denggi

3
Denggi: Sikap masyarakat jadi punca Oleh Amran Mulup [email protected] MELAKA 23 Julai - Sikap penduduk yang mengabaikan kebersihan menjadi punca utama merebaknya penyakit demam denggi hingga menyebabkan enam kematian di negeri ini dalam tempoh enam bulan lalu. Enam kematian tersebut melibatkan tiga kes di Jasin, dua di Alor Gajah dan satu di Melaka Tengah akibat demam denggi dan denggi berdarah. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, lebih mengecewakan adalah sikap sesetengah masyarakat yang enggan melibatkan diri dalam aktiviti pencegahan. Menurutnya, jika masyarakat masih berdegil dan kurang memberi penekanan kepada aspek kebersihan serta membabitkan diri dalam aktiviti pencegahan, penularan penyakit itu dijangka berterusan mengancam nyawa penduduk di negeri ini. ''Walaupun pelbagai usaha dan aktiviti pemberian maklumat dan kesedaran diberikan, ia masih belum menunjukkan tindakan drastik daripada pihak masyarakat. ''Walaupun hasil kajian yang dijalankan menunjukkan tahap pengetahuan masyarakat di negeri ini adalah tinggi tetapi mereka masih lagi gagal menterjemahkan tindakan pencegahan tempat pembiakan nyamuk aedes dalam kehidupan seharian mereka," katanya di sini hari ini.

Upload: diana-amran

Post on 20-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

copy

TRANSCRIPT

Page 1: Denggi

Denggi: Sikap masyarakat jadi punca

Oleh Amran [email protected]

MELAKA 23 Julai - Sikap penduduk yang mengabaikan kebersihan menjadi punca utama merebaknya penyakit demam denggi hingga menyebabkan enam kematian di negeri ini dalam tempoh enam bulan lalu.

Enam kematian tersebut melibatkan tiga kes di Jasin, dua di Alor Gajah dan satu di Melaka Tengah akibat demam denggi dan denggi berdarah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, lebih mengecewakan adalah sikap sesetengah masyarakat yang enggan melibatkan diri dalam aktiviti pencegahan.

Menurutnya, jika masyarakat masih berdegil dan kurang memberi penekanan kepada aspek kebersihan serta membabitkan diri dalam aktiviti pencegahan, penularan penyakit itu dijangka berterusan mengancam nyawa penduduk di negeri ini.

''Walaupun pelbagai usaha dan aktiviti pemberian maklumat dan kesedaran diberikan, ia masih belum menunjukkan tindakan drastik daripada pihak masyarakat.

''Walaupun hasil kajian yang dijalankan menunjukkan tahap pengetahuan masyarakat di negeri ini adalah tinggi tetapi mereka masih lagi gagal menterjemahkan tindakan pencegahan tempat pembiakan nyamuk aedes dalam kehidupan seharian mereka," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penularan penyakit itu sehingga kini telah menyebabkan enam kematian.

Menurutnya, masyarakat masih terlalu bergantung kepada tindakan daripada Jabatan Kesihatan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menangani penularan penyakit itu.

Sebaliknya kata beliau, usaha menangani penyakit itu tidak sepatutnya tertumpu di bahu agensi berkaitan semata-mata

Page 2: Denggi

tetapi ia juga perlu mendapat kerjasama daripada seluruh masyarakat.

''Semua pihak perlu melihat isu penyakit demam denggi melibatkan kepentingan nasional.

''Justeru, pencegahan penyakit ini memerlukan komitmen yang lebih tinggi dari semua pihak bagi menjayakan yang sering kali diadakan," katanya.

Sehubungan itu Norpipah berkata, program Jom Ganyang Aedes peringkat negeri yang akan dilancarkan esok dijangka memberi suatu impak baru yang diharap mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mencegah penyakit demam denggi.

Katanya, program itu bertujuan untuk menggerakkan dan memperkasakan tindakan masyarakat dalam menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di kediaman dan persekitaran mereka.

''Masyarakat perlu melihat perkara ini sebagai tanggungjawab pihak berkuasa tetapi suatu usaha perlu dilaksanakan secara bersama," ujarnya lagi.

Justeru, beliau mahu seluruh masyarakat melibatkan diri dalam program Jom Ganyang Aedes untuk menangani penularan penyakit itu dari terus mengancam nyawa manusia.