demokrasi berparlimen

39
DEMOKRASI BERPARLIMEN

Upload: kineta

Post on 22-Feb-2016

149 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

DEMOKRASI BERPARLIMEN. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: DEMOKRASI BERPARLIMEN

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Page 2: DEMOKRASI BERPARLIMEN

- Demokrasi berparlimen membawa maksud pemerintahan yg dijalankan secara perwakilan. Demokrasi berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihanraya. Dalam proses pilihanraya, rakyat diberi mandat utk memilih pemimpin yg akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yg akan menjadi wakil rakyat di parlimen.

- Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

- Rakyat negara ini telah diberi pengalaman mengenai pilihanraya sejak tahun 1952 lagi.

Page 3: DEMOKRASI BERPARLIMEN

FAEDAH DARI PENGALAMAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

- Kerajaan boleh merangka, menggubal dan melaksanakan strategi2 pembangunan negara.

- Kerajaan berjaya melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mencapai perpaduan serta mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.

- Kerajaan menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi utk menyediakan pluang pekerjaan, menambah kemahiran, menggalakkan [enggunaan teknologi moden, mempertingkatkan daya pengeluaran, pendapatan dan kemakmuran negara.

Page 4: DEMOKRASI BERPARLIMEN

- Kerajaan menggalakkan penglibatan sektor swasta dan melaksanakan dasar penswastaan dan pensyarikatan Malaysia.

- Kerajaan menitikberatkan pelajaran dan pendidikan.

- Kemudahan pelajaran yg disediakan hendaklah digunakan sebaik mungkin oleh golongan belia terutamanya di institusi2 pengajian tinggi.

Page 5: DEMOKRASI BERPARLIMEN

PILIHANRAYA- Pilihanraya boleh dijalankan dlm mana2

organisasi samada swasta atau syarikat, kesatuan sekerja, MPP di institusi2 pengajian tinggi utk memilih wakil mereka sebagai wakil utk menyelesaikan, memperbaiki isu2 masyarakat, pekerja dan juga pelajar.

Page 6: DEMOKRASI BERPARLIMEN

SEJARAH PILIHANRAYA DI MALAYSIA- Pada 27 Julai 1955, Pilihan Raya Persekutuan yg

prtama di Tanah Melayu telah diadakan. Antara parti yg mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah;a) Parti Perikatan yg terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC yg baru menyertainya. Parti Perikatan mempertandingkan seramai 52 org calon seorang bagi tiap2 kawasan pilihanraya.b) Parti Negara pimpinan Datok Onn mengemukakan 33 org calonc) Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dengan 11 org calon.

Page 7: DEMOKRASI BERPARLIMEN

- Parti2 lain yg mengambil bahagian dlm pilihan raya ini ialah Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak (kemudian menjadi Parti Kemajuan Rakyat), Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu.

- Parti Perikatan telah memenangi 51 dari 52 buah kerusi yg dipertandingkan. Kerusi yg sebuah lagi dimenangi oleh PAS.

- Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihan raya umum yg diadakan setiap 5 tahun sekali.

- Sekiranya YDPA membubarkan Parlimen, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

- Di Sabah dan Sarawak tempohnya adalah lebih panjang iaitu 90 hari utk jalankan pengundian memandangkan ramai antara penduduknya yg tinggal di kawasan pendalaman.

Page 8: DEMOKRASI BERPARLIMEN

FUNGSI PILIHAN RAYA1. Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi2. Mengekalkan pucuk pimpinan3. Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi

kerajaan4. Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam satu

organisasi dan komuniti politik.

Jenis-Jenis Pilihan Raya- Primary Elections- Pilihan raya ‘Run Off’ - Pilihan raya tempatan

Page 9: DEMOKRASI BERPARLIMEN

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA DAN PERJALANAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya, SPR dianggotai oleh seorg pengerusi dan dua org ahli.

- SPR telah membentuk sebuah urusetia yg diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urusetia berkenaan. Setiausaha pertama yg dilantik ialah Encik H. Cassidy yg berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.

Page 10: DEMOKRASI BERPARLIMEN

- SPR merupakan sebuah badan yg bebas daripada pengaruh politik.

- Antara SPR ialah:i) mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihanrayaii) menjalankan urusan pendaftran pemilih dan penyemakan daftar pemilihiii) menjalankan pilihanraya umum dan pilihan raya keciliv) mendaftarkan calon-calon yg bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan kelayakan yg diperlukan.

Page 11: DEMOKRASI BERPARLIMEN

- Ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ahli-ahlinya terdiri daripada seorg Pengerusi, seorg Timbalan Pengerusi dan tiga org ahli lain yg akan membantu SPR.

- Syarat kelayakan ahli SPR ialah:a) berumur tidak lebih dari 65 tahunb) seorg yg tidak muflisc) tidak memegang jawatan bergaji yg laind) bukan mana2 ahli politik dari mana2 Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Page 12: DEMOKRASI BERPARLIMEN

PROSES PILIHANRAYA DI MALAYSIA

SISTEM PILIHAN RAYA- Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem

politik pelbagai parti yg mana parti politik yg memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) Dewan Undangan Negeri, boleh menubuhkan kerajaan persekutuan atau negeri.

- Sistem yg digunakan di Malaysia ialah berasaskan ‘First-Past-The-Post-System’

- Calon2 yg memperoleh majoriti akan diisytiharkan pemenang di bahagian piliahan raya yg berkenaan.

Page 13: DEMOKRASI BERPARLIMEN

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHANRAYA1. Perlembagaan Persekutuan2. Perlembagaan Negeri3. Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)4. Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)5. Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya)

Pilihan Raya 1981.6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih)

Pilihan Raya 2002.7. Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos)

Pilihan Raya 2003

Page 14: DEMOKRASI BERPARLIMEN

ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA- Bahagian-bahagian Pilihan Raya- Pendaftaran Pemilih- Kelayakan calon- Proses Pilihan Raya

Page 15: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Bilangan Bahagian Pilihan Raya- Dalam sistem pilihan raya yg diamalkan di

Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk2 sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri).

- Sehingga kini terdapat 219 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Page 16: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya

- SPR bertanggungjawab utk mengkaji semula sempadan bahagian pilihan raya parlimen dan negeri.

- SPR perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.

Page 17: DEMOKRASI BERPARLIMEN

PENDAFTARAN PEMILIH- Satu elemen penting dlm sistem pilihan raya ialah

seseorg itu mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

- Di Malaysia, seseorang itu layak utk mendaftar jika dia:a) seorang warganegara Malaysiab) berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakanc) seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysiad) tidak hilang kelayakan

Page 18: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Hilang Kelayakan Pemilih- Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika sekiranya

dia:a) Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman

atau sedang menjalani hukuman penjara.b) Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan

dihukum mati atau penjara utk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan

c) Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

d) Telah memperoleh kerakyatan asing.

Page 19: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Semakan Daftar Pemilih- Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun,

seperti yg diperuntukkan di dalam undang-undang.- Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap tiga bulan

sekali dan ia dipamerkan selama tujuh hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan.

- Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awal, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh suruhanjaya di dalam tempoh sebulan.

- Semasa semakan daftar induk, mana2 pemilih yg sudah meninggal dunia dan yg sudah hilang kelayakan mengikut undang2 akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

Page 20: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Kelayakan Calon- Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yg

bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas.

- Seseorg itu layak menjadi calon dalam mana2 pilihan raya jika memenuhi syarat2 berikut:a) warganegara Malaysia dan bermastautin di negara inib) berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calonc) tinggal di negeri mana dia akan bertanding

Page 21: DEMOKRASI BERPARLIMEN

- Seseorg calon akan hilang kelayakan sekiranya dia:a) telah didapati atau diisytiharkan tidak siumanb) bankrapc) memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’d) gagal mengemukakan laporan berbelanjaan pilihan rayae) telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara utk tempoh tidak kurang dari setahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum dapat pengampunan.f) telah memperoleh kewarganegaraan asing

Page 22: DEMOKRASI BERPARLIMEN

- Pilihan raya utk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali dalam tempoh lima tahun, kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.

- Pilihan Raya Kecil juga diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan oleh kematian, perletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan.

- Dalam hal ini, tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR.

Page 23: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Proses Pilihan Raya- Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil

bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh SPR kepada Pegawai Pengurus.

- Pada masa yg sama, satu notis akan diwartakan utk menetapkan tarikh2 hari penamaan calon dan hari mengundi

Page 24: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Hari Penamaan Calon- Hari penamaan calon merujuk kepada hari yg telah

ditetapkan oleh SPR bagi calon2 mengemukakan kertas2 penamaan utk bertanding dalam pilihan raya kepada pegawai pengurus.

- Kertas2 penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorg daripada mereka. Kertas2 penamaan calon mestilah dikemukakan antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.

- Kertas2 penamaan calon akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan menerima sebarang bantahan

- Dalam kes di mana seseorg calon sahaja yg dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

Page 25: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Deposit- Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi

kerusi Parlimen dan RM5000 bagi kerusi negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.

- Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yg diperoleh semua calon yg bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.

Page 26: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Penggunaan SimbolSeseorg calon yg mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon2 bebas perlu memilih mana2 simbol yg telah disediakan oleh SPR utk dicetak pada kertas2 undi.

Page 27: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Kempen- SPR telah merangka peraturan2 khas utk

berkempen, spt yg tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. kempen hnya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan pada jam 12.00 malam sebelum hari mengundi.

Page 28: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Hari Mengundi- Hari mengundi merujuk kepada hari pemilih2 membuang

undi. Secara rasmi hari mengundi bermula selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya.

- Waktu membuang undi ditetapkan dari 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia.

- Bagi kawasan pendalaman, unit2 bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran proses membuang undi.

- SPR akan mengeluarkan notis utk memaklumkan org ramai tentang perkara2 pilihanraya spt:a) tarikh mengundib) Lokasi tempat mengundic) Waktu mengundi di semua tempat mengundid) Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi

Page 29: DEMOKRASI BERPARLIMEN

- Pengundian dilakukan di tempat2 mengundi yg telah diwartakan. Setiap tempat mengundi mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yg mengawal selia proses pengundian. Beliau dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira undi.

Kebenaran untuk memasuki Tempat Mengundi- Hanya pemilih2 yg nama mereka terdapat di dalam

daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk utk membuang undi. Kad Pengenalan diri pemilih yg dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara digunakan sbagai pengenalan diri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi

Page 30: DEMOKRASI BERPARLIMEN

- Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanya pegawai2 berikut yg dibenarkan memasuki tempat mengundi:a) ahli dan pegawai2 Suruhanjaya Pilihan Rayab) Ketua Tempat Mengundi dan kakitanganyac) calon2 dan wakil calond) Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undie) mereka yg dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Page 31: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Cara-cara mengundi- Seseorg pemilih hnya boleh memangkah seorg calon

sahaja, iaitu dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yg dipilih. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi dan seterusnya memasukkannya ke dalam peti undi yg disediakan.

- Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri), kertas2 undi mestilah ditanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yg berasingan yg telah ditanda dengan sama ada ‘PARLIMEN’ dan ‘NEGERI’.

Page 32: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Undi Pos- Undi pos dihantar dengan pos seawal yg

mungkin kepada pemilih yg layak mengundi melalui pos.

- Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur2 yg lengkap telah disediakn utk menjaga kerahsiaan undi.

Page 33: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Ejen Mengundi- undang2 membenarkan calon melantik ejen

mengundi bagi tujuan menjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa.

- Peranan ejen adalah utk memastikan proses pengundian dijalankan mengikut undang2 dan peraturan yg berkaitan.

Page 34: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Pengiraan Undi- Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di

tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan undi yg telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagiaan pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yg ditetapkan.

- Semasa undi dikira, mereka yg dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira undi. Mereka ialah:a) ahli-ahli dan pegawai2 SPRb) Pegawai yg dilantik oleh SPRc) Kerani mengira undid) Calon, wakil dan ejen mengira undi

Kehadiran ejen2 calon adalah utk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yg betul spt yg tlah ditetapkan oleh undang2 dan peraturan bagi memastikan urusan2 pengiraan undi itu betul, adil dan telus.

Page 35: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Penjumlahan Rasmi Undi- Selepas selesai pengiraan undi di tempat2

mengundi dan pusat pengiraan undi, keputusan2 pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat penjumlahan undi.

- Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yg mendapat undi majoriti sebagai wakil yg terpilih bagi bahagian pilihanraya yg berkenaan.

Page 36: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Petisyen Pilihan Raya- Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah.

Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab2 berikut:a) sogokan, peras ugut, atau sbarang salah laku yg mungkin telah menjejaskan pilihan rayab) ketidakpatuhan undang2 dan peraturan pilihanraya oleh mana2 pihak.c) perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang2 yg dilakukan oleh calon dan ejen2.d) calon atau ejen2nya didapati tidak layak menyertai pilihan raya.

Page 37: DEMOKRASI BERPARLIMEN

- Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta.

- Selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, jika hakim pilihan raya memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, SPR akan mengeluarkan notis yg mana pilihanraya baru akan diadakan di bahagian pilihanraya tersebut.

Page 38: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya- Seseorg calon adalah layak membelanjakan wang bagi

pilihan raya, tetapi tidak boleh melebihi:a) RM200,000 bagi Dewan Rakyatb) RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri

- Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta.

- Kegagalan utk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihanraya atau kegagalan utk mengemukakannya di dalam tempoh yg ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Page 39: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Penyimpanan dan Pelupusan- Dalam proses pilihan raya, satu aspek penting ialah penyimpanan

kertas2 undi dan dokumen2 lain yg berkaitan. Dokumen2 ini mestilah disimpan di dalam peti atau peti2 khas dna dikunci dengan disaksikan oleh ejen2 calon.

- Peti2 khas ini akan disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus. Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yg telah ditandakan dan juga counter foils kertas undi.

- Ini adalah untuk menjamin kerahsiaan undi. Peti2 itu hnya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada kes2 petisyen.

- Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai Pengurus (selepas mendapat kebenaran daripada SPR) akan melupuskan kertas2 undi dan dokumen2 berkenaan. Pegawai Pengurus kemudiaannya akan mengemukakan sijil pelupusan kepada Pegarah Pilihan Raya Negeri.