a. sejarah masuk islam di mukah sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/bab 3.pdf · sejarah islam di...

15
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id BAB III SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawak Sejarah kedatangan Islam merupakan fenomena yang amat penting dalam sejarah peradaban melayu. Menelusuri sejarah Islam di Mukah, hal ini sangat berkait rapat dengan sejarah kemasukan kekuasaan Kesultanan Brunei ke Sarawak sekitar 1500 Masehi. 34 Brunei memainkan peranan yang penting dalam mengerakkan dakwah Islam di Borneo dan juga pulau-pulau di Maluku, lebih-lebih lagi apabila sultannya mengistiharkan gerakan dakwah Islamiah secara besar-besaran. 35 Sebagaimana juga sejarah kedatangan Islam ke Brunei yang menimbulkan berbagai-bagai pendapat, begitu juga halnya dengan kedatangan Islam ke Sarawak. Kebanyakan penulis menghubungkan kedatangan Islam ke Mukah Sarawak dengan kedatangan Islam ke Brunei. Dalam kajian Islam sejarah Islam Sarawak, kebanyakan tempat seperti Saribas, Maluku, Bintulu dan Mukah sangat aktif dalam halnya kemasukan para pedagang-pedagang dari Brunei. 36 Maka dengan itu, fakta sejarah mengatakan masyarakat tempatan mendapat kemasukan Islam salah satu faktornya adalah langsung dari pedagang-pedagang Islam Brunei. Pedagang- pedagang Brunei aktif berhubung di Mukah, Kuching, Saribas dan Santubong 34 Al-Sufri dan Haji Awang Mohd Jamil, Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam (Kementerian Kebudayaan, 2001), 37. 35 Wan Hussein Hazmi, Kedatangan Islam dan Perkembangan di Alam Melayu ke VII M hingga abad ke XVVI M, 1989, 20. 36 Hj Ibrahim Masnon, Islam di Brunei, Sabah dan Sarawak (Kuala Lumpur: Penerbitan Asiana, 1998), 84.

Upload: vantuong

Post on 10-Apr-2019

247 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

BAB III

SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK

A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawak

Sejarah kedatangan Islam merupakan fenomena yang amat penting

dalam sejarah peradaban melayu. Menelusuri sejarah Islam di Mukah, hal ini

sangat berkait rapat dengan sejarah kemasukan kekuasaan Kesultanan Brunei

ke Sarawak sekitar 1500 Masehi.34 Brunei memainkan peranan yang penting

dalam mengerakkan dakwah Islam di Borneo dan juga pulau-pulau di

Maluku, lebih-lebih lagi apabila sultannya mengistiharkan gerakan dakwah

Islamiah secara besar-besaran.35

Sebagaimana juga sejarah kedatangan Islam ke Brunei yang

menimbulkan berbagai-bagai pendapat, begitu juga halnya dengan

kedatangan Islam ke Sarawak. Kebanyakan penulis menghubungkan

kedatangan Islam ke Mukah Sarawak dengan kedatangan Islam ke Brunei.

Dalam kajian Islam sejarah Islam Sarawak, kebanyakan tempat seperti

Saribas, Maluku, Bintulu dan Mukah sangat aktif dalam halnya kemasukan

para pedagang-pedagang dari Brunei.36 Maka dengan itu, fakta sejarah

mengatakan masyarakat tempatan mendapat kemasukan Islam salah satu

faktornya adalah langsung dari pedagang-pedagang Islam Brunei. Pedagang-

pedagang Brunei aktif berhubung di Mukah, Kuching, Saribas dan Santubong

34Al-Sufri dan Haji Awang Mohd Jamil, Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam(Kementerian Kebudayaan, 2001), 37.35Wan Hussein Hazmi, Kedatangan Islam dan Perkembangan di Alam Melayu ke VII M hinggaabad ke XVVI M, 1989, 20.36Hj Ibrahim Masnon, Islam di Brunei, Sabah dan Sarawak (Kuala Lumpur: Penerbitan Asiana,1998), 84.

Page 2: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

27

karena Sarawak ketika itu merupakan wilayah yang dikuasai oleh Sultan

Brunei yakni Sultan Muhammad.37

Pada zaman kegemilangan Kesultanan Brunei di Sarawak 1599

Masehi.pedagang-pedagang dari keturunan mereka mendapat penghormatan

istimewa dari penduduk pribumi (Sarawak). Mereka pendapat layanan

istimewa bukan sekadar faktor barang dagangan, akan tetapi meraka di layan

baik atas faktor pedagang-pedagang mempunyai ilmu yang luas mengenai

Islam. Maka dari situ, ada juga sesetengah penduduk pribumi bukan sekadar

menjalinkan hubungan sebagai penjual dan pembeli sahaja, tetapi sebagai

murid dan guru.38Justeru itu, masyarakat yang tinggal di pelabuhan pantai

Sarawak adalah dipercayai mula-mula menerima Islam kerna kedudukan

geografisnya yang mudah untuk didatangi oleh pedagang-pedagang luar.

B. Perkembangan Islam Pada Zaman Penjajahan Brooke

Pada pertengahan abad ke-19, perkembangan dan penghayatan agama

Islam semakin meluas dan kuat serta telah menjadikan Brunei sebagai sebagai

sebuah kerajaan melayu Islam yang mantap dan terkenal di alam Melayu

yakni dalam pemerintahan Sultan Bolkiah yang mana pemerintahan kerajaan

Brunei telah meliputi seluruh pulau Borneo.39 Perkembangan ini sudah pasti

terkesan di seluruh wilayah Sarawak termasuk Mukah walaupun

perkembangannya tidaklah sehebat di Brunei sendiri namun Sultan Bolkiah

telah meletakan asas yang kukuh untuk perkembangan Islam.

37Wan Yahya Wan Ahmad, Perkembangan Pendidikan Sarawak (Sinar Press: Sarawak, 2003), 28-29.38Ibid., 43.39D.E Brown, The Structure and History of A Borneo Malay Sultanate (Monograph of the BruneiMuseum Journal 1: 2000), 136.

Page 3: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

28

Namun menjelang abad ke 19, kekuatan Islam di bawah Kesultanan

Brunei yang aktif berkembang terutamanya di Kalimantan telah menjadi

lemah mengenai perluasan Islamnya ketika Sarawak telah jatuh ke tangan

penjajah Barat yakni oleh keluarga Brooke dari tahun 1841 hingga tahun

1941.

Ketika pemerintahan Brooke, muncul seorang mubaligh Kristen yang

bergerak aktif berdakwah tentang ajaran Kristen kepada penduduk Ssrawak.

Beliau ialah Francis T. MacDougall yang tiba di Kuching pada tahun 1848.

Beliau mempunyai strategis yang tersendiri dalam memperluaskan ajaran

Kristen. Antara lain, beliau membuka sekolah kepada anak-anak pribumi

untuk kemudahan menuntut ilmu. Melalui sekolah itu, telah diwujudkan

dasar-dasar ajaran Kristen terhadap anak-anak pribumi.Selain itu juga,

Borneo Church Mission juga dibangun oleh beliau yang berfungsi sebagai

pusat penyebaran agama Kristen.40

Sepanjang pemerintahan Brooke, pergaulan dan cara hidup

masyarakat pribumi Islam mula dipengaruhi oleh unsur-unsur Barat. Hal ini

sangat membimbangkan sebahagian masyarakat Islam yang lain. Sebagai

contoh, sekitar tahun 1920-an telah muncul persatuan-persatuan yang

bercorak hiburan seperti Kampung Tanjung Kesenangan Club (1926),

Sarawak Malay Tennis Club (1929) Sinjan Music Club dan Surabaya Jolly

Minstrels.41 Antara yang dikritik hebat oleh masyarakat adalah majlis joget

yang berlarutan hingga ke Subuh seperti yang di catatkan dalam Sarawak

Gazette bertarikh 2 Disember 1935:

40Ghazali Basri, Kristian Di Sarawak Satu Kajian Kes, Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar, 2010,24.41Zulkifli dan Juanda, Kemasyalatan Ummah, 2008, 48.

Page 4: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

29

…with those drum, the lady singers strike behind the curtains, singing

beautiful songs, in front, the youngsters will jump and step dance inany

direction they desire, and the chance of two dancers is simultaneous.. in

conclusion, last in earnest that home folks should take steps to limit these

dancers, as they lead to ruination and whosoever craves for their

continuation only invites more practical troubles and nuisance…42

Di samping itu, perubahan dalam cara berpakaian di kalangan masyarakat

Islam di seluruh Sarawak juga turut berlaku. Fenomena ini tercatat juga

dalam Sarawak Gazzette bertarikh 2 Disember 1935:

…During the last few years the tradisional dress of the Malay appears

largely to have given way to gaudy neckties, blazers and bell bottom

trousers. This seems a pity. Visitor from Malaya where national dress is

far more generally worn that it is here cannot fail to be unfavourably

impressed and ut seems Government might take the lead by insisting on all

malay cutumes in the office.43

Kesedaran sebilangan pribumi Islam Sarawak samada Melayu

mahupun Melanau tentang kepentingan menghayati ajaran Islam

menyebabkan mereka mula menunjukan perasaan tidak puas hati terhadap

pihak penjajah dan budaya Barat yang mula menular di kalangan masyarakat

Islam itu.Ini dihangatkan lagi dengan kasus kedudukan orang pribumi yakni

Melanau dan Melayu yang seringkali dikaitkan dengan masalah kemunduran

terutama dalam bidang ekonomi dan juga pendidikan.Hal ini telah mendorong

42Azry Hafify Mustapa, “Sebaran agama Kristian melalui pendidikan di zaman Brooke”, dalamhttp://www.ismaweb.net/2014/01/sebaran-agama-kristian-melalui-pendidikan-di-zaman-brooke/(24 Disember 2015)43Ibid., 98.

Page 5: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

30

pemikir-pemikir untuk menyuarakan pendapat mereka, sekaligus

menyedarkan mereka tentang betapa pentingnya kemajuan dalam

kehidupan.Oleh yang demikian mereka telah menerbitkan Koran yang bukan

sahaja berperanan sebagai penyampai berita, tetapi juga sebagai wadah untuk

menyebarkan pengetahuan Islam. Koran tersebut ialah Fajar Sarawak.44

Fajar Sarawak dilancarkan untuk memberi kesedaran di kalangan

masyarakat Islam supaya memberi perhatian terhadap kedudukan politik dan

ekonomi disamping memeupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat

Islam. Para penulis didalam Koran itu berpendapat bahawa perkara asas yang

perlu dilaksanakan ialah berpegang teguh terhadap ajaran Islam karena

dengan cara ini barulah orang-orang melayu dapat mengubah sikap mereka

untuk mencapai kemajuan. Selain itu, Koran ini juga membicarakan hal-hal

yang berkaitan Islam. Antara rencana-rencana yang telah di masukan dalam

Koran ini ialah “Hikmah dan Rahsia Puasa”, “Dari Hal Agama Islam” dan

juga “Kewajiban Kita Sebagai Manusia”45 dalam masa yang sama,

perdebatan mengenai peranan agama dalam kehidupan harian masyarakat

Islam serta langkah-langkah pemulihan atau pembaharuan turut diutarakan.

Sehubungan dengan itu, Fajar Sarawak juga menyiarkan berita-berita semasa

yang berlaku di negara-negara Islam yang lain seperti di Afghanistan, Iran,

Turki dan Negara-negara di Timur tengah.

Berkaitan dengan kekuasaan Brooke dengan agama Islam di Sarawak,

ketika Brooke mula berkuasa di Serawak tahun 1841 dan seterusnya zaman

pemerintahan British, mereka sama sekali tidak berjaya menukar agama

44Muhammad Rakawi Yusuf, Menjejaki Sejarah Sarawak di Masa Brooke (Fajar Rohani:Universiti Malaya, 2009), 93.45Ibid., 100-101.

Page 6: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

31

penduduk Islam di Sarawak walaupun usaha pengkristenan itu begitu hebat di

jalankan dengan bermula lebih awal.46Hal ini adalah karena sebelum

kedatangan James Brooke ke Sarawak, kedudukan pembesar-pembesar

melayu di Sarawak ternyata begitu kukuh ditambah lagi dengan pegangan

agama Islam yang begitu kuat hasil dakwah dari Kesultanan Brunei

sebelumnya. Sekiranya kedudukan orang melayu yang telah menganut Islam

tidak kuat pada masa itu, pasti amat mudahlah penyebaran Kristen itu

berkembang di seluruh Sarawak kerana usaha dakwah Kristen pada masa itu

amat kuat. Namun berkat daripada pertolongan Allah, umat Islam di seluruh

Sarawak selamat daripada permurtadan oleh golongan paderi-paderi Barat

tersebut.

C. Tokoh Ulama Sarawak Sebelum Kemerdekaan

Walaupun begitu kuatnya cabaran yang dihadapi oleh umat Islam

setelah kemasukan keluarga Brooke dan zaman penjajahan British, namun

satu perkara yang amat penting ialah munculnya ulama yang berwibawa yang

telah memainkan peranan mempertahankan Islam serta menyebar luaskan

pengaruhnya pada ketika itu. Mereka telah menabur jasa dan bakti yang besar

dalam usaha memantapkan akidah umat Islam dan meningkatkan

penghayatan terhadap syariat Allah sekaligus memartabatkan kedudukan

umat Islam yang merupakan golongan minoritas di Serawak dulu dan kini.

Antara ulama awal di Sarawak ialah Al-Marhum Datuk Hakim Abang

Haji Abdul Rahman (1829-1890M). Beliau dikenali oleh anak cucunya dan

juga masyarakat sebagai Datuk Hakim Keramat.Belaiu adalah seorang yang

46Anis Hj Abot, Peranan Pegawai Islam Sarawak Dalam Dakwah Bersepadu (KualaLumpur:2009), 79.

Page 7: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

32

sangat mengambil berat dalam pegangan agamanya sehingga tindak tanduk

seharian beliau adalah didasarkan kepada dasar-dasar Islam.47

Al-Marhum Datuk Hakim Keramat setakat yang dapat di kesan

sehingga kini mempunyai salasilah keturunan daripada Abang Ambil yang

berkahwin dengan Dayang Bagus.Perkahwinan mereka ini telah melahirkan

ayahanda kepada Al-Marhum Datuk Hakim Keramat iaitu Haji Ibrahim. Haji

Ibrahim telah berkahwin dengan Dayang Wan Maimunah dan hasil dari

perkahwinan ini lahirlah Datuk Hakim Keramat. Datuk Hakim Keramat

berkahwin dengan Dayang Fatimah dan menghasilkan anak-anak yang ramai

seperti Datuk Hakim Azhari, Datuk Hakim Haji Ashaari, Sheikh Shabli,

Datuk Imam Haji Suhaili, Datuk hakim Haji Musaili dan lain-lainnya.48

Al- Marhum belajar agama di Mekah dan telah berangkat ke Mekah

sewaktu berusia lebih kurang 12 tahun. Ketika Serawak dijajah oleh Brooke,

beliau kembali ke Serawak buat sementara pada tahun 1850M, karena takut

dan bimbang “orang putih” mengubah akidah masyarakat pribumi.49

Daripada senarai ulama Sarawak, jelas sekali bagaimana peranan

penting yang dimainkan oleh Al-Marhum Datuk Hakim Keramat yang

mempunyai ramai anak murid yang terdiri daripada anak beliau sendiri, anak

susuan dan lain-lainnya. Beliaulah pemangkin dan dan penggalak kepada

anak-anak muridnya supaya menyambung pelajaran ke Mekah pada masa

itu.Antara anak murid beliau yang terkenal ialah Datuk Hakim Ashaari (anak

beliau sendiri) dan Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.

47Azhar Ahmad, Masyarakat Bidayuh di Bahagian pertama Sarawak, 2009, 18.48Ismail Abd Rahman, Kegemilangan Tokoh Sarawak, 1998, 60-62.49Ibid., 39.

Page 8: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

33

Menyentuh mengenai tokoh agama yakni Datuk Hakim Haji Ashaari,

beliau adalah salah seorang daripada anak murid handalan Datuk Hakim

Keramat yang kemudiannya mengambil alih tugas ayahnya sebagai Datuk

Hakim. Beliau adalah seorang alim ulama yang progresif dan terkenal yang

lebih menguasai dalam bidang agama terutamanya dalam bidang Ilmu

Fiqh.50Beliau juga adalah seorang yang kuat dan gagah berdakwah di seluruh

Kabupaten Sarawak demi untuk menyebarkan agama Islam kepada

masyarakat.

Selain daripada Datuk Hakim Ashaari, Allahyarham Sheikh Haji

Othman Abdul Wahab juga adalah merupakan anak murid yang arif dalam

ilmu agama.Sejak menjadi anak murid Datuk Hakim Keramat, beliau telah

berazam untuk memperdalami ilmu agama sebetul-betulnya. Kebanyakan

masa harian beliau dipergunakan untuk mengali ilmu agama dengan cara

lebih banyak membaca buku. Waktu malam beliau akan mengulangkaji ilmu

yang beliau telah dapat pada siang harinya. Apabila telah tiba waktunya,

beliau telah dihantar oleh Datuk Hakim Keramat ke Mekah bersama anak-

anak murid yang lainnya.

Penglibatan al-Marhum Syeikh Othman dalam bentuk pengajaran di

Sarawak tidaklah sebanyak tokoh-tokoh ulama yang lain. Ini karena beliau

banyak menghabiskan masanya mengajar ilmu-ilmu agama di Masjidil

Haram di Mekah al Mukarramah dan menetap di situ. Inilah perbezaan

dengan diantara beliau dengan tokohagama yang lain di Sarawak. Sekali

sekala al-Marhum juga pulang ke Sarawak.Semasa beliau pulang ke tanah air,

50Azhar Ahmad, Pewaris Bangsa Pribumi Islam (Pustaka Sarawak, 2008), 79.

Page 9: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

34

beliau menggunakankn kesempatan itu dengan sebaiknya untuk mengajar dan

mendidik masyarakat tempatan dengan ilmu agama.

D. Tokoh dan Ulama Sarawak Setelah Merdeka

Sarawak merdeka bersama Pembentukan Malaysia pada 16 September

1963.51 Oleh itu sebuah badan pemerintahan negeri telah dibentuk bagi

menjalankan tugas mentadbir dan membangun Negeri Sarawak. Berbagai

pembangunan telah berlaku sama ada dari sudut infrastruktur, pembangunan

bandar, pembangunan luar bandar, pembangunan ekonomi, pendidikan dan

termasuk pembangunan insan.

Sarawak telah mempunyai lima orang Ketua Menteri iaitu yang

pertama adalah Stephen Kalong Ningkan (1920-1997) dari tarikh 22 Julai

1963 hingga September 1966, yang kedua adalah Tawi Sli (lahir 1934) dari

tahun 1966-1970, yang ketiga adalah Abdul Rahman bin Ya’kub dari 1970-

1981, yang keempat adalah Abdul Taib bin Mahmud dari tahun 1981 hingga

2014 dan yang kelima adalah Adenan bin Satem.

Di sini penulis ingin menekankan mengenai tokoh Menteri yang

ketiga yakni Abdul Rahman bin Ya’kub. Kepimpinan Abdul Rahman bin

Ya’kub sebagai Ketua Menteri Sarawak amat menyerlah berbanding dua

ketua menteri sebelum beliau. Tokoh ini berjaya membawa keamanan,

perpaduan masyarakat, pembangunan dan kemajuan fizikal Negeri Sarawak

sebagaimana telah dibincangkan pada bab yang ketiga kajian ini. Tokoh ini

mendapati umat Islam menerima pembangunan fizikal yang dibawa dengan

51Abdul Hafiz, Kesatuan Malaya dan Borneo (Kuala Lumpur: Dewan dan Pustaka, 1999), 37.

Page 10: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

35

baik tetapi beliau bimbang apabila melihat keadaan umat Islam yang masih

ketinggalan dan rendah kesedaran agama mereka.

Umat Islam ketika itu kurang mengindahkan tanggungjawab agama

dan terdapat di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang mengamalkan

kehidupan ala Barat dengan pesta-pesta dansa, minum arak secara terbuka,

berfoya-foya dan pergaulan bebas.52

Lantaran itu, tokoh ini telah berusaha membawa pembangunan insan

kepada penduduk Sarawak terutamanya di kalangan umat Islam yang telah

berubah jati diri mereka menjadi pemuja Barat. Bagi tujuan itu, tokoh ini

telah melakukan berbagai usaha dan langkah bagi mencapai matlamat

pembangunan insan tersebut. Di antara langkah yang diambil oleh tokoh ini,

yang terpenting sekali adalah menubuh organisasi dakwah iaitu BINA.

Tujuan tokoh ini di sebalik penubuhan organisasi tersebut adalah sebagai

medium untuk membawa perubahan yang drastik, komprehensif dan meluas

terhadap umat Islam. Pelaksanaan dakwah secara organisasi berpeluang

memberi impak yang jauh lebih besar daripada pelaksanaan secara individu.

Tokoh ini telah merombak dan yakin dalam langkah beliau menginstitusikan

dakwah dengan menubuhkan organisasi dakwah.

a) Penubuhan Bina oleh Abdul Rahman bin Ya’kub tahun 1969

Tokoh ini mengetuai penubuhan organisasi yang dikenali dengan

nama BINA pada tahun 1969. BINA adalah Angkatan Nahdatul Islam

52 Abdul Rahman Fadzail, Wawancara, Miri, 19 nopember 2015.

Page 11: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

36

Bersatu yang dibaca terbalik setiap huruf pertama pangkal perkataannya

membentuk perkataan BINA.53

Fakta menyebut bahawa penubuhan BINA adalah hasil dari usul

yang timbul daripada sebuah kongress yang diadakan pada tahun 1968

iaitu Kongress Islam Malaysia Timur di Kuching.Berdasarkan pengamatan

penulis berkaitan usul usul atau resolusi yang terhasil dari kongress

tersebut tidaklah secara langsung menyentuh penubuhan BINA. Terdapat

sebuah usul yang paling hampir yaitu keputusan yang telah diluluskan,

keputusan nombor tiga dari pembentangan kertas kerja oleh Encik Abdul

Taib Mahmud yang bertajuk Kedudukan “Orang-Orang Islam Di Malaysia

Timur”.54 Keputusan tersebut adalah seperti berikut ;

...Kongress berpendapat bahawa masanya sudah tiba bagi orang-orang

Islam memikirkan cara-cara hendak melancarkan pekerjaan mubaligh

(missionary work). Sebagai langkah yang pertama ialah diadakan rayuan

kepada negara-negara Islam yang kaya dan kepada umat Islam di

Malaysia supaya mengadakan satu tabung untuk membiayai perancangan

tersebut...

Pada analisa penulis, istilah missionary work dalam keputusan di

atas sememangnya menggambarkan BINA. Berdasarkan dari gerak kerja

dan tujuantujuan penubuhan BINA, ia adalah sebuah gerakan missionary.

Oleh itu penulis yakin keputusan di atas menjadi asas yang paling hampir

kepada penubuhan BINA pada tahun 1968.

53 Staf Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, “Resolusi Kongres Islam MalaysiaTimur”, dalam http://bppmis.blogspot.co.id/2009/01/resolusi-kongres-islam-malaysia-timur.html(21 Disember 2015)54 Wan Hussein Azmi, Kedatangan Islam dalam Perkembangan Di Alam Melayu (Kertas KerjaSeminar Antarabangsa Tamadun Islam di Alam Melayu), 20.

Page 12: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

37

Secara ringkas disebutkan di sini bahawa kepentingan kongres

diadakan adalah sebagai langkah untuk mencetuskan kesedaran di

kalangan umat Islam daripada kelalaian serta kealpaan mereka. Selain itu

juga adalah untuk mengembalikan umat Islam pada landasan yang asal

kerana gejala budaya liar yang telah dibawa penjajah tersebar secara

meluas dan bertapak kuat di tengah umat Islam. Budaya ini semakin

menjadi trend terutama di kalangan anak muda Islam sehingga sukar

membezakan mereka dengan anak muda bukan Islam dari segi pergaulan

bebas antara lelaki dan perempuan, budaya pesta pora, minum arak,

berpakaian yang mendedah aurat serta berbagai lagi masalah yang lain.55

Oleh yang demikian, penubuhan BINA ketika itu sangat penting

dan tepat pada waktunya bagi menangani gejala yang tidak sihat itu

daripada berterusan. Disamping itu, kewibawaan dan kepimpinan tokoh ini

dalam mengemudi BINA benar-benar menyentap lamunan umat Islam

yang mabuk dengan budaya Barat. Tokoh ini mampu menyedarkan mereka

daripada mimpi dan angan-angan kosong dan kemudian membawa mereka

bangkit untuk memartabatkan dakwah Islam di Sarawak.

Setelah itu BINA mula aktif masuk ke tengah masyarakat Islam

dengan membawa mesej dakwah dan juga kepada golongan non-Muslim

sebagai usaha mengajak mereka masuk Islam.56 Berbagai program dan

aktiviti telah dicanang untuk tujuan tersebut kemudian dilaksanakan

dengan sebaik-baiknya. BINA menjadi jentera dakwah yang aktif bergerak

di Sarawak kepada semua lapisan masyarakat.

55 Afida Helmi, Metode Dakwah Di kalangan Masyarakat Dayak, Satu Kajian Di BahagianPertama, (Latihan Ilmiah Fakulti Usuluddin, Akademi Islam Universiti Malaya, 1991), 77.56Ibid,.80.

Page 13: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

38

Selanjutnya catatan sejarah kepimpinan BINA merekodkan barisan

Presiden atau Yang Dipertua yang berkebolehan seperti berikut:

1. Abdul Raman bin Ya’kub menjadi Presiden BINA dari tahun 1969

hingga 1988

2. Mohd. Mortadza bin Haji Daud (Datuk) menjadi Yang Dipertua

BINA dari tahun 1988 hingga 1993

3. Bujang bin Mohd. Nor (Tan Sri) menjadi Yang Dipertua

BINA/HIKMAH dari tahun 1993 hingga 2005; dan

4. Abdul Aziz bin Dato Haji Husain (Tan Sri) menjadi Yang Dipertua

HIKMAH dari tahun 2005 hingga sekarang.

Sejarah BINA terus berkembang dan bercambah sehingga sekarang.

Penulis merasakan perlunya menyebut perubahan nama BINA kepada

HIKMAH kerana BINA sekarang adalah HIKMAH dan generasi baru

tidak lagi menyebut nama BINA bahkan mereka tidak mengetahui

maklumat tentang BINA.

Pertukaran nama BINA kepada HIKMAH telah disempurnakan

melalui Perhimpunan Perwakilan BINA pada tahun 1994. Perubahan nama

tersebut memberi imej dan semangat baru kepada BINA bergerak di

zaman moden ini dengan nama HIKMAH. HIKMAH terdiri daripada

HIKMAH Bahagian iaitu Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan,

Bahagian Sri Aman, Bahagian Betong, Bahagian Sarikei, Bahagian Sibu,

Bahagian Mukah, Bahagian Bintulu, Bahagian Miri dan Bahagian

Limbang.

Page 14: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

39

b. Sumbangan Tokoh Tun Rahman Ya’kub

1. Aktivitas Surau Setia

Aktiviti yang pertama dipaparkan adalah Surau Setia iaitu

sebuah program yang diilhamkan oleh tokoh ini bagi mendekati para

pegawai kerajaan yang beragama Islam. Pelaksanaan program ini

adalah dengan kekerapan seminggu sekali di tempat yang berbeza-

beza mengikut kesesuaian yang ada dan program ini dikendali oleh

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Pengisian program ini oleh

mufti Negeri Sarawak dan tokoh ini pernah menyampaikan ceramah

dalam program ini. Objektif program ini adalah untuk melibatkan

para pegawai kerajaan dengan program agama kerana ada dari

kalangan pegawai-pegawai ini memiliki gaya hidup yang bercanggah

dengan ajaran Islam.57Alangkah bahayanya sekiranya para pegawai

kerajaan ini dibiarkan dalam keadaan yang penuh mungkar kerana di

tangan mereka letaknya keputusan-keputusan penting dalam

pentadbiran bahagian atau daerah di Sarawak kerana mereka

bertugas di berbagai tempat seluruh Sarawak. Program ini telah

menyedarkan para pegawai ini akan tanggungjawab mereka sebagai

seorang Muslim dan menjadikan mereka lebih berjiwa Islam.

2. Darul Rahmah Pusat Latihan Dakwah BINA

Tokoh ini memandang serius aspek pendidikan terutamanya

dari kalangan Saudara Kita. Oleh itu sebuah pusat pendidikan

golongan ini ditubuhkan pada tahun 1977 bertempat di Jalan Haji

57Abdul Rahman Fadzail, Wawancara, Kuching 22 nopember 2015.

Page 15: A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawakdigilib.uinsby.ac.id/5319/6/Bab 3.pdf · SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK ... blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

40

Bolhasan Kuching. Pusat ini dinamakan Darul Rahmah Pusat

Latihan Dakwah BINA menganjur kelas Fardhu Ain kepada mereka

yang baru memeluk Islam.58Dengan adanya pendidikan serta

bimbingan yang baik kepada golongan ini akan membantu mereka

mengamalkan Islam dalam hidup mereka.

Bagi menampung keperluan golongan ini di kampung,

beberapa orang guru agama akan dihantar ke kampung Saudara Kita

di pedalaman untuk mengajar mereka sembahyang dan mengaji.

Tokoh ini sendiri pergi ke pedalaman untuk memberi nasihat,

mendidik dan mengajar Saudara Kita pengetahuan asas agama

Islam.59 Dengan aktiviti ini, keIslaman Saudara Kita lebih baik dan

semakin kukuh serta sukar untuk dipengaruhi oleh saudara mara

mereka yang tidak Islam.

58Ibid., 66.59Mohamad Syed Osman, Wawancara, Kuching 23 nopember 2015.