i 12 november 2018 i 4 rabiul awal 1440h i sesi iv · nothing”, demikian tegas pro-canselor utm...

6
INFO TERKINI KONVO BIL. 93 I 12 NOVEMBER 2018 I 4 RABIUL AWAL 1440H I SESI IV KONVOKESYEN KE-61 JADIKAN AMALAN INTEGRITI SEBAGAI BUDAYA DALAM HIDUP AMALKAN TIGA PERKARA UNTUK BERJAYA EXCELLENCE, DIVERSITY, & OPPORTUNITY DUNIA AKADEMIK MEMBINA INSAN KE ARAH KESEJAHTERAAN SEJAGAT GEMBIRADALAM KESEDIHAN BALU TERIMA PH.D. MENDIANG SUAMI SUAMI ISTERI TERIMA IJAZAH SERENTAK SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-61 KEBANGGAAN BERGANDA KAKAK DAN ADIK PENERIMA HADIAH KHAS SPACE

Upload: trinhdieu

Post on 11-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INFO TERKINI

KONVOBIL. 93 I 12 NOVEMBER 2018 I 4 RABIUL AWAL 1440H I SESI IVKONVOKESYEN KE-61

JADIKAN AMALAN INTEGRITI SEBAGAI BUDAYA DALAM HIDUP

AMALKAN TIGA PERKARA UNTUK BERJAYA EXCELLENCE, DIVERSITY, & OPPORTUNITY

DUNIA AKADEMIK MEMBINA INSAN KE ARAH KESEJAHTERAAN SEJAGAT

GEMBIRADALAM KESEDIHANBALU TERIMA PH.D. MENDIANG SUAMI

SUAMI ISTERI TERIMA IJAZAH SERENTAK SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-61

KEBANGGAAN BERGANDA KAKAK DAN ADIKPENERIMA HADIAH KHAS SPACE

JADIKAN AMALAN INTEGRITI SEBAGAI BUDAYA DALAM HIDUP

Johor Bahru, 11 November – Dalam membuat persiapan untuk memasuki alam pekerjaan, sikap amanah atau integriti adalah sangat penting bagi seseorang graduan selain bersedia untuk bekerja bersungguh-sungguh dan berdedikasi.

YBhg. Tan Sri Datin Paduka Siti Sadiah binti Sheikh Bakir, Pro-Canselor UTM ketika menyampaikan ucapan beliau sempena Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61 dalam sesi kedua, yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru menasihatkan para graduan agar menjadikan amalan integriti sebagai budaya dalam hidup. “If you don’t have integrity, you have nothing. You can’t buy it. You can have all the money in the world but if you are not a moral and ethical person, you really have nothing”, demikian tegas Pro-Canselor UTM memetik kata-kata Henry Kravis, seorang entrepreneur Amerika.

Selain itu, para graduan juga diingatkan agar mengamalkan work-life balance dalam membina kerjaya yang cemerlang di samping bijak dalam pengurusan masa. Menurut beliau lagi, graduan perlu terus berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas masing-masing. Mereka juga perlu bersedia demi mendepani realiti luas yang pantas berubah, di samping sentiasa menghormati dan menghargai mereka yang telah banyak berjasa demi memperoleh keberkatan ilmu.

YBhg. Tan Sri Siti Sadiah turut mengucapkan tahniah kepada UTM kerana telah menduduki tempat ke-47 dalam QS Asia University Rankings 2019 berbanding tempat ke-49 pada tahun 2018, manakala kedudukan ke-53 dalam QS World University Rankings by Subject Engineering & Technology 2019 berbanding kedudukan ke-90 pada tahun 2018, serta pencapaian ke-228 dalam QS World University Rankings 2018/2019.

Johor Bahru, 11 November – Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM, sewaktu berucap dalam Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61 sesi kedua hari ini mengingatkan para graduan serta tetamu yang hadir bahawa institusi pendidikan seharusnya tidak menjadi medan percaturan politik. Beliau menambah, “Sebaliknya, dunia akademik dan pendidikan menjunjung nilai ilmu yang mencari kebenaran hakiki dan disuburkan melalui ekosistem keikhlasan, keakraban dan penuh beradab, memberdaya dan memperkayakan (enriching and empowering) yang mendidik dan membina insan yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.”

Dalam pada itu beliau turut berkata, “Kita sedang melalui cabaran kelestarian kewangan yang belum pernah dialami sebelum ini. Pelbagai pengorbanan telah dilakukan oleh warga UTM termasuklah mengeluarkan duit sendiri untuk membantu para mahasiswa bagi memastikan urusan akademik tidak terjejas dan menyinsing lengan bergotong-royong. Kita amat menghargai pengorbanan ini yang selari dengan slogan UTM sendiri, iaitu Kerana Tuhan Untuk Manusia.”

YBhg. Datuk Naib Canselor turut memetik nasihat daripada DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM yang memberikan semangat untuk warga UTM mendepani cabaran ini dengan penuh keyakinan, iaitu “Kita seharusnya bersyukur kerana walaupun berdepan dengan kesukaran, keadaan kita lebih baik dari negara yang mengalami kacau bilau politik mahu pun peperangan dan juga mereka yang diuji dengan bencana alam.”

Dalam majlis yang sama, YBhg. Datuk Naib Canselor turut menyeru para graduan untuk bangun serta ucapkan ucapan “Terima Kasih Atas Jasa Kalian” kepada ibu bapa, keluarga, dan para pensyarah yang hadir. Tepukan gemuruh turut diberikan kepada mereka lantas menggamitkan lagi suasana majlis konvokesyen berkenaan.

DUNIA AKADEMIK MEMBINA INSAN KE ARAH KESEJAHTERAAN SEJAGAT

Johor Bahru, 11 November – Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61, sesi ketiga telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Lin See-Yan, Pro-Canselor UTM. Penganugerahan ijazah pada kali ini melibatkan empat buah fakulti, iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga, serta Fakulti Komputeran.

Ketika menyampaikan ucapan beliau, YBhg. Tan Sri Pro-Canselor mengucapkan tahniah kepada semua graduan. Beliau turut menzahirkan, “Anda telah berusaha dengan gigihnya dan telah berjaya dengan cemerlang dan gemilang. Saya percaya ibu bapa anda, amat berbangga dan bersyukur dengan kejayaan anda. Sukacita saya mengalu-alukan anda golongan terpelajar dan intelektual ke majlis konvokesyen pada hari ini.”

Dalam kesempatan ini, beliau turut berkongsi tiga amalan untuk berjaya, iaitu Excellence, Diversity, & Opportunity. Selain itu, YBhg. Tan Sri Lin turut menambah “At this time of great technological disruption amid volatility and much uncertainty, I expect you to be the architects of change, not its victims. As you leave this great university, I hope you will pause to remember what defines you. And how you have come through over the years: Hopefully, stronger & wiser. More resilient, more adaptable, and more prepared to lead fulfilling lives.”

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, YBhg. Tan Sri Lin turut berkongsi kepada para graduan empat prinsip pegangan beliau sepanjang kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam mahupun swasta yang diilhamkan oleh ahli falsafah Mencius (Men-Tzi), iaitu “The feeling of compassion as the beginning of benevolence; the feeling of shame and self-reproach, as the beginning of righteousness; the feeling of courtesy and modesty, as the beginning of propriety; the feeling of right and wrong, as the beginning of wisdom. These four beginnings are like the four limbs of man, and to deny oneself of even anyone of these is to cripple oneself.” YBhg. Tan Sri Lin juga percaya para graduan mampu melangkah lebih jauh dengan sikap komitmen, berdedikasi, dan wawasan kreatif serta positif.

AMALKAN TIGA PERKARAUNTUK BERJAYAEXCELLENCE, DIVERSITY, & OPPORTUNITY

Johor Bahru, 11 November – Sambutan majlis konvokesyan acap kali diraikan dengan perasaan gembira di samping keluarga tercinta, namun tidak bagi Puan Leow Kwee Hoon, 50, yang hadir bersama tiga orang anaknya bagi menerima ijazah Ph.D. bagi pihak mendiang suaminya, iaitu Lee Ghim Teck, 52, di Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61 semalam.

Mendiang Lee yang bertugas sebagai Pengarah Pendidikan di Akademi Laut Malaysia meninggal dunia pada 16 Ogos yang lalu akibat serangan jantung. Leow ketika ditemui pemberita berkata, “Sehingga akhir hayat, mendiang suami tidak berhenti menuntut ilmu dan antara impiannya adalah untuk memiliki Doktor Falsafah (Ph.D.). Walaupun dia sudah tiada, kami bangga dengan pencapaiannya. Mendiang suami juga sering menasihati anak-anak supaya mementingkan ilmu kerana ia mampu mengubah masa depan.”

Menurut Leow lagi, mendiang suaminya sanggup berulang-alik dari rumah mereka di Melaka ke Skudai, Johor sejak 13 tahun yang lalu semata-mata untuk mengikuti program Sarjana dan seterusnya Ph.D. dalam bidang Perancangan Pengangkutan.

Sebelum mengakhiri temu bual beliau berharap pencapaian mendiang suaminya mampu menjadi inspirasi kepada seluruh lapisan masyarakat untuk turut menyahut cabaran menuntut ilmu.

GEMBIRADALAMKESEDIHANBALU TERIMA PH.D.MENDIANG SUAMI

Johor Bahru, 9 November – Majlis Anugerah Dekan & Hadiah UTM SPACE bersempena Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61 merupakan detik bersejarah buat sepasang adik-beradik apabila mereka dapat bersama-sama bergraduasi setelah berjaya menamatkan pengajian program Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dengan jayanya.

Nur Rashidah binti Mohamad Thamrin serta adiknya, Nur Hamizah binti Mohamad Thamrin yang berasal dari Johor Bahru ini merupakan penerima hadiah khas Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM bagi kategori adik-beradik.

Ketika ditemui di majlis berkenaan yang berlangsung di Hotel Impiana, Senai, Nur Rashidah menyatakan bahawa pengorbanan masa berharga bersama keluarga ternyata berbaloi bagi beliau kerana akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah. Kini, beliau bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Bagi Nur Hamizah pula, belajar secara berkumpulan dan berkongsi ilmu pengetahuan merupakan antara langkah strategi kejayaan dan bonus kepada mereka berdua dalam mencapai kejayaan. Tambah beli lagi, antara cabaran dan rintangan utama yang perlu dihadapinya adalah bagaimana untuk beliau mengimbangi waktu antara kerjaya, keluarga, dan pelajaran dalam satu-satu masa. Nur Hamizah kini bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Radio Television Malaysia (RTM), Johor Bahru.

Sebelum mengakhiri perbualan, pasangan adik-beradik ini turut menyatakan bahawa kejayaan memerlukan pengorbanan masa, sentiasa berfikiran positif, sabar serta tidak mengenal erti putus asa. Kedua-dua mereka turut bercita-cita dan berazam untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi jika diberi peluang pada masa hadapan.

KEBANGGAAN BERGANDA KAKAK DAN ADIK PENERIMA HADIAH KHAS SPACE

SUAMI ISTERI TERIMA IJAZAH SERENTAK SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-61Johor Bahru, 11 November – Menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat sepasang suami isteri apabila mereka berjaya menimba ilmu dan menamatkan pengajian dalam tempoh yang sama.

Hadri Al Hasif Mohd Yussof dan isterinya, Nurazizah Hamdan merupakan graduan Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan Komputer) melalui Program Pengajian Separuh Masa UTM SPACE, bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke-61. Bagi Hadri dan Nurazizah, 29 tahun, faktor keluarga dan kerjaya bukanlah suatu penghalang untuk meneruskan impian menggenggam segulung ijazah. Pasangan yang berasal dari Pulau Pinang ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata dan menganggap kehadiran cahaya mata tidak sedikit pun melunturkan perasaan berkobar mereka untuk menamatkan pengajian.

M u n u r u t N u r a z i z a h , p e n g a l a m a n mengandungkan kedua-dua anaknya sewaktu pengajian merupakan antara cabaran yang terpaksa diharungi. “Memang mencabar untuk ke kuliah ketika mengandung, tambahan pula alahan yang dialami adakalanya membuatkan kita sukar untuk fokus di kelas. Selain itu, waktu untuk meluangkan masa membuat assignment sangat terbatas dan terpaksa menunggu waktu tidur anak-anak”, ujar beliau.

Mereka yang kini bertugas di Telekom Malaysia, turut memberi kata-kata perangsang buat pasangan lain yang berminat untuk menyambung pelajaran. “Jangan sesekali putus asa sewaktu pengajian. Tanamkan sifat istiqamah untuk meneruskan setiap semester tanpa tangguh. Kalau tertangguh, pasti sukar untuk menyambung semula”, tegas mereka mengakhiri perbualan.

PENAUNG: Dato’ Wan Mohd Zawawi bin Wan Abd. Rahman dan Encik Abdul Razib Haji ShahuddinSIDANG PENGARANG: Ungku Haliza Ungku Zahar (Ketua Editor), Salina Shamsuri, Mohd Hafifi Jamal,

Ahmad Fadhli Syed Hassan, Nur ‘Aina Osman, Sharil Amri Jamaludin, Syazlin Sarapol GRAFIK: Hafizah Mohamad Ahyah, Norizan Yaacob, Mohd Hairy Zolkefle

FOTO: Nor Azman Sukri, Isyamfazrin, Halid Jamaluddin LAMAN SESAWANG: Zuraida Abd. Ghani LOGISTIK: Suhaimi Ikhwan

http://web.utm.my/convocation/facebook: Info Terkini Konvo UTM

Hakcipta Terpelihara © Universiti Teknologi Malaysia