faktor-faktor peniaga kecil bumiputera menceburi …€¦ · baru (deb) yang salah satu matlamatnya...

22

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia
Page 2: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia
Page 3: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI BIDANG

PERNIAGAAN DALAM SEKTOR MAKANAN

DI KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR

MOHD TARMIZI BIN BOHARI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 4: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia
Page 5: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

iii

Teristimewa buat………

Bonda tersayang HASMAH BINTI ISMAIL

Ayahanda tersayang BOHARI BIN MD YUSOF

Buat abang-abang dan adik tersayang

MOHD HAFIZ BIN BOHARI

MOHD RIZAL BIN BOHARI

NORINA BINTI BOHARI

Untuk Penyelia, Penilai dan Para Pensyarah

Untuk semua yang menjayakan projek ini….

Semoga kejayaan dan kecemerlangan menjadi milik kita bersama didunia dan diakhirat

Page 6: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

iv

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya

menyiapkan laporan PSM ini setelah berusaha untuk menghasilkan yang terbaik.

Buat pertama sekali, setinggi-tinggi perhargaan kepada penyelia saya Prof. Dr.

Muhammad Rashid Rajuddin kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar

sepanjang tempoh menyiapkan laporan PSM ini.

Sekalung budi ditujukan kepada peniaga-peniaga di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang

merupakan nadi dalam projek ini. Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa bagi

memberi maklumat yang penting dalam kajian ini. Kajian ini tidak akan berhasil

sekiranya tiada maklumat yang diperolehi dari pihak anda.

Akhir kata, salam penghargaan buat semua yang telah membantu saya untuk

menghasilkan laporan projek ini secara langsung dan tidak langsung. Semoga Allah

S.W.T memberkati segala usaha dan penat lelah yang telah dicurahkan.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

  v

ABSTRAK

Pada masa kini, di dapati ramai orang yang menceburi dalam bidang perniagaan

kecil semakin meningkat dan maklumat daripada kajian literatur menunjukkan bahawa

terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka untuk memilih perniagaan kecil

sebagai pekerjaan tetap atau sampingan. Oleh itu kajian dijalankan untuk mengkaji

faktor yang dominan terhadap para peniaga kecil ini. Faktor yang dikaji ialah latar

belakang peniaga, kemahiran, motivasi dan sikap peniaga tersebut. Pengumpulan data

dibuat menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 60 orang peniaga makanan di

Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kesemua borang soal selidik berjaya dikumpul semula

dan data dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social

Science” (SPSS) for Windows. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor sikap

merupakan faktor yang dominan diantara keempat-empat faktor yang dikaji dan diikuti

oleh motivasi, kemahiran dan latar belakang. Faktor-faktor ini menyumbang para

peniaga kecil dikawasan tersebut menceburi perniagaan kecil iaitu dalam sektor

makanan.

 

Page 8: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

  vi

ABSTRACT

Nowadays, it can be seen that the number of people especially Bumiputera

venturing into small-scaled business is increasing. The information gathered from the

literature review shows that there were several factors that influence their decision to

venture into small-scaled businesses as a full-time or part time career. Thus, this

research was carried out to identify the dominant factors that influence these Bumiputera

businessman background, skills, motivation and attitude. The instrument used to collect

the data was questionnaire. The questionnaires were distributed to a total of sixty

businessmen located in Kampung Baru, Kuala Lumpur. After all questionnaires were

returned, the data was analyzes using “Statistical Package for Social Science” (SPSS)

software. The analysis of findings indicates that the attitude was the most dominant

factor among the four. This followed by motivation, skills and background of the

businessman. These factors indeede influenced the Bumiputera businessmen to venture

into small-scaled business in the food sector.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

SENARAI JADUAL

SENARAI LAMPIRAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Objektif

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

x

xi

xiii

1

3

5

5

6

Page 10: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

viii

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop Kajian

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

2.2 Perniagaan Kecil

2.3 Latar Belakang

2.3.1 Keluarga

2.3.2 Akademik

2.4 Kemahiran

2.4.1 Kemahiran Berkomunikasi

2.4.2 Kemahiran Mengurus

Kewangan

2.5 Modal

2.6 Motivasi

2.7 Sikap

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.3 Populasi Dan Persampelan

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Bahagian A

3.4.2 Bahagian B

3.5 Analisis Data

3.5.1 Analisis kuantitatif

3.6 Kerangka Operasi

3.7 Andaian Kajian

3.8 Batasan Kajian

7

7

8

9

10

10

11

12

13

14

15

16

18

19

20

20

21

21

22

22

23

25

26

26

Page 11: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

ix

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Bahagian A

4.2.1 Profil Peniaga

4.3 Analisis Bahagian B

4.3.1 Analisis Faktor Latar

Belakang

4.3.2 Analisis Faktor Sikap

4.3.3 Analisis Faktor Motivasi

4.3.4 Analisis Faktor Kemahiran

4.3.5 Analisis Kesimpulan

Keseluruhan

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan

5.3 Perbincangan

5.3.1 Faktor Latar Belakang Yang

Mendorong Peniaga Kecil

Bumiputera Menceburi

Bidang Perniagaan Makanan.

5.3.2 Faktor Sikap Yang

Mendorong Peniaga

Kecil Bumiputera Menceburi

Bidang Perniagaan Makanan.

5.3.3 Faktor Motivasi Yang

Mendorong Peniaga Kecil

27

28

28

32

33

35

37

39

41

43

43

45

46

47

48

Page 12: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

x

Bumiputera Menceburi

Bidang Perniagaan Makanan.

5.3.4 Faktor Kemahiran Yang

Mendorong Peniaga Kecil

Bumiputera Menceburi

Bidang Perniagaan Makanan.

5.4 Cadangan

5.4.1 Cadangan Kajian

5.4.1.1 Cadangan Kepada

Kementerian

Keusahawanan IKS

dan Peniaga Kecil

5.4.1.2 Cadangan Kepada

Peniaga

5.4.2 Cadangan kajian lanjutan.

5.5 Penutup

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN A-C

50

51

51

51

55

56

57

58

61

Page 13: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

x

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH RAJAH

MUKASURAT

2.1 Model Motivasi Keusahawanan

3.1 Skala Likert

3.2 Carta Alir Kerangka Kerja

17

24

25

5.1 Pembentukan Motivasi Peniaga 52

5.2 Permulaan Bagi Menceburi Perniagaan 53

5.3 Konsep Jualan Pelbagai Peringkat 54

5.4 Pecahan Keuntungan 56

Page 14: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL RAJAH

MUKASURAT

3.1 Taburan Soalan Kajian

3.2 Pengelasan Maklumbalas Responden

Berdasarkan Skor Min

4.1 Taburan Jantina

4.2 Taburan Umur

4.3 Taburan Kelulusan Akademik

4.4 Taburan Status Perkahwinan

4.5 Taburan Pengalaman Berniaga

4.6 Taburan Bilangan Pekerja

4.7 Taburan Masa Kedai Dibuka

4.8 Taburan Jenis Premis

4.9 Analisis Faktor Latarbelakang Yang

Mendorong Peniaga Kecil Bumiputera

Menceburi Bidang Perniagaan Makanan.

4.10 Faktor Sikap Yang Mendorong Peniaga

KecilBumiputeraMenceburi Bidang

Perniagaan Makanan.

4.11 Faktor Motivasi Yang Mendorong

Peniaga Kecil Bumiputera Menceburi

Bidang Perniagaan Makanan.

22

24

28

29

29

30

30

31

31

32

33

35

37

Page 15: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

xii

4.12 Faktor Kemahiran Yang Mendorong

Peniaga Kecil Bumiputera Menceburi

Bidang Perniagaan Makanan.

4.13 Kesimpulan Keseluruhan Faktor

Pendorong Peniaga Kecil Bumiputera

Menceburi Bidang Perniagaan Makanan.

39

41

Page 16: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKASURAT

A Borang Soal Selidik

B Surat Pengesahan Status Pelajar

C Borang Permohonan Lesen DBKL

62

68

70

Page 17: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejak kebelakangan ini usahawan merupakan satu perkataan yang popular di

Malaysia. Perkataan ini menjadi popular apabila kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi

Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan

bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia bertambah popular lagi apabila Malaysia

mula menghadapi masalah pengangguran di kalangan siswazah.

Malaysia digambarkan sebagai sebuah Negara perindustrian yang maju

menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 ini merancangkan agar Malaysia boleh menjadi

sebuah Negara bersatu, maju, yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh,

hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil

dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur dan mempunyai penguasaan

sepenuhnya dalam bidang ekonomi yang bersaing, giat, dinamik dan kental.

Page 18: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

2

Perniagaan secara sinonimnya dikaitkan dengan masyarakat Cina. Bagi

Bumiputera pula, perniagaan ini dikatakan sudah wujud dalam kehidupan tetapi

perniagaan itu wujud untuk memenuhi keperluan sahaja kerana bagi mereka wang hanya

untuk membeli barangan yang tertentu sahaja. Masyarakat Bumiputera bekerja sebagai

nelayan, petani dan melakukan kerja-kerja kampung. Keadaan demikian menyebabkan

jurang ekonomi antara kaum di Malaysia pada ketika itu amat besar disebabkan oleh

dasar British iaitu dasar ‘Pecah dan Perintah’. Maka Dasar Ekonomi Baru (DEB)

diwujudkan bartujuan merapatkan jurang ekonomi dan meramaikan lagi bilangan

Bumiputera menceburi bidang perniagaan. Dasar ini diperbaharui dan digunapakai

sehingga ke hari ini dan di atas nama Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Kerajaan

telah memperuntukan modal yang besar bagi meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera

supaya sama taraf dengan bangsa lain. Didalam RMK9 ini, kerajaan begitu komited dan

berusaha untuk mencapai sekurang-kurangnya 25 peratus pemilikan aset Bumiputera

menjelang tahun 2010.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Noh Omar

(Dewan Ekonomi, Januari 2009), pencapaian keseluruhan Bumiputera masih kurang

berjaya berbanding kaum lain. Ketika ini, Bumiputera hanya berjaya mencapai 19.4

peratus pemilikan ekuiti Bumiputera. Dari segi pemilikan premis perniagaan dan

bangunan komersial pula, Bumiputera hanya memiliki 11.7 peratus pada tahun 2005

berbanding bukan Bumiputera 83.3 peratus.

Perniagaan kecil juga dapat merangsang persaingan didalam sistem ekonomi

kerana ia peka terhadap perubahan pasaran iaitu keadaan pesanan semasa serta

keperluan pelanggan. Ia juga membantu dalam meningkatkan taraf pembaharuan

kepada produk atau perkhidmatan yang diberikan kerana pelbagai idea baru akan lahir

daripada perniagaan-perniagaan kecil. Terdapat beberapa badan sokongan kerajaan

yang membantu usahawan baru dan usahawan lama bumiputera dalam menyediakan

bantuan dan peruntukan pinjaman dalam perniagaan mereka. Menurut Datuk Seri

Page 19: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

3

Abdullah Ahmad Badawi (Dewan Ekonomi, September 2008), kerajaan komited untuk

memperkasakan sektor perusahaan kecil dan sederhana kerana keupayaannya sebagai

salah satu penjana utama ekonomi dan tidak dinafikan banyak usahawan khususnya

Bumiputera mendapat manfaat dan sekaligus berupaya meningkatkan status mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kecenderungan manusia terhadap mencari keuntungan dan pemilikan harta

adalah merupakan suatu kecenderungan semulajadi manusia, malahan mengikut analisis

pengkaji-pengkaji bidang keusahawan daya pendorong seseorang individu untuk bergiat

didalam bidang keusahawanan ialah kerana motif mencari keuntungan.

Jika dahulu perniagaan sinonim dengan bangsa cina tetapi pada hari ini ramai

orang melayu telah mencipta nama di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Pelbagai usaha telah dirancang dan dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta bagi

membantu usahawan-usahawan bumiputera. Walaubagaimanapun terdapat juga

usahawan Bumiputera tidak berjaya mencapai tahap yang diharapkan.

Menurut Chin Yee Whah (2003), ibu bapa bukan sahaja mempunyai pertalian

darah dengan seseorang individu tetapi mereka juga mempunyai pertalian sosial dan

emosi sehingga dapat mempengaruhi pembentukan sahsiah seseorang. Beliau

menjelaskan pengaruh dan latar belakang keluarga mempengaruhi kejayaan seseorang

usahawan itu untuk berjaya. Menyambung perniagaan keluarga memberi impak positif

kepada usahawan terbabit kerana dapat membantu dalam mencari pengaruh dikalangan

pembekal dan pembeli.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

4

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Dewan Ekonomi, September 2008)

menyatakan bahawa orang Melayu masih terlalu lemah dalam dunia perniagaan

disebabkan mereka kurang bersemangat untuk bersaing, mudah putus asa dan ingin

cepat kaya . Usahawan yang berjaya dan berdaya saing di alaf baru perlu mengikis

budaya subsidi yang terlalu bergantung kepada kerajaan. Beliau turut berpendapat

bahawa bantuan kerajaan bukanlah jaminan terhadap kejayaan seorang usahawan

sebaliknya sikap dan nilai yang ada pada diri merupakan formula kejayaan sebenar.

Disamping itu, sikap terlalu bergantung kepada institusi kewangan untuk mendapatkan

pinjaman bagi membiayai perniagaan tidak menggambarkan sikap usahawan tulen.

Kebanyakkan perniagaan yang mengalami kegagalan kerana mengamalkan

kaedah pengurusan yang salah. Salah satu faktor yang dinyatakan didalam pengurusan

perniagaan yang baik adalah keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pelanggan,

pembekal dan persekutuan kewangan perniagaan. Peniaga yang tidak sanggup berubah

akan menghadapi masalah didalam operasi perniagaan. Terdapat juga faktor-faktor

psikologi, sosiologi dan latar belakang mempengaruhi kebolehan seseorang individu

untuk menjadi seorang usahawan. Kebolehan seseorang individu untuk menjadi seorang

usahawan merupakan salah satu dimensi keusahawanan yang saling berinteraksi dengan

dimensi-dimensi keusahawanan yang lain bagi mempengaruhi pembentukan seorang

usahawan yang berjaya.

Menurut Finley (1990) mendapati, kajian yang dibuat selama 50 tahun terhadap

beratus-ratus usahawan mendapati bahawa kebanyakkan usahawan mempunyai cirri-ciri

keusahawanan yang sama. Beliau turut berpendapat, semakin banyak ciri-ciri

keusahawanan yang ada pada seorang usahawan, semakin tinggi kebarangkalian

seseorang untuk menjadi usahawan yang berjaya. Antaranya ialah kajian Timmons

(dalam Zimmerer dan Scarborough, 1996) yang menyatakan bahawa, antara ciri-ciri

usahawan yang berjaya ialah mempunyai toleransi terhadap risiko, sanggup menghadapi

Page 21: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

5

kekaburan dan ketidakpastian, tertarik kepada peluang, kreatif serta fleksibel,

mempunyai motivasi untuk berjaya dan kesediaan untuk belajar daripada kegagalan.

1.3 Pernyataan Masalah

Menjadi seorang peniaga bukan sesuatu yang mudah. Mereka perlu menilai diri

mereka sama ada sesuai atau tidak dengan pekerjaan tersebut. Pada masa sekarang

ramai Bumiputera yang terlibat dengan perniagaan sama ada besar atau kecil tetapi

bukan semua peniaga yang berjaya. Daripada permasalahan tersebut, pengkaji ingin

membuat kajian mengenai faktor-faktor peniaga kecil Bumiputera menceburi bidang

perniagaan dalam sektor makanan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

1.4 Persoalan Kajian

Antara persoalan-persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah:

1. Adakah faktor latar belakang mempengaruhi seorang peniaga itu menceburi

bidang perniagaan?

2. Adakah faktor sikap mempengaruhi peniaga Bumiputera untuk menceburi

bidang perniagaan?

Page 22: FAKTOR-FAKTOR PENIAGA KECIL BUMIPUTERA MENCEBURI …€¦ · Baru (DEB) yang salah satu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penglibatan bangsa melayu dalam bidang perniagaan. Ia

6

3. Adakah faktor motivasi mendorong Bumiputera menceburi bidang

perniagaan?

4. Adakah faktor kemahiran mempengaruhi peniaga Bumiputera menceburi

bidang perniagaan makanan?

1.5 Objektif

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor utama peniaga kecil

Bumiputera memilih perniagaan makanan sebagai kerjaya. Antara objektif kajian adalah

seperti berikut:

1. Pengkaji ingin mengkaji latar belakang semua peniaga Bumiputera dengan

perniagaan yang diceburi sekarang sama ada dipengaruhi oleh keluarga

mereka atau latar belakang pendidikan.

2. Pengkaji ingin mengkaji faktor sikap seorang peniaga Bumiputera

mempengaruhi penglibatan di dalam perniagaan tersebut.

3. Pengkaji ingin mengkaji faktor motivasi yang mendorong sebelum menjadi

seorang peniaga termasuklah dorongan dari rakan-rakan dan keuntungan

yang lumayan.

4. Pengkaji ingin mengkaji kemahiran yang ada pada peniaga Bumiputera

termasuklah kemahiran komunikasi, kemahiran asas perniagaan dan

kemahiran pengurusan kewangan.