deb dan dpn

3
Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian etnik, budaya, bangsa, bahasa dan adat resam. Oleh kerana terdapat perbezaan antara etnik, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini. Usaha yang telah dijalankan kerajaan dalam mencapai matlamat keseimbangan ekonomi dan perpaduan ialah pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969. Matlamat utama DEB ialah mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara kaum. Salah satu langkah bagi memajukan ekonomi masyarakat Malaysia ialah dengan menambahkan pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA, pelancaran Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional. Lantaran itu, Akta Penyelarasan Perindustrian (1975) juga telah diluluskan dalam tempoh DEB. Melalui penubuhan-penubuhan tersebut kerajaan dapat memastikan penglibatan bumiputera dalam pemilikan ekonomi tercapai. Kerajaan juga memainkan peranan dalam Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan. Sehubungan itu, pihak kerajaan berjaya menyediakan peluang pekerjaan sekaligus dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Seterusnya, kerajaan juga mengambil perhatian terhadap kemajuan masyarakat luar bandar. Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat ialah pembangunan wilayah iaitu mengurangkan ketidaksamaan tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan menggandakan kadar pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang

Upload: sateswary-murugeswaran

Post on 24-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

Page 1: DEB dan DPN

Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian etnik, budaya,

bangsa, bahasa dan adat resam. Oleh kerana terdapat perbezaan antara etnik, pelbagai usaha

telah dilaksanakan bagi mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sejak

merdeka sehinggalah mutakhir ini.

Usaha yang telah dijalankan kerajaan dalam mencapai matlamat keseimbangan

ekonomi dan perpaduan ialah pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini diperkenalkan

oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 selepas negara

dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969. Matlamat utama DEB ialah mewujudkan perpaduan

dalam kalangan rakyat dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara kaum.

Salah satu langkah bagi memajukan ekonomi masyarakat Malaysia ialah dengan

menambahkan pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA, pelancaran

Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional. Lantaran itu, Akta Penyelarasan

Perindustrian (1975) juga telah diluluskan dalam tempoh DEB. Melalui penubuhan-penubuhan

tersebut kerajaan dapat memastikan penglibatan bumiputera dalam pemilikan ekonomi

tercapai. Kerajaan juga memainkan peranan dalam Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar

Penswastaan. Sehubungan itu, pihak kerajaan berjaya menyediakan peluang pekerjaan

sekaligus dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Seterusnya, kerajaan juga mengambil perhatian terhadap kemajuan masyarakat luar

bandar. Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat ialah pembangunan wilayah iaitu

mengurangkan ketidaksamaan tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan

menggandakan kadar pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang

membangun. Bersangkutan dengan hal ini, kerajaan juga tidak dipandang rendah terhadap

pembangunan kawasan Bandar serta telah mencorakkan perbandaran baru dan pembinaan

industri-industri baru.

Pihak kerajaan juga memberi latihan kemahiran kepada kaum Melayu bagi melahirkan

individu yang mampu memberi sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.Pihak

kerajaan telah menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai daya

pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan tanah FELDA, FELCRA; projek

perikanan dan ternakan moden; kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden;

kemudahan bantuan kewangan dan teknik; peluang pendidikan dan latihan.

Page 2: DEB dan DPN

Di samping itu, dalam menyusun semula masyarakat kerajaan juga telah berusaha

meluaskan lagi peluang-peluang pelajaran dalam dan luar negeri. Kerajaan memastikan

golongan muda menerima pendidikan dan memperbanyakkan bilangan sekolah di kawasan luar

bandar untuk mengurangkan bilangan buta huruf dalam kalangan rakyat Malaysia. Lebih-lebih

lagi, pendapatan purata bulanan isi rumah di wilayah yang mundur seperti Kelantan,

Terengganu dan Kedah telah meningkat, walaupun peningkatan masih belum mencapai tingkat

memuaskan. Bekalan kemudahan asas seperti elektrik, air, kesihatan dan pengangkutan dan

perhubungan ternyata bertambah baik.

Jika dikupas dari perspektif lain pula, setelah tempoh DEB tamat, kerajaan telah

menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang merupakan usaha atau

kesinambungan kepada perlaksanaan DEB. DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr.

Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Objektif utama pengenalan

DPN ialah untuk terus memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan

pembangunan ekonomi yang berterusan. Seterusnya, terdapat juga beberapa program atau

pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN. Antaranya termasuklah

tumpuan diberikan kepada strategi membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin.

Dalam DPN, penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan. Beberapa strategi telah digalurkan

seperti mengemaskan perlaksanaan dan pendekatan program membasmi kemiskinan.

Tumpuan khas diberikan kepada keluarga termiskin menerusi Program Pembasmian Rakyat

Termiskin (PPRT). Tumpuan juga diberikan kepada mengurangkan masalah kemiskinan relatif.

Persaingan dalam pasaran antarabangsa, DPN telah mengambil kira kemampuan

negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping

menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu

meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan

urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula, halangan perdagangan antarabangsa

akan meningkat. Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk

memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju.

Konklusinya, seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan

ketidakseimbangan ekonomi dan ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan

seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan

memperkukuhkan perpaduan negara. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar

semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.