definisi geometri

2
Definisi Geometri Geometri adalah sebahagian daripada Matematik yang mengambil kira ukuran, bentuk, kedudukan serta sifat ruang. Geometri adalah suatu ilmu yang tertua. Geometri bererti pengukuran tentang bumi, iaitu ilmu yang melibatkan hubungan di dalam ruang. Menurut Novelisa Sondang bahawa Geometri menjadi salah satu ilmu Matematik yang diterapkan dalam dunia arsitektur yang merupakan salah satu cabang ilmu yang berkaitan dengan pengertian dasar serta cabang ilmu yang mempelajari pengukuran bumi dan proyeksi dalam sebuah bidang dua dimensi. Menurut Alders, Geometri adalah salah satu cabang Matematik yang mempelajari tentang titik, garis, bidang dan benda-benda ruang beserta sifat- sifatnya, ukuran-ukuran dan hubungan antara satu sama lain. Sejarah Geometri

Upload: rita-tang

Post on 27-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

definisi geometeri

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Geometri

Definisi Geometri

Geometri adalah sebahagian daripada Matematik yang mengambil kira ukuran,

bentuk, kedudukan serta sifat ruang. Geometri adalah suatu ilmu yang tertua. Geometri

bererti pengukuran tentang bumi, iaitu ilmu yang melibatkan hubungan di dalam ruang.

Menurut Novelisa Sondang bahawa Geometri menjadi salah satu ilmu Matematik

yang diterapkan dalam dunia arsitektur yang merupakan salah satu cabang ilmu yang

berkaitan dengan pengertian dasar serta cabang ilmu yang mempelajari pengukuran

bumi dan proyeksi dalam sebuah bidang dua dimensi.

Menurut Alders, Geometri adalah salah satu cabang Matematik yang

mempelajari tentang titik, garis, bidang dan benda-benda ruang beserta sifat-sifatnya,

ukuran-ukuran dan hubungan antara satu sama lain.

Page 2: Definisi Geometri

Sejarah Geometri

Geometri merupakan salah satu cabang matematik yang melibatkan bentuk

panjang, luas, isipadu dan sebagainya. Komponen-komponen seperti titik, garis lurus

dan bulatan antara asas kepada bentuk-bentuk geometri. Perkataan geometri berasal

daripada bahasa Yunani di mana geo bermaksud bumi dan metros adalah untuk

mengukur.

Bidang geometri mual dikesan ketika tamadun Mesir kira-kira 1700 Sm. Di mana

orang Mesir Purba perlu menyelesaikan masalah sempadan tanah di Sungai Nil.

Limpahan air yang berlaku di Sungai Nil telah menyebabkan kekeliruan dalam kalangan

tuan tanah. Oleh itu, orang Mesir Purba memerlukan pengetahuan dalam bidang

sempadan tanah, pengukuran luas dan panjang bagi menangani masalah ini. Selain itu,

pembinaan piramid juga melibatkan konsep geometri dari segi bentuk-bentuk batuan

yang digunakan dan pengukuran yang tepat.

Seterusnya, orang Babylon juga adalah antara yang awal menggunakan konsep

geometri. Di mana mereka berpengetahuan dalam mengira luas dan isipadu. Bermula

dengan orang Mesir Purba dan Babylon bidang geometri telah berkembang ke tamadun

lain seperti Yunani, India, China dan Islam. Ini telah membawa kepada penerokaan

bidang geometri yang lebih luas oleh ahli-ahli matematik seperti Thales, Pythagoras,

Plato dan lain-lain lagi. Sumbangan mereka inilah yang telah membawa kepada konsep

geometri moden yang ada pada masa kini.