debat bahasa arab sekolah menengah semalaysia 2011: pengalaman smka kota kinabalu

10
5/10/2018 DebatBahasaArabSekolahMenengahSeMalaysia2011:PengalamanSMKAKotaKinabal... http://slidepdf.com/reader/full/debat-bahasa-arab-sekolah-menengah-semalaysia-2011-pengalaman-smka 1 DEBAT BAHASA ARAB SEKOLAH MENENGAH SEMALAYSIA 2011: PENGALAMAN SMKA KOTA KINABALU 1  Awang Abdul Muizz Awang Marusin 2  ISI KANDUNGAN 1. Abstrak 2. Sejarah Debat Bahasa Arab dalam pendidikan Malaysia 3. Tentatif Pertandingan Debat Bahasa Arab 4. Sistem Pertandingan Debat Bahasa Arab 5. Hikmah Pertandingan Debat Bahasa Arab 6. Reaksi pendebat Bahasa Arab seluruh Malaysia 7.  Mengenai Pasukan Debat Bahasa Arab SMKA Kota Kinabalu 8. Diari hidup dan pengalaman Pasukan Debat Bahasa Arab sekolah 9. Wawasan Debat Bahasa Arab mendatang 10. Kesimpulan 11. Penghargaan 1 Makalah ini turut diterbitkan sebagai laporan penglibatan SMKA Kota Kinabalu dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011. 2 Pengerusi, Kelab Bahasa Arab, SMKA Kota Kinabalu, Sabah. Menjadi antara peserta Pertandingan Debat Bahasa Arab antara Sekolah Menengah SeMalaysia 4/2011.

Upload: abdul-muizz-awang-marusin

Post on 08-Jul-2015

311 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabalu

5/10/2018 Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabal...

http://slidepdf.com/reader/full/debat-bahasa-arab-sekolah-menengah-semalaysia-2011-pengalaman-smka

1

DEBAT BAHASA ARAB SEKOLAH MENENGAH SEMALAYSIA 2011:

PENGALAMAN SMKA KOTA KINABALU1 

Awang Abdul Muizz Awang Marusin2 

ISI KANDUNGAN

1.  Abstrak

2.  Sejarah Debat Bahasa Arab dalam pendidikan Malaysia

3.  Tentatif Pertandingan Debat Bahasa Arab

4.  Sistem Pertandingan Debat Bahasa Arab

5.  Hikmah Pertandingan Debat Bahasa Arab

6.  Reaksi pendebat Bahasa Arab seluruh Malaysia

7.  Mengenai Pasukan Debat Bahasa Arab SMKA Kota Kinabalu

8.  Diari hidup dan pengalaman Pasukan Debat Bahasa Arab sekolah

9.  Wawasan Debat Bahasa Arab mendatang

10. Kesimpulan

11. Penghargaan

1Makalah ini turut diterbitkan sebagai laporan penglibatan SMKA Kota Kinabalu dalam Pertandingan Debat

Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011.2Pengerusi, Kelab Bahasa Arab, SMKA Kota Kinabalu, Sabah. Menjadi antara peserta Pertandingan Debat

Bahasa Arab antara Sekolah Menengah SeMalaysia 4/2011.

Page 2: Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabalu

5/10/2018 Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabal...

http://slidepdf.com/reader/full/debat-bahasa-arab-sekolah-menengah-semalaysia-2011-pengalaman-smka

2

ABSTRAK

Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia telah selamat 

disempurnakan dengan jayanya buat kali keempat pada 17-21 Jun 2011 di Fakulti Pengajian

al-Quran dan as-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan dan

Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan. Pertandingan ini dianjurkan bersama Bahagian Hal 

Ehwal Pelajar (BHEP) USIM, Kelab Debat USIM dan Bahagian Pendidikan Islam (BPI),

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Kali ini, penganjur meningkatkan kuota penyertaan kepada 50 buah sekolah dari seluruh

Malaysia daripada 40 buah sekolah sebelum ini. SMKA al-Irsyad, Kepala Batas, Pulau Pinang

muncul johan manakala SMAP Labu, Nilai, Negeri Sembilan muncul naib johan.

Bagaimanapun, kemenangan yang dikecapi oleh sekolah-sekolah tertentu dalam

 pertandingan ini bukanlah ukuran kepada setiap warga pertandingan kerana perkara lain

yang lebih baik mengatasi kemahuan untuk memenangi perbahasan.

SEJARAH DEBAT BAHASA ARAB DALAM PENDIDIKAN MALAYSIA

Debat Bahasa Arab antara Sekolah Menengah SeMalaysia telah mula diadakan pada tahun

2008 hasil idea USIM dan dengan persetujuan KPM. Tambahan pula, secara kebetulan, USIM

menggunakan peranannya sebagai Sekretariat Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia

(MADUM)3

untuk menyumbang baktinya kepada pelajar sekolah menengah.

Kejayaan penganjuran pada tahun 2008 membolehkan USIM menganjurkan pertandingan

yang sama pada tahun 2009 hingga kini. Sebelum tahun 2009, USIM hanya membenarkan

penyertaan sebanyak 40 buah sekolah seluruh Malaysia. Namun, pada tahun ini, NaibCanselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda membenarkan penyertaan sebanyak 50

buah sekolah seluruh Malaysia.4

Pertandingan kali ini menyaksikan Selangor mendominasi

kuota penyertaan apabila sebanyak 8 buah sekolah terlibat dalam pertandingan ini.

Sepanjang tempoh 2008 hingga 2010, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Selangor,

muncul johan pertandingan. Bagaimanapun, tahun ini, KISAS hanya diberi penghormatan

untuk merangkul piala pusingan pertama.5

Piala pusingan kedua dimenangi oleh SMKA al-

Irsyad, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pada tahun lepas (2010), Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ketika itu, DatukNoor Rezan Bapoo Hashim mengumumkan hasrat KPM untuk menaiktaraf pertandingan ini

kepada pertandingan Piala DiRaja. Hasrat ini disebut semula oleh Pengarah BPI, KPM, Tuan

Hj. Abdullah Mat Din.

Penganjuran tahun ini menyaksikan Kelab Debat USIM berjaya mewujudkan kumpulan

melalui jaringan sosial Facebook sebagai suatu wahana untuk mengekalkan ukhuwah antara

3Kenyataan mengenai Pertandingan Debat Bahasa Arab antara Sekolah Menengah SeMalaysia, Majlis

Mesyuarat Pengetua SMKA Malaysia. Putrajaya: 2009.4

Dr. Muhamad Muda, Ucapan Perasmian Penutupan Pertandingan Debat Bahasa Arab antara SekolahMenengah SeMalaysia 2011, Pejabat Naib Canselor, USIM. Nilai (Negeri Sembilan): 21 Julai 2011.5 Ibid.

Page 3: Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabalu

5/10/2018 Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabal...

http://slidepdf.com/reader/full/debat-bahasa-arab-sekolah-menengah-semalaysia-2011-pengalaman-smka

3

pengurusan penganjur, pelaksana, hakim pertandingan, guru yang terlibat, para peserta dan

mahasiswa/i USIM sendiri. Pertandingan kali ini menyaksikan liputan meluas daripada TV al-

Hijrah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan akhbar Utusan Malaysia.

TENTATIF PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB

Tarikh Perkara Tempat

17 Jun Pendaftaran pasukan Kolej Sutera Indah, USIM

Taklimat pertandingan Dewan Kuliah Utama (DKU),

Fakulti Pengajian al-Quran

dan as-Sunnah (PQS), USIM

Perbahasan pembukaan oleh

Kelab Debat USIM

DKU, Fakulti PQS, USIM

18 Jun Hari pertandingan (pusingan

saringan)

Fakulti PQS, USIM

19 Jun

20 Jun6 Hari pertandingan (pusingan

kalah mati)

Fakulti PQS, USIM

Pameran oleh penaja

pertandingan

Sesi bergambar

21 Jun Pertandingan akhir Stadium Tertutup Majlis

Perbandaran NilaiPerasmian penutupan

Tentatif pertandingan

SISTEM PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB 

Pertandingan debat dijalankan secara ala parlimen Malaysia. Pertandingan dijalankan dalam

dua sistem, iaitu sistem liga dan sistem kalah mati. Pertandingan bersistem liga dijalankan

dalam 6 pusingan saringan manakala pertandingan bersistem kalah mati dijalankan dalam

pusingan 16 terbaik, suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Dalam 6 pusingan saringan dan pusingan 16 terbaik, penghakiman hanya melibatkan 3

orang hakim dan 2 orang penjaga masa. Ketua Hakim yang dilantik dari kalangan pensyarah

USIM merupakan Speaker Dewan. Hakim yang lain dilantik dari kalangan guru sekolah yang

bertanding. Penjaga masa pula dipilih dari kalangan mahasiswa/i USIM.

Sementara itu, dalam pusingan suku dan separuh akhir, penghakiman melibatkan 5 orang

hakim dan 2 orang penjaga masa. Pada ketika ini, Ketua Hakim masih Speaker Dewan.

Dalam pusingan akhir pula, penghakiman melibatkan 7 orang hakim.7

Speaker Dewan dipilih

dari kalangan mahasiswa/i USIM. 2 orang penjaga masa berperanan sebagai pengapit

Speaker Dewan dan berperanan sebagai Bentara Dewan.

6Pada hari itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan ke merata tempat seperti ke

Seremban, Kuala Lumpur, Nilai, Putrajaya dan lain-lain. Ada juga pasukan yang telah pulang terlebih dahulusetelah menamatkan saingan.7

Dalam pusingan akhir, tidak semua hakim dilantik dari kalangan pensyarah USIM dan guru sekolah terlibat.

Page 4: Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabalu

5/10/2018 Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabal...

http://slidepdf.com/reader/full/debat-bahasa-arab-sekolah-menengah-semalaysia-2011-pengalaman-smka

4

Penghakiman dijalankan melibatkan aspek bahasa dan persembahan. Pemenang dipilih ke

peringkat seterusnya berdasarkan bilangan kemenangan, bilangan undian juri terhadap

sesebuah pasukan, jumlah terkumpul perbezaan markah pasukan dan jumlah terkumpul

markah.

HIKMAH PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB 

Pertandingan ini menyaksikan kemeriahan suasana Bahasa Arab dan iklim Islami dalam

kalangan warga pertandingan. Perkara ini dapat dibuktikan apabila parlimen bersidang

dalam bahasa Arab. Segala taklimat dan pengumuman daripada pensyarah dan urusetia

pertandingan disampaikan dalam bahasa Arab. Di samping itu, perbualan antara saya

dengan yang lain majoritinya dalam bahasa Arab. Sajian hiburan dalam bahasa Arab dan

bahasa Inggeris disediakan oleh USIM.

Selain itu, pertandingan ini mewujudkan dan mengeratkan ukhuwah. Setiap lawan dianggapsebagai rakan, bukannya musuh. Dalam erti kata lain, perangai peserta dalam perdebatan

seakan syaitan dan perangai peserta di luar perdebatan seakan malaikat.8

Bagi saya, melalui

pertandingan ini, saya dapat mengeratkan semula ukhuwah dengan SMKA Tun Ahmad Zaidi,

Kuching, Sarawak9; SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor; dan SMKA Limauan, Papar,

Sabah selain beberapa buah sekolah yang lain yang menjadi ukhuwah baru bagi kami.

Ukhuwah terjalin melalui pergaulan sesama ahli rumah penginapan, ketika bersiar-siar di

persekitaran dan ketika menunggu perdebatan seterusnya. Melalui ukhuwah ini, saya dapat

mengadakan perbincangan tidak rasmi antara saya (SMKA Kota Kinabalu), dua orang wakil

SMKA Tun Ahmad Zaidi, seorang dari SMKA Arau dan empat orang dari Sekolah Arab al-

Attas. 10 

Selain itu, pertandingan ini membolehkan para peserta dan guru menimba ilmu dan

pengalaman. Setelah selesai perbahasan, komen dan kritik diberikan kepada para pendebat. Para

peserta berbahas sambil belajar berbahas dan berkomunikasi dalam bahasa Arab.

Pengalaman yang didapati dari pertandingan ini diaplikasikan di sekolah melalui gaya

berkomunikasi. Pengalaman dalam Debat digunakan sebagai panduan dalam menyertai

acara Kalimatus Sobah, Hiwar dan Kuiz Bahasa Arab dalam Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan

Agama (IPA) di pelbagai peringkat.

Buktinya, Pengalaman dalam pertandingan memungkinkan saudara Fakhrullah Akmal Kamal(SMKA Limauan)

11, saudara Mohammad Hami Hamizul Saimi (SMKA Tun Ahmad Zaidi)

12dan

beberapa pendebat lain menyertai Majlis Ihtifal IPA dalam pelbagai acara di peringkat negeri

dan kebangsaan. Pengalaman saya dalam pertandingan merupakan kelestarian bagi

pengalaman saya yang pernah menyertai Kalimatus Sobah dalam Majlis Ihtifal SMKA

8Muhammad Farhan Samsuri. 2011. Ulasan mengenai Debat Bahasa Arab (setakat 2 pusingan saringan). Temu

bual, 18 Jun.9

Awang Abdul Muizz Awang Marusin. 2011. Raudhah Permai: Pertemuan Semula (atas talian). http://abdul-

muizz.blogspot.com/2011/06/pertemuan-semula.html 10

Awang Abdul Muizz Awang Marusin. 2011. Raudhah Permai: Munaqashah antara Sekolah Agama (atas

talian). http://abdul-muizz.blogspot.com/2011/06/munaqashah-antara-sekolah-agama.html 11Pemenang tempat ketiga acara Kalimatus Sobah, Majlis Ihtifal IPA Malaysia 2011.

12Pemenang tempat kedua acara Kalimatus Sobah, Majlis Ihtifal IPA Malaysia 2011.

Page 5: Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabalu

5/10/2018 Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabal...

http://slidepdf.com/reader/full/debat-bahasa-arab-sekolah-menengah-semalaysia-2011-pengalaman-smka

5

Malaysia 2009.13

Pengalaman dalam Debat menambahkan keyakinan untuk terus bertutur

dalam Bahasa Arab dan seterusnya mencintai dan memartabatkan Bahasa Arab dalam iklim

sekolah. Kejayaan hari ini memungkinkan masa depan yang lebih cerah.

REAKSI PENDEBAT BAHASA ARAB SELURUH MALAYSIA

Rata-rata pendebat bersyukur kerana pertandingan merupakan saluran untuk mewujudkan

ukhuwah baru. Pasukan dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri

Sembilan bersyukur kerana mendapat naib johan walaupun mereka tidak pernah

mengimpikan kejuaraan dalam pertandingan.14

Melalui pertandingan ini, para pendebat

dilihat lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab.

MENGENAI PASUKAN DEBAT BAHASA ARAB SMKA KOTA KINABALU 

Pasukan Debat Bahasa Arab SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK) diwujudkan semula secara rasmi

pada 27 Mei 2011 setelah pemilihan peserta dijalankan oleh Ketua Panitia Bahasa Arabsekolah, Ustaz Zulkifli Nawawi. Penyertaan pasukan ini diluluskan dalam tempoh 2 minggu

sebelum pertandingan dijalankan. Selain pasukan sekolah ini, Sabah diwakili oleh SMKA

Limauan, Papar, Sabah.

Pasukan Debat Bahasa Arab SMKAKK dipimpin oleh Ustazah Fardhah Sazrizah Januri

(Jurulatih dan Pengiring), Ustaz Zulkifli Nawawi (Jurulatih)15

dan Ustazah Che Ku Nor Asiah

Che Ku Mohammad (Hakim Perwakilan)16

serta dianggotai oleh saya, saudara Mohd. Hafiz

Abdul Rahman, saudara Muhammad Farhan Samsuri dan saudari Rahmi Hidayati Hj. Mohd.

Mursal.

Dari segi pengurusan kewangan, pentadbiran sekolah, pengurusan asrama sekolah serta

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah masing-masing menyumbang RM 50 kepada

setiap peserta. Sumbangan berjumlah RM 600 (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja).

Sementara itu, tiket penerbangan, jamuan harian, penginapan serta perjalanan antara

rumah penginapan17

dengan tempat pertandingan18

ditanggung sepenuhnya oleh BPI, KPM.

Semua perbelanjaan dipercayai berjumlah sekitar RM 1200 (Ringgit Malaysia Seribu Dua

Ratus Sahaja) setiap sekolah. Tiada makluman diterima mengenai nilai tiket penerbangan.

Namun, tiket penerbangan dipercayai berjumlah ratusan atau ribuan ringgit berikutan

penempahan tiket dibuat menggunakan Waran Kerajaan Malaysia. Penerbangan AirAsia

13Sekarang dikenali sebagai Majlis Ihtifal IPA Malaysia.

14Utusan Malaysia. 2011. SMKA al-Irshad juara Debat Bahasa Arab. 22 Jun.

15Sepatutnya beliau menjadi Hakim Perwakilan. Oleh sebab beliau menghadiri kursus lain di tempat lain di

Semenanjung Malaysia, beliau digantikan oleh Ustazah Che Ku Nor Asiah Che Ku Mohammad. Hal ini demikian

untuk mengelakkan SMKAKK dikeluarkan daripada daftar pertandingan.16

Hakim Ganti Ustaz Zulkifli Nawawi.17

Rumah penginapan peserta dan guru pengiring terletak di Kolej Sutera Indah, USIM dekat dengan Bandar

Baru Nilai, manakala rumah penginapan hakim terletak di Hotel Allson Putra Nilai, tidak jauh dari Kolej Sutera

Indah. Rumah penginapan urusetia pertandingan terletak di merata tempat berdekatan dengan USIM seperti

di Desa Anggerik, Kolej Pertama dan Kolej Sutera Indah itu sendiri.18Pertandingan berlangsung di Fakulti PQS, USIM (untuk semua peringkat) dan di Stadium Tertutup Nilai

(peringkat akhir).

Page 6: Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabalu

5/10/2018 Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabal...

http://slidepdf.com/reader/full/debat-bahasa-arab-sekolah-menengah-semalaysia-2011-pengalaman-smka

6

dipertanggungjawabkan membawa pasukan negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah

Persekutuan Labuan ke Kuala Lumpur.

Pasukan Debat Bahasa Arab SMKAKK berjaya menyertai 6 perdebatan. Daripada 6

perdebatan, pasukan ini memenangi 3 perdebatan. Saya dipilih sebagai pembahas terbaik

sebanyak 4 kali.

Perlawanan Kerajaan Pembangkang Pemenang Pembahas

Terbaik

1 SMKAKK SMKA Durian

Guling, Marang,

Terengganu

Kerajaan (2-1) Abdul Muizz

2 SMKAKK SMKA Arau,

Perlis

Kerajaan (2-1) Abdul Muizz

3 SMKAKK SMKA al-Irshad,Kepala Batas,

Pulau Pinang

Pembangkang(3-0) Muhd. IkmalHakimi

4 SAMT Sultan

Hishamuddin,

Klang, Selangor

SMKAKK Kerajaan (3-0) Wan Nur Alia

5 SMKAKK SAM Hulu

Langat, Cheras,

Selangor

Pembangkang

(3-0)

Abdul Muizz

6 SMKA Durian

Guling, Marang,Terengganu

SMKAKK Pembangkang

(3-0)

Abdul Muizz

SMKAKK menamatkan saingan di tempat ke-33 daripada 50 buah sekolah.

Prestasi SMKAKK sepanjang pertandingan

Keterangan SMKAKK SMKA Tun

 Ahmad Zaidi,

Kuching,

Sarawak 

SMKA

Limauan,

Kimanis,

Sabah

SMK Mutiara,

WP Labuan

2011 2010

WIN(Kemenangan)

3/6 2/6 4/719

3/6 1/6

JURY 

(Undian Juri)

7/21 Tiada

catatan

12/24 12/21 3/21

MARGIN

(Perbezaan

Markah)

-4.67 23.66 6.8 -39.87

POSITION

(Kedudukan)

33/50 27/40 15/50 18/50 49/50

19SMKA Tun Ahmad Zaidi layak ke peringkat 16 terbaik. Tamat di peringkat itu kerana kalah mati dengan SMKA

Segamat, Johor.

Page 7: Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabalu

5/10/2018 Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabal...

http://slidepdf.com/reader/full/debat-bahasa-arab-sekolah-menengah-semalaysia-2011-pengalaman-smka

7

Perbandingan prestasi antara SMKAKK dengan peserta dari Borneo Malaysia

DIARI HIDUP DAN PENGALAMAN PASUKAN DEBAT BAHASA ARAB SEKOLAH

Antara pengalaman dan diari hidup yang boleh diperkongsikan:

1.  Pada 20 Jun, saya mengambil kesempatan berjalan ke pinggiran Kuala Lumpur untuk

menziarahi keluarga. Ketika dalam perjalanan pergi, balik dan ketika tiba di rumah

keluarga di Kuala Lumpur, saya berbual dengan guru saya serta rakan-rakan dalam

Bahasa Arab.

2.  Perlawanan suku akhir diadakan di Dewan Kuliah Fakulti. Saya bersama penonton

lain bersepakat mengetuk meja beramai-ramai untuk mewujudkan suasana Parlimen

sebenar. Semua mengetuk meja.

3.  Nasihat dari guru-guru dan rakan-rakan sebagai manfaat dan muhasabah.

4.  Pada 17 Jun malam, saya tanpa disedari seperti dikejar oleh dua orang pelajar SMKA

Tun Ahmad Zaidi dari belakang kerana mengenali saya sedang saya tidak perasanakan mereka. Perkejaran itu memungkinkan saya dipertemukan semula dengan

mereka setelah 2 tahun tidak bertemu.20

 

5.  Pada malam sebelum pulang ke sekolah, saya sempat bersiar-siar bersama rakan-

rakan SMKA Tun Ahmad Zaidi, SMKA Arau dan Sekolah Arab al-Attas di sekitar

Bandar Baru Nilai ketika rumah Sabah kosong.21

 

6.  Pendebat SMKAKK adalah pelawak, menurut SMKA al-Irsyad.22

Namun, pada SMKA

al-Irsyad, sekurang-kurangnya lawak dari SMKAKK ketika perbahasan mengurangkan

tekanan yang dihadapi oleh mereka.

7.  Pendebat SMKAKK amat bagus, menurut SMKA Arau dan Sekolah Arab al-Attas.

8.  Nama rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Melodi dan Senario digunakan untukmenarik perhatian ahli Dewan.

9.  Saya menggunakan pelan “mengganas” sepanjang perbahasan untuk “menggasak”

emosi lawan dan menguasai Dewan.

10. Pasca program Debat – Keyakinan bertambah untuk berkata-kata dalam Bahasa Arab

dengan guru-guru dan sebilangan pelajar.

WAWASAN DEBAT BAHASA ARAB MENDATANG

Untuk memperbaharui rekod tahun ini pada penyertaan mendatang, pelajar yang terlibat

pada tahun mendatang hendaklah memulakan latihan debat sebaik sahaja menerima suratdaripada USIM atau BPI, KPM. Dalam erti kata lain, pemilihan peserta hendaklah diadakan

beberapa hari atau bulan sebelum menerima surat jemputan penyertaan daripada BPI,

KPM.

20Saya pernah menziarahi SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching, Sarawak ketika Program Pertukaran Pelajar

anjuran Pasukan Ashabul Imtiyaz SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu, Sabah. Ketika itu, saya masih

menuntut di SMKA Tun Ahmadshah dan memainkan peranan sebagai Ketua Penerangan Pasukan Ashabul

Imtiyaz.21

Rumah penginapan perwakilan Sabah kosong kerana rakan-rakan saya dari SMKAKK dan SMKA Limauan

masih berjalan-jalan dan belum pulang ke rumah penginapan.22Nur Syahirah Abdul Rahim. 2011. Ulasan mengenai Debat Bahasa Arab (pasca pertandingan). Temu bual.

T.tr.

Page 8: Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabalu

5/10/2018 Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabal...

http://slidepdf.com/reader/full/debat-bahasa-arab-sekolah-menengah-semalaysia-2011-pengalaman-smk

8

Setelah peserta dipilih, semangat kerjasama perlu diterapkan dalam kalangan ahli pasukan.

Perkara ini penting kerana pertandingan merupakan perjuangan kolektif, bukannya

perjuangan individu. Pendebat harus berkemahiran dalam berkata dan mendengar ucapan

dalam bahasa Arab. Pendebat juga haruslah mempunyai idea yang bernas. Sebolehnya

pasukan tahun mendatang memenangi sekurang-kurangnya 4 perlawanan dengan undian

 juri 9 bagi membolehkan pasukan memasuki pusingan 16 terbaik.

Mendasari pencapaian Pasukan Debat Bahasa Arab SMKAKK, mulai saat ini, kita seharusnya

mencontohi pasukan yang lebih baik dari kita. Hal ini demikian kerana, pasukan yang lebih

baik dari kita biasanya berpengalaman dan lebih berkemahiran daripada kita dan kita

seharusnya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mereka.

Ahli pasukan juga mesti mempunyai keyakinan yang tinggi. Namun, kebanggaan perlu

dikurangkan kerana mengutamakan kerendahan diri. Suatu perkara lagi yang perlu

diingatkan ialah, niat menyertai pertandingan bukan untuk mencari kemenangan, namun

untuk meningkatkan keobolehan berkomunikasi dalam Bahasa Arab.

Menyusuri cabaran pertandingan kini, kita perlu melihat bahawa persaingan semakin sengit

dan mencabar tahun demi tahun. Maka, usaha pasukan mendatang perlu dikuatkan selari

dengan persaingan yang semakin sengit dan lebih kuat daripada pasukan kini. Kita ingin

melihat tahun hadapan sebagai tahun untuk memperbaiki prestasi. Bagaimanapun, kita

berdoa kepada Allah, semoga SMKAKK diberi ruang untuk bertanding lagi pada tahun

hadapan.

Kata Dr. Ayad N. Abdullah23

, “Yang penting bukanlah kemenangan, tapi penyertaan yang

penting kerana yang menang hanyalah satu.” 24 

KESIMPULAN 

Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia mengukir sejarah yang

signifikan bagi setiap yang menyertainya. Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah dan

berterima kasih kepada KPM kerana memahami keperluan SMKA, Sekolah Agama Bantuan

Kerajaan, Kelas Aliran Agama dan Sekolah Berasrama Penuh Agama untuk memajukan

koakademik sekolah masing-masing dan memartabatkan bahasa Arab dalam iklim sekolah

agama. Kita juga berterima kasih kepada USIM atas usaha murni dan tanggungjawabkoakademik mereka untuk memartabatkan bahasa Arab dalam persekitaran sekolah

menengah agama. Penganjuran kali ini disifatkan berjaya dan mencapai objektifnya yang

holistik dan efektif.

Adalah menjadi harapan semua pihak agar pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan

lebih gemilang pada tahun hadapan. Semoga penganjuran seperti ini menjadi instrumen

esensi untuk memartabatkan bahasa Arab sebagai bahasa agama Islam setanding dengan

martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan bahasa Inggeris sebagai

bahasa antarabangsa.

23Pensyarah Kanan Bahasa Arab, USIM.

24Dr. Ayad N. Abdullah. 2011. Ulasan mengenai Debat Bahasa Arab (pada pusingan ke-4). Temu bual. 19 Jun.

Page 9: Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabalu

5/10/2018 Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabal...

http://slidepdf.com/reader/full/debat-bahasa-arab-sekolah-menengah-semalaysia-2011-pengalaman-smk

9

PENGHARGAAN

Semoga Allah membalas jasa dan budi ibu bapa kami, guru-guru kami, sanak saudara kami,

pihak sekolah, PIBG sekolah, KPM, USIM, sahabat-sahabat di SMKAKK dan di seluruh

Malaysia dan semua yang lain atas tunjuk ajar, sokongan, dukungan, dorongan dan

ukhuwah yang diberikan sepanjang kami menyertai pertandingan ini. Terima kasih

semuanya.

Page 10: Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabalu

5/10/2018 Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 2011: Pengalaman SMKA Kota Kinabal...

http://slidepdf.com/reader/full/debat-bahasa-arab-sekolah-menengah-semalaysia-2011-pengalaman-smka

10

RUJUKAN 

KERTAS KERJA & KOLEKSI UCAPAN

Universiti Sains Islam Malaysia. 2011. Kertas Konsep Pertandingan Debat Bahasa Arab

antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan kali ke-4. 

Nota Eksekutif mengenai Pertandingan Debat Bahasa Arab antara Sekolah Menengah

Peringkat Kebangsaan kali ke-2. 2009. Mesyuarat Pengetua SMKA Malaysia.

Muhamad Muda. 2011. Ucapan Perasmian Penutupan. Pertandingan Debat Bahasa Arab

antara Sekolah Menengah SeMalaysia 2011. Nilai, Negeri Sembilan; 21 Jun.

TEMURAMAH

Muhammad Farhan Samsuri. 2011. Ulasan mengenai Debat Bahasa Arab (setakat 2

 pusingan saringan). Temu bual, 18 Jun.

Ayad N. Abdullah. 2011. Ulasan mengenai Debat Bahasa Arab (pada pusingan ke-4). Temu

bual. 19 Jun.

Nur Syahirah Abdul Rahim. 2011. Ulasan mengenai Debat Bahasa Arab (pasca

 pertandingan). Temu bual. T.tr.

BAHAN RUJUKAN ELEKTRONIK

Awang Abdul Muizz Awang Marusin. 2011. Raudhah Permai: Munaqashah antara Sekolah

 Agama (atas talian). http://abdul-muizz.blogspot.com/2011/06/munaqashah-antara-

sekolah-agama.html 

Awang Abdul Muizz Awang Marusin. 2011. Raudhah Permai: Walaupun ke Nilai, Hakikatnya

Pulang ke Negeri Sendiri (atas talian). http://abdul-muizz.blogspot.com/2011/06/walaupun-

ke-nilai-hakikatnya-pulang.html 

Awang Abdul Muizz Awang Marusin. 2011. Raudhah Permai: Bukan Senang Mahu Berjalan 

(atas talian). http://abdul-muizz.blogspot.com/2011/06/bukan-senang-mahu-berjalan.html 

Awang Abdul Muizz Awang Marusin. 2011. Raudhah Permai: Baru Nampak Perbezaan (atas

talian). http://abdul-muizz.blogspot.com/2011/06/baru-nampak-perbezaan.html 

Awang Abdul Muizz Awang Marusin. 2011. Raudhah Permai: Pertemuan Semula (atas

talian). http://abdul-muizz.blogspot.com/2011/06/pertemuan-semula.html 

KERATAN AKHBAR 

SMKA al-Irshad juara Debat Bahasa Arab. 2011. Utusan Malaysia, 22 Jun.