilmu itu perlu berkisar dalam

konteks persilatan kita. Ajaran yang pernah diasaskan Ustaz Hanafi

hendaklah diambil kira. Tapi ramai yang berkata-kata. Bagaimana

jadahnya mereka yang menerima pengajaran daripada guru yang

sama boleh bercanggah pendapat sesama mereka. Mungkin banyak

faktornya. Saya dapat rasa apabila dibandingkan dengan pendirian

saya.

Setelah berkecimpung sebegitu lama dalam Silat Cekak, saya

yakin sentiasa berada dalam landasan yang betul. Cabang Silat

Cekak yang pelbagai tidak pernah mempengaruhi saya. Pendirian

telah ada. Mana mungkin berubah begitu mudah saja. Jika berlaku

juga, maka sia-sialah penglibatan saya selama ini dalam Silat Cekak

yang begitu lama. Saya rasa banyak masa yang saya luangkan

dengan mantan Guru Utama. Saya yakin bahawa saya faham akan

hala tujunya. Saya faham kehendaknya dan saya faham akan

Page 56: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 46

harapannya. Maka landasan yang saya lalui pastinya landasan yang

menuju ke arah kehendak, fahaman dan harapan Ustaz.

Oleh sebab saya berada dalam landasan tersebut dari sejak

awalnya maka tentunya berbeza dengan mereka yang bersama di

pertengahan jalan. Namun begitu ada antara mereka yang bersama

sejak awal dalam satu landasan, tapi telah tukar haluan. Banyak

perkara yang mereka tidak tahan. Godaan nafsu pasti menjadi

alasan. Dalam hal ini saya berkeyakinan penuh dengan pendirian

saya. Saya berpendapat, untuk menetapkan pendirian perlu ada

ramuannya. Ramuan tersebut telah menjadi perencah saya. Mungkin

boleh kita kongsi bersama.

Petua tetap Pendirian.

Selalu saya katakan betapa orang kanan guru amat banyak

mendatangkan kemudaratan apabila bertindak secara tidak jujur.

Ketidakjujuran ini berkaitan dengan kepentingan diri. Kepentingan diri

menyebabkan semua yang terpancul dari mulut tidak menunjukkan

keikhlasan. Lagak mereka lebih bersifat pembohong dan penipu yang

amat besar. Namun begitu kita jangan tersilap sangka. Takutkan

bencana maka perkaitan dengan guru dipandang remeh. Sepatutnya

kita berasa bertuah apabila ada kesempatan berhubung rapat

dengan guru. Dalam konteks silat, guru dan silat adalah bersepadu.

Hubungan rapat dengan guru adalah merupakan perencah

utama bagi memudahkan kita menetapkan pendirian. Adatnya, kita

melibatkan diri dengan silat adalah bersabit dengan gurunya. Saya

sendiri melibatkan diri dengan Silat Cekak kerana tertarik dengan

perwatakan Ustaz. Begitu juga rasanya sekarang, penglibatan

Page 57: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 47

penuntut Silat Cekak ada kaitan dengan gurunya. Kalau guru silat itu

sendiri tidak ada kewibawaan mana boleh silatnya menarik perhatian.

Peranan guru tetap ada berkatnya. Pastinya keberkatan ini

ada kaitan dengan mandat sah yang diterima. Tanpa mandat mana

ada bisanya sebagai guru. Oleh itu guru tidak boleh dipisahkan

dengan silatnya. Kalau silat diambil maka gurunya mesti dibela.

Kalau silat diambil manakala gurunya diketepikan maka itulah

perbuatan biadap namanya. Guru ini bertali arus dan ada pancarnya.

Mana boleh anak diambil, tuan punya anak itu ditendang begitu rupa.

Jahat punya menantu.

Waktu zaman Ustaz, semua mengakui betapa mereka yang

rapat dengan guru mesti ada kelebihannya. Guru yang hebat pasti

membawa berkat. Kata Tok Guru, jika kita berkawan dengan

pembuat minyak wangi maka pasti wanginya akan meresap pada

kita. Manakala jika kita berkawan dengan tukang besi, bau yang tidak

menyenangkan akan melekat di tubuh kita. Apatah lagi jika guru yang

kita rapat mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri. Cuma

peranan kita perlulah memupuk perasaan ikhlas bersama guru.

Hanya diri yang boleh mentafsir perasaan ikhlas tersebut. Jangan

ada sebarang rasa curiga yang membolehkan hubungan kita dengan

guru tercemar.

Perencah utama yang lain ialah diri kita mesti merdeka.

Merdeka erat kaitannya dengan maksud bebas dalam dunia

pemikiran persilatan kita. Jangan terikat dengan sesiapa melainkan

atas kehendak guru kita. Dalam silat, hanya guru yang berkuasa.

Pihak lain jangan diiktiraf kuasa mereka jika mereka mengada-ngada.

Berhati-hati jika fikiran mereka tidak sama langsung dengan kita.

Page 58: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 48

Fikiran yang tidak tentu hala. Fokusnya tiada. Kepentingan diri lebih

utama.

Kita perlu sedar betapa istilah merdeka erat juga kaitannya

dengan istilah kepentingan. Kepentingan ini juga adalah pelbagai.

Jika niat telah ada dalam pemikiran mereka, pasti mereka akan

menyusun strategi bagi mendapatkannya. Lebih hebat lagi jika

kepentingan tersebut ada kaitannya dengan kehendak kuasa dalam

persatuan. Merekalah golongan yang selalu saya sifatkan sebagai

golongan pembohong. Lain di mulut dan lain di hati. Telunjuk lurus,

kelingking berkait. Berwaspada ketika bersama mereka.

Oleh itu pegangan mantap perlu ada. Pegangan ini berbeza-

beza berdasarkan bidang-bidang yang ada. Kalau bidangnya

berkaitan dengan institusi perguruan, jangan lupa istilah mandat.

Mandat adalah merupakan punca kuasa kepada guru untuk

melakukan apa saja dalam bidang silatnya. Berada bersama Tuan

Haji Md Radzi, kita akan nampak aliran mandat sebagai Guru Utama.

Sepancar dengan Ustaz Hanafi.

Seperti yang dikata, di sebelah sana, ternampak mandat yang

tidak tentu hala. Ramai tertanya-tanya, pancar mana pula yang akan

menggantikan tempat mereka. Tapi mereka cekap. Cepat-cepat

mengatakan mandat guru memang tiada. Mandat silat adalah hak

masyarakat. Guru Wawasan adalah pemimpin masyarakat. Bila

teringat masyarakat maka teringat pulak pelawak Cha Cha dalam

rancangan Raja Lawak. Perkataan masyarakat telah menjadi

jenamanya. Pelawak juga intelek silat mereka.

Saya yakin dengan pendirian saya kerana sifat yang sentiasa

mengamalkan Silat Cekak sama ada fizikalnya atau fahamannya.

Page 59: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 49

Silat Cekak banyak membentuk sifat dan sikap saya. Ada ulu ada

parang. Ada dulu maka ada sekarang. Saya yakin pemikiran saya

pada Silat Cekak tidak pernah berubah walaupun masa berganti

masa. Penglibatan saya selama ini dalam Silat Cekak penuh dengan

kesabaran.

Faktor kesabaran juga adalah perencah utama untuk

menentapkan pendirian. Walaupun pernah tersingkir daripada

pelbagai jawatan, saya tetap saya. Saya sedar betapa manusia

toksid sentiasa ada sekeliling kita. Manis di mulut tapi pahit di hati.

Jarum adalah senjata utama mereka. Dicucuklah pada bahagian

manusia di sana sini. Bila manusia itu dicucukkan dadah maka

hilanglah ingatan seketika. Mengambil tindakan ikut suka. Semuanya

gara-gara manusia toksid yang suka bermaharaja lela.

Apapun saya yakin bahawa Tuhan sentiasa anugerahkan kita

akal untuk membuat keputusan. Buatlah keputusan dalam prinsip

memahami erti kemerdekaan dalam Silat Cekak. Hal yang demikian

adalah perencah juga untuk menetapkan pendirian kita. Tapi

janganlah hendaknya keputusan itu bersandarkan pada alasan yang

remeh temeh. Jadikan perjuangan hakiki dalam Silat Cekak sebagai

tiang serinya.

“Lahirnya Cekak kerana kesedaran,

Bukan bermusuh sebagai tujuan,

Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,

Mensesuaikan dengan makna Kemerdekaan.”

Page 60: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 50

Mantapkan Pegangan Diri

Perbincangan tentang ilmu kulit dan isi atau ilmu sarung dan

senjata bukanlah perkara baru pada kalangan kita. Konsep hubungan

ilmu-ilmu itu adalah umpama irama dan lagu. Tanpa irama,

pincanglah lagu. Begitulah hal yang sebaliknya. Lagu tanpa irama

tidak membawa apa-apa makna. Apapun istilah yang digunakan,

pegangan diri perlu ada bagi mempastikan kehebatan Silat Cekak

sentiasa terjamin dan berkekalan pada diri setiap ahli.

Banyak kenangan manis ketika bersama dengan Ustaz.

Ketika itu, pelbagai pengetahuan telah diasak dan disemai. Satu

daripada tabiat Ustaz ialah menyampaikan pengetahuan secara

hands on. Ketika bersama-sama dengannya, apabila berkaitan

dengan satu-satu peristiwa maka Ustaz akan menceritakan falsafah

di sebalik peristiwa tersebut. Maka mudahlah saya memahami akan

apa yang ingin disampaikan Ustaz. Banyak pesanan beliau yang

berkaitan dengan prinsip dan pegangan hidup. Saya rasa semuanya

dilakukan bagi melahirkan murid yang berkualiti tinggi.

Kerap kali manusia ini hidup dalam keegoannya semata-mata.

Kadang kala kebenaran itu nampak di depan mata tapi otak mencari

alasan untuk menolaknya. Itu sebabnya dalam situasi-situasi tertentu,

kita tidak dapat memahami tindakan rakan-rakan kita yang

bertentangan dengan sifat dan kata-kata mereka yang terdahulu.

Mereka cepat melatah tanpa mengkaji situasi yang ada. Seolah-olah

pegangan diri yang berdasarkan pada prinsip Silat Cekak telah tiada.

Pendengaran dan penglihatan sukar digunakan walaupun kita tahu

akan kepentingannya. Pada hal, seperti yang saya nyatakan bahawa

kita dianugerahkan dua mata dan dua telinga supaya kita benar-

Page 61: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 51

benar memahami akan sesuatu situasi tersebut sebelum

mengeluarkan pendapat.

Dalam usaha memantapkan pegangan murid Silat Cekak,

Ustaz pernah menceritakan tentang ketokohan Saidina Ali dan

peranannya dalam membela Nabi kita. Kata-kata Saidina Ali kerap

kali dijadikan isi percakapan dan perbincangan untuk mengasaskan

kefahaman muridnya. Namun begitu, apa yang ingin saya

bincangkan di sini, syarahan atau cakap-cakap Ustaz tersebut adalah

sebahagian daripada pengalaman yang saya alami dan tidak dapat

dilupakan.

Saya masih teringat akan konsep, ‟Aku adalah Aku‟. Kata-kata

Saidina Ali yang begitu besar makna dan kiasannya.

Kenyataan tersebut membawa banyak implikasi dan

maknanya bergantung dalam konteks yang tertentu. Dalam satu

ceramah kesihatan yang pernah saya ikuti, terdapat seorang pegawai

perubatan yang mengatakan bahawa, “Aku adalah apa yang aku

makan”.

Kata-kata tersebut mengingatkan saya tentang titipan ilmu

yang pernah saya lalui dulunya. Walau apapun, kita perlu ada

pegangan. Sekurang-kurangnya bagi menghindari ‟Tiga TA‟ seperti

yang dibincangkan terdahulu. Sekarang ini ada pula pandangan

tentang gejala Tiga S yang membawa maksud Sound, Sex dan Sport.

Ketiga-tiga aspek tersebut boleh menjahanamkan kita kalau tidak ada

pegangan.

Tiga TA atau Tiga S lebih kurang sama maksudnya. Cuma

tidak ada Tahta yang merujuk pada kuasa. Agaknya, kuasa tersebut

Page 62: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 52

telah diambil oleh puak-puak Guru Persatuan dan Guru Wawasan.

Kadang kala konsep yang dihuraikan boleh menyedarkan kita dan

dapat membina sifat dan pewatakan. Misalnya apabila membicarakan

tentang sifat manusia yang ego dan angkuh.

Bisanya, manusia amat sukar untuk melakukan perbuatan

dalam empat (4) situasi dalam proses kehidupannya seharian.

i. Memaaf seseorang ketika marah,

ii. Bersedekah ketika susah,

iii. Menjaga diri ketika berada dalam keseorangan dan

iv. Menyatakan hak pada orang yang disegani.

Perbincangan-perbincangan yang sebegitu amat berharga

pada kita. Hasil perbincangan membolehkan kita membina keyakinan

dan prinsip serta pegangan diri dari masa ke masa. Ini semua penting

bagi membolehkan kita menjadi ahli Silat Cekak yang hebat dan

berpendirian.

Itulah antara lain prinsip atau pegangan atau pandangan atau

kata-kata yang pernah terasah pada minda yang sedar ini. Ustaz

cuba membentuk diri kita agar mempunyai prinsip dan pegangan

yang kuat sebelum kita berperanan untuk menyebarkan Silat Cekak.

Manusia yang mempunyai pegangan dan prinsip hidup kerap kali

saya dapat lihat kehebatannya walaupun dirinya dibenci. Sifatnya

tegas di sebalik sifat kasih sayang.

Saya rasa ramai yang memahami tentang perjalanan hidup

Ustaz dalam usahanya untuk menyebarkan Silat Cekak. Bukan

mudah untuknya meyakinkan masyarakat kita tentang kehebatan dan

kelebihan yang ada pada Silat Cekak, tanpa pegangan dan

Page 63: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 53

kepercayaan diri. Kalau Ustaz tidak mempunyai kekuatan mental,

saya rasa Silat Cekak mungkin tidak dapat ditapakkan dalam

kalangan masyarakat kita.

Bukan mudah juga bagi kita menegakkan kebenaran. Kita

selalu bercakap tentang istilah bohong. Lawan perkataan bohong

ialah benar. Sama ada kita menyatakan kebenaran atau kebohongan,

hanya kita sahaja yang mengetahuinya sebab istilah tersebut

terpancar daripada hati. Kita hanya boleh mentafsir istilah-istilah

tersebut berdasarkan situasi yang kita nampak atau kita alami. Tapi

itupun masih bersandarkan tafsiran. Mungkin kita yang kata bohong

tapi rakan yang lain menegaskan kebenarannya.

Pengalaman bersama Ustaz tentang istilah tersebut tetap

menjadi pegangan saya. Sesuatu yang berada dalam hati dan

diluahkan melalui mulut tanpa mengubah cakap-cakap hati, maka

itulah kebenaran namanya. Sebaliknya sesuatu yang tegas di hati

tapi diluahkan bertentangan dengan apa yang diprinsipkan maka

itulah pembohongan. Bukan mudah untuk mempraktikkan konsep ini.

Walau bagaimanapun, jikalau kita sebagai Jurulatih menganggap diri

umpama lilin maka pada kebiasaannya sentiasa akan berada dalam

sifat pembohongan. Mereka terpaksa menjaga hati kawan kerana

takut kehilangan kawan. Konsep „apa dia akan kata‟ menjadi

petualang dalam diri sendiri. Tambahan pula kalau kita menjadikan

dunia Silat Cekak sebagai pentas mencari keuntungan dan

kepentingan diri.

Kita boleh lihat betapa pentingnya pegangan dan pegangan

itu perlu disemai pada diri para penuntut. Untuk menyemai segala

bentuk ilmu dan kefahaman, perlu ada hubungan rapat antara

penuntut dengan para Jurulatih. Akan tetapi jika seseorang Jurulatih

Page 64: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 54

itu tidak turun padang mengajar gerak silat, ilmu yang cuba

dicurahkan tidak bermakna sangat. Maknanya, Jurulatih perlu

sentiasa turun padang untuk menyemai pemikiran dan pegangan

dalam kalangan anak didiknya.

Ke manakah hala tuju kita dalam persilatan Silat Cekak. Satu

soalan yang mudah tapi susah dijawab. Sebabnya, tafsiran hala tuju

kita mungkin pelbagai. Sengaja saya timbulkan persoalan ini bagi

membuka minda para ahli supaya kita sentiasa berada dalam alam

sedar ketika bergiat cergas dalam Silat Cekak.

Umpama pergi ke satu-satu tempat. Ada antara kita yang

tidak merasai atau menyedari akan apa-apa yang berlaku atau apa

yang ada sepanjang perjalanan. Tiba-tiba telah sampai ke destinasi

yang dituju. Alangkah baiknya jika sekiranya kita yang berada dalam

perjalanan menuju ke satu-satu destinasi, sentiasa peka akan apa

yang berlaku di sekeliling kita. Dengan itu kita akan lebih

menyedarinya dan cakap-cakap dan tingkah laku kita akan menjadi

lebih bermakna.

Untuk membincangkan hala tuju persatuan atau Silat Cekak

itu sendiri, bukanlah menjadi tugas utama kita. Biarlah barisan

kepimpinan Silat Cekak yang menentukan hala tuju persatuan dan

hala tuju Silat Cekak. Pernyataan visi atau misi atau objektif

persatuan mungkin boleh dikaitkan dengan hala tuju silat kita.

Bagaimana dan ke mana hala tuju itu dibawa, itu menjadi persoalan

yang lain dan tidak perlu sangat diambil tanggungjawab. Guru kita

lebih bersifat profesional. Beliau tentu bertanggungjawab akan bidang

profesionalismanya.

Page 65: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 55

Tapi pada saya, perkara yang lebih penting ialah menentukan

hala tuju kita sendiri sepanjang berada dalam Silat Cekak. Dengan

cara ini akan menyebabkan diri kita akan sentiasa menyedari

perkembangan yang berlaku di sekeliling kita dengan lebih objektif

dan tidak akan berasa kecewa sepanjang penglibatan kita dalam Silat

Cekak. Kalau kita ada hala tuju sendiri maka penglibatan kita dalam

Silat Cekak akan memberi lebih makna. Hala tuju ini berbeza antara

satu sama lain. Garis panduan pembentukan hala tuju tersebut

adalah bergantung pada acuan diri kita sendiri. Sudah semestinya

hala tuju itu perlu bersifat positif hasil pemikiran yang diasaskan oleh

guru Silat Cekak.

Cuma, janganlah sesekali kita memijak kepala orang lain

dalam memenuhi hala tuju tersebut. Pentingkan diri kita terlebih

dahulu sebelum kita mementingkan diri orang lain seperti yang selalu

saya ulaskan dalam tulisan sebelum ini. Perkayakan diri kita dengan

ilmu Silat Cekak dengan sepenuhnya. Konsep sepenuhnya perlu

diberi penekanan. Dengan itu mudahlah kita membuat perancangan

dan menentukan hala tuju kita dalam Silat Cekak.

Hala tuju pada diri akan lebih bermakna jika kita ada

pegangan yang mantap. Pegangan dan hala tuju itu perlu bersepadu

dan prosesnya adalah serentak. Pegangan dan hala tuju ini penting

untuk menambahkan keyakinan kita bagi melibatkan diri secara

berterusan. Jika tidak, kita akan mudah merajuk dan melakukan

perbuatan di luar norma, menyimpang daripada ajaran guru dalam

Silat Cekak.

Lihat saja politik tanah air. Ramai yang melompat parti atau

merajuk apabila tenaganya tidak diperlukan lagi. Apabila nama

dipotong dalam satu-satu pencalonan maka tindakan yang paling

Page 66: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 56

menarik dan tepat bagi mereka ialah melompat ke parti lain sebagai

membalas dendam. Membalas dendam adalah juga bertujuan

melepaskan geram.

Nampaknya, politik negara pun sudah mula meresap dalam

politik Silat Cekak. Apabila nama tersingkir dalam satu-satu jawatan

atau diketepikan daripada sesuatu tugasan maka mulalah hati ingin

membalas dendam sebagai tanda tidak berpuas hati dan geram.

Tidak hairanlah kenapa wujud konspirasi bagi menjatuhkan guru

apabila diri mula terasa diketepikan. Melompat ke persatuan silat lain

adalah satu perbuatan yang mustahil bagi mereka. Maka ramailah

manusia Silat Cekak yang tidak tetap pendirian dan tidak tentu tujuan

dek kerana tiada pegangan.

Kita berasa kagum dengan manusia yang ada dalam Silat

Cekak yang terus berjuang walaupun disingkirkan daripada pelbagai

jawatan. Golongan ini mempunyai pendirian yang tidak mudah

berubah. Hala tujunya jelas. Pegangannya kukuh. Pegangan dan

hala tuju yang kukuh ini telah memantapkan pendiriannya untuk terus

berjuang bagi memartabatkan perjuangan Silat Cekak.

Sesungguhnya, pendirian ini amat penting dalam usaha kita

mencapai tahap kemerdekaan sejati dalam Silat Cekak. Janganlah

kita bersifat pendendam. Jika terkeluar daripada barisan kepimpinan,

biarkan saja. Beri peluang kepada orang lain untuk menjalankan

sebarang tugas. Teruskan usaha dan berikan tumpuan dalam

perjuangan hakiki kita iaitu menyebarkan ilmu Silat Cekak. Maka jiwa

kita akan sentiasa tenang kerana hala tuju kita yang jelas. Hala tuju

ini akan menjadi matlamat kita.

Page 67: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 57

Salah satu matlamat itu ialah menghasilkan penuntut yang

hebat dengan ilmu Silat Cekak yang hebat. Oleh itu, sesuai dengan

hala tuju tersebut maka lengkapkan diri kita dengan pelbagai

kemahiran bagi memudahkan proses penurunan ilmu kepada

penuntut yang kita latih secara berkesan.

Jiwa yang tenang ketika berada dalam Silat Cekak akan

menambahkan semangat juang dan keyakinan kita pada Silat Cekak.

Sifat saling menghormati sesama ahli akan berlaku dengan lebih

berkesan. Guru yang ada sentiasa kita hormati. Pastinya dalam

keadaan guru tersebut sebagai pewaris yang sah untuk meneruskan

mandat yang ada dalam Silat Cekak.

Saya terkenang akan rakan-rakan yang saya temui tapi telah

meninggalkan perjuangan Silat Cekak kerana jauh hati. Banyak faktor

yang menjadikan mereka jauh hati. Saya tidak akan menerangkan

alasan-alasan mereka tersebut. Memadailah saya berkongsi

pengalaman dengan para pembaca dalam ruangan ini. Hal ini

dilakukan bagi membuktikan bahawa dalam Silat Cekak, kita perlu

sangat ada hala tuju dan pegangan yang mantap. Semua ini akan

melahirkan pendirian yang teguh dan tidak mudah lentok ditiup dek

angin.

Teringat saya tentang peristiwa ‟Pingat‟ yang terlalu

menyayukan hati bersabit pembabitan saya dalam perjuangan Silat

Cekak. Kalau tidak ada pegangan dan pendirian yang kukuh sukar

juga bertahan dalam Silat Cekak. Itulah kesimpulan akhirnya tentang

diri saya.

Dalam masa Perayaan Sepuluh Tahun Silat Cekak, keluar

senarai pemenang Pingat Berjasa dan Pingat Setia. Kedua-dua

Page 68: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 58

pingat tersebut ada tahap pencapaiannya. Ketika itu mereka yang

mendapat Pingat Berjasa adalah terdiri daripada mereka yang

berjasa dalam mengembangkan Silat Cekak. Mereka yang mendapat

Pingat Setia sudah semestinya dianggap mereka yang akan terus

setia dan berdiri teguh dalam Silat Cekak. ‟Rebus tak empuk, bakar

tak hangus.‟

Walau bagaimanapun ramai yang dianggap setia tapi rupa-

rupanya bermuka-muka. Ada berkepentingan diri dan mengamal

sikap penonjolan diri. Sungguh hebat sekali lakonan mereka tanpa

disedari. Itulah hasil manusia yang ada hala tuju tapi kurang ada

pegangan haikiki.

Setelah sekian lama berkecimpung dalam Silat Cekak, dalam

satu aktiviti, Perayaan Lima Belas Tahun Silat Cekak, barulah saya

ditawarkan Pingat Berjasa. Malangnya saya tidak boleh hadir untuk

menerimanya kerana kaki tertusuk buluh. Bengkak dan tidak boleh

jalan. Setelah selesai perayaan, bertahun juga saya mengharapkan

pingat yang menjadi hak saya tersebut diberi pada saya. Hampa

sahaja. Dihalang oleh puak-puak tertentu. Alasannya, kalau tidak

datang masa acara pemberian pingat maka pingat tidak akan diberi.

Saya rasa Ustaz pun tidak tahu.

Hati saya mula memberontak. Besar sangatkah pingat

tersebut. Bukannya lesen untuk kita terus berjuang. ”Kalau tak nak

bagi pada yang hak, akupun tak palor. Tapi cakap bukan main hebat.

Dalam Silat Cekak dikatakan pentingkan hak. Cakap tak serupa

bikin.” Itulah kata-kata semangat untuk diriku sendiri.

Dalam satu perayaan Silat Cekak yang kedua puluh satu,

sekali lagi saya ditawarkan pingat. Kali ini tawarannya ialah Pingat

Page 69: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 59

Setia. Bila dapat surat, hati bukannya gembira tapi berasa benci dan

meluat. Baru sekarang tahu akan setia. Selama bertahun dalam Silat

Cekak masih lagi dianggap mencurigakan.

Kali ini sengaja saya tidak mahu terima pingat dalam

perayaan tersebut. Jawatankuasa menjadi gelisah. Ada seorang

orang kanan persatuan yang berpengaruh kuat cuba memujuk saya.

Terpancul kata-kata saya, ”Kalau you paksa-paksa, saya akan

tinggalkan Silat Cekak.”

Kecut perut juga si hamba Allah tersebut, agaknya. Kali ini dia

merayu, kalau saya tidak mahu mengambil Pingat Setia, nama saya

dalam buku cenderamata tersebut minta dikekalkan. Saya tidak

kisah. Padan muka. Muka siapa ye! Sampai ke sudah saya tidak

pernah melihat Pingat Setia.

Tapi, yang menariknya hinggalah ke zaman Pak Ak, apabila

puak-puak tersebut kehilangan pengaruh dan entah apa mimpinya,

barulah pingat berjasa yang menjadi hak saya cuba dikembalikan.

Pingat Setia tidak lagi menjadi hak kerana saya telah menolaknya.

Tapi yang menariknya pingat berjasa itu tidak disemat oleh Guru

Utama, sebaliknya disemat oleh seorang Mufti yang terkenal dalam

negara ini yang menjadi tetamu istimewa dalam satu majlis yang

diadakan.

Sungguh mengharukan dan sungguh mengharubirukan. Hari

Ini Dalam Sejarah. Itulah tajuk filem yang berputar dalam pemikiran.

Itu semua tidak menjadi masalah. Ketika itu pegangan saya kukuh

sekali. Hala tuju saya amat jelas. Semua yang berlaku dikira ada

hikmahnya. Saya masih terus kekal dalam Silat Cekak. Kalaulah saya

Page 70: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 60

tiada hala tuju dan tiada pegangan maka sudah tentu telah lama saya

ucapkan sayunara.

Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk menyeru generasi

seterusnya supaya mempunyai hala tuju dan pegangan yang jelas.

Persilatan Silat Cekak adalah tempat yang paling sesuai untuk

melatih diri mengenali erti kemerdekaan. Fikiran kita bebas daripada

dipengaruhi oleh sesiapa. Yang penting hala tuju kita jelas dan

pegangan kita mantap. Dengan itu akan terpupuklah pendirian yang

tetap. Aku Adalah Aku. Itulah kata-kata salah seorang pejuang di

zaman lalu.

Perjuangan yang ikhlas tidak mengharapkan sebarang

pulangan atau pengiktirafan. Biarlah guru kita yang menentukan

sebarang pengiktirafan. Itupun kalau beliau ingin mengiktiraf. Yang

paling utama ialah ilmu yang ada dalam Silat Cekak. Tagihlah

daripada guru kita dengan adab dan sopan. Itulah perkara yang

paling berharga dalam Silat Cekak.

Kalau setakat pingat atau sebagainya, tengok saja ukuran.

Buat replika. Gantung pada dinding buat tatapan dan pujukkan diri.

Bukan orang tahu. Diri sendiri yang tahu akan dirinya. Biarlah diri

yang memujuk diri, kerana kita yang fahami dan tahu akan diri kita

sendiri. Hargailah diri kita.

Bina Keyakinan.

Kalau kita mempunyai hala tuju dan pegangan yang mantap,

memudahkan sifat keikhlasan bertapak dalam diri kita. Sama ada

ikhlas atau tidak, orang luar tidak boleh mentafsir. Kita yang lebih

Page 71: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 61

tahu tentang keikhlasan kita. Kita juga tidak perlu menyatakan

kepada orang lain bahawa kita bersifat ikhlas. Perkara yang penting

ialah kita tidak menipu diri kita tentang sifat ikhlas yang ada dalam diri

kita.

Sifat ikhlas amat penting terutamanya semasa kita

menyampaikan ilmu Silat Cekak dalam kalangan penuntut. Pelajaran

yang hendak disampaikan akan lebih menjadi jika kita bersifat ikhlas.

Kalau diri kita bersifat ikhlas maka secara langsung prasangka buruk

pada orang lain dapat dikurangkan.

Konsep kita mengajar silat bukannya umpama lilin yang

membakar diri. Lagi lama kita mengajar Silat Cekak maka sepatutnya

lagi hebat dan lagi faham akan pergerakan Silat Cekak. Kita juga

berkeinginan supaya para penuntut yang kita lahirkan adalah pesilat

yang hebat. Tidak timbul soal mereka akan menyaingi kehebatan kita

yang sedia ada. Lagi mereka hebat dalam pergerakan Silat Cekak

maka lagi kita suka. Itu akan memberi kepuasan pada diri kita kerana

kehebatan mereka adalah juga kehebatan kita. Semuanya hasil

usaha pemupukan ilmu yang kita curahkan. Sikap prasangka buruk

dan perasaan curiga pada diri para penuntut akan lebih terkawal.

Jika ini terjadi maka secara langsung kita boleh membina

keyakinan dalam kalangan penuntut. Banyak cara dapat kita lakukan

untuk memupuk sifat berani. Salah satu caranya adalah melalui ujian.

Dalam kalangan ahli, perkataan ujian lebih dikenali dengan perkataan

test.

Dalam tulisan ini, saya ingin menceritakan pengalaman

tentang usaha-usaha yang pernah saya lakukan untuk membina

Page 72: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 62

keyakinan melalui kaedah ujian dalam proses pembelajaran penuntut

Silat Cekak.

Prinsip membina atau membuat ujian adalah pelbagai. Dalam

bentuk ujian bertulis, kita boleh membina soalan yang mudah dijawab

atau membina soalan yang sukar dijawab. Hal yang demikian adalah

bersamaan dengan gerak silat. Kita boleh menguji gerak secara

penuntut boleh dibuat atau gagal dibuat para penuntut.

Dalam konteks silat, kalau kita menumbuk, kita boleh

memudahkan penuntut kita membuat jatuhan atau asas atau

tangkisan. Kalau niat tidak membolehkan penuntut kita membuat

tepisan atau jatuhan, juga boleh kita lakukan. Begitu juga dengan

prinsip galakan. Kita boleh memotivasikan penuntut kita dengan

memudahkan mereka membuat gerakan atau kita juga boleh

merendahkan ego atau kebolehan mereka dengan cara

menyusahkan gerakan mereka. Semuanya terpulang pada diri kita.

Di sinilah pentingnya kita tahu akan tujuan kita mengadakan

ujian atau test tersebut. Pada pandangan saya, bentuk ujian yang

dilakukan adalah sebagai satu usaha untuk membina keyakinan

dalam kalangan penuntut yang mempelajari Silat Cekak di bawah

kepemimpinan kita.

Ujian yang saya lakukan adalah dalam pelbagai bentuk dan

peringkat. Selesai sahaja pelajaran Kaedah, saya sendiri bersama

jurulatih yang lain akan menumbuk para penuntut seorang demi

seorang untuk melihat ketangkasan mereka mengambil Kaedah. Lagi

mantap tangkisan berdasarkan Kaedah maka lebih laju dan keras

penumbuk kita. Jika tersasul, kita akan mulakan kembali tumbukan

Page 73: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 63

dalam kadar yang lembut dan perlahan. Jangan beri mereka hilang

keyakinan.

Ujian ini juga turut dilakukan setelah selesai buah asas;

sebelum pelajaran buah jatuh diperkenalkan. Para penuntut bukan

sahaja perlu mantap mengambil buah, tapi juga perlu mengingati

kedudukan buah-buah tersebut dalam senarai pelajaran.

Ujian juga berlarutan setelah selesai buah jatuh, sebelum

diperkenalkan buah potong. Akhirnya ujian yang penting ialah

menguji penguasaan secara keseluruhan semua pelajaran yang telah

disampaikan kepada para penuntut.

Pernah pada satu-satu ketika yang tertentu para pengujinya

adalah mereka yang berasal daripada cawangan lain. Tidak timbul

sebarang masalah sebab tidak ada apa yang hendak dibuktikan oleh

para penguji melainkan membuktikan kehebatan para penuntut itu

sendiri menguasai pelajaran yang kita sampaikan.

Kadang kala ujian yang dijalankan adalah sebagai satu usaha

untuk menguji diri kita sendiri dalam keadaan yang sebenarnya.

Ketika kita menumbuk, penuntut perlu membuat buah jatuh. Dalam

pelajaran potong, apabila mereka pula menumbuk maka kita perlu

membuat buah jatuh. Ketika mereka membuat jatuhan pada kita,

kadang kala terasa betapa peritnya pukulan mereka apabila terlajak.

Tapi kita menerima keadaan tersebut yang pastinya bukannya

disengajakan.

Kadang kala kita juga berasa sukar untuk membuat buah

jatuh. Penumbuk mereka semacam sahaja dan pernah juga hinggap

di dada. Itu tidak menjadi masalah. Yakinlah, bukan sengaja mereka

Page 74: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 64

berbuat demikian. Perasaan curiga tidak perlu ditimbulkan. Tidak

perlulah memarahi dengan kata-kata penumbuk yang tidak betul atau

sebagainya. Hendak dikatakan jatuh maruah kita, juga tidak mungkin

kerana bak kata pepatah, ular menyusur akar tak akan hilang

bisanya.

Sesuai dengan konsep diri kita bukannya lilin yang membakar

diri, kelemahan kita akan mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati

dan lebih berwaspada serta jangan mengambil mudah atas satu-satu

gerak. Menguji buah-buah umum dalam Silat Cekak adalah lebih

mencabar. Apa yang saya praktikkan ialah para pesilat perlu

mengalahkan para Jurulatih yang membuat ujian tersebut tanpa

tindak balas daripada Jurulatih secara keterlaluan.

Saya dapat lihat betapa kaedah ini telah menambahkan

keyakinan para penuntut silat yang kita lahirkan. Kalau kita

berpegang pada konsep bahawa sekali Cekak menyerang, pasti

menang, maka konsep ini perlu dilatih. Gerak silat penuntut kita perlu

dihabiskan. Kalau niat pukulan pada gerak mereka maka habiskan

dengan pukulan. Kuat atau perlahan pukulan tersebut pada kita,

nasiblah. Kita sebagai Jurulatih kenalah tahan sikit. Yang pentingnya

ialah gerak mereka ada penghujungnya. Inilah salah satu daripada

keistimewan Silat Cekak. Mulakan dengan ‟A‟ pasti akan berakhir

dengan ‟Z‟. Tak timbul gerak acah-acah atau gerak yang tiada

kesudahannya.

Tapi malangnya dalam ujian sijil sebenarnya, kebebasan ini

selalunya dihadkan. Pergerakan calon tidak habis. Ketika menunggu

serangan daripada Jurulatih, jika para penuntut terlajak pukulannya

maka dianggap cuba memukul atau mencuba Jurulatih atau dicap

dengan pelbagai istilah lagi. Perkatan hoop-hoop-hoop atau sudah-

Page 75: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 65

sudah-sudah atau cukup-cukup-cukup, akan dijerit-jeritkan kepada

mereka yang diuji.

Begitu juga ketika penuntut disuruh menyerang. Kalau

Jurulatih sendiri lemah kerana tidak dapat membuat buah-buah yang

tertentu, silap-silap haribulan, para penuntut yang dimarahi dengan

pelbagai alasan. Termasuk dikatakan tumbuk tidak betul. Sungguh

melucukan kerana setelah berbulan-bulan berlatih silat maka

penumbuk penuntut tetap tidak betul.

Maka lahirlah perasaan tidak puas hati dalam kalangan

mereka yang mengambil ujian. Sekurang-kurangnya tidak puas hati

kerana pelbagai tuduhan yang melulu dan tidak ada bukti kukuh.

Kepuasan mereka terhalang baik ketika menanti serangan atau

ketika melakukan serangan. Motivasi dan keyakinan mereka mungkin

meleset. Itu semuanya gara-gara Jurulatih yang tidak mempunyai

kemampuan sepenuhnya untuk melakukan ujian.

Teringat saya akan peristiwa menguji pesilat untuk ujian sijil

rendah di tempat saya dulunya. Zaman awal ujian tersebut

diperkenalkan. Setelah selesai ujian, beberapa jam kemudian, kedua-

dua pihak bertukar-tukar fikiran bagi membincangkan bengkak di

badan, di kaki atau di tangan. Kesemuanya tersenyum puas dan

menceritakan bagaimana hal itu terjadi. Tidak timbul soal bermasam

muka atau jatuhnya maruah atau sebagainya yang bersifat negatif.

Penuntut berpuas hati kerana dapat menunjukkan kehebatan dan

pihak penguji berpuas hati kerana para penuntut telah dapat

menunjukkan kehebatan hakiki. Kedua-dua pihak menaruh keyakinan

dalam konteks yang berlainan.

Page 76: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 66

Secara langsung terpupuklah sifat yakin diri dalam kalangan

penuntut. Sifat itu diyakinkan melalui ujian bagi mendapatkan sijil.

Untuk mendapatkan keyakinan itu, kejasama pihak yang menguji

amat penting. Merekalah yang boleh membangunkan keyakinan atau

merobohkan keyakinan dalam kalangan para penuntut.

Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi sedang beraksi dalam persembahan Seni Silat

Cekak yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1974

Page 77: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 67

BAB 2

KENALI

RUPA BENTUK PERSILATAN

SILAT CEKAK

MELALUI PELAJARANNYA.

Page 78: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 68

Pendahuluan

Saya telah menegaskan bahawa salah satu cara untuk

mengenali rupa bentuk Silat Cekak adalah terletak pada faktor

betapa pentingnya kita faham pada isi pelajaran Silat Cekak itu

sendiri. Kefahaman yang jitu akan memungkinkan sekatan

„pencemaran‟ gerak dalam Silat Cekak dari masa ke masa. ’Demi

menjaga Pusaka Hanafi’.

Satu ketika lalu, ungkapan di bawah adalah menggambarkan

rupa bentuk Silat Cekak itu sendiri. Penegasan kita pada sifat-sifat

dalam ungkapan itu adalah tetap. Tidak berubah-ubah. Ungkapan itu

tidak pernah ketinggalan dalam setiap ceramah penerangan tentang

Silat Cekak. Saya petik semula ungkapan tersebut.

“Silat Cekak bukanlah sejenis silat permainan seperti silat pulut

atau silat pengantin, sebab itu tidak ada gendang dan tari menari

dan melangkah ke kiri dan ke kanan”.

Berdasarkan ayat petikan tersebut, terdapat empat (4)

perkara atau empat (4) konsep Silat Cekak yang menggambarkan

rupa bentuk Silat Cekak. Sifat-sifat itu adalah seperti berikut.

i. Silat Cekak bukanlah silat untuk pertunjukan di depan

pengantin atau sebagai silat pulut yang memberatkan

gerak tari berbentuk permainan.

ii. Silat Cekak tidak ada gendang.

iii. Silat Cekak tidak ada tari menari.

iv. Silat Cekak tidak melangkah ke kiri dan ke kanan.

Page 79: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 69

Mungkin zaman telah berubah. Tuntutan pada perubahan

amat hebat. Saya juga yang tidak mahu berubah. Walau

bagaimanapun dulu-dulu, sifat-sifat istimewa yang ada pada Silat

Cekak tersebut adalah merupakan satu kebanggaan pada penuntut

Silat Cekak. Hal yang demikian kerana sifat-sifat itulah yang

membezakan Silat Cekak dengan silat-silat Melayu yang lain. Kita

berbangga dengan perbezaan yang ada. Kita ada, orang lain tak ada.

Perbezaan itu adalah lambang keluarbiasaan yang ada pada Silat

Cekak.

‟Perbezaan antara sesuatu yang biasa dengan sesuatu yang

luar biasa ialah keluarbiasaannya.‟

Cuba kita rujuk semula pada sifat-sifat Silat Cekak tersebut.

Silat Cekak bukan tujuan pertunjukan di depan pengantin atau

sebagai silat yang memberatkan gerak permainan. Hal yang

demikian menegaskan bahawa persembahan Silat Cekak bukannya

bertujuan hiburan; melainkan maksud menyampaikan kefahaman.

Tugas kita adalah memberi kefahaman. Masuk atau tidak masuk Silat

Cekak, bukannya urusan kita. Segala-galanya bergantung pada

„konsep habuan‟ seperti mana yang saya tegaskan terdahulu.

Penggunaan muzik dalam persembahan mungkin ada

keperluannya. Sesuailah dengan kehendak dan tuntutan semasa

yang sukakan hiburan dalam persembahan. Saya telah buktikan

betapa penggunaan muzik tidak mengongkong gerak persembahan

Silat Cekak. Walau bagaimanapun, kepimpinan kita perlu berhati-hati

atas penggunaannya. Pengawasan perlu ada. Jika tidak dikawal,

boleh memungkinkan penggunaan alat muzik secara „hidup‟ atau

secara „life‟ bagi mengiringi persembahan Silat Cekak.

Page 80: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 70

Lebih malang lagi apabila kita dijemput membuat

persembahan dalam kalangan persilatan Melayu. Ketegasan perlu

ada. Janganlah kita membiarkan iringan gendang silat mereka

mengiringi persembahan Silat Cekak dalam satu-satu majlis tertentu

tersebut. Semuanya boleh terjadi jika tidak ada penegasan yang

tegas.

Sifat langkah-melangkah tidak ada dalam Silat Cekak. Seperti

yang saya katakan, tapak Silat Cekak adalah tapak dua. Mungkin ada

sedikit persoalan pada buah Pasung Kemanga. Nampak seolah-olah

sifat mengelak. Walau bagaimanapun, fahaman kita adalah jelas.

Gerak yang sedemikian adalah merupakan gerak gelek. Masih lagi

berdasarkan gerak semula jadi manusia. Tambahan pula buah

tersebut adalah merupakan suatu gerak keputusan yang kita ambil

daripada gerak yang ada dalam alam persilatan Melayu.

Namun begitu, penggunaan tari silat dalam Silat Cekak perlu

berhati-hati. Gerak tari yang dipertontonkan tidak membawa apa-apa

makna bagi membuktikan prinsip dan konsep persilatan Silat Cekak.

Tidak ada tari silatpun, persembahan Silat Cekak masih berupaya

menarik minat penonton.

Pada pendapat saya, lakonan gerak A hingga D adalah

memadai bagi menimbulkan maksud penerangan gerak dalam Silat

Cekak. Gerak kita bukannya gerak suka-suka hati. Gerak kita adalah

bermatlamat. Kita akan bergerak jika ada yang bertindak. Itulah

lambang lakonan Kaedah kita. Bukannya gerak tari yang

melambangkan gerak berhibur.

Berdasarkan empat (4) sifat yang dinyatakan di atas, sifat

gerak tari agak sukar dilogikkan penggunaannya dalam persembahan

Page 81: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 71

Silat Cekak. Tidak ada asas dan tidak ada perkaitan dengan rupa

bentuk Silat Cekak. Gerak tari akan mengundang sifat gerak yang

melangkah. Tidak kiralah arah mana dan tujuan melangkah tersebut.

Hakikatnya ialah langkah-melangkah. Kalau diiringkan persembahan

sedemikian dengan gendang silat, alamat „hancurlah‟ makna

ungkapan yang selama ini cuba dipertahankan. Hal yang demikian

boleh terjadi jika tidak ada pengawalan tegas dari masa ke masa.

Kadang-kadang saya terfikir kenapa kita terlalu berminat

dengan tari silat yang berlambangkan dengan Gerak Hanafi. Kini,

boleh dikatakan setiap persembahan Silat Cekak, pasti ada tari silat.

Nampaknya sudah semacam tidak sah persembahan Silat Cekak

tanpa ada tari silat. Saya masih tidak nampak akan faedah dan

tujuannya dalam persembahan kita tersebut. Apakah yang cuba

dibuktikan. Tidak boleh komen banyak. Sudah menjadi sebahagian

daripada Silat Cekak dewasa ini.

Saya rasa, untuk memahami sifat menerima tari silat dalam

Silat Cekak, saya cuba menyingkap kembali kenangan lama bersama

Ustaz. Dalam tulisan terdahulu, ada dinyatakan tentang pertemuan

penuntut-penuntut Silat Cekak kelas saya dengan Ustaz. Saya

ceritakan betapa wujud perasaan „rendah diri‟ dalam kalangan

kumpulan kami ketika menghadiri majlis-majlis perhimpunan

persilatan Melayu. Orang lain tahu kita ahli silat tapi tidak tahu

membuat tari silat. Makna tersiratnya, dalam hati kecil ada perasaan

inginkan tarian silat bagi menutup kelemahan diri atas sifat

mengambil hati orang lain.

Ketika itu umumnya, sifat silat digambarkan melalui tari

silatnya. Tari silat dalam persilatan Melayu adalah umpama nada dan

irama. Ketiadaan salah satunya akan menjadikan pincang lagunya.

Page 82: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 72

Begitulah juga dengan persilatan Melayu. Bukan senang untuk

memisahkan tari dalam gerak yang ada dalam persilatan Melayu.

Ada persilatan Melayu yang tidak ada tari silat. Mereka berbangga

dengan gerak pukulan yang menjadi teras pembelajaran silat mereka.

Namun begitu, apabila silat mereka dipertontonkan dalam istilah

„pentas silat‟, tari silat terjadi dengan sendirinya. Wujud tari silat

secara langsung dalam pertunjukan pentas silat tersebut walaupun

mereka mendakwa tidak ada tari silat.

Nampaknya bukan mudah pada penggemar Silat Cekak untuk

„melarikan diri‟ dari tari silat. Mulut menafikan gerak tari tapi hati

masih terpaut lagi. Dari segi psikologi, nampaknya memang ada

keinginan pada tarian silat seperti yang saya nyatakan dalam

perbincangan rakan seangkatan saya dengan Ustaz. Bila ada ruang

dan kesempatan, pautan pada tari silat cuba disahkan

kemenjadiannya.

Agaknya, hendak latih sorang-sorang tidak tahu nak buat apa.

Tangan sudah letih semacam tumbuk sambal atau macam tebar roti

canai. Tidak dapat hendak lambangkan sifat sebagai seorang

pendekar. Maka tari silatlah sebagai pelarian dan jawapan pada

persoalan tersebut. Maka berminatlah mereka pada gerak tari silat

untuk melambangkan diri mereka sebagai seorang pendekar silat.

Bukannya pendekar „tebar roti canai‟ atau pendekar „tumbuk sambal‟.

Saya selalu menegaskan betapa pentingnya kita berhati-hati

dengan maksud pelarasan atas prinsip dan konsep Pusaka Hanafi.

Selalunya, pelarasan mengundang kepada perubahan. Banyak yang

kena potong atau ditambah. Kalau asyik kena potong, „apa lagi‟

keaslian yang tinggal.

Page 83: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 73

Kita perlu ada satu badan khas untuk mengawasi pelajaran

Silat Cekak. Dulu kita ada Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT).

Namun begitu pada zaman selepas Ustaz, peranan LPT telah

„ditelan‟ oleh beberapa orang Jurulatih yang pandai bersuara dan

pandai berbicara. Merekalah yang menguasai perjalanan aktiviti

pelarasan. Kadang kala, Guru Utama sendiri yang terketepi.

Oleh sebab mereka yang menganggotai LPT adalah juga

mereka yang ada dalam Jawatankuasa Pusat maka pembahagian

kuasa tidak jelas. Aktiviti persatuan yang sepatutnya dijalankan oleh

jawatankuasa pusat turut dibincang dalam mesyuarat LPT. Hal yang

demikian perlu diberi perhatian dalam organisasi yang ada sekarang.

Terus terang saya katakan betapa saya tidak pernah

mengikut sebarang pelarasan yang dibuat selepas pelarasan

muktamad di zaman Ustaz. Saya tetap dengan pengetahuan dan

pengalaman bersilat yang ada. Itulah pengalaman dan pengetahuan

saya bersama Ustaz yang sangat saya pelihara. Saya telah menulis

tentang pengetahuan saya itu dalam buku Sepak Minang.

Dalam buku yang terbaharu ini, saya meneruskan penulisan

tentang pelajaran Silat Cekak. Penekanannya ialah pada bahagian-

bahagian utama yang belum disentuh teliti dalam tulisan terdahulu.

Mungkin ada juga perulangan cerita dalam tulisan ini. Walau

bagaimanapun, hal yang demikian adalah merupakan satu teknik

untuk meneguhkan fakta dan ingatan dalam proses pembacaan kita.

Perkara yang berulang akan mudah „lekat‟ dalam pemikiran. Kalau

sekali baca, mudah lupa. Berkali-kali baca akan menjadikan bahan-

bahan tulisan tersebut lebih membawa makna. Sekurang-kurangnya

boleh dijadikan bahan rujukan ketika ada keperluan.

Page 84: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 74

Semasa saya mengendalikan kelas di cawangan, isi pelajaran

yang disampaikan adalah berdasarkan pada pelajaran asal yang

tidak diubah. Apa yang saya terima secara langsung dari Ustaz, tetap

saya pertahankan. Pelarasan di zaman Ustaz dijadikan satu prinsip

kawalan mutu Silat Cekak yang disampaikan pada para penuntut

yang diamanahkan pada saya. Hal yang demikian menjadikan buah-

buah yang disampaikan adalah sebanyak sembilan belas. Bukannya

dua puluh satu buah seperti yang ada sekarang.

Saya yakin bahawa pelarasan yang mengundang perubahan

dalam pelajaran Silat Cekak erat kaitannya dengan „kepala angin‟

beberapa orang Jurulatih yang mengendalikan pelarasan tersebut.

Saya yakin, mereka membuat gerak atas minat dan kebolehan yang

ada pada mereka. Kalau kaki tidak dapat diangkat kerana ’Perut Maju

Depan‟ maka pelajaran yang berkaitan telah dibuat penyesuaian.

Semuanya gara-gara kebolehan diri yang ada pada mereka.

Malangnya, kemampuan diri mereka telah cuba dipaksa pada orang

lain supaya mengikuti kebolehannya. Hal yang demikian telah

mengundang perubahan sama ada pelajaran asal Silat Cekak

dipotong atau ditambah. Semuanya gara-gara kebolehan Jurulatih

Kanan yang seadanya.

Saya rasa, contoh yang jelas dapat dilihat pada buah Pasung

Kemanga. Bukan semua Jurulatih yang berkemampuan membuat

buah berkenaan secara kemas dan tepat. Apatah lagi jika tangan dan

kakinya agak „pendek‟.

Bagi memudahkan dirinya membuat buah, tumbukan lajak

adalah merupakan salah satu caranya. Pada kesimpulan saya, maka

disuruhlah anak didiknya membuat tumbukan lajak. Hal yang

Page 85: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 75

demikian semata-mata untuk memudahkan dirinya mengambil buah.

Maka dicananglah gerak tumbukan yang sedemikian. Akhirnya

termaktub apabila ada pelarasan. Kepala angin sendiri atas

kebolehan diri yang terhad.

Saya pernah menghadiri satu kursus yang berkaitan dengan

komunikasi. Kami dibahagi dalam beberapa kumpulan. Setiap

kumpulan ada lapan orang peserta. Peserta pertama yang bertindak

sebagai ketua diberikan satu ayat yang mengandungi lebih kurang

sepuluh perkataan ayat pesanan. Beliau dikehendaki menghafal ayat

berkenaan dan menyampaikan pesanan itu kepada peserta

berikutnya. Peserta yang baru menerima pesanan, dikehendaki pula

menyampaikan pesanan berkenaan kepada rakannya yang lain.

Hinggalah kepada peserta yang kelapan yang merupakan peserta

terakhir. Peserta terakhir disuruh menyampaikan pesanan itu dengan

suara yang kuat. Nampak sangat perbezaanya dengan pesanan yang

mula-mula. Banyak perkataan yang terpotong atau berubah

sebutannya.

Banyak perkara yang cuba dibuktikan daripada „mainan‟

tersebut. Salah satunya, jika mereka diberi kebebasan tanpa

kawalan, maka maklumat yang diberi adalah berdasarkan

kemampuan diri sendiri. Penyampaian maklumat sesuka hati. Itulah

kemampuan berfikir yang ada pada diri sendiri seadanya.

Apa yang saya perhatikan, perubahan dalam gerak-gerak

yang ada dalam Silat Cekak adalah disebabkan oleh beberapa faktor

utama. Salah satu daripada faktor utama tersebut ialah pelarasan

yang dilakukan dari masa ke masa. Setiap kali adanya pelarasan

maka adalah perubahan. Lebih malang lagi, perubahan itu adalah

atas pengetahuan dan kebolehan seadanya pada Jurulatih

Page 86: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 76

berkenaan. Saya telah banyak menyentuh hal ini dalam tulisan yang

terdahulu.

Kesimpulan saya adalah jelas. Kebolehan Jurulatih seadanya

banyak memainkan peranan dalam mencorak proses penurunan ilmu

seterusnya pada penuntut dari masa ke masa. Penyampaian

pelajaran Silat Cekak adalah bergantung pada pengetahuan dan

pengalaman Jurulatih yang mengendalikan kelas berkenaan. Istilah-

istilah yang digunakan ditafsirkan berdasarkan kemampuan berfikir

dan pengalaman yang ada pada dirinya. Saya telah banyak

membincangkan tentang gelagat Jurulatih yang boleh mempengaruhi

gerak para penuntutnya.

Satu lagi faktor terbesar yang mempengaruhi perubahan pada

pelajaran Silat Cekak ialah persembahan atau pertunjukan Silat

Cekak. Kerap kali berlaku, kerana ingin memuaskan hati penonton

maka dibuat penyesuaian pada buah-buah yang ada dalam Silat

Cekak. Penyesuaian itu jika selalu sangat diulang-ulang akan

membentuk sifat gerak yang kekal. Maka kekallah perubahan yang

berlaku itu pada buah-buah Silat Cekak. Pada hal, perubahan itu

tidak ada asas langsung dalam pelajaran Silat Cekak.

Saya ambil contoh pada buah-buah Kuntau Kiri dan Kidung

Kiri atau buah-buah lain yang mempunyai persamaan jatuh dengan

buah-buah tersebut. Ketika buat jatuhan, kaki kanan pesilat tidak

perlu berubah tempat. Namun begitu, kerana penyesuaian dalam

pertunjukan silat, kaki kanan pesilat melangkah ke depan untuk

menyesuaikan jatuhan dengan pandangan penonton. Kalau

membelakangkan penonton ketika membuat jatuhan maka kaki

kanan di tarik ke belakang atau ke depan untuk menyesuaikan

jatuhan. Perbuatan yang sedemikian telah berulang-ulang. Akhirnya

Page 87: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 77

perbuatan tersebut menjadi kekal dalam gerak Jurulatih berkenaan.

Gerak yang kekal itulah yang disampaikan pada anak didiknya. Maka

„larilah‟ gerak asal yang ada dalam Silat Cekak.

Saya telah menyentuh banyak perkara dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Silat Cekak berdasarkan pengalaman

saya bersilat dulu. Saya tidak memaksa para pembaca untuk

bersetuju dengan pendapat saya. Perkara pentingnya ialah berkongsi

pengetahuan, fikiran dan kefahaman saya yang ada dan saya

pertahankan selama ini.

Kini, Silat Cekak telah berpecah persatuan. Setiap persatuan

ada hala tujunya. Pastinya hala tuju tersebut akan mempengaruhi

perkembangan persilatan Silat Cekak. Saya menaruh keyakinan

bahawa persatuan yang pelbagai akan turut memberi wajah baru

pada rupa bentuk persilatan Silat Cekak yang dinaunginya. Maka

setiap persatuan itu akan mempunyai wajah persilatan Silat Cekak

yang tersendiri. Mereka yang mendakwa menjadi guru, akan cuba

menonjolkan kewibawaannya sebagai guru. Salah satu daripada

caranya ialah mencorakkan identiti yang tersendiri pada persilatan

Silat Cekak yang dibawanya.

Maknanya, jika diteliti persilatan Silat Cekak yang ada, maka

setiap bidang persilatan Silat Cekak yang dibawa oleh persatuan

yang pelbagai itu akan menampakkan perbezaan. Secara kasar,

nampak saja Silat Cekak yang dibawa mereka sama saja. Hakikatnya

jika dihalusi, akan menampakkan perbezaan pada gambaran rupa

bentuk persilatan Silat Cekak itu. Perbezaan yang demikian adalah

erat kaitannya dengan penekanan yang diberi pada gerak-gerak seni,

adat dan adab yang ada dalam persilatan Silat Cekak tersebut.

Page 88: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 78

Walau bagaimanapun, masing-masing akan terus mendakwa bahawa

Silat Cekak yang dibawa mereka adalah merupakan Pusaka Hanafi.

Pada pandangan saya, gambaran rupa bentuk Silat Cekak itu

boleh dilihat dalam pelbagai aspek. Dari segi pengurusan persatuan

pun kita boleh nampak akan perbezaan yang jelas pada rupa bentuk

persilatan Silat Cekak. Tuntutan berpersatuan telah menuntut akan

keperluan perubahan tersebut. Hal yang demikian menyebabkan

wujud lambang persatuan yang tersendiri bagi mengaitkan dengan

persilatan mereka. Kedudukan lambang pada pakaian silat adalah

disesuaikan dengan kehendak para pemimpin persatuan.

Setakat ini, semua persilatan Silat Cekak masih

menggunakan pakaian biru hitam. Namun begitu, „kuat‟ atau tidak

warna berkenaan adalah bergantung pada tafsiran dan kehendak

masing-masing. Perkara pentingnya ialah wujudkan perbezaan yang

merupakan satu keperluan. Tidak hairan pada satu masa nanti,

warna pakaian silat juga akan turut berubah. Mungkin warna biru

hitam masih dikekalkan. Namun begitu „kekuatan‟ warna tersebut

boleh menampakkan perbezaan.

Gambaran rupa bentuk Silat Cekak itu juga boleh berbeza

dari segi sistem penyampaian pelajaran Silat Cekak pada para

penuntutnya. Saya difahamkan, memang telah wujudpun perubahan.

Ada persatuan Silat Cekak yang menyampaikan pelajaran secara

mengumpul buah. Saya difahamkan setiap kumpulan buah yang

diajar, mengandungi lima buah dan diajar sekali gus meliputi asas

dan jatuhan. Tentu ada alasan tersendiri atas sistem berkenaan.

Sekurang-kurangnya atas alasan „senang ingat‟. Maknanya, sistem

penyampaian pelajaran di zaman Ustaz susah hendak ingat akan

pelajaran yang disampaikan.

Page 89: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 79

Saya yakin, perubahan akan terus berlaku. Akan berlaku

nanti, buah-buah jatuhan akan diajar berdasarkan kaedah. Kalau

Kaedah A, maka akan dikumpul semua buah yang menggunakan

kaedah tersebut. Buah-buah jatuhan yang menggunakan kaedah B

akan terkumpul dalam satu kumpulan. Begitu juga dengan kaedah C

dan D. Buah-buah yang dikatakan menggunakan „Kaedah Bangkang‟

yang istilahnya telah mereka cipta sendiri, akan terkumpul dalam

kumpulan lain yang dianggap istimewa. „Macam, nasi goreng

istimewa‟. Tidak hairan nanti, senarai buah yang ditinggalkan Ustaz

akan berubah susunannya. Apa pun, mereka tetap mendakwa

bahawa persilatan mereka adalah merupakan Pusaka Hanafi.

Adat dan adab yang ditinggalkan Ustaz juga boleh berubah.

Ada persatuan yang mula menafikan upacara ayam penunjuk.

Tentulah ada alasannya tersendiri. Dalam majlis ijazah, saya kurang

pengetahuan tentang ayat-ayat yang mereka baca. Mungkin ada

perbezaan dengan ayat-ayat yang dibaca Ustaz. Saya juga yakin,

bentuk ijazah antara persilatan Silat Cekak yang berbeza persatuan

itu akan turut menunjukkan perbezaan dalam adat dan adabnya.

Agaknya, di satu masa nanti ijazah secara beramai-ramai akan

menjadi amalan pada salah satu pesilatan Silat Cekak yang berbagai

itu. Kalau warisan guru tidak menjadi masalah, akan boleh berlaku

juga ijazah secara siaran langsung menggunakan alat teknologi yang

hebat ketika ini.

Begitu juga dalam gerak seni Silat Cekak itu sendiri. Dari segi

isi pelajaran dan gerak seninya, penekanan yang berbeza boleh

dilihat dalam hal-hal yang berkaitan dengan pukulan, tangkapan,

serangan, cara mengambil buah-buah jatuhan dan persembahan silat

yang sekarang ini bertambah acara dengan gerak tarinya.

Penekanan yang berbeza-beza ini erat kaitan dengan lembaga

Page 90: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 80

pelajaran yang ada pada setiap persatuan persilatan Silat Cekak itu.

Ikut kepala angin sendiri. Malah, gelaran lembaga pelajaran pun

adalah berbeza antara persatuan-persatuan persilatan Silat Cekak

yang ada.

Berdasarkan perkembangan tersebut, Silat Cekak akan terus

berkembang dari masa ke masa dalam cabang pengenalan

persatuan yang pelbagai. Masing-masing akan „mencipta‟ rupa

bentuk persilatan Silat Cekak yang tersendiri bagi menonjolkan

kewibawaan guru yang ada. Semuanya tetap mendakwa bahawa

ilmu Silat Cekak yang diperoleh adalah dari Ustaz Hanafi. Pusaka

Hanafi.

Generasi baru ahli-ahli mereka pasti tidak mampu untuk

mempersoalkan kebenaran asal usul persilatan Silat Cekak yang

ditinggalkan Ustaz. Pengetahuan akan rupa bentuk Silat Cekak yang

sebenar tentunya tidak ada dalam pemikiran mereka. Oleh itu,

mereka akan terima saja seadanya. Apa yang diberi maka itulah yang

diterima. ‟Orang kata itu, maka itulah jawabnya. Kalau kata ini maka

inilah jawabnya.‟

Maka saya mengambil inisiatif untuk berkongsi ilmu

pengetahuan tentang isi pelajaran dan pelbagai aspek adat dan adab

Silat Cekak yang ditinggalkan Ustaz. Penekanan saya dalam tulisan

ini adalah berdasarkan gerak seni yang ada dalam isi pelajaran Silat

Cekak. Lain masa mungkin saya akan memberi penekanan dalam

aspek adat dan adab yang mula berubah dengan apa yang saya

alami. Walau bagaimanapun, ketegasan saya ialah isi perbincangan

saya dalam tulisan ini adalah berdasarkan pengetahuan dan

pengalaman saya bersama Ustaz. Sekurang-kurangnya dapatlah

Page 91: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 81

saya memberi sumbangan untuk menerangkan persilatan Silat Cekak

yang didakwa sebagai Pusaka Hanafi.

Sebenarnya, apa yang berlaku dalam proses perkembangan

persilatan Silat Cekak, telahpun berlaku pada persilatan Melayu yang

lain. Perbezaan gerak pada silat-silat Melayu yang berpecah, bukan

perkara baru. Saya mempunyai pengalaman dalam hal yang

demikian. Silat Melayu yang saya pelajari sebelum ini juga

menampakkan perbezaan gerak apabila Mahagurunya meninggal

dunia dan silat itu berpecah persatuan. Gerak silat itu di Utara

Malaysia tidak sama dengan pembawaan gerak yang ada di negeri-

negeri lain. Ramai guru yang mendakwa sebagai pewaris sah dari

Mahaguru yang telah meninggal dunia itu. Bagi menonjolkan

kewibawaan diri sebagai guru, silat yang dibawa mereka telah

menjadi „mangsa‟.

Begitu juga dengan silat-silat lain yang ada di tahap negeri.

Saya dapat lihat betapa silat-silat tersebut tidak sama pergerakannya

walaupun sepancar; dari satu guru. Lagi banyak guru yang wujud dan

mendakwa bertanggungjawab mengembangkan silat berkenaan,

maka lagi banyak perbezaan gerak yang timbul sesama silat yang

dibawa mereka. Tidak kiralah sama ada pengenalan silatnya masih

sama atau diubah nama asalnya.

Setiap guru itu tetap mendakwa bahawa mereka menerima

ilmu silat itu daripada guru yang asal secara sepenuhnya. Walau

bagaimanapun, bagi mengekalkan perbezaan, telah menyebabkan

mereka telah cuba mereka identiti sendiri dalam gerak persilatan

yang dibawa. Tindakan yang sedemikian adalah merupakan satu

usaha untuk menonjolkan kewibawaan diri mereka sendiri dalam

persilatan yang dikuasai mereka.

Page 92: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 82

Maka tidak hairan juga, Silat Cekak yang dibawa oleh

pelbagai persatuan yang ada, akan turut memberi wajah yang

berlainan pada persilatan Silat Cekak yang „dikendung‟. Saya

memberi pendapat secara keseluruhan atas nama perkembangan

Silat Cekak dari dahulu hingga sekarang. Sudah tentu saya tidak

dapat mengelak daripada membuat bandingan atas apa yang pernah

saya pelajari.

Walau bagaimanapun, saya tetap berharap dan menaruh

keyakinan bahawa Guru Utama kita yang merupakan pewaris mutlak

Silat Cekak akan tetap juga merupakan pewaris mutlak Pusaka

Hanafi. Hal yang sedemikianlah merupakan harapan saya selaku ahli

yang begitu lama berkecimpung dalam persilatan Silat Cekak. Sudah

melebihi tiga dasawarsa.

Saya tidak yakin Silat Cekak yang dibawa oleh Persatuan

Silat Cekak yang lain, berupaya mengekalkan „keaslian‟ persilatan

Silat Cekak atas konsep Pusaka Hanafi. Saya dapat rasakan betapa

„roh‟ persilatan Silat Cekak yang sebenarnya semakin jauh daripada

mereka. Adat dan adab yang diasaskan Ustaz semakin berubah dari

masa ke masa.

Pada saya, hal yang sedemikian tidaklah menghairankan.

Salasilah guru telah terputus. Apabila guru berganti guru maka

hubungan persilatan Silat Cekak mereka akan semakin jauh dengan

ilmu Silat Cekak sebenar yang pernah ditinggalkan Ustaz. Ilmu dari

Ustaz yang juga dikenali sebagai Pusaka Hanafi hanya gah sebagai

sebutan bagi mengaitkan persilatan mereka yang berasal dari Ustaz

Hanafi.

Page 93: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 83

Misalnya persatuan Silat Cekak asal yang diamanahkan oleh

Ustaz sendiri. Umumnya, mereka kekurangan barisan kepemimpinan

yang rapat dengan Ustaz dalam konteks pengurusan persatuan.

Malah, barisan kepemimpinan yang ada setelah „mengasingkan

persatuan‟, tidak pernah memainkan peranan penting secara

langsung bersama Ustaz. Hal yang demikian adalah dalam konteks

untuk mengenengahkan Silat Cekak dalam kalangan masyarakat

pada zaman awal perkembangan Silat Cekak.

Kebanyakan peneraju utama persatuan berkenaan setelah

berpecah adalah merupakan golongan pelaksana dan bukannya

golongan perancang. Sudah tentulah strategi pelaksanaan persilatan

dan persatuan seperti mana yang diharapkan Ustaz adalah jauh

daripada pengetahuan mereka. Oleh itu, hala tuju persilatan dan

persatuan yang dibawa mereka adalah berdasarkan kemampuan

berfikir yang ada pada diri sendiri seadanya.

Maka tidaklah menghairankan saya jika perasaan sensitif

pada ilmu yang ditinggalkan Ustaz tidak begitu menebal dalam

kalangan mereka. Semuanya boleh berubah dan diubah. Gerak tari

Silat Cekak pun boleh ditambah-tambah maka tidak hairanlah jika

gerak sebenar isi pelajaran Silat Cekak juga turut berubah. Termasuk

juga adat dan adab yang diasaskan Ustaz. Pasti berubah. Konsep

Pusaka Hanafi akan berubah wajah kepada konsep pusaka yang

baru, menurut pegangan gurunya yang baru.

Sebelum kita berpecah pada pepecahan gelombang pertama,

saya sering kali melihat akan wujudnya perubahan dalam gerak

persilatan Silat Cekak yang mereka bawa. Ketika itu, Jurulatih yang

berasa diri mereka telah lama dan berpengalaman, turut menonjolkan

diri dengan ilmu persilatan Silat Cekak yang mereka ada. Apabila

Page 94: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 84

pengawalan dari Guru Utama agak longgar, maka ruang itu

digunakan mereka sepenuhnya untuk menonjolkan kefahaman diri.

Tidak hairanlah berlaku pelarasan pada gerak Silat Cekak

hinggakan ada ketikanya Guru Utama telah terketepi. Seperti yang

saya katakan, setiap kali pelarasan maka akan adalah perubahan.

Perubahan itu sama ada berbentuk penambahan atau berbentuk

pengurangan. Seperti yang pernah saya tulis, saya hanya menyedari

akan wujudnya perubahan yang ketara dalam Silat Cekak apabila

berlakunya kedatangan para penuntut lain ke Cawangan saya.

Terutamanya mereka yang menuntut Silat Cekak di pusat-pusat

pengajian tinggi.

Sebelum itu memang ada beberapa perubahan dalam isi

pelajaran Silat Cekak. Kecenderungan perubahan adalah lebih

banyak pada pengurangan isi pelajaran. Kalau alasan masa, tentu

kurang bermakna. Pembelajaran saya yang tidak sampai empat

bulan pun boleh mempelajari semua isi pelajaran yang ada. Apatah

lagi jika pembelajaran mengambil masa melebihi enam bulan.

Saya ambil beberapa contoh mudah. Oleh sebab

pelarasanlah maka pelajaran potong buah Kuntau Jatuh secara tidak

melangkah telah ditiadakan. Potong Paras yang ada dua cara pada

pecahan pertama, telah dijadikan satu cara. Buah jatuh yang

terkeluar dari senarai telah dimasukkan dalam senarai pembelajaran.

Hendak bagi cukup angka dua puluh satu. Sepakan kaki yang diambil

dengan kaki, juga menjadi mangsa. Tidak diajar lagi dengan pelbagai

alasan. Prinsip ‟sambil Cekak menyerang maka Cekak juga

menangkap‟ turut menjadi mangsa pelarasan. Pelajarannya telah

dikesampingkan.

Page 95: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 85

Saya pernah timbulkan hal yang demikian dalam perjumpaan

antara pihak Jawatankuasa Negeri dengan Jawatankuasa Pusat

dalam satu majlis perjumpaan di Pulau Pinang. Peristiwa berlaku

tatkala kita mengadakan mesyuarat agung di sana. Zaman Guru

Utama yang lalu. Tidak pasti sama ada sebelum atau selepas majlis

forum tentang kepimpinan guru.

Ada banyak lagi. Belum lagi kita membincangkan tentang

proses membuat buah. Telah wujud pelbagai cara. Ikut kebolehan

dan kemampuan diri Jurulatih; bukannya ikut apa yang diterima dari

Ustaz. Walau bagaimanapun, dengan megah mereka tetap

mendakwa bahawa pelajaran yang ada adalah merupakan Pusaka

Hanafi. ‟Buatlah mana yang patut tapi aku tak akan ikut.‟ Hanya ayat

itu sahaja yang boleh saya ucapkan dalam hati.

Begitu juga dengan persatuan yang baru saja kita tinggalkan.

Saya berpendapat bahawa gelaran akademik pada persatuan

berkenaan adalah melambangkan konsep ilmiah. Ramai pakar

penyelaras yang berada di sebelah sana. Kepakaran itu telah

berterusan sejak mereka berada di zaman Pak Ak lagi. Eloklah kita

berhati-hati dengan ilmu dalam pelarasan yang ditinggalkan mereka.

Difahamkan bahawa sistem penyampaian pelajaran mereka

juga turut dibuat secara ilmiah. Kini, saya yakin bahawa mereka akan

tetap berterusan gagal untuk mempertahankan Pusaka Hanafi kerana

hobi menyelaras. Konsep ’Taat pada guru yang ada’, pasti akan

menjadi moto utama bagi memudahkan perubahan dilakukan pada

gerak Silat Cekak dari masa ke masa. „Perkara yang berlalu lupakan

saja. Tumpukan pada perkara yang ada‟. Itulah agaknya kata-kata

keramat mereka. Namun begitu, konsep „Pusaka Hanafi‟ tetap

Page 96: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 86

menjadi sandaran utama. Nampak sangat perbezaan antara cakap

dan perbuatan.

Saya tidak menafikan bahawa setiap guru yang menerajui

satu-satu persatuan Silat Cekak, mempunyai hak untuk melakukan

sebarang perubahan pada Silat Cekak yang dibawanya. Hak tersebut

adalah bersandarkan pada jawatan yang mereka sandang. Kalau

sudah menganggap diri sebagai guru, secara langsung merekalah

yang berkuasa sepenuhnya pada persilatan yang didakwa hak

mereka itu. Siapa yang berani membantah. Persilatan adalah berkait

rapat dengan gurunya. Berbeza dengan persatuan yang berkait

dengan kehendak para ahlinya.

Cuma, saya berpendapat bahawa mereka tidak ada hak untuk

mendakwa isi pelajaran Silat Cekak tersebut sebagai Pusaka Hanafi

lagi jika telah membuat perubahan pada isi pelajaran Silat Cekak

yang ditinggalkan Ustaz. Termasuk juga adat dan adab persilatan

Silat Cekak. Hal yang demikian juga, termasuklah sistem

penyampaian Silat Cekak pada para penuntut.

Saya telah menulis betapa sistem penyampaian pelajaran

yang wujud di zaman Ustaz adalah hasil pemikiran dan kajian Ustaz

sendiri. Maknanya, sistem penyampaian dan isi pelajaran Silat Cekak

yang ditinggalkan Ustaz adalah lengkap hasil dari kajian yang Ustaz

lakukan. Saya pernah menulis ungkapan Ustaz dalam tulisan

sebelum ini.

“Dengan pengalaman sejak usia lapan belas tahun dalam seni

silat dan kebatinan Islam sejati, saya buat kajian dan menapis segala

seni silat untuk disesuaikan dengan tujuan bersilat dan sejajar pula

dengan peraturan agama Islam”.

Page 97: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 87

Sesungguhnya, ramai para „pendekar‟ Silat Cekak yang lahir

berdasarkan sistem tersebut. Tidak ada alasan untuk menafikan

keberkesanan sistem yang terbentuk itu. Telah ada bukti yang jelas.

Oleh itu, tidak ada sebab atau alasan bagi membolehkan perubahan

jika konsep Silat Cekak yang dikendung mereka adalah dianggap

Pusaka Hanafi.

Lebih baiklah gunakan istilah pusaka diri sendiri atau jangan

guna langsung istilah tersebut. Kurang sesuai penggunaan istilah

Pusaka Hanafi. Pada saya, kalau ingin terus menegakkan Pusaka

Hanafi, pastikan segala isi pelajaran, adat dan adab yang

ditinggalkan Ustaz, disampaikan secara benar tanpa ada

penambahan atau pengurangan di sana sini. Itulah konsep „Pusaka‟.

Konsep pusaka adalah merujuk pada sesuatu yang ditinggalkan oleh

orang yang telah meninggal dunia. Pusaka juga merupakan sesuatu

yang diwarisi dan menjadi warisan. Maknanya, warisan yang

dikekalkan rupa bentuknya adalah merupakan pusaka yang hakiki.

Kalau rumah papan yang ditinggalkan dipinda atau dibina rumah

baru, warisan apa namanya lagi. Setakat waris tapak ilmu. Bukannya

ilmu itu sendiri.

Saya berpendapat, jika tidak mampu mengekalkan pusaka

yang ditinggalkan Ustaz, eloklah buat istilah sendiri. Guna istilah lain.

Umpamanya istilah „Pusaka‟ dan dituruti dengan nama guru baru

yang membawa perubahan pada persilatan berkenaan. Kalau nanti

nama gurunya Si-A maka gunakan istilah Pusaka Si-A. Mungkin tidak

sesuai lagi untuk menggunakan nama Pusaka Hanafi lagi bagi

mengelakkan kekeliruan. Pendapat saya sahaja.

Seperti yang saya tegaskan, betapa guru yang memimpin

persilatannya adalah berhak membuat sebarang perubahan. Dari

Page 98: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 88

segi persilatan, tanggungjawabnya sebagai guru membolehkannya

berbuat demikian. Hal yang demikian juga adalah merupakan satu

amalan dalam kepimpinan persilatan Silat Cekak. Walau

bagaimanapun, pada pendapat saya, jika membuat perubahan sama

ada menambah atau mengurangkan warisan ilmu Silat Cekak dari

Ustaz, elok juga berfikir kembali tentang penggunaan istilah Pusaka

Hanafi.

Nampaknya ada juga dalam kalangan yang mendakwa

sebagai guru Silat Cekak, cuba mengekalkan „keaslian‟ yang ada

dalam Silat Cekak. Hinggakan ejaan Cekak pun dikekalkan dengan

ejaan lama iaitu ‟Chekak.‟ Pada hal, pertukaran ejaan itu telah

berlaku di zaman Ustaz sendiri. Kalau terlalu taksub dan tidak ingin

langsung perubahan, akan nampak kelemahan diri sendiri.

Dalam tulisan ini saya cuba mengelak sifat sebagai hakim

bagi menentukan baik dan buruk sesuatu perubahan yang berlaku.

Seperti yang dikatakan bahawa sesuatu perubahan itu mungkin perlu

dan menjadi hak guru-guru berkenaan. Apa yang saya bincangkan

hanyalah menceritakan pengalaman yang saya pernah lalui dalam

proses menuntut ilmu persilatan Silat Cekak dulunya. Perbandingan

dan kesimpulan hanya boleh dilakukan pembaca sendiri.

Saya sentiasa terkenang akan penglibatan mula saya dalam

Silat Cekak hingga membolehkan saya membentuk kefahaman dan

pegangan tentang Silat Cekak hingga sekarang. Pegangan saya

terbentuk jelas bahawa sesungguhnya Silat Cekak adalah sejenis

silat yang mempunyai banyak keistimewaan. Hal yang demikianlah

sering saya katakan telah menyebabkan Silat Cekak merupakan

sejenis silat yang luar dari kebiasaan persilatan silat Melayu. Kita

perlu berasa bangga atas keistimewaan yang ada pada silat kita.

Page 99: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 89

Peliharalah keistimewaan tersebut. Itulah jenis pusaka yang

ditinggalkan Ustaz yang dikenali sebagai Pusaka Hanafi. Lengkap

dan tidak perlu penambahan atau pengurangan.

Sejarah Penglibatan Saya Bersama Silat Cekak.

Saya amat berminat dengan persilatan Melayu. Setiap

perkembangan persilatan Melayu akan menjadi bahan bacaan atau

bahan perbincangan. Akhirnya saya terbaca tentang kemunculan

Silat Cekak dalam persada persilatan Melayu. Pembacaan pertama

saya tentang Silat Cekak adalah bermula pada tulisan Ustaz dalam

majalah Dewan Masyarakat. Tulisan Ustaz tersebut amat menarik

perhatian saya. Itulah pertama kalinya saya mengenal Silat Cekak.

Perasaan dan minat saya melonjak-lonjak untuk mengetahui

tentang Silat Cekak secara lebih mendalam. Ketika itu saya telah ada

serba sedikit pengetahuan tentang rupa bentuk Silat Cekak. Matlamat

saya seterusnya ialah menambahkan pengetahuan tentang Silat

Cekak yang dianggap sebagai luar biasa tersebut. Nampaknya, saya

memperoleh habuan untuk mempelajari Silat Cekak.

Ayat-ayat yang ada dalam tulisan Ustaz membawa makna

yang tersendiri. Ungkapan yang ada, melambangkan rupa bentuk

Silat Cekak. Luar biasa dari kebiasaan yang ada. Hal yang demikian

telah menarik perhatian saya dari dulu hingga sekarang. Oleh sebab

keluarbiasaan yang ada pada Silat Cekak telah menyebabkan saya

sanggup meninggalkan amalan persilatan saya yang sedia ada. Ingin

memperoleh ilmu yang saya rasakan lebih bermakna.

Hal yang demikian telah mendorong saya menganjurkan

pertunjukan di Universiti Malaya dan membuka kelas di sana. Itulah

Page 100: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 90

kelas yang pertama tertubuh di pusat pengajian tinggi. Silat Cekak

mendapat perhatian hebat daripada penuntut di pusat pengajian

tinggi. Setelah bertapak di Universiti Malaya, Silat Cekak mula

berkembang kemudiannya di pusat-pusat pengajian tinggi yang lain

iaitu UTM, UPM, UKM dan ITM. Kini, perkembangannya semakin

meluas.

Teringat saya akan kisah lama. Untuk membuka kelas di

Universiti Malaya, saya sering bertemu Ustaz bagi mendapatkan

penerangan lanjut mengenai falsafah, konsep dan prinsip Silat

Cekak. Kata-kata Ustaz dalam perbincangan dengan saya, amat

menarik dan telah saya jadikan satu pegangan dan kefahaman saya

pada Silat Cekak. Pegangan itu berterusan hinggalah sekarang.

Dalam tulisan ini, saya cuba menyingkap sejarah tentang

minat pertama saya pada Silat Cekak. Semuanya bermula ketika

saya masih menuntut sebagai mahasiswa Universiti Malaya. Elok

juga saya ceritakan pengalaman saya berbincang dengan Ustaz

dalam proses membuka kelas di UM. Hasil perbincangan tersebut

telah memberi gambaran jelas pada saya tentang rupa bentuk Silat

Cekak. Perbualan Ustaz amat menarik perhatian saya dan hal yang

demikian menyebabkan saya semakin mengenali Silat Cekak. Tak

kenal maka tak cinta. Bila sudah kenal maka mulalah lahirnya bibit-

bibit cinta. Cinta pada Silat Cekak.

Saya telah menulis surat pada Ustaz untuk mendapatkan

kebenaran menganjurkan majlis penerangan di Universiti Malaya.

Surat saya dibalas Ustaz melalui setiausaha kerja persatuan. Saya

tulis kembali salinan surat berkenaan.

Page 101: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 91

Persatuan Seni Silat Chekak Malaysia,

32 Jalan Haji Sirat

Kampung Baharu,

Kuala Lumpur.

16 hb. November 1973.

Saudara Mohd Rauhi

Koleh Ketiga,

Universiti Malaya.

Saudara,

Per: Perbincangan Mengenai Pertunjukan Seni Silat Chekak.

Surat saudara yang bertarikh 10hb November telah kami terima.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas minat yang telah

pihak saudara tunjukan itu.

Mengenai cadangan saudara tentang tempat dan tarikh serta

masa agar pertunjukan itu dapat diadakan, pada dasarnya kami

terima. Tetapi kami rasa agar lebih elok lagi saudara datang ke

ibu Pejabat kami yang beralamat seperti di atas untuk

mengadakan perbincangan agar segala matlamat dan tujuan-

tujuan cita-cita tersebut dapat diselaras dan diperlicinkan.

Dengan maklumat yang saudara telah berikan di dalam

kandungan surat saudara tempuh hari saya kira tarikh yang elok

untuk tujuan perbincangan tersebut ialah 3hb Dec 1973, lebih

kurang pukul 8.00 malam. Ini bererti kita masih mempunyai

tempoh selama satu minggu untuk mengaturkannya.

Page 102: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 92

Sekiranya ada perubahan-perubahan yang terpaksa saudara

lakukan harap kiranya dapat saudara memberi tahu pihak kami.

Sekian. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

……………………………………

(bp Ghazali bin Abu Noh,

Setiausaha Kerja PSSCM).

Melalui Pengetahuan Yang Di Pertua,

……………………………………..

(Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad,

Yang Di Pertua PSSCM).

Saya memenuhi undangan tersebut. Saya anggap bahawa

pelawaan berjumpa Ustaz sangat memberi makna pada saya untuk

lebih mengenali Silat Cekak. Sesungguhnya, perbincangan yang

diadakan itu telah mendekatkan saya dengan Silat Cekak secara

lebih mendalam. Ketika itu, Setiausaha Persatuan Silat Cekak ialah

Encik Ghazali bin Abu Noh. Beliau telah meninggalkan Silat Cekak

dan kini nampaknya bergiat cergas dalam lakonan drama.

Perbincangan dengan Ustaz telah benar-benar

mendatangkan faedah buat diri saya sendiri. Kefahaman saya

tentang Silat Cekak semakin bertambah. Ungkapan, ‟Silat Cekak

bukanlah sejenis silat permainan seperti silat pulut atau silat

pengantin, sebab itu tidak ada gendang dan tari menari dan

Page 103: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 93

melangkah ke kiri dan ke kanan‟, adalah merupakan asas

perbincangan.

Ungkapan itu amat menarik perhatian saya kerana ungkapan

itu dapat menggambarkan rupa bentuk atau wajah persilatan Silat

Cekak. Hal yang demikianlah menyebabkan hati saya terlalu asyik

untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Silat Cekak.

Ungkapan itulah yang telah mewujudkan satu tanggapan jelas

saya pada Silat Cekak. Maknanya, ungkapan tersebutlah yang

meletakkan Silat Cekak teristimewa berbanding dengan silat-silat

Malayu lain yang saya pelajari dan yang saya ketahui. Ungkapan itu

juga menggambarkan prinsip, konsep dan falsafah Silat Cekak yang

dapat dijadikan asas kefahaman kita tentang Silat Cekak.

Sepanjang saya bersama Ustaz, ada banyak lagi ungkapan-

ungkapan Ustaz yang menggambarkan rupa bentuk Silat Cekak.

Semua ungkapan itu adalah melambangkan prinsip, konsep dan

falsafah Silat Cekak. Saya telah menjadikan ungkapan-ungkapan itu

sebagai pegangan bagi mentafsir akan rupa bentuk Silat Cekak yang

dibawa Ustaz.

Dalam tulisan yang seterusnya, saya akan menulis tentang

konsep-konsep dan falsafah yang ada dalam Silat Cekak seperti

mana yang saya faham dan sering dinyatakan Ustaz pada anak

muridnya. Pada pendapat saya, kita perlu ada asas yang kukuh untuk

memupuk kefahaman tentang Silat Cekak. Kefahaman itu amat

penting apabila ada pihak yang mendakwa masih mengekalkan

Pusaka Hanafi.

Page 104: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 94

Walaupun Silat Cekak telah „dibawa‟ oleh pelbagai persatuan

dengan gurunya yang tersendiri, kefahaman kita adalah jelas.

Syaratnya ialah kita memahami prinsip, konsep dan falsafah yang

ada dalam Silat Cekak. Prinsip, konsep dan falsafah itu dilahirkan

melalui ungkapan-ungkapan Ustaz secara tulisan atau secara

ucapan.

Atas kefahaman yang kukuh itu maka saya mengumpulkan

kesemua ungkapan yang pernah dibincangkan dalam sebuah buku.

Saya yakin melalui kefahaman pada ungkapan-ungkapan itu maka

kita akan dapat membuat tafsiran tentang rupa bentuk Silat Cekak

dan menguasai pelajarannya secara faham berdasarkan konsep

Pusaka Hanafi.

Proses Pembelajaran Silat Cekak di Kelas Kami.

Dalam artikal Ustaz terdapat satu kenyataan iaitu Silat Cekak

dapat menentang segala jenis silat dalam negeri dan luar negeri.

Kenyataan itu amat menarik perhatian kami kerana kenyataan itu

telah menimbulkan keraguan di hati kami. Apatah lagi ada sebutan

dapat menentang segala jenis silat yang menjadi amalan persilatan

kami. Salah seorang dari kawan saya tersebut terasa hati kerana dia

pernah menjadi Jurulatih silat Kuntau.

Tentunya hati beliau tidak senang. Kuntau adalah pemakaian

beliau. Mana mungkin Silat Cekak telah menguasai keputusan

silatnya dalam jangka masa yang pendek. Pada hal beliau sendiripun

tidak pasti akan maksud keputusan yang ada. Nampak sangat

keegoan dan cakap besar yang ada dalam persilatan Silat Cekak.

Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini demikian

Page 105: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 95

menjadikan kami sangat berminat untuk menjejaki Silat Cekak

dengan sepenuhnya bagi membuktikan kepalsuan atau kebenaran.

Kelas latihan diadakan dua kali seminggu iaitu hari Sabtu dan

hari Ahad, bermula dari pukul tiga hingga enam petang. Kandungan

isi pelajarannya begitu asing bagi kami. Tidak ada upacara pembuka

gelanggang atau penutup gelanggang. Pakaian silat juga adalah

bebas. Komen kami seolah-olah dalam Silat Cekak kurangnya ikatan

disiplin para penuntut terhadap silatnya. Pakaian silat, kami jadikan

ukuran kerana pakaianlah yang sangat ditekankan ketika kami

menuntut silat yang terdahulu.

Disiplin kami semasa menuntut adalah secara sambil lewa

sahaja. Semangat kurang ada. Kalau rasa letih maka kami akan

duduk bersembang. Ustaz dan pembantunya tidak terkata apa.

Apatah lagi apabila ada dalam kalangan pembantu Ustaz yang rajin

melayan karenah kami untuk bersembang. Semestinya isi sembang

tersebut berkisar pada kemegahan Silat Cekak. Seronok pun ada.

Meluatpun ada. Semuanya seolah-olah mereka saja yang hebat.

Nampaknya, walaupun masa yang diuntukkan untuk

pembelajaran silat adalah selama tiga jam latihan, tapi ramai yang

curi tulang. Mula-mula tidak ada baris untuk latihan. Semuanya bebas

berlatih. Pembantu Ustaz yang ada, kurang memberi teguran.

Agaknya segan kerana kami penuntut universiti. Lebih-lebih lagi

itulah pertama kali Silat Cekak bertapak di universiti. Satu

perkembangan baru dalam proses perkembangan Silat cekak.

Lama-lama baru saya nampak ada perubahan dalam

pendekatan latihan. Agaknya mereka tidak berpuas hati akan sikap

kami yang ada. Arahan berbaris dimulakan. Maka terpaksalah kami

Page 106: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 96

berbaris berdasarkan pasangan masing-masing untuk berlatih sama

ada rela atau tidak. Kiraan gerak dikira dari satu hingga lapan.

Berpeluh juga dibuatnya. Ada yang kata idea baris yang ada

sekarang di kelas-kelas latihan Silat Cekak adalah bermula daripada

kelas kami. Ekoran daripada sikap malas berlatih.

Pastinya ada sebab mengapa Ustaz kurang bersikap tegas.

Mungkin ketika itu, Ustaz menggunakan pendekatan psikologi. Untuk

menyatakan kebenaran pasti memerlukan pengorbanan. Ustaz juga

pernah menceritakan kepada saya tentang sebuah pusat latihan

sebelum itu yang dikendalikannya. Ahli silat yang ada adalah

pelbagai ragam. Ada yang mabuk ketika bersilat. Bawa air setan

bersama. Ustaz biarkan saja. Tumbuk, dia jatuh. Ditumbukpun dia

jatuh. Tidak dapat mengawal fikiran.

Walau bagaimanapun kelas berkenaan berjaya ditamatkan.

Ramai yang berasa malu atas sikap yang mereka amal atau miliki

selama itu. Ada yang menjadi orang rapat Ustaz dan bersama dalam

proses penyebaran Silat Cekak. Semasa kempen membuka kelas di

tempat saya, ada antara mereka yang turut hadir. Saya sempat

bersembang dengan mereka. Banyak kisah lama ketika belajar Silat

Cekak yang mereka ceritakan. Sekali sekala saya tersenyum dan

ketawa. Tapi banyak senyum dan ketawa yang dibuat-buat.

Di pusat latihan saya, oleh sebab kebanyakan penuntut

adalah ahli silat lain, penerimaan Silat Cekak tidak semudah yang

ada. Perasaan curiga tentang kehebatan Silat Cekak tetap ada.

Tambahan pula dalam kalangan pembantu Ustaz yang hadir

bersama membantu Ustaz mengajar kami, ada yang cakapnya

umpama cakap besar. Bermegahkan Silat Cekak walaupun kami rasa

pergerakannya pun tidak tentu hala.

Page 107: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 97

Saya jarang berlatih dengan pembantu Ustaz yang ada.

Apabila buah silat saya peroleh daripada Ustaz, terus saya berlatih

dengan pasangan saya. Tidak banyak cakap. Ada antara pembantu

tersebut yang nampak senyap-senyap belaka dan masih kebudak-

budakan sifatnya. Dari segi rupa, nampak akan sifat mereka yang

kurang matang berbanding dengan kami yang sejumlah besarnya

hampir mencecah usia empat puluh tahun. Tapi saya baru berumur

dua puluh dua tahun pada masa itu.

Kalangan pembantu Ustaz, Pak Wan lebih banyak sifat

barannya. Bila cakapnya disanggah oleh ahli kumpulan kami, cepat

benar melentingnya. Maklumlah. Beliau bercakap tentang

kemegahan Silat Cekak dalam kalangan kami yang berpengalaman

dengan persilatan yang lain. Bukan mudah untuk menerima

percakapannya. Maka pernah di satu ketika, Pak Wan melepas

geramnya melalui gerak Silat Cekak terhadap salah seorang

daripada kami. Walau bagaimanapun, perbuatannya kemudian telah

ditegur Ustaz.

Rupa-rupanya bukan mudah mengajar silat pada orang yang

tahu akan silat. Tidak kiralah apa jenis silat sekalipun. Kita yang

menjadi Jurulatih Silat Cekak pun tentu memahami akan maksud

kata-kata tersebut. Teringat kata-kata Ustaz.

Menurut Ustaz, jika gelas yang kosong maka mudahlah kita isi

air ke dalamnya. Sebotol kecil air sudah boleh memenuhi gelas yang

kosong tersebut. Jika gelas itu berisi air yang penuh, untuk

menggantikan air yang ada dalam gelas tersebut maka kita

memerlukan berbotol-botol air. Lagi berwarna air tersebut, maka lagi

susah untuk menggantikan air yang berwarna itu dengan air yang

berwarna lain yang cuba kita tuangkan ke dalamnya. Kalau air yang

Page 108: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 98

ada itu berwarna sama dengan air yang cuba kita tuangkan ke

dalamnya maka susah juga untuk menampakkan perbezaan antara

air yang kita isi dengan air yang sedia ada.

Kiasnya, bukan mudah untuk kita memasukkan kefahaman

baru tentang silat dalam kalangan ahli-ahli yang mengamalkan silat

lain yang berbentuk tradisional. Mana ada silat yang berdiri lurus dan

berdiri tegak tanpa menampakkan riak, melainkan Silat Cekak. Itulah

perkara baru dalam pengetahuan kami dan dalam dunia persilatan

Melayu. Luar daripada kebiasaan. Namun begitu hati kami berasa

ragu-ragu untuk menerima kenyataan Silat Cekak hebat. Walau

bagaimanapun kami tetap juga mengeluarkan belanja untuk

mendapatkan ilmu yang ada hingga tamat pengajian Silat Cekak.

Apabila dikatakan setelah tamat boleh try, ramai yang bercita-

cita untuk try. Kami minta tempoh seminggu berehat sebelum tamat

silat. Hal yang demikian bagi memberi peluang kepada mereka yang

ingin try balik ke tempat masing-masing berjumpa guru asal yang ada

bagi maksud try. Saya pun berbuat demikian. Inilah peluang kami

untuk mencari bukti tentang kehebatan Silat Cekak. Silat Cekak perlu

diuji. Maka barulah puas di hati.

Walaupun peluang bertry diberikan kepada kami, acara tamat

silat tetap kami sertai. Walaupun ada yang tidak dapat tamat tapi

bilangannya sikit sekali. Syarat tamat ketika itu masih ketat. Kami

perlu menyediakan seekor ayam jantan kampung yang sedang mula

hendak berkokok. Itulah perbuatan simbolik yang menarik perhatian

kami. Ayam jantan yang baru mula berkokok tentunya bernafsu

hebat. Sentiasa galak dan asyik mengereng. Itulah harapan pada

kami yang ingin tamat silat agaknya. Biar hebat sebagaimana

Page 109: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 99

kehebatan yang ditunjukkan oleh ayam tersebut. Sentiasa bernafsu

untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan tentang Silat Cekak.

Kami berbelanja sebanyak sepuluh ringgit seorang bagi

seekor ayam. Tugas menyediakan ayam diberikan kepada pembantu

Ustaz. Kami ada bersama semasa Ustaz menyembelih ayam. Antara

bilangan ayam itu, Ustaz memilih dua ekor untuk dibuat ayat

penunjuk. Namun begitu ada juga ayam kami yang mati sebelum

disembelih. Maka berkata-katalah sesama kami secara gurauan

tentang siapa tuan punya ayam yang dijadikan penunjuk dan tuan

punya ayam yang mati sebelum dimatikan. Tidak ada maksud lain

melainkan kami menjadikan perkara tersebut sebagai bahan lucu dan

bahan ketawa.

Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi bersama ahli Seni Silat Cekak Universiti Malaya sejurus selesai mengadakan pertunjukan pertama di UM. Satu persembahan Silat Cekak yang berjaya mencipta kehebatan yang tersendiri. Turut kelihatan dalam gambar itu ialah Saudara Jomarwi (tiga dari kiri), Saudara Bakar (lima dari kiri) dan Saudara Zainul Abidin (Yang – dua dari kanan) .

Page 110: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 100

Pelarasan Berdasarkan Keperluan Di Zaman Ustaz.

Seperti yang dinyatakan, saya telah mengikuti pelarasan akhir

yang dibuat Ustaz tentang proses pembelajaran Silat Cekak.

Pelarasan itu turut dihadiri oleh semua Jurulatih Utama. Saya

katakan mereka sebagai Jurulatih Utama kerana mereka juga adalah

merupakan orang-orang kanan Ustaz. Kini, ada yang telah menjadi

„guru‟ pada persatuan Silat Cekak yang lainnya. Sebelum pelarasan

akhir itu, saya difahamkan bahawa Ustaz pernah membuat pelarasan

pada buah-buah Silat Cekak dari masa ke masa.

Pada peringkat awal, banyak buah yang ada dalam pelajaran

Silat Cekak. Kalau kita ikuti tulisan Ustaz dalam majalah Dewan

Masyarakat, maka kita akan faham maksud saya itu. Pembelajaran

Silat Cekak telah mengalami proses perubahan yang dilakukan Ustaz

sendiri. Ustaz lebih tahu akan apa yang dilakukannya.

Setelah berlakunya proses demikian, pelajaran Silat Cekak

adalah semakin mantap. Isi pelajaran yang mantap itu diperturunkan

kepada para Jurulatih dari masa ke masa hinggalah melalui

pelarasan akhir yang dilakukan Ustaz. Itulah pelarasan yang

dimuktamadkan. Ada noktahnya. Oleh itu, dalam konteks Pusaka

Hanafi, saya berpendapat pelarasan yang dilakukan seterusnya

bukanlah merupakan pelarasan bagi maksud satu pembaharuan

dalam setiap gerak, melainkan usaha untuk mengingat kembali

gerak-gerak yang ada. Tujuannya ialah supaya isi pelajaran yang

ditinggalkan Ustaz tetap seragam dan tidak berubah. Itulah konsep

Pusaka Hanafi.

Ustaz telah membuat beberapa perubahan awal dalam sistem

pelajaran Silat Cekak. Hal yang demikian bagi memudahkan kita

Page 111: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 101

memahami akan isi pelajaran Silat Cekak dengan semudah mungkin.

Buah Jatuhan yang ada pada silat kita, tidak bergantung pada

bilangan buah yang banyak. Asalnya melebihi dua puluh satu.

Sekarang ini tetap bilangannya dua puluh satu buah setelah

mengalami beberapa proses penambahbaikan. Masa saya, bilangan

buahnya adalah sebanyak sembilan belas sahaja.

Buah-buah yang ada, secara tidak langsung adalah bagi

memahirkan „kaedah yang empat.‟ Buah-buah itu akhirnya tidak

mampu dipakai dalam pembelajaran potong. Akan tetapi tidak

diketepikan begitu sahaja. Ada gunanya pada ketika yang lain.

Cuba kita lihat sepintas lalu akan sejarah pelarasan pada

pelajaran Silat Cekak. Bolehlah kita memahami akan keperluan

pelarasan tersebut dilakukan. Sekurang-kurangnya akan dapat

menambahkan pengetahuan kita bersama.

Setelah Ustaz dipertanggungjawabkan sebagai Guru Utama,

Ustaz telah membuat pelarasan pada isi pelajaran Silat Cekak.

Malah, adat istiadat yang ada dalam Silat Cekak juga telah dibuat

pelarasan. Menurut Ustaz, amalan dan buah-buah yang ada dalam

Silat Cekak telah dianalisis dengan mengekalkan perbuatan dan

pergerakan-pergerakan yang sesuai. Ustaz mempunyai alasan yang

kukuh dan praktis untuk mengenepikan pemakaian beberapa amalan

dan buah yang bertentangan dengan tujuan menuntut ilmu silat di

awal Ustaz memegang tanggungjawabnya.

Ustaz pernah menulis,

“Saya juga telah menganalisis amalan dan buah-buah Seni

Silat Cekak itu sendiri. Mungkin anasir luar ada tersadur dalam silat

Page 112: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 102

itu hingga bercanggah tujuan asal ilmu silat ini dengan akidah agama

Islam khususnya. Jadi, saya mengekalkan amalan-amalan yang

sesuai dengan asas Islam dan membuang segala yang bertentangan.

Saya mempunyai alasan-alasan yang sesuai dan praktikal untuk

mengenepikan pemakaian beberapa buah yang agak bertentangan

dengan tujuan menuntut ilmu silat.”

Itulah tindakan pelarasan pertama yang dilakukan Ustaz.

Usaha-usaha yang dilakukan Ustaz itu menyebabkan kita berasa

mudah mempelajari Silat Cekak. Tidak ada upacara-upacara yang

meragukan kita ketika mempelajari Silat Cekak. Tidak payah minta

izin bumi dan langit sebelum bersilat. Tidak ada pembuka dan

penutup gelanggang. Tidak ada baca-baca. Kalau nak baca

Bismillah… sebagai pemula tindakan, hal yang demikian adalah

merupakan hak persendirian.

Tidak ada upacara rasmi. Pakaian pun bebas. Pastinya yang

sesuai. Tidak perlu pakai pakaian silat yang khas. Lantaklah apa

warna sekalipun. Belang-belang pun boleh. Terasa betapa mudahnya

kita mempelajari Silat Cekak. Mereka yang mempunyai pengalaman

bersilat dengan persilatan Melayu yang lain, akan mudah memahami

maksud saya itu.

Tindakan Ustaz menyusun kembali sistem dan isi

pembelajaran Silat Cekak adalah sah dan benar. Pertamanya ialah

haknya sebagai Guru Utama. Sesuai dengan tanggungjawabnya

sebagai Guru Utama, Ustaz berperanan untuk meletakkan hala tuju

persilatan dan arah mana anak-anak muridnya ingin dibawa.

Keduanya, Ustaz sendiri mempunyai latar belakang ilmu persilatan

yang tinggi. Ustaz tahu dan memahami akan apa yang dilakukannya.

Hal yang demikian memungkinkan tindakan Ustaz itu benar dan sah.

Page 113: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 103

Seperti kata Ustaz,

“Selepas dimandatkan menjadi guru silat ini, saya tidak terus

berpuas hati setakat itu sahaja. Dengan pengalaman sejak usia lapan

belas tahun dalam seni silat dan kebatinan Islam sejati, saya buat

kajian dan menapis segala seni silat untuk disesuaikan dengan tujuan

bersilat dan sejajar pula dengan peraturan agama Islam”.

Saringan dan pelarasan telah dilakukan Ustaz secara

berperingkat. Pelarasan yang dibuat itu adalah merupakan asas atau

perdu perubahan pada sistem dan gerak-gerak buah yang ada dalam

Silat Cekak. Tindakan Ustaz itu adalah bagi menunjukkan betapa

pentingnya pelarasan buah dilakukan pada peringkat awal

mandatnya sebagai Guru Utama. Pada saya, hal yang demikian

adalah bagi memudahkan kita memahami dan menerima pelajaran

Silat Cekak, di samping „terjamin‟ sifat selamatnya untuk diamalkan

oleh anak-anak murid Ustaz.

Saya petik tulisan Ustaz secara intisari tulisan berdasarkan

tulisannya dalam Dewan Masyarakat. Intisari petikan adalah

berkaitan pelarasan yang pernah dilakukan Ustaz.

i. Buah Rasa dan Pecahan Keputusan Gayung Patani

(Buah pusing tangan) telah diketepikan kerana buah-

buah tersebut adalah seperti buah silat untuk permainan

(pulut) sahaja.

ii. Buah Sengkak tidak dipakai kerana membahayakan diri

orang yang menggunakannya.

Page 114: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 104

iii. Buah Keputusan Sendeng Bawah Kiri dan Kanan

ditinggalkan kerana dipandang sia-sia (memakan

waktu).

iv. Buah Kidung Kanan didapati sama dengan Kuntau

Kanan Gantung pemakannya.

Begitu juga dengan beberapa gerak buah lain yang telah tiada

dalam senarai buah-buah Silat Cekak seperti yang kita baca dalam

majalah Dewan Masyarakat; tulisan Ustaz sendiri. Pelarasan yang

dibuat Ustaz adalah semata-mata menjamin „keselamatan‟ dan untuk

memudahkan kefahaman para penuntut dalam proses pembelajaran

Silat Cekak. Jika sesuatu pelajaran itu mudah diterima,

penguasaannya akan bertambah usianya hingga boleh bersebati di

jiwa. Maka akan lahirlah perasaan cinta dan sayang akan pelajaran

Silat Cekak. Hal yang demikianlah sepatutnya ada pada setiap

penuntut Silat Cekak yang telah tamat.

Saya tidak berhajat mengulas panjang tentang pelarasan

tersebut. Pada mereka yang berpengalaman dalam Silat Cekak,

nampak akan keperluan pelarasan tersebut. Misalnya, buah Gayung

Patani. Ustaz telah pun memuktamadkan geraknya dengan

mengenepikan gerak secara memusing tangan. Sifat buah Gayung

Patani adalah berdasarkan tindakan lawan kita. Kita akan bertindak

berdasarkan gerak lawan. Tindakan memusing tersebut memakan

masa. Gerak lawan yang lain, Ustaz tidak buang. Ada logiknya.

Jurulatihpun boleh ikut. Termasuk gerak sepakan rusuk. Kecualilah

Jurulatih yang PMD. „Perut Maju Di depan‟.

Dalam proses menyampaikan ilmu persilatan Silat Cekak di

peringkat seterusnya, peranan Jurulatih adalah sangat penting.

Page 115: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 105

Jurulatihlah yang berperanan bagi memudahkan kefahaman para

penuntut yang mempelajari Silat Cekak. Sudah semestilah

penyampaian mereka itu berdasarkan kehendak Guru Utama.

Eloklah jangan ditambah-tambah atau dikurang-kurangkan pada

tafsiran dan pada isi pelajaran serta maksud penerangannya.

Oleh itu, fahamilah secara bersungguh hati untuk menguasai

pelajaran Silat Cekak. Kalau sesetengah pelajaran Silat Cekak

kurang dapat dikuasai oleh Jurulatih, bukan kelemahan pelajaran itu,

tapi semestinya kelemahan Jurulatih itu sendiri. Janganlah sifat

kelemahan diri sendiri cuba disamakan dengan sifat kelemahan

orang lain. Tidak adil dalam usaha mengekalkan ilmu Pusaka Hanafi.

Pelbagai cara boleh dilakukan Jurulatih untuk maksud

kefahaman penuntut. Dalam hal ini, para Jurulatih perlu berhati-hati

tatkala menyampaikan penerangan pada setiap pelajaran. Sifat

berhati-hati itu perlu diberi perhatian dalam dua (2) keadaan.

Pertamanya ialah penggunaan istilah-istilah dan keduanya bentuk

dan isi penerangan bagi menjelaskan maksud sebenar pelajaran. Hal

yang demikian tidak bermakna kita menyekat kreativiti yang ada pada

Jurulatih dalam proses penyampaian ilmu pelajaran Silat Cekak.

Mereka masih ada kebebasan berbuat sesuatu yang menguntungkan

para penuntut.

Cuma kita khuatir, jika tafsiran mereka adalah berdasarkan

kefahaman sendiri. Malah, pemakaian istilah juga adalah

berdasarkan kehendak sendiri. Kekhuatiran kita itu adalah berkaitan

dengan tindakan mereka yang mungkin bercanggah dengan prinsip,

konsep dan falsafah persilatan Silat Cekak. Saya tidak banyak komen

dalam hal yang sedemikian. Niat mereka baik iaitu untuk

memudahkan penerimaan penuntut pada pelajaran Silat Cekak.

Page 116: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 106

Sebaliknya, saya nampak mungkin akan ada kelemahannya dalam

jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, kelemahan itu

saya jadikan batu sempadan tatkala saya mengajar dan memandu

anak didik saya.

Berhati-hati Dalam Penerangan.

Sebenarnya, pada zaman Ustaz pun telah ada para Jurulatih

yang suka menggunakan istilah sendiri. Malah, ada yang membuat

penjelasan sendiri ketika memberi penerangan mengenai gerak-

gerak dalam Silat Cekak. Setakat pengetahuan saya, ada juga

penerangan mereka itu tidak ada asal usulnya bermula dari Ustaz.

Itulah yang saya namakan sebagai, “penerangan sesuka hati.” Ikut

kepala angin sendiri. Maknanya, sepanjang bersama Ustaz, saya pun

tidak pernah mendengar penerangan yang sedemikian dari Ustaz

yang mengendalikan kelas saya hingga tamat. Begitu juga ketika

Ustaz menganjurkan kelas-kelas kemahiran dalam kalangan

Jurulatih.

Saya sendiripun kadang kala tidak berani hendak kata salah

atau betul kerana tujuan penerangan yang dilakukan Jurulatih itu

tidak menyanggah tujuan asal pelajaran. Perbuatan gerak Silat

Cekak pada Jurulatih berkenaan masih tepat dan tidak menyimpang

dari kehendak pelajaran Silat Cekak. Mungkin mereka telah

mendapat kebenaran Ustaz atau mungkin mereka ada merujuk pada

Ustaz. Seperti yang dikatakan oleh Guru Utama kita,

“….Perkara ini berlaku kerana di masa Allahyarham

memberinya kadang-kadang berbeza mengikut tempat dan masa”.

Page 117: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 107

Kenyataan tersebut juga membawa makna, ilmu yang

diperoleh seseorang itu mungkin berbeza berdasarkan situasi masa

dan tempat. Habuan masing-masing. Pada zaman dulu, kami sukar

mentafsir atau mengukur ilmu Silat Cekak yang ada pada seseorang

Jurulatih. Cuma, kami yakin bahawa sesiapa yang rapat atau sering

bersama Ustaz, pasti ada kelebihan ilmu pengetahuannya.

Walau bagaimanapun, kerap kali saya dapati bahawa

penerangan yang dilakukan mereka adalah berdasarkan tafsiran

sendiri. Namun begitu, saya tidak pernah ikut sebab tidak pernah

terima penerangan atau tafsiran sedemikian dari Ustaz. Kadang-

kadang saya beranggapan bahawa penerangan seperti itu boleh

membawa kepada suasana pertentangan dengan falsafah Silat

Cekak, jika disalah tafsir oleh penuntut.

Ada dalam kalangan Jurulatih berkenaan yang membuat

tafsiran atau penerangan yang tidak sesuai dengan fahaman saya.

Dalam penulisan ini, saya ingin berkongsi pengetahuan atau

pendapat saya ketika mereka menamatkan kelas silat. Saya cuba

membuat bandingan dengan „apa yang saya faham dan apa yang

saya dapat‟ dari Ustaz. Ingat. Ini adalah pandangan saya. Sekadar

berkongsi pengetahuan.

Saya pernah memerhatikan seorang Jurulatih yang lama juga,

menamatkan kelas silat. Beliau kini menerajui persatuan asal yang

ditinggalkan Ustaz. Tumbukan serangnya memang hebat. Serangan

penumbuknya masih padu dan tepat pada sasaran tanpa penuntut

sempat membuat elakan.

Beliau cuba menerangkan kepada para penuntutnya akan

kemenjadian penumbuk itu dengan bersungguh hati. Mukanya serius.

Page 118: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 108

Terjegil bijik mata tanda kesungguhannya. Hal yang demikian

menjadikan penerangannya itu sangat meyakinkan penuntut. Cuma,

penerangannya agak asing pada saya tapi telah menarik perhatian

saya. Beliau suka menggunakan perkataan ‘tukmaninah’ ketika

menerangkan cara-cara tumbuk serang. Perkataan itulah kunci

kejayaan penumbuknya. Itulah kata-kata keyakinannya pada para

penuntut yang dikendalikannya.

Berdasarkan penerangan beliau, saya difahamkan bahawa

istilah itu membawa maksud, berhenti seketika. Antara lain kata-

katanya, “Ketika mengangkat penumbuk, biar „tukmaninah‟ supaya

kita nampak pergerakan lawan.” Menurutnya, apabila berhenti

seketika maka kita boleh membuat andaian untuk mempastikan arah

lawan kita melarikan badan dari serangan. Lawan akan terkaku dan

berada dalam suasana keliru. Ekorannya, lawan kita akan terkena

serangan yang kita lancarkan. Begitulah pentingnya peranan

„tukmaninah‟ dalam prinsip melepaskan serangan. Pasti menjadi.

Dakwaannya.

Ada juga para pengikutnya dalam kalangan Jurulatih. Saya

diberitakan ada juga yang menambah bicara. Menurut mereka, istilah

„tukmaninah‟ juga merujuk berhenti seketika untuk mendapatkan

ketenangan.

Saya tidak faham hendak buat komen. Lain langsung

daripada fahaman saya. Itulah pertama kali saya mendengar istilah

dan penerangan tersebut. Kalau boleh berhenti dan menenangkan

diri, makamnya tentunya tinggi. Macam pemandu kereta yang

berhenti seketika di R&R untuk menenangkan diri sebelum keretanya

menuju ke sasaran perhentian berikutnya. Ada yang tertidur di

perhentian berkenaan. Kalau tumbukan dilepaskan dalam keadaan

Page 119: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 109

berhenti untuk mendapatkan ketenangan diri, pastinya proses gerak

penumbuk berkenaan akan bermalam. Rehat.

Ketika saya bergiat sebagai Jurulatih di pusat, nampaknya

pemakaian istilah itu hanya popular pada beliau seorang sahaja. Kini,

apabila beliau memegang tampuk persatuan Silat Cekak di sebelah

sana, tentunya istilah itu tersangat popular. Agaknya semua anak

muridnya di sebelah sana akan popular dengan istilah itu. Saya

sendiripun sukar menerima penerangan tersebut.

Namun begitu saya juga tidak berani mengatakan salah.

Cuma, cara yang sedemikian sangat tidak sesuai dengan kefahaman

persilatan Silat Cekak yang saya ada. Sekurang-kurangnya kerana

saya tidak pernah dididik sebegitu rupa sama ada secara rasmi ketika

saya tamat silat atau melalui majlis-majlis penerangan yang Ustaz

buat.

Namun begitu, itu cara dia. Pada saya, penerangan yang

sedemikian, „percaya boleh, yakin jangan‟. Hal yang demikian

menyebabkan tafsiran saya tentang serangan tumbukan mungkin

berbeza dengan tafsiran Jurulatih berkenaan.

Pada saya, prinsip yang penting bukannya „berhenti seketika‟

tapi „kejutan‟. Maknanya juga, ketika mengangkat penumbuk, kita

perlu buat kejutan agar pasangan kita „bercelaru‟ dan membuat

gerakan terlebih dahulu. Pergerakannya adalah bersepadu dan

secara berterusan. Melepaskan serangan tumbukan adalah

merupakan satu proses yang berterusan. Waktunya tersangat

singkat. Dalam sekelip mata. Kiraan saat dan ketika. Tidak ada

maksud henti-henti penumbuk di mana-mana „perhentian‟. Apatah

Page 120: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 110

lagi mencari ketenangan sebelum melepaskan serangan. Itulah

kefahaman yang diasas Ustaz pada saya.

Nampaknya, matlamat pengajaran adalah sama tetapi cara

penerangannya agak berbeza. Pada saya, jika ditekankan istilah

„berhenti‟, akan menjadikan penumbuk pesilat suka bermalam dan

membuat tabik, tanda hormat. Banyak ruginya. Seperti yang saya

katakan bahawa Ustaz tidak pernah menyebut perkataan tersebut

ketika saya berbincang prinsip dan konsep serang dengannya.

Saya teringat satu peristiwa ketika Ustaz bersama anak didik

saya dalam kelas memberi tumbuk serang. Saya sendiri membuat

penerangan dan melancarkan „peluru berpandu‟ tersebut. Saya

tekankan betapa kejutan tangan yang berhenti seketika, akan

mengundang bahaya. Walau bagaimanapun, untuk maksud pelajaran

mula, bolehlah berhenti seketika. Jangan lama dalam kiraan saat dan

ketika. Tapi, jangan pula diamalkan. Tersangatlah bahayanya.

Ustaz mencelah dan menyambung penerangan saya. Ustaz

membuktikan maksud bahaya tersebut. Disuruhnya seorang penuntut

berbuat sifat gerak sedemikian. Tumbuk bermalam. Ketika proses

menyambung gerak bermalam itu, Ustaz menyerang balik dengan

menggunakan tangan kiri dan gerak kaki kirinya. Kelas berkenaan

sungguh beruntung kerana Ustaz sendiri memberi pembuktian. Saya

katakan beruntung kerana bukan mudah mendapat buah berkenaan.

Jarang sangat ditunjuk Ustaz.

Gerak buah itu boleh mematikan tumbuk serang jika serangan

tumbukan itu dibuat secara tidak kemas dan „suka berehat mencari

ketenangan‟. Ketika saya menguji kemenjadian tumbuk serang anak

didik saya, buah berkenaan dapat dijadikan satu ukuran. Ramai yang

Page 121: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 111

kecundang kerana tumbuk serangnya belum „cukup masak‟. Belum

matang.

Berdasarkan situasi yang saya nyatakan di atas, saya

bertambah yakin dengan bentuk penerangan yang saya lakukan

tentang buah tumbuk serang. Apabila saya berbincang dengan Pak

Ak yang menjadi pemegang amanah Guru Utama seterusnya selepas

pemergian Ustaz, nampaknya sama konsep dan sama prinsip

kefahamannya dengan saya. Lagi saya yakin atas kefahaman yang

saya ada tentang konsep tumbuk serang.

Pada pendapat saya, ketika memberi buah serang buat

pertama kalinya, mungkin penerangan supaya berhenti seketika

tumbukan akan cepat menyelesaikan tugas menyampaikan pelajaran

tumbuk serang. Tapi itu hanya untuk jangka masa pendek iaitu ketika

menurunkan buah tumbuk serang berkenaan supaya para penuntut

mudah faham akan proses serangannya. Jangka panjangnya, jika

penuntut tidak berubah gerak dan masih suka berhenti penumbuk

atau bermalam penumbuk, banyak kerugiannya.

Tersangat suka memberi „tabik hormat‟, sebelum membuat

serangan buruk padahnya. Berdasarkan pengetahuan dan

pemerhatian saya, mereka yang suka berhenti penumbuk dan

membuat „tabik hormat‟, serangan penumbuknya adalah berbentuk

„ketukan‟ dan bukannya berbentuk tumbukan. Tumbukan seperti itu

juga tidak ada kekuatan. Boleh tahan kesan tumbukan.

Oleh itu, pada kesimpulan saya, penerangan yang sedemikian

akan merugikan penuntut itu dalam jangka masa panjang. Selalulah

memberi penekanan supaya tumbukan jangan bermalam. Maknanya,

Page 122: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 112

jangan biarkan serangan pesilat kita berhenti atas sifat prinsip

„tukmaninah‟. Jawapannya ,‟parah‟. Konsepnya salah.

Ketika zaman saya dulu, tumbukan serang kerap kali

diistilahkan sebagai serangan peluru berpandu. Tidak ada „radar‟

yang boleh mengesan. Ramai yang berasa kagum dengan serangan

tersebut. Ramai juga yang mendakwa betapa serangan itu sukar

dikesan sebab tidak nampak. Tiba-tiba saja penumbuk sampai. Tidak

boleh buat apa-apa.

Bentuk serangan penumbuk yang sedemikian telah dijadikan

satu matlamat pembelajaran dalam kalangan penuntut. Mereka ingin

menguasai serangan penumbuk yang sifatnya tidak nampak. Tiba-

tiba datang. Saya yakin, kalau penumbuk bermalam dek sifat

„tukmaninah‟, pasti gerak kita boleh dikesan. Dalam penulisan awal,

saya telah nyatakan kelemahannya.

Ada satu perkara lagi yang perlu kita beri perhatian dalam

proses penyampaian iaitu berkaitan dengan penerangan tentang

konsep pelajaran tumbuk serang. Kita perlu memberatkan pelajaran

ini. Pelajarannya adalah dalam peratus yang amat kecil. Selalu

dikaitkan dengan satu peratus sahaja. Namun begitu, pelajaran yang

sikit, jangan diambil mudah. Kalau diambil mudah maka kesannya

kurang berfaedah.

Kita boleh ibaratkan dengan ilmu petua. Pelajarannya sikit.

Macam tidak puas setelah mendapatkannya. Macam tidak ada apa-

apa. Kalau diambil mudah, maka jadilah petua itu sebagai tambahan

pengetahuan. Tidak bermaksud untuk amalan. Amat besar ruginya.

Hal yang demikianlah menyebabkan Ustaz tidak begitu mudah

memberi petua. Kesungguhan anak muridnya yang berkehendak

Page 123: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 113

adalah merupakan kayu ukur bagi menentukan habuan untuk

mendapatkan petua. Kerap kali, mandi silat dijadikan „lesen‟ bagi

mendapatkan ilmu petua seterusnya. Tidak tergamak anak murid silat

bercakap bohong apabila ditanya, “Sudah habis mandi atau belum.”

Secara umumnya, pelajaran Silat Cekak meliputi prinsip sama

ada menunggu atau menyerang. Pelajaran menunggu, terlalu kita

beri perhatian. Ambil masa berbulan-bulan. Kaedah, Buah Asas dan

Buah Jatuh adalah mewakili konsep menunggu serangan. Apabila

kita memasuki pelajaran Potong, konsep menyerang mula diberi

perhatian. Tempoh masa pelajarannya lebih pendek, berbanding

dengan pelajaran menunggu serangan.

Ada yang menimbulkan persoalan. Pelajaran „Enam Tolak

Enam‟ hendak diletak pada bahagian mana. Menunggu atau

menyerang. Saya tegaskan pada mereka. Konsep pelajaran

berkenaan adalah seri dalam gerak sesama ahli. Falsafahnya,

sesama ahli tidak boleh bergaduh. Kalau ahli Silat Cekak yang

menyerang dan ahli Silat Cekak yang menunggu serangan, tidak ada

keputusan gaduhnya. Kalau bertukar peranan menunggu atau

menyerang, buatlah sampai ke pagi. Adatnya tidak ada yang menang

dan tidak ada yang kalah. Sesuailah dengan ikrar kita, ‟tak boleh

bergaduh sesama ahli‟. Dari segi gerak, kalau bergaduh, tidak ada

keputusannya. Adatnya.

Walau bagaimanapun, aplikasi pelajaran Enam Tolak Enam

boleh dibuat ketika kita berhadapan dengan lawan yang berlainan

persilatan. Menunggu pun boleh guna prinsip berkenaan dan

menyerang pun boleh menggunakan „Enam Tolak Enam.‟

Perkayakan diri dengan ilmu berkenaan. Tapi pelajaran ini jarang

diberi pemberatan.

Page 124: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 114

Saya selalu tegaskan pada penuntut saya, setelah buah jatuh

maka habislah pelajaran menunggu serangan dalam Silat Cekak.

Bagi mendapatkan pelajaran berkenaan, tidak ada mandi silat.

Setakat ijazah pertama dan bayar pengkeras untuk „meminang‟ guru.

Pelajarannya tidak menjadi rahsia besar. Lumrah ditunjuk dalam

persembahan Silat Cekak di mana-mana tempat. Namun begitu,

semasa saya mengendalikan kelas, mereka yang masih berada di

tahap pelajaran asas, tidak dibenarkan melihat pelajaran jatuh.

Rahsia kecil.

Untuk masuk ke peringkat seterusnya, ada ijazah khas. Kena

mandi silat. Kena bawa pisau dan limau purut. Perkara mesti. Tidak

ada sebarang alasan atau tidak ada sebab yang boleh diberikan

untuk mendapat hak kekecualian. Kegagalan menghadirkan diri

dalam ijazah dan mandi silat itu, penuntut berkenaan dianggap

tercicir atau dicicirkan. Tidak boleh datang ke kelas silat. Kena tunggu

majlis ijazah yang sama di lain masa. Kalau datang juga ke kelas

silat, pelajaran silat pada malam itu akan tertumpu pada pelajaran

lain. Tentunya hal yang demikian akan menyebabkan penuntut lain

berasa kecewa.

Kami difahamkan dulu bahawa ijazah kedua membawa

makna kebenaran untuk mempelajari rahsia Silat Cekak. Pada

kesimpulan saya, itulah peringkat pelajaran menyerang dalam Silat

Cekak. Keupayaan menyerang adalah berdasarkan pada sistem

yang tersusun rapi. Ada prinsip-prinsipnya. Rahsia besar dalam Silat

Cekak. Tidak boleh bagi bukan ahli melihatnya. Kita juga tidak boleh

memperlihatkan sistem itu dalam mana-mana persembahan.

Sebenarnya, pelajaran potong adalah pelajaran menyerang. Tapi,

tidak ramai yang berani cakap tentang konsep pelajaran potong

Page 125: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 115

sebagai pelajaran menyerang. Terikat dengan konsep satu peratus

yang salah buat tafsiran.

Pelajaran menyerang terus diberatkan dalam ijazah yang

terakhir. Biasanya dikatakan tamat silat. Kena mandi. Sekali lagi kita

tegaskan. Kegagalan menghadiri ijazah berkenaan, bermakna

penuntut silat itu akan tercicir atau dicicirkan. Mereka yang berjaya

menjalani ijazah tersebut berserta mandinya sekali, akan

diperturunkan ilmu menyerang seterusnya. Itulah yang dinamakan

sebagai „Tumbuk Serang‟. Dalam konsep menyerang ini, cara

tumbukan mula diperbezakan. Di sinilah lahirnya konsep pelajaran

tumbuk serang yang dikatakan satu peratus itu. Tumbuk serang itulah

boleh dianggap sebagai nadi penting dalam pelajaran menyerang.

Kalau ada masa, sila rujuk dalam buku Sepak Minang tentang

prinsip dan konsep tumbuk serang. Saya banyak menulis tentang

cara-cara tumbuk serang „dilepaskan‟. Dalam tulisan ini, saya lebih

menekankan konsep dan falsafah tumbuk serang dalam pelajaran

menyerang.

Dalam falsafah menyerang dalam pelajaran Silat Cekak,

Jurulatih perlu berhati-hati ketika membuat penerangan. Konsep

penumbuk serang adalah merupakan bahagian yang penting dalam

pelajaran menyerang. Maknanya, kita kena jelas tentang konsep

menyerang dan konsep tumbuk serang. Jangan bercelaru dan jangan

bercampur aduk. Penekanan dalam pelajaran penamat ialah

pelajaran tumbuk serang. Bukannya pelajaran menyerang yang mula

diperkenalkan setelah ijazah kedua dan ada mandinya. Pelajaran

menyerang itu adalah pelajaran potong namanya.

Page 126: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 116

Menurut Ustaz, hakikat tumbuk serang ialah tumbuk gerak.

Namun begitu, kami tidak digalakkan menggunakan istilah tumbuk

gerak. Takut orang lain boleh baca maksud kita. Dalam hal ini, kita

perlu ada sifat cemburu supaya orang lain tidak mudah memahami

maksud serangan kita. Maka popularlah sebutan tumbuk serang.

Konsep tumbuk gerak ialah membaca gerak. Soal kena

serangan adalah bergantung pada gerak lawan. Itu sebabnya kita

menyuruh penuntut yang kita „tamatkan‟ supaya mengelak sama ada

ke kiri atau ke kanan. Jangan ke belakang, ke bawah atau terbang ke

atas. Kita juga tekankan arahan. Kalau elak jangan buat tepisan.

Sebabnya, kalau ditepis, pelajarannya telah ada dalam pelajaran

potong dalam bab menyerang. Kalau penuntut lari ke belakang, tidak

perlulah buat tumbukan. Kita nampak geraknya ke belakang. Kalau

sudah lari ke belakang, maknanya lawan kita tidak bersedia untuk

membuat tindakan. Orang „takut‟ buat apa nak dilayan. Biarkan.

Biarkan

Tapi ada juga Jurulatih yang menyusuri tumbukan tangan

kirinya. Matlamatnya ialah bagi kena. Maka „larilah‟ konsep tumbuk

serang. Sebaliknya mengamalkan konsep menyerang. Konsep

tumbuk serang ialah tumbuk gerak. Hendak bagi gerak. Bukan

serang hendak bagi kena. Kalau pelajaran menyerang, bolehlah kita

membuat susulan tumbukan atau pelbagai gerak lain yang difikirkan

sesuai. Matlamatnya ialah hendak menang. Selalunya diadakan

dalam kelas kemahiran. Tapi pelajaran tamat ialah pelajaran tumbuk

serang. „Buah sebijik‟. Kalau ada susulan, dah jadi berbijik-bijik.

Saya telah nyatakan tentang keperluan memelihara

kerahsiaan pelajaran tumbukan tersebut. Semua penuntut silat yang

tamat telah difahamkan tentang konsep tumbuk serang. Maksud

Page 127: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 117

kerahsiaan telah menyebabkan nama tumbukan itu adalah pelbagai.

Ada yang menggelarnya buah serang atau tumbuk serang atau buah

sebijik. Sekarang ini saya tidak tahu akan gelarannya. Apapun,

kefahamannya adalah bermaksud memerhati gerak lawan untuk

membantu tindakan menyerang.

Apabila dilepaskan tumbuk serang, sepatutnya kita akan

nampak gerak lawan sama ada mengelak, tidak sempat mengelak,

mengelak dengan tepisan atau cuba lari ke belakang. Itulah

kegunaan tumbuk serang dalam perbuatan menyerang. Kita boleh

nampak sebab ada teknik melepaskan tumbukan. Bukan tumbuk

biasa, tapi luar dari kebiasaan tumbukan. Kena pada sasaran adalah

kerana tumbukan kita sukar dikesan. „Lawan‟ tak nampak. Tidak

sempat buat elakan atau tepisan atau lari ke belakang atau cuba

terbang. Berlatihlah hingga sampai ke peringkat tersebut. Jadikan

amalan setiap hari.

Oleh itu, berhati-hatilah ketika membuat penerangan tentang

tumbuk serang. Jangan terlalu gopoh memberi penerangan hingga

lupa akan konsep dan falsafah tumbuk serang tersebut. Selalulah

ingat. Pelajaran tumbuk serang itulah merupakan pelajaran satu

peratus daripada keseluruhan pelajaran Silat Cekak. Peratusan yang

kecil itu jangan dipermudahkan. Kalau dipermudahkan maka akan

banyaklah ruginya pada kita yang mendakwa diri sebagai pengamal

Silat Cekak.

Malangnya, ramai Jurulatih yang ambil mudah. Pelajaran itu

hanya dihabiskan dalam satu malam sahaja. Masuk buah umum,

lupa konsep tumbuk serang. Kalau kita ambil mudah pelajaran

tumbuk serang, akan menyebabkan pelajaran yang kita pelajari itu

tidak memberi sumbangan pada keseluruhan pelajaran menyerang

Page 128: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 118

Silat Cekak. Pada saya, rugi sungguh para penuntut yang mendapat

Jurulatih yang sedemikian. Gopoh mengajar. Tidak ada punca

membangunkan anak didiknya sendiri dalam persilatan Silat Cekak

supaya para penuntut benar-benar menguasai pelajaran menunggu

dan pelajaran menyerang. Pendapat saya saja. Kongsi pengetahuan.

Penerangan tentang pelajaran serang yang saya peroleh

dulu, mungkin tidak sesuai untuk penerangan dalam suasana

sekarang. Masa majlis tamat silat pada kelas kami, Ustaz ada

bersama. Teringat cara dulu. Kami dipanggil seorang demi seorang

untuk membuat tumbukan pada Jurulatih. “Tumbuk kuat-kuat. Bagi

kena.” Itulah arahan yang kami terima. Kami tumbuk sekuat hati.

Jurulatih mengelak ke kiri atau ke kanan. Tidak adapun yang

mengelak ke belakang. Naik ke atas, langsung tidak ada. Menepis

pun tidak.

Semua tumbukan kami terbabas. Tidak kena. Setelah

selesai, Ustaz menyuruh kami duduk pada satu tempat. Ustaz

buktikan betapa ruginya serangan tumbukan secara yang

sedemikian. “Tumbuk bodoh”. Bukan orangnya yang bodoh. Itulah

kata-kata Ustaz bagi menjelaskan konsep tumbuk serang. Tumbuk

bodoh membawa maksud tumbukan „kosong‟ yang tidak dirancang

atau tidak terarah. Perbuatannya sia-sia kerana tidak ada strategik

menyerang. Kemudian Ustaz membuat penerangan tentang cara

tumbuk serang. Mungkin itu satu kelainan pada kelas kami.

Penerangan dulu sebelum diberi tumbuk serang. Kebiasaan kita,

tumbuk serang terlebih dahulu, barulah diberi penerangan.

Selepas itu seorang Jurulatih membuat satu garisan

melintang. Kami diarah bertapak atas garisan tersebut. Arahannya

ialah mengelak ke kiri atau ke kanan, atas garisan berkenaan.

Page 129: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 119

Jangan dibuat tepisan atau jangan undur belakang. Seorang demi

seorang dipanggil. Jurulatih membuat serangan dalam keadaan kami

telah mengetahui tentang konsep kejutan. Apakan daya. Kena juga

tumbukan. Tidak sempat mengelak sama ada ke kiri atau ke kanan.

Kedengaran suara raung pada setiap pesilat akibat „peluru berpandu‟

yang dilancarkan. Semua pesilat bersetuju dengan pendapat antara

rakan. “Tidak nampak penumbuknya. Tidak sempat mengelak. Tiba-

tiba datang.”

Kadang-kadang saya tergambar jenis tumbukan yang

„berhenti rehat‟. Biasanya serangan tumbukan adalah berbentuk

ketukan. Bila terkena, tiada raungan, melainkan kedengaran suara

perlahan. “Awww.” Gambaran aje.

Begitulah kagumnya kami pada pelajaran tumbuk serang.

Pelajarannya adalah berdasarkan sekali tumbukan. Tidak ada

tumbukan susulan. Tidak ada yang mengelak ke belakang.

Semuanya faham akan maksud kegunaan tumbuk serang. Cuma,

kenapa boleh jadi ada penuntut yang mengelak ke belakang.

Maknanya, penerangan Jurulatih tentang konsep tumbuk serang

tidak cukup. Tidak capai tahap kefahaman. Akhirnya diri sendiri yang

susah.

Saya bersyukur, sepanjang saya mengendalikan kelas, tidak

pernah ada ahli yang ditamatkan, undur ke belakang semasa

memberi pelajaran tumbuk serang. Maknanya saya berjaya

menerangkan maksud tumbuk serang. Semua orang faham.

Setelah menyampaikan pelajaran tumbuk serang, barulah kita

pergunakan pelajaran tumbuk serang itu dalam pelajaran menyerang.

Orang yang telah menguasai tumbuk serang, tumbukannya boleh jadi

Page 130: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 120

„tak nampak‟. Sukar dikesan lawan. Kalau dielak kena satu, kalau

ditepis kena dua.

Senarai buah umum direka untuk mengaplikasikan tumbuk

serang. Tumbukannya adalah berbeza dari kebiasaan. Tapi, lain

jadinya pada kebanyakan kelas. Senarai buah umum dilatih sebagai

pelajaran potong. Penumbuk serang telah dilupakan. Tumbukan

sudah menjadi biasa. Kalau dulu-dulu, dikatakan „tumbuk bodoh‟

namanya. Itu sebab ada penuntut boleh tunduk ambil Sendeng Tiga

Alam. Cuba pakai tumbuk serang dan tumbukan itu menjadi. Alamat

nampak bintang. Kalau tidak menggunakan tumbuk serang,

mudahlah membuat buah tersebut. Pada hal pelajaran tumbuk

serang ada ijazah khas. Sama seperti pelajaran potong yang ada

ijazah khasnya.

Saya tidak pernah berminat dengan senarai buah umum

tersebut. Tidak pernah ajar pada anak didik saya. Sebabnya masa

saya belajar dulu, tidak ada senarai itu. Malah, semasa saya menjadi

Jurulatih di pusat pun, senarai umum belum dibuat lagi. Belajar buah

umum hendak buat apa. Sekali tumbukan tidak dapat buat pun buah

berkenaan.

Oleh itu, pelajaran seterusnya adalah tertumpu pada latihan

tumbuk serang. Malang pada sesetengah kelas. Bila ada senarai

umum, pelajaran seterusnya ialah pelajaran menyerang buah

tersenarai secara pelajaran potong. Sebelum itu, mereka diajar

membuat buah umum tersebut. Buah mesti cantik. Lenyaplah

penekanan pada pelajaran tumbuk serang. Belajar balik pelajaran

potong. Amat merugikan.

Page 131: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 121

Nak jadi „cerita‟, masa jadi Jurulatih dulu, saya pernah

menghadiri majlis penamat satu kelas silat di ibu pejabat. Saya duduk

di tepi kerana malam itu bukan giliran saya mengajar silat. Kelas

dikendalikan oleh dua orang Jurulatih lama. Hebat juga tumbukan

mereka. Penerangan yang saya alami ketika tamat, diulang mereka

pada kelas berkenaan. Para pesilat dikehendaki menumbuk sekuat

hati. Mereka akan membuat elakan. Belum lagi diterang tentang

konsep tumbuk serang.

Malangnya, ada dalam kalangan pesilat yang membuat

tumbukan, ada yang mengena sasaran. Tidak sempat Jurulatih

berkenaan mengelak. Kelam kabut jadinya. Maknanya penuntut itu

telah tahu cara tumbukan sedemikian. Rupa-rupanya, ada adik

beradiknya yang telah tamat Silat Cekak terlebih dahulu. Rahsia

bocor.

Ada juga kejadian lain yang berlaku dalam kelas penamat.

Kejadian tumbuk serang Jurulatih yang tersasar dari sasaran. Tidak

mengena, sama seperti „penumbuk bodoh‟. Apa lagi. Muka Jurulatih

berkenaan pudar, nampak macam „orang bodoh‟. Bagi menutup

kelemahan, terpaksalah Jurulatih itu buat kaedah menyerang.

Terpaksa guna satu lagi gerak susulan. Maka larilah konsep

pelajaran tumbuk serang dalam kelas berkenaan. Ada juga dalam

kalangan Jurulatih yang buat-buat baran. Penuntut pulak yang

dimarah kerana dikatakan tersalah elakan.

Nampaknya, macam-macam perkara telah dilakukan bagi

menafikan kelemahan diri sendiri. Kalau dah lemah, mengakulah

lemah. Baiki kelemahan dengan membanyakkan latihan. Janganlah

para penuntut dijadikan „kambing hitam‟.

Page 132: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 122

Saya difahamkan, ada juga dalam kalangan Jurulatih yang

membuat tumbukan seiring dengan arahan. “Elak….” Teruslah

Jurulatih itu membuat tumbukan. Senangnya kaedah penyelesaian

memberi pelajaran tumbukan. Kejutan perbuatan telah diganti

dengan sebutan „elak‟ secara lisan. Rekaan sendiri. Sungguh

merugikan diri sendiri.

Hal yang demikianlah saya selalu kiaskan umpama „lilin

membakar diri‟. Memberi pengetahuan pada orang lain dalam

keadaan diri sendiri tidak bertambah kecekapan. Sekurang-

kurangnya, jadikan perbuatan membuat tumbukan untuk mengukur

kemampuan diri. Perbaiki kelemahan jika diri terasa lemah.

Oleh itu, sebelum pelajaran tumbuk serang diberi pada

penuntut, para Jurulatih disaran supaya membuat latihan tumbuk

serang terlebih dahulu. Jangan ambil mudah pelajaran tumbuk

serang. Walau bagaimanapun, latihan yang berterusan akan

menyebabkan kemenjadian tumbuk serang dalam kalangan Jurulatih

sentiasa berkekalan.

Kini, usia Silat Cekak telah berpuluh tahun. Pelajarannya

tersebar luas. Pengawasan atas kerahsiaan pelajarannya sukar

dikawal. Mungkin ramai yang tahu akan rahsia pelajaran kita. Tapi

saya yakin, hanya setakat tahu dan bukannya tahap kefahaman dan

penguasaan. Dalam hal ini, kita yang mempelajari Silat Cekak, mesti

faham dengan sepenuhnya akan prinsip, konsep dan falsafah setiap

gerak yang ada dalam Silat Cekak. Terutamanya pelajaran rahsia

kita. Kalau setakat tahu saja, berkemungkinan besar pengetahuan

kita itu akan sama dengan orang lain yang tahu tapi tidak

mempelajari Silat Cekak. Alangkah ruginya diri sendiri.

Page 133: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 123

Sebagai kesimpulan, berhati-hati tatkala menggunakan istilah

dan ketika memberi penerangan tentang pelajaran tumbuk serang.

Jangan gopoh buat penerangan dan jangan gopoh menghabiskan

pelajaran dalam satu malam. Walau bagaimanapun, buatlah

penyesuaian ketika memberi atau menurunkan pelajaran dalam kelas

tamat. Cuma, jangan bercelaru antara konsep menyerang dan

konsep tumbuk serang. Itulah pegangan saya sepanjang masa.

Perkongsian ilmu. Telah terbukti kebenarannya.

Kefahaman Yang Melencong.

Apabila kita telah berpecah dalam banyak persatuan dan

banyak guru maka gerak silat dan kefahaman Silat Cekak secara

keseluruhannya telah menjadi amat sukar untuk dikawal. Hal yang

demikian termasuklah dari segi mutu dan kebenaran tafsirannya.

Pelbagai tafsiran boleh dilakukan tanpa ada sebarang sekatan atau

pengawalan dari satu punca kuasa yang sah dan benar. Secara

langsung ahli-ahli persatuan yang berlainan faham akan terus

terumbang-ambing dengan pelbagai tafsiran yang memasukkan

kefahaman diri dengan kefahaman Silat Cekak.

Malah, ada dalam kalangan orang yang bergelar sebagai guru

dari persatuan Silat Cekak yang lain, mereka gagal membendung

tindakan orang-orang kanan mereka sendiri yang boleh mengubah

rupa bentuk Silat Cekak. Hal yang demikian kerana sokongan padu

daripada orang-orang kanan itu sangat diperlukan mereka bagi

menjamin kedudukan mereka sebagai guru yang tidak ada mandat

persilatan. Inilah perkembangan yang semakin tidak sihat dalam

persilatan Silat Cekak yang diwarisi guru yang tidak sah dan tidak

benar. Maka akan berlakulah nanti ahli-ahli persatuan Silat Cekak

tersebut diajar dengan ilmu dan kefahaman yang tidak tepat.

Page 134: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 124

Ketika ini seperti yang selalu saya katakan bahawa kita tidak

ada satu sumber yang mutlak untuk membuat rujukan atau

menetapkan keputusan mengenai Silat Cekak. Oleh itu, ramai

manusia yang ada dalam Silat Cekak senang-senang membuat

andaian dan kefahaman sendiri dan cuba dijadikan sebagai

kefahaman Silat Cekak. Senang-senang mereka melacurkan

kefahaman yang sebenarnya. Ada antara mereka yang cuba

mengaitkan pendapat sendiri sebagai kefahaman Silat Cekak,

peninggalan Ustaz Hanafi dan menganggap bahawa itulah

kefahaman Silat Cekak yang sebenarnya.

Perkembangan yang berlaku itu jika tidak disekat maka akan

semakin berleluasa. Mereka yang tidak faham dengan Silat Cekak

akan mudah menerima fahaman tersebut. Mana mereka peduli akan

kebenarannya. Perkembangan ini amat mendukacitakan.

Berdasarkan kefahaman sendiri, mungkin kita boleh berkongsi

beberapa persoalan berikut untuk renungan dan bukannya untuk

berdebat. Kalau rasa celaru dan tidak munasabah, ketepikan.

Pada masa ini ada juga dalam kalangan ahli yang cuba

menonjolkan diri sebagai pembela atau sebagai pihak yang tidak

menyebelahi mana-mana pihak dalam sengketa persilatan Silat

Cekak. Masing-masing ada pegangan dan alasan atas sikap yang

diambil itu. Namun begitu mereka tidak ada keupayaan untuk

mengawal ahli-ahli daripada membuat pelbagai tafsiran tentang rupa

bentuk Silat Cekak. Akibat kekeliruan membuat tafsiran dan ditambah

dengan kekurangan ilmu dan kurang daya berfikir maka Silat Cekak

telah mengalami pelbagai proses perubahan kefahaman.

Saya pernah membuat kiasan dengan orang buta yang

memegang gajah. Kalau dipegang ekor gajah maka itulah yang

Page 135: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 125

dikatakan gajah. Kalau dia memegang belalai gajah maka itulah

gajah padanya. Paling malang lagi jika sibuta memegang punggung

gajah. Maka apabila ditanya bagaimana bentuk gajah maka

punggung gajahlah dikatakan gajah.

Berdebatlah mereka hingga ayam berkokok ke pagi esoknya.

Masing-masing tidak mahu mengalah. Mereka boleh lupakan makan

minum kerana asyik berdebat. Akhirnya kesemua mereka mati

kelaparan dan kehausan. Kalau kita yang celik mata kepala dan mata

hati masuk berdebat dengan mereka, jadilah kita buta hati dan buta

perut.

Ayam yang berkokok pulak satu hal. Ayam tersebut terasa

megah dengan kokoknya bagai menanda hari akan siang. Tapi ayam

itu tidak sedar bahawa kalau ayam tidak berkokok pun hari tetap

akan siang. Awas! Kalau lebih sangat berkokoknya pasti akan

mengganggu ketenteraman tuan dan masyarakat sekeliling.

Akibatnya ayam tersebut akan menerima padahnya. Sekurang-

kurangnya sepasang selipar akan diterimanya. Jika terus berkokok

alamat tergulailah jadinya.

Dalam tulisan ini saya cuba tunjukkan betapa kefahaman Silat

Cekak yang saya anggap terpesong kalau si penutur atau si

penulisnya tidak benar-benar faham akan perkara yang ditutur atau

dituliskannya. Walaupun dia mendengar dari mulut Ustaz,

kekuatannya berfikir akan mengarah kepada tafsirannya sendiri.

Lemah fikiran bererti lemahlah daya tafsirannya.

Sudah semestilah tulisan ini berdasarkan pendapat saya hasil

pengalaman dan pengalamian saya sendiri. Mungkin pendapat ini

bertentangan dengan pendapat atau tafsiran yang sedia ada. Oleh

Page 136: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 126

itu, jadikan bahan tulisan ini sebagai bahan bacaan bagi

menambahkan pengetahuan dan daya fikir kita.

i. Papan Sekeping.

Salah satu contoh kefahaman yang boleh disalahertikan ialah

hubungan Silat Cekak dengan papan sekeping. Ada yang cuba

mengupas kefahaman tentang konsep tersebut dengan mengatakan

bahawa papan sekeping diibaratkan jalan yang lurus dan dianggap

sebagai prinsip asas dalam Silat Cekak.

Benarkah pendapat tersebut. Benarkah gelaran silat papan

sekeping itu merupakan prinsip asas dalam Silat Cekak. Mereka juga

menganggap bahawa silat papan sekeping yang tidak ada bengkang

dan bengkoknya merupakan suatu falsafah yang teristimewa dalam

Silat Cekak.

Ada yang berfaham bahawa „silat papan sekeping ini

membawa maksud perjuangan mendaulatkan seni pusaka bangsa

yang seharusnya dilaksanakan atas satu asas yang teguh tanpa

penyimpangan dari matlamat asal iaitu menghapuskan unsur-unsur

takhyul, khurafat dan penyelewengan akidah islamiah dalam silat-silat

Melayu.’

Kalau itu falsafah yang difahami mereka, kita patut

menghormati pendapat tersebut. Itulah kebenaran tentang Silat

Cekak pada diri mereka. Itulah juga harapan kebanyakan ahli dalam

Silat Cekak agaknya. Mereka tersangat yakin bahawa perjuangan

Silat Cekak adalah berpaksikan kepada agama. Apabila didapati

prinsip ini tidak berjalan lancar, mereka menganggap prinsip ini gagal

dipertahankan oleh kepimpinan Silat Cekak. Mereka berasa tersangat

Page 137: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 127

kecewa. Pada mereka, dalam Silat Cekak hanya itulah sahaja prinsip

perjuangan yang ada.

Pada pandangan saya, eloklah kita luaskan sedikit

perbincangan tentang konsep papan sekeping ini supaya pemikiran

kita lebih terbuka. Perbincangan saya juga adalah berdasarkan

kefahaman saya daripada pemikiran Ustaz.

Secara tersurat, kalau kita ingin buktikan bahawa, „Silat papan

sekeping menunjukkan keaslian Silat Cekak yang berdiri teguh

dengan prinsip tidak mengelak kiri dan kanan malah mara ke

hadapan dalam mempertahankan diri apabila diserang,‟ boleh kita

persoalkan. Tapi kalau kita mengatakan bahawa, „Di atas papan

sekepingpun pengamal-pengamal Silat Cekak masih dapat membela

diri tanpa perlu mengelak,‟ maka saya menyokong pendapat tersebut.

Di sini terdapat dua kefahaman yang berbeza yang boleh

membawa pendapat dan pelakuan yang berbeza dalam pengamalan

Silat Cekak. Kalau tidak memahaminya akan menyebabkan ahli-ahli

berasa celaru kemudiannya.

Setiap orang ada tafsirannya atas apa yang wujud dalam Silat

Cekak. Tanpa mengetahui punca kejadian atau punca perkara itu

wujud, akan menyebabkan kita memberi pendapat atau pentafsiran

atas kewujudan perkara itu. Inilah salah satu budaya masyarakat kita

dulu-dulunya dalam sastera rakyat.

Kerana wujudnya batu yang merupai „pintu‟, maka wujudlah

cerita tentang batu belah batu bertangkup. Kerana wujudnya patung

berwajah manusia maka wujudlah cerita tentang Si Tanggang.

Kerana wujudnya wajah-wajah berupa binatang, maka terbitlah cerita

Page 138: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 128

tentang Si Kelembai. Banyak lagi cerita-cerita yang berbentuk metos

dan dongeng dalam sastera kita. Janganlah pulak bentuk-bentuk

cerita ini diwujud dan dikembangkan dalam Silat Cekak.

Oleh sebab tafsiran yang kurang tepat, silat papan sekeping

telah membawa banyak perubahan pada buah-buah silat dan corak

latihan yang ada dalam Silat Cekak. Sepanjang ingatan saya

bersama Ustaz, beliau menegaskan betapa wujud kelebihan Silat

Cekak yang boleh bersilat atas papan sekeping. Itu sebabnya sesuai

digelar Silat Cekak Silat Papan Sekeping. Gelaran ini perlu dimiliki

oleh Silat Cekak dengan segera memandangkan saingan silat kita

ketika itu dikhuatiri akan menggunakannya terlebih dahulu konsep

papan sekeping. Itulah strategi Ustaz, sesuai dengan motto Silat

Cekak sebagai „Peneraju Mutlak.‟

Lama-kelamaan, secara tersirat kelebihan Silat Cekak bersilat

atas papan sekeping telah diketepikan dan diganti dengan konsep

tersurat iaitu Silat Cekak itu merupakan silat papan sekeping. Oleh itu

beberapa buah telah diubah suai untuk disesuaikan dengan konsep

baru tersebut. Antara buah yang jadi mangsanya ialah buah Pasung

Kemanga, Kilas Depan dan Buah Paras. Kaedah mengambil buah

telah berubah sama sekali dan pelakuan ini dibiarkan tanpa ada

teguran. Semua ini dilakukan bagi menyesuaikan Silat Cekak dengan

konsep baru Silat Cekak sebagai Silat Papan Sekeping.

Lakonan daripada serangan-serangan musuh sudah jadi tidak

tentu hala. Ketika Silat Cekak disesuaikan dengan konsep papan

sekeping maka telah memaksa musuh yang menyerangpun

menyesuaikan serangannya berdasarkan papan sekeping. Jadilah

wayang karton dalam pertunjukan Silat Cekak. Ini semua adalah hasil

tafsiran yang berbeza.

Page 139: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 129

Paling malang lagi ada yang cuba mentafsirkan maksud

papan sekeping. Pada mereka, papan sekeping lebih menjurus

kepada jalan yang lurus. Maka mentafsirlah mereka konsep jalan

yang lurus dalam Silat Cekak. Semuanya tiada punca dan

berdasarkan tafsiran sendiri. Siapa yang pandai mentafsir dan pandai

bercakap maka disebarkanlah konsep tersebut dalam kalangan ahli.

Maka porak-perandalah keaslian dalam kefahaman Silat Cekak.

Inilah salah satu contoh tentang wujudnya kefahaman yang

seleweng dalam Silat Cekak. Sifat penyelewengan konsep mandat

mungkin kita sudah jemu mendengarnya. Keadaan ini tidak

dipandang berat lagi oleh para pendukung dalam kepelbagaian

persatuan Silat Cekak. Mungkin banyak lagi kefahaman yang

menyeleweng boleh kita bahaskan tapi tidak sesuai dalam ruangan

yang terhad ini.

Dari segi pelajaran, teknik dan penyampaiannya juga akan

terus menyimpang dari bentuk asalnya. Walau bagaimanapun,

mereka akan tetap mengatakan bahawa gerak tersebut adalah

merupakan gerak Pusaka Hanafi. Kebenarannya adalah bergantung

pada tafsiran yang saya bincangkan dalam tiga (3) sifat Pusaka

Hanafi seperti mana yang saya petik dari kata-kata Ustaz dalam

tulisan saya yang terdahulu. Pengenalan Silat Cekak, isi pelajarannya

dan sistem penyampaiannya.

ii. Konsep Mempertahankan Diri

Saya sangat tidak bersetuju jika kita mengatakan bahawa

Silat Cekak adalah satu seni mempertahankan diri, baik daripada

segi loghatnya atau pun daripada segi konsepnya. Ustaz pun tidak

Page 140: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 130

begitu gemar untuk menggunakan konsep tersebut. Hal yang

demikian pernah disuarakan Ustaz pada saya.

Mempertahankan diri membawa implikasi pertahankan diri

sahaja. Prinsipnya, kita lebih banyak menerima serangan dan

akhirnya boleh menjadikan diri seorang yang bersifat penakut.

Penggunaan konsep mempertahankan diri dikatakan merujuk pada

sukatan pelajaran dalam Silat Cekak. Pelajarannya seolah-olah

seperti banyak mempertahankan diri hingga dikatakan lebih sembilan

puluh sembilan peratus Silat Cekak berkonsepkan pertahanan diri.

Manakala pelajaran menyerang dikatakan hanya satu peratus sahaja.

Betulkah fahaman ini. Persoalannya betulkah dalam sistem

pelajaran Silat Cekak, lebih daripada sembilan puluh peratus isi

pelajarannya adalah mempertahankan diri. Cuba kita fikir-fikirkan

berdasarkan sumber rujukan daripada Ustaz.

Bagaimana dengan konsep buah potong. Bukankah kita kena

tumbuk dulu. Kalau kena tumbuk dulu, bukankah itu namanya

menyerang. Kalau musuh menepis maka kita akan bertindak.

Bukankah itu namanya menyerang. Apa bezanya konsep kita

menyerang, musuh mengelak ke kiri atau ke kanan dengan konsep

kita menyerang, musuh menepis. Bagaimana pula dengan konsep

kita menyerang tapi musuh mengundur atau lari ke belakang atau

atau atau yang lainnya.

Fahami betul-betul konsep yang ada dalam persilatan Silat

Cekak. Jangan mudah membuat kesimpulan dan keputusan kerana

ini akan menyelarukan kita. Lainlah pada ahli-ahli persatuan Silat

Cekak yang sememangnya sukakan kecelaruan. Saya tidak berminat

untuk berdebat dalam tulisan ini. Pada saya, mereka yang

Page 141: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 131

menganggap Silat Cekak hanya berkonsepkan pertahanan diri,

sungguh tidak sesuai dengan kefahaman yang diuar-uarkan Ustaz.

Pada kefahaman saya Silat Cekak adalah seni bela diri untuk

menjaga diri. Bukannya seni mempertahankan diri untuk pertahankan

diri. Konsep bela diri meliputi sikap pertahan dan menyerang. Ada

masa Silat Cekak mempertahankan diri dan ada masanya Silat

Cekak akan menyerang. Aplikasinya buat diri kita, apabila ada orang

yang cuba membuat tohmahan kepada kita maka tepislah tohmahan

tersebut terlebih dahulu dengan kaedah yang ada. Tapi jangan kita

sahaja yang kena. Susun strategi. Bila tiba saat dan ketika dan

apabila ada ruang dan masa, kita perlu menyerang puak tersebut

supaya mereka insaf dan faham akan kesalahan atau perbuatan

buruk yang mereka lakukan.

Wujudlah sifat dan sikap pada ahli dulu-dulu. Kalau kita

aplikasikan konsep tersebut, ‟jika diri kita diserang dan serangan itu

agak janggal dan tersimpang, lebih baik kita serang dulu. Jika

seseorang itu melampaui batas kepada kita maka hendaklah kita

melampaui batas ke atasnya pula sebagaimana dia melampaui batas

ke atas kita. Tetapi hendaklah dalam keadaan kita bergantung diri

pada Tuhan yang Esa. Tujuan kita semata-mata untuk menegakkan

kebenaran dan menjelaskan fitnah yang bermaharaja lela.‟ Itupun

pada manusia yang berilmu dan berfikiran luas.

iii. Konsep Menyerang.

Menyentuh tentang fahaman serang-menyerang, cara

menumbukpun terdapat pelbagai versi. Masing-masing mewakili

kefahaman yang berbeza. Dalam tulisan yang terdahulu saya telah

membincangkan pelbagai tafsiran tentang konsep melepaskan

Page 142: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 132

tumbuk serang. Oleh itu, saya tidak melanjutkan perbincangan dalam

tulisan ini.

iv. Konsep Menunggu Serangan

Konsep menunggu serangan juga adalah terikat dengan

pelbagai pendapat. Ramai yang memegang konsep cecah.

Penggunaan istilah itu amat berbeza pengertian daripada pelbagai

ungkapan. Misalnya, ‟Bila cecah, baru ambil.‟ atau ‟Bila cecah, ambil‟.

Atau ‟Pastikan ambil ketika penumbuk mencecah tubuh kita.‟ Macam-

macam lagi ungkapan yang diguna pakai sebagai maksud memberi

arahan atau memberi penerangan kepada para penuntut.

Pada mereka yang menggunakan istilah kena, akan terus

menggunakan istilah tersebut ketika memberi arahan. ‟Bila kena baru

ambil. Masa musuh menyerang, jangan bagi kena.‟

Kesemua ayat tersebut mempunyai implikasinya tersendiri.

Sebutan ayat-ayat tersebut akan menjadi arahan. Manakala arahan

itulah yang akan mengarah kepada tindakan gerak setiap penuntut.

.

Kadang-kadang saya terfikir, siapalah yang akan mengawal

mutu Silat Cekak dari masa ke masa. Pastilah yang berhak ialah

Guru Silat Cekak itu sendiri. Kalau di cawangan-cawangan atau

pusat-pusat latihan, para Jurulatih akan memainkan peranan utama.

Oleh itu pada pendapat saya, mereka perlu menguasai ilmu dan

pengalaman yang banyak dalam persilatan Silat Cekak.

Page 143: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 133

v. Buah Jatuh

Kita ambil contoh pada buah Pertama. Secara kasarnya kita

boleh membuat gambaran pada penuntut Silat Cekak, tentang

penguasaan buah tersebut yang akhirnya jatuh ke tanah setelah

dipijak pelipat seiring dengan pukulan dirusuk. Tapi bagaimana aspek

penerangan dan kemantapan buah tersebut seperti yang

dikehendaki. Saya cuba membuat bandingan berdasarkan

pengalaman saya menyampaikan buah tersebut.

Pada saya, tampar A perlu kejutan. Ini hanya boleh terjadi jika

pasangan menumbuk di bahagian dada kiri kita. Tapi banyak yang

tidak menjadi apabila penumbuk yang dihulur kalau tidak ditepispun

akan meyimpang daripada badan. Perbuatan yang seleweng ini

jarang ditegur. Saya tersangat tegas dalam soal ini. Tumbukan yang

menyerong amat saya benci. Akan saya tinggikan suara membuat

teguran. Tapi mungkin ada jurulatih yang tidak ambil kisah.

Lanjutan daripada kaedah A, tepisan, pukulan dan gerak kaki

pada pelipat mesti serentak. Tapi ingatlah prinsip kita. Mana boleh

tiga gerak dalam satu saat dan ketika yang sama. Ada ‟timing‟ dalam

gerak-gerak tersebut secara berturutan dalam kiraan saat dan ketika.

Masih lagi nampak serentak. Saat dan ketika adalah ukuran yang

begitu pantas sekali dan merupakan konsep yang hanya boleh

diterangkan secara praktikal sahaja.

Dalam konteks pukulan dan gerak kaki pada pelipatpun akan

mendatangkan banyak tafsiran. Pada saya, pukulan tangan mesti

digenggam. Letak kaki kita di bahagian pelipat mesti rapat di

punggung pasangan. Tapi ada jurulatih yang lain pengamalannya.

Ada muridnya yang patah tulang rusuk akibat pukulan di rusuk. Maka

Page 144: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 134

jadilah pengajaran buah Pertamanya sebagai sesuatu yang

memfobiakannya. Disuruhnya penuntut membuka tangan. Takut

patah lagi tulang rusuk penuntut.

Perbuatan menjatuhkan buah tersebut mesti diasaskan pada

gerak asas. Timbul lagi perbezaan penekanan. Ada Jurulatih yang

pentingkan jatuhan sahaja. Janji jatuh walaupun asasnya serabut.

‟Gasaklah engkau pada buah asas. Janji jatuh.‟

Namun begitu, saya tidak akan sahkan jatuhan kalau

asasnya tidak betul. Malah kalau lutut kaki yang menekan pelipat

adalah renggang dari punggung pasangan, maka jatuhan itu dikira

tidak betul. Buat balik. Biar berpuluh kali.

Masa jatuh ada pulak jurulatih yang mengajar cara jatuhan.

Jatuhan mesti telentang. Tapi ada yang tidak peduli. Mana ada orang

silat jatuh telentang. Tambahan pula silat Melayu yang asli. Setiap

jatuhan yang diajar dalam pelajaran mereka, mesti mengereng.

Setelah telentangpun banyak songehnya. Ada yang suruh tumbuk,

ada yang suruh pijak dan ada yang berdiri tegak melihat gerak lawan

berikutnya. Semuanya bergantung pada hala tuju yang ada pada

benak setiap Jurulatih tersebut. Begitu juga buah-buah jatuh yang

lain. Belum masuk lagi buah potong.

Jelas di sini betapa penekanan Jurulatih pada gerak sesuatu

buah itu akan memainkan peranan sama ada buah yang dibuat itu

mantap atau sebaliknya. Inilah yang membezakan kualiti seseorang

penuntut yang dihasilkan. Itu baru buah pertama. Nampak sangat

pengalaman dan pengetahuan silat yang ada pada setiap Jurulatih itu

akan memainkan peranan penting.

Page 145: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 135

vi. Perkaitan Dengan Agama.

Ada juga dalam kalangan ahli yang cuba mengaitkan Silat

Cekak dengan konsep dan amalan agama. Senang-senang mereka

membuat kesimpulan tentang kefahaman Islam dalam Silat Cekak.

Pada mereka, perjuangan Silat Cekak adalah perjuangan agama.

Dalam proses mengaitkan Silat Cekak dengan agama,

pelbagai tafsiran boleh timbul. Ahli-ahli ini cuba menimbulkan

pelbagai bentuk daya pemikiran kreatif dalam Silat Cekak. Kreativiti

adalah baik. Tapi kalau kreativiti yang terbentuk merupakan kreativiti

yang tidak jelas maka rosaklah Silat Cekak apabila kefahaman

tersebut cuba disebarkan dalam kalangan ahli.

Kita sering mengaitkan Kaedah dalam Silat Cekak sebagai

perbuatan sembahyang. Dalam hal ini, berhati-hatilah dengan bentuk

penerangan kita. Ramai juga dalam kalangan tertentu yang tidak

menggemari kenyataan tersebut. Mereka tidak suka mengaitkan

gerak sembahyang dengan perbuatan sembahyang. Mereka

mengangap kenyataan itu sebagai tidak beradab.

Ada juga dalam kalangan persilatan Melayu yang lain,

menganggap gerak mereka juga adalah gerak sembahyang.

Fahaman mereka adalah berbeza dengan fahaman kita. Mereka

menganggap pergerakan mereka yang tidak melebihi tiga gerak

sudah memadai dianggap sebagai pergerakan sembahyang. Oleh itu

berhati-hatilah ketika membuat penerangan agar kita tidak

terperangkap dengan pertengkaran.

Timbul lagi satu fahaman baru persatuan Silat Cekak yang

lain. Silat Cekak telah cuba dihubungkan dengan air mutlak. Menurut

Page 146: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 136

mereka, air mutlak membawa maksud, Silat Cekak adalah satu

warisan yang bersih dan suci daripada unsur-unsur tahyul dan

khurafat kerana ia bertunjangkan tauhid. Ia bebas daripada segala

ajaran sesat lagi menyesatkan dalam konteks agama Islam yang

suci.

Dengan kata lain mereka yang telah mempelajari Silat Cekak

telah membebaskan diri masing-masing daripada mana-mana seni

bela diri yang mempunyai ciri-ciri tahyul dan khurafat. Wau, hebat

sekali! Itulah konsep baru yang cuba diketengahkan.

Selama berada dalam Silat Cekak, inilah pertama kali saya

tahu akan wujudnya pengertian Silat Cekak bersumberkan jenis air.

Dalam konsep akademik silat, keupayaan melahirkan idea-idea baru

yang sebegitu adalah sangat digalakkan. Semuanya boleh

dikeluarkan berdasarkan logik. Inilah fahaman bentuk akademik yang

sangat sesuai dengan konsep akademik. Idea atau teori yang

dihasilkan dikira logik jika dapat dihubung kait dengan situasi. Mana

boleh diadakan kawalan pendapat kerana pada mereka Silat Cekak

adalah hak masyarakat. Kalau telah menjadi hak masyarakat maka

mereka yang juga ahli masyarakat, bebas mengeluarkan pendapat.

Perjuangan silat untuk masyarakat. Majulah silat untuk masyarakat.

Saya berpandangan bahawa apabila kita mentafsir sesuatu

dalam persilatan Silat Cekak, eloklah kita hubungkan dengan diri kita

sendiri. Kita selalu lupa akan diri kita. Itu sebab sekarang ini ramai

yang banyak bercakap dalam semua segi tanpa mengukur kebolehan

diri. Sebenarnya, mentafsir dan berteori dengan merujuk pada

aplikasi diri sendiri adalah merupakan ajaran Silat Cekak seperti yang

saya fahami sejak dulu lagi. Untuk mereka yang menjiwai Silat

Page 147: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 137

Cekak, saya percaya fahaman apapun yang ada dalam Silat Cekak

tetap akan dirujuk pada diri kita sebagai pengamalnya.

Kita perlu faham akan sifat diri kita jika ingin dihubungkan

dengan konsep air. Dalam konteks Silat Cekak, kalaulah kita boleh

diibaratkan sebagai air maka air yang macam mana agaknya

kedudukan kita sebagai pengamal Silat Cekak. Kalau berdasarkan air

mutlak, konsepnya merujuk pada diri dan orang lain. Di samping kita

membangunkan diri sendiri, seiring dengan itu kita boleh memberi

sumbangan kepada orang lain. Itulah sifat air mutlak.

Pembangunan diri dalam Silat Cekak merujuk kepada

kehebatan kita menguasai pergerakan fizikal dan kefahaman yang

ada dalam silat itu sendiri. Kalau diri sendiri hebat, maka kita perlu

juga menghebatkan orang lain. Peranan Jurulatih amat besar

maknanya. Mereka ini boleh diibaratkan dengan lebah yang memberi

manfaat kepada objek yang dihinggapnya. Malah sarangnya juga

boleh dijadikan ubat melalui madu yang dihasilkan. Akan tetapi ada

juga kalangan kita yang hebat bersilat tapi gagal untuk

menyampaikan ilmu kepada ahli yang lain.

Pada satu ketika dulu ada Jurulatih yang tidak dibenarkan

Ustaz untuk menyampaikan ilmu silat dalam kalangan ahli. Hal yang

demikian kerana sifatnya yang hanya boleh membuat gerak silat tapi

gagal atau lemah ketika menyampaikan pelajaran pada ahli yang lain.

Buat boleh, terang tidak boleh. Orang-orang yang sebegini hanya

layak mendapatkan ilmu untuk dirinya sahaja. Lebih-lebih lagi kalau

golongan ini tidak pandai bercakap untuk menyampaikan fahaman

silat. Kalau bercakap juga akan menambahkan kekecelaruan dalam

kalangan penuntut. Jenis kumpulan ini boleh diibaratkan air

mustakmal agaknya.

Page 148: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 138

Terdapat juga golongan yang kurang mendatangkan faedah

kepada persatuan. Mereka ini umpama lalat yang hinggap pada

sesuatu yang akan menghasilkan suasana yang buruk. Hinggap pada

makanan maka makanan tersebut akan tercemar. Masuk persatuan,

persatuan akan hancur. Keahlian mereka mencemarkan masa depan

silat. Kepentingan diri merupakan objektif utama. Memecahbelahkan

ahli semacam sinonim dengan rupa bentuk sifat mereka. Kalau

dirujuk dengan air maka air mutanajis pasti sifatnya.

vii. Pukulan Dalam Silat Cekak.

Pada pemerhatian saya, terdapat para Jurulatih yang terlalu

ingin membuktikan betapa hebatnya gerak yang ada dalam Silat

Cekak. Dalam keghairahan berbuat demikian, menyebabkan

pembuktian dalam penerangan dan tindakannya turut „bertambah‟.

Perkara yang tiada telah diadakan. Niatnya baik untuk membuktikan

bahawa Silat Cekak amat mementingkan pukulan. Tapi sifat

menambah atau mengurang pukulan adalah berdasarkan sifat atau

„kepala angin‟ Jurulatih berkenaan sahaja. Tentunya tindakan

tersebut akan menyebabkan perbezaan gerak sesama penuntut.

Saya ambil contoh pada buah Kidung Kiri. Kelemahan yang

sering berlaku pada penuntut ketika mengambil buah ini ialah

keseimbangan badan. Setelah ditepis dengan menggunakan kaedah

A, perlu dibuat tetakan pada lengan sebelum jatuhan. Namun begitu,

akibat kegopohan, ramai dalam kalangan penuntut yang semacam

hendak jatuh ke belakang. Tidak ada keseimbangan. Sepatutnya,

tangan lawan yang ditepis, perlu ditolak sikit ke depan dalam proses

membuat tetakan. Baru ada keseimbangan.

Page 149: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 139

Teringat saya pada seorang Jurulatih lama yang pernah

berada dalam satu kumpulan mengajar dengan saya. Beliau memberi

arahan tambahan. Bagi memudahkan tetakan, diarahnya siku kiri

disendal di rusuk lawan. Setakat itulah perkembangan tambahan

pada buah berkenaan sepanjang saya berada di pusat. Maknanya,

pada kesimpulan saya, Jurulatih itu sendiri yang membuat

penerangan tambahan sedemikian bagi mengekalkan keseimbangan

badan.

Ketika saya berada di cawangan, rupa-rupanya telah ada

penerangan tambahan. Difahamkan, telah ada pelarasan tambahan

yang meluaskan penerangan tentang perbuatan sedemikian. Siku

yang disendal di rusuk lawan adalah mesti dan dianggap satu

pukulan yang boleh membahayakan lawan. Ada lagi tambahan

kefahaman.

Setelah tangan ditepuk; bukannya ditetak maka diarahkan

buatlah lurutan hingga ke pergelangan tangan. Aww. Sedapnya.

Lepas ditepuk maka dilurut. Saya difahamkan juga bahawa

perbuatan menyiku di rusuk lawan telah berjangkit pada buah

Sendeng Atas. Pulak dah!.

Susah nak komen. Tak nampak logik akan kesan pukulan siku

tersebut. Nak buat macam mana. Penerangan sendiri berdasarkan

tafsiran sendiri. Syok sendiri. Namun begitu, ketika buah jatuh,

pukulan siku itu tidak pula diberi penekanan. Kepentingan yang

sekerat jalan. Hanya berguna pada pelajaran asas. Masa buah jatuh,

tidak diberi penekanan.

Saya tidak pernah ikut atau membuat penerangan sedemikian

di mana-mana kelas yang saya kendalikan sejak di pusat hingga ke

Page 150: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 140

cawangan. Pertamanya, sepanjang saya belajar dari Ustaz, tidak

pernah ada penekanan seperti itu. Tidak ada asal usulnya dari Ustaz.

Saya selalu membuat penekanan bahawa Ustaz sendiri telah

membuat tapisan. Kalau tidak ada pukulan, maknanya memang tidak

perlu pukulan. Kalau buah berkenaan perlu pukulan, buatlah pukulan.

Ada sebabnya keperluan pukulan berkenaan. Jangan diubah suka-

suka hati.

Keduanya, penambahan gerak pukulan siku ke rusuk lawan

akan melambatkan tindakan jatuhan. Buah ini perlu diberi perhatian

kerana geraknya sangat rapat. Kalau lambat, mengakibatkan kita

boleh „dirapatkan‟.

Ketiganya, ada juga dalam kalangan penuntut yang membuat

pukulan serentak di lengan dan di siku. Akibatnya, kedua-dua

pukulan tidak memberi kesan. Ingat falsafah silat kita. Apabila berlaku

dua gerak dalam satu ketika yang sama, salah satu gerak tersebut

akan menjadi lemah. Boleh jadi juga kedua-dua gerak tersebut tidak

menjadi.

Namun begitu, pengaruh gerak sikunya amat berleluasa

hingga sekarang. Hingga ada kalangan Jurulatih sekarang yang

menegaskan „tusukan‟ siku itu boleh mematahkan tulang rusuk.

Tambah lagi penerangan. Adatnya, mana mungkin siku pesilat boleh

mematahkan tulang rusuk lawan ketika tangan kanan „sibuk‟

membuat tetakan di lengan, manakala tangan kiri pula memegang

erat lengan pasangan. Lebih-lebih lagi apabila musuh kita membuat

lentikan. Lentikannya itu kerana gerak semula jadi atau kerana geli

akibat sikuan.

Page 151: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 141

Pada hal, gerak utama ialah tetakan di bahagian lengan.

Kalau disambung dengan jatuhan, kepantasan tangan kanan kita

memegang pergelangan tangan lawan dan kecekapan tangan kiri kita

bertukar menjadi Kuntau Kiri adalah sangat diutamakan. Ingat.

Tumbukan musuh juga tidak bermalam. Kebiasaan mereka, selepas

melepaskan tumbukan, tangan kanan akan dipusing untuk membuat

pukulan di muka kita. Tidak sempat sendal siku di rusuk. Kalau

disendal juga, alamat gerak kita akan bermalam. Berhentilah proses

gerak membuat jatuhan. Adatnya, muka kita akan menjadi sasaran.

Akibatnya, kita yang „bermalam‟. Maka larilah falsafah „Makan Gerak

Dalam gerak‟. Lari ke Bangkok. Tak larat nak kejar.

Cuma, yang menghairankan saya, bagaimana pengaruh

penerangan Jurulatih berkenaan tentang pemakan siku pada buah

Kidung Kiri, menjadi amat luas sekali ikutannya. Dikaitkan pula dalam

gerak Sendeng Atas. Dulupun, hanya Jurulatih itu seorang saja yang

mempopularkan gerak sedemikian. Keseluruhan Jurulatih lain yang

sama taraf dengannya, tidak ikut. Tapi, lama-lama jadi ikutan. „Kepala

angin‟ Jurulatih berkenaan. Ketika saya mengajar bersama

dengannya, saya tidak pernah beri penekanan sedemikian tatkala

sampai pada buah berkenaan.

Mungkin kita berpendapat semacam sikit saja penambahan

gerak pada buah berkenaan. Pada pendapat dan pengalaman saya,

perbuatan demikian akan mengundang bahaya pada diri kita.

Kelewatan membuat pukulan di lengan dan kelewatan menjatuhkan

lawan, akan mengundang malang. Selalu saya membuat pembuktian

dalam kalangan anak didik saya.

Pernah saya ditanya oleh penuntut Silat Cekak dari kelas lain

tentang pemakan buah Kidung Kiri tersebut. Saya suruh buat. Kalau

Page 152: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 142

boleh patahkan tulang rusuk, cuba patahkan. Tidak terasa sakitnya

langsung. Tapi terasa geli. Begitulah keadaannya jika kita tidak tahu

akan punca gerak. Guru tidak cakap, tapi Jurulatih yang menambah

penerangan bagi maksud menghebatkan buah berkenaan. Niatnya

baik. Tapi caranya merugikan penuntut silat. Tidak ada kesan yang

mantap. Lagi pun, tidak ada asal usulnya. Mana mungkin

keberkesanan pukulan siku dalam keadaan tangan kita melakukan

„kerja lain‟.

Sebenarnya, pukulan siku pada rusuk menyebabkan timbul

juga persoalan pada penuntut yang ada pengalaman silat lain.

Mereka nampak akan ruang tindak balas. Walau bagaimanapun,

cubaan mereka untuk bertindak balas akan menjadi sia-sia sahaja

jika kita memiliki gerak ketepatan dan kecepatan dalam proses

membuat jatuhan. Tangan kanan lawan akan terkunci gerak ketika

proses membuat jatuhan.

Pernah berlaku, apabila gagal membuat tindakan balas,

barulah penuntut berkenaan menceritakan tentang maksud gerak

tindak balas yang tidak menjadi. Menurutnya, selama ini, mereka

yang leka membuat pukulan siku dirusuk, mudah baginya membuat

tindak balas. Tangan kanannya yang lambat dipegang,

membolehkannya membuat pukulan secara memusingkan tangan.

Ramai kawan yang sama belajar dengannya menjadi „mangsa‟. Tapi

gagal dek kerana kita membuat gerak sebenar pukulan Kidung Kiri.

Pada pemerhatian saya, selepas zaman Ustaz, banyak

pelarasan buah yang dijalankan. Terutamanya di zaman Pak Ak.

Kadang kala pelarasan itu adalah di luar dari pengetahuan Guru

Utama. Pelarasan banyak dilakukan mengikut kepala angin Jurulatih

tertentu. Kini, boleh dikatakan kesemua kalangan mereka, telah

Page 153: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 143

berada di sebelah sana. Seperti dikata, oleh sebab arahan pelarasan

bukannya datang dari Guru Utama, program sedemikian adalah di

luar perhatian saya. Banyak juga pelarasan yang tidak dipersetujui

Guru Utama. Saya pernah menyentuh hal yang demikian dalam

tulisan yang terdahulu.

Kini, saya tidak aktif mengajar silat. Pengetahuan yang sedia

ada, dirasakan perlu dikongsi bersama. Sekurang-kurangnya dapat

menambahkan pengetahuan para ahli Silat Cekak. Isi penulisan

adalah berdasarkan pendapat saya yang selama ini berusaha

mempertahankan gerak Silat Cekak yang saya terima dari Ustaz.

Saya telah berusaha menyesuaikan diri dengan gerak yang

dikehendaki Ustaz. Bukannya menyesuaikan gerak tersebut dengan

kebolehan diri.

Di sebalik perbuatan menambah-nambah gerak pukulan

ketika memberi penjelasan, yang peliknya pada saya, penekanan

pukulan yang sah pada beberapa buah jatuhan mula diabaikan.

Contohnya ialah buah Pertama yang tidak diberatkan pukulannya.

Tiba-tiba, saya difahamkan bahawa pukulannya adalah secara buka

tangan. Pelbagai alasan diberikan bagi membenarkan perbuatan

demikian. Biasanya, maksud keselamatan adalah diutamakan. Saya

tidak boleh komen banyak. Semasa saya menuntut Silat Cekak

dulunya, tidak pernah wujud pukulan buah Pertama secara buka

tangan.

Begitu juga dengan pukulan pada buah-buah yang

menggunakan Kaedah A. „Cucukan‟ pada tengkok telah diketepikan.

Bila masuk pelajaran potong, baru dikehendaki berbuat demikian.

Tidak tetap pendirian. Sifat itu boleh mendidik para penuntut

berwatak tidak tetap pendirian.

Page 154: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 144

Buah Kidung Kiri juga ada perubahannya. Nampaknya,

tetakan di lengan, diganti dengan „tepukan bebas di mana-mana

tempat.‟ Tidak ada penekanan. Tepuklah di mana-mana. Tidak kisah.

“Aww”. Bunyi suara akibat tepukan berkenaan. Bila dilurut maka

bertambahlah awwnya. Pada hal, tetakan tersebut adalah merupakan

satu gerak pukulan yang amat penting. Boleh menyebabkan lawan

kita mudah dijatuhkan.

Saya pernah menulis tentang pengalaman saya menerima

tetakan Kidung Kiri dari Ustaz. Saya dapat rasakan betapa pukulan

sedemikian menyebabkan lutut secara automatik menjadi lemah dan

mudah dijatuhkan. Tidak banyak menggunakan kekuatan. Tidak

teruk-teruk pulas tangan atau sebagainya. Sepatutnya, tugas

Jurulatih ialah memberi penekanan pada tempat yang patut dibuat

tetakan. Beri perhatian pada situasi yang membolehkan wujud

perkaitan antara tetakan di lengan dengan kelemahan pada lutut.

Latihlah secara bersungguh hati. Tetak betul-betul. Cuma, kawal

kekuatan tetakan. Bukannya beratus kali kita membuat tetakan.

Adatnya empat atau lima kali perbuatan sedemikian kerana banyak

lagi buah lain yang perlu kita buat latihan.

Kalau dikira faktor keselamatan, semasa kami menuntut Silat

Cekak dulunya, kami juga adalah penuntut di pusat pengajian. Tulang

masih muda. Alhamdulillah, tidak ada yang tercedera. Ikhlas belajar

dan ikhlas mengajar agaknya. Bagi mengelak kecederaan, pukulan

boleh diperlahankan. Perkara penting ialah jangan diubah bentuk

pukulan. Cuma, kadar atau peratus pukulan boleh dikurangkan.

Kalau terlajakpun pasti tidak memudaratkan. Nampaknya, pukulan

yang tidak sepatutnya dibuat telah ditambah manakala pukulan yang

sepatutnya dibuat telah diabaikan.

Page 155: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 145

Kini, Silat Cekak rancak bertapak di sekolah-sekolah. LPT

boleh memikirkan susunan pelajaran yang bersesuaian dengan umur

dan kekuatan badan pesilat sedemikian. Asasnya, murid-murid

sekolah masih terikat dengan peraturan sekolah. Kita tidak ada hak

sepenuhnya pada mereka. Kalau sudah tamat sekolah, tidak ada

kawalan dari pihak lain. Oleh itu, bolehlah difikirkan penyesuaian

tanpa mengorbankan konsep dan falsafah Silat Cekak.

Masa saya dulu, tidak dinafikan betapa adanya pukulan-

pukulan yang tidak digalakkan secara padu pada sasaran. Hal yang

demikian adalah kerana faktor kemudaratan yang jelas. Misalnya,

pukulan Sendeng Atas. Pukulan tetap dibuat secara laju, tapi

dihentikan di bawah dagu. Tetap di bawah dagu. Kalau terlajakpun,

situasi berkenaan teramat kurang.

Setahu saya, tidak pernah berlaku dalam sejarah, penuntut

silat kehilangan dagu atau kehilangan gigi akibat latihan buah

berkenaan. Lebih baik situasi penerangan sedemikian daripada

situasi membuat pukulan Sendeng Atas yang jauhnya „berbatu‟ dari

dagu. Apabila masuk pelajaran potong, penuntut diarah membuat

pukulan di bawah dagu. Hal yang demikian akan menyebabkan

penuntut terkeliru. Dari segi psikologi pendidikan, perbuatan tersebut

mendidik para penuntut kita bersifat tiada pendirian. Maknanya,

pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan. Sifat berpura-puralah

namanya itu. Itulah salah satu sifat utama yang mendorong kepada

punca pepecahan dalam persilatan Silat Cekak.

Walau bagaimanapun, untuk pukulan Paras, kita

menerangkan kepada penuntut bahawa pukulan itu adalah secara

tetakan atau pukulan secara tangan dibuka di bahagian tengkok atau

di bahagian belakang kepala. Sasarannya adalah berbeza bagi

Page 156: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 146

kedua-dua jenis pukulan itu. Kesannya juga adalah berbeza mengikut

pukulan tersebut. Tetakan boleh membawa kematian, manakala

tamparan boleh membawa pengsan.

Oleh sebab berbahaya, penuntut hanya diberi penerangan

tetapi dilarang membuat pukulan di tempat berkenaan secara

bersungguh. Kita tidak mahu menanggung risiko. Walaupun mungkin

ada yang ingin pembuktian, tapi kita perlu berhati-hati. Kita lebih tahu

akan kesan kemenjadiannya. Namun begitu, pukulan tetap dibuat

tetapi bukan di bahagian tengkok. Hal yang demikian bagi mengelak

kemudaratan.

Pernah berlaku seorang penuntut yang tidak mempercayai

akan kesan pukulan tersebut. Beliau inginkan pembuktian. Tidak ada

jalan lain, melainkan menunjukkan bukti pukulan sebenar. Nampak

kesannya. Tersungkur ke depan dalam keadaan nampak bintang dan

tidak ketahuan diri. Itulah kesan yang boleh membawa kepada

kemudaratan. Perbuatan dalam kelas yang perlu diberi perhatian.

Samalah juga dengan Buah Lintau. Pukulan pada bahagian

belakang boleh mengundang pitam atau pengsan. Saya sendiri

pernah merasainya. Oleh itu, pasangan penuntut disaran supaya

menahan dengan tangan di bahagian sasaran belakang tersebut

supaya pukulan Lintau dapat dilakukan. Kita buat tambahan gerak

pada pasangan demi keselamatan dirinya. Bukan tambahan gerak

pada diri sendiri. Kalau dengan lawan, tidak perlulah kita beri ingatan

supaya tangan menahan bahagian belakang. Kecualilah ketika kita

membuat buah jatuh Gayung Patani. Kita beri arahan pada lawan.

“Jangan tendang rusuk ye!. Dah tak ada pelajaran.”

“Ok.” Kata sahutan lawan.

Page 157: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 147

Pada saya, bentuk pukulan tidak perlu diubah suai. Jika ada

gerak pukulan, nyatakan gerak sebenar pukulan tersebut. Jangan

disembunyikan. Cuma, kadar atau peratus pukulan boleh

dikurangkan. Begitu juga sasaran pukulan yang perlu diberi

perhatian, terutamanya pukulan yang melibatkan tengkok. „Boleh

jalan‟. Banyak mudaratnya pada kita yang bertanggungjawab sebagai

seorang Jurulatih. Terpaksa menanggung beban. Perlu diberi

pengawasan.

Kesimpulan kefahaman yang melencong.

Seperti yang saya selalu saya tegaskan, kepelbagaian

persatuan Silat Cekak menjadikan pengawalan berpusat pada Silat

Cekak itu sendiri amat sukar dilakukan. Ketika ini ramai pihak yang

boleh membuat ulasan dalam persilatan Silat Cekak. Apatah lagi

apabila ada dalam persatuan Silat Cekak itu sendiri yang mendakwa

bahawa Silat Cekak adalah hak masyarakat.

Mentang-mentanglah Silat Cekak dikatakan hak masyarakat

maka ramai ahli yang boleh sewenang-wenangnya membuat ulasan

tentang Silat Cekak. Oleh itu ramailah ahli yang mengulas tentang

Silat Cekak walaupun belum sampai akal balighnya dalam persilatan

Silat Cekak. Hak masyarakat adalah hak untuk semua. Ahli silat juga

adalah merupakan ahli masyarakat. Cakaplah tentang apa yang nak

dicakapkan. Asalkan logik maka semuanya boleh diambil kira.

Hinggakan ada yang mengulas tentang silat mengikut rasa. Logik

menjadi perkara utama.

Adat dan adab telah kurang diambil kira. Warisan mutlak

dianggap warisan masyarakat. Kalau Silat Cekak dianggap sebagai

warisan mutlak, maknanya pada mereka Silat Cekak itu menjadi

Page 158: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 148

peninggalan dan hak kepada masyarakat. Hak individu telah

dinafikan kalau mengikut tafsiran mereka. Tertegak hak masyarakat,

terbenam hak individu. Itu sebabnya timbul gerakan pemikiran untuk

menidakkan mandat pada guru yang ada.

Fikiran ahli cuba dicelarukan lagi dengan istilah-istilah warisi

dan pusakai. Hingga ada yang lantang bersuara bahawa “mana-

mana ahli Silat Cekak Hanafi yang mempelajari, memahami dan

menghayati perjuangan Allahyarham Ustaz Hanafi Hj. Ahmad dalam

Silat Cekak Hanafi maka merekalah sebenarnya pewaris warisan

mutlak.” Malah yang lebih berani, sanggup mengatakan Silat Cekak

bukan milik Ustaz Hanafi walaupun perjuangan menegakkan Silat

Cekak hasil usaha dan sumbangan Ustaz yang hakiki.

Saya penuh yakin bahawa dalam konteks silat, fahaman ini

sangat berbahaya. Tujuan di sebaliknya amat ketara. Kalau bukan

lagi hak Ustaz Hanafi maka kita tahu apa tujuannya. Saya berasa

yakin bahawa tujuannya semata-mata untuk menafikan mandat yang

diterima oleh Guru Silat yang ada. Pandangan dan pemikiran

tersebut perlu diuar-uarkan segera. Guru Kontrak perlu diberi

pengiktirafan. Kalau menjadi hak masyarakat maka pelantikan Guru

Kontrak barulah memberi makna. Selepas ini saingan menjadi Guru

Utama adalah secara terbuka. Sesiapa pun boleh menjadi peneraju

utama, asalkan seperti yang cuba ditegaskan mereka, orang itu

mestilah pelajari, memahami dan menghayati peninggalan Ustaz

Hanafi. Apakah kayu ukurnya ke atas ketiga-tiga aspek tersebut.

Mereka saja yang mengerti.

Tapi, siapa pula yang berani menyanggahnya. Sebagai ahli

yang telah sekian lama berkecimpung dengan Silat Cekak, terasa

sedih juga dibuatnya. Hendak buat macam mana. Yang faham pun

Page 159: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 149

sudah tidak tentu hala pegangannya. Ramai yang telah mempelajari

aspek fizikal dan fahaman Silat Cekak. Berlori-lori banyaknya.

Penyudahnya, faham langsung takde. Apatah lagi untuk

menghayatinya. Ada yang faham tapi sukar untuk menghayati kerana

kawan dan kepentingan diri. Kerana itulah agaknya ramai pencinta

Silat Cekak yang menganggap bahawa kita semakin lari daripada

trek yang diasaskan Ustaz Hanafi.

Begitulah perkembangan terbaharu yang dapat saya kesan

dalam perkembangan Silat Cekak masa kini. Salah atau benar, fikir-

fikirlah sendiri. Pada saya itulah hakikatnya yang ada. Perkembangan

inilah yang banyak mempengaruhi rupa bantuk Silat Cekak.

Persatuan-persatuan Silat Cekak yang tidak ada mandat sering

mengenepikan adat dan adab yang telah terbentuk sejak zaman

Ustaz.

Malah, konsep mandat yang merupakan perdu dalam adat

dan adab bidang persilatan Silat Cekak, telah diketepikan. Kalau

penafian ini boleh dilakukan maka saya yakin akan banyak lagi

perubahan yang akan berlaku dalam Silat Cekak sama ada bidang

persilatannya atau pun bidang kefahamannya.

Ketika ini semakin ramai ahli yang bertanya-tanya akan

keaslian Silat Cekak. Mana satu asal usul Silat Cekak yang

sebenarnya. Seperti yang selalu saya tegaskan, dalam politik silat

kita, apabila mandat telah tiada, pemilihan Guru dalam persatuan

berkenaan adalah terbuka. Sesiapapun boleh menjadi Guru. Untuk

menunjukkan pengaruh, wang adalah merupakan faktor utama. Saya

yakin akan tersebarlah politik wang dalam kalangan bakal Guru

dalam Silat Cekak yang tidak ada mandat.

Page 160: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 150

Sama ada tulisan ini berkesan atau tidak, bukan tujuan utama.

Selain daripada menjadi tulisan sejarah satu masa nanti, mungkin

ada antara ahli yang dapat jadikan panduan. Tidak ramai ahli-ahli

silat yang faham tentang Silat Cekak sejak zaman Ustaz.

Kadang-kadang saya terfikir tentang orang-orang sibuk tapi

suka menyebokkan diri. Setiap kita biasanya ada tugas tertentu yang

diamanahkan oleh kerajaan atau sektor swasta. Ramai penggerak

dalam Silat Cekak mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Ada

yang menjadi peguam, ada yang menjadi pegawai tertinggi kerajaan,

ada yang menjawat jawatan-jawatan penting dalam sektor swasta

seperti perbankan dan macam-macam ada, sesuai dengan

kebolehannya. Tugas-tugas tersebut adalah sebagai ‟core business‟

mereka.

Tetapi kenapa mereka ini tersangat pentingkan pengurusan

Persatuan Silat Cekak dan silat itu sendiri hingga cuba campur

tangan dan menguasai perjalanannya. Pada hal Silat Cekak telah

ada Guru Utama yang sah dan benar. Beliau boleh menumpukan

perhatian pada silat dan merupakan profesyennya. Sepatutnya tugas

orang lain hanya membantu Guru Utama.

Kalau kita kata bahawa kita ada tanggungjawab untuk

membetulkan keadaan, siapalah kita untuk mengatakan demikian.

Tidak ada siapa yang melantik diri kita untuk berbuat sedemikian.

Ada satu teori X dan Y tentang pelakuan tersebut. Saya

pernah mempelajarinya waktu saya belajar dulunya. Teori itu merujuk

pada sifat seorang manusia dan bukannya pada generasi manusia.:

Page 161: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 151

“Manusia dibahagi kepada dua golongan iaitu manusia X

yang bersifat negatif dan manusia Y yang bersifat positif. Manusia X

kebanyakannya secara semula jadi tidak suka bekerja, kurang

bercita-cita, suka dikerah dan disuruh, suka menentang perubahan

dan tidak begitu bijak. Manakala manusia Y terdiri daripada menusia

yang suka bekerja dan mencarinya, mereka juga sukakan sifat

penyertaan bersama, mereka dapat menentukan matlamat sendiri

dan bertanggungjawab serta amanah dan mereka ialah manusia

yang kreatif.”

Kalau ditafsirkan, manusia Y adalah bersifat positif.

Malangnya walaupun ramai manusia Y dalam Silat Cekak tapi

akhirnya membawa mereka kepada matlamat sendiri untuk berkuasa

dalam Silat Cekak. Apabila diberi peluang untuk berkongsi kuasa,

habis semuanya, dengan guru sendiri hendak dikuasainya.

Begitulah betapa cantiknya teori tersebut tapi tidak menjadi

dalam Silat Cekak. Kalaulah kepakaran yang ada digunakan

sepenuhnya untuk membangunkan Silat Cekak, sudah tentu silat kita

semakin hebat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, sifat buruk

tetap ada dan sukar dihindari. Menentukan matlamat sendiri

bermakna selaras dengan matlamat organisasi dan persilatan kita.

Sebaliknya lain yang terjadi.

Dalam apapun persatuan atau organisasi, ada satu lagi teori

mengenai gelagat manusia yang wujud. Kebiasaannya terdapat

empat (4) kumpulan manusia yang mempunyai pelbagai macam

perangai. Kumpulan pertama ialah kumpulan manusia perintis atau

pencipta atau pencetus. Mereka sukakan perubahan dan lain

daripada kebiasaan. Mereka inilah manusia luar biasa yang sentiasa

memberi sumbangan kepada kemajuan persatuan. Dalam konteks

Page 162: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 152

Silat Cekak, kumpulan inilah yang sering pertahankan Guru. Jika

mereka terlantik sebagai pengerusi cawangan atau ahli-ahli sebarang

jawatankuasa, hasil kerja yang terhasil adalah amat tinggi nilainya.

Kumpulan kedua ialah kumpulan pemimpin tidak rasmi.

Kumpulan ini juga terbuka kepada perubahan tetapi sering

memikirkan kesannya terlebih dahulu. Mereka menjadi pemimpin

tidak rasmi kerana mempunyai pengikut. Ramai yang menyokong

mereka kerana hubungan dengan ahli begitu rapat dan mempunyai

sesuatu kebolehan yang boleh menarik perhatian ahli. Mereka juga

bersedia menjadi pemimpin untuk menggerakkan sesuatu

perubahan. Kumpulan ini jika bercanggah dengan ketua organisasi

maka kesannya amat besar sekali kerana mereka mempunyai

pengikut. Pengaruh mereka begitu kuat dan boleh meranapkan

persatuan.

Kumpulan pengikut merupakan kumpulan terbesar dalam

mana-mana organisasi. Penglibatan mereka dalam persatuan banyak

bergantung pada pengaruh pemimpin yang ada dalam persatuan

tersebut. Pendirian mereka tidak tetap. Siapa yang berjaya menarik

perhatian mereka, itulah pemimpin mereka.

Satu lagi kumpulan ialah kumpulan penentang. Mereka

menentang setiap perubahan yang ingin dilakukan. Peratusnya kecil

tapi tidak ada pengikut. Dalam Silat Cekak, mereka ini ialah golongan

yang sudah lama diketepikan. Jawatan tidak ada. Mengajar silat pun

tidak bagus. Cakap saja banyak dan cakap pun tidak serupa bikin.

Setiap kumpulan itu mempunyai pandangan dan sikap yang

berbeza-beza tentang rupa bentuk persilatan Silat Cekak. Mereka

akan mentafsir rupa bentuk Silat Cekak berdasarkan kemampuan

Page 163: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 153

berfikir atau tahap pemikiran mereka sendiri. Hal yang demikianlah

yang turut menjadi faktor penyebab pada perbezaan pendapat dalam

persilatan Silat Cekak.

Aspek Psikologi Pembelajaran Silat Cekak.

Pada pendapat saya, pukulan pada buah Pertama tidaklah

seberbahaya pukulan pada buah Paras, Lintau dan beberapa buah

yang lain. Saya bertegas bahawa tidak ada sebab atau tidak ada

keperluan untuk menidakkan pukulan pada buah Pertama. Buah

itulah pertama kalinya diperkenalkan pada para penuntut setelah

mereka mempelajari Kaedah. Sesuatu yang pertama kali, pasti akan

meninggalkan kesan yang mendalam. Itu sebabnya cinta pandang

pertama tidak akan mudah dilupakan sampai bila-bila.

Teringat ketika saya masih belajar dalam kelas silat dulu.

Keseluruhan penuntut kelas saya adalah terdiri dari mereka yang

pernah belajar persilatan Melayu. Macam-macam nama silat yang

mereka pelajari. Namun begitu, timbul minat di hati masing-masing

untuk mengetahui tentang Silat Cekak. Kebetulan pula pada masa

itu, nama Silat Cekak mula muncul dalam situasi, ramai guru-guru

silat Melayu yang mengecam kemunculan Silat Cekak.

Konvensyen silat Melayu yang diadakan di USM, telah

mengenengahkan nama Ustaz Hanafi sebagai guru silat yang penuh

„kontroversi‟. Seorang guru silat yang berani menyentuh perasaan

dan kebiasaan pesilatan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.

Timbul perselisihan atau perbahasan pendapat hingga berlarutan dan

berterusan serta agak meluas antara Ustaz dengan golongan yang

berlainan fahaman atau pendirian dalam persilatan Melayu. Medan

akhbar dan majalah menjadi media utama. Misalnya perbahasan

Page 164: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 154

secara tulisan dalam majalah Dewan Masyarakat. Malah, sering

keluar artikal dalam Berita Harian tentang Silat Cekak yang dianggap

„melampau‟ dalam saingannya dengan silat Kalimah.

Situasi yang ada ketika itulah yang menarik minat para siswa

Universiti Malaya untuk memasuki Silat Cekak. Dari jumlah seramai

lebih daripada lima puluh orang, hampir tiga suku daripadanya telah

berumur. Rata-rata umur mereka melebihi tiga puluh tahun. Ramai

juga yang telah mencecah umur empat puluhan. Latar belakang silat

yang ada menyebabkan mereka memberi perhatian pada

pembelajaran Silat Cekak.

Ketika pertama kalinya kami turun belajar silat, nampak

kelainan pada Silat Cekak. Tersangat mudah. Tidak banyak karenah

tentang adat istiadat persilatan berdasarkan kebiasaan silat Melayu.

Sistem pembelajarannya juga tersangat mudah. Tidak banyak gerak

dan tidak payah keluarkan suara. Senyap. Tumbuk pun senyap.

Menangkis seranganpun senyap. Hanya kedengaran „tampar

nyamuk‟ ketika buat Kaedah A dan keluhan suara sekali sekala

kerana sakit tangan menepis Kaedah B dan Kaedah C. Ada yang

mengeluh kerana bukan tangan yang ditepis, tapi angin yang ditepis.

Tampar angin. Kadang-kadang kedengaran suara ketawa kerana

kesilapan penuntut membuat tepisan. Tepisan tidak menjadi, badan

yang kena.

Namun begitu, pada sesetengah rakan penuntut, lain pula

tafsiran mereka. Bosan pun ada. Macam main-main. Tidak ada apa-

apa keistimewaan. Kalau belajar silat dulu, mengeluarkan suara

boleh menimbulkan semangat. Tapi kali ini tidak ada. Asyik „tampar

nyamuk‟ untuk Kaedah A. Penggunaan Kaedah B, ok juga. Kaedah C

dan Kaedah D, kurang faham tujuannya. Tidak nampak sangat akan

Page 165: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 155

faedahnya. Mana ada orang tumbuk di bahagian bawah. Nampak

buruk sifatnya. Bukannya ada kuda-kuda. Kalau ada kuda-kuda,

cantik juga akan tampak tumbukannya.

Sebagai ketua kelas berkenaan, kadang-kadang hal yang

demikian merisaukan saya juga. Jika ada dalam kalangan rakan

penuntut yang berhenti belajar, tentunya bilangan penuntut akan

kurang. Kalau bilangan ahli semakin kurang, semangat belajar pun

mungkin turut berkurang. Kerap kali saya cuba memujuk mereka

supaya habiskan belajar. Jangan main sekerat-kerat. Tidak sedap

pun.

Walau bagaimanapun, setelah habis pelajaran Kaedah, kami

begitu berminat hendak mengetahui tentang buah pukulan Silat

Cekak. Sebelum ini kami difahamkan Jurulatih Silat Cekak yang ada

bersama bahawa Silat Cekak amat mementingkan pukulan. Satu

pandangan yang berlainan dari kebiasaan dan amalan persilatan

kami yang sangat mementingkan tangkapan. Pukulan belakang kira.

Tangkap dulu.

Kami juga ingin mengetahui akan peranan Kaedah dalam

proses membuat buah. Inginkan pembuktian. Gebang atau labun

kah! atau satu kebenaran. Hal yang demikian kerana gerak Silat

Cekak tersangat asing bagi kami. Kurang peluang tengok kehebatan

Silat Cekak. Ketika itu, pertunjukan Silat Cekak jarang dapat dilihat.

Silat Cekak belum popular lagi. Oleh itu gambaran tentang Silat

Cekak adalah tersangat kurang.

Sampailah saat dan ketika. Ustaz turun menunjukkan buah

asas Pertama. Sayalah orang pertama mendapatkannya. Menanti

gerak buah dalam debaran. Sangat berkeinginan mengetahuinya.

Page 166: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 156

Rakan-rakan yang lain memberi tumpuan dan perhatian. Tiba-tiba

berbunyi suara. Wow! Satu pukulan yang tepat di rusuk kanan saya.

Semua orang terpegun.

Suasana senyap; melainkan suara saya. Bukan setakat itu

sahaja. Ustaz terus menunjukkan pukulan cara lain. Tangan dibuka,

tapi jarinya dilipat. Satu lagi pukulan hinggap di rusuk. Wow!

Sakitnya. Bukan setakat itu saja lagi. Kali ini Ustaz menunjukkan

pukulan cara lain. Tangan dibuka. Dibuatnya cucukan di bawah

ketiak. Wow! Bunyi lagi. Sakitnya. Semuanya bunyi Wow!. Tidak ada

langsung bunyi Awww!

Semua rakan penuntut berasa kagum. Baru tahu. Baru

nampak. Hebatnya Silat Cekak. Sekurang-kurangnya timbul

kesedaran bahawa pelajaran Kaedah yang pada mulanya dianggap

macam tidak ada apa-apa, rupa-rupanya, besar gunanya. Buah

Pertama adalah merupakan „first impression‟ kami pada Silat Cekak,

betapa pelajaran Kaedah dan buah Silat Cekak yang mula

diperkenalkan amat besar kesannya dijiwa. Sangkaan buruk pada

Kaedah Silat Cekak yang dianggap mudah, meleset begitu saja.

Tanggapan yang pertama itu membentuk perasaan yang

berkesan dalam kalangan hati kami betapa Silat Cekak adalah

merupakan satu silat yang hebat. Semuanya atas perbuatan

membuat pukulan pada buah Pertama. Timbul minat atau ghairah

untuk mengetahui buah-buah seterusnya. Mulalah kami serius sikit

untuk mempelajari Silat Cekak seterusnya. Nampak akan

standardnya.

Cuba kita kaji sistem pembelajaran Silat Cekak yang disusun

Ustaz sebegitu rupa. Dalam keadaan sakit di rusuk dan sakit di

Page 167: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 157

bawah ketiak ketika menjalani latihan buah Pertama, pelajaran Silat

Cekak ditenang kembali dengan pengenalan buah Gayung Patani.

Lembut geraknya. Tenang sifatnya. Perasaan tegang mula reda.

Kendur semuanya. Ingatkan kena lagi pukulan padu. Tapi lain

jadinya. „Pujukan‟ pada gerak.

Walau bagaimanapun, tanggapan yang mulai „reda‟ itu,

dikejutkan semula dengan kejutan pukulan Sendeng Atas. Woww

lagi! Dalam keadaan perasaan yang kembali reda, tiba-tiba ada

kejutan pada buah berikutnya. Walau bagaimanapun, pukulan-

pukulan seterusnya pada buah yang ada, telah menjadi satu

kebiasaan. Begitulah hebatnya sistem pembelajaran Silat Cekak.

Sistem yang telah diasas dan dimuktamadkan Ustaz.

Sebagai seorang „pengkaji‟ silat dan peminat silat, saya dapat

lihat betapa sistem pelajaran yang ada dalam Silat Cekak adalah

tersusun dengan kemas. Psikologi dalam sistem pelajarannya amat

tinggi. Itulah kesimpulan pada kami. Daripada sifat kepercayaan yang

semakin pudar pada Silat Cekak, penuntut dikejutkan dengan

pukulan pada buah Pertamanya. Hati tersentak. Kepercayaan dan

keyakinan mula datang kembali. Kemudian tenang semula dengan

pengenalan Gayung Patani, sebelum disentakkan fikiran pada buah

berikutnya.

Sampailah ke peringkat pemikiran, para penuntut tidak kisah

tentang buah-buah berikutnya. Sama ada akan dapat pukulan yang

hebat atau tidak, semuanya tidak mendatangkan masalah. Diri telah

bersedia manakala hati dan perasaan sudah boleh menerima segala

bentuk pelajaran seadanya.

Page 168: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 158

Ketika berbincang sesama ahli, tersangatlah kami kagum

dengan sistem yang sedemikian hasil pemikiran Ustaz. Saya pernah

menulis betapa kumpulan penuntut kelas saya, hampir kesemuanya

pernah belajar persilatan Melayu. Ada yang bertaraf Jurulatih dan

ada yang bertaraf guru. Mereka dapat membandingkan antara ilmu

yang mereka ada dengan sistem pelajaran Silat Cekak yang baru

dipelajari. Nampak akan keistimewaan Silat Cekak.

Cubalah juga para pembaca buat kajian sendiri. Fikir sendiri.

Kenapa Kaedah ABCD tidak dilatih secara turutan bersekali dengan

buah-buah Silat Cekak yang ada. Selepas buah Pertama dengan

Kaedah A, sepatutnya diikuti buah Kuntau Jatuh dengan Kaedah B.

Seterusnya Buah Kilas Depan dengan Kaedah C dan diikuti dengan

Buah Hempuk untuk Kaedah D. Kemudiannya diikuti dengan buah-

buah lain. Ataupun, kesemua buah dikumpul pada kaedah yang

tertentu. Untuk Kaedah A, kumpulkan semua buah yang berkaitan.

Begitu juga dengan Kaedah-Kaedah lain.

Tentu ada sebab maka sistem pelajaran Silat Cekak tidak

disusun mengikut turutan Kaedah A, B, C dan D. Buatlah

perbincangan sendiri. Hal yang demikianlah saya katakan sebagai

aspek psikologi pendidikan yang tinggi dalam sistem pembelajaran

Silat Cekak.

Itu sebab juga saya mempertahankan betapa pukulan buah

Pertama perlu diambil berat. Hal yang demikian adalah merupakan

tanggapan pertama penuntut pada Silat Cekak. Gunakan

kesempatan untuk menegaskan bahawa Silat Cekak bukannya silat

main-main. Sistem pembelajarannya adalah secara berperingkat.

Dari mudah kepada payah. Dari payah kepada senang. Dari banyak

kepada sikit. Dari sikit kepada mudah.

Page 169: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 159

Kalau tangan dibuka untuk maksud pukulan buah Pertama,

hilanglah maksud tanggapan hebat pada sentuhan pertama itu.

Tentunya, jeritan Wow! akan diganti dengan rasa geli „Awww‟. Maka

berkumandanglah bunyi-bunyi „Awww‟. Cukup. Hari dah gelap. Hujan

nak turun.

Kiasan Kaedah Sebagai Rumah Buah.

Kalau kita membincangkan aspek keselamatan,

sesungguhnya buah-buah Silat Cekak akan mendatangkan

kemudaratan jika dilakukan secara tidak berhati-hati. Walau

bagaimanapun, kes yang berlaku adalah sangat terpencil. Umumnya,

semua pesilat boleh menjaga diri. Umpama kata orang tua-tua, “Yang

lelaki dah besar panjang dan yang perempuan dah besar lebar.”

Sepanjang saya menjadi Jurulatih, hanya seorang penuntut

yang pernah mengalami kecederaan teruk semasa latihan. Tidak

salah saya, bahunya patah ketika pasangannya mengambil buah

Pasung Kemanga. Ketika pasangannya menyentap tangan, penuntut

berkenaan tidak seimbang dan bahunya jatuh terlebih dahulu. Patah

tebu. Hal yang sama juga boleh berlaku apabila kita mengambil

buah-buah yang bersifat jatuhan Kuntau jika tidak berhati-hati.

Pada pandangan saya, sesuatu pukulan yang melibatkan urat

saraf, memerlukan pengawasan daripada Jurulatih. Pukulan Paras

dan Lintau adalah mewakili sifat buah yang sedemikian. Kesannya

boleh pengsan atau membawa maut. Itu sebabnya, dalam menyahut

cabaran dari persilatan lain di satu masa lalu, Silat Cekak meletakkan

kalah menang adalah berdasarkan faktor patah, pengsan atau mati.

Sesungguhnya, pukulan-pukulan yang ada dalam Silat Cekak mampu

berbuat demikian.

Page 170: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 160

Jurulatih yang baik adalah Jurulatih yang boleh menerangkan

kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku ketika membuat gerak

pada setiap buah Silat Cekak. Saya berasa puas kerana merasa

semua kemungkinan tersebut. Memang saya relakan diri untuk

Ustaz membuktikan kehebatan setiap buah Silat Cekak. Saya

sentiasa inginkan pembuktian akan kehebatan setiap buah Silat

Cekak. Cuma, mati dan patah yang tidak mahu saya rasai. Setakat

pitam atau terpunga-pinga, perkara biasa.

Pada saya, tidak dapat dinafikan betapa keupayaan

seseorang Jurulatih itu akan banyak mempengaruhi penguasaan ilmu

Silat Cekak dalam kalangan anak didiknya. Sesuailah konsep

gerabak keretapi yang akan „berlari‟ seperti mana larian kepala

keretapi tersebut. Kemas gerak Jurulatih maka akan kemaslah gerak

para penuntutnya. Kalau pengajaran tidak bersungguh hati maka

lahirlah anak didik yang kurang sifat kesungguhannya. Saya selalu

mengulas akan hal yang demikian dalam tulisan-tulisan yang

terdahulu. Oleh itu, para Jurulatih perlu perkayakan diri dengan

segala aspek ilmu yang ada dalam Silat Cekak. Hal yang demikian

akan membolehkan mereka menyampaikan pelajaran secara

berkesan tanpa membuat tambahan gerak atau penambahan

penerangan secara suka-suka hati.

Ketika menyampaikan pelajaran asas buah Pertama, jangan

lupa menegaskan kehebatan Kaedah A. Kaedah itu sangat

diutamakan dalam Silat Cekak kerana kaedah A adalah salah satu

kelebihan yang ada dalam pelajaran kita. Dalam Kaedah yang empat

itu, Kaedah A agak susah sikit untuk melakukannya. Apapun

alasannya, gerak yang dianggap susah, biasanya ada kelebihan yang

tertentu.

Page 171: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 161

Menurut kajian Ustaz, kaedah itu tidak ada pada mana-mana

persilatan Melayu yang lain. Kalau adapun bentuk tepisan berkenaan,

tangannya telungkup bagi menolak serangan tangan lawan.

Pergerakannya lambat dan terhenti kerana kebiasaannya pergerakan

itu menunggu tindak balas lawan. Oleh itu, sifatnya akan suka

bermalam. Sifat yang sedemikian bukannya cara kita. Dalam

persilatan Silat Cekak, kita sentiasa berpegang pada falsafah yang

ada. „Makan Gerak Dalam Gerak.‟

Kaedah kita, tangan telentang bagi menepis serangan lawan.

Buah-buah yang menggunakan Kaedah A, hebat pukulan

pemakannya. Cepat pula pergerakan atau tindak balasnya. Kita boleh

buktikan kata-kata tersebut melalui gerak-gerak pukulan yang ada

pada buah-buah yang diambil melalui Kaedah A. Tidak kurang juga

dengan buah-buah lain yang menggunakan Kaedah yang berlainan.

Buat betul-betul. Buatlah dengan sepenuh hati.

Kaedah-kaedah menepis dalam Silat Cekak saya sifatkan

sebagai „rumah buah‟. Dari dalam „rumah‟ itulah maka lahirnya gerak-

gerak buah yang ada dalam Silat Cekak. Akan tetapi jika ada yang

membandingkan Kaedah sebagai tiang rumah atau dinding rumah

atau rumah sembah atau tapak sembah atau sebarang bentuk

pelambangan yang lain, buatlah. Perkara pentingnya ialah kita faham

akan peranan Kaedah untuk menghasilkan buah-buah dalam

persilatan Silat Cekak.

Kita yakin bahawa dari kaedah, pelbagai bentuk pukulan atau

buah yang amat berkesan dapat dihasilkan. Buahnya ringkas tapi

amat berkesan. Begitu juga dengan Kaedah Silat Cekak itu sendiri

yang boleh dianggap mudah dan ringkas. Tapi, tersangat besar

faedahnya. Atas keyakinan tersebutlah kita berani meletak syarat

Page 172: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 162

tegas untuk berentap dengan silat lain satu ketika lalu. Kita yakin

bahawa penggunaan Kaedah yang ada, amat memberi manfaat pada

pengamal Silat Cekak. Tidak banyak guna kekuatan. Geraknya

selamba dan semula jadi. Namun begitu, jangan pula dipermudahkan

pembelajaran Kaedah.

Sesungguhnya Silat Cekak amat mementingkan Kaedah.

Tanpa penguasaan Kaedah yang betul, maka buah-buah yang dibuat

pasti tidak kemas dan tidak berseni. Menurut Ustaz, ketika kita

menyahut cabaran untuk berentap dengan satu silat yang lain pada

satu ketika lalu, penguasaan pada Kaedah amat penting. Persediaan

latihan lebih banyak pada latihan Kaedah bagi memastikan

penguasaannya mantap dan berkesan. Muktamad mematikan

serangan lawan.

Saya pernah menulis bentuk latihan Kaedah tersebut. Ada

dua (2) perkara yang dipentingkan. Pertamanya ialah kepantasan

tangan menepis sebarang bentuk serangan tangan dalam situasi

yang spontan. Keduanya ialah kemantapan badan yang tidak

bergerak atau beralih kedudukan. Ada jenis latihan yang boleh

dilakukan seperti yang diberitahu Ustaz.

Oleh itu, kaedah yang empat itu perlulah diajar selama empat

kali latihan. Jangan gopoh dan terburu-buru untuk meneruskan

pelajaran lain selagi kaedah-kaedah itu tidak dikuasai sepenuhnya.

Janganlah kita berasa jemu mengajar kaedah-kaedah tersebut untuk

empat kali latihan. Hinggakan kita turut menganggap penuntut pun

akan berasa jemu. Oleh sebab hendak menambat hati mereka maka

pelajaran yang sepatutnya diajar empat kali latihan telah menjadi dua

atau tiga kali latihan. Amat merugikan para penuntut.

Page 173: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 163

Setiap kaedah ada sifat dan penekanan penggunaannya.

Latihan Kaedah boleh mendatangkan kemudaratan pada penuntut

yang tidak cerdas dan cergas. Lengan dan bahagian atas siku

mungkin lenguh dan menjadi biru apabila tumbukan kita ditepis

dengan menggunakan Kaedah A. Tentu ada dalam kalangan

penuntut yang bersungut. Katakan pada mereka. Hal yang demikian

adalah buat sementara waktu. Namun begitu, jika Kaedah itu terus

dilatih secara berterusan, rasa sakit atau warna biru di lengan akan

hilang. Tangan akan menjadi mangli apabila pasangan kita membuat

tepisan.

Walau bagaimanapun, sebagai Jurulatih kita perlu mempunyai

pengetahuan yang luas tentang kesan latihan Kaedah. Setelah kesan

sakit pada lengan berkurangan, rasa sakit akan beralih tempat ketika

mereka berlatih Kaedah B dan C. Kawasan antara pergelangan

tangan hingga ke siku adalah menjadi sasaran. Adatnya, tangan

pesilat akan berasa sakit ketika membuat Kaedah B. Sebaliknya,

kesakitan itu akan beralih pada pasangannya ketika membuat latihan

Kaedah C. Jika ada dalam kalangan penuntut yang bersungut, kita

tahu akan puncanya. Seterusnya, semasa mempelajari Kaedah D,

pasangan pesilat akan berasa tenang kerana tidak sakit lagi. Sudah

mangli.

Itulah pengalaman yang perlu ada pada penuntut Silat Cekak.

Kaedah Silat Cekak nampak senang, tapi payah. Akhirnya tersangat

mudah. Mula-mula sakit, lama-lama hilang sakitnya. Itulah situasi

yang pasti wujud. Kalau pesilat tidak mengeluh rasa sakit, ada dua

kemungkinan. Pertamanya kerana tidak cukup latihan. Pelajaran

Kaedah dilonggok dalam satu atau dua kali latihan. „Setakat ambil

Kaedah‟. Keduanya kerana tumbukan layang. Tidak tepis pun tidak

Page 174: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 164

kena sasaran. Kalau Kaedah tidak mantap maka buah-buah yang

lahir dari gerak Kaedah itu kurang berseni.

Berhati-hati ketika memberi arahan. Amat mudah kita

menegaskan pada penuntut ketika membuat Kaedah. “Kena atau

sentuh baru ambil kaedah” atau “Jangan pukul atau hentak tangan si

penumbuk bagi kaedah B, C dan D. Nanti sakit.” Berdasarkan

pengalaman, kata-kata tersebut susah diterima secara logik tanpa

ada penjelasan yang jelas. Maka timbullah persoalan dalam fikiran

para penuntut. Berhati-hatilah ketika membuat penerangan.

Sampaikan saja pelajaran tanpa banyak membebel pada pemulaan

pelajaran.

Mengajar kaedah perlu bersepadu dengan pengajaran cara

membuat tumbukan. Silat Cekak berdiri lurus dan menumbuk dalam

keadaan berdiri tersebut. Perbandingan antara konsep „lurus‟ dengan

„kuda-kuda‟ perlu berhati-hati ketika membuat penerangan. Hal yang

demikian bagi mengelak penuntut kita bergerak secara robot. Konsep

kemudahlenturan gerak perlu dimiliki oleh mereka.

Banyak gelagat tumbukan para penuntut yang perlu

diperbetulkan. Ambil berat sikit. Jangan biarkan mereka melepaskan

tumbukan ikut suka hati. Ada yang menumbuk untuk Kaedah C

secara merendahkan kedudukan diri. Secara langsung, hal yang

demikian akan mengundang sifat berkuda-kuda. Amat merugikan

gerak pesilat. Ada juga dalam kalangan pesilat yang melepaskan

tumbukan yang sengaja menyimpang dari sasaran. Maknanya, kalau

pasangannya tidak menepis, tumbukannya pun tidak mengena.

Pelihara kawan. Sebenarnya amat merugikan kawan. Tidak rasa

nikmat berlatih pelajaran Kaedah. Sekurang-kurangnya merasai

nikmat sakit.

Page 175: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 165

Saya tidak akan membincangkan kaedah melepaskan

tumbukan dalam tulisan ini. Buatlah rujukan untuk mengetahui cara-

cara melepaskan tumbukan, sasaran tumbukan, pandangan mata

dan gerak badan. Semuanya ada perkaitan. Apapun, dalam

pembelajaran Silat Cekak, segala-galanya bermula dari pelajaran

Kaedah.

Memahami ‘Buah Keputusan’ Dalam Silat Cekak.

Gerak bela diri yang ada dalam masyarakat Melayu adalah

dikenali sebagai silat. Banyak tafsiran tentang silat. Biasanya, silat

dianggap satu seni permainan atau kepandaian berjuang dengan

menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri.

Dalam penggunaan bahasa harian, kalau silat digunakan sebagai

permainan, selalunya gerak silat itu adalah merujuk sebagai silat

pulut atau silat pengantin. Ada yang bergelar silat jatuh. Kalau pesilat

itu jatuh maka dia dikira kalah dalam permainan silat tersebut.

Ramai tenaga pengajar yang ada dari bentuk persilatan pulut

atau silat pengantin tersebut. Mereka juga bergelar guru. Setiap

kampung ada silatnya. Hal yang demikian adalah merupakan budaya

hidup masyarakat Melayu. Penduduk kampung yang berkenaan

sahaja yang mempelajari silat tersebut. Masyarakat Melayu dulu

sangat berbangga dengan perkampungan mereka. Istilah kampung

adalah merujuk pada penghuninya yang mempunyai pertalian darah.

Tidak kiralah bau-bau bacang atau bau-bau kuinin.

Zaman semakin berubah. Konsep kampung juga telah

berubah. Istilah kampung mula merujuk pada kawasan.

Masyarakatnya bercampur gaul. Pertalian darah bukan lagi menjadi

ukuran petempatan. Hal yang demikian menyebabkan persilatan

Page 176: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 166

Melayu juga mula berkembang. Untuk berkembang, silat memerlukan

persatuan.

Berdasarkan pengalaman dan pembacaan, saya berpendapat

gerak persilatan orang Melayu itu asalnya bukan bernama. Kalau

ingin berkembang atau menyebarkan ilmu silat bekenaan, mesti ada

naungannya. Mereka ada pilihan sama ada bernaung di bawah

persatuan yang sedia ada atau menubuh persatuan sendiri. Kalau

tidak, akan menyalahi undang-undang. Untuk bergerak secara

menumpang persatuan atau mempunyai persatuan yang tersendiri,

silat itu perlu ada nama.

Maka lahirlah nama-nama pada persilatan berkenaan.

Biasanya nama-nama persilatan itu adalah merujuk pada tempat atau

pada nama-nama binatang. Adatnya, itu saja pengetahuan yang ada.

Mudah dan ringkas. Maka wujudlah pelbagai nama silat Melayu yang

ada kaitan namanya dengan binatang atau nama tempat.

Kita juga boleh buat perbincangan. Adakah nama Cekak telah

sedia ada dan diterjemahkan pada pengertiannya yang pelbagai.

Atau, dari pengertian dan sifat atau serta bentuk geraknya, maka silat

kita dinamakan sebagai Cekak. Bolehlah dibuat kajian.

Dalam persilatan Silat Cekak, terdapat unsur-unsur buah atau

penangkap semua keputusan silat-silat Melayu yang menjadi

sebahagian pelajarannya. Apabila disebut silat-silat Melayu,

bermakna kita merujuk pada gerak bela diri yang dipunyai orang-

orang Melayu. Seperti yang dijelaskan Ustaz dalam majalah Dewan

Masyarakat, Ogos 1973,

Page 177: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 167

“Tujuan mempelajari semua keputusan ini ialah supaya

ahli-ahli dapat menangkis dengan mudah pertarungan walaupun

lawannya menggunakan cara silat apa sekalipun.”

Kita harus faham bahawa Silat Cekak bukannya ciptaan

Ustaz. Hal yang demikian bermakna, tidak ada sebarang usaha

Ustaz menceduk gerak dari mana-mana persilatan Melayu yang ada

sekarang. Segala isi pelajaran yang diwarisinya adalah dalam

keadaan seadanya. Seperti yang ditegaskan Ustaz,

“Jelas kini saya telah melahirkan silat Cekak yang selama

empat puluh tahun terpendam di dada Yahya Said tanpa

diketahui orang. Saya mengenengahkannya kerana kepentingan

kebudayaan Melayu, menimbulkan pusaka Melayu yang asli lagi

bertanggungjawab agar mutu silat ini dapat dibanggakan.”

Maknanya, sejak awal tahun sembilan belas puluhan, buah-

buah keputusan tersebut telah sedia ada dalam pelajaran Silat

Cekak. Nama-nama buahpun adalah benar dan bukan direka-reka

dengan pengenalan baru. Itulah pelajaran yang ada. Kalau difikir-

fikirkan, sejak zaman „Si Tuah‟ lagi, nama-nama buah silat dalam

Silat Cekak adalah seadanya. Bukan nama baru. Bukan ciptaan baru.

Terdapat enam buah Silat Cekak yang bertaraf keputusan.

Buah-buah itu ialah Gayung Patani, Sendeng Atas, Hentak, Pasung

Kemanga, Terlak dan Lintau.

Dalam tulisan yang lalu, saya telah menegaskan betapa Ustaz

telah membuat pelarasan setelah bergelar Guru Utama. Kebolehan

yang ada pada diri Ustaz telah membolehkannya membuat kajian

dan menapis gerak-gerak yang ada itu untuk disesuaikan dengan

Page 178: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 168

tujuan bersilat. Tentunya tindakan Ustaz itu bagi melahirkan satu seni

silat Melayu yang benar-benar bertanggungjawab dan boleh

dibanggakan. Saya petik kembali kata-kata Ustaz,

“Selepas dimandatkan menjadi guru silat ini, saya tidak

terus berpuas hati setakat itu sahaja. Dengan pengalaman sejak

usia lapan belas tahun dalam seni silat dan kebatinan Islam

sejati, saya buat kajian dan menapis segala seni silat untuk

disesuaikan dengan tujuan bersilat dan sejajar pula dengan

peraturan agama Islam”.

Maka terimalah kita akan pelajaran Silat Cekak yang ada

sekarang ini. Setakat pengetahuan yang saya ada, buah keputusan

yang terlibat dengan maksud pelarasan ialah Gayung Patani,

Sendeng dan Lintau. Ustaz telah membuang pecahan buah Gayung

Patani yang menggunakan kaedah memusing tangan. Tidak

praktikal. Sesuai dengan gerak mainan. Buah Sendeng Bawah Kiri

dan Kanan telah diketepikan kerana memakan waktu. Lambat.

Manakala buah Lintau ditambah dengan pukulan di bahagian dada

dan di tengkok hadapan. Walau bagaimanapun, menurut Ustaz,

penambahan pukulan pada buah Lintau adalah atas pengesahan

Encik Yahya Said. Sebenarnya itulah pelajaran Lintau yang

sebenarnya dan telah dapat „dicungkil‟ oleh Ustaz.

Ustaz sendiri menerangkan pada saya. Kalau Ustaz tidak

mencungkil pukulan sebenar pada Lintau, maka pukulan Lintau

adalah setakat di bahagian pinggang. Maknanya pada saya, ada

pukulan yang cuba disimpan. Kalau Ustaz tidak mencungkilnya,

maka pukulan itu akan terkubur begitu saja. Kebolehan mencungkil

hanya ada pada anak murid yang berfikir. Kita selalu difahamkan

betapa seseorang guru itu sering „menyimpan‟ pelajaran. Bukan

Page 179: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 169

semua pelajaran disampaikan pada anak muridnya. Jelas pada kita

bahawa pelajaran yang disimpan itu adalah „habuan‟ pada anak

muridnya yang boleh berfikir.

Saya pernah menceritakan tentang sifat menyimpan pelajaran

di awal kepimpinan Ustaz sebagai Guru Utama. Zaman sebelum

Ustaz berhijrah ke Kuala Lumpur. Sifat menyimpan pelajaran itu,

bukan untuk habuan murid yang berfikir, tapi sengaja menyimpan

pelajaran untuk kepentingan diri. Saya difahamkan, ketika Ustaz

berada di hospital, orang kanannya menunjuk „belang‟. Buah-buah

yang ada pukulan hebat, cuba disimpan. Tidak diberitahu pada

penuntut. Apabila Ustaz menyedarinya, akhirnya orang kanan

tersebut telah tersingkir dari persilatan Silat Cekak. Mereka tubuh

silat baru.

Kita berharap, hal yang sama tidak akan berulang lagi ketika

ini. Kalau ada pukulan, tunjukkan cara pukulan dan sasaran pukulan

sebenar. Jangan buat mudah. Konsep simpanlah namanya juga.

Tapi, orang tua-tua ada mengatakan, “Ada ulu ada parang, ada dulu

maka ada sekarang.” Dulu telah berlaku maka sekarangpun

kemungkinan boleh berlaku. Walau bagaimanapun, murid yang

berfikir tetap akan bertambah pelajarannya.

Keistimewaan ‘Buah Keputusan’.

Dalam konteks gerak persilatan, keputusan adalah

bermaksud kesimpulan gerak. Ada kesudahan dan ada

keistimewaannya. Gerak buahnya adalah muktamad. Maknanya dari

segi teknik, geraknya adalah mantap yang melambangkan ketentuan

gerak yang sangat berkesan. Konsep berkesan adalah berhubung

Page 180: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 170

kait dengan cara melakukan gerak, pukulannya dan akibatnya pada

lawan.

Kalau ditanya saya kenapa Ustaz mengekalkan buah-buah

keputusan tersebut, maka penyataan Ustaz seperti yang dinyatakan

terdahulu adalah jelas. Dengan mempelajari keputusan-keputusan

atau buah-buah itu akan membantu para pesilat Silat Cekak untuk

menangkis sebarang bentuk serangan lawan. Kalau dapat

menangkis, maknanya boleh menjamin menjadikan ilmu Silat Cekak

lebih bertanggungjawab pada diri sendiri.

Ketika bersama Ustaz, tidak banyak masa digunakan untuk

berbincang tentang asal usul buah-buah keputusan yang ada dalam

Silat Cekak. Cuma, pernah satu ketika saya bertanyakan Ustaz

tentang perkara tersebut. Ustaz menerangkan bahawa nama-nama

pada buah itu adalah merujuk pada nama tempat. Misalnya, buah

Sendeng. Gerak buah tersebut dikaitkan dengan nama tempat yang

bergelar Sendeng. Begitu juga dengan buah-buah yang lainnya.

Gayung Patani, ada kaitan tempat dengan Patani. Lintau, Terlak dan

Kemanga, ada tempat yang bernama dengan gelaran tersebut.

Cuma Buah Hentak telah menimbulkan persoalan pada saya.

Buah tersebut dikatakan berdasarkan dari gerak Harimau. Tidak tahu

pulak saya, kalau Harimau juga telah ada nama perkampungannya.

Namun begitu, saya tidak pun bertanya. Kalau sudah terima

seadanya, saya „malas‟ nak ambil pusing tentang asal usul buah

berkenaan.

Saya tidak melanjutkan pertanyaan. Hanya mendengar

penerangan Ustaz. Cakap-cakap Ustaz memang ada logiknya.

Dalam masyarakat Melayu, mengaitkan nama dengan tempat lahir

Page 181: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 171

adalah merupakan satu kebiasaan dan penghormatan. Saya telah

nyatakan betapa tempat kelahiran yang lebih dikenali sebagai

kampung adalah merujuk pada penempatan yang penduduknya ada

pertalian darah. Itu sebabnya, orang dulu-dulu sangat berbangga

dengan konsep „balik kampung‟. Tapi, sekarang ini istilah itu

dianggap bersifat penghinaan.

Ramai tokoh hebat dalam pelbagai bidang yang merujuk

dirinya dengan nama tempat asal mereka. Mereka berasa bangga

dengan gelaran tersebut. Kejayaan mereka adalah merupakan

kejayaan kaum kerabatnya. Semua mereka berada dalam tempat

yang sama dan mempunyai pertalian darah yang kuat. Teringat saya

tokoh agama Shamsuddin Al-Sumatrani yang berasal dari Sumatra.

Hamzah Fansuri yang berasal dari Fansur, dan ramai lagi.

Oleh sebab kurang minat bertanya tentang asal usul nama

buah, tidak banyak perkara yang ditimbulkan Ustaz. Sekejap saja

perbualan mengenainya. Pada saya, Ustaz lebih tahu akan apa yang

dilakukannya. Buah Keputusan tersebut telah tersenarai dalam

pelajaran Silat Cekak. Saya menerima hakikat seadanya. Minat saya

adalah lebih pada teknik benar buah-buah berkenaan dilakukan.

Tentunya buah-buah keputusan itu ada keistimewaanya. Gerak

pukulannya tentu hebat. Itulah hal yang sepatutnya diambil berat.

Buang masa saja kalau berbincang atau berbahas tentang asal usul

buah-buah keputusan tersebut.

Pada satu ketika yang lalu, nama-nama keputusan yang ada

telah tidak menyenangkan beberapa persatuan silat Melayu yang

lain. Persatuan yang paling kuat menentang ialah Gayung Patani.

Persatuan lain kurang membantah kecuali bantahan secara peribadi

oleh pengamal silat berkenaan. Asasnya, mereka marah kerana

Page 182: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 172

nama persatuan silat mereka telah dijadikan nama buah persilatan

kita. Nampaknya, bukan mereka marah kerana menggunakan

keputusan buah-buah tersebut melainkan marah kerana

menggunakan nama persatuan silat yang mereka terlibat. Pada hal,

buah-buah keputusan silat itu tidak ada pun dalam pembelajaran silat

mereka.

Mungkin sekarang ini, isu „mengambil‟ buah tidak popular

lagi. Hal yang demikian telah menyebabkan ahli kita kurang

mempersoalkannya. Walau bagaimanapun, sekali sekala ada juga

dalam kalangan penuntut yang menimbulkan persoalan „mengambil‟

buah-buah keputusan tersebut. Persoalan itu sama ada diluahkan

secara rasmi atau diluahkan sesama ahli. Ada juga persoalan yang

terpendam dalam hati.

Dalam hal ini, sebagai Jurulatih, kita perlu memahami

persoalan yang demikian. Berilah penerangan yang sewajarnya agar

kekusutan dan persoalan yang timbul dalam fikiran penuntut dapat

terungkai. Tidak terpendam hingga berkarat.

Konsep „buah‟ dalam persilatan Melayu bukanlah kata nama,

melainkan kata perbuatan yang merujuk pada makna, „pergerakan

atau teknik dalam seni silat untuk mematahkan gerak, sama ada

berbentuk serangan lawan atau tindak balas gerak lawan‟.

Pergerakan atau teknik tersebut adalah merupakan buah silat

dalam budaya gerak persilatan orang-orang Melayu. Sifatnya adalah

umum. Ada yang memberi nama pada teknik tersebut berdasarkan

asal tempat atau dikaitkan dengan gerak binatang. Binatang yang

popular ialah harimau, burung dan monyet. Harimau terkenal dengan

Page 183: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 173

gerak serangannya. Berbentuk terkaman. Perhatikan gerak buah

Keputuan Hentak.

Gerak burung juga ada kaitan dengan serangan. Tentunya

bukan Pipit Uban. Manakala monyet terkenal dengan sifat elakannya.

Saya pernah pelihara monyet. Balinglah batu secepat mungkin

padanya. Pasti tidak kena kerana pandai mengelak. Dapat membuat

jangkaan yang tepat. Ustaz pernah bercerita pada saya. Kalau

pemburu yang menembak kera atau monyet secara berdepan,

adatnya tidak mengena. Terpaksa menggunakan petua sebelum

menembak. Begitulah pantasnya binatang monyet mengelak akan

serangan.

Malangnya, apabila tertubuh persatuan dan persatuan itu

bergelar atas nama berdasarkan teknik gerak tersebut, maka

dianggap gerak itu adalah kepunyaan mereka. Seolah-olah,

merekalah yang mencipta gerak buah tersebut. Pada hal, kajian pun

tidak pernah ada tentang asal usul setiap gerak itu.

Walau bagaimanapun, tidak ada pun logo, ‟Hak Cipta

Terpelihara’. Nak pelihara apa. Bukan mereka yang mencipta, tapi

teknik gerak itu adalah merupakan teknik gerak persilatan orang-

orang Melayu. Hak milik orang Melayu. Itu sebabnya buah-buah

keputusan kita tidak ada pun dalam pelajaran mereka. Mana mungkin

ada sifat meniru buah. Pada saya adalah jelas bahawa buah-buah

tersebut biasanya adalah satu nama teknik gerak dalam seni silat

yang berasal dari satu-satu tempat tertentu. Satu teknik pusaka gerak

orang-orang Melayu yang asli.

Setiap buah Keputusan dalam pelajaran Silat Cekak, ada

kelebihannya. Falsafahnya berbeza antara satu sama lain. Buah-

Page 184: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 174

buah itu membantu Kaedah yang sedia ada. Pada dasarnya, prinsip

kaedahnya masih menggunakan kaedah sedia ada dalam persilatan

kita. Cuma terdapat sedikit penyesuaian dengan adanya gerak gelek

yang amat diberatkan dalam buah-buah keputusan tersebut.

Pada kesimpulan saya, gerak buah-buah keputusan yang kita

pelajari adalah bersesuaian dengan Kaedah yang empat itu. Malah,

saya berpendapat, penggunaan buah-buah keputusan tersebut

adalah sebagai alat untuk memahirkan Kaedah kita. Teras Kaedah

kita tetap empat iaitu bergelar A, B, C dan D. Kalau ada ahli yang

bertanya kenapa huruf demikian. Pada saya lebih sedap didengar

berbanding dengan pengenalan Kaedah Alif, Ba, Ta dan Tha.

Bukan semua serangan perlu dihadap dengan tangkisan yang

sedia ada secara berdepan. Masih ada pilihan kalau timbul perasaan

ragu. Guna buah Keputusan. Prinsipnya, badan tetap tidak bergerak

atau melarikan diri atau berubah tempat. Cuma, badan perlu

mengereng dalam istilah gelek. Pada satu peringkat nanti, buah-buah

itu pun „tidak pakai‟ apabila menggunakan kaedah potong yang

merupakan pelajaran mutlak Silat Cekak.

Kadang kala saya terfikir sendiri. Kalau Ustaz mengekalkan

buah keputusan yang sedia ada, tentu terdapat keistimewaannya

yang tersendiri. Ustaz tetap bertegas atas penggunaan buah-buah

keputusan, sama ada pada geraknya atau pada namanya. Desakan

dari persatuan silat lain supaya nama buah itu diubah, terpinggir

begitu saja. Walau bagaimanapun, satu ketika dulu, pernah ada

orang-orang kanan Ustaz yang membuat perubahan. Senarai buah

yang ada, disebut berdasarkan bilangan. Bukan namanya. Namun

begitu, perubahan itu tidak popular. Akhirnya kembali ke asal.

Rujukan pada buah tetap berdasarkan nama yang sedia ada.

Page 185: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 175

Saya mempunyai pandangan sendiri tentang keistimewaan

buah-buah keputusan yang dikekalkan Ustaz. Berdasarkan

pengalaman saya bersilat, kaedah mengambil buah-buah keputusan

tersebut adalah sangat istimewa. Semuanya menggunakan gerak

gelek badan. Geleknya rapat. Penggunaan hujung kaki amat

berkesan bagi „melarikan‟ badan dari tumbukan lawan.

Kalau ditafsirkan „tumbukan bodoh‟, tumbukan itu tersasar

dalam jarak yang tersangat rapat dengan badan. Tdak perlu dibantu

dengan apa-apa kaedah tepisan. Namun begitu, dalam pembelajaran

Silat Cekak, gelekan itu tetap dibantu dengan kaedah Silat Cekak

yang sedia ada. Sungguh mantap pergerakannya. Boleh juga dibuat

kesimpulan betapa „gerak gelek itu hanya membantu gerak

Kaedah yang ada dalam Silat Cekak.’

Mungkin ada kekecualian pada buah Hentak. Buah

ini menggunakan Kaedah A tapi cara masuk agak istimewa. Kedua

tangan digunakan keseluruhannya. Misalnya, tangan kanan

digunakan sepenuhnya dari hujung tangan hingga ke siku. Manakala

tangan kiri juga turut membantu dengan peranannya sama iaitu dari

hujung tangan hingga ke siku. Jatuhannya juga agak berbeza

berbanding dengan jatuhan buah-buah Silat Cekak yang ada. Jatuh

macam 'biji nangka'. Sesuailah gelarannya dengan istilah hentak.

Adik beradik „henyak‟. Kalau jatuhannya sama seperti buah Pertama,

maknanya ada yang tidak kena. Perbaiki segera.

Pelihara Keistimewaan ‘Buah Keputusan’.

Saya dapat lihat betapa pukulan pada buah-buah keputusan

itu tersangat padu. Amat berkesan. Ada kepelbagaian gerak.

Mungkin ada kekecualian pada Terlak yang lebih berfokus pada

Page 186: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 176

tangkapan. Tapi, ada pulak yang tambah pukulan di bahu. Faham

baru.

Buah Sendeng Atas adalah berbentuk kejutan. Lawan sukar

menjangka pukulannya. Secepat kilat pukulan berada di bawah dagu.

Pukulan Lintau dan Pasung Kemanga, umpama menghasilkan aliran

letrik yang boleh membuat kejutan. Gerak Gayung Patani yang

lembut akan bertukar „garang‟ apabila diserang lawan.

Cara jatuhan Hentak boleh memeranjatkan lawan. Kiraan saat

dan ketika. Kalau sudah jatuh, alamat terdiam. Cara „masuk‟ amat

berbeza dengan buah-buah Silat Cekak yang ada. Dalam kelas

kemahiran yang pernah saya anjurkan, ada latihan tidak „berpakat‟.

Latihan adalah berdasarkan gerak spontan atau gerak semula jadi

mengikut arah tumbukan yang sampai. Orang yang menumbuk tidak

boleh „tumbuk bermalam‟. Jika pasangan lambat buat jatuhan maka

pesilat perlulah buat tindakan. Siapa cepat, dia yang „dapat‟.

Ada penuntut yang ingin membuat buah Ali Patah Sudah.

Tapi tidak menjadi. Tangan kiri menampar Kaedah A, tangan kanan

mencucuk leher. Gerak spontannya menyebabkan tangan kanannya

mencapai siku lawan dan sikunya sendiri mengenakan pukulan di

bawah ketiak lawan. Jadi buah Hentak. Pasangan tidak sempat

bertindak. Lagi hebat buahnya.

Saya tidak melarang gerak spontan itu kerana kejadian itu

berlaku dalam kelas kemahiran. Tidak pun „lari‟ dari konsep Silat

Cekak. Pertamanya, seperti yang dikatakan, konsep Kaedah adalah

berupa “Rumah Buah.” Daripada Kaedah maka datanglah buah.

Keduanya, itu adalah gerak semula jadinya berdasarkan pemikiran

Page 187: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 177

yang ada secara spontan. Tidak pakat-pakat hendak ambil satu-satu

buah. Tapi masih menurut Kaedah Silat Cekak.

Ada antara buah keputusan yang tersangat berkesan

menghadapi senjata berbahaya. Kalau rapat, gunalah Terlak dan

Lintau. Kalau renggang, Gayung Patani dan Pasung Kemanga

adalah sangat bermakna. Semua buah Keputusan ada keberkesanan

yang tersendiri. Asalkan geraknya dibuat berdasarkan gerak yang

asli.

Pada saya, kenyataan Ustaz tentang kelebihan buah-buah

keputusan tersebut adalah jelas. Buah-buah itu adalah memadai

untuk dijadikan sebahagian pelajaran dalam pergerakan atau teknik

untuk mengatasi gerak-gerak seni bela diri yang ada. Tidak kira dari

negeri atau negara mana sekali pun. Mungkin ada buah-buah

keputusan lain. Kemungkinan besar, buah-buah tersebut tidak

sepenting buah-buah keputusan yang Ustaz kekalkan. Saya

tersangat yakin bahawa buah-buah keputusan itu boleh mewakili

semua keputusan gerak atau teknik persilatan Melayu yang ada.

Saya selalu tegaskan betapa semua buah keputusan yang

kita pelajari, ada kelebihannya. Banyak kekuatannya. Ada seninya.

Terasa istimewanya. Oleh itu, buatlah betul-betul seperti mana yang

seaslinya. Seasalnya. Jangan diubah-ubah dan jangan ditambah-

tambah atau jangan disesuaikan dengan kehendak kita. Ustaz telah

buat perubahan atau pelarasan. Jangan lagi selaras-selaras. Kalau

Ustaz telah menguna pakai akan buah-buah keputusan tersebut,

tentulah bersekali dengan gerak pukulan dan gerak tangkapan yang

ada pada buah-buah keputusan berkenaan. Kalau diubah suai atau

dibuat pelarasan atau dibuat tambahan atau dikurangkan di mana-

Page 188: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 178

mana seni geraknya, maka akan kurang atau akan hilang kelebihan

pada buah-buah keputusan itu.

Walau bagaimanapun, saya difahamkan bahawa buah-buah

tersebut mula mengalami perubahan sejak sekian lama. Sejak zaman

selepas Ustaz. Pelarasan yang dibuat oleh pakar penyelaras. Dah

ambil, diubah pulak. Ada pula pukulan yang disimpan. Pada

pandangan saya, jika itu yang terjadi maka akan hilanglah

keistimewaan buah-buah keputusan yang dikekalkan Ustaz dalam isi

pelajaran Silat Cekak.

Gerak Gayung Patani, diubah cara gerak kaki. Buat pelarasan

lagi. Cantas di sana sini. Pukulan Sending Atas ada yang pukulannya

jadi jarak berbatu-batu dari dagu. Ditambah pulak dengan pukulan

siku. Haru biru. Maka akan hilanglah keaslian gerak benar akan rupa

bentuk pukulan buah-buah keputusan berkenaan. Pukulan

sepatutnya ialah menegak hingga ke bawah dagu. Kalau pukulan

condong ke luar, buah itu bukan keputusan Sendeng Atas lagi

namanya. Mungkin nama baru. Keputusan Sendeng Serong

Berbatu.

Pada kesimpulan saya, kalau diubah suai, apa guna Ustaz

mengekalkan buah-buah keputusan itu sebagai mata pelajaran Silat

Cekak. Tentulah ada keistimewaannya dalam keadaannya yang asal.

Kalau buat penambahan atau pengurangan dalam gerak, termasuk

gerak pukulannya maka hilanglah kehebatan buah-buah tersebut.

Umpama „wanita‟ cantik yang bukan benar. Nampak saja lembut

rupanya yang berbeza dengan wanita sebenar. Lemah longlai.

Kecantikan itu tidak memberi makna. Tidak bermakna kecantikannya.

Nampak saja cantik. Indah rupa tapi dah tak „mandang‟. Contoh

mudah saya.

Page 189: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 179

Pukulan Lintau sudah tidak ketahuan tempat pukulannya.

Janji, tampar saja bahagian belakang. Belakang mana. Sepatutnya,

bahagian pinggang. Tapi ada yang tidak kisah. Pukullah di mana-

mana bahagian belakang. Agaknya, tampar belakang punggung pun

tidak apa. Janji belakang. Aww! Nakalnya.

Buah Terlak ditambah gelaran baru pada sifat kaedah

menepis. Dikatakan C menggunakan Kaedah C bangkang. Istilah

baru. Tambahan istilah dalam penerangan. Lagi!. Dengar khabar, ada

tambahan pukulan baru. Bahu lawan boleh dijadikan sasaran. Hujung

tangan dilipat untuk membuat pukulan di bahu kiri pasangan. Kalau

tumbukan secara mengereng, alamat pesilat yang menumbuk itu

akan dimarahi kerana terjahan tangan pasangannya tidak menjadi.

“Tumbuk betul-betul.” Kedengaran suara arahan kerana

dikatakan tumbukan itu tidak memenuhi ciri-ciri tumbukan

sebenarnya bagi membolehkannya membuat terjahan. Tambahan

arahan. Andaian.

Buah Hentak sudah tidak ada gegar hentaknya. Siku kanan

bukan lagi hentakan atau henyakan tapi diletak diam. Bukan sakit tapi

geli geleman. Siku kiri jauh memanjang dari badan pasangan.

Peranannya bukan henyak badan ke bawah, tapi menarik badan ke

belakang. Jatuhan pun sudah tidak berbunyi lagi. Jatuhan senyap.

Dalam keputusan-keputusan yang ada itu, buah Pasung

Kemanga agak berbeza sifatnya. Nampaknya, buah Pasung

Kemanga telah menjadi istimewa dalam gerak tumbukan sesetengah

Jurulatih yang berfaham baru. Ajaran baru. Mereka memberi arahan

baru. Bagi maksud menyenangkan mereka membuat buah, penuntut

disuruh tumbuk lajak.

Page 190: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 180

Mana mungkin kita beza-bezakan tumbukan penuntut yang

sama pada buah-buah tertentu. Berubah-ubah dan tidak tetap

pendirian. Pada buah lain, pesilat disuruh tumbuk sebagai pesilat

Silat Cekak. Akan tetapi untuk buah Pasung Kemanga, pesilat

disuruh menumbuk sebagai musuh dengan cara melajakkan

tumbukan. Melajakkan tumbukan bermakna bersifat „menyondol‟

badan. Bukan elok pelakuan menyondol. Satu langkah menambah

penerangan dan arahan.

Kaedah mengambil buah Pasung Kemanga sangat „istimewa‟.

Kita menegaskan, untuk mengambil buah ini, perlu menggunakan

kaedah gelek. Kaedah gelek bukanlah merupakan kaedah utama,

melainkan gerak sokongan pada „Kaedah Empat‟ yang ada. Ketika

membuat gelekan, kaki kiri bergerak pada hujung kaki di tempat yang

sama. Peranan kaki kanan ialah membuat gerakan yang berpusing

hingga selari semula dengan kaki kiri. Seratus lapan puluh (180o)

darjah. Tangan kiri yang menyambut, jangan dibuat tamparan A.

Sambut penumbuk yang tiba pada bahagian siku pasangan. Jangan

pula cuba menyiku rusuk pasangan untuk mematahkan tulang rusuk.

Nyahkan impian berkenaan. Bantuk angan-angan.

Apa yang saya perhatikan, untuk menyesuaikan kehendak

papan sekeping maka ada yang menegaskan supaya kaki dipusing

hingga tiga suku darjah. Maknanya kaki kanan dipusing hingga

menyebabkan „punggung bertemu punggung‟. Perbuatan itu

membelakang badan belakang kita dengan badan belakang

pasangan kita. Gerak belakang itu sangat menyimpang daripada

falsafah Silat Cekak. Janganlah kita membelakangkan pasangan

dengan belakang kita. Konsep kita ialah berada di bahagian

belakang. Berada di bahagian belakang bermakna kita boleh nampak

belakang pasangan kita. Tapi kalau belakang bagi belakang, apa pun

Page 191: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 181

tidak nampak. Kecuali penganutnya saja yang nampak. Apa yang

dinampaknya. Entah.

Buah Pasung Kemanga sangat sesuai untuk menghadapi

serangan pisau. Ketika gelek, tangan kanan kita akan menampar

penumbuk pasangan. Perbuatan menampar adalah berbeza dengan

perbuatan menepuk. Tamparan yang kemas dan padat akan

menyebabkan terasa semacam ada aliran letrik pada tangan

pasangan. Itu sebabnya buah ini amat sesuai mematahkan serangan

senjata. Apabila ditampar tangan yang memegang senjata, secara

automatik genggamannya akan terbuka.

Pada dasarnya, keseluruhan buah-buah Keputusan tersebut

dipengaruhi oleh kaedah gelekan badan. Perbuatan gelek adalah

gerak untuk menyokong kaedah kita yang ada. Perbuatan gelek

adalah bersepadu dengan gerak kaedah dan gerak badan kita. Gerak

hujung kaki adalah tersangat membantu. Janganlah guna istilah

membangkang. Nampak sangat tidak memahami falsafah gerak

persilatan Silat Cekak. Saya akan membincangkannya dalam tajuk

lain.

Ingat balik hasrat Ustaz. Dengan cara mempelajari semua

keputusan yang ada itu, diharapkan kita akan dapat menangkis

dengan mudah sebarang bentuk gerak serangan lawan. „Gunalah

apa cara silat yang ada sekalipun‟. Tidak ada masalah. Tapi,

bolehkan kita mencapai hasrat Ustaz itu jika pergerakannya telah

diubah. Ditambah-tambah dan dikurang-kurang. Ubah ikut suka-suka

hati. “Lu fikirlah sendiri.” Terdengar kata-kata Nabil, pelawak yang

tidak menang dalam pertandingan lawak tempoh hari.

Page 192: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 182

Silat Cekak Anti Gerak Membangkang.

Kita masih lagi membincangkan tentang buah-buah

Keputusan dalam Silat Cekak. Saya cuma mengenengahkan

pengetahuan, kefahaman dan pengalaman saya sebagai bekas

Jurulatih ketika menyampaikan buah-buah tersebut satu ketika yang

lalu. Jangan pulak ada yang mengatakan bahawa perbincangan saya

adalah berdasarkan cara saya sendiri. Mustahil saya berbuat

demikian. Selama ini saya tetap pertahankan mutu pengajaran dan

pembelajaran seperti mana yang saya peroleh dari Ustaz Hanafi.

Dalam tulisan ini, perkara yang ditulis sekadar ingin berkongsi

pengetahuan dan pengalaman saya yang pernah bersama Ustaz.

Ketika saya menuntut di universiti, lebih banyak masa saya

bersama Ustaz. Selepas kuliah, saya terus ke pejabat kerana Ustaz

tinggal di pejabat. Ketika saya di tahun ketiga, subjek yang diambil

hanya enam sahaja. Peperiksaannya di akhir tahun. Kadang-kadang

satu hari hanya ada kuliah selama sejam. Banyak masa saya

bersama Ustaz. Kerap kali hingga ke malam. Orang lain sibuk

bekerja, saya berada di pejabat silat. Sekali sekala ada ahli-ahli yang

mengunjungi Ustaz. Terutamanya Pak Wan yang bekerja sendiri.

Banyak juga masanya.

Pengetahuan silat saya adalah berdasarkan perbincangan

dengan Ustaz secara langsung dan pengalaman mengajar Silat

Cekak ketika berada di Pusat dan berterusan ke cawangan. Pernah

saya tulis tentang pengalaman bersilat bersama Ustaz. Hanya kami

berdua. Saya tidak pasti sama ada pengetahuan bersama Ustaz itu,

juga diperoleh ahli-ahli lain. Perkara jelasnya, perbincangan itu

adalah berdasarkan persoalan yang saya timbulkan.

Page 193: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 183

Semua isi pelajaran Silat Cekak yang saya sampaikan adalah

berdasarkan pelarasan terakhir anjuran Ustaz sendiri. Pelarasan

selepas Ustaz banyak dipengaruhi oleh orang-orang kanan Ustaz

yang berasa ilmu Silat Cekak tersangat penuh di dada. Ketua

penyelaras utama ialah Guru Wawasan dan kumpulannya. Pada

saya, merekalah yang banyak mencorakkan gerak persilatan Silat

Cekak yang ada sekarang. Kini, ramai yang berada di sebelah sana.

Mereka telah meninggalkan persatuan kita. Rasa-rasanya mereka

juga turut meninggalkan fahaman mereka pada persilatan kita.

Berdasarkan tulisan yang lalu mungkin kita boleh timbulkan

persoalan untuk maksud perbincangan. Persoalannya, apakah

Kaedah yang digunakan bagi mengambil buah-buah keputusan

tersebut. Buah Hentak, jelas akan kaedah A yang digunakan. Akan

tetapi, Kaedah apa yang digunakan untuk buah Gayung Patani. Ada

yang kata gabungan Kaedah A dan B. Kalau Kaedah A, mesti tampar

tangan pasangan dan Kaedah B mesti ditepis tangan pasangan. Kita

tak berbuat demikian.

Bagaimana pulak dengan Sendeng Atas. Ada kata guna

Kaedah B. Pada hal Kaedah B yang kita amalkan adalah berlainan

gerak. Begitu juga dengan Terlak dan Lintau. Mana boleh kita

katakan guna kaedah C. Bentuk Kaedah C adalah berbeza dengan

cara mengambil buah-buah tersebut. Apatah lagi Pasung Kemanga.

Tidak ada langsung mirip Kaedah A yang digunakan.

Itu sebabnya saya telah tegaskan dalam tulisan yang lalu,

kaedah mengambil buah-buah keputusan yang ada dalam Silat

Cekak adalah sangat istimewa. Boleh dikatakan, semuanya

menggunakan gerak gelek badan. Kebanyakan buahnya mempunyai

gerak gelek yang rapat. Penggunaan hujung kaki amat berkesan bagi

Page 194: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 184

„melarikan‟ badan dari tumbukan lawan. Seperti yang saya tegaskan,

kalau ditafsirkan „tumbukan bodoh‟, tumbukan itu tersasar dalam

jarak yang tersangat rapat dengan badan. Tidak perlu dibantu

dengan apa-apa kaedah tepisan. Namun begitu, dalam pembelajaran

Silat Cekak, gelekan itu tetap dibantu dengan kaedah Silat Cekak

yang sedia ada. Sungguh mantap pergerakannya. Boleh juga dibuat

kesimpulan betapa „gerak gelek itu hanya membantu gerak Kaedah

yang sedia ada dalam Silat Cekak.‟

Pengalaman saya mengajar silat, tidak pernah saya katakan

bahawa buah-buah keputusan itu menggunakan sebarang kaedah

yang ada dalam Silat Cekak. Melainkan saya buat penekanan betapa

pentingnya teknik gelek ketika membuat buah-buah berkenaan.

Untuk kaedah Kuntau Kiri, perbuatan gelek jelas dibantu oleh Kaedah

D dan Kaedah B. Saya tidak ingin membincangkan tentang buah

tersebut. Tapi telah ada perbezaan pendapat tentang penggunaan

Kaedah D dan B. Yang mana patut didahulukan. Sebenarnya Kaedah

D adalah fokus utama.

Saya telah terangkan betapa buah-buah keputusan tersebut

adalah di luar dari isi pelajaran Silat Cekak yang asal. Ingat balik

kata-kata Ustaz. “Tujuan mempelajari semua keputusan ini ialah

supaya ahli-ahli dapat menangkis dengan mudah pertarungan

walaupun lawannya menggunakan cara silat apa sekalipun.”

Malangnya, ramai yang terkeliru dan membuat kesimpulan

sendiri. Mereka tetap cuba menghubungkan cara mengambil buah-

buah keputusan tersebut dengan Kaedah yang sedia ada. Oleh

sebab buah Sendeng Atas ada unsur-unsur Kaedah B, hendak

dikatakan Kaedah B tentunya tidak sesuai. Maka dianggaplah

Kaedah B itu sebagai kaedah B Bangkang. Begitu juga dengan buah

Page 195: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 185

Terlak dan Lintau. Hendak dikatakan guna Kaedah C tidak boleh

kerana berlainan caranya. Namun begitu ada unsur-unsur Kaedah C.

Maka senang bicara, dikatakanlah Kaedah C Bangkang.

Pada saya, penggunaan istilah membangkang itu adalah

sesuatu yang tidak benar dalam Silat Cekak. Jelaslah betapa adanya

dalam kalangan Jurulatih yang terkeliru dengan konsep

membangkang serangan lawan atau membangkang tumbukan lawan.

Asal saja tangan lawan ditolak sama ada dari luar atau dari dalam,

maka dianggap membangkang. Maka lahirlah istilah „B dan C

Bangkang‟ pada buah-buah jatuh yang tertentu. Sendeng Atas

dikatakan menggunakan kaedah B Bangkang dan buah Terlak dan

Lintau dikatakan C Bangkang‟.

Ada yang ingin mendapatkan penjelasan saya berdasarkan

pengamalan bersilat dan menjadi Jurulatih tempoh hari. Tidak pernah

terlintas dalam fikiran saya akan penerangan Jurulatih yang boleh

membuat kesimpulan sebegitu. Pada saya, kesimpulan itu adalah

bertentangan dengan konsep dan falsafah Silat Cekak itu sendiri.

Satu langkah penambahan istilah yang tidak benar dalam proses

penyampaian pelajaran Silat Cekak.

Walau bagaimanapun, dalam tulisan ini, saya hanya

menceritakan kefahaman dan pengalaman saya. Kefahaman dan

pengalaman itu adalah berasas ketika menjadi Jurulatih, seiring

dengan minat saya mencungkil semua gerak buah yang ada dan

benar. Hal yang demikian ada perkaitan melalui hubungan saya

dengan Ustaz pada satu ketika yang lalu. Saya selalu menekankan

faktor ini untuk menegaskan bahawa kefahaman saya bukannya

rekaan sendiri.

Page 196: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 186

Teringat saya pada masa lalu, ketika menjadi penuntut Silat

Cekak. Kami sering berbincang tentang Silat Cekak yang baru kami

pelajari. Kami berupaya membuat perbincangan berdasarkan

pengalaman seni bela diri lain yang ada. Seperti yang saya tulis

terdahulu, kebanyakan kami pernah mempelajari silat Melayu yang

lain.

Salah satu tajuk perbincangan sesama kami ialah

perbandingan gerak menangkis serangan lawan antara persilatan

Silat Cekak dengan persilatan lain yang pernah kami pelajari.

Bandingan tersebut telah membuktikan bahawa sistem bela diri yang

ada dalam Silat Cekak adalah yang terbaik sekali. Tidak ada

persilatan lain yang dapat menandingi sistem „pertahanan‟ Silat

Cekak. Terasa juga perasaan bangga kerana dapat belajar satu seni

bela diri yang luar dari kebiasaan.

Umumnya, gerak-gerak yang ada dalam seni bela diri adalah

terbahagi pada dua prinsip, sama ada gerak membangkang atau

gerak sukan dan gerak seni. Itulah kesimpulan semua pesilat Silat

Cekak yang ditanamkan kefahaman oleh Ustaz. Di sinilah terletaknya

perbezaan antara Silat Cekak dengan seni bela diri yang lain. Kita

sering menegaskan bahawa Silat Cekak mempunyai gerak halus dan

berseni.

Hal yang demikian menyebabkan adanya perbezaan antara

Silat Cekak dengan gerak silat-silat Melayu yang lain. Apatah lagi

seni bela diri dari luar negara. Keseluruhannya, persilatan tersebut

menggunakan gerak membangkang. Kita sering menegaskan

bahawa gerak membangkang itu adalah gerak sukan. Bercorak

kesukanan. Perbandingan gerak ini adalah merupakan salah satu

intisari penerangan kita ketika meyakinkan masyarakat betapa Silat

Page 197: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 187

Cekak adalah merupakan pilihan silat yang terbaik. Pergerakannya

adalah berasaskan gerak semula jadi. Gerak berseni. Bukannya

gerak yang dibuat-buat.

Pengamal Silat Cekak tetap berfaham bahawa gerak

membangkang atau gerak sukan memerlukan tenaga atau kekuatan.

Orang yang lemah tidak mungkin akan mengalahkan orang yang

kuat. Orang yang berlengan besar, tidak akan dapat ditangkis

lengannya secara membangkang oleh orang yang berlengan kecil.

Mesti ada kekuatan dan tenaga tambahan.

Jika memerlukan kekuatan dan tenaga maka kebolehan

semula jadi yang ada pada diri seseorang adalah ternafi. Mereka

perlu menambahkan tenaga dan kekuatan jika ingin membuat

tangkisan. Di samping kekuatan tangan, stamina juga amat

diperlukan. Kekuatan diri diarah kepada tangan yang menangkis

serangan. Oleh sebab banyak tenaga yang diperlukan bagi

menambah kekuatan tangan, maka itulah gerak sukan namanya.

Perbandingan gerak menghadapi serangan lawan, menampakkan

perbezaan antara Silat Cekak dengan pesilatan Melayu yang lain.

Sebaliknya, gerak tangkisan yang ada pada Silat Cekak adalah biasa

sahaja, berdasarkan kebiasaan gerak semula jadi manusia.

Secara semula jadi, mana ada penumbuk yang dilepaskan,

mengarah ke luar atau ke kanannya. Melainkan penumbuk itu

cenderung terarah ke kirinya. Macam tumbuk layang. Dalam hal ini,

gerak kaedah kita amatlah unik, ringkas dan tenang. Pergerakannya

tidak membangkang kerana kaedah tangkisan kita adalah mengikut

arus tumbukan tersebut. Hal yang demikian menyebabkan pengamal

Silat Cekak tidak banyak menggunakan kekuatan. Itulah yang

Page 198: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 188

dimaksudkan gerak seni dan bukannya gerak sukan. Tidak ada

langsung istilah membangkang dalam „kamus‟ Silat Cekak.

Walaupun gerak sukan tidak ada dalam pelajaran Silat Cekak,

akan tetapi pengamal Silat Cekak diberi pengetahuan tentang

maksud gerak sukan itu. Malah penuntut Silat Cekak tetap berupaya

memahami gerak-gerak kesukanan yang ada. Hal yang demikian

menjadikan setiap penuntut Silat Cekak dapat membezakan antara

gerak seni dengan gerak sukan. Tidak kira sama ada mereka boleh

menghuraikannya secara lisan atau faham berdasarkan perbuatan.

Ustaz selalu memberi kefahaman tentang maksud gerak

tersebut dalam ucapan atau ceramah-ceramah Silat Cekak dari masa

ke masa. Lebih-lebih lagi ketika menerangkan perbandingan gerak

persilatan yang sedia ada dalam Silat Cekak dengan gerak persilatan

lain. Peranan Jurulatih pula ialah meneruskan kesinambungan

kefahaman Ustaz itu dalam kalangan penuntut. Sepanjang

pengetahuan dan pengalaman saya sebagai Jurulatih, tidak ada

sebarang pencanggahan pendapat berhubung dengan kefahaman

gerak seni yang ada dalam Silat Cekak dan gerak sukan yang

berleluasa amalannya dalam seni bela diri yang lain.

Tangkisan kita adalah bercorak tepisan yang menggunakan

kekuatan lawan. Walaupun lawan menarik nafas untuk

menambahkan kekuatan tumbukan, pengamal Silat Cekak tetap

selamba menangkis serangan lawan berdasarkan pernafasan yang

sedia ada. Hal yang demikian membuktikan bahawa Silat Cekak

mempunyai kelebihan untuk menghadapi serangan lawan tanpa

mempedulikan kekuatan. Tidak banyak tenaga atau kekuatan yang

diperlukan oleh pengamal Silat Cekak.

Page 199: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 189

Pengamal Silat Cekak mempunyai pilihan membuat tepisan

berdasarkan empat kaedah yang ada. Semuanya bergantung pada

situasi atau kehendak semasa. Tidak ada masalah. Kita menumpang

gerak dalam gerak yang dihasilkan lawan. Itulah gerak seni namanya,

yang merupakan satu gerak yang halus dan indah. Nampak mudah

tapi banyak faedah. Berbeza dengan gerak sukan yang memerlukan

imbangan kekuatan.

Saya petik tulisan Ustaz yang menyentuh tentang konsep seni

dalam Silat Cekak. Ustaz pernah menulis dalam majalah Dewan

Masyarakat.

“Konsep seni silat mestilah dibezakan dengan sukan. Dalam

hubungan ini segala kajian silat mempertahan diri yang tidak bertaraf

seni dipanggil silat yang bertaraf sukan. Seni silat dan sukan sama-

sama mempunyai pergerakan tetapi pergerakan antara kedua jenis

ini sangat jauh bezanya. Seni silat bergerak secara halus sejajar

dengan pergerakan semula jadi (normal) dan sememangnya sesuai

dipanggil seni. Manakala pergerakan silat jenis sukan bergerak bukan

cara normal (pergerakan yang dibuat-buat).

Adalah silap kalau dikatakan jenis pertahanan diri yang

diimport dari luar sebagai satu hasil seni kerana pergerakan mereka

berdasarkan gerak kasar (bukan normal). Tegasnya, jenis

pertahanan diri ini tergolong dalam sukan dalam mana kekuatan

menjadi ukuran. Pergerakan seni silat adalah halus. Ahli-ahli seni

silat yang asli memahami pergerakan halus (Berdenyut dalam istilah

silat), berdasarkan pergerakan yang menurut bukan yang

membangkang.

Page 200: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 190

Pergerakan yang membangkang memerlukan tenaga yang

kuat jesteru ianya jenis sukan. Ahli seni silat yang sebenar boleh

menewaskan musuh yang lebih kuat dan bertenaga darinya dengan

kaedah yang bijaksana. Cuma Silat Cekak sahaja yang mempunyai

sifat-sifat demikian.”

Pandangan Ustaz di atas membuktikan betapa seriusnya

Ustaz mentafsir gerak yang ada dalam Silat Cekak. Dengan yakin

Ustaz menegaskan bahawa “Cuma Silat Cekak sahaja yang

mempunyai sifat-sifat demikian”.

Sifat apa. Sekali Ustaz jelaskan dalam tulisannya.

Sifat-sifat yang ada pada Silat Cekak ialah pergerakannya

halus, sejajar dengan pergerakan semula jadi yang sesuai dipanggil

seni. Pergerakannya bukan jenis dibuat-buat sebab pergerakan Silat

Cekak adalah berdasarkan pergerakan menurut, bukannya

membangkang. Pengamal Silat Cekak berupaya menewaskan musuh

yang lebih kuat dan bertenaga darinya dengan kaedah yang

bijaksana.

Sepanjang saya bersama Ustaz, beliau sering kali mengulas

tentang bandingan gerak Silat Cekak dengan gerak bela diri yang

lain. Hal yang demikian telah menyebabkan kekukuhan kefahaman

pada ahli-ahli silat bahawa Silat Cekak adalah merupakan silat yang

mempunyai gerak seni. Kefahaman itu begitu teguh tertanam dalam

jiwa penuntut. Tidak terlintas langsung untuk mengaitkan Silat Cekak

dengan gerak membangkang yang bersifat gerak sukan.

Oleh itu, janganlah ada hendaknya dalam kalangan Jurulatih

yang pandai-pandai mengubah atau mencipta istilah baru pada

Page 201: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 191

Kaedah dan kefahaman kita yang ditanam Ustaz. Hinggakan mereka

sanggup menentang arus dengan menggunakan istilah

membangkang dalam penerangan tentang kaedah kita. Senang-

senang saja buah-buah Sendeng Atas, Terlak dan Lintau,

dihubungkan dengan Kaedah C atau Kaedah B Bangkang. Mudah

saja membuat tambahan dalam penerangan tanpa berpegang pada

konsep dan falsafah Silat Cekak.

Perlu saya tegaskan, sepanjang saya bersama Ustaz, buah-

buah keputusan berkenaan tidak pernah dihubungkan dengan gerak

membangkang. Buah-buah itu mempunyai keistimewaan gerak

kaedah untuk menghadapi serangan lawan. Penerangan bernoktah

dengan menegaskan bahawa pengambilan buah-buah berkenaan

adalah berdasarkan kaedah gelek dengan bantuan kaedah yang

sedia ada. Prinsip gelek melibatkan pergerakan gelek yang banyak

atau sedikit. Manakala konsep „dengan bantuan‟ adalah bermaksud

jika ada keperluan. Bukan mesti.

Tidak ada sebab bagi kita untuk tambah-tambah penerangan

dengan menggunakan istilah membangkang bagi disesuaikan

dengan Kaedah kita yang sedia ada. Oleh itu, saya berpendapat

bahawa istilah „B Bangkang‟ atau „C Bangkang‟ adalah istilah yang

direka-reka dan merupakan perubahan baru. Tidak pernah pun

disebut oleh sebarang Jurulatih semasa saya berada di pusat.

Semua Jurulatih menerima kenyataan bahawa tidak ada istilah

membangkang dalam Silat Cekak. Sebabnya adalah jelas. Gerak

membangkang atau gerak sukan adalah hak seni bela diri orang lain

manakala gerak seni adalah hak Silat Cekak.

Mungkin kita berasa keliru tentang bentuk gelek yang ada

pada Terlak dan Lintau. Gayung Patani dan Sendeng adalah jelas

Page 202: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 192

geleknya. Walau bagaimanapun, gerak-gerak mengambil buah Terlak

dan Lintau masih tetap dianggap sebagai gerak seni. Kita mengambil

kaedah tidak secara membangkang. Kita tidak „merempuh‟ badan

ketika mengambil buah-buah tersebut. Prinsip gelek tetap ada

walaupun tidak ketara. Kita tidak langsung menggunakan kekuatan

badan. Apatah lagi kekuatan tangan untuk menolak tangan ketika

lawan menyerang.

Kita bergerak dalam proses gerak lawan menyerang.

Bukannya ketika penumbuk lawan sedang „bermalam‟. Badan pesilat

tetap gelek, sama ada banyak atau sikit. Sifat gelek itu adalah gerak

badan untuk menafikan serangan lawan. Sekali lagi, gelekan itu

macam sukar dikesan dengan pandangan biasa. Sifat yang demikian

adalah merupakan gerak halus sejajar dengan pergerakan semula

jadi yang sesuai dipanggil gerak seni. Ketika itulah kita menumpang

gerak ketika lawan kita bergerak. Itulah juga yang dinamakan sebagai

„makan gerak dalam gerak‟.

Saya juga telah tegaskan betapa buah-buah keputusan

tersebut tersangat sesuai digunakan untuk menghadapi serangan

senjata dari pihak lawan. Selain pisau, senjata kerambit sangat biasa

dibawa seseorang. Penggunaan keris semakin kurang. Malah sudah

tidak ada. Tidak pernah saya dengar ada perompak yang bawa keris

untuk mengugut mangsanya.

Buah Lintau dan Terlak sangat sesuai untuk menghadapi

musuh yang menggunakan kerambit. Gerak kedua-dua buah itu

tersangat rapat dan amat sesuai dengan kerambit yang tersangat

rapat penggunaannya dengan badan.

Page 203: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 193

Teringat saya ketika masih menuntut dulu. Kami juga diberi

kefahaman yang sedemikian, iaitu untuk menghadapi serangan

kerambit. Satu ketika, kami menumbuk Terlak dan Lintau secara

gambaran menggunakan kerambit. Dengan tangkasnya serangan

tersebut dimatikan dengan buah Terlak dan Lintau. Walau

bagaimanapun, cara tumbukan yang sedemikian bukanlah satu

arahan. Saja-saja kami berbuat tumbukan sedemikian kerana

diterangkan buah-buah tersebut sesuai dengan tumbukan itu. Lama-

lama, cara tumbukan cara itu ditinggalkan begitu saja. Kami terus

menumbuk secara lurus tangan. Apatah lagi buah Kilas Depan

menuntut tumbukan sedemikian.

Saya cuba bayangkan gerak membangkang dengan

menggunakan kaedah membangkang. Pasti geraknya saperti yang

saya gambarkan.

„Apabila ada serangan tangan, pesilat kena tepis serangan itu

terlebih dulu. Badan tetap tidak berubah posisi atau sifatnya. Setelah

ditepis, barulah badan akan maju ke depan dalam posisi yang sama.

Tidak ada gelekan langsung walau sedikitpun.‟

Kalau itulah yang dilakukan, maknanya pesilat itu

menggunakan kekuatan untuk tepisan dan badan yang robos untuk

maju ke depan. Adakah gerak ini yang dilakukan. Kalau ye, sesuailah

digunakan Kaedah Bangkang. Kaedah yang asing dalam persilatan

Silat Cekak.

Sebagai kesimpulan, sifat membangkang adalah asing dalam

gerak persilatan kita. Pada saya, mengistilahkan C atau B Bangkang

adalah merupakan satu percakapan yang bercanggah dengan

falsafah Silat Cekak. Penggunaan istilah B dan C Bangkang adalah

Page 204: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 194

disebabkan kurangnya pengalaman dalam ilmu Silat Cekak itu

sendiri. Semua buah cuba disesuaikan dengan Kaedah kita yang

sedia ada. Mereka lupa bahawa buah-buah Keputusan yang

tersenarai dalam Silat Cekak adalah mempunyai keistimewaannya

yang tersendiri. Hal yang demikian termasuklah kaedah mengambil

buah-buah tersebut. Oleh itu, jangan mudah menggunakan istilah

yang tidak ada dalam konsep dan falsafah Silat Cekak. Sangat

merugikan penuntut Silat Cekak.

Konsep Seni Dalam Silat Cekak.

Dalam proses pembelajaran Silat Cekak, satu istilah yang

sering kita kaitkan dengan silat kita ialah seni. Kita berkeyakinan

bahawa Silat Cekak penuh dengan seninya. Kerana seni yang ada

dalam Silat Cekak telah menjadikan pergerakan kita dalam silat

begitu tersusun dan terancang. Para penuntut diasuh dan dididik

supaya mengetahui apa yang dilakukan dengan alasan yang

bersebab; bukannya melakukan pergerakan sesuka hati atau hati

suka-suka untuk melakukan sesatu gerak.

Kita dapat mengatur gerakan kita bagi menghadapi musuh.

Setiap pergerakan lebih mementingkan keuntungan. Hal ini

membuktikan keperluan pada pemikiran yang strategik dalam

menghadapi musuh. Melalui sistem yang ada, menjadikan

pergerakan kita lebih bijaksana. Apatah lagi kaedah Silat Cekak

adalah hasil ciptaan manusia yang bijaksana. Kekuatan kita hanya

berdasarkan tenaga yang sedia ada. Tenaga yang sedia ada ini,

apabila disepadukan dengan kaedah-kaedah yang ada dalam Silat

Cekak boleh menjadikan kita dapat menandingi kekuatan lawan

walaupun fizikal lawan tersebut lebih daripada kita.

Page 205: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 195

Dalam Silat Cekak, kekuatan lawan tidak dijadikan masalah

utama. Malah kita selalu membandingkan kekuatan seni dengan

kekuatan yang bertaraf sukan. Penuntut-penuntut diyakinkan bahawa

seni yang ada dalam Silat Cekak tidak memerlukan para penuntutnya

mengeraskan tangan atau menambahkan otot badan bagi mencapai

hasrat pahlawan. Kaedah membangkang sangat dibenci dalam

pembelajaran Silat Cekak. Kaedah itu dikatakan bertaraf sukan dan

lebih mendatangkan kemudaratan kepada kita. Kepercayaan ini

menyebabkan timbul pula pendapat yang mengatakan bahawa silat

yang ditakrifkan sebagai gerak perlu menggunakan gerak yang halus

dan bukannya gerak yang kasar. Gerak yang halus itu dinamakan

seni.

Namun begitu kita sering keliru dengan maksud seni. Ramai

yang berpendapat bahawa yang halus itu seni dan yang kasar itu

bukan seni. Oleh itu, mengajar Silat Cekak yang dianggap kasar,

ditegah dan tidak digalakkan. Maka Mungkin kerana itulah agaknya,

buah Pertama dalam Silat Cekak perlu dibuka penumbuk pemakan

dengan alasan tidak ada seni dan akan mendatangkan kemudaratan

kepada ahli.

Pada kebanyakan tafsiran, seni itu dianggap sebagai halus.

Lebih dikelirukan lagi apabila ditambah pula makna kehalusannya

sebagai halus di dalam halus. Tidak tahulah apa yang halus. Kalau

dah halus apa sedapnya. Tidak terasapun. Hilang kenikmatan.

Saya berpendapat bahawa jika kita meletakkan sesuatu atau

melakukan sesuatu menurut aturan dan sistem yang telah ditetapkan

maka itulah juga dianggap seni. Dalam konteks ini, seni mestilah

sesuatu yang sedap dipandang dan pelakuan kita tidak kekok ketika

melakukan sesuatu pergerakan tersebut. Kalau peraturannya kita

Page 206: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 196

perlu berdiri lurus dengan mendiamkan tangan menanti akan

serangan musuh, maka itulah seni namanya dalam Silat Cekak.

Sistem kita tidak berkuda. Kalau penuntut berdiri secara berkuda-

kuda maka hilanglah seninya.

Sebaliknya dalam kebanyakan silat Melayu, berkuda-kuda itu

dianggap penting dan itu adalah merupakan seni pada mereka.

Mereka pula menganggap silat kita tidak berseni. Hal yang demikian

memberi makna bahawa konsep seni adalah berbeza antara satu

silat dengan silat yang lain. Dakwaan seni dalam Silat Cekak adalah

bersandarkan pada silat kita sendiri. Tidak perlulah kita bertegang

urat berbahas dengan silat lain bagi membuktikan seni yang ada

dalam persilatan kita.

Tafsiran kita tentang seni adalah berbeza dalam konteks

bandingan antara silat-silat Melayu. Samalah juga dengan dakwaan

kita yang mengatakan bahawa Silat Cekak adalah berdasarkan gerak

sembahyang. Cakap-cakap yang mengaitkan sembahyang ini telah

tidak menyenangkan orang lain seolah-olah gerak kita sahaja yang

benar dan sah. Maka mereka juga berhujah dengan mengatakan

bahawa gerak silat mereka juga berdasarkan gerak sembahyang.

Apatah lagi gerak silat bertapakkan tiga. Gerak yang tidak melebihi

tiga pergerakan, juga dianggap berdasarkan gerak dalam

sembahyang.

Bertengkarlah mereka hingga terpaksa melewatkan waktu

sembahyang atau meninggalkan waktu sembahyang. Bertengkar

tentang gerak yang berasal dari sembahyang hingga ada

sembahyang yang hilang tidak dikerjakan.

Page 207: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 197

Sama juga dengan ahli-ahli sekarang yang berlainan

persatuan. Bertengkar tentang siapa yang benar-benar mempusakai

ilmu Ustaz Hanafi. Tapi Ustaz Hanafipun tidak pernah ditemui. Geli

sungguh hati. Bukankah buang masa namanya apabila kita cuba

menegakkan sesuatu pada mereka yang berfaham berlainan. Sampai

ayam berkokok keesokan paginya, masing-masing akan

mempertahankan pendapat masing-masing. Buang masa dan tenaga

berbahas.

Berdasarkan perbincangan dengan contoh-contoh ringkas di

atas pada pandangan saya, seni yang ada dalam Silat Cekak perlu

dilihat dalam tiga aspek atau tiga prinsip utama. Pertamanya ialah

penggunaan gerak dua tangan dan dua kaki, keduanya ialah

kekuatan fizikal dan ketiganya ialah tenaga yang ada dalam diri kita.

Ketiga-tiga prinsip itu perlulah bersahaja iaitu tidak dibuat-buat dan

bersepadu dalam konteks menggunakan sesuatu yang semula jadi

yang ada pada diri kita. Saya yakin bahawa penguasaan pada ketiga-

tiga aspek atau prinsip itu akan membolehkan kita menguasai seni

dalam Silat Cekak.

Gerak dua tangan dan dua kaki, adalah perdu pergerakan

silat kita. Pelajaran Kaedah amat mustahak dan merupakan asas

seni dalam gerak Silat Cekak. Kita jangan bersifat gopoh hingga

terburu-buru untuk menyambung kaedah dengan buah asas. Amat

malang apabila ada kelas-kelas latihan yang mengumpul kaedah-

kaedah dalam pembelajaran satu malam atau dua malam latihan.

Sepatutnya setiap kaedah diajar dalam satu sesi latihan. Ketika inilah

para penuntut didedahkan tentang konsep seni yang amat berbeza

dengan konsep sukan yang berlandaskan gerak membangkang.

Page 208: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 198

Jika kaedah penuntut mantap, seni yang dihasilkan dalam

gerak Silat Cekak akan menjadi sangat mantap. Kaedah-kaedah ini

dimantapkan melalui pembelajaran buah-buah asas. Konsep segerak

diperkenalkan bagi memantapkan seni dalam Silat Cekak. Konsep ini

berlarutan hingga ke buah jatuh. Kemantapan seni menjadikan

pelakuan gerak penuntut amat mantap, tepat dan kita yang

melihatnya berasa puas.

Soal gerak yang diakhiri dengan pukulan keras hanya lebih

merupakan bunga-bunga dalam kekemasan buah. Bukan itu yang

diutamakan. Dalam pelajaran seterusnya iaitu potong dan penamat,

konsep seni disepadukan dengan kebijaksanaan menggunakan akal.

Setiap pergerakan perlu kena pada tempatnya bagi menentukan

keuntungan yang maksimum. Aspek sebab dan musabab amat

ditekankan. Apabila disesuaikan dengan fikiran yang sihat dan

strategik, kita dapat menghasilkan pergerakan yang tepat dan

menguntungkan. Di situ nampak jelas konsep seni yang ada dalam

Silat Cekak.

Penuntut yang berseni dalam melakukan pergerakan silat

akan membangkitkan rasa puas pada orang yang melihatnya. Saya

masih ingat lagi dalam satu kelas latihan silat di cawangan saya yang

diperhatikan oleh Ustaz Hanafi yang berada di kelas latihan tersebut.

Para penuntut telah berjaya menguasai seni dalam Silat

Cekak ketika latihan. Gerak mereka tepat dan mantap. Ustaz berasa

bersemangat dan terpanggil untuk turun ke kelas bersama penuntut

untuk memantapkan lagi pergerakan yang ada dalam kalangan

mereka. Itulah kuatnya tarikan seni jika para penuntut dapat

menguasai seni dalam pergerakannya. Malah, mereka sendiri berasa

puas setelah tamat sesi latihan. Kepuasaan itu dapat dilihat melalui

Page 209: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 199

perahan baju yang dipakai. Sebaliknya kita dapat saksikan sendiri

para penuntut yang tidak berseni. Pergerakannya tidak tentu arah.

Kita yang melihat akan berasa rimas, lemah dan bosan.

Prinsip yang kedua, untuk memantapkan seni kita dalam

pergerakan, kekuatan fizikal mesti ada. Badan mesti sihat. Berat

badan mesti terkawal. Gemukan perut jangan menghalang

pandangan kita kepada wali jantan yang ada pada kita. Hal ini

demikian kerana buah-buah yang ada dalam Silat Cekak memerlukan

kekuatan lengan. Mantapkan sikit lengan kita. Jangan mengharapkan

apa yang ada sahaja.

Tetapi itu tidak bermakna kita perlu mengangkat berat bagi

membenjolkan lengan kita. Bergantunglah pada keperluan diri dan

situasi mana kita berada. Kita akui betapa orang-orang dulu hanya

bersandar pada latihan tangan yang semula jadi tapi amat berbeza

dengan kita. Orang yang bersawah atau menoreh getah atau bekerja

di kilang yang banyak menggunakan tenaga fizikal sudah mencukupi

untuk menguatkan otot lengan atau otot badan dan sebagainya.

Tidak perlu lagi mengangkat berat atau pelbagai bentuk latihan fizikal

lagi. Berbeza dengan mereka yang hanya memegang pen dan duduk

dalam pendingin hawa. Latihan fizikal perlu ada.

Samalah juga perbezaan antara sesama kita semasa mandi.

Mereka yang mandi berkain basah pasti akan memerah kain basahan

tersebut sesudah mandi. Secara langsung mereka dapat menguatkan

kekuatan fizikal terutamanya lengan. Keadaan ini semestinya

berbeza dengan mereka yang mandi secara bogel. Tidak ada apa

yang boleh diperah. Ramas tidak sama dengan perah. Mereka ini

perlu latihan untuk menguatkan tangan yang ada.

Page 210: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 200

Oleh itu jangan kita berbahas tentang kekuatan fizikal hanya

bersandarkan dengan apa yang ada sahaja pada diri kita. Tidak

sama antara seseorang dengan seseorang yang lain. Kalaulah fizikal

kita mantap maka akan memudahkan kita melakukan gerak-gerak

yang ada dalam Silat Cekak. Keadaan ini akan menghasilkan seni

yang indah dan mantap. Jika tidak, kita menumbuk, kita yang rebah

dan jika kita diserang maka kita juga yang rebah. Hilang akan seni

geraknya.

Prinsip ketiga seperti yang nyatakan di atas ialah tenaga.

Istilah sekarang ialah stamina. Alangkah hebatnya jika kelas-kelas

kemahiran dapat dimulakan daripada buah jatuh, potong dan umum

yang dilakukan secara bertali arus untuk sesi yang pertama. Selepas

lima minit pelajaran di kelas tersebut, disambung pula dengan

pelajaran-pelajaran berupa aplikasi dalam sesi kedua. Kalau

pelajaran potong, maka pelajaran akan bermula daripada kaedah dan

buah jatuh sebelum masuk pelajaran potong.

Semua bentuk latihan tersebut hanya dapat dilakukan jika kita

ada stamina. Kalau stamina tidak ada, para penuntut akan lesu.

Keadaan ini akan menyebabkan pembelajaran mereka merosot.

Mana boleh kita nampak akan seninya. Oleh itu latihan berjogging

atau berjalan atau sebarang maksud latihan bagi menambahkan

stamina adalah perlu. Kekuatan stamina adalah penting bagi

menampakkan seni yang indah dalam silat kita.

Seni yang indah hanya dapat dinikmati oleh mereka yang

melihat atau menontonnya. Kalaulah pergerakan kita mempunyai

seni, mereka yang melihat akan berasa puas dan terangsang untuk

menguasainya. Perbincangan saya di atas dapat dijadikan panduan

Page 211: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 201

untuk menguasai seni dalam Silat Cekak. Lebih jelas kalau

diterangkan secara praktikal.

Kita mengakui kebenaran bahawa pergerakan Silat Cekak

adalah benar, bukan diada-adakan hingga kita yakin bahawa Silat

Cekak sememangnya merupakan satu seni pusaka bangsa Melayu

yang asli. Kaedah-kaedah yang ada adalah mencukupi dan tidak

perlu ditokok tambah. Silat Cekak dizahirkan dengan begitu lengkap

dan kaya dengan unsur-unsur seninya yang semula jadi.

Persoalannya, kita sebagai pengamal atau ahli Silat Cekak,

mampukah menguasai seni-seni Silat Cekak tersebut. Saya yakin

bahawa penguasaan ketiga-tiga aspek atau prinsip berkenaan akan

membantu kita menguasai seni dalam Silat Cekak.

Gerak Tumit Atau Hujung Kaki.

Terdapat perbahasan yang tidak ada kesudahan tentang

pergerakan kaki. Pergerakan tersebut ialah sama ada bergerak

menggunakan hujung kaki atau depan kaki dengan prinsip bergerak

menggunakan tumit atau belakang kaki. Maka wujudlah dua

kumpulan pendapat. Masing-masing ada hujahnya tersendiri.

Semuanya mendakwa mendapat tunjuk ajar Ustaz. Saya difahamkan,

sebagai jalan keluar ada juga dalam kalangan Jurulatih yang

mengambil sikap selamat. “Ikut sedap”. Maknanya pergerakan

tersebut boleh dilakukan atas kemampuan dan kehendak gerak

seseorang pesilat. Mungkin itulah sikap yang difikirkan sebaik-

baiknya bagi menjawab persoalan ahli. Mungkin juga tindakan

tersebut bagi mengelak perbahasan sesama ahli.

Page 212: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 202

Saya berpendapat, gerak kaki erat kaitannya dengan kaedah

gelek. Sekarang ini, kaedah gelek kurang diberi perhatian. Ustaz

pernah memberitahu saya, pada satu ketika, Kaedah Gelek amat

dititikberatkan dan merupakan satu pelajaran. Walau bagaimanapun

kaedah itu diserapkan dalam pengajaran buah asas. Namun begitu

pada peringkat awal, pengetahuan tentang prinsip gelek masih kukuh

dalam pemikiran pengamal Silat Cekak. Lama-lama pelajaran gelek

mula dipermudahkan. Banyak perubahan yang berlaku. Pemikiran

ahli mula „terkongkong‟ dengan empat kaedah yang ada. Itu sebab

timbul istilah „B dan C Bangkang‟ dan penggunaan kaki yang tidak

ketahuan.

Saya terbaca satu artikal tentang Silat Cekak, terbitan

persatuan tahun 1998 yang bertepatan dengan kenyataan saya.

Pada peringkat awal Allahyarham Ustaz Hanafi mengajar,

kaedah gelek ini diajar sebagai satu mata pelajaran seperti empat

kaedah asas. Tetapi selepas kajian dilakukan, didapati bahawa

kaedah ini boleh diajarkan serentak semasa membuat buah-buah

mempertahankan diri.

Sebenarnya, perbahasan mengenai pergerakan kaki tersebut

berlaku sejak zaman selepas Ustaz dan mungkin berterusan hingga

sekarang. Ketika itu, perbahasan mengenai pergerakan kaki itu

adalah terhad dengan merujuk pada buah Gayung Patani sahaja.

Dalam pelarasan yang diadakan, gelek ke belakang buah itu adalah

berdasarkan tumit pada kaki kiri. Malah, ketika bertindak berdasarkan

gerak pecahan, penuntut tetap disaran menggunakan tumit. Peliknya,

hanya untuk buah Gayung Patani sahaja. Buah-buah lain yang

memerlukan gelekan, masih lagi menggunakan hujung kaki. Ketika

itu.

Page 213: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 203

Lama-lama saya difahamkan, semua gerak gelek adalah

berdasarkan tumit kaki. Tidak kira buah apa lagi. Misalnya Sendeng

Atas, Kidung Kiri dan Kuntau Kiri. Kalau benarlah perubahan

tersebut, nampaknya segala-galanya telah berubah.

Perbincangan saya dalam tulisan ini adalah secara umum,

berfokus pada pengamal Silat Cekak yang berminat dengan Pusaka

Hanafi. Saya tetap berpendirian bahawa gerak gelek adalah

berdasarkan hujung kaki. Bukannya tumit. Tidak kiralah buah apa

pun. Termasuklah Gayung Patani dan lain-lain buah yang

menggunakan gerak gelek dalam persilatan Silat Cekak.

Saya pernah menceritakan tentang kehadiran saya dalam

majlis pelarasan yang diadakan di Bangunan Cekak, Jalan Sentul di

zaman Pak Ak. Saya mewakili Jurulatih dari Cawangan Perak.

Penganjurnya ialah Guru Wawasan. Sememangnya beliau amat

berminat membuat pelarasan dari masa ke masa. Pakar pelarasan.

Tidak ada siapa yang dapat menyekat kehendaknya. Guru Utama

ketika itu pun boleh terketepi. Tidak berupaya menyekat

kehendaknya.

Seperti yang saya tegaskan, corak pelajaran Silat Cekak

sekarang ini banyak dipengaruhi pemikirannya. Saya telah ceritakan

betapa Pak Ak terkecewa atas sikapnya itu. Perasaan itu pernah

diluahkan pada saya. Ubah pelajaran ikut kefahaman sendiri.

Sekarang ini peranannya bertambah. Terlantik menjadi pakar

tutup kelas Silat Cekak yang bertentangan dengan fahamannya.

Pada hal, orang yang benar-benar menjiwai Silat Cekak sebagai

Pusaka Hanafi, tidak akan tergamak menutup kelas-kelas Silat

Cekak. Malah akan berterusan menggalakkan pembukaan kelas-

Page 214: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 204

kelas Silat Cekak jika fahamannya masih berpaut pada „Pemikiran

Hanafi‟. Selagi kita terus memanfaatkan ilmu yang ditinggalkan

Ustaz, maka selagi itu juga pulangan ganjarannya akan berterusan

pada Ustaz. Kata tok guru.

Ramai peserta dari seluruh negara yang hadir dalam

pelarasan di bangunan berkenaan. Entah untuk ke berapa kali. Saya

pun tidak tahu macam mana saya tergerak untuk hadir pada majlis

pelarasan berkenaan. Sebelum itu tidak pernah hadir pun walaupun

dipanggil beberapa kali. Dalam majlis pelarasan itu, Guru Kontrak

pun hadir sebagai peserta. Majlis itulah yang memberi pengetahuan

dan pengalaman baru pada saya. Ditegaskan bahawa buah Gayung

Patani perlu dibuat secara menggerakkan tumit. Ke belakang, kaki

kiri pakai tumit dan maju ke depan pun pakai tumit. Ketika kaki kanan

bergerak ke belakang, perlu menggunakan hujung kaki. Hanya buah

Gayung Patani sahaja. Buah-buah lain tetap menggunakan hujung

kaki.

Hal yang demikian adalah bertentangan dengan fahaman

saya selama itu. Timbul perbahasan walaupun maksudnya

perbincangan. Beliau menegaskan bahawa penggunaan hujung kaki

akan menyebabkan kerosakan urat saraf pada bahagian keting.

„Bahagian kaki di belakang buku lali‟.

Susah bagi saya hendak faham. Saya persoalkan kenapa

gelek buah Kidung Kiri tetap menggunakan hujung kaki. Tidak sakit

apa pun di keting. Apabila perbincangan semakin „rancak‟, akhirnya

saya „ditarik‟ keluar dari majlis berkenaan.

Pada saya, alasan yang diberikan adalah tidak logik langsung.

Saya juga yakin bahawa alasan itu adalah berdasarkan pendapat

Page 215: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 205

sendiri. Kepala angin sendiri. Seumur hidup saya dalam Silat Cekak,

tidak pernah dengar alasan sedemikian. Mentang-mentanglah dia

ada latar belakang sains, boleh cakap bagi orang lain percaya. Pada

saya, hal yang demikian susah hendak diterima. Tidak nampak

logiknya. Guru Kontrak yang ada, tidak banyak bicara. Angguk

kepala. Anggukan bermakna. Ada strategi rupanya. Terbukti berjaya

juga akhirnya. Menjadi guru rupa-rupanya.

Ketika saya berbincang sesama Jurulatih di cawangan saya,

kami terkenang semula alasan yang diberi. Alasan „penggunaan

hujung kaki akan memudaratkan pesilat. Rosak urat keting. Tidak

pulak diterangkan maksud rosak urat kaki tersebut. Putuskah atau

bengkokkah atau atau yang lain. Ketika itu, saya pun malas hendak

bertanya. Tidak boleh buat gambaran akan logik alasannya.

Pada kami, alasan tersebut tidak munasabah langsung. Kami

pakat-pakat ketawa apabila saya mengenengahkan alasan mereka.

Seorang Jurulatih bersuara. Beliau menghubungkan satu kajian

saintis yang hangat diperkatakan pada masa itu di dada akhbar.

Kebetulan pulak tu. Dikatakan jika kanak-kanak makan biji nangka

atau biji cempedak yang direbus, akan membantutkan pembesaran

tubuh.

Dakwaan itu sukar diterima. Pada hal, sudah bercupak buah

rebusan biji nangka atau biji cempedak yang ada dalam perutnya

sejak kecil. Badan tetap membesar dan perut pun boleh membesar

dengan hebatnya. Semua yang hadir ketawa. Kami ketawa pada

lawak yang dibuatnya. Secara langsung ketawa pada „lawak‟ yang

menjadikan alasan membenarkan penggunaan tumit kaki untuk buah

Gayung Patani.

Page 216: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 206

Ada juga dalam kalangan Jurulatih yang bersuara. “Patutlah

ada guru silat yang bertongkat. Rupa-rupanya urat kakinya telah

terputus.” Sekali lagi masing-masing pakat ketawa. Alasan yang tidak

ada asas langsung.

Saya difahamkan sekarang ini, pada sesetengah kelas,

penggunaan tumit kaki telah melarat pada semua buah yang

menggunakan kaedah gelek. Seperti yang saya nyatakan, Sendeng

Atas, guna tumit kaki. Malah, buah-buah Kuntau pun guna tumit kaki.

Maknanya semua gerak gelek adalah berdasarkan tumit kaki. Tidak

pakai lagi hujung kaki. Lebih malang lagi, buah-buah potong pun

berjangkit dengan penggunaan gerak tumit kaki. Ada juga yang

beritahu saya. Hujung kaki hanya digunakan untuk membuat potong

secara sapuan kaki pada buah Kidung Kiri. “Pulak dah. Dah terbalik

jadinya”.

Seperti yang dikata, pada masa dulu perselisihan pendapat

hanya ada pada buah Gayung Patani sahaja. Macam mana fahaman

tersebut „berjangkit‟ pada gerak-gerak buah yang lain. Kalau

kepelbagaian kefahaman itu tidak disekat, kita juga risau prinsip

penggunaan tumit kaki akan melarat pada pelajaran menengah dan

pelajaran-pelajaran seterusnya. Haru biru.

Tertulis dalam salah satu buku panduan Silat Cekak, untuk

mengambil asas Gayung Patani, “Gelek atas tumit lebih utama”. Satu

kenyataan yang longgar. Maknanya, „ikut sedap‟ atau „ikut sesuai‟.

Hal yang demikian telah menyebabkan perbezaan penggunaan kaki

itu semakin ketara. Segala-galanya bergantung pada pembawaan

Jurulatih yang „membawa‟ kelas berkenaan. Maka, semakin jelas

perbezaan gerak sesama penuntut dalam perguruan yang sama.

Page 217: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 207

Tidak ada satu pegangan yang kukuh atas kefahaman yang sedia

ada dalam Silat Cekak.

Oleh sebab demikianlah, saya diminta pendapat atas

fahaman saya tentang penggunaan kaki dalam gerak buah-buah

gelek dalam Silat Cekak. Adakah geraknya berdasarkan hujung kaki

atau tumit. Maka perbincangan saya tidak berdasarkan pendapat;

melainkan atas dasar kefahaman yang terpupuk sekian lama. Dalam

hal ini, saya tetap menegaskan bahawa setiap gerak gelek, tetap

menggunakan hujung kaki. Itulah fahaman gerak yang saya

pertahankan dari dulu hingga sekarang. Jika mereka mengatakan

bahawa pengetahuan mereka adalah dari Ustaz, maka saya juga

mengatakan bahawa pengetahuan saya juga adalah dari Ustaz.

Saya tidak berminat berbahas atas prinsip benar atau salah.

Cuma, dalam tulisan ini apa salahnya jika kita cuba dengar dan baca

tentang pendapat dan kefahaman saya pula. Berkongsi pengalaman.

Tidak rugi pun jika kita berfikiran terbuka

Kebenaran Gerak Tumit Atau Hujung Kaki.

Kita yakin bahawa gerak yang ada dalam Silat Cekak adalah

berdasarkan gerak semula jadi. Tidak perlu tambah kekuatan fizikal.

Kekuatan yang diperlukan hanyalah kekuatan semula jadi yang sedia

ada. Itulah gerak seni namanya. Suatu gerak bela diri yang halus dan

bermutu untuk menjaga diri. Sesuatu yang bertentangan dengan

gerak tersebut maknanya gerak itu adalah gerak yang dibuat-buat.

Kena tambah kekuatan dan kena tambah tenaga atau stamina.

Kadang kala gerak yang dibuat-buat itu juga dikenali sebagai

gerak membangkang atau gerak sukan. Saya telah menyentuh hal

Page 218: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 208

yang demikian dalam tulisan yang lalu. Apa yang dibangkang. Dalam

hal ini membangkang membawa maksud menyanggah gerak

perbuatan kita iaitu gerak yang bertentangan dengan pergerakan

semula jadi manusia. Itulah namanya gerak yang dibuat-buat. Gerak

yang tidak normal.

Cuba kita ambil beberapa contoh yang memperlihatkan sifat

semula jadi manusia yang berkaitan dengan kaki. Orang yang ingin

memulakan perbuatan berjalan, memerlukan hujung kaki sebagai

„mukadimahnya‟. Malah, jika kaki kanan yang mula melangkah,

langkahan itu mesti bermula pada hujung kaki sebelum bertapak.

Kaki kiri yang ikut melangkah seterusnya, akan meneruskan

langkahan bermula pada hujung kaki. Tidak boleh tumit kaki.

Bayangkan jika permulaan langkah bermula dengan tumit

kaki pada kedua-dua kaki. Perbuatan yang dibuat-buat. Kalau kaki

kiri yang berikutnya memulakan langkah atas tumit kaki, urat betis

kaki itu akan menjadi cekang. Tidak ada keseimbangan badan. Jalan

pun tidak berseni. Tidak ada penjajaran. „Alignment‟ boleh lari.

Gelong. Jadi kangkang.

Petua yang Ustaz turunkan mengenai „Bumi Selamat‟ atau

„Langkah Selamat‟, tetap menggunakan hujung kaki sebagai

pemulaan langkah. Letak dulu hujung kaki, baru bertapak. Maknanya,

kalau hendak selamat, mulakan langkah dengan menggunakan

hujung kaki. Sebabnya, langkahan yang sedemikian adalah

merupakan langkah semula jadi manusia. Gerak asal manusia.

Orang lainpun tidak perasan cara kita berbuat demikian. Itulah gerak

semula jadi sifatnya.

Page 219: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 209

Secara kiasan berdasarkan petua, kalau menyimpang dari

gerak asal petua iaitu jika memulakan jalan secara menggunakan

tumit kaki, maknanya „tak selamat‟. Petua tidak menjadi. Kalau

dihubungkan dengan silat, kalau hendak selamat, setiap perbuatan

gelek perlulah menggunakan hujung kaki. Kalau guna tumit kaki,

alamat „tak selamat‟.

Begitu juga dalam acara lari yang saya saksikan dalam

pertandingan sukan. Saya dapat lihat betapa pelari yang ada, tetap

menggunakan hujung kaki untuk memulakan larian. Tidak pernah

lihat pun ada pelari yang memulakan larian dengan menggunakan

tumit kaki. Cuma ada sekali dalam sukan Orang Kurang Upaya

(OKU) yang saya hadir di Tanjung Rambutan, menampakkan

penggunaan tumit kaki ketika mereka memulakan larian. Tapi tidak

habis lariannya. Maklumlah orang OKU. Boleh buat suka-suka hati.

Itulah sifat semula jadinya. Orang yang lihat pun jadi hati suka-suka.

Bukan suka-suka hati.

Maknanya, penggunaan hujung kaki adalah merupakan gerak

semula jadi manusia untuk tujuan melangkah. Kalau menyanggah

gerak semula jadi itu, maka kita katakan gerak itu sebagai gerak

membangkang. Menyanggah pergerakan semula jadi. Gerak yang

dibuat-buat. Maknanya juga pada saya, mereka yang menggunakan

gerak tumit untuk tujuan melangkah maka saya tafsirkan gerak itu

sebagai gerak menyanggah atau gerak membangkang. Gerak yang

dibuat-buat. Kena guna tenaga untuk maksud keseimbangan badan.

Bukannya gerak halus yang berseni lagi.

Kalau kita menghalusi gerak-gerak buah jatuh Silat Cekak,

pergerakan melangkah masuk, semuanya bermula dengan hujung

kaki. Setelah hujung kaki mencecah tempat yang dihajati, barulah

Page 220: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 210

kaki bertapak dan membuat tindakan jatuhan. Semuanya berlaku

dalam kiraan saat dan ketika. Kalau gerak masuk menggunakan tumit

kaki, maka gerak itu adalah gerak yang tidak berseni. Gerak kasar.

Hilang halusnya. Badan terpaksa bengkok ke belakang. Kena

melentik. Urat di bahagian pinggul akan menjadi tegang. Boleh sekat

peredaran darah. Bahaya pun kerana boleh melemahkan „tenaga

dalaman‟ lelaki jika dibuat selalu. Nangis tak berlagu. Rugi besar.

Saya pernah menegaskan betapa peranan hujung kaki adalah

salah satu keistimewaan gerak dalam konsep menunggu serangan

dengan menggunakan Kaedah Gelek. Penggunaan hujung kaki amat

berkesan bagi „melarikan‟ badan dari tumbukan lawan. Kalau

ditafsirkan „tumbukan bodoh‟, tumbukan itu akan tersasar dalam jarak

yang tersangat rapat dengan badan. Tidak perlu dibantu dengan apa-

apa kaedah tepisan. Sungguh mantap dan halus pergerakannya.

Kadang-kadang saya terbayang pada penganut gerak tumit.

Cubalah gelek menggunakan tumit tanpa dibantu kaedah yang ada

ketika pasangan kita melakukan tumbukan. Tidak kiralah gelek

masuk atau gelek belakang. Pasti badan akan „cenderung‟ ke dalam.

Tersangat sukar menafikan tumbukan lawan. Mesti kena penumbuk

di badan. Syaratnya ialah mesti tumbuk biasa. Jangan pulak buat

tumbukan layang. Kalau buat tumbukan layang, tidak buat apa-

apapun pasti tumbukan tidak kena. Bukan „tumbuk bodoh‟ tapi

„tumbukan auta‟.

Kesimpulannya, penggunaan tumit itu sangat sesuai dengan

tumbukan layang. Tetap tidak kena sasaran badan. Berpakat dalam

tindakan. Itulah gerak yang dibuat-buat namanya. Jangan benarkan

anak didik kita bersifat demikian. Dalam jangka masa panjang,

Page 221: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 211

tumbukan yang sedemikian akan memupuk keyakinan yang tidak ada

asas. Amat merugikan para penuntut yang berbuat demikian.

Semasa saya menjadi Jurulatih di pusat, Ustaz mengadakan

latihan kemahiran untuk para jurulatih setiap minggu. Latihan

diadakan setiap malam Jumaat. Sebelum memulakan latihan buah,

ada gerak-gerak yang perlu dilakukan. Bentuk riadah. Senaman

muda. Tidak pernah pakai senaman tua.

Salah satu daripada gerak tersebut ialah berlari setempat atas

hujung kaki secara berjengket. Sambil itu kami dikehendaki

menggeleng-gelengkan kepala sekuat mungkin. Jari berperanan

mengurut tulang rusuk pada kedua-dua bahagian rusuk badan. Saya

rasa, mungkin pelajaran ini kurang dibuat dalam kalangan Jurulatih

sekarang ini agaknya. Kelas kemahiran lebih tertumpu pada latihan

latih tubi untuk maksud kemahiran diri.

Ustaz menerangkan bahawa perbuatan menggelengkan

kepala boleh menghindari rasa pening yang sering melanda kita.

Perbuatan mengurut tulang rusuk dapat mencegah beberapa

penyakit. Walau bagaimanapun Ustaz tidak menerangkan tujuan

berlari setempat atas hujung kaki. Kami tidak pula menimbulkan

persoalan. Tidak dapat hendak banding dengan apa-apa gerak yang

ada. Kalau Ustaz suruh buat maka adalah sebabnya Ustaz

mengarahkan perbuatan sedemikian. Ikut saja.

Saya terfikir sendiri. Tentulah perbuatan berlari setempat atas

hujung kaki, ada faedah yang besar dalam konteks gerak persilatan

pengamal Silat Cekak. Kalau tidak ada faedah, tidak mungkin Ustaz

jadikan perbuatan itu sebagai latihan. Pada keyakinan saya,

Page 222: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 212

perbuatan berlari setempat atas hujung kaki adalah untuk

memantapkan pergerakan hujung kaki itu sendiri.

Saya yakin, perbuatan itu juga ada perkaitan dengan

pelajaran gerak gelek persilatan kita. Maknanya, pelajaran bergerak

gelek ialah dengan menggunakan hujung kaki. Tidak pernah pulak

ada latihan berlari setempat secara menggunakan tumit. Tidak boleh

buat pun kerana gerak tumit bukan semula jadi. Kalau buat juga

maka akan jadi macam king kong berjalan dalam cerita wayang yang

boleh ditonton, „Tarzan Lost His Cawat‟. Wayang dulu-dulu.

Tiada siapa pun yang bertanya tentang tujuan latihan berlari

setempat atas hujung kaki. Hal yang demikian kerana pemakaian

gerak tumit tidak timbul ketika itu. Tidak terlintas dalam fikiran untuk

membuat bandingan dan tidak terlintas pun untuk menghubungkan

sebarang bentuk latihan silat yang sedemikian dengan gerak tumit.

Sebabnya jelas. Penggunaan tumit adalah tidak popular. Tidak ada

pun penggunaannya. Kecuali memotong secara sapuan.

Pada pengetahuan Jurulatih dulu-dulu juga, ada tiga (3) lagi

bentuk riadah yang perlu dilakukan dalam kelas kemahiran. Semua

bentuk riadah tersebut ada kaitan dengan gelek badan dan

pergerakan hujung kaki.

Pertamanya ialah latihan berlari pantas secara empat penjuru.

Pada setiap penjuru, pesilat dikehendaki memusingkan badan secara

serta merta. Keduanya ialah berlari pantas dan berhenti secara serta

merta di hadapan pisau yang terhunus. Mesti boleh brek badan.

Ketiganya ialah membuat larian yang pantas ke arah pisau yang

dihunus Ustaz dan pada satu detik yang sangat sesuai, Jurulatih

Page 223: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 213

perlu membuat lencongan di hadapan pisau itu. Kami diarah

membuat latihan itu berkali-kali hingga penat.

Pada saya, tujuan latihan tersebut adalah jelas. Hal yang

demikian adalah untuk memantapkan pergerakan gelek badan dan

kejituan penggunaan hujung kaki. Ketika membuat lencongan dalam

riadah itu, kami diarah menggunakan hujung kaki. Ketika berlari

empat penjuru dan berhenti secara tiba-tiba dihadapan pisau yang

dihunus Ustaz atau berlari sambil melencung badan, peranan hujung

kaki adalah amat ketara. Itulah yang diarahkan. Guna hujung kaki.

Tidak bolehpun buat pergerakan melencong atau menggelekkan

badan secara tumit kaki.

Kalau membuat gerakan melencong atau berhenti secara

tiba-tiba dengan menggunakan tumit kaki, akan membahayakan diri.

Kesinambungan gerakan badan akan terhenti. Hilang „balancing‟.

Penggunaan tumit kaki memberi alamat, kita boleh „telentang‟.

Macam telentang di atas ranjang. Lain pulak penyudahnya. Tapi,

penatnya tetap sama.

Kesimpulan saya adalah jelas. Kaedah gelek dan

penggunaan hujung kaki adalah sangat berperanan besar dalam

pelajaran Silat Cekak. Sama besar dengan kaedah yang empat. Ada

latihan khas untuk memantapkan penggunaan kedua-dua prinsip

gerak tersebut iaitu gerak gelek badan dan gerak hujung kaki.

Oleh sebab itulah saya berkeyakinan bahawa penggunaan

kedua-dua prinsip gerak itu adalah tersangat meluas dalam sistem

pelajaran Silat Cekak. Penekanan pada latihannya juga sangat diberi

perhatian. Saya tidak pasti sama ada perbincangan saya tentang

bentuk latihan kaki dapat difahami oleh para pembaca. Walau

Page 224: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 214

bagaimanapun, bentuk latihan yang sedemikian adalah merupakan

satu keperluan dalam kelas-kelas kemahiran yang dianjurkan Ustaz.

Saya telah teruskan latihan sedemikian di cawangan saya.

Perlu saya tegaskan sekali lagi. Perbincangan saya tentang

sama ada menggunakan hujung kaki atau tumit kaki adalah

berdasarkan pada gerak gelek Gayung Patani sahaja. Kaedah buah

itu saya yang menjadi persoalan. Dulu, buah-buah lain tidak

mendatangkan sebarang perbahasan. Ketika itu gerak gelek buah-

buah lain selain Gayung Patani, masih menggunakan hujung kaki.

Fahaman gelek dan penggunaan hujung kaki masih mantap. Tidak

ada prinsip ikut suka-suka hati.

Tapi, kalaulah sekarang ini semua buah gelek dikatakan

menggunakan tumit kaki, lagi parahlah untuk membuktikan perbuatan

sedemikian tidak benar dan tidak tepat. Tersangat salah pada prinsip,

konsep dan falsafah Silat Cekak. Akan banyak sangat alasan yang

perlu dicari untuk membuktikan penafian gerak yang sedemikian.

Itulah kefahaman dan pegangan saya yang diasaskan Ustaz.

Kefahaman gerak gelek tetap atas hujung kaki. Saya tidak boleh

komen banyak kerana setakat mendapat berita. Tidak pernah tengok.

Ada juga satu pendapat baru yang mengatakan bahawa gerak

sebenar kaki adalah tapak kaki. Bukan hujung kaki dan bukan tumit.

Jalan tengah agaknya. Fahaman baru oleh generasi baru. Alasannya

juga adalah berdasarkan gerak semula jadi manusia. Pada saya,

itulah pendapat baru yang bersandarkan fikiran sendiri dan kepala

angin sendiri. Tidak bersandar pada falsafah Silat Cekak.

Orang yang suka menggunakan tapak kaki, akan

mengundang perubahan tempat pada kedudukan kaki apabila

Page 225: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 215

mengambil buah. Maka jadilah geraknya sebagai tapak tiga. Gerak

mengelak. Gerak yang sedemikian langsung tidak sesuai dengan

gerak Silat Cekak. Tapak kita ialah tapak dua. Tapak yang tidak

mengelak. Itulah kata-kata Ustaz pada saya ketika berbincang

tentang tapak Silat Cekak.

Teringat saya teguran Ustaz pada salah seorang anak didik

silat saya. Kebetulan Ustaz turun ke kelas. Semasa membuat buah

Kidung Kiri, anak didik saya itu menghadapi masalah. Kakinya selalu

berubah. Mengubah kedudukan kaki ketika gerak gelek dilakukan.

Puncanya pada pemerhatian saya, gelek yang dilakukan adalah

berdasarkan tapak kaki. Jenuh membetulkannya.

Jelas menampakkan bahawa gelek secara tapak kaki akan

wujud kecenderongan mengubah tempat kedudukan asal kaki. Hal

yang demikian tidak berkait langsung dengan sistem pelajaran Silat

Cekak. “Gelek pakai hujung kaki”. Kedengaran suara Ustaz memberi

arahan sambil tangannya memegang ranting kayu. Ustaz

memerhatikan gerak kaki penuntut berkenaan. Sekali saja arahan

diberi. Betul pulak jadinya.

Dalam bidang pelajaran Silat Cekak, penggunaan tumit kaki

tidaklah ternafi langsung. Ada juga gunanya. Terutamanya untuk

tujuan kebahagiaan, bukannya kependekaran. Mereka yang ada ilmu

PK tentulah mengetahui akan peranan tumit kaki. „Petua Kekerasan‟.

Sangat berkesan untuk mengurut pasangan kaki sendiri. Gunakan

tumit kaki kanan untuk mengurut bahagian tertentu pada kaki kiri.

Begitulah sebaliknya. Urutan tersebut akan membantu kelancaran

darah hingga ke anu. Buat tiap-tiap hari. Tengok kesannya dalam

tempoh empat puluh hari. Jangan dibiar lama. Menyinga.

Page 226: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 216

Kata orang dulu-dulu, untuk melihat keayuan dan kedaraan

gadis, lihatlah tumit kakinya. Ada petuanya. Tidak payah tengok rupa.

Tumit kaki akan boleh melambangkan rupa paras dan

„keistimewaannya‟. Labu, buluh atau tanduk. Saya difahamkan hal

yang demikian adalah merupakan satu pandangan hidup. Bila

pandang baru „hidup‟. Ada juga gunanya tumit kaki.

Tumit juga boleh dijadikan tempat asahan. Batu pengasah.

Sangat mujarab. Buat tiap-tiap hari. Jangan kurang daripada empat

puluh hari. Boleh kontrol. Pasti bertambah „tajam‟. Tawar ilmu kebal.

Tidak mudah kecundang. Bertindak garang. Macam ular tedung.

Nampaknya, masih ada peranan tumit kaki dalam ilmu

sampingan Silat Cekak. Tapi, jangan silap faham. Untuk mengurut

pasangan kita secara guna kaki, jangan pulak guna tumit kaki.

Gelojoh. Tidak dapat rasa nikmat apa pun. Sensitifnya kurang.

Gunalah hujung kaki. Lebih berseni. Bersopan dan dapat merasai

dan menikmati „keindahan‟ alam semula jadi. Semua kawasan mudah

pergi. Jari hantu di kaki akan lebih berhantu. Kata orang tua-tua,

itulah mainan hidup. Main dulu baru „hidup‟.

Orang yang suka aktiviti mendaki bukit tinggi tentu sedar akan

peranan tumit kaki. Ketika menuruni bukit, tumit kaki akan

berperanan sebagai brek. Boleh buat jadi laju dan boleh buat jadi

perlahan. Kalau pakai hujung kaki, semacam nak maju terus ke

depan. Menyondol atau sondol ke depan. Macam tumbuk lajak.

Bahaya. Burukpun rupa bentuk geraknya. Gerak menyondol.

Tapi kalau turun dari bukit rendah atau bukit kecik, peranan

hujung kaki pula lebih bermakna. Geraknya senyap. Tidak

mengganggu pasangan. Dapat menyerap berat badan sendiri. Tidak

Page 227: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 217

banyak menggunakan tenaga dan kekuatan diri yang semakin

kurang. Berkurangan tenaga kerana baru saja digunakan.

Oleh itu, berdasarkan perbincangan di atas, saya tetap

mempertahankan penggunaan hujung kaki sebagai gerak yang

bertepatan dengan falsafah Silat Cekak. Itulah gerak semula jadi

manusia. Gerak halus iaitu gerak berseni yang menjadi konsep dan

falsafah Silat Cekak. Itulah gerak yang tidak membangkang. Silat

Cekak adalah juga berdasarkan gerak semula jadi manusia. Jenis

gerak seni yang membawa maksud, pergerakan menurut, bukannya

membangkang. Itulah juga salah satu falsafah persilatan kita.

Saya jarang sangat menyentuh tajuk ini secara khusus.

Kefahaman saya setakat disebarkan dalam kalangan anak didik

saya. Falsafah saya pada Silat Cekak adalah jelas. “Apa yang

diterima maka itulah yang diluahkan.” Maknanya, saya akan memberi

balik pengetahuan yang saya peroleh dari Ustaz pada anak didik

saya. Tidak tambah dan tidak kurang. Cuma, saya akan sesuaikan

pelajaran tersebut pada peringkat-peringkat pelajaran.

Sepanjang saya menjadi Jurulatih, tidak ada pembetulan yang

dibuat guru pada saya, selain pelarasan akhir yang saya sertai. Kalau

pelarasan dilakukan atas kehendak orang kanan, kena fikir banyak

kali. Pastinya pelarasan tersebut berdasarkan kebolehan dan

pengetahuan diri mereka sendiri. Banyak ruginya kalau tidak berhati-

hati. Itupun kalau ingin miliki Pusaka Hanafi.

Memahami Gelaran Buah Dalam Silat Cekak.

Dalam tulisan lalu, saya telah membincangkan tentang nama-

nama buah Silat Cekak yang didakwa ada perkaitan dengan

Page 228: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 218

pesilatan Melayu lain. Kesimpulannya, tidak timbul pun sifat cedok-

mencedok. Kewujudan persatuan-persatuan silat yang pelbagai, telah

menyebabkan persoalan „mencedok‟ itu timbul. Lebih-lebih lagi

apabila gelaran persatuan silat itu berkaitan dengan nama-nama

buah yang ada pada kita.

Kadang-kadang saya terfikir juga. Dari segi budaya

berpakaian, nasib baiklah tidak ada „persatuan baju kurung‟ atau

„persatuan baju kebaya‟. Kalau ada, pasti timbul persoalan apabila

bukan ahlinya memakai pakaian baju kurung atau kebaya. Pasti akan

dikatakan meniru „pusaka‟ persatuan mereka. Pada hal, jenis baju

tersebut adalah ciptaan masyarakat Melayu.

Satu lagi persoalan yang sering ditimbulkan dalam kalangan

ahli ialah nama-nama buah yang ada dalam Silat Cekak. Bukan asal

usul buahnya, tapi pengertian atau tafsiran pada namanya. Dalam

tulisan ini, saya cuba membincangkan persoalan tersebut

berdasarkan pengalaman masa silam saya ketika berbicara sebagai

seorang Jurulatih.

Nama-nama buah yang jelas namanya, tidak ada persoalan.

Misalnya, nama-nama seperti Gayung Patani, Sendeng, Lintau,

Terlak, Pasung Kemanga, Harimau dan Kuntau. Nama-nama buah itu

adalah biasa penggunaannya dalam persilatan Melayu dan sering

diguna pakai. Ada asal usul penggunaannya. Hal yang demikian

tidaklah menarik minat para penuntut untuk bertanyakan soalan.

Begitu juga pada nama-nama buah yang boleh dihubungkan

dengan perkara umum dalam bahasa pertuturan kita. Perkataan-

perkataan kilas, paras, kidung, hempuk dan selendang mungkin tak

ada persoalan. Biasa juga didengar. Penuntut juga boleh

Page 229: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 219

menghubungkan nama-nama tersebut dengan gerak buah Silat

Cekak yang sedia ada. Mempunyai asas ketika membuat tafsiran.

Persoalan yang pernah saya dengar ialah Gari dan Ali. Istilah

gari pada buah Gari dan istilah ali pada buah Ali Patah Atas dan Ali

Patah Sudah. Kedua-dua istilah itu boleh menimbulkan persoalan

dan perasaan ingin tahu yang mendalam dalam kalangan segelintir

penuntut. Walaupun keperluan pengetahuan mengenai nama-nama

buah tersebut bukannya mendesak, akan tetapi sedikit sebanyak

keinginan mengetahuinya akan mengganggu proses mereka

menimba ilmu pengetahuan Silat Cekak. Elok juga dilayan persoalan

mereka itu supaya fikiran mereka berada dalam suasana yang

„tenang‟.

Dalam hal ini, Jurulatih perlu berilmu dan perlu sangat berhati-

hati kalau ingin berbincang. Jangan buat penerangan atau membuat

kesimpulan kalau tidak ada ilmu. Kalaupun ingin memberi penjelasan,

perlu ada sandaran. Sandarannya mesti dari pandangan Guru

Utama. Kalau tidak ada, buatlah penjelasan secara ilmiah. Sekurang-

kurangnya, rujuklah pada kamus yang ada. Ada sandarannya. Bukan

memberi makna atau membuat kesimpulan secara mudah melainkan

sebagai maksud menggalakkan perbincangan.

Misalnya, perkataan istilah gari dalam buah Gari. Dalam

bahasa kita, gari membawa dua makna. Makna pertama merujuk

pada sepasang gelang daripada logam untuk membelenggu

pergelangan tangan. Makna kedua adalah merujuk pada pandangan

mata yang masih jelas dan nyata walaupun telah berumur. Kalau

sengaja difikir-fikirkan, tidak mungkin zaman dulu-dulu pahlawan-

pahlawan kita menggunakan gari menangkap penjenayah macam

Page 230: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 220

yang ada sekarang. Susah pada akal untuk menerima perbuatan

sedemikian.

Buatlah perbincangan kalau ada yang bertanya. Tapi jangan

sesekali membuat pendirian. Hal yang demikian disebabkan

kesimpulan kita itu adalah berdasarkan andaian. Tidak ada kata

putus. Walau bagaimanapun, tegaskan pada penuntut kita. Perkara

pentingnya ialah ketepatan, ketangkasan dan kebenaran membuat

buah. Tidak ada tambah-tambah pada mana-mana gerak ikut suka-

suka hati.

Istilah „Ali‟ dalam buah Ali Patah Sudah dan Ali Patah Atas

turut mencetuskan perasaan ingin tahu dalam kalangan penuntut.

Ramai penuntut ingin mengetahui makna „ali‟ tersebut. Keinginan itu

sama ada dilahirkan atau dipendam begitu saja. Mungkin ada

masanya Jurulatih sendiri menjelaskan maksud „ali‟ itu.

Pada pendapat saya, para Jurulatih juga perlu berhati-hati

ketika memberi penjelasan mengenai makna perkataan pada buah

berkenaan. Masa saya belajar dulu, Ustaz tidak pernah menyentuh

akan persoalan nama pada buah itu. Kami pun tidak berminat

bertanya. Seperti yang dinyatakan, kami lebih suka menerima buah-

buah yang sedia ada daripada berbahas tentang asal usulnya. Walau

bagaimanapun, saya tidak nafikan betapa ada juga hasrat saya ingin

mengetahui tentang maksud „ali‟ itu. Namun begitu hanya disimpan

dalam hati, hinggalah tamat silat.

Ketika mengajar silat, saya cuba elakkan daripada bercakap

tentang makna perkataan yang ada pada nama-nama buah jatuhan.

Penekanan saya ialah penguasaan buah daripada penguasaan

Page 231: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 221

makna namanya. Nama buah telah ada. Maka terimalah nama buah

seadanya. Namun begitu, ada juga yang bertanya.

Dalam hal ini, terdapat juga para Jurulatih yang

menghubungkan „ali‟ dengan nama Khalifah empat. Kalau betul,

tentunya nama-nama kalifah yang lain ada dalam senarai nama buah

Silat Cekak. Tidak ada pun. Begitu juga jika kita ingin

menghubungkan istilah „ali‟ pada nama pahlawan atau pejuang yang

hebat bagi menegakkan agama, susah juga nak diterima. Nama

Khalid ibnu Walid juga sangat hebat. Tidak ada nama buah Khalid

pun pada buah-buah kita. Cuma, mungkin ada gerak khalid dalam

Silat Cekak yang juga merupakan salah seorang pakar pelarasan

Silat Cekak. Orang kanan Guru Wawasan.

Kalau dirujuk kamus, istilah „ali‟ bukannya nama khas. Istilah

tersebut merujuk pada makna tinggi. Tentulah konsep tinggi itu

adalah berkaitan dengan sifat dan pelakuan manusia. Saya cuba

menghubungkan makna konsep tinggi dalam konsep persilatan kita.

Kebanyakan pergerakan silat Melayu adalah secara berkuda-

kuda. Gerak kuda-kuda dalam persilatan Melayu, biasanya

menjadikan kedudukan mereka tinggi, sederhana atau rendah. Ada

silat yang menggunakan istilah „main atas‟, „setengah tiang‟ atau

„main bawah‟. Kuda-kuda yang kurang „bengkok‟, menyebabkan

kedudukan mereka tinggi. Manakala kuda-kuda yang rendah

menyebabkan pergerakan mereka adalah juga rendah. Lagi rendah

kedudukan badan, dikatakan lebih baik. Pergerakan yang

merendahkan badan dianggap sebagai pergerakan bawah. Ada juga

dalam kalangan pesilat yang menggelarnya sebagai „main bawah‟.

Buah-buah pemakannya lebih banyak bersifat bawah.

Page 232: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 222

Teringat saya pada majlis penamat kelas saya dulunya. Ada

seorang penuntut yang „mencuba‟ Ustaz ketika tamat. Pembawaan

silatnya ialah Kuntau Jawa. Penuntut itupun orang Jawa. Ketika

mencuba, geraknya ialah gerak yang tersangat rendah. Pertama kali

saya tengok. Hebat. Ketika itu silat yang merayap di bawah, dianggap

tersangat hebat. Dikatakan bahawa pergerakan sedemikian amat

sukar dipintas. Tapi tidak hebat apabila mencuba dengan pengamal

Silat Cekak.

Pergerakan berkuda-kuda tidak ada dalam Silat Cekak kerana

kita tidak berkuda-kuda. Oleh itu gerak bawah tidak timbul dalam

pelajaran kita. Walau bagaimanapun, buah-buah jatuhan kita meliputi

tiga serangan di bahagian badan. Atas, tengah dan bawah. Kita boleh

buat pembahagian buah-buah yang ada dalam Silat Cekak,

berdasarkan senarai buah jatuh yang kita ada. Misalnya, Kilas

Depan, Terlak dan Lintau adalah habuan serangan bahagian bawah.

Manakala buah Hempok adalah habuan serangan di bahagian atas.

Kebanyakan buah-buah kita adalah untuk menghadapi serangan

lawan di bahagian tengah.

Walau bagaimanapun, prinsip pukulan pada buah-buah

berkenaan adalah pada sasaran di bahagian tengah atau di bahagian

atas. Kita tidak pukul bahagian bawah. Kalau pukulan di bahagian

bawah, alamat retak anunya. Tersangat besar padahnya.

Saya tidak mahu mengupas panjang lebar tentang nama-

nama buah Ali Patah Atas, Ali Patah Sudah dan buah Gari. Hal yang

demikian adalah lebih banyak bersifat tafsiran. Ustaz tidak pernah

bercakap mengenainya secara khusus pada saya. Saya pun tidak

pernah bertanya. Pengetahuan saya tentang istilah adalah terhad.

Perbincangan akan lebih banyak menjurus pada pendapat atau

Page 233: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 223

pandangan sendiri. Walau bagaimanapun, keutamaan saya ialah

melakukan buah jatuhan tersebut dengan kemas, tepat dan teratur.

Oleh itu, elok sangatlah para Jurulatih mengelak diri dari

membuat kesimpulan tentang istilah yang kurang ada pembuktian

dan penjelasan. Memadailah menimbulkan persoalan untuk maksud

perbincangan. Hal yang demikian boleh juga membuka minda anak

didik kita. Itupun jika ada yang bertanya. Bukannya bertengkar bagi

maksud menegakkan pendapat, cuma berbincang bagi

menggalakkan budaya berfikir dalam kalangan pesilat.

Falsafah Berdiri Lurus.

Salah satu falsafah dan konsep yang ada dalam persilatan

Silat Cekak ialah lurus. Falsafah lurus adalah begitu luas dalam

kefahaman Silat Cekak. Perbincangan tentangnya meliputi aspek

fizikal dan kefahaman.

Berdasarkan kefahaman dalam Silat Cekak, konsep lurus

membawa pelbagai makna. Orang yang lurus kerap kali dikaitkan

dengan orang yang bersifat jujur. Percakapan dan tindakan mereka

lebih banyak sehala tanpa ada sebarang kepentingan dan maksud

yang tersirat.

Dalam pantun Silat Cekak makna jujur memainkan peranan

penting bagi kita menguasai Silat Cekak dan bagi mendapat

keberkatan hasil daripada pembelajaran Silat Cekak. Peranannya

telah dinyatakan seperti dalam rangkap pantun yang berikut,

Silat Cekak pada lahirnya.

Pengertian gerak pada batinnya.

Page 234: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 224

Hendaklah mahir seluruh anggota,

Hendaklah jujur pada jiwanya.

Orang bersifat jujur kebiasaannya akan memudahkannya

menguasai gerak yang ada dalam Silat Cekak. Oleh itu, jujurlah pada

diri kita, rakan-rakan dan semestinya kepada guru yang ada mandat.

Mandat daripada tuan punya yang sah dalam Silat Cekak.

Kita juga dianjurkan supaya memilih jalan yang lurus. Setiap

hari, dalam sembahyang kita memohon supaya ditunjukkan jalan

yang lurus. Dengan petunjuk lurus yang diperoleh akan menjadikan

diri kita tidak terpengaruh dengan hawa nafsu dan kepentingan diri.

Namun begitu, hal-hal dan cakap-cakap yang sebegini, biarlah guru

kita yang mengupasnya dengan lebih lanjut.

Walau bagaimanapun dalam tulisan ini saya hanya

menitikberatkan istilah Lurus dalam prinsip, konsep dan falsafah

berdiri lurus. Konsep berdiri lurus dalam Silat Cekak adalah sebagai

satu usaha membela diri dari segi fizikal. Perbincangan dalam tulisan

ini meliputi pandangan umum keseluruhan ahli-ahli Silat Cekak pada

masa dulu. Sesetengah ayat yang saya gunakan dalam tulisan ini

adalah berupa ayat yang sering diucap ahli-ahli Silat Cekak di satu

masa yang lalu. Ayat-ayat itu juga sering diperturunkan untuk

kefahaman penuntut-penuntut baru yang ingin belajar Silat Cekak.

Saya pernah tegaskan bahawa berdiri lurus dalam Silat Cekak

sering dikaitkan dengan pendirian sembahyang. Walaupun kenyataan

ini tidak menyenangkan beberapa pihak yang tertentu akan tetapi

dalam kalangan penuntut Silat Cekak kaitan antara silat dan

sembahyang telah diterima secara begitu yakin sekali. Dalam prinsip

berdiri lurus ini, tapak kaki kanan dengan tapak kaki kiri tidak terlalu

Page 235: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 225

renggang dan tidak terlalu rapat. Jarak tapak adalah sederhana

berdasarkan berdiri semula jadi kita. Pendirian yang demikian juga

digunakan oleh Silat Cekak dalam kaedah bela diri daripada

serangan musuh.

Walau bagaimanapun, berdiri lurus tegak ini pula dianggap

pengamal silat yang lain sebagai satu kelemahan Silat Cekak.

Namun begitu, pada kajian kita secara mendalam, sebenarnya di

situlah punca kekuatan dan kelebihan gerak silat kita iaitu Silat

Cekak. Kita berkeyakinan bahawa berdiri lurus tersebut dapat

memberi keyakinan dan membawa beberapa pengertian pada diri

kita secara lahir mahupun segi falsafahnya.

Ramai yang mengatakan bahawa berdiri lurus adalah berdiri

yang lemah. Pada mereka, berdiri yang kuat adalah berdiri secara

kuda-kuda. Sebenarnya pada kita, berdiri secara berkuda-kuda itulah

yang lemah dan boleh mendatangkan kemudaratan. Kita diyakinkan

bahawa berdiri secara berkuda-kuda itu adalah pendirian yang

bengkok. Adakah sesuatu yang bengkok itu kuat daripada yang lurus.

Ahli-ahli Silat Cekak diberi kiasan sebagai maksud bandingan.

Orang yang pergi ke hutan mencari kayu tersangatlah sukar

mendapatkan kayu-kayu yang lurus. Kayu yang bengkok amatlah

mudah kita diperoleh. Kayu yang lurus boleh guna dalam pelbagai

faedah. Kita boleh buat tiang rumah, meja, kerusi, papan dan

berbagai bentuk lagi. Kayu bengkok hanya sesuai dibuat kayu api

sahaja.

Di sini, jelaslah bahawa sesuatu yang lurus banyak

kegunaannya daripada yang bengkok. Begitu jugalah halnya dengan

berdiri yang lurus. Berdiri lurus adalah penengah atau pusat daripada

Page 236: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 226

segala pergerakan sama ada pergerakan ke hadapan atau ke

belakang dan pergerakan ke kiri atau ke kanan. Oleh sebab itulah

berdiri lurus digunakan dalam Silat Cekak kerana dengan pendirian

tersebut, Cekak telah bersedia untuk menunggu pelbagai jenis

serangan dari pelbagai penjuru sama ada hadapan, kiri, kanan

mahupun dari belakang.

Berdiri lurus adalah berdiri yang normal bagi manusia. Itulah

salah satu sifat gerak semula jadi manusia. Malah, munusia yang

bercakap tatkala berdiri adalah melambangkan manusia yang

mempunyai pendirian yang lurus atau normal dan bukannya atas

pendirian yang bengkok iaitu pendirian yang dipaksa-paksa.

Oleh itu, jika penuntut belajar silat secara berdiri lurus maka

pengamalnya akan sentiasa dapat bersedia sepanjang waktu tanpa

diketahui oleh orang lain. Musuh kita sukar mengesan akan helah

kita. Hal ini demikian kerana mereka melihat pendirian kita seperti

pendirian orang yang tidak mahu bergaduh. Jika sekiranya kita berdiri

secara berkuda-kuda, sebenarnya kita membantu musuh kita untuk

mengetahui akan tipu helah kita. Mereka akan dapat membaca mana

tangan atau kaki yang „mati‟ dan mana tangan atau kaki yang „hidup‟.

Selain daripada hujah-hujah di atas, berdiri lurus adalah

bermaksud berada dalam kedudukan atau posisi yang sangat rapat.

Kedudukan sebegini adalah merupakan satu kelebihan dalam seni

bela diri. Musuh dapat ditewaskan dalam masa yang cepat dan

ringkas. Gerak yang kita lakukan adalah sangat menguntungkan.

Keyakinan kita dalam posisi rapat ini kerana silat kita mempunyai

kaedah yang cukup dan sempurna untuk mengawal seluruh anggota

badan. Selain kaedah ABCD, kaedah gelek yang bersepadu dengan

Page 237: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 227

pukulan atau awasan, telah cukup untuk mengawal empat tahap

anggota badan manusia.

Kita menaruh keyakinan bahawa kelebihan-kelebihan seperti

hujah di atas adalah sesuatu yang dapat dibincangkan secara ilmiah.

Kajian telah dibuat tentang buruk dan baik segala macam bentuk

berdiri ketika menanti serangan atau ketika menyerang dalam usaha

untuk menjaga diri. Dengan penuh keyakinan, pengamal Silat Cekak

menerima hakikat bahawa berdiri secara lurus adalah adalah

merupakan berdiri yang unggul bagi menjaga diri. Berdiri yang

sebegini adalah pendirian yang penuh makna di sebalik kegunaannya

dalam usaha mempertahankan diri.

Ayat muktamad yang sering diguna pakai ahli-ahli Silat Cekak

pada zaman dulu-dulu adalah seperti berikut.

Pengamal Silat Cekak mengamalkan konsep Cekak

menunggu serangan dengan berdiri lurus, tidak berkuda-kuda dan

tidak melangkah ke kiri atau ke kanan bahkan mara ke hadapan

dalam gerak yang satu. Falsafah makan gerak dalam gerak adalah

merupakan satu prinsip yang lebih meyakinkan hasil daripada

kelebihan berdiri secara lurus. Sebab itulah kita berani menegaskan

bahawa Silat Cekak pada kebenaran atau hakikatnya ialah Silat

Gerak.

Konsep Berkuda-Kuda.

Kita tetap mendakwa bahawa gerak yang ada dalam Silat

Cekak adalah berdasarkan gerak semula jadi. Sesuatu yang

bertentangan dengan gerak tersebut maknanya gerak itu adalah

gerak membangkang. Gerak membangkang itu kita kaitkan sebagai

Page 238: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 228

gerak sukan. Oleh itu, secara kesimpulannya, bolehlah kita anggap

bahawa gerak membangkang itu bermaksud gerak yang

bertentangan dengan pergerakan semula jadi manusia.

Pada zaman dahulu, perkataan membangkang adalah

merupakan „musuh‟ dalam konsep gerak Silat Cekak. Semua pesilat

Silat Cekak dapat menerima konsep tersebut. Kita tidak pernah

langsung menghubungkan gerak yang ada dalam Silat Cekak

sebagai gerak membangkang. Semua ahli menerima kenyataan

bahawa gerak membangkang itu bermakna gerak sukan. Itulah

kesimpulan yang ada pada pemikiran setiap ahli persilatan Silat

Cekak ketika itu.

Namun begitu, kita mungkin terkeliru kerana gerak

membangkang itu seolah-olah ada juga pada gerak semula jadi

persilatan kita. Nampak macam ada. Berhati-hatilah. Bila nampak

macam ada membangkang, jangan terus membuat kesimpulan

bahawa gerak yang berkenaan dianggap sebagai membangkang. Hal

yang demikian boleh menjadikan kita langsung tidak dapat

memahami konsep membangkang dalam gerak persilatan.

Oleh itu, wujudkan pegangan dan kefahaman. Selagi gerak itu

tidak memerlukan kekuatan dan bukannya dibuat-buat, maka gerak

sedemikian tetap dianggap gerak seni. Bukannya gerak

membangkang. Walaupun nampak macam membangkang. Nampak

sahaja.

Seperti yang saya tegaskan terdahulu, gerak membangkang

adalah merupakan gerak yang menggunakan kekuatan. Kalau sudah

bertentangan dengan gerak semula jadi maknanya gerak kita adalah

gerak yang dibuat-buat. Sesuatu yang dibuat-buat akan

Page 239: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 229

menyebabkan keperluan menggunakan tenaga atau kekuatan. Kalau

buat buah menggunakan kaedah membangkang bermakna pesilat itu

perlu menggunakan kekuatan dan dianggap gerak sukan.

Jadikan persoalan pada diri sendiri. Ketika mengambil buah

Lintau misalnya, adakah Jurulatih memerlukan kekuatan untuk

menolak serangan tangan. Hinggakan, kaedah tepisan dikaitkan

dengan kaedah membangkang. Kalau jawapannya „ya‟, sahlah

betapa Jurulatih berkenaan perlu dibengkelkan bagi menyepuh

kefahaman gerak yang ada pada dirinya.

Jurulatih juga perlu berhati-hati ketika menjelaskan maksud

kuda-kuda. Kita selalu menegaskan bahawa Silat Cekak tidak

berkuda-kuda. Sudah tentulah penerangan kita tentang konsep

berkuda-kuda itu adalah bandingan dengan persilatan Melayu yang

lain. Kebanyakan persilatan Melayu yang ada adalah menggunakan

kuda-kuda. Kalau kita biasa melihat silat Melayu yang berkuda-kuda,

tentu kita faham akan maksud berkuda-kuda itu. Prinsip berkuda-

kuda akan menjelaskan pergerakan mereka. Pada anggapan

mereka, lagi ke bawah, maka lagi hebat kuda-kudanya.

Sebagai seorang Jurulatih, elok juga memahami maksud

kuda-kuda dalam persilatan Melayu. Kalau sudah memahaminya

maka akan menyenangkan kita untuk membuat penerangan tentang

konsep kuda-kuda dalam fahaman pesilat Silat Cekak. Kefahaman

yang ada asas. Kalau kurang memahami konsep kuda-kuda, sesuatu

yang bengkok di bahagian kaki, mungkin akan terus dianggap

sebagai kuda-kuda. Hal yang demikian boleh mempengaruhi gerak

persilatan penuntut dalam pelajaran Silat Cekak .

Page 240: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 230

Dalam persilatan Melayu, kedudukan kuda-kuda adalah

merupakan satu perbuatan yang menunjukkan sikap bersiap sedia.

Dalam situasi itu, wujud ketentuan kedudukan tubuh dan kaki yang

bersedia menerima serangan lawan. Maknanya, sifat kaki, tangan

dan badan perlu diubah dalam bentuk yang lain. Kaki kena

dibengkokkan. Ada yang mengatakan, lagi bawah maka lagi baik.

Tangan pula perlu beraksi dengan sesuatu gerak. Gerak tangan itu

boleh juga membawa maksud „mengumpan‟. Ada yang terketar-ketar

tangannya. Sengaja dibuat sedemikian sebagai maksud penggerun.

Badan pula perlu ditegapkan dengan kekuatan dan tenaga. Dada

dikembang dan dikeraskan macam dada burung. Bentuk yang dibuat-

buat.

Jelas pada kesimpulan fahaman kita bahawa kedudukan

berkuda-kuda itu adalah merujuk pada perbuatan yang dibuat-buat.

Saya berpendapat bahawa perbuatan yang sedemikian bukannya

perbuatan benar atau gerak semula jadi sebagai lambang

sifat gerak asal sebagai manusia. Selalu saya tegaskan betapa

pergerakan atau perbuatan yang dibuat-buat itu adalah terlarang

dalam persilatan kita, malah tidak ada dalam isi pelajaran Silat

Cekak. Menyanggah pergerakan semula jadi. Gerak yang dibuat-

buat. Kena guna tenaga untuk maksud keseimbangan badan.

Bukannya gerak halus yang berseni lagi. Bukan senang untuk

berkuda-kuda. Kekuatan kaki perlu ada. Otot peha kena kuat. Badan

mesti berada dalam keadaan bertenaga sepenuhnya.

Ustaz pernah mengiaskan sifat berkuda-kuda itu dengan rotan

yang bengkok. Pencari rotan akan sentiasa mencari rotan yang lurus,

berbanding dengan rotan yang bengkok. Hal yang demikian kerana

rotan yang lurus akan mudah dibentuk dalam sebarang bentuk yang

dikehendaki. Tentunya hal yang demikian berbeza dengan rotan yang

Page 241: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 231

bengkok. Dengan tegasnya kita mengatakan bahawa rotan yang

bengkok hanya sesuai dijadikan „kayu api‟ sahaja. Itulah satu bentuk

penerangan yang meyakinkan walaupun pada sesetengah orang,

penerangan yang sedemikian diangap sebagai membesar diri atau

membangga diri.

Kiasan Ustaz itu meyakinkan para pengamal Silat Cekak

betapa konsep berdiri lurus tersangat banyak faedahnya. Berdiri lurus

adalah merupakan perbuatan semula jadi manusia. Sifat berdiri lurus

adalah berdiri normal manusia. Bukannya perbuatan yang dibuat-

buat. Kita akan sentiasa berada dalam situasi yang sentiasa bersiap

sedia. Orang lain tidak nampak akan sifat siap sedia tersebut

tersebut. Nampak selamba sahaja. Itulah sifat semula jadi kita.

Sifat berdiri lurus juga adalah bersifat kemudahlenturan dalam

pergerakan gerak semula jadi manusia. Orang lain tidak tahu akan

tindak balas kita. Kaki dan tangan boleh „hidup‟, terutamanya ketika

kita menunggu serangan lawan. Sifat berdiri lurus juga bukannya

bergerak secara dipaksa atau dibuat-buat. Satu bentuk kefahaman

yang jitu dalam pengamalan persilatan Silat Cekak. Badan tidak

terasa penat pun. Nafas boleh berjalan seperti biasa. Tidak perlu

teran-teran kekuatan.

Namun begitu, terdapat sifat semula jadi manusia yang

terbengkok kaki ketika berdiri atau bergerak. Di sinilah kita harus

faham konsep berkuda-kuda atas sifat dibuat-buat atau macam

berkuda-kuda atas sifat semula jadi manusia. Dalam persilatan Silat

Cekak, jangan mudah kita membuat kesimpulan atas gerak yang

sedemikian dalam konteks persilatan kita. Nampak saja kaki bengkok

sikit, terus dicap berkuda-kuda. Terus dilarang penuntut berkenaan

dari sifat gerak sebegitu. Alangkah malangnya arahan sedemikian.

Page 242: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 232

Penuntut boleh terkeliru akibat arahan yang tiada asas dalam budaya

persilatan Silat Cekak.

Ada dalam kalangan Jurulatih yang menentang keras

pergerakan yang menampakkan kaki yang bengkok ketika membuat

buah. Dikatakan bahawa gerak sedemikian adalah pergerakan

berkuda-kuda. Pada hal, pergerakan itu adalah merupakan

pergerakan semula jadinya. Bayangkan pergerakan pesilat kita yang

tidak boleh langsung membengkokkan kaki ketika membuat jatuhan.

Geraknya umpama robot. Sungguh menyeksakan.

Itulah akibatnya jika kita kurang pengalaman atau kurang

pengetahuan tentang prinsip yang ada pada setiap buah Silat Cekak.

Penerangan kita hanya berbentuk sehala tanpa merujuk sifat semula

jadi yang ada pada pergerakan manusia. Lurus bendul.

Saya tidak pernah lihat gerak robot penuntut Silat Cekak

yang tersangat sensitif dengan sifat kuda-kuda. Tapi ada juga dalam

kalangan penuntut yang bercerita. Apabila kaki pesilat bengkok

sikitpun, terus dikatakan kuda-kuda. Saya cuba membuat gambaran

tatkala mereka mengambil buah tanpa kaki bersifat kemudahlenturan.

Bayangkan saja buah Pertama. “Kaki kiri pesilat tetap tegak

umpama tiang. Kaki kanan terpaksa lurus. Oleh itu, punggung pesilat

terpaksa dijungkitkan bagi meluruskan kaki kanan. Setelah dibuat

jatuhan, pesilat akan mara dengan kaki terus tegak umpama tiang.

Setelah lawan jatuh telentang, pesilat yang berminat membuat

tumbukan akan tetap menumbuk, tapi kaki tetap tegak.”

Page 243: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 233

Begitulah gambaran saya pada pesilat yang dilarang

membengkokkan kaki. Takut dianggap menggunakan kuda-kuda.

Sungguh meyeksakan penuntut. Macam robot jadinya.

Kadang-kadang saya bayangkan juga dengan buah-buah

yang lain. Macam mana agaknya jatuhan Kuntau Kiri dalam keadaan

dilarang bengkok kaki. Begitu juga dengan buah-buah yang lainnya.

Tapi, saya yakin mereka ada jawapannya. Pastinya mereka akan

mengatakan, “Adalah kekecualiannya.” Cerdik.

Biasanya, penggunaan kuda-kuda ketika menunggu serangan

sangat popular dalam pesilatan Melayu yang lain. Ada juga elatnya

mereka berbuat demikian. Sebagai pengamal Silat Cekak, kita ada

sistem untuk mengatasi sifat sedemikian.

Pada pengamal Silat Cekak, jika lawan kita membuat buah

yang sedemikian, alangkah „sedap‟nya kita melepaskan tumbukan.

Buah mereka yang cantik akan menjadi tidak cantik jika „peluru

berpandu‟ yang kita lepaskan. .

Rupa Bentuk Persembahan Silat Cekak.

Setiap kali saya berpeluang menonton persembahan Silat

Cekak, ternampak hebatnya persembahan mereka. Sesuailah

dengan tuntutan semasa yang menagih persembahan mantap yang

melambangkan kepantasan dan kecekapan pesilat Silat Cekak. Saya

tidak banyak komen tentang corak persembahan sekarang.

Apabila saya menggunakan istilah „corak‟ bermakna rujukan

saya adalah berdasarkan pada dua perkara. Pertamanya merujuk

pada bentuk persembahan dan keduanya pada pengisian

Page 244: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 234

persembahan. Bentuk persembahan dan pengisian persembahan

itulah yang mencorakkan persembahan sama ada hebat atau kurang

hebat.

Namun begitu, sebagai pengamal Silat Cekak yang telah

bergiat begitu lama dalam persilatan Silat Cekak sejak zaman Ustaz

Hanafi, pasti sedikit sebanyak akan mendorong saya membuat

perbandingan dari segi bentuk persembahan dan pengisiannya.

Bukan sifat ingin menyatakan siapa yang lebih baik, melainkan hal

yang demikian adalah merupakan sifat semula jadi manusia. Secara

automatik, bandingan tersebut pasti berlaku. Walau bagaimanapun,

pada hakikatnya corak persembahan yang sedia ada sekarang

adalah berasaskan corak persembahan dulu-dulu.

Masa telah berubah. Aspek kepimpinan juga turut berubah.

Oleh itu tentunya corak persembahan atau pertunjukan Silat Cekak

juga turut berubah. Tentulah ada perbezaan dalam semua aspek

persembahan. Pokoknya, wujud tuntutan perubahan atas sifat

tuntutan semasa. Irama dan lagu zaman-zaman enam dan tujuh

puluhan tentunya tidak sama dengan irama dan lagu tahun-tahun

yang ada sekarang.

Dalam tulisan ini, elok juga bagi pengamal Silat Cekak yang

ada, memahami proses perkembangan corak persembahan Silat

Cekak dari dulu hingga sekarang. Sekali lagi ingin saya tegaskan.

Penulisan ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman

saya bergiat sejak bersama Ustaz dulunya. Penulisan saya juga

adalah berdasarkan suasana atau situasi yang ada pada masa dulu.

Mungkin ada persamaan atau perbezaan dalam corak

persembahan dulu-dulu dengan yang ada sekarang. Sekadar

Page 245: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 235

perkongsian pengetahuan dan pengalaman bagi menambahkan

kefahaman buat generasi baru yang ada tentang proses

perkembangan Silat Cekak.

Dulu-dulu, setiap kali membuat penerangan, kami selalu

membuktikan bahawa Silat Cekak adalah berbeza dengan kebiasaan

silat-silat Melayu yang lain. “Silat Cekak bukanlah sejenis silat

permainan seperti silat pulut atau silat pengantin, sebab itu tidak ada

gendang dan tari menari dan melangkah ke kiri dan ke kanan”.

Itulah ayat-ayat yang mesti kami ungkapkan. Malah,

ungkapan itu juga sering diucapkan Ustaz dalam majlis-majlis

penerangannya tentang Silat Cekak. Setiap kali kami membuat

penerangan untuk mengambil penuntut baru atau untuk

memperkenalkan Silat Cekak dalam majlis-majlis tertentu, ayat-ayat

itu semacam „wajib‟ dinyatakan. Tidak „sah‟ penerangan tanpa

ungkapan ayat itu.

Gambar kenangan persembahan demonstrasi Seni Silat Cekak di Universiti Malaya

pada tahun 1974.

Page 246: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 236

Penerangan tentang Silat Cekak, akhirnya menjurus kepada

satu kesimpulan bahawa Silat Cekak adalah merupakan silat Melayu

yang luar dari kebiasaan persilatan Melayu yang ada. Ada empat (4)

perkara yang kita tekankan dalam ungkapan di atas. Itulah konsep

Silat Cekak yang ingin kita ketengahkan pada masyarakat umum.

Pertamanya, kita menegaskan bahawa Silat Cekak bukanlah

silat untuk pertunjukan di depan pengantin atau sebagai silat pulut

yang memberatkan gerak tari berbentuk permainan.

Itu sebabnya Ustaz tidak menggalakkan persembahan Silat

Cekak dalam majlis-majlis perkahwinan. Dalam majlis yang

sedemikian, pemikiran penonton lebih kepada hiburan. Suasana

suka-suka. Tidak ada masa dan tidak ada ruang untuk mereka

berfikir tentang kelebihan yang ada dalam Silat Cekak. Malah,

pengantin yang ada pun tidak ada masa berfikir tentang

persembahan Silat Cekak di depan mata mereka. Betul juga. Lebih

baik mereka berfikir tentang konsep „berkenot‟ daripada memeras

otak memikirkan konsep persilatan Silat Cekak.

Keduanya, dalam Silat Cekak tidak ada gendang. Konsep

gendang adalah merujuk pada muzik yang dialunkan ketika pesilat

Silat Cekak membuat persembahan. Tidak kiralah bentuk muzik itu

sama ada secara langsung melalui alat-alat muzik yang ada atau

secara rakaman terlebih dahulu.

Alat-alat muzik itu selalunya diistilahkan sebagai gendang

silat. Biasanya pasukan gendang silat mengandungi dua gendang,

satu serunai dan satu gong. Kalau silat Jawa, tidak ada serunai.

Nampaknya, sekarang ini pasukan gendang silat semakin kurang.

Hal yang demikian telah menyebabkan ada juga persembahan

Page 247: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 237

mereka yang turut menggunakan keset yang merakamkan irama

gendang silat tersebut terlebih dahulu.

Hal yang demikian tentunya berbeza dengan bentuk

persembahan Silat Cekak. Dalam majlis penerangan kita tentang

Silat Cekak, setelah dibuat penerangan, kita terus buktikan melalui

persembahan silat. Penonton boleh berfikir dan mengaitkan

persembahan tersebut dengan penerangan yang telah diberi terlebih

dahulu. Begitu juga dalam majlis-majlis persembahan pelbagai seni

bela diri. Apabila tiba giliran kita membuat persembahan, kita terus

saja mengadakan persembahan. Suasana persembahan Silat Cekak

adalah dalam bentuk yang senyap. Usahkan gendang, iringan muzik

dan lagu pun tidak ada. Suara pesilat senyap sahaja. Sekali sekali

mungkin ada bunyi suara „penjahat‟ dalam adegan serangan

beramai-ramai.

Konsep ketiga yang dapat kita ambil dari ungkapan di atas,

dalam Silat Cekak tidak ada tari menari. Maknanya kita tidak ada

bunga-bunga silat. Biasanya silat tari banyak tapaknya. Sekurang-

kurangnya tapak empat. Ada yang menghubungkan tari sebagai

pencak silat. Dalam konteks tafsiran pencak silat itu, gerak Silat

Cekak membawa makna bahawa Silat Cekak tidak berpencak.

Kedudukannya berdiri lurus sama ada menunggu serangan atau

melakukan serangan. Sifat diam pengamal Silat Cekak akan berubah

kalau ada serangan lawan atau diri pengamal Silat Cekak itu sendiri

ingin memulakan serangan.

Itu sebabnya pergerakan Silat Cekak bukan mudah ditiru-tiru.

Tidak boleh tiru pun. Pergerakan kita adalah bersistem. Bukan ikut

suka-suka hati. Dalam persilatan Melayu ada jenis silat yang

dinamakan sebagai „Silat Seru‟. Habis gerak persilatan Melayu ditiru

Page 248: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 238

mereka. Adalah baca-bacanya. Ayat-ayat Al-Quran pulak tu. Pastinya

ada jin yang terlibat sama. Walau bagaimanapun, apabila disuruh tiru

gerak Silat Cekak, Jin yang ada jadi „bingung‟. Tidak tahu hendak

buat apa. Mundar mandir ke sana sini. Tidak tahu hendak tiru apa.

Oleh itu, macam-macam cara pesilat berkenaan „berseru‟. Tidak

menjadi secara baca, dijampi pula pada air untuk diminum.

Semuanya tidak menjadi. Semuanya berpunca kerana kita tidak ada

gerak. Gerak tari dalam pengenalan Gerak Hanafi masih belum ada

lagi. Saya menulis adalah berdasarkan pengalaman pernah bersama

kumpulan silat seru.

Pengamal Silat Cekak akan bergerak atas tujuan mengatasi

pihak lawan atau kerana hendak menang dalam „pergaduhan‟. Tidak

kiralah dalam konsep dan prinsip menunggu atau menyerang. Kalau

pengamal Silat Cekak „malas‟ nak bergaduh, mereka hanya berdiri

diam. Suarapun diam. Tapi, diam-diam pengamal Silat Cekak adalah

diam berisi. Bukan sesaja diam. Ada makna dan strateginya.

Tapi, agaknya jin yang ada sekarang mungkin tidak lagi akan

hampakan tuannya kalau diseru. Ada idea pada mereka untuk

memperlihatkan rupa bentuk Silat Cekak. Ada gerak yang boleh

ditiru. Hal yang demikian kerana sekarang ini Silat Cekak telah mula

bergerak dalam bentuk yang tersendiri. Telah ada tari silatnya. Ada

yang kata bukan tari silat tapi Gerak Hanafi. No komen. Kalau ada

para pembaca yang berpengalaman atau ada kawan dengan silat

seru, suruhlah mereka buat seru untuk dapatkan gerak Silat Cekak.

Kalau mereka bergerak, lihatlah bentuk gerak yang ada itu. Tidak

boleh ulas panjang.

Berdasarkan ungkapan itu juga, prinsip keempat yang boleh

kita ambil ialah Silat Cekak tidak melangkah ke kiri dan ke kanan.

Page 249: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 239

Maknanya, Silat Cekak tidak mengelak sebagai kaedahnya. Kaedah

menanti serangan yang ada dalam Silat Cekak adalah mantap.

Memadai dengan empat kaedah yang ada. Namun begitu, kaedah

yang empat itu dikuat pula dengan kaedah gelek. Kaedah gelek

tersebut bukannya melarikan badan. Badan masih lagi berada di

tempat yang sama. Seperti yang pernah saya tulis. Kalau ibarat

badan umpama raja, mana boleh raja melarikan diri begitu saja. Ada

pahlawannya yang sanggup membela. Itulah kedua tangan dan

kedua kaki yang sangat setia.

Hal yang demikian membuktikan bahawa Silat Cekak

sememangnya sejenis silat yang luar biasa. Itulah juga salah satu

prinsip yang membezakan Silat Cekak dengan silat-silat Melayu yang

lain. Perbezaan antara silat biasa dengan silat yang luar biasa ialah

keluarbiasaannya. Sesungguhnya Silat Cekak adalah sejenis silat

yang sangat luar biasa.

Keempat-empat prinsip yang ada dalam ungkapan di atas,

telah membentuk konsep Silat Cekak pada tanggapan kita. Hal yang

demikian menyebabkan pertunjukan Silat Cekak bukanlah sesuatu

yang dibuat sebagai pengisian hiburan kepada penonton, sebaliknya

untuk menyebarkan kefahaman tentang gerak Silat Cekak yang luar

biasa kepada masyarakat. Kita menyediakan ruang supaya

masyarakat kita boleh mewarisi Silat Cekak yang luar biasa tersebut.

Walau bagaimanapun, bukan mudah persilatan Silat Cekak

dapat diterima mayarakat. ‟Benda baru‟ pada mereka. Hal yang

demikianlah menyebabkan pada masa dulu-dulu para pendokong

Silat Cekak perlu bekerja keras untuk menyebarkan kefahaman

tentang Silat Cekak pada masyarakat kita. Bukan mudah. Banyak

tentangan dan cabarannya. Namun begitu segala rintangan dan

Page 250: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 240

cabaran itu telah dapat diatasi. Cuma, pada masa sekarang timbul

pula rintangan dan cabaran dari „dalam‟. Dari ahli-ahli yang pernah

berdamping erat dengan Ustaz tapi berlainan faham.

Ketiadaan gendang dan tari silat tidak bermakna Silat Cekak

adalah sejenis silat yang kasar dan tiada arah pergerakan.

Sebaliknya, Silat Cekak adalah sejenis silat yang kaya dengan sifat

gerak yang halus atau berseni dan setiap pergerakannya adalah

membawa makna. Hal yang demikian adalah merupakan salah satu

cirinya yang luar biasa.

Silat yang kasar selalunya cenderong ke arah gerak sukan.

Bukannya gerak seni. Sebaliknya, „kelembutan‟ semula jadi manusia

masih kekal dalam Silat Cekak. Saya selalu tegaskan betapa Silat

Cekak adalah berdasarkan gerak semula jadi manusia. Pengamal

Silat Cekak akan bertindak jika difikirkan satu keperluan. Apatah lagi

jika pengamal Silat Cekak diserang. Setakat orang lain terpijak kaki,

itu tidak menjadi hal. Tindak balas kita hanya akan berubah menjadi

„garang‟ sesuai dengan sifat mempertahankan hak yang hakiki.

Pada adatnya, kita sukar „mengesan‟ pengamal Silat Cekak

sebagai ahli silat yang mahir. Tidak nampak macam orang silat pun.

Jalannya macam biasa. Tidak jalan secara luar biasa atas tumit.

Bentuk tangannya juga adalah biasa. Tidak ada bahagian tangan

yang kematu akibat latihan untuk memecah batu. Penumbuknya tidak

berbuku sebab tidak ada latihan menumbuk sesuatu. Sifat sabarnya

juga macam biasa. Kalau bersifat panas baran, sifat itu adalah sifat

semula jadinya. Bukannya kerana Silat Cekak maka sifatnya menjadi

sedemikian rupa.

Page 251: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 241

Ustaz sendiri pernah menegaskan,

”Bakat seni silat ialah keras lembut yang bermaksud tetap

pendirian bukan degil. Lemah lembut pada zahirnya bererti tidak

bongkak (ego) dan menerima kebenaran. Tetapi akan berkeras untuk

menegakkan yang hak. Bakat asli ini jika diasuh dan dididik akan

mencapai kebolehan istimewa, tetapi yang tidak berbakat tetapi ada

kemahuan hanya mencapai sekadar „dapat‟ sahaja.”

Berdasarkan pernyataan di atas, para pengamal Silat Cekak

ditegaskan jangan berasa risau atas keupayaan diri sendiri yang

mungkin dianggap „lemah‟. Yakinlah pada diri sendiri setelah

mempelajari Silat Cekak. Sesungguhnya Silat Cekak adalah sejenis

silat yang boleh bertanggungjawab pada pengamalnya. Ketika

pengamal Silat Cekak menegakkan yang hak, pasti geraknya akan

„menjadi‟. Perkara pentingnya ialah ketegasan diri. Mempunyai

pendirian yang tidak mudah diganggu gugat. Percayalah pada

kelebihan yang ada pada Silat Cekak.

Peranan utama pada kita ketika menuntut Silat Cekak ialah

mendidik diri supaya bergiat dalam Silat Cekak secara bersungguh

hati. Ikhlas pada tindakan dan jujur pada diri. Keikhlasan dan

kejujuran itu juga meliputi hubungan diri sendiri dengan Tuhan, kedua

ibu bapa, guru dan wakil guru, rakan-rakan seperjuangan dan

sebagainya. Beri tumpuan dan galakkan budaya berfikir ketika

menerima pelajaran. Hal yang demikian akan membolehkan kita

mencapai „kebolehan istimewa‟ seperti yang dimaksudkan Ustaz.

Berbalik pada corak pesembahan yang ada pada masa dulu.

Matlamat akhirnya, kita mengharapkan para penonton menceburi

bidang persilatan Silat Cekak. “Tidak ada gunanya penonton yang

Page 252: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 242

ramai dengan tepukan yang bergema, jika akhirnya mereka yang

ingin belajar Silat Cekak tidak seberapa.” Itulah tanggapan umum

dalam kalangan pencinta Silat Cekak ketika itu.

Sebenarnya, bukan mudah untuk mencari ahli yang ingin

belajar Silat Cekak ketika itu. Banyak sangat karenahnya pada

pemulaan perkembangan Silat Cekak. Pada masa itu, masyarakat

masih lagi meletakkan yuran sebagai salah satu kayu ukur hingga

membantutkan minat mereka mempelajari Silat Cekak. Pada mereka,

ilmu silat perlu disampaikan secara ikhlas tanpa ada apa-apa

bayaran. Pada pengetahuan saya, ketika itu hanya Silat Cekak

sahaja yang meletakkan yuran pengajian yang tinggi berbanding

dengan silat-silat Melayu yang lain.

Pernah saya berpengalaman dalam hal yang demikian ketika

mencari ahli-ahli baru. Dalam tulisan yang lalu, saya pernah

menyentuh soal tersebut. Pada satu ketika, kami pernah

mengadakan majlis penerangan dan pertunjukan di Taman

DR.Seenivasagam, Ipoh. Tahunnya 1977 dengan tujuan mencari ahli

baru. Seramai lebih daripada tiga ribu orang yang menyaksikan majlis

pertunjukan tersebut. Selesai majlis, para penonton „cabut lari‟. Tidak

mampu belajar. Alasan kukuh mereka ialah yuran yang mahal. Masa

itu yuran yang perlu dibayar ialah sepuluh ringgit sebulan; untuk

selama enam bulan sahaja.

Kegagalan membuka kelas telah menyebabkan saya

„dikecam‟ dalam satu mesyuarat agung. Masih teringat kata-kata perli

antara ahli yang hadir. “Kata hebat tapi gagal buka kelas”. Walau

bagaimanapun, semangat kembali pulih apabila Ustaz yang bertindak

sebagai pengerusi dalam mesyuarat itu membela permasalahan

Page 253: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 243

saya. Antara lain kata-katanya yang saya ingat. “Lambat buka kelas

maka tak mudah tutup kelas.”

Walau bagaimanapun, akhirnya kelas Silat Cekak di

cawangan berjaya diasaskan melalui hubungan rapat dengan individu

yang berminat dengan Silat Cekak. Mengharapkan kemasukan ahli

melalui pertunjukan, nampaknya tidak menjadi langsung. Kelas

tersebut masih bertahan hinggalah berlaku pepecahan gelombang

pertama. Bukannya tutup kerana ancaman luar. Sebaliknya

cawangan saya diarah bubar oleh orang-orang kanan Ustaz yang

menguasai persatuan. Ternampak selama itu mereka berpura-pura

rupanya.

Seperti yang saya nyatakan bahawa bukan mudah pada kami

membuka kelas-kelas Silat Cekak pada peringkat awal

perkembangan Silat Cekak. Zaman dulu, kefahaman masyarakat

pada konsep Silat Cekak masih belum meluas. Rupa bentuk Silat

Cekak yang sedia ada masih amat sukar diterima. Hinggakan ada

yang membuat kesimpulan sendiri bahawa Silat Cekak bukanlah

warisan silat orang-orang Melayu. Hal yang demikianlah

menyebabkan kami perlu membuat kempen-kempen strategik bagi

menyebarkan kefahaman Silat Cekak dalam kalangan masyarakat.

Pada pengamal Silat Cekak, sambutan dingin masyarakat

pada Silat Cekak tidaklah merupakan satu masalah besar. Tugas

para pendokong Silat Cekak ketika itu tetap menyebarkan fahaman

Silat Cekak kepada masyarakat. Pegangan kami adalah jelas.

Tanggungjawab kami adalah menyedarkan masyarakat Melayu

tentang keistimewaan Silat Cekak. Soal mereka hendak belajar atau

tidak, bukannya menjadi hal. Semuanya bergantung pada „habuan’.

Page 254: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 244

Kalau mereka belajar Silat Cekak bermakna mereka ada

habuan. Kalau mereka tidak dapat belajar Silat Cekak bermakna

mereka tidak ada habuan. Habuan adalah merujuk pada sifat untung

atau faedah. Belajar Silat Cekak bermakna mereka akan beruntung

atau lebih berfaedah. Sebaliknya kegagalan menceburi Silat Cekak

akan menjadikan mereka tersangat rugi dan penglibatan pada seni

bela diri yang lain adalah kurang berkesan berbanding dengan Silat

Cekak.

Berdasarkan suasana yang saya terangkan di atas, maka

konsep persembahan Silat Cekak adalah bagi maksud memaham

dan bukannya maksud menghibur. Maknanya, persembahan yang

kita lakukan adalah untuk memahamkan para penonton tentang

prinsip dan konsep Silat Cekak. Secara langsung akan membolehkan

para penonton berfikir tentang kehebatan dan keluarbiasaan Silat

Cekak sebagai satu jenis persilatan Melayu.

Kita sangat yakin ketika itu bahawa penerangan secara

memberi kefahaman, akan membuka ruang di hati mereka untuk

mempelajari Silat Cekak. Oleh sebab konsep persembahan kita

bercorak kefahaman, itu sebabnya setiap kali persembahan Silat

Cekak, kita akan memulakannya dengan penerangan. Sepanjang

pengetahuan saya ketika itu, tidak ada persilatan lain yang berbuat

demikian. Setelah kita fahamkan para penonton, barulah kita buktikan

kehebatan Silat Cekak melalui persembahan.

Walau bagaimanapun, ada juga persembahan Silat Cekak

yang berbentuk persembahan tanpa penerangan. Dalam hal ini,

format persembahan disusun dengan matlamat yang sama iaitu

untuk memahamkan para penonton tentang Silat Cekak.

Persembahan akan dimulakan dengan kaedah dan diikuti dengan

Page 255: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 245

buan jatuh. Persembahan seterusnya ialah berbentuk aplikasi pada

buah-buah jatuh yang ada. Hal yang demikian mungkin nampak

perbezaannya dengan corak persembahan sekarang. Gerak tari yang

dikatakan sebagai Gerak Hanafi telah dijadikan persembahan mesti.

Dulu-dulu tidak pernah ada. Saya akan sentuh hal yang demikian

seterusnya.

Seperti yang saya jelaskan terdahulu, Ustaz juga tidak

membenarkan Silat Cekak dipertontonkan semasa majlis

perkahwinan. Tidak banyak faedahnya. Ketika itu, perhatian orang

ramai adalah tertumpu pada majlis perkahwinan tersebut. Hal yang

demikian tentunya tidak mendatangkan banyak faedah jika Silat

Cekak dipertontonkan dalam majlis yang berkenaan.

Namun begitu, kita dibenarkan membuat persembahan Silat

Cekak dalam majlis yang berkaitan dengan pertunjukan seni bela diri.

Tidak ada penerangan yang boleh dibuat. Walau bagaimanapun, kita

tetap meletakkan syarat pada senarai persembahan pada majlis

tersebut. Sama ada membuat persembahan di permulaan atur cara

majlis atau di akhir atur cara majlis berkenaan. Nampak semacam

satu karenah yang kita syaratkan. Rupa-rupanya hal yang demikian

adalah merupakan satu bentuk strategi bagi memberi ruang kepada

penonton untuk berfikir bagi memahami konsep Silat Cekak.

Ketika itu, semua hadirin akan memberi tumpuan pada

persembahan silat. Kesempatan dan situasi yang demikian boleh

menguntungkan kita dari segi persembahan silat. Mereka yang

menonton Silat Cekak boleh membuat penilaian dalam suasana yang

wujud itu.

Page 256: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 246

Kalau persembahan kita di awal acara, tentunya

persembahan kita adalah merupakan satu kayu ukur kepada para

penonton untuk membuat bandingan pada persembahan seni bela

diri yang berikutnya. Kalau persembahan kita di akhir acara, bolehlah

dijadikan sebagai satu kesimpulan buat para penonton betapa

persembahan seni bela diri sebelumnya „terpukul‟ dengan

persembahan Silat Cekak. Ada kesimpulan pada gerak. Itulah

keputusan silat namanya.

Saya telah tegaskan bahawa konsep pertunjukan Silat Cekak

bukanlah bertujuan untuk menghibur atau memuaskan hati penonton.

Susunan persembahan kita pun tidak berhasrat untuk „mengambil

hati‟ para penonton. Maknanya, kalaulah konsep persembahan kita

bercorak menghibur, persembahan kita akan lebih banyak untuk

memuaskan hati dan perasaan mereka berasaskan sifat „ambil hati‟

penonton. Penonton yang terhibur akan bertepuk tangan tanda puas.

Kesannya kurang. Lepas puas berhibur, akhirnya mereka akan

mudah lupa akan persembahan yang kita lakukan. Kepuasan yang

tidak kekal.

Ketika itu kami tidak digalakkan membuat persembahan

bercorak menyerang. Pelajaran menyerang tersangat rahsia. Ahli-ahli

yang belum tamat pun tidak bepeluang melihat pelajaran tersebut.

Walau bagaimanapun, pernah juga berlaku kami membuat

persembahan bercorak sedemikian atas keizinan Ustaz. Tapi

bukanlah serangan peluru berpandu yang kita ada, melainkan

kaedah potong. Sepanjang ingatan saya bersama ustaz, sebanyak

dua kali persembahan yang memperlihatkan Silat Cekak membuat

serangan.

Page 257: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 247

Pertama kalinya ialah ketika kita menyambut Perayaan

Sepuluh Tahun Silat Cekak di Padang Kelab Sulaiman, Kampung

Baru. Dalam persembahan itu, kita memperlihatkan kebolehan Silat

Cekak mengatasi buah-buah silat lain termasuk tomoi. Pernah saya

ceritakan dalam tulisan yang lalu, akibat persembahan itu, kita

menerima cabaran „berentap‟ dari seseorang yang dikatakan

pengamal Tomoi Siam.

Saya terkenang kembali peristiwa cabaran berkenaan yang

pernah saya ceritakan dalam tulisan yang lalu. Pada petang setelah

tamat persembahan dalam perayaan tersebut, saya ada di pejabat

silat di Lorong Haji Sirat. Turut ada di pejabat silat ketika itu ialah

Ustaz dan Pak Wan. Telefon yang berdering diangkat Pak Wan. Saya

ada di sebelahnya ketika Pak Wan bercakap. Percakapan Pak Wan

adalah dalam nada yang yakin. Berdasarkan suara bualannya, tidak

ada rasa gementarpun.

Rupa-rupanya ada cabaran untuk berentap. Cabaran dari

pengamal tomoi yang terkenal pada masa itu. Beliau popular dengan

sepakan kakinya umpama roket. Kata orang saja, tapi tidak pernah

tengok. Ketika sedang berbicara, Pak Wan menutup ganggang

telefon dan menyatakan tentang hasrat cabaran itu pada Ustaz.

Lantas Ustaz bersetuju menerima cabaran dan meletakkan

syarat. Tak ada fikir-fikir lagi. „Timbang sama berat. Tanda kalah

adalah berdasarkan patah, pengsan atau mati‟. Oleh sebab mereka

yang mencabar, Ustaz juga meletakkan syarat supaya mereka sendiri

mendapatkan permit. Syarat Ustaz disampaikan Pak Wan dalam

waktu yang sama semasa bercakap dengan pencabar kita itu.

Page 258: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 248

Selepas Pak Wan meletakkan ganggang telefon ada perkara

yang dibincangkan Ustaz. Saya hanya mendengar sahaja. Tidak

boleh cerita. Namun begitu, selepas itu saya tidak dengar sebarang

berita, lanjutan cabaran tersebut. Senyap begitu saja.

Satu lagi persembahan yang melibatkan bentuk menyerang

adalah ketika Silat Cekak dijemput mengadakan persembahan

bersama-sama seni bela diri yang pelbagai. Tempatnya ialah di ITM,

Shah Alam. Saya berpeluang mengiringi Ustaz hinggalah majlis

jamuan bersama Dr. Mahathir yang menjadi Menteri Pelajaran ketika

itu.

Pada pemerhatian saya dalam majlis pertunjukan tersebut,

rata-rata seni bela diri yang lain nampaknya tidak „sebulu‟ dengan

kita. Pada anggapan saya sahaja. Tidak hairanlah jika kita bertindak

membuktikan kehebatan Silat Cekak pada mereka. Silat Cekak

bukannya calang-calang silat.

“Seseorang yang melampaui batas atas kamu maka

hendaklah kamu melampai batas ke atasnya pula sebagaimana

mereka melampaui batas ke atas kamu. Tapi hendaklah kamu dalam

keadaan bertakwa.”

Itulah kesimpulan saya atas corak persembahan Silat Cekak

pada hari tersebut.

Sepanjang ingatan saya, selepas kedua-dua persembahan

itu, Ustaz tidak lagi membenarkan kami membuat persembahan yang

melibatkan Silat Cekak membuat serangan. Saya beranggapan

bahawa persembahan yang sedemikian banyak rugi dari untungnya.

Di sebalik penonton yang berasa kagum, hal yang demikian telah

mengundang para pengamal seni bela diri yang lain berasa

tersinggung dan tidak puas hati. Tidak hairanlah jika Ustaz tidak

Page 259: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 249

membenarkan lagi persembahan yang berbentuk sedemikian. Silat

Cekak tetap menghormati persilatan Melayu yang lain. Tidak ada niat

untuk menyakiti hati mereka.

Malah, pernah juga berlaku satu ketika Ustaz melarang kami

membuat persembahan Silat Cekak secara „berlebih-lebihan‟. Ketika

itu wujud keghairahan untuk membuat persembahan bagi

meyakinkan penonton. Hinggakan boleh ditafsirkan persembahan

sebegitu semata-mata untuk memuaskan hati penonton; bukannya

meletakkan kefahaman penonton sebagai tujuan utama. Adalah

kejadiannya yang menyebabkan Ustaz bertindak demikian.

Kami diarah buat persembahan secara memberi penerangan.

Kemudiannya jemput pasangan silat membuat persembahan

berdasarkan penerangan. Habis penerangan dan persembahan itu

maka habislah acara pertunjukan. Kalau berminat pada Silat Cekak,

masuk belajar. Kalau tidak berminat, tidak payah belajar. Arahan

Ustaz tersebut menyebabkan kami serba salah. Alhamdulillah.

Akhirnya larangan Ustaz kembali reda. Maka dapatlah kami membuat

persembahan selengkapnya berdasarkan format persembahan sedia

ada.

Itulah juga bentuk penerangan yang pernah Ustaz lakukan

ketika majlis penerangan mencari ahli baru buat pertama kalinya

diadakan di Universiti Malaya. Selesai penerangan Ustaz, majlis

diteruskan dengan persembahan silat. Tapi bilangan ahli yang

membuat persembahan adalah seramai dua pasangan, empat orang.

Itulah suasananya, kalau tidak salah ingatan saya.

Penekanan Ustaz pada persembahan yang bercorak

kefahaman adalah merupakan satu keutamaan. Kita tidak akan suka-

Page 260: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 250

suka hati membuat persembahan Silat Cekak tanpa ada kepentingan

untuk memahamkan penonton pada Silat Cekak. Kefahaman itu

boleh dilakukan melalui penerangan Silat Cekak sebelum

persembahan ataupun dalam bentuk persembahan Silat Cekak yang

secara langsung akan menerangkan tentang prinsip dan konsep Silat

Cekak. Penonton boleh menilai sendiri maksud Silat Cekak melalui

persembahan yang kita buat.

Walau bagaimanapun, teguran Ustaz itu telah menjadikan

kami sentiasa berfokus ketika melakukan persembahan silat.

Matlamat utama ialah memberi kefahaman. Kepuasan para penonton

adalah merupakan tujuan sampingan. Perkara pentingnya ialah

mereka memahami akan rupa bentuk Silat Cekak dan tertarik untuk

belajar. Itulah sasaran kerja utama kami. Ketika itu.

Oleh sebab maksud pertunjukan atau persembahan Silat

Cekak adalah jelas, kami berhati-hati dengan mutu persilatan yang

ditunjukkan. Tidak ada apa yang ingin dibuktikan melainkan memberi

kefahaman kepada mereka. Oleh itu, sifat mengambil hati para

penonton hingga mengorbankan mutu persilatan kita, tidak pernah

diutamakan.

Di cawangan, ketika membuat pertunjukan, saya sentiasa

berhati-hati dengan mutu persilatan Silat Cekak. Perdunya, tidak ada

perasaan untuk memuaskan hati penonton. Kalau kita ambil hati

penonton, kita mungkin mengutamakan kehebatan gerak, dengan

mengorbankan kehebatan gerak kita yang sedia ada. Misalnya acara

serangan beramai-ramai. Nampaknya, kehebatan persembahan

banyak bergantung pada aksi „penjahat‟. Penjahat saja yang boleh

beraksi hebat. Sebaliknya, pengamal Silat Cekak yang berwatak hero

hanya berdiri diam. Tenang dan berdiri yakin.

Page 261: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 251

Dalam hal ini, saya lebih berhati-hati menyusun persembahan

supaya penonton boleh berfokus pada hero tersebut yang merupakan

pengamal Silat Cekak. Kita tidak mahu para penonton melihat

kehebatan Silat Cekak berdasarkan aksi „penjahat‟. Mungkin hati

mereka berasa puas dan gembira melihat keseluruhan persembahan

tersebut tanpa sempat berfikir tentang kehebatan Silat Cekak.

Berdasarkan matlamat demikian, persembahan serangan

beramai-ramai saya hadkan bilangan ahli tidak melebihi enam orang.

Maka mudahlah kita menunjukkan keupayaan pengamal Silat Cekak

mengatasi serangan yang pelbagai dengan menggunakan kaedah

dan pukulan yang betul. Kalau dah ramai, tidak hairanlah „pukulan

tolak‟ pun musuh akan kecundang. Hal yang demikian akan

merugikan diri sendiri kerana diri diasuh dalam gerak „khayalan‟.

Begitu juga dengan persembahan mengambil buah-buah Silat

Cekak. Kalau jatuhan membelakangkan penonton, saya tidak akan

membuat penyesuaian jatuh semata-mata memuaskan hati

penonton. Hal yang demikian akan „merosakkan‟ gerak jatuhan

sebenar Silat Cekak semata-mata untuk memuaskan hati penonton.

Saya ambil contoh pada buah Kuntau Kiri. Oleh sebab tidak

mahu membelakangkan penonton, maka pesilat akan membuat

penyesuaian jatuhan. Hal yang demikian telah memaksa kaki

kanannya berubah tempat bagi memudahkan pasangannya jatuh

mengikut kehendaknya, tanpa mengambil kira atas situasi yang

benar. Tidak hairanlah sifat gerak yang berkenaan terbawa-bawa

dalam geraknya sendiri dalam persilatan Silat Cekak.

Seperti yang saya katakan, zaman telah berubah. Mungkin

sekarang ini masyarakat telah faham tentang prinsip dan konsep Silat

Page 262: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 252

Cekak. Yuran tidak lagi menjadi kayu ukur dalam proses

mendapatkan ilmu. Oleh itu, bentuk persembahan kita sekarang ini

perlu berubah. Agaknya. Maka berlakulah perubahan dalam corak

persembahan sekarang.

Persembahan Silat Cekak sekarang ini mungkin tidak lagi

terhad pada matlamat memberi kefahaman kepada penonton.

Masyarakat sudah faham. Kehebatan Silat Cekak perlu ditonjolkan

untuk menarik minat masyarakat mempelajari Silat Cekak. „Sekali

tolakan, lawan akan jatuh bergolek sebanyak tiga kali di udara‟.

Lawan yang hebat. Hal yang demikian akan membolehkan penonton

berasa kagum dengan Silat Cekak. Maka akan terbukalah hati

mereka untuk mempelajari Silat Cekak.

Penggunaan Muzik Dalam Persembahan.

Oleh sebab Silat Cekak bukanlah merupakan silat pulut atau

silat pengantin maka secara langsung persilatan Silat Cekak tidak

mempunyai gendang, tari menari dan langkah melangkah. Sifat

gendang silat, tari silat dan langkah melangkah silat adalah

merupakan prinsip silat tari atau silat pengantin. Tarafnya adalah

lebih cenderong sebagai hiburan bagi memuaskan hati para

penonton. Seperti yang saya tegaskan, persembahan Silat Cekak

bukan bermaksud menghibur, sebaliknya bertujuan kefahaman

tentang prinsip, konsep dan falsafah persilatan Silat Cekak.

Hal yang demikian tentunya berbeza dengan bentuk

persembahan kita seperti yang saya nyatakan dalam tulisan yang

terdahulu. Dalam majlis penerangan kita tentang Silat Cekak, setelah

dibuat penerangan, kita terus buktikan melalui persembahan silat.

Penonton boleh berfikir dan mengaitkan persembahan tersebut

dengan penerangan yang telah diberi terlebih dahulu.

Page 263: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 253

Begitu juga dalam majlis-majlis persembahan pelbagai seni

bela diri. Apabila tiba giliran kita membuat persembahan, kita terus

saja mengadakan persembahan. Suasana persembahan Silat Cekak

adalah dalam bentuk yang senyap. Usahkan gendang, iringan muzik

dan lagu pun tidak ada. Suara pesilat senyap sahaja. Sekali sekali

mungkin ada bunyi suara „penjahat‟ dalam adegan serangan

beramai-ramai.

Suasana yang sedemikian amat sesuai bagi membolehkan

para penonton berfikir. Fokus mereka tentunya pada gerak pesilat

Silat Cekak. Itulah tuntutan yang ada pada masa saya dulunya.

Mungkin sekarang ini segala-galanya telah berubah. Penggunaan

muzik telah dianggap sebagai satu keperluan bagi menarik minat

para penonton.

Dalam tulisan ini, saya akan menyentuh tetang proses

perkembangan penggunaan muzik dalam persembahan Silat Cekak.

Saya berharap, generasi baru akan dapat memahami perkembangan

yang berlaku dari dulu hingga sekarang. Bolehlah dijadikan sandaran

bagi maksud memahami setiap perubahan yang ada dalam Silat

Cekak. Bukanlah tulisan ini bersifat pendapat yang menyanggah.

Perkara pentingnya ialah para Jurulatih yang ada dapat memahami

asal usul penggunaan bunyi muzik yang ada dalam persembahan

kita.

Sepanjang pengetahuan saya, persembahan Silat Cekak

yang ada latar bunyi sebagai latar belakang persembahan termasuk

muzik, telah lama berlaku. Hal yang demikian bermula ketika kita

membuat persembahan secara besar-besaran dalam Perayaan

Sepuluh Tahun Silat Cekak di Padang Kelab Sultan Sulaiman,

Kampung Baru. Tahunnya tidak salah saya ialah 1976. Dalam

Page 264: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 254

pertunjukan tersebut terdapat adegan mengenang kembali sejarah

Silat Cekak. Adegan itu diiringi dengan alunan suara artis atau

pelakon yang terkenal masa itu, Ahmad Tamimi Saregar. Beliau telah

memperdengarkan kata-kata puitis yang boleh menggegarkan hati

ketika mendengar suaranya. Ketika itu suara artis berkenaan amat

hebat.

Seingat saya, beliau bukan ahli Silat Cekak. Beliau

merupakan seorang pelakon yang sedang popular ketika itu.

Suaranya lantang dan menusuk jiwa serta boleh menarik perhatian

para penonton. Rakaman kata-kata puitisnya itu diiringi oleh muzik

latar yang amat bersesuaian dengan kisah persejarahan Silat Cekak.

Selesai dendangan rakaman kata-kata puitis tersebut, muzik

dialunkan tanda persembahan Silat Cekak bermula.

Persembahan muzik tersebut amat berkesan kerana boleh

memberi „semangat‟ pada para pendengar. Orang kata macam bunyi

muzik „Kitaro‟ yang menarik ketika itu, sesuai dengan rentak jantung

kita. Bukan macam muzik dangdut atau jenis-jenis muzik lain yang

bersifat menghibur.

Itulah juga buat pertama kalinya saya melihat dan mendengar

adanya persembahan Silat Cekak yang diiringi kata-kata puitis dan

alunan muzik. Dendangan muzik terus dialun sepanjang

persembahan Silat Cekak dan dendangan muzik itu berterusan

sebagai latar persembahan bagi menunjukkan Silat Cekak terus

berkembang dalam persada kebangsaan. Perlu ditegaskan bahawa

penggunaan muzik itu bukan bermaksud mengiringi gerak silat kita,

melainkan latar persembahan silat dalam keseluruhan pertunjukan

Silat Cekak.

Page 265: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 255

Gerak Silat Cekak kita tidak mengikut rentak muzik. Hal yang

demikian tentunya berbeza dengan penggunaan muzik atau alat

muzik pada silat-silat Melayu yang lain. Gerak silat mereka adalah

berdasarkan alunan muzik yang dimainkan. Maknanya, gerak silat

dan alunan muzik adalah bersepadu. Laju nada muzik, maka lajulah

gerak silatnya. Jika gerak muzik itu perlahan, maka gerak silat yang

dipersembahkan turut perlahan. Hal yang demikian menampilkan

imej persembahan tersebut sebagai gerak silat permainan yang

sering kita nyatakan. Prinsip penggunaan muzik sedemikian tidak ada

dalam persembahan Silat Cekak.

Pergerakan Silat Cekak tidak langsung bergantung pada

irama muzik. Tidak ada gendang silat atau bunyi muzik pun, Silat

Cekak masih berupaya mengadakan persembahan silatnya. Oleh itu,

konsep Silat Cekak tidak ada gendang silat adalah masih tepat.

Sebagai Jurulatih Silat Cekak, kita mesti faham akan konsep

persembahan Silat Cekak yang menggunakan latar muzik. Tetapkan

pegangan. Tak ada muzik pun kita boleh buat persembahan silat.

Hal yang demikian adalah kerana pada dasarnya

persembahan kita adalah berasaskan penerangan dan kefahaman.

Ketika membuat persembahan secara rasmi, ketiadaan muzik

bukannya satu halangan. Pada zaman sebelum adanya muzik,

persembahan kita tetap macam biasa. Tidak ada suara. Senyap

belaka. Mulut pesilat pun diam sahaja. Tidak kedengaran sebutan

„ah‟ atau „uh‟ atau „eeyahh‟ atau awww atau sebagainya. Semua

orang tahu, ketika Silat Cekak membuat persembahan, sifat peserta

adalah selamba dan tenang sahaja. Cuma, kadang kala kedengaran

bunyi tongkat yang dipukul di lantai tanda Silat Cekak membuat

pukulan atau bunyi suara „penjahat‟ ketika menyerang pengamal Silat

Cekak.

Page 266: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 256

Walau bagaimanapun, Silat Cekak ada juga dipersembahan

dalam majlis-majlis tertentu tanpa ada sebarang penerangan. Hal

yang demikian masih lagi menepati sasaran. Dengan cara itu, Silat

Cekak dapat diperkenalkan dalam kalangan masyarakat. Biasanya,

Silat Cekak akan membuat syarat ketika diminta membuat

persembahan dalam majlis-majlis keramaian tersebut. Syarat kita

ialah membuat persembahan terus selepas perasmian jika majlis itu

dirasmikan oleh seseorang tetamu jemputan.

Saya pernah meletakkan syarat tambahan ketika menjadi

pemimpin persatuan Silat Cekak di pusat pengajian. Guru Utama

juga perlu dijemput bersama dalam majlis jamuan bersama perasmi.

Strategi saya ialah untuk merapatkan Ustaz dengan orang kenamaan

itu yang merupakan tetamu khas jemputan. Di samping itu, tindakan

yang demikian akan membolehkan para hadirin memberi tumpuan

pada persembahan Silat Cekak. Satu bentuk iklan kefahaman.

Seperti yang saya tegaskan dalam tulisan terdahulu, jika

persembahan kita melibatkan seni bela diri yang lain dalam satu-satu

program persilatan, biasanya kita akan meletakkan syarat. Kita

memohon persembahan Silat Cekak sama ada di awal keseluruhan

atur cara persembahan atau di akhir atur cara persembahan. Ada

sebabnya. Kalau ditonton persembahan kita terlebih dahulu,

persembahan lain akan berasa tawar untuk ditonton. Jika

persembahan kita dibuat di akhir acara persembahan, secara

langsung Silat Cekak telah membuat kesimpulan pada gerak seni

bela diri. “Tak boleh pakai gerak melainkan gerak Silat Cekak.”

Pada kesimpulan saya, muzik dalam Silat Cekak bermakna

suara latar yang boleh menarik perhatian penonton. Muzik itu adalah

merupakan rakaman. Setakat ini, kita masih lagi mempertahankan

Page 267: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 257

prinsip tidak menggunakan sebarang bentuk alat muzik bagi

menghasilkan bunyi dalam persembahan Silat Cekak. Rakaman

muzik yang sedia ada hanya berupa alat untuk menaikkan semangat

dan menarik perhatian penonton pada persembahan Silat Cekak. Hal

yang demikian akan membolehkan mereka tertarik untuk mempelajari

Silat Cekak.

Kalau tidak salah saya, hanya di hujung zaman Ustaz, mula

timbul satu tred baru. Nampaknya, sudah ada satu kecenderongan

dalam Silat Cekak untuk membuat pengisian acara pertunjukan Silat

Cekak melalui persembahan para artis yang dijemput. Satu bentuk

tarikan penonton melalui hiburan. Saya tidak dapat cerita panjang

kerana tidak pernah hadir dalam majlis yang sedemikian.

Difahamkan, artis yang selalu dijemput ialah artis wanita. Saya tidak

pasti sama ada beliau adalah ahli Silat Cekak atau pun tidak.

Kecenderongan demikian telah berlaku sejak dulu lagi.

Nasib baik ketika itu minat pada perkara lain tidak dimasukkan

dalam Silat Cekak. Kalau tidak, lagi tidak ketahuan. Kalau minat bola,

tentu mereka akan menganjurkan permainan bola sebelum

persembahan Silat Cekak. Tidak kiralah bola apa. Kalau minat

drama, tentu mereka akan masukkan unsur drama dalam

persembahan Silat Cekak. Ikut suka hati. Kepala angin orang-orang

kanan Ustaz yang suka akan hiburan atau perkara-perkara lain. Silat

pun minat dan perkara lain pun minat. Rojak buah.

Minat pada hiburan tersebut diterap dalam Silat Cekak

dengan alasan untuk menarik kedatangan penonton. Lagi ramai

penonton maka lagi bersemangat membuat pertunjukan. Agaknya,

konsep „habuan‟ mungkin tidak lagi diberatkan dalam proses

penerimaan ilmu pada bakal penuntut. Seolah-olah hiburan artis

Page 268: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 258

menentukan sambutan pada Silat Cekak. Tidak ada lagi keyakinan

diri.

Sebaliknya, zaman dulu-dulu, perkara utama ialah

menyampaikan kefahaman Silat Cekak. Tidak kira berapa ramai yang

menonton dan tidak kira berapa ramai yang ingin menyertai Silat

Cekak. Semuanya berkait erat dengan faktor habuan. Ada habuan

maka bolehlah mereka mempelajari Silat Cekak. Kalau tidak ada

habuan maka setakat tengoklah sahaja. Segala-galanya adalah

ketentuan Allah. Kita tidak rasa rugi apa-apa.

Saya tidak pasti, adakah selepas hiburan artis tersebut para

penonton terus menunggu atau „belah‟ dari situ. Tidak ada kajian.

Tidak berminat hendak ambil tahu. Sebabnya, tindakan panggil artis

tidak pernah saya setuju. Alhamdulillah. Tidak pernah saya buat dan

tidak pernah terlibatpun dalam corak persembahan sedemikian.

Sekarang ini, apa yang saya perhatikan penggunaan muzik

dalam persembahan Silat Cekak telah menjadi satu perkara biasa

dan mesti. Mana-mana persembahan Silat Cekak yang saya

saksikan, mesti ada muzik. Malah, sepanjang pengetahuan saya,

tidak ada sebarang bentuk persembahan Silat Cekak yang dibuat

tanpa ada latar muzik. Mesti ada iringan muzik. Tidak kiralah

iramanya. Saya tidak ada halangan. Persembahan di cawangan saya

dulu pun berbuat demikian.

Dalam kalangan anak didik saya, penekanan yang saya

berikan adalah berdasarkan dua (2) prinsip utama. Pertamanya,

penggunaan muzik adalah sebagai latar persembahan. Muzik tidak

digunakan untuk mengiringi gerak persembahan. Tanpa ada muzik

pun, Silat Cekak masih lagi boleh dipersembahkan dalam mana-

Page 269: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 259

mana majlis. Tidak kiralah sama ada majlis pertunjukan atau majlis

penerangan. Prinsip muzik berkenaan boleh juga dianggap sebagai

salah satu usaha untuk memupuk minat yang lebih pada

persembahan Silat Cekak. Lebih-lebih lagi generasi sekarang

sememangnya amat berminat dengan muzik.

Keduanya, gerak persembahan Silat Cekak tidak terikat

langsung dengan rentak muzik latar berkenaan. Gerak persilatan

Silat Cekak adalah bebas dari ikatan rentak atau irama muzik yang

dialunkan. Hal yang demikian menyebabkan pelbagai rentak muzik

boleh dipilih. Kerap kali saya mendengar muzik latar lagu-lagu

Semerah Padi, Kung Fu Panda dan sebagainya. Pada saya, buatlah

mana yang patut.

Walau bagaimanapun, mainan muzik itu adalah atas sifat

faham akan prinsip atau keperluan penggunaan muzik dalam

persembahan Silat Cekak. Sekurang-kurangnya boleh menaikkan

minat dan „semangat‟ para penonton. Ingat. Muzik bukannya

mengiringi rentak atau gerak persembahan. Hanya sebagai latar

persembahan.

Pada pemerhatian saya, hanya Silat Cekak yang ada bentuk

iringan muzik sedemikian. Masih lagi bersifat luar dari kebiasaan.

Sesuailah dengan perkembangan semasa yang juga mementingkan

muzik dalam kehidupan seharian.

Gerak Tari Dalam Silat Cekak.

Satu sifat lagi yang ada dalam persembahan kita sekarang

ialah gerak tari. Satu perubahan yang baru. Dikatakan gerak tari yang

ada sekarang dalam Silat Cekak bukanlah jenis gerak tari silat biasa.

Page 270: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 260

Pada saya, itulah satu bentuk pelarian pendapat pada kenyataan

atau hakikat kebenaran. Apa yang saya perhatikan, tari tersebut

adalah merupakan satu bentuk mukadimah persembahan yang

memperlihatkan gerak kaedah atau buah yang ada dalam Silat

Cekak.

Daripada gerak kaedah dan gerak buah itu, telah

dikembangkan bentuk gerak persembahan yang berbentuk tari. Dulu-

dulu, tidak ada tari silat sedemikian dalam Silat Cekak. Tapi kini telah

ada tari silat yang diberi gelaran sebagai „Gerak Hanafi‟. Nampaknya,

sudah menjadi perkara mesti gerak tari digunakan untuk memulakan

persembahan Silat Cekak dalam satu-satu majlis pertunjukan.

Gerak tari tersebut agak berbeza dengan tari silat yang lain.

Bentuknya luar dari kebiasaan persilatan Melayu. Tapi tetap gerak

tari. Gerak yang ada hanya bentuk lakonan kaedah daripada A

kepada D serta gerak beberapa buah yang terpilih. Perkara jelasnya,

wujud pergerakan yang „dibuat-buat‟. Konsep pengamal Silat Cekak

berdiri diam mula berubah tafsiran.

Selama ini, corak persembahan kita adalah terikat atas

pertalian persembahan antara kaedah, asas, jatuh dan aplikasi buah-

buah jatuh. Hal yang demikian adalah merupakan satu bentuk

kefahaman yang ingin disemai dalam pemikiran penonton. Kini, tari

silat yang dipertontonkan mula terkeluar dari prinsip persembahan

tersebut.

Pada kesimpulan saya, bentuk kefahaman telah diganti

dengan bentuk hiburan. Lakonan pada gerak kaedah dan buah dalam

Silat Cekak. Selepas lakonan tersebut maka barulah persembahan

Page 271: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 261

diteruskan dengan gerak buah-buah yang ada dalam pelajaran Silat

Cekak.

Saya tidak berminat untuk menyatakan pendapat sama ada

perbuatan tersebut sesuai atau tidak. Perkara penting dalam tulisan

ini adalah semata-mata untuk melahirkan kefahaman saya selama ini

sejak dilantik sebagi „wakil‟ bagi menurunkan ilmu Silat Cekak yang

diamanahkan Guru Utama.

Ramai juga dalam kalangan ahli yang menafikan Gerak

Hanafi sebagai gerak tari silat. Walau bagaimanapun, tidak ternafi

akan adanya pergerakan pada tapak pesilat Silat Cekak yang

melakukan gerak berkenaan. Tidak berdiri diam lagi; yang hanya

bertindak berdasarkan tindak balas lawan, seperti yang digambarkan

melalui gerak kaedah. Dalam hal ini, mereka tetap tidak menganggap

gerak tari itu sebagai gerak tari Silat Cekak. Sebaliknya ramai yang

menganggap bahawa gerak tari itu adalah Gerak Hanafi, bukan tari

silat. Saya susah nak komen. Bercelaru dari segi tafsiran. Pada

nama, demikianlah maksudnya. Hakikatnya, gerak sedemikian tetap

merupakan tari silat.

Kebiasaannya, gerak tari silat persilatan Melayu mengundang

sifat langkah melangkah sama ada ke kiri atau ke kanan, ke depan

atau ke belakang. Gerak tersebut selalunya diiringi gendang silat

sama ada secara langsung penggunaan alat-alat muzik silat atau

secara rakaman muzik. Kadang kala, ada juga persembahan tari

yang dibuat tanpa ada sebarang iringan muzik. Hanya gerak tari

sahaja. Bentuk pergerakan tari silat itu ada maknanya tersendiri.

Bergantung pada latar masyarakat sama ada masyarakat petani atau

nelayan. Gerak tari itu dihiasi dengan pergerakan kaki dan ayunan

Page 272: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 262

tangan yang melambangkan sesuatu gerak. Ada ceritanya. Sedap

juga mata memandang.

Namun begitu, gerak tari dalam Silat Cekak adalah

berdasarkan gerak kaedah dan gerak buah yang ada dalam Silat

Cekak. Nampak perbezaan dalam bentuk tari tersebut. Seperti yang

dikatakan, kita tetap tidak menganggap bahawa gerak yang

sedemikian sebagai tari silat. Anggapan kita ialah Gerak Hanafi.

Walau bagaimanapun, sepanjang jawatan saya sebagai Jurulatih dan

pemimpin cawangan, saya tidak galakkan langsung penggunaan

gerak sedemikian dalam persembahan Silat Cekak cawangan saya.

Tidak ada asal usulnya dalam pembelajaran Silat Cekak. Kepala

angin Jurulatih lama yang memasukkan faham Silat Olahraga dalam

pembelajaran Silat Cekak. Itulah kesimpulan saya.

Dalam tulisan ini saya ingin menerangkan kefahaman dan

pegangan saya tentang tari silat yang sedemikian. Sekali lagi saya

tegaskan, tulisan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan para

pembaca. Jangan melenting tidak ketahuan. Penulisan saya adalah

berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan pemerhatian saya

sepanjang berada dalam Silat Cekak di zaman Ustaz. Berdasarkan

ingatan, saya cuba menyingkap semula pengetahuan saya tentang

asal usul tari silat dalam Silat Cekak.

Saya telah menerangkan dalam tulisan terdahulu betapa ahli-

ahli yang seangkatan belajar Silat Cekak bersama saya, ramai yang

mewarisi persilatan Melayu yang lain. Rata-ratanya persilatan mereka

mempunyai tari silat yang tersendiri. Saya cuba menyingkap kisah

lalu sepanjang ingatan saya.

Page 273: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 263

Pada satu ketika, kami pernah berbincang dengan Ustaz

tentang tari silat. Rasanya dalam tahun 1975/76. Ada dalam kalangan

ahli yang menimbulkan persoalan pada Ustaz betapa pengamal Silat

Cekak akan berada dalam situasi serba salah apabila disuruh

memperlihatkan gerak persilatannya. Tidak boleh buat persembahan

tari silat. Walau pun orang tahu kita ahli silat, kalau ditolak ke tengah

gelanggang persembahan, kita akan berasa kaku. Berdiri diam.

Penonton bukannya tahu bahawa silat kita tidak ada tari. Pada

mereka, kalau ahli silat mesti ada tari silatnya.

Ustaz tersenyum akan persoalan yang ditimbulkan itu.

Sebagai pengamal Silat Cekak, sememangnya kita tidak dapat

memperlihatkan silat kita. „Kita hanya membeli jika ada yang

menjual‟. Ketika itulah saya mengikuti perbualan Ustaz yang

menegaskan betapa Silat Cekak boleh dibuat tarinya.

Ustaz menegaskan bahawa buah-buah yang ada dalam Silat

Cekak boleh dijadikan tari. „Kalau nak jadikan tari‟. Maknanya, kalau

kita hendak buat tari silat, kita boleh buat. Bukannya susah. Tidak

ada masalah. Perkara gampang. Ustaz sendiri menunjukkan

beberapa gerak berdasarkan kaedah dan buah dalam Silat Cekak

yang boleh dijadikan tari silat.

Penegasan Ustaz adalah tetap iaitu Silat Cekak tidak ada

tari. Tapi kalau hendak buat tari silat, Silat Cekak masih

berkemampuan berbuat demikian. Kami yang mendengar

penerangan Ustaz, faham akan maksudnya. Jelas kesimpulan dan

ketepatan kefahaman pada kami. Silat Cekak tidak ada tari. Hal yang

demikianlah merupakan salah satu keistimewaan yang ada pada Silat

Cekak. „Mencarik adat‟ atas kebiasaan gerak tari yang ada dalam

persilatan Melayu.

Page 274: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 264

Itulah pertama kali saya lihat dan saya dengar tentang tari

silat berdasarkan kaedah dan buah Silat Cekak. Dan itulah juga kali

terakhir Ustaz menyebut tentang kaedah dan buah Silat Cekak yang

boleh dibuat tari silat. Hal yang demikian kerana tari bukanlah

sesuatu yang penting dalam persilatan Silat Cekak.

Sememangnya Silat Cekak tidak ada tari silat. Oleh itu, tidak

ada keperluan langsung untuk berbincang tentang tari silat. Ustaz

juga tidak berminat untuk melanjutkan perbincangan akan hal yang

demikian. Walau bagaimanapun, jelas pada kami bahawa buah-buah

dalam Silat Cekak boleh dijadikan tari dalam silat. „Kalau nak buat tari

silat‟. Hal yang demikian tidak bermakna Silat Cekak ada tari.

Selepas itu, persoalan mengenai tari senyap begitu sahaja.

Sebabnya, semua ahli faham dan menerima konsep bahawa Silat

Cekak tidak ada tari. Gerak Silat Cekak adalah ringkas. Tidak

berbelit-belit.

Kisah tari mula timbul kembali ketika Silat Cekak terlibat

dengan kegiatan Silat Olahraga. (SOR). Tahunnya ialah 1983/1984.

Dalam pertandingan SOR, peraturannya memerlukan gerak tari

sebelum memulakan pertandingan sesama pesilat. Mesti buat tari

silat sebagai syarat pertandingan. Kalau tidak ada tari maka tidak

boleh masuk SOR.

Hakikatnya, Silat Cekak tidak ada tari silat. Akan tetapi ketika

itu ada keperluan Silat Cekak untuk mengambil bahagian dalam

SOR. Oleh itu, kenalah reka tari silat bagi maksud penyertaan. Hal

yang demikianlah maka gerak tari silat mula direka dalam

persembahan Silat Cekak untuk pertandingan Silat Olahraga. Rekaan

Page 275: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 265

gerak yang berfokus bagi memenuhi satu tujuan yang tertentu.

Tujuan Silat Olahraga.

Maknanya tari silat yang direka itu adalah tetap sifatnya

sebagai tari silat. Khas untuk persembahan dalam pertandingan

SOR. Hal yang demikian adalah merupakan satu fakta yang tidak

boleh dinafikan. Cuma, yang berbeza antara tari silat dalam Silat

Cekak dengan tari silat dalam kebanyakan persilatan Melayu adalah

berdasarkan geraknya.

Setakat ini, tari silat kita adalah berasaskan gerak lakonan

kaedah dan lakonan gerak buah-buah yang tertentu. Hal yang

demikianlah menyebabkan tari silat kita agak berlainan dengan tari

silat yang lain. Hakikatnya tetap tari silat.

Ustaz memberi panduan tentang rekaan gerak tari tersebut.

Tujuannya adalah khusus untuk membolehkan Silat Cekak memasuki

SOR. Saya difahamkan, ramai ahli yang terpegun dengan rekaan tari

tersebut. Kagum. Pada saya, hal yang demikian itu adalah perkara

biasa sebab Ustaz pernah berbincang tentangnya dulu. Ketika tari itu

direka, tidak disebut pun Gerak Hanafi. Tegasnya, saya ulang sekali

lagi, gerak tari yang direka tersebut adalah semata-mata untuk

memenuhi syarat pertandingan dalam SOR.

Jelaslah pada kita bahawa gerak itu adalah gerak tari. Gerak

yang direka itu adalah semata-mata untuk memenuhi syarat tari silat

yang perlu dalam pertandingan SOR. Silat Cekak telah melibatkan

diri dalam pertandingan SOR pada tahun 1984. Itulah tahun

bermulanya pertandingan SOR di peringkat kebangsaan. Selain

daripada Silat Cekak dan majlis silat di peringkat negeri-negeri yang

terlibat, persatuan silat peringkat kebangsaan yang lain ialah Gayung,

Page 276: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 266

Lincah dan Gayung Patani. Peranan saya dalam pertandingan SOR

di peringkat kebangsaan itu adalah sebagai Ketua Pengadil dalam

salah satu gelanggang pertandingan.

Pada mereka yang pernah terlibat dalam pertandingan SOR,

tentunya mudah memahami maksud perbincangan saya. Dalam

pertandingan SOR, sebelum pesilat ditemukan dalam gelanggang,

mereka akan diperkenalkan terlebih dahulu. Apabila nama mereka

dilaungkan, ”Panggilan pada pesilat di sudut…” maka pesilat

berkenaan perlu tampil ke tengah gelanggang dan memperkenalkan

diri secara melakukan gerak tari.

Hal yang demikianlah menyebabkan ahli Silat Cekak yang

memasuki SOR perlu mempunyai gerak tari. Maknanya, gerak tari

yang direka bukannya sedia ada wujud dalam pelajaran Silat Cekak.

Perkara baru untuk memperkenalkan diri dalam sebelum

pertandingan SOR bermula.

Semasa pertandingan SOR di peringkat negeri Perak, Silat

Cekak cawangan saya turut serta mengambil bahagian. Hal yang

demikian menyebabkan tari silat lakonan kaedah dan buah terpaksa

juga dilakukan. Walau bagaimanapun, kami melakukan gerak tari itu

secara berpada-pada. Tidak berlebih-lebihan. Kami tidak ikutpun

gerak tari yang ada di pusat. Tidak pernah tahu akan corak rekaan

tari mereka. Ikut buat apa. Bukannya wajib dipelajari dalam Silat

Cekak.

Saya hanya menggunakan kepakaran atas pengetahuan saya

yang pernah berbincang dengan Ustaz. Buat tari secara ala kadar.

Setakat lakonan Kaedah A untuk Kidung Kiri, diikuti dengan lakonan

buah Sendeng Atas, Gayung Patani dan ditutup dengan lakonan

Page 277: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 267

Kaedah D. Ada juga kalangan pesilat saya yang menambah-nambah

gerak. Ikut suka hatinya. Buat suka-suka hati. Prinsipnya, setakat ala

kadar. Bukan pelajaran kita. Hakikatnya, perbuatan tarinya adalah

semata-mata untuk memenuhi kehendak syarat pertandingan SOR.

Buat secara seronok-seronok. Main-main. Orang yang tengok

mungkin berasa kagum. Pada kita, “Tak ada hal-lah”.

Pada pengetahuan dan pemerhatian saya, gerak tari yang

direka di pusat lebih „rencam‟. Kami mengetahui atau

menyaksikannya ketika pertandingan SOR di peringkat kebangsaan

itu. Ketika itu, Silat Cekak cawangan saya mewakili negeri Perak

dalam beberapa kategori. Gerak tari Silat Cekak yang mereka reka

adalah tidak sama dengan gerak tari yang kami reka. Saya katakan

gerak tari mereka lebih rencam kerana adanya gerak tambahan

dalam gerak penutupnya.

Kami tutup gerak tari Silat Cekak dengan kaedah D. Akan

tetapi gerak tari mereka ada penambahan supaya nampak cantik

agaknya. Tapi, saya tengok tidak cantik langsung. Tangan digoyang-

goyang sebelum duduk.

Pada pemerhatian saya, kini kebanyakan pertunjukan Silat

Cekak yang saya hadiri, gerak yang goyang-goyang tangan dalam

tari silat Silat Cekak, sudah tiada. Tapi diganti dengan gerak tari

tangan yang lain. Semakin menampakkan unsur-unsur gerak tari

kebanyakan persilatan Melayu yang lain dalam gerak tari Silat Cekak.

Nampaknya sudah mula ditambah unsur-unsur persilatan Melayu lain

dalam gerak tari silat Silat Cekak.

Saya yakin dan saya percaya, jika gerak tari ini tidak dikawal,

penempelan unsur-unsur gerak tari persilatan lain akan bertambah

Page 278: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 268

dari masa ke masa. Sekurang-kurangnya di permulaan dan di akhiran

persembahan tari Silat Cekak tersebut. Tengah-tengahnya tetap

lakonan gerak tari kaedah dan lakonan gerak tari buah. Tidak hairan

nanti, tari silat dalam Silat Cekak akan melibatkan gerak tari yang

pelbagai gerak dengan gerak tapak yang pelbagai.

Lebih-lebih lagi apabila ada dalam kalangan Jurulatih yang

mempunyai kepala angin gerak tari. Bila ada peluang maka adalah

pelarasan. Ada pelarasan maka akan adalah perubahan dan

penambahan. Satu perbuatan yang amat sia-sia kerana tidak ada

dalam pelajaran Silat Cekak. Semuanya berlindung atas satu konsep

gerak. Gerak Hanafi. Mainan istilah orang-orang kanan Guru Utama

untuk membenarkan perbuatan mereka.

Pada pendapat saya, sepatutnya setelah kita tidak melibatkan

Silat Cekak dalam sebarang bentuk pertandingan SOR, gerak tari

yang berkenaan tidak perlu dipopularkan lagi. Tamat Silat Olahraga

maka tamatlah rekaan tari untuk SOR itu. Tapi, lain jadinya. Gerak

tersebut terus dipopularkan.

Saya difahamkan, bagi mengesahkan penggunaannya, maka

dinamakan gerak tari itu sebagai Gerak Hanafi. Saya yakin bahawa

Ustaz tidak mungkin mengarahkan gerak tari itu mengikut namanya.

Tentunya kepala angin Jurulatih tertentu untuk mengesahkan

penggunaaan tari silat dalam Silat Cekak. Kepimpinan saya di

cawangan tidak pernah ambil peduli. Tidak ada sebab untuk

menjadikan gerak tersebut sebagai sebahagian pelajaran Silat

Cekak. Itulah pendapat dan kefahaman saya tentang asal usul tari

silat tersebut.

Page 279: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 269

Namun begitu, sepanjang ingatan saya, cawangan saya tidak

pernah menggunakan gerak tari tersebut dalam sebarang

persembahan Silat Cekak demi menjaga „keaslian‟ Silat Cekak. Tidak

ada asal usulnya. Pegangan kami jelas. Terciptanya gerak tersebut

hanyalah atas keperluan Silat Olahraga semata-mata. Habis SOR

maka habislah gerak tari yang bersifat sementara itu.

Dalam persembahan Silat Cekak, lakonan gerak Kaedah A

hingga D adalah sangat mencukupi. Gerak yang sedemikian adalah

menyamai gerak pelebat dalam kebanyakan silat Melayu. Cuma yang

berbezanya, dalam persilatan Melayu, gerak pelebat mereka diiringi

dengan suara „ah‟ atau „eyah‟ dan sebagainya. Sebaliknya, dalam

gerak kita, pesilat Silat Cekak hanya diam. Tidak kedengaran suara

dari mulutnya. Melainkan suara pemimpin persembahan tersebut

yang memberi arahan melakukan gerak Kaedah A hingga D.

Pada saya, itulah salah satu keistimewaan yang ada dalam

Silat Cekak. Kita tidak ada tari silat. Kedudukan kita adalah berdiri

diam. Macam orang tidak hendak bergaduh. Gerak selamba. Kita

hanya bergerak kalau lawan kita bergerak. Itulah hakikat gerak yang

ada dalam Silat Cekak. Kebenaran gerak itulah yang kita sampaikan

pada masyarakat yang menonton persembahan Silat Cekak.

Gerak tari yang kita pertontonkan, bukanlah gerak benar

dalam Silat Cekak. Gerak yang dibuat-buat. Tidak boleh pakaipun

dalam pergaduhan. Saya pun tidak jelas apakah kefahaman yang

ingin kita sampaikan. Melainkan untuk memuaskan hati penonton.

Agaknya.

Kini, pandangan umum dalam kalangan ahli kita, berterusan

menganggap bahawa seni „tari‟ yang popular dalam Silat Cekak

Page 280: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 270

sebagai Gerak Hanafi. Mereka menjadikan gerak tari itu sebagai

sebahagian daripada pembelajaran Silat Cekak yang mesti. Satu segi

kita menafikan jenis tari silat. Satu segi yang lain, kita menerima

kehadirannya dalam Silat Cekak atas nama yang lain. Pada hal,

gerak tari tersebut mengundang sifat melangkah ke merata tempat.

Kita mungkin faham akan maksud langkah melangkah tersebut.

Walau bagaimanapun, pada masyarakat silat lain, mereka

menganggap Silat Cekak telah ada seni tarinya. Dakwa mereka,

“Cakap tidak serupa bikin”. Tapi kata tidak ada tari. Ada tari pulak.

Ada iringi muzik lagi!

Pada mereka yang bertanya atau membuat persoalan,

bolehlah kita jelaskan maksud gerak tari berkenaan. Akan tetapi kita

tidak berupaya memenuhi penjelasan pada mereka yang lain. Ada

juga dalam kalangan ahli yang mempersoalkan perkara tersebut

ketika membandingkan kenyataan tentang Silat Cekak seperti yang

tertera dalam ungkapan yang mula-mula dalam tulisan yang lalu.

Mereka menjadi keliru. Pada mereka yang berfikir, hendak bertanya,

rasa tidak berani. Maka tertanamlah persoalan tentang gerak tari

tersebut di dada mereka.

Sebagai Jurulatih, pandai-pandailah buat penjelasan. Asal

usul gerak berkenaan telah saya tulis sebagai pengetahuan. Berhati-

hatilah ketika membuat penerangan yang berdasarkan kemampuan

seadanya. Pada dasarnya, gerak sedemikian telah diterima dalam

rupa bentuk persilatan Silat Cekak. Mungkin tidak banyak persoalan

daripada generasi baru. Namun begitu, sebagai Jurulatih, kita telah

ada sedikit pengetahuan mengenai gerak tari dalam Silat Cekak.

Gunakan pengetahuan itu jika benar-benar ada yang bertanya.

Habuan sesak sahaja.

Page 281: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 271

BAB 3

PENGALAMAN

DALAM PERSILATAN

SILAT CEKAK.

Page 282: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 272

Parang Lading Dan Ujian Sijil.

Pendahuluan

Saya ingin membincangkan tentang Parang Lading dan Ujian-

Ujian Sijil Rendah dan Menengah dalam konteks pembelajaran Silat

Cekak zaman waktu saya dulu-dulu iaitu waktu zaman saya belajar

Silat Cekak. Ketiga-tiga perkara itu erat kaitannya dengan proses

pembelajaran Silat Cekak. Ada persoalan-persoalannya yang tertentu

dan memerlukan jawapan atas sifat saya sebagai seorang yang telah

lama berkecimpung dalam persilatan Silat Cekak.

Hal yang demikian telah menarik perhatian saya untuk

menulis dalam tulisan berikutnya. Walau bagaimanapun, jawapan

saya tidak secara khusus untuk menjawab persoalan-persoalan yang

timbul tersebut. Mungkin konsep ketiga-tiga bidang itu tidak sama

kefahamannya dengan apa yang kita fahami. Maka elok juga kita

berkongsi pengetahuan secara meninjau latar belakang situasi yang

wujud pada zaman saya dulunya bagi memahami kefahaman saya

selama ini seadanya.

Pada saya, untuk menerangkan persoalan mengenai ketiga-

tiga hal yang berkenaan memerlukan perbincangan tentang suasana

yang wujud ketika itu. Hal yang demikian kerana ketiga-tiga

persoalan itu ada kaitan dengan tanggapan yang ada pada orang-

orang kanan ketika itu. Sesungguhnya, tanggapan sesuatu konsep

ketika itu banyak dicorakkan oleh orang-orang kanan persatuan dan

persilatan. Konsep tersebut meliputi gerak silat, penggunaan senjata

dan kefahaman persilatan Silat Cekak.

Page 283: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 273

Hal yang demikianlah telah memungkinkan falsafah, konsep

dan prinsip yang sedia ada boleh bertukar tafsiran. Semuanya

berdasarkan daya tafsiran, kebolehan berfikir dan mungkin strategi

kepentingan diri sendiri. Oleh itu, saya turut juga akan

membincangkan tentang sifat dan tindakan orang-orang kanan

persilatan dan persatuan satu ketika yang lalu. Mungkin perkara yang

saya sentuh tentang mereka telah banyak kali ditulis dalam tulisan

yang lalu. Walau bagaimanapun, saya akan mengungkitnya kembali

bagi maksud perbincangan lanjut tentang persoalan yang

dikemukakan.

Peranan Orang-Orang Kanan Mewarnai Bentuk Silat Cekak.

Sesungguhnya persoalan yang berkaitan dengan tiga bidang

tersebut turut berkait rapat dengan kenangan pengalaman saya

dulunya. Persoalan yang dikemukakan itu pernah dijadikan „senjata‟

untuk menyerang kelemahan seseorang ahli. Itulah kenangan yang

tidak mudah dilupakan. Oleh itu, kupasan saya menjawab persoalan

yang ditimbulkan adalah bersumberkan rujukan berdasarkan

pengalaman, ilmu pengetahuan dan pandangan saya yang sedia ada

ketika itu dan berkekalan hingga sekarang.

Kenangan dan pengalaman saya itu tidak dapat berpisah

dalam konteks hubungan dengan beberapa golongan orang kanan

yang menerajui persatuan dan persilatan Silat Cekak dulunya.

Walaupun bilangan mereka tidak ramai, tapi cukup untuk

mempengaruhi penglibatan saya dalam persilatan Silat Cekak. Kini,

boleh dikatakan kesemua mereka itu telah berada di seberang sana.

Persatuan lama yang kita tinggalkan.

Page 284: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 274

Generasi awal orang kanan yang terlibat sejak zaman Ustaz,

nampaknya semakin „pupus‟. Ramai juga yang telah meninggal dunia

atau mengundur diri kerana kecewa. Walau bagaimanapun, tindak-

tanduk mereka dulunya tetap telah banyak mencorakkan suasana

yang ada sekarang. Malah, pepecahan yang berlaku dalam persilatan

Silat Cekak dari gelombang pertama hingga gelombang kedua

adalah hasil daripada tindak buat yang pernah mereka lakukan

dulunya.

Sesungguhnya, segala karenah yang berlaku itu adalah

bermula rancak selepas pemergian Guru Utama, Ustaz Hanafi.

Barisan orang-orang kanan yang mendapat ijazah dari ustaz mula

menganggap bahawa peranan mereka tersangat besar dan penting

bagi menentukan masa depan persilatan Silat Cekak. Mereka sendiri

yang anggap sedemikian. Malah, mereka juga menganggap bahawa

tanggungjawab yang dipikul mereka itu seolah-olah telah menyamai

tugas Guru Utama yang sedia ada ketika itu atas alasan untuk

menjaga perjuangan yang ditinggalkan Ustaz.

Kemudiannya terbentuk kumpulan orang-orang kanan

generasi baru yang hanya menerima pengalaman ketika zaman Guru

Utama, Pak Ak. Kebanyakan mereka boleh bersatu „angin‟ dengan

kumpulan generasi pertama orang-orang kanan persilatan dan

persatuan. Namun begitu, terdapat dua kumpulan orang-orang kanan

yang tidak berlaga angin.

„Kekuasaan‟ kedua-dua kumpulan itu semakin hebat sebelum

pepecahan gelombang pertama. Ramai dalam kalangan mereka

yang telah beralih „angin‟ dan menidakkan kepimpinan Pak Ak.

Ramai juga generasi baru orang kanan zaman Pak Ak yang boleh

„ngam‟ dengan generasi lama orang-orang kanan zaman Ustaz.

Page 285: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 275

Kebolehan „berngam‟ itu erat kaitannya atas kepentingan yang sama.

Kepentingan untuk memelihara persatuan dan persilatan Silat Cekak

dari sudut kaca mata mereka.

Apabila kita berpecah pada gelombang pertama,

pembentukan persatuan baru adalah dianggap hasil usaha mereka.

Maka semakin kuatlah kekuasaan mereka dalam persilatan dan

persatuan Silat Cekak yang baru. Saya dapat lihat pelbagai strategi

yang dilakukan mereka untuk menguatkan kedudukan. Kadang kala,

saya turut terlibat dengan perancangan mereka itu. Hal yang

demikianlah menyebabkan saya mengeluarkan kenyataan tersebut.

Pada peringkat awal zaman Tuan Hj. Md Radzi, pandangan

orang-orang kanan itu sering bertelagah. Sentiasa ada perasaan

syak wasangka. Saya rasa Guru Utama juga turut memahami situasi

tersebut kerana suasana yang wujud itu pernah saya bincang

dengannya. Hal yang demikian berlarutan dan memakan masa lama.

Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Maka wujudlah pula

generasi orang kanan baru yang berpengalaman hanya di zaman

Guru Utama Tuan Hj Md Radzi sendiri. Maka mereka juga turut

mewarnai suasana baru yang wujud ketika itu. Pada masa itu, secara

umumnya terjelas bahawa generasi orang kanan zaman Ustaz dan

generasi orang kanan zaman Pak Ak mulai bersatu dari semasa ke

semasa.

Nampaknya mereka boleh melupakan sebarang sengketa

yang sedia ada. Hal yang demikian tidak menghairankan saya kerana

dalam proses pepecahan gelombang kedua, nampak sangat akan

perpaduan mereka. Pada hal, di peringkat awal zaman Tn Hj Md

Radzi, mereka bersengketa semacam tidak akan ada kesudahannya.

Page 286: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 276

Ketika itu kutuk-mengutuk sesama mereka hebat sekali. Saya dapat

mendengarnya kerana saya berada di atas pagar. Manakala mereka

pula berada bersebelahan pagar.

Pada mereka yang berminat mengkaji tentang aspek

pepecahan dalam persilatan Silat Cekak, sila rujuk buku saya

”Kebenaran Silat Cekak”.

Dalam buku itu saya ada menulis tentang peranan orang-

orang kanan dalam perkembangan persilatan Silat Cekak. Pada satu

zaman yang lalu, orang-orang kanan adalah merupakan kumpulan

yang tersangat penting bagi mencorakkan persatuan dan persilatan

kita. Mereka adalah merupakan salah satu faktor yang boleh

menentukan persatuan atau persilatan Silat Cekak berkembang

dengan pesatnya atau berkembang secara perlahan. Jika inisiatif

mereka bersifat tinggi maka rancaklah perkembangan organisasi

persilatan kita.

Secara kesimpulannya, suasana dalam kegiatan persilatan

dan persatuan turut dipengaruhi mereka. Apatah lagi ketika mereka

diberi ruang yang luas untuk mengendalikan persatuan dan

persilatan. Sifat-sifat yang ada pada mereka itulah maka saya

simpulkan sebagai telah mewarnai suasana tersebut. Ada banyak

jenis orang-orang kanan tersebut. Bolehlah dirujuk dalam buku

tersebut.

Ketika sifat mereka sentiasa suka „bermuka-muka‟ maka

berlakulah ketegangan yang memanjang dalam suasana yang wujud.

Semua lapisan ahli akan berada dalam suasana yang tidak selesa.

Tohmahan, sifat „tikam dari belakang‟ telah menjadi amalan utama

ketika itu.

Page 287: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 277

Peranan orang-orang kanan itu juga turut memberi

pengalaman dalam kenangan saya yang berkaitan dengan parang

lading dan Sijil Menengah. Malah, mereka juga turut memberi

pengalaman pada saya, berkaitan dengan pemberian pingat. Oleh

itu, saya juga akan membincangkan tentang pingat yang juga turut

membawa kenangan dalam sejarah penglibatan saya dalam

persilatan Silat Cekak. Elok juga saya karangkan semula kenangan

tersebut buat batasan sifat dan tindakan pada ahli-ahli baru yang

merupakan generasi baru dalam persilatan Silat Cekak.

Setelah pemergian Ustaz juga, dahan bergantung yang saya

ada semakin rapuh. Tapi belum patah. Hubungan saya dengan Guru

Utama yang baru iaitu Pak Ak, tetap ada walaupun tidak serapat

dengan Guru Utama yang pertama. Tuntutan tugas guru yang

semakin sibuk merupakan salah satu sebab yang tidak

memungkinkan hubungan rapat tersebut. Namun begitu, dahan saya

bergantung telah semakin rapuh setelah berlaku pepecahan dalam

gelombang yang pertama. Ketika itulah „serangan‟ pelbagai senjata

digunakan oleh orang-orang kanan yang tertentu terhadap diri saya.

Tidak berapa ada pelindung lagi.

Suasana persilatan dalam zaman awal kepimpinan Guru

Utama yang baru ternampak semacam baik, sebaliknya banyak

perkara negatif yang berlaku dalam organisasi kita. Umpama sebiji

buah tembikai. Pada luarannya tersangat elok dan cantik. Sebaliknya

kalau dibelah dan dilihat isinya, banyak yang berongga. Semakin

lama maka semakin berongga kerana tembikai semakin tua.

Ustaz pernah bercerita pada saya tentang orang-orang kanan

yang banyak memainkan peranan menjadikan kejatuhan seseorang

pemimpin. Saya yakin bahawa Ustaz juga ada pengalaman tentang

Page 288: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 278

maksud ucapannya. Kedudukan Ustaz yang terancam juga adalah

kerana orang-orang kanannya. Saya telah menyentuh hal yang

berkaitan dalam tulisan-tulisan yang terdahulu.

Saya rasa, hal yang sama turut berlaku dalam zaman Tn Hj

Md Radzi menjadi Guru Utama. Nampaknya sekali lagi faktor orang

kanan memainkan peranan untuk menentukan masa depan guru

silat. Sama ada mereka berjaya atau tidak, itu soal lain. Yang

pastinya, mereka boleh mencorak atau menentukan kedudukan guru

dalam organisasi persilatan kita.

Nampak jelas pada kita betapa orang-orang kanan sering

menjadi faktor penyebab akan setiap perkara yang berlaku dalam

persatuan dan persilatan Silat Cekak. Tidak kiralah sama ada dari

segi tanggapan mahupun tindakan. Hal yang demikian juga turut

menjelaskan tentang peranan ahli-ahli yang ada dalam struktur

organisasi kita. Sepatutnya, orang-orang kanan yang merupakan

golongan pertengahan dalam struktur oraganisasi persatuan adalah

merupakan golongan perancang. Merekalah yang akan mempastikan

strategi bagi menzahirkan impian kepimpinan atasan iaitu Guru

Utama menjadi kenyataan. Malangnya, strategi yang dilakukan telah

songsang. Mereka telah menyusun strategi bagi mencapai impian

sendiri.

Dalam tulisan ini juga saya akan menceritakan semula tindak-

tanduk orang-orang kanan itu yang berkaitan dengan diri saya. Hal

yang demikian bagi menjelaskan beberapa persoalan yang berkaitan

dengan Parang Lading, Sijil Menengah dan Sijil Tinggi. Termasuk

prinsip pemberian pingat dalam persatuan kita.

Page 289: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 279

Seperti yang saya terangkan terdahulu, setelah berpecah

dalam gelombang pertama di peringkat awal kepimpinan Guru

Utama, orang-orang kanannya adalah merupakan pendokong utama.

Mereka berusaha menentukan kedudukan guru semakin mantap.

Hubungan mereka juga tersangat akrab dengan Guru Utama.

Seolah-olah, mereka menjadi pembela utama Guru Utama. Jangan

disentuh langsung kepimpinan Guru Utama walaupun atas sifat ketua

pengurusan persatuan. Mereka akan „menyerang‟ habis-habisan

pada orang yang berkenaan.

Pernah saya diberi „nasihat‟ oleh orang-orang kanan ini. Satu

ketika saya pernah membuat ulasan tentang pengurusan persatuan.

Maka berkatalah mereka, “Kita tak boleh ada sikit pun perasaan

prasangka buruk dengan guru kita. Perbuatan yang tidak baik”.

Saya pun hairan. Tidak terlintas pun wujud perasaan atau

prasangka buruk pada guru. Melainkan sifat saya ialah suka berterus

terang dalam proses pengurusan. Kalau tidak setuju, saya nyatakan

tidak setuju. Saya tidak faham dan tidak suka akan sifat bermuka-

muka. Rupa-rupanya mereka lebih arif akan sifat bermuka-muka

tersebut. Sesungguhnya sifat bermuka-muka adalah identiti mereka.

Tidak terkesan bahawa mereka boleh mengkhianati guru

mereka sendiri di satu masa nanti. Walau bagaimanapun, saya ada

ilmu yang tersendiri. Ilmu pengurusan organisasi yang merupakan

pengkhususan saya dalam ceramah-ceramah pentadbiran atas

jawatan yang disandang. Bukan ilmu kasyaf. Tidak ada pun Bisik

Semak. Hukum organisasi ada mengatakan, “Orang yang „tersangat

baik‟ pada seseorang, akan ada muslihatnya”.

Page 290: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 280

Saya turut berpengalaman berhadapan dengan beberapa

orang kanan yang bersifat ego dan meninggi diri. Mereka bukannya

generasi saya di zaman Ustaz. Ketika itu mereka berasa bahawa

persatuan dan persilatan Silat Cekak merupakan hak mereka

bersama. Berlindung di bawah kepimpinan Guru Utama. Akhirnya

mendapat kedudukan istimewa. Maka bertambahlah kerja gila

mereka. Tidak lagi menghormati orang-orang lama yang telah

menjadi orang tua. Sungguh „biadap‟ sifat mereka.

Hari Tenaga Pengajar memberi banyak kenangan pada diri

saya. Itulah puncak kejayaan mereka menidakkan penglibatan saya.

Dalam satu majlis sambutan hari tersebutlah maka saya dipecat dari

LPT dan seterusnya terasa semacam tamatnya peranan dan

penglibatan saya dalam persilatan Silat Cekak. Ketika itu saya tidak

memegang apa-apa jawatan lagi sama ada di peringkat pusat atau di

peringkat cawangan. Jawatan Presiden Cawangan telah diserah

pada hamba Allah yang berikrar akan terus memperjuangkan

perjuangan yang ditinggalkan Ustaz Hanafi. Akhirnya dia yang tinggal

silat, menjauhi diri. Sukar dihubungi.

Untuk menarik sokongan saya setelah pepecahan gelombang

kedua, dikatakan pemecatan saya itu bukannya kerja mereka.

Mereka tidak bersalah dan menganggap bahawa mereka sentiasa

menghormati saya. Malas nak komen. Apapun, saya juga adalah

pemimpin sebuah organisasai dalam profesion saya. Rasanya saya

tersangat faham tentang peranan para penasihat yang merupakan

orang kanan dalam satu-satu organisasi. Ramai yang tidak bersifat

penasihat.

Sebelum pepecahan gelombang kedua, kempen

memburukkan saya sering dilakukan dalam kalangan ahli-ahli Silat

Page 291: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 281

Cekak. Begitulah buruknya perangai pemimpin-pemimpin kanan

ketika itu yang berasa diri mereka tersangat berkuasa dalam

persatuan dan persilatan. Bercanggah pendapat dengan mereka,

alamat akan dikecundangkan. Ramai yang terkecundang. Tapi

Alhamdulillah. Saya tidak kecundang. Masih tegak. Kuat, besar dan

teguh. Tetap berbisa. Jangka panjang.

Mereka menggunakan tiga (3) alasan untuk membuktikan

betapa saya adalah murid silat yang „tak ada benda‟. Pertamanya

ialah dakwaan mereka bahawa saya tidak pernah mendapat parang

lading. Keduanya ialah saya tidak ada Sijil Menengah. Ketiganya

saya terpinggir dari Pingat Setia. Nasib baik pula mereka tidak tahu

langsung dengan konsep pelajaran tinggi. Kalau mereka tahu,

tentulah pelajaran tinggi turut dijadikan alasan utama menidakkan

sumbangan saya.

Segala persengketaan mendaki puncak apabila saya selalu

membuat komen tentang pengurusan persilatan dan persatuan Silat

Cekak. Hal yang demikian amat tidak menyenangkan puak-puak

yang bergelar orang kanan Guru Utama. Saya gelarkan mereka Si

Mamat Parang Kontot. Kerap kali juga saya gelar Kulup Belah atau

Mamat Hancok tatkala menceritakan gelagat mereka dalam kalangan

anak didik saya di cawangan Perak.

Saya telah nampak akan kelibat mereka yang sombong dan

menganggap serba tahu. Nampaknya Silat Cekak cuba dianggap

kepunyaan „bapak‟ mereka. Saya cadangkan kepada Guru Utama

agar mereka disingkirkan dari persatuan. Bukannya persilatan. Juga

perjawatan dalam persilatan. Saya nampak akan keburukan yang

bakal diterima persatuan dan persilatan jika dibiarkan mereka terus

kekal dalam persilatan dan persatuan Silat Cekak.

Page 292: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 282

Sejak itu bermulalah konfrontasi „tersirat‟ saya dengan

mereka. Konfrontasi dalam senyap. Tikam belakang. Bila bersua

muka, nampak mesra. Macam tidak ada apa-apa. Belakang kita,

macam-macam strategi digunakan bagi merendahkan keperibadian

saya. Itulah sifat hipokrit yang ada dalam kebanyakan pemimpin-

pemimpin kanan kita dalam persilatan Silat Cekak sebelum kita

berpecah dalam gelombang kedua.

Dulu, ada ruangan dalam „Sidang‟. Saya kerap menulis

dengan menggunakan nama samaran „Saya‟, „Sayang‟ dan dua tiga

nama yang saya sendiri tidak ingat. Banyak tulisan saya itu yang

berbentuk sinis terhadap pengurusan persatuan dan persilatan. Saya

difahamkan, rupa-rupanya ada juga tulisan tersebut disalin dan

ditunjukkan pada Guru Utama. Hal yang demikian bagi meyakinkan

Guru Utama bahawa saya adalah merupakan „petualang‟ utama.

Puncak konfrontasi saya dengan mereka ialah penyingkiran

saya dari jawatan Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT)

secara aib. Mereka berjaya melakukannya secara penghantaran

surat. Bermain tarikh. Saya yang tidak sedar akan strategi mereka itu

datang juga ke majlis Hari Tenaga Pengajar. Saya sangkakan masih

lagi ada jawatan sebagai ahli LPT. Rupa-rupanya telah tersingkir

dalam surat yang sengaja lewat untuk saya terima.

Maka duduklah saya di atas pentas. Kelam kabut juga mereka

menyediakan hadiah bagi mempastikan penyingkiran saya dilakukan

secara rasmi dan secara kehormat. Maka diumumkan nama saya

sebagai bekas LPT dan dihadiahi dengan sebatang tongkat. Macam

simbolik seolah-olah saya akan kehilangan „tongkat‟ dalam persilatan

Silat Cekak. Penglibatan saya akan menjadi tempang. Tidak ada

siapa yang sokong lagi. Walau bagaimanapun, tongkat tersebut akan

Page 293: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 283

saya buat kayu api. Sebagai api pembakar lemang. Bahang bara

tongkat telah merangupkan lemang yang dibakar.

Akhirnya telahan saya betul. Merekalah sebenarnya kumpulan

ahli yang merupakan orang-orang kanan persatuan dan persilatan

yang makan tuan. Tikam Guru Utama dari belakang. Menyusun

strategi untuk penyingkiran Guru Utama dari persatuan dan

persilatan. Nampaknya mereka berjaya berbuat demikian. Guru

Utama sendiri berjaya diketepikan. Apatah lagi orang-orang lain yang

tidak ada masalah bagi mereka membuat penyingkiran. Tersangat

senang disingkirkan. Apo nak di kato. Nasi sudah menjadi bubur.

“Haaaaa! Itu le. Cakap saya tak nak didengar.”

Senjata Parang Lading.

Dalam tulisan yang lalu saya telah terangkan betapa orang-

orang kanan memainkan peranan penting mewarnai suasana

persilatan dan persatuan. Suasana itu meliputi aspek tanggapan dan

tindakan. Saya telah sentuh serba sedikit akan pengalaman saya

berhadapan dengan mereka. Apa yang saya tulis hanya

menceritakan sejarah sifat ahli yang utama dalam kegiatan

berorganisasi persilatan Silat Cekak. Dalam organisasi itu, wujud

bermacam perangai atau watak manusia. Pengajaran buat generasi

yang ada. Berhati-hatilah tatkala bergaul sesama rakan

seperjuangan. Satu masa kita umpama rakan. Di satu masa yang lain

kita dijadikan lawan. Macam api. Kerap kali jadi batu api.

Maka penulisan pertama saya dalam persoalan yang

ditimbulkan ini adalah berkaitan Parang Lading. Salah satu senjata

yang digunakan untuk menidakkan sumbangan saya dalam

persilatan Silat Cekak. Dalam tulisan ini saya akan membuat ulasan

Page 294: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 284

panjang tentang kefahaman saya pada senjata parang lading. Ulasan

itu adalah berdasarkan pandangan saya semata-mata. Pandangan

itu pula berkait rapat dengan pengetahuan dan pengalaman saya

selama berada dalam persilatan Silat Cekak. Mungkin kefahaman

saya itu tidak selari dengan kefahaman yang sedia ada.

Kita difahamkan bahawa Parang Lading adalah merupakan

senjata rasmi Silat Cekak. Boleh dikatakan bahawa senjata tersebut

adalah merupakan kemegahan ahli-ahlinya. Hinggakan timbul

fahaman yang terlalu taksub pada senjata parang lading. Sesiapa

yang memilikinya dianggap sebagai satu keistimewaan dan

kemegahan luar biasa. Penerimaan parang lading dianggap sebagai

anugerah. Kebenarannya bahawa mereka yang terpilih sahaja boleh

memilikinya.

Ada satu soalan yang pernah diajukan pada saya tentang

pemilikan Parang Lading. Ahli berkenaan ingin tahu berapa „batch‟

yang telah menerima parang lading. Lebih tegas lagi, pada tahun

berapakah penerimaan parang lading itu berlaku. Ada yang kata

tahun 1975 dan ada yang mengatakan pada tahun 1978.

Saya tidak ada pengetahuan secara mendalam tentang

penganugerahan parang lading secara rasmi dalam tahun-tahun

Gambar: Parang Lading

Page 295: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 285

yang berkaiatan itu. Setakat pengetahuan yang ada, saya tidak

pernah dengar atau lihat akan adanya satu majlis khas untuk

menganugerahi senjata tersebut. Malah, dalam perayaan sambutan

ulang tahun persilatan Silat Cekak di zaman saya pun, tidak pernah

ada sebarang bentuk acara khas penganugerahan senjata parang

lading.

Maknanya, konsep penganugerahan parang lading zaman

dulu-dulu bukanlah sesuatu yang perlu direka keistimewaan suasana

penganugerahannya. Masa saya, tidak pernah wujud persoalan siapa

yang pernah menerima atau bakal menerima. Tidak pernahpun

dengar sembang-sembang mengenai pemberian senjata lading

ketika itu. Semua ahli menerima hakikat bahawa pemberian senjata

lading adalah merupakan hak Ustaz. Tidak perlu buat ulasan. Ada

habuan, dapat. Tidak ada habuan, senyap. Malah, mereka yang ada

memiliki senjata itu pun tidak bermegah dan tidak pernah membuat

ulasan apa-apa. Bermegah secara menceritakan „habuannya‟ itu pun

tidak pernah wujud.

Pada zaman dulu-dulu, sesuatu keistimewaan yang ada pada

seseorang ahli dalam persilatan Silat Cekak adalah dianggap rahsia.

Tidak akan bercerita sikit pun pada rakan ahli yang lain. Sifat yang

sedemikian sudah menjadi semacam satu amanah atau satu syarat

yang timbul secara sendiri dan diterima pakai oleh semua anak murid

Ustaz. Oleh itu, kita tidak tahu siapa yang pernah menerima sesuatu

yang dianggap istimewa dari Ustaz. Melainkan kita hanya boleh

membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang „rapat‟ dengan Ustaz,

pasti ada keistimewaannya. Mesti ada kelebihannya. Pasti adalah

„habuannya‟.

Page 296: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 286

Oleh sebab senjata lading adalah merupakan salah satu dari

keistimewaan yang ada dalam Silat Cekak maka kita juga tidak tahu

siapa yang ada memilikinya. Mereka yang memilikinya pun tidak

bercerita. Cuma, main teka-teka sahaja. Walau bagaimanapun, saya

tidak pernah ambil pusing tentang penerimaan parang lading ketika

itu.

Malah, secara jujur saya katakan bahawa saya tidak berminat

hingga ke peringkat „terlampau‟ untuk memiliki parang lading ketika

itu. Keutamaan saya ialah pada gerak silat. Parang lading adalah

merupakan senjata yang terhad penggunaannya. Hanya boleh

digunakan secara persembahan. Setakat boleh buat pertunjukan.

Tidak boleh dijadikan sebagai sebahagian tubuh badan. Maknanya

senjata tersebut tidak boleh diguna pakai atau dibawa ke sana ke

mari sepanjang masa. Kesalahan di sisi undang-undang.

Hal yang demikian tentunya berbeza dengan gerak dua

tangan dan dua kaki. Tangan dan kaki adalah merupakan

sebahagian tubuh badan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu

tangan dan kaki boleh dijadikan senjata efektif sepanjang masa. Hal

yang demikianlah menyebabkan minat saya menguasai pelajaran

gerak dua tangan dan dua kaki adalah lebih menebal berbanding

dengan hasrat untuk memiliki parang lading.

Saya mula mengenali tentang senjata parang lading tatkala

Ustaz membuat penerangan di Universiti Malaya pada 9 Disember

1973. Saya dan En. Abu Hamid telah menganjurkan majlis

penerangan tersebut. Selepas majlis penerangan itu, ada pertunjukan

di padang kecil Kolej Ketiga, Universiti Malaya. Pertunjukan itu

adalah selari dengan penerangan. Ustaz sendiri membuat

Page 297: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 287

penerangan. Pada masa itulah Ustaz menunjukkan cara-cara

penggunaan senjata parang lading.

Pada fahaman saya ketika pertunjukan itu, tergambar konsep

penggunaan senjata yang asing dari pengetahuan saya yang sedia

ada. Silat Cekak mempunyai senjata yang tersendiri iaitu parang

lading. Itulah pertama kali saya lihat bahawa parang lading dikaitkan

dengan persilatan Melayu. Hal yang demikian adalah berbeza

dengan persilatan lain yang menjadikan keris sebagai senjata

istimewanya. Begitu juga dengan senjata-senjata lain yang sering

dikaitkan dengan silat Melayu. Ada yang menjadikan kerambit, tekpi,

pedang, tongkat, dan sebagainya sebagai senjata rasmi persilatan

mereka. Ada juga yang menjadikan wali betina sebagai senjata

rasmi. Ukuran secara „mendalam‟. Apapun, semua jenis senjata

tersebut adalah merupakan lambang kepada keistimewaan persilatan

tersebut.

Setiap senjata itu ada cara penggunaannya. Keistimewaan

senjata-senjata itu lebih banyak bergantung pada gerak persilatan

yang menggunakannya. Itulah pandangan dan pegangan saya

tentang konsep penggunaan senjata dalam alam persilatan Melayu

pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, senjata rasmi parang lading yang

diketengahkan Ustaz telah menarik ramai peminat silat di tanah air.

Hal yang demikian kerana penggunaan parang lading adalah begitu

asing pada mereka. Senjata-senjata lain seperti keris, pedang,

parang, tongkat, kerambit dan wali adalah senjata-senjata yang biasa

pada mereka. Saya juga berpendapat sedemikian. Pada saya,

„kemunculan‟ senjata baru iaitu Parang Lading turut menarik

perhatian saya.

Page 298: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 288

Tidak ramai yang tahu tentang senjata tersebut. Malah, Silat

Kalimah yang cuba mengenengahkan parang lading sebagai senjata

utama persilatan mereka telah tersalah faham. Rupa-rupanya bukan

parang lading, melainkan kelewang. Hanya persilatan Silat Cekak

sahaja yang lebih mengetahui tentang penggunaan parang lading.

Hal yang demikian telah dinyatakan Ustaz dalam tulisannya di

majalah Dewan Masyarakat terbitan Oktober 1973 muka surat 47.

“Sebenarnya parang lading adalah satu-satunya senjata Silat

Cekak seperti yang ditulis dalam kertas kerja Silat Cekak di

Konvensyen Seni Silat Melayu. Pemakaian parang lading adalah

mengikut ukuran diri sendiri dan tidak boleh dipinjam dan diwarisi.

Cara mengukur parang lading dan menyesuaikannya dengan

langkah-langkah masih di dalam tangan Silat Cekak….”

Pada saya, kenyataan bertulis Ustaz itu membuktikan dua

perkara penting. Pertamanya, tidak ramai masyarakat Melayu

yang faham benar-benar tentang senjata parang lading. Ada

disiplin pembuatannya. Keduanya, dalam persilatan Silat Cekak,

parang lading adalah merupakan satu-satunya senjata rasmi

yang ada. Tak ada senjata-senjata lain.

Pada perkembangan berikutnya, timbul dalam kalangan ahli

yang menganggap bahawa senjata lading adalah tersangat istimewa,

kerana ada ukuran-ukuran yang tertentu. Itulah sandaran istimewa

tersebut. Seolah-olah keistimewaan itu diangap bertaraf „keramat‟.

Pada pandangan saya, kefahaman yang sedemikian telah

„dimainkan‟ oleh orang-orang kanan persilatan Silat Cekak. Hal yang

demikianlah saya katakan bahawa mereka turut mewarnai suasana

kefahaman yang ada dalam persilatan Silat Cekak.

Page 299: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 289

Pada saya pulak, ukuran sesuatu jenis senjata itu adalah

merupakan satu perkara biasa. Mungkin penglibatan saya dalam

banyak silat menyebabkan pandangan sedemikian telah berakar

umbi dalam fikiran saya. Oleh itu ternampak perbezaan kefahaman

antara kefahaman yang diuar-uarkan oleh kebanyakan orang kanan

dengan kefahaman sedia ada yang menganggap parang lading juga

adalah senjata biasa dalam masyarakat silat Melayu.

Dalam satu jenis persilatan yang saya ceburi, saya turut

diarah memiliki pedang sebagai simbol kegiatan kami dalam

persilatan berkenaan. Ada juga ukurannya. Saya sudah lupa. Cuma,

yang saya ingat, panjang pedang tersebut adalah ukuran selilitan

kepala. Maka itulah ukuran pedang berkenaan. Ada sebab

panjangnya satu lilitan kepala. Kepala atas. Maka saya pun buatlah

pedang atas desakan guru yang mengajar. Tapi pedang itu terpaksa

disorok. Tidak boleh diletak merata-rata. Ada anak kecil. Berbahaya.

Kalau digantung pada dinding, tarafnya ialah sebagai hiasan. Lebih

baik saya tangkap gambar dan gantung gambar itu di dinding kalau

sebagai tujuan hiasan. Sah selamatnya.

Dalam kegiatan saya pada persilatan yang lain pula, saya

disuruh memiliki keris. Maka adalah keris pada saya sebagai maksud

lambang persilatan berkenaan. Saya ada dua bilah keris. Ada

ukuran-ukurannya yang tertentu. Juga, terpaksa disimpan.

Keselamatan anak isteri. Pada saya, lebih baik saya gunakan keris

yang ori. Boleh diguna sepanjang masa. Lebih tentu kesannya.

Berdasarkan perbincangan, saya beranggapan bahawa

penggunaan dan pemilikan senjata adalah merupakan satu perkara

biasa dalam persilatan Melayu. Tidak ada keistimewan apa-apa.

Malah, penyimpanan senjata, banyak susahnya. Kecuali untuk

Page 300: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 290

maksud hiasan. Jadi topekong. Itulah pandangan dan kefahaman

saya tentang senjata utama persilatan dari dulu hingga sekarang.

Itulah juga sikap saya dan sikap itu saya perteguhkan pada

pemikiran anak didik saya. Itu sebabnya tidak ada dalam kalangan

anak didik saya yang beria-ria sangat untuk memperoleh senjata

lading. Apatah lagi, untuk membuat parang lading bukanlah satu

perkara yang mudah. Bukan semua tukang besi boleh membuatnya.

Ketika saya bersama Ustaz, kerap juga Ustaz

membincangkan tentang pemilikan senjata parang lading tersebut.

Menurut Ustaz, menempah parang lading bukanlah satu usaha yang

senang. Hal yang demikian kerana dua perkara. Pertamanya ialah

mendapatkan tukang besi yang mahir. Membuat parang lading

memerlukan daya fikir. Kena ikut ukuran tertentu. Ukuran itu pulak

adalah pelbagai. Rencam. Hal yang demikian adalah berbeza dengan

pembuatan mudah senjata-senjata lain. Keduanya ialah kepayahan

mendapatkan tanduk kerbau untuk membuat hulunya. Tidak sesuai

penggunaan kayu atau plastik. Lagi pun, bukan semua tanduk kerbau

sesuai dibuat hulu parang lading. Kalau tanduk itu berongga, sifatnya

sebagai hulu parang lading akan terhalang.

Ketika itu saya hanya mendengar saja penerangan Ustaz.

Kerap kali juga Ustaz menegaskan tentang asal usul senjata lading

sebagai senjata utama persilatan Silat Cekak. Tidak pernah saya

dengar daripada mulut Ustaz ketika bercerita tentang betapa

hebatnya parang lading, mengatasi senjata-senjata lain. Ustaz tidak

pernah membanding-bandingkan kelebihan lading berbanding

dengan senjata Melayu yang ada. Melainkan penceritaan Ustaz

adalah berdasarkan kelebihan lading dalam konteks penggunaannya

oleh pengamal Silat Cekak.

Page 301: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 291

Ustaz juga menerangkan pada saya, oleh sebab kesukaran

atas dua sebab tersebutlah maka pemilikan senjata lading itu menjadi

terhad. Ustaz perlu memilih dalam kalangan ahli-ahli yang benar-

benar layak untuk memilikinya. Dalam hal yang demikian,

memungkinkan Ustaz meletakkan syarat. Si bakal pemiliknya

perlulah benar-benar layak atas sifat kesetiaan dan pengorbanannya

dalam persilatan Silat Cekak. Kalaulah pemilikan uniform silat pun

ketika itu amat terhad dan ada syaratnya, apatah lagi pemilikan

parang lading. Pada saya, kesukaran menempah parang lading

menyebabkan pemilikan ke atasnya amat terhad. Hal yang demikian

telah menjadikan parang lading sebagai senjata yang istimewa dalam

konteks persilatan Silat Cekak. Itulah kesimpulan saya.

Setakat itulah saja penerangan Ustaz tentang penggunaan

dan kelebihan senjata lading. Tidak pulak dinyatakan Ustaz tentang

sifat-sifat „keramat‟ yang ada pada parang lading tersebut. Tidak

pernah terdengar cerita Ustaz pun bahawa pemilikan parang lading

akan menjadikan seseorang itu hebat sama ada persilatannya atau

dirinya sendiri.

Saya dapat rasakan bahawa konsep penerimaan parang

lading telah dipergunakan oleh beberapa orang kanan persilatan.

Mereka jadikan kesukaran memiliki parang lading sebagai satu

keistimewaan pada mereka yang berjaya memilikinya. Oleh itu,

terwarnalah suasana ketika itu tentang parang lading. „Sesiapa yang

mendapat atau memiliki parang lading maka dialah orang yang

teristimewa dalam persilatan Silat Cekak‟.

Kenyataan itu nampaknya telah dijadikan satu ukuran tentang

kehebatan seseorang dalam persilatan Silat Cekak pada satu masa

dulu. Kalau tidak ada parang lading maka difahamkan pada ahli-ahli

Page 302: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 292

baru bahawa ahli berkenaan tidaklah hebat sebenarnya. Walaupun

sebenarnya ahli berkenaan tersangat hebat gerak persilatannya.

Seperti yang saya tegaskan terdahulu, saya mempunyai

kefahaman tersendiri. Pada ketika itu, tidak pulak menjadi hal buat

diri saya sama ada memilikinya atau tidak. Kalau dapat pun akan

menjadi satu masalah buat diri saya. Tempat menyimpan. Bukannya

boleh digunakan sepanjang masa. Saya telah ada pengalaman

sebelum ini ketika memiliki keris dan pedang.

Setelah saya berpindah di cawangan, Ustaz pernah

menimbulkan balik tentang pemilikan senjata parang lading. Ketika itu

kelas Silat Cekak cawangan saya adalah di Greentown, Ipoh.

Berpusat di rumah rakan kita yang telah beralih guru ketika ini. Akhir

bicara, Ustaz memberi kebenaran pada ahli-ahli cawangan saya

membuat parang lading. Cuma, syaratnya kena cari sendiri tukang

yang mahir membuat senjata lading termasuk hulunya. Demikianlah

peristiwa sejarah yang berlaku di tahun-tahun 1970an.

Tergambar di kepala saya tentang tukang besi di daerah

Kuala Kangsar. Kebetulan rakan saya En. Fuad juga berasal dari

daerah yang sama. Walau bagaimanapun, seperti yang dikata,

membuat parang lading rupa-rupa bukanlah kerja mudah pada

kebanyakan tukang besi. Senjata parang lading dengan ukuran-

ukurannya adalah asing pada kerja buat mereka. Menyusahkan.

Tidak sanggup terima tempahan. Hal yang demikian membantutkan

desakan untuk memiliki senjata lading. Lagipun, pemilikan parang

lading bukannya perkara utama penglibatan saya dalam Silat Cekak.

Perkara membuat senjata adalah perkara biasa. Telah ada

pengalaman pada silat-silat lain.

Page 303: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 293

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti

bulan dan tahun berganti tahun. Pembuatan senjata lading semakin

dilupa. Pada hal lesen telah diberi Ustaz. Cuma desakan hati terasa

tawar akibat masalah yang ada. Kurang berminat. Minat saya lebih

tertumpu pada gerak dua tangan dan gerak dua kaki. Senjata yang

ada di badan. Perlu diketahui segala rahsia yang ada.

Semasa kepimpinan Pak Ak, sekali lagi arahan mencari

tempat membuat lading dikemukakan semula. Ada lesen lagi tentang

pembuatan senjata berkenaan. Sekali lagi, pemilikan senjata lading

bukannya mendesak. Terabai pelawaan itu sekali lagi. Tindakan saya

tidak bersungguh-sungguh kerana cakap-cakap Guru Utama itu

adalah berbentuk pelawaan dan bukannya arahan.

Cuma, saya difahamkan setelah pepecahan pada gelombang

yang kedua, Guru Kontrak telah memberi laluan pula pada bekas

ahli-ahli cawangan saya untuk membuat parang lading. Kali ini saya

tidak terlibat kerana fahaman berbeza. Tidak ikut persatuan mereka.

Maka saya difahamkan bahawa mereka telah membuat parang lading

di Kuala Kangsar. Barulah mereka memiliki parang lading. Bila saya

tanya tentang perasaan mereka setelah memiliki parang lading, maka

jawab mereka, “Biasa aje”. Tidak ada keistimewaan apa-apa. Gerak

silat tetap sedia kala. Tidak pulak kerana memiliki senjata lading

maka gerak silat menjadi hebat. Masih di takok yang sama. Kena

berlatih juga. Kalau ditinggalkan latihan, silat akan berkulat sudahnya.

Walau bagaimanapun, perkara pastinya, untuk memiliki parang lading

ialah keperluan mengeluarkan belanja. Tidak ada berbelanja maka

tidak adalah parang ladingnya.

Setelah pepecahan pada gelombang pertama, saya telah

memilih persatuan yang dipimpin Tn Hj Md Radzi. Kali ini orang-

Page 304: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 294

orang kanan persatuan pula yang telah mempelawa saya membuat

parang lading. Kata mereka, arahan Guru Utama. Begitulah hebat

kuasa mereka. Maka saya pun terima dengan memberi ukuran

tertentu pada mereka. Cuma peliknya, parang lading bukannya

bertaraf anugerah tapi bertaraf „pasar malam‟. Saya katakan

demikian kerana setelah siap ditempah, parang lading berkenaan

dilonggok pada satu tempat. Ahli-ahli yang berkenaan diarah untuk

mengambilnya sendiri.

Sampai ke sudah saya tidak mengambilnya walaupun ketika

menjeling nama, ternampak nama saya. Akhirnya, anak didik saya

telah mengambilnya bagi pihak saya. Rasanya di sekitar tahun 2003.

Sampai sekarang saya tidak tahu di mana saya simpan. Kali terakhir

saya melihatnya di rumah saya, parang lading itu digunakan isteri

untuk kegunaan suri rumah tangga. Saya nampak dan lekas-lekas

menyelamatkan „maruah‟ parang lading berkenaan. Sejak itu, sampai

sekarang tidak nampak sinap atau kelibat parang lading itu lagi. Tidak

pernah saya ceritakan pada sesiapa, kecuali pada anak didik sendiri.

Takut-takut mereka akan buat cerita. “Parang Lading saya telah

ditarik secara ghaib”. Fahaman syirik.

Seperti yang saya tegaskan, penerangan Ustaz tentang

Parang Lading adalah merupakan senjata biasa sahaja. Tidak ada

keistimewaan parang tersebut melainkan sebagai senjata rasmi

persilatan Silat Cekak. Cara penggunaannya adalah berdasarkan

gerak yang sedia ada dalam Silat Cekak. Malah ukuran tertentu pada

parang lading adalah bersesuaian dengan gerak dalam Silat Cekak.

Misalnya, ukuran mata parang lading adalah bersesuaian dengan

cara penggunaan parang tersebut yang bersifat menunggu dan

bukannya menyerang.

Page 305: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 295

Pada pandangan saya, oleh sebab penggunaan senjata

lading itu adalah sebagai simbol kemegahan persilatan Silat Cekak

maka pengurniaannya pada anak murid Silat Cekak yang terpilih

adalah perlu dalam satu upacara khas. Kalau dikira hendak bagi,

tidak ada masalah. Cuma, saya berpendapat parang lading itu perlu

bersifat anugerah dalam satu majlis. Hal yang demikian bukanlah

sesuatu yang luar biasa dalam konteks budaya tinggi masyarakat

Melayu.

Kalau dibaca kisah-kisah hikayat lama, setiap pendekar yang

dilantik akan dianugerahi sepasang persalinan dan senjata sebagai

maksud pengiktirafan. Perbuatan yang sedemikian adalah

merupakan satu bentuk pengiktirafan dan satu bentuk perjanjian.

Kontrak antara guru dengan anak muridnya. Kalau kontrak itu

dilanggar, maka ahli berkenaan perlu menyerah anugerah tersebut.

Hal yang demikianlah menyebabkan saya selalu

menyarankan supaya Jurulatih yang dilantik sebagai Jurulatih,

dianugerahi sepasang uniform sebagai tanda ikatan. Untuk

menganugerah parang lading mungkin agak sukar kerana masalah

pembuatannya. Walau bagaimanapun, menerima anugerah uniform

tidak ada masalah. Itulah tanda atau amanah yang diperturunkan

guru pada orang kepercayaannya untuk menjalankan tugas dan

memikul amanah menyampaikan ilmu persilatan Silat Cekak.

Amanah itu adalah berkonsepkan kontrak atau perjanjian antara guru

dengan anak muridnya dalam proses menyampaikan pelajaran.

Kalau uniform silat dianugerahi bersama senjata lading, lagi

menarik. Lagi baik. Mungkin sukar dilakukan. Bukan senang untuk

menempah parang lading. Walau bagaimanapun, setakat anugerah

uniform, sudah memadai.

Page 306: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 296

Apabila kontrak itu dilanggar maka bolehlah anugerah itu

ditarik balik. Perlakuan sedemikian adalah berbentuk simbolik ikatan

antara guru dengan anak muridnya yang dilantik sebagai Jurulatih.

Seperti yang saya katakan, dalam persatuan kita perkara menarik

atau ambil balik uniform bukan perkara luar biasa. Saya pernah

menulis betapa uniform saya yang pertama adalah hasil pembelian

balik uniform silat dari Jurulatih yang tidak mahu aktif lagi.

Persatuan kena beli balik uniform kerana Jurulatih yang tidak

aktif lagi itu telah mengeluarkan belanja untuk memperoleh uniform

silat. Kalaulah uniform itu diberi secara anugerah maka senanglah

Guru Utama menarik balik anugerah itu. Maka itulah perlakuan

simbolik menandakan tamatnya kontrak atau ikatan antara Guru

Utama dengan Jurulatih dalam proses menyampaikan pelajaran Silat

Cekak.

Di peringkat cawangan saya, idea berkaitan penganugerahan

sepersalinan uniform pada Jurulatih cawangan saya telah

disampaikan pada Guru Utama. Nampaknya Guru Utama menerima

cadangan saya itu. Maka Jurulatih yang terlantik di cawangan saya

telah diberi anugerah sepersalinan uniform silat sebagai tanda

kesediaan memikul amanah menjalankan tugas bagi menyampaikan

ilmu persilatan Silat Cekak. Itulah falsafah di sebalik penyerahan

uiniform itu dari Guru Utama.

Nampaknya cadangan saya itu kurang mendapat sambutan di

peringkat pusat. Ada reaksi negatif pulak. Saya dituduh sebagai ahli

yang suka „free‟ sahaja. Semuanya nak percuma. Tidak mahu

berkorban langsung. Maka tuduhan itu disebar luas oleh orang-orang

kanan yang sememangnya bersifat kurang senang dengan

penglibatan saya dalam persilatan Silat Cekak. Itulah sifat orang

Page 307: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 297

kanan yang ada kuasa. Banyak perasaan dan perasan seolah-olah

persilatan Silat Cekak adalah hak mereka. Sama tanding dengan

penguasaan Guru Utama.

Saya teruskan perbincangan tentang pengalaman saya

berkaitan parang lading. Perlu saya tegaskan bahawa pegangan

saya itu adalah dari sudut pandangan dan kefahaman saya sendiri.

Hal yang demikian adalah kerana kefahaman saya pada parang

lading mungkin tidak sama dengan kefahaman yang sedia ada.

Anggaplah perbincangan saya sebagai medan bertukar-tukar

pengalaman dan pengetahuan.

Secara kesimpulannya, sepanjang saya bersama Ustaz,

penceritaan tentang keistimewaan parang lading adalah berkisar

pada kelebihan senjata parang lading berdasarkan gerak persilatan

Silat Cekak. Saya tidak pasti siapa yang Ustaz anugerahi parang

lading. Tidak ada senarai rasmi. Cuma, pada awal penglibatan saya

di awal tahun 70an, terdengar bicara Ustaz tentang usahanya

menempah beberapa bilah parang lading tersebut. Sekitar tahun

1975 atau l976.

Pada fahaman saya dulunya, anugerah parang lading adalah

merupakan hak Ustaz. Terpulang pada Guru Utama untuk memberi

senjata itu pada sesiapa yang dipilihnya. Saya tidak kisah. Lagipun,

ketika itu penglibatan saya masih baru. Tidak terasa ada apa-apa

desakan yang bersaing untuk mendapatkannya. Tidak ada

kefahaman bahawa memiliki parang lading akan menjadikan diri

sebagai teristimewa dalam gerak persilatan Silat Cekak.

Itulah salah satu kefahaman Silat Cekak yang ada pada saya.

Maka itulah juga kefahaman yang ada pada kebanyakan orang-orang

Page 308: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 298

kanan Ustaz „lapisan pertama‟. Semasa saya di cawangan, muncul

golongan orang-orang kanan baru di pusat. Mungkin kefahaman

mereka mula berbeza. Pada mereka, parang lading adalah dianggap

sebagai sesuatu yang amat istimewa. Pada kefahaman mereka juga,

pemilikan parang lading adalah simbol kehebatan dalam persilatan

Silat Cekak. Maka bermegahlah pada mereka yang dapat dan

kempunan sangat pada mereka yang belum dapat.

Perkembangan berikutnya, kefahaman pada parang lading

semakin bercambah. Malah, kehebatan parang lading telah ditokok

tambah. Tidak ada langsung kelemahan pada senjata lading tersebut.

Konsep sesuatu itu ada kelebihan dan ada kelemahannya, telah

terketepi begitu sahaja. Kefahaman berpijak di bumi nyata telah

menjadi „sifat air yang dicurah di daun keladi‟. Senjata lading telah

dianggap sebagai senjata yang amat sempurna. Dibandingkan juga

parang lading dengan senjata-senjata yang ada dalam masyarakat

persilatan Melayu. Tidak terkalah akan parang lading. Sempurna

sifatnya. Tersangat ideal sifatnya. Nampaknya kefahaman itu

semakin berleluasa dan dilambangkan pada pertunjukan Silat Cekak

yang ada. Saya ulas sahaja tanpa komen apa-apa.

Pada kesimpulan saya, kefahaman tentang keistimewaan

terlampau pada parang lading adalah sengaja diperbesar-besarkan

oleh orang-orang kanan juga. Mereka turut mewarnai suasana baru

dalam persilatan Silat Cekak. Merekalah yang selalu memperkatakan

tentang kelebihan parang lading tatkala mengajar Silat Cekak.

Bukannya mementingkan penguasaan gerak dua tangan dan dua

kaki tapi lebih „ berkhayal‟ menceritakan kelebihan dan keistimewaan

Silat Cekak. Salah satu keistimewaan yang menjadi tumpuan

penceritaan ialah parang lading. Saya dapat merasai pemikiran baru

Page 309: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 299

itu tatkala menerima penyertaan ahli-ahli Silat Cekak dari cawangan

pusat pengajian tinggi.

Fahaman saya bukanlah menurut nafsu. Melainkan saya ada

sandarannya. Pernah Ustaz menerangkan pada saya betapa parang

lading perlu „berkawan‟. Kenyataan ustaz itu juga adalah merupakan

salah satu pesanannya di saat-saat akhir pemergiannya. Ketika itu

Ustaz hanya bersama saya di Ipoh. Ijazah terakhirnya di cawangan

saya. Mungkin juga ijazah terakhir Ustaz dalam persilatan Silat

Cekak.

Menurut Ustaz, dalam pertempuran, kalau hanya

menggunakan parang lading sahaja maka maksudnya pengguna

parang lading akan „pergi terus‟. Tidak kembali lagi. Itu sebabnya

perlu ada „kawan‟ kepada parang lading itu. Itulah pesanan Ustaz

pada saya. Kenyataan Ustaz itu tidak pernah saya ceritakan pada

ahli-ahli cawangan lain; melainkan pada anak didik saya sendiri.

Tidak mahu jadi fitnah.

Pesanan Ustaz itu pada saya membawa makna bahawa

penggunaan senjata parang lading ada batasnya. Terhad dalam satu-

satu situasi. Walaupun kelebihan parang lading banyak bergantung

pada cara penggunaan pengamalnya, namun begitu strategi

penggunaannya perlu ada. Strategi adalah merupakan satu usaha

untuk mempastikan kemenangan.

Ustaz pernah menyentuh tentang penggunaan senjata parang

lading dalam majalah Dewan Masyarakat, bulan Ogos tahun 1973.

Saya petik kata-kata Ustaz dalam tulisannya.

Page 310: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 300

“Ajaran menggunakan parang lading bila menunggu serangan

yang menggunakan senjata pendek. Serangan ke atas pihak lawan

tidak dibuat kerana Seni Silat Cekak mempunyai prinsip serangan

lebih berbahaya daripada menyerang.”

Kenyataan Ustaz membawa makna yang jelas. Ada teknik

penggunaannya yang tertentu. Bukan boleh memandai-mandai.

Walau bagaimanapun kefahaman saya itu terus terpendam

dalam hati saya sejak begitu lama. Tidak ada bukti Ustaz berpesan

pada saya. Tidak ada video pun. Rakaman suara pun tidak ada. Cctv

pun lagi tidak ada. Tidak ada bukti bertulis. Kalau saya cakap, pasti

kecaman yang saya dapat. Pasti dakwaan saya itu akan

dipergunakan sebagai kesempatan orang-orang kanan yang tertentu.

Tentu sudah lama saya terpeliut dalam persilatan Silat Cekak; sejak

dulu lagi. Sudah lama saya mendapat tongkat. Kempunan anugerah,

tongkat yang dapat.

Penulisan Ustaz juga telah memberi makna bahawa parang

lading adalah amat sesuai untuk menunggu serangan yang

menggunakan senjata pendek. Itulah konsep penggunaan parang

lading. Konsep itulah yang difahamkan Ustaz pada saya. Kalau tidak

salah saya, pada zaman saya dulu-dulu, risalah tentang Silat Cekak

pernah tercatat bahawa ‟senjata parang lading adalah sejenis senjata

yang amat sesuai untuk menghadapi serangan senjata pendek‟.

Namun begitu, lama-lama ayat tersebut telah hilang.

Berdasarkan petikan itu juga, senjata parang lading tidak

digunakan untuk menyerang sebab menyerang menggunakan parang

lading adalah tersangat bahaya. Hal yang demikian kerana reka

bentuk senjata parang lading adalah sangat sesuai untuk maksud

Page 311: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 301

menunggu serangan dalam konteks persilatan Silat Cekak. Ukuran

pembuatannya tidak bermaksud untuk menyerang.

Mungkin senjata-senjata pendek yang lain dalam konteks

persilatan kita boleh terpakai untuk tujuan pengamal Silat Cekak

menyerang. Misalnya, pisau, keris dan wali. Pergerakan senjata-

senjata itu boleh disesuaikan dengan serangan tumbukan kita. Kalau

tumbukan yang dilepaskan boleh mengena sasaran, maka tidak ada

bezanya jika tumbukan itu diganti pula dengan guna pakai senjata-

senjata pendek yang lain. Maknanya, konsep serangan senjata-

senjata itu boleh disamakan dengan konsep tumbukan Silat Cekak

ketika menyerang. Adatnya, serangan senjata-senjata itu pasti akan

mengena pada sasaran tikaman seperti mana prinsip melepaskan

gerak tumbukan.

Tidak hairanlah jika kita lihat bahawa pelajaran „pelari pisau‟

mula diajar sebelum tamat silat. Falsafah di sebalik pelajaran

pengenalan pisau itu membawa maksud memelihara keselamatan

diri. Kita boleh bayangkan, jika pelajaran tersebut diperkenalkan

selepas tamat silat, pasti akan ada yang terlajak pada tikaman. Hal

yang demikian kerana tikamannya boleh berprinsipkan serangan

tangan.

Dalam hal ini, serangan tikaman dengan menggunakan

lading adalah amat tidak sesuai. Saya yakin bahawa atas prinsip

itulah Ustaz menegaskan bahawa, „Serangan ke atas pihak lawan

tidak dibuat kerana Seni Silat Cekak mempunyai prinsip serangan

lebih berbahaya daripada menyerang.”

Maksud tulisan Ustaz itu juga membawa makna bahawa sifat

orang yang menyerang pada ahli Silat Cekak yang ketika itu

Page 312: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 302

menggunakan parang lading, akan menanggung risiko yang amat

besar. Maknanya, kalau kita guna parang lading untuk maksud

menyerang, maka kita akan menghadapi bahaya. Sebaliknya, kalau

orang lain menyerang kita tatkala kita ada parang lading maka

bahaya yang kita tanggung adalah kurang; berbanding jika kita

membuat serangan.

Kalau dikiaskan dengan peratus, agaknya kalau kita

menyerang menggunakan parang lading, risiko mudarat pada diri kita

ialah sembilan puluh (90) peratus. Sebaliknya kalau orang lain

menyerang dan pengamal Silat Cekak menggunakan parang lading,

risiko pada pengamal Silat Cekak itu ialah dua puluh (20) peratus

sahaja. “Kenapa pulak tidak seratus peratus berjaya”. Tengoklah

jenis serangannya. Tangan kosong atau senjata. Senjata pendek

atau senjata panjang. Hati yakin atau hati bernafsu.

Rupa-rupanya, menggunakan parang lading bagi menghadapi

serangan tangan kosong pun ada bahayanya. Perlu ada caranya.

Saya yakin dan percaya, kejujuran hati ada kaitan dengan

kemenjadian gerak lading. Itu sebab agaknya maka ukuran lading

adalah berdasarkan ukuran yang ada pada pengamalnya. Seperti

yang ditegaskan Ustaz:

“Pemakaian lading adalah mengikut ukuran diri sendiri dan

tidak boleh dipinjam dan diwarisi.”

Maknanya, diri pemakai dengan cara pemakaiannya adalah

berkait erat. Diri seseorang itu ada kaitan dengan hatinya.

Kemenjadian gerak itu berkait erat dengan kejujuran jiwa. Hal yang

demikian adalah bertepatan dengan pegangan dan kefahaman

pengamal Silat Cekak bahawa, “Silat ialah gerak. Yang bagi gerak

Page 313: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 303

ialah Yang Empunya Gerak.” Jiwa yang tidak jujur kerana faktor

nafsu, sering kali diuji Yang Maha Kuasa.

Pernah dalam satu pertunjukan parang lading di Pulau

Pinang, seorang ahli yang menggunakan parang lading secara mata

parang lading tidak berbalut, luka tangannya. Banyak darah yang

mengalir keluar. Maknanya luka besar. Ustaz pun ada ketika

persembahan tersebut. Ikutkan logik, mana mungkin penggunaan

parang lading boleh mendatangkan mudarat pada pengamalnya.

Hanya tunggu serangan senjata pendek. Nak kata ahli berkenaan

tidak cekap, tidak begitu sifatnya. Hebat juga dan sekarang lagi

hebat. Jadi Guru Utama dalam salah satu persatuan Silat Cekak

yang seadanya sekarang.

Saya pernah menyentuh hal yang berkenaan dalam tulisan

yang terdahulu. Sebelum persembahan, bukan main besar cakapnya.

Saya diam saja. Bila dah „kena‟ dengan parang lading, ramai yang

memadan muka. Teringat kata-kata seorang pemimpin persatuan

dari Bukit Mertajam yang ada pada ketika itu. Antara lain katanya,

“Dia ingat main parang lading boleh suka-suka. Hati kena betul”.

Sebenarnya saya tidak suka membicarakan tentang senjata

parang lading. Kebanyakan kefahaman parang lading yang ada

dalam kebanyakan fikiran ahli adalah tidak sama dengan kefahaman

saya seadanya. Pada mereka, parang lading adalah senjata yang

tidak ada tolok bandingnya. Tersangat hebat. Boleh mengatasi

pelbagai jenis serangan senjata. Tidak kira panjang atau pendek.

Serangan senjata panjang tidak mendatangkan masalah. Kalau

pedang boleh diatasi, apatah lagi serangan tongkat panjang. Senang-

senang akan diratah. Macam jelatah. No komen. Fahamlah mana

yang patut. ”Gasak engkaulah Labu”.

Page 314: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 304

Walau bagaimanapun, kita juga jangan lupa tentang konsep

gerak “Habuan Sesak” dalam persilatan Silat Cekak. Saya pernah

menulis tentang konsep itu berdasarkan kefahaman saya dari Ustaz.

Dalam satu-satu situasi yang bersifat darurat atau terdesak, gerak

keluarbiasaan boleh diguna pakai. Bukan satu amalan tapi satu

keperluan atas tuntutan yang mendesak. Dalam tulisan saya yang

lalu, saya ceritakan semula kiasan Ustaz tentang pelanggaran lampu

isyarat. Ketika isteri terdesak hendak bersalin, lampu merah pun kena

rempuh. Apa pun, sifat berhati-hati perlu ada.

Oleh itu, untuk menjawab soalan tentang senarai penerima

parang lading pada zaman dulu-dulu, saya tidak dapat menjawabnya.

Hal yang demikian kerana kefahaman saya dan orang dulu-dulu

tentang parang lading mungkin berbeza dengan kefahaman ahli-ahli

persilatan Silat Cekak yang sedia ada. Lagipun ketika itu tidak ada

keperluan pun pada saya untuk mengetahui siapa yang pernah

menerima parang lading. Hak guru maka terpulanglah pada guru.

Soal saya dapat atau tidak akan parang lading, tidak jadi hal.

Perkara pentingnya ialah penerimaan dan penguasaan gerak dua

tangan dan gerak dua kaki dalam persilatan Silat Cekak serta

kefahaman tentang Silat Cekak dari segi falsafah, konsep dan prinsip

geraknya.

“Sesuatu itu hanya akan menjadi istimewa jika pemakai atau

penggunanya adalah istimewa”. Kalau setakat bahan kemegahan

maka jadilah orang itu dalam sifat angan-angan dan tidak berpijak di

bumi nyata.

Secara tuntasnya, kalaulah wujud anggapan atau kefahaman

bahawa mereka yang memiliki parang lading dianggap istimewa; atau

Page 315: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 305

parang lading itu sebagai lambang kemegahan pada si pemakainya,

maka saya berbangga dengan kefahaman yang saya ada seadanya.

Apa yang saya perhatikan, pada mereka yang berasa bangga

dengan parang lading dulunya, telah pun menyimpang dari

perjuangan yang ditinggalkan Ustaz. Orang-orang kanan yang

memandang rendah pada mereka yang tiada parang lading satu

ketika dulu, sekarang telah ghaib entah ke mana. Ada yang menjadi

petualang hebat untuk menyingkir Guru Utama. Telah berada di

sebelah sana. Penyokong kuat Guru Kontrak. Ada pula yang kekal

dalam persatuan asal dengan megahnya. Salah seorang dari mereka

telah menjadi Guru Utama. Hebat juga semangat lading dalam hati-

hati mereka.

Saya bersyukur seperti diri saya seadanya. Tidak memiliki

parang lading secara rasminya. Masih berbangga dengan senjata

yang sedia ada. Menyerangpun boleh, bertahanpun boleh. Serba

boleh. Apapun, saya masih yakin bahawa diri saya sedang berada

dalam landasan perjuangan yang benar seperti mana yang

diwariskan Ustaz.

Mungkin kalau saya juga memiliki parang lading dan terlalu

taksub pada kelebihan parang lading maka saya sendiri akan lupa

diri. Mungkin ada persatuan baru, agaknya. Nasib baikkkkkkkkkkk!.

Tidak ikut sifat seperti mana pemilik-pemilik parang lading yang amat

berbangga dengan perolehan parang lading. Rupa-rupanya, boleh

lupa diri akhirnya.

Page 316: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 306

Ujian Sijil Rendah.

Pendahuluan.

Dalam persilatan Silat Cekak terdapat ujiannya. Pada

pandangan saya, ujian adalah penting bagi mempastikan anak murid

Silat Cekak mencapai tahap kefahaman dan penguasaan gerak

silatnya. Sepanjang pengetahuan saya, hanya Silat Cekak sahaja

ketika itu merupakan satu-satunya persilatan yang membuat ujian

secara berpijak „di bumi nyata.‟

Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan silat-silat Melayu

lebih banyak menumpukan ujian yang mencabar „emosi‟. Ada juga

kalangan mereka yang menganggap bahawa ujian seperti itu adalah

berbentuk kebatinan atau dikenali juga sebagai ujian kekuatan

dalaman. Misalnya mandi minyak, melontar buah kelapa dalam gelap

supaya disambut ahli silat berkenaan, memecah batu atas badan

dan pelbagai bentuk ujian lagi.

Ada juga persilatan Melayu yang membuat ujian secara

menguji gerak silat yang dipelajari. Kalau berdasarkan pengalaman

saya pada salah satu persilatan itu, ujiannya terbahagi dua. Bahagian

pertama adalah ujian dari sudut mengingat buah-buah yang telah

dipelajari. Ada dua puluh satu buah. Nampaknya, kebanyakan silat

Melayu tersangat suka dengan angka dua puluh satu. Bahagian

berikutnya ialah gerak tempur. Sama seperti pertunjukan silat yang

biasa kita tengok. Gerak tempur juga dikenali sebagai gerak pentas.

Kena susun langkah dan susun gerak. Penilaian adalah berdasarkan

kreativiti menyusun gerak dan langkah itu. Oleh itu, aspek „berpakat‟

perlu dilakukan.

Page 317: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 307

Ada juga dalam kalangan silat yang saya pelajari membuat

ujian berdasarkan kebolehan melepas gerak tangkapan atau kuncian.

Penilaian pada gerak itu hanya boleh dilakukan apabila pasangan

silat itu „memberi‟ tumbukan supaya senang ditangkap. Pelepasan

pada tangkapan atau kuncian itulah yang diberi penilaian. Sekali lagi,

aspek „berpakat‟ perlu dilakukan.

Konsep Ujian Sijil Rendah Zaman Dulu-Dulu.

Nampaknya, secara umumnya, ujian dalam Silat Cekak

adalah tersangat berbeza dengan ujian-ujian yang ada dalam

kebanyakan persilatan Melayu. Ujian kita lebih tepat dan berpijak di

„bumi nyata‟. Itulah gerak sebenar ketika kita menghadapi situasi

ancaman. Melalui ujian yang ada, kita dapat membuktikan keputusan

gerak persilatan kita. „Nak bergaduh dalam pertarungan yang

sebenarnya mungkin tidak kesampaian‟. Walau bagaimanapun,

melalui ujian persilatan silat kita maka bolehlah seseorang penuntut

itu membuktikan keputusan gerak silat yang dipelajarinya dalam

persilatan Silat Cekak. Tindakan yang sedemikian adalah lebih

meyakinkan dan lebih praktikal.

Pada zaman saya dulunya, ujian-ujian yang ada adalah

meliputi ujian Sijil Rendah dan ujian Sijil Menengah. Dalam hal ini,

saya tidak pernah merujuk ujian rendah untuk menguji pelajaran

rendah dan ujian menengah untuk menguji pelajaran menengah.

Pada pandangan saya, pelajaran rendah dan pelajaran menengah

adalah bersepadu dalam konsep pelajaran Silat Cekak.

Dalam konsep ujian, kalau sudah ada rendah maka turutan

ujian berikutnya semestinya menengah. Hal yang demikian juga

menyebabkan ada persoalan. Kalau ada ujian rendah dan menengah

Page 318: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 308

maka pasti ada ujian yang bersifat tinggi. Baru lengkap penggunaan

istilah rendah, menengah dan tinggi. Saya akan membincangkan hal

yang demikian dalam tulisan-tulisan seterusnya.

Pada zaman saya dulunya, ujian Sijil Rendah terbahagi

kepada dua (2) bahagian iaitu bahagian teori dan bahagian amali.

Dalam bahagian teori ini, penuntut dikehendaki menjawab soalan

berdasarkan soalan-soalan objektif aneka pilihan dan mengisi

tempat-tempat kosong. Ujian yang seperti ini adalah merupakan satu

bentuk ujian yang luar dari kebiasaan persilatan Melayu yang ada.

Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada silat-silat Melayu lain yang

mengadakan ujian bertulis secara teori.

Walau bagaimanapun ujian bertulis turut memberi „tekanan‟

pada cawangan-cawangan biasa di setiap negeri. Hal yang demikian

kerana penuntut yang belajar adalah lebih bersifat umum. Ada dalam

kalangan mereka yang buta huruf. Orang kampung. Tentulah

keadaan itu berbeza jika dibandingkan dengan penuntut-penuntut

dari pusat-pusat latihan di pengajian tinggi atau di sekolah-sekolah.

Saya rasa, daya ingatan mereka adalah lebih kuat dan hal-hal yang

berkaitan dengan aspek tulis-menulis tidak mendatangkan masalah.

Saya pernah membentangkan kertas kerja untuk mencari

jalan keluar bagi memudahkan penuntut-penuntut yang kurang

kemampuan menulis dan membaca menghadiri jenis ujian teori

tersebut. Saya cadangkan agar konsep ujian secara teori itu

diluaskan. Di samping menjawab soalan objektif, boleh juga diadakan

ujian secara jawapan kumpulan dan soalan-soalan secara lisan.

Walau bagaimanapun cadangan saya terkubur begitu saja.

Page 319: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 309

Bahagian kedua ujian rendah adalah berfokus pada amali.

Ujian secara praktikal. Dalam bahagian ini terdapat dua jenis

kemahiran atau kebolehan yang dikehendaki pada setiap penuntut

yang mengambil ujian. Pertamanya ialah kebolehan atau kemahiran

menunggu sebarang bentuk serangan dari penguji. Melalui

pengalaman saya dulunya, penuntut Silat Cekak akan diuji kebolehan

menunggu serangan berdasarkan tiga bentuk atau tiga item

serangan.

Pertamanya, penuntut Silat Cekak yang diuji perlu ada

kemahiran mengatasi serangan tangan berdasarkan buah-buah Silat

Cekak yang tersenarai. Maknanya, mereka kena ingat akan semua

buah jatuh yang menggunakan pelbagai kaedah. Keduanya,

kebolehan mengatasi serangan yang menggunakan kaki. Ketiganya

ialah kebolehan menghadapi serangan umum yang pelbagai, sama

ada menggunakan tangan, kaki dan senjata pendek.

Bentuk serangan tangan pula adalah pelbagai. Tidak

semestinya penumbuk yang dihulur seperti tumbukan biasa. Mungkin

penuntut diuji melalui tumbukan secara layang, „musang terjun‟ atau

„julang bintang‟. Begitu juga dengan bentuk serangan kaki. Ada

pelbagai jenis serangan kaki.

Kemahiran kedua yang dinilai dalam bahagian amali ialah

kebolehan penuntut membuat serangan. Penguji akan membuat

gerak persilatan lain sama ada pada cara kedudukannya atau secara

menggunakan kaki dan tangan tanpa „berpakat‟. Perkara yang

penting ialah penuntut yang diuji perlu membuat serangan secara

tumbukan dan mematikan gerak tindak balas pasangannya yang

dianggap sebagai musuh.

Page 320: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 310

Falsafah di sebalik ujian itu ialah „menang’. Maknanya,

penuntut yang diuji mesti menang dalam kedua-dua bentuk

kemahiran dalam ujian yang dilakukan atasnya. Kalau menunggu,

mesti menang. Kalau menyerang pun, mesti menang. Kalau kedua-

dua bahagian itu „menang‟ maka luluslah penuntut itu dalam ujian

tersebut.

Bagi mencapai maksud konsep ujian itu maka penuntut yang

diuji dan penuntut yang menguji perlu membuat gerak bersungguh

dan gerak benar. Maknanya juga, buat sungguh-sungguh. Kalau

lambat, ‟makan‟. Tapi tidak sampai memudaratkan penuntut yang

diuji. Manakala penuntut yang diuji, juga perlu membuat pintasan

gerak secara bersungguh. Setiap gerak yang dimulakan mesti

sampai ke sudahnya. Tidak boleh „sekerat-kerat jalan‟.

Secara kesimpulannya, kalaulah penuntut yang diuji itu

berjaya „mengalahkan‟ si penguji maka barulah dikira penuntut yang

diuji itu sebagai berkebolehan atau berkemahiran dan dikira „berjaya‟

dalam ujian yang dilakukan itu.

Dalam hal ini persefahaman antara penuntut yang diuji

dengan penuntut yang menguji perlu ada. Kalau terlepas pukulan,

maknanya perbuatan itu bukan disengajakan; melainkan satu bentuk

keperluan. Pada penuntut yang diuji, keperluan gerak yang

sedemikian membawa makna kesungguhan dan gerak ketepatannya

mematikan gerak lawan. Manakala pada pihak penguji, keperluan

gerak yang sedemikian adalah untuk membuktikan gerak „pemati‟

yang dilakukan penuntut yang diuji itu adalah lebih tepat dan sah.

Kalau persefahaman itu telah wujud, tidak timbul persoalan

yang „bukan-bukan‟. Tindak balas penuntut yang diuji tidak dianggap

Page 321: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 311

sebagai melepas geram melainkan membuktikan kesungguhan dan

ketepatan geraknya. Manakala penuntut yang menguji bukan berniat

untuk menunjuk kehandalan, melainkan untuk mempastikan penuntut

yang diuji itu sah dan benar dalam gerak tindak balasnya.

Ketika itu, gerak yang tidak „habis‟ dalam ujian adalah

dianggap lemah. Gerak itu dikenali juga sebagai „gerak sekerat‟.

Tidak ada gerak pemati. Sebaliknya, konsep menang perlu diberi

perhatian. Gerak penyudah pada penuntut yang diuji adalah diberi

penilaian. Jurulatih yang menguji akan memberi ruang kepada

penuntut yang diujinya untuk menghabiskan gerak. Sifat yang

sedemikian akan membolehkan penuntut membuat kesimpulan akan

keputusan gerak yang ada dalam persilatan Silat Cekak.

Saya difahamkan, ketika ini wujud juga silap tanggapan pada

konsep ujian. Jika penuntut yang diuji membuat gerak kasar atau

gerak yang berterusan, penuntut itu akan dimarahi. Ekorannya,

timbullah suasana yang tidak menyenangkan ketika ujian Sijil Rendah

berlangsung. Seolah-olah penuntut yang diuji dianggap sengaja

melepaskan geram.

Hal yang demikian menyebabkan gerak pintasan yang

dilakukan penuntut yang diuji semacam tidak ada kesudahannya.

Maka hilanglah satu bentuk kefahaman dan kemahiran yang

sepatutnya ada dalam kalangan penuntut Silat Cekak yang diuji.

Kemahiran itu ialah kemahiran mematikan gerak musuh secara

„sepenuhnya‟. Ada kesudahan. Maka itulah punca kefahaman

keputusan geraknya. Jika tidak ada gerak kesudahan maka akan

tersangat sukar bagi kita untuk membuktikan konsep keputusan

gerak yang merupakan „puncak kefahaman gerak‟ yang

sememangnya ada dalam persilatan Silat Cekak.

Page 322: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 312

Hal yang demikian pernah saya bangkitkan pada perjumpaan

Jurulatih. Kurang diberi perhatian atas alasan keselamatan. Sikit

hairan. Pada zaman saya, tidak berlakupun kemalangan besar ketika

ujian. Setakat sakit atau bengkak-bengkak, itu adalah perkara biasa.

Kurang mendatangkan mudarat. Terutamanya pada para Jurulatih.

Mereka ada petua memelihara tangan. Sepatutnya, ujian itu boleh

juga dijadikan ukuran sebagai menguji kemenjadian petua yang

diperturunkan Guru Utama. Lagipun penuntut yang menguji adalah

ramai. Para Jurulatih boleh silih berganti.

Pada pandangan saya, kalau penuntut yang diuji dapat

mengalahkan penuntut yang menguji, maka itu adalah dikira satu

kepuasan dalam aspek pengajaran Silat Cekak. Tenaga pengajar

sepatutnya berasa bangga. Hal yang demikian kerana pengajaran

yang dilakukan kita adalah berkesan. Terbukti melalui ujian yang

diadakan. “Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.”

Page 323: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 313

Ujian Sijil Menengah.

Pendahulan.

Selepas ujian Sijil Rendah pastilah turutan ujian berikutnya

ialah ujian Sijil Menengah. Ujian ini istimewa sikit. Penuntut akan diuji

berdasarkan penerimaan pelajaran yang baru dipelajari. Pelajaran itu

dikenali sebagai pelajaran ikat tangan. Jadi, maknanya ujian Sijil

Menengah adalah ujian pada penguasaan pelajaran yang

menekankan prinsip kedua-dua tangan terikat di belakang. Dalam

tulisan ini saya akan membincangkan kesimpulan dan pandangan

saya tentang pelajaran ikat tangan.

Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya dulunya,

ujian Sijil Menengah tidak ada latihan khusus. Tidak ada pelajarannya

yang khusus sebagai satu proses yang bermula dari satu peringkat

ke peringkat yang lain. Sebaliknya, pelajaran ikat tangan masih

berkait erat dengan pelajaran Silat Cekak yang dipelajari selama

„enam bulan‟. Kesimpulan pada keseluruhan kefahaman gerak dalam

persilatan Silat Cekak.

Pada pandangan saya, pelajaran ikat tangan terkandung akan

falsafahnya sendiri. Pelajaran itu adalah merupakan satu ujian pada

kefahaman dan kemahiran yang sepatutnya telah terpupuk pada para

penuntut setelah melalui proses mempelajari Silat Cekak selama

„enam bulan‟.

Hal yang demikian membuktikan bahawa pelajaran ikat

tangan boleh dikaitkan sebagai pelajaran yang terkandung dalamnya

kesimpulan gerak dan kesimpulan kefahaman yang diperlukan dalam

Page 324: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 314

situasi gerak yang terbatas. Dalam konteks ini gerak kedua tangan

telah „terkunci‟. Oleh itu gerak tangan telah terhad dan amat terbatas.

Dalam situasi yang sedemikian, kaki memainkan peranan.

„Kaki perlu membantu tangan untuk mengawal badan‟. Bagi

mencapai penguasaan gerak itu maka perlu ada kefahaman yang

mantap tentang falsafah gerak yang ada dalam persilatan Silat

Cekak. Saya telah membincangkan tentang falsafah gerak dalam

persilatan Silat Cekak dalam buku yang terdahulu.

Cuba kita bincangkan kembali apakah kefahaman dan

kemahiran yang sepatutnya telah terpupuk pada para penuntut

setelah melalui proses pelajaran selama „enam bulan‟ itu.

Sepatutnya, kefahaman dan kemahiran itu telah terbentuk secara

bersepadu dalam pemikiran penuntut sebelum seseorang penuntut

Silat Cekak itu memperoleh pelajaran ikat tangan. Itulah kesimpulan

gerak yang ada dalam persilatan kita. Kesimpulan gerak adalah

merupakan hakikat gerak. Maka itulah kebenaran gerak dalam Silat

Cekak yang perlu difahami dan dikuasai penuntut.

Kalau tangan terikat kita masih boleh bertindak, apatah lagi

jika kaki terikat dan tangan pula yang bebas bergerak. Lagi tidak ada

masalah. Namun begitu, jika kedua-dua tangan dan kaki terikat,

tentulah situasinya lebih mencabar. Dalam keadaan terdesak itu,

tentu ada ilham bagi mengatasi situasi yang sedemikian. Di sinilah

perlunya kefahaman yang mantap dalam kalangan penuntut Silat

Cekak untuk menghadapi persoalan yang berkaitan dengan situasi

yang sedemikian.

Page 325: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 315

Ingat kembali kefahaman kita, “Silat adalah Gerak. Yang

bergerak adalah dua tangan dan dua kaki. Yang bagi gerak ialah

Yang Empunya Gerak.”

Saya telah menegaskan betapa istilah denyut adalah tidak

asing pada pengamal Silat Cekak untuk menggambarkan gerak.

Istilah denyut diumpamakan sebagai gerak silat yang halus. Bersifat

seni yang diasaskan pada gerak semula jadi manusia. Pergerakan

nadi, jantung dan ubun-ubun adalah juga dianggap sebagai denyut

yang membawa kesan pada gerak.

Dalam konteks persilatan, gerak-gerak lain seperti tangan,

kepala, badan atau bahu adalah berasaskan pada gerak kaki. Tanpa

bantuan gerak kaki maka gerak-gerak anggota badan yang lain tidak

membawa makna yang berkesan pada sistem pertahanan dan

serangan dalam persilatan. Kalau tangan hendak digunakan sebagai

posmen membawa senjata, bantuan kaki perlu ada. Tanpa gerak

kaki, akan mewujudkan gerak yang dibuat-buat. Macam orang yang

kenan.

Kefahaman yang kedua adalah berkaitan dengan ungkapan,

“Badan Umpama Raja”. Dalam perbincangan saya dalam tulisan

yang terdahulu, saya telah menegaskan secara kiasan, mana

mungkin raja yang bermaruah melarikan diri dengan begitu mudah

sekali. Maruah kerajaan yang terbina begitu lama boleh musnah

begitu saja jika raja berbuat demikian. Bukan saja kerajaannya hilang

maruah, malah raja itu sendiri tidak bermaruah.

Kewibawaan raja akan sentiasa dipertahankan oleh askar-

askarnya yang berlambangkan kaki dan tangan. Kalau raja melarikan

diri bermakna, akhirnya para pengawalnya pun akan „tumpang

Page 326: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 316

sekaki‟, turut melarikan diri. Tidak ada sifat melawan dan sifat

membela diri. Terpaksa ikut raja. Maka larilah konsep menjaga

„tuannya‟. Kenyataan ini erat kaitan dengan peranan para pengawal

raja yang merupakan orang kanan raja yang tersangat penting.

Ketika diserang, para pengawalnya akan bertanggungjawab

menentang musuh yang tiba. Itulah sifat pengikut setia. Mereka

saling membantu. „Kalau tangan telah terikat maka kaki pula yang

memainkan peranan untuk mempertahankan kedaulatan rajanya.

Sanggup berkorban apa saja. Nama mengundur tidak sekali.

Membujur lalu melintang patah. Lawan tetap lawan. Lawan tidak

menurut nafsu tapi melawan secara menggunakan ilmu yang

tertentu.

Pelajaran ikat tangan juga adalah mengukur kefahaman

penuntut tentang falsafah, “Makan Gerak Dalam Gerak”. Dalam

sistem pertahanan dan sistem serangan, kita telah menerapkan

penguasaan konsep makan gerak dalam gerak. Konsep itu telah

diperkenalkan dari masa ke masa dalam kalangan penuntut sejak

awal pembelajaran Silat Cekak lagi.

Dalam kemahiran menguasai gerak, para penuntut telah

dipupuk akan satu kefahaman yang jitu, “Prinsip Silat Cekak ialah

mara ke depan dalam gerak yang satu. Itulah namanya makan gerak

dalam gerak. Hal yang demikian adalah disebabkan hakikat Silat

Cekak ialah silat gerak”.

Kemaraan Silat Cekak dalam gerak yang satu adalah

merupakan kesepaduan beberapa gerak. Dalamnya, mungkin

terdapat beberapa gerak. Semuanya bergerak dalam kiraan saat dan

ketika. Bersepadu, seolah-olah dalam satu gerak sahaja

Page 327: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 317

pelakuannya. Kefahaman yang sedemikian amat besar gunanya

dalam pembelajaran Silat Cekak. Itulah asas kefahaman yang perlu

ada ketika kita mempelajari peringkat pembelajaran Silat Cekak

seterusnya. Berdasarkan pengalaman bersama Ustaz, kefahaman

itulah yang ditanam terlebih dahulu sebelum pelajaran ikat tangan

diperturunkan.

Ketika pelajaran ikat tangan diberi, penuntut Silat Cekak

mesti juga faham benar tentang konsep, “Tangan Umpama Posmen,

Senjata Umpama Surat. Sekat Posmen Maka Tersekatlah Surat”.

Berdasarkan ungkapan itu, para penuntut telah disaran

supaya, cari punca gerak dan bertindaklah pada punca gerak

tersebut. Jangan pedulikan „ranting‟ gerak. Jika punca gerak dapat

„dimatikan‟, maka gerak kita seterusnya akan tetap menjadi. Tidak

ada halangan besar lagi.

Kalaulah kefahaman ini mantap dalam kalangan penuntut,

kesediaan mereka untuk mendapatkan pelajaran ikat tangan tidak

menghadapi sebarang masalah. Mudah bagi mereka menguasai

pelajaran ikat tangan itu.

Satu lagi kefahaman yang perlu ada pada mereka ialah

“Tangan Di Tempat Tangan, Kaki Di Tempat Kaki”. Saya pernah

memetik kata-kata Ustaz secara tulisan dalam majalah Dewan

Masyarakat.

“Bila tangan digunakan tangan pula balasan, jika kaki, kakilah

balasan tanpa menggunakan tangan menepis; tidak menggunakan

tangan menepis serangan kaki”.

Page 328: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 318

Kefahaman itu bolehlah dikaitkan dengan kefahaman-

kefahaman yang ada sebelumnya. Walaupun tangan adalah

berkonsepkan posmen namun begitu, gerak kaki adalah merupakan

punca gerak. Bertindak pada punca gerak adalah merupakan prinsip

utama persilatan kita.

Jangan lupa satu lagi kefahaman ungkapan yang patut ada

pada kita. Sentiasa Berada Di belakang Lawan. Teringat

penerangan Ustaz tentang gerak yang sedemikian. “Kenapa kita

berada di bahagian belakang?”. Itulah pertanyaan Ustaz pada anak

didiknya dalam kelas silat. Ustaz sendiri menjawab, “Kerana

bahagian ini tak ada mata.”

Kami cuba memahami penerangan Ustaz itu. Percakapan

secara kiasan. Memang tepat maksud Ustaz. Berada di bahagian

belakang adalah bermaksud berada dalam satu posisi atau berada di

bahagian yang menyulitkan pandangan lawan kita. Pandangannya

akan terganggu. Hal yang demikian secara langsung akan

mengganggu gerak tindak balas yang boleh dilakukan lawan kita.

Posisi kita telah menyebabkan lawan kita tidak dapat bertindak

dengan tepat. Sebaliknya, kedudukan itu sangat menguntungkan kita.

Pandangan kita lebih luas dan tidak terganggu. Hal yang demikian

juga sangat membantu kita untuk mematikan gerak lawan.

Saya berpendapat, kesemua kefahaman dan kemahiran yang

saya bincangkan di atas, tersangat perlu dikuasai penuntut yang

telah tamat Silat Cekak. Penguasaan pada kefahaman-kefahaman

itu akan memudahkan seseorang penuntut itu untuk mengikuti

proses penerimaan pelajaran-pelajaran seterusnya termasuk

pelajaran ikat tangan di belakang. Saya yakin sifat penuntut yang

sedemikian akan membolehkannya menguasai setiap ilmu yang ada

Page 329: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 319

dalam Silat Cekak dengan berkesan. Secara langsung maka jadilah

penuntut silat itu hebat dalam gerak silatnya dan mantap dalam

kefahaman silatnya. Semua ilmu dalam Silat Cekak yang ada

padanya akan terus menerus „menjadi‟. Termasuklah pelajaran ikat

tangan.

Konsep Ujian Sijil Menengah Zaman Dulu-Dulu.

Berdasarkan tulisan yang lalu, saya telah membuat satu

kesimpulan. Jika pelajaran ikat tangan diperoleh tanpa penguasaan

jelas dan jitu pada kefahaman-kefahaman yang saya bincangkan di

atas maka kemungkinan besar, jadilah pelajaran baru itu sebagai

habuan setakat pengetahuan sahaja. Daya keyakinan pada pelajaran

itu tidak akan menebal dalam hati mereka. Maka mungkin juga akan

timbul pelbagai persoalan dalam pemikiran tentang sifat kemenjadian

dan kesahan pada pelajaran yang baru mereka terima itu. Akan tetapi

mereka tidak berani untuk meluahkan persoalan.

Dalam proses menerima pelajaran ikat tangan itu,

penguasaan pelajaran akan dibuat melalui ujian. Pada pandangan

saya, falsafah ujian ikat tangan bukan setakat tertumpu pada

pelajaran itu. Seperti yang saya tegaskan dalam tulisan terdahulu,

falsafahnya adalah luas meliputi aspek penguasaan kefahaman

gerak ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar. Dalam

pelajaran itu, tangan penuntut diikat di belakang bagi menghadapi

serangan senjata pendek. Kalau senjata pendek dapat diatasi,

apatah lagi jika serangan itu berbentuk tangan kosong.

Biasanya, senjata pendek yang digunakan ialah tongkat dan

parang. Kini, ada yang berminat menggunakan pelbagai senjata

termasuk kelewang. Walau bagaimanapun pada zaman saya tidak

Page 330: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 320

pernah dengar pulak ada serangan menggunakan senjata panjang

seperti tongkat panjang, pedang, lembing dan tombak sebagai

maksud ujian.

Saya membuat kesimpulan bahawa ujian Sijil Menengah

adalah ujian yang bercorak menguji kebolehan penuntut menguasai

kefahaman dan kemahiran gerak dalam pelajaran Silat Cekak.

Pelajaran itu adalah secara keseluruhan dari mula hingga tamat;

pelajaran Silat Cekak dari gerak latihan kaki dan tangan, membawa

kepada buah asas dan buah jatuh. Nampaknya, teknik mengatasi

serangan secara tangan terikat di belakang, masih berdasarkan

buah-buah jatuh yang dijadikan gerak utama dalam konsep

menunggu serangan lawan.

Saya teringat akan peristiwa Ustaz menurunkan pelajaran ikat

tangan dalam kalangan Jurulatih yang mengikuti kelas kemahiran

yang dianjurkan Ustaz. Saya rasa, pelajaran ikat tangan itu adalah

diberi pada kumpulan kedua yang kesemuanya adalah bertaraf

Jurulatih. Kumpulan yang pertama telah pun memperoleh pelajaran

dan diberi sijil dalam perayaan Sepuluh Tahun Silat Cekak. Saya

bernasib baik kerana turut sama dalam latihan kemahiran pada

malam tersebut.

Oleh itu, dalam kalangan kami ada kumpulan pertama yang

telah memperoleh pelajaran tersebut dan telah diiktiraf melalui Sijil

Menengah. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi dalam kalangan

kami yang masih belum memperoleh pelajaran tersebut. Termasuk

saya. Secara langsung saya telah berpeluang memperoleh ilmu ikat

tangan kerana mengikuti kelas kemahiran tersebut.

Page 331: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 321

Setelah Ustaz „menurunkan‟ pelajaran ikat tangan maka Ustaz

sendiri mengendalikan ujian. Walau bagaimanapun, ujian yang Ustaz

lakukan itu bukanlah bermaksud untuk mendapatkan Sijil Menengah,

melainkan untuk menguji penguasaan pelajaran yang baru kami

terima. Dalam ujian penguasaan pelajaran itu, para pengujinya

adalah sesama rakan Jurulatih yang ada pada malam itu. Kami

menggunakan tongkat pendek dan senjata pendek bagi maksud

ujian tersebut.

Dalam proses ujian itulah ada antara rakan saya yang „kurang

elok pergerakannya‟. Jurulatih lama pulak tu. Tapi rasanya sudah

dapat pelajaran ikat tangan dalam kumpulan pertama. Sepatutnya

gerak pukulannya semestinya hebat dan mantap. Sentiasa „menjadi‟.

Akan tetapi lain jadinya. Penguasaan pada pelajaran yang telah

diperolehnya itu masih lemah. Ustaz meninggikan suara dan

„mengungkit‟ kebolehan Jurulatih tersebut. Antara lain gambaran

kata-kata Ustaz yang saya ingat, ”Tu la. Suruh latih betul-betul buah

jatuh…., tak buat sungguh-sungguh….”

Ustaz menegaskan akan buah-buah jatuh tertentu yang patut

dikuasai dengan tepat dan sempurna. Hal yang demikian kerana

buah jatuh itu juga yang menjadi punca gerak untuk mengatasi

serangan ketika tangan terikat di belakang. Tidak perlu saya

nyatakan maksud buah yang berkenaan dalam tulisan ini.

Kesimpulan daripada kata-kata Ustaz itu ialah „jadikan latihan gerak

dalam persilatan Silat Cekak sebagai amalan seharian‟. Jangan

ditinggalkan latihan walaupun sehari.

Maknanya, kalau pelajaran ikat tangan itu telah diperoleh tapi

jika tidak dilatih maka kemenjadiannya belum tentu. Kesimpulan saya

sekarang adalah mudah. Untuk berlatih, maka berlatihlah buah-buah

Page 332: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 322

jatuhan yang tertentu. Jangan lupa latihan sepak kaki. Buat betul-

betul. Sekurang-kurangnya berpuluh-puluh kali pada setiap hari.

Jadikan amalan umpama amalan makan nasi. Kecuali yang makan

burger. Makanan segera. Tidak banyak lauknya.

Dalam hal ini, tanggungjawab sebagai seorang Jurulatih akan

banyak membantu. Oleh itu, teruskan pengorbanan dan memikul

tanggungjawab sebagai Jurulatih. Banyak gunanya untuk

membolehkan kita menguasai gerak yang mantap dalam persilatan

Silat Cekak dari semasa ke semasa.

Cakap-cakap Ustaz itu juga telah menguatkan kefahaman

saya bahawa penguasaan pelajaran dan kefahaman selama „enam

bulan‟ adalah tersangat penting. Kebolehan menguasai gerak dan

kefahaman yang ada, akan banyak gunanya dalam proses untuk

mendapatkan gerak-gerak berikutnya secara mantap. Hal yang

demikian termasuklah gerak mengatasi serangan kaki, senjata dan

ilmu-ilmu petua lainnya.

Pada saya juga dapat disimpulkan bahawa ijazah ketiga

adalah tersangat penting. Ijazah ketiga itu boleh saya anggap

sebagai „lesen‟ utama bagi membolehkan seseorang penuntut yang

telah tamat untuk menambahkan pelajaran dalam persilatan Silat

Cekak.

Setelah diijazahkan dalam ijazah ketiga maka penuntut Silat

Cekak itu dikira „matang‟ dari segi gerak dan kefahamannya. Barulah

mereka dianggap sebagai ahli persilatan Silat Cekak. Bukan setakat

ahli persatuan sahaja. Tidak habis belajarpun masih boleh dianggap

sebagai ahli persatuan. Namun begitu ahli persilatan adalah merujuk

pada mereka yang telah tamat akan pelajaran silatnya. Ahli-ahli ini

Page 333: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 323

telah bersedia untuk menguasai atau mempelajari segala gerak-

gerak yang berikutnya dalam persilatan Silat Cekak.

Kalau dikiaskan untuk maksud kefahaman, kalau umur telah

mencapai peringkat dua puluh satu tahun maka bolehlah dikira

sebagai peringkat kematangan. Banyak perkara boleh buat, termasuk

mengundi. Kiasnya, kalau telah menerima ijazah ketiga maka

terbukalah peluang seluas-luasnya pada seseorang penuntut Silat

Cekak itu untuk menyingkap segala ilmu rahsia yang ada dalam

persilatan Silat Cekak. Namun begitu, masih terikat pada syarat lain.

Ekoran dari kelas kemahiran Ustaz pada malam itulah maka

kesemua Jurulatih ketika itu telah memperoleh pelajaran ikat tangan

di belakang. Penerimaan pelajaran tersebut telah dijadikan asas atau

„lesen‟ untuk maksud ujian Sijil Menengah pada hari yang lain. Hari

ujian akan ditetapkan oleh pihak kepimpinan persilatan. Maknanya,

ujian untuk mendapatkan sijil akan dibuat pada satu masa yang lain,

walaupun ujian atas penguasaan pelajaran telahpun dibuat pada

malam tersebut di bawah pengawasan Guru Utama. Hal yang

demikian mungkin kerana perayaan sambutan Silat Cekak

berikutnya adalah lama lagi. Masih tidak ada pun perancangan

tentang sijil. Dan mungkin juga sifat kita, „lagi lama lagi baik untuk

maksud menyusahkan‟.

Saya pernah menulis atas tajuk „Kenangan Saya‟ dalam blog

yang terdahulu tentang waktu ujian Sijil Menengah tersebut. Tulisan

saya itu sudah lama. Dalam blog Sepak Minang. Saya singkap

semula kenangan lama tersebut.

Pada malam yang dijanji untuk ujian itu, saya datang ke ibu

pejabat Jalan Putera. Tunggu punya tunggu tidak ada pun ujian pada

Page 334: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 324

malam itu. Maka bertanyalah saya pada mereka yang

bertanggungjawab mengendalikan ujian. Teringat lagi gambaran

kata-kata mereka yang antara lain berbunyi, “Tak payahlah uji-uji…”

Malas nak kata apa. Lagi pun pada saya, yang penting

pelajaran ikat tangan itu telah diperoleh dari Guru Utama. Cuma,

pengesahan untuk membuktikan penerimaan pelajaran ikat tangan

melalui sijil, nampaknya tidak ada. Saya difahamkan melalui rakan

Jurulatih yang tersangat rapat dengan saya, „Cuak juga untuk

menguji penguasaan gerak kaki yang ada pada saya‟. Pengalaman

mencederakan kepala lutut rakan Jurulatih ketika persembahan

spontan menerima kunjungan pegawai kedutaan dari Perancis, tetap

ada. Saya pernah menulis akan peristiwa tersebut dalam tulisan yang

lalu.

Saya tidak mahu mendesak. Hal yang demikian

menyebabkan saya tidak pernah memiliki Sijil Menengah. Namun

begitu, pelajaran ikat tangan ada tapi sijilnya tidak ada. Nampaknya,

situasi itu telah dipergunakan oleh orang-orang kanan yang tertentu

pada masa-masa seterusnya. Ketiadaan Sijil Menengah dianggap

sebagai tidak memperoleh pelajaran ikat tangan. Tujuan mereka

ialah untuk menidakkan kebolehan saya pada ahli-ahli baru. Orang-

orang kanan itu adalah juga Jurulatih yang tidak pernah merasai

atau berpengalaman mengikuti kelas-kelas kemahiran yang

dianjurkan Ustaz. Lapis baru. Lagak lama.

Dalam tulisan Kenangan Saya itu, saya telah tulis betapa

„nasib‟ saya tanpa sijil itu telah diberitahu pada Guru Utama yang

sedia ada. Pak Ak. Ketika itu saya menumpang kereta PA dalam

perjalanan balik dari Kuala Kangsar, ke rumah saya. Hanya kami

berdua sahaja, setelah ijazah penamat di sekolah MCKK. Guru

Page 335: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 325

Utama telah bersimpati dan berjanji akan menganugerahi sijil tertinggi

dalam persilatan Silat Cekak pada saya. Akan dibuat satu majlis

khas.

Malangnya, kita telah berpecah. Saya telah menolak

kepimpinannya sebagai Guru Utama. Maka lenyaplah janji tersebut.

Saya tidak rasa apa-apa. Tidak pernah mengharap pun. Tidak ada

pun sebarang bukti akan janji tersebut. Cuma sesaja tulis untuk

kenangan saya. Kenangan peribadi saya. Tidak memaksa orang lain

untuk percaya.

Pada kesimpulan saya, pelajaran ikat tangan adalah tersangat

istimewa. Berulang kali saya kata begitu untuk menunjukkan hakikat

pelajaran tersebut. Keistimewaan pelajaran itu adalah merujuk pada

kesepaduan semua falsafah dan konsep persilatan yang ada

padanya. Penerima pelajaran ikat tangan melambangkan tahap tinggi

penguasaan mereka pada kesimpulan gerak dan kefahaman mereka

yang jelas pada aras tinggi tentang gerak persilatan Silat Cekak.

Berdasarkan kesimpulan itulah, saya menganggap bahawa

pelajaran ikat tangan boleh „berdiri sendiri‟. Malah, boleh juga

dianggap pelajaran ikat tangan sebagai bertaraf petua. Konsep petua

adalah merujuk pada „panduan yang amat berguna dari seseorang

yang tersangat mahir dan berpengalaman tentang cara-cara

melaksanakan atau mencapai sesuatu tujuan dengan berkesan‟.

Saya membuat kesimpulan itu bersandarkan pada bentuk

pelajaran ikat tangan itu sendiri. Pelajarannya adalah „sekelumit‟.

Hanyalah ‘sekepit’. Bukan secekak atau secupak. Apatah lagi

segantang. Boleh diajar dalam masa yang singkat. Tidak memakan

masa yang berjam-jam. Cuma, penuntut hanya perlu tahu cara atau

Page 336: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 326

petua pelakuan geraknya. Kalau sudah tahu, boleh buat pembuktian

secara langsung. Tidak payah tunggu-tunggu. Kemenjadiannya ada

kaitan dengan kefahaman dan penguasaan gerak yang telah diajar

sekian lama dan seadanya.

Walau bagaimanapun pada pandangan saya, ilmu bertaraf

petua tidak akan memberi makna pada mereka yang tidak

menjiwainya. Untuk menjiwai sesuatu itu maka kita perlu benar-benar

faham dan berminat akan falsafah yang ada dalam petua tersebut.

“Tak kenal maka tak cinta”.

Saya telah menyentuh falsafah di sebalik pelajaran ikat

tangan dalam tulisan terdahulu. Seperti yang saya tegaskan,

kefahaman penuntut mesti mantap dan tetap. Tidak berubah atau

tidak terbit walau sedikit pun sebarang sifat ragu-ragu atau

kesangsian. Jika wujud sifat yang sedemikian maka sukarlah

penuntut itu menghargai ilmu ikat tangan yang diperturunkan Guru

Utama.

Kegagalan memahami dan menguasai kefahaman dalam

persilatan Silat Cekak akan menjadikan sifat memperoleh ilmu ikat

tangan hanya setakat pengetahuan sahaja. Sifatnya ialah „tahu’.

Namun begitu untuk menjelmakan „tahu‟ itu dalam tindakan, mungkin

akan timbul perasaan keraguan dan persoalan. Hal yang demikian

amat merugikan penuntut itu sendiri. Itu sebabnya pelajaran ikat

tangan bukan mudah diberi pada mana-mana penuntut jika belum

„sampai masanya‟. Mesti tunjukkan sifat bersungguh-sungguh. Sifat

bersungguh hanya lahir pada mereka yang benar-benat berminat

dalam pelajaran Silat Cekak.

Page 337: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 327

Saya masih ingat lagi tentang cara Ustaz melihat atau

mengukur akan sifat kesungguhan anak muridnya. ‘Mandi Empat

Puluh Hari’ telah dijadikan salah satu ukuran. Sebelum satu-satu

petua diperturunkan atau satu-satu ilmu pelajaran ditambah pada

anak muridnya, soalan yang sering ditanya Ustaz ialah, “Sudah habis

mandi atau belum”. Misalnya, untuk mendapatkan petua riadah

empat anasir, bumi selamat dan sebagainya, soalan itu akan ditanya

terlebih dahulu. Jika ada yang menjawab „belum‟, maka setakat itulah

perbincangan Ustaz.

Pada pandangan saya, soalan Ustaz itu adalah untuk

mengukur sejauh mana kesungguhan dan ‟keberahian‟ penuntut itu

untuk memperoleh petua atau ilmu pelajaran yang ada dalam

persilatan Silat Cekak seterusnya. Bukan senang untuk melakukan

perbuatan mandi silat tanpa berhenti selama empat puluh hari secara

berterusan. Tidak boleh tidak, mesti dilakukan tanpa gagal. Di situlah

lahirnya sifat kesungguhan dan penjiwaan dalam konteks menguasai

pelajaran Silat Cekak. Oleh itu, mereka yang telah tamat mandi silat

akan berpeluang memperoleh ilmu-ilmu yang seterusnya. Manakala

yang belum habis, maka berkatalah Ustaz, “Bagi habis mandi dulu.”

Saya tidak pasti sama ada perbuatan mandi silat tersebut

masih lagi dipandang berat. Maknanya, masih lagi dijadikan salah

satu „syarat yang tersembunyi‟ pada penuntut Silat Cekak untuk

menerima ilmu-ilmu seterusnya dalam pelajaran Silat Cekak. Kalau

mandipun malas hendak buat, nampak sangat akan sifat kekurangan

kesungguhan. Sifat itu akan menjadi penyakit berjangkit pada amalan

ilmu-ilmu lain yang diperoleh mereka. „Dapat ilmu tapi malas berlatih‟.

Tidak bersungguh.

Page 338: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 328

Nampaknya, soalan Ustaz yang mudah itu telah juga dijadikan

„syarat yang tersembunyi‟ untuk mendapatkan ilmu tambahan

seterusnya. Tidak ada siapapun yang berani „menipu‟ Ustaz. Kalau

sudah habis mandi pasti akan dikatakan habis. Begitulah sebaliknya.

Saya rasa Ustaz mempunyai kelebihan untuk menjadikan anak murid

yang berada di depannya, bercakap benar berdasarkan kata hati

ketika berhadapan dengan Ustaz..

Tidak hairanlah jika sebelum acara ayam penunjuk, macam-

macam rancangan yang dibuat penuntut untuk memilih bahagian

ayam. Akan tetapi, ketika berada di depan Ustaz, lain pulak yang

diucapnya. Ucapan dari kata hati. Hal yang demikian selalu dijadikan

bahan jenaka dalam kalangan rakan-rakan saya yang sama-sama

mengalami ijazah penamat dulunya.

Saya yakin bahawa kemenjadian ilmu ikat tangan adalah hasil

dari kefahaman tentang gerak Silat Cekak seadanya dan

kesungguhan serta keinginan para penuntut untuk mendalami

pelajaran Silat Cekak. Orang yang bersifat bersungguh hati adalah

juga merupakan orang yang menjiwai akan kesungguhannya itu.

Kalau bersungguh-sungguh untuk menguasai keseluruhan pelajaran

Silat Cekak maka bersungguh-sungguhlah penuntut itu menjiwai

segala kefahaman yang ada dalam persilatan Silat Cekak.

Dalam kiasan yang mudah, kalau kita memberi petua

membuat kek yang tersangat sedap pada mereka yang tidak suka

makan kek atau tidak pernah buah kek, ilmu petua itu tidak memberi

makna padanya. Setakat pengetahuannya saja. Tiada minat untuk

dipraktikkan. Melainkan dia pula yang akan menceritakan ilmu petua

itu pada orang lain. Hal yang demikian kerana dia sendiri tidak dapat

menghargai betapa „mahalnya‟ ilmu petua membuat kek tersebut.

Page 339: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 329

Seperti kata pepatah kita, “Bagai kera mendapat bunga” atau

“Bagai kudung mendapat cincin”.

Orang-orang yang bersifat demikian tidak tahu dan tidak

dapat menilai sesuatu yang tersangat berharga. Dalam konteks

persilatan Silat Cekak, jika seseorang penuntut itu tidak dapat

menjiwai gerak dan kefahaman yang ada dalam persilatan Silat

Cekak maka ilmu ikat tangan yang diperoleh itu tidak akan memberi

makna yang besar pada dirinya.

Hal yang demikian tentunya berbeza dengan pelajaran buah-

buah pelajaran Silat Cekak yang ada. Ada prosesnya dari satu

peringkat ke satu peringkat yang lain. Bermula dari asas hingga jatuh.

„Pun begitu, penguasaan pada pelajaran tersebut banyak bergantung

pada minat dan kesungguhan yang ada‟. Walau bagaimanapun,

minat dan kesungguhan itu boleh dibina dari masa ke masa. Ada

ruang masa.

Saya telah tegaskan bahawa pelajaran ikat tangan boleh

„berdiri sendiri‟. Mempunyai teknik yang tersendiri yang saya tafsirkan

sebagai bertaraf petua. Dari segi pelajarannya, ketika tangan terikat

di belakang, „kena tangkap dek orang jahat agaknya‟, ada petua

untuk menggunakan senjata yang seadanya di tubuh badan. Kalau

tangan terikat, kita masih ada lagi senjata berupa kaki, bahu dan

mungkin juga kepala. Di sinilah peranan petua amat berharga

sebagai pelajaran dan pengetahuan pada orang berkenaan yang

berada dalam situasi tersebut.

Begitulah juga kiasannya dengan tumbukan kita. Ada banyak

cara tumbukan. Keberkesanannya belum tentu. Dalam persilatan

Silat Cekak, ada petua untuk memberi kesan pada tumbukannya.

Page 340: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 330

Dengan menggunakan petua tersebut maka tumbukan yang

dilepaskan adalah umpama „peluru berpandu‟. Sukar dikesan radar

yang ada. Maknanya, petua juga adalah berbentuk ilmu; intipati

sesuatu pelajaran yang telah dipadatkan.

Kemenjadian satu-satu petua hanya boleh diukur secara

amali. Maknanya, kemenjadian petua itu perlu diuji. Kalau lulus ujian

maka petua itu dikira menjadi. Kalau hendak tahu petua tumbukan itu

menjadi atau tidak maka kenalah membuat serangan tumbukan pada

mereka yang suka mengelak atau mengelak sambil menepis. Tapi,

ada juga antara mereka yang memperoleh petua tapi tidak menjadi.

Oleh itu, petua tersebut tidak membawa makna pada pemakainya.

Kena berusaha sehingga ke peringkat kemenjadiannya. Maka

barulah berguna petua tersebut.

Kalau setakat berbangga sebagai ilmu pengetahuan yang

ada, mungkin kurang membawa maknanya selagi tidak diuji. Semua

orang mendakwa akan ada ilmu tersebut. Kemenjadiannya dan

kesebatian pada diri, belum tentu. Adakah ilmu itu telah bersebati

atau tidak. Oleh itu, janganlah berbangga hingga terlupa kebolehan

diri. “Ukur baju di badan sendiri” sebelum ingin berbangga pada

setiap ilmu yang ada.

Dalam persilatan Silat Cekak, penguasaan petua ikat tangan

itu telah diiktiraf melalui pemberian sijil yang dikenali sebagai Sijil

Menengah. Walau bagaimanapun, kita perlu menerima kenyataan.

Perolehan sijil tidak menjamin akan penguasaan petua tersebut.

Kalau diibaratkan petua membuat kuih, kalau terpendam sahaja

tanpa diuji sentiasa, tidak membawa makna. Bukan senang dengan

sekali mencuba. Kena cuba selalu, baru ada umpnya.

Page 341: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 331

Oleh itu, beringatlah pada mereka yang telah memperoleh

petua ilmu ikat tangan. Sentiasalah berlatih geraknya dan fahamilah

kefahaman gerak yang ada dalam persilatan kita. Kemenjadiannya

belum tentu jika setakat bercerita akan ilmu yang ada tanpa teruji

atau membuat latihan berterusan sepanjang masa.

Kenangan Saya Pada Pelajaran Ikat Tangan.

Secara kesimpulan dapat dikatakan bahawa kemenjadian

ilmu pelajaran ikat tangan adalah bergantung pada tiga (3) perkara

utama. Pertamanya ialah kefahaman tentang pelbagai falsafah

dan konsep yang sedia ada dalam persilatan kita. Kesemua

kefahaman itu adalah bersepadu di sebalik pelajaran ikat tangan.

Walau bagaimanapun, penguasaan pada kefahaman-kefahaman itu

akan tercapai jika kita menjiwainya dengan sepenuh hati. Tidak

timbul perasaan syak atau ragu-ragu dalam pemikiran kita.

Ekorannya, sifat yang sedemikian akan membolehkan kita

menguasai gerak ikat tangan dengan penuh yakin dan berkesan.

Keduanya ialah perlu ada sifat kesungguhan. Tahap

kesungguhan adalah hingga ke peringkat „berahi‟. “Teringin yang

amat sangat pada pelajaran tersebut”. Jika telah sampai ke tahap itu

maka barulah ilmu yang diberi itu membawa erti dan mempunyai nilai

pada diri. Kita akan tersangat menghargainya dan meletakkan tahap

pengetahuan mengenai pelajaran itu pada kedudukan yang tinggi.

Hal yang demikian akan menyebabkan kita „menyayanginya‟. Kalau

sudah sayang, kita akan menjaganya dengan sepenuh hati.

Kerahsiaannya akan terjamin sepenuhnya. Tidak mudah kita

membuka cerita atau „menayang‟ ilmu yang diperoleh itu. Benda

rahsia adalah sikit dan kita akan terus-menerus memeliharanya.

Pelajarannya akan „dibelai‟ setiap hari secara latihan gerak yang

Page 342: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 332

berkaitan. Ekorannya, pelajaran itu menjadi mantap dan akan

memberi keyakinan pada diri kita sepanjang saat dan ketika.

Ketiganya ialah penguasaan pelajaran yang sedia ada

sejak mula menceburi Silat Cekak. Hakikatnya, teknik pelajaran ikat

tangan tidak „lari‟ dari pelajaran Silat Cekak yang sedia ada, bermula

dengan latihan sepak kaki hinggalah latihan buah-buah yang ada.

Buat latihan secara bersungguh-sungguh. Namun begitu jangan lalai.

Latihan mesti dilakukan dengan sempurna, mengikut seni geraknya

yang tersendiri. Misalnya, latihan sepak kaki. Jangan lakukannya

secara sepak tarian zapin. Sepak tarik secara layang dan tangan

cekak di pinggang. Terburu-buru. Apa pun tak dapat. Dapat peluh.

Syok sendiri.

Sepakan yang sepatutnya ialah „sebijik-sebijik‟. Kemas,

mantap dan bersungguh-sungguh. Kaki yang ditarik adalah kerana

ingin membuat turutan sepak berikutnya. Namun begitu, setiap kali

sepakan, akan terasa kekuatan kaki membelah angin. Saya tersangat

kagum dengan sepakan Ustaz. Secara fizikalnya kaki Ustaz nampak

„kecil‟. Akan tetapi, ketika membuat sepakan kaki, seolah-olah

kedengaran ayunan yang membelah angin. Mantap dan berkesan.

Itulah gerak yang tersangat ingin saya kuasai ketika itu.

Kalau semua syarat tersebut dipenuhi, saya yakin

kemenjadian pelajaran ikat tangan adalah pasti. “Dua campur dua,

pasti empat.” Tidak akan ada sebarang keraguan atasnya. Barulah

timbul sifat, “Diam-diam ubi berisi”. Tidak banyak cakap. Sebaliknya,

penguasaan ilmu itu semakin mantap dari semasa ke semasa. Sifat

penuntut yang sebegini menunjukkan pelajarannya sudah difahami

dan diiringi pula dengan latihan bersungguh hati. Sebaliknya, jika ilmu

yang diperoleh itu tidak „disepuh‟ bagi memantapkan penguasaannya

Page 343: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 333

secara berterusan maka jadilah ilmu itu „basi‟ dan berkulat akhirnya.

Itulah pandangan dan keyakinan saya pada sifat pengamalnya.

Pelajaran ikat tangan telah menyingkap kenangan lama yang

berlaku pada diri saya. Pernah saya tulis kenangan itu dalam tulisan

yang terdahulu. Saya tulis semula. Tidak bermaksud apa-apa. Sesaja

mengenang kisah lama. Kenangan peribadi. Kisah sejarah untuk diri

sendiri. Bukan rekaan, bukan bermegah tapi untuk dikongsi bersama.

Melihat sifat dan gelagat rakan-rakan seahli dalam satu-satu

organisasi.

Sekarang ini, bila terkenang peristiwa itu terasa malupun ada.

Kalau dulu-dulu, tindakan kita lebih banyak ikut hawa nafsu.

Perasaan itu adalah kepuasan. Tapi kini kematangan berfikir telah

menguasai usia. Setelah dewasa, nampak akan perwatakan

terdahulu yang kurang „cerdik‟. Oleh itu, mungkin tulisan kenangan

saya ini boleh dijadikan batu sempadan dalam tindak tanduk kita

berpersatuan.

Ketika saya baru menuntut pelajaran Silat Cekak, pernah

terdengar cerita tentang adanya pelajaran ikat tangan dalam

persilatan Silat Cekak. Istilah pelajaran menengah masih tidak

popular. Hal yang demikian kerana konsep ujian pun belum ada.

Masih lagi dalam perancangan agaknya kerana perayaan „Sambutan

Sepuluh Tahun Silat Cekak‟ agak lama jarak masanya. Pada

mulanya cerita-cerita tentang pelajaran lanjutan dalam persilatan Silat

Cekak tidak menarik perhatian saya. Tidak begitu kisah. Dengar

sahaja cerita-cerita mengenai pelajaran ikat tangan dari para

Jurulatih yang membantu Ustaz mengendalikan kelas kami.

Page 344: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 334

Rakan-rakan sepersilatan juga hanya mendengar tentang

cerita mengenai adanya pelajaran ikat tangan. Kami kurang faham

dan kurang berminat. Tambahan pula pelajaran Silat Cekak yang

baru kami ikuti belum boleh menggambarkan hala tuju pelajaran Silat

Cekak secara keseluruhan. Belum nampak akan kesudahannya.

Masih di awal pembelajaran. Oleh itu, kami hanya memberi perhatian

pada pelajaran yang sedia ada sahaja. Manakala penceritaan tentang

lain-lain bentuk pelajaran hanya berguna sebagai halwa telinga

sahaja.

Setelah saya memahami tentang gerak persilatan Silat Cekak

maka bermulalah minat saya dengan pelajaran-pelajaran lain yang

ada. Saya sering bertemu Ustaz dan bersembang dengan Ustaz.

Kalau ada satu-satu persoalan, jika tidak bertemu maka saya akan

menelefon Ustaz. Ketika itulah pelajaran ikat tangan telah

diperkatakan semula. Menjadi „hangat‟ dalam pemikiran saya.

Sejak itu minat saya semakin terarah untuk mendalami semua

ilmu pelajaran yang ada dalam persilatan kita. Secara langsung,

timbul minat yang amat sangat akan pelajaran ikat tangan. Minat

saya itu telah dilahirkan pada Ustaz. Entah macam mana, berjanjilah

Ustaz pada saya. Setelah tamat pelajaran Silat Cekak maka saya

akan dipelawa untuk memperoleh pelajaran ikat tangan tersebut.

Pelawaan atau janji Ustaz itu saya catat dalam dairi saya. Malangnya

sudah tak ada lagi dairi lama. Hilang entah ke mana.

Sejak itu juga minat saya pada Silat Cekak semakin

mendalam. Boleh dikatakan setiap hari saya akan ke pejabat Silat

Cekak di Lorong Haji Sirat. Banyak membantu kerja-kerja persatuan

dan kerja-kerja persilatan. Pada satu ketika, terdengar berita bahawa

Ustaz akan menurunkan pelajaran ikat tangan. Seterusnya, penerima

Page 345: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 335

pelajaran itu akan diuji dan diiktiraf melalui pemberian sijil khas yang

dinamakan sebagai Sijil Menengah. Tunggu punya tunggu, tidak

dengar berita lanjutannya. Jemputan dan pelawaan jauh sekali.

Tersangat terkilan di hati.

Tiba-tiba terdengar sebutan akan senarai nama untuk

mengikuti pelajaran ikat tangan. Nama saya tidak ada. Walau

bagaimanapun pada hari pelajaran itu, saya hadir juga. Saya masih

ingat lagi akan sejarah di hari tersebut. Saya datang juga ke pejabat

silat dalam keadaan „tak tentu hala‟. Kecewa pun ada, sifat ingin tahu

pun ada dan macam-macam lagi. Kurang stabil. Ketika itu kegiatan

Silat Cekak masih lagi di pejabat lama, Jalan Haji Sirat. Di situlah

tempat pemberian pelajaran dan di situ juga tempat pelajaran itu diuji.

Sesaja datang bagi melepaskan perasaan yang terbuku di hati.

Kebetulan baru selesai pemberian pelajaran berserta ujian. Lama

juga upacaranya.

Saya rasa, rakan-rakan Jurulatih tersangat faham akan

perasaan saya ketika itu. Barulah saya tahu betapa bilangan yang

Ustaz benarkan mengikuti pelajaran ikat tangan hanyalah dua puluh

satu orang sahaja. Saya tidak pasti adakah angka dua puluh satu itu

seratus peratus kehendak Ustaz atau atas nasihat orang-orang

kanannya. Pada pendapat saya, ketentuan bilangan bukanlah satu

dasar yang amat penting. Angka tidak menentukan masa depan

persatuan dan persilatan. Mungkin juga pada pendapat saya, Ustaz

kurang memberi perhatian akan senarai penerima yang terlibat

dengan pemberian ilmu ikat tangan tersebut. Kata hati, kata

perasaan.

Dikatakan bahawa kalau senarainya dua puluh dua orang

maka pasti nama saya akan tertera. Nampaknya angka dua puluh

Page 346: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 336

satu adalah angka yang membawa malang pada saya dalam konteks

mendapatkan pelajaran ikat tangan. Walau bagaimanapun, hati saya

tetap berasa kecewa. Maka berazamlah saya. „Tak perlu aktif lagi‟

sebagai kesimpulannya. Sejak hari itu tidaklah lagi saya berkunjung

ke pejabat silat di Lorong Haji Sirat. Bawa diri. Dapat tidur cepat.

Saya rasa, Ustaz sedar akan perubahan yang berlaku pada

diri saya. Ketika itu saya tinggal menyewa di Kampung Baru di jalan

utama. Tidak salah saya, Jalan Raja Abdullah. Sedang membuat

diploma pendidikan. Boleh dikatakan setiap malam Ustaz akan

berada di depan rumah sewaan saya, mengajak keluar. Kereta

Vokswagen merah. Kereta pertama Ustaz.

Hinggalah pada suatu ketika di waktu petang, Ustaz telah

mengajak saya keluar. Ketika itu bulan puasa. Ustaz memandu ke

Kampung Baru. Pasar Ramadan. Ustaz menyuruh saya pilih lauk apa

saja untuk berbuka bersamanya. Saya tidak ingat lagi lauk apa yang

saya pilih. Yang pastinya ada lauk hati. Lauk-lauk lain, sudah lupa.

Setelah berbeli juadah berbuka, Ustaz memandu ke pejabat

silat. Ketika itu Ustaz tinggal seorang di sana. Keluarga Ustaz masih

berada di Kedah. Ustaz tidak menumpang di rumah anak sulungnya

yang tinggal di hujung Jalan Gurney.

Ketika tiba di pejabat silat, di situlah pertama kali saya tersua

muka dengan seorang anak murid Ustaz yang difahamkan tersangat

liat untuk berpuasa. Beliau disuruh bapanya tinggal bersama Ustaz.

„Membaiki akhlak‟ rupanya. Terkenal cerita „nakalnya‟. Sukar dikawal

keluarga. Saya difahamkan juga, oleh sebab liat hendak berpuasa

maka Ustaz sendiri yang menyediakan makanan untuknya. Itulah

Page 347: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 337

cara psikologi yang dilakukan Ustaz untuk membaiki perangainya.

Orang-orang lama tentu tahu makna cerita saya ini.

Sekarang ini hebat jadinya; sebagai Guru Utama pada salah

satu persatuan Silat Cekak yang ada. Bergerak senyap ketika

persilatan Silat Cekak diancam gelora. Ambil kesempatan. Buat

persatuan baru dan pakai ejaan lama pada nama persatuan tersebut.

Siapa sangka. Buah cempedak boleh menjadi buah nangka.

Semacam mustahil kalau difikirkan secara akal yang ada.

Pengalaman berbuka puasa bersama Ustaz telah mengubah

pendirian dan pesepsi saya dalam perjuangan Silat Cekak. Pada

orang lain, penceritaan ini mungkin kurang membawa makna. Walau

bagaimanapun pada diri saya, pengalaman itu benar-benar telah

mengubah pegangan dan pendirian saya dalam konteks hubungan

sesama ahli dalam persilatan yang sama.

Kami berbuka puasa secara empat biji mata. Tidak melibatkan

murid yang „liat‟ tersebut. Lagi pun nak buka apa. Memanjang sahaja

terbukanya. Setelah berbuka puasa, sembahyang dan segala-

galanya maka berpesanlah Ustaz pada saya.

Masih ingat lagi gambaran kata-kata pesanan Ustaz. “Dalam

dunia ini ada tiga golongan manusia yang tidak ada perasaan iri

hati. Guru, ibu dan bapa. Sebaik-baik kawan tetap terlintas

perasaan cemburu dan iri hati. Tak banyak, sikit……”

Panjang juga perbualan Ustaz bagi membuktikan perangai

manusia yang pelbagai sifat dan pelbagai sikap walaupun seguru

silat. Saya khusuk mendengarnya.

Page 348: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 338

Sebak di hati saya. Rasa menyesal juga atas perbuatan yang

saya lakukan terdahulu. Namun begitu kesan daripada penerangan

Ustaz itu, maka lagi fahamlah saya ketika itu tentang tindak-tanduk

manusia dalam apa bidang atau dalam apa lapangan kehidupan

sekalipun. Lebih-lebih lagi dalam konteks hubungan sesama ahli

walaupun dalam satu perguruan yang sama. Satu guru dan satu

persatuan. Perasaan iri hati tetap ada. Kalau tidak banyak, sikit tetap

ada. Tidak kiralah sama ada sifat itu kekal atau berupa lintasan di

hati. Cuma, tahapnya mungkin berbeza.

Kalau setakat iri hati, perasaan itu hanya berkisar di hati dan

mungkin tahapnya tidak „membahayakan‟. Kita boleh ambil hati pada

mereka yang makan hati. Hanya perlu mengalah dalam beberapa

perkara. Sifat mengalah bukan bererti kalah. Sebaliknya kita

mengorak langkah bagi membaiki hubungan. Sesama ahli silat perlu

berpadu. Ikrar telah dibaca. Satu bentuk sumpahan. Tidak salah jika

kita mencari satu titik persamaan pendapat. Oleh itu, sifat bertolak

ansur boleh diguna pakai dalam hal-hal yang kurang membawa

kemudaratan diri.

Walau bagaimanapun, jika perasaan iri hati itu diluah atau

dicanang ke sana dan ke mari maka sifat itu telah menjadi taraf

dengki. Sedikit susah untuk menghadapinya. Suka tikam dari

belakang. Tidak kiralah belakang mana. Kita kurang upaya untuk

membersihkan nama pada pemikiran ahli-ahli yang telah dinoda.

Kadang kala membazir masa untuk membuat penjelasan pada

mereka yang bertanya. Jika gagal membuat penjelasan maka

timbullah perasangka buruk pada diri kita. Kebenaran tindakan

dengki itu tidak ada. Hanya fitnah semata-mata.

Page 349: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 339

Seterusnya, jika perasaan itu disertakan dengan tindakan

maka itulah sifat khianat. Lagi susah. Itulah sifat jahat yang bertujuan

untuk menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pada orang lain.

Telah jadi geng setan. Kita memerlukan benteng yang kuat serta

semangat yang kental kalau ingin menghadapinya. Jika gagal

berbuat demikian, diri kita akan kecundang. Terpaksalah mengalah

dan seterusnya menghilangkan diri. Maka berkekalanlah sifat kita

dicap sebagaimana yang digambarkan mereka yang bersifat setan

tersebut.

Nampaknya, semua tahap iri hati itu telah saya tempuhi dalam

persilatan Silat Cekak. Walau bagaimanapun, saya tidak berasa apa-

apa. Memang dijangka. Telah ditelah Ustaz akan sifat manusia.

Sebaik-baik kawan tetap wujud perasaan iri hati. Cuma, adakah

perasaan itu dapat disekat pada tahap di hati atau terus ke tahap

dengki dan berlarutan hingga ke tahap khianat dalam satu proses.

Tidak hairanlah dalam persilatan kita, „konsep kawan makan kawan‟

semakin berleluasa dari masa ke masa setelah pemergian Ustaz.

Puncaknya ialah pepecahan pada gelombang pertama dan

kedua. Saya yakin jika kita tidak berhati-hati maka kita akan

menghadapi masalah yang sama dalam konteks hubungan sesama

ahli. Pada hal, kita ada majlis ikrar yang berbentuk sumpah dan janji.

Sesama ahli tidak boleh bergaduh. Termasuklah bermasam muka.

Tapi, sumpahan itu „tak jalan‟. Janji akan tinggal janji. Sumpah akan

terketepi. Maka jadilah majlis ijazah sebagai satu majlis keramaian.

Majlis suka-suka sebagai melepaskan upacara adat. Bukannya satu

majlis yang menyaksikan satu perjanjian antara guru dengan

muridnya.

Page 350: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 340

Kita kurang belajar dari kesilapan. Sepatutnya pengalaman

berpecah dalam gelombang pertama boleh dijadikan baru sempadan

atau benteng untuk menahan atau membendung pepecahan

berikutnya. Namun begitu, pepecahan berterusan sukar disekat.

Berpecah tetap berpecah dan pastinya akan terus berpecah lagi.

Bukan senang mendapatkan ahli yang bersatu hati. Tetap ada

perasaan dengki. Itu sebab agaknya hubungan sesama ahli telah

dijadikan salah satu prinsip ikrar berbentuk sumpah. Itupun sanggup

dilanggar.

Berbalik cerita tentang pengalaman berbuka puasa dengan

Ustaz. Pesanan Ustaz telah benar-benar menusuk jiwa saya. Ketika

itulah perasaan saya kembali lega. ‘Pulang pilih sedia kala‟. Nasihat

Ustaz tentang konsep taat pada kedua ibu bapa dan guru serta

konsep iri hati yang sentiasa wujud dalam hati setiap manusia, telah

menarik perhatian saya untuk terus berjuang dalam persilatan Silat

Cekak. Azam menyambung perjuangan Silat Cekak telah mula

terbina.

Fahamlah saya akan alasan terketepi daripada menerima

pelajaran ikat tangan dalam kumpulan pertama. “Mana mungkin baru

tamat belajar maka memperoleh ilmu tersebut; berbanding dengan

penglibatan mereka yang begitu lama”. Itulah gambaran kata hati

mereka.

Setelah mendapat kefahaman jelas dari Ustaz maka saya

bertekad. Lebih baik saya berterus terang dalam tindak tanduk saya

dalam persilatan Silat Cekak. Tidak guna jaga-jaga hati kalau kita

jujur. Cuma, jangan keluarkan isi perut. Busuk jadinya. Itulah prinsip

perjuangan saya dalam persilatan Silat Cekak dalam bentuk jelmaan

baru.

Page 351: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 341

Maka perangai berkunjung ke pejabat silat telah diteruskan

semula. Kekal seadanya ketika di sana. Hal yang demikianlah juga

telah menyebabkan saya tersangat suka bersikap terus terang dalam

persatuan dan persilatan. Kalau setakat menjaga hati, pasti tetap ada

yang dengki. „Hukum dalam perhubungan‟. Namun begitu, sifat

dengki yang wujud itu telah menguji ketahanan saya dalam

perjuangan Silat Cekak. Sesungguhnya, peranan saya adalah teruji.

Puas hati.

Itu sebabnya saya berjanji pada diri sendiri dan pada Ustaz

sebelum Ustaz „kembali‟. “Selagi bergerak dua tangan dan dua

kaki, saya tetap terus memperjuangkan Silat Cekak.” Ada

sejarah di sebalik azam saya tersebut.

Walaupun kini saya tidak mempunyai ruang untuk turun ke

kelas, maka perjuangan tetap diteruskan. Tangan saya masih boleh

bergerak untuk menulis. Maka saya teruskan perjuangan saya

melalui tulisan. Walaupun kemungkinan tulisan saya tidak begitu

menyenangkan, tapi hendak buat macam mana. Itulah kefahaman

yang telah diasaskan Ustaz selama ini buat diri saya. Perjuangan

tetap diteruskan. Pengetahuan yang ada perlu dikongsi bersama.

“Nak pakai, pakai. Tak nak pakai, toksah pakai”.

Apabila ada orang-orang kanan yang menjadikan ketiadaan

Sijil Menengah sebagai isu maka reaksi saya ialah gasaklah engkau.

Saya yakin bahawa perjuangan saya tetap ikhlas. Sama saja dari

awal penglibatan hingga sekarang. Tidak rebut apa-apa. Orang

singkir maka singkirlah. Tidak rasa apa-apa. Tapi, janji saya pada

Ustaz tetap diteruskan. Saya berpegang dengan janji saya itu. Masih

kekal sepanjang masa. Pada orang lain saya peduli apa. Bukannya

saya berjanji dengan mereka.

Page 352: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 342

Kini saya difahamkan bahawa ujian Sijil Menengah telah

diperkemaskan lagi. Tidak memudahkan ahli untuk menerima

pelajaran ikat tangan dalam proses ujiannya. Ada ujian buah jatuh

secara mengambil buah sebelah kiri. Tentu juga atas cadangan

orang-orang kanan yang ada. Sebab, seperti yang dikata bahawa

peranan mereka telah turut mewarnai suasana yang ada, baik dari

segi tanggapan, kefahaman mahupun tindakan.

Saya tidak menganggap bahawa pembaharuan bentuk ujian

itu sebagai sesuatu yang tidak baik. Kemungkinan pada masa

sekarang, bentuk ujian itu adalah merupakan satu keperluan untuk

membuktikan kesungguhan. Bersungguh mendapatkan pelajaran

dan bersungguh untuk mengikat perhatian ahli pada persilatan.

Sekurang-kurangnya mereka perlu menguasai gerak berdasarkan

kebolehan gerak sebelah kiri. Maka, kiri dan kanan semakin cekap

dan mantap. Agaknya.

Saya juga tidak pasti sama ada penerima pelajaran itu

sekarang, diukur akan tahap penguasaan kefahaman tinggi mereka

dalam persilatan Silat Cekak. Mungkinkah ada ujian kefahaman

secara lisan atau secara tulisan yang berfokus pada kefahaman-

kefahaman tersebut. Jika ada, tersangatlah baiknya. Jika tidak ada

maka tersangat eloklah jika diadakan. Masihkah „mandi silat‟ tetap

dijadikan salah satu „syarat tersembunyi‟ bagi membuktikan

kesungguhan dan keberahian penuntut untuk memiliki ilmu ikat

tangan.

Apapun, zaman saya telah berlalu. Zaman telah berubah.

Maka segala-galanya tentulah telah berubah. Orang-orang kanan

persatuan dan persilatan silih berganti. Masing-masing ada idea

tersendiri. Termasuk pemilihan penuntut bagi menerima pelajaran

tersebut.

Page 353: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 343

BAB 4

NUKILAN PENGALAMIAN

DALAM UPACARA

SILAT CEKAK.

Page 354: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 344

Pendahuluan

Merujuk petikan kata-kata Ustaz tentang persilatan Silat

Cekak, kita boleh bahagikan sifat-sifat itu kepada tiga (3) sifat utama.

Sifat pertama yang ada pada petikan itu adalah menggambarkan

rupa bentuk Silat Cekak itu sendiri, termasuk pelbagai adat dan adab.

Sifat kedua adalah merujuk pada pelajaran Silat Cekak itu sendiri

yang muktamad dan tetap. Manakala Sifat ketiga Silat Cekak seperti

yang digambarkan pada petikan tersebut ialah cara pembelajarannya

yang bercorak ilmiah.

Dalam bab ini saya menulis untuk berkongsi pengalaman

akan perasaan yang saya tempuh dalam proses pembelajaran Silat

Cekak. Dalam proses pembelajaran Silat Cekak itu, ada dua (2)

perkara yang amat menarik perhatian saya berkaitan dengan upacara

persilatan. Pertamanya ialah majlis penamat yang berkaitan dengan

ayam penunjuk dan keduanya majlis ijazah pemulaan dan ijazah

penamat yang berkaitan dengan kain putih mandi silat.

Berdasarkan dua perkara itulah saya membuat tulisan ini

dalam bentuk nukilan perasaan yang ada dalam hati. Itulah kata-kata

hati saya dalam proses pembelajaran Silat Cekak yang berkaitan

dengan dua perkara tersebut. Saya berharap melalui pembacaan,

fikiran kita lebih terbuka dan lebih memahami segala bentuk

kefahaman yang berkaitan dalam persilatan Silat Cekak.

Majlis Penamat. - Ayam Penunjuk/Petunjuk

Dalam perbincangan tulisan kali ini saya ingin menarik

perhatian pembaca akan dialog seperti yang berikut mengenai ayam

penunjuk dalam majlis penamat.

Page 355: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 345

“Kalau tamat silat hanya ada enam orang, perlu ayam

ke?”. Tanya seorang ahli pada pengurus persatuan.

Maka jawapan yang diberi berbunyi, “Berkenaan ayam

penunjuk, tidak perlu. Jika lebih dari tujuh orang baru ada”.

Saya sangat tertarik dengan perbualan ahli tersebut dan

menyebabkan saya berminat untuk menyentuh hal itu dalam tulisan

ini. Tujuan saya menulis hanya sekadar satu renungan dan ingin

mengimbau kenangan saya ketika tamat dalam Silat Cekak dulunya.

Saya tidak berminat untuk membuat komen tentang buruk atau

baiknya upacara „ayam‟ itu ditiadakan berdasarkan bilangan ahli.

Melainkan, saya ingin mengaitkan soal upacara memilih bahagian

ayam itu berdasarkan pengalaman saya dulu-dulu. Pembaca sendiri

yang boleh membuat keputusan dan kesimpulan tentang perlu atau

tidak tentang upacara tersebut. Begitu jaga keperluannya adakah

mengikut bilangan atau berpegang pada adat persilatan tanpa

mengira jumlah ahli yang ada. Jawab sendiri. Semua jawapan

mungkin betul berdasarkan tahap pemikiran kita.

Kadang kala kita mungkin terkeliru antara istilah ‘ayam

petunjuk’ atau „ayam penunjuk’. Kalau berdasarkan makna bahasa,

„Penunjuk‟ adalah bermaksud alat yang digunakan untuk menunjuk

atau menunjukkan. Manakala istilah „Petunjuk‟ adalah bermaksud

sesuatu yang menunjuk atau menunjukkan seperti tanda dan isyarat

dan lain-lain yang memberitahu tentang sesuatu. Maka boleh

ditafsirkan juga bahawa sifat penunjuk adalah merujuk pada alat

manakala sifat petunjuk adalah merujuk pada pelakuan.

Kalau zaman dulu-dulu, dalam majlis penamat silat, ada yang

sebut petunjuk dan ada yang sebut penunjuk. Ketika itu tidak ada isu.

Page 356: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 346

Tidak perlu kata putus untuk menetapkan istilah sebutan. Sebutlah

sesuka hati. Tujuannya tetap sama. Ahli yang tamat akan pilih

bahagian ayam. Pelakuannya akan dicatat dan disimpan entah di

mana-mana. Setahu saya tidak pernah ada rujukan kembali bagi

mengulang kaji sifat ahli. Hal yang demikian kerana Ustaz tidak

pernah bergantung pada isyarat memilih bahagian ayam untuk

menentukan sifat ahli.

Upacara majlis penamat adalah merupakan sifat persilatan

Silat Cekak yang pertama seperti mana yang saya bincangkan di

atas. Seperti yang saya katakan juga, sifat Silat Cekak yang pertama

dan ketiga itu adalah tidak tetap. Boleh berubah-ubah pada rupa

bentuk Silat Cekak dan sistem penyampaiannya; tetapi tidak pada isi

pelajarannya. Semua perubahan tersebut adalah berdasarkan

kehendak Guru Utama yang merupakan pemimpin tertinggi dalam

persilatan Silat Cekak.

Dalam zaman Ustaz telah berlaku perubahan dalam upacara

tamat silat yang berkaitan dengan ‘ayam’. Perubahan yang berkaitan

dengan „ayam‟ itu terus berlaku dan berlarutan di zaman Pak Ak.

Maka tidak hairanlah jika proses tamat silat boleh berubah

seterusnya dari semasa ke semasa. Saya akan menyentuh akan

proses perubahan itu dalam tulisan seterusnya.

Ustaz pernah menceritakan pada saya. Dulu-dulunya, acara

memilih bahagian ayam adalah dilakukan sebelum seseorang itu

diterima menjadi ahli silat. Sifatnya atau pelakuannya memilih

bahagian ayam yang tertentu telah dijadikan ukuran untuk

menentukan sifat kesetiaan murid terhadap gurunya. Ustaz telah

mengubah waktu upacara tersebut. Demi menghormati adat yang

Page 357: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 347

sedia ada, upacara itu dikekalkan tapi diletakkan di bahagian akhir

iaitu selepas ijazah tamat silat.

Maknanya pada saya, upacara itu kurang penting pada Guru

Utama bagi menentukan pelakuan atau sifat muridnya. Cuma, seperti

yang saya katakan bahawa demi menghormati upacara memilih

bahagian ayam tersebut maka adat itu telah dikekalkan. Sesuailah

dengan sifat Silat Cekak sebagai Seni Pusaka Bangsa Melayu.

Pada pandangan saya juga, upacara yang berkaitan dengan

„ayam‟ di zaman saya dulunya ada banyak baiknya. Ayam yang

dibawa setiap ahli yang hendak tamat, boleh dijadikan lauk kenduri

yang melibatkan ahli-ahli yang baru tamat dan ahli-ahli yang telah

lama tamat. Secara langsung maka wujudlah hubungan akrab

sesama ahli yang baru tamat dan telah lama tamat. Ada banyak lagi

kebaikan di sebalik tindakan Ustaz mengekalkan adat sedemikian.

Kebenarannya, Ustaz tidak langsung bergantung pada pelakuan

anak muridnya yang memilih bahagian ayam yang tertentu untuk

menentukan sifat atau sikap mereka pada guru atau pada sesama

rakan.

Adatnya, kalaulah Ustaz bergantung pada pelakuan ahli

memilih bahagian ayam, tentulah ramai ahli yang terpancung. Hal

yang demikian kerana wujudnya perasaan curiga atas pegangan

yang yang tidak nyata akibat memilih bahagian ayam yang tertentu

yang melambangkan sifat derhaka atau sebagainya. Bukan itu

kebenaran ajaran atau kefahaman Ustaz. Ajaran Ustaz adalah jelas.

“Silat adalah gerak. Yang bergerak adalah dua tangan dan

dua kaki. Gerak dua tangan dan dua kaki itu pula adalah hak Yang

Empunya Gerak. Tidak ada siapa pun yang boleh mendabik dada

Page 358: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 348

atau mendakwa diri sebagai pakar atau hebat. Semuanya ditentukan

Allah”.

Pada pandangan saya, catatan tentang pelakuan ahli memilih

bahagian ayam itu hanyalah „eksyen‟ sahaja. Seronok-seronok. Tidak

pernah dijadikan bahan rujukan pun. Saya pernah membuat komen

tentang hal yang demikian dalam satu majlis perjumpaan Jurulatih di

zaman Pak Ak. Tidak pasal-pasal menaikkan darah orang-orang

kanan Silat Cekak. Tapi Pak Ak releks sahaja. Saya senyum seorang

diri.

Majlis tamat adalah merupakan puncak pembelajaran Silat

Cekak. Konsep tamat silat dalam persilatan Silat Cekak agak berbeza

dengan kebanyakan silat Melayu yang lain. Ada silat yang tidak

tamat-tamat atas konsep „tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat.‟ Itu

sebab pelajarannya tidak boleh ditamatkan. Ada silat Melayu yang

berkonsepkan tamat silat membawa makna habis pelajaran. Tidak

ada pelajaran lagi. Boleh menghilangkan diri atau boleh juga ajar silat

yang dituntut itu jika gurunya memberi izin.

Konsep tamat silat dalam Silat Cekak agak berbeza sikit.

Berbeza kerana kelainan sifat dengan konsep tamat dalam kalangan

persilatan Melayu yang lain. Tamat silat dalam Silat Cekak tidak

bermakna habis pelajaran silat. Selepas majlis tamat silat, rupa-

rupanya masih ada pelajaran lagi. Pelajaran tersebut lebih penting

dan lebih bermakna dalam gerak silat. Tapi, ada juga dalam kalangan

ahli kita yang tamat silat tapi tidak memahami konsep tamat silat

tersebut dalam persilatan Silat Cekak. Selepas majlis tamat silat,

penglibatannya terus „tamat‟. Tidak muncul-muncul lagi. Cabut lari.

Ghaib. Amat merugikan. Tapi itulah sifat tidak ada habuan namanya.

Page 359: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 349

Pada zaman saya dulu, umumnya apabila disebut majlis

tamat silat maka akan tergambar tiga (3) prinsip utama. Pertamanya

ialah majlis ijazah penamat itu sendiri, keduanya ialah berkaitan

ayam dan ketiga ialah mandi silat. Dalam ketiga-tiga prinsip itu,

mungkin hal yang berkaitan dengan ayam telah banyak

perubahannya. Cuba kita singkap semula kenangan saya dulu-dulu

tentang majlis tamat silat yang tersangat penting dalam pembelajaran

Silat Cekak.

Majlis ijazah penamat dapat dikatakan sebagai satu syarat

utama untuk mempelajari rahsia pelajaran termasuk rahsia

menyerang dalam Silat Cekak. Hal yang demikian meliputi kaedah

serangan dan sasaran serangan. Itulah pelajaran satu peratus yang

dikatakan sebagai tumbuk serang. Ada sasarannya. Maknanya,

apabila berjaya melalui ijazah tersebut, barulah penuntut diberitahu

pelbagai petua termasuk sasaran tumbukan. Sebelum itu, sasaran

tumbukan adalah secara umum, hanya ditekankan sasaran pada

bahagian atas, tengah dan bawah.

Hal yang berkaitan dengan ayam dalam majlis penamat

terdapat beberapa sifat. Dulu, setiap ahli yang hendak tamat perlu

membawa ayam seorang seekor. Syaratnya, mesti ayam jantan

kampung. Sebaik-baiknya baru belajar berkokok dan mula pandai

„mengereng‟. Secara simboliknya, ayam yang baru belajar berkokok,

baru pandai mengereng dan balohnya baru hendak tumbuh boleh

membawa maksud bahawa „tuan‟ yang membawanya bersifat lebih

„bernafsu‟ untuk menguasai pelajaran Silat Cekak secara bersungguh

hati.

Dalam banyak-banyak ayam tersebut, dua atau tiga ekor akan

dijadikan ayam petunjuk/penunjuk. Bilangannya bergantung pada

Page 360: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 350

jumlah penuntut yang tamat. Masa saya tamat di Universiti Malaya,

bilangan ayam yang dijadikan ayam petunjuk itu adalah dua ekor.

Bilangan kami adalah seramai lebih empat puluh orang. Ayam-ayam

yang lain disembelih dan dijadikan lauk kenduri; dijamu pada semua

ahli lama yang dijemput hadir. Semua urusan pembelian ayam dan

kenduri-kendara telah dikendalikan pihak ibu pejabat. Kami hanya

memberi wang berdasarkan nilai seekor ayam bagi setiap penuntut

yang hendak tamat, ditambah dengan bayaran upah memasak.

Ketika saya memimpin cawangan, adat tersebut tetap

dipertahankan. Setiap ahli yang hendak tamat, mesti bawa ayam

seorang seekor. Sifat ayam seperti yang dinyatakan terdahulu. Ayam

jantan kampung yang baru belajar berkokok dan mula pandai

„mengereng‟. Sifat yang demikian adalah merupakan satu simbolik.

Sifat jantan yang sentiasa galak dan „mahu.‟ Begitulah harapan pada

ahli setelah tamat silat. Sentiasa „bernafsu‟ untuk berlatih dan terus

berlatih.

Ahli yang hendak tamat hanya perlu menyediakan wang bagi

maksud pembelian ayam dan urusan memasak. Kami akan

mengendalikannya setiap kali majlis tamat silat. Teringat satu

peristiwa yang berkaitan pembelian ayam. Saya bertugas bersama

seorang ahli yang bernama Zakaria untuk membeli ayam kampung di

pasar. Kami menggunakan keretanya jenis Toyota KE. Jumlah ayam

adalah puluhan ekor. Hal yang demikian menyebabkan ada raga-

raga ayam yang terpaksa dimasukkan dalam kereta. Tidak cukup

ruang untuk disimpan dalam but kereta.

Dalam perjalanan balik, ayam-ayam tersebut terlepas dari

raganya. Apa lagi. Berkeliaran dan berterbanganlah ayam-ayam

tersebut yang tidak kurang dari sepuluh ekor dalam kereta yang

Page 361: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 351

sedang dipandu. Betullah kata pepatah, “Ayam terlepas, tangan dan

badan berbau tahi”.

Setelah sampai di rumah saya, hendak menangkap ayam-

ayam tersebut, satu hal. Kereta terpaksa dihantar ke tempat mencuci

kereta. Saya tidak pasti apa perbincangan antara kawan saya

dengan pencuci kereta tersebut. Saya sibuk dengan urusan yang lain

berkaitan ayam.

Ayam yang digunakan dalam majlis penamat ada proses

kerjanya. Ustaz akan datang pada waktu petang. Pagi-pagi esoknya

barulah ayam-ayam tersebut disembelih Ustaz. Seekor atau dua ekor

dijadikan ayam petunjuk. Selebihnya dijadikan lauk kenduri. Kami

akan masak secara gotong-royong. Terpupuk hubungan baik sesama

ahli.

Dalam perkembangan berikutnya, Ustaz membenarkan kami

menyembelih ayam-ayam untuk dimasak kecuali ayam

penunjuk/petunjuk. Hal yang demikian membolehkan Ustaz datang

lewat sedikit. Ustaz hanya menyembelih ayam penunjuk/petunjuk dan

proses menyediakan ayam tersebut dilakukan kami sendiri. Emak

saya akan memasaknya.

Pada peringkat awal penyediaan ayam petunjuk/penunjuk,

agak kecoh juga. Mana emak saya tahu akan cara penyediaannya.

Ayam tersebut dimasak secara masakan ayam golek. Berkuah. Ustaz

memberi teguran tapi tidak marah. Kehendak Ustaz adalah mudah.

Rebus sahaja ayam tersebut. Semua „kandungan ayam‟ dimasukkan

semula dalam badan ayam seperti sedia kala misalnya hati,

mempedal, usus dan sebagainya. Tempoh rebusan perlu berhati-hati

Page 362: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 352

agar bahan-bahan dalaman itu tidak terlalu kecut. Susah untuk

digunakan.

Untuk perkembangan berikutnya, Ustaz sendiri akan

membawa ayam penunjuk/petunjuk tersebut. Lain-lain ayam, kami

sembelih sendiri. Hal yang demikian akan membolehkan Ustaz tidak

perlu datang awal semata-mata kerana hendak sembelih ayam.

Ustaz terpaksa berbuat demikian kerana halangan masa. Bilangan

kelas semakin banyak di seluruh negara.

Perkembangan berikutnya pula melibatkan arahan bahawa

dalam majlis penamat, ahli-ahli yang hendak tamat tidak perlu

menyediakan ayam lagi. Cuma sediakan Ayam penunjuk/petunjuk.

Itupun akan dibawa Guru Utama. Maknanya, tidak payah kenduri

kendara. Kalau hendak buat juga, boleh. Guna daging. Apapun,

terpulang kepada pihak cawangan atau pusat-pusat latihan untuk

berbuat demikian. Ada kelonggaran.

Dalam hal ini saya tetap mempertahankan adat membawa

ayam seorang seekor. Malah, hal yang demikian berjaya

dipertahankan bertahun-tahun lamanya sehinggalah saya berpindah

rumah dari kampung ke taman perumahan. Di kawasan taman

perumahan amat sukar untuk membuat kerja-kerja memasak secara

bergotong-royong. Maka barulah adat membawa ayam seekor

seorang diganti dengan pembelian daging lembu atau daging kerbau

berdasarkan jumlah kilo yang dikehendaki. Walau bagaimanapun,

ahli yang hendak tamat tetap perlu menyediakan nilai wang yang

bersamaan seekor ayam, di samping bayaran-bayaran lain.

Maka semua kerja memasak dilakukan secara swasta. Upah

orang lain. Lama-lama, semua amalan kenduri-kendara telah

Page 363: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 353

ditiadakan dari masa ke masa. Cuma, kami sediakan nasi kosong

untuk ahli-ahli yang bakal tamat bagi „menyambut‟ bahagian ayam

yang bakal dipilih.

Ada ahli yang bertanya. Kenapa kita menggunakan ayam

dalam majlis penamat, tidak binatang-binatang lain. Saya sendiri

tidak pernah mendengar jawapan Ustaz, sebab ketika itu tidak ada

persoalan. Generasi saya ialah generasi X. Menurut perintah. Tidak

ada persoalan. Orang suruh buat, kami buat. Sebaliknya anak didik

saya ramai yang generasi Y. Generasi ini selalu bertanya akan logik

sesuatu. Why?. Jawapan perlu diberi bagi menjelaskan persoalan

mereka. Maka adalah keperluan saya untuk memberi jawapan

berdasarkan ilmu dan pengalaman saya seadanya.

Seperti yang saya bincangkan di awal penulisan, sifat Silat

Cekak yang pertama telah berubah, boleh berubah dan sentiasa

berubah. Maka tidak hairanlah tradisi membawa ayam setiap orang

seekor boleh berubah dan diganti dengan penyediaan daging lembu

atau daging kerbau bagi menggantikan ayam. Cuma, tidak mungkin

seseorang ahli yang hendak tamat perlu membawa seorang seekor

kerbau atau seekor lembu. Memadai dengan daging lembu atau

daging kerbau berdasarkan jumlah kilo yang tertentu. Hal yang

demikian membawa makna, penyediaan ayam bukanlah sesuatu

yang mesti atau perlu lagi. Hanyalah adat dan dipertahankan

berdasarkan kemampuan dan tuntutan masa dan situasi yang ada.

Perkara pastinya, bahan untuk dijadikan isyarat penunjuk atau

petunjuk tetap berdasarkan ayam dan dikekalkan dari masa ke masa.

Maka itulah jenis binatang yang amat praktikal. Membawa seekor

lembu atau seekor kerbau, bukannya mudah. Begitu juga jika

arahannya membawa seekor burung kasawari atau sebagainya.

Page 364: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 354

Tetapi, kenapa tidak itik seperti itik nila, itik angsa atau pelbagai jenis

itik lagi.

Penggunaan Ayam Untuk Majlis Penamat.

Saya menarik perhatian pembaca tentang penggunaan ayam

sebagai bahan terpenting dalam upacara penamat silat.

Sesungguhnya binatang ayam adalah sejenis binatang yang

mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam masyarakat Melayu

dulunya. Boleh dikatakan setiap rumah akan membela ayam.

Pemeliharaan binatang lain seperti itik dan sebagainya adalah

merupakan pilihan. Tidak seperti binatang ayam yang „mesti‟

dipelihara oleh setiap keluarga Melayu.

Pada masa dulu, „kedudukan‟ ayam adalah tersangat tinggi.

Bukan mudah hendak makan ayam walaupun banyak ayam dibela.

Pada ketika ada tetamu istimewa, barulah ayam disembelih. Maka

dapatlah anak-anak keluarga itu merasa makan ayam. Kalaulah

anak-anak dijanjikan masakan ayam sebagai hadiah, terlalu sangat

bangganya. Zaman dulu-dulu juga, kejadian mencuri di kampung-

kampung banyak dipengaruhi perbuatan mencuri ayam dan telur

ayam. Ada yang ditahan atau dipenjarakan kerana mencuri ayam.

Begitulah secara kasarnya kedudukan ayam dan tentang pandangan

masyarakat terhadap ayam. Begitu tinggi.

Maka tidak hairanlah secara amnya, jika ayam digunakan

dalam upacara persilatan Melayu. Ada yang menggunakan ayam

dalam upacara membuka gelanggang dan ada yang menggunakan

ayam dalam upacara penamat. Perkara pentingnya ialah membawa

bahan yang berharga. Itulah binatang ayam namanya. Praktikal, tidak

Page 365: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 355

terlalu mahal dan mudah dicari. Berbeza kalau diarah membawa

kerbau atau lembu. Mahal. Susah bawa.

Atau, diarah membawa itik. Tidak praktikal kerana binatang itu

tidak menjadi binatang pemeliharan setiap keluarga. Suka cirit tidak

terkawal. Tidak popular. Apatah lagi jika arahannya membawa jenis

burung yang tentunya amat menyusahkan. Kalau terlepas, tidak

boleh dikejar. Kena terbang untuk menangkapnya.

Masa zaman saya, dalam upacara yang berkaitan dengan

ayam penunjuk/petunjuk itu ada syarat-syarat lain yang berkaitan.

Penyediaan ayam perlu bersekali dengan pisau, telor ayam yang

direbus dan terung bulat yang juga direbus. Semuanya perlu disusun

dengan maksud yang tertentu dalam sebuah talam atau dalam

sebuah bekas yang besar. Tengah-tengahnya ialah ayam yang

terkandung dalamnya semua organ-organ dalaman seperti jantung,

hati, mempedal, usus dan pelbagai bahan asal. Cuma,

perkembangan berikutnya, bahan-bahan itu diletakkan pada satu

tempat khas supaya senang diambil.

Di sekeliling ayam tersebut, disusun telur ayam rebus dan

diikuti dengan terung bulat rebus. Maknanya ada empat lapisan

susunan bahan-bahan tersebut. Pertamanya terung, keduanya telur,

ketiganya ayam dan keempatnya organ dalaman yang diletakkan

dalam badan ayam. Maka bermulalah upacara memilih ayam

tersebut.

Pelakuan dan pemilihan bahagian ayam itu secara tepat

dikatakan hanya boleh ditafsir Guru Utama. Ahli-ahli Silat Cekak

hanya boleh berteka-teki bagi membuat tafsiran. Walau

bagaimanapun kita tidak boleh nafikan bahawa tingkah laku memilih

Page 366: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 356

bahagian ayam itu ada kaitannya dengan adat atau tradisi atau

kepercayaan dalam budaya masyarakat Melayu. Pada mereka yang

memahami adat dan tradisi tersebut, tentunya akan dapat membuat

tafsiran sendiri berdasarkan ilmu dan pengalaman berada dalam

budaya Melayu. Namun begitu, jawapan sebenar atau sepatutnya

pada teka teki akan tafsiran memilih bahagian ayam tersebut hanya

sah ditafsir oleh orang yang menganjurkan upacara tersebut;

berdasarkan jawapan sekehendaknya.

Susunan bahan-bahan dalam upacara pemilihan ayam

tersebut tentu ada makna dan tujuannya. Jika tidak, apa guna

disusun bahan-bahan itu bermula dengan terung, telur, ayam dan

organ dalaman. Sifat memilih bahagian ayam itu akan membawa

makna sama ada bahan yang dipilih menunjukkan sifat tertentu atau

proses atau cara pemilihan bahagian ayam itu akan memperlihatkan

pelakuan atau perwatakan tertentu.

Penjelasan mudahnya dapat dinyatakan seperti berikut. Jika

memilih dada ayam misalnya, pemilihan itu menandakan sesuatu.

Akan tetapi pelakuan atau cara memilih bahagian ayam itu juga akan

menunjukkan watak kita yang tertentu. Ada yang memilih semua

bahagian ayam termasuk terung dan telor. Kita sendiri boleh

membuat pelbagai tafsiran secara tersirat ekoran sifatnya tersebut.

Maknanya, kita mungkin boleh mentafsir akan sifatnya yang bongkak

atau tamak.

Itu sebab saya katakan bahawa pemilihan ayam tersebut

boleh ditafsir berdasarkan bahan yang dipilih atau ditafsir melalui

proses pemilihannya yang melambangkan sifat atau pelakuannya. Itu

sebabnya istilah-istilah penunjuk dan petunjuk, ada maknanya

berdasarkan amalan budaya masyarakat Melayu. Walau

Page 367: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 357

bagaimanapun, seperti yang saya katakan, silat kita tidak bergantung

pada sifat penuntut memilih bahagian ayam.

Akan tetapi pada kebenarannya atau pada hakikatnya, kalau

tidak ada upacara pemilihan bahagian ayam itu sekalipun, kita masih

boleh mentafsir pelakuan anak didik kita yang mungkin bersifat

tamak, panas baran, melawan dan sebagainya. Dari sifat itulah kita

boleh menentukan sama ada anak didik kita itu boleh dilantik sebagai

pembantu jurulatih atau boleh menjawat apa-apa jawatan bagi

membantu kerja usaha kita menggerakkan persatuan dan persilatan

Silat Cekak yang dipertanggungjawabkan pada kepimpinan kita.

Setelah kita berpecah dalam gelombang pertama dan kedua,

adat yang berkaitan dengan ayam semakin longgar. Namun begitu,

kita masih mengekalkan penggunaan ayam penunjuk/petunjuk. Cuma

pemberatan membawa ayam seorang seekor telah hilang begitu

sahaja dek kerana tuntutan masa dan situasi yang tidak memerlukan

adat itu dikekalkan. Walau bagaimanapun ada juga dalam persilatan

Silat Cekak yang lain iaitu yang tidak asli, telah mentiadakan

langsung penggunaan ayam dalam upacara majlis penamat.

Dalam persilatan kita, penggunaan ayam penunjuk atau

petunjuk mungkin semakin tidak diberatkan lagi. Saya difahamkan,

kalau bilangan ahli yang tidak mencapai sasaran tertentu maka

upacara ayam penunjuk atau ayam petunjuk, tidak perlu ada. Saya

tidak mahu membincangkan baik atau buruknya.

Saya berpandangan, tradisi tersebut eloklah dikekalkan.

Walaupun kita tidak bergantung pada pelakuan memilih bahagian

ayam tersebut akan tetapi adat itu merupakan satu keistimewaan kita

yang rasanya tidak ada pada persilatan Melayu lain. Pengalaman

Page 368: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 358

membawa ayam seekor seorang telah tiada pada generasi baru.

Akan tetapi adat memilih bahagian ayam boleh memberi pengalaman

manis sepanjang mereka berada dalam Silat Cekak hingga tamat.

Oleh sebab peraturan telah ada tentang bilangan ahli yang

hendak tamat dengan penyediaan ayam penunjuk atau ayam

petunjuk itu maka menjadi satu cabaran pada kepimpinan di pusat-

pusat latihan. Bagi mengekalkan adat dan tradisi itu maka keperluan

menyediakan bilangan ahli yang „mencukupi‟ perlu diusahakan. Hal

yang demikian bagi membolehkan upacara tersebut berlangsung.

Perkara pentingnya ialah upacara itu perlu dikekalkan di tempat kita

dan perlu diberi pengalaman pada semua ahli yang kita bimbing

seperti mana pengalaman yang pernah kita alami. Adil.

Kalau kita sendiri pernah alami proses pemilihan bahagian

ayam, maka berilah pengalaman tersebut ada ahli-ahli lain yang

hendak tamat. Jangan kita bangga dengan pengalaman dalam

sejarah persilatan Silat Cekak secara seorang diri sahaja dengan

menafikan hak orang lain untuk memperoleh pengalaman yang

sama. Ciptakan kenangan bersama dalam pensejarahan penglibatan

dalam persilatan Silat Cekak. Jangan syok sendiri. Perkongsian

pintar.

Berbalik pada majlis tamat silat, akhirnya upacara itu disudahi

dengan mandi silat pada malam itu juga. Ada yang mandi bersama

kain putih yang telah diijazah bersamanya. Tapi ada juga yang

berasa sayang untuk membasahkan kain putih tersebut. Azam

mereka ialah mereka hanya akan menggunakan kain putih itu apabila

mandi selama empat puluh hari dimulakan. Ada saat dan ketikanya.

Page 369: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 359

Sebagai orang yang telah lama berkecimpung dalam

persilatan Silat Cekak, saya dapat melihat akan pelbagai perubahan

dari masa ke masa. Sesungguhnya perubahan adalah sesuatu yang

tidak boleh disekat-sekat lagi. Berubah tetap berubah. Proses

perubahan pada rupa bentuk atau sifat Silat Cekak itu dan proses

penyampaiannya adalah berlaku terlalu kerap. Perubahannya sukar

dijangka lagi.

Sebaliknya perubahan dalam sifat kedua Silat Cekak iaitu isi

pelajarannya mula berubah dari masa ke masa bergantung pada

pembawaan guru yang pelbagai persatuan. Saya tidak mahu

membuat ulasan tentang buruk baiknya. Cuma, saya hanya suka

menceritakan akan perubahan yang berlaku itu. Sebagai orang lama,

saya hanya boleh tengok sahaja. Selalu saya tegaskan.

Ayam berkokok tanda hari nak siang. Kalau ayam tidak

berkokok maka hari tetap siang. Kalau ayam itu terlebih kokok akan

mengundang tuan ayam menangkap dan menyembelihnya.

Mengganggu. Kalau tidak tergamak menyembelihnya, pasti akan

„dipungkangnya‟ dengan sliper setiap kali ayam itu cuba berkokok

terutama awal pagi. Mengganggu tidur yang enak.

Apapun, saya berpandangan berilah seberapa banyak

pengalaman yang ada dalam Silat Cekak pada ahli-ahli yang tamat

silat. Jika tidak ada lagi beberapa perkara yang dulunya ada maka

teruskan usaha memberikan pengetahuan secara bercerita.

“Duluuuuuu…….” Hal yang demikian bagi mempastikan bahawa

Silat Cekak tetap merupakan satu silat Melayu yang tersangat unik,

penuh dengan adat dan istiadatnya sesuai dengan sifat Silat Cekak

sebagai Pusaka Bangsa Melayu.

Page 370: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 360

NUKILAN PERASAAN TATKALA TAMAT SILAT.

1. Ijazah Tamat silat

Teringat kisah lama dalam majlis tamat silat. Lebih empat

puluh tahun telah berlalu. Namun begitu, kenangan berada dalam

majlis tersebut tetap segar dalam fikiran yang ada. Sukar dilupa. Ingin

berkongsi pengalaman lama-lama untuk pembacaan generasi muka

dalam persilatan kita. Tidak bermaksud apa-apa. Cuma, pengalaman

manis tersebut adalah merupakan pensejarahan penglibatanku

dalam Silat Cekak

Majlis tamat adalah merupakan faktor pendorong buat diriku

untuk menghabiskan pelajaran silat. Memang aku ternanti-nanti akan

tibanya waktu tamat. “Mengidam tamat silat.” Begitulah bisikan

hatiku. Kadang-kadang aku terkenangkan sebab-sebab akan

desakan hati tersebut boleh timbul. Ada kesimpulan tersendiri.

Mungkin ada tiga (3) perkara penting yang menjadikan aku tertarik

pada minat tamat silat.

Pertamanya, pelajaran silat yang ada pada diriku sebelum

bertemu dengan Silat Cekak. Aku tak pernah sembang atau tak

pernah ada pengalaman tentang bab tamat silat. Dalam persilatan

yang terdahulu, aku diyakinkan bahawa pelajaran silat yang

berbentuk ilmu, tak akan boleh ditamatkan. Mana ada ilmu yang

tamat. Sekali belajar akan terus belajar dan belajar dan belajar

hingga diri kita ternyah dari dunia yang fana ini. Begitulah hebatnya

akan fahaman yang ditanamkan dalam pemikiran ahli silat berkenaan

ketika itu. Semuanya akur tanda setuju.

Page 371: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 361

Rupa-rupanya fahaman itu telah terpaku dalam pemikiranku.

Tak boleh ubah-ubah lagi. Menjadi pegangan yang mantap dan

hakiki. Malah, pegangan itu telah dijadikan hujah untuk berbincang

bagi mempertahankan pendapat bahawa ilmu silat memakan masa

untuk menguasainya. Itu sebabnya tak boleh tamat. Sentiasa ada

gerak-gerak yang berkembang dari masa ke masa.

Apabila termasuk dalam persilatan Silat Cekak, banyak

perkara yang menarik ingin. Termasuk tamat silat. Lain pula

kefahamannya. Mana mungkin menuntut ilmu tidak ada

penghujungnya. Tiap-tiap yang bermula pasti ada akhirnya. Mesti ada

penghujungnya. Mencari pelbagai ilmu sememangnya tidak akan

berakhir. Tapi mempelajari gerak silat mesti ada kesimpulannya.

Banyak lagi alasan yang meyakinkan ku bahawa mempelajari silat

ada kesudahannya. Ada tamatnya.

Paku yang terpasak di fikiranku mulai longgar. “Betul juga.”

Kata hatiku apabila memikirkan kelebihan Silat Cekak yang ada

tamatnya. Ada kesimpulan gerak. Aku mula ditanamkan dengan

fahaman baru. “Silat adalah gerak dan yang bergerak itu ialah dua

tangan dan dua kaki. Tak akanlah nak faham pergerakan dua tangan

dan dua kaki tersebut memakan masa yang bertahun-tahun lamanya

hingga tak tamat-tamat.”

Aku difahamkan lagi secara bandingan. Dalam Silat Cekak,

penuntutnya bukan sahaja diajar pelajaran secekak, malah hingga ke

peringkat diajar sekepit. Terlalu sikit umpama bahan yang ada antara

dua jari. Maknanya, pelajarannya ringkas tapi padat. Boleh

ditamatkan dalam masa empat puluh hari. Berbeza dengan silat lain

yang mengajar segantang dan bergantang-gantang. Tidak berfokus.

Tak ada kesimpulan gerak. Itu sebabnya mereka belajar tidak ada

Page 372: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 362

penghujungnya. Tak sampai-sampai. Maka tersangatlah kuat akan

nafsuku untuk mengetahui akan maksud tamat silat dalam Silat

Cekak.

Ada satu sebab lagi yang mendorongku tersangat minat dan

ternanti-nanti akan majlis tamat silat. Malah, aku yakin bahawa teman

seperguruanku dalam Silat Cekak pun turut berpendirian sedemikian.

Segala-galanya berkait rapat dengan watak-watak pembantu Ustaz

dalam kelas silat.

Sekurang-kurangnya ada dua watak tersebut yang banyak

mempengaruhi pemikiranku dan rakan-rakan yang lain. Masih dan

tetap terkenang akan perwatakan mereka. Saya difahamkan bahawa

kedua-duanya telah pergi buat selama-lamanya. Jasa mereka tetap

besar dalam perkembangan Silat Cekak di peringkat awalnya. „Al-

Fatihah‟ buat mereka.

Pak Wan dan Din Panjang nama watak yang dinyata. Suka

bersembang dan suka bercerita. Hal Silat Cekak adalah merupakan

tajuk utama. Kadang-kadang cerita mereka menjadikan kami alpa

untuk teruskan latihan. Banyak masa yang dikorban untuk melayan

karenah mereka. Tapi, bagus juga. Tak perlu sakit-sakit badan

melayan buah-buah yang geraknya kadang kala amat

membosankan. Ketika itu baru buah asas. Mana tahu akan

penghujungnya.

Kadang-kadang kami sengaja kenakan mereka. Reka

soalan, bagi ruang mereka bercerita. Boleh rehat sikit. Melewati

masa. Memang sifat mereka suka bercerita. Satu ketika, Ustaz

menyedarinya. Maka diarahkan kami membuat latihan secara

barisan. Ada pembantunya yang membuat kiraan. Tapi tak kekal

Page 373: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 363

sepanjang masa latihan. Ada ketikanya tukang kira dalam barisan

lewat tiba, berbanding dengan dua watak yang saya sebutkan itu.

Mereka lebih suka bercerita daripada mengira.

Entah apa sebabnya mereka begitu suka dengan kelas

latihanku. Apapun, cara mereka bercerita tersangat menarik

perhatianku dan rakan-rakan yang lain untuk tamat silat. Cerita tak

pernah habis. Setiap cerita akan disudahi dengan ayat, “Kalau nak

tahu, tunggu sampai tamat.”

Akhiran ayat itu adalah ayat standard dalam penceritaan

mereka. Banyak perkara yang dicerita tentang kefahaman Silat

Cekak. Terkenang antara penceritaan mereka. Kisah tumbukan

dalam persilatan kita. Banyak cakapnya bagi menyedapkan cerita.

Dalam banyak-banyak cakap itu ada ayat yang diungkap. “Dalam

Silat Cekak, kita ada sejenis penumbuk. Macam peluru berpandu.

Radar tak boleh kesan. Tak nampak langsung arah tibanya. Bila

lepas, pasti mengena. Kalau nak tahu, tunggu sampai tamat.”

Begitu juga dengan gerak buah. Ada buah asas yang boring.

Misalnya Keputusan Lintau. Tak ada pukulan. Tak tahu

penghujungnya. Riak muka dan cara kami berlatih memberi pertanda

pada mereka. Tanda tak yakin. Maka mereka mengambil inisiatif

meyakinkan kami. Dibuatnya sambungan. Tunjuk buah jatuh. Hebat.

Tapi tak boleh nampak kerana terlalu pantas dan sukar dikesan

proses geraknya. Tidak diulang walaupun diminta. Pada hal,

pelajaran jatuh belum tiba masanya. Maka mulalah mereka bercerita.

“Buah keputusan bukan calang-calang nilainya. Pakaian

guru. Dalam Silat Cekak, ada cara untuk mengatasinya. Boleh

potong. Tapi kalau dipotong balik, ada cara mengawalnya. Kalau nak

Page 374: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 364

tahu, tunggu sampai tamat.” Begitulah kempen motivasi yang

dipasak mereka dalam pemikiranku dan pemikiran rakan-rakan yang

lain. Hal yang demikian memberi dorongan pada kami untuk terus

belajar hingga tamat silat.

Perkara ketiga yang menarik minatku untuk tamat silat ada

kaitan dengan amalan ilmu megah. Lebih popular dengan gelaran

ilmu batin. Tersangat panjang cerita yang berkaitan dengan amalan

ilmu yang bercanggah dengan agama Islam. Antara ayat yang

dikatakan mereka, “Dalam Silat Cekak kita ada mandi silat. Semua

amalan yang bercanggah dengan agama Islam akan hilang begitu

sahaja setelah kita mandi silat. Kalau nak tahu, tunggu sampai

tamat.”

Hal yang demikian telah menarik perhatianku untuk ternanti-

nanti akan majlis tamat. Apa tidaknya. Masih banyak amalan yang

aku amalkan sebelum masuk Silat Cekak. Ada tangkal lagi yang aku

peroleh dari orang hebat bangsa Indonesia. Masa itu aku tak tahu

akan makna salah atau betul. “Ayat Quran, tentu betul semuanya.”

Kata hatiku.

Tapi, apabila mendengar cerita ahli-ahli lama tersebut, hati

mula ragu-ragu. Maka harapannya, setelah mandi silat dalam majlis

penamat, akan ada tapisan ilmu yang aku amalkan. Maka tidak

hairanlah aku bersemangat untuk tamat. Boleh buang ilmu yang

karut-marut. Kalau ada ilmu yang masih kekal, maknanya ada

kebenaran pada ilmu tersebut.

Berkat kegigihan dan azam untuk tamat, akhirnya aku dan

rakan-rakan pun masuk zon tamat silat. Sebagai pemimpin

persatuan, aku dihubungi pihak ibu pejabat. Kena sediakan persiapan

Page 375: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 365

untuk majlis tamat. Dua bahan yang menarik perhatianku.

Pertamanya ialah kain putih dua setengah hasta dan keduanya kena

bawa ayam jantan jenis kampung. Setiap orang, seekor ayam. Ada

sifat tertentu pada ayam jantan tersebut.

Pelajar. Mana boleh beli perkara yang diarah. Kena buat

kutipan dan mewakilkan orang persatuan pusat. Aku lupa akan

jumlahnya. Yang pastinya, duit ayam sepuluh ringgit. Masa itu

pengkerasnya kalau tak salahku adalah sebanyak sepuluh ringgit tiga

puluh sen. Ada cerita tentang sen tersebut. Tak masuk duit kain putih

dan upah memasak ayam. Tahun tujuh puluhan. Murah.

Setelah ayam dibeli, aku dihubungi lagi. Kena tengok ayam

yang dibeli sebagai tanda kepunyaan sendiri. Susah payah kena

tengok. Aku anggap pelakuan yang sedemikian ada tujuannya.

Simbolik bahawa ayam-ayam itu kami yang bawa dengan syarat

yang benar seperti yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, mustahil semua ahli dapat hadir

semata-mata nak tengok ayam. Masa kuliah tak sama. Oleh itu, aku

mewakili rakan-rakan, ke pejabat silat di Lorong Haji Sirat. Aku pergi

bersama rakan yang bermotor setelah habis kuliah. Kalau tak salahku

ada empat puluh enam ekor ayam yang berserkap di bawah rumah

pejabat silat. Aku difahamkan bahawa pada hari esoknya Ustaz

sendiri akan menyembelih ayam-ayam tersebut.

Ayam dah ditengok. Tunggu apa lagi. Setelah bertemu Ustaz

dan berbual dalam banyak perkara, aku mengundur diri. Tak sabar

rasanya menunggu esok malam untuk majlis tamat silat. Apapun,

berbaloi kami berlatih silat hampir tiga bulan lamanya untuk menjalani

majlis penamat Silat Cekak.

Page 376: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 366

Hari tamat silat telah tiba. Petang lagi kami sampai ke

pejabat silat. Aku diberitahu ahli lama. Katanya, “Ada dua ekor ayam

yang mati sebelum disembelih.” Ramai juga dalam kalangan rakan-

rakanku yang mendengarnya. Jadi bualan juga. Tapi tak berani cakap

akan alamatnya. Tak tahu nak tuju pada siapa. Semua ayam

diborong secara raga. Tak tahu ayam siapa. Kalau ada alamat tak

baik, maknanya alamat pada ahli kumpulan semua. Lebih baik jangan

cakap apa-apa. Diam sahaja. Tak ada siapa yang berkata-kata.

Mungkin ada terkata dalam hati. Tapi tidak ada siapa yang berani

teka. Nanti akan terkena batang hidung sendiri.

Kami juga difahamkan ada dua ekor ayam yang dipilih Ustaz

sebagai ayam petunjuk. Nampaknya angka dua tersangat popular.

Mungkin angka itu membawa petanda. Kemegahan pada ahli semua.

Jantan-jantan belaka. Tidak ada ahli wanita dalam kelasku. Ketika itu

kaum wanita tidak digalakkan belajar Silat Cekak. Agaknya, kalau

mereka ada tentu angka dua menjadi tiga. Bukan dua ayam yang

terkorban atau dikorbankan tapi tiga.

Sekali lagi kami tertanya-tanya juga dalam hati secara

pandang-pandang muka. Boleh teka berdasarkan riak di muka. Nak

tahu juga ayam siapa yang terpilih menjadi juara di tengah upacara.

Tentunya ada kelebihan pada tuan punya di sebalik pemilihan ayam

tersebut. Tapi nak rujuk macam mana. Alasannya sama saja. Jenis

belian secara borong. Setakat berangan dalam hati agaknya. “Ayam

aku rasanya.”

Ada juga cerita sebagai bahan gurauan dalam kalangan

kami. Terperasan akan ayam tersebut adalah kepunyaannya. Macam

mana pulak dengan ayam yang mati. Tidak ada siapapun yang berani

bersuara untuk mendakwa ayam tersebut kepunyaan mereka. Siapa

Page 377: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 367

yang nak malang. Tentu semuanya inginkan kelebihan secara

bandingan sesama kami.

Malamnya majlis penamat pun bermula. Kain putih dibentang

rata. Ada tertulis nama tanda hak tuan punya. Tapi, ada juga yang

terlupa tulis nama. Tak jadi masalah. Semuanya serupa. Panjangnya

sama dan lebarnya pun sama. Dibeli oleh orang yang sama di kedai

yang sama. Sama kualitinya. Juga belian secara borong agaknya.

Mereka kerat sendiri.

Maknanya, hak pada kain putih belum ada ketentuan lagi

pada yang tak ada nama. Bila selesai ijazah baru tahu hak empunya

kain putih. Berbeza pula dengan kain yang tertulis nama. Sudah tentu

hak empunyanya nyata. Tak payah tunggu selepas ijazah. Dah ada

nama tertulis pada kain. Maknanya dah tahu empunyanya.

Aku merupakan ahli pertama yang duduk atas kain putih,

menerima ijazah dari Ustaz. Tensyen juga. Mana tidaknya. Ketika itu

Ustaz bercerita tentang konsep ijazah penamat. Betul-betul di

depanku. Dua-dua duduk atas kain putih. Jaraknya tentulah sehasta.

Pandanganku tak tentu hala. Tak boleh pandang Ustaz lama-lama.

Nak pandang ke mana. Toleh ke kiri dan toleh ke kanan, nampak

buruk lakunya. Menderita seketika.

Nampaknya aku adalah merupakan orang pertama dalam

semua hal. Akulah orang pertama yang menerima buah dari Ustaz.

Akulah orang pertama yang duduk atas kain putih ketika ijazah

pertama dulunya. Aku juga merupakan orang pertama yang

menerima ijazah kali kedua. Maka kali ini, aku juga merupakan orang

pertama yang menerima ijazah kali ketiga. Pertama duduk atas kain

putih buat kedua kalinya. Selepas itu, tetap juga orang pertama.

Page 378: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 368

Orang pertama yang disuruh pilih bahagian ayam dan aku juga

adalah orang pertama yang dimandikan Ustaz kemudiannya.

Terperasan di hati. Jadi lamunan. Jauh perjalanan menurut

fikiran yang melayang dek berfikir sendirian. Orang pertama

maknanya ialah orang utama. Jadi keutamaan dalam proses

pembelajaran Silat Cekak. Tentu ada sebab Ustaz memilihnya.

Macam-macam khayalan yang tiba. Terperasan. Satu kemegahan

pada diri sendiri. Syok sendiri. Opp…. Tiba-tiba layangan fikiran

terberhenti. Baru sedar diri. Puas juga bermimpi di siang hari.

Duduk atas kain putih pada majlis penamat adalah

merupakan duduk kali kedua. Semua ahli yang tamat pasti akan

mengalaminya. Kali pertama ialah ijazah pertama ketika mula

berkenalan dengan Silat Cekak. Ijazah kedua duduk atas tikar

sembahyang. Lain rasanya. Tak sama perasaan ketika duduk

berlandaskan kain putih.

Hati tetap terkata-kata. Kenapa mesti kain warna putih dan

panjangnya dua setengah hasta. Tentu ada sebabnya akan syarat

yang sedemikian rupa. Macam-macam perkara yang diteka. Sebelum

itu ada juga penerangan yang diberi ahli-ahli lama. Ada yang tak logik

langsung. Bertambah-tambah ceritanya. Umpama nasi kandar

mamak yang banyak lauk-pauknya. Bercampur-aduk kuahnya. Tapi,

sedap juga rasanya.

Ada satu alasan yang boleh aku terima. Logik sikit akan

alasannya. Perlambangan pada konsep keikhlasan. Warna putih,

lambang keikhlasan. Panjang yang sedemikian rupa, juga

melambangkan keikhlasan belajar pada Guru Utama. Sanggup

Page 379: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 369

menerima apa saja arahan dan tegahan. Tak banyak cerita. Menurut

sahaja. Tiada hadnya.

Alasan itu lebih aku faham setelah diberi penerangan Ustaz

kemudiannya. Itulah peganganku hingga ke tamat. Ada rujukannya

dari Ustaz. Kalau setakat cerita ahli-ahli lama, percaya boleh; yakin

jangan. Banyak gebangnya. Macam nasi mamak. Sesungguhnya,

Silat Cekak penuh dengan upacara yang bersifat simbolik. Ada

tujuannya. Ada harapannya dan dan ada kiasannya. Hanya jauhari

mengenal manikam.

Pada ijazah penamat, peranan kain putih mula berbeza.

Kepentingannya tidak memerlukan tidur bersama. Tapi, kena mandi

bersama. Mandi bersama tentunya hebat berbanding dengan tidur

bersama. Sedar dengan tak sedar. Tentunya yang sedar lebih

bermakna. Lebih lama bahagiannya. Itupun pada yang faham akan

seni geraknya.

Walau bagaimanapun, cabaran mandi bersama banyak

karenahnya. Kalau dulunya hanya dibawa tidur selama tiga malam

sahaja. Mudah. Tapi, kali ini dikatakan mesti mandi bermalam-malam

lamanya. Sekurang-kurangnya empat puluh hari secara rasmi dan

seterusnya jadikan amalan yang berterusan. Aku akur. Sesuatu yang

hebat bukannya lahir dari kerja yang mudah. Pelakuan yang mudah

akan menghasilkan sesuatu yang kurang nilai keberhasilannya. Itulah

peganganku dari dulu hingga sekarang.

Setelah semua ahli menerima ijazah maka kain putih

dibedak-bedak sesama ahli. Yang ada nama, tenang sahaja. Yang

tak ada nama, berhempas pulas mencari haknya. Membedek-bedek

Page 380: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 370

kain putih yang tak ada nama. Itulah hasil pelakuan yang tidak ada

perancangan. “Susah di kemudian hari”. Bisik hatiku.

Ketika tiba waktu memilih bahagian ayam, ahli-ahli lama

bersusun-susun menyaksikan upacara tersebut. Mereka tersangat

minat. Aku dapat rasakan betapa suasana ketika itu amat meriah

sekali. Ada seorang bentara yang bersiap sedia menulis apa saja.

Setiap pelakuan kami yang memilih bahagian ayam, menjadi

tumpuannya. Juga, kami turut menjadi tumpuan ahli-ahli lama.

Kadang kala kedengaran perbualan sesama mereka. Entah apa yang

dibualkan mereka. Entah apa pula tafsiran yang mereka buat atas

pelakuan kami memilih bahagian ayam tersebut.

Pastinya, aku adalah orang pertama yang diberi peluang

memilih bahagian ayam. Masih segar di fikiranku. Aku pilih hati dan

dada. Perbuatan simbolik yang aku sendiri reka. Dada

melambangkan keberanian dan hati melambangkan ikatan. Tafsiran

dan kesimpulan sendiri. Betul agaknya. Telur dan terung memang

aku tak suka.

Lain ceritanya pada rakan-rakanku. Ada juga dalam kalangan

mereka yang memilih terung dan telur. Bisik kata hatiku. Pilih telur

perkara biasa tapi pilih terung agak pelik juga. Bukannya sedap

kerana tak ada kuah seperti pajeri terung. Sambal mencicahpun tak

ada.

Masa menunggu giliran mandi, aku ambil peluang bertanya

pada mereka. Jawapannya selamba sahaja. “Sejak siang tadi aku tak

makan apa-apa. Kalau pilih bahagian ayam, secotek sahaja yang

dapat. Mana kenyang. Baik aku ambil terung dan telur. Kenyang

kalau dimakan dengan nasi”.

Page 381: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 371

“Ya tak ya juga.” Kata hatiku. Ayam yang lain, dimasak kari

rempah. Ada kuahnya. Ada lauk ayam. Apa perlu pilih ayam yang

dapat secotek. Pilih telur dan terung, lebih baik.

“Cerdik juga rakan aku ni.” Bisik hati kecilku. Ada strategi

rupanya.

Tapi, ada juga perbualan sesama rakan yang agak lucu juga.

“Aku mati-mati nak pilih hati. Tapi, masa duduk depan Ustaz, semua

hajat boleh terlupa. Lain yang dicita, lain yang dipilih.”

Aku tak kata apa-apa kerana tahu akan tujuan

percakapannya. Nak beritahu akan kelebihan guru dalam persilatan

Silat Cekak. Ikut perasaan. Aku tak hairan akan sifat rakanku itu.

Memang tersangat minat dengan ilmu-ilmu kebatinan orang-orang

Melayu dulu-dulu.

Begitulah hebatnya kepercayaan pada ayam ketika itu.

Kepercayaan itu ada kaitannya dengan budaya hidup orang Melayu.

Oleh sebab Silat Cekak adalah merupakan pusaka bangsa Melayu

maka sedikit sebanyak unsur-unsur kepercayaan dan adat yang ada

dalam masyarakat Melayu tentunya mempengaruhi adat yang ada

dalam persilatan Silat Cekak. Satu kenyataan yang sukar juga

diterima pada ahli yang begitu terkongkong fikirannya.

Aku tersangat menaruh keyakinan. Sesungguhnya Silat

Cekak itu juga penuh dengan perbuatan kiasan atau simbolik yang

melambangkan sifat kesungguhan dan sifat mengharap. Sifat

mengharap itu membawa makna pelakuan kita yang mempunyai

harapan seperti mana perbuatan yang dilakukan. Kita membawa

ayam jantan yang baru berkokok kerana sifatnya suka „mengereng‟.

Page 382: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 372

Harapannya agar sifat kita juga bersemangat hebat seperti

ayam tersebut. Semangat ayam boleh diterjemahkan dalam latihan

silat. Kenapa pelambangannya pada ayam. Aku telah cerita dalam

tulisan yang terdahulu tentang makam ayam dalam kalangan

masyarakat Melayu. Harapannya, kita akan sentiasa bersemangat.

Sentiasa bernafsu dan sentiasa bertenaga. Itulah kesimpulan hati

kecilku.

Agaknya, kerana semangat itulah maka perlunya kita

menterjemahkannya ketika berlatih dalam kelas latihan silat. Sakit-

sakit bebadan, tak kisah. Itulah semangat ayam yang dibawa. “Itupun

belum bawa ayam lagi kerana belum tamat. Baru setakat dengar

cerita dari orang-orang lama dah naik semangat berlatih. Setelah

bawa ayam, semangat berlatih lagi hebat.” Itulah harapannya. Itulah

simboliknya.

Itulah juga sebab agaknya zaman dulu-dulu, kumpulan kami

berlatih bersungguh hati. Tumbuk bersungguh hati. Tak mengelak

langsung. Kena tepis penumbuk. Bukannya tak tepispun tak kena

kerana tumbukan yang melencong dek takutkan kena badan

pasangan. Begitu juga dengan jenis-jenis pukulan. Yang patut dipukul

secara genggaman tangan maka tangan digenggam. Tidak pula

dibuka tangan. Itulah semangat ayam jantan kampung, kiasannya.

Kadang-kadang timbul pula kesimpulan hati. Ahli yang suka

buka-buka tangan agaknya kerana tak ada semangat ayam jantan

kampung lagi. Yang ada ialah semangat ayam pekan jenis baka

moden. Terbatuk kuatpun ayam boleh mati. Maka simboliknya,

semangatpun cepat mati. Terbawa-bawa dalam kelas latihan dek

dikawal Jurulatih yang juga tidak ada semangat ayam kampung.

Jenis ayam Kentucky. Tak tahu jantan betinanya. Tak ketahuan

Page 383: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 373

kokoknya. Bila berkokok, aww jadinya. Terbawa-bawa latihan ketika

ambil buah Pertama. Banyak yang berbunyi aww kerana geli

agaknya. Pukulan tangan terbuka.

Setelah selesai ijazah, semua orang berasa lega. Maka

sahlah kami bergelar ahli Silat Cekak. Konsep ahli silat tak sama

dengan konsep ahli persatuan. Kalau nak jadi ahli persatuan, bayar

yuran ahli dan yuran pendaftaran. Kalau tak datang lagi ke kelas silat,

ahli berkenaan tetap bergelar ahli persatuan. Sebaliknya, nak

bergelar ahli silat, ada syaratnya. Bukannya automatik. Kena tunggu

hingga tamat. Dalam Silat Cekak, ijazah ketiga adalah merupakan

pengiktirafan dirinya bergelar sebagai ahli Silat Cekak. Itupun setakat

bergelar pada lapisan pertama sahaja. Gelaran kulit agaknya.

Lapisan kedua, gelaran ahli Silat Cekak adalah merujuk pada

sifat hakiki pesilat itu sendiri. Tersangat mahir. Maknanya dalam

pengertian lapisan berikutnya, pengertian ahli Silat Cekak ialah

merujuk pada sifat mahir atau mempunyai pengetahuan yang

mendalam dalam persilatan Silat Cekak; sama ada geraknya atau

kefahamannya. Oleh itu tidak sama antara ahli persatuan dengan ahli

silat. Malah konsep ahli silatpun berbeza berdasarkan lapisan

pengertiannya.

Baru aku boleh faham akan maksud kata-kata Ustaz

dulunya. “Silat Cekak amat mementingkan kualiti. Bukannya kuantiti”.

Itu sebabnya dulu-dulu, kita tak pernah mengisytiharkan bilangan ahli

seperti mana yang dilakukan persatuan silat-silat Melayu yang lain.

Dalam konteks kualiti, kita merujuk pada ahli yang telah tamat dan

menguasai pelajaran silat. Setakat bermegah sebagai ahli persatuan,

itulah sifat mementingkan kuantiti tanpa mengambil kira keupayaan

ahli dalam penguasaan silatnya. Oleh itu, lebih baiklah kita menjadi

Page 384: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 374

ahli silat yang berlapis. Bukan setakat selapis. Janganlah bermegah

sebagai ahli persatuan yang penguasaan silatnya mungkin tonggang-

langgang.

Setelah kain putih dibedak-bedak pada tuan punyanya,

masing-masing masih tetap berada dalam majlis. Aku difahamkan

bahawa ada majlis mandi. Namun begitu, majlis tersebut tak ada

laranya. Sebaliknya Ustaz menampakkan riak untuk bercerita.

Penceritaan Ustaz adalah berkenaan dengan tamat silat.

Ketika itulah Ustaz memberi petua. Cara pukulan ditempat

yang nyata dan tersedia. Sejengkal dari mata. Tidak boleh lagi

membuat pukulan ikut suka. Mesti ada arah dan tujuan yang nyata.

Pemberatan pukulan adalah utama. Itulah salah satu kelebihan Silat

Cekak yang ada. Jangan dipermudah akannya. Jangan buat pukulan

secara suka-suka. Tak rasa sakit tapi geli geleman terasa apabila

terkena pukulan yang ada. Semuanya gara-gara ambil mudah akan

kelebihan pukulan Silat Cekak yang ada. Tangan yang sepatutnya

digenggam, dibuka luas umpama sedang meramas. Cit! hati bicara.

Dalam persilatan Silat Cekak, pukulannya ada peraturan dan

ada kaedahnya. Pukulan dalam Silat Cekak adalah tersangat penting.

Umpama nadi dalam gerak silat kita. Tanpa nadi, mati jadinya.

Maknanya tanpa pukulan, Silat Cekak kurang bermakna. Itulah

kelebihan kita. Maka tidak hairanlah Ustaz memberatkan pemberian

petua pukulan sejengkal setelah tamat silat. Masa ijazah ketiga.

Ijazah penamat.

Sepanjang ingatan, pengalaman dan pengetahuanku, ada

dua (2) petua yang mesti diberi guru pada anak muridnya.

Pertamanya ialah ketika ijazah pertama. Ketika itu Ustaz memberi

Page 385: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 375

petua untuk memahirkan pergerakan tangan dan memantapkan

pergerakan kaki. Sesuailah dengan konsep Silat Cekak yang

berasaskan pada gerak tangan dan kaki. Maka Ustaz telah memberi

petua agar pergerakan kaki dan tangan dirancang supaya sesuai dan

lancar dengan kehendak gerak Silat Cekak seterusnya.

Maka keduanya ialah petua membuat pukulan ditempat yang

tertentu. Hal yang demikian melambangkan bahawa perbuatan

pukulan jangan dibuat main-main. Maka tidak hairanlah Ustaz

membuat penekanan pemberian petua tersebut dalam ijazah

penamat agar anak-anak muridnya benar-benar hebat, cergas,

mantap dan membuat gerak berdasarkan tujuan. Bukan main-main.

Setelah Ustaz puas bercerita maka aku dan rakan-rakan

disuruh bersedia. Majlis mandi oleh Guru Utama. Sekali lagi aku amat

berbangga. Aku dimandikan Ustaz sebagai penuntut yang pertama

dalam kalangan rakan-rakanku. Banyak kisah menarik ketika majlis

mandi tersebut. Aku akan mengenang kembali dalam tulisan

berikutnya. Kenangan waktu mandi.

Sebelum menunggu habis semua rakanku mandi silat, ada

ruang yang luas untuk berbincang dengan ahli-ahli lama. Kenduri

belum ada lagi sebab tunggu semua rakanku habis mandi. Masa

yang ada dipergunakan untuk bersembang-sembang dengan ahli-ahli

lama yang hadir pada malam itu. Sesungguhnya ramai ahli lama

yang hadir pada malam tersebut. Salah seorang daripada mereka

adalah nama yang selalu disebut-sebut dalam kelas latihan silat.

Mempunyai kebatinan yang tinggi. Tapi, semuanya tak menjadi

apabila menjalani majlis mandi. Hanya pada malam itu baru dirinya

muncul dan dapatlah kami membuktikan cerita.

Page 386: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 376

Teringat cerita sebelumnya dalam kelas tentang

kelebihannya. Pernah menuntut pelbagai ilmu megah. Usahkan

anggota tubuh badan, rambut pun tak lut dek pisau belid. Kena buka

dulu ilmu yang diamal tatkala menggunting rambut. Ada cara

bacanya. Beliau juga dikatakan dia mempunyai ilmu lain yang

menarik perhatian kami. Pernah ditanam hidup-hidup. Tak mati.

Mungkin setengah mati agaknya.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada ahli tersebut tidak

membawa apa-apa makna setelah tamat silat. Beliau berkata,

“Kerana mandi silat, semua ilmu megah tersebut telah hilang begitu

saja.”

“Tersangat pawer mandi silat.” Itulah ayat yang sering

diperkatakan. Aku tak dapat gambarkan sepawer mana. Sukar

diukur. Kalau minum tongkat ali, tentu tahu pawernya. Boleh diukur

kepowerannya.

Pada malam itu kami berasa bertuah kerana berpeluang

berbual dengan ahli tersebut. Penceritaan semula. Tapi, dari mulut

watak utama secara langsung. Kami dengar sahaja. Tunjuk muka

kagum. Dengan nada insaf agaknya, beliau sentiasa tegaskan.

“Setelah tamat silat dan mandi silat, semua amalan terbang

melayang. Tak berani menguji lagi”.

Maka bertambah fahamlah aku akan makna kelebihan mandi

silat. Mendengar cerita dari tuan punya cerita. Kelebihan mandi silat

amat nyata. Pengamal ilmu batin yang tegar boleh terkecewa. Ilmu

megah yang diamal selama itu tidak bermakna. Tak boleh kekal

lama. Maka sesuailah dengan konsep, yang batil pasti tidak bertahan

Page 387: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 377

lama. Rupa-rupanya mandi silat adalah merupakan penapis ilmu

kebatinan yang diamalkan sama ada benar atau sebaliknya.

Maka kata hatiku. “Tak sia-sia aku tamat silat.” Malah cita-

citaku untuk tamat silat bagi menentukan kebenaran ilmu dan amalan

yang sedia ada, telah memberi makna. Namun begitu aku tidak

pernah menguji ilmu megah yang ada pada diriku. Perkara

pentingnya aku tidak mengamalnya lagi. Tak payah tapis-tapis

dengan mandi silat. Sebelum mandi silatpun aku tahu akan

kelemahan ilmu yang aku amalkan. Semuanya hasil perbincangan

dan perbualanku dengan Ustaz.

Apapun, aku tersangat berpuas hati dengan kelebihan

kefahaman yang ada dalam persilatan Silat Cekak. Kefahamannya

adalah jelas, objektif dan sesuai dengan sifat kita sebagai hamba

Allah. Cuma, dalam gerak silat aku belum berpuas hati. Perlu diuji.

Akan dicerita lain kali.

Aku difahamkan bahawa ada upacara majlis petua yang

dianjurkan persatuan. Ada ahli yang bertanya untuk mendapatkan

penjelasanku mengenai majlis petua tersebut. Tak dapat kujawabnya

kerana tidak pernah ada pengalaman mengenainya. Zaman aku dulu-

dulu tak ada pun majlis petua secara rasmi; khas atau berfokus pada

petua. Yang ada ialah „petua mesti‟ di ijazah pertama dan ijazah

penamat. Menjadi standard atau SOP pada Guru Utama terhadap

anak muridnya.

Aku hanya dapat katakan bahawa tulisan dan ulasanku

adalah berdasarkan pengalaman yang aku lalui dulunya.

Berdasarkan pengalaman itu maka aku membuat kesimpulan dan

ulasan. Tidak lebih dan tidak kurang. Mana-mana peristiwa atau fakta

Page 388: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 378

yang berada di luar dari pengalamanku, maka aku hanya boleh

bercerita tapi tidak boleh mengulas atau membuat komen akan buruk

baiknya. Tidak sesuai. Ulasan dan komenku adalah berdasarkan

pengalamanku. Jelas.

Di samping dua bentuk petua tersebut, masa aku belajar Silat

Cekak dulunya, ada petua pelari pisau yang diberi Ustaz selepas

ijazah kedua. Itu juga adalah merupakan petua mesti. Mesti beri.

Sebelum pelajaran potong, petua pelari pisau ditunjukkan dan

dipelajari para penuntut. Namun begitu, petua tersebut tidak menjadi

tanggungjawab Guru Utama untuk menyampaikannya pada penuntut

Silat Cekak. Boleh diwakilkan pada Jurulatih untuk menurunkan

petua tersebut. Maknanya, petua ijazah pertama dan ijazah ketiga

adalah merupakan hak dan tanggungjawab Guru Utama, manakala

petua pelari pisau selepas ijazah kedua, ada pilihannya.

Walau bagaimanapun, kelas-kelas latihan di Ipoh peringkat

awalnya dulu tersangat beruntung. Hal yang demikian kerana Ustaz

sendiri kerap kali menurunkan petua tersebut dalam kalangan anak-

anak muridnya di pusat latihanku. Jika Ustaz balik awal setelah ijazah

kedua maka menjadi tanggungjawab aku pula untuk menurunkan

petua tersebut dalam kalangan anak didikku.

Petua-petua lain yang tidak berkaitan dengan gerak silat

seperti petua keras tangan, langkah selamat dan sebagainya adalah

merupakan hak Guru Utama. Ustaz boleh beri dan Ustaz juga boleh

tidak memberi. Maka di situlah lahirnya konsep „Habuan‟. Ada

habuan, dapatlah petua-petua tersebut. Hal yang demikian adalah

berbeza dengan dua jenis petua dalam ijazah pertama dan ijazah

ketiga. Semua murid Silat Cekak akan memilikinya. Petua-petua itu

Page 389: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 379

adalah merupakan keperluan utama sebagai persiapan menjadi bakal

ahli Silat Cekak yang hebat.

Setelah beberapa tahun aku memimpin cawangan, baru

terdengar akan adanya majlis petua secara rasmi. Tersangat hebat

sewaktu kepimpinan Pak Ak. Aku tak ambil peduli. Pada pendapatku,

tentu ada sebab orang-orang kanan Pak Ak mempopularkan majlis

petua sebegitu. Aku tidak menentang dan tidak pulak melayan. Maka

tidak pernah sebarang majlis petua diadakan di cawanganku sama

ada semasa kepimpinanku atau semasa cawangan dipimpin

penggantiku. Tak nampak akan keperluannya kerana aku tidak

pernah mengalaminya. Tak ada pengetahuan dan tak ada

pengalaman.

Aku cuba meyakinkan diriku secara positif tentang keperluan

majlis petua tersebut perlu diadakan. Terlintas di hatiku. Mungkin

konsep majlis petua sama seperti konsep rumah terbuka selepas hari

raya. Bukan mudah mencari masa pada tuan rumah untuk bertemu

jiran-jirannya. Kena tentukan tarikh yang sesuai untuk bersua muka.

Maka konsep rumah terbuka di satu ketika selepas hati raya menjadi

perkara utama. Setakat itu sahaja logikku.

Dalam tulisan yang terdahulu ada aku nyatakan. “Aku

dimandikan Ustaz sebagai penuntut yang pertama dalam kalangan

rakan-rakanku”. Aku tersangat bangga. Baru lengkap rasanya

menuntut Silat Cekak. Semuanya dari Guru Utama. Ijazah dari Guru

Utama. Ambil buah dari Guru Utama. Mandi silatpun dari Guru

Utama. Aku berasa diriku bertuah. Berasa puas belajar Silat Cekak.

Mungkin tidak ramai dalam kalangan anak murid Ustaz yang

merainya sebegitu. Hal yang demikian merupakan satu kelebihan

yang ada buat diriku.

Page 390: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 380

Perasaan bangga tersebut pernah aku uar-uarkan dalam

kalangan ahli-ahli Silat Cekak termasuk ahii-ahli yang mendapat

tunjuk ajar dariku. Tidak terlintas akan niat untuk bermegah.

Melainkan berasa bangga dan ingin berkongsi bersama akan

kebanggaan itu dengan ahli-ahli yang lain. Bukan mudah mendapat

kelebihan yang sedemikian. Rupa-rupanya bukan semua orang suka.

Teringat kisah lama. Ketika kita berada dalam sengketa.

Baru terdengar pelbagai ulasan kerana fahamanku yang

bertentangan. Ketika itu ada orang-orang lama yang tidak sehaluan

fikiran, mula mempertikaikan kelebihan dan kebanggaanku.

Dikatakan mereka. “Mana mungkin Ustaz berterusan menurunkan

buah padaku sebagai orang yang pertama. Ada ketikanya Ustaz tidak

hadir ke kelas latihanku. Maka buah-buah tersebut diperturunkan

wakil Ustaz.” Maknanya bukan semua buah diperturunkan Ustaz

padaku.

Malas nak kata apa. Nampaknya mereka lebih tahu tentang

diriku. Itulah namanya manusia. Apabila hati tidak suka maka

perasaan iri mula tiba. Perasaan dengki menyusul pula. Akhirnya

perbuatan khianat menguasai jiwa. Maka layaklah mereka bertindak

apa saja. Boleh mengulas dan mengata ikut suka. Tak sedar akan

kebolehan diri yang ada. Kadang kala berasa diri lebih hebat dari

Guru Utama. Itulah salah satu sifat murid Ustaz yang rajin

menderhaka.

Pada anak didikku, selalu kukatakan. Buah yang diambil dari

wakil Ustaz, aku buat susulan. Dengan Ustaz, aku buah pengesahan.

Bukan setakat mengesah tapi juga dibuat perbincangan. Maka

mudahlah aku bersifat faham. Lagi teliti mendengar penjelasan dan

Page 391: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 381

pesanan. Lebih berfokus pada pelajaran. Tak ada orang lain sebagai

kawan. Maka dengan Ustazlah aku berpasangan.

Ketika kita berijazah pertama, ada pesanan umpama sumpah

setia. Sesama ahli jangan bersengketa. Maka tentu ada sebab kita

bersumpah sedemikian rupa. Kalau tidak, tentu sumpah setia tidak

menjadi salah satu ikrar utama. Tentu ada tujuan tersirat di sebalik

sumpah setia.

Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi dalam satu majlis Ijazah Pertama. Kelihatan Ustaz Hanafi Haji Ahmad (membelakang) sedang mengijazahkan salah seorang penuntut baru Seni Silat Cekak.

Page 392: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 382

Semakin lama aku berada dalam persilatan Silat Cekak,

maka aku semakin faham. Ustaz boleh membuat telahan betapa

perpaduan sesama ahli boleh menjadi retak mencari belah. Rapuh.

Maka tidak hairanlah prinsip perpaduan sesama ahli telah dijadikan

salah satu ikrar berbentuk sumpah.

Ikrar dan sumpah telah kita lupa ketika kita bersengketa.

Maka teringatlah aku akan pesanan Ustaz. “Hanya guru, ibu dan

bapa tidak ada perasaan iri hati terhadap anak atau anak muridnya.

Sebaik-baik kawan mesti ada perasaan iri di hati.”

Ustaz pernah memberi penerangan tentang konsep iri hati.

Itulah lambang perasaan cemburu, tak puas hati atau perasaan

kekurangan pada diri apabila dibanding dengan orang lain. Perasaan

itu mula terlintas atau terbit dalam hati. Itulah konsep iri dalam hati.

Sukar dikesan oleh orang lain melainkan diri sendiri yang

mengetahui.

Apabila perasaan itu dizahirkan melalui pertuturan maka

wujudlah konsep dengki. Maknanya, orang yang suka mengata orang

lain maka itulah sifat orang yang dengki namanya. Apabila sifat

dengki itu dizahirkan melalui tindak balas perbuatan maka bersifatlah

perbuatan itu sebagai maksud khianat. Nampaknya tahap dengki

dan khianat telah menguasai diri para ahli yang dulunya merupakan

orang-orang kanan Ustaz. Orang yang dididik Ustaz.

Apabila aku faham tentang makna iri hati dan perasaan

dengki dalam kalangan ahli, lebih baik aku berdiam diri tatkala diriku

dikata nista. Tak payah kelam kabut membela diri. Kebenarannya,

sifat itulah salah satu budaya yang ada dalam persilatan kita dulunya.

Ustaz telah membuat telahan terlebih dahulu. Sifat sedemikian pasti

Page 393: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 383

menjadi dan terjadi dalam kalangan ahli. Maka tidak hairanlah ikrar

perpaduan sesama ahli dijadikan salah satu sumpah ketika ijazah

pertama perkenalan Silat Cekak.

Perkara yang saya ingin simpulkan dalam tulisan ini ialah kita

perlu berhati-hati dalam pergaulan sesama ahli dalam persilatan Silat

Cekak. Termasuklah dalam persatuan Silat Cekak. Perasaan iri hati,

cemburu, dengki dan akhirnya khianat pasti akan terjadi dalam

pergaulan sesama ahli. “Ada ulu ada parang, ada dulu maka adalah

sekarang.”

Sentiasalah beringat-ingat dan menjaga diri agar boleh

mengurangkan fitnah diri. Budaya kita dulunya ialah apabila diri mula

difitnah dan dicaci maka perwatakan kita akan terus menerus dibenci.

Tidak ada yang baik lagi. Semua cerita buruk sahaja yang diungkit.

Langsung tak ada perkara baik. Semua perkara baik telah terketepi.

Malang sekali.

Ikrar sumpah nampaknya kurang bererti dalam persilatan

kita. Kata orang tua-tua, ikrar sumpah tersebut umpama bertaraf „lalu

di celah kangkang sahaja‟. Tidak membawa apa-apa makna. Maka

tidak hairanlah kini, jika timbulnya moto „satu hati dan satu suara‟.

Mudah-mudahan moto itu benar-benar menjelma. Tidak menjadi satu

suara dan satu hati untuk melahirkan perasaan kecewa dan perasaan

iri hati. Pupuklah ketenangan dalam Silat Cekak agar terhindar dari

sifat dukacita. Minum air terasa duri, makan nasi terasa sekam.

Page 394: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 384

2. Mandi Silat

Seperti yang kukatakan terdahulu. Banyak kisah menarik

ketika majlis mandi tersebut. Aku akan cuba mengimbau kembali

akan kenangan itu dalam tulisanku ini. Kenangan waktu mandi

berdasarkan pengalamanku sendiri. Mungkin boleh dijadikan bahan

bandingan pada generasi baru pesilat Silat Cekak.

Pengalaman mandi tamat dalam Silat Cekak adalah teramat

asing dari pengalamanku sendiri. Orang-orang lama kerap memberi

gambaran tentang kehebatan mandi tamat. Tersangat banyak

gunanya. Boleh menyegarkan tubuh badan. Boleh jadi pendinding

kecelakaan. Tapi ada upacaranya. Tak seperti mandi sebelumnya.

Mandi potong. Aku diam sahaja. Belum pernah aku tengok majlis

mandi penamat tersebut. Apatah lagi merasainya. Tatkala tamat baru

berpengalaman mandi tamat. “Tak adalah banyak bezanya dengan

mandi potong.” Kata hati kecilku.

Keistimewaan mandi tamat adalah kerana namanya mandi

tamat. Ada temannya. Ada kembarnya. Ada pasangannya. Kain putih

maksudnya. Mandinya dikatakan ada kelebihan. Bukan setakat

harapan pulang pulih sedia kala tapi juga benda tak betul boleh

ditapisnya. Baru boleh diiktiraf sebagai ahli silat. Baru boleh

memperoleh „lesen‟ bagi mendalami rahsia persilatan Silat Cekak.

Baru boleh matang dan khatam dalam penguasaan gerak. Hebat

sekali dan berkali-kali hebatnya proses pembelajaran Silat Cekak

dulunya. Pengalamanku. Kesimpulanku.

Hal yang demikian amat berbeza dengan pesilatan Melayu

yang lain. Aku sendiri berpengalaman dalam jenis persilatan Melayu

yang terdahulu. Mandi silat adalah di permulaan menuntut. Mandi itu

Page 395: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 385

adalah satu bentuk pengiktirafan terus sebagai ahli silat. Rupa-

rupanya, kebanyakan silat Melayu, apabila hendak belajar silat, kena

mandi dulu dan terus diiktiraf sebagai ahli silat yang berkenaan.

Dalam silat itu, aku merasa mandi silat terlebih dahulu

dengan pelbagai syarat dan peraturan tertentu. Mandi tapak

gelarannya. Sintuk dan limau nipis adalah merupakan bahan utama.

Guru akan mandikan dengan niat pengiktirafan sebagai ahli silat.

Oleh itu, selesai mandi maka adalah kebenaran padaku untuk belajar

rahsia silat berkenaan dan terus diiktiraf sebagai ahli silat.

Persilatan Silat Cekak tidak sebegitu. Bukan mudah memberi

pengiktirafan sebagai ahli silat kerana sifat cabut lari tetap payah

dihindari. Oleh itu, tidak mudah mendapat pengalaman mandi dalam

Silat Cekak. Mesti ada sifat ketabahan dan kesabaran untuk tamat

silat terlebih dahulu. Walaupun pelajaran Silat Cekak amatlah mudah,

akan tetapi jika tidak ada keizinan-Nya maka ada saja halangan bagi

membolehkan seseorang itu tamat silat.

Oleh itu, untuk merasai mandi tamat silat dalam Silat Cekak

mesti mempunyai sifat kecekalan untuk menghabiskan pelajaran

silat. Kalau sekerat jalan, bukan ahli silat namanya. Tidak diiktiraf

sebagai ahli Silat Cekak dalam bentuk mandi. Kalau berhenti sekerat

jalan maka itu tandanya tak ada habuan untuk mewarisi ilmu

persilatan Silat Cekak.

Maka fahamlah aku. Bukan mudah untuk mendapat

pengiktirafan sebagai ahli silat dalam persilatan Silat Cekak;

berbanding dengan silat-silat Melayu terdahulu. Mesti tamat dulu.

Untuk tamat silat perlu ada sifat tabah dan sabar diri. Tak boleh

belajar suka-suka hati. Ada peraturan dan ada proses untuk diiktiraf

Page 396: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 386

sebagai ahli. Ijazah penamat adalah syarat hakiki. Proses

pengiktirafannya mesti ada mandi.

Seperti yang aku katakan bahawa proses mandi dalam Silat

Cekak adalah teramat asing dari pengalamanku sendiri. Apatah lagi

mandi tamat yang ada „kembarnya‟. Walau bagaimanapun, aku suka

memerhati akan pelakuan guru pada limau yang dibelah dua.

Walaupun jenis limau adalah berbeza, nampaknya buah limau tetap

berperanan memberi petunjuk pada gurunya. Ada isyaratnya.

Dalam silat Melayu yang aku ceburi, limau nipis dibelah dua.

Setelah dibelah dua, guru akan „membaca‟ sesuatu pada limau yang

dibelah tersebut. Daripada limau itu akan diisytiharkan jika ada anak

murid yang boleh dijadikan anak angkat guru.

Dalam Silat Cekak pula, aku juga memerhatikan pelakuan

Guru Utama ketika membelah dua limau purut yang dibawa.

Nampaknya, pelakuan Guru Utama juga kuperhatikan sama saja.

Semacam ada isyarat Guru Utama „membaca‟ limau purut yang

dibelah itu. Diperhatikannya limau itu sambil hujung pisau disentuh

pada limau tersebut. Tapi, tak ada apa-apa berita ekorannya. Tak

pernah pulak melalui limau itu dinyatakan apa-apa. Aku hanya

berkata-kata dalam hati. Tidak berminat bersuara untuk bertanya

soalan pada guru.

Konsep membaca itu bukanlah merujuk pada pengucapan

ayat-ayat yang tertentu seperti yang diamalkan oleh guru-guru silat.

Istilah membaca itu membawa makna sebagai mentafsir petanda

atau isyarat yang ada pada limau tersebut. Hal yang demikianlah

cuba ditanya pada Ustaz tapi tidak kesampaian.

Page 397: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 387

Sebenarnya, sejak malam itu dan hari-hari ijazah yang

menggunakan limau seterusnya, aku ingin bertanya Guru Utama.

Apa petanda yang ada. Apa isyarat yang dibacakan. Tidak

kesampaian hinggalah pemergian Ustaz. Cuma, bagi menyedapkan

hati maka aku ada kesimpulan sendiri.

“Limau purut tak akan membawa apa-apa makna. Bukan kita

yang menanamnya. Beli di kedai mamak atau di kedai Cina. Beli

secara borong. Faktor nasib tentunya ada. Kalau ada isyarat atau

petandanya, mana aci.” Itulah kata-kata hati bagi menyedapkan hati.

Harapannya ialah persoalan limau dalam hatiku boleh

terpadam sebab petunjuk limau tidak diuar-uarkan dalam persilatan

Silat Cekak; tidak sama dengan persilatan Melayu lainnya. Oleh

sebab aku berada dalam Silat Cekak maka persoalan limau tidak

membawa makna.

Malam itulah buat pertama kalinya aku dan rakan-rakan

merasai mandi silat dalam satu upacara khas persilatan Silat Cekak.

Ramai tetamu yang menonton ijazah tamat. Termasuk juga ahli-ahli

lama. Dalam kalangan kami, ramai yang tidak bersedia kerana tidak

tahu akan rupa bentuk mandi tersebut. Pada hal, pengalaman mandi

potong telah ada. Proses mandi lebih kurang sama. Cuma, penjiwaan

pada mandi itu sahaja yang agak berbeza.

Untuk proses mandi seterusnya, kami dikumpulkan di bilik

air. Kawasannya agak sempit. Di Pejabat silat di Lorong Haji Shirat,

Kampung Baru. Ramai ahli yang melimpah dan berdiri di luar bilik air

tersebut. Sekali lagi penerangan diberi tentang proses mandi. Ada

cara penggunaan limau walaupun pernah diguna pada ijazah kedua.

Page 398: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 388

Ada juga pembantu Ustaz yang membantu pada ahli yang benak

tahunya.

Ketika Ustaz berbicara menerangkan konsep „pulang pulih

sedia kala seperti aku keluar dari perut ibuku‟, maka ada antara

rakan-rakanku yang mencelah secara berkata senyap dengan rakan

yang lain. Aku dapat mendengarnya. “Kalau macam tu, elok aja kita

mandi bogel. Tak payah pakai kain basah. Baru sesuai dengan sifat

keluar dari perut ibu.”

Tak ada siapa yang berani gelak atau ketawa kuat. Depan

Ustaz. Nak cari nahas. Cuma ternampak riak senyum di muka rakan-

rakan yang mendengarnya. Aku yakin bahawa Ustaz juga

mendengarnya.

Persiapan aku tak ada masalah. Kebetulan ada bawa tuala

mandi. Pengalaman mandi potong. Maka tuala itu boleh dijadikan

kain basahan. Kasihan juga pada rakan yang lain. Tak bawak apa-

apa sebagai kain basahan. Dari kuliah terus ke majlis. Maka terpaksa

pinjam kain basahan berupa tuala dari rakan-rakan yang lain. Nasib

baik tualaku tidak dipinjam.

Walau bagaimanapun, ada juga yang berasa segan. Maka

terpaksalah mereka menggunakan kain putih tersebut sebagai

basahan. Tak ada arahan dan tak ada keperluan berbuat sedemikian.

Terpaksa gunakan. Setahu aku bilangannya tidak ramai. Guna kain

putih kerana terdesak. Dah tak ada kain lain sebagai kain basahan.

Maka mungkin timbul persoalan dalam kalangan pembaca.

Kenapa aku tidak memulakan mandi pada malam itu dengan kain

putih yang telah diijazah atasnya. Guna kain lain sebagai basahan

Page 399: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 389

untuk mandi silat oleh Guru Utama. Begitu juga pelakuan dari rakan-

rakanku yang lain. Terkecuali yang tidak ada apa-apa pun untuk

dipakai, baru guna kain putih sebagai kain basahan dalam majlis

mandi tersebut.

Kami ada alasan. Dalam hal ini, peganganku dan pegangan

rakan-rakanku adalah jelas. Kalau nak buat sesuatu itu maka buatlah

betul-betul. Ikut arahan dan ikut peraturan. Tak boleh buat suka-suka

hati. Kalau tidak buat suka-suka hati maka itulah bukti kesungguhan

diri. Hakikatnya, konsep kesungguhan adalah merupakan satu

harapan dan simbolik melalui perbuatan. Arahan Ustaz sentiasa

menjadi landasan dan pegangan.

Seperti yang aku tegaskan dalam tulisan terdahulu,

“Sesungguhnya Silat Cekak itu juga penuh dengan perbuatan kiasan

atau simbolik yang melambangkan sifat kesungguhan dan sifat

mengharap. Sifat mengharap itu membawa makna pelakuan kita

yang mempunyai harapan seperti mana perbuatan yang dilakukan.”

Sebelum mandi , Ustaz juga memberi penerangan tentang

perkaitan mandi dengan kembarnya iaitu kain putih. Lagi aku faham

maksud kiasan atau simbolik yang melambangkan sifat

kesungguhan. Ada beberapa sifat dalam upacara mandi yang boleh

dikaitkan dengan kiasan atau simbolik kesungguhan diri. Aku

membuat tafsiran berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku

sendiri. Pastinya berdasarkan penjelasan yang pernah Ustaz beri.

Maka tafsiran tentang mandi bersama kain putih adalah berdasarkan

prinsip-prinsip yang tertentu.

Aku ingin mengupasnya semula berdasarkan kefahamanku.

Apakah yang aku faham tentang mandi penamat dengan kembarnya

Page 400: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 390

kain putih. Mungkin tulisan ini boleh dijadikan bahan sejarah pada

generasi baru.

Prinsip pertamanya, kain itu perlu dibawa mandi bersama

selama empat puluh hari berturut-turut. Sekali dalam sehari. “Waw!

Bukan Aww!”. Bukan mudah kata hatiku. Kalau mandi selama dua

tiga hari berturut-turut mungkin biasa sahaja. Tapi, kalau empat puluh

hari berturut-turut, bukan kerja mudah. Kena bersungguh hati. Ustaz

memberi arahan supaya kerja mandi tersebut adalah secara

berterusan. Kalau tertinggal sehari atau tertinggal sekali dalam sehari

maka kena ulang balik. Kira satu semula.

Ada orang-orang lama buat kata tambah. Ikut sedap cakap.

“Kalau tertinggal mandi sehari maka mandi itu dianggap batal. Tak

sah. Kena buat balik.”

Hatiku berkata-kata juga. “Dah rupa amal ibadat. Macam air

sembahyang. Ada perkara yang membatalkan air sembahyang. Ada

perkara yang membuatkan tak sah.”

Kata hatiku lagi, “Lebih baik suruh ulang sahaja perbuatan

mandi jika tertinggal sehari, daripada mengaitkan dengan soal tidak

sah atau batal.” Itulah kata hati yang tak dapat diluah.

Aku percaya bahawa pengucapan kata-kata batal atau tak

sah dalam konteks mandi silat, hanya akan membawa banyak

implikasi yang negatif kalau dikaitkan dengan hal yang berkaitan

dengan agama.

Aku cuba logikkan perbuatan mandi selama empat puluh kali

dalam jangka masa empat puluh hari. Secara berturut-turut pulak tu.

Page 401: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 391

Pada diriku, ada logiknya. Seperti yang aku tegaskan, itulah

perbuatan simbolik yang melambangkan kesungguhan. Konsep

berturut-turut adalah merupakan kata tugas yang bertunjangkan sifat

ketabahan. Bukan senang nak buat kerja secara berturut-turut tanpa

henti.

Angka empat puluh hari juga ada maknanya dalam budaya

masyarakat Melayu. Angka matang. Aku pernah membincangkan

tentang peranan angka dalam masyarakat Melayu, khasnya dalam

persilatan kita. Lebih-lebih lagi angka dua puluh satu. Rujuklah tulisan

yang terdahulu.

Kebetulan, aku teringat akan kawanku yang pernah

berpenyakit TB. Menarik kata-katanya. Menurut kawanku itu, “Saya

kena makan ubat empat bijik selama enam bulan berturut-turut. Kalau

tertinggal sehari, doktor suruh ulang balik untuk jangka masa enam

bulan semula.”

Maknanya, kalau kawan aku itu telah makan ubat selama

lima bulan sepuluh hari dan tertinggal sehari maka dia kena ulang

balik atau ulang semula makan ubat untuk enam bulan berikutnya

secara berturut-turut. Bermula dari tarikh yang baru. Lima bulan

sepuluh hari itu tidak membawa apa-apa makna. Kira terputus.

Oleh itu, terpulang pada kawanku itu untuk memulakan balik

kiraan makan ubat atau tidak. “Nak buat atau tak nak buat. Nak baik

atau tak nak baik. Kalau nak baik, mula balik.”

Baru aku faham bahawa memakan ubat TB perlu secara

rantaian yang berterusan. Tak boleh putus. Barulah ubat itu mujarab

untuk membunuh kuman TB. Kalau terputus, kuman TB akan mula

Page 402: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 392

mengambil tempat. Perbuatan makan ubat sebelum terputus, tidak

membawa makna.

Oleh itu, memakan ubat TB tersebut perlu secara berhati-

hati. Kena tenang diri. Jangan gopoh. Jangan bebal. Jangan

persoalkan arahan dan peraturan memakan ubat. Jangan persoalkan

doktor yang memberi arahan. Doktor lebih tahu, lebih

berpengetahuan dan telah membuat pelbagai jenis kajian. Itu

sebabnya doktor itu mempunyai kesahan untuk memberi arahan dan

suruhan.

Maka kiasnya tersangatlah logik jika dibandingkan dengan

perbuatan mandi secara berturut-turut selama empat puluh hari.

Bandingan kita adalah berdasarkan pelakuan. Ustaz memberi arahan

dengan peraturan yang tertentu, ada sebabnya. Ada tujuannya.

Letakkan kepercayaan sepenuhnya pada Ustaz kerana Ustaz lebih

mengetahui, lebih berpengalaman dan pakar dalam bidangnya.

Dengan bahasa mudah, “Ikut sahaja, jangan banyak membantah.”

Fahaman yang diberi Ustaz adalah jelas. Jika mandi

dilakukan secara berturut-turut selama empat puluh hari maka

barulah penuntut itu memperoleh faedah. Baru dapat „khasiatnya‟.

Persoalannya, “Nak buat atau tidak. Nak faedahnya atau tidak. Kalau

semuanya nak, ikut arahan. Jangan buat persoalan. Jangan banyak

songehnya. Ustaz lebih tahu ketika memberi arahan.”

Perbuatan yang berulang-ulang akan membentuk kebiasaan.

Sifat kebiasaan yang berulang-ulang akan membentuk sikap. Maka

sikap yang berulang-ulang akan menjadi tabiat dan tabiat yang

berulang-ulang itu akan membentuk nilai pada seseorang. Nilai itulah

Page 403: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 393

merupakan harga dirinya. Ada yang bernilai seringgit, ratusan ringgit,

ribuan ringgit atau ada yang nilai dirinya adalah tidak ternilai.

Perulangan perbuatan, kebiasaan, sikap dan tabiat itu

perlulah dilakukan secara berturut-turut selama empat puluh hari.

Baru terkesan. Hal yang demikian pernah aku aplikasikan ketika

menjadi pengurus sekolah terutamanya hal yang berkaitan dengan

disiplin murid. Jelas keberkesanannya. Hasil perbuatan yang diulang-

ulang secara berturutan tanpa terhenti atau terputus.

Itulah nilai kesungguhan dan ketabahan yang tersangat

besar maknanya dalam persilatan Silat Cekak yang selalu dianggap

mudah. “Silat Cekak tersangatlah mudah, bagi mereka yang

mendapat hidayah. Sungguhpun begitu hendaklah tabah, Insya-Allah

mendapat faedah.”

Sesungguhnya persilatan Silat Cekak hanya boleh dikuasai

para penuntutnya yang bersifat tabah. Penuntut Silat Cekak yang

bersifat tabah adalah melambangkan hati yang tidak gentar atau tidak

berubah-ubah hati. Maknanya, ahli itu adalah tetap hati. Sifatnya

adalah terus berusaha dengan semangat dan azam, berani dan

cekal demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Dalam konteks mandi, ahli yang bersifat tabah akan

melakukan perbuatan mandi selama empat puluh hari secara

berturut-turut tanpa ada perasaan syak wasangka atau ragu-ragu di

hati. Hatinya tetap dan membulat hati. Sifatnya akan tetap berusaha

melakukan perbuatan mandi tersebut secara rantaian yang tidak

putus dengan semangat yang kental dan cekal. Kalau demam

menggigil sekalipun, mandi tetap mandi. Tak boleh tangguh-taguh

lagi.

Page 404: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 394

Kalaulah nilai ahli-ahli tersebut bersifat sedemikian maka

penguasaannya dalam gerak silat pastinya tersangat hebat. Sifatnya

adalah sentiasa bernafsu atau sentiasa berkehendak akan pelajaran

Silat Cekak. Penuntut yang sebegitu juga tak mudah cabut lari

melainkan terus berkekalan dalam persilatan Silat Cekak. Pelajaran

Silat Cekak dikuasainya dengan penuh keyakinan dan dijadikan

amalan dalam kehidupan sehariannya. Inilah kumpulan ahli yang

terus berjuang menyebarkan persilatan Silat Cekak di mana-mana

dia berada.

Pada zaman saya dulunya, mandi silat dijadikan Ustaz

sebagai lesen untuk memperoleh ilmu-ilmu kefahaman atau petua-

petua yang ada dalam persilatan Silat Cekak. Malah dalam satu-satu

keadaan, persoalan yang dikemukaan penuntut pada Ustaz hanya

akan dijawab Ustaz setelah mendapat kepastian bahawa ahli

berkenaan telah habis mandi silat.

“Dah habis mandi silat atau belum”. Itulah pertanyaan Ustaz

sebelum menjawab persoalan atau memberi tambahan ilmu secara

kefahaman atau memberi petua-petua. Secara psikologi, tak ada

siapa yang berani bohong Ustaz. Kalau telah habis mandi silat

selama empat puluh hari maka akan dikatakan habis. Kalau belum

habis mandi silat maka akan dikatakan belum habis. Istilah habis

adalah merujuk pada tempoh empat puluh hari dan secara berturut-

turut. Kalau tak habis maka setakat itulah perbincangan Ustaz.

Pernah juga pada satu ketika, Ustaz ingin meneruskan percakapan.

Oleh itu ahli yang belum habis mandi silat akan disuruh beredar dari

situ.

Nampak macam tak patut. Tapi itulah yang sepatutnya. Kata

hatiku, “Kalau disuruh mandipun tak boleh buat, nak buat apa terima

Page 405: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 395

ilmu yang lain. Pasti tak akan diamalkan melainkan buat habuan

fikiran sahaja. Bukan amalan perbuatan. Sia-sia sahaja memberi ilmu

pada jenis murid yang sedemikian. Umpama mencurah air di daun

keladi.” Aku tegas dengan pendapatku itu.

Dalam persilatan Melayu yang lain, kesungguhan dan

ketabahan anak muridnya ditentukan melalui pelbagai ujian dan

upacara tertentu. Misalnya mandi minyak, melontar buah kelapa

dalam gelap. Melompat ke dalam lubang yang diletakkan buluh

runcing dan pelbagai jenis ujian lagi. Ramai yang cabut lari.

Dalam Silat Cekak ujian kesungguhan dan kecekalan, mudah

sahaja. Mandi silat selama empat puluh kali dalam masa empat puluh

hari secara berturut-turut. Rupa-rupanya, perkara mudah itupun

bukan mudah untuk dibuat. Melainkan pada anak murid yang cekal,

tabah dan sentiasa ikhlas dalam persilatan Silat Cekak.

Prinsip kedua amalan mandi bersama kain putih adalah

berkaitan dengan masa. Ustaz menegaskan pada kumpulan kami.

“Mandi waktu malam dan cari ketika yang sesuai”. Ketika yang sesuai

itu adalah berkaitan dengan peredaran bulan. Maknanya, perlu mandi

ketika bulan sedang naik. Maka aku membuat tafsiran. Ada dua

perkara utama berkaitan dengan perbuatan mandi.

Pertamanya ialah di waktu malam dan keduanya di waktu

bulan sedang naik. Arahan dan penerangan Ustaz, aku dengar

dengan teliti. Aku ingin bersungguh-sungguh melakukan semua

perkara yang ada dalam persilatan Silat Cekak. Alang-alang

menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang

mandi biar basah. Alang-alang belajar biar belajar bersungguh-

sungguh. Alang-alang tunaikan suruhan biar ikut peraturan.

Page 406: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 396

Aku difahamkan ramai yang berminat mandi di waktu pagi

atau petang. Senang. Ada yang merujuk perkataan fajar dalam

bacaan. Terus mandi pagi tanpa memahami makna keseluruhan

ayat. Aku tak tahu nak komen. Tak tahu akan punca sebenar

kelonggaran. Mungkin kehendak penuntut yang banyak karenah.

Waktu petang, matahari turun, waktu pagi matahari naik. Orang

merujuk bulan, dia merujuk matahari. Lantak.

Perkara pentingnya ialah kefahaman dan pengetahuanku

yang menjadi pegangan sejak dulu lagi hingga sekarang.

Tanggungjawab mandi adalah berdasarkan dua prinsip tersebut.

Waktu malam berturut-turut dan ketika bulan naik. Berdasarkan

peganganku itu maka tulisan ini akan mengungkap pengalaman dan

catatan sejarah penglibatanku dalam upacara mandi tamat.

Pengalamanku.

Itulah kefahaman yang aku terima dari Ustaz dan terus

dipertahankan dalam kalangan anak didikku ketika memimpin

cawangan di Perak. Aku tidak pasti lagi sama ada prinsip mandi itu

masih dipertahankan di tempat aku. Cawanganku telah berpecah

pada tiga persatuan. Manakala aku sendiri tidak lagi turun padang

memimpin persatuan atau persilatan. Cuma, sesekali dijadikan

tempat rujukan. Status arkib.

Berdasarkan penerangan yang diterima dari Ustaz pada

malam penamat silat maka kefahaman itulah menjadi pegangan. Aku

dan sebahagian besar rakan-rakanku tidak mahu menjadikan kain

putih sebagai pakaian mandi dalam mandi penamat tersebut.

Kecualilah mereka yang tak bawa apa-apa kain basahan. Sebabnya

mudah. Walaupun masa malam adalah sesuai tetapi prinsip bulan

naik tidak bertepatan. Ketika malam itu, bulan sedang turun. Aku tak

Page 407: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 397

ingat akan tarikhnya. Perkara pasti, bulan naik adalah merujuk pada

tarikh satu hingga lima belas haribulan. Kalender hijrah. Manakala

bulan turun adalah berkaitan dengan tarikh enam belas ke atas.

Maka terpaksalah aku dan rakan-rakan menunggu malam

yang lain iaitu ketika bulan sedang naik untuk memulakan mandi silat

bersama dengan kain putih. Sebaik-baiknya hari Isnin tapi bukan

penentu. Tidak diberatkan sangat oleh Ustaz berbanding dengan dua

prinsip yang lain itu.

Peganganku jelas, alang-alang nak buat mandi, buat betul-

betul. Ikut arahan dan peraturan. Jangan bersikap sambil lewa

sahaja. Perkara pentingnya ialah aku melakukan sesuatu itu

berdasarkan kefahaman dan pegangan. Tak suka ikut-ukut tanpa

sebab yang nyata.

Lama juga aku menunggu masa dalam kiraan saat dan

ketika yang sesuai untuk memulakan mandi silat secara berturut-turut

bersama kain putih. Menunggu hari Isnin malam Selasa, ketika bulan

dalam proses naik. Itulah permulaan yang tersangat sesuai untuk

memulakan mandi silat secara berturut-turut selama empat puluh

hari. Ketika itu aku masih menuntut lagi di Universiti Malaya. Tinggal

di asrama Kolej Ketiga.

Aku ingin menceritakan kembali pengalaman aku mandi silat.

Mandi pada waktu malam ketika bulan sedang naik. Bukan mudah

rupanya untuk mandi silat di asrama. Mana ada orang mandi di waktu

malam. Waktu pagi atau waktu petang adalah perkara biasa. Kalau

mandi waktu malam secara berterusan, memang luar biasa. Tapi nak

buat macam mana. Silat Cekak ada sifatnya. Seperti mana yang

telah aku nyatakan.

Page 408: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 398

“Sesungguhnya Silat Cekak itu juga penuh dengan

perbuatan kiasan atau simbolik yang melambangkan sifat

kesungguhan dan sifat mengharap. Sifat mengharap itu membawa

makna pelakuan kita yang mempunyai harapan seperti mana

perbuatan yang dilakukan.”

Oleh itu, peganganku jelas dan tetap. Kalau nak buat mandi,

buat seperti yang disuruh. Jangan ambil mudah. Sekali seumur

hidup. Maka lebih baik aku mulakan mandi pada waktu yang

sepatutnya seperti yang dikehendaki. Jangan dipermudahkan untuk

kesesuaian diri. Tapi, sesuaikan diri dengan peraturan atau adab

yang sudah ditentukan. Bukannya susah. Bukannya seumur hidup.

Ketika aku memimpin cawangan, ada dalam kalangan anak

didikku bertanyakan alasan Ustaz mengarah mandi di waktu malam

dan ketika bulan naik. Zaman dulu-dulu aku dan rakan-rakan tak suka

membantah. Apa yang diarah, turut sahaja tanpa menyanggah.

Nampaknya anak didikku berlainan sikap. Banyak karenah. Suka

bertanya dan suka membantah. Setiap arahan mesti ada alasan.

Tanpa alasan, ternampak riak membantah.

Aku cuba menyingkap logikku dulu tentang arahan mandi

seperti yang diarah Ustaz. Dengan pengetahuan yang ada melalui

pembacaan dan pergaulan dengan guru-guru silat Melayu, aku cuba

mencari jawapan. Pengetahuanku yang seadanya itu telah ditambah

pula dengan pelajaran yang berkaitan dengan sosio-budaya

masyarakat Melayu ketika menuntut di universiti. Maka semakin

fahamlah aku akan makna arahan Ustaz yang sebegitu.

Jangan lupa juga sifat persilatan kita. Kita percaya bahawa

silat kita adalah juga sebagai Seni Pusaka Bangsa Melayu. Kalau

Page 409: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 399

dah jadi pusaka maka kita juga tak dapat elak dari mewarisi segala

amalan dan kepercayaan yang ada dalam masyarakat Melayu.

Malam dan bulan naik adalah merupakan dua faktor yang berkait

rapat dan sangat berkaitan dengan ilmu hebat masyarakat Melayu.

Itu sebabnya ketika Ustaz mewarisi silat ini maka Ustaz

sendiri terpaksa membuat tapisan supaya amalan yang diwarisi tidak

bercanggah dengan pegangan agama kita. Ustaz sendiri telah

membuat perubahan itu. Seperti yang pernah aku tegaskan

terdahulu. Dalam majalah Dewan Masyarakat, bulan Oktober 1973

Ustaz ada menulis seperti berikut:

“Selepas dimandatkan menjadi guru silat ini saya tidak terus

berpuas hati setakat itu sahaja. Dengan pengalaman sejak usia lapan

belas tahun, dalam seni silat dan kebatinan Islam sejati, saya buat

kajian dan menapis segala seni silat untuk disesuaikan dengan tujuan

bersilat dan sejajar pula dengan peraturan agama Islam.”

Dalam masyarakat Melayu, „malam‟ adalah merupakan saat

dan ketika yang sesuai untuk mempelajari segala pelajaran yang

berkaitan dengan „ilmu megah‟. Tidak kiralah sama ada ilmu silat atau

ilmu-ilmu luar biasa yang lain. Malah, mengubat cara orang

Melayupun mesti dibuat waktu malam. Maknanya, waktu malam

adalah merupakan satu ciri budaya masyarakat Melayu yang amat

penting dalam proses pembelajaran, pengajaran, pemulihan atau

sebagainya.

Maka aku membuat kesimpulan. Tidak hairanlah mandi silat

penamatpun bermula pada waktu malam dan berterusan amalannya,

juga di waktu malam. Kenapa malam. Sesungguhnya malamlah

ketikanya waktu ketenangan. Tersangat terasa ketenangannya.

Page 410: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 400

Waktu tak serabut. Malah, ada sesetengah ilmu yang

mengkhususkan amalannya waktu tengah malam. „Mandi bunga‟ pun

tersangat mujarab di waktu malam. Dari segi agamapun banyak

kejadian di waktu malam.

Aku sendiri pernah berpengalaman menimba ilmu megah

yang dikatakan sangat mujarab dan serasi serta menjadi hanya di

waktu malam. Pengubatan dalam kalangan masyarakat kitapun

dilakukan di waktu malam. Maknanya, perbuatan tertentu di waktu

malam adalah merupakan satu perkara istimewa dalam budaya ilmu

masyarakat Melayu.

Dari sudut psikologi, waktu malamlah jiwa kita mudah

tersentuh. Ketika itu sangat mudah membuat azam dan menimbulkan

kesedaran. Tidak kiralah kesedaran untuk menambah pengetahuan

atau kesedaran untuk berubah. Perkara pentingnya, waktu malamlah

kita akan mudah membuat koreksi diri dan keazaman diri. Penuh

dengan konsentrasi.

Waktu malam juga adalah terasa padatnya. Hal yang

demikian akan membawa makna bahawa perbuatan kita perlu serius.

Tak boleh main-main. Waktunya padat dan masanya terhad. Secara

langsung, perhatian khusus boleh difokuskan pada upacara mandi

yang ingin dilakukan. Bukan mandi biasa. Tapi mandi yang ada baca.

Mesti ada tumpuan, baru boleh jadikan amalan. Begitulah hebatnya

peranan malam dalam proses mempraktikan pelbagai ilmu atau lain-

lain kegiatan persilatan.

Maka aku membuat kesimpulan. Tidak hairanlah jika Ustaz

mengarahkan kami memulakan mandi secara berturut-turut itu pada

waktu malam. Bukan asing dalam budaya Melayu. Bukan pagi atau

Page 411: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 401

bukan waktu petang. Namun begitu, bukan senang nak mandi waktu

malam.

Pada anak didikku, selalu aku ingatkan. Kalau nak

memulakan amalan mandi tamat silat, cari masa yang sesuai, sah

dan benar. Ini bukan ujian bertulis. Kalau ujian bertulis, jawab betul-

betul. Kalau ujian praktikal, buat betul-betul. Tapi ini amalan mandi.

Kena teruskan amalan mandi secara berturut-turut empat puluh hari

di malam hari. Ketika bulan naik. Mesti cekal hati. Memang banyak

juga halangannya. Kena tegas diri.

Jangan terlalu ambil peduli apa orang lain kata. Kalau mandi

pun tak dapat hadapi kata-kata orang, macam mana nak buat kerja

sebarkan persilatan. Sebabnya, menyebarkan Silat Cekak lagi

banyak kata-kata orang. Mandi silat hanya merupakan satu ujian

pemulaan. Ujian kecil. Kalau benar-benar terpaut pada Silat Cekak,

ujian besar sedia menunggu. Malah, mungkin timbul pelbagai

ancaman dalam proses menyebarkan Silat Cekak. Oleh itu, ambil

peduli hati diri sendiri yang berkata. Tak boleh buat kerja sambil lewa

atau suka-suka. Mesti rancang betul-betul, baru boleh mengharapkan

pulangannya.

Teringat ketika mandi dulunya. Banyak sangat cabaran.

Itulah ujian rupanya dalam persilatan Silat Cekak. Ujiannya mudah

sahaja. Mandi setiap malam secara berturut-turut. Jangan tinggal

seharipun untuk jangka masa empat puluh hari. Bukannya seumur

hidup sepanjang berada dalam Silat Cekak. Selepas emat puluh hari,

baru ada „lesen‟. Lulus ujian. Baru ada banyak pilihan.

Ketika itu, selepas habis „berpantang‟ maka buatlah mandi

silat bila-bila masa saja. Elok jadikan amalan harian. Mandi secara

Page 412: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 402

bacaan dan harapan. Buat ikut kemampuan dan keperluan. Seelok-

eloknya berterusan sepanjang masa. Buatlah pilihan waktu. Tak

payah rujuk bulan dan bintang. Apatah lagi rujukan pada matahari.

Pagi, petang, malam, tengah hari, senja, fajar, bulan mengambang,

bulan merembang, matahari naik, matahari turun, bulan naik, bulan

turun, ada bintang, tak ada bintang atau atau atau sebagainya,

buatlah pilihan. Tapi, tiap-tiap hari sebagai amalan. “Dah ada lesen

tak perlu berpantang. Tak perlu sangat ikut peraturan.”

Kalau difikir-fikirkan, bukanlah payah sangat nak mandi silat

dalam persilatan Silat Cekak. Berbeza dengan pengalaman mandi

minyak pada persilatan Melayu yang pernah aku ceburi. Mandinya

tetap di waktu malam. Walaupun mandinya di malam hari, akan tetapi

perbuatan menyediakan minyak perlu dilakukan sejak pagi lagi. Kerja

buat yang dilakukan adalah dalam satu proses yang berterusan.

Teringat kisah mandi minyak yang pernah aku lalui. Banyak

karenahnya. Kelapa kampung. Bertimbun, berpuluh-puluh biji. Kena

kopek sabut kelapa. Setelah siap, kelapa yang dibelah dua kena

kukur sendiri. Ketika itu mesin kukur letrik tak ada lagi. Perah santan

pun sendiri. Semuanya dilakukan secara gotong-royong. Tapi ada

syaratnya. Ketika melakukan kerja, kena ada air sembahyang. Tak

boleh berkata-kata atau sembang-sembang secara suka-suka. Ada

bacanya. Serius semuanya. Kalau langgar pantang, batal air

sembahyang. Tah sah perbuatan. Kena ambil air sembahyang lagi.

Masa itu tak rerti apa-apa. Rupa-rupanya dalam silatpun ada

„majlis agama‟. Ada pula majlis „fatwa‟. Aktiviti silat dah jadi amal

ibadat khusus. Tak payah rujuk niat atau tujuannya. Kalau batal atau

tak sah sesuatu perbuatan dalam silat, bermakna perbuatan tersebut

Page 413: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 403

sia-sia. Tak dapat apa-apa. Apa yang dapat dan apa yang tak dapat.

Tentunya pahala.

Maknanya, kalau buat kerja mandi minyak tanpa bercakap,

dapat pahala. Kalau bercakap maka proses mandi itu tak sah dan

maknanya juga tak dapat pahala. „Cerodek punya hukum‟. Mana ada

perintah Tuhan suruh mandi minyak. Maka jangan cuba kait-kaitkan

dengan agama. Sekarang ini saja baru terfikir. Dulu, aku ikut sahaja.

Kami hanya berhenti makan dan sembahyang. Santan

dimasak dalam kawah yang besar. Sekurang-kurangnya dua kawah.

Ahlinya ramai. Waktu malam baru mula upacara mandi minyak. Ada

caranya. Malam juga. Walaupun sehari kerja, terseksa juga. Minyak

yang disapu di badan tidak boleh dilap. Kering sendiri. Bukan senang

minyak nak kering di badan. Seksanya berkali-kali. Kalau ditanya nak

buat lagi, usah mimpi. Rasanya tak terdaya mengulang perbuatan itu

lagi. Cukup sekali untuk jangka waktu yang lama.

Ujian mandi silat kita tak sama dengan upacara mandi

minyak seperti yang dikata. Mandi kita nampak mudah sahaja. Tapi,

ada susahnya. Namun begitu, susahnya itu boleh diatasi melalui

kecekalan dan kesungguhan diri. Tidak menyeksa diri tapi

memerlukan kecekalan di hati. Pendek kata, mandi silat kita adalah

merupakan satu ujian yang kita boleh tentukan gred diri sendiri. Kita

boleh tentukan gred nilai perbuatan kita sama ada bernilai A+ atau

bernilai E.

Ketika itu aku tinggal di asrama Kolej Ketiga, Universiti

Malaya. Cabaran mandi padaku adalah jelas dan nyata. Mana ada

orang mandi waktu malam. Pakai kain putih pulak tu. Mungkin ketika

mandi orang lain tak nampak kita pakai kain putih. Tapi selepas

Page 414: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 404

mandi, kain putih itu perlu disidai. Tak boleh diperah pulak tu. Maka

terpaksalah disidai di pantry. Orang lain boleh perhati.

Nak bawa masuk bilik, basah lagi. Air kain akan menitik. Apa

kata teman sebilik. Lagi syaknya bukan-bukan. Adoi! Seksa juga. Tak

tenang. Takut-takut akan ada kawan yang buat dajal. Mungkin

disoroknya kain kita. Kalau sehari dua tentu mereka tak syak apa-

apa. Tapi kalau berhari-hari lamanya, macam-macam hal boleh

berlaku. Macam-macam ulasan boleh dikata. Sekurang-kurangnya,

mungkin disimpulkan mereka bahawa kita mengamal ajaran salah.

Ajaran sesat. Gara-gara mandi bersama kain putih.

Ada lagi tabiat mandiku. Semasa ke bilik air mesti bawa baldi

kosong. Pernah ada yang bertanya padaku, “Nak membasuhke.”

Cepat-cepat aku menjawab, “Ya”. Nampak sangat autanya.

Aku tak pasti berapa kali dia nampak. Nasib baik pertanyaannya

cuma sekali. Tapi rasanya, pemerhatian kawanku itu adalah berkali-

kali.

Selepas mandi, kena tunggu dulu dalam bilik air. Senyap

seketika. Kena ambil masa supaya air di badan boleh kering sendiri.

Terpaksa lap air dengan tangan. Boleh kering juga. Sekurang-

kurangnya tak payah lap dengan tuala. Kalau keluar cepat tentunya

tak sempat kering air di badan. Nanti ternampak dek orang lain.

Banyak soalannya.

Seperti yang aku katakan, sifat malam pada permulaan

mandi empat puluh hari itu adalah berkaitan ketika bulan naik.

Maknanya, proses mandi buat pertama kalinya ialah ketika bulan

naik. Selepas mandi kali pertamanya, tak kisahlah keadaan bulan

Page 415: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 405

sebagaimana. Teruskan mandi sepanjang masa seperti yang

ditetapkan.

Maka pada fahamanku, pada peganganku dan pada

anjuranku, implikasinya ialah dua (2). Pertamanya ialah tafsiran

keseluruhan secara umum. Bulan naik adalah dari satu hingga lima

belas haribulan pada setiap bulan berdasarkan tahun hijrah.

Dikatakan bulan Melayu kerana kiraan harinya adalah berdasarkan

pada bulan. Bukannya pada matahari.

Keduanya, fokus mandi buat pertama kalinya di malam hari

adalah bermula apabila matahari telah jatuh dan menghilangkan

cahayanya. Maka bermulalah gelaran bulan naik hinggalah ke tengah

malam. Maka ketika bulan naik itulah kita memulakan perbuatan

mandi buat pertama kalinya bersama dengan kain putih.

Ada yang bertanya. Kenapa bulan juga diberi perhatian

dalam masyarakat Melayu. Kita perlu akui hakikat bahawa bulan

tersangat popular dalam masyarakat Melayu Islam. Malah,

masyarakat Islam di serata dunia pun berpandukan pada bulan untuk

kelender hijrah dan juga melihat pada anak bulan untuk menentukan

tarikh mula berpuasa dan hari raya.

Teringat juga semasa aku mempelajari pelajaran Geografi

ketika berada dalam tingkatan enam dulunya. Air pasang surut di

bumi ada kaitan dengan peredaran bulan. Tarikan graviti bulan boleh

juga menyebabkan terjadinya air pasang surut di bumi. Graviti bulan

juga membantu penyesuaian perubahan musim daripada cuaca yang

ekstrem dengan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian. Para pemancing

ikan di laut tentu amat sensitif tentang peredaran bulan yang ada

kaitan dengan air laut yang pasang dan surut.

Page 416: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 406

Dikatakan juga bahawa peredaran bulan ada kaitannya

dengan perangai manusia. Sifat ‟tak betulnya‟ semakin menjadi

apabila bulan naik. Begitu juga dengan perbuatan makan ubat

cacing. Teringat juga masa kacil-kecil dulu. Ibu suka beri makan ubat

cacing. Minyak Jarak. Zaman dulu-dulu, cacing adalah merupakan

salah satu musuh atau penyakit utama masyarakat Melayu. Anak-

anak buncit perutnya kerana cacing. Kalau jumpa doktor, akan ada

ubat cacing yang diberi supaya dimakan.

Makan ubat cacing ada kepercayaannya. Ada caranya. Ada

masanya atau ada ketikanya. Mesti makan ketika bulan turun ikut

kelender hijrah. Maknanya ialah dari tarikh enam belas ke atas. Dan

makan waktu pagi sebelum matahari naik. Ketika proses bulan

menghilang. Bulan turun. Kepercayaannya jelas. Makan ubat cacing

ketika itu akan memudahkan cacing keluar dari tubuh badan.

Cacingpun ikut peredaran bulan. Baru kita boleh pulang pulih sedia

kala.

Berdasarkan pengetahuanku jelaslah bahawa peredaran

bulan ada kaitannya dengan manusia yang menghuni dunia. Oleh itu,

perbuatan mandi kita yang penuh simbolik ada kaitannya dengan

harapan umpama bulan. Mandi ketika bulan naik maka diharapkan

semangat kita turut naik sehebat bulan.

Kefahamanku tentang mandi yang berkaitan dengan waktu

malam dan ketika bulan naik sangat dititikberatkan dalam kalangan

anak didikku. Untuk menguasai persilatan Silat Cekak maka

kuasailah kesemua perkara yang ada dalam adat dan adabnya. Uji

diri secara perbuatan mandi. Jangan ambil mudah. Beri tumpuan dan

beri perhatian.

Page 417: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 407

3. Pelbagai Prinsip Dalam Persilatan.

Dalam tulisan yang lalu kita telah berbincang tentang mandi

silat. Begitulah hebatnya dugaan dan cubaan mandi silat. Bukan kerja

main-main. Nampak senang, tapi susah. Nampak susah, tapi senang.

Semua perasaan banyak bergantung pada kerelaan. “Kalau tak rela,

jarum sepucuk sukar dipungut dari lantai. Kalau rela, bukit yang tinggi

sedia dipikul atas bahu yang ada.”

Kerja mandi bukannya banyak guna tenaga kerja tapi banyak

guna tenaga fikiran. Kena bersungguh-sungguh dan cekal hati. Selalu

aku ulangkan ingatan. Kalau nak buat kerja, buat betul-betul. Jangan

ambil mudah. Jangan suka-suka hati atau hati suka-suka.

Hakikatnya, Silat Cekak penuh dengan simbolik kesungguhan. Maka

buatlah secara bersungguh-sungguh dalam persilatan Silat Cekak.

Baru dapat faedahnya. Baru dapat keberkatannya. Baru dapat

fadilatnya.

Aku difahamkan, ada juga yang ambil jalan mudah. Tak payah

mandi langsung. Atau buat penyesuaian masa, ketika melakukan

perbuatan mandi. Boleh buat petang atau boleh buat pagi hari. Dicari-

cari alasan bagi membenarkan arahan mereka. Senang. Mudah. No

komen.

Pada anak didikku, arahannya jelas. Ikut arahan Ustaz. Mandi

waktu malam ketika bulan naik. Macam mana mereka buat, wallaahu

‟alam. Mereka sendiri yang tahu. Tapi aku yakin. Anak didik yang

bernilai A dan B, tentunya tidak sama dengan anak didik yang bernilai

C atau D atau anak didik yang bernilai E dan F. Bukan nilai

berdasarkan pengetahuan atau pemikiran tapi nilainya adalah

berdasarkan kesungguhan.

Page 418: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 408

Maka mungkin timbul persoalan akan perbezaan keupayaan

dalam kalangan anak murid Silat Cekak. Ada yang boleh buat dan

ada yang tidak boleh buat. Ada yang ambil berat dan ada yang tidak

boleh ambil berat. Kenapa perkara sebegitu boleh terjadi agaknya.

Untuk memahami akan keadaan yang sedemikian maka aku

teringat akan anak didikku di sekolah tempat aku mengajar. Muridku

tersangat ramai. Macam-macam watak dan macam-macam sifat dan

perangainya. Kalau difokuskan pada nilai mereka maka ada yang

bertaraf A, ada yang bertaraf B, ada yang bertaraf C, ada yang

bertaraf D dan ada yang bertaraf gagal dalam pelajaran. Umumnya,

bolehlah dikategorikan mereka dalam kumpulan pandai, sederhana

dan kurang pandai.

Umumnya, muridku yang pandai adalah terdiri daripada

murid yang boleh menumpukan perhatian dalam pelajaran, beradab,

bersungguh-sungguh dan sentiasa berusaha dalam pelajaran. Hal

yang demikian amat berbeza dengan anak muridku yang bertaraf

sederhana iaitu nilai C dan D serta murid-muridku yang bertaraf

gagal. Banyak karenahnya. Malas. Banyak cakap dan selalu buat

banyak alasan. Kurang inisiatif dan selalu lupa serta suka

bertangguh.

Dalam konteks persilatan Silat Cekak, kita tentunya boleh

menilai akan anak didik kita. Penilaian berdasarkan pelakuan.

Adakah mereka bertaraf atau bernilai A atau B atau C atau bertaraf

murid yang gagal. Tak payah tunggu pelakuan mereka ketika memilih

bahagian ayam. Kita boleh tahu akan kelakuan, sifat dan sikap

mereka hasil pergaulan dengan mereka dalam kelas-kelas latihan

silat. Sesungguhnya, nilai gred itu akan melambangkan sikap,

kesungguhan, ketabahan, daya tahan dan pelbagai sifat lagi. Kita

Page 419: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 409

sentiasa boleh menilai mereka ketika dalam perbincangan atau

melihat perbuatan atau karenah mereka dalam kelas-kelas latihan.

Oleh itu, jika ada dalam kalangan anak didik kita tidak boleh

melakukan kerja mandi silat secara berturut-turut maka tidaklah perlu

marah-marah atau berkecil hati. Senang buat tapisan. Mereka bukan

jenis murid yang bernilai A atau B. Sebaliknya, mereka adalah

berjenis sederhana atau jenis nilai gred yang tidak tinggi. Bila-bila

masa boleh berhenti atau cabut lari. Tidak kuat semangat dan tidak

cekal hati. Banyak cakap dari amali. Teringat satu dialog bersama

mereka.

Golongan gagal ini selalu berdalih dan elak diri. “Cikgu.

Kalau saya tak boleh mandi berturut-turut hari, bolehkah saya mandi

secara selang hari.”

“You rasa macam mana. Rasa susah ke nak buat mandi.”

Tanyaku balik.

“Kadang-kadang lupa nak buat. Tak cukup masa. Tertinggal

sehari.” Jawab anak muridku.

“Kalau macam tu, buat le mana yang patut. Rasa tak mampu

berturut-turut, tak payah buat.” Itulah jawapan mudahku pada mereka

yang sememangnya tak berminat mandi silat dengan sepenuh hati.

Banyak alasan. Banyak songeh. Buat apa nak susah-susah hati, nak

paksa mereka mandi. Biasanya, cukup tempoh mereka akan cabut

lari. Oleh itu, tak payah nasihat sepenuh hati. Adatnya, sememang

mereka tak akan mandi. Jenis malas, tak nak buat kerja atau gagal

buat apa yang disuruh dalam persilatan Silat Cekak.

Page 420: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 410

Kesimpulan aku mudah sahaja. Pada anak didikku yang

sememangnya ada kualiti, berminat dan bersungguh hati, berilah

tumpuan pada mereka untuk melakukan segala suruhan dalam Silat

Cekak. Tambahkan ilmu persilatan Silat Cekak mereka dari masa ke

masa. Pada anak didik yang sememangnya tidak berminat dengan

persilatan Silat Cekak, tunaikan tanggungjawab setakat termampu.

Nak buat mandi, buat. Tak nak buat mandi, lantaklah. Bukan

tanggungjawab kita menentukan dia mesti mandi.

Tanggungjawab kita yang hakiki ialah menyampaikan

pelajaran enam bulan. Hingga tamat silat. Kelemahannya kita baiki.

Sebabnya, mereka bayar yuran pengajian. Setelah tamat silat,

bergantunglah pada niat di hati mereka. Bukan tanggungjawab kita

lagi. Tapi, kalau mereka nak tambah ilmu atau menambahkan

pelajaran dalam persilatan Silat Cekak maka kita akan beri peluang.

Syaratnya, segala suruhan yang ada dalam persilatan Silat Cekak,

perlulah dipatuhi dan dituruti.

Seperti yang aku katakan. Ada juga dalam kalangan anak

didikku yang tidak ada keupayaan untuk mandi seperti yang

dikehendaki. Desakan kerja dan sifat peribadi banyak menghalang.

Pada mereka, tak ada paksaan mandi. Tapi, sekurang-kurangnya

mereka buat amalan mandi. Tak kiralah pagi, petang atau siang. Tak

perlu larang. Yang pentingnya ialah mandi. Macam mana pulak kalau

tertinggal sehari. Suka hati. Ulang boleh tak ulangpun boleh. Fikir

sendiri. Macam pesakit TB. Nak baik atau tak nak baik. Lebih baik

ikhlas pada diri sendiri.

Generasi sekarang adalah tidak sama dengan generasiku

dulu-dulu. Maknanya, perangai murid silat sekarang tidak sama

dengan perangai murid silat dulu. Murid sekarang sentiasa inginkan

Page 421: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 411

penjelasan secara rasional tentang satu-satu perkara. Hal yang

demikian amat berbeza dengan generasiku dulu. Apa yang diarah

atau dikata guru, akan diterima tanpa banyak bicara atau banyak

karenahnya. Tak perlu fikir akan sebab-musabab atas satu-satu

arahan. Ikut sahaja.

Murid-murid Silat Cekak yang ada sekarang adalah lahir

dalam sistem pendidikan kita yang baru. Sistem itu mementingkan

kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Hal yang demikian

turut membentuk sikap mereka yang bersifat kreatif dan inovatif

semasa mempelajari Silat Cekak. Mereka sentiasa inginkan

penjelasan secara rasional bagi setiap perkara.

Oleh itu, pantang larang yang ada dalam ujian mandi silat

perlu diterangkan secara rasional. „Kenapa perlunya pantang larang

tersebut‟. „Atas dasar apa maka pantang larang itu perlu diikuti‟.

Penjelasan yang kita beri perlu benar-benar dapat diterima mereka

secara logik dan rasional.

Ada antara Jurulatih yang menutup bicara dengan kata-kata

mudah, “Ikut aje. Lama-lama kita tahu akan faedahnya.” Macam

orang jual ubat. Akan tetapi, sampai ke sudah tak ada kata putus.

Anak didiknya tertunggu-tunggu jawapan. Nak tanya tak sampai hati,

tak tanya, langsung tak rerti. Terpaksa memendam perasaan

sepanjang berada dalam persilatan Silat Cekak.

Ada juga yang cuba menghubungkan sesuatu perkara itu

dengan alasan yang sukar diterima akal secara rasional. Alasan itu

mungkin bertaraf mitos yang mengkisahkan cerita zaman dahulu kala

dan dianggap benar. Terutamanya yang mengandungi unsur-unsur

Page 422: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 412

konsep atau kepercayaan tentang kewujudan sesuatu kejadian.

Sukar diterima penjelasan atas pemikiran yang nyata.

Mungkin juga alasan yang diberi adalah bertaraf mistik yang

berkaitan dengan keadaan yang luar biasa atau ghaib. Hinggakan

pemikiran yang sedemikian tidak dapat diselami pemikiran manusia.

Mereka cuba hubungkan amalan atau perbuatan dalam silat dengan

sifat keanihan dan keajaiban atau sesuatu yang luar biasa. Tidak

berpijak di bumi nyata.

Kebenarannya, alasan-alasan yang sedemikian amat sukar

diterima mereka. Kepala diangguk tapi hati tetap berkata-kata.

Generasi murid silat sekarang inginkan penjelasan benar. Generasi Y

memberi makna “Why?”. Mereka menagih alasan rasional. Kita

jangan sesekali memandang rendah akan tuntutan mereka yang

sedemikian. Tak kenal maka tak cinta. Maka berilah kefahaman

sebenarnya pada mereka agar ikutan mereka ada faktanya. Bukan

khayalan semata-mata.

Hal yang demikianlah menyebabkan aku cuba menulis

secara rasional tentang pantang larang yang ada dalam mandi

penamat berdasarkan pengalamanku berhadapan dengan mereka.

Penjelasanku adalah berdasarkan kefahaman yang diasaskan Ustaz.

Tulisanku adalah menceritakan pengalamanku dulu. Perkongsian

pintar.

Kita bincang prinsip ketiga. Sentiasa berpakaian kain putih

ketika mandi dalam „pantang‟ empat puluh hari. Tak boleh diganti-

ganti dengan kain putih yang lain. Apatah lagi kain basahan lain yang

pelbagai corak dan warna. Jangan pulak dipersoal, kenapa warna

Page 423: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 413

putih. Banyak perlambangannya yang berkaitan dengan keihklasan

dan kesucian.

Kebenarannya, selepas empat puluh hari barulah boleh

diganti dengan kain basahan yang lain. Kalau tak puas hati warna

putih, guna warna kuning, hijau, merah atau sebagainya. Ikut suka.

Kain putih yang ada, simpan sebagai „teman setia‟. Tak boleh dibawa

mandi selamanya. Hanya diguna apabila perlu. Bolehlah simpan

lama. Tak reput.

Kadang-kadang aku terfikir sendiri. Apa logik atau apa

perlunya memakai kain putih ketika mandi. Berkali-kali secara

berturut-turut selama empat puluh hari. Mungkin ada hikmah di

sebalik perbuatan tersebut. Aku terfikir secara rasional.

Kebenarannya, ramai yang suka mandi secara bogel.

Tambahan pula yang tinggal di asrama ketika menuntut. Kerap kali

pintu bilik mandipun boleh ghaib. Apa mereka peduli. Semuanya

serupa. Adatnya, mustahil mengunakan kain basahan. Mereka yang

ada kesedaran, mungkin akan memakai seluar katuk sebagai kain

basahan. Bilangannya amat kecil.

Melakukan perbuatan mandi bersama kain putih sebagai kain

basahan, akan memupuk satu kebiasaan. Menutup anu ketika mandi.

Kebiasaan itu akhirnya akan membentuk tabiat dan menjadi nilai

pada diri mereka sendiri. Jadilah disiplin diri. Apabila mandi, pakai

kain basahan. Tutup aurat.

Nilai yang baik itu akan berterusan selepas mandi empat

puluh hari. Akan terus memakai kain basahan setiap kali mandi

seterusnya. Tak tergamak melihat anu yang ada. Apatah lagi jika

Page 424: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 414

amalan mandi diteruskan dengan baca. Mana mungkin membaca

doa mandi dalam keadaan seurat benang. Dua kepala memandang.

Malu pada diri sendiri. Kecuali pada mereka yang tidak ada perasaan

malu lagi.

Terkenang pula satu peristiwa tentang pemakaian kain putih

ketika mandi dalam kiraan empat puluh hari. Ada kejadian yang

terjadi pada rakanku yang balik kampung. Terlupa bawa kain putih.

Nak buat macam mana. Boleh mandi berturut-turut empat puluh hari,

tapi kain putihnya tak ada. Malang sekali. Apa hukumnya. „Majlis

fatwa‟ tak ada di kampung.

Ditanya padaku maka alasannya adalah sama saja. “Suka

hati. Ulang boleh tak ulangpun boleh. Fikir sendiri. Macam pesakit

TB. Nak baik atau tak nak baik. Lebih baik ikhlas pada diri sendiri.”

Tidak perlulah kita menakut-nakutkan diri mereka dengan pelbagai

ancaman dan alasan. Tak jalan. Tak makan gertak. Itulah sifat

Generasi Y. Bukannya mereka ambil peduli.

Prinsip yang berikutnya ialah kain putih tidak boleh

diperah. Pantangnya tegas. Kalau diperah maka dikira terputus

perbuatan mandi secara berturut-turut. Kena mandi semula secara

tidak memerah kain putih tersebut. Perbuatan tersebut adalah

sebahagian daripada ujian kesungguhan. „Ujian dalam ujian‟. Kena

ikut dan kena ambil berat.

Perbuatan tidak memerah kain putih itu juga merupakan satu

cabaran. Nak mengeringkannya perlu disidai. Hebat juga ujiannya.

Jangan pulak buat karenah. Akal membenarkan cara. Kalau perah

tak boleh, masukkan saja dalam mesin pengering. Cepat keringnya.

Akan tetapi perbuatan itu tidak menguji kesungguhan kita. Perbuatan

Page 425: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 415

mengelat. Ujian mandi ialah menguji kesungguhan. Jangan buat

main-main.

Prinsip yang kelima, membaca doa mandi perlu selaras

dengan perbuatan. Bacaan dan perbuatan adalah bersepadu. Tak

boleh baca dulu dan kemudiannya mandi dalam keadaan tempat

yang berlainan. Seperti yang aku tegaskan terdahulu. Selepas

berpantang, elok sangatlah teruskan membaca bacaan mandi dalam

keadaan anu tertutup. Tak payah tengok. Kalau terlapang, anupun

nak mandi akhirnya. Kena buat dua kali mandi.

Ketika bersama Ustaz, aku diingatkan. Jangan jadikan

bacaan mandi silat sebagai wirid selepas sembahyang. Tak sesuai.

Kalau itu yang dipesan guru, ikut sahaja. Kadang kala kita inginkan

kemenjadian satu-satu amalan bacaan secara gopoh. Buat secara

melampau. „Orang suruh buat bacaan ketika mandi, dia hentam

membaca sesuka hati tanpa mandi‟. Bila amal atau baca, kira nak

terus jadi. Bila tak jadi mula hati berkata-kata. Lama-lama sakit hati.

Jiwa tak tenang. Resah. Panas baran. Maka jadilah amalan sebagai

amalan kepanasan. Semuanya panas. Hatipun jadi panas.

Akhirnyanya jadi gila isim.

Perbuatan mandi kita ada hala tujunya. Ada tujuannya. Ada

hasrat melalui bacaan yang kita baca. Semoga kelebihan yang

dianugerahi itu, diberi pada diri kita. Selalu aku ingatkan diriku dan

pada anak didikku. “Sesungguhnya Silat Cekak itu juga penuh

dengan perbuatan kiasan atau simbolik yang melambangkan sifat

kesungguhan dan sifat mengharap. Sifat mengharap itu membawa

makna pelakuan kita yang mempunyai harapan seperti mana

perbuatan yang dilakukan.”

Page 426: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 416

Prinsip yang keenam, ketika mencurahkan air ke seluruh

badan, mula gosok-gosok badan dengan telapak atau tapak tangan.

Ada peraturan menggunakan telapak tangan tersebut. Perkara

pentingnya ialah menggosok-gosok anggota badan terutamanya

tangan, kaki dan badan. Ustaz tidak menerangkan cara menggosok

tersebut. Namun begitu kalau berdasarkan ilmu perubatan Melayu,

gosoklah ke arah jantung. Maknanya kita menggosok kuat secara

sehala bagi melancarkan perjalanan darah. Bukan menggosok

macam menghilangkan rasa sejuk. Macam mengurut jadinya.

Ada Jurulatih yang memberi saranan. Gosok di tempat-

tempat yang boleh menjadi keras. Diberinya contoh. Kalau gosok di

bahagian siku maka siku akan menjadi keras dan berguna sebagai

alat pukulan. Akupun jadi hairan. Kalau tak digosok pada sikupun

maka siku akan sentiasa keras. Kalau nak keras, eloklah digosok

pada tempat anu atau puting. Dari lembut pasti keras. Bolehlah buat

kesimpulan. Gosok di situ ketika mandi maka bahagian anu dan

puting akan menjadi keras. Baru ada logiknya.

Dalam satu majlis perjumpaan Jurulatih, kita pernah

menjemput seorang pengamal perubatan untuk memberi ceramah.

Beliau telah menyentuh tentang perkaitan amalan mandi dalam

persilatan Silat Cekak dengan sains. Beliau menerangkan bahawa

menggosok-gosok badan ketika mandi secara berterusan akan

memberi faedah pada pengamalnya. Perbuatan tersebut akan

mewujudkan satu lapisan pada permukaan kulit. Kalau dilakukan

amalan itu secara berterusan, empat puluh hari pulak tu maka lapisan

tersebut bertambah matang.

Maka dari segi logiknya, lapisan tersebut akan memberi

isyarat pada otak untuk bertindak tatkala berlakunya serangan

Page 427: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 417

tumbukan musuh. Ada rasa. Maka hal yang demikian akan

membantu pengamal Silat Cekak untuk bertindak secara spontan

bagi menghadapi serangan lawan.

Menggosok badan menggunakan telapak tangan, masih ada

pantangnya. Ada dua tempat yang dikira sebagai zon larangan.

Pertamanya anu kita dan keduanya tetek kita. Satu penyawa dan

satu lagi bahagian penyusu. Kedua-dua tempat itu tersangat sensitif.

Peganglah, akan terasa karannya. Pada yang tak terasa apa-apa,

elok berubat. Ketika „berjuang‟, kedua-dua tempat itu akan menjadi

medan sasaran bagi menaikkan semangat perjuangan.

Hanya telapak tangan sahaja yang boleh berperanan

memberi perasaan. Kalau sentuhan dilakukan oleh bahagian tangan

yang lain, tidak mendatangkan tindak balasnya. Cuba guna tangan

lengan atau siku atau sebagainya. Tak rasa apa-apa. Rupa-rupanya

telapak tangan adalah merupakan alat deria perasaan kepada

pemikiran.

Kedua-dua tempat itu adalah sangat mulia. Satunya tempat

penyambung zuriat dan satu lagi tempat sambung nyawa. Hormati

tempat-tempat itu. Telapak tangan tidak setaraf dengan keistimewaan

tempat-tempat itu. Peranan telapak tangan tidak berfokus. Pelbagai.

Macam-macam kerja dibuatnya. Lebih-lebih lagi telapak tangan

sebelah kiri. Anu pun dibasuhnya setelah melepaskan „hajat‟.

Maka tersangat baiklah telapak tangan yang „banyak kerja‟

jangan menyentuh tempat yang mulia. Gunakan tangan di bahagian

lain. Tak jadi masalah. Perkara pentingnya ialah meratakan air di

tempat tersebut. Tak payah jadikan persoalan. Ikut sahaja arahan

berdasarkan muslihat yang dinyatakan.

Page 428: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 418

Perbuatan menggosok-gosok anggota badan akan dapat

mengingatkan kita pada peranan anggota badan sebagai „saksi bisu‟

di Padang Masyar. Ketika itu lidah kita yang petah berkata-kata akan

diam. Sebaliknya, semua anggota badan akan menjadi saksi dengan

berkata-kata. Oleh itu, ketika menggosok-gosok angggota badan,

eloklah sedar diri. Jangan membuat perkara yang melanggar perintah

Allah. Anggota badan yang digosok akan berkata-kata nanti sebagai

saksi. Maknanya, eloklah kenal diri. Sedar diri ketika berada di dunia

ini.

Prinsip mandi silat seterusnya, setelah selesai kerja mandi

maka biarlah air mandi itu kering sendiri. Ujiannya tidaklah seberat

mana jika dibandingkan dengan mandi minyak. Kita boleh

menggunakan tangan untuk menggosok-gosok anggota badan. Boleh

jadi kering juga badan kita.

Perbuatan menggosok-gosok itu tentunya berulang-ulang kali.

Jika tidak berbuat demikian, mana mungkin air di badan boleh kering.

Maknanya, perbuatan menggosok-gosok badan dengan tujuan

mengeringkan badan akan membawa banyak faedahnya. Sekurang-

kurangnya, terbentuk lapisan pada kulit badan, di samping

mengingatkan kita akan peranan angota badan di akhirat nanti.

Akhirnya, jadikan amalan mandi silat sebagai perbuatan

yang berterusan. Selagi nyawa dikandung badan, buatlah mandi silat

dari masa ke masa. Seperti yang dikata, kita tidak lagi terikat dengan

peraturan. Tak payah pakai kain putih sebagai basahan. Gunakan

kain lain. Kalau dipakai setiap hari secara berterusan, akhirnya akan

makan diri. Reput. Tak ada pengganti. Oleh itu, kena pelihara juga

kain putih tersebut sebagai lambang kesungguhan yang pernah kita

lakukan.

Page 429: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 419

Begitu juga dengan masa dan ketika. Tidak lagi bergantung

pada malam dan bulan. Buatlah mandi silat ikut tuntutan. Tak kira

masa. Mandi juga tidak terikat dengan jumlah perbuatan. Boleh buat

pagi dan petang. Dua atau sekali sehari atau berkali-kali dalam

sehari. Perkara pentingnya, mandi kita adalah secara strategik. Tidak

lagi suka hati. Ada disiplin diri.

Secara kesimpulannya, mandi silat yang berterusan dan

melangkaui jumlah hari yang ditetapkan, banyak faedahnya. Akan

terasa kesegaran badan. Dari segi psikologi, perbuatan mandi

tersebut secara berperaturan akan memberi isyarat pada fikiran untuk

menyatakan bahawa mandi sedemikian membawa kesegaran.

Jangan fikir atau mengharap hal atau perkara yang bukan-

bukan. Mandi silat tidak membawa sebarang kepanasan. Sepatutnya

membawa ketenangan dan kenyamanan. Kelebihan yang kita dapat

daripada mandi silat, biar Allah yang tentukan. Bukan kerja kita

membuat penentuan. Tidak perlu meletak kemenjadian atau

berkhayal perkara yang bukan-bukan. Boleh membawa pada sifat

kemudaratan. Silap „haribulan‟, akan menjadi gila isim. Berfikiran

tidak tentu hala. Bukan salah adat mandi tapi salah pembawaan diri.

Sekali sekala, potong limau purut secara sendiri untuk

digosokkan pada keliling badan. Bacaan seperti biasa. Guna kain

putih sebagai teman mandi. Harapan kita agar diri menjadi sedia

kala sihatnya. Pulang pulih sedia kala seperti asalnya.

Jelas pada kita, mandi silat itu juga akan dapat

mendisiplinkan diri ketika mandi. Lebih beradab dan lebih bersopan.

Tidaklah mandi secara koboi. Mandinya secara suka-suka hati.

Macam pepatung mandi. Asalkan basah badan, kira memadai. Kalau

Page 430: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 420

mandi silat maka mandi akan dilakukan secara tenang dan berhati-

hati. Ada peraturannya yang perlu diikuti.

Seperti yang dikatakan, mandi silat adalah merupakan satu

ujian. Simbolik pada kesungguhan. Secara langsung, mandi silat

boleh membentuk sifat bersungguh, cekal hati dan ketabahan diri.

Sifat-sifat itu amat penting bagi menjadikan diri kita sebagai ahli Silat

Cekak yang berkualiti. Hebat, cekap, tangkas dan tepat.

Pada Jurulatih atau pemimpin Silat Cekak, mandi silat boleh

memberi maklumat yang berharga. Mandi silat boleh menentukan

kualiti ahli. Kita boleh buat penilaian akan tahap kesungguhan ahli.

Maka mudahlah kita membentuk barisan pelapis yang boleh

meneruskan perjuangan Silat Cekak di kemudian hari. Untuk

berjuang, kita memerlukan kualiti ahli yang tinggi. Maka mandi silat

boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap kualiti ahli.

Ada juga dalam kalangan ahli yang memberi alasan panas

apabila mandi silat. Akupun hairan. Malas nak tumpang bincang akan

alasan yang diberi. Pada pandanganku, tujuan mereka berkata

panas, mudah sahaja maknanya. Untuk menunjukkan hebatnya

mandi mereka dengan keegoan diri. Hanya dia seorang sahaja yang

merasai nikmat mandi. Tahu panas dan sejuknya.

Aku pula ada kesimpulan sendiri. Mungkin banyak sebab

dirinya rasa panas apabila mandi silat. Pertamanya, eloklah dia

mengkoreksi diri. Tentunya banyak perangai buruk yang dilakukan.

Sebabnya, mandi silat adalah penapis tabiat buruk di hati. Kalau

mandi rasa panas maknanya memang diri sendiri mempunyai

perasaan busuk hati. Masih ada lagi perasaan hasad dan dengki.

Oleh itu, kenalah mandi selalu supaya perasaan buruk dan busuk itu

Page 431: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 421

dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. Lawan rasa panas tersebut.

Apabila busuk hati telah hilang maka mandi silat akan terasa

sejuknya. Akan terasa kesegaran dan kenyamanannya.

Teringat pesanan Ustaz. “Sembahyang boleh mencegah

seseorang daripada melakukan perbuatan mungkar. Akan tetapi

kalaulah dia sembahyang dan tetap serta masih melakukan

perbuatan mungkar, maknanya sembahyangnya tak betul.” Sama

agaknya kaitan dengan mandi silat. Perbuatan mandi silat boleh

mengembalikan kesegaran badan dan mewujudkan ketenangan

fikiran. Akan tetapi, kalau mandi silat pun terasa panas dan tidak

tenang, maknanya ada yang tak betul pada perbuatan mandi silat

sedemikian.

Ataupun orang yang kata panas kerana mungkin masih ada

lagi niat amalan yang dilakukannya secara salah dan tidak benar.

Lihat bentuk amalan itu. Mungkin juga ada amalan yang tidak sesuai

dengan sifat diri yang bertaraf hamba. Berpaut pada pihak ketiga.

Maka, jangan buat sesuatu dengan tujuan tak tentu hala. Termasuk

perbuatan mandi silat. Jangan tentukan kemenjadian mandinya.

Tugas kita ialah mandi silat. Kelebihannya, biarlah Allah yang

tentukan. Jangan „mengatur‟ kuasa Allah bagi menentukan faedah

mandi. Kurang ajar atau biadab maknanya.

Keduanya, tentunya dia berasa panas kerana air yang

dimandinya adalah jenis panas. Tambah-tambah lagi air tangki. Kena

pancaran matahari ketika tengah hari. Semestinya air tangki itu

menjadi panas. Mandi dengan air panas maka badan akan berasa

panas. Bila badan terasa panas, tentunya hatipun panas. Sakit hati.

Cuba rasa mandi air perigi. Nyaman sekali.

Page 432: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 422

Teringat masa di kampung. Mandi perigi merupakan amalan

harian. Pada waktu malam dan pagi, air perigi terasa suamnya.

Waktu tengah hari terasa pula dinginnya. Rupa-rupanya, tanah boleh

mengawal haba. Hebat sekali peraturan Tuhan. Maknanya, orang

kampung tidak terasa panas ketika mandi di tengah hari. Tidak pula

kesejukan apabila mandi di malam atau pagi hari.

Ada kepercayaan dalam kalangan masyarakat kita bahawa

mandi malam tidak baik. Banyak petakanya. Boleh dapat penyakit.

Pendapat tersebut bukanlah suatu pendapat yang muktamad. Ada

pendapat yang menyanggahnya. Sanggahan pendapat mudaratnya

mandi malam, turut diberikan oleh pengamal perubatan moden atau

tradisional dalam masyarakat Melayu.

Samalah keadaan atau sifat pendapat yang mengaitkan

penyakit dengan angin. Dalam masyarakat kita, apabila ada sesuatu

yang tak kena pada badan maka mudahlah disalahkan angin yang

dikatakan ada dalam badan. Maka tidak hairanlah jika minyak angin

tersangat popular dalam masyarakat kita. Kena stroke pun guna

minyak angin. Kena serangan jantung, guna minyak angin. Sakit

perut, guna minyak angin. Pening kepala, guna minyak angin. Tapi

kalau anu, guna pulak minyak lintah. Lupakan kisah minyak angin.

Kita tinjau tentang isu mandi malam.

Cuba kita tinjau masyarakat Melayu dulu-dulu. Dekad-dekad

yang lampau, masyarakat kita masih belum maju. Kebanyakan rumah

tidak mempunyai saluran bekalan air paip. Kalau ada pun saluran

paip, bilik mandi tidak ada di dalam rumah. Masih di luar rumah.

Kebanyakan rumah adalah tinggi-tinggi. Jarang sangat yang

rumahnya dua lapis. Semuanya bertiang tinggi. Nak turun rumah,

kena turun melalui anak-anak tangga yang banyak.

Page 433: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 423

Pada keseluruhannya, masyarakat tetap menggunakan perigi

atau sungai sebagai tempat mandi. Jauh juga. Kalau ke perigi, kena

turun rumah. Apatah lagi ke sungai. Bukannya dekat. Hal yang

demikianlah tidak digalakkan buat sebarang kerja yang berkaitan

perigi dan sungai di malam hari. Maka orang dulu larang mandi

malam kerana masyarakat dulu guna perigi dan sungai tanpa cahaya

lampu dan suasana gelap gelita. Letrik tak ada. Mungkin mereka

akan menghadapi pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga

bahaya di sungai.

Kini, kita makin maju. Ramai ahli masyarakat kampung yang

tidak bergantung lagi pada perigi dan sungai untuk mandi. Apatah

lagi masyarakat kota yang tidak lagi mengenal perigi dan mandi di

sungai. Dalam rumah ada bilik mandi. Malah, dalam bilik pun ada bilik

mandi. Sudah tidak ada sebarang penghalang lagi untuk mandi.

Negara kita mempunyai iklim tropika. Cuacanya panas dan

lembab. Oleh itu, mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

Demikian menurut pendapat pengamal perubatan. Malah, mandi

malam adalah baik kerana ia membersihkan diri dari bakteria dan

virus. Mandi malam hari boleh membantu mengembalikan ketahanan

fizikal dan mental. Mandi juga boleh membuatkan kita dapat tidur

dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia atau susah nak

tidur. Seseorang itu bukan sahaja dapat tidur lena tapi juga tidur

dengan lebih lama jika mandi sebelum tidur.

Walau bagaimanapun, tidaklah dinafikan tentang keburukan

mandi malam pada mereka yang mengidap penyakit atau berada

dalam negara yang sejuk. Pada mereka itu, eloklah mandi tengah

hari supaya rasa panas. Bukan panas hati tapi panas badan kerana

melawan cuaca yang terlalu sejuk.

Page 434: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 424

Tergambar jelas dalam fikiranku tentang tingkah laku rakan-

rakan silatku dulu ketika mandi silat. Ramai yang mengambil berat

tentang kerja mandi tersebut. Perkara kecil-kecil pun ditanya pada

Ustaz. Kiraanku, perkara itu boleh selesai sendiri dengan

menggunakan akal fikiran yang ada. Tapi, lama-lama aku faham.

Perkara kecil padaku mungkin besar masalahnya pada mereka. Dari

segi psikologi, hal yang demikian membawa makna betapa beratnya

mereka pada tanggungjawab menunaikan perbuatan mandi silat.

Rakan sekelasku bukan semuanya umur sama. Ada yang

telah berumah tangga. Maknanya, tanggungjawab sebagai suami

perlu dilaksanakan. Ada juga yang terkenot pada malam mandi silat.

Hal yang demikian juga menjadi persoalan. Sepatutnya, kalau nak

mandi silat tangguhlah dulu perjuangan berkenot. Tapi, nak buat

macam mana. Pemintaan kaum ibu perlu disegerakan. Maka pada

Ustaz juga menjadi rujukannya.

Fahamlah aku. Jadi fahamanku pula. Konsep ‘mandi silat

dalam mandi‟. Maka bolehlah aku membuat kesimpulan tentang

perbuatan mandi silat ketika mandi berdasarkan pelbagai tafsiran

ayat. “Mandi silat adalah merupakan penghabis mandi”. “Mandi silat

adalah merupakan puncak mandi”. “Mandi silat adalah merupakan

penutup perbuatan mandi”. Dengan menggunakan ayat tafsiran lain,

selesaikan mandi-mandi yang lain terlebih dahulu sebelum buat

mandi silat.

Maknanya, kalau sudah terkenot, buat mandi wajib terlebih

dahulu. Barulah diikuti dengan mandi silat. Kalau tak kenot pula maka

buatlah mandi biasa terlebih dahulu sebelum buat mandi silat. Ikutilah

hukum dan petua mandi yang ada dalam mandi wajib dan mandi

Page 435: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 425

biasa. Kalau mandi wajib ada hukumnya. Tak perlu aku bincangkan

di sini. Kalau mandi biasa ada petuanya.

Berdasarkan petua orang tua-tua, kalau mandi biasa ada

caranya. Mulakan aliran air dari kaki terlebih dahulu sebelum air

disiram naik ke atas hingga ke bahu dan akhirnya baru ke kepala.

Kalau ketiak kuat hapaknya, petuanya eloklah ketiak disental dengan

belakang tangan ketika menggosok bagi mengurangkan bau hapak.

Elakkan guna telapak tangan. Bahagian-bahagian lain, gunalah apa

saja jenis sabun atau shampoo. Gosoklah di mana-mana yang perlu.

Anupun boleh dibelai-belai dengan buih sabun.

Setelah selesai semua jenis mandi maka mulalah dengan

mandi silat. Untuk mandi silat, masih ada peraturannya. Tak boleh

suka-suka hati atau hati suka-suka untuk mandi. Mandi wajib ada

hukumnya, mandi biasa ada petuanya dan mandi silat ada

peraturannya. Mesti ikut jika ingin mendapat manfaatnya.

Tergambar dan terkenang kisah-kisah lama tatkala aku

dimandikan Ustaz. Kemudiannya aku diwakilkan Ustaz memandikan

anak murid silat yang tamat Silat Cekak. Ketika dimandikan Ustaz,

ada juga kisah-kisah lucu yang dilakukan rakan-rakanku.

Setiap kami yang dimandikan Ustaz akan membawa limau

yang telah dibelah dua terlebih dahulu. Bahagian bawah diberi pada

Ustaz manakala bahagian atas diguna sendiri untuk dibaca terlebih

dahulu. Di situ juga berlaku kisah lucu. Lain yang patut diserah, lain

pula yang dibaca. Mujur juga ketika itu ada pembantu Ustaz.

Dapatlah dibuat pembetulan. Tapi, hal yang sama boleh berulang

balik pada ahli yang lain. Jadi bahan ketawa.

Page 436: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 426

Setelah kami menyerahkan bahagian limau pada Ustaz maka

mulalah peraturan mandi bermula. Kami perlu baca sesuatu pada

limau sebelum dipusingkan keliling badan. Ada juga yang tidak ikut

peraturan. Kena buat ulangan. Apa tidaknya. Lain yang disuruh maka

lain pulak yang dibuatnya. Orang mulakan pusingan dari sebelah

kanan, dia mulakan pusingan dari sebelah kiri. Pada hal, penerangan

telah diberi berkali-kali. Rupa-rupanya, kecerdikan belajar tidak

semestinya kekal sepanjang masa. Ada masanya boleh jadi kurang

cerdik.

Setelah pusingan limau dilakukan, limau perlu dibuang dari

tangan. Tak boleh dicampak atau dibaling sesuka hati. Ada adabnya.

Kena buang secara lembut ke bahagian belakang. Tak ada apa-apa

pantangnya. Sekadar menyambung pergerakan limau yang disambut

tangan kanan. Sambutan tangan kanan memudahkan limau dibuang

ke bahagian sisi atau belakang. Setelah itu kami diarah mandi sendiri

terlebih dahulu.

Ketika itu, ada yang mandi secara „tidak sedar diri‟. Syok

sendiri. Buat macam bilik air sendiri. Sering terdengar dua ayat yang

sering dilaungkan. Kalau dari Ustaz, biasanya akan berbunyi, “Pelan-

pelan sikit mandi tu.” Apa tidaknya teguran Ustaz. Mandi secara

„ganas‟. Ustaz terkena percikan air mandi anak muridnya ketika Ustaz

sedang membaca sesuatu di baldi air. Kalau tidak ditegur, seorang

demi seorang mandi sedemikian maka jawabnya, basah kuyuplah

Ustaz.

Air yang ditakung di bilik mandi adalah terhad. Air itulah yang

digunakan buat penuntut mandi terlebih dahulu sebelum dimandi silat

oleh Ustaz. Rakanku yang tidak sedar diri dan syok sendiri itu akan

mandi bercebok-cebok. Maka terdengarlah laungan ayat kedua, “Hoi!

Page 437: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 427

Cukup cukup. Bagi can pada orang lain pulak.” Maka barulah rakanku

itu berhenti mencebok air. Rasa-rasanya, kalau dibiarkan, alamat

separuh air takungan itu akan habis.

Nak jadi cerita, pernah kerja mandi Ustaz terpaksa ditangguh

seketika. Tungggu air takungan berisi bagi membolehkan rakan yang

lain mandi secebok dua. Maklumlah, murid yang dimandikan pada

malam itu lebih dari empat puluh orang. Lucunya, pada rakan-

rakanku yang berikutnya, dihadkan mandi secebok sahaja. Sekadar

membasahkan kepala dan sedikit di bahagian badan. Setelah itu

kami mencangkung di depan Ustaz, lantas dimandikan dengan air

sebaldi yang telah dibaca Ustaz.

Aku simpati juga dengan Ustaz. Tak dapat elak terkena

percikan air dari gelagat anak-anak murid yang dimandikan. Nak buat

macam mana. Sememangnya Ustaz sendiri mengarahkan supaya

menggosok-gosokkan anggota badan tatkala Ustaz menjirus air ke

badan. Cuma, gosokan rakan-rakanku itu agak kasar dan gopoh

sedikit. Alamat bertebaranlah air yang dogosok itu. Pasti terkena

pada mereka yang dekat di situ.

Seingat aku, ketika aku memimpin cawangan, tersangat

jarang Ustaz memandikan anak muridnya dalam majlis tamat. Tugas

memandikan anak murid yang tamat, diturun kuasa pada anak murid

atau orang kanan yang Ustaz pilih. Itupun kena tunggu arahan. Bukan

boleh pandai-pandai nak buat kerja memandikan murid yang tamat

silat secara suka-suka hati. Hak mandi adalah hak Guru Utama. Oleh

itu, kena tunggu arahan Ustaz untuk tindakan mandi seterusnya.

Menunggu-nunggu upacara mandi silat selepas ijazah kadang

kala boleh menjadi stress juga. Ketika itu tidak dapat dipastikan

Page 438: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 428

sama ada Ustaz sendiri ingin memandikan anak muridnya atau ingin

mewakilkan mandi pada orang pilihannya. Kena tunggu arahan

Ustaz. Masa berjalan. Ustaz akan terus bercakap atas tajuk yang

tertentu. Sampai ke akhirnya baru terkeluar arahan Ustaz. Biasanya

Ustaz berkata, “Cikgu, mandikan budak-budak tu.”

Baru rasa lega. Lantas, baru aku berani meminta izin dari

Ustaz untuk memandikan para penuntut silat yang baru tamat. Oleh

sebab aku sering terpilih Ustaz untuk menjadi wakilnya memandikan

para penuntut yang tamat silat maka kadang kala aku bertindak

secara berani diri. Setelah habis majlis ijazah, aku akan membiarkan

seketika Ustaz bercakap atas tajuk yang berkaitan. Kemudiannya aku

akan merapati Ustaz dan berbisik sesuatu.

“Ustaz, dah boleh mandi ke Ustaz.” Bisik suaraku dengan

penuh adab. Aku terpaksa berbuat demikian kerana biasanya aku

juga yang akhirnya terpilih untuk memandikan para penuntut yang

tamat silat. Tak mahu buang masa.

“Ya, ya. Mandikan.” Begitulah kebiasaan jawapan Ustaz.

Setelah memberi jawapan, Ustaz meneruskan percakapannya.

Pernah Ustaz tidak memberi jawapan. Tekanan juga. Kena tunggu

jawapan. Lama, baru diberi.

Lantas aku bersalam meminta izin. Tidak pulak cium tangan.

Aku terus mengajak anak-anak didikku untuk mandi silat. Bukan

semua yang bangkit. Ramai yang asyik mendengar percakapan

Ustaz. Beberapa orang yang nak mandi dulu akan mengikutiku ke

bilik mandi.

Page 439: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 429

Tanggungjawab sebagai wakil memandikan anak didikku

yang tamat silat memberi pengalaman padaku. Tidak pulak Ustaz

terangkan cara-cara memandikan silat secara khusus. Oleh itu,

perbuatanku lebih banyak berdasarkan pengalamanku bersama

Ustaz. Di samping bertanya, aku juga turut memerhati cara Ustaz

memandikan anak muridnya. Aku juga berpengalaman dimandikan

Ustaz.

Bukan senang rupa-rupanya mandi silat. Kena ada tenaga.

Tambahan pula setiap kali majlis tamat silat akan melibatkan puluhan

murid. Maknanya, berkali-kali terpaksa mengangkat baldi air untuk

menjurus air. Bukan setakat aku memandikan mereka, kebenarannya

aku juga yang terpaksa bermandi kerana pelakuan mandi anak

didikku yang „ganas‟.

Tatkala aku membacakan ayat-ayat pada air di baldi, mata

perlu menjeling ke arah anak didikku yang sedang perlimau atau

sedang mandi. Pada yang sedang perlimau, aku kena pastikan

perbuatannya benar dan sah. Pada yang sedang mandi biasa terlebih

dahulu, aku akan bersuara jika mandinya lama. “Cukup, cukup.”

Barulah mereka akan berhenti mandi dan duduk mencangkung di

depanku. Mudah padaku menjurus air dari kepala sebab ketika itu

mereka mencangkung dan aku pula yang berdiri.

Begitulah pengalaman yang diberi Ustaz. Sekurang-

kurangnya aku merasai tanggungjawab yang dijalankan Guru Utama.

Bukan senang membuat kerja mandi. Lengit juga. Sekian sahaja

tajuk cerita pengalamanku tentang mandi silat zaman dulu-dulu.

Mungkin ada persamaan atau mungkin ada perbezaan di masa kini.

Luar dari pengetahuanku.

Page 440: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 430

4. Kain Putih.

Dalam tulisan-tulisan yang lalu, aku telah membincangkan

dengan panjang lebar hal yang berkaitan dengan upacara mandi

tamat. Asas penulisanku adalah berdasarkan pengalamanku

bersama Ustaz dulu-dulunya. Bacalah untuk menambahkan

pengetahuan tentang pensejarahan Silat Cekak. Pengalamanku. Aku

tidak dapat membandingkan dengan upacara yang ada sekarang.

Tak ada pengetahuan. Mungkin apa yang aku tulis masih kekal

sampai sekarang akan persamaannya atau telah berbeza. Luar dari

tanggungjawabku. Apapun, perubahan adalah merupakan satu

tuntutan. Kita tidak akan dapat lari dari sebarang perubahan.

Ada yang ingin tahu secara teliti tentang adab ketika

membaca ayat mandi silat pada zaman dulu-dulu. Sebenarnya, Ustaz

tidak pernah membincangkan tajuk khusus tentang peraturan

membaca ayat-ayat mandi tersebut pada ahli-ahli silat secara

umumnya. Melainkan, Ustaz akan menyentuh perkara-perkara yang

berkaitan mandi dari masa ke masa sebagai sisipan dalam

percakapannya. Pengetahuanku lebih banyak secara aku sendiri

suka bertanya atau melalui pemerhatian pada pelakuan Ustaz ketika

memandikan anak muridnya dan melalui pengalaman aku

dimandikan Ustaz.

Perkara pastinya, bacalah bacaan kita itu di air yang

bertakung. Sebaik-baiknya air tersebut ditakung dalam sebuah baldi

yang cukup untuk meratakan air ke seluruh anggota badan.

Terutamanya kaki, tangan dan badan. Tidak pulak disuruh mengadap

ke kiblat. Namun begitu, Ustaz sering mengingatkan anak didiknya

bahawa sebaik-baik perbuatan biarlah mengadap kiblat.

Page 441: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 431

Malah, Ustaz pernah berpesan padaku ketika kami

membincangkan tentang „guru-guru megah‟ yang ada dalam alam

persilatan Melayu. Kata Ustaz, “Kalau kita nak pastikan kehebatan

atau kelebihan seseorang guru itu, lihat juga cara duduknya. Guru

yang hebat akan sentiasa duduk mengadap kiblat.” Maknanya,

secara implikasi perbuatan kita ketika mandi, elok juga mengadap

kiblat.

Sambil membaca, tangan kanan akan meramas-ramas

bahagian limau yang berkaitan. Kalau tak ada limau kerana amalan

mandi seterusnya, tak perlulah ramas apa-apa. Menjadi adat dalam

perbuatan masyarakat kita, selepas membaca sesuatu akan diikuti

dengan tiupan pada bahan yang menjadi tempat bacaan tersebut.

Hal yang demikian kerap dilakukan oleh pengamal-pengamal

perubatan tradisional Melayu yang menjampi sesuatu. Misalnya,

kalau dijampi pada sirih maka selepas dijampi, sirih itu akan ditiup.

Perbuatan meniup itu adalah berkaitan dengan disiplin ilmu tersebut.

Tidak perlu aku menghuraikan tujuannya dalam tulisan ini. Oleh itu,

menjadi tabiat juga air mandi yang dibaca, akan ditiup pula pada air

mandi yang dibaca tersebut.

Seperti yang aku tegaskan terdahulu, upacara dalam

persilatan kita erat kaitannya dengan kain putih. Mesti bawa kain

putih. Sebenarnya, penggunaan kain putih tersebut adalah di awal

dan di akhir penglibatan kita dalam persilatan Silat Cekak. Hal yang

demikian adalah merupakan satu kemestian. Tidak ada kekecualian.

Maknanya, setiap orang yang ingin melibatkan diri dalam persilatan

Silat Cekak dari mula hingga akhirnya, pasti akan berpengalaman

dengan dua kali upacara yang berkaitan dengan kain putih.

Page 442: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 432

Dalam tulisan ini, aku ingin menceritakan pengalaman dan

tanggapanku pada kain putih dulunya. Dalam ijazah pertama dan

ijazah penamat. Tidak bermaksud apa-apa, melainkan ingin

berkongsi perasaan dan pengetahuanku dengan para pembaca.

Perasaan saspens atau teruja buat diriku hanya wujud pada

pengalaman kain putih yang pertama. Dalam ijazah penamat, aku

tidak berasa hairan lagi. Telah ada pengalaman pada ijazah pertama.

Cuma, pada peringkat awalnya, aku tertanya-tanya akan keperluan

membawa kain putih pada ijazah penamat. “Tak habis-habis dengan

kain putih.” Bisik hati kecilku.

Ketika kami diarah menyediakan kain putih dalam ijazah

pertama lagi, hatiku tertanya-tanya juga. Sepanjang pengalamanku

melibatkan diri dalam persilatan Melayu yang lain, tidak melibatkan

kain putih. Hanya dalam Silat Cekak baru ada kain putih. Pelik juga.

Nak buat macam mana. Dah syaratnya. Kena ikutkan juga. Namun

begitu, aku menjadi serba salah tatkala berkempen mencari ahli baru

dalam kalangan rakan-rakanku.

“Nak masuk silat baru ke. Hebat bunyinya silat tersebut.”

Kataku memulakan kempen dalam kalangan rakan-rakan rapatku.

Kebetulan pula kami sedang belajar satu jenis silat lain di kampus

pengajianku.

“Silat apa”. Respon rakan-rakanku.

“Silat Cekak”. Jawabku tegas.

Aku telah menceritakan pengalamanku bertemu dengan Silat

Cekak dan bertemu dengan gurunya. Amat menarik sekali.

Page 443: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 433

Perjanjianku dengan Ustaz telah mendorongku bercita-cita besar

untuk membuka kelas latihan di pusat pengajianku.

Dalam kalangan rakan-rakanku, nama Silat Cekak begitu

asing. Ada yang tak pernah dengar langsung nama silat itu. Hal yang

demikian menyebabkan aku berasa mudah berkempen memberi

keyakinan dalam kalangan rakan-rakanku yang sememangnya

berminat dengan persilatan Melayu.

“Nak belajar, apa syaratnya.” Begitulah soalan standard yang

sering ditanya tatkala seseorang itu ingin mempelajari silat Melayu.

“Belajarnya mudah. Pengkerasnya sepuluh ringgit tiga

kupang dan kain putih dua ela setengah. Itu saja. Tak payah bawak

lain-lain benda.” Jawabku pada pertanyaan rakan-rakanku. Kalau

silat Melayu lainnya, biasanya kena bawa garam, gula, sintuk dan

sebagainya.

Wang pengkeras tidak menjadi masalah. Perkara biasa dan

menjadi adat sebagai syarat untuk menuntut sebarang ilmu dalam

masyarakat Melayu. Cuma, kebiasaan wang sen adalah selalunya

berjumlah suku. Misalnya, tiga ringgit suku, lima ringgit suku dan

sebagainya. Tapi, kali ini pengkeras Silat Cekak dikira genap. Tiga

kupang. Tiga puluh sen. Itupun tidak menjadi masalah. Boleh terima.

Dulu-dulu, kiraan sen adalah menjadi syarat menuntut. Nilai

sen dulu amat besar. Masa aku bersekolah rendahpun, belanja ialah

lima sen sehari. Dapat beli mi sepiring kecil. Kenyang juga sebagai

alas perut. Air, minum air paip sekolah. Kalau berbelanja sepuluh

sen, kira lagi ok. Mi lima sen dan air sirap lima sen. Kalau berbelanja

Page 444: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 434

dua puluh sen, tersangat mewah. Ketika itu, gula pun dua puluh sen

sekati.

Cuma, bila disebut kain putih, mulalah muka rakan-rakanku

ternampak riak keriuknya. Hal yang demikian kerana penggunaan

kain putih agak asing dalam kalangan mereka. Penglibatan mereka

dalam persilatan Melayu sebelum itu, tak ada kain putihpun. Malah,

sepanjang penglibatanku juga dalam silat Melayu, tak ada pun kain

putih. Tapi kali ini kami dituntut menyediakan kain putih. Agak asing

dalam kebiasaan kami menuntut ilmu bersilat.

Aku dapat rasakan betapa kain putih amat sensitif dalam

kalangan rakan-rakanku. Malah, perasaan itu ada juga wujud dalam

diriku sendiri. Pertamanya, kain putih adalah dikaitkan dengan orang

mati. Kain kapan adalah menggunakan kain putih. Keduanya,

menjadi kepercayaan pada masa itu bahawa kebanyakan hantu-

hantu juga menggunakan kain putih sebagai uniform hantu-hantu

tersebut pada waktu malam. Senang nampak. Kalau pakai pakaian

gelap, susah untuk mengacau manusia. Sebabnya, manusia susah

nak nampak hantu-hantu tersebut. Kalau tak nampak maka tak takut.

Ketiganya, ilmu-ilmu megah yang berkaitan dengan mistik,

juga menggunakan kain putih. Malah, perbuatan sihir yang

mengunakan kain, selalunya menggunakan kain putih. Oleh itu, kain

putih biasanya akan dihubungkan dengan ilmu-ilmu mistik yang

berkaitan dengan keluarbiasaan. Hal yang demikianlah menyebabkan

kain putih tersangat sensitif pada mereka yang ingin menuntut

sebarang ilmu megah secara benar.

Ada yang bersifat tegas dengan mengatakan bahawa ilmu-

ilmu yang berkaitan dengan kain putih adalah seiring kepada

Page 445: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 435

perbuatan mungkar. Hal yang demikian adalah berdasarkan

pengalaman atau pengetahuan mereka di masa-masa lalu. Kain putih

kerap kali diguna dalam upacara yang dilakukan oleh tok-tok guru

yang mengamalkan satu-satu ajaran. Ajaran yang ditafsirkan sebagai

ajaran sesat. Maka tidak hairanlah apabila persilatan kita

menggunakan kain putih maka ada yang mudah menghubungkannya

dengan ajaran yang salah.

Dalam persilatan kita, orang yang „anti Silat Cekak‟ atau

cemburu dengan perkembangan Silat Cekak, akan cuba

menghubungkan Silat Cekak dengan ajaran sesat. Salah satu

caranya adalah berdasarkan penggunaan kain putih. Mereka

membuat tafsiran sendiri berdasarkan kesimpulan sendiri. Itulah saja

bukti yang boleh mereka gunakan untuk membuktikan bahawa ajaran

salah sememangnya ada dalam persilatan Silat Cekak.

Sebabnya, semasa pembelajaran Silat Cekak, tidak ada apa-

apa baca pun sama ada untuk memulakan latihan atau menamatkan

latihan. Perbuatan seru-menyeru, jauh sekali. Oleh itu, pada

kebenarannya, amat sukar pada sesiapapun untuk mengatakan akan

wujudnya ajaran salah dalam persilatan kita. Maka terpaksalah

mereka mencari-cari alasan untuk mengaitkan juga Silat Cekak

dengan ajaran sesat. Nampaknya, kain putih adalah merupakan

„jalan‟ utama.

Aku berpengalaman ketika Silat Cekak dikaitkan dengan

ajaran salah. Ajaran salah biasanya adalah merujuk pada ilmu

kefahaman yang diajar pada anak murid. Maknanya, Silat Cekak

didakwa sebagai menyebarkan kefahaman yang salah pada anak

muridnya. Dakwaan sedemikian adalah tersangat umum. Kita yang

bergiat dalam persilatan Silat Cekak tentunya akan menolak

Page 446: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 436

pendapat tersebut. Perdu kefahaman kita adalah berdasarkan gerak

dua tangan dan dua kaki yang dianugerahi Allah.

Walau bagaimanapun, aku yakin dan percaya bahawa

dakwaan tersebut adalah dikaitkan dengan kain putih. Pada

kebiasaannya, kain putih hanya digunakan dalam satu-satu ajaran

atau amalan; bukannya persilatan. Oleh sebab Silat Cekak ada

syarat kain putih maka mudahlah mereka mendakwa akan pendapat

yang sedemikian.

Terdapat tiga (3) peristiwa yang pernah aku alami sendiri

berkaitan dengan dakwaan tersebut. Pertamanya adalah ketika aku

masih berada di cawangan pusat. Abang kepada rakan sekelas

silatku telah „menyerang‟ Ustaz atas dakwaan adiknya telah menjadi

„sasau‟ kerana mempelajari Silat Cekak. Maknanya, Silat Cekak

dianggap sebagai membawa satu ajaran yang salah hingga adiknya

menjadi sedemikian.

Ketika „serangan‟ itu, aku tidak ada di pejabat silat. Akan

tetapi kemudiannya Ustaz telah menceritakan peristiwa tersebut

kepadaku. Ketika itu Ustaz tinggal seorang di pejabat silat di Jalan

Putera. Abang rakanku yang berpangkat kapten dalam pasukan

tentera cuba mendakwa bahawa Ustazlah penyebab adiknya

berkeadaan sedemikian. Menjadi sasau.

Ustaz telah menyelesaikan perkara tersebut secara memberi

penerangan sebenar tentang falsafah, konsep dan prinsip Silat

Cekak. Aku tidak pasti sama ada abang kawanku itu boleh

menerimanya atau tidak. Pada kebenarannya, Ustaz telah

menerangkan bahawa kefahaman yang ada dalam persilatan Silat

Cekak tidak menjurus langsung kepada perkara-perkara yang bersifat

Page 447: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 437

khurafat dan mungkar. Malah, menurut Ustaz kefahaman yang

dibawa dalam persilatan Silat Cekak adalah berpijak di bumi nyata.

Ustaz telah menceritakan padaku betapa Ustaz telah

menunjukkan pakaian kot yang Ustaz miliki. Hal yang demikian bagi

membuktikan bahawa Ustaz sentiasa mengikuti peredaran zaman;

tidak berfaham lama. Tidak perlu memakai jubah atau serban

sepanjang masa. Hakikatnya, Silat Cekak tidak langsung berkaitan

dengan ajaran yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi

sasau.

Aku teringat akan sifat dan tingkah laku kawanku itu. Kami

sama-sama menuntut Silat Cekak dalam kelas mula di Universiti

Malaya. Susah senyum. Orang gelak berbahak-bahak, beliau baru

senyum. Beliau berasal dari Perlis dan kini telah kembali

meninggalkan kita. Al-Fatihah untuk beliau.

Beliau tersangat minat pada silat. Terlalu taksub pada Silat

Cekak. Kalau berjumpa dengannya, tak ada kisah lain melainkan

kisah keluarbiasaan Silat Cekak. Kehebatan Silat Cekak sentiasa

dihubungkan dengan alam mistik; merujuk pada keajaiban dan

sesuatu yang luar biasa. Aku hanya melayan karenahnya tanpa

membantah. Kadang-kadang jemu juga mendengar perbualannya.

Tapi aku tetap cuba menjadi pendengar yang baik dan berkesan.

Teringat kisah lama. Segala-galanya ada kaitan pada satu

malam ketika Ustaz memberi ceramah di pejabat silat di Lorong Haji

Sirat. Tajuknya adalah berkaitan dengan taat pada kedua ibu bapa

dan guru. Beberapa orang rakanku yang sama-sama menuntut Silat

Cekak dalam satu kelas, hadir dalam majlis tersebut. Termasuklah

rakanku itu.

Page 448: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 438

Aku kurang pasti sama ada di penghujung atau setelah Ustaz

selesai memberi ceramah. Tiba-tiba rakanku itu meluru ke depan dan

bersalam dengan Ustaz. Apa yang aku ingat, terdengar kata-katanya,

“Ustaz, saya telah banyak buat salah”. Ketika itu air matanya turut

mengiringi lafaz katanya.

Semua orang yang hadir berasa hairan dan terkejut. Mulai

dari malam tersebut, pemikiran rakanku itu tidak lagi stabil. Bercakap

perkara yang bukan-bukan. Pernah beberapa kali beliau dimandikan

Ustaz. Ada masa ok dan ada masa tidak ok. Aku kurang mengikuti

perkembangannya lagi setelah aku berpindah ke cawangan.

Tambahan pula, terdengar khabar bahawa rakanku itu telah bertugas

sebagai guru di Sarawak.

Setelah beberapa tahun tidak mendengar beritanya, aku

dikejutkan dengan satu panggilan telefon. “Aku telah ada di Ipoh.Mai

jumpa.” Itulah antara lain kata-katanya padaku. Rupa-rupanya

kawanku itu telah bermalam di hotel murah di bandar Ipoh.

Aku berjumpa dengannya dan berbual dengan penuh berhati-

hati. Sebabnya, percakapan rakanku itu masih menunjukkan sifat

yang tidak lagi stabil. Aku terpaksa melayan percakapannya. Aku

lebih banyak mendengar dari bercakap.

Perkara yang amat mengejutkan aku ialah apabila rakanku itu

mengajak aku bersama-sama dengannya „merampas‟ masjid di Ipoh

ketika sembahyang Jumaat. „Haru biru‟. Kata-katanya menunjukkan

keseriusannya. Banyak perkara lain yang dikatanya. Betapa Silat

Cekak sahaja yang berkemampuan memerintah negara.

Page 449: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 439

Sebenarnya, Ustaz pernah juga bercakap-cakap dengan kami

tentang suasana politik ketika itu. Apabila ditanya kenapa Ustaz tidak

lagi melibatkan diri dengan politik maka Ustaz menegaskan bahawa

kerja-kerjanya dalam persilatan adalah juga merupakan satu

perjuangan. Antara lain, Ustaz pernah berkata, “Apabila semua orang

politik bergaduh sesama mereka maka semuanya tidak akan

dipercayai lagi. Ketika itu, orang-orang Silat Cekak saja yang boleh

menjadi tempat bergantung.”

Rupa-rupanya percakapan Ustaz itu dianggap serius oleh

rakanku itu. Beliau tersangat percaya bahawa hanya orang Silat

Cekak sahaja yang berkeupayaan memerintah negara. Jenuh juga

aku memujuknya bagi mententeramkan perasaannya yang berkobar-

kobar itu. Apabila logikku diterima, keadaannya kembali stabil dan

dikatakan akan kembali ke kampungnya. Aku difahamkan bahawa

beliau tidak lagi meneruskan kerjayanya di Sarawak. Hinggalah

akhirnya aku mendapat khabar bahawa rakanku itu telah meninggal

dunia.

Terdengar juga pelbagai ulasan dari ahli yang lain. Ada yang

mengulas panjang kerana melanggar pantang. Ada yang membuat

kesimpulan kerana terlalu taksub dengan kata-kata Ustaz tanpa

berfikir dan membuat pertimbangan sendiri. Macam-macam lagi

ulasan lain. Aku tidak mahu membuat komen.

Itulah pengalamanku yang pertama mengaitkan dakwaan

bahawa Silat Cekak membawa ajaran salah. Cuma, logiknya kalau

Silat Cekak membawa ajaran salah yang boleh mensasaukan

penuntutnya, tidaklah hanya seorang saja rakanku itu yang jadi

sedemikian. Oleh itu dakwaan bahawa Silat Cekak membawa ajaran

salah atau ajaran sesat, tetap boleh dinafikan. Tak boleh dikaitkan

Page 450: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 440

pendapat itu dengan apa-apa pun dalam persilatan Silat Cekak.

Termasuk penggunaan kain putih.

Pengalamanku yang kedua atas dakwaan bahawa Silat cekak

membawa ajaran salah ialah ketika aku ingin membuka kelas di

cawangan. Ketika kami sedang giat berkempen, dakwaan tersebut

boleh timbul. Kami berjaya menganjurkan satu pertunjukan secara

besar-besaran di sebuah padang di bandar Ipoh. Tersangat ramai

penonton yang hadir. Aku yakin bahawa itulah pertama kalinya Silat

Cekak diperkenalkan dalam kalangan masyarakat Melayu di Ipoh.

Tujuannya adalah jelas. Ingin membuka cawangan di Ipoh.

Hal yang demikian amat tidak disenangi oleh pelbagai pihak.

Salah satu usaha yang mereka lakukan bagi menyekat bertapaknya

Silat Cekak di Ipoh ialah membuat pengaduan pada mufti Perak.

Mereka mendakwa bahawa Silat Cekak adalah merupakan sejenis

silat yang membawa ajaran salah. Aku tahu tentang hal tersebut

kerana salah seorang bakal penuntut adalah bekerja di pejabat

setiausaha kerajaan. Nampaknya, bantahan tersebut tak jalan.

Akhirnya Silat Cekak dapat juga betapak di bandar Ipoh.

Aku selalu menegaskan pada anak didikku. Silat Cekak

bukanlah merupakan satu ajaran yang berkaitan dengan kefahaman

pemikiran. Sebaliknya, Silat Cekak membawa satu kefahaman yang

baru tentang gerak persilatan. Kefahaman baru itulah yang tersangat

tidak disukai oleh pesaing Silat Cekak yang bersifat dengki dan

khianat.

Rupa bentuk Silat Cekak itu sendiri telah membawa pelbagai

perubahan dalam kefahaman masyarakat mengenai silat.

Pembawaannya menyanggah amalan biasa dalam persilatan Melayu.

Page 451: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 441

Pelajarannya adalah berasaskan gerak semula jadi. Malah, upacara

yang ada pun sangat berbeza. Mandi silat diadakan di hujung

pelajaran bagi mengiktiraf sebagai ahli silat. Habis belajar baru

diiktiraf sebagai ahli silat melalui proses mandi. Berbeza dengan silat

Melayu yang lain. Hari pertama belajar telah dimandikan terlebih

dahulu dan diiktiraf sebagai ahli. Upacara buka gelangang atau tutup

gelanggang sememangnya tidak ada dalam Silat Cekak. Malah,

sistem pelajarannya adalah terancang dan teratur berdasarkan gerak

semula jadi dan berpijak di bumi nyata.

Semua perkara yang aku bincangkan di atas amat sukar

untuk membuktikan bahawa Silat Cekak membawa ajaran salah lagi

menyesatkan anak muridnya.

Ada satu lagi peristiwa yang agak menarik berhubung dengan

kain putih dan dakwaan ajaran sesat. Peristiwa itu berlaku tatkala aku

memimpin cawangan. Dakwaan yang sedemikian adalah merupakan

satu-satunya pengalaman yang pertama dan terakhir di cawangan.

Selepas itu tak ada lagi cerita atau isu tentang kain putih di

cawanganku. Sebabnya mudah. Aku lebih berhati-hati ketika

bercakap atau berurusan tentang kain putih.

Ceritanya bermula dari gelagat seorang ahli baru. Arahan tidur

atas kain putih telah diberi. Kebetulan pula kelas silat akan bermula

setelah para penuntut akan bersama dengan kain putih tiga hari

kemudiannya. Pada hari mula kelas, semua penuntut baru telah hadir

kecuali seorang saja yang menghilangkan diri. Rupa-rupanya

penuntut itu berwakilkan kain putih sahaja. Ahli tersebut berniat

berhenti dan hanya memulangkan kain putih melalui rakannya.

Maknanya, ahli itu ingin mengundur diri buat selamanya tanpa

mempelajari sebarang pelajaran dalam persilatan Silat Cekak.

Page 452: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 442

Nampaknya, hanya kain putih sahaja yang telah beri „pengajaran‟

padanya.

Itulah pertama kali aku menghadapi situasi bakal penuntut

memulangkan kain putih dan terus mengundur diri. Pelik juga. Aku

tersangat yakin bahawa ramai ahli yang tidak mahu tidur atas kain

putih tapi tetap meneruskan penglibatan dalam Silat Cekak.

Keengganan mereka tidur atas kain putih adalah pelbagai. Aku tidak

akan membincangkan hal yang demikian dalam tulisan ini.

Melalui kawan baiknya yang membawa dia masuk Silat

Cekak, baru aku tahu puncanya. Beliau tidak dapat tidur di malam

pertama lagi. Ketika tidur, beliau berpisah tidur dengan isteri.

Sebaliknya beliau mendakwa, ada lembaga lain yang mengganti

isterinya. Jadi seram sejuk. Maka dituduhnya Silat Cekak membawa

ajaran sesat. Gara-gara tidur bersama satu lembaga atas kain putih

yang sama. Itulah kejadian yang menyebabkan beliau tidak jadi

menjadi ahli Silat Cekak.

Aku berpandangan bahawa dakwaan ahli berkenaan

menjurus kepada pendapat bahawa kain putih adalah penghalang

utama. Nampaknya, pengalamanku tentang kain putih adalah berkait

rapat dengan pengalaman orang lain. Aku sendiri tak pernah alami

sebarang kejadian pelik atau tidak pelik ketika tidur atas kain putih.

Tidak pernah terlintas di hati untuk menghubungkan kain putih

dengan satu-satu ajaran atau kefahaman yang tidak betul. Namun

begitu, terlintas juga di hati akan harapan kalau-kalau akan „dapat‟

sesuatu yang istimewa ketika tidur atas kain putih. Tapi, „tak ada apa-

apa pun‟. Nyenyak tidur macam biasa.

Page 453: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 443

Kata-kata hati yang terlintas itu ada juga asasnya. Aku cuba

hubungkan dengan pesanan Ustaz ketika memberi arahan tidur atas

kain putih. Kata Ustaz, “Tidur selama tiga malam berturut-turut. Kalau

ada sesuatu alamat, jangan cerita kat orang. Hanya cerita pada saya

seorang.” Itulah antara lain pesanan Ustaz pada ahli-ahli baru yang

bakal tidur bersama kain putih tersebut.

Maknanya, tidur atas kain putih boleh jadi ada

keistimewaannya atau ada kelebihannya. Hanya orang yang

alaminya sahaja yang tahu akan makna kelebihan atau keistimewaan

itu. Sebabnya, jika ada sesuatu yang luar biasa, ahli berkenaan

hanya boleh bercerita dengan Ustaz, tidak menceritakan pada orang

lain. Hanya Ustaz sahaja yang boleh buat ulasan.

Sepanjang penglibatanku memimpin cawangan, tak ada pulak

sesiapan pun dalam kalangan anak didikku yang alami sesuatu

kelebihan atau keistimewaan ketika tidur atas kain putih. Malah,

selama tiga malam tidur atas kain putih, aku sendiri pun tak dapat

apa-apa alamat. “Jadi ke atau tak jadi ke tidurku ini.” Satu persoalan

yang tidak sepatutnya timbul. Maknanya, tidur atas kain putih tak

bertujuan memberi apa-apa petunjuk khas; hanya sekadar

mempertahankan adat sahaja. Lambang kesungguhan dan lambang

keikhlasan. Itulah kesimpulanku.

Apabila ada orang lain yang menceritakan pengalaman yang

pelbagai ketika tidur atas kain putih, tentu ada puncanya. Termasuk

tidur bersama dengan satu lembaga. Pelik juga pengalaman ahli

berkenaan. Dalam banyak-banyak ahli, hanya dirinya sahaja yang

alami peristiwa berkenaan.

Page 454: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 444

Melalui rakan baiknya baru aku tahu. Rupa-rupanya dia

memasuki Silat Cekak kerana sememangnya dia berminat dengan

ilmu bela diri. Ketika itu dia telah menuntut dan sedang aktif dengan

silat lain yang amat terkenal dengan pengamalan ilmu batin. Silat

berkenaan dipimpin oleh seorang yang bergelar mahaguru dan

terkenal dengan kepakarannya mengubat orang.

Aku membuat kesimpulan jelas. Tentu ada pertentangan

antara ilmunya yang sedia ada dengan ilmu yang bakal dipelajari iaitu

Silat Cekak. Ada „pertarungan‟ sesama ilmu bela diri dalam badan

atau pada diri sendiri. “Kuat sungguh penguasaan ilmu batinnya”

Itulah kesimpulanku. Apa nak buat. Akhirnya ahli tersebut menarik

diri. Tak ada habuan untuk „membersihkan‟ diri.

Walau bagaimanapun, aku yakin dan percaya bahawa

dakwaan Silat Cekak membawa ajaran salah adalah dikaitkan

dengan kain putih. Pada kebiasaannya, kain putih hanya digunakan

dalam satu-satu ajaran atau amalan; bukannya persilatan. Oleh

sebab Silat Cekak ada syarat kain putih maka mudahlah mereka

mendakwa sesuatu yang tidak baik tentang Silat Cekak.

Aku juga percaya bahawa dakwaan negatif pada kain putih,

boleh mengugat kepercayaan penuh kebanyakan ahli. Mungkin

timbul persoalan, „Betulkah perbuatan yang menggunakan kain putih‟.

Walau bagaimanapun, persoalan itu cuba dipadam dengan pelbagai

alasan bagi melogikkan penggunaan kain putih dalam permulaan

ijazah Silat Cekak. Alasan inilah yang pernah aku gunakan dalam

kalangan anak didikku.

Pertamanya, kain putih boleh dianggap sebagai lambang

keikhlasan. Maknanya, mereka yang ingin mempelajari Silat Cekak

Page 455: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 445

mestilah menyerahkan jiwa dan raganya pada segala peraturan yang

ada dalam persilatan Silat Cekak. Oleh sebab kain putih

dilambangkan juga sebagai „pembungkus‟ mayat maka ditegaskan

bahawa murid Silat Cekak yang menderhaka pada gurunya maka

kain putih itulah juga akan berperanan sedemikian. Maknanya, kain

putih itu adalah simbol jaminan hubungan antara murid dengan guru.

Itulah lambang pada keikhlasan. Samalah maknanya dengan

ikrar orang dulu-dulu. “Kalau tak percaya, belahlah dada”. Ungkapan

itu melambangkan kesungguhan dan keikhlasan pada si penuturnya.

Sanggup dibelah dadanya. Maka sama maknanya juga jika dikaitkan

dengan kain putih. Jika bersifat khianat maka ahli itu rela dikorbankan

dan kain putih itulah jaminannya.

Padaku, kain putih itulah lambang atau simbolik keikhlasan

yang perlu wujud ketika melibatkan diri dalam persilatan Silat Cekak.

Kepercayaan dan peganganku itulah menjadi sandaran apabila

ditanya soalan tentang peranan kain putih. Aku sentiasa positifkan

penggunaan kain putih itu. Tidak lebih dari adat yang perlu

dikekalkan.

Keduanya, aku juga tersangat yakin bahawa tidur atas kain

putih adalah merupakan satu bentuk ujian kesungguhan. Anak murid

yang amat berminat mempelajari Silat Cekak, akan menurut segala

arahan guru tanpa banyak membantah atau berkira-kira. Kalau

disuruh tidur atas kain putihpun banyak songehnya, macam mana

untuk menerima arahan-arahan seterusnya dalam persilatan Silat

Cekak.

Lebih-lebih lagi pada mereka yang telah berumah tangga. Tak

kira suami atau isteri. Kalau suami atau isteri itu dapat tidur secara

Page 456: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 446

berasingan selama tiga malam berturut-turut dengan kerelaan,

bermakna pasangannya turut memberi sokongan padu. Dengan kata

lain, kalaulah si isteri enggan berpisah tidur untuk selama tiga malam

sahaja maka penglibatan si suami dalam persilatan Silat Cekak akan

tetap berterusan menghadapi kekangan.

Terkenang kembali satu peristiwa dulu berkaitan hubungan

pasangan suami isteri ketika suaminya menuntut Silat Cekak.

Terdapat seorang ahli yang sentiasa ditemani isterinya ketika

mempelajari Silat Cekak. Isterinya sanggup berada dalam kereta

selama lebih dua jam dari awal pelajaran Silat Cekak hingga

akhirnya. Tiap-tiap malam kelas latihan. Tak peduli rasa panas dan

berada dalam suasana gelap ketika menunggu suaminya bersilat.

Kadang kala ahli berkenaan ingin mendengar syarahanku

setelah selesai latihan silat. Bukannya mudah. Lambat sikit akan

terdengarlah bunyi hon kereta. Akupun turut runsing. Maka

bergegaslah ahli berkenaan meminta izin mengundur diri dari kelas

latihan. Itulah juga lambang pada ahli yang melibatkan diri dalam

Silat Cekak tanpa memperoleh izin sepenuhnya dari isteri.

Cuba kita gambarkan suasana ketika ahli berkenaan meminta

izin dari isterinya untuk berpisah tidur selama tiga malam berturut-

turut. Alasannya semata-mata untuk tidur bersama kain putih. Dek

kerana kain putih yang sepanjang dua setengah hasta, si suami rela

korbankan dirinya berpisah peluk dari tidur bersama. Bagaimana

pulak perasaan isteri yang „kehilangan‟ suami di depan mata selama

tiga malam berturut-turut. Mesti berperang pada yang tak tahan.

Hebat juga ujian kesungguhan dan lambang keikhlasan yang

ada dalam persilatan Silat Cekak. Sesungguhnya, melalui arahan

Page 457: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 447

tidur atas kain putih juga akan membolehkan kita mengukur kualiti

ahli dalam perjuangan Silat Cekak.

Demikianlah isi penulisanku yang mengenangkan kembali

pengalamanku tentang kain putih di pemulaan ijazah. Penggunaan

kain putih adalah merupakan satu perkara yang baru dan di luar dari

kebiasaan untuk menuntut silat Melayu. Maka timbullah perasaan

„sikit-sikit takut‟ bagi seseorang itu untuk terlibat dengan Silat Cekak.

Walau bagaimanapun, pada mereka yang tersangat minat untuk

mendalami satu jenis persilatan Melayu yang mula muncul ketika itu,

hal yang demikian tidak mendatangkan masalah. Tidak menjadi

halangan.

Namun begitu, dalam keadaan ramai orang yang tersangat

cemburu dengan perkembangan Silat Cekak yang meningkat secara

mendadak itu maka pelbagai usaha dilakukan untuk menyekat

kemaraan Silat Cekak. Pastinya kemasyhuran Silat Cekak telah

menggugat persilatan Melayu lain yang bergerak di peringkat

kebangsaan. Salah satu cara usaha sekatan ialah menghubungkan

Silat Cekak dengan suatu pembawaan yang tidak betul. Nampaknya,

kain putih telah dijadikan salah satu penyebab yang memudahkan

mereka mendakwa sedemikian.

Dakwaan mereka itu tidak memberi bekas pada

perkembangan Silat Cekak. Perlembagaan Silat Cekak itu sendiri

dengan jelas memberi gambaran betapa Silat Cekak sentiasa

menjauhi perkara-perkara yang berbentuk tahyul dan khurafat. Ahli-

ahli yang terlibat dengan Silat Cekak sentiasa menaruh keyakinan

dengan „kesucian‟ Silat Cekak. Pengajaran dan kefahaman yang

diberi Guru Utama telah meyakinkan anak murid Silat Cekak bahawa

Page 458: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 448

silat yang sedang mereka pelajari itu adalah benar-benar bebas dari

sebarang unsur yang tidak betul dan tidak sihat.

Ketika aku mengendalikan kelas silat di cawangan,

penerangan dan penjelasan berkaitan dengan kain putih, dilakukan

secara berhati-hati. Lebih mudah aku menghubungkan kain putih

tersebut dengan konsep keikhlasan dan kesungguhan. Penerangan

yang sedemikian mudah diterima dan tidak membebankan pemikiran

para penuntut baru yang ada banyak karenahnya.

Pada pandanganku, tidur atas kain putih tidak perlu dijadikan

satu penghalang pada ahli-ahli baru untuk mempelajari Silat Cekak.

Kalau telah diberi arahan supaya tidur atas kain putih maka

tanggungjawabnya adalah bergantung pada penuntut itu sendiri.

Kalau nak tidur, tidurlah. Kalau tak nak tidur, tak payah tidur.

Tugas kita hanya memberi arahan supaya tidur atas kain putih

selama tiga malam berturut-turut. Tidak pulak menjadi tugas kita

untuk mempastikan perbuatan itu dilakukan. Jangan cuba „korek‟

cerita daripada mereka. Bukan kita boleh tahu sama ada penuntut itu

benar-benar tidur atas kain putih selama tiga malam berurut-turut.

Ketika aku memimpin kelas di cawangan juga, tidur atas kain

putih tidak diberi penekanan utama. Guru Utama telah beri arahan

supaya berbuat demikian. Bergantunglah pada mereka sama ada

hendak tidur atau tidak. Tugasku adalah mendapatkan kembali kain

putih tersebut setelah tiga hari berama mereka. Ketika menerimanya,

tak pernah langsung aku bertanya sama ada mereka benar-benar

telah tidur atas kain putih tersebut ataupun tidak.

Page 459: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 449

Aku mempunyai pandangan atau pendapat tersendiri tentang

kain putih pada pemulaan ijazah. Tanggungjawab ahli-ahli baru untuk

tidur atas kain putih tidak boleh dijadikan ukuran atau penilaian

tentang pembawaan mereka secara mutlak. Maknanya, sama ada

mereka tidur atau tidak, kurang sesuai untuk membuat kesimpulan

benar pada watak ahli tersebut. Masih banyak masa lagi untuk

menilai sifat kesungguhan dan keikhlasan mereka.

Kesimpulannya padaku, Silat Cekak tidak bergantung pada

perbuatan tidur bersama kain putih untuk menentukan sifat dan

pembawaan ahli. Banyak kaedah lain yang dapat mengukur kualiti

ahli. Cuma, tidur atas kain putih lebih merupakan satu perbuatan

untuk mengekalkan adat yang sedia ada. Tentunya adat itu tidak

bercanggah dengan kehendak agama.

Oleh itu, tidaklah perlu kita „mengambil berat‟ akan perbuatan

tidur atas kain putih itu. Maknanya, jangan ditanya atau cuba-cuba

mencari kepastian akan perbuatan ahli baru tidur atas kain putih atau

tidak. Kesimpulanku mudah. Setelah dapat balik kain putih tersebut

maka maknanya penuntut itu telah tidur atas kain putih itu. Sekalipun

termendengar ada penuntut yang tak nak tidur atas kain putih,

eloklah jangan ambil peduli. Buat-buat tak tahu sahaja. Masih terlalu

awal untuk membuat sebarang kesimpulan tentang dirinya. Jauh lagi

perjalanan penglibatan mereka dalam Silat Cekak.

Terus terang aku nyatakan. Aku tidak berapa minat dengan

cakap- cakap yang tidak berpijak di bumi nyata. Jenis cakap yang

bersifat mistik dan mitos. Sukar diterima akal yang sempurna.

Pengalaman bersama dengan rakanku yang terdahulu telah banyak

memberi pengajaran. Selalu menghubungkan Silat Cekak dengan

sesuatu yang luar biasa. Akhirnya, fikiran tak tentu hala. Jiwa merana

Page 460: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 450

dan hati terkecewa. Oleh itu, apabila ada antara rakan-rakan ahli

yang bercakap atas dasar yang sedemikian, dengan mudah aku

dapat hubungkan dengan rakanku itu. Cukup cukuplah. Tak perlu

mengulang sejarah dalam pengalamanku lagi.

Pada kesimpulanku, perbuatan tidur atas kain putih adalah

lebih berupa adat yang perlu dikekalkan. Perbuatan itu juga boleh

dilambangkan sebagai sifat keikhlasan dan kesungguhan. Namun

begitu, sifat-sifat itu tidak perlu dijadikan sandaran bagi menentukan

sifat atau perwatakan atau pembawaan mereka secara mutlak. Masih

terlalu awal untuk membuat kesimpulan muktamad.

Selalu aku berpesan pada rakan-rakan pembantuku. Setelah

tiga hari maka kita hanya perlu mendapatkan balik kain putih

tersebut. Maka jangan sesekali persoalkan anak didik kita sama ada

telah tidur atau belum. Perkara pentingnya ialah kita menerima kain

putih. Jangan dikorek-korek sebarang cerita lain. Kalau ada antara

mereka yang cuba menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan

perbuatan tidur atas kain putih secara terbuka, eloklah jangan diberi

perhatian. Buat tak tahu sahaja. Buat tak heran.

Sesungguhnya Silat Cekak tidak begantung pada kain putih

untuk menentukan penguasaan gerak para penuntutnya. Selalu aku

tegaskan. Penggunaan kain putih dalam ijazah pertama hanyalah

berupa adat yang perlu dikekalkan. Adat itu tidak bercanggah dengan

agama. Maknanya, perbuatan tidur atas kain putih tidaklah perlu

dijadikan isu. Pendapat atau pandanganku dari dulu hingga

sekarang.

Aku membuat kesimpulan sedemikian berdasarkan kepada

dua (2) faktor yang jelas. Pertamanya, bacaan ketika tidur atas kain

Page 461: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 451

putih telah berubah banyak kali. Seingatku, sekurang-kurangnya

telah tiga kali berubah. Tidaklah perlu aku bincangkan atau nyatakan

bentuk perubahan itu. Orang-orang lama tentunya faham akan

maksud tulisanku ini.

Perubahan pada ayat-ayat baca tersebut menjelaskan padaku

betapa tidur atas kain putih tidak perlu mematuhi syarat-syarat yang

ketat dan tetap. Bacaannya pun boleh berubah berdasarkan tuntutan

masa dan keadaan. Kalaulah Ustaz memandang serius pada

pelakuan tidur atas kain putih, tentunya segala peraturan yang ada,

masih tetap dan tidak boleh berubah-ubah. Kesimpulanku jelas

membuktikan bahawa perbuatan tersebut adalah semata-mata adat

yang perlu dipertahankan dalam persilatan. Sesuatu yang dianggap

adat pastinya bersifat kemudahlenturan; sesuai dengan kehendak

masa dan tuntutan keadaan.

Keduanya, sepanjang aku berada dalam persilatan Silat

Cekak, tak pernah dengarpun Ustaz menyebut bahawa tidur atas

kain putih boleh mempengaruhi gerak silat para penuntut. Maknanya,

kemenjadian gerak para penuntut tidak ada kena-mengena dengan

kain putih. Tak pernah ada kesimpulanpun bahawa penuntut yang

tidak „menjadi‟ geraknya adalah kerana tidak tidur atas kain putih.

Begitu juga sebaliknya. Tak ada kajianpun.

Kefahaman dalam Silat Cekak adalah jelas. Silat adalah

gerak. Gerak itu adalah berdasarkan gerak dua tangan dan dua kaki.

Gerak itu adalah hak Yang Empunya Gerak. Maknanya, gerak dalam

Silat Cekak boleh dikuasai dengan daya usaha atas kefahaman dan

penguasaan gerak tangan dan kaki.

Page 462: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 452

Namun begitu, ahli-ahli Silat Cekak difahamkan juga bahawa

penguasaan gerak adalah berdasarkan hak Allah. Kita hanya boleh

berusaha dan Allah yang menentukan hasil usaha itu. Begitulah

kefahaman yang terkandung dalam pantun Ustaz, “Silat Cekak pada

zahirnya, Pengertian gerak pada batinnya, Hendaklah mahir seluruh

anggotanya, Hendaklah jujur pada jiwanya.”

Para penuntut Silat Cekak ditanam dengan kefahaman

bahawa penguasaan Silat Cekak adalah melalui penguasaan gerak

tangan dan kaki. Manakala keupayaan mendapatkan anugerah gerak

secara semula jadi dan hakiki dari Allah, perlu disusuli dengan jiwa

yang jujur. Tidak langsung disebut pun gerak-gerak itu terhasil dan

terkesan setelah tidur atas kain putih.

Kesimpulannya, tidur atas kain putih itu hanyalah merupakan

satu bentuk adat yag perlu dikekalkan sebagai upacara dalam

persilatan Silat Cekak. Perbuatannya boleh juga dijadikan sebagai

satu bentuk ujian kesungguhan dan keikhlasan dalam peringkat awal

pembelajaran. Walau bagaimanapun, bentuk kesungguhan dan

keikhlasan itu tidak boleh dijadikan pandangan muktamad. Ada

banyak masa lagi yang perlu dilalui sebagai penuntut Silat Cekak.

Itulah kefahamanku berdasarkan penerangan Ustaz.

Kesimpulannya, setiap ahli Silat Cekak yang tamat silat akan

menempuh pengalaman bersama dengan penggunaan dua kali kain

putih. Masuk silat mesti ada kain putih dan tamat silatpun mesti ada

kain putih. Aku telah menceritakan dalam tulisan terdahulu tentang

kain putih yang pertama. Kena bagi balik setelah tidur tiga malam

secara berturut-turut. Pengalaman dengan kain putih yang pertama

adalah pelbagai mengikut sikap dan watak ahli yang berkenaan. Ada

Page 463: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 453

yang takut-takut dan ada yang tak kisah. Aku telah menceritakan

pengalaman yang kuhadapi dan alami dalam tulisan yang terdahulu.

Kain putih yang kedua hanya akan dirasai pengalamannya

jika ahli-ahli yang menuntut Silat Cekak menjalani upacara tamat

silat. Kalau kain putih yang pertama adalah hak guru maka kali ini

kain putih itu adalah menjadi hak sendiri. Tak payah pulang balik.

Boleh jadikan simpanan kekal sepanjang ingatan dalam persilatan

Silat Cekak. Semacam satu bentuk cenderamata. Tapi guna duit

sendiri bagi mengadakannya.

Pada pendapatku, pengalaman kain putih kali kedua telah

tidak ada saspensnya. Isu pun tak ada lagi. Rupa bentuknya adalah

sama dengan kain putih yang pertama. Ukurannya pun sama. Oleh

itu apabila disuruh bawa kain putih dalam majlis tamat, tak menjadi

hal lagi. Bersedia menerima dan mengikut arahan. Sepanjang

ingatanku, tak ada sebarang karenah atau masalah yang timbul

berkaitan dengan kain putih dalam ijazah penamat. Hal yang

demikian dirasakan timbul kerana dua (2) sebab.

Pertamanya, setiap penuntut telah terbiasa dengan kain putih

selepas ijazah pertama. Kalau timbul kepelikan pada kain putih itu

pun adalah buat pertama kali penggunaannya. Ketika belajar silat,

soal kain putih tak pernah disebut pun. Kebolehan bersilat para

penuntut tidak pernah dikaitkan dengan tidur atas kain putih. Para

pesilat diberi didikan gerak yang benar dan berpijak di bumi nyata

tanpa menghubungkan dengan perkara-perkara pelik dan luar biasa.

Oleh itu, fahamlah anak murid Silat Cekak betapa Silat Cekak

bersih dari sebarang amalan tahyul dan khurafat. Maka kenangan

pada kain putih yang pertama dulunya, telah berlalu begitu sahaja.

Page 464: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 454

Oleh itu, apabila berpengalaman kali kedua, hati penuntut boleh

menerima akan keperluan membawa kain putih. Tak ada ragu-ragu

lagi. Tak banyak songehnya.

Keduanya, pembelajaran Silat Cekak yang sebegitu lama

telah benar-benar mewujudkan pertautan hati antara penuntut

dengan Silat Cekak. Keseluruhan penuntut menaruh keyakinan pada

Silat Cekak sebagai ilmu bela diri yang boleh menjadikan diri

bertanggungjawab. Mereka memberi keyakinan penuh pada

persilatan Silat Cekak. Oleh itu sebarang bentuk cerita atau arahan

yang berkaitan dengan silat, tidak menjadi hal. Boleh terima.

Semasa latihan silat terutama selepas ijazah kedua, para

jurulatih selalu menguar-uarkan tentang peranan kain putih semasa

ijazah penamat. Penceritaan mereka bukan setakat menyatakan

keperluan membawa kain putih sebagai syarat penamat, tetapi juga

mula menceritakan pelbagai kelebihan tentang kain putih tersebut.

Para penuntut yang telah terikat dengan Silat Cekak, tak ada

persoalan lagi. Maknanya, para penuntut telah bersedia dari segi

psikologi untuk terlibat dengan kain putih buat kali keduanya. Malah,

ada yang begitu teringin sangat untuk memperoleh kain putih pada

ijazah penamat.

Sepanjang penglibatanku dalam persilatan Silat Cekak, tidak

pernah ada usaha-usaha musuh Silat Cekak untuk mengaitkan kain

putih yang kedua ini sebagai usaha menjatuhkan Silat Cekak. Sudah

tak laku. Kepercayaan ahli pada Silat Cekak tidak boleh diganggu-

gugat lagi. Keseluruhannya, ahli-ahli bersemangat untuk tamat silat

dan seterusnya bercita-cita untuk mengembangkan Silat Cekak di

seluruh negara.

Page 465: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 455

Dalam tulisan yang terdahulu, aku telah banyak menyentuh

tentang peranan kain putih dalam ijazah penamat. Pemakaian kain

putih semasa mandi empat puluh hari berturut-turut, ada

peraturannya. Kena ikut. Kasimpulanku adalah jelas. Mandi bersama

kain putih selepas ijazah tamat adalah merupakan satu ujian

kesungguhan dari Guru Utama. Ujian tersebut nampak begitu mudah.

Akan tetapi banyak payahnya. Tanpa kesungguhan, kerja-kerja

mandi bersama kain putih seperti yang disyaratkan, akan terbantut

kesempurnaannya.

Hal yang demikian kerana bukan mudah untuk mandi di

malam hari bersama kain putih tersebut. Perbuatan mandi itu pula

perlu dilakukan secara berturut-turut selama empat puluh hari. Kain

perlu dibiar kering sendiri. Tak boleh perah. Dari situlah, kita boleh

mengukur akan kualiti ahli. Boleh beri gred pada ahli-ahli berkenaan.

Maka mudahlah kita mencari barisan pelapis bagi meneruskan

perjuangan Silat Cekak seterusnya.

Malah, seperti yang aku katakan Ustaz juga menjadikan

perbuatan mandi itu sebagai „lesen‟ untuk para penuntut menerima

pelajaran atau petua-petua berharga dalam persilatan Silat Cekak.

Selepas mandi silat bersama kain putih maka akan terbuka laluan

pada penuntut Silat Cekak mendalami pelbagai ilmu yang ada.

Secara langsung tindakan Ustaz itu adalah merupakan satu bentuk

motivasi pada para penuntut untuk menurut arahan secara

memperoleh kain putih dan mandi bersamanya .

Hal yang demikian tentunya berbeza dengan kain putih ijazah

pertama. Dalam ijazah pertama, konsep kain putih lebih merujuk

pada keikhlasan ahli menuntut ilmu Silat Cekak. Nilai kesungguhan

juga boleh diukur. Walau bagaimanapun, perbuatan tidur atas kain

Page 466: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 456

putih itu tidak boleh dijadikan ukuran mutlak untuk menentukan

kesungguhan ahli berkenaan mempelajari Silat Cekak. Masih jauh

perjalanannya dalam penglibatan Silat Cekak sebelum kita dapat

menyimpulkan kesungguhan mereka itu.

Kain putih kedua yang telah menjadi teman bermandi selama

empat puluh hari, akhirnya perlu disimpan sebaik-baiknya. Di

cawangan pimpinanku, hal yang demikian telah diberitahu sejak awal

lagi pada para penuntut. Rasa-rasanya, beberapa bulan sebelum

ijazah penamat. Pastinya selepas ijazah potong. Itu sebabnya ada

juga dalam kalangan penuntut yang hendak tamat itu akan mencari

kain putih yang lebih baik sikit kualitinya. Namun begitu lama-lama,

kain putih telah disediakan pihak cawanganku. Para penuntut hanya

perlu menyediakan wang bagi mendapatkannya. Tak boleh beli

sendiri.

Arahan mandi telah diberi Guru Utama. Segala

tanggungjawab pada kain putih itu adalah terletak pada para

penuntut. Kain putih itu adalah merupakan hak milik mereka sendiri.

Terpulanglah pada para penuntut untuk main peranan pada kain

putih itu. Mereka boleh bertanggungjawab secara mandi tanpa

berselang hari atau sebaliknya. Perbuatan memerah atau tidak,

hanya mereka yang tahu. Tugasku hanya memberi nasihat jika

diminta.

Setelah memiliki secara mutlak pada kain putih tersebut,

tanggungjawab menjaganya bergantunglah pada penuntut itu sendiri.

Ketika itu, peranan atau kegunaan kain putih ijazah penamat jarang

sangat menjadi persoalan. Ketika menjadi Jurulatih, aku pula tidak

lagi berperanan apa-apa berkaitan kain putih. Apatah lagi mengutip

Page 467: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 457

semula kain putih tersebut. Menjadi hak sendiri. Pandai-pandailah

menjaganya. Itupun kalau ambil berat untuk menjaganya.

Walau bagaimanapun, tanggapan rakan-rakanku dulunya

pada kain putih adalah pelbagai. Ada yang tidak kisah langsung.

Pernah aku berjumpa dengan rakan lamaku. Lantas aku tertanya,

“Masih simpan lagikah kain putih tamat silat.”

Begitulah soalanku yang orang lain jarang bertanya.

Selalunya sesama ahli silat yang lama tak jumpa hanya bertanyakan

diri pada penguasaan gerak. “Masih ingat lagi buah-buah Silat

Cekak”. Soalan yang sering ditanyakan. Jarang sangat yang

bertanyakan tentang kain putih.

Ada juga dalam kalangan rakan-rakanku yang menggaru

kepala apabila diajukan soalan tentang kain putih. “Entah mana

perginya. Akupun lupa di mana letaknya”. Begitulah jawapan

standard yang sering kedengaran dari mulut ahli yang tak kisah lagi

tentang kain putih. Rasa-rasanya, kalau aku tidak bertanya, langsung

tidak ada lagi perbendaharaan kata kain putih Silat Cekak dalam

pemikirannya.

Hal yang demikian berlaku terutamanya setelah ahli

berkenaan berkahwin. Masa bujang segala urusan adalah

tanggungjawab sendiri. Setelah berkahwin kena duduk rumah sendiri.

Ketika itu kain putih mungkin mula dilupakan. Tanggungjawab

keluarga dan kerja semakin luas dan bertambah dari masa ke masa.

Mula-mula pada isteri dan akhirnya berkembang luas pada anak-

anak. Kalau tidak melibatkan diri dengan persatuan lagi maka kain

putih semakin dilupakan.

Page 468: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 458

Maknanya, pada kumpulan ahli-ahli ini kain putih tidak

membawa apa-apa makna lagi. Tidak sebagai kenangan mahupun

sebagai sesuatu yang ada kelebihan. Dulu, orang suruh mandi

dengan kain putih maka merekapun berbuat demikian. Perkara

pentingnya ialah memenuhi syarat untuk tamat silat. Setelah mandi

silat, kain putih disimpan dan sentiasa ingat tempat simpanannya.

Lama-lama, merekapun ghaib dari persatuan dan persilatan.

Ghaib dengan pelbagai alasan. Salah satu alasannya, tidak ada

ruang dan peluang untuk aktif lagi. Persatuanpun telah berpecah.

Maka pautan hati mereka pada Silat Cekak menjadi celaru dan

semakin longgar dari semasa ke semasa. Apabila mereka ghaib

maka kain putihpun turut ghaib. Bercerai dengan persilatan Silat

Cekak maka berpisahlah kain putih.

Teringat dan terkenang kain putih penamat. Selesai ijazah

tamat maka sahlah pemilikanku pada kain putih itu. Pada

pandanganku, untuk menzahirkan „hubungan erat‟ antara tuan milik

dengan kain putih yang diambil itu maka acara mandi bersama telah

dilakukan. Kena mandi selama empat puluh hari berturut-turut. Kalau

diikutkan perasaan atau secara logiknya, cukuplah setakat ijazah di

atasnya. Apa perlunya dibawa mandi bersama. Nampaknya

perbuatan itu tidak memadai. Kena mandi bersama juga. Baru mesra.

Baru serasi. Baru sehati sejiwa. Baru ada ikatan antara kain putih

dengan tuan miliknya.

Teringat pesanan pakar motivasi dalam tv. Hubungan antara

suami isteri akan memberi lebih makna jika mereka mandi bersama.

Tak boleh bayang pulak mandi semacam mana. Perkara pentingnya

ialah mandi bersama. Maknanya, mandi bersama boleh melahirkan

satu ikatan yang sangat akrab sesama mereka sebagai sepasang

Page 469: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 459

kekasih suami isteri. Maka bolehlah agaknya dikiaskan betapa kain

putih yang dibawa mandi bersama, akan melahirkan satu ikatan yang

amat erat dan akrab antara kain putih itu dengan ahli Silat Cekak

yang menjadi tuan punyanya.

Setelah mandi silat maka kain putih itu perlu dipelihara atau

dijaga. Elok juga disimpan. Terdapat hubungan rapat antara ahli yang

tamat dengan kain putih yang dibawa mandi bersama itu. Bukan

mudah mandi bersama kain putih. Itupun kalau ikut peraturan.

Kerana kepayahan itulah maka kain putih itu sangat memberi makna

dan terdetik di hati untuk memeliharanya dengan sempurna.

Pelbagai pandangan dan tafsiran telah wujud atau boleh

wujud antara ahli silat dengan kain putihnya. Segala-galanya berkait

erat dengan sikap dan latar belakang ahli Silat Cekak itu sendiri. Ada

yang tersangat ambil berat. Ada yang setakat ambil berat sahaja.

Hilang perkataan „sangat‟. Ada yang tak kisah langsung.

Berdasarkan pengalamanku, aku cuba menyentuh tentang

sikap tersebut dalam tulisan ini secra umumnya. Dalam persilatan

kita, tidak ada sebarang kajian atau sebarang soal selidik tentang

kedudukan kain putih selepas ijazah penamat. Aku yakin, ada

kalangan pembaca yang sedang membaca tulisan ini sedang

mengingat-ngingat kembali kali terakhir dia ternampak kain putihnya.

Kalau dah jumpa, simpan baik-baik di tempat yang mudah diingat dan

mudah dipandang.

Aku sendiri sentiasa amat mengambil berat pada kain putih.

Sudah lebih empat puluh tahun kain putih yang pernah aku mandi

bersamanya, tersimpan dalam almari. Sepanjang simpananku itu,

pernah juga beberapa kali kain putih tersebut dibuat mandi bersama

Page 470: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 460

dengan limau purut. Ikut keperluan diri. Habis guna, simpan balik

dalam almari. Tempat yang senang diingat dan senang dipandang.

Aku tak pernah bawa ke mana-mana sebagai teman setia.

Menyusahkan untuk menjaga. Takut hilang. Bukan dicuri orang tapi

tersalah letak. Lagi pun, keperluan membawanya tidak ada. Tak

terasa faedahnya. Cukup dengan petua-petua lain yang ada dalam

persilatan Silat Cekak ketika pergi ke mana-mana. Tak payah bawa

kain putih dengan tujuan menagih kelebihan daripadanya. Tak sesuai

langsung.

Lagipun dalam keluargaku, hanya aku seorang sahaja yang

tahu akan kegunaannya dan hanya aku seorang sahaja yang tahu

untuk menghormatinya. Perasaan ahli keluarga yang lain tak sama

dengan perasaanku yang telah mandi bersama. Itu sebabnya pada

pandanganku lebih baik kain putih disimpan di rumah sahaja untuk

keperluan diriku seorang sahaja.

Kalau dibawa ke tempat-tempat lain boleh jadi banyak

masalahnya. Sekurang-kurangnya mungkin ada perkara yang

dilakukan oleh orang lain yang tak tahu tentang kepentingan kain

putih tersebut. Boleh jadi kain putih kita digunakan sebagai pembalut

nangka atau cempedak kalau balik ke kampung. Atau, dijadikan lapik

apa-apa sebagai seperah. Nampak macam lucu, tapi itulah

sebenarnya hakikat yang pernah terjadi. Aku sendiri pernah didatangi

seorang penuntut.

“Cikgu, apa patut saya buat. Kain putih saya telah dibuat

sarung bantal.” Rupa-rupanya isteri penuntut itu tidak tahu akan

kegunaan kain putih. Nak buat macam mana. Salah sendiri. Tak

pernah beritahu tentang kain putih tersebut.

Page 471: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 461

Oleh sebab terlalu berkehendak akan kain putih maka

terpaksalah „diselit‟ dalam majlis ijazah tamat. Penuntut berkenaan

kena ijazah semula dengan Guru Utama. Masa Pak Ak. Kena bayar

pengkeras tamat. Cuma aku tak pasti sama ada dibuat perbuatan

mandi bersamanya. Bukan tanggungjawabku lagi. Tanggungjawab

sendiri. Malas nak ambil tahu. Tak ada kerja, cari kerja.

Oleh itu, lebih baik aku menjaganya sendiri dan ambil berat.

Simpan di rumah lebih selamat. Pada isteri, aku jelaskan padanya.

„Jangan usik kain putih ni. Inilah kenangan aku belajar Silat Cekak.‟

Satu bentuk penjelasan yang mudah diterima isteri. Jangan tersalah

cakap dengan menceritakan kelebihan kain putih tersebut. Jangan

pulak dikait-kait akan kain putih itu dengan sesuatu yang luar biasa;

bersifat mitos dan mistik. Akibatnya, isteri kita mungkin berasa gerun

dengan kain putih kita itu. Terpandang kain putih, mungkin akan naik

bulu romanya.

Apabila ada perasaan tersebut, macam-macam prasangka

buruk boleh menjelma. Akhirnya, isteri mungkin boleh jadi histeria.

Tak pasal-pasal isteri kena pukul dengan kain putih tersebut. Nasib

baik pukulan kain yang lembut. Kalau tidak, lebam kulit isteri kita.

Cerita yang pernah berlaku. Lucu. Bukan dirasuk hantu tapi tension

dengan kain puih yang kita simpan. Jadi tekanan perasaan.

Sesuatu benda yang disimpan perlu menunjukkan

keperluannya. Maka keperluan aku menyimpan kain putih adalah

jelas. Sebagai simbol kenangan. Hanya kain putihlah lambang pada

kenanganku belajar Silat Cekak. Terpandang kain putih maka

secepat kilat akan terkenang pembelajaran Silat Cekak di suatu masa

yang lalu. Itu sebabnya aku teramat sayang pada kain putih tersebut.

Sama sayangnya dengan uniform silat pertamaku dulu.

Page 472: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 462

Secara amnya, orang-orang lama yang semacamku

tersangat suka mengingati kisah-kisah lama. Ketika usia lama, diri

sering menilai kembali kerja buat yang pernah dilakukan semasa usia

muda. Dalam persilatan Silat Cekak amnya, jambatan ingatan pada

silat adalah bersabit dengan kain putih, uniform silat dan sijil. Tidak

semua berkesempatan menerima parang lading dan pingat-pingat

yang ada. Padaku, dalam kesemua alat penghubung ingatan itu, kain

putih adalah tersangat berkesan. Maklumlah, pernah mandi bersama.

Maka aku menyimpan kain putih tersebut adalah lambang

kenanganku dalam kegiatan Silat Cekak. Tak lebih dari itu.

Ada masanya ketika aku mengemas almari, aku untukkan

masa membedek-bedek kain putih tersebut. Kenangan lama

menyingkap kembali. Aku. Banyak kenangannya. Bersabit kain putih

itulah maka aku telah tamat silat. Untuk tamat silat maka banyak

pancarobanya. Banyak kenangan bersama Ustaz. Banyak

pengalaman untuk mengembangkan Silat Cekak. Oh Silat Cekak!.

Ada pula ahli yang menyimpan kain putih kerana menganggap

bahawa kain putih itu boleh memberi sesuatu kelebihan luar biasa.

Kumpulan ahli ini menyimpan kain putih untuk pelbagai kegunaan.

Macam-macam kisah yang aku dengar dari kumpulan ini. Ada yang

berjaya menggunakan kain putih untuk menghalau hantu atau pun

syaitan dan sebagainya.

Kisah paling menarik yang pernah aku dengar adalah

berkaitan dengan kereta. Ada yang kehabisan minyak kereta, apabila

dipukul-pukul dengan kain putih maka keretanya dapat meluncur

tanpa perlu isi minyak. Lagi hebat apabila kereta mereka terbabas

dan masuk longkang. Dengan memukul kereta menggunakan kain

putih maka kederat badan dapat mengangkat kereta tersebut pada

Page 473: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 463

laluan jalan. Hebat sekali. Oleh itu, kumpulan ahli jenis ini akan

sentiasa membawa kain putih ke mana-mana mereka pergi. Azimat

agaknya.

Apabila ada dalam kalangan anak didikku bertanyakan hal

yang sedemikian padaku maka jawapanku mudah sahaja. Tak boleh

nak komen sebab tak ada pengalaman. Nampaknya kain putih itu

amat berguna pada mereka yang selalu lalai dan memandu ganas.

Lalai mengisi minyak dan memandu ganas secara suka-suka hati

hingga boleh terjun dalam parit. Mungkin pengalaman itu tak akan

aku dapat langsung. Sebabnya mudah. Tangki minyak keretaku

sentiasa aku pastikan penuh kalau pergi ke mana-mana. Ketika

memandu aku selalu berhati-hati. Kalau mengantuk, berhenti. Kalau

terlaju, perlahankan segera. Jangan lebih sembilan puluh meter. Oleh

itu adatnya, tak merasalah aku nak mencuba kelebihan kain putih

yang ada padaku.

Pernah juga aku menjawab. “Kalau kereta terhenti kerana

kehabisan minyak, jangan panik. Pukul-pukul kereta itu dengan kain

putih. Barulah kita boleh jalan. Bukan kereta yang berjalan. Kita yang

berjalan”.

Aku juga difahamkan bahawa ada juga dalam kalangan ahli

yang mengambil berat pada kain putih berdasarkan jadi pengikut

setia Guru Utama. Apabila bertukar Guru Utama maka dianggapnya

kain putih asalnya tidak lagi sah. Perlu dapatkan kain putih yang lain.

Maka ijazah penamatlah sekali lagi bagi ahli yang sedemikian. Aku

juga tak ada komen kerana tidak pernah berjumpa jenis ahli tersebut

di cawanganku. Cuma, dengar-dengar cerita dari orang lain. Anda

pulak yang membaca tulisan ini menyimpan kain putih untuk tujuan

apa ye!.

Page 474: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 464

Gambar kenangan Pengarang bersama dengan tenaga penyusun dan penyemak

buku-buku beliau – Dari kiri : Mohammad Nizar, Syed Zairus, Dato‟ Mohd Rauhi dan

Aziz Zafran. Sesungguhnya gerak kerja untuk menyusun semula koleksi artikel-artikel

hasil penulisan Dato‟ Mohd Rauhi di dalam blog-blognya, untuk dijadikan sebagai

buku rujukan ilmiah Seni Silat Cekak telah dimulakan sejak dari tahun 2010. Satu

inisiatif yang disokong penuh dan dibantu oleh para anak didik Dato‟ Mohd Rauhi

yang umumnya pernah belajar Seni Silat Cekak di Negeri Perak. Terima kasih

kepada semua yang telah menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan material dalam

menjayakan inisiatif ini. Semoga usaha ini menghasilkan keberkatan yang abadi.

Amin. Amin Yaa rabbal „alamiin.

Page 475: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 465

BAB 5

PENUTUP

Page 476: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 466

Setelah sekian lama berkecimpung dalam Silat Cekak,

sepatutnya banyak perkara yang kita peroleh sama ada yang

berkaitan dengan kebolehan dan kemahiran fizikal mahupun

pembentukan sikap dan nilai diri kita. Dalam aspek kemahiran fizikal,

pengetahuan dalam gerak dua tangan dan gerak dua kaki sepatutnya

semakin mantap.

Hal yang demikian kerana mempelajari Silat Cekak telah

membawa kita meneroka satu rupa bentuk gerak dalam alam

persilatan Melayu. Silat Cekak adalah sejenis silat yang kaya dengan

ilmu-ilmu perbandingan berdasarkan pergerakan kita sendiri

dibandingkan dengan pergerakan silat-silat lain. Apabila kita

membanding, jelas menampakkan ciri-ciri kehebatan Silat Cekak

yang hanya dimiliki dan diketahui atau dirasai oleh mereka yang

menjiwai pelajaran Silat Cekak.

Pergerakan dua tangan dan dua kaki boleh juga dikiaskan

dengan sifat manusia itu sendiri. Lelaki yang menampakkan

ketampanannya dengan pakaian yang hebat dan menarik adalah

semata-mata kerana sifat kelakian yang dimiliki. Tanpa sifat itu,

kelakian dan ketampanan tersebut tidak pasti dan tidak membawa

makna. Begitu juga agaknya dengan wanita yang bergincu menarik

dengan pakaian yang mengiurkan semata-mata kerana ada sifat

kewanitaannya. Kalau kewanitaannya tiada atau kurang berfungsi,

semuanya tidak bermakna. Pakailah apapun. Pasti idak akan ada

daya magnetnya.

Mungkin kiasan ini boleh dikaitkan dengan silat kita.

Kebanyakan silat-silat Melayu, adunan tari dan gendangnya hanya

membawa makna jika ada tujuan dan keindahan dalam gerak dua

tangan dan dua kakinya. Setiap pergerakan ada maksud yang

Page 477: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 467

tersirat. Mencari kelemahan dalam pergerakan lawan menjadi tujuan

utama silat Melayu. Tapi dalam Silat Cekak kita tidak ada tari dan

tidak ada gendangnya. Mencari kelemahan musuh bukan menjadi

objektif utama. Dalam Silat Cekak, pergerakannya berformula kerana

lengkap dengan kaedah yang tersusun rapi.

Timbullah pelbagai falsafah seperti ‟makan gerak dalam

gerak‟ atau ‟sambil menyerang, Cekak menangkap‟ dan pelbagai

falsafah lagi dalam sistem menjaga diri yang meliputi pertahanan dan

serangan. Itu sebabnya Silat Cekak amat ringkas. Tidak payah untuk

menonjolkan kebolehan diri untuk menunjukkan Silat Cekak

mempunyai rahsia berbentuk senjata sulit yang begitu tajam dan

hebat sekali. Tidak seperti sifat manusia yang terpaksa menonjolkan

ketrampilan diri kerana bersandarkan kelebihan khas yang dimiliki.

Sengaja saya membuat perbincangan seperti di atas. Agaknya

kiasan ini lebih mudah untuk difahami.

Perbincangan dalam aspek pembentukan harga diri dan nilai

diri hasil penerapan dalam pengajaran dan pembelajaran Silat Cekak,

amat luas sekali. Kalau persilatan ini dihubungkan dengan konsep

budaya, sesungguhnya segala bentuk budaya positif yang ada dalam

ilmu persilatan Melayu, wujud dalam persilatan Silat Cekak. Nilai-nilai

budaya tinggi, budaya murni ataupun budaya halus, sememangnya

tersisip dalam ilmu persilatan Silat Cekak. Perkara ini tidaklah

menghairankan.

Kita lihat sendiri dalam apapun bentuk teori kelahiran silat.

Rata-rata semua teori kelahiran silat adalah hasil cetusan idea sama

ada golongan istana, golongan yang ahli agama atau golongan yang

berilmu. Golongan-golongan ini adalah terdiri daripada manusia yang

berfikir dan dapat mencetuskan ilham pergerakan yang begitu

Page 478: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 468

mantap sekali. Oleh sebab mereka ini sendiri mengamalkan segala

bentuk budaya yang dinyatakan maka budaya-budaya tersebut telah

menjadi bersekali dan bersepadu dalam pelajaran silat-silat Melayu

yang dilahirkan.

Malahan Silat Cekak sendiri telah menjadi amalan pihak

istana sebelum silat ini disebarkan dalam kalangan orang banyak. Itu

sebabnya dalam Silat Cekak budaya-budaya yang hebat telah

tersisip bersekali dengan pelajaran fizikalnya. Budaya ini terpupuk

dalam kalangan penuntut sama ada disedari atau tidak. Cuma

persoalannya ialah sejauh mana pemupukan budaya ini berlaku.

Mungkin faktor berfikir akan menentukan keadaan. Tidak sama

antara penuntut yang tidak berfikir yang hanya cuma membiarkan

dirinya dibentuk, berbanding dengan penuntut yang sentiasa berfikir

ketika penerimaan sesuatu pelajaran dalam proses mempelajari Silat

Cekak.

Saya cuba menyentuh beberapa aspek yang sepatutnya telah

terpupuk dalam kalangan pengamal Silat Cekak itu sendiri,

berdasarkan pesepsi dan pengalaman saya dalam Silat Cekak.

Aspek utama pemupukan nilai dalam kalangan ahli ialah

pemupukan nilai yang baik dan berbudi bahasa. Nilai dapat diertikan

sebagai satu konsep yang dijadikan asas kepada kita untuk menilai,

mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara, mutu,

kualiti dan pergerakan dalam silat kita. Budi bahasa biasanya

merujuk kepada tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib,

kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-

kata akhlak mulia. Tegasnya, setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup,

pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi

Page 479: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 469

mahupun pergaulan sesama ahli, terangkum dalam konsep budi

bahasa.

Silat Cekak kaya dengan adab yang tinggi. Sebagai contoh,

majlis ijazah yang ada dalam Silat Cekak merupakan tunjang

pemupukan pertalian antara guru dan murid atau antara pemimpin

dengan pengikutnya. Kepimpinan dalam Silat Cekak dijadikan tempat

bernaung, umpama kata kiasan, “Pohon rendang di tengah padang,

batangnya untuk bergantung, buahnya untuk dimakan dan daunnya

untuk berlindung”.

Sifat tidak beradab bukanlah amalan kita. Janganlah

hendaknya ketika pemimpin disanjung, segala-galanya baik belaka.

Apabila mereka terjatuh atau dijatuhkan, kutukan hina menjadi

mainan kata. Itu bukannya sifat budi bahasa kita dalam Silat Cekak.

Ingatlah pantun bangsa kita, ‟Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung

Daik bercabang tiga, Hancur badan disandung tanah, Budi yang baik

dikenang juga‟.

Setiap yang buruk ada baiknya. Setiap yang hitam ada

putihnya. Bukannya tahi cicak, tapi konsep buruk baik adalah sifat

budaya kita. Allah sahaja yang unggul.

Ketahanan diri merupakan salah satu aspek yang sepatutnya

terpupuk dalam kalangan penuntut Silat Cekak. Pelajaran Silat Cekak

itu sendiri memupuk diri kita supaya mempunyai daya ketahanan

yang tinggi. Bukan mudah untuk menghabiskan pelajaran Silat Cekak

tanpa hati yang cekal. Bak kata pantun, “Silat Cekak amatlah mudah,

pada mereka yang ada hidayah. Namun begitu haruslah tabah,

mudahan-mudahan beroleh faedah.”

Page 480: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 470

Guru Utama selalu membantu meneguhkan pendirian kita

supaya menjadi umpama ikan di laut. Walaupun sekelilingnya masin

tetapi ikan tetap tidak masin. Ketahanan diri membawa juga maksud

pendirian tetap yang sukar diganggu gugat. Pendirian ini adalah

sesuatu yang berkait dengan harga diri kita. Dalam konteks Silat

Cekak, selalunya pendirian tetap ini juga dikaitkan juga dengan istilah

“cakap jantan”. Penumbuk kita juga merupakan penumbuk jantan.

Implikasinya ialah berani dan tetap pendirian. Jangan berubah-

berubah tanggapan dan pendirian yang ada pada kita. Kerana

terdesak atau atas sifat kepentingan tertentu janganlah hendaknya

membolehkan kita bertukar pendapat.

Sungguh malang jikalau pendirian sikap tersebut berlaku.

Misalnya konsep mandat dan sebagainya yang sering ditimbulkan

sejak kebelakangan ini. Ramai yang ‟tak bertahan‟ sikap kerana tiada

ketahanan diri. “Pendirian tergadai dan penghormatan cabut lari.”

Tanpa kita sedari, ketrampilan diri telah dipupuk dari masa ke

masa dalam kalangan penuntut Silat Cekak ketika kita mempelajari

Silat Cekak. Disiplin berpakaian sangat diambil berat. Acara-acara

rasmi dijalankan dengan suasana protokal majlis yang tersusun

dengan baik. Ketrampilan diri ini lebih terserlah apabila sifat individu

itu diiring dengan budi bahasa yang jitu dan pendirian yang kukuh.

Nampak hebat ahli-ahli Silat Cekak. Muka mereka jernih berseri hasil

pancaran daripada hati mereka yang tulus dan ikhlas. Cuma

sekarang ini kadang kala ternampak muka-muka sumbang dan

sumbing dalam kalangan ahli.

Kerap kali ahli-ahli Silat Cekak juga diteguhkan dengan

pandangan bahawa gerak Silat Cekak ada kaitannya dengan

pergerakan sembahyang. Dalam konteks ini, bukan pergerakan Silat

Page 481: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 471

Cekak yang ingin saya tekankan, tetapi kaitan diri kita dengan

sembahyang. Sembahyanglah merupakan salah satu kekuatan batin

untuk diri kita. Mereka yang menunggu Subuh adalah tersangat hebat

berbanding dengan Subuh yang menunggu mereka.

Kesempurnaan sembahyang akan memberi kesan yang besar

pada pergerakan silat kita. Janganlah banyak sangat membuang

masa membincangkan pergerakan silat kita yang bersumberkan

sembahyang. Hakikatnya kesempurnaan sembahyang banyak

mempengaruhi pergerakan penuntut. Inilah yang perlu dibincangkan

oleh mereka yang ahli kepada penuntut Silat Cekak.

Banyak lagi aspek agama yang dikait dan ditanamkan dalam

kalangan ahli kita. Apapun, yang penting, penuntut Silat Cekak ditarik

perhatian mereka untuk mendalami seterusnya ilmu-ilmu yang

berkaitan dengan agama melalui sumber-sumber lain yang ada.

Kalau ada antara penuntut yang mempelajari Silat Cekak tetapi

semakin jauh dengan agamanya menunjukkan adanya sesuatu yang

tidak kena dalam proses pengajaran dan pembelajaran Silat Cekak.

Selain daripada faktor-faktor perbincangan di atas, banyak

nilai baik dan positif yang terpupuk dalam proses kita mempelajari

Silat Cekak. Faktor keyakinan diri dan keberanian juga merupakan

nilai yang terpupuk dari masa ke masa. Alangkah indahnya nilai yang

telah diperoleh oleh penuntut yang mempelajari Silat Cekak. Setelah

pelajaran silat diperoleh dengan selengkapnya, penuntut yang lahir

hasil didikan Silat Cekak mempunyai keperibadian yang unggul dan

mantap. Mereka ini mempunyai daya tahanan diri yang teguh dan

sukar diganggu gugat oleh sesiapapun.

Page 482: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 472

Di samping perkara-perkara positif, kita juga perlu berhati-hati

dengan sifat-sifat negatif yang mungkin timbul. Saya rasa, sesuatu

perkara itu positif atau negatif, banyak bergantung pada tafsiran

sendiri. Kalau kita lihat perkara tersebut sebagai positif maka

positiflah jadinya. Begitulah sebaliknya, jika kita mempunyai

pandangan yang berbeza. Banyak perkara yang kita boleh

persoalkan jika ingin bercakap dari aspek positif dan negatif. Walau

bagaimanapun segala-galanya bergantung pada pandangan individu

tersebut.

Mungkin perbincangan ini sesuai untuk renungan dan

mungkin sebagai pengetahuan kepada pembaca sekalian. Jangan

pulak takut terpengaruh sangat dengan tulisan ini. Anggaplah tulisan

ini sebagai satu lagi sudut penulisan yang boleh dibuat renungan

bersama. Perbincangannya hanya pada pandangan dan dalam

konteks saya sendiri.

Berkecimpung dalam Silat Cekak sebegitu lama bermakna

saya amat berminat dengan Silat Cekak itu sendiri dan tentunya

dengan falsafah dan perjuangan yang ada. Oleh hal yang demikian

ramai yang menganggap sifat itu sebagai sifat taksub dengan silat.

Kadang kala saya bertanyakan diri saya sendiri, adakah saya benar-

benar taksub dengan Silat Cekak. Saya terfikir secara bandingan

akan mereka yang berminat memancing ikan yang boleh

menghabiskan masa sehari suntuk di tepi kolam atau di sungai atau

di laut semata-mata untuk mendapatkan ikan hasil pancingan

mereka sendiri. Untung-untung dapatlah seekor ikan dalam masa

enam atau lapan jam. Paling malang sekali apabila seekor ikan pun

tidak dapat.

Page 483: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 473

Pelik pada kita tapi tidak pelik pada mereka. Tentunya kita

rasakan kegiatan mereka erat kaitannya dengan hobi atau minat. Kita

tidak pernah mengatakan perbuatan memancing tersebut sebagai

taksub. Begitu juga dengan orang yang bermain golf sehari suntuk,

semata-mata ingin memasukkan sebiji bola ke dalam lubang. Itulah

hobi namanya, bukannya taksub. Berebut sebiji bola oleh dua puluh

dua orang di padang bola dirasakan buang masa pada mereka yang

tidak berminat dengan bola. Tapi pada peminat bola, kegiatan

tersebut banyak faedahnya. Dalam hal ini, saya juga yakin bahawa

penglibatan saya dalam Silat Cekak bukannya kerana taksub tetapi

kerana hobi dan minat. Jadi tidak ada salahnya dan tidak patut

dikesali.

Akan tetapi kerana minat tersebutlah maka kita terpaksa

mengorbankan perasaan mereka yang berkait rapat dengan kita.

Banyak permintaan mereka yang terpaksa dikecewakan. Segala-

galanya kerana minat akan silat hingga lupakan orang keliling.

Apabila ‟orang rumah‟ sound sikit fasal penglibatan tersebut, mungkin

kita akan bersifat melenting. Maka terpendamlah perasaan mereka.

Terbuku di hati.

Seronok mendengar syarahan Ustaz tentang perjuangan Silat

Cekak. Perjuangannya logik dan mantap serta berfokus. Sesuai

dengan jiwa seni yang ada pada saya. Syarahan-syarahan Ustaz

merupakan satu motivasi yang berharga pada diri saya. Bila sudah

faham tentang perjuangan maka saya teruskan kesinambungan

perjuangan tersebut. Bukannya main-main tapi secara serius.

Fahaman tentang silat diasah oleh Guru dari masa ke masa. Kadang

kala saya rasakan diri ini sudah mantap untuk meneruskan

perjuangan.

Page 484: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 474

Melihatkan ramai kawan yang berminat seperti saya,

kecenderongan untuk berjuang terus membara. Tapi mungkin

berbeza antara saya dengan mereka. Saya sukakan kerja-kerja yang

bermula dengan ‟A‟ dan diakhiri dengan ‟Z‟. Itu juga merupakan salah

satu ajaran yang ada dalam Silat Cekak. Tapi kenapa ramai juga

para kawan yang menghilangkan diri. Paling malang sekali mereka

yang berbeza pendapat. Rupa-rupanya tindakan mereka bijak sekali.

Perjuangan mereka ada had dan ada sempadannya. Cukup masa

mereka mengundur atau membelah diri. Cukup dengan pengorbanan

yang mereka beri. Pengorbanan ini dikirakan setimpal dengan ilmu

yang diasak dan diberi oleh Guru.

Ramai kawan seperjuangan yang menghilang diri atau

berubah hati. Dulu dan dulu semuanya bersatu hati. Arah perjuangan

dan hala tuju begitu jelas sekali. Kadang kala apabila tawar di hati,

melihatkan kawan dan bergaul sesama mereka sudah menjadi

semacam motivasi. Sayang sekali, kenapa ramai yang beralih hati.

Perjuangan asal ke mana pergi. Mana pergi fahaman mereka. Terasa

diri semacam lemah. Lurus bendul tentang perjuangan.

Saya lihat ramai antara kawan yang berjuangkan glamour.

Rebut jawatan sana sini. Hinggakan ada yang bertanding sesama

mereka hingga timbul perasaan dengki mendengki. Jadilah ajaran-

ajaran Ustaz mengikut tafsiran sendiri. Prinsip dan falsafah dalam

Silat Cekak begitu mudah ditafsirkan berbeza dengan fahaman yang

terdahulu. Sebabnya, semasa saya bergaul dengan mereka,

fahaman tersebut tetap satu. Tafsiran diri, jauh sekali.

Kini saya masih cuba untuk mempertahankan fahaman yang

asal. Tapi mana ada bukti. Senang saja ditempelak oleh mereka yang

tidak setuju dengan fahaman yang ada. Mereka ada ramai pengikut

Page 485: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 475

baru. Bukannya pengikut tersebut tahu. Terpinga-pingalah saya

keseorangan diri. Kadang kala dikatakan syok sendiri. Siapa yang

nak percaya. Mungkin yang percayapun secara kebetulan kerana

saya berada di pihak mereka.

Kalau bertentangan pendapat kerana cuba menegakkan

fahaman asal saya yang dipupuk sekian lama, pasti ada yang

menyanggahnya pulak. Ramai kawan yang lari keluar. Walaupun

saya telah sampai ke Isyak, tapi saya cuba jangan menyesalkan diri.

Ketentuan Ilahi. Nak buat macam mana. Tapi kalau masa di gostan

kembali, saya rasa, saya tetap tidak berubah hati. Minatlah katakan.

Tapi saya boleh berhati-hati.

Berjuang aktif dalam Silat Cekak mesti ada kekuatan diri.

Kalau tidak, kita akan tawar hati dan mungkin menyisihkan diri. Satu

masa dulu saya pernah menulis bahawa peranan kita kadang kala

umpama sebuah kereta. Ketika kereta itu elok keadaannya, kereta

tersebut akan dinaiki. Apabila enjinnya rosak dan dihantar ke

bengkel, kereta lain akan digunakan sebagai ganti. Duduklah kereta

tersebut dalam bengkel. Apabila mekanik menelefon bahawa kereta

telah dibaiki, tuannya akan mengambilnya dan terus dinaiki.

Dulu semacam telah terpaku dalam fikiran, perjuangan mesti

ikhlas. Memperkembang dan menyebarkan Silat Cekak adalah

merupakan satu perjuangan yang hakiki. Oleh itu sebarang bentuk

tuntutan bayaran untuk maksud tersebut adalah merupakan

perbuatan yang tidak ikhlas. Dalam kelas janganlah bercakap selain

daripada silat. Itulah perjuangan hakiki yang ada dalam diri.

Tapi kawan-kawan sangat pandai menyesuaikan diri. Jual

tilam pun jadi. Tilam mesti dibeli. Satu ketika dulu, yang tidak sedar

Page 486: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 476

diri semakin hebat berkempen dengan CNI nya. Hilang perjuangan

hakiki. Suatu masa dulu juga, kalau badan tidak sihat dikaitkan

dengan kesetiaan pada guru, tapi kini diganti dengan “makanlah

produk CNI”.

Ada yang mempunyai hobi sendiri yang tetap tidak diketepi.

Sanggup pulak menjadi pengurus kelab peminat bola sepak.

Menyimpang terus daripada tugas hakiki dalam keadaan diri

dikatakan pengikut setia Ustaz Hanafi. Tapi saya tetap dengan aktiviti

mengembangkan Silat Cekak.

Kegemilangan Pusaka Hanafi banyak yang telah berlalu. Ada

yang mula menyuarakan perkataan ‟hak‟ dan ‟batil‟. Tertegak yang

hak maka tenggelamlah yang bathil. Tapi itu mainan istilah. Susah

dibuktikan dengan kebenaran. Namun, masih ramai yang percaya.

Sesuatu yang hak itu bukan mudah untuk berkembang kerana pasti

ada rintangannya. Tunggulah masa hingga sampai masanya.

Entahlah. Cakaplah apa saja. Yang pastinya, kecemerlangan kita

telah dinoda dan ternoda. Cuma kita mengharapkan generasi baru

untuk membangkitkan Silat Cekak semula.

Pada generasi kepimpinan yang sedia ada, pasti perasaan

kecewa dan hampa atas perjuangan kita selama ini tetap ada dalam

kotak pemikiran kita. Namun pada generasi baru, penerimaan

mereka pada Silat Cekak akan membawa berbagai makna dan

persoalan. Oleh itu kita perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu

kalau dirujuk oleh generasi baru yang ingin tahu. Tentu

kecenderongan berpihak tetap ada. Berpihaklah tapi tetap boleh

bercerita. Fahamilah persoalan-persoalan berikut.

Page 487: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 477

1. Mengapakah Silat Cekak boleh berpecah. Silat ini

dipecahkan oleh orang-orang kanan Ustaz sendiri di suatu masa

dahulu. Pada hal, mereka telah menerima pendidikan dari perdu yang

sama. Mereka dididik dengan arah perjuangan yang sama. Mereka

menerima pelajaran daripada punca yang sama. Mereka bergaul dan

berbincang bersama. Tetapi mengapa mereka tidak sehaluan

akhirnya. Apakah puncanya hingga tergamak untuk mencari pihak

ketiga untuk membuat penyelesaian. Siapakah yang empunya

angkara.

2. Setelah kita berpecah, kita berada dalam persatuan yang

baru. Mengapakah persatuan yang baru itu boleh berpecah lagi.

Apakah alasan besar yang menjadi punca robohnya keseluruhan

perjuangan yang begitu mantap. Apakah isu-isu lain yang

sebenarnya membantu terhadap pepecahan ini.

3. Bagaimana tafsiran atas ajaran dan falsafah yang diajar

oleh Ustaz, akhirnya berbeza penerimaan antara ahli-ahli Silat

Cekak. Pada hal mereka sama-sama duduk semeja atau selantai

atau sebarisan kerusi dalam mendengar syarahan dan saranan

Ustaz. Apakah faktor-faktor yang mendorong mereka berubah hati

atau membuat tafsiran yang tidak selari. Atau apakah faktor-faktor

kepentingan diri yang banyak mempengaruhi pemikiran ahli-ahli

hingga melupakan perjuangan sejati.

4. Apakah kayu pengukur atau mekanisma yang telah

digunakan bagi mempastikan kesetiaan murid hinggakan mereka

dianugerahkan Pingat Setia iaitu setia kepada Persatuan dan Silat

Cekak bagi mempastikan silat tersebut berkembang terus dan tidak

porak peranda, akhirnya telah tidak setia.

Page 488: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 478

Kesemua persoalan di atas perlu kita ketahui akan

jawapannya. Jawablah dengan ilmu yang ada walaupun dalam

perspektif yang berbeza. Hal ini semua akan dapat membantu

generasi berikutnya ketika mengkaji asal usul Silat Cekak. Biarlah

mereka pula yang mengeluarkan teori-teori tentang pepecahan kita.

Panjang umur, kita boleh membaca.

Setakat ini tidak banyak maklumat tentang perkembangan

persatuan-persatuan kita yang berpecah. Setakat jamuan dan

kegiatan kelas, itu semua adalah kegiatan biasa. Tapi saya yakin

keadaan ini tidak akan kekal lama. Satu masa pasti berubah apabila

muncul generasi baru yang tidak tahu apa-apa atau mereka yang

tidak terlibat dengan pepecahan yang ada. Ketika itu baharulah

persatuan kita akan berkembang maju dalam haluan masing-masing.

Mana yang lebih baik. Usah dibincangkan pasal tersebut. Yang

pastinya, generasi yang ada sekarang akan berlalu. Bawalah

kecemerlangan dan kegemilangan yang ada. Itupun kalau dapat

dikatakan cemerlang dan gemilang.

Banyak perkara yang boleh kita bincangkan mengenai Silat

Cekak. Kalau fikiran kita positif maka perbincangan kita akan menjadi

positif. Kalau sebaliknya, jika fikiran kita negatif terhadap Silat Cekak

maka perbincangan kita akan mencorakkan sifat negatif tersebut.

Kadang kala Silat Cekak boleh juga dianggap sebagai alat

yang dapat digunakan bagi melengkapkan kehendak diri kita sama

ada dari segi jasmani atau rohaninya. Apabila ditambah dengan

penambahan dan menjadi perkataan „memperalatkan‟ maka

perkataan tersebut akan membawa banyak makna. Semuanya

bergantung pada pemikiran positif atau pemikiran negatif yang ada

Page 489: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 479

pada diri kita. Semuanya juga sangat bergantung pada kepentingan

diri semasa berada dalam Silat Cekak.

Sebagai seni bela diri, Silat Cekak adalah merupakan alat

yang penting bagi menghadapi musuh sama ada yang kita nampak

atau yang kita tidak nampak. Pelajaran yang ada dalam Silat Cekak

sendiri telah menampakkan kesepaduan antara luar dan dalam bagi

menjaga tubuh badan bagi menghadapi perbuatan khianat manusia

atau benda-benda ghaib. Jadikan diri kita sebagai ahli Silat Cekak

yang sempurna. Bukan ahli dalam konteks persatuan tapi ahli yang

membawa erti mahir atau pandai silat. Oleh sebab itulah kita selalu

disaran untuk menguasai kesemua isi pelajaran dan kefahaman yang

ada dalam persilatan Silat Cekak. Isi pelajaran ini meliputi pelajaran

fizikalnya dan hal-hal yang berkaitan dengan amalan mandi dan

petua-petua yang diberi Guru Utama dari masa ke masa.

Bagi mendapatkan keberkatan dan penguasaan Silat Cekak

dengan sempurna maka letakkan diri dalam suasana keikhlasan,

kesungguhan dan pengamalian yang sepenuhnya. Jangan ragu-ragu

sedikitpun dengan ilmu yang ada dalam Silat Cekak. Ikhlas

menerima, bersungguh belajar dan mengamal atau aplikasikannya

dalam kehidupan harian akan menjadikan kita sebagai ahli Silat

Cekak yang mantap. Silat Cekak dapat dijadikan alat yang terpenting

untuk kita benar-benar menjaga diri kita sendiri.

Silat Cekak adalah merupakan sejenis silat yang berkualiti.

Dalam pemerhatian saya, hal yang demikian telah menjadikan Ustaz

amat mementingkan kualiti dalam Silat Cekak. Kualiti ini dapat

dipupuk melalui sistem pembelajarannya. Sistem yang terbentuk oleh

Ustaz telah teruji untuk digunakan. Jangan pula kita memandai-

mandai mengubahnya dalam konteks jika kita ingin meneruskan

Page 490: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 480

pusaka Hanafi. Sistem yang dibentuk oleh Ustaz adalah merupakan

satu tahap proses yang boleh menghasilkan kualiti ahli dalam silat.

Proses ini umpama irama dalam lagu. Rosak irama maka pincanglah

lagunya.

Pentingnya kualiti dalam silat kita, telah menyebabkan kita

jarang sekali mendabik dada untuk bermegah dengan bilangan

ahlinya. Setakat ahli Silat Cekak berdasarkan ahli persatuan maka

amat kurang maknanya. Tidak tamat silatpun ahli tersebut boleh

dianggap ahli Silat Cekak. Hakikatnya tarafnya adalah ahli persatuan

dan bukannya ahli dalam persilatan.

Seingat saya, semasa era Ustaz, kita tersangat susah untuk

mengetahui bilangan ahli kita. Ketika itu hati tersangat ingin

mengetahui tentang bilangan ahli silat kita kerana silat-silat Melayu

yang lain sentiasa mendabik dada dengan pengisytiharan ratusan

ribu ahlinya. Ketika saya bertanya, Ustaz tersenyum sahaja tanpa

memberi angka yang saya kehendaki. Rupa-rupanya konsep ahli

dalam Silat Cekak tidak sama dengan konsep ahli yang dilaung-

laungkan oleh silat lain. Sesungghnya dalam Silat Cekak, kita

tersangat kaya dengan falsafah, konsep dan prinsip. Sama ada pada

perkataan, gerak atau perbuatannya. Saya pernah membicarakan

tajuk ini dalam penulisan yang terdahulu.

Dalam kehidupan seharian, kalau ke manapun kita pergi,

banyak alat yang kita gunakan bagi menjaga kebajikan diri kita

sendiri. Kalau perjalanan dekat, kenderaan kereta atau motor adalah

merupakan alat yang penting sebagai pengangkutan utama. Kalau

perjalanan jauh, kapal terbang akan dijadikan alat pengangkutan

utama. Walau bagaimanapun untuk keselamatan diri atau teman

rapat diri sendiri, Silat Cekak adalah merupakan alat yang terpenting

Page 491: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 481

untuk perjalanan dekat atau perjalanan jauh. Sama ada alat tersebut

memberi makna atau kurang memberi makna maka banyaklah

bergantung pada tafsiran dan apklikasi diri.

Setelah sampai ke tempat yang dituju, jika badan berasa

penat, Silat Cekak dapat dijadikan sebagai alat untuk memulihkan

badan. Jangan lupa mandi silat yang hanya bermodalkan cebok atau

gayung. Tidak payah pergi ke SPA atau mencari mat urut atau minah

urut atau suzy urut. Bersenamlah dengan pelajaran empat anasir dan

bukannya ilmu „kk‟.

Silat Cekak juga dapat dijadikan alat untuk membina satu

landasan yang amat sempurna bagi mengenali gerak-gerak yang ada

dalam silat Melayu. Setelah kita difahamkan dengan konsep gerak

asli dan konsep-konsep yang ada dalam silat Melayu melalui

pelajaran dalam Silat Cekak, maka jika kita berminat mempelajari

gerak dalam apa jenis persilatan Melayu, tidak akan menjadikan diri

kita bercelaru.

Pelajaran-pelajaran seterusnya dalam alam persilatan silat

Melayu dapat dijadikan sebagai nilai tambah untuk pengetahuan kita

tentang gerak silat. Hal yang sedemikian akan menjadikan kita benar-

benar memahami gerak kita sendiri dan pastinya akan menjadikan

kita tahu akan apa yang kita lakukan dalam setiap gerak dalam Silat

Cekak.

Silat Cekak juga dapat dijadikan alat untuk membina asas

bagi penguasaan ilmu agama. Konsep tauhid, hakikat dan pelbagai

macam istilah agama lagi yang disemai dalam kalangan ahli Silat

Cekak dapat dijadikan landasan bagi mendalami ilmu agama

seterusnya. Mustahil bagi guru kita atau Jurulatih yang ahli dalam

Page 492: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 482

bidang agama dalam Silat Cekak berupaya untuk mendidik

sepenuhnya anak muridnya dalam bidang agama. Tumpuan mereka

pastinya pada silat.

Walau bagaimanapun, pada adatnya, mereka telah berupaya

membina landasan atau asas yang sempurna dalam bidang agama.

Untuk penguasaan seterusnya maka ahli-ahli Silat Cekak carilah

sendiri. Bergurulah pada mereka yang mempunyai fahaman yang

sesuai dengan asakan yang dibina. Landasan yang terbina dalam

Silat Cekak tersebut akan menjurus pada amali dalam kehidupan

harian. Kita bukannya asyik membicarakan istilah atau hanya asyik

berteori. Silat Cekak adalah silat amali. Maka apa jenis pelajaran

yang diguna atau dicari adalah berbentuk amali. Sesuailah dengan

konsep cakap serupa bikin. Berpijak di bumi nyata. Bukannya terus

berada dalam dunia khayalan.

Sebagai seorang Jurulatih Silat Cekak yang

bertanggungjawab, Silat Cekak juga dapat dijadikan alat untuk

pembinaan dalaman diri pada murid yang belajar dengan kita. Sifat-

sifat bertanggungjawab, keberanian dan pelbagai jenis sifat yang lain

akan dapat dipupuk dalam masa kita menyampaikan pelajaran Silat

Cekak. Saya selalu menegaskan tentang kepentingan pembinaan

sifat-sifat tersebut dalam kalangan ahli Silat Cekak bagi membentuk

sifat jati diri. Pemberatan inilah saya kira tersangat penting hingga

Ustaz „mencabar‟ untuk mencari empat puluh orang yang sehati dan

sejiwa dalam kelas silat kita.

Perkara-perkara yang saya bincangkan di atas adalah

merujuk pada pemikiran kita yang positif terhadap Silat Cekak.

Apabila pemikiran kita bercorak negatif kita juga akan nampak

Page 493: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 483

perkara-perkara yang negatif terhadap konsep Silat Cekak sebagai

alat.

Ramai juga yang menggunakan Silat Cekak sebagai medan

untuk berniaga. Tidak hairanlah masa zaman saya, wujudnya

perniagaan CNI, tilam berkenot dan pelbagai bentuk jenis perniagaan

pada satu ketika yang lalu. Tidak kurang juga yang menjadikan Silat

Cekak sebagai alat untuk kepentingan diri yang lain. Konsepnya tetap

sama. Untung diri adalah matlamat utama. Cuma berkemungkinan

besar hanya bentuknya yang agak berlainan.

Satu lagi konsep alat ialah Silat Cekak juga sebagai satu alat

yang sesuai untuk kepentingan pergerakan persatuan. Mereka

sanggup „menendang‟ adat dan adab yang ada dalam Silat Cekak

semata-mata untuk kepentingan persatuan dan kepentingan diri.

Banyak sangat saya sentuh soal ini.

Cukup setakat ini apabila kita bincangkan Silat Cekak sebagai

alat. Setiap perbuatan itu bergantung pada niat dan kesempatan. Ada

niat dan ada kesempatan maka jadilah apa yang dihajati. Ada niat

tapi kesempatan tidak ada, perbuatan tersebut tidak akan berlaku.

Begitu juga sebaliknya. Jika ada kesempatan tapi tidak ada niat maka

perbuatan itu juga tidak akan berlaku.

Dalam konteks penulisan mahupun lisan, di samping niat dan

kesempatan, terdapat satu faktor lagi iaitu idea atau apa yang ingin

ditulis atau diucapkan. Idea ini tidak boleh dipaksa-paksa. Idea perlu

datang dengan sendirinya. Makamnya sama dengan konsep ilham.

Bila ilham datang, penulisan atau pertuturan akan turut lancar tanpa

boleh ditahan-tahan. Itu sebabnya kadang kala saya rajin menulis

dan ada kalanya penulisan saya amat berkala. Semuanya

Page 494: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 484

bergantung pada idea atau ilham yang tidak boleh dipaksa-paksa

kedatangannya.

Dalam zaman Ustaz, ada juga pertanyaan anak muridnya

tidak dapat dilayan secara spontan pada satu-satu ketika. Kadang

kala Ustaz hendak bercakap tapi semacam ada satu halangan pada

dirinya. Hal yang demikian telah membantutkan kelancarannya

daripada bercakap. Jawapan kepada persoalan tersebut akan

ditangguhkan kepada satu masa yang lain. Jika sememangnya Ustaz

berniat untuk menjawab soalan tersebut dalam masa yang sesuai

dan ilhamnya datang, maka pertuturannya akan berjalan lancar.

Semua jawapan kepada persoalan akan dijawab secara spontan.

Kaedah memberi jawapan adalah pelbagai. Jika persoalan tersebut

berat maka Ustaz akan mengenakan songkok sebelum berlisan bagi

menjawabnya.

Ketika usia saya sebegini maka banyak perkara yang saya

baru mengerti akan sifat dan tingkah laku Ustaz tempoh masa yang

lalu. Tapi kesempatan saya untuk berlisan agak terhad sangat ketika

ini. Mereka yang ingin bertanya pun telah banyak yang pandai dan

telah menguasai hingga tidak kisah untuk menghilangkan diri. Takut

terpengaruh atau dipengaruhi. Harga diri.

Dalam zaman Ustaz, ada juga anak muridnya yang

menghilangkan diri. Banyak faktor yang menjadikan mereka

sedemikian. Ada juga antara mereka yang berasa seolah-olah

pelajaran yang ada, cukup buat diri dan tidak perlu ditambah lagi.

Dengan ilmu yang ada mereka yakin boleh meneruskan perjuangan

dalam konteks kepentingan diri sendiri. Pada kebanyakan ahli ketika

itu, menghilangkan diri tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada

Page 495: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 485

ahli silat yang lain. Apatah lagi kepada guru. Kita menganggap

habuan mereka telah terhenti. Kita lebih banyak bersimpati.

Dalam konteks silat, mereka itu tidak akan dapat pergi sejauh

mana. Ilmu yang ada telah dihilangkan puncanya dan akhirnya ilmu

itu akan layu begitu saja. Hal yang demikian bukan kerana ilmu itu

ditarik oleh guru. Ilmu bukannya tali yang boleh ditarik-tarik. Tapi layu

kerana tidak dijirusi selalu. Mereka lupa tentang faktor menyuburi dan

membajai ilmu. Orang yang boleh membajanya adalah orang yang

menjadi punca ilmu itu diperoleh. Orang itulah juga yang sentiasa

menjiwai ilmu tersebut. Jika dibiarkan berterusan, akan jadilah

mereka yang menjauhi orang yang menjadi punca ilmu itu umpama

manusia yang bodoh sombong sepanjang masa dan sepanjang

hayatnya.

Itu sebabnya kita selalu disarankan supaya mempunyai

konteks antara guru dan murid. Konteks ini akan mencetuskan „spark‟

atau percikan yang boleh menyemarakkan ilmu yang sedia ada.

Kalau bersilat, bertambah hebat silatnya. Dari sudut kefahaman,

maka lagi mantap kefahamannya. Oleh itu dapat kita katakan bahawa

membajai ilmu yang ada samalah konsepnya dengan menyuburkan,

menyemarakkan dan memantapkan ilmu tersebut. Jika ilmu yang ada

tidak disuburkan dari masa ke masa, maka ilmu yang ada semakin

malap dan tumpul. Ilham yang utama pasti tidak kunjung tiba.

Kalau senjata keris umpamanya, keris itu perlu disepuh bagi

menghalangnya berkarat. Alat menyepuhnya adalah pelbagai.

Biasanya air kelapa dan batang pisang sebagai pilihan utama. Kata

tok guru, pada manusia, hati yang berkarat boleh dicuci dengan cara

banyak bersedekah dan berpuasa. Bagaimana pula dengan ilmu

yang ada. Ilmu ini akan terus berkembang dan terus mantap apabila

Page 496: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 486

dibajai seterusnya oleh orang yang menjadi punca kepada ilmu

tersebut.

Dalam konteks silat maka ilmu itu akan terus berkesan sama

ada pada gerak fizikalnya atau pada fahaman falsafah, konsep dan

prinsip silat itu sendiri jika terus mendampingi orang yang menjadi

punca ilmu itu diperoleh. Itu sebabnya seperti yang saya tegaskan

bahawa hubungan yang erat antara guru dan murid tidak boleh

diputuskan begitu saja. Walaupun kita menyangka bahawa hubungan

ini boleh dilanjutkan dengan guru yang lain, tetapi hakikatnya tetap

tidak sama. Keserasiannya adalah berbeza. Maka kemasinannya

juga turut berbeza.

Ada yang mendakwa bahawa apabila kita menjauhkan diri

daripada guru maka ilmu yang ada pada kita akan ditarik oleh guru

tersebut. Kita tidak akan mempunyai apa-apa lagi. Itulah pandangan

kebanyakan orang yang tidak menggunakan pemikiran yang sihat.

Mereka ini terpengaruh dengan sifat amarah. Kenyataan mereka

semata-mata bagi menakutkan ahli yang lain. Ilmu bukannya benda

yang boleh diberi dan diambil dengan sewenang-wenangnya. Tetapi

banyak faktor psikologi yang menyebabkan ilmu ini terus malap pada

mereka yang telah menjauhi punca ilmu dimiliki. Paling malang

apabila ilmu tersebut umpama pokok yang sangat layu. Hidup segan

mati tak mahu.

Daripada satu segi, apabila kita membenci guru atau

menjauhi punca ilmu itu maka semestinya ilmu tersebut hilang

keberkatannya. Hal yang demikian kerana apabila kita membenci

guru tersebut secara langsung maka kita juga akan membenci

sesuatu yang berkaitan dengannya. Ilmu yang diberi oleh guru

berkenaan akan ditinggalkan tanpa dipraktikkan secara berterusan.

Page 497: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 487

Semakin lama, semakin terhakis ilmu tersebut dalam pemikirannya.

Akhirnya ilmu itu akan hilang langsung daripada penguasaannya.

Maka bukanlah ilmu itu ditarik balik tapi ilmu itu sendiri yang telah

hilang dan terhakis secara perlahan-lahan.

Daripada segi yang lain, ilmu yang dimiliki perlu dibajai dan

disuburkan. Persoalan tetap akan timbul dari masa ke masa

berkaitan dengan sebarang ilmu yang kita miliki. Jika ego menguasai

perasaan maka persoalan tersebut akan cuba dihuraikan atas tahap

yang ada. Tapi ini pasti tidak akan memberi kepuasan kepada diri

sendiri. Ilmu yang ada tidak akan berkembang dan berada dalam

tahap yang sama. Lama-kelamaan ilmu itu juga akan menjadi layu

dan tidak berkesan. Akibatnya ilmu itu juga akan terkarat perlahan-

lahan.

Ada juga antara mereka yang menolak terus akan ilmu yang

telah diberi oleh bekas gurunya. Dia akan mencari guru yang baru.

Ilmu baru yang diperolehnya akan menggantikan ilmu yang asal dari

masa ke masa. Secara langsung maka ilmu asalnya akan lenyap

begitu sahaja tanpa perlu ditarik-tarik oleh mantan gurunya. Itu

sebabnya kita selalu disarankan supaya sentiasa mendampingi guru

kita. Ilmu ini perlu disubur dan dibajai. Konsep guru adalah luas.

Sebarang ilmu yang kita peroleh dari mereka maka itulah guru kita.

Jangan pencilkan mereka. Kelak akan menyebabkan punca ilmu

daripada mereka akan malap sikit demi sikit. Ketajamannya akan

semakin tumpul, kesegarannya akan semakin layu dan

kemasinannya akan semakin tawar.

Kepada generasi baru kumpulan sana, berhati-hatilah dengan

penguasaan ilmu Silat Cekak yang ada. Ingat kembali akan punca

ilmu itu diperoleh. Konsep berterima kasih juga patut ada. Hatta

Page 498: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 488

Jurulatih yang menjadi punca ilmu itu diperoleh, juga patut diambil

kira. Itu juga ingatan yang selalu diberi oleh Ustaz kepada saya. Ilmu

yang ada perlu sentiasa disuburi dan dibajai supaya ilmu tersebut

terus bersemarak dan mantap. Kita takut dengan situasi yang ada

sekarang. Ramai antara kita yang lebih mementingkan penglibatan

dan tumpuan dalam persatuan hingga lupa akan penguasaan diri

dalam silat.

Oleh sebab pentingkan persatuan, kita lebih banyak tertawan

dek jawatan yang ada. Ilmu Silat Cekak yang ada telah lupa dijirus

dengan air dan dibajai dengan pelbagai jenis vitamin, protein dan

sebagainya. Jadilah mereka sebagai manusia bodoh sombong dan

berperasan hebat dalam Silat Cekak. Hakikatnya mereka akan

kehilangan ilham dan kelancaran lisan berilmukan Silat Cekak. Kalau

adapun nampak sangat kelatnya.

Ilmu yang ada dalam Silat Cekak begitu luas sekali. Perkara

yang penting ialah kita jangan berpuas hati dengan apa yang ada

sahaja. Mungkin kita pun tidak tahu dengan apa yang kita belum ada.

Oleh itu berdampinglah dengan guru dan orang-orang lama. Kalau

ilmu tidak lengkap ketika itu maka banyak yang rugi pada kita.

Tambahlah ilmu sebanyak mungkin ketika kita masih muda. Apabila

sampai ke tahap tua maka kita lebih suka memberi daripada

menerima. Sikap belajar mulai reda. Maklumlah umur yang lanjut

dikatakan sebagai tanda banyak ilmu. Hal yang demikian hanya

berguna pada mereka yang inginkan ilmu sebagai ahli silat. Jika ingin

popular sebagai ahli persatuan maka lain pulak akan ceritanya.

Saya berkeyakinan bahawa sepanjang penglibatan kita dalam

Silat Cekak asas penglibatan kita dari awal hingga akhirnya perlu

meliputi kepada empat (4) perkara. Pertamanya kita perlu

Page 499: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 489

mempercayai Silat Cekak yang kita pelajari. Kepercayaan perlu

disertai dengan mengamalkan ilmu-ilmu yang ada dalam Silat Cekak.

Kesebatian ilmu Silat Cekak, memerlukan tindakan kita untuk

menyebarkannya kepada orang lain. Proses penyebaran ini perlu

dilakukan dengan kesabaran dan ketabahan. Di situlah puncak

penglibatan kita sebelum kita lenyap atau dilenyapkan dalam alam

persilatan Silat Cekak.

Mempelajari Silat Cekak bermakna kita perlu menerima

kenyataan seadanya. Letakkan kepercayaan sepenuhnya pada Silat

Cekak. Saya pernah nyatakan dahulu betapa Silat Cekak adalah

dianggap sebagai silat akhir zaman. Kita percaya hanya Silat Cekak

satu-satunya silat yang boleh bertanggungjawab dan menjadi teman

setia kita pada bila-bila masa. Mempercayai bahawa Silat Cekak

adalah silat yang hebat hanya atas penceritaan adalah tidak

memadai. Kepercayaan ini perlu sepenuh hati. Alami dan usahakan

penguasaannya sepenuh hati.

Kalau kita mempercayai sepenuh hati maka kita tidak boleh

berpisah dengan adat dan adabnya. Kekuatan Silat Cekak adalah

terletak pada inti sari pelajarannya. Kehebatannya juga bukan kerana

wujudnya persatuan yang mendukung pergerakannya. Kita percaya

bahawa Silat Cekak boleh berdiri sendiri tanpa wujudnya persatuan.

Namun, dek kerana undang-undang negara yang memerlukan

penubuhan persatuan maka perlulah diadakan persatuan. Oleh itu

persatuan hanyalah alat untuk membolehkan pergerakan Silat Cekak

berkembang maju.

Kalaulah persatuan sebagai alat maka segala peraturan dan

undang-undang persatuan yang bersabit dengan silat tidak boleh

dijadikan mutlak. Sebaliknya kata-kata guru yang berkaitan dengan

Page 500: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 490

silat adalah lebih mutlak. Atas sikap ini sungguh melucukan apabila

peraturan persatuan yang ada dijadikan alat untuk menyingkirkan

guru silat. Itulah kerja golongan haprak yang hilang kepercayaan

pada kedaulatan silat.

Kita juga perlu mengakui bahawa kepercayaan terhadap Silat

Cekak juga bermaksud kuasa mutlak guru perlu dikekalkan

sepanjang masa. Kuasa ini perlu ada pada guru yang mewarisi silat

ini. Guru silat merupakan jawatan hakiki dalam silat. Lantikannya

adalah berdasarkan mandat. Mandat ini erat kaitannya dengan

konsep diwarisi dan mewarisi. Kalau kita mempercayai Silat Cekak

maka konsep kepercayaan ini juga perlu meliputi kuasa yang ada

pada guru. Kalau guru dipisahkan dengan persatuan, nampak sangat

akan keganjilannya.

Kepercayaan pada Silat Cekak juga meliputi kepercayaan

pada gerak silatnya berserta petua-petua, falsafah dan konsep yang

berkaitan dengan Silat Cekak. Kita percaya tentang wujudnya petua

yang membolehkan tangan menjadi keras. Kita percaya tentang

kelebihan mandinya. Kita percaya tentang ilmu „jolok‟ setiap pagi dan

pelbagai jenis petua lagi. Kita percaya bahawa sekali Cekak

menyerang akan mengkelamkabutkan musuh kita. Kita percaya

dengan buah-buah jatuhnya dan kita percaya dengan buah-buah

potongnya. Kepercayaan ini perlu meliputi semua.

Kepercayaan pada Silat Cekak perlu disertakan dengan

pengamalan. Setelah kita percaya Silat Cekak maka kita perlu

amalkan disiplin dan pengajaran yang ada. Di samping gerak

fizikalnya, petua-petua yang diberi jangan setakat teori sahaja.

Aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Page 501: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 491

Konsep mandi dilakukan selalu. Kaedah „jolok‟ perlu

berterusan. Kalau sudah percaya betapa pukulan yang diterima

setakat biru sahaja tanpa bengkak maka teruskan pengamalan petua

tersebut. Gerak fizikal yang ada dalam Silat Cekak terus dimahirkan

dengan pelbagai cara. Pelajaran „seri‟ diberi tumpuan supaya

pelajaran tersebut benar-benar memberi makna dalam situasi

pergaduhan.

Walau bagaimanapun perkara yang paling penting sekali ialah

mengamalkan ajaran Silat Cekak dalam kehidupan seharian. Banyak

perkara yang telah dibincangkan termasuk erti kemerdekaan.

Amalkan konsep adat dan adab dalam Silat Cekak. Soal mandat

jadikan satu kemestian. Silat Cekak mengajar kita supaya berhati-

hati. Konsep percaya boleh, yakin jangan perlu sangat diambil kira

dalam kehidupan seharian. Gerak silat sesama rakanpun

menyebabkan kita berhati-hati, apatah lagi gerak-gerak hati orang

yang lain. Bezakan antara perjuangan dan kepentingan. Antara

keikhlasan dan kepuraan. Walaupun tidak semestinya kita berjaya

tapi sekurang-kurangnya kita telah mencuba.

Konsep jangkaan dalam silat perlu diaplikasikan. Sebelum

membuat jangkaan pastinya ada petanda. Petanda ini lahir dari

gerak laku dan tutur kata. Kita perlu berwaspada. Setiap kata dan

setiap gerak ada tujuannya. Perlulah kita sedaya upaya mentafsirnya.

Sebelum kita berpecah, riak hati saya telah membuat tafsiran tentang

kekecohan yang bakal menimpa. Tapi maklumlah sudah pandai.

Akhirnya terima saja habuan yang menimpa. Dalam membuat

jangkaan, kadang kala kita berjaya dan kadang kala kita gagal. Tapi

kalau kita sentiasa berwaspada, selalunya kita akan berjaya.

Page 502: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 492

Setelah kita menguasai segala ilmu yang ada dalam Silat

Cekak, menjadi tugas kita untuk menyebarkan ilmu tersebut kepada

masyarakat lainnya. Berusahalah membantu kelas-kelas latihan yang

ada. Itulah perjuangan yang hakiki di peringkat kita. Jika berpeluang,

mohonlah jawatan sebagai Jurulatih. Sambil kita menyebarkan ilmu,

secara langsung kita akan dapat memantapkan ilmu yang sedia ada.

Dalam usaha menyebarkan Silat Cekak kita tidak terlepas

daripada karenah peraturan persatuan. Lebih-lebih lagi jika

persatuan ini diwakili oleh mereka yang ada kepentingan.

Tanggungjawab mereka pada persatuan telah melebihi daripada

tanggungjawab terhadap silat. Banyaklah karenah yang timbul. Itulah

sebabnya ketika penglibatan saya terdahulu, selalu sangat saya

persetankan karenah persatuan. Ramai yang berasa marah dan

berusaha mengenepikan saya. Mereka boleh pinggirkan saya

daripada persatuan tapi gagal untuk meminggirkan saya dalam

persilatan. Kecualilah kerana ada orang dalam.

Dalam usaha kita untuk menyebarkan ilmu Silat Cekak, kita

harus bersifat sabar dan tabah hati. Mungkin membuka kelas-kelas

latihan di tempat-tempat yang belum pernah silat bertapak lebih

banyak rintangannya berbanding dengan tempat-tempat yang telah

ada silat. Mungkin juga sebaliknya. Banyak pancaroba yang terpaksa

kita tempuhi. Jika tanpa ada perasaan cekal, biasanya kita akan

kecundang. Ramai yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

Berdasarkan perbincangan di atas dapat kita rumuskan

betapa kita perlu meletakkan kepercayaan sepenuh hati pada Silat

Cekak. Setelah percaya, amalkan segala pengajarannya. Setelah kita

menguasainya maka sebarkan pada ahli-ahli yang lain. Proses

penyebaran ini perlu disertai dengan ketabahan dan kesabaran.

Page 503: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 493

Ingat. Persatuan adalah alat pada silat. Bukannya silat sebagai alat

pada persatuan.

Jika ini telah kita lakukan maka sesuailah kita mengingati

akan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Ustaz Hanafi. Setakat

membaca Yassin memperingati Ustaz, tidak memadai. Itu hanya

bentuk aktiviti. Aplikasikan sifat mengenang budi. Mengajar silat dan

menyebarkannya adalah lebih bererti. Lebih bererti pada orang yang

telah meninggalkan ilmu yang kita sentiasa manfaatkannya. Banyak

ganjaran yang diperoleh Ustaz. Sesuai dengan makna pusaka

Hanafi.

Sekian dan terima kasih.

Page 504: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 494

Biografi Pengarang

Dato' Mohd Rauhi bin Mohd Isa

merupakan seorang Pengamal

Seni Silat Cekak yang telah terlibat

secara langsung dengan

Perguruan ini sejak tahun 1974

sewaktu beliau sedang menuntut

di Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Beliau dilantik sebagai Jurulatih

Seni Silat Cekak pada tahun 1976,

disusuli dengan pelantikan beliau

sebagai Penyelia Kelas Seni Silat

Cekak Ipoh pada tahun 1977.

Beliau pernah dilantik sebagai Ahli

Lembaga Pelajaran dan Tatatertib

(LPT).

Dalam konteks persatuan, Dato‟ Mohd Rauhi adalah merupakan Ahli

Jawatankuasa Pusat Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia bagi tahun

1977-1979. Bermula dari tahun 1977 beliau menyandang jawatan

Yang Di Pertua Persatuan Seni Silat Cekak Negeri Perak sehingga

tahun 2001. Beliau turut pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Muafakat

Tertinggi.

Kini beliau banyak menumpukan usahanya menggerakkan Seni Silat

Cekak menerusi bidang penulisan melalui pendekatan perkongsian

pengalaman dan pengalamiannya dalam Seni Silat Cekak. Penulisan

beliau boleh dibaca menerusi Blog Sepak Minang

(http://sepakminang.blogspot.my/), Blog Lading Emas

(https://ladingemas.wordpress.com/) dan Blog Seni Gedang

(https://senigedang.wordpress.com/). Beliau turut telah menerbitkan

tiga (3) buah buku hasil koleksi daripada penulisan-penulisan beliau

di blog yang dinyatakan iaitu Sepak Minang, Lading Emas dan Masak

Gerak.

Page 505: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 495

Koleksi Buku-Buku

Karya

Dato’ Mohd Rauhi Mohd Isa

„Untuk tempahan pembelian sila hubungi Saudara Aziz Zafran di

talian +6 019-556 7727 atau e-mel [email protected].

Page 506: Denyut Gerak · 2020. 6. 21. · maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan perbincangan

Denyut Gerak 1

Dato’ Mohd Rauhi 496