he - deb dalam rangka pembentukan ekonomi bangsa

Upload: akhi-muhammad-aiyas

Post on 06-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    1/23

    1

    DASAR EKONOMI BARU DALAM RANGKA PEMBENTUKAN EKONOMIBANGSA

    ZULKIFLY OSMAN

    SIRI KERTAS DISKUSI BIL: 5

    FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    2/23

    2

    PENERBITAN KERTAS DISKUSI FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN

    (Discussion Paper of the Faculty of Economics and Business)

    LEMBAGA PENGARANG

    (Editorial Board)

    NOR AINI HAJI IDRIS

    AINI AMAN

    SHAMSHUBARIDAH RAMLEE

    Makalah-makalah untuk diterbitkan, langganan dan lain-lain surat menyurat berhubung

    dengan siri penerbitan ini hendaklah dialamatkan kepada Lembaga Penerbitan Kertas

    Diskusi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600

    Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

    Semua kenyataan dan pendapat yang terdapat dalam makalah ini adalah pendapatpenulisnya dan tidak semestinya pendapat Lembaga Pengarang atau Fakulti ini.

    All paper for publication, subscriptions and other editorial correspondence should be sentto the Editorial Board, Discussion Paper Series, Faculty of Economic and Business,Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

    All statements and opinions expressed in this paper are those of the author (s) and do not

    necessarily represent those of the Editorial Board or the Faculty.

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    3/23

    3

    DASAR EKONOMI BARU DALAM RANGKA PEMBENTUKAN EKONOMI

    BANGSA

    ZULKIFLY OSMAN

    Profesor Madya

    Pusat Pengajian Ekonomi

    Fakulti Ekonomi dan PerniagaanUniversiti kebangsaan Malaysia

    43600 UKM, Bangi, Selangor,

    Malaysia

    E-mail: [email protected]

    MEI 2009

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    4/23

    4

    DASAR EKONOMI BARU DALAM RANGKA PEMBENTUKAN

    EKONOMI BANGSA

    ABSTRAK

    Pengajaran penting daripada peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969 ialah bagi

    negara yang penduduknya berbilang kaum, seperti Malaysia, perpaduan masyarakat

    amat rapuh lebih-lebih lagi apabila masalah kemiskinan dan ketakseimbangan

    pencapaian ekonomi antara kaum wujud berpanjangan. Kedua-dua masalah ekonomi ini

    amat perlu ditangani bagi membentuk semula perpaduan nasional. Inilah matlamat

    utama pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 dengan sasaran

    objektif bahawa kedua-dua masalah tadi akan diatasi pada tahun 1990. Pelbagai strategi

    telah dilaksanakan dan banyak kemajuan ke arah memenuhi sasaran telah dicatatkan,

    seperti pengurangan kadar kemiskinan mutlak. Cuma, tempoh yang diambil agak lama,iaitu melebihi 38 tahun merentasi tempoh DEB (1971-1990), Dasar Pembangunan

    Nasional (1991-2000) dan hampir separuh daripada tempoh Dasar Wawasan Negara

    (2001-2020). Walaupun begitu, masih terdapat sasaran seperti dalam objektif

    penyusunan semula masyarakat, gagal dicapai sepenuhnya. Kejayaannya juga sering

    mudur kembali apabila ekonomi meleset. Implikasinya, sukar sebenarnya untuk

    mencapai kesemua sasaran objektif DEB, terutamanya berkait dengan matlamat

    penyusunan semula masyarakat. Ia turut membuktikan bahawa selain kerancakan

    pertumbuhan ekonomi, strategi agihan harus diterap setiap ketika dan kesedaran dalam

    kalangan kumpulan sasaran supaya menghayati matlamat sebenar dasar berkenaan

    amat perlu jika matlamat DEB ingin dicapai sepenuhnya. Usaha-usaha baru harus dicari

    bagi mewujudkan suasana toleransi antara kaum dalam konteks menjadikan DEBsebagai citra Ekonomi Bangsa bagi Malaysia.

    Kata kunci: Dasar Ekonomi Baru, serampang dua mata, Dasar Wawasan Negara,

    pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat, ekuitiBumiputera

    Klasifikasi JEL: E02, E24 dan E25

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    5/23

    5

    PENGENALAN

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan objektif serampang dua mata, iaitu membasmi

    kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, dilahirkan hasil pengajaran daripada

    peristiwa berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969. Pengajarannya ialah bagi negarayang penduduknya terdiri dari berbilang kaum, seperti Malaysia, perpaduan masyarakat

    amat rapuh. Pertikaian dan rusuhan kaum boleh tercetus bila-bila masa sahaja. Kedua-dua

    ini berkemungkinan besar berlaku apabila masalah kemiskinan dan ketakseimbanganantara kaum dalam penguasaan ekonomi wujud berpanjangan. Fenomena ini boleh

    melahirkan rasa kurang senang dan iri hati antara kaum dalam masyarakat. Dengan itu,

    menangani kedua-dua masalah ekonomi tadi amat perlu bagi mengukuhkan semulaperpaduan nasional. Inilah yang menjadi asas kepada pembentukan DEB pada tahun

    1971, dengan sasaran bahawa pada tahun 1990, masalah kemiskinan dan jurang

    ketakseimbangan kegiatan dan pemilikan kekayaan ekonomi antara kaum tadi akan dapat

    ditangani (Malaysia 1971). Akhirnya, akan lahirlah perpaduan nasional, iaitu dalambentuk perpaduan antara kaum. Dalam konteks ini, DEB bolehlah dijadikan sebagai citra

    Ekonomi Bangsa bagi Malaysia.

    Sejak DEB dilaksanakan, dengan strategi yang pelbagai, banyak kemajuan telahdicapai ke arah memenuhi objektifnya, terutama sekali dari segi pengurangan kadar

    kemiskinan mutlak. Namun, kejayaan tersebut hanya dicapai setelah 38 tahun dasar

    berkenaan diteruskan merentasi tempoh DEB (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional(1991-2000) dan sekarang dalam separuh pertama tempoh Dasar Wawasan Negara

    (2001-2020). Tegasnya, matlamat dicapai bukan mengikut tempoh asal yang ditetapkan.

    Selain matlamat pengurangan kemiskinan, didapati kejayaan mencapai matlamat

    penyusunan semula masyarakat agak perlahan. Malahan, terdapat kajian yang

    menunjukkan bahawa agak mustahil untuk mencapai kejayaan sepenuhnya matlamatberkenaan (Thillainathan 1977). Turut membimbangkan tentang matlamat ini ialahsasaran yang telah tercapai tidak pernah kekal stabil. Kejayaan dari segi agihan kekayaan

    dan guna tenaga antara kaum umpamanya pernah terjejas teruk apabila berlaku

    kemelesetan ekonomi dunia pada pertengahan tahun 1980-an (Zulkifly 1989). Palingmalang, sejak awal tahun 1990-an walaupun ekonomi bertumbuh pesat, dengan

    bermulanya proses liberalisasi dan globalisasi, pencapaian matlamat DEB berkenaan

    hampir tersekat. Kejayaan yang pernah dicapai sebelum ini sekali lagi kembali mundurke belakang apabila ekonomi negara dilanda krisis kewangan pada tahun 1998 (Malaysia

    2001). Jurang ketakseimbangan sosioekonomi antara kaum, antara golongan kaya dengan

    golongan miskin dan antara kawasan bandar dengan kawasan desa, kembali meluas

    (Malaysia 2006). Jurang ini akan menjadi lebih meluas jika tidak ada tindakan proaktifyang diambil bagi mengurangkan kesan kegawatan ekonomi dunia sekarang ke atas

    ekonomi Malaysia. Bagaimanapun, fenomena ini menggambarkan bahawa untukmencapai objektif serampang dua mata DEB, pertumbuhan ekonomi perlu cergas dan

    mapan seperti yang diandaikan semasa mula DEB digubal dahulu. Hakikat ini juga

    seolah-olah membenarkan andaian bahawa faktor ekonomi amat penting bagi kejayaanDEB.

    Persoalannya adakah ini sahaja syarat yang perlu dipenuhi bagi mencapai

    matlamat DEB? Dalam konteks inilah penilaian semula dibuat terhadap pencapaiansasaran DEB. Tujuannya tidak lain bagi menonjolkan kepentingan keperluan kepada

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    6/23

    6

    strategi tertentu untuk mencapai kejayaan sepenuhnya sasaran objektif dasar tersebut.

    Memandangkan sasaran penyusunan semula masyarakat sering dikritik dan tidakdisenangi sejak awal DEB dilaksanakan sehingga kini, maka sasaran objektif inilah yang

    akan menjadi fokus perbincangan kertas ini.

    CETUSAN IDEA BAGI DASAR EKONOMI BARU

    Fokus perancangan pembangunan ekonomi di Malaysia di peringkat awal sebaik sahajaselepas merdeka 1957 ialah terhadap pertumbuhan ekonomi. Dua pelan pembangunan

    lima tahun Malaya (selepas 1965 namanya ditukar kepada Rancangan Malaysia Pertama)

    dirangka dan dilaksanakan dengan tujuan utama bagi meningkatkan pertumbuhanekonomi, khususnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Andaiannya ialah apabila

    ekonomi bertumbuh pesat, peluang pekerjaan akan meningkat dan kemakmuran ekonomi

    akan tersebar luas dan dapat dinikmati oleh semua penduduk. Dengan ini, tidak perlu

    usaha khusus untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi mengatasi masalah jikaberlakunya pengangguran. Atas alasan yang sama, strategi agihan kekayaan tidak

    mendapat perhatian pembuat dasar ketika itu.

    Andaian tadi bagaimanapun tidak menepati kenyataan. Ekonomi Malaysia berjayabertumbuh cergas di sekitar tahun 1960-an, tetapi kadar pengangguran terus meningkat.

    Di Semenanjung Malaysia umpamanya, kadar pengangguran meningkat daripada 6.0%

    (1962) kepada 6.8% (1967/68) (Malaya 1962 dan Malaysia 1970). Pertumbuhan tanpapekerjaan ini berlarutan dalam tempoh Rancangan Malaysia Pertama, 1966-1970. Di

    akhir tempoh rancangan tersebut, didapati kadar pengangguran di Semenanjung Malaysia

    meningkat lagi kepada 8.0% (atau 7.3% bagi Malaysia) (Malaysia 1971). Di samping itu,

    jurang perbezaan pendapatan dalam masyarakat turut melebar. Nisbah Gini bagi

    Semenanjung Malaysia meningkat daripada 0.41 (1957/58) kepada 0.51 (1970)(Snodgrass 1975; Ishak dan Rogayah 1978).

    Akibatnya, selepas 13 tahun Merdeka, keseluruhan pola dan susunan agihan

    ekonomi (baik dari segi pekerjaan mahupun pemilikan kekayaan) masyarakat Malaysia

    terus kekal seperti dalam sistem dan pengaturan hasil peninggalan penjajah British.Pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi amat ketara sekali. Sektor perdagangan

    dan industri di kawasan bandar terus dimonopoli oleh kaum Cina. Majoriti kaum Melayu

    terus kekal dalam kegiatan sektor pertanian di desa dan sebahagian lagi sebagaikakitangan dalam perkhidmatan awam. Sementara itu, pekerja sektor perladangan dan

    pekerjaan buruh kasar sektor awam majoritinya terdiri dari kaum India (lihat, Malaysia

    1971; Zainudin dan Zulkifly 1982).

    Pengasingan penduduk mengikut kegiatan ekonomi sebegini memangbermanafaat bagi penjajah kerana kesatuan antara kuam tidak akan wujud. Tetapi setelah

    merdeka, jika hubungan antara kaum tadi tidak rapat dan mesra, maka fenomena inimudah mengundang kepada perpecahan masyarakat. Rasa kurang senang dan iri hati

    dalam kalangan masyarakat akan menebal. Apabila berlaku sahaja umpamanya

    pengangguran yang tinggi dalam kalangan sesuatu kaum dan dalam masa yang samadirasakan agihan kekayaan yang sepatutunya dinikmati bersama tidak seimbang, maka

    pasti mudah mencetuskan perpecahan dalam masyarakat. Inilah yang telah dirakamkan

    dalam peristiwa rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969.

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    7/23

    7

    Peristiwa sama jelas menggambarkan betapa tidak wujudnya keharmonian

    hubungan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia ketika itu. Berikutan itu, DEBdibentuk. Berlatarbelakangkan faktor ekonomi, objektif serampang dua mata menjadi

    sasarannya. Pertama ialah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Kedua ialah

    menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomidapat dikurangkan (Malaysia 1971). Sejak itu, bermulalah pembangunan ekonomi

    Malaysia yang berpandukan kepada strategi pengagihan melalui pertumbuhan ekonomi.

    Agaknya apabila strategi sebegini dimulakan, maka pengalaman lalu akan dijadikanpengajaran dan panduan bagi mencapai matlamat utama DEB, iaitu perpaduan kaum atau

    perpaduan nasional.

    STRATEGI DEB: MATLAMAT SERAMPANG DUA MATA

    Matlamat utama DEB ialah untuk mewujudkan perpaduan kaum. Walaupun maksud

    sebenar perpaduan kaum tidak dinyatakan dan perkiraanya juga tidak jelas, namun yangpasti ia diharap dapat dicapai melalui dua langkah pembangunan, iaitu pembasmian

    kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk

    memperbaiki keadaan ekonomi yang takseimbang antara kaum. Tegasnya, apabila kedua-dua matlamat tadi dicapai, maka masyarakat Malaysia akan hidup dalam aman dan

    sentosa. Ketika itu, tidak akan berlaku pertikaian dan jauh sekali tindakan rusuhan antara

    kaum. Hubungan harmoni antara berbilang kaum akan terjalin. Bagaimanapun persoalanyang lebih penting di sini ialah adakah matlamat DEB telah tercapai? Sebelum melihat

    kepada pencapaiannya, elok terlebih dahulu dinilai persepsi umum masyarakat terhadap

    kedua-dua matlamat tersebut.

    Kemiskinan sering dikaitkan dengan golongan penganggur atau bekerja separuh

    masa, dan mereka yang terlibat dengan kegiatan ekonomi yang rendah produktivitinya.Oleh itu, bagi membasmi masalah kemiskinan tumpuan harus diberikan terhadap usahameningkatkan peluang pekerjaan dan meningkat produktiviti untuk golongan tadi.

    Dengan ini, kegiatan ekonomi mereka menjadi lebih produktif dan berdaya maju. Sekali

    gus, sumber pendapatan mereka akan meningkat. Salah satu strategi utama ialah melaluipeningkatan pelaburan dalam sumber manusia, iaitu pendidikan dan latihan kemahiran.

    Selain itu, berbagai perkhidmatan sosial perlu disediakan bagi meninggikan taraf hidup

    golongan yang berpendapatan rendah. Inilah yang dilakukan dalam pelaksanaan strategipembasmian kemiskinan dan paling penting ia tidak terbatas kepada mana-mana kaum.

    Oleh itu, objektif dan strategi untuk memenuhi sasaran pembasmian kemiskinan jarang

    dilihat sebagai agenda Melayu atau agenda Bumiputera secara khusus, sebaliknya ia

    dilihat sebagai agenda ekonomi bangsa Malaysia.Ini berbeza dengan objektif penyusunan semula masyarakat. Oleh sebab ia

    melibatkan pembaikan keadaan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, maka usahapenyusuanan semula masyarakat mahu tidak mahu pasti akan melibatkan sesuatu

    kumpulan kaum tertentu yang tertinggal. Strategi yang disusun bagi mencapai matlamat

    ini termasuklah memodenkan cara hidup masyarakat luar bandar yang kebetulannyaramai terdiri dari kaum Bumiputera. Malahan terdapat beberapa strategi-strategi kusus

    bagi kaum ini seperti membuka pusat-pusat pembangunan baru untuk mereka berniaga

    dan membentuk satu Masyarakat Perdagangan dan Perusahaan Bumiputera (MPPB) disemua jenis dan peringkat pengurusan. Langkah-langkah ini diharap dapat mengurangkan

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    8/23

    8

    jurang perbezaan antara kaum dari segi gunatenaga dan hakmilik serta pengurusan harta-

    harta yang produktif dalam ekonomi. Oleh sebab itulah matlamat ini sering dilihatsebagai agenda Melayu atau agenda Bumiputera. Ia sering dikritik secara berterusan.

    Apabila DEB tidak lagi menggambarkan ekonomi bangsa, iaitu dasar yang

    memperjuangkan untuk semua bangsa, maka timbul keraguan dan kerjasama semuapihak juga menjadi kurang dan akibatnya sasaran matlamat DEB berhubung dengan

    penyusunan semula masyarakat sukar untuk dicapai.

    PENCAPAIAN SASARAN PEMBASMIAN KEMISKINAN

    Sejak DEB digubal, banyak kemajuan ke arah memenuhi sasaran ini telah dicapai. Palingketara ialah dari segi sasaran bagi mengurangkan kadar kemiskinan mutlak. Kadar

    kemiskinan keseluruhan di Malaysia berkurang daripada 52.4% pada tahun 1970 kepada

    16.5% pada tahun 1990. Selepas tempoh DEB, kadarnya terus menurun. Umpamanya

    pada tahun 1997 (sebelum krisis kewangan melanda) kadarnya menurun kepada 6.1%.Tetapi, ia meningkat semula kepada 7.5% pada tahun 1999 akibat kesan krisis kewangan

    yang melanda negara-negara di rantau ini, termasuk Malaysia (Malaysia 2001). Kadar

    tersebut bagaimanapun menurun semula apabila pertumbuhan ekonomi pulih dalamtahun-tahun awal 2000. Kadarnya ialah 5.1% pada tahun 2002. Data bagi tahun 2004

    menunjukkan kadarnya meningkat sedikit kepada 5.7% (dan kadar kemiskinan tegar

    berada di tahap 1.2%), akibat pentakrifan semula dan penggunaan metodologi baru dalampenetuan pendapatan garis kemiskinan (Malaysia 2006).

    Seimbas lalu, umumnya kadar kemiskinan dan kadar pertumbuhan ekonomi

    mempunyai hubungan sonsang yang agak rapat. Hubungan ini wujud sejak awal tahun

    pelaksanaan DEB lagi. Umpamanya, di sekitar tahun 1971-1972, usaha untuk

    memperbaiki taraf hidup penduduk miskin pernah tergendala disebabkan kelembapanpertumbuhan ekonomi dan kejatuhan harga keluaran pertanian (Malaysia 1973).Implikasi penting di sini ialah untuk mencapai objektif pembasmian kemiskinan,

    pertumbuhan ekonomi harus cergas. Memang wujud titisan ke bawah faedah daripada

    pertumbuhan ekonomi. Namun begitu, ini tidak bererti bahawa dalam usaha membasmikemiskinan hanya yang perlu ialah pertumbuhan ekonomi yang cergas. Sebaliknya,

    berasaskan pengalaman dan data terkini, paling pasti harus ada strategi yang melibatkan

    agihan faedah hasil pertumbuhan ekonomi. Ini kerana walaupun kemiskinan mutlakmenurun, namun kemiskinan relatif dalam kalangan kaum Bumiputera kekal tinggi.

    Jurang kemiskinan dalam kalangan Bumiputera meluas berbanding dengan kaum-kaum

    lain (Malaysia 2006).

    Oleh itu, dalam program membasmi kemiskinan Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9), langkah membina upaya di kalangan golongan miskin akan menjadi tumpuan

    utama dengan menambah baik akses kepada pendidikan dan kemahiran, memupuk nilaipositif serta membina keyakinan dan motivasi diri. Tujuannya tidak lain bagi

    menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah secara aktif dalam kegiatan

    ekonomi yang berdaya maju dan berdaya saing. Di samping itu, bagi menyokongpenyertaan golongan miskin dalam arus ekonomi perdana, selain daripada menyediakan

    infrastuktur yang lebih baik, akses kepada kemudahan pembiayaan akan dipertingkatkan.

    Dengan ini, diharapkan kadar kemiskinan keseluruhan akan menurun kepada 2.8% dankemiskinan tegar akan dapat diatasi sepenuhnya menjelang tahun 2010 (Malaysia 2006).

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    9/23

    9

    Memandangkan kepada keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang,

    bagaimanapun harapan ini mungkin tergendala untuk sementara. Namun begitu, olehsebab objektif ini meliputi semua kaum, maka sasaran dan harapan ini tidak mustahil

    untuk dicapai sepenuhnya sebaik sahaja ekonomi pulih daripada kemelesetan semasa.

    Adakah ini juga akan menjadi kenyataan bagi objektif penyusunan semula masyarakat?

    PENCAPAIAN SASARAN PENSTRUKTURAN SEMULA MASYARAKAT

    Agiha, sasaran dan pencapaian perimbangan guna tenaga antara kaum mengikut sektor

    dalam tempoh DEB (1970-1990) dan selepasnya, masing-masingnya ditunjukkan dalam

    Jadual 1 dan Jadual 2. Agihan, sasaran dan kejayaan matlamat perimbangan guna tenagaantara kaum mengikut pekerjaan pula ditunjukkan dalam Jadual 3 dan Jadual 4.

    JADUAL 1 SemenanjungMalaysia: Agihan dan Sasaran Imbangan Guna Tenaga Antara

    Kaum Mengikut Sektor1

    Sektor

    1970 19902

    Bumi

    (%)

    Cina

    (%)

    India

    (%)

    Jumlah

    (000)

    Bumi

    (%)

    Cina

    (%)

    India

    (%)

    Jumlah

    (000)

    Pertanian 67.7 21.6 9.7 1359.1 60.0 29.1 10.2 1777.8

    Perlombongan & kuari 24.1 67.1 8.3 55.3 50.3 39.2 9.8 90.4

    Pembuatan 29.0 65.3 5.3 251.9 50.0 40.0 9.6 933.4

    Pembinaan 21.7 72.0 6.0 59.9 50.0 40.2 9.6 189.7

    Elektrik, gas & air 48.0 18.1 32.3 19.8 52.5 29.0 17.1 39.1

    Pengangkutan, komunikasi 42.3 39.9 17.1 98.0 52.5 36.0 10.8 246.9

    Perniagaan borong, runcit 23.4 65.5 10.6 274.6 48.0 40.0 11.5 924.0

    Kewangan - - - - - - - -

    Perkhidmatan 47.4 36.7 14.0 472.6 - - - -Perkhidmatan lain 51.0 39.3 9.8 145.2 46.5 39.4 12.8 1245.7

    Nota:1Jumlah peratusan setiap sektor kurang daripada 100% kerana tidak mengambil kira bangsa lain.2Matlamat menyamai komposisi penduduk 1970: Melayu 52.7%, Cina 35.8% dan India 10.7%

    Sumber: Malaysia 1973

    Jika dibandingkan komposisis penduduk antara kaum di negara ini seperti pada

    tahun 1970, agihan awal guna tenaga antara kaum mengikut sektor pada tahun berkenaan

    amat tidak seimbang. Seperti dalam Jadual 1, majoriti guna tenaga Bumiputera terlibatdalam sektor pertanian. Sebaliknya dalam sektor moden, seperti sektor pembuatan dan

    pembinaan, mejoriti pekerjanya adalah terdiri dari kaum Cina. Kaum India pula tertumpu

    dalam sektor berkait dengan elektrik, gas dan air. Pengasingan kegiatan ekonomi antara

    kaum yang sedemikian rupa akan mengurangkan interaksi antara mereka. Oleh sebabsetiap sektor menghasilkan pulangan yang berbeza, maka agihan pendapatan antara kaum

    juga menjadi tidak seimbang. Struktur agihan ini cuba diubah oleh DEB. Dari segi guna

    tenaga agihannya cuba diubah supaya menyamai sekurang-kurangnya agihan komposisipenduduk seperti dalam tahun 1970. Dengan ini, kaum Melayu pada tahun 1990

    disasarkan bertambah umpamanya kepada 50.0% dalam sektor moden. Sasaran yang

    sama dibuat terhadap penyertaan kaum India dalam sektor tersebut, iaitu sebanyak10.0%. Sementara itu, sebagai ganti kaum Cina disasarkan untuk berpindah bergiat dalam

    sektor pertanian.

    JADUAL 2 Malaysia: Pencapaian Imbangan Guna Tenaga antara Kaum Mengikut

    Sektor

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    10/23

    10

    Sektor

    1990 2000

    Bumi

    (%)

    Cina

    (%)

    India

    (%)

    Jumlah

    (000)

    Bumi

    (%)

    Cina

    (%)

    India

    (%)

    Jumlah

    (000)

    Pertanian 67.9 14.5 7.6 1738.0 61.6 11.1 6.1 1407.5Perlombongan & kuari 51.9 32.7 9.2 37.0 57.5 20.9 10.2 41.2

    Pembuatan 46.4 37.9 11.0 1333.0 49.1 30.1 11.4 2558.3

    Pembinaan 34.9 51.4 5.8 424.0 37.9 38.5 4.7 755.0

    Elektrik, gas & air 70.2 10.0 17.0 47.0 71.2 11.6 11.3 75.0

    Pengangkutan, komunikasi 49.0 30.8 14.9 302.0 55.8 28.5 12.0 461.6

    Perniagaan borong, runcit 34.5 6.8 1218.0 38.3 48.7 6.7 1584.2

    Kewangan 41.1 46.8 9.9 258.0 45.3 41.2 9.9 508.7

    Perkhidmatan - - - - - - - -

    Perkhidmatan lain 64.7 23.9 7.7 1329.0 63.6 21.6 7.1 1879.7

    Jumlah (000) 3533.4 2175.0 570.6 6686.0 4776.7 2753.3 770.6 9271.2

    Sumber: Malaysia, 1996 dan 2001

    JADUAL 3 Semenanjumg Malaysia: Agihan dan Sasaran Imbangan Guna Tenaga antara

    Kaum Mengikut Pekerjaan1

    Pekerjaan

    1970 19902

    Bumi

    (%)

    Cina

    (%)

    India

    (%)

    Jumlah

    (000)

    Bumi

    (%)

    Cina

    (%)

    India

    (%)

    Jumlah

    (000)

    Profesional & Teknikal 47.2 37.7 12.7 129.6 50.7 37.2 11.5 387.0

    Guru & Jururawat - - - - - - - -

    Pentadbiran & Pengurusan 22.4 65.7 7.5 22.8 49.3 39.4 9.8 73.9

    Pekerja Perkeranian 33.4 51.0 14.3 140.0 47.9 38.7 12.5 372.2

    Pekerja Jualan 23.9 64.7 11.0 316.0 36.9 51.8 11.0 445.8

    Pekerja Perkhidmatan 42.9 42.5 13.4 462.4 52.3 35.4 11.4 1397.3

    Pekerja Pertanian 68.7 20.8 9.6 1364.5 62.3 27.8 9.2 1700.9

    Pekerja Pengeluaran 31.3 59.9 8.6 358.4 52.0 38.0 9.6 1072.1

    Jumlah (000) 51.4 37.0 10.7 2793.7 53.6 35.3 10.4 5449.1

    Nota:1Jumlah peratusan setiap sektor kurang daripada 100% kerana bangsa lain tidak diambil kira di sini.2Matlamat menyamai komposisi penduduk 1970: Melayu 52.7%, Cina 35.8% & India 10.7%

    Sumber: Malaysia 1976

    JADUAL 4 Malaysia:Pencapaian Imbangan Guna Tenaga antara Kaum Mengikut

    Pekerjaan

    Pekerjaan

    1990 2000

    Bumi

    (%)

    Cina

    (%)

    India

    (%)

    Jumlah

    (000)

    Bumi

    (%)

    Cina

    (%)

    India

    (%)

    Jumlah

    (000)

    Profesional & Teknikal 60.5 29.1 7.7 586.4 63.9 25.8 7.6 1019.8

    Guru & Jururawat 68.5 24.6 6.4 221.8 73.2 18.4 6.9 336.2Pentadbiran & Pengurusan 28.7 62.2 4.0 163.8 37.0 52.3 5.5 389.4

    Pekerja Perkeranian 52.4 38.6 8.6 652.6 56.8 32.9 8.6 1029.1

    Pekerja Jualan 29.9 58.4 6.8 768.9 37.3 49.8 6.8 1019.8

    Pekerja Perkhidmatan 57.8 26.8 9.5 777.6 57.7 21.8 8.5 1094.0

    Pekerja Pertanian 69.1 13.8 7.3 1890.7 61.2 10.3 6.9 1678.1

    Pekerja Pengeluaran 43.6 39.6 10.8 1846.0 44.7 33.8 10.0 3041.0

    Jumlah (000) 3533.3 2175.0 570.6 6686.0 4776.7 2753.3 770.6 9271.2

    Sumber: Malaysia, 1996 dan 2001

    Perubahan tersebut dijangka akan turut merubah struktur pekerjaan mengikutkaum seperti yang disasarkan dalam Jadual 3. Pada tahun 1970, penglibatan kaum

    Bumiputera amat rendah dalam kategori pekerjaan yang dilabelkan sebagai pekerjaan

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    11/23

    11

    Profesional dan Pengurusan. Kedua-dua kumpulan pekerjaan ini dimonopoli oleh kaum

    Cina. Kaum Cina juga paling ramai terdapat dalam pekerjaan berkait dengan jualan(peniagaan) dan pengeluaran. Sedangkan kaum Bumiputera paling ramai dalam jenis

    pekerjaan berkait dengan pertanian, iaitu sebagai petani. Umpamanya pada tahun 1970,

    hampir 70.0% daripada 1.4 juta pekerja dalam kategori pekerjaan pertanian terdiri daripekerja Bumiputera. Pekerja kaum Cina hanya 20.8%, iaitu 15.0% lebih rendah daripada

    peratusan komposisi mereka dalam jumlah penduduk negara ketika itu.

    Setelah 20 tahun DEB dilaksanakan, secara umum pola awal agihan guna tenagaantara kaum mengikut sektor dan mengikut pekerjaan telah berubah ke arah sasaran yang

    diingini (Jadual 2 dan Jadual 4). Namun, jika diperincikan kejayaannya, terdapat

    beberapa sektor dalam ekonomi, pencapaiannya tidak menepati sasaran. Dalam sektorpembinaan dan pemborongan dan runcit umapamanya, penyertaan kaum Bumiputera

    masih ketinggalan. Sasaran bagi mengurangkan peratusan penyertaan Bumiputera dalam

    sektor pertanian berakhir dengan keadaan sebaliknya. Peratusan pekerjaan pertanian di

    kalangan Bumiputera yang sepatutnya berkurang telah meningkat (Jadual 4). Sasaran asaluntuk dicapai pada tahun 1990 ialah 60.0%. Tetapi pencapaiannya pada tahun berkenaan

    telah meningkat kepada 67.9%, iaitu lebih tinggi daripada peratusan asal seperti dalam

    tahun 1970. Akibatnya seperti dalam Jadual 2, peratus penyertaan kaum Cina dan kaumIndia dalam sektor berkenaan tidak meningkat seperti yang disasarkan. Sebaliknya,

    peratusan penyertaan kaum Cina dalam sektor ini merosot kepada 14.5% berbanding

    dengan peratusan asal (1970) sebanyak 21.6%. Sama halnya bagi kaum India, penyertaanawal mereka dalam sektor pertanian ialah sebanyak 9.7% (1970) dan telah berkurang

    kepada 7.6% seperti yang dicapai pada tahun 1990.

    Faktor produktiviti dan pendapatan rendah merupakan antara sebab mengapa

    usaha bagi menarik kaum lain menyertai sektor pertanian tidak berjaya (Zainudin dan

    Zulkifly 1982, Osman Rani 1986). Sering juga faktor pemilikan tanah diutarakan sebagaipenyebab kaum Cina kurang berminat untuk menyertai kegiatan sektor berkenaan.

    Bagi agihan guna tenaga antara kaum mengikut jenis pekerjaan pula seperti dalam

    Jadual 4, walaupun bilangan pekerja Bumiputera telah meningkat dalam kategori

    pekerjaan profesional dan teknikal, namun kebanyakan mereka adalah tertumpu dalampekerjaan peringkat bawahan, umpamanya sebagai guru dan jururawat. Sama halnya

    dalam pekerjaan pentadbiran dan pengurusan, jika dilihat data bagi tahun 2000 (10 tahun

    melangkaui tempoh DEB), pencapaiannya masih rendah berbanding dengan sasaranawal. Setiap kali berlakunya penambahan bilangan pekerja Bumiputera dalam kategori

    pekerjaan tertinggi, ia sebenarnya hanya merupakan penambahn mereka dalam peringkat

    pekerjaan terendah dalam ketogari pekerjaan berkenaan. Contohnya, walaupun peratusan

    penyertaan pekerja Bumiputera telah meningkat dalam kategori pekerjaan professionaldaripada 60.5% pada tahun 1990 kepada 63.9% pada tahun 2000, tetapi peningkatan

    lebih disebabkan penambahan mereka dalam peringkat terendah pekerjaan berkenaan,iaitu sebagai guru dan jururawat yang telah meningkat daripada 68.5% kepada 73.2%

    untuk tempoh yang sama. Pencapaian terkini ditunjukkan dalam Jadual 5.

    JADUAL 5 Malaysia: Guna Tenaga antara Kaum1 Mengikut Pekerjaan 2005

    Pekerjaan

    2005

    Bumiputera Cina India Lain-lain Jumlah

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    12/23

    12

    000 % 000 % 000 % 000 % 000

    Pegawai kanan &

    Pengurus (%)

    278.2

    (37.1)

    5.4 413.6

    (55.1)

    14.0 53.4

    (7.1)

    6.3 5.4

    (0.7)

    3.3 750.6

    (100.0)

    Profesional (%) 314.2(58.5)

    6.1 171.3(31.9)

    5.8 44.1(8.2)

    5.2 7.1(1.3)

    4.3 536.7(100.0)

    Pensyarah, guru, penulis

    & seniman (%)

    164.8

    (74.9)

    3.2 38.4

    (17.4)

    1.3 13.6

    (6.2)

    1.6 3.3

    (1.5)

    2.0 220.4

    (100.0)

    Juruteknik & Profesional

    Bersekutu (%)

    752.1(59.5)

    14.6 375.2(29.7)

    12.7 126.3(10.0)

    14.9 9.7(0.8)

    5.9 1,263.3(100.0)

    Guru sekolah rendah

    & Jururawat (%)

    252.4(70.6)

    4.9 76.8(21.5)

    2.6 24.6(6.9)

    2.9 3.8(1.1)

    2.3 357.6(100.0)

    Pekerjaan Perkeranian

    (%)

    546.0(56.7)

    10.6 330.8(34.3)

    11.2 81.4(8.4)

    9.6 5.1(0.5)

    3.1 963.4(100.0)

    Pekerja Perkhid., Kedai &

    Jurujual ((%)

    721.2(51.5)

    14.0 555.3(39.6)

    18.8 112.8(8.0)

    13.3 12.3(0.9)

    7.5 1,401.6(100.0)

    Pekerja Mahir Pertanian

    & Perikanan (%)

    783.0

    (80.8)

    15.2 109.3

    (11.3)

    3.7 41.5

    (4.3)

    4.9 35.8

    (3.7)

    21.8 969.6

    (1000.0)

    Pekerja Pertukangan &

    Berkaitan (%)

    448.2

    (46)

    8.7 434.2

    (44.6)

    14.7 79.7

    (8.2)

    9.4 11.3

    (1.2)

    6.9 973.4

    (100.0)

    Operator Loji, Mesin &

    Pemasang (%)

    798.4(60.4)

    15.5 327.9(24.8)

    11.1 170.4(12.9)

    20.1 24.9(1.9)

    15.2 1,321.7(100.0)

    Pekerja Asas (%) 510.0(54.4)

    9.9 236.3(25.2)

    8.0 138.2(14.7)

    16.3 52.5(5.6)

    32.0 937.0(100.0)

    Jumlah (%) 5,151.2(56.5)

    100 2,954.0

    (32.4)

    100 847.9

    (9.3)

    100 164.1

    (1.8)

    100 9,117.2

    (100.0)

    Pengangguran (%) 5.3 2.4 3.1 4.1 4.2

    Nota: 1 Tidak termasuk bukan warganegara

    Sumber: Malaysia, 2006

    Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5, pola guna tenaga antara kaum mengikutpekerjaan tidak banyak berubah. Guna tenaga Bumiputera dalam kategori pegawai kanan

    dan pengurusan peringkat tertinggi masih jauh ketinggalan, iaitu 37.1% berbanding

    dengan kaum Cima sebanyak 55.1% pada tahun 2005. Bagi kategori profesional juga, jurang perbezaan antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera masih luas.Peratusan Bumiputera dalam kategori tersebut ialah 47.5% berbanding dengan 77.6%

    bagi kaum Cina. Malahan, peratusan ini juga lebih rendah jika dibandingkan dengan

    kaum India, iaitu sebanyak 69.2%. Pengiraan peratusan ini tidak mengambil kirapensyarah, guru para-universiti dan sekolah menengah serta penulis dan semiman yang

    secara tradisinya memang ramai terdiri dari kaum Bumiputera. Implikasinya, penyertaan

    pekerja Bumiputera paling ramai meningkat dalam kategori pekerjaan peringkat bawahan

    dalam satu-satu kategori pekerjaan. Fenomena ini dapat dilihat daripada hasil kajian yangdilakukan pada tahun 2005 ke atas pola guna tenaga sektor swasta. Umpamanya untuk

    jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) (termasuk syarikat milik awam) dalam bidang

    ICT, pembuatan, pelancongan, bioteknologi dan pengedaran perdagangan, penguasaankaum Bumiputera hanya 20% berbanding dengan 70.4% bagi kaum Cina (Malaysia

    2006). Jurang penguasaan ini juga dapat dilihat bagi jenis pekerjaan profesional seperti

    yang ditunjukkan dalam Jadual 6.

    JADUAL 6 Malaysia: Profesional Berdaftar Mengikut Kaum, 2005

    Profesion

    2005

    Bumiputera Cina India Lain-lain Jumlah

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    13/23

    13

    Akauntan (%)

    Profesional (%)

    4,498 (20.8)

    961 (6.2)

    15,892 (73.6)

    13,541 (87.9)

    941 (4.4)

    798 (5.2)

    258 (1.2)

    102 (0.7)

    21,589 (100.0)

    15,402 (100.0)

    Arkitek (%)Profesional (%) 1,358 (45.3)557 (33.7) 1,594 (53.1)1,066 (64.5) 43 (1.4)26 (1.6) 6 (0.2)4 (0.2) 3,001 (100.0)1,653 (100.0)

    Doktor (%) 5,720 (36.7) 4,657 (29.9) 4,142 (26.6) 1,055 (6.8) 15,574 (100.0)

    Doktor gigi (%) 1,159 (44.4) 920 (35.3) 480 (18.4) 49 (1.9) 2,608 (100.0)

    Dok. Veterinar (%) 522 (39.0) 431 (32.2) 332 (24.8) 54 (4.0) 1,339 (100.0)

    Jurutera (%)

    Profesional (%)

    22,623 (46.0)

    3,326 (28.9)

    23,432 (47.6)

    7,283 (63.2)

    2,648 (5.4)

    726 (6.3)

    498 (1.0)

    188 (1.6)

    49,201 (100.0)

    11,523 (100.0)

    Juruukur (%)

    Profesional (%)

    2,069 (48.2)

    975 (47.2)

    2,017 (47.0)

    989 (47.9)

    136 (3.2)

    70 (3.4)

    68 (1.6)

    31 (1.5)

    4,290 (100.0)

    2,065 (100.0)

    Peguam (%) 4,465 (38.0) 4,354 (37.1) 2,834 (24.1) 97 (0.8) 11,750 (100.0)

    Jumlah(%)

    42,414(38.8)

    53,297(48.7)

    11,556(10.6)

    2,085(1.9)

    109,352(100.0)

    Sumber: Malaysia 2006

    Seperti dalam Jadual 6, penyertaan kaum Bumiputera adalah rendah dalamprofesion akauntan, arkitek dan jurutera berbanding dengan kaum-kaum lain. Walaupun

    pencapaian pendidikan dalam kalangan kaum Bumiputera telah meningkat, tetapi dalam

    dalam bidang pengajian profesionl, ia masih rendah dan inilah yang merupakan antara

    faktor yang menyebabkan fenomena tersebut terjadi. Kegagalan ini juga sering dikaitkandengan kesan negatif kemelesetan ekonomi seperti yang pernah berlaku pada pertengahantahun 1980-an dan di sekitar akhir tahun 1990-an. Secara langsung atau tidak, kesan

    tersebut memberi implikasi bahawa daya tahan di kalangan kaum Bumiputera adalah

    lemah. Ini pasti sekali bertentangan dengan dasar untuk mewujudkan pekerja Bumiputerayang berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing. Fenomena ini lebih ketara lagi jika

    dilihat dari segi status pencapaian sasaran pemilikan modal dalam kalangan Bumiputera.

    Agihan pemilikan modal saham syarikat berhad di Malaysia selepas berakhirnyatempoh DEB ditunjukkan dalam Jadual 7. Nilai mutlak pemilikan kaum Bumiputera telah

    meningkat melebihi daripada sekali ganda, iaitu daripada RM 20.9 bilion pada tahun

    1990 kepada RM 59.4 bilion pada tahun 1999. Ini bersamaan dengan kadar pertumbuhantahunan purata sebanyak 12.3% setahun, iaitu menghampiri kadar pertumbuhan

    keseluruhan modal saham negara. Namun peratusan pemilikan kaum Bumiputera dalam

    tempoh berkenaan merosot sedikit dan berada di sekitar 19.0% daripada jumlah modal

    saham keseluruhan negara. Dengan ini, tidak sampai dua pertiga daripada sasaran DEB(iaitu 30.0%) yang tercapai. Di pihak lain, milik syarikat asing terus meningkat.

    JADUAL 7 Hak Milik Modal Saham (pada nilai tara) Syarikat Berhad1, 1990 dan 1999

    Kumpulan Hak Milik 1990

    (RM juta) %

    1999

    (RM juta) %

    Kadar Pertumbuhan

    1991-1999 (%)

    Bumiputera2 20877.5 19.3 59394.4 19.1 12.3

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    14/23

    14

    Rakyat Malaysia Lain 50754.0 46.8 125013.3 40.3 10.5

    Cina 49296.5 45.5 117372.4 37.9 10.0

    India 1068.0 1.0 4752.9 1.5 18.0

    Lain-lain 309.5 0.3 2888.0 0.9 29.9Rakyat Asing 27525.5 25.4 101279.2 32.7 15.6

    Syarikat Nomini 9220.4 8.5 24389.5 7.9 11.4

    Jumlah 108377.4 100.0 310076.4 100.0 12.4

    Nota: 1Tidak termasuk pegangan Kerajaan melainkan melalui agensi amanah2Termasuk saham pegangan melalui institusi yang menyalurkan dana bagi individu

    Bumiputera dan agensi amanah seperti Lembaga Tabung Haji (LTH) , Permodalan Nasional Berhad

    (PNB) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

    Sumber: Malaysia 1991 dan 2001

    Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7, pemilikan modal saham syarikat berhadoleh rakyat asing telah meningkat daripada 25.4% pada tahun 1990 kepada hampir satu

    pertiga daripada keseluruhan jumlah modal saham syarikat berhad di Malaysia padatahun 1999. Kadar pertumbuhannya lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan puratanasional. Selain rakyat asing, kadar pertumbuhan pemilikan modal saham syarikat berhad

    yang tertinggi turut dicatatkan oleh kaum India. Hasilnya, peratusan pemilikan modal

    saham syarikat berhad kaum ini telah meningkat begitu cepat, iaitu daripada 1.0% padatahun 1990, meningkat kepada 1.5% pada tahun 1999.

    Perubahan tadi berlaku hasil kesan yang ditinggalkan oleh krisis kewangan yang

    melanda negara sejak pertengahan tahun 1997. Nampaknya kesan yang ditinggalkan

    adalah berbeza mengikut kaum. Kesan ke atas kaum Bumiputera adalah negatif. Selainnilai pasaran pegangan ekuiti Bumiputera di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)

    berkurangan, beberapa kepentingan pelaburan juga terpaksa dilepaskan (akibat

    keberhutangan) dan sekali gus menyekat peningkatan penyertaan mereka dalam sektorkorporat. Apa yang jelas daripada pengalaman ini ialah daya tahan kaum Bumiputera

    amat rapuh. Puncanya kerana pegangan asal modal milik Bumiputera amat kecil (hanya

    2.4% pada tahun 1970) dan ini menyebabkan mereka terpaksa berhutang dengan jumlahyang begitu besar. Strategi pergantungan kepada pinjaman ini untuk dijadikan modal

    perniagaan tidaklah merupakan suatu kaedah yang baik. Kos pinjamam yang tinggi dan

    pulangan daripada aktiviti perniagaan yang tidak menentu boleh menjejaskan bayaran

    balik hutang dan seterusnya keuntungan syarikat. Keadaan ini diburukkan lagi dengankekurangan kemahiran pengurusan dalam kalangan pengurus Bumiputera. Akibatnya

    apabila berlaku sahaja kemelesetan ekonomi, sebahagian atau kesemua modalnya

    terpaksa dijual untuk membayar hutang. Akhirnya aset tetap atau pelaburan ekuitimenurun, modal yang dimiliki terhakis dan nilai modal yang ada menjadi rendah

    berbanding dengan nilaian semasa pelaburan dibuat. Oleh itu, krisis kewangan yang

    berlaku tadi telah menyebabkan terhakisnya apa jua kemajuan yang telah dicapai sebelumini oleh kaum Bumiputera dalam pemilikan modal saham.

    Jika diimbas sekali lalu falsafah di sebalik DEB berhubung dengan pemilikan

    saham, yang jelas ialah tumpuan awal diberikan kepada segelintir individu yang dianggap

    boleh menjadi pemimpin dalam bidang korporat Bumiputera. Dengan harapan, apabilamereka ini sudah maju, maka golongan mejoriti yang lain akan dibantu. Dengan ini,

    penyertaan kaum Bumiputera yang lebih ramai dalam pemilikan modal saham syarikat

    berhad akan meningkat. Malangnya dengan sikap dengki dan tamak, harapan ini sukaruntuk direalisasikan. Sebaliknya, apabila berlaku sahaja sesuatu yang tidak diingini

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    15/23

    15

    seperti kemelesetan ekonomi, pemilikan yang terpusat tadi gagal dipertahankan. Di

    sinilah pentingnya pertimbangan bagi memastikan lebih ramai individu Bumiputeraterlibat tanpa memilih kepentingan walaupun pemilikan bermula secara kecil-kecilan

    sebagai wadah ekonomi bangsa. Selain itu, harus dijelaskan bahawa pada peringkat awal

    pelaksanaan DEB, penambahan ekuiti syarikat asing memberi peluang kepada kerajaanuntuk meningkatkan penyertaan ekuiti Bumiputera. Tetapi, setiap kali apabila berlaku

    kemelesetan ekonomi, tumpuan perhatian kerajaan berubah dan usaha lebih difokuskan

    hanya kepada pertumbuhan ekonomi. Sama seperti pengalaman awal dalam tahun-tahunselepas merdeka, soal agihan tidak lagi menjadi petimbangan utama. Beberapa

    kelonggaaran terhadap strategi agihan dibenarkan demi mencapai matlamat memulihkan

    ekonomi daripada kemelesetan. Sekali gus, peranan syarikat asing untuk membantumeningkatkan ekuiti Bumiputera mula luput. Syarikat asing kini dibenarkan memiliki

    100.0% ekuiti dan tidak ada lagi syarat yang mewajibkan mereka menjemput penyertaan

    modal atau syarikat Bumiputera. Dengan ini, peluang Bumiputera menyertai syarikat

    yang dianggap mengamalkan kaedah pengurusan paling moden dan berteknologi canggihterus tertutup. Tegasnya, syarikat asing yang dahulunya menjadi satu alat penting untuk

    membantu penyusunan semula modal ekonomi Malaysia, kini tidak lagi dapat berfungsi

    sedemikian. Seperti yang disebutkan sebelum ini oleh sebab penyusunan semulamasyarakat lebih menggambarkan agenda Melayu atau Bumiputera dan bukan

    ekonomi bangsa, maka kerjasama sukarela kaum lain juga sukar diperoleh. Akibatnya,

    terdapat keadaan di mana syarikat Bumiputera dipinggirkan kerana tidak memiliki modaldan kemahiran yang mencukupi. Perubahan dasar terhadap milik modal asing yang

    dituntut hasil perkembangan yang berkaitan dengan liberalisasi dan globalisasi akhir-

    akhir ini juga turut terus memberi kesan negatif terhadap pencapaian matlamat

    penyusunan semula ekuiti. Akibatnya data terkini tentang pemilikan saham Bumiputera

    terus kekal pada paras lama (Jadual 8 dan Jadual 9).

    JADUAL 8 Hak Milik Modal Saham1 (pada nilai tara) Syarikat Berhad, 2000 dan 20004

    Kumpulan Hak

    Milik

    RM juta % Kadar Pertumbuhan

    (%) 2001-20042000 2004 2000 2004

    Bumiputera 62,976.0 100,037.2 18.9 18.9 12.3

    Individu 47,343.6 79,449.9 14.2 15.0 13.8

    Insitusi2 9,830.0 11,90.7 3.0 2.2 4.9

    Agensi Amanah3 5,802.4 8,696.6 1.7 1.7 10.6

    Bukan Bumiputera 137,412.8 214,972.8 41.3 40.6 11.8

    Cina 129,318.3 206,682.9 38.9 39.0 12.4

    India 5,136.8 6,392.6 1.5 1.2 5.6

    Lain-lain 2,957.7 1,897.3 0.9 0.4 -10.5Syarikat Nomini 28,119.4 42,479.1 8.5 8.0 10.9

    Rakyat Asing 103,909.4 172,279.6 31.3 32.5 13.5

    Jumlah 332,417.6 529,768.7 100.0 100.0 12.4

    Nota:1Tidak termasuk pegangan Kerajaan

    2 Saham yang dipegang melalui insitusi seperti Unit Amanah Saham PNB, Amanah Saham MARA,

    Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Koperasi Polis3 Saham yang dipegang melalui agensi amanah seperti PNB, MARA, Bank Pembangunan dan PKEN

    Sumber: Malaysia 2006

    JADUAL 9 Hak Milik Saham1

    (pada nilai par) Syarikat Berhad antara Kaum MengikutSektor 2004 (%)

    Kumpulan Hak Pertanian Perlombo- Pembuatan Utiliti Pembinaan Borong &

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    16/23

    16

    Milik ngan Runcit

    Bumiputera 16.4 12.3 8.1 6.3 35.2 20.4

    Bukan Bumiputera 54.0 39.8 25.3 9.2 44.0 53.3

    Cina 52.9 39.5 24.5 8.9 42.6 50.7India 0.8 0.2 0.6 0.2 1.1 2.0

    Lain-lain 0.2 0.1 0.1 0.1 0.3 0.6

    Syarikat Nomini 6.6 25.4 1.9 17.2 5.9 0.7

    Rakyat Asing 23.0 22.5 64.7 67.3 14.9 25.6

    Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

    Kumpulan Hak

    Milik

    Pengangkutan Kewangan Perkhidmatan Lain-lain Jumlah

    Bumiputera 26.7 12.5 18.7 24.3 18.9

    Bukan Bumiputera 30.6 10.5 40.9 48.6 40.6

    Cina 27.7 10.2 39.5 45.7 39.0

    India 2.5 0.3 1.1 1.8 1.2

    Lain-lain 0.4 0.04 0.2 1.1 0.4Syarikat Nomini 11.4 17.5 10.9 3.9 8.0

    Rakyat Asing 31.3 59.5 29.5 23.2 32.5

    Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

    Nota: 1 Berdasarkan 87.0% respon daripada Pihak Berkuasa Tempatan

    Sumber: Malaysia 2006

    Malahan, jika dilihat dari segi jumlah pemilikan bagi keseluruhan sektor,peratusannya telah merosot sedikit kepada 18.9% pada tahun 2004, seperti yang

    ditunjukkan dalam Jadual 8 dan Jadual 9. Sedangkan pada tahun 1990 dan 1999

    peratusannya masing-masingnya ialah 19.3% dan 19.1% (Jadual 7).Paling terkini bagaimanapun parasnya meningkat sedikit kepada 21.8% pada

    tahun 2005 (EPU). Selagi pola pemilikan ekuiti syarikat Bumiputera tidak berubah, makaselagi itulah penyertaan guna tenaga kaum Bumiputera dalam sektor berkenaan, iaitusektor moden kekal rendah atau jika bertambahpun hanya berjaya menjawat jawatan di

    peringkat rendah. Oleh sebab itu, selain meningkatkan pemilikan ekuiti, usaha untuk

    membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) merupakan

    satu lagi teras penting dalam proses penyusunan semula masyarakat. Tujuannya ialahbagi melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya tahan dan berdaya saing

    dengan syarikat yang berdaya maju. Antara program MPPB yang telah dilaksanakan ialah

    program pembangunan vendor, program pembangunan francais, skim modal teroka,Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (PROSPER), program kontrak

    binaan, Bumiputera Berwibawa, skim kilang bimbingan program mentor, skim

    usahasama tulen, program usahasama luarbandar dan program usahawan muda. Turutdiberikan ialah bantuan kewangan melalui penubuhan berpuluh-puluh tabung bantuan

    perniagaan khusus untuk membantu usahawan Bumiputera. Selain meningkatkan ekuitidan penyertaan Bumiputera dalam sektor korporat, program penswastaan juga telah

    diberi peranan penting dalam membantu mewujudkan MPPB. Program paling berkesanialah penetapan syarat supaya 30.0% kerja kontrak daripada syarikat yang diswastakan

    diagihkan kepada kontraktor Bumiputera dan program pembangunan vendor di bawah

    konsep payung.Cuma yang menjadi persaoalan sehingga kini ialah tentang kaedah penswastaan

    dilaksanmakan. Seperti yang disebutkan sebelum ini, ia dikatakan lebih mementingkan

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    17/23

    17

    segelintir individu. Harapan awal ialah apabila telah wujud korperat Bumiputera yang

    berjaya maka faedahnya akan melimpah kepada Bumiputera lain. Malangnya berasaskanamalan sosial dan politik Melayu, falsafah ini menjadi tidak begitu berkesan bagi tujuan

    pengagihan faedah kakayaan dalam bidang ekonomi. Perasaan hasrat dengki dan tidak

    ingin melihat Bumiputera lain maju, menyebabkan pelaksanaan program penswastaantidak begitu banyak membantu dalam proses penyusunan semula masyarakat.

    Kemajuan yang telah dicapai sebelumnya turut terjejas hampir keseluruhannya

    apabila krisis ekonomi melanda negara pada pertengahan tahun 1997, sedangkan jikausaha mewujudkan MPPB berjaya, maka secara selari ia juga akan dapat membantu

    mengurangi jurang pendapatan antara kaum. Akhirnya sepertimana yang diakui dalam

    laporan RMK-9, kemajuan yang dicapai dalam aspek ini adalah jauh daripada yangdihasratkan (Malaysia 2006). Secara tidak langsung fenomena kegagalan ini dapat dilihat

    daripada data 2005 tentang pemilikan bangunana dan premis komersial oleh Bumiputera

    (Jadual 10).

    JADUAL 10 Pemilikan Bangunan dan Premis Komersial1 Mengikut Kaum, 2005

    Jenis Bangunan / Permis

    Unit

    Bumi

    Putera

    Cina India Lain-lain Jumlah

    Bangunan (%) 24,374

    (12.7)

    139,052

    (72.6)

    10,388

    (5.4)

    17,773

    (9.3)

    191,587

    (100.0)

    Satu Tingkat (%) 10,433

    (29.8)

    20,122

    (57.6)

    2,212

    (6.3)

    2,185

    (6.3)

    34,952

    (100.0)

    Dua Tingkat (%) 8,733

    (10.0)

    67,233

    (76.7)

    4,354

    (5.0)

    7,303

    (8.3)

    87,623

    (100.0)

    Tiga Tingkat (%) 2,201

    (6.3)

    26,792

    (76.4)

    1,582

    (4.5)

    4,474

    (12.8)

    35,049

    (100.0)Lebih tiga tingkat (%) 3,007

    (8.9)

    24,905

    (73.3)

    2,240

    (6.6)

    3,811

    (11.2)

    33,963

    (100.0)

    Kompleks Perniagaan (%) 3,207

    (11.7)

    19,072

    (69.4)

    568

    (2.1)

    4,651

    (16.8)

    27,498

    (100.0)

    Premis Industri (%) 1,480

    (4.8)

    21,514

    (70.4)

    446

    (1.5)

    7,118

    (23.3)

    30,558

    (100.0)

    Hotel (%) 313

    (14.8)

    1,519

    (69.3)

    71

    (3.2)

    289

    (13.2)

    2,192

    (100.0)

    Jumlah (%) 29,374

    (11.7)

    181,157

    (71.9)

    11,473

    (4.6)

    29,831

    (11.8)

    251,835(100.0)

    Nota:1

    Berdasarkan 87.0% respon daripada Pihak Berkuasa Tempatan

    Sumber: Malaysia 2006

    Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 10, peratusan pemilikan harta bangunandan premis perniagaan Bumiputera amat rendah sekali jika dibandingkan dengan

    pemilikan kaum Cina, iaitu masing-masingnya 11.7% dan 71.9%. Paling ketara

    perbezaannya ialah dari segi pemilikan kompleks perniagaan dan bangunan yang

    melebihi tiga tingkat.Dasar kawalan kredit ketat umpamanya yang dilaksanakan dari awal krisis

    ekonomi melanda sehingga ke pertengahan tahun 1998, telah menyebabkan syarikatBumiputera mengalami kesulitan mudahtunai sehingga banyak yang terpaksa gulung

    tikar dan sebahagiannya sehingga sekarang masih tidak berupaya untuk pulih. Puncanya

    mungkin kerana kebanyakan peserta program yang secara relatifnya masih baru dan

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    18/23

    18

    kurang pengalaman dalam dunia perniagaan. Mungkin juga kerana kesan negatif daripada

    pendekatan program pembangunan MPPB yang sedikit sebanyak telah mewujudkanmentaliti subsidi sehingga usahawan Bumiputera terlalu berharap kepada pemberian

    dan bantuan kerajaan. Kemerosotan pencapaian MPPB ini mendedahkan sekali lagi

    tentang kelemahan usahawan Bumiputera dalam aspek pengurusan, keupayaan bersaingdan daya tahan. Dalam hal ini, kualiti usahawan Bumiputera amat perlu diperbaiki,

    khususnya dalam pengetahuan pengurusan, semangat berdikari dan daya tahan. Kesemua

    ini atau dalam bentuk penguasaan gaya pengurusan bertaraf dunia boleh dipupuk melaluipendekatan yang berfokuskan kepada langkah jangka panjang dengan himpunan

    pengalaman dan pengembelengan keupayaan profesionalisme. Kualiti inilah yang cuba

    diterapkan dalam RMK-9, 2006-2010. Malahan, usaha ini amat-amat diperlukanmemandangkan kepada kemelesetan ekonomi dunia sekarang yang lebih luas dan

    berkemungkinan menjejaskan prestasi ekonomi Mlayaisa untuk jangka masa yang lebih

    lama.

    STRATEGI MASA DEPAN PENSTRUKTURAN SEMULA MASYARAKAT

    Sejak pelaksanaan DEB adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melihat penguasaanBumiputera melepasi bidang politik dan pentadbiran ke bidang ekonomi, khususnya

    perniagaan dan pelaburan. Pengalaman selama ini bagaimanapun menunjukkan bahawa

    selain faktor persekitaran seperti faktor pertumbuhan ekonomi dan perubahan starategi,kegagalan mencapai sasaran bagi penyusunan semula masyarakat adalah berpunca

    daripada kelemahan dalam diri Bumiputera itu sendiri, terutamanya dalam penguasaan

    ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknologi terkini. Mereka juga tidak memiliki sifat-

    sifat jadi diri yang positif, seperti kuat bekerja, berpandangan jauh, agresif dan teliti

    dalam setiap tindakan. Sifat mudah mengalah, lebih mengharap bantuan dan tidakghairah menerokai peluang-peluang baru yang mudah diperoleh melalui panduan yangdigambarkan daripada perubahan dasar kerajaan, menyebabkan daya tahan mereka

    menjadi lemah, kurang cekap dan tidak mampu bersaing dan menghadapi risiko dalam

    pasaran walaupun pada peringkat ekonomi domestik yang lazimnya saingan dari kaumlain amat sengit.

    Oleh itu, dalam RMK-9, bagi memastikan usaha menangani masalah

    ketakseimbangan sosioekonomi dalam masyarakat lebih berkesan, maka strateginya akandiperhalusi dan diperkemaskan berdasar kepada pengalaman yang dibincangkan tadi dan

    keterbukaan ekonomi global. Sasaran 30.0% pemilikan ekuiti Bumiputera dikekalkan

    untuk dicapai menjelang tahun 2020. Dalam tempoh RMK-9 sasarannya ialah antara

    20.0% hingga 25.0% (Malaysia 2006).Program penswastaan akan terus diberi peranan sebagai landasan bagi membantu

    Bumiputera berkelayakan dan bukan yang berkepentingan untuk menyertaiperniagaan. Pemilikan kekayaan Bumiputera akan diperluas meliputi pemilikan harta

    fizikal, seperti rumah kediaman dan pusat perniagaan, terutamanya di kawasan-kawasan

    bandar. Untuk tujuan ini, Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) akan ditubuhkan semulasebagai pelengkap usaha Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera. Untuk tujuan yang

    sama, tanah dan harta wakaf umpamanya akan dibangunkan melalui instutusi agama

    negeri untuk dimanafaatkan oleh kaum Bumiputera.

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    19/23

    19

    Dengan prinsip asas bahawa manfaat daripada pembangunan ekonomi mesti

    dinikmati oleh setiap penduduk secara adil dan saksama, maka program-program tadi juga akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Di samping itu, beberapa langkah akan

    diperkenal bagi meningkatkan pemilikan ekuiti kaum India kepada 3.0% menjelang tahun

    2020. Galakan keusahawanan, peluang latihan kemahiran di Pusat Giat MARA danInstitut Keusahawanan Negara (INSKEN) umpamanya akan dibuka kepada belia India.

    Selain itu, keadaan dan kemudahan di kampung-kampung baru akan terus diperbaiki

    (Malaysia 2006). Dalam semangat inilah DEB cuba diterapkan menjadi wawasan dasarbangsa Malaysia.

    Sasaran penstrukturan semula pola pekerjaan juga terus dikekal, iaitu memastikan

    ia benar-benar mencerminkan komposisi kaum masyarakat Malaysia. Kerjasama sektorswasta ditagih bagi memacu meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor-sektor

    yang masih kurang disertai mereka. Sebaliknya, usaha tegas dan lebih gigih akan dibuat

    bagi meningkatkan penyertaan kaum bukan Bumiputera dalam sektor awam dan sektor-

    sektor lain yang kurang disertai mereka. Seperti yang dinyatakan dalam RMK-9,kesemua usaha ini akan dipantau sepanjang masa. Bagaimanapun, sebagai syarat penting

    berasaskan pengalaman lalu, bagi kaum bukan Bumiputera untuk menceburi sektor

    berkenaan, pulangan dalam sektor yang akan diceburi nanti harus bukan sahajaproduktivitinya tinggi tetapi nilai pulangan yang akan diperoleh individu harus juga

    setanding dengan perolehan dalam sektor tardisi mereka..

    Bagi membangun MPPB yang lebih mapan, berdaya saing dan produktif, fasakedua program MPPB akan dilancarkan meliputi pembangunan enterpris kecil dan

    sederhana (EKS) Bumiputera. Untuk tujuan ini, keupayaan agensi amanah, syarikat milik

    kerajaan dan koperasi akan ditingkatkan. Penglibatan usahawan Bumiputera dalam

    bidang pertumbuhan baru akan digalakkan. Program pembangunan francais dan vendor

    akan diperkukuhkan. Pendekatan lebih sistematik dan berfokus akan diguna pakai ke arahpembangunan usahawan luar bandar, khususnya enterpris kecil dan sederhana (EKS) asastani dan kraftangan (Malaysia 2006). Dengan usaha ini, maka lebih ramai bilangan kaum

    Bumiputera dapat menyertai bidang perniagaan dan tidak lagi terbatas kepada segelintir

    individu tertentu seperti sebelum ini.Paling utama dalam semua program pengagihan ialah membangunkan modal

    insan yang meliputi aspek latihan dan pendidikan. Dalam hal ini lebih banyak institusi

    latihan akan dinaik taraf dan dibina terutama di kawasan luar bandar untuk masyarakatluar bandar yang rata-rata masih ramai terdiri dari penduduk Bumiputera.

    CABARAN DAN KEUPAYAAN STRATEGI PENSTRUKTURAN SEMULA

    MASYARAKAT

    Berasaskan kepada strategi yang telah disusun tadi dan sedikit panduan berasaskanpenegalaman lalu bagi memastikan keberkesanannya, terdapat tiga soalan penting yang

    harus dijawab di sini. Pertama, mungkinkah pemilikan saham Bumiputera mencapai

    sasaran DEB, iaitu sebanyak 30.0% menjelang tahun 2020? Kedua, berjayakahmasyarakat Malaysia disusun semula supaya dapat menggambarkan komposisi penduduk

    di setiap kegiatan ekonomi negara? Ketiga, mampukan program MPPB mencapai

    sasarannnya?

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    20/23

    20

    Dalam konteks tempoh Wawasan 2020, kaum Bumiputera hanya mempunyai

    lebih kurang 10 tahun lagi. Dalam tempoh yang tidak begitu panjang ini tekanan ke atassumber yang sedia ada, pasti akan meningkat. Dalam hal ini, sumber-sumber baru harus

    dijana dan diterokai. Nampaknya, masa tidak menyebelahi kaum Bumiputera. Sekali gus,

    sebenarnya tidak mudah untuk memenuhi sasaran penyususnan semula masyarakat.Lebih-lebih lagi memandangkan kepada perkembangan semasa suasana sosial, politik

    dan ekonomi negara dan dunia yang kurang memihak kepada kaum Bumiputera. Secara

    langsung atau tidak, dalam masa yang sama telah terdapat tekanan dan tuntutan dariberbagai pihak supaya dasar ini diberhentikan atau ditukar. Dengan ini, bagi diri sendiri,

    kaum Bumiputera harus sedar hakikat bahawa betapa semakin sukarnya untuk

    mempertahankan objektif berkenaan dan sekali gus mencapai sasarannya. Inilahkekangan yang harus ditempoh sepanjang pelaksanaan objektif berkenaan dalam tempoh

    Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan tempoh Wawasan 2020.

    Dalam era liberalisasi dan globalisasai semasa, anjakan ke arah K-ekonomi; E-

    ekonomi; dan suntikan ide serta nilai-nilai baru yang melibatkan penarikan balik dasarperlindungan ekonomi dan penerimaan umum terhadap nilai-nilai persaingan tanpa batas

    berasaskan umpamanya kepada meritokrasi dalam bidang pendidikan, merupakan antara

    persekitaran baru ekonomi negara dan dunia sekarang. Wujud bersama ialah keperluanterhadap ketelusan (accountability) dan good governance dalam semua aspek

    penggubalan dan perlaksanaan dasar di setiap peringkat, baik dalam sektor swasta

    mahupun dalam sektor awam. Kesemua ini, iaitu ciri-ciri dasar yang berunsurkanpersaingan, meritokrasi, kecekapan, ketelusan, accountability serta good governance,

    memberi erti bahawa dasar yang berbentuk perlindungan, sama ada perlindungan yang

    diberikan kepada sesuatu sektor atau terhadap sesuatu kaum dan kumpulan pekerja perlu

    diminimumkan jika tidak mahu dimansuhkan. Inilah situasi yang harus ditempoh dalam

    mencapai sasaran DEB nanti seperti yang disebutkan semula dalam RMK-9.Bagi memastikan ianya selari dengan persekitaran baru ini, maka kaum

    Bumiputera harus dipersiapkan dengan kecekapan, peningkatan produktiviti dan daya

    persaingan yang kukuh. Persiapan ini perlu dilakukan secara menyeluruh meliputi aspek

    sumber manusia atau modal insan; perinstitusian; infrastruktur dan perundangan supayamereka dapat menyertai sektor moden, menerokai dan mengenalpasti peluang dalam

    pasaran baru yang lebih luas yang terhasil daripada proses yang sama (khususnya proses

    globalisasi). Sementara itu, semasa berdepan degan proses liberalisasi tempatan, sepertimeritokrasi dalam pendidikan, maka kualiti dan tidak lagi kuantiti semata-mata yang

    harus menjadi taruhan. Ini kerana diakhir nanti umpamanya lulusan pelajar Bumiputera

    padai peringkat pengajian tinggi tidak lagi boleh mengharap kepada pekerjaan makan gaji

    dalam sektor awam yang saiznya semakin mengecil sekarang. Implikasinya, pertama jikakuantiti yang ditekankan, maka lulusan yang tidak dapat berfungsi dengan cekap dalam

    pasaran buruh, bukan sahaja membebankan kerajaan akibat peningkatan pengangguransiswazah umpamanya, tetapi tidak akan mampu mengurangkan jurang perbezaan

    pendapatan antara kaum di Malaysia. Kedua, ramai lulusan universiti di kalangan

    Bumiputera tidak lagi memberi erti bahawa kerajaan sudah berjaya menambahkanpendapatan perkapita Bumiputera. Fenomena ini semakin ketara, tambahan dalam

    keadaan kemelesetan ekonomi dunia sekarang yang banyak menjejaskan peluang

    pekerjaan pada peringkat atasan.

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    21/23

    21

    Selain itu, dalam zaman perkembangan K-ekonomi hasil anjakan ke arah

    peningkatan ilmu pengetahuan dan E-ekonomi hasil ledakan teknologi maklumat juga,pertubuhan ekonomi banyak melibatkan teknologi dan peralatan baru, cara pengurusan

    dan percambahan ide baru untuk memperbaiki mutu dan persembahan produk supaya

    berkesan untuk menguasai pasaran baik di peringkat tempatan mahupun di peringkatantarabangsa. Oleh itu, strategi-strategi berhubung dengan objektif penyusunan semula

    masyarakat yang hanya melibatkan peningkatan modal dan bilangan pekerja bagi

    meningkatkan pertumbuhan akan menjadi semakin tidak lagi releven. Sebaliknya,perkara yang amat diperlukan ialah faktor kepakaran, kepintaran minda dan daya saing

    yang tinggi termasuk budaya pengurusan projek dan kewangan secara profesional.

    Malangnya seperti yang ditunjukkan daripada peristiwa krisis ekonomi bahawa disiplin didalam dunia korporat dan sektor kewangan yang diamalkan oleh masyarakat perniagaan

    dan perusahaan Bumiputera amat lemah. Kebanyakan mereka sebelum ini dapat bertahan

    kerana syarikat-syarikat perniagaan yang dibina, diberi peluang dan dilindungi oleh

    kerajaan secara berterusan. Tegasnya, dari segi realiti dalam usaha meningkatkan hartadan ekuiti Bumiputera, kejayaan yang dicapai amat bergantung kepada perlindungan

    kerajaan. Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa kebanyakan syarikat Bumiputera

    yang baru tidak mungkin maju dan berjaya jika hanya bergantung kepada usaha individusahaja. Hakikat inilah yang harus difahami dan disemai dalam setiap diri individu

    peniaga dan ahli korporat Bumiputera serta pekerjanya, khususnya dalam sektor moden,

    supaya jiwanya menjadi lebih kental dan kukuh serta sekali gus berdaya tahan dan saingseperti yang diperlukan dalam persekitaran baru ekonomi.

    Di samping itu, bagi menjamin syarikat bergerak mengikut peraturan, maka

    ketelusan dan pengurusan korporat yang baik tanpa mementingkan kepentingan diri harus

    dijadikan amalan. Berasaskan pengalaman lalu, peningkatan pencapaian ekonomi

    Bumiputera amat bergantung kepada semangat dan sikap diri sendiri. Jika masih ramaikaum Bumiputera sering mengambil jalan mudah umpamanya dengan menjual setiapkepentingannya termasuk perniagaan kepada kaum lain, termasuk kepada pekerja asing,

    maka sasaran objektif DEB bagi penyusunan semula masyarakat Malaysia akan gagal

    dan mungkin kekal seperti yang ada sekarang walaupun sehingga tempoh Dasar Wasasan2020 berakhir. Dalam hal ini apa yang harus diingat penjualan projek kepada kaum lain

    atau dilakukan dalam bentuk sub-kontrak seperti kepada pekerja asing yang sekarang ini

    berlaku secara berleluasan, adalah suatu tindakan yang menghampakan kerajaan danmemalukan Bangsa Bumiputera.

    Di pihak lain, penjualan aset dan pemberian kontrak kepada individu Bumiputera

    harus dilakukan dengan lebih teliti. Jika tidak seperti yang disebutkan sebelum ini, ia

    akan berakhir dengan penjualan semula aset atau sub-kontrak yang tidak akanmenguntungkan kaum Bumiputera. Selepas penjualan, kerajaan juga masih perlu

    memantau dan memberi perlindungan sementara dan tidak berpanjangan kepada syarikatBumiputera. Ini kerana bantuan dan perlindungan yang berlebihan boleh menyempit dan

    menekan beberapa syarikat Bumiputera lain yang berpotensi. Perkara ini nampaknya

    disedari dalam RMK-9 dan dengan itu agensi-agensi kerajaan jika boleh diekat bersaingsesama sendiri, terutamanya dengan syarikat-syarikat Bumiputera dalam bidang yang

    sama.

    KESIMPULAN

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    22/23

    22

    Sejak pelancaran DEB pada tahun 1971 hingga kini, usia pelaksanaannya sudah

    mencecah melebihi 38 tahun. Namun tidak kesemua sasaran matlamat DEB berjayadicapai sepenuhnya, terutama sekali berkait dengan matlamat penyusunan semula

    masyarakat. Ini kerana matlamat ini sering dianggap sebagai agenda Melayu atau agenda

    Bumiputera. Dengan label ini, sokongan dan kerjasama kaum lain pasti sukar diperoleh.Tambahan pula dalam tempoh yang begitu panjang, Malaysia sering terperangkap dengan

    beberapa peristiwa kemelut ekonomi dunia yang turut menjejaskan prestasi ekonomi

    negara dan beberapa kali kejayaan yang telah dicapai kembali mundur ke belakang.Tidak ketinggalan di sini ialah kemelesetan ekonomi dunia sekarang yang lebih meluas

    dan dijangka akan mengambil masa yang panjang untuk kembali pulih. Dalam

    kegairahan memulihkan semula pertumbuhan ekonomi, strategi yang melibat agihansecara lagnsung jika sekali lagi menjadi mangsa, maka persoalan tentang berapa lama

    lagikah matlamat DEB akan tercapai sukar diramal, kecuali jika kesempatan sekarang

    diambil bagi merubah minda keseluruhan masyarakat supaya DEB dilihat sebagai wadah

    kepada dasar ekonomi bangsa untuk Malaysia. Bagi kaum Bumiputera sendiri dipersimpangan inilah pembentukan masyarakat Bumiputera yang mempunyai minda kelas

    pertama seperti yang terkandung dalam RMK-9 amat bermakna. Selain ilmu pengetahuan

    dan kemahiran, harus juga dimiliki ialah kecekalan, kegigihan, kepintaran, keberanianbersaing serta nilai moral yang tinggi. Sekiranya kaum Bumiputera menyedari dan

    bersedia untuk menyahut cabaran ini dan terus berusaha bersungguh-sungguh

    melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang sedemikian sehingga tidak mudah lagi mengalahdan putus asas, maka pasti masyarakat Bumiputera bukan sahaja akan dapat menguasai

    ekonomi negara malahan turut menguasai ekonomi dunia.

    RUJUKAN

    Ishak Shari and Rogayah Mat Zain. 1978. Some Aspect of Income Inequality in

    Paninsular Malaysia, 1957-70, dlm. Oshima, H.T. and T. Mizoguchi (eds.),IncomeDistribution by Sectors and Overtime in East & Southeast Asian Countries, Manila:

    CAMS.

    Ishak Shari & Zulkifly Osman, 1988. Strategi Perindustrian: Kesan terhadap PenyerapanBuruh, Struktur Upah dan Pendapatan di Sektor Perkilangan, dlm. Chamhuri Siwar

    & Mohd. Haflah Piei, (eds.) Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan. Kuala

    Lumpur: DBP.

    Malaya, 1962.Report on Employment, Unemployment and Underemployment in the Stateof Malaya 1962. Kuala Lumpur: DOS.

    Malaysia, 1970. Socio-economic Sample Survey of Households,1967-68. Kuala Lumpur:Department of Statistics.

    _______, 1971. Rancangan Malaysia Kedua 1971-75, Kuala Lumpur: Percetakan

    Negara._______, 1973. Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975. Kuala Lumpur:

    Percetakan Negara.

    _______,1976.Rancangan Malaysia Ketiga 1976-80, Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

  • 8/2/2019 HE - DeB Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa

    23/23

    23

    _______,1979. Mid-Term Review of Third Malaysia Plan, 1976-80. Kuala Lumpur:

    Jabatan Percetakan Negara._______,1984. Mid-Term Review of Fourth Malaysia Plan, 1981-1985. Kuala Lumpur:

    Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

    _______,1986. Labour and Manpower Reports 1984-1985. Kuala Lumpur: PercetakanNasional Malaysia Berhad.

    _______, 1991(a). The Second Outline Perspective Plan, 1991-2000. Kuala Lumpur:

    Percetakan Nasional Malaysia Berhad._______, 1991(b).Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995. Kuala Lumpur: Percetakan

    Nasional Malaysia Berhad.

    _______, 1996. Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000. Kuala Lumpur: PercetakanNasional Malaysia Berhad.

    _______, 2001. Rancangan Malaysia Kelapan,2001-2005. Kuala Lumpur:Percetakan

    Nasional Malaysia Berhad.

    _______, 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur:Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

    Osman Rani Hassan, 1986. A Review on Employment and Poverty Eradication Projects

    in Malaysia: Their Effectiveness and Problems. in Occasional Paper of The Faculty

    of Economics. Bangi:UKM.

    Rasiah R. & Zulkifly Osman, 1998. Economic Policy and Employment Growth in

    Malaysia, in Rasiah R. & Norbert von Hofmann, (eds.) Employment and

    Development: Experiences of the OECD and Southeast Asian Economies.Singapore: Friedrich Ebert Stiftung.

    Snodgrass, D.R., 1975. Trends and Patterns in Malaysian Income Distribution, 1957-70,

    in David Lim, (ed.) Readings on Malaysian Economic Development, Kuala

    Lumpur: Oxford University Press.Thillainathan, R. 1977. The Twenty-year Plan for Restructuring Employment in

    Paninsular Malaysia: a quarterly assessment. Kajian Ekonomi Malaysia, Vol. XIV

    No. 2 : 49-62.

    Zainudin Salleh & Zulkifly Osman, 1982. The Economic Structure, in E.K.Fisk & OsmanRani. 1982. The Political Economy of Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford Univ.

    Press.