definisi e-pembelajaran
DESCRIPTION
definisi tentang e-pembelajaranTRANSCRIPT
Definisi E-Pembelajaran
Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, e-pembelajaran menjadi satu
istilah yang popular dan mempunyai pelbagai tafsiran dan persepsi. Namun
begitu secara umumnya, e-pembelajaran dapat didefinisikan sebagai satu
proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi
mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan keboleh capaian
dan keberkesanan pembelajaran (Kamaludin Ahmad 2006). Secara dasarnya, e-
pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik
termasuklah CD-ROM dan bahan pembelajaran melalui atas talian (online).
E-pembelajaran ini secara langsung membolehkan proses pembelajaran yang
canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya.
Melalui e-pembelajaran, murid dapat mengamalkan pembelajaran yang
berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih
berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang
menarik. Tambahan pula kemudahan untuk perbincangan atas talian dan
bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan
kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan
bersepadu.
Selain itu, e-pembelajaran ini juga sangat membantu dalam proses
pembentukan pembelajaran sepanjang hayat seperti yang diharapkan oleh
dasar pendidikan negara kita (dasar e-pembelajaran negara). Oleh itu cara
melaksanakan e-pembelajaran yang baik dalam pembelajaran amat digalakkan.
Pelaksaanan yang berkesan boleh dilakukan seperti yang dicadangkan oleh
Rosenberg melalui bukunya yang bertajuk ‘E-learning : Strategies for Delivering
Knowledge in the Digital Age’ atau boleh dibaca di laman ini.