definisi seni dan konsep kesenian melayu new

19
DEFINISI SENI DAN KONSEP KESENIAN MELAYU

Upload: syiedafadzlina

Post on 16-Jun-2015

13.801 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

DEFINISI SENI DAN KONSEP KESENIAN

MELAYU

Page 2: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

PENGERTIAN SENI

• Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244-45, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan.

• Manakala seni, II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan, dan hasil daripada sesuatu ciptaan.

Page 3: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• Seni juga boleh ditafsirkan sebagai membawa maksud atau pengertian kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya yang indah-indah belaka.

• Menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996:453), ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran.

Page 4: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• Menurut buku M.A.J. Beg, Fine Arts in Islamic Civilization (1981:10): menyatakan seorang pemikir Islam iaitu Imam al-Ghazali memperkatakn bahawa, “seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan” ia lahir daripada diri sendiri dan tidak untuk yang lain.

• Beliau menjelaskan lagi bahawa terdapat kecantikan dalaman yang diterangkan berdasarkan beberapa penjelasan seperti kefahaman mendalam terhadap seni Islam.

Page 5: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• Art : ‘The production of something beautiful: skill or ability in such work. Works such as paintings or sculptures produced by skills.’

(The Oxford Paperback Dictionary, 1989 :40)

Page 6: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• Menurut Ibn. Khaldun pula, “ seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika.”

• Kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).

Page 7: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• George Kubler :

“Marilah kita anggap bahawa gagasan seni itu boleh diperbesarkan batasnya demi merangkumi semua dan segala benda yang dibuat oleh manusia, termasuk alat-alat dan tulisan, di samping benda-benda yang indah, puitis dan juga benda-benda

Page 8: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

KONSEP KESENIAN MELAYU

• Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.

• Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.

Page 9: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• Kementerian Kebudanyaan dan Kesenian telah mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.

• Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.

• Seni mulai diterima oleh masyarakat kita sebagai satu budaya hidup.

Page 10: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu : – Seni Suara – Seni Gerak – Seni Rupa – Permainan Tradisional

Page 11: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• Seni itu diamati sebagai alat dan alat semata adalah merupakan konsep yang mulia, selagi tujuannya juga adalah sama mulianya.

• Seni berkait rapat dengan idea-idea dan idea-idea pula berkait rapat dengan seni.

• Menikmati karya, mencari isi kandungan impian malah idea seniman, pemerhati akan bertemu dengan impian dan ideanya sendiri : inilah yang dikatakan seseorang itu kaya apabila berseronok dengan seni.

Page 12: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• Tercetusnya perbincangan tentang soal keindahan.

• Berfikir sebelum, sewaktu dan sesudah berkarya.

• Pemikirannya termasuknya idea-idea tentang bagaimana hendak menyelesaikan karya yang dihasilkan dengan sempurna dan berkesan.

• Cara dan kaedah kita menghasilkan sesuatu yang berkaitan dengan seni turut tertakluk kepada bahan dan teknik yang kita warisi.

Page 13: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• Halus :

- paling mustahak dalam daya kreatif orang

Melayu. Sejarah seni Melayu telah berkurun

kurun mengaskan tanpa kemahiran tidak mungkin

terciptanya kesenian yang halus.

• Berguna :

- sesuatu itu dibuat berguna untuk tujuan lain.

• Bersatu :

- ada mula dan akhirnya. Untuk mendapatkan

keselesaan, suatu integrasi antara alam dalaman

dan alam luaran dicipta.

Page 14: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• Berlawan :

- adanya pertentangan yang terkawal antara dua atau lebih jenis seni yang dibuat. Sengaja dibuat sebegitu. Tujuannya bukan untuk mendapatkan kesan yang janggal tetapi semata-mata untuk mewujudkan suasana yang tegang.

• Berlambang :

- contoh : keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang membawa segala unsur perlambangan yang diperlukan demi mengukuhkan maruah bangsa Melayu. Kalaupun nilainya sebagai senjata sudah agak berkurangan namun nilainya sebagai lambang tidak terhargakan. Kerana matanya yang dua itu, keris boleh sekaligus kawan dan lawan; ia indah tetapi merbahaya.

Page 15: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• Bermakna :

- sesuatu makna akan pupus kalau tidak dihafali dan diajari oleh satu keturunan ke keturunan yang selanjutnya.

Page 16: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• menjelaskan panduan elemen yang dinyatakan dengan prinsip seni yang direncanakan dengan baik ini kan melahirkan simbol-simbol yang seterusnya mendukung makna.

• Tiga peringkat :i) peringkat makna asasii) peringkat makna sekunderiii) peringkat makan mujarab

Page 17: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

• Contohnya kesenian dalam tradisi Melayu melihat pucuk rebung itu mempunyai pelbagai maksud.

• Antaranya makna – peringkat asas• Peringkat makna sekunder – pucuk

rebung adalah khusus kepada tumbuh yang merujuk kepada dunia imejan.

• Peringkat mujarat – di tahap makna awam.

Page 18: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New
Page 19: Definisi Seni Dan Konsep Kesenian Melayu New

RUJUKAN

• Mohd Johari AB. Hamid,2004. Falsafah dan Kritikan Seni; Universiti Pendidikan Sultan Idris.

• www.seni/org/wikipedia.com

• Zakaria Ali,1989.Seni dan Seniman Esei-Esei Seni Halus; Dewan Bahasa dan Pustaka.